The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahudinniah, 2022-03-21 09:10:32

PENGHASILAN PRODUK

PENGHASILAN PRODUK

Inilah gerangan suatu madah.
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetulkan jalan tempat berpindah,
Di sanalah I'tikaf di perbetul sesudah.

(Rangkap 1)

Dalam aspek akal budi, penulis iaitu Hamzah
Fansuri mencipta syair bertujuan untuk membetulkan
perjalanan hidup manusia di dunia ini demi
kesejahteraan hidup di akhirat. Selain itu, penyair
menganjurkan agar kita sentiasa berfikir demi
membetulkan iman Hanya melalui iman yang mantap
dan jalan tauhid yang betul sahaja menyebabkan kita
berjaya di dunia dan di akhirat.

Wahai muda, kenali dirimu,
lalah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.

(Rangkap 2)

Dalam rangkap kedua ini, penyair memohon agar
kita mengenali diri sendiri. Apabila sudah mengenal
taraf diri, barulah kita dapat mengenali Allah yang
mencipta kita. Selain itu, penyair menganggap
kehidupan manusia sama seperti sebuah perahu di
mana kita sendiri terpaksa melayari kehidupan dunia
yang sementara ini penuh dengan pelbagai ujian
seperti perahu yang dipukul gelombang.

49

Tujuan utama syair ini adalah mengharapkan kita
bersedia menghadapi ujian dunia yang bersifat
sementara, sekiranya, kita berjaya mengharungi ujian
ini, sudah tentu kita dapat berlabuh dengan selamat di
pulau idaman iaitu tempat yang kekal selama-lamanya
dalam syurga Allah.

Selain itu, terdapat sebuah lagi syair yang boleh
dikaji iaitu Syair Bidasari yang bergenre romantic dan
amat popular sejak abad ke-18 dan ke-19. Para
sejarahwan percaya bahawa Kembayat Negara kalah
Negara Champa. Manuskrip terawal ditemui setakat
ini bertarikh 1814 Masihi. Syair Bidasari ialah karya asli
Melayu dan dikatakan berasal dari Palembang
berdasarkan beberapa faktor linguistik.

Dengarkan tuan satu Riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil hikayat.

Dalam syair ini, penyair memaparkan sikap rendah
diri dengan menggunakan fakir sebagai ganti namanya
dalam rangkap pertama. Perkataan ini membawa
maksud inidividu yang kurang berkemampuan dan
tidak mampu menampung kos sara diri.

50

Individu tersebut tidak mempunyai pekerjaan tetap
namun masih mempunyai adab ketika berbicara. Akal
budi seperti ini mampu mengingatkan bahawa tidak
perlu riak ataupun bangga diri dengan kelebihan yang
ada.

Tuntasnya, betapa tingginya pemikiran masyarakat
Melayu yang ditafsirkan dalam puisi tradisional Syair
ini dengan meletakkan sesuatu yang tinggi nilainya
iaitu ilmu. Puisi seperti syair menjadikan pegangan
dan pedoman kepada masyarakat Melayu sebagai
satu hala tuju hidup yang lebih cerah.

5.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA

Perkataan seloka berasal daripada perkataan
Sanskrit ‘shloka’ bermaksud berseloroh, berjenaka atau
menyindir. Seloka dipercayai berkembang di alam
Melayu semasa kedatangan agama Hindu di Asia
Tenggara.

Seloka lebih kepada pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau
senda, olokan, ejekan dan sindiran. Sebahagian besar
seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat
baris serangkap dan binaannya mirip kepada bentuk
pantun atau syair. Bagaimanapun terdapat juga seloka
dalam bentuk bebas dan setiap barisnya

51

mengandungi maksud. Selain itu, seloka merujuk
kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai
bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama
ada mempunyai irama ataupun tidak.

Secara amnya, seloka terdiri daripada ungkapan
berjajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai
kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.
Satu ciri penting bagi seloka adalah seloka itu
mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius
atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif.
Sungguhpun begitu, isi dan mesejnya sarat dengan
sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan
teladan untuk pendengar dan pembaca.

Antara seloka yang terkenal dalam masyarakat
Melayu ialah Seloka Pandai Pak Pandir yang diambil
daripada Cerita Jenaka Rakyat Cerita Pak Pandir
merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat dan
merujuk kepada seorang lelaki yang Bernama Pak
Pandir yang mempunyai sifat lurus bendul. Dia
mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan
segala perbuatannya yang bendul. Kisah cerita ini
berkaitan dengan segala peristiwa dan kejadian yang
menimpa watak Pak Pandir dan keluarganya.

52

Amat menarik mengenal cerita lelucuan ini adalah
genes cerita yang wujud dalam kebanyakan budaya
masyarakat dun dan idea cerita seperti ini kekal
sehingga hari ini Sebagai contoh, Don Quixote' dalam
kebudayaan Sepanyol. Three Stooges dalam budaya
Amerika Syarikat dan Mr Bean' dalam buday British.
Terdapat kemungkinan bahawa genre cerita sebegin
merupakan satu cara manusia melepaskan
ketegangan dalan kehidupan seharian, atau sebagai
cara membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya
mereka melakukan apa yang tersemat dalm hati
mereka. Contoh seloka Pandai Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,

Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga, dia berbunga,
Orang berbuah, dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan





53

Seloka ini bertujuan untuk berhibur dengan pelbagai
jenaka tetapi terselit unsur sindiran Pak Pandir yang
menunjukkan sikap sebahagian masyarakat Melayu
yang negatif. Kemudian, sifat negatif tersebut dijadikan
senda gurau dan sindiran dalam seloka. Watak Pak
Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang
Melayu berkenaan, Dikatakan juga bahawa Pak Pandir
seorang yang sering tidak bernasib baik.

Dalam seloka ini, akal budi manifestasi yang
dipaparkan menyindir individu yang bersikap
mengutamakan orang lain. Sikap ini akan merugikan diri
semata-mata. Sepatutnya, sikap yang betul adalah
mendahului keluarga dan bukannya orang luar,
sepertimana bukti ini telah ditulis dalam seloka ‘anak
dipijak’ dan ‘dagang dijinjing’. Ini menunjukka, Pak
Pandir tidak menghiraukan keluarga lalu membantu
orang yang pentingkan diri lagikan tiada pertalian darah.

Seterusnya, dalam baris ‘hartanya habis tergadai’
memaparkan bahawa Pak Pandir tidak pandai
mengurus hartanya. Berkemungkinan watak tersebut
adalah seorang yang boros berbelanja, banyak hutang
dan terpaksa menggadaikan hartanyaSewajamya kita
perlu pandai menguruskan harta. Jika tidak harta akan
habis tergadai. Lanjutan itu, baris ‘tak sedar
bertelanjang’ adalah kritikan halus tentang sikap yang
tidak sedar akan kelemahan diri. Perkara ini
menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak
mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu
beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya
sendiri.

54

Pengarang juga menyindir sikap individu yang
terlalu mendengar kata pihak lain dan cepat
terpengaruh seperti "Mendengar guruh di langit, air
tempayan dicurahkan’. Seterusnya, hidup kita akan
terikat dan tersiksa sekiranya kita tidak tahu tipu
helah musuh yang berpura-pura baik di hadapan
kita sebalik akan mengawal kehidupan kita iaitu,
"Mulut kena suap pisang", "Buntut kena cangkuk
onak". Dengan ini kita akan menanggung derita
tanpa ada kesudahan kerana masalah timbul
disebabkan kelemahan sendiri iaitu, "Awak juga
berkecundangan. Aspek akal budi juga dapat dilihat
apabila pengarang mengkritik sikap kita yang tidak
memberi faedah kepada orang lain sama seperti
‘Gelagak rambutan jantan’ yang mempunyai bunga
tetapi tiada buah sungguhpun sudah tiba musimnya.
Kelemahan ini sama juga seperti sikap melakukan
sesuatu perkara tidak bersungguh-sungguh akan
menyebabkan kerja yang dilakukan tidak
mendatangkan hasil seperti, ‘Kilat memancar hujan
tak jadi’

Secara keseluruhannya, kita dapat lihat bahawa
Pak Pandir menyindir dengan penuh sinis tentang
sikap masyarakat Melayu yang bersikap negatif.





55

5.4 AKAL BUDI DALAM

GURINDAM

Gurindam tekah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji
melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang dikarang pada
1846 dan ia merupakan suatu bentuk puisi Melayu
tradisional. Bentuk gurindam adalah terikat, iaitu
terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi
tiga hingga enam patah perkataan dengan skima
rima akhir, 'a', 'a. Seuntai gurindam memerlukan
beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan
idea Isinya mengadungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

Menurut kamus Dewan (1984), gurindam ialah
puisi yang terdiri daripada dua baris dan berisi
dengan berbagai-bagai pengajaran. Manakala, Za'aba
(1965) menjelaskan gurindam sebagai sejenis syair
melarat yang tetap sukatannya atau rangkapnya.
Isinya mengandung fikiran yang bernas dengan
bahasa yang riang dan dinyanyikan. Gurindam
berasal dari bahasa Tamil 'iradam', 'kirandam' yang
dimaksudkan sebagai puisi secara terbuka dan
mengutarakan idea yang saling lengkap melengkapi
serta merupakan petua, nasihat atau pengajaran.
Gurindam terdiri dua baris serangkap dan rima
akhirnya ialah a.a. Jika disebut kedua baris jadı ayat
majmuk, jika dipisah ayat pertama jadi sebab dan
ayat kedua jadi akibat. Coritoh akal budi masyarakat
Melayu dalam Gurindam Pasal Pertama:

56

Gurindam Dua Belas
Ini Gurindam Pasal yang Pertama:
Barang siapa ada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama,
Barang siapa mengenal yang empat
maka itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ta dunia mudarat.

Akal budi pada fasal satu ini pengarang
menjelaskan kepada pembaca bahwa apabila
hidup tidak mengenal agama yakni Tuhan maka
hidupnya sia-sia tanpa ada bertujuan. Hal ini
menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam
kerisauan dan kegelisahan Manakala, mengenal
yang empat berkait dengan ajaran tasawu kaitu
syariat, ma'rifat, tarikat dan hakikat. Apabila
seseorang telah mengenal yang empat ini maka
kehidupan akan semakin terang tanpa ada sedikit
rasa was-was.

57

Selain itu, apabila mengenal Allah SWT, seseorang
itu perlu melaksanakan perintah Allah SWT dan
menjauhi larangan-Nya kerana Allah SWT
menciptakan dunia sebagai tempat mengumpul
pahala supaya dapat ke syurga-Nya. Namun ramai
yang terperdaya dengan nikmat dunia. Hakikat,
sebagai hamba kita perlu mengenal tujuan hidup.
Hidup di dunia ini hanyalah sesaat sedangkan tempat
kembali yang kekal ialah alam akhirat.

Dalam kehidupan di dunia kita mesti mengetahui
hakikat din kita sebagai hamba Sesiapa yang
mengetahui dirinya serba kekurangan tentu sahaja
seseorang itu memerlukan Allah yang maha berkuasa
dalam menentukan kehidupan di dunia dan
seterusnya membawa kejayaan di akhirat. Selain itu
kita perlu mengenal dunia yang bersifat sementara
atau fana Justeru, kita tidak akan mudah terpengaruh
dengan godaan dunia. Oleh itu. hakikat sebenar
kehidupan menjadikan dunia sebagai jambatan
kehidupan di akhirat yang kekal buat selama-
lamanya.

Perbincangan akal budi masyarakat Melayu juga
boleh dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran
dalam puisi tersebut. Falsafah bermaksud cinta
kepada ilmu dan kebenaran Umumnya, falsafah
mempunyai ciri-ciri pemikiran yang tertinggi dan
bertujuan mendapatkan kebenaran Falsafah.
Menurut (Norizam Jamian, 2015)

58

ialah suatu kesenian berfikir, yang waras, bernas dan
mendalam. Menurutnya lagi, karya sastera yang
dihasilkan yang membicarakan sesuatu subjek,
biasanya akan membicarakan sesuatu itu secara
artistik dan estetik, maka di situlah tersimpannya
mutiara falsafahnya.

Falsafah yang terkandung dalam karya Gurindam
Dua Belas membincangkan pelbagai persoalan
kehidupan manusia, sama ada kehidupan di dunia,
mahupun kehidupan di akhirat. Antara persoalan yang
terkandung dalam puisi tersebut termasuklah perkara
yang berkaitan mengenal aqidah dan tasawuf,
syariatrukun Islam, kepentingan menjaga akhlak, serta
konsep pemerintahan. Setiap fasal yang ditulis oleh
Raja Ali Haji berupaya menyentuh kesedaran dalam
jiwa masyarakat, serta dapat memainkan.

i. ETIKA

Pemikiran tentang moral, pendidikan dan
pengajaran merupakan falsafah dalam bidang etika.
Kesemua fasal yang ada dalam Gurindam Dua Belas
menekankan hal yang berkaitan dengan moral,
pendidikan dan pengajaran. Contohnya,

Dengan bapa jangan derhaka,
Supaya Allah tidak murka,
Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan selamat.

59

ii. METAFIZIK

Falsafah dalam bidang ini meliputi pemikiran
berkaitan dengan kewujudan dan keberadaan.
Gurindam ini ada menyatakan tentang kewujudan
Allah SWT,akhirat,syaitan, balasan, dosa dan lain-lain.
Hal ini tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia
tetapi sememangnya ia wujud dan benar. Contohnya,
dalam gurindam Fasal 1:

Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat,
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

iii. SOSIAL

Dalam bidang sosial, falsafah ini membawa maksud
gambaran tentang kehidupan realit manusia
konteksual. Hal ini demikian kerana, penyair banyak
memaparkan aspek ini dalam gurindam Fasal 4
hingga 12 yang berkait rapat dengan menjaga adab
semasa bersosial. Contohnya:

Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar,

Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor.

60

iv. POLITIK

Falsafah dalam bidang politik ini memaparkan aplikasi
dan tujuan dalam sistem pemerintahan sesebuah
negara. Perkara ini telah disentuh dalam gurindam
berkaitan dengan politik iaitu berkenaan dengan
tanggungjawab pemerintah dalam Fasal 12:

Raja muafakat dengan Menteri,
Seperti kebun berpagar duri,
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja,
Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh Inayat.

v. LOGIK

Pemikiran yang rasional berdasarkan taklukan dan
sebab munasabah merangkumi bidang logik. Dalam
Gurindam Dua Belas telah memperlihatkan bahawa
semua sifat rasional, berdasarkan taklukanya dan
menyatakan sebab munasabahnya. Contohnya:

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih,
Apabila banyak mencacat orang,
Itulah tanda dirinya kurang,
Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

61

Menurut (Mohd Rashid Md Idris et. al., 2014),
pemikiran ditakrifkan sebagai permulaan idea dan
kemudiannya dimatangkan oleh pengarang menjadi
subjek, akhirnya penyataan itu menjadi buah fikiran
yang bernas dan signifikan.

Antara pemikiran yang terdapat dalam Gurindam
Dua Belas adalah pesanan kepada pendengar dan
pembaca ke arah kebaikan dan mengingatkan hal
tentang rukun Islam serta akibat mengabaikannya.
Selain itu, keperluan menjaga anggota badan
daripada berbuat maksiat, akibat tidak menjaga
tingkah laku, garis panduan tentang cara mengenal
orang, perihal tentang wujud dan perlakuan syaitan.
Seterusnya, perihal tentang adab antara anak
dengan ibu bapa serta peranan raja atau
pemerintah.

Gurindam Dua Belas ini memaparkan ilmu falsafah
yang tinggi, memperlihatkan pemikiran
pengarangnya sebagai ulama dan ilmuan serta
menonjolkan nilai kepengarangan dan aspek
estetikanya yang tinggi. Gurindam ini sebagai
peringatan dan pesanan untuk semua manusia
untuk mengambil pengajaran dan bukan unuk
nyanyian dan hiburan semata-mata.

62

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesemua karya-karya
kesusasteraan Melayu tradisional memainkan peranan
penting dalam menyampaikan sesuatu mesej dan
sekaligus mampu menjana kebijaksanaan seseorang
insan. Elemen kebijaksanaan ini disampaikan melalui
pelbagai bentuk ilmu yang terkandung dalam teks
kesusasteraan Melayu tradisional untuk diserap dan
dicerna oleh akal khalayaknya. Para pengarang yang
berilmu dan bijaksana mencurahkan ilmu dan
kebijaksanaan mereka ke dalam karya khususnya
melalui watak-watak yang mereka hasilkan. Melalui
proses kognitif, unsur ilmu dan kebijaksanaan yang
ditampilkan menerusi watak-watak dalam karya ini
pula akan dicerap dan dicerna oleh khalayak
kesusasteraan Melayu tradisional sebagai contoh,
panduan dan pedoman. Hal ini menjelaskan peranan
yang dimainkan oleh kesusasteraan Melayu tradisional
sebagai alat komunikasi massa sejajar dengan model
komunikasi Wilbur Schramm.

63

RUJUKAN

Amir, A. N. (2020). Falsafah pemikiran sastera Islam.
FITRAH:Jurnal Kajian Ilmu-Ilmu Keislaman, 5(1), 165–180.

https://doi.org/10.24952/fitrah.v5i1.1365



Anas Hj Ahmad. (n.d.). Prosa moden.
Https://Www.Scribd.Com/Presentation/399994526/Prosa-

Moden.



Erwan Juhara. (2014). Gendre prosa moden.
Http://Journalarticle.Ukm.My/10509/1/16485-46314-1-SM.Pdf.



Hamka. (2006). Falsafah akhlak. Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.



Harun Mat Piah. (n.d.). Bentuk dan jenis pantun.



Huda Hanafi. (n.d.). Sastera rakyat.
Https://Www.Academia.Edu/31638457/Sastera_rakyat.



Ismail Hamid. (2020). Sifat ketidaksempurnaan. FITRAH:Jurnal

Kajian Ilmu-Ilmu Keislaman, 5(1), 165–180.
https://doi.org/10.24952/fitrah.v5i1.1365



Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka



Mohammad Fadzeli Jaafar. (n.d.). Gaya ujaran teks
kesusasteraan Melayu.

Http://Journalarticle.Ukm.My/10509/1/16485-46314-1-SM.Pdf.



Mohd Rashid Md Idris et. al. (2014). Kuasa bahasa dan sastera
Melayu. In Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN)

International Journal of Malay Letters Jilid (Vol. 2).











64

Norizam Jamian, M. et al. (2015). Kesusasteraan
Melayu tradisional. In Jurnal Komunikasi Malaysian

Journal of Communication Jilid (Vol. 31, Issue 2).



Prof Dr Hashim Awang. (n.d.). Kesusasteraan Melayu.
Https://Smktta.Files.Wordpress.Com/2010/11/Sp_saste

ra.Pdf, 2.



Rahimah Hamid et.al. (n.d.). Kearifan Melayu dalam
syair dang sirat. www.penerbit.usm.my



Rohaya Md Ali. (n.d.). Sastera Melayu media digital.
Https://Www.Researchgate.Net/Publication/32390606

1_SASTERA_RAKYAT_MEDIA_DIGITALpdf.



Siti Hajar Abdul Aziz. (2011a). Kesusasteraan Melayu.
Https://Www.Academia.Edu/8866503/KESUSASTERAAN

_MELAYU.



Siti Hajar Abdul Aziz. (2011b). Konsep dan
kesusasteraan Melayu.

Https://Www.Scribd.Com/Embeds/122868245/Content
?Start_page=1&view_mode=scroll&acress_key=key-
FFexxf7r1bzEWu3HKwf.


Zakaria, N., Abdullah, A. et al. (2017). Akal budi dan

cerminan jati diri Melayu dalam pantun akal budi and
reflection of Malay identity in pantun. 4(2).










65


Click to View FlipBook Version