The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 : Kumpulan 5 KPD3016 AT23A<br>1. Tugasan Topik (T5) &amp; Soalan Tugasan<br>2. Laporan ProgramSulam SK Kuala Slim<br>3. Laporan Program Sembang Seni<br>4. QR Video Program Kuala Slim

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anne., 2023-12-17 06:30:43

TUGASAN 1 KPD3016 AT23A (A231)

Tugasan 1 : Kumpulan 5 KPD3016 AT23A<br>1. Tugasan Topik (T5) &amp; Soalan Tugasan<br>2. Laporan ProgramSulam SK Kuala Slim<br>3. Laporan Program Sembang Seni<br>4. QR Video Program Kuala Slim

Keywords: Tugasan 1 kumpulan 5 KPD3016 AT23A

KPD3016 AT 2 3A PENG AJARAN, TEKNOLOG I & PENTAKSIRAN 1 Strategi Kontemporari intruksional : KUMPULAN 5 Topi k 5 PEMBELAJARAN BERASASKAN PENEMUAN


Ahli-ahli kumpulan : ANTONIA AREN JALONG D20211099861 SLYVIA PADAN PARAN D20211099885 CYRIL NAN AK TAIB D20211099792 GRACE DOLLING LAHUNG D20211099824 PENNYFIEA SHARON BEN D20211099890 HII MIN NA D20211099914 WAN NUREEN AISHAH D20211099820


Apa itu Model Pembelajaran Discovery Based Learning? Proses pembelajaran akan lebih berkesan jika guru memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan kajian mengenai suatu konsep, teori dan juga pemahaman yang dilakukan melalui penyelidikan yang tersendiri. pembelajaran yang menekankan pada pengalaman langsung dan pentingnya pemahaman struktur atau idea-idea penting suatu disiplin ilmu, melalui keterlibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Pembelajaran DBL dapat melatih pelajar mandiri, sekaligus dapat meningkatkan lagi pemahaman kognitif, psikotmotr dan afektif serta melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Ciri-Ciri Penting Pembelajaran DBL : Peneguhan Persekitaran untuk belajar Struktur pengetahuan Urutan


Pembelajaran DBL Pembelajaran Tradisional Arts (2008) Tanggujawab terhadap pembelajaran pentingkan proses pembelajaran Papert (2001) Inisiatif sendiri terhadap pembelajaran Bonwell (1998) menganalisis dan mentafsir data Kegagalan diterima Kerjasama belajar secara pasif memberi jawapan skema menurut penghafalan tidak minat belajar dalam keadaan senyap dan bersendirian PERBEZAAN PEMBELAJARAN DISCOVERY BASED LEARNING DAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL


Pembelajaran berasaskan kes / situasi Pembelajaran berasaskan penerokaan Pembelajaran berasaskan simulasi Pembelajaran secara kebetulan PENDEKATAN PEMBELAJARAN DBL


Teori- teori pembelajaran teori pembelajaran kognitif teori konstruktivisme teori pembelajaran behaviorisme teori humanistik


TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF BRUNER JEROME BRUNER Peringkat pembelajaran berubah dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya. Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran. Pemikiran secara logikal. Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan


TAHAP PERKEMBANGAN YANG DIMAKSUD OLEH J. BRUNER Tahap enaktif Tahap ikonik Tahap simbolik


KONSTRUKTIVISME proses aktif di mana pelajar membina pengetahuan dan pemahaman mereka sendiri melalui pengalaman dan refleksi memupuk minat pelajar dalam pembelajaran secara aktif, pengetahuan pembelajaran pelajar dibina melalui pengalaman dan interaksi Model Pembelajaran Kooperatif Kerjasama antara pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran bersama Memberi ruang untuk pelajar mempromosikan interaksi dan pertukaran idea


KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ADALAH BERLANDASKAN KEPADA TEORI-TEORI PEMBELAJARAN Behaviorisme Humanistik pembelajaran adalah tingkah laku yang diperhatikan secara luaran Teori behaviourisme dalam pendidikan seni visual pula ialah seperti melukis melalui peniruan atau proses imitasi Kolaborasi dalam seni visual dapat merangsang perkembangan kreativiti dan kemahiran sosial pendidik seni visual juga dapat menggunakan sumber-sumber terkini yang berkaitan dengan seni, termasuk teknologi terkini, galeri seni maya, atau pameran seni secara maya untuk memperluas pemahaman pelajar tentang seni visual


STRATEGI PEMBELAJARAN UNTUK MEMAKLUMKAN PEMIKIRAN PEDAGOGI DAN REKA BENTUK PEMBELAJARAN PSV pengembangan kreativiti eksplorasi media dan teknik pemikiran kritis terhadap karya seni


PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI SEBAGAI STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENEMUAN Mengemukakan soalan Membentuk Hipotesis Pengumpulan Data Pelaporan Data Analisis Data Generalising Menganalisis proses pembelajaran berasaskan inkuiri


RUJUKAN Rahmah, S. (2022). Teori Kognitivisme Serta Aplikasinya Dalam Pembelajaran. SKULA: Jurnal Pendidikan Profesi Guru Madrasah, 2(3), 23-34. Suparlan, S. (2019). Teori konstruktivisme dalam pembelajaran. Islamika, 1(2), 79-88. Sundari, S., & Fauziati, E. (2021). Implikasi Teori Belajar Bruner dalam Model Pembelajaran Kurikulum 2013. Jurnal Papeda: Jurnal Publikasi Pendidikan Dasar, 3(2), 128-136. Mutaqin, E. J., Muslihah, N. N., Hamdani, N. A., & Sasty, S. D. F. (2021). Analysis of the application of learning theory of JB Bruner in a counseling study counting operation to add whole numbers. In Social, Humanities, and Educational Studies (SHEs): Conference Series (Vol. 4, No. 1, pp. 109-116). Ozdem-Yilmaz, Y., & Bilican, K. (2020). Discovery Learning—Jerome Bruner. Science education in theory and practice: An introductory guide to learning theory, 177-190.


TERIMA KASIH. S E K I A N ,


SOALAN TUGASAN BERDASARKAN TOPIK 5 KPD3016 AT23A PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENTAKSIRAN 1 KUMPULAN 5


a. pengenalan Menurut ahli teori pembelajaran J. Bruner, pembelajaran penemuan (Discovery-based learning) membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Proses eksperimen ini membawa kepada pembelajaran maklumat baharu pada tahap yang lebih mendalam daripada pembelajaran pasif. Contoh : Penerokaan dan penyelesaian masalah Teori Konstruktisme Pelajar mengambil peranan aktif untuk mencipta, mengintegrasikan dan menyamaratakan pengetahuan. Pelajar mewujudkan aplikasi yang lebih luas untuk kemahiran melalui aktiviti yang menggalakkan pengambilan risiko, penyelesaian masalah, dan pemeriksaan pengalaman unik disokong oleh (Bicknell-Holmes & Hoffman, 2000).


Kesimpulannya, hasil daripada penulisan ini pelajar dapat mengetahui dan mengenal pasti ciri-ciri pembelajaran berasaskan penemuan. Selain itu, mereka dapat menyatakan perbezaan antara pembelajaran berasaskan penemuan dan cara pembelajaran tradisional. Mereka mampu menghuraikan pelbagai pendekatan dan strategi pembelajaran melalui penemuan. Guru boleh menjelaskan pembelajaran berasaskan konstruktivisme sebagai strategi pembelajaran berasaskan penemuan. Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau : Ó Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya. Ó Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran. Ó Pemikiran secara logikal. Ó Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan . Ó Pemikiran analisis dan intuitif. Ó Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori. Ó Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.


Pembelajaran Berorientasikan Proses: Teori pembelajaran berasaskan penemuan menitikberatkan perhatian kepada proses pembelajaran. Penting untuk memberi penekanan pada cara pelajar sampai kepada pengetahuan, bukan hanya pada hasil akhir. Proses ini boleh melibatkan eksperimen, penyelesaian masalah, atau penyiasatan. 1. b. Huraikan mengenai teori/pendekatan/strategi


Pelajar sebagai Pembina Pengetahuan: Teori pembelajaran berasaskan penemuan menganggap bahawa pelajar tidak hanya menerima pengetahuan dari guru, tetapi sebaliknya, mereka adalah pembina pengetahuan mereka sendiri. Pelajar aktif dalam proses konstruksi pengetahuan mereka melalui interaksi dengan persekitaran pembelajaran. 2. 3. Pembelajaran Aktif: Pembelajaran berasaskan penemuan menekankan pentingnya pembelajaran aktif. Pelajar diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran pemikiran kritis, analisis, dan sintesis melalui penyiasatan, eksperimen, atau aktiviti-aktiviti pembelajaran yang melibatkan interaksi langsung.


Pembelajaran Kontekstual: Teori ini mengiktiraf bahawa pembelajaran lebih berkesan apabila diletakkan dalam konteks yang bermakna bagi pelajar. Pengetahuan yang ditemui oleh pelajar lebih mudah diintegrasikan apabila ia relevan dengan kehidupan sehari-hari atau pengalaman mereka. 4. 5. Pemusatan pada Masalah atau Cabaran: Pembelajaran berasaskan penemuan sering melibatkan pembelajaran bermula dengan pendedahan kepada masalah atau cabaran tertentu. Pelajar kemudian diarahkan untuk mencari penyelesaian atau jawapan sendiri melalui penyelidikan atau eksplorasi.


Pentingnya Kesalahan dan Pembetulan: Teori ini mengiktiraf bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Pelajar diberi peluang untuk membuat kesilapan, dan kemudian mereka dipandu untuk memahami kesilapan mereka dan membuat pembetulan. 6. 7. Pentingkan Interaksi Sosial: Pembelajaran berasaskan penemuan mengiktiraf pentingnya interaksi sosial dalam proses pembelajaran. Diskusi, kerjasama, dan pertukaran idea dengan rakan sebaya dapat meningkatkan pemahaman dan perspektif pelajar.


C. HURAIKAN BAGAIMANA PEMAHAMAN TEORI PEMBELAJARAN BOLEH MEMBANTU PENDIDIK DALAM AMALAN MEREKA DENGAN SOKONGAN SUMBER SEMASA DAN BERKAITAN DENGAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. Teori- teori pembelajaran teori pembelajaran kognitif teori konstruktivisme teori pembelajaran behaviorisme


TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF C. HURAIKAN BAGAIMANA PEMAHAMAN TEORI PEMBELAJARAN BOLEH MEMBANTU PENDIDIK DALAM AMALAN MEREKA DENGAN SOKONGAN SUMBER SEMASA DAN BERKAITAN DENGAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. TEORI KONSTRUKTIVISME Proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. pendidikan seni visuall seharusnya menggunakan kemahiran intelek, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap dalam berkarya. Contoh : pelajar diminta membuat kritikan terhadap karya yang dihasilkan di hadapan pelajar yang lain berdasarkan unsur seni dan prinsip rekaan yang telah dipelajari. menerangkan bagaimana dengan cara pengetahuan disusun dalam minda manusia. menjelaskan bahawa pengetahuan seseorang individu berkembang, hasil daripada pembinaan pengetahuan individu setelah berlaku pemahaman individu tersebut. Contoh : Guru memilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai, galakkan pelajar menggunakan ‘private speech’ semasa berfikir dan menyelesaikan masalah, serta mengadakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti.


TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME HURAIKAN BAGAIMANA PEMAHAMAN TEORI PEMBELAJARAN BOLEH MEMBANTU PENDIDIK DALAM AMALAN MEREKA DENGAN SOKONGAN SUMBER SEMASA DAN BERKAITAN DENGAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. Pembelajaran adalah tingkah laku yang diperhatikan secara luaran. Teori behaviourisme dalam PSV - melukis melalui peniruan atau proses imitasi - pelajar akan melukis objek yang sama secara berulang sehingga terbiasa. Contohnya : seni kraf seperti anyaman, seni tekat, batik dan tembikar yang kini sudah berkembang seperti bahan, bentuk dan motif yang digunakan masih sama - sekiranya terdapat rangsangan dan gerakbalas secara berulang maka akan berlakulah proses pembelajaran. Kolaborasi dalam seni visual dapat merangsang perkembangan kreativiti dan kemahiran sosial. Contoh : guru boleh merancang aktiviti yang mendorong pelajar untuk bekerjasama, berkongsi idea, dan memberi dan menerima maklum balas dalam suasana yang positif. dapat membantu pendidik seni visual untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang merangsang, memperkukuhkan, dan menginspirasi kreativiti serta kesedaran seni pada pelajar.


SOKONGAN HUJAH TEORI BERKAITAN DENGAN SENI VISUAL PENDEKATAN DISCIPLINE BASED OF ART EDUCATION (BDAE) Produk seni - Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri. Sejarah seni - Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya, teknik, perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemaysarakatan, agama dan ekonomi. Kritikan seni - Murid akan menganalisis, membuat interpretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya. Dikenali sebagai apreasiasi seni


D. CABARAN MENGAPLIKASIKAN STRATEGI PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PENDIDIKAN DAN PEMEBELAJARAN PSV Melibatkan pelajar dalam proses penyelidikan yang relaven dengan kontek pembelajaran Penilaian pembelajaran berasaskan inkuiri Mencipta persekitaran yang merangsang rasa ingin tahu pelajar Sokongan kepada pelajar


OBJEKTIF PEMBELAJARAN SENI VISUAL E. BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MENILAI BETAPA BERGUNANYA STRATEGI PEMBELAJARAN UNTUK MEMAKLUMKAN PEMIKIRAN PEDAGOGI DAN REKA BENTUK PEMBELAJARAN PSV ? PENGEMBANGAN KREATIVITI Pastikan strategi pembelajaran mengandungi objektif yang jelas berkaitan dengan pembangunan pemahaman seni visual, seperti memahami elemen seni, prinsip seni, dan konsep seni. Tinjau sejauh mana strategi pembelajaran dapat merangsang dan mengembangkan kreativiti pelajar. Perhatikan cara strategi tersebut memberi peluang untuk eksplorasi kreatif, penemuan, dan ekspresi diri.


EKSPLORASI MEDIA DAN TEKNIK PEMIKIRAN KRITIS TERHADAP KARYA SENI Pastikan strategi pembelajaran memfasilitasi pelajar dalam mengeksplorasi pelbagai media dan teknik seni visual. Nilai sejauh mana pelajar dapat memahami dan mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam hasil karya seni mereka. Nilai kemampuan pelajar untuk menganalisis dan menafsirkan karya seni visual. Pertimbangkan strategi yang merangsang pemikiran kritis dan refleksi terhadap makna dan tujuan karya seni.


2. Teori Konstruktivisme yang selari dengan (Discovery-based learning) Asas: Pembelajaran berasaskan penemuan sejajar dengan prinsip-prinsip konstruktivisme, yang mengakui bahawa pembelajaran adalah usaha aktif pelajar untuk membina pengetahuan mereka sendiri melalui interaksi dengan persekitaran pembelajaran. Ciri-ciri: Pelajar aktif terlibat dalam proses pembinaan pengetahuan. Pengetahuan tidak diberikan secara langsung oleh guru, tetapi dibina melalui pengalaman dan refleksi pelajar. Pembelajaran bersifat kontekstual dan dikaitkan dengan pengalaman pelajar. F. Bincangan dan sokong hujah anda dengan rujukan yang berkenaan pembelajaran PS.


Menurut teori Konstruktivisme, pembelajaran adalah usaha aktif pelajar untuk membina pengetahuan mereka sendiri melalui interaksi dengan persekitaran pembelajaran. Saya bersetuju bahawa teori ini dapat mengintegrasikan pemikiran pedagogi yang mendalam kepada pelajar. Pendekatan konstruktivisme menerangkan bagaimana murid menyesuaikan semua maklumat baru yang diperolehi dengan pengalaman sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baharu dan disusun dalam minda. Oleh itu, pembelajaran pendidikan seni memberi peluang kepada pelajar dalam mengaplikasikan sendiri kemahiran yang mereka ada mengikut pengalaman mereka sendiri beserta dengan bimbingan guru masing-masing.


Teori ini turut disokong dengan yang dimaksudkan dengan pembelajaran konstruktivisme? Istilah konstruktivisme ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. 3 tahap perkembangan peringkat pembelajaran yang dimaksud oleh J. Bruner adalah : a. Tahap enaktif - Pada tahap ini anak secara langsung terlihat dalam memanipulasi objek. Dengan demikian anak memahami lingkungan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan anak. b. Tahap ikonik - Pada tahap ini informasi dibawa oleh anak melalui imaginasi. Anak dipengaruhi oleh cahaya yang tajam, gangguan suara, dan gerakan. Karakter tunggal pada objek yang diamati dijadikan sebagai pegangan, dan pada akhirnya anak mengembangkan memori visual. c. Tahap simbolik - Pada tahap ini tindakan tanpa pemikiran terlebih dahulu dan pemahaman perseptual sudah berkembang. - Bahasa, logik, dan matematik memegang peranan penting.


g. Kesimpulan Secara keseluruhannya, teori pembelajaran konstruktivisme dan kesediaan belajar yang menjadi salah satu faktor pembelajaran telahpun disoroti. Teori konstruktivisme amat menekankan pembelajaran aktif dan dinamik serta murid-murid sendiri akan berusaha sendiri untuk apa yang meraka ingin belajar berdasarkan refleksi pengetahuan sedia ada dengan persekitaran baharu pembelajaran. Guru perlu menyedia, merancang dan melaksanakan pengajaran yang boleh membina pengetahuan murid-murid dengan pelbagai alat bantu mengajar untuk ransang murid-murid. Bruner memilih teori konstrukvusme sebagai asas kepada pendagogi belia berdasarkan pembelajaran berasaskan penemuan. teori beliau juga telah disokong oleh tokoh-tokoh lain. Manakala, Teori konstruktivisme tidak menggalakkan pernilaian sumatif yang berpusat. Sebaliknya, penilaian harus formatif dan berterusan dan dijalankan serentak dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh yang demikian, penggubal kukirikulum konstraktivis perlu menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-berubah berdasarkan pengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal. Aspek kesediaan belajar pula meliputi banyak aspek dari segi latar belakang murid-murid itu sendiri dan selebihan faktor luaran mereka. Pendidikan yang berjaya mengatasi kesediaan haruslah mempunyai ciri-ciri komprehensif dan fleksibel supaya dapat membina keyakinan murid-murid dalam proses pembelajaran.


Rujukan Kasim, T. S. A. T., Abdurajak, F. S., Yusoff, Y. M., & Baharuddin, M. (2017). Pendekatan Konstruktivisme di Malaysia dan Brunei Darussalam: Satu Tinjauan Awal Terhadap Pengalaman Guru Pendidikan Islam. Journal of Islamic Educational Research, 2(1), 23-35. Hussin, R. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV): Theoretical Approach to Cognitive Learning in Visual Art Education. KUPAS SENI, 1. Ozdem-Yilmaz, Y., & Bilican, K. (2020). Discovery Learning—Jerome Bruner. Science education in theory and practice: An introductory guide to learning theory, 177-190. Neber, H. (2012). Discovery learning. Encyclopedia of the sciences of learning, 1009, 1012. Champine, S. L., Duffy, S. M., & Perkins, J. R. (2009). Jerome S. Bruner‟ s Discovery Learning Model as the Theoretical Basis of Light Bounces Lesson. Educational Psychologist, 1-28. Bruner, J. (2021). Jerome Bruner and Constructivism. Learning theories for early years practice, 87. Clark, K. R. (2018). Learning theories: constructivism. Radiologic technology, 90(2), 180-182. Basari, J. (2023). Penggunaan Strategi Teknik Pembelajaran Kolaboratif Untuk Meningkatkan Kemahiran Kolaboratif Pelajar Di Sekolah Menengah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 8 (50), 412-429


Sekian, Terima Kasih.


KPD3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 LAPORAN PROGRAM SLIM NATURE UPCYCLE, ARTIS IN SCHOOL ANTARA UPSI DAN SK KUALA SLIM KUMPULAN KULIAH : KPD3016 AT23A KUMPULAN 5 PENSYARAH : DR. JAMILAH BINTI OMAR


AHLI - AHLI KUMPULAN ANTONIA AREN JALONG SLYVIA PADAN PARAN CYRILNAN ANAK TAIB GRACE DOLLING LAHUNG D20211099824 D20211099861 D20211099885 D20211099792


AHLI - AHLI KUMPULAN PENNYFIEA SHARON WAN NUREEN AISHAH HII MIN NA D20211099890 D20211099820 D20211099914


TARIKH : 1 NOVEMBER HINGGA 18 NOVEMBER 2023 TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KUALA SLIM, SLIM RIVER, 35800, PERAK. ANJURAN : KOLABORASI PELAJAR SENI KELAS KPD3016 KUMPULAN A & B DAN WARGA SK KUALA SLIM. LAPORAN PROGRAM SLIM NATURE UPCYCLE, ARTIST IN SCHOOL


Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum atau kokurikulum. “SK Kuala Slim berwajah Baharu” Begitulah kiranya Sekolah Kebangsaan Kuala Slim digelar oleh Masyarakat pada Ketika ini. Program keceriaan sekolah merupakan sebuah program yang diadakan bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah maka terhasil Program SLIM NATURE UPCYCLE, ARTIST IN SCHOOL antara UPSI dan SK Kuala Slim setelah kolaborasi dipersetujui oleh Dr. Jamilah Binti Omar selaku Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, UPSI. Program ini disambut baik dengan kehadiran seramai 62 orang Pelajar Seni UPSI semester 5 dengan dibantu oleh Cikgu Sayuti dari SMK Sungkai dan Cikgu Inas dari SK Aminuddin Baki mengecat mural hampir keseluruhan kawasan dinding sekolah. 1.0 PENGENALAN


Bukan itu sahaja, terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama murid-murid di sekolah tersebut yang dapat mendedahkan mereka kepada keseniaan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah bengkel cetakan asas Eco-Printing, Rock painting, Denim, asas arca dan melukis mural. Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada hari ahad sehingga selasa bersama warga SK Kuala Slim dan komuniti PIBG yang peramah dan baik hati. Murid-murid SK Kuala Slim sangat mendengar kata dan memberi kerjasama yang baik semasa program ini berlangsung hingga tamat. Program ini berakhir dengan jayanya diiringi hujan renyai yang menandakan tamatnya perjuangan pada hari itu. Akhir sekali, program ini mampu mengasah kemahiran dan juga kebolehan kami sebagai Mahasiswa/Mahasiswi UPSI dalam bidang kesukarelarawan seperti kemahiran merancang sesuatu program, kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain. Tambahan lagi, program ini akan memupuk sikap prihatin dan kasih saying kepada orang lain yang memerlukan bantuan seperti program ini dimana kita dapat membantu menceriakan kawasan sekolah denggan kemahiran yang kita ada seperti kemahiran melukis dan mewarna.


MEMBUAT PENDEDAHAN AWAL KEPADA MURIDMURID SK KUALA SLIM BERKENAAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI SENI 2.1 2.2 2.3 MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA GURU, MURID DAN MAHASISWA DENGAN AMALAN BEKERJASAMA DALAM MENGENDALIKAN PROGRAM. MENGASAH KEMAHIRAN/ BAKAT MAHASISWA DALAM MENGENDALIKAN PROGRAM YANG MELIBATKAN ORANG LUAR. OBJEKTIF KAJIAN


3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM "Program SLIM NATURE UPCYCLE, ARTIST IN SCHOOL" adalah program yang bertujuan untuk memberikan perbaharuan kepada sebuah sekolah rendah yang terletak di Kuala Slim iaitu SK Kuala Slim. Program ini merangkumi beberapa tujuan dan nilai-nilai tertentu yang ingin dicapai oleh kami sendiri yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tujuan dan nilainilai yang ingin dicapai ialah nilai kerjasama antara pasukan, mempromosikan seni dan budaya warisan, mewujudkan kesatuan dan persefahaman antara sesama serta memupuk nilai cintailah alam sekitar dengan berbakti kepadanya dalam konteks Pendidikan Seni. Program ini juga diadakan untuk membantu para mahasiswa/mahasiswi yang terlibat bersiap sedia sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan untuk Latihan mengajar dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang bagaimana hendak menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah lebih-lebih lagi dapat melatih bakal guru tentang bagaimana hendak menguruskan program di sekolah dengan baik.


Program seperti ini juga dapat diarahkan untuk memotivasi dan menginspirasi generasi muda untuk mengejar cita-cita dalam bidang seni terutamanya sebagai seorang baka guru seni. Program yang dijalankan selama 3 hari berturut dapat memberi bekalan masa akan datang kepada mahasiswa/i namun tanpa sengaja telah mewujudkan satu situasi dimana mereka akan belajar menghargai sesebuah hasil karya yang mereka sendiri hasilkan. Guru besar dan guru-guru yang lain telah menyuruh para pelajar yang terlibat menulis nama masing-masing pada hasil karya sendiri sebagai tanda kenang-kenangan. Kesimpulannya, Program yang dianjurkan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mahasiswa/mahasiswa mengenai bidang yang mereka ceburi di peringkat Universiti. Mereka akan mempunyai satu keinginan iaitu perasaan ingin tahu yang mendalam dan secara tidak langsung menambahkan minat mereka untuk terus menimba ilmu. Mereka akan lebih aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan komuniti dan akan menjadi seorang guru yang cemerlang.


LAPORAN PROGRAM SLIM NATURE UPCYCLE, ARTIS IN SCHOOL ANTARA UPSI DAN SK KUALA SLIM 1 - 18 NOVEMBER 2023 SASARAN PENCAPAIAN memperindahkan dan menceriakan diniding sekolah dengan lukisan mural pelajar UPSI dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara guru-guru dan pelajar-pelajar UPSI serta warga Sekolah Kebangsaan Kuala Slim. pelajar dan guru SK kuala slim 4.0 SASARAN/PENCAPAIAN AKTIVITI PROGRAM


5.O AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PENGARAH PROGRAM : MAX NIELSEN BIN WINCESLAUS TIM. PENGARAH PROGRAM : MOHAMMAD IKMAL BIN MOHD NAZRI SETIAUSAHA : WAN NUREEN AISHAH BINTI WAN YUSOFF BENDAHARI : AT23A - CHERRYVEE CHELYNE ALEX AJK MAKANAN : AT23A - ANTONIA AREN JALONG AJK PENGANGKUTAN : AT23A -MAXIMUS ANAK JIMBAI AJK AKTIVITI : a) Ecoprinting - WATTSON EJAU ANAK SUMBA b) Denim - MOHAMAD HASNOL JAMAL BIN BAKAR c) Arca - Andin Indra Bakhtiar bin Sarmadi d) Rock painting - CHATRY WELLA AK WILLIAM e) Monochrome printing - FROGRESSON JELANI AK JOK


LANGKAH 1 Terdapat 5 kumpulan besar untuk melakukan mural iaitu kumpulan flora, angkasa lepas, figura, pendidikan, dan kelas makanan. Guru-guru pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tempat-tempat yang akan dilukis. LANGKAH 2 Para guru pelatih bekerjasama menentukan komposisi dan saiz item-item yang akan mereka lukis sebelum mewarna dinding dengan cat. Menyediakan perkakasan untuk megecat mural seperti campuran cat dan berus Guru pelatih mula melukis corak mengikut gambar dan bahan yang telah dibincangkan sebelum pergi ke sekolah. LANGKAH 3 Guru pelatih mula mengecat corak-corak yang telah dilukis mengikut warna yang telah ditetapkan. Mengemaskan lukisan dan warna mural pada dinding LANGKAH 4 Menulis laporan dan refleksi mengenai hasil projek mural yang siap dijalankan 6.0 BUTIRAN PROGRAM 5.1 AKTIVITI MURAL Objektif: Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah Memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah


LANGKAH 1 Proses Pembahagian Kumpulan: Murid-murid (tahun 3-6) dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan berdasarkan jumlah murid yang terdapat dalam kelas pada waktu tersebut bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. LANGKAH 2 Proses Penetapan Guru Pembimbing: Kumpulan murid(tahun3-6) yang terbentuk akan diberikan bimbingan oleh guru (Pelajar UPSI). Setiap satu (1) kumpulan murid akan dibimbing oleh dua (2) orang guru. LANGKAH 3 Proses Penerangan Aktiviti: Ketua aktiviti memberikan penerangan awal kepada semua kumpulan mengenai aktiviti “Denim”, dibantu oleh guru SK Kuala Slim yang bertugas. Arahan tugasan (setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah karya mengikut kreativiti murid dengan menggunakan kain jenis “Denim sebagai bahan utama). 6.0 BUTIRAN PROGRAM 5.2 AKTIVITI DENIM Objektif: Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai karya denim. Menimbulkan minat muridmurid dalam penghasilan karya denim. Meningkatkan daya kreativiti murid-murid dalam penghasilan sesebuah karya.


LANGKAH 4 Proses Aktiviti: Aktiviti berlansung, setiap kumpulan memulakan proses penghasilan karya masing-masing dengan bantuan guru pembimbing. Murid-murid mengeluarkan idea masing-masing untuk karya mereka. Berlakunya proses kreatif dan Kerjasama dalam kumpulan. LANGKAH 5 Proses Pembentangan/Kritikan/Sesi Bergambar Bersama Karya: Setelah semua kumpulan selesai, hasil karya mereka dikongsikan bersama dengan guru-guru dan murid-murid lain. Sesi bergambar bersama karya menjadi penutup yang manis buat semua murid-murid sebagai kenangan.


LANGKAH 1 Murid memilih batu yang memiliki permukaan yang cukup halus dan datar. Ini akan memudahkan proses melukis. LANGKAH 2 Cuci batu dengan air dan biarkan kering sepenuhnya sebelum mulai melukis. Ini akan membantu cat melekat dengan baik pada permukaan batu. LANGKAH 3 Siapkan Bahan. Persiapkan cat akrilik dalam berbagai warna. Murid-murid juga memerlukan berus dengan ukuran yang berbeza untuk mendapatkan detail yang diinginkan. 6.0 BUTIRAN PROGRAM 5.3 ROCK PAINTING Objektif: Kegiatan seni seperti rock painting merangsang kreativitas murid. Mereka dapat mengeluarkan imajinasi mereka untuk membuat desain dan motif yang unik pada batu. Ini memungkinkan mereka mengekspresikan diri melalui seni. Rock painting dapat memberikan kesempatan untuk memperkenalkan murid pada seni tradisional atau seni budaya tertentu. Ini bisa menjadi kesempatan untuk belajar tentang seni suatu budaya tertentu atau seni batuan tradisional. Memilih warna, menggambarkan motif, dan merancang lukisan pada batu membantu dalam pengembangan keterampilan visual murid. Ini melibatkan pengenalan pola, bentuk, dan persepsi visual.


Click to View FlipBook Version