LANGKAH 4 Lukis dasar. Murid menentukan design atau motif yang ingin dilukis. Gunakan pensil untuk melukis batasan dasar design. Ini dapat membantu memastikan bahwa lukisan akan terlihat seimbang. LANGKAH 5 Warnai Latar Belakang. Mulailah dengan mewarnai latar belakang batu terlebih dahulu. Ini boleh menjadi warna dasar atau lapisan latar belakang untuk design utama. LANGKAH 6 Warna Design. Setelah latar belakang kering, lukislah design utama atau motif dengan cat akrilik. Gunakan berus yang lebih kecil untuk detail halus. LANGKAH 7 Biarkan Kering. Biarkan lukisan murid-murid kering. Selepas kering, muridmurid akan menjelaskan tentang karya yang telah dihasilkan.
LANGKAH 1 Pemilihan Daun. Pilih daun-daun segar dengan berbagai bentuk, ukuran, dan warna. Daun-daun yang memiliki bentuk dan tekstur yang menarik akan memberikan hasil cetakan yang lebih menarik. LANGKAH 2 Penyediaan Kertas. Potong kertas sesuai dengan ukuran yang diinginkan. Pastikan bahan ini berserat alami agar dapat menyerap dengan baik. LANGKAH 3 Penataan Daun di Atas Kertas. Tempatkan daun-daun di atas kertas. Susun daun mengikut kreativiti murid. Daun akan disusun bertingkattingkat. 6.0 BUTIRAN PROGRAM 5.4 Eco Printing Objektif: Melalui eco printing, murid dapat belajar mengenali dan menghargai bahan-bahan alami yang dapat digunakan dalam proses pencetakan. Mereka dapat memahami sumber daya alam dan bagaimana bahan-bahan tersebut dapat digunakan dalam seni. Eco printing merupakan bentuk seni yang ramah lingkungan karena menggunakan bahan-bahan alami dan tidak mencemari lingkungan dengan bahan kimia berbahaya. Ini memberikan kesempatan untuk membahas pentingnya seni yang ramah lingkungan. Proses eco printing memberikan ruang bagi kreativitas dan ekspresi pribadi. Murid dapat menciptakan design unik mereka sendiri dengan memilih dan menata daun-daun dan bahan alami lainnya sesuai dengan preferensi dan imajinasi mereka.
LANGKAH 4 Proses mengikat. Daun yang telah disusun akan diikat menggunakan tali dengan ketat, agar motif karya dapat dilihat denagn jelas. LANGKAH 5 Proses Pemanasan. Panaskan bahan yang telah dibungkus dan diikat menggunakan air karat, bahan boleh dirubus dengan menggunakan periuk. Biarkan proses ini berlangsung selama 1 jam. LANGKAH 6 Pengembangan Cetakan. Setelah proses pemanasan selesai, buka pembungkusan bahan dengan hati-hati. Biarkan cetakan mengering. LANGKAH 7 Pameraan Karya Seni. Berikan kesempatan bagi murid untuk memamerkan karya eco printing mereka. Guru atau kawan-kawan boleh memberi penilaian terhadap karya seni eco printing yang telah dihasilkan.
LANGKAH 1 Sesi taklimat dan penerangan. Sesi taklimat aktiviti dimulakan oleh guru bertugas mengenai latar belakang aktiviti. Manakala sesi penerangan perjalanan aktiviti pula disampaikan oleh saudara Andin selaku fasilitator dan ketua aktiviti. LANGKAH 2 Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan setiap kumpulan akan dibimbing oleh satu atau dua orang fasilitator. Setiap fasilitator kumpulan akan diberi satu tema arca yang sama, dan setiap fasilitator perlu membimbing ahli ahli kumpulan murid tersebut. LANGKAH 3 Aktiviti menghasilkan arca dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh pihak SK Kuala Slim. Fasilitator akan membimbing murid-murid bagi setiap kumpulan dalam proses penghasilan arca dan memastikan tindakan keselamatan murid-murid sentiasa diutamakan. 6.0 BUTIRAN PROGRAM 5.5 Arca Objektif: Menberikan pendedahan dan pengenalan tentang apa itu arca kepada murid-murid. Mengaplikasikan pelbagai media, teknik dan proses dalam penghasilan produk seni arca. Menghasilkan produk Seni Arca melalui penerokaan dengan menggunakan idea yang kreatif dan inovatif. Mempamerkan, menceritakan, pengalaman dalam penghasilan produk Seni Arca berpandukan Bahasa Seni Visual dengan menggunakan bahasa yang betul.
LANGKAH 4 Hasil arca yang telah siap akan dikumpulkan dan dilebelkan mengikut nama dan nombor kumpulan masing-masing diatas meja. Penilaian dilakukan berdasarkan sejauhmana kreativiti pelajar berhasil dikeluarkan menerusi bimbingan fasilitator. Hasil arca yang telah siap dinilai dari sudut estetik dan elemen seni visual yang diterapkan.
6.1 KELEMAHAN PROGRAM Sepanjang Program Slim Nature Upcycle, Artist In School berlangsung di Sekolah Kuala Slim, terdapat beberapa kelemahan yang dapat kami kenal pasti. Antara kelemahan program ialah kekurangan dari segi alatan dan bahan yang disediakan menyebabkan proses aktiviti berjalan dengan agak perlahan. Selain itu, tempat/ lokasi aktiviti yang agak terhad untuk jumlah murid yang ada juga menyukarkan pergerakan aktiviti dijalankan dengan lancar. Di samping itu juga, masa yang agak terhad menyebabkan fasilitator terpaksa mempercepatkan proses pengajaran kepada pelajar. Ini mengakibatkan segelintir pelajar tidak dapat memahami sepenuhnya aktiviti yang dijalankan di bilik darjah. 6.2 KELEBIHAN PROGRAM Program Slim Nature Upcycle, Artist In School dapat meningkatkan daya kreativiti dan daya pengetahuan murid-murid mengenai penghasilan karya seperti arca, rock painting, aktiviti denim dan eco printing. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat meningkatkan kebolehan kerjasama murid dalam kumpulan. 7.0 PENILAIAN PROGRAM
6.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM Sepangjang menjalankan aktiviti di Program Slim Nature Upcycle, Artist In School yang berlangsung di Sekolah Kuala Slim, terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan untuk menyempurnakan lagi program sebegini di masa hadapan. Antaranya ialah menyediakan alatan dan bahan yang secukupnya mengikut jumlah pelajar. Ini bagi memastikan setiap pelajar bergiat aktif dan tiada pelajar yang akan tercicir sepanjang aktiviti dijalankan bersama di bilik darjah. Di samping itu juga, penempatan lokasi aktiviti yang lebih luas harus dititikberatkan sebelum aktiviti dijalankan. Hal ini supaya setiap pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan keadaan yang lebih selesa dan fleksibel semasa aktiviti berlangsung. Selain itu, merancang masa dan perjalanan aktiviti yang lebih teratur. Perancangan masa yang baik dapat meningkatkan kelancaran aktiviti sekali gus memastikan aktiviti yang dijalankan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
8.0 LAMPIRAN GAMBAR PROGRAM mural
ec0-printing rock painting
denim ARCA
Pelajar AT23 dari kumpulan A dan kumpulan B bergambar bersama guru-guru dari SK Kuala Slim dan pensyarah bagi subjek KDP3016, Dr. Jamilah Omar dan suaminya
RUMUSAN Akhir kata, kami telah berjaya menyelesaikan program SLIM NATURE UPCYCLE, ARTIST IN SCHOOL antara UPSI dan SK Kuala Slim ini dengan jaya dan gemilangnya. Malah, program ini juga dibantu oleh penyelaras program iaitu Ketua Jabatan dan Reka Bentuk, Dr. Jamilah Bt Omar dari segi nasihat dan tunjuk ajar yang amat berguna untuk kami. Program ini juga telah mengajar kami untuk sentiasa bersikap positif kerana program ini diadakan di sekolah dan melibatkan komuniti dan warga sekolah Sk Kuala Slim termassuklah PIBG, Staff dan guru-guru. Secara tidak langsung, program ini melatih kami untuk berinteraksi bersama dengan komuniti luar kampus dengan lebih berkesan. Kami juga telah mengesan beberapa cadangan yang boleh diaplikasikan untuk penambahbaikan jika program ini diadakan pada sesi yang akan datang. Antaranya ialah, membuat persediaan yang lebih rapi terutamanya persediaan menghadapi atau menjalankan aktiviti sekiranya cuaca hujan. Kami amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
SCAN ME! PAUTAN VIDEO PERJALANAN PROOGRAM SELAMA 3 HARI DI SK KUALA SLIM.
KPD3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 LAPORAN PROGRAM SEMBANG SENI BERSAMA TOKOH SENI KUMPULAN KULIAH : KPD3016 AT23A KUMPULAN 5 PENSYARAH : DR. JAMILAH BINTI OMAR FESTIVAL SENI: SEMBANG SENI BERSAMA TOKOH SENi
TARIKH : 9 November 2023 TEMPAT : Panggung Percubaan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI. LAPORAN PROGRAM SEMBANG SENI BERSAMA TOKOH SENI HARI : Khamis MASA : 11.00 a.m - 1.00 p.m
1.0 PENGENALAN Pada 9 November 2023 yang lalu, Jabatan Seni dan Reka Bentuk dibawah naungan Fakulti Seni, Kelestarian, dan Industri Kreatif telah mengadakan “Festival Seni: Sembang Seni bersama Tokoh Seni“ . Program sembang seni ini telah mengupas topik tentang Cabaran Generasi Millenia dalam Melestarikan Seni Kreatif di Malaysia oleh panel-panel yang hadir. Program sembang seni ini dikendalikan sepenuhnya oleh timbalan dekan hal ehwal pelajar dan alumni, JSRB iaitu Prof. Madya Dr. Yaakup bin Muhd Rafee dan dihadiri oleh enam orang barisan tokoh seni jemputan yang sudi berkongsi ilmu.
Program ini menggalakkan mahasiswa/mahasiswi Ismp Seni untuk hadir mendengar perkongsian mengenai matapelajaran Pendidikan seni yang merupakan kursus major mereka di UPSI. Dengan adanya sesi sembang ini juga dapat membantu para graduan untuk bersiap sedia sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan untuk Latihan mengajar dan sebagainya. Bahkan ilmu yang dikongsi oleh tokoh-tokoh ini dapat digunapakai dan menjadi petunjuk kepada seseorang guru seni. Berdurasi sekitar dua jam, sembang seni itu berjaya menarik minat sekitar puluhan bahkan lebih penonton yang hadir yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar seni Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif. Sebelum menutup tirai, para penonton diberi peluang untuk mengajukan pelbagai soalan dan ternyata ramai penggiat seni saling mengajukan soalan kepada tetamu jemputan. Program berakhir dengan sesi bergambar bersama tetamu jemputan.
MENJADIKAN MAHASISWA/I MEMBUAT PERSEDIAAN YANG RAPI DARI SEGI FIZIKAL DAN MENTAL SEBELUM KE BIDANG PERGURUAN 2.1 2.2 2.3 MEMASTIKAN MAHASISWA/I MEMENUHI KRITERIA SEORANG GURU APABILA BERHADAPAN DENGAN PIHAK SEKOLAH DAN MURID MEMBERI PENDEDAHAN DAN PENGALAMAN SEORANG TOKOH SENI KEPADA MAHASISWA/I. 2.0 OBJEKTIF
3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM "Program Sembang Seni Bersama Tokoh Seni" adalah program yang bertujuan untuk memberikan platform kepada tokoh-tokoh seni untuk mengongsikan pengalaman mereka dalam dunia seni. Program ini merangkumi beberapa tujuan dan nilai-nilai tertentu yang ingin dicapai oleh penyelenggara. Tujuan dan nilai-nilai yang ingin dicapai ialah promosi seni dan budaya, seni menjadi inspirasi dalam pendidikan, pengenalan kreativiti dan inovasi seni dalam pendidikan serta pembangunan identiti budaya. Program ini juga diadakan untuk membantu para graduan untuk bersiap sedia sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan untuk Latihan mengajar dan sebagainya. Segala pengkongsian amatlah bermanfaat dan perlu diambil berat oleh para mahasiswa/i yang terlibat kerana tokoh yang dijemput meberi perkongsian merupakan insan-insan hebat dan berpengetahuan luas dalam dunia seni.
Kesimpulannya, program seperti ini dapat diadakan dalam berbagai bentuk, seperti wawancara, diskusi panel, pertunjukan seni, atau kombinasi dari berbagai elemen tersebut. Tujuannya adalah menciptakan pengalaman yang menarik dan memberdayakan para graduan untuk lebih bersedia dalam melaksanakan Latihan Menagajar mereka yang akan datang. Bahkan, program yang dianjurkan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mahasiswa/mahasiswa mengenai bidang yang mereka ceburi di peringkat Universiti. Mereka akan mempunyai satu keinginan iaitu perasaan ingin tahu yang mendalam dan secara tidak langsung menambahkan minat mereka untuk terus menimba ilmu. Program seperti ini juga dapat diarahkan untuk memotivasi dan menginspirasi generasi muda untuk mengejar cita-cita dalam bidang seni. Dengan mendengarkan kisah keberhasilan tokoh seni yang datang dapat memberikan dorongan dan keyakinan kepada mereka yang memiliki minat dalam seni.
4.0 SASARAN/PENCAPAIAN AKTIVITI PROGRAM Sasaran program Terbuka kepada mahasiswa/mahasiswi UPSI terutamanya kepada pelajar yang mengambil pengkhususan AT23 Pendidikan Seni. Seluruh warga Jabatan Seni dan Reka Bentuk digallkan untuk turut serta dalam program tersebut. Pencapaian Aktiviti Program berjaya menggumpulkan peserta melebihi bilangan yang dijangkakan bahkan pelajar bukan jurusan seni juga telah menghadirkan diri dalam program tersebut. Program berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Mampu memperkenalkan seni dengan lebih luas dengan adanya perkongsian yang mantap daripada tokoh jemputan.
5.0 PENILAIAN PROGRAM 5.1 KELEMAHAN PROGRAM Program sembang seni bersama tokoh seni yang telah dianjurkan oleh pihak fakulti seni kelestarian dan industri kreatif di Panggung Percubaan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI. Sepanjang program ini berlangsung terdapat juga gerai jualan dan pameran seni di luar bangunan Dewan Tuanku Cansellor, hal ini telah mengalih perhatian siswa dan peserta. Kebanyakan peserta lebih tertarik oleh pameran seni.
5.2 KELEBIHAN PROGRAM Program Sembang Seni bersama tokoh Seni ini telah menganjurkan pelbagai acara telah diadakan seperti gerai jualan serta pameran seni yang melibatkan seni batik, anyaman, logam, kraf dan sebagainya. Pihak program telah memberi demostrasi dalam menghasilkan karya seni secara bersemuka seperti, batik, tenunan, anyaman, lukisan, logam dan sebagainya. Hal ini dapat memberi peluang untuk peserta program dapat mencuba untuk menghasilkan karya sendiri. Melalui program ini, peserta dapat memahami proses penghasilan sebuah karya seni dan juga mendapat pengalaman dalam penghasilan seni.
Terdapat beberapa cadangan penambaikan untuk program ini, iaitu: Kebolehcapaian Melalui Pelbagai Platfom: Pihak penganjuran program boleh menyediakan integrasi yang lebih baik dengan platform dan aplikasi lain untuk memudahkan akses pengguna dari pelbagai medium. Hal ini juga dapat meningkatkan kemudahan penggunaan program talk melalui telefon pintar, speaker pintar, aplikasi mudah alih, dan lain-lain. Peluasan Topik dan Pemahaman Konteks: Pengajur program perlu memperkaya pangkalan data untuk meningkatkan pengetahuan program tentang pelbagai topik. Pihak penganjuran program juga meningkatkan kebolehan program untuk memahami konteks dan memberikan respons yang lebih relevan. 5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
6.0 LAMPIRAN GAMBAR PROGRAM
RUMUSAN Program sembang seni bersama tokoh telah selesai dengan jaya dan gemilangnya. Malah, program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh warga Jabatan Seni dan Reka Bentuk khusunya kerana tokoh-tokoh jemputan yang hadir bukanlah orang biasa. Program ini juga telah mengajar kami untuk sentiasa bersikap positif dan mewujudkan keyakinan diri kerana segala ilmu dan perkongsian yang diberikan amatlah berguna apabila melangkah ke alam kerjaya kelak lebih-lebih lagi sebagai seorang guru Pendidikan seni. Secara tidak langsung, program ini melatih kami untuk berinteraksi dengan komuniti luar kampus dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana, kami diberikan peluang untuk bebas bertanyakan soalan kepada panel jemputan tentang apa yang kurang difahami. Tambahan pula, bakal wujudnya komunikasi dua hala antara mereka yang menyebabkan pelajar tidak takut untuk bertanyakan soalan. Kami juga telah mengesan beberapa cadangan yang boleh diaplikasikan untuk penambahbaikan jika program ini diadakan pada sesi yang akan datang. Antaranya ialah, membuat persediaan yang lebih rapi terutamanya persediaan menghadapi atau menjalankan aktiviti sekiranya jumlah peserta ramai atau melebihi dari yang dijangkakan. Selain itu, tempat berlangsungnya program akan datang mungkin diadakan ditempat yang mempunyai ruang lebih luas. Akhir kata, Kami amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami.
SEKIAN, TERIMA KASIH.