The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI & PENGGALIAN JALAN NS (LENGKAP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by blqsysrnzm, 2023-10-12 00:42:37

GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI & PENGGALIAN JALAN NS (LENGKAP)

GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI & PENGGALIAN JALAN NS (LENGKAP)

2022


PRAKATA TPr MD. NAZRI BIN ABDULLLAH PENGARAH Bagi merealisasikan Garis Panduan ini, gerak kerja telah dimulakan pada tahun 2020, PlanMalaysia@Selangor bersama-sama dengan jabatan-jabatan teknikal, pihak berkuasa tempatan, dan lain-lain agensi di peringkat persekutuan dan negeri berganding bahu dalam menyediakan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utilti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor. Garis Panduan ini merangkumi hampir kesemua aspek utama dalam perancangan dan pengurusan utiliti bagi kawasan pembangunan baru ataupun pembangunan sediada. Selain itu juga Garis Panduan Edisi pertama ini juga dilengkapkan dengan perkara dan sub-perkara khususnya yang melibatkan perundangan dan peraturan serta aspek teknikal yang berkuatkuasa dan ia dipersembahkan dengan cara yang mudah dirujuk kepada semua pengguna. Penyediaan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan ini juga dihasilkan selari dengan prinsip dan matlamat peduli rakyat dan Smart Selangor. Menjadi harapan kita semua supaya garis panduan ini dapat digunakan secara berkesan dan menyeluruh bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di Negeri Selangor. Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor (GPLKUPJNS) Edisi Pertama ini merupakan Garis Panduan yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 19/2022 pada 10 Ogos 2022 dan disahkan oleh MMKN ke 20/2022 pada 24 Ogos 2022 dan telah berkuatkuasa bermula 1 September 2022. Garis panduan ini dilihat selari dengan senario dan perkembangan pembangunan semasa dengan tujuan untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan yang lebih sempurna selaras dengan visi Kerajaan Negeri Selangor iaitu “Selangor Negeri Smart and Caring” (SAC).


MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT fifffflffiflff Disediakan oleh Dengan Kerjasama


Garis Panduan ini telah diluluskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 19/2022 pada 10 Ogos 2022 dan disahkan oleh MMKN ke 20/2022 pada 24 Oos 2022 dan telah diluluskan pemakaiannya berkuatkuasa 1 September 2022. KLAUSA KECUALIAN (SAVING CLAUSE) Semua manual, garis panduan, tatacara, pekeliling, pemberitahuan, notis, yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut mana-mana pernyataan bertulis yang mansuh menurut kuasa oleh Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utilti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh manual, garis panduan, tatacara, pekeliling, pemberitahuan, notis, yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut mana-mana pernyataan bertulis atau dibuat di bawah Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor ini.


CETAKAN PERTAMA 2022 EDISI PERTAMA (2022) Hakcipta terpelihara Mana-mana dalam laporan ini tidak lagi boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam apa-apa bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu. @Hakcipta 9786299711315 ISBN 978-629-97113-1-5 ISBN 978-629-97113-1-5


1 | GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI DAN PENGGALIAN JALAN NEGERI SELANGOR PLANMalaysia@Selangor Perancangan Melangkaui Kelaziman Planning : Beyond Conventional


2 | GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI DAN PENGGALIAN JALAN NEGERI SELANGOR KANDUNGAN GARIS PANDUAN BAHAGIAN 1 PENGENALAN 1. TAFSIRAN 2. PUNCA KUASA 3. TUJUAN GARIS PANDUAN 4. LATARBELAKANG 5. SKOP PELAKSANAAN GARIS PANDUAN KEMUDAHAN UTILITI 5.1 Skop Kawasan Pembangunan Utiliti BAHAGIAN 2 GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI 6. PENYELENGGARAN/PEMBINAAN UTILITI DI KAWASAN PEMBANGUNAN SEDIA ADA (BROWNFIELD) YANG MELIBATKAN PENGGALIAN PERMUKAAN BERTURAP JALAN. 6.1 Kerja 1: Prosuder Kerja Terancang 6.2 Kerja 2: Prosedur Kerja Tidak Terancang (Kerja Kecemasan) 6.3 Kerja 3: Kerja Pengalihan Utiliti Bagi Pembangunan Semula 7. KORIDOR UTILITI DI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU (GREENFIELD) 7.1 Penyediaan Laluan Koridor Utiliti di Kawasan Greenfield 8. KAEDAH-KAEDAH PEMBANGUNAN LALUAN KHUSUS KORIDOR UTILITI 8.1 Terowong Utiliti Bersepadu (Common Utility Tunnel) 8.2 Dedicated Utilities Road Crossing (DURC) 8.3 Duktus Komunikasi Gunasama


3 | BAHAGIAN 3 STRUKTUR PENGURUSAN KORIDOR UTILITI NEGERI SELANGOR 9. STRUKTUR PENGURUSAN 9.1 Peranan Agensi & Jawatankuasa Berkaitan 9.2 Pihak Berkuasa Melulus 9.3 “One Stop Agency”/ Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) 9.4 Penyedia Utiliti/ Pemohon 9.5 Agensi Teknikal BAHAGIAN 4 SISTEM PENGURUSAN INFRASTRUKTUR KORIDOR UTILITI 10. PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAGI KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR & UTILITI 10.1 Tujuan 10.2 Pangkalan Data Negeri 10.3 Struktur Pangkalan Data BAHAGIAN 5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KUSEL DI DALAM MELAKSANAKAN KORIDOR UTILITI 11. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KUSEL 11.1 Aktiviti Penggalian dan Penyelarasan Penyelenggaraan Kemudahan/ Utiliti 11.2 Pelaksanaan Garis Panduan Untuk Pembangunan (Greenfield) kurang 100 hektar 11.3 Membantu Pembangunan Sistem Maklumat Infrastruktur (bawah tanah) di Negeri Selangor. 11.5 Menyediakan Satu Platform Berasaskan Internet Yang Dapat Dijadikan Rujukan kepada Pihak Umum dan Jabatan Teknikal 12. LAIN-LAIN RUJUKAN 13. PENUTUP


4 | SENARAI RAJAH Rajah 1: Susunatur Utiliti Bawah Tanah Rajah 2: Skop bagi Pembangunan Brownfield dan Greenfield Rajah 3: Carta Alir Proses Pembangunan Brownfield Bagi Kerja-Kerja Terancang. Rajah 4: Jajaran Sepanjang Tebing Sungai Rajah 5: Carta Alir Bagi Proses Permohonan Brownfield Untuk Kerja-Kerja Tidak Terancang Rajah 6: Carta Alir Proses Permohonan Bagi Kerja-Kerja Pengalihan Pembangunan Semula (Brownfield) Rajah 7: Keratan Rentas Laluan Koridor Utiliti Di Dalam ROW – 66’ Rajah 8: Keratan Rentas Laluan Koridor Utiliti Di Dalam ROW – 100’ Rajah 9: Susunatur Utiliti Bawah Tanah Rajah 10: Keratan Rentas Terowong Utiliti Bersepadu (CUT) Putrajaya (Secondary) Yang Mempunyai 4 Ruang/ Galeri. Saluran Gas Dan Kabel Elektrik Diletakkan Dalam Galeri Berasingan Rajah 11: Keratan rentas menunjukkan kedudukan CUT di bawah rezab jalan Rajah 12: Dedicated Utility Road and Crossing (DURC) Rajah 13: Rekabentuk Duktus Gunasama Komunikasi Rajah 14: Duktus Komunikasi Gunasama Bagi Pembangunan Sedia Ada dan Baharu (Brownfield & Greenfield) Rajah 15: Kategori Duct Rajah 16: Rekabentuk dan Spesifikasi Standard Manhole Rajah 17: Struktur Pengurusan Bagi Koridor Utiliti Rajah 18: Standard Operating Prosedur (SOP) bagi Penerimaan, Pemprosesan dan Muatnaik Data Digital Rajah 19: Model Pangkalan Data Utiliti Negeri Selangor Rajah 20: Data Atribut Koridor Utiliti Selangor


5 | SENARAI JADUAL Jadual 1: Caj Perkhidmatan Utiliti Jadual 2: Tempoh masa Penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti, Pelan Pengurusan Trafik dan Pelan Siap Bina Jadual 3: Jarak Maksimum Korekan Terbuka Jadual 4: Keperluan Koridor Utiliti Mengikut Keluasan Pembangunan Jadual 5: Keperluan Laluan Utiliti Mengikut Kelebaran Jalan Jadual 6: Jarak dan Susunan Kemudahan Utiliti Jadual 7: Jenis-Jenis Manhole Jadual 8: Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa Teknikal


6 | SINGKATAN BD : Bank Deraf BG : Bank Guarantee CCC : Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan/ Certificate of Compliance and Completion DLP : Tempoh Liabiliti Kecacatan/ Defected Liability Period DURC : Dedicated Utilities Road Crossing GI : Galvanized Iron GP : Garis Panduan HDD : Horizontal Direct Drilling HDPE : High density Polythylene IWK : Indah Water Konsortium JKR : Jabatan Kerja Raya JPS : Jabatan Pengairan dan Saliran JTB : Juruukur Tanah Berlesen JUPEM : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia KUSEL : Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd MBI : Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MMKN : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MTSFB NFP : : Malaysia Technical Standard Forum Berhad Penyedia Kemudahan Rangkaian OSA : One Stop Agency OSC : One Stop Centre PBM : Pihak Berkuasa Melulus PBT : Pihak Berkuasa Tempatan PVC : Polyvinyl Chloride ROW : Right of Way SKMM : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SOP : Standard Operation Procedure TM : Telekom Malaysia TNB : Tenaga Nasional Berhad TSIR UPEN : : Technical Standard And Infrastructure Requirement Unit Perancang Ekonomi Negeri


7 | BAHAGIAN I PENGENALAN 1.0 TAFSIRAN 1.1 “Brownfield” ertinya kawasan yang telah dibangunkan tetapi ditinggalkan atau terbiar atau mempunyai struktur pembangunan yang usang atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya, terbengkalai dan mungkin tercemar atau tidak tercemar; 1.2 “Caj Pendaftaran Utiliti” ertinya bayaran ‘wang hangus’ yang dikenakan ke atas pemohon untuk mendaftarkan permohonan pemasangan infrastruktur utiliti; 1.3 “Caj Perkhidmatan Utiliti” ertinya bayaran ‘wang hangus’ yang dikenakan ke atas pemohon oleh PBM di atas perkhidmatan urus tadbir pemasangan infrastruktur utiliti yang disediakan berdasarkan skop kerja yang telah ditentukan; 1.4 “Greenfield” ertinya kawasan / tanah yang merangkumi habitat / kawasan hutan dan tanah pertanian produktif yang tidak dibangunkan. Ini termasuklah lingkaran hijau di kawasan bandar; 1.5 “Infrastruktur Utiliti” ertinya rangkaian infrastruktur bawah dan atas tanah untuk perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia utiliti termasuk pengagihan kabel elektrik, paip air, kabel komunikasi, paip gas, paip pembentungan, kabel lampu isyarat, kabel lampu jalan dan CCTV; 1.6 “Jawatankuasa Pengurusan Koridor Utiliti Negeri” ertinya jawatankuasa yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi meluluskan dan meminda Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti Negeri Selangor yang akan digunapakai dalam perancangan dan pembangunan koridor utiliti Negeri Selangor; 1.7 “Koridor Utiliti” ertinya sebahagian rizab jalan (ROW) yang menempatkan rangkaian infrastruktur utiliti seperti kabel elektrik, telekomunikasi, paip air, paip gas dan sistem pembentungan;


8 | 1.8 “Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL)” ertinya syarikat yang dilantik oleh pihak Berkuasa Negeri untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai Agensi Pusat Setempat / “One Stop Agency (OSA)” bagi tujuan menyelaras dan mengurus aktiviti berkaitan pembangunan dan penyelenggaraan laluan kemudahan utiliti serta membangunkan Pangkalan Data Utiliti Negeri; 1.9 “Pemohon” ertinya penyedia utiliti, syarikat, firma, pertubuhan perbadanan atau mana-mana individu yang memohon untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan, pemasangan dan/atau penyelenggaraan infrastruktur utiliti; 1.10 “Penyedia Utiliti” ertinya syarikat-syarikat utiliti yang menyediakan perkhidmatan awam seperti yang telah dilantik atau diberi lesen di bawah undang-undang Malaysia iaitu Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Gas Malaysia, Gas Petronas, Indah Water Konsortium (IWK) dan Syarikat Telekomunikasi yang memiliki lesen yang ditakrifkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588); 1.11 “Pengurus Pemetaan Dan Pengurusan Trafik” ertinya pihak yang dilantik oleh KUSEL untuk menyediakan pelan utiliti, pelan trafik, pelan siap bina dan laporan- laporan berdasarkan format yang ditetapkan. 1.12 “Pihak Berkuasa Melulus” ertinya Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kerja Raya; 1.13 “Wang Cagaran Utiliti” ertinya deposit wang jaminan pelaksanaan dalam bentuk Bank Deraf (BD) dan/atau Jaminan Bank/ “Bank Guarantee” (BG) yang dibayar kepada Pihak Berkuasa Melulus atau agensi berkaitan mengikut terma, kadar, tempoh dan syarat- syarat yang ditetapkan; 1.14 “Pelan siap bina (As-Built Plan)” ertinya lukisan bagi pembinaan yang telah siap secara keseluruhan merangkumi semua sistem perkhidmatan dan fasiliti yang berkaitan dokumen-dokumen sokongan berkaitan seperti manual operasi dan penyelengaraan.


9 | 2.0 PUNCA KUASA Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 35/2020 bertarikh 07 Oktober 2020 dan disahkan oleh MMKN ke 36/2020 pada 14 Oktober 2020 mengambil maklum akan maklum balas daripada Kamar Penasihat Undang-Undang berhubung keputusan MMKN ke 30/2020 mengenai cadangan Penubuhan Agensi Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL). Selanjutnya, MMKN menimbangkan dan meluluskan perkara-perkara berikut:- i. Bersetuju dengan penubuhan Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL) sebagai badan penyelaras dan Penyelia Utiliti Negeri Selangor di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI); ii. Bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Induk Pembangunan Koridor Utiliti Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta diurus setia oleh Seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN; iii. Bersetuju dengan Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Koridor Utiliti Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia @Selangor serta diurus setia oleh Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL); dan iv. Bersetuju agar Seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN bersama semua pihak yang terlibat membuat kajian lanjut atau feasibility study untuk memastikan peruntukan undang-undang kecil tidak bercanggah dengan undang-undang lain yang terpakai seperti ulasan Kamar Penasihat UndangUndang.


10 | 3.0 TUJUAN GARIS PANDUAN Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor Tahun 2022. Garis Panduan ini bertujuan untuk memandu dan merancang pembangunan koridor utiliti bagi pembangunan baru, pembangunan semula dan sedia ada bagi mengawal selia aktiviti penggalian jalan akibat penyelenggaraan/pembaikan utiliti supaya situasi jalan dalam keadaan baik untuk memastikan perancangan dan pembangunan utiliti akan lebih teratur dan terkawal serta pembangunan pangkalan data yang komprehensif bagi Negeri Selangor. Objektif Garis Panduan adalah seperti berikut: - i. Memastikan perancangan dan penyediaan rizab serta penempatan utiliti di Negeri Selangor adalah selaras dan bersistematik; ii. Memastikan penggalian jalan untuk penyelenggaraan/pembaikan utiliti dibuat dengan teratur, terkawal dan dipulihkan sebaik-baiknya; iii. Membangunkan pangkalan data mengikut format keseragaman yang telah ditetapkan, mengawal dan mengemaskini data serta melaksanakan pemantauan yang berterusan; dan iv. Menjamin kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalan raya dan masyarakat. 4.0 LATAR BELAKANG Infrastruktur dan utiliti memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti. Walaupun begitu terdapat beberapa isu berkaitan perancangan dan pembangunan utiliti terutamanya di Negeri Selangor seperti berikut::- i. Penempatan laluan utiliti sering kali tidak dirancang dari peringkat awal cadangan pembangunan;


11 | ii. Ketiadaan penyelarasan rangkaian laluan dan kabel bagi kemudahan utiliti telah mengakibatkan ianya diletakkan secara tidak teratur; iii. Penyelenggaraan atau kerja menaik taraf perkhidmatan sering kali melibatkan korekan atas turapan jalan. Ianya memberi kesan negatif ke atas kualiti visual, alam sekitar dan kesejahteraan penduduk; iv. Melibatkan kos yang tinggi dan jangkamasa yang panjang berkaitan perancangan dan pembangunan utiliti; v. Tiada pangkalan data utiliti berpusat yang dibangunkan diperingkat Negeri Selangor; dan vi. Kekurangan penyelarasan dan panduan berdasarkan kepada Dasar Tanpa Korekan (No Dig Policy) yang menggariskan keperluan untuk: - • Mengelakkan korekan terbuka dalam pemasangan laluan utiliti baru dan penambahbaikan akan datang; • Meminima gangguan terhadap trafik dan orang awam; dan • Memberi perlindungan kepada talian atau kabel utiliti. 5.0 SKOP PELAKSANAAN GARIS PANDUAN KEMUDAHAN UTILITI Rizab koridor utiliti dalam garis panduan ini bermaksud ruang khas yang disediakan untuk menempatkan laluan kabel atau paip untuk kemudahan utiliti yang dikongsi bersama oleh penyedia-penyedia perkhidmatan utiliti. Ianya boleh digunakan bagi menempatkan utiliti-utiliti seperti berikut: i. Paip Air ii. Paip Gas iii. Kabel Telekomunikasi iv. Paip pembentungan v. Kabel Elektrik vi. Lain-lain Utiliti seperti Storm Drain


12 | Kebiasaanya, laluan ini adalah terletak di dalam rezab jalan yang disediakan bagi sesuatu kawasan. Rajah 1: Susunatur Utiliti Bawah Tanah 5.1 Skop Kawasan Pembangunan Utiliti Bagi maksud Garis Panduan ini, skop kawasan pembangunan utiliti ini meliputi dua kawasan utama iaitu pembangunan brownfield dan greenfield. Rajah 2: Skop bagi Pembangunan Brownfield dan Greenfield SKOP PEMBANGUNAN BROWNFIELD PEMBANGUNAN GREENFIELD PEMBANGUNAN TIDAK TERANCANG PERMOHONAN PENGALIHAN PEMBANGUNAN SEMULA PEMBANGUNAN TERANCANG ULASAN PERANCANGAN KEBENARAN MERANCANG


13 | 5.1.1 Garis Panduan ini memberi penekanan kepada aspek perletakan, saiz, reka bentuk dan pelaksanaan serta pengawalan. Syarat-syarat terperinci yang melibatkan kepakaran kejuruteraan dan teknikal yang lain hendaklah dirujuk kepada agensi pakar yang berkaitan serta keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT). 5.1.2 Garis panduan ini merangkumi perancangan rizab koridor utiliti di bawah tanah yang terletak di bahagian kiri dan kanan jalan di dalam ROW (Right of Way) untuk laluan utiliti. Garis panduan ini adalah terpakai bagi pembangunan brownfield dan greenfield. 5.1.3 Garis panduan ini melibatkan pembangunan utiliti di kawasan brownfield dan greenfield yang meliputi rezab jalan yang telah diwartakan di bawah seliaan pihak berkuasa melulus (Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan).


14 | BAHAGIAN II GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI 6.0 PENYELENGGARAN/PEMBINAAN UTILITI DI KAWASAN PEMBANGUNAN SEDIA ADA (BROWNFIELD) YANG MELIBATKAN PENGGALIAN PERMUKAAN BERTURAP JALAN. 6.1 Kerja 1: Prosedur Kerja Terancang 6.1.1 Definisi Merupakan kerja-kerja pembangunan utiliti mengikut keperluan pembangunan dan penambahbaikan di kawasan brownfield yang telah dirancang dan dijadualkan pelaksanaannya seperti pemasangan utiliti baru atau menaiktaraf utiliti. 6.1.2 Prosedur pembangunan sedia ada bagi kerja-kerja terancang merangkumi: i. Sebelum Kerja; ii. Semasa Kerja; iii. dan Selepas Kerja 6.1.3 Berikut merupakan carta alir proses pembangunan brownfield bagi kerja-kerja terancang:


15 | Rajah 3: Carta Alir Proses Pembangunan Brownfield Bagi Kerja-Kerja Terancang.


16 | 6.1.4 Syarat Am Bagi prosedur kerja-kerja terancang dikawasan sedia ada: Sebelum Kerja Pada peringkat Pra Permohonan/ Kelulusan Izin Lalu: 1. Pemohon hendaklah mendaftar dan mengemukakan permohonan izin lalu melalui format dan kaedah yang ditetapkan serta membayar Caj Pendaftaran Projek Utiliti mengikut kadar yang ditetapkan oleh KUSEL dengan melayari Sistem Aplikasi Atas Talian KUSEL (SAAT), http://saat.kusel.my. 2. Sistem SAAT adalah sistem aplikasi atas talian yang digunakan oleh Pemohon untuk membuat permohonan permit korekan. 3. Pemohon perlu melengkapkan perincian permohonan mengikut butiran berikut: • Surat Permohonan kepada KUSEL • Cadangan Teknikal (Pelan Tapak, Laporan Gambar Tapak Kerja, Penandaan Lokasi & Cadangan Kaedah Kerja) • Cadangan laluan dalam fail kmz atau kml 4. KUSEL akan menyemak dan memastikan segala dokumen yang dikemukakan lengkap sebelum memproses permohonan ke peringkat seterusnya. 5. Setelah segala dokumen telah dipastikan lengkap, KUSEL akan membuat lawatan tapak (jika perlu) berdasarkan cadangan teknikal pemohon dengan melibatkan Pihak Pemohon, Pihak Berkuasa Melulus, Pengurus Penyedia Pemetaan Dan Pengurusan Trafik serta pihak Penyedia Utiliti lain. 6. Pihak Berkuasa Melulus akan memberi ulasan berkenaan kesesuaian cadangan teknikal permohonan di lokasi permohonan dan syarat- syarat kelulusan permit kerja di kawasan permohonan. 7. Jika terdapat sebarang pindaan, PBM akan menyerahkan kepada KUSEL untuk pindaan dan proses seterusnya. 8. KUSEL akan memaklumkan kelulusan izin lalu, syarat-syarat kelulusan permit kerja dan Caj Perkhidmatan Utiliti yang perlu dibayar bagi tujuan pemprosesan Kelulusan Permit Kerja kepada Pemohon. 9. Tempoh kelulusan izin lalu hanya sah untuk tempoh tiga (3) bulan sahaja dari tarikh diterima oleh Pemohon. Peringkat seterusnya, Permohonan Lengkap/ Kelulusan Permit:


17 | 1. Permohonan kelulusan permit kerja perlu dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sahaja dari tarikh surat kelulusan izin lalu diterima oleh Pemohon. Sekiranya tamat tempoh tiga (3) bulan tersebut dan tiada sebarang permohonan kelulusan permit kerja dikemukakan, maka kelulusan izin lalu akan terbatal dengan sendirinya dan Pemohon perlu membuat permohonan semula kepada KUSEL. 2. Pemohon perlu melengkapkan perincian permohonan lengkap dengan merujuk kepada Senarai Semak Permohonan Permit Korekan dan Borang Maklumat Permohonan Permit yang dikeluarkan oleh pihak KUSEL melalui Sistem Atas Talian KUSEL (SAAT). (Rujuk Lampiran 1) 3. Pemohon juga hendaklah menjelaskan semua Caj berkaitan Perkhidmatan Utiliti termasuk caj yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Melulus serta mengemukakan permohonan kelulusan permit kerja kepada KUSEL sebelum tempoh tamat. 4. Antara caj yang perlu dijelaskan oleh pemohon termasuk caj yang dikenakan oleh PBM: Caj Perkhidmatan Utiliti Bayaran Kepada Caj Pelan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah (UDM) Caj Topografi KUSEL Caj Pelan Pengurusan Trafik (TMP) Caj Proses Permohonan Permit (Wang Hangus) Wang Cagaran PBM Lain- lain caj tambahan yang disyaratkan oleh PBM Jadual 1: Caj Perkhidmatan Utiliti 5. Jika pembayaran wang cagaran tidak di selesaikan dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan terbatal dan perlu membuat permohonan semula. 6. Pemohon hendaklah menjelaskan Wang Cagaran Utiliti kepada Pihak Berkuasa Melulus berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus. Kesemua kadar caj berkaitan perkhidmatan utiliti yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Melulus adalah mengikut ketetapan semasa oleh Pihak Berkuasa Melulus masing-masing. 7. KUSEL akan menguruskan penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan Pelan Pengurusan Trafik berdasarkan format yang ditetapkan dengan melantik pihak yang kompeten. Pada masa yang sama, Pemohon akan menyediakan dokumen permohonan lengkap untuk permit kerja. 8. Penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan Pelan Pengurusan Trafik yang dilaksanakan oleh pihak kompeten yang dilantik oleh KUSEL mengambil masa dengan minima 16 hari bekerja bagi panjang projek lebih daripada 3km. (Rujuk Jadual 2)


18 | Jarak (Meter) Tempoh Siap (Minima) <1000m 7 hari bekerja 1001m – 2000m 10 hari bekerja 2001m – 3000m 12 hari bekerja >3000m 16 hari bekerja Jadual 2: Tempoh masa Penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti, Pelan Pengurusan Trafik dan Pelan Siap Bina 9. KUSEL akan menyemak, mengulas dan memajukan permohonan yang telah lengkap kepada Pihak Berkuasa Melulus berkaitan bagi mendapatkan kelulusan permit kerja. 10.Permit Korekan akan dikeluarkan di atas nama KUSEL selaku pemohon permit bagi permohonan yang mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Melulus untuk tujuan penyelarasan kerja dan pemantauan. 11.Semua resit bayaran permit korekan jalan dan deposit akan dikeluarkan atas nama “Pembayar” yang membuat bayaran samada Penyedia Utiliti/ Pemaju/ Kontraktor Sendiri. 12.KUSEL akan memaklumkan kelulusan permit berserta syarat-syarat korekan kepada pemohon. Semasa Kerja Peringkat Kelulusan Permit Kerja: 1. Pemohon perlu menyerahkan Notis Mula Kerja pada hari pertama kerja di tapak dijalankan kepada KUSEL. (Rujuk Lampiran 2) 2. Pihak kontraktor yang dilantik hendaklah menjalankan kerja tapak dengan mematuhi syarat-syarat mengikut kelulusan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus. 3. Waktu menjalankan kerja akan dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Melulus. Penjadualan kerja di kawasan yang penting atau sibuk hendaklah dilakukan pada waktu diluar waktu puncak “off peak period” atau pada lewat malam. 4. Kontraktor hendaklah menyerahkan Laporan Kerja Semasa di tapak mengikut format serta kaedah yang ditetapkan oleh KUSEL.


19 | 5. Pemantauan semasa kerja akan dijalankan sekiranya perlu oleh pihak PBM dan KUSEL bagi memantau kerja-kerja ditapak. 6. Bagi tempoh kerja yang melebihi tempoh permit yang diluluskan, permohonan lanjutan tempoh untuk permit baru perlu dikemukakan oleh Pemohon dua (2) minggu sebelum tamat tempoh permit itu. 7. Sekiranya terdapat sebarang kegagalan atau ketidakpatuhan mengikut syarat yang ditetapkan, PBM berhak mengambil tindakan sewajarnya atau memberhentikan sebarang kerja di tapak. Selepas Kerja Bagi Peringkat Kelulusan Siap Bina: Sijil Perakuan Siap Kerja/Certificate of Practical Completion (CPC): 1. Pemohon hendaklah menyerahkan Notis Siap Kerja satu (1) hari selepas kerja di tapak pembinaan selesai dilaksanakan. (Rujuk Lampiran 3) 2. Pemohon juga hendaklah menyerahkan laporan siap kerja yang lengkap mengikut format yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus. 3. KUSEL akan menyediakan Pelan Siap Bina (As-Built Plan) yang telah disahkan dan lengkap mengikut format untuk diserahkan kepada Pihak Berkuasa Melulus. 4. Tempoh penyediaan Pelan Siap Bina (As Built Plan) adalah sama dengan tempoh penyediaan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah. (Rujuk Jadual 2) 5. KUSEL juga akan menyemak dokumen lengkap bagi pematuhan syarat Sijil Perakuan Siap Kerja sebelum penyerahan kepada Pihak Berkuasa Melulus. 6. Pemantauan akan dilaksanakan oleh pihak PBM dan KUSEL bagi memastikan kerja yang dijalankan mengikut spesifikasi dan syarat yang telah ditetapkan. 7. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan, Pemohon dan Kontraktor perlu bertanggungjawab membaiki kerosakan dengan kos tanggungan sendiri sehingga didapati memuaskan dan seperti yang diminta PBM yang berkenaan. 8. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan atas pertimbangan Pihak Berkuasa Melulus setelah meneliti laporan bahawa semua kerja-kerja telah sempurna dijalankan mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan. Peringkat Pemulangan Wang Cagaran:


20 | 1. Setelah mendapatkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), Pemohon perlu membuat permohonan bagi pemulangan Wang Cagaran kepada PBM selepas tempoh Defect Liability Period tamat (Tempoh DLP tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melulus). 2. Pemohon perlu membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan daripada wang cagaran tidak dapat ditebus tertakluk kepada setiap PBM 3. Tempoh bagi pemulangan Wang Cagaran adalah tertakluk kepada PBM masingmasing. 6.1.5 Syarat-Syarat Teknikal; a) Kerja-kerja pengorekan boleh dilaksanakan menggunakan kaedah pengorekan terbuka (Open Cut), Horizontal Directional Drilling (HDD) atau mengikut kelulusan daripada pihak PBM dan ketetapan syarat-syarat merujuk kepada garispanduan MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work. b) Bagi kaedah HDD kedalaman minima dan jarak anjakan yang dibenarkan adalah bergantung kepada jumlah saliran merujuk kepada garispanduan MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work Part 4: Horizontal Directional Drilling. c) Bagi kerja pengorekan terbuka (Open Cut) di atas jalan berturap, kerja tersebut hendaklah dimulakan secara “Cleancut with diamond cutter” atau seumpama dengannya dimana penggunaan jentera pengorek secara terus adalah tidak dibenarkan. d) Hanya satu pemotongan terbuka yang merentangi jalan dibenarkan di kawasan yang sama pada satu-satu masa. Pemotongan lain akan hanya dibenarkan selepas kerja-kerja baikpulih selesai dijalankan dengan sempurna di lokasi rentangan pertama.


21 | e) Kerja pengorekan jalan pada satu masa adalah tidak dibenarkan melebihi panjang sebagaimana yang dinyatakan di jadual seperti yang berikut; Bil . Penyedia Utiliti Jarak maksimum korekan terbuka yang dibenarkan pada satu masa i. Telekomunikasi 250 meter ii. Bekalan Air 100 meter iii. Bekalan Elektrik 100 meter iv Gas 100 meter v. Pembentung 100 meter Nota: Untuk lain-lain penyedia utiliti, jarak maksimum adalah bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melulus. Jadual 3: Jarak Maksimum Korekan Terbuka Sumber: Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR Pindaan 2018 f) Kedalaman paip/kabel seharusnya ditanam tidak kurang 1.5meter daripada permukaan jalan hingga bahagian atas paip (crown pipe level). g) Semua lintasan/jajaran di pavemen dan bahu jalan seharusnya disediakan rekabentuk oleh perunding kejuruteraan awam dan/atau perunding berkaitan yang bertauliah untuk persetujuan Pihak Berkuasa Melulus. h) Pengurusan trafik di tapak kerja perlu mematuhi perkara berikut: i. Perlantikan Jururunding bertauliah untuk kerja-kerja Pengurusan Trafik dan Keselamatan di tapak kerja. ii. Perunding yang dilantik hendaklah mematuhi kaedahkaedah dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh KUSEL. iii. Mengikut kehendak JKR/SPJ/2008- Seksyen 4 dan REAM Guideline – GL4/2002.


22 | i) Bagi pembangunan koridor yang melibatkan kawasan sungai dan saliran perlu merujuk Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada tahun 2011. j) Jajaran di bawah sungai perlulah: i. Kedalaman minima antara aras dasar sungai yang direkabentuk (design bed level) dengan lapisan teratas saluran paip utiliti mestilah tidak kurang dari 1.5 meter. ii. Panjang bagi saluran paip utliti mengufuk yang merintangi sungai sekurang-kurangnya mestilah sama dengan lebar dasar sungai yang direkabentuk (design bed width) iii. Kecerunan saluran paip utiliti mestilah tidak melebihi 3 (mengufuk): 1 (menegak). iv. Tambahan 6 meter di bawah dasar sungai k) Jajaran merentangi sungai perlu: i. Aras minima tamping bawah (soffit level) paip utiliti mestilah sekurang-kurangnya 1 meter tinggi dari aras cadangan banjir kala ulangan 100 tahun. ii. Di mana sungai digunakan sebagai laluan pengangkutan air, aras tamping bawah mestilah mengambilkira keperluan minima bagi pengangkutan air yang melaluinya iii. Laluan kabel kuasa tinggi yang merintangi atas sungai hendaklah diberi ruang lepas yang mencukupi dan selamat untuk jentera-jentera bergerak dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan l) Jajaran sepanjang tebing sungai perlu: i. Kedalaman saluran paip utiliti yang ditanam di dalam rizab sepanjang tebing sungai mestilah tidak mengganggu kerja-kerja penyelenggaraan dan mampu menanggung berat peralatan dam jentera yang digunakan.


23 | ii. Keperluan rizab sungai bagi kawasan yang sedang membangun mestilah ditentukan berdasarkan kriteria umum rekabentuk. iii. Paip utiliti mestilah dipasang di hujung sempadan rizab sungai. Pemasangan utiliti di bawah muka keratan rekabentuk tidak dibenarkan sama sekali. Rajah 4: Jajaran Sepanjang Tebing Sungai Sumber: Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tahun 2011 6.1.6 Syarat-Syarat Tambahan; a) Bagi kebenaran untuk melalui tanah hak milik persendirian hendaklah diperolehi oleh pemohon sendiri daripada pemilik tanah. b) Manakala permohonan korekan yang memerlukan ulasan daripada jabatan atau agensi yang berkaitan perlu melalui KUSEL. c) Mana-mana syarat yang tiada di dalam garis panduan ini adalah tertakluk kepada arahan teknik jalan dan prosedur sedia ada Pihak Berkuasa Melulus. d) Penggunaan DURC (Dedicated Utilities Road Crossing) di kawasan brownfield adalah digalakkan.


24 | 6.2 Kerja 2: Prosedur Kerja Tidak Terancang (Kerja Kecemasan) 6.2.1 Definisi Kerja tidak terancang atau kecemasan adalah kerja baikpulih utiliti di luar jangka yang perlu dilaksanakan dalam tempoh selewatlewatnya 24 jam daripada tempoh permohonan disebabkan telah berlakunya gangguan bekalan pada pengguna seperti kejadian paip pecah. Rajah 5: Carta Alir Bagi Proses Permohonan Brownfield Untuk Kerja-Kerja Tidak Terancang


25 | 6.2.2 Syarat Am; Sebelum Kerja 1. Pemohon perlu memaklumkan sebarang kerja kecemasan kepada PBM dan KUSEL dengan melampirkan notis kerja kecemasan/ luar jangka 2. PBM akan ambil maklum terhadap kerja tersebut dan memberikan izin lalu kepada pemohon dalam tempoh 24 jam 3. Dalam tempoh 48 jam daripada tempoh kerja dilakukan, Pemohon perlu membuat pendaftaran permohonan melalui Sistem Aplikasi Atas Talian KUSEL (SAAT) dengan mengisi maklumat dan melampirkan dokumen yang berkaitan. 4. Pemohon juga perlu membuat pembayaran caj pendaftaran utiliti, caj perkhidmatan utiliti dan wang cagaran. 5. Proses Penyediaan wang cagaran secara pukal atau berkelompok & wang amanah tertakluk kepada proses sedia ada Pihak Berkuasa Melulus masing-masing. 6. Pihak KUSEL akan menyemak dan menyerahkan permohonan tersebut kepada PBM untuk mendapatkan kelulusan permit kerja kecemasan. 7. Pemohon hendaklah mendapatkan kelulusan menjalankan kerja- kerja kecemasan daripada Pihak Berkuasa Melulus dengan cara mendaftarkan permohonan kerja kecemasan melalui kaedah dan format yang ditetapkan oleh KUSEL. 8. Permit Luar Jangka akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam oleh PBM dan KUSEL akan memaklumkan perkara tersebut kepada Pemohon. Semasa Kerja 1. Setiap kerja pembaikan semula permukaan jalan yang terlibat selepas mendapat kelulusan permit perlu dijalankan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam selepas pembaikan utiliti dan perlu menghantar notis mula kerja 2. Pemohon dan kontraktor perlu mematuhi spesifikasi kerja dan prosedur yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus sepanjang tempoh masa kerja dijalankan. 3. Pemohon juga perlu menyediakan Laporan Kerja Semasa kepada Pihak Berkuasa Melulus Selepas Kerja Bagi Peringkat Perakuan Siap Kerja Kecemasan: 1. Pemohon dan kontraktor hendaklah menyediakan dan menyerahkan Laporan Siap Kerja Dan Pelan Siap Kerja kepada KUSEL untuk semakan dan pengesahan.


26 | 2. Lawatan tapak akan diadakan jika perlu bagi tujuan pengesahan di tapak yang dihadiri oleh PBM, KUSEL dan Pemohon. 3. Sekiranya PBM berpuas hati terhadap kerja kecemasan tersebut maka satu surat perakuan siap kerja akan dikeluarkan. 4. Namun jika terdapat ketidakpatuhan, Pemohon dan Kontraktor perlu bertanggungjawab membaiki kerosakan dengan kos tanggungan sendiri sehingga didapati memuaskan dan seperti yang diminta PBM yang berkenaan. 5. KUSEL akan menyimpan segala maklumat yang berkaitan kerja kecemasan yang dijalankan di dalam Pangkalan Data Kerja Kecemasan. 6. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan atas pertimbangan Pihak Berkuasa Melulus setelah meneliti laporan bahawa semua kerja-kerja telah sempurna dijalankan mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan. Peringkat Pemulangan Wang Cagaran: 7. Setelah mendapatkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), Pemohon perlu membuat permohonan bagi pemulangan Wang Cagaran kepada PBM selepas tempoh Defect Liability Period tamat (Tempoh DLP tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melulus). 8. Pemohon perlu membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan daripada wang cagaran tidak dapat ditebus tertakluk kepada setiap PBM 9. Tempoh bagi pemulangan Wang Cagaran adalah tertakluk kepada PBM masingmasing. 6.2.3 Syarat-Syarat Teknikal; a) Pemohon dan kontraktor yang dilantik perlu mematuhi syaratsyarat kerja dan prosedur keselamatan yang berkaitan/terutama seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus sepanjang tempoh kerja yang dijalankan. b) Bagi kerja-kerja pengorekan boleh dilaksanakan menggunakan kaedah pengorekan terbuka (Open Cut) atau Horizontal Directional Drilling (HDD) atau mengikut kelulusan daripada pihak PBM dan ketetapan syarat-syarat merujuk kepada garis panduan MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work.


27 | c) Kerja – kerja pengorekan perlulah dilaksanakan dalam masa tidak melebihi 7 hari bekerja dengan jarak korekan tidak melebihi 20 meter. d) Pengurusan trafik di tapak kerja perlu mematuhi perkara berikut: e) Perlantikan Jururunding Bertauliah untuk kerja-kerja Pengurusan Trafik dan Keselamatan di tapak kerja. i. Perunding yang dilantik hendaklah mematuhi kaedahkaedah dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh KUSEL. ii. Mengikut kehendak JKR/SPJ/2008- Seksyen 4 dan REAM Guideline – GL4/2002. 6.2.4 Syarat-Syarat Tambahan; a) Sebarang kerja kecemasan yang tidak dimaklumkan dan dirujuk kepada KUSEL terlebih dahulu ataupun tidak memenuhi syarat-syarat dan spesifikasi yang ditetapkan boleh diambil tindakan seperti disenarai hitam dan sebagainya. b) Kerja membaikpulih utiliti dalam rizab sungai perlulah berpandukan kepada Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai, tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). c) Jajaran di bawah sungai perlulah: i. Kedalaman minima antara aras dasar sungai yang direkabentuk (design bed level) dengan lapisan teratas saluran paip utiliti mestilah tidak kurang dari 1.5 meter. ii. Panjang bagi saluran paip utiliti mengufuk yang merintangi sungai sekurang-kurangnya mestilah sama


28 | dengan lebar dasar sungai yang direkabentuk (design bed width) iii. Kecerunan saluran paip utiliti mestilah tidak melebihi 3 (mengufuk): 1 (menegak). iv. Tambahan 6 meter di bawah dasar sungai d) Jajaran merentangi sungai perlu: i. Aras minima tamping bawah (soffit level) paip utiliti mestilah sekurang-kurangnya 1 meter tinggi dari aras cadangan banjir kala ulangan 100 tahun. ii. Di mana sungai digunakan sebagai laluan pengangkutan air, aras tamping bawah mestilah mengambilkira keperluan minima bagi pengangkutan air yang melaluinya i. Laluan kabel kuasa tinggi yang merintangi atas sungai hendaklah diberi ruang lepas yang mencukupi dan selamat untuk jentera-jentera bergerak dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan e) Jajaran sepanjang tebing sungai perlu: i. Kedalaman saluran paip utiliti yang ditanam di dalam rizab sepanjang tebing sungai mestilah tidak mengganggu kerja-kerja penyelenggaraan dan mampu menanggung berat peralatan dam jentera yang digunakan. ii. Keperluan rizab sungai bagi kawasan yang sedang membangun mestilah ditentukan berdasarkan kriteria umum rekabentuk. iii. Paip utiliti mestilah dipasang di hujung sempadan rizab sungai. Pemasangan utiliti di bawah muka keratan rekabentuk tidak dibenarkan sama sekali.


29 | 6.3 Kerja 3: Kerja Pengalihan Utiliti Bagi Pembangunan Semula 6.3.1 Definisi Kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti yang terlibat dalam pelaksanaan program pembangunan dan perlebaran jalan yang terletak dalam kawasan rizab Negeri seperti rizab jalan (ROW), sungai, terusan, rizab jalan Pihak Berkuasa Tempatan dan tanah persendirian. 6.3.2 Skop pematuhan peraturan bagi kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti: - a) Bagi kerja-kerja yang tidak terlibat dengan perlaksanaan projek oleh pihak berkuasa melulus, kaedah permohonan kerja pengalihan hendaklah mengikut tatacara pengurusan seperti di dalam para 6.0 iaitu Penyelenggaran/Pembinaan Utiliti Di Kawasan Pembangunan Sedia Ada (Brownfield) Yang Melibatkan Penggalian Permukaan Berturap Jalan dan perkara 7.0 iaitu Perancangan Penyediaan Koridor Utiliti Di Jalanraya Baru (Greenfield) didalam garis panduan ini. b) Contoh-contoh kerja pengalihan seperti pelebaran jalan, pembangunan baru dan lain-lain. 6.3.3 Berikut merupakan carta alir bagi proses pengalihan utiliti:


30 | Rajah 6: Carta Alir Proses Permohonan Bagi Kerja-Kerja Pengalihan Pembangunan Semula (Brownfield)


31 | 6.3.4 Syarat Am Sebelum Kerja 1. KUSEL akan dilantik sebagai Pengkoordinasi Projek melalui kaedah perolehan yang bersesuaian bagi kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti. 2. Setelah perlantikan sebagai pengurus projek dimuktamadkan, KUSEL akan mengadakan mesyuarat koordinasi bersama semua pihak yang terlibat bagi mengesahkan kedudukan, membincangkan skop kerja, perlaksanaan serta penjadualan kerja yang akan dilaksanakan selaras dengan program induk pembinaan. 3. Pihak kompeten yang dilantik oleh KUSEL akan menyediakan pelan pengurusan trafik dan pelan pemetaan utiliti bawah tanah. 4. Setelah itu, pemohon/perunding akan menyiapkan rekabentuk berdasarkan hasil perbincangan mesyuarat koordinasi. 5. Setelah mendapat kelulusan izin lalu daripada Pihak Berkuasa Melulus, pemohon akan menyediakan dokumen untuk mendapatkan permit kerja seperti menyatakan kaedah kerja korekan (Method Statement), Insurans dan menbayar caj perkhidmatan utiliti dan wang cagaran tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melulus. Semasa Kerja 1. Kerja pengalihan dijalankan setelah mendapat permit kerja daripada Pihak Berkuasa Melulus, pemohon perlu menyatakan Notis Mula Kerja sebelum memulakan kerja korekan. (Rujuk Lampiran 2) 2. KUSEL akan memastikan kontraktor memajukan laporan kerja semasa di tapak mengikut kaedah serta format yang ditetapkan oleh KUSEL. 3. Pematuhan kerja-kerja ditapak hendaklah mengikut tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus. 4. PBM dan KUSEL akan melakukan pemantauan bagi memastikan kerja terkawal. Selepas Kerja 1. Pemohon dan kontraktor hendaklah menyediakan dan menyerahkan Notis Siap Kerja dan Laporan Siap Kerja kepada KUSEL untuk semakan dan pengesahan mengikut format yang ditetapkan oleh KUSEL. (Rujuk Lampiran 3)


32 | 2. Selepas kerja-kerja pengalihan dilaksanakan, maklumat utiliti dalam bentuk “As-Built Plan” perlu diserahkan untuk dikemaskini dalam pangkalan data utiliti yang ditadbir urus oleh KUSEL. 3. Lawatan tapak akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Melulus bersama KUSEL untuk tujuan Pemantauan jika perlu. 4. Sekiranya pembinaan mematuhi syarat dan spesifikasi yang ditetapkan, Pihak Berkuasa Melulus akan mengeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) 5. Penyerahan tapak dan permohonan pemulangan wang cagaran akan dilakukan selepas tempoh Defect Liability Period tamat. 6. Pemohon perlu membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan daripada wang cagaran tidak dapat ditebus tertakluk kepada setiap PBM 7. Tempoh bagi pemulangan Wang Cagaran adalah tertakluk kepada PBM masingmasing. 6.3.5 Syarat-Syarat Teknikal; a) Kaedah kerja pengalihan boleh dilaksanakan menggunakan kaedah pengorekan terbuka (Open Cut) atau Horizontal Directional Drilling (HDD) mengikut kelulusan daripada PBM dan ketetapan syarat-syarat merujuk kepada garis panduan MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work. b) Pengurusan trafik di tapak kerja perlu mematuhi perkara berikut: i. Perlantikan Jururunding bertauliah untuk kerja-kerja Pengurusan Trafik dan Keselamatan di tapak kerja. ii. Perunding yang dilantik hendaklah mematuhi kaedahkaedah dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh KUSEL. iii. Mengikut kehendak JKR/SPJ/2008- Seksyen 4 dan REAM Guideline – GL4/2002.


33 | 6.3.6 Syarat-Syarat Tambahan; a) KUSEL bertanggungjawab dalam mengemaskini data setiap utiliti yang dialih ke dalam Pangkalan Data Utiliti b) Bagi memastikan proses pengalihan dan pemasangan semula utiliti perlu mematuhi Arahan Teknik Jalan JKR dari segi kedalaman dan pemasangan dibuat di hujung sempadan rizab. Pematuhan ini dapat mengelakkan pengalihan semula semua utiliti yang ada apabila projek menaiktaraf dilaksanakan c) Pemasangan utiliti dalam rizab sungai perlulah berpandukan kepada Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai, tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). d) Jajaran di bawah sungai perlulah: i. Kedalaman minima antara aras dasar sungai yang direkabentuk (design bed level) dengan lapisan teratas saluran paip utiliti mestilah tidak kurang dari 1.5 meter. ii. Panjang bagi saluran paip utliti mengufuk yang merintangi sungai sekurang-kurangnya mestilah sama dengan lebar dasar sungai yang direkabentuk (design bed width) iii. Kecerunan saluran paip utiliti mestilah tidak melebihi 3 (mengufuk): 1 (menegak). iv. Tambahan 6 meter di bawah dasar sungai e) Jajaran merentangi sungai perlu: i. Aras minima tamping bawah (soffit level) paip utiliti mestilah sekurang-kurangnya 1 meter tinggi dari aras cadangan banjir kala ulangan 100 tahun. ii. Di mana sungai digunakan sebagai laluan pengangkutan air, aras tamping bawah mestilah mengambilkira keperluan minima bagi pengangkutan air yang melaluinya


34 | iii. Laluan kabel kuasa tinggi yang merintangi atas sungai hendaklah diberi ruang lepas yang mencukupi dan selamat untuk jentera-jentera bergerak dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan f) Jajaran sepanjang tebing sungai perlu: i. Kedalaman saluran paip utiliti yang ditanam di dalam rizab sepanjang tebing sungai mestilah tidak mengganggu kerja-kerja penyelenggaraan dan mampu menanggung berat peralatan dam jentera yang digunakan. ii. Keperluan rizab sungai bagi kawasan yang sedang membangun mestilah ditentukan berdasarkan kriteria umum rekabentuk. iii. Paip utiliti mestilah dipasang di hujung sempadan rizab sungai. Pemasangan utiliti di bawah muka keratan rekabentuk tidak dibenarkan sama sekali.


35 | 7.0 KORIDOR UTILITI DI KAWASAN PEMBANGUNAN BAHARU (GREENFIELD) 7.1 Penyediaan Laluan Koridor Utiliti di Kawasan Greenfield 7.1.1 Definisi a) Penyediaan Koridor Utiliti di Jalan raya Baharu (Greenfield) adalah mewujudkan ruang khas untuk laluan kemudahan utiliti di jalan raya yang bakal dibina oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, dan agensi yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 20A Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). b) Pelaksanaan garis panduan ini adalah terpakai bagi sesuatu permohonan untuk Kebenaran Merancang oleh pemaju berkenaan dengan sesuatu pemajuan di bawah Seksyen 21 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); 7.1.2 KUSEL berperanan untuk melaksanakan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor meliputi kebenaran merancang, tukar syarat tanah dan lain-lain yang berkaitan. 7.1.3 Peranan KUSEL adalah memberi ulasan terhadap cadangan pembangunan melalui Kebenaran Merancang dibawah prosedur OSC (One Stop Center) lain-lain supaya penyediaan laluan koridor utiliti dapat dilaksanakan. 7.1.4 KUSEL memegang peranan sebagai Agensi Teknikal selaku Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan Jawatankuasa Teknikal-Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (JKT-JPNS) Rundingan Seksyen 20A.


36 | 7.1.5 Syarat Am a) Semua pembangunan baru dikehendaki menyediakan laluan koridor utiliti mengikut keluasan pembangunan yang dicadangkan. Keluasan Pembangunan Baru Koridor Utiliti ≤100 hektar Laluan Koridor Utiliti >100 hektar Terowong Utiliti Bersepadu atau kaedah utiliti yang bersesuaian Jadual 4: Keperluan Koridor Utiliti Mengikut Keluasan Pembangunan b) Permohonan kebenaran merancang yang melibatkan penyediaan rezab jalan berkelebaran 66’ dan ke atas perlu menyediakan laluan koridor utiliti mengikut Jadual 5. Jalan Kelebaran Koridor Utiliti (Kiri & Kanan Bahu Jalan) Dalam ROW 66’ (20.1168 meter) dan ke atas 3 meter Jadual 5: Keperluan Laluan Utiliti Mengikut Kelebaran Jalan


37 | Rajah 7: Keratan Rentas Laluan Koridor Utiliti di dalam ROW – 66’ Rajah 8: Keratan Rentas Laluan Koridor Utiliti di dalam ROW – 100’ Laluan Koridor Utiliti Laluan Koridor Utiliti Laluan Koridor Utiliti Laluan Koridor Utiliti


38 | c) Keperluan laluan koridor utiliti ini adalah untuk mengelakkan sebarang permasalah terutamanya dalam menaiktaraf kelebaran jalan secara tidak terancang. d) Proses kerja yang dijalankan perlu merujuk Technical Code Basic Civil Works - Part 1: General Requirements MCMC MTSFB TC G025-1:2020 yang dikeluarkan oleh MTSFB dan SKMM bertarikh 20 Mei 2020. e) Jarak dan susunan utiliti juga perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan sepertimana perkara berikut: Rajah 9: Susunatur Utiliti Bawah Tanah Sumber: Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006-A) oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


39 | Jadual 6: Jarak dan Susunan Kemudahan Utiliti Sumber: Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006-A) oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 7.1.6 Syarat-Syarat Tambahan: UTILITI JARAK SUSUNAN Kabel Elektrik • Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain • Saluran elektrik diletakkan berasingan dari paip gas, laluan telekomunikaasi dan saluran air. • Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1 meter dari permukaan tanah. • Disyorkan ditempatkan Bersama paip pembentungan dalam laluan utiliti disebelah jalan yang sama Paip Air • 0.3-0.45 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain • Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1meter dari permukaan tanah Kabel Komunikasi • Minima 0.3 meter dari sempadan atau laluan utiliti lain • Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1 meter dari permukaan tanah • Disyorkan ditempatkan Bersama paip air dan paip gas pada sebelah jalan raya yang lain Paip Gas • Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain • Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1 meter dari permukaan tanah Paip Pembentungan • 0.3-1.2 meter dari sempadan atau laluan utiliti lain • 3-6 meter dari saluran air bersih atau mengikut piawaian yang dibenarkan oleh agensi penyelaras • Laluan pembentungan perlu diasingkan dengan saluran air bersih dan diletakkan lebih rendah iaitu dalam jarak minima 1 meter lebih rendah Lain-lain • Minima 0.3 meter dari sempadan atau dari laluan utiliti lain • Kabel bawah tanah perlu ditempatkan 1 meter dari permukaan tanah


40 | a) Selain daripada pembangunan rizab koridor utiliti di bahu jalan bagi pembangunan kawasan baru, penyediaan seperti terowong utiliti bersepadu atau Dedicated Utilities Road Crossing (DURC) adalah bergantung kepada keperluan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus dan rundingan KUSEL. b) Pemasangan utiliti dalam rizab sungai perlulah berpandukan Sungai, tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). c) Memastikan pihak pemaju hartanah dan agensi pelaksana menyerah hak urusan tadbir dan menyelenggara kepada KUSEL yang melibatkan infrastruktur / sesalur utiliti, duktus komunikasi dan Rangka Pengagihan Utama (Main Distribution Frame) termasuk Common Antenna System di kawasan pemajuan baru, yang dibina oleh pemaju hartanah dan agensi pelaksana. (Rujuk TSIR - Fixed Network Infrastructure (part 1) MTSFB 008/2005: Fixed Network Infrastructure for Simple Development Properties, dan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I).


41 | 8.0 KAEDAH-KAEDAH PEMBANGUNAN LALUAN KHUSUS KORIDOR UTILITI Di dalam pembangunan koridor utiliti yang khusus pada masa hadapan, pendekatan penyediaan laluan koridor secara khusus perlu dilaksanakan. 8.1 Terowong Utiliti Bersepadu (Common Utility Tunnel) 8.1.1 Definisi a) Penyediaan terowong utiliti bersepadu adalah perlu bagi mewujudkan konsep bistari melalui rangkaian jaluran bawah tanah yang sistematik dan selamat. b) Terowong utiliti bersepadu ini merupakan ruangan yang menempatkan wayar, conduits, paip dan sebagainya yang digunakan untuk menyalurkan kemudahan utiliti c) Tujuan utama adalah untuk menyediakan laluan kepada penyedia utiliti bagi kerja-kerja pembangunan koridor tanpa menganggu trafik atau nilai estetik kawasan persekitaran 8.1.2 Garis panduan umum a) Pembangunan terowong utiliti bersepadu perlu dipertimbangkan bagi kawasan pembangunan baru dan bandar utama yang mempunyai keluasan lebih daripada 100 hektar berdasarkan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006- A) oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. b) Perincian rekabentuk terowong dan sistem keselamatan dan sistem keselamatan perlu merujuk kepada pihak perunding kejuruteraan yang bertauliah. c) Perlu merujuk dan mematuhi mana-mana garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT dan diperakui didalam rancangan pemajuan. d) Perincian garis panduan khusus seperti reka bentuk, laluan masuk, susunan utiliti dan lain-lain boleh merujuk Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006-A) oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.


42 | Rajah 10: Keratan rentas Terowong Utiliti Bersepadu (CUT) Putrajaya (Secondary) yang mempunyai 4 ruang/ galeri. Saluran gas dan kabel elektrik diletakkan dalam galeri berasingan. Rajah 11: Keratan Rentas menunjukkan kedudukan CUT di bawah Rezab Jalan


43 | 8.2 Dedicated Utilities Road Crossing (DURC) 8.2.1 Pembangunan baru di kawasan Greenfield dengan penyediaan DURC. a) Bagi jaringan yang merentasi jalan iaitu jalan pengumpul dan jalan tempatan, hendaklah menyediakan (DURC). b) Kelebaran minima bagi laluan hendaklah 3.0meter dan menggunakan rekabentuk batu-bata yang tahan lama dan berwarna; c) Penyediaan DURC adalah seperti berikut: • Satu DURC bagi setiap 500 meter di kawasan perumahan • Satu DURC bagi setiap 250 meter di kawasan industri dan perniagaan 8.2.2 Pembangunan sedia ada di kawasan Brownfield dengan penyediaan DURC. 8.2.3 Bagi jaringan utiliti yang merentasi jalan di kawasan pembangunan sedia ada perlu mengikut keperluan yang ditetapkan oleh KUSEL dan PBM Rajah 12: Dedicated Utility Road and Crossing (DURC)


44 | 8.3 Duktus Komunikasi Gunasama 8.3.1 Definisi Duktus Komunikasi Gunasama (“Communication Common Ducting”) merupakan sesalur bawah tanah yang disediakan untuk tujuan penyediaan laluan infrastruktur utiliti telekomunikasi yang dapat digunakan secara bersama oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Sesalur tersebut digunakan untuk pemasangan kabel gentian optik oleh pihak Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) yang berlesen untuk membuat penyambungan kepada rangkaian masingmasing. Rajah 13: Rekabentuk Duktus Gunasama Komunikasi


45 | 8.3.2 Kategori Pembangunan Duktus Pembangunan Duktus Komunikasi Gunasama berdasarkan kepada 2 kategori iaitu: Rajah 14: Duktus Komunikasi Gunasama bagi Pembangunan Sedia ada dan Baru (Brownfield & Greenfield) 8.3.3 Pelan Perancangan Pembinaan dan Pemilikan Duktus. a) Pelan perancangan pembinaaan Duktus Komunikasi Gunasama yang akan dibina perlulah mendapat pandangan dari pihak Koridor Utiliti Selangor (KUSEL). b) Spesifikasi teknikal seperti rekabentuk, kaedah pemasangan, saiz serta jenis sesalur dirujuk berdasarkan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengikut kesesuaian dan keperluan semasa pembinaan. c) Duktus yang dibina akan diserahkan kepada pihak Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) yang bertindak sebagai pihak neutral bagi tujuan penyeliaan serta penyelenggaraan. DUKTUS KOMUNIKASI GUNASAMA Pembangunan Sedia Ada (Brownfield) Pembangunan Baharu (Greenfield) Pemaju • Dibina oleh pihak pemaju pembangunan baharu. • Perlu mengikut prosedur di peringkat Pihak Berkuasa Melulus untuk mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan • Prosedur mengikut Penyediaan Koridor Utiliti pembangunan baru (Greenfield) KUSEL • Usahasama dengan penyedia utiliti dalam menyelenggara dan memantau sesalur yang dibina


Click to View FlipBook Version