The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI & PENGGALIAN JALAN NS (LENGKAP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by blqsysrnzm, 2023-10-12 00:42:37

GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI & PENGGALIAN JALAN NS (LENGKAP)

GARIS PANDUAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI & PENGGALIAN JALAN NS (LENGKAP)

46 | 8.3.4 Jenis Duktus dan Kaedah Pemasangan Beberapa spesifikasi umum sesalur dan kaedah yang dibina berdasarkan kepada kesesuaian dan keperluan, iaitu; a) Sesalur HDPE (High-Density Polyethylene) Bahan HDPE adalah termoplastik polietilena yang dibuat dari petroleum, dan tahap kebolehtelapan yang tinggi dan ikatan molekul yang kuat menjadikannya sesuai untuk saluran paip tekanan tinggi. HDPE biasanya digunakan untuk pembinaan melalui kaedah terbuka atau “Horizontal Direct Drilling” (HDD). Namun, bahan yang sama juga dapat digunakan untuk aplikasi parit terbuka terutama untuk kawasan yang memerlukan perlindungan tambahan seperti di jalan, longkang atau bahagian penyeberangan jambatan. Gred minimum HDPE untuk aplikasi komunikasi hendaklah setara atau lebih besar daripada gred SDR13.5. Ukuran diameter boleh 32 mm, 40 mm atau 110 mm. b) Sesalur HDPE-Smooth Duct (High-Density Polyethylene) Jenis saluran halus yang biasa digunakan untuk aplikasi tiup (Blowing Fiber). Ia memberikan sedikit geseran antara permukaan saluran dan kabel semasa pemasangan kabel. Saluran halus dibuat dari HDPE dan diameter luarnya ialah 40 mm. c) Sesalur PVC (Polyvinyl Chloride) Saluran jenis PVC disyorkan untuk kaedah pemotongan terbuka (Open Cut). Kecuali kawasan atau keadaan yang memerlukan bahan yang lebih kuat seperti paip GI dll Saluran PVC sesuai apabila tarikan kabel konvensional digunakan semasa pemasangan kabel. Ukuran diameter saluran PVC nominal 107 mm dengan panjang 6 m untuk setiap bahagian. d) Sesalur Paip Galvanized Iron (GI) Untuk kawasan yang memerlukan perlindungan tambahan seperti jalan, longkang atau bahagian penyeberangan jambatan, paip GI hendaklah digunakan sebagai saluran kabel. Ukuran diameter paip GI adalah minimum 50 mm dan gred hendaklah mengikut BS EN 10255. Aplikasi dan gred GI harus diikuti seperti di bawah:


47 | i. Gred A: Pemasangan untuk persimpangan jalan lalulintas biasa, tiang dan premis pelanggan. ii. Gred B: Persimpangan jalan lalulintas yang tinggi. 8.3.5 Ducting • Ruang atau saluran yang menempatkan kabel komunikasi dan kebiasaannya ditanam di bawah tanah dan disambungkan melalui Manhole. • Bagi spesifikasi pembangunan ducting perlulah mematuhi atau merujuk kepada “Guideline on the provision on basic work for communication’s infrastructure in new development areas” dan “Standard Specification for Building Work (JKR 2005)” dan Technical Code: MCMC MTSFB TC G025-1:2020 • Duct terbahagi kepada 3 kategori iaitu: i. Main Duct ii. Sub Duct iii. Microduct Rajah 15: Kategori Duct Sumber: MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work Part 1: General Requirement 8.3.6 Manhole • Lubang konkrit bertutup di jalan raya tempat pekerja memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran di bawah jalan raya. Turut menempatkan laluan saluran komunikasi (duct) untuk digunakan bagi penyambungan perkhidmatan ke kawasan pembangunan


48 | • Rekabentuk dan spesifikasi manhole hendaklah merujuk dokumen MCMC MTSFB TC G025-1:2020. Jenis dan saiz manholes mengikut standard yang ditetapkan adalah berbeza berdasarkan aplikasi (Rujuk Jadual 4) Rajah 16: Rekabentuk dan Spesifikasi Standard Manhole Sumber: MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work Part 1: General Requirement Kod Jenis Manhole Dimensi (L x W x H) (mm) Bilangan Duct Way (100mm) Soket PVC (100mm) Berat Muatan (t) R1B 1980 x 1370 x 1830 6 12 22.5 R2A 3280 x 1500 x 1830 12 24 22.5 R2A (M) 3740 x 1640 x 2000 16 32 22.5 JC9C 1960 x 1260 x 1020 4 16 22.5 JC9 1810 x 890 x 1150 4 8 22.5 JRC7 1160 x 855 x 850 2 4 22.5 JB30 850 x 850 x 650 2 4 22.5 Handhole 300 x 300 x 300 2 4 5.0 Nota: Penggunaan saiz lain tertakluk kepada kelulusan jurutera profesional yang berkelayakan Jadual 7: Jenis-Jenis Manhole Sumber: MCMC MTSFB TC G025-1:2020, Basic Civil Work Part 1: General Requirement


49 | BAHAGIAN III STRUKTUR PENGURUSAN KORIDOR UTILITI NEGERI SELANGOR 9.0 STRUKTUR PENGURUSAN Jawatankuasa pengurusan koridor Utiliti Negeri Selangor diwujudkan bagi memantau dan memandu arah tuju pembangunan utiltiti di Negeri Selangor. Jawatankuasa ini mempunyai bidang dan fungsi yang berlainan bagi tujuan ‘check and balance’ dalam memandu keputusan pembangunan berkaitan koridor utiliti Negeri Selangor. Rajah 17: Struktur Pengurusan Bagi Koridor Utiliti


50 | Jadual 8: Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa Teknikal


51 | 9.1 PERANAN AGENSI DAN JAWATANKUASA BERKAITAN 9.1.1 Dalam memproses permohonan laluan kemudahan utiliti dan penggalian jalan di Negeri Selangor, terdapat 4 pemegang taruh (Stakeholders) utama meliputi: i. Pihak Berkuasa Melulus (PBM) ii. One Stop Agency (OSA) iii. Penyedia Utiliti; dan iv. Agensi Teknikal 9.2 Pihak Berkuasa Melulus (PBM) 9.2.1 Pihak Berkuasa Melulus terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (PBM) hanya akan menerima permohonan Kelulusan Izin Lalu, Permit Kerja, Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan Kerja (CCC) daripada KUSEL serta bertanggungjawab memproses permohonan yang telah dikemukakan dengan lengkap oleh KUSEL; 9.2.2 Melakukan pemeriksaan terhadap lokasi pembangunan dan pemasangan utiliti sebelum, semasa dan selepas kerja dilakukan; 9.2.3 Pihak Berkuasa Melulus akan memaklumkan kepada KUSEL semasa/selepas pemeriksaan dilakukan, sekiranya kerja tidak memenuhi keperluan dan piawaian minima dari segi pembinaan, kemudahan dan sebagainya; 9.2.4 Pihak Berkuasa Melulus berhak menolak permohonan, menarik balik kelulusan atau menggantung permit kerja dan mengenakan denda sekiranya didapati Pemohon tidak memenuhi keperluan minima serta syarat yang dikenakan bagi menjalankan kerja pembangunan dan pemasangan infrastruktur utiliti.


52 | 9.3 “One Stop Agency”/ Koridor Utiliti Selangor (KUSEL); 9.3.1 KUSEL bertindak sebagai “Agensi Permohonan Setempat’ bagi tujuan permohonan Permit Pengorekan dan Pemasangan Utiliti; 9.3.2 Mengenakan caj pendaftaran dan perkhidmatan utiliti kepada Pemohon; 9.3.3 Menyelaras prosedur permohonan kelulusan izin lalu, kelulusan Permit Kerja, Sijil Siap Kerja, Sijil Sempurna Kerja dan Pemulangan Wang Cagaran; 9.3.4 Menyemak dan mengemukakan permohonan yang telah lengkap kepada Pihak Berkuasa Melulus; 9.3.5 Menguruskan penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan Pelan Pengurusan Trafik dengan melantik orang yang kompeten bagi menyediakan pelan berdasarkan format yang telah ditetapkan dan diselaraskan; 9.3.6 Pemegang kelulusan izin lalu, Permit Kerja, Sijil Siap Kerja dan Sijil Sempurna Kerja yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melulus; 9.3.7 Memantau dan memastikan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Penyedia Utiliti mematuhi segala spesifikasi, peraturan dan undang- undang serta berdasarkan jadual kerja yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Melulus dan sebagainya; 9.3.8 Menyediakan laporan semasa perkembangan projek kepada Pihak Berkuasa Melulus dengan memastikan kontraktor yang dilantik Penyedia Utiliti menyediakan laporan semasa perkembangan kerja di tapak melalui format dan kaedah yang ditetapkan; 9.3.9 Berhak mengenakan sebarang tindakan yang bersesuaian bagi memastikan pematuhan kerja kontraktor di tapak; 9.3.10 Bertanggungjawab melantik panel kontraktor baik pulih sekiranya kontraktor lantikan penyedia utiliti gagal membaiki kerosakan mengikut spesifikasi dan piawai yang ditetapkan melalui kaedah yang bersesuaian; 9.3.11 Menyelaraskan format penyediaan pelan dan data utiliti bagi tujuan pembangunan dan pengemaskinian pangkalan data;


53 | 9.3.12 Membangunkan Pangkalan Data Utiliti Negeri Selangor; 9.3.13 Mengurus dan Menyelenggara Koridor Utiliti Negeri Selangor; 9.3.14 Merencana dan melaksanakan dasar kerajaan bagi pembangunan infrastruktur utiliti Negeri Selangor. 9.4 Penyedia Utiliti/Pemohon 9.4.1 Penyedia Utiliti/Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan berdasarkan format yang telah ditetapkan oleh KUSEL; 9.4.2 Penyedia Utiliti/Pemohon bertanggungjawab terhadap pematuhan kontraktor yang dilantik dalam menjalankan kerja mengikut segala spesifikasi, peraturan dan undang-undang serta berdasarkan jadual kerja yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Melulus dan juga syarat-syarat am dan teknikal Garis Panduan ini; 9.5 Agensi teknikal 9.5.1 Membuat ulasan berkaitan pembangunan utiliti untuk permohonan baru atau pindaan pelan pemajuan yang diterima daripada OSC. 9.5.2 Bertanggungjawab menerima dan merekod salinan dokumen atau pelan kelulusan penuh daripada Jabatan Memperaku.


54 | BAHAGIAN IV SISTEM PENGURUSAN INFRASTRUKTUR KORIDOR UTILITI 10.0 PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAGI KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR & UTILITI 10.1 Tujuan 10.1.1 Data Laluan Kemudahan Utiliti adalah data maklumat mengenai pemetaan berkaitan kerja-kerja pemasangan utiliti diatas permukaan dan dibawah tanah dimana kumpulan data dan maklumat yang saling berkaitan ini akan diproses serta disimpan secara sistematik dan bersepadu di Pusat Pangkalan Data Utiliti Negeri untuk rujukan pihak yang berkaitan. 10.1.2 Data yang terdapat dalam pangkalan data merangkumi Pelan As Built. 10.2 Pangkalan Data Negeri 10.2.1 Pihak KUSEL bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data-data yang terdapat didalam pangkalan data utiliti Negeri. 10.2.2 KUSEL akan menyediakan Manual Penyediaan Data Utiliti Negeri Selangor untuk dijadikan sebagai rujukan dalam menguruskan pangkalan data utiliti Negeri Selangor. 10.2.3 Penyediaan, Pengemaskinian dan Tatacara untuk menguruskan data di dalam Pangkalan data utiliti perlu merujuk dokumen berikut: i. Pekeliling KPUP Bil 1 Tahun 2006: Garis Panduan Mengenai Pemetaan Utiliti Bawah Tanah ii. Pekeliling KPUP Bil 1Tahun 2007: Garis panduan Pepasangan Utiliti iii. Pekeliling KPUP Bil 1 Tahun 2013: Garis Panduan Pengukuran Jajaran Laluan Utiliti Baru iv. Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bil 7 Tahun 2014


55 | v. Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil 1 Tahun 2016, Garis Paduan Kod Warna dan Penandaan Bagi Pemetaan Utiliti Bawah Tanah vi. Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil 2 Tahun 2016, Garis Panduan Penerimaan Data Digital dan Pelan Utiliti Dari Juruukur Tanah Bertauliah (JTB) oleh JUPEM vii. ISO 19115-1: 2014 Geographic Information – Metadata viii. MS 1759: 2015 Geographic Information/ Geomatics – Features and Attributes Codes ix. Manual Penyediaan Data Utiliti Negeri Selangor 10.2.4 Kaedah kemaskini pangkalan data merujuk kepada Rajah 18


56 | Rajah 18: Standard Operating Prosedur (SOP) bagi Penerimaan, Pemprosesan dan Muatnaik Data Digital


10.3 Struktur Pangkalan Data adalah seperti Rajah 19 beRajah 19: Model Pangkalan


57 | erikut: n Data Utiliti Negeri Selangor


10.3.1 Data Attribut Koridor Utiliti Selangor Rajah 20: Data Atribut


58 | Koridor Utiliti Selangor


59 | BAHAGIAN V PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KUSEL DI DALAM MELAKSANAKAN KORIDOR UTILITI 11.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KUSEL 11.1 Aktiviti Penggalian dan Penyelarasan Penyelenggaraan Kemudahan/ Utiliti a) Mengawal dan menganalisa aktiviti penggalian kemudahan utiliti supaya menepati keperluan Pihak Berkuasa Melulus dan Garis Panduan yang terpakai. b) Membangunkan sistem permohonan dan pengurusan koridor utiliti negeri Selangor yang seragam untuk digunapakai oleh Pihak Berkuasa Melulus, pemohon dan orang awam. c) Mengenakan caj pendaftaran dan perkhidmatan utiliti kepada Pemohon; d) Menyelaras prosedur permohonan kelulusan izin lalu, kelulusan Permit Kerja, Sijil Siap Kerja dan Pemulangan Wang Cagaran; e) Pemegang kelulusan izin lalu, Permit Kerja, Sijil Siap Kerja dan Sijil Sempurna Kerja yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melulus. f) Mengawal selia kerja pemasangan infrastruktur utiliti dan kerja-kerja baik pulih; g) Memantau dan memastikan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Penyedia Utiliti mematuhi segala spesifikasi, peraturan dan undang- undang serta berdasarkan jadual kerja yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Melulus dan sebagainya; h) Menyediakan laporan semasa perkembangan projek kepada Pihak Berkuasa Melulus dengan memastikan kontraktor yang dilantik Penyedia Utiliti menyediakan laporan semasa perkembangan kerja di tapak melalui format dan kaedah yang ditetapkan; i) Berhak mengenakan sebarang tindakan yang bersesuaian bagi memastikan pematuhan kerja kontraktor di tapak;


60 | j) Bertanggungjawab melantik panel kontraktor baik pulih sekiranya kontraktor lantikan penyedia utiliti gagal membaiki kerosakan mengikut spesifikasi dan piawai yang ditetapkan melalui kaedah yang bersesuaian; k) Mengurus dan menyelenggara Koridor Utiliti Negeri Selangor; l) Merencana dan melaksanakan dasar kerajaan bagi pembangunan infrastruktur utiliti Negeri Selangor. 11.2 Pelaksanaan Garis Panduan Untuk Pembangunan (Greenfield) kurang 100 hektar a) Melaksanakan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor melalui ulasan-ulasan permohonan perancangan melibatkan permohonan perancangan meliputi kebenaran merancang, tukar syarat tanah dan lain-lain yang berkaitan. b) Melaksanakan pemakaian Garis Panduan bagi Pihak Berkuasa Negeri dan kegunaan Pihak Berkuasa Melulus termasuk PBT dan JKR. c) Mengenalpasti kriteria pembangunan yang perlu mematuhi Garis Panduan ini. 11.3 Membantu Pembangunan Sistem Maklumat Infrastruktur (bawah tanah) Di Negeri Selangor. a) Menguruskan penyediaan Pelan Pemetaan Infrastruktur Utiliti dan Pelan Pengurusan Trafik dengan melantik orang yang kompeten bagi menyediakan pelan berdasarkan format yang telah ditetapkan dan diselaraskan; b) Mengawal selia kerja pemasangan infrastruktur utiliti dan kerja-kerja baik pulih; c) Menyelaraskan format penyediaan pelan dan data utiliti bagi tujuan pembangunan dan pengemaskinian pangkalan data; d) Membangunkan Pangkalan Data Utiliti Negeri Selangor; e) Menyelaras pembangunan sistem maklumat geografi (GIS) dengan PLANMalaysia@Selangor. f) Menyelenggara data-data berkaitan infrastruktur dan utiliti berkaitan pembangunan sistem maklumat.


61 | g) Mengumpul dan menyelaras data-data yang disediakan oleh Jabatan/Agensi teknikal di negeri Selangor termasuk data di pihak berkuasa tempatan. 11.4 Menyediakan Satu Platform Pengurusan Permohonan dan Proses Kerja Berkaitan Koridor Utiliti Berasaskan Internet a) Sistem Aplikasi Atas Talian (SAAT) akan dikemaskini dan di tambahbaik dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi terkini. b) Mengintegrasikan SAAT dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) selaras dengan ‘Big Data Policy’. c) Platform portal yang mesra pengguna dan mempunyai elemen infografik dan responsif kepada peranti luar.


62 | 12.0 LAIN-LAIN RUJUKAN 12.1 Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam garis panduan ini, keperluan jalan hendaklah mematuhi “Guidelines and Geometric Standards on Road Network System” dan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia. 12.2 Pemakaian garis panduan ini juga adalah tertakluk kepada lain-lain Akta perundangan versi terkini dan Garis Panduan yang berkaitan seperti: i. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172); ii. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); iii. Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127); iv. Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655); v. Akta Kerja-kerja Saliran, 1954 (1988); vi. Akta Air, 1920 (Cap 146) (1989); vii. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Umum, 2007 (Akta 672); viii. Akta Bekalan Elektrik (Akta 447 dan Akta 448); ix. Akta Komunikasi dan Multimedia, 1998 (Akta 588); x. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514) xi. Akta Kilang dan Jentera, 1967 (Akta 139) xii. Garis Panduan Perancangan Laluan kemudahan Utiliti (GP006-A), cetakan ke2 2012, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung xiii. Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I,) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia xiv. Manual Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi ke 3, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor xv. ‘Guidelines for Works Related to Public Utility Installations Within the Road Reserve’; xvi. ‘A Guide on Geometric Design of Road’;


63 | xvii. ‘Application for the Installation of Public Utility Services with road reserve’; xviii. Basic Civil Works - Part 1: General Requirements: MCMC MTSFB TC G025-1:2020 xix. Basic Civil Works - Part 2: Open Trench: MCMC MTSFB TC G025- 2: 2020 xx. Basic Civil Works - Part 3: Micro Trench: MCMC MTSFB TC G025- 3: 2020 xxi. Basic Civil Works - Part 4: Horizontal Directional Drilling: Micro Trench: MCMC MTSFB TC G025-4: 2020 xxii. Garis Panduan Mengenai Pemetaan Utiliti Bawah Tanah – Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil. 1/2006; xxiii. Garis Panduan Ukuran Pemasangan Utiliti - Pekeliling Ketua Pengarah JUPEM Bil. 1/2007; dan xxiv. Garis Panduan Pelaksanaan Pengukuran Ke Atas Jajaran Utiliti Bawah Tanah Semasa Pemasangan - Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bil. 7/2014 xxv. Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai, Tahun 2011 oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). xxvi. Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti Negeri Terengganu Edisi Pertama xxvii. Proses dan Prosedur Cadangan Pemajuan serta Pelaksanaan Pusat Setempat, Manual OSC 3.0 Plus


64 | 13.0 PENUTUP Garis panduan ini telah menggariskan perkara-perkara asas berhubung dengan definisi, prinsip perancangan serta garis panduan umum, garis panduan khusus dan piawaian perancangan yang perlu dipatuhi bagi penyediaan laluan kemudahan utiliti dan penggalian jalan. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri agar aspek-aspek yang dicadangkan di dalam garis panduan ini dapat dipatuhi dan memandu Pihak Berkuasa Tempatan, penyedian utiliti dan pemaju di dalam merancang, mengawal dan memantau penyediaan dan pembangunan infrastruktur dan utiliti secara lebih berkesan dan mampan.


65 | LAMPIRAN 1 SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERMIT KOREKAN Semua senarai di bawah perlu dipatuhi, hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Sila tandakan ( √ ) bagi perkara-perkara yang telah dilengkapkan. BAHAGIAN A - PERMOHONAN KELULUSAN IZIN LALU BIL. PERKARA : MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Tindakan ( √ ) 1 Surat Permohonan Izin Lalu 2 Salinan Pelan Cadangan Laluan / Korekan 3 Laporan Gambar Tapak Kerja 4 Pembayaran Yuran Pendaftaran RM50 kepada Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) BAHAGIAN B – PERMOHONAN PERMIT KOREKAN BIL. PERKARA : MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Tindakan ( √ ) 1 Borang Maklumat Permohonan Permit 2 2 Salinan Kaedah Pelaksanaan (Method Statement) 3 2 Salinan Jadual Pelaksanaan (Work Progress) 4 2 Salinan Insurans Kontraktor 5 2 Salinan Surat Kebenaran / Permit Pelupusan Sisa Korekan (Sekiranya ada) 6 Pembayaran kepada Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) – RM ______________ BAHAGIAN C – PERMOHONAN PERMIT KOREKAN BAGI JALAN JKR (JIKA BERKAITAN) BIL. PERKARA : MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Tindakan ( √ ) 1 Borang Permohonan Permit JKR/P-02, JKR/P-03, JKR/P-04 dan JKR/P-05 yang Lengkap


66 | BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN BIL. PERKARA Untuk Kegunaan Pejabat ( √ ) 1 Nama Projek : Jenis Kemudahan 1.1 Lokasi : Air 1.2 Daerah, Negeri : Elektrik 2 Pemohon Pembetungan 2.1 Nama : Telekomunikasi 2.2 Syarikat : Gas 2.3 No. Telefon (P) : 2.4 No. Telefon (H/P) : 2.5 No. Fax : 2.4 Alamat : 3 PEMILIK PENYEDIA UTILITI / PEMAJU (Sila Sertakan Lampiran Akuan Utiliti/Pemaju) 4 KONTRAKTOR BERDAFTAR DENGAN PENYEDIA UTILITI / PEMAJU (Lampirkan Surat Lantikan) 4.1 Nama Syarikat : 4.2 Alamat : 4.3 Nama Pegawai : No.Tel : No. Sijil Tempoh Sah Laku 4.4 Suruhanjaya Tenaga : (Sila Sertakan Salinan) Ada Tiada 4.5 Suruhanjaya Komunikasi : (Sila Sertakan Salinan) Ada Tiada 4.6 Pusat Khidmat Kontraktor : (Sila Sertakan Salinan) Ada Tiada 4.7 Cidb : (Sila Sertakan Salinan) Ada Tiada 5 Jururunding Yang Bertanggungjawab (Diisi Oleh Penyedia Utiliti/Pemaju) 5.1 Nama: 5.2 No. Pendaftaran : Jurutera (Sila Sertakan Salinan Lesen Kementerian Kewangan Malaysia) 5.3 No.Telefon : 5.4 Alamat:


67 | KORIDOR UTILITI SELANGOR BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PERMIT KOREKAN BIL PERKARA 6 JALAN-JALAN YANG TERLIBAT (Diisi oleh Pemohon) Untuk Kegunaan Pejabat 6.1 Nama Jalan Pihak Berkuasa Melulus Panjang Jajaran (m) Pemeriksaan Tapak Bersama Pemohon Atas Jalan Bahu Jalan Jenis Korekan I II III IV V VI VII VIII IX X Jumlah = _____________meter *Jalan raya yang diwartakan hendaklah disertakan dengan nombor warta 7 Jenis Kerja (Sila tandakan √ di ruang berkaitan) 7.1 Korekan Terbuka Tarik Kabel ‘Micro Trenching’ Horizontal Directional Drilling (HDD) 7.2 Pemasangan Tiang ‘Pipe Jacking’ ‘Piloting’ 8 TEMPOH YANG DIPOHON (Diisi oleh Penyedia Utiliti / Pemaju) Mula Kerja : Siap Kerja : DISERTAKAN JADUAL KERJA (Utiliti / Pemaju) Ada Tiada Lampiran I 9 DISERTAKAN PELAN INFRASTRUKTUR UTILITI YANG DISAHKAN (Pemohon) Ada Tiada Lampiran II 10 ULASAN PIHAK BERKUASA LAIN (Jika Perlu) Ada Tiada Lampiran III 11 SALINAN INSURANS YANG DIAKUI SAH (Penyedia Utiliti / Pemaju) Ada Tiada 11.1 Insurans Terhadap Kecederaan Diri dan Kerosakan Tempoh Sah Laku 11.2 Harta Benda 11.3 Insurans Kerja 11.4 Insurans Pampasan Pekerja 12 TAPAK PELUPUSAN LEBIHAN BAHAN KOREKAN (Penyedia Utiliti / Pemaju) Ada Tiada 12.1 Pemilik Tapak : 12.2 Alamat Tapak : 12.3 SURAT KEBENARAN TAPAK PELUPUSAN (Penyedia Utiliti / Pemaju) Lampiran IV


68 | KORIDOR UTILITI SELANGOR BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PERMIT KOREKAN BIL PERKARA 13 PERAKUAN 13.1 Kami bersetuju bahawa kami akan membayar ganti rugi kepada Pihak Berkuasa Melulus bagi sebarang tuntutan sivil / kerugian / kerosakan harta benda / kehilangan nyawa dan sebagainya. 13.2 Kami bersetuju akan mematuhi syarat-syarat piawaian dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan dan sekiranya terdapat kegagalan dalam berbuat demikian, Pihak Berkuasa Melulus berhak membatalkan permit ini tanpa sebarang alasan. Syarikat Pelaksana Kerja Tapak : Syarikat Penyedia Utiliti : ……………………………………… …………………………………… Nama : Nama : Jawatan : Jawatan : Nama Syarikat & Cop : Nama Syarikat & Cop : Tarikh : Tarikh : 13.3 Kami dengan ini bersetuju untuk mematuhi Undang-undang Kecil Kerja di Jalan 1996 dan apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Melulus dan akan menanggung segala kos bagi pematuhan itu. Sebagai Jurutera Profesional saya akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala reka bentuk dan proses kerja tersebut. Syarikat Jururunding : …………………………………… Nama : Jawatan : Nama Syarikat & Cop : Tarikh : 13.4 Kami akan memastikan Penyedia Utiliti mematuhi apa jua arahan dari Pihak Berkuasa Melulus sekiranya diberi arahan untuk mengalihkan aset-aset Penyedia Utiliti bagi pelebaran jalan dan sebagainya dengan kos yang ditanggung oleh pihak Penyedia Utiliti sendiri. Koridor Utiliti Selangor : ……………………………………… Nama : Jawatan : Nama Syarikat & Cop : Tarikh :


69 | LAMPIRAN 2 (Kepala Surat Pemohon) NOTIS MULA KERJA Ruj kami: Tarikh …………… Ruj KUSEL: Kepada Tetuan Koridor Utiliti Selangor, Saya memberi notis bahawa kerja-kerja mengenai infrastruktur utiliti iaitu……………………………………… ……………………………………………………… Jalan …………………………………………………........ di *km/chainage ……… hingga *km/chainage………… sepanjang.............................*km/m…………………. Bagi……………………………………………………………………………………………….......................... …………………………………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………………………… Akan bermula pada tarikh …………………. hingga …………………dan menurut Pelan yang Diluluskan No. …………………………………………….. yang Bertarikh……………………................................................... Saya memperakui dan setuju terima tanggungjawab sepenuhnya bahawa kerja-kerja infrastruktur utiliti akan bermula sebagaimana pelan lulus seperti tersebut di atas serta akan mematuhi Garis Panduan yang telah ditetapkan. ………………………………. Syarikat Utiliti/ PemilikProjek Nama: …………………………………………….. Jawatan: …………………………………………… Telefon: ……………………………………………. *Potong mana yang tidak berkenaan


70 | LAMPIRAN 3 FORMAT NOTIS PENGESAHAN SIAP KERJA (KEPALA SURAT PEMOHON/PENYEDIA UTILITI) Ruj kami : Ruj KUSEL : Tarikh : KORIDOR UTILITI SELANGOR SDN BHD Tingkat 19, Wisma Ehsan, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor U/P: Pengurus Tuan, NOTIS PENGESAHAN SIAP KERJA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya memberi notis bahawa kerja-kerja mengenai infrastruktur utiliti di jalan …………………. sepanjang ………………(meter) telah disiapkan pada …………………. 3. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi pegawai kami: Nama pegawai utiliti di tapak : ……………………………………………. Nombor Telefon : ……………………………………………. Nama Pegawai Kontraktor di tapak : ……………………………………………. Nombor Telefon : ……………………………………………. 4. Perhatian serta kerjasama pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian, Yang Benar, …………………….. Nama Pegawai Pemohon Jawatan


sekalung penghargaan Alhamdulillah puji dan Syukur kepada Allah SWT dengan limpah dan KurniaNya. PlanMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) telah menyediakan Garis Panduan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor Edisi Pertama (GPLKUPJNS Edisi Pertama) PlanMalaysia@Selangor juga merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi dan jabatan terutamanya kepada Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Kewangan Negeri Selangor, Jabatan-jabatan Teknikal, Agensi-agensi Pentadbiran Persekutuan dan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, semua lapisan pegawai dan Kakitangan PlanMalaysia@Selangor yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyumbang tenaga, cadangan dan idea sehingga terhasilnya naskah GPLKUPJNS Edisi Pertama. Juga, penghargaan ini ditujukan kepada semua Jabatan-Jabatan yang terlibat secara langsung dalam pengumpulan maklumat bagi penghasilan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti dan Penggalian Jalan Negeri Selangor Edisi pertama iaitu : PENASIHAT YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah PENYELARAS TPr Sulaiman bin Mohammad P.M.C Pn. Nor Zaliza binti Mohd Puzi URUSETIA En. Sallehudin bin Samsuddin Pn. Hatipah binti Ahmad En. Mohd Nazli bin Hj Yusoff Pn. Norhazaliza binti Hassim En. Mohd Noor Syawal bin Mustari dan Seluruh warga kerja PLANMalaysia@Selangor PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia) Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTG) Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Majlis Perbandaran Klang (MPK) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Majlis Perbandaran Sepang (MPSpg) Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)


9786299711315 ISBN 978-629-97113-1-5


Click to View FlipBook Version