The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Rumusan Bahasa Melayu Buku Teks Tingkatan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRIZAH BINTI ABDUL RAHMAN KPM-Guru, 2023-11-02 00:24:42

MODUL RUMUSAN BM KSSM TING.4

Modul Rumusan Bahasa Melayu Buku Teks Tingkatan 4

Unit Bahasa,


i PuanHaslianaBintiMohdHassan PuanSitiFatimahBintiHamat PuanNasriahBintiSaad PuanZarinaBintiMohammedAli PuanNuradilaBintiMadHashim PuanSitiShafinaBintiAbdulRahman PuanNormahBintiMahmud Puan ZamzilaBintiDahlan PuanNorridaBintiAbdulRashid EncikAriffinBinSalleh PuanRafiqahBintiOthman Dr.AbdulGhaniBinJalil Encik ZamriBinSalleh PuanArizaBintiAki PuanAzlinaBintiAbuBakar PuanShukriahBintiShaari Sektor Pembelajaran, JPN Kedah SMK Pedu SMK St Theresa SMK Tunku Abdul Aziz SMK Taman Jelutong SMK Dato Lela Pahlawan Maktab Mahmud Sik SMJK SinMin SMK Jerlun SBPI Kubang Pasu SMK Seri Pantai SMK Bukit Payung SMKBatu5,JalanJeniang SMKTanjungPuteri SMAHidayahIslamiah MaktabMahmudSik


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH ii ISI KANDUNGAN Senarai Nama Penggubal dan Pemurnian i Isi Kandungan ii Merealisasikan Impian 1 Insan Terdidik, Negara Sejahtera 5 Memetik Bintang 9 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah 12 Memacu Produktiviti 16 Dunia Pelancongan 19 Demi Kedamaian 23 Dalam Lipatan Kenangan 27 Sayangi Malaysiaku 30 Bahasa Bugar, Sastera Kekar 33 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa 36 Asli dan Kontemporari 40 Segalanya Bermula Di Sini 43 Sihat dan Bersih Pilihanku 47 Memacu Produktiviti 51 Dipimpin untuk Memimpin 55 Cadangan Skema Jawapan 58 - 75


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 1 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kerjaya sukan elektronik atau e-sukan semakin berkembang di negara ini malah berpotensi untuk menjadi karier bermain permainan secara kompetitif atau bersifat persaingan dan tidak berasaskan kekuatan fizikal. Mungkin beberapa dekad lalu, permainan video ini berfungsi sebagai hobi. Hakikatnya, industri e-sukan begitu berkembang di negara Barat sehingga berjaya melahirkan atlet bertaraf profesional bergelar jutawan. Secara rekodnya dalam perspektif sukan ini di peringkat antarabangsa, hadiah wang terkumpul bagi pemenang sudah melangkaui jumlah wang tunai yang ditawarkan dalam sukan golf. Sebelum ini, masyarakat sedia maklum bahawa sukan golf dikelaskan sebagai sukan 'jutawan' namun hasil perkembangan digital telah membuka ruang kepada sukan elektronik mengambil 'takhta' berkenaan. Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa segmen sukan ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk dijadikan profesion masa depan. Menyedari kepentingan e-sukan, Malaysia perlu mengorak langkah memajukan sukan ini. Malaysia memerlukan satu laluan kerjaya supaya semua peringkat umur di negara ini diberikan peluang sama rata. Segmen sukan ini tidak akan merudum kerana Malaysia kini melangkah ke era digital yang memiliki jaringan Internet 5G. Majlis Sukan Negara (MSN) perlu bertanggungjawab melaksanakan kajian dalam segenap aspek terlebih dulu, kemudian diikuti dengan penggubalan dasar atau polisi e-sukan. Promosi besar-besaran tentang e-sukan sangat penting memandangkan kerjaya dalam bidang ini adalah profesion yang masih 'kosong' dan menunggu atlet baharu untuk memenuhinya. Bagi atlet sukan ini pula, mereka perlu terus fokus dan berlatih seperti acara sukan lain cuma bezanya adalah bersukan secara maya. TAJUK MEREALISASIKAN IMPIAN


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 2 Bahan 2 Dipetik dan diubah suai daripada ‘E-sukan Sebagai Kerjaya’ Muhammad Saufi Hassan Harian Metro, 15 September 2020 Sumber : Internet


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 3 Pantun E-Sukan Anak seluang anak cencaru, Ikan sepat di dalam belat, E-sukan berkembang kerjaya baharu, main bersaing pupuk semangat. Api marak asap berkepul, Asap nampak dari Rengit; E-sukan tawar hadiah wang terkumpul, Nilai mencecah jutaan ringgit. Mari membaca di waktu petang, Membaca buku di dalam dewan; Serata dunia e-sukan berkembang, Menjana pendapatan bergelar jutawan. Sumber: Penulis Bahan 3


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 4 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 5 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sejak tahun 2013, Erkin Bekkulov Raimovich yang berasal dari Uzbekistan mengikuti pengajian Bahasa Melayu di Tashkent State Institute of Oriental Studies (TSIOS) sehingga tahun 2015. Setelah tamat pengajian sarjana pada tahun 2015, beliau terus menjadi guru bahasa Melayu di pusat pengajian yang sama. Menurut Erkin, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahasa Melayu diminati di bumi Uzbekistan. Faktor utama disebabkan bahasa Melayu itu sendiri lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa asing yang lain. Selain itu, bahasa Melayu diminati oleh pelajar asing kerana bahasa Melayu masih belum terkenal di rantau Asia Tengah jika dibandingkan dengan bahasa Asia yang lain. Antaranya termasuklah bahasa Cina, bahasa Korea dan bahasa Jepun. Ternyata, pelajar-pelajar di Uzbekistan gigih mempelajari bahasa Melayu kerana berpendapat bahasa Melayu merupakan bahasa yang menarik. Sebagai contoh, dalam tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan kata kerjanya tidak berubah mengikut masa. Tambahan pula, terdapat persamaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek seperti perkataan dunia, sabun dan alam. Pusat pengajian TSIOS sendiri memberi galakan kepada pelajar Uzbekistan untuk mempelajari bahasa Melayu. Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar di TSIOS beruntung kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar dari Malaysia yang dihantar ke universiti tersebut. Menyedari kedudukan dan peranan bahasa Melayu yang semakin berkembang di persada dunia, maka usaha-usaha perlu diambil bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu dimartabatkan di negara ini. Bahasa Melayu bukan pula hak mutlak masyarakat Melayu tetapi milik masyarakat majmuk Malaysia. Usaha paling berkesan adalah memastikan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan. TAJUK INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 6 Dengan cara ini, pastinya bahasa Melayu akan sentiasa bermain di bibir masyarakat. Selain itu, kerajaan perlu sedikit demi sedikit memansuhkan sekolah vernakular. Hal ini penting kerana sekolah vernakular tidak sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kesemua ini merupakan antara langkah yang boleh dilakukan dalam usaha memastikan bahasa Melayu terus dihormati dan berada di tempat yang sepatut di negara ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Melayu Mekar di Bumi Uzbekistan’ Buku Teks Tingkatan 4, 2019 Lirik Lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ Gunakanlah bahasa kebangsaan kita Marilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semua Yakinlah bahasa jiwa bangsa Marilah mari rakyat semua Buktikan taat setia dengan satu bahasa Maju bangsa dan maju negara Megahkan bahasa kita Bahasa jiwa bangsa Bahan 2


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 7 Sumber : Internet Bahan 3


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 8 Jumlah patah perkataan


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 9 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Berdasarkan statistik, kira-kira 240,000 daripada 1.2 juta orang pelajar di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia akan menamatkan pengajian mereka pada setiap tahun. Hal ini bermakna lebih 200,000 orang graduan perlu bersaing dalam suasana yang sengit untuk mendapatkan kerja. Ekoran daripada itu, pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menstrukturkan program mereka dalam elemen ilmu, nilai dan kemahiran supaya dapat memantapkan kemahiran insaniah sebagai persiapan kebolehpasaran untuk para graduan mereka. Kementerian Pendidikan juga seharusnya meningkatkan jumlah jam kredit bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di IPT awam. Berdasarkan usaha tersebut, graduan menguasai kemahiran komunikasi dalam bahasa antarabangsa itu menjadikan mereka calon pekerja yang berkeupayaan tinggi dan mampu berfikir secara kritis. Selain itu, ciri lain yang menunjukkan kebolehpasaran graduan merujuk kepada mereka yang memiliki pengiktirafan dalam bidang keusahawanan, profesional, kepimpinan dan kesukarelawan. Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga melaksanakan program yang membolehkan siswazah mempunyai kecekapan yang diperlukan oleh majikan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan IPT. Sehubungan dengan hal itu, kerajaan amat menggalakkan setiap IPT membangunkan pusat keusahawanan yang bukan sahaja berperanan untuk merancang, menyelaras dan memantau program, malahan menyediakan usahawan berpengetahuan. Hal ini demikian kerana apabila siswazah menamatkan pengajian, mereka mampu menjadi graduan yang berkualiti yang akan menyumbang kepada kekuatan modal insan yang diperlukan negara. Pihak Kementerian Sumber Manusia juga telah menubuhkan 11 buah Jobs Malaysia Centre (JMC) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja secara atas talian, Bahan 1 TAJUK MEMETIK BINTANG


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 10 Bahan 2 mengendalikan proses temu duga dan menyediakan perkhidmatan bimbingan kaunseling serta kerjaya di seluruh negara. JMC juga turut menjalinkan kerjasama dengan IPT bagi menyediakan pelbagai latihan kemahiran. Sebenarnya, usaha untuk melahirkan siswazah yang berkualiti adalah penting untuk memenuhi tuntutan pekerjaan. Secara tuntasnya, siswazah sendiri perlulah berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan. Mereka mestilah membuat persiapan yang lebih mantap dengan menjana kualiti diri siswazah agar mereka dapat melestarikan pembangunan negara pada masa hadapan. (Sumber: Internet)


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 11 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 12 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Udang harimau merupakan spesies udang laut utama diternak oleh kebanyakan penternak udang di Malaysia. Udang ialah sumber Omega-3 yang kaya dengan protein namun kurang kandungan lemak dan kalori. Terdapat pelbagai jenis udang air masin dan air tawar yang kian menjadi pilihan penternak udang. Industri ternakan udang laut khasnya udang harimau di negara ini telah berkembang dalam tahun 1980-an. Industri ternakan udang kini telah menjadi penyumbang dalam kemajuan industri akuakultur negara ini. Purata pengeluaran di Malaysia adalah tinggi, selepas Taiwan dan Thailand. Perkara ini menunjukkan bahawa teknologi ternakan udang di Malaysia telah maju dan setanding dengan negara-negara tersebut sekali gus memberi imej yang baik kepada negara. Bagi mendapatkan hasil ternakan udang yang menepati kehendak pelanggan, penternak perlu memastikan makanan mencukupi diberikan kepada udang. Pemberian makanan ini dilakukan secara manual dan automatik. Penternak udang harimau juga biasanya akan membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk mendapatkan sumber air payau masin. Parameter indeks kualiti air hendaklah ditentukan seminggu sekali untuk memastikan keadaan fizikal air kolam berada dalam keadaan baik seperti suhu, pH, oksigen terlarut, dan kadar kemasinan sesuai untuk tumbesaran udang. Selain itu, keadaan fizikal kolam perlu dipastikan tidak mengandungi plankton yang boleh menyebabkan gangguan kepada pembesaran udang harimau. Para pekerja kolam akan memastikan nutrien yang mencukupi agar udang yang diternak sihat. Nutrien yang diperlukan oleh udang ialah magnesium sulfat dan kalsium klorida. Bagi memastikan udang harimau membesar dengan cepat, kolam haruslah dilengkapkan dengan TAJUK MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 13 Bahan 2 kincir air yang beroperasi 24 jam sehari untuk mengawal suhu air kolam. Hal ini akan membuatkan persekitaran air bersih dengan suhu air antara 25°C hingga 32°C. Penternak udang juga menjelaskan bahawa perlunya teknologi kincir air bagi memastikan tumbesaran udang tidak terganggu. Kincir air berfungsi untuk menghasilkan oksigen yang mencukupi bagi keperluan udang. Selain itu, kincir air juga berfungsi untuk membentuk arus di dalam kolam. Arus air ini mengumpulkan sisa kumbahan di dasar kolam. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mengintai Habitat Udang Harimau’ Buku Teks Tingkatan 4 halaman 46-47, 2019 Sumber: Internet


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 14 Sumber: Internet Bahan 3


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 15 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 16 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan penting dalam pelan perindustrian negara bagi memajukan sektor perindustrian di Malaysia setelah berlakunya perubahan struktur ekonomi pasca kemerdekaan pada tahun 1957. Akan tetapi, pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana di negara kita masih perlahan. Sektor ini bersifat dinamik dan kepentingannya dapat dilihat dari segi peratus sumbangannya kepada bilangan perusahaan dan memberi peluang pekerjaan dalam menjana pertumbuhan industri negara pada masa hadapan. Sumbangan Industri Kecil dan Sederhana tidak boleh dinafikan kepentingannya. Biarpun begitu, banyak dugaan yang perlu dihadapi. Oleh itu, pelbagai inisiatif perlu diambil oleh semua pihak bagi menambah baik industri ini. Kerajaan perlu menyediakan program latihan, kemahiran, seminar dan pengurusan kepada para pekerja yang terlibat. Hal ini bagi membolehkan pekerja kurang mahir menjadi pekerja mahir seperti bantuan daripada MARA, MEDEC, NPC dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil (SMIDEC). Institusi-institusi latihan kemahiran pula perlu mengubah suai kurikulum dan orientasi latihan mereka. Hasil bantuan semua pihak, diharapkan Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia akan menjadi satu industri utama yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara pada masa hadapan. Namun begitu, dalam kejayaan yang dicapai oleh pengusaha dalam perusahaannya, terdapat juga pelbagai cabaran yang harus dilalui. Kebanyakan pengusaha industri kecil ialah golongan penduduk luar bandar yang kurang terdedah kepada teknologi moden terkini. Selain itu, Industri Kecil dan Sederhana yang baru dibangunkan terletak di luar bandar sehingga menyukarkan mereka memasarkan produk ke bandar. Industri ini juga sukar bersaing dengan firma-firma besar kerana kekurangan modal. Sesetengah produk yang dihasilkan adalah tidak tahan lama dan mudah rosak kerana produk berbentuk makanan seperti kek lapis, kuih tradisional, kerepek dan lain-lain. TAJUK MEMACU PRODUKTIVITI


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 17 Bahan 2 Bahan 3 Dalam masa yang sama kurangnya promosi dan pengiklanan menyebabkannya sukar menembusi pasaran global. Di samping itu, pengusaha IKS juga berdepan dengan masalah kekurangan bahan mentah. Bekalan bahan mentah kurang mantap dan harganya semakin meningkat. Walau bagaimanapun, penjaja dan peniaga kecil wajar didedahkan dengan konsep perniagaan tanpa tunai untuk meningkatkan valum jualan kerana rata-rata mereka masih menjalankan transaksi tunai dan bergantung kepada aktiviti jual beli secara fizikal sahaja. Sumber Internet: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia’


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 18 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 19 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Pada masa ini, amalan hijau dalam industri perhotelan menjadi tunjang kepada perkembangan sektor pelancongan global di serata dunia, Hal ini dikatakan demikian kerana begitu banyak permintaan daripada para pelancong yang semakin mementingkan soal penjagaan alam sekitar bagi merehatkan minda dan memberikan ketenangan semasa bercuti. Di Malaysia, pelancongan hijau telah mengembangkan subsektor industri pelancongan dan ekopelancongan yang menyumbang sebanyak 10 peratus pendapatan pelancongan negara. Pelancongan hijau berkonsepkan beberapa kriteria tertentu. Antara kriterianya ialah pelancong yang bersikap baik terhadap alam sekitar dan komuniti setempat. Dalam hal ini, mereka sentiasa menghormati tempat-tempat yang dilawati dengan tidak membuat sebarang pencemaran alam, membuang dan membakar sampah merata-rata, merosakkan atau melakukan vandalisme sesuka hati. Mereka juga sentiasa menjaga perhubungan baik dengan masyarakat atau komuniti setempat dengan tidak membuat sebarang kekecohan dan kekacauan. Malahan, mereka sentiasa berdisiplin sewaktu bercuti atau ketika menerokai landskap semula jadi untuk menikmati udara bersih dan melihat kepelbagaian hidupan liar serta tumbuh-tumbuhan. Dalam merealisasikan industri pelancongan hijau, pihak ASEAN telah memberikan pengiktirafan Anugerah Hotel Hijau ASEAN kepada mana-mana hotel di Malaysia yang melaksanakan amalan hijau dan mesra alam sekitar. Hotel-hotel di Malaysia yang pernah mendapat pengiktirafan antaranya ialah Hotel Mandarin Oriental, Hotel The Shangri-La dan Hotel Rennaissance yang bertempat di Kuala Lumpur. Sementara itu, langkah lain yang boleh dijalankan ialah pihak hotel menggunakan sumber tenaga dan lampu yang cekap serta jimat TAJUK DUNIA PELANCONGAN


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 20 tenaga. Hal ini bagi menjimatkan bil elektrik dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida. Lobi hotel juga boleh dihiasi dengan bahan-bahan dekorasi yang diperbuat daripada fabrik dan seramik yang mesra alam. Pelaksanaan langkah-langkah pengurusan mesra alam secara lebih komprehensif dari segi konsep, reka bentuk dan penyelenggaraan ini menggalakkan persekitaran dalaman yang sihat dan produktif. Demi kelangsungan pelancongan hijau, semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan hijau yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hotel Hijau Kini Jadi Buruan Pelancong’ Sumber Internet, 2016


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 21 Bahan 3 Sumber: Bahasa Melayu Tingkatan 4 Kementerian Pendidikan Malaysia Tebing Melinjau di Tanah Jawa Tempat pengunjung memetik dedaun Alam menghijau damaikan jiwa Mengundang pelancong sepanjang tahun Duduk meninjau di tepi lorong Nampak jambatan di hujung muara Suasana menghijau menarik pelancong Menjana pendapatan kepada negara BAHAN 2


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 22 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 23 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi yang kuat dalam kehidupan pada zaman milenium ini menyebabkan modus operandi para penjenayah siber juga semakin canggih. Kini, jenayah digital yang menggunakan telefon bimbit sebagai saluran modus operandi semakin berleluasa dan masalah ini mesti dibanteras segera. Perkenalan di alam siber membungakan cinta dalam masa yang singkat lalu mangsa terjebak dalam cinta jarak jauh. Akibat lemas dalam ayat-ayat cinta dan janji manis yang amat mempesonakan, mangsa tidak ragu-ragu untuk berkorban wang ringgit dan harta benda asalkan orang yang disayangi dapat segera keluar daripada masalah yang direka. Selalunya penipuan ini lambat disedari, iaitu hanya setelah mangsa mengalami kerugian yang besar. Oleh itu, kita tidak harus terlalu mudah meletakkan kepercayaan kepada orang yang baru dikenali melalui media sosial. Selain itu, terdapat juga kes jenayah siber yang disebabkan oleh penerima panggilan yang cepat cemas, kebingungan dan ketakutan lantas mempercayai bahawa mereka terlibat dalam kes jenayah yang berat. Dalam kes ini, penyangak siber begitu berani menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank atau pegawai kastam. Mereka nekad menelefon mangsa dan membawa khabar buruk tentang keterlibatan mangsa dalam masalah kewangan. Penerima panggilan daripada penjenayah siber tidak perlu panik sekiranya menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali mengenai masalah tertentu seperti daripada bank atau penguat kuasa undang-undang. Sebaliknya, penerima panggilan hendaklah meminta butiran diri pemanggil seperti nama penuh, jawatan, tempat bertugas dan nombor telefon agar dapat menghubunginya semula. Selepas itu, penerima panggilan hendaklah menyemak maklumat yang diberikan untuk memastikan kesahihannya. TAJUK DEMI KEDAMAIAN


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 24 Bahan 2 JENAYAH SIBER Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4 KSSM, muka surat 88-89, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019 Sumber: Internet


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 25 Sumber: Internet Bahan 3


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 26 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 27 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. “Tiada yang lama sudah pasti tiadalah yang baharu”. Ungkapan ini cukup sinonim dengan masyarakat dahulu yang menggambarkan betapa tinggi nilai adat dan budaya masyarakat dalam menghormati mereka yang lebih tua. Hal ini dikatakan demikian kerana cerita tentang budaya dan sejarah diperturunkan secara lisan oleh masyarakat terdahulu. Tradisi lisan merupakan medium penting penyebaran maklumat kepada masyarakat pada masa dahulu kerana mereka tidak terdedah kepada teknologi atau mekanisme lain untuk tujuan penyebaran atau perkongsian maklumat. Melalui penceritaan masyarakat terdahulu inilah kita dapat membukukan peristiwaperistiwa sejarah. Pada masa sekarang pengetahuan tentang sejarah dipelajari di sekolah. Sejarah banyak mendedahkan kita kepada perkara yang telah berlaku dan mempelajari sejarah dapat mengelakkan kita daripada mengulangi kesilapan yang sama. Selain mata pelajaran Sejarah, murid-murid boleh menambah minat kepada sejarah dengan mengakses maklumat di pusat sumber sekolah. Dengan kata lain, pusat sumber atau perpustakaan sekolah bertindak sebagai wadah menyemai rasa cinta akan sejarah kepada murid-murid dengan mengadakan pameran, sudut sejarah dan laman web sejarah. Oleh itu, bagi memastikan setiap warganegara mempunyai semangat cinta akan sejarah negara, kerajaan perlulah melaksanakan program-program sejarah dan kenegaraan yang tidak bersifat musiman. Jabatan Penerangan boleh menyiarkan peristiwa-peristiwa bersejarah di corong-corong radio dan di kaca-kaca televisyen setiap masa. Tegasnya, yang lama jangan dilupakan. Biarlah sejarah negara kita tetap membugar serta tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. TAJUK DALAM LIPATAN KENANGAN


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 28 Bahan 2 Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4 KSSM, muka surat 107-109, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019 Sumber: Internet


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 29 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 30 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat kerana jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Oleh itu, perbezaan agama dan budaya tidak seharusnya menjadi sempadan atau benteng amalan hidup berjiran. Alasan kesibukan seharian dalam mengejar karier masing-masing menyebabkan amalan kejiranan semakin dilupakan. Di samping itu, pacuan perkembangan teknologi era kini juga menjadi penyumbang kepada kealpaan masyarakat terhadap amalan hidup berjiran. Aktiviti yang berkaitan dengan kejiranan semakin kurang dijalankan juga menjadi penyebabnya. Jiran tetangga perlu mengamalkan amalan bertegur sapa seperti bertanya khabar atau bertukar-tukar pandangan supaya hubungan kejiranan semakin kukuh. Sebenarnya, semangat kejiranan mampu mendatangkan impak yang ketara terhadap kesejahteraan masyarakat. Bagi mengukuhkan semangat ini, setiap jiran hendaklah mempunyai matlamat hidup yang sama, iaitu inginkan perpaduan agar kehidupan berjiran akan berkekalan. Amalan cakna terhadap sesuatu keadaan yang dihadapi jiran dapat membantu memupuk semangat hidup berjiran. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak masalah kejiranan dapat diselesaikan apabila masingmasing saling mengambil peduli sesama jiran. Begitu juga dalam hubungan kejiranan yang melibatkan masyarakat berbeza bangsa dan agama. Sikap saling menghormati kepercayaan masing-masing dan mengamalkan amalan mulia seperti ikhlas dan hormat-menghormati akan dapat membentuk hubungan kejiranan yang utuh. Di samping itu, dalam etika kejiranan, kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menggores perasaan jiran. Hak mereka sebagai jiran perlu kita hormati seperti tidak berbuat bising dan tidak mengganggu ketenteraman mereka. Hubungan kejiranan memerlukan kita saling bertemu. Jika masyarakat pada hari ini berjaya mengamalkan TEMA 9 SAYANGI MALAYSIAKU


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 31 AMALAN KEJIRANAN Sambutan perayaan Komuniti beriadah Bimbingan tambahan Larian amal kejiranan cara hidup berjiran dengan baik, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang hidup aman dan harmoni akan tercapai kerana jiran sepakat membawa berkat. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Muafakat Melahirkan Masyarakat Harmoni’ oleh Md. Nizar Parman, Dewan Siswa, Mac 2016 Sumber: Buku Teks Tingkatan 4, halaman 120 Bahan 2


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 32 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 33 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Saban hari, karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba moden. Masyarakat terutamanya golongan muda kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada masa untuk membaca karya ini seperti cerpen, sajak dan drama. Tanpa disedari, masyarakat bukan sahaja memperoleh pengajaran yang berguna untuk diadaptasi dalam kehidupan apabila membacanya malah dapat memupuk rasa kasih dan cinta kepada bahasa ibunda. Di samping itu, pembacaan karya sastera juga dapat melahirkan generasi yang bersemangat dan berani. Hal ini dapat dibuktikan apabila kita membaca drama ‘Gelanggang Tul Wali’ yang dapat menonjolkan semangat keberanian melalui seni silat tradisi orang Melayu. Meniti arus kemodenan ibarat dunia di hujung jari, teknologi sebagai alat untuk mendapatkan maklumat berbanding maklumat daripada pembacaan. Minat terhadap pembacaan karya sastera dapat direalisasikan sekiranya Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan mata pelajaran sastera dipelajari di semua sekolah. Tindakan ini membolehkan para pelajar membaca karya sastera mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Teknik pembelajaran yang menyeronokkan dalam pembelajaran termasuk aktiviti bacaan puisi dan pantun dapat menarik minat pelajar membaca karya sastera Pihak sekolah juga perlu memperbanyak naskhah sastera di pusat sumber sekolah seperti karya Shahnon Ahmad dan Azizi Haji Abdullah. Usaha seterusnya, pihak kerajaan mengadakan kempen membaca karya sastera secara besar-besaran di seluruh negara untuk memupuk minat masyarakat supaya terus membaca karya sastera selain dapat menambah kosa kata. Ternyata, pembacaan karya sastera mendatangkan pelbagai manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Setiap warganegara perlu mencintai dan menghayati karya yang menjadi lambang identiti warisan bangsa. TAJUK BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 34 Bahan 2 Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kaedah Tarik Minat Sastera Melayu’ Berita Harian, Januari 2017 Sumber: Internet


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 35 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 36 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan, perbadanan, syarikat, barang-barang untuk perbelanjaan negara dan sebagainya. Cukai ialah satu sumber perolehan utama kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek seperti prasarana, pembangunan, perkhidmatan dan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat serta negara. Pada masa sama, kerajaan akan merangka bajet negara berdasarkan jumlah cukai yang diperoleh. Cukai lazimnya dikenakan kepada individu dan syarikat yang layak sahaja. Walau bagaimanapun, masih ada pihak yang gagal melunaskan tanggungjawab itu sehingga sanggup menggunakan pelbagai helah untuk melarikan diri daripada membayar cukai. Sekiranya hal ini berlanjutan, pasti akan ada kesan yang perlu kita hadapi. Jika kita memutuskan untuk enggan membayar cukai pada tahun semasa, tindakan ini hanya akan merumitkan kehidupan kerana hutang cukai akan terus bertambah. Bagi mereka yang tidak membayar cukai, mereka mungkin akan dikenakan penalti jika sabit kesalahan. Penalti ialah denda atau bayaran mengikut jumlah yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Semakin banyak cukai yang tertunggak, semakin tinggilah penaltinya. Kesan tidak membayar cukai menjadikan kita berisiko dikenakan tindakan mahkamah atau dipenjarakan atas kesalahan tersebut. Harta benda dan semua barang peribadi kita mungkin akan disita oleh pihak kerajaan mengikut jumlah nilai cukai yang tidak dibayar. Paling buruk lagi, akibat tidak membayar cukai juga menyebabkan kita dikenakan Sekatan Perjalanan iaitu dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk ke luar negara. TAJUK EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 37 Bahan 2 Sekatan Perjalanan dianggap sebagai sebuah keadilan dalam konteks percukaian bagi pembayar cukai yang patuh yang selama ini tanpa gagal membayar cukai kepada negara. Kesimpulannya, jadilah warganegara bertangggungjawab dengan membayar cukai mengikut kadar yang ditetapkan. Cara pengiraan cukai juga telah dipermudah untuk semua pembayar cukai. Kini, cukai boleh dibayar dengan pelbagai cara. Terpulang kepada pembayar cukai untuk membuat keputusan. Usahlah mengelak daripada membayar hutang kerana hidup akan tenang tanpa bebanan hutang. Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Tak Nak Bayar Cukai - Bersedia untuk Berdepan Akibat’ , Majalah Labur, Mac 2020 Sumber: Internet


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 38 CUKAI UNTUK NEGARA Sumber: Manfaat Cukai, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, KPM Halaman 157 Bahan 3


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 39 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 40 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Terarium merupakan perhiasan tanaman yang mengandungi pelbagai aksesori di dalam bekas atau balang yang diperbuat daripada kaca atau plastik lut sinar yang semakin mendapat tempat di hati peminat hiasan dalaman. Terarium dikatakan sebagai konsep taman mini yang ditanam di dalam satu ruangan kecil seperti botol kaca dan pelbagai lagi. Kebiasaannya, pokok yang terdapat di dalam terarium ini mendapat sumber air melalui proses transpirasi dan kondensasi. Biarpun masih baharu, permintaan terhadap terarium sebagai sebahagian hiasan dalaman rumah amat memberangsangkan. Kelebihan terarium ialah penjagaan yang mudah dan hanya perlu disiram sebulan sekali. Terarium akan memberi kesan estetik pada ruangan dan memberikan manfaat positif bagi kesihatan mental kepada sesiapa sahaja. Hasil kreativiti menghias terarium ini turut membuka peluang perniagaan dan membuatkan ramai orang tertarik untuk memilikinya. Kedudukan terarium juga penting bagi memastikan tumbuhan ini hidup dengan segar. Lokasinya tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari dan sebaik-baiknya diletakkan di bahagian yang redup. Penghasilan terarium juga mudah dan bergantung kepada saiz dan jenis balang yang digunakan. Proses ubah suai boleh dilakukan mengikut kreativiti masing-masing. Lebih besar balang lebih lama masa yang diperlukan. Terarium yang ringkas boleh dihasilkan dengan mengambil masa dalam 15 hingga 30 minit sahaja. Keperluan asas untuk penyediaan terarium ialah tempat yang mempunyai cahaya yang cukup dan bahan asas seperti batu dan kerikil. Bagi konsep terarium tertutup, pastikan tanaman ini sentiasa lembap manakala untuk terarium terbuka pula memerlukan semburan air yang TAJUK ASLI DAN KONTEMPORARI


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 41 Bahan 2 mencukupi untuk bertahan selama tiga hari dan memastikan tanah betul-betul kering sebelum melakukan penyemburan semula untuk proses yang berikutnya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hiasan Tanaman dalam Balang’ oleh Muhamad Razis b Ismail, Metro Online 3 April 2021 Sumber: Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 42 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 43 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Keindahan terumbu karang pelbagai spesies, warna dan bentuk menjadikan pesona ekosistem marin di dasar laut bertambah unik. Malaysia bertuah kerana terletak dalam kawasan Segi tiga Terumbu Karang yang mengandungi kepelbagaian hidupan marin tertinggi di dunia. Kawasan ini meliputi perairan seluas kira-kira lima juta kilometer (km) persegi dan didiami 605 spesies terumbu karang yang terdiri daripada karang keras dan karang lembut. Terumbu karang secara semula jadinya berfungsi sebagai benteng penahan ombak bagi mengelakkan hakisan pantai. Namun, menuju ke arah negara maju, Malaysia berhadapan cabaran besar dalam menguruskan ekosistem marin ini. Perbuatan nelayan asing yang menggunakan bom dinamit secara haram untuk tujuan penangkapan ikan dan insiden perlanggaran kapal dengan terumbu karang yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini turut menyumbang kepada masalah kepupusan ini. Kejadian-kejadian ini akan memusnahkan struktur tiga dimensi terumbu karang seterusnya menjejaskan perkhidmatan ekosistem yang diberikannya. Tidak dinafikan bahawa habitat terumbu karang yang berkeluasan 4,006 kilometer persegi ini memiliki keunikan dan keindahannya. Namun ketika menikmati keindahan tersebut, ramai penyelam skuba dan snorkel telah merosakkan terumbu karang akibat dari tendangan sirip, menolak atau memegang karang, dan berlutut atau berdiri di atas karang. Ada juga sesetengah pelancong yang sengaja mengambil batu karang secara haram walaupun perbuatan tersebut ditegah undang-undang. Menurut pakar penyelidik terumbu karang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Tan Chun Hong, krim pelindung matahari dan losen badan yang banyak digunakan oleh pelancong pantai akan mengakibatkan kelunturan warna, membantutkan tumbesaran dalam tahap juvenil malah mengakibatkan kematian batu karang. TAJUK SEGALANYA BERMULA DI SINI


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 44 Justeru, sudah tiba masanya langkah drastik diambil bagi tujuan memulihara kelangsungan hidup terumbu karang. Batu karang sebenarnya telah digunakan sebagai bahan graf tulang (bone graft) selama lebih dari 30 tahun. Maka, usaha bersepadu perlu dilakukan dengan mengambil kira kesemua faktor yang menyumbang kepada ancaman kepupusan ekosistem ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Terumbu Karang Kita Semakin Tidak Sihat’ oleh Suzalina Halid , Berita Harian Online, 28 Jun 2021 Sumber : Internet Bahan 2


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 45 Anggerik desa serlah di hutan, Kekal setia di dahan pulasan; Koloni karang aman di lautan, Kini cemas di ambang kepupusan. Pergi memanah di lapang sasar, Usah leka sasaran terlepas; Iklim berubah impaknya besar Terumbu karang tumbuhnya terjejas. Kerongsang berhias dari suasa, Halus ukiran si tukang larik; Terumbu karang khazanah nusa, Unik dan indah semua tertarik. Sumber : Penulis Bahan 3


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 46 Jumlah patah perkataan:


Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 47 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Seseorang dianjurkan agar mengawal atau mengurus perasaan marah. Perasaan ini perlu dikawal untuk mengelakkan kesan buruk akibat kemarahan yang tidak dikawal. Apabila seseorang marah, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Selain itu, tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina juga akan bertambah. Kemarahan juga menghasilkan ketegangan fizikal dan psikologi seseorang. Bagi mengurangkan ketegangan tersebut, seseorang perlu kembali ke posisi normal. Sekiranya dia sedang marah dan ketika itu dia sedang berdiri, maka dia perlu duduk. Selain itu, apabila seseorang dalam keadaan marah, dia juga perlu mendiamkan diri. Tindakan ini dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk daripada berlaku dan tidak mengeruhkan keadaan. Seseorang juga boleh menguruskan keadaan marah dengan cara bertenang. Semasa marah, tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. Tindakan ini mungkin dapat membantu seseorang menenangkan diri. Gunakan daya imaginasi seseorang untuk menggambarkan suasana yang tenang sambil menutup mata, kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan. Seseorang juga digalakkan untuk membasuh muka atau mandi apabila berada dalam keadaan marah. Apabila seseorang itu membasahkan tubuhnya, kedinginan air akan menyejukkan sistem saraf yang dalam keadaan tegang disebabkan emosi marah.. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Marah, Jangan Engkau Marah’ Buku Teks Tingkatan 4 halaman 198 – 199 TAJUK SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU


Click to View FlipBook Version