Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 48 Sumber : Internet Bahan 2
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 49 Sumber : Internet Bahan 3
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 50 Jumlah patah perkataan:
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 51 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kebanyakan negara termasuk Indonesia sudah lama menggunakan biodiesel B10 sebagai bahan api alternatif untuk kenderaan di negara mereka. Biodiesel sawit bukanlah sesuatu yang baharu bagi Malaysia kerana sejak penghujung tahun 2014, semua diesel yang dijual di stesen minyak sebenarnya ialah biodiesel iaitu B7 dengan campuran 7% metil ester sawit. Namun di Malaysia, walaupun rancangan penggunaan biodiesel B10 untuk kenderaan sudah lama diumumkan oleh kerajaan, namun hingga kini perkara ini masih tidak menjadi kenyataan. Antara halangan dipercayai menyumbang terhadap penangguhan penggunaan bahan api alternatif itu, termasuk desakan persatuan, pengeluar kenderaan serta kemahuan politik di pihak kerajaan. Tahukah anda, apakah yang dikatakan biodiesel? Biodiesel ialah biobahan api alternatif yang digunakan sebagai pengganti bahan bakar, iaitu diesel dan petroleum. Biodiesel ialah bahan api diesel yang berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan setelah melalui proses kimia di loji biodiesel. Biodiesel yang terhasil daripada minyak sawit dikenali sebagai Palm Methyl Ester (PME). Di Malaysia, PME ini diadun dengan petroleum diesel bagi membentuk campuran biodiesel dengan bahan api. Kebanyakan negara menggunakan sistem yang dikenali sebagai faktor “B” bagi menyatakan jumlah biodiesel dalam sebarang campuran bahan api. Bahan api yang mengandungi 5% biodiesel dilabelkan sebagai B5. Jika mengandungi 10%, biodiesel ini dilabelkan sebagai B10. Biodiesel tulen dilabelkan sebagai B100. Di Malaysia, B5 bagi sektor pengangkutan darat bersubsidi telah dilancarkan pada tahun 2011 di Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Melaka seterusnya diperluas ke Johor mulai tahun 2013. Pada tahun 2014, B7 pula diperkenalkan. Menjelang penghujung TAJUK MEMACU PRODUKTIVITI
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 52 tahun 2014, semua negeri di Malaysia telah menggunakan B7. Pada penghujung tahun 2018 pula, B10 diperkenalkan dalam Majlis Pelancaran Pelaksanaan Program B10 Sektor Pengangkutan yang diadakan di Dataran Putra, Putrajaya. Melalui program ini, diharapkan agar kualiti udara, terutamanya di kawasan bandar akan meningkat apabila pelepasan debu dan asap hitam ke udara semakin berkurangan di samping mengukuhkan harga kelapa sawit. (Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4)
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 53 Sumber: Internet Bahan 2
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 54 Jumlah patah perkataan:
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 55 Bahan 1 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 Markah] Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kepimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentu yang dikira dapat membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas TAJUK DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 56 seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut adalah menjadi sumber rujukan iaitu pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli apabila diperlukan. Pemimpin juga harus sentiasa merangsang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-rakan di bawah pimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih memberikan khidmat serta sumbangan untuk kebaikan bersama. Pemimpin juga sebagai suri teladan iaitu sebagai model atau contoh. Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang baik. Dipetik dan diubah suai daripada“Ciri-ciri Pemimpin yang Baik Dalam Sesebuah Organisasi”, http://mylittletask.blogspot.com/, November 2010. Dikir Pemimpin Unggul Seluas ilmu tekun direncana, Negara maju transformasi dijana, Pemimpin berilmu berakhlak mulia, Menjadi teladan wawasan dilaksana. (awak-awak ulang Rangkap 1) Menjadi idola harapan bangsa, Negara dijulang seantero dunia, Maju gemilang merentas masa, Rakyat cemerlang pencetus idea. (awak-awak ulang Rangkap 1) Janganlah angkuh membangga diri, Kelak jatuh menyembah bumi, Biar teguh jadi diri, Baru kukuh pimpinanmu nanti. (awak-awak ulang Rangkap 1) Tumbuh subur julang Mentari, Dijaga elok tegak berdiri, Pekerti luhur cerminan diri, Pemimpin jujur tetap disegani. (awak-awak ulang Rangkap 1) Amsyar Sukri, Johor Bahru Buku Teks T4, hal: 225 Bahan 2
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 57 Jumlah patah perkataan:
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 58
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 59 TAJUK : MEREALISASIKAN IMPIAN Pendahuluan: Rumusan membincangkan faktor-faktor e-sukan semakin berkembang di negara ini dan langkahlangkah memajukan sukan ini. Bahan 1 Fokus 1 (Faktor-faktor e-sukan semakin berkembang di negara ini) 1. Menjadi karier bermain permainan secara kompetitif atau bersifat persaingan dan tidak berasaskan kekuatan fizikal 2. Berfungsi sebagai hobi 3. Satu kerjaya yang menjanjikan pulangan pendapatan lumayan 4. Menggunakan platform media sosial paling popular, iaitu Facebook (FB) Fokus 2 (Langkah- langkah memajukan sukan ini) 1. Malaysia memerlukan satu laluan kerjaya supaya semua peringkat umur di negara ini diberikan peluang sama rata 2. Malaysia kini melangkah ke era digital yang memiliki jaringan Internet 5G 3. Majlis Sukan Negara (MSN) perlu bertanggungjawab melaksanakan kajian dalam segenap aspek 4. Kemudian diikuti dengan penggubalan dasar atau polisi e-sukan 5. Promosi besar-besaran tentang e-sukan sangat penting 6. Bagi atlit sukan ini pula, mereka perlu terus fokus dan berlatih Bahan 2 Fokus 1 (Langkah memajukan e-sukan) 1. Pihak swasta / syarikat telekomunikasi menganjurkan kejohanan e-sukan 2. Kejohanan e-sukan wajar disertai oleh pelajar IPT awam Penutup Kesimpulannya, e-sukan perlu dimajukan supaya rakyat mendapat manfaat daripadanya.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 60 TAJUK : INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA Pendahuluan: Rumusan membincangkan faktor-faktor bahasa Melayu diminati oleh pelajar asing dan langkahlangkah memartabatkan bahasa Melayu. Bahan 1 Fokus 1 (Faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab bahasa Melayu diminati oleh pelajar asing ) 1. Lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa asing yang lain 2. Masih belum terkenal di rantau Asia Tengah jika dibandingkan dengan bahasa Asia yang lain 3. Berpendapat bahasa Melayu merupakan bahasa yang menarik 4. Terdapat persamaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Ubzek 5. Pusat pengajian TSIOS sendiri memberi galakan kepada pelajar Urbekistan untuk mempelajari bahasa Melayu 6. Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar dari Malaysia Fokus 2 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu) 1. Memastikan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan. 2. Kerajaan perlu sedikit demi sedikit memansuhkan sekolah vernakular. Bahan 2 Fokus 2 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu) 1. Kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ 2. Menganjurkan aktiviti kebahasaan. 3. Memperkasa Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Menguatkuasakan Bahasa Malaysia dalam penyiaran dan pengiklanan Penutup Kesimpulannya, bahasa Melayu perlu dimartabatkan agar bahasa Melayu dapat berkembang di persada dunia.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 61 TAJUK : MEMETIK BINTANG Pendahuluan: Rumusan membincangkan langkah-langkah melahirkan graduan yang berkualiti dan ciri-ciri kebolehpasaran graduan di Malaysia. Bahan 1 Fokus 1 (langkah-langkah melahirkan graduan berkualiti) 1. pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menstrukturkan program mereka dalam elemen ilmu, nilai dan kemahiran 2. Kementerian Pendidikan juga seharusnya meningkatkan jumlah jam kredit bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 3. Kementerian Pendidikan juga melaksanakan program yang membolehkan siswazah mempunyai kecekapan 4. kerajaan amat menggalakkan setiap IPT membangunkan pusat keusahawanan 5. Pihak Kementerian Sumber Manusia juga telah menubuhkan 11 buah Jobs Malaysia Centre (JMC) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja 6. Siswazah sendiri perlulah berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan. Fokus 2 (ciri-ciri kebolehpasaran graduan) 1. penguasaan kemahiran komunikasi dalam bahasa antarabangsa. 2. melestarikan pembangunan negara Bahan 2 Fokus 2 (ciri-ciri kebolehpasaran graduan) 1. bekerja 2. melanjutkan pelajaran 3. menunggu penempatan pekerjaan 4. meningkatkan kemahiran Penutup Kesimpulannya, seseorang graduan perlu mempersiap kekuatan mental dan fizikal supaya dapat menempatkan diri dalam bidang pekerjaan yang bersesuaian.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 62 TAJUK : MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH Pendahuluan: Rumusan membincangkan kepentingan sektor penternakan udang dan cara penternakan udang harimau di negara kita. Bahan 1 Fokus 1 (Kepentingan sektor penternakan) 1. Menjadi penyumbang dalam kemajuan industri akuakultur negara ini 2. Melahirkan imej yang baik untuk negara Fokus 2 (Langkah / cara menternak udang) 1. Memastikan makanan mencukupi diberikan kepada udang 2. Membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk mendapatkan sumber air payau masin 3. Parameter indeks kualiti air hendaklah ditentukan seminggu sekali 4. Keadaan fizikal kolam perlu dipastikan tidak mengandungi plankton 5. Memastikan nutrien yang mencukupi 6. Kolam haruslah dilengkapkan dengan kincir air Bahan 2 Fokus 1 (kepentingan sektor penternakan) 1. Memanfaatkan sumber yang dimiliki oleh negara 2. Mewujudkan peluang pekerjaan 3. Meningkatkan pendapatan eksport negara 4. Mewujudkan keberdikarian bekalan makanan negara Penutup Kesimpulannya, semua pihak perlulah menyokong sektor penternakan udang supaya sumber kewangan negara terus kukuh.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 63 TAJUK : MEMACU PRODUKTIVITI Pendahuluan: Rumusan membincangkan langkah-langkah untuk memajukan Industri Kecil dan Sederhana dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengusaha Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia. Bahan 1 Fokus 1 (Langkah- langkah) 1. Kerajaan perlu menyediakan program latihan, kemahiran, seminar dan pengurusan kepada para pekerja yang terlibat. 2. Institusi-institusi latihan kemahiran perlu mengubah suai kurikulum dan orientasi latihan mereka. Fokus 2 (Cabaran-cabaran) 1. Kebanyakan pengusaha industri kecil adalah golongan penduduk luar bandar yang kurang terdedah kepada teknologi moden terkini. 2. Industri Kecil dan Sederhana dibangunkan di luar bandar sehingga menyukarkan mereka memasarkan produk ke bandar. 3. Sukar bersaing dengan firma-firma besar kerana kekurangan modal. 4. Sesetengah produk yang dihasilkan adalah berbentuk makanan tidak tahan lama dan mudah rosak. 5. Kurangnya promosi dan pengiklanan menyebabkannya sukar menembusi pasaran global. 6. Pengusaha IKS juga berdepan dengan masalah kekurangan bahan mentah. Bahan 2 Fokus 2 (Langkah- langkah) 1. Penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif 2. Pengalihan teknologi pembuatan daripada tradisional kepada moden 3. Usaha sama dengan universiti tempatan dalam penyelidikan dan pembangunan. 4. Memperkasa jenama produk. 5. Menyertai ekspo perdagangan di peringkat antarabangsa. 6. Memberikan anugerah dan pengiktirafan. Penutup Kesimpulannya, semua pihak perlu membantu memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia agar pengusaha IKS dapat bersaing ke peringkat antarabangsa.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 64 TAJUK : DUNIA PELANCONGAN Pendahuluan : Rumusan membincangkan ciri-ciri pelancong hijau, usaha-usaha memajukan industri pelancongan hijau dan kebaikan pelancongan hijau di Malaysia. Fokus1 (Ciri-ciri Pelancong Hijau) Bahan 1 1. Bersikap baik terhadap alam sekitar dan komuniti setempat. 2. Sentiasa menjaga perhubungan baik dengan masyarakat atau komuniti setempat. 3. Sentiasa berdisiplin sewaktu bercuti. Fokus 2 ( Cara-cara/ usaha-usaha / langkah-langkah memajukan pelancongan hijau) Bahan 1 1. Pihak ASEAN telah memberikan pengikitirafan Anugerah Hotel Hijau ASEAN kepada manamana hotel di Malaysia yang melaksanakan amalan hijau dan mesra alam. 2. Pihak hotel boleh menggunakan sumber tenaga dan lampu yang cekap serta jimat tenaga, 3. Lobi hotel boleh dihiasi dengan bahan-bahan dekorasi yang diperbuat daripada fabrik dan seramik yang mesra alam. Fokus 1 (Ciri-ciri Pelancong Hijau) Bahan 2 1. Memilih penginapan yang berkonsepkan hotel hijau yang diperakukan. 2. Membeli produk tempatan yang mesra alam 3. Berjalan kaki, menggunakan basikal atau pengangkutan awam. 4. Berjimat dalam penggunaan air, elektrik dan tenaga yang tidak boleh dibaharui. Fokus 3 (Kebaikan/Kepentingan/Faedah Pelancongan Hijau) Bahan 3 1. Menarik kemasukan pelancong sepanjang tahun 2. Menjana pendapatan kepada negara.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 65 Penutup : Kesimpulannya, pelancongan hijau perlu dibudayakan agar kualiti alam sekitar lebih terjamin. TAJUK: DEMI KEDAMAIAN Pendahuluan: Rumusan membincangkan punca jenayah siber dan langkah-langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah siber. Fokus 1 (Punca jenayah siber) Bahan 1 1. Perkenalan di alam siber membungakan cinta dalam masa yang singkat lalu mangsa terjebak dalam cinta jarak jauh 2. Penerima panggilan yang cepat cemas, kebingungan dan ketakutan lantas mempercayai bahawa mereka terlibat dalam kes jenayah yang berat. Fokus 2 (Langkah-langkah mengelakkan jenayah siber) Bahan 1 1. Tidak harus terlalu mudah meletakkan kepercayaan kepada orang yang baru dikenali melalui media sosial. 2. Tidak perlu panik sekiranya menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali mengenai masalah tertentu 3. Meminta butiran diri pemanggil agar dapat menghubunginya semula menyemak maklumat yang diberikan untuk memastikan kesahihannya Fokus 1 (Punca jenayah siber) Bahan 2 1. Sekadar suka-suka 2. Mencuba ilmu baharu 3. Ketamakan untuk menjadi kaya Fokus 2 (Langkah mengelakkan jenayah siber) Bahan 3 1. Tidak membenarkan individu lain menggunakan identiti atau kata laluan akaun e-mel atau media sosial
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 66 2. Tidak melayari laman web dan blog yang berunsur lucah, fitnah, hasutan, skim cepat kaya dan ideologi keganasan 3. Tidak menyebar kandungan yang berunsur lucah, fitnah, hasutan, skim cepat kaya dan ideologi keganasan 4. Tidak terpedaya dengan tawaran atau maklumat daripada individu yang tidak dikenali melalui e-mel atau media sosial Penutup Kesimpulannya,jenayah siber perlulah dibanteras agar mengelakkan masyarakat daripada menjadi mangsa penjenayah siber.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 67 TAJUK: DALAM LIPATAN KENANGAN Pendahuluan: Rumusan membincangkan kepentingan mempelajari sejarah negara dan cara-cara menyemai rasa cinta akan sejarah. Fokus 1 (Kepentingan mempelajari sejarah negara) Bahan 1 1. Sejarah banyak mendedahkan kita kepada perkara yang telah berlaku. 2. Mengelakkan kita daripada mengulangi kesilapan yang sama. Fokus 2 (Cara-cara menyemai rasa cinta akan sejarah) Bahan 1 1. Melalui mata pelajaran Sejarah, murid-murid boleh menambah minat kepada sejarah. 2. Pusat sumber atau perpustakaan sekolah bertindak sebagai wadah menyemai rasa cinta akan sejarah. 3. Melaksanakan program-program sejarah dan kenegaraan yang tidak bersifat musiman. 4. Menyiarkan peristiwa-peristiwa bersejarah Fokus 1 (Kepentingan mempelajari sejarah negara) Bahan 2 1. Memupuk semangat patriotik 2. Menyemai perpaduan antara kaum 3. Mempelajari kesilapan masa dahulu 4. Menghargai budaya dan warisan negara 5. Memelihara kedaulatan negara 6. Memahami landskap politik negara Penutup Kesimpulannya, sejarah negara perlulah dipelajari agar melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 68 TAJUK: SAYANGI MALAYSIAKU Pendahuluan: Rumusan membincangkan sebab-sebab semangat kejiranan kurang diamalkan dan cara-cara memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Fokus 1 (Sebab-sebab semangat kejiranan kurang diamalkan) Bahan 1 1. Kesibukan seharian dalam mengejar karier masing-masing. 2. Pacuan perkembangan teknologi era kini 3. Aktiviti yang berkaitan dengan kejiranan semakin kurang dijalankan Fokus 2 (Cara-cara memupuk semangat kejiranan) Bahan 1 1. Mengamalkan amalan bertegur sapa 2. Mempunyai matlamat hidup yang sama iaitu inginkan perpaduan 3. Amalan cakna terhadap sesuatu keadaan yang dihadapi jiran 4. Sikap saling menghormati kepercayaan masing-masing 5. Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menggores perasaan jiran Fokus 2 (Cara-cara memupuk semangat kejiranan) Bahan 2 1. Mengadakan sambutan perayaan 2. Mengadakan aktiviti komuniti beriadah 3. Menjalankan bimbingan tambahan 4. Melaksanakan larian amal kejiranan Penutup Kesimpulannya, semangat kejiranan perlu diamalkan agar dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 69 TAJUK: BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR Pendahuluan Rumusan membincangkan kebaikan membaca karya sastera dan usaha-usaha memupuk minat membaca karya sastera. Fokus 1 (Faedah/manfaat/ kebaikan membaca karya sastera) Bahan 1 1. Masyarakat memperoleh pengajaran yang berguna untuk diadaptasi dalam kehidupan 2. Memupuk rasa kasih dan cinta kepada bahasa ibunda 3. Melahirkan generasi yang bersemangat dan berani Fokus 2 (Usaha-usaha memupuk minat membaca karya sastera) Bahan 1 1. Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan mata pelajaran sastera dipelajari di semua sekolah 2. teknik pembelajaran yang menyeronokkan dalam pembelajaran 3. pihak sekolah perlu memperbanyak naskhah sastera di pusat sumber sekolah 4. pihak kerajaan mengadakan kempen membaca karya sastera secara besar-besaran di seluruh negara Fokus 1 (Faedah/kebaikan membaca karya sastera) Bahan 2 1. Mengenali bakat-bakat penulis tersohor negara. 2. Menghilangkan tekanan sambil mengisi masa lapang 3. Meningkatkan jumlah kosa kata dan bahasa 4. Meningkatkan imaginasi dan kemahiran berfikir 5. Menimba pengalaman penulis walaupun tidak mengalaminya sendiri Penutup Kesimpulannya, amalan membaca karya sastera perlu diterapkan dalam kalangan masyararakat agar karya sastera tidak dipinggirkan.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 70 TAJUK: EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA Pendahuluan: Rumusan membincangkan kepentingan cukai, akibat tidak membayar cukai kepada negara dan cara pembayaran cukai. Fokus 1 (kepentingan cukai) Bahan 1 1. melaksanakan pelbagai projek prasarana, pembangunan, perkhidmatan dan infrastruktur 2. membantu kerajaan merangka bajet negara berdasarkan jumlah cukai yang diperoleh Bahan 3 1. meningkatkan kesejahteraan rakyat 2. menawarkan peluang pekerjaan dan pelaburan 3. mengekalkan pertumbuhan ekonomi 4. melaksanakan projek pembangunan 5. mengurangkan beban sara hidup rakyat Fokus 2 ( Kesan buruk/ akibat tidak membayar cukai) Bahan 1 1. hutang cukai akan terus bertambah . 2. mungkin akan dikenakan penalti 3. menjadikan kita berisiko dikenakan tindakan mahkamah atau dipenjarakan 4. harta benda serta semua barang peribadi kita mungkin akan disita 5. dihalang untuk ke luar negara Fokus 3 ( cara pembayaran cukai) Bahan 2 1. Bayar di kaunter 2. Bayar secara perbankan dalam talian 3. Bayar melalui kad kredit 4. Bayar melalui duti setem
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 71 Penutup Kesimpulannya, cukai perlu dibayar oleh individu dan syarikat supaya sumber kewangan negara terus kukuh. TAJUK: ASLI DAN KONTEMPORARI Pendahuluan: Rumusan membincangkan kelebihan-kelebihan, ciri-ciri terarium dan langkah penyediaan tanaman hiasan terarium. Fokus 1 (kelebihan tanaman hiasan terarium) Bahan 1 1. penjagaan yang mudah dan hanya perlu disiram sebulan sekali. 2. memberi kesan estetik pada ruangan 3. memberikan manfaat positif bagi kesihatan mental. 4. membuka peluang perniagaan Fokus 2 (Ciri-ciri tanaman hiasan terarium) Bahan 1 1. konsep terarium tertutup, pastikan tanaman ini sentiasa lembap 2. Konsep terarium terbuka memerlukan semburan air yang mencukupi 3. Lokasinya tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari dan sebaik-baiknya diletakkan di bahagian yang redup. Bahan 2 1. taman mini dalam medium kaca / lutsinar 2. menggambarkan ekosistem gurun, padang pasir, hutan hujan tropika, laman Jepun, laman Inggeris, atau laman Cina Fokus 3 (langkah penyediaan tanaman hiasan terarium) Bahan 2 1. sediakan bekas lut sinar dan letakkan batu kerikil di bahagian bawah bekas lut sinar. 2. letakkan jaring yang dipotong di bahagian atas batu kerikil. 3. rendam medium tanaman di dalam air bagi melembapkannya dan letakkan medium tanaman hingga menutupi bahagian atas jaring. 4. rancang reka letak, keluarkan tumbuhan dan pindahkan ke dalam bekas lut sinar.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 72 5. Hiaskan dengan lumut, batu-batu atau hiasan lain. Penutup Kesimpulannya, hiasan terarium perlu dijadikan aktiviti keluarga dan masyarakat agar dapat memanfaatkan masa lapang. TAJUK: SEGALANYA BERMULA DI SINI Pendahuluan: Rumusan membincangkan punca-punca kepupusan terumbu karang dan kepentingan-kepentingan terumbu karang kepada alam sekitar. Fokus 1 (punca-punca/sebab-sebab kepupusan terumbu karang ) Bahan 1 1. Perbuatan nelayan asing yang menggunakan bom dinamit secara haram untuk tujuan penangkapan ikan 2. insiden perlanggaran kapal dengan terumbu karang 3. ramai penyelam skuba dan snorkel telah merosakkan terumbu karang 4. Pelancong mengambil batu karang secara haram 5. krim pelindung matahari dan losen badan yang banyak digunakan oleh pelancong pantai akan mengakibatkan kelunturan warna, membantutkan tumbesaran dalam tahap juvenil malah mengakibatkan kematian batu karang. Bahan 3 1. Perubahan iklim dunia memberi impak besar kepada pertumbuhan terumbu karang Fokus 2 (kepentingan / kelebihan) Bahan 1 1. Sebagai benteng penahan ombak 2. batu karang sebenarnya telah digunakan sebagai bahan graf tulang (bone graft) selama lebih dari 30 tahun.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 73 Bahan 2 1. Sebagai sumber hidupan marin 2. Sebagai sumber bahan pembuatan makanan untuk manusia 3. Sebagai punca / sumber perlindungan banjir global. 4. Sumber tarikan pelancongan Bahan 3 1. Terumbu karang khazanah nusa / negara 2. Mempunyai keunikan dan keindahan Penutup Kesimpulannya, terumbu karang perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 74 TAJUK: SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU Pendahuluan Rumusan membincangkan kesan-kesan perasaan marah dan langkah-langkah seseorang untuk mengawal perasaan marah. Fokus 1 (Kesan-kesan perasaan marah) Bahan 1 1. Kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat. 2. Tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina juga akan bertambah. 3. Kemarahan juga menghasilkan ketegangan fizikal dan psikologi seseorang. Fokus 2 (Langkah-langkah untuk mengawal perasaan marah) Bahan 1 1. Sekiranya seseorang sedang marah dan ketika itu dia berdiri, maka dia perlu duduk. 2. Apabila seseorang dalam keadaan marah, dia perlu mendiamkan diri. 3. Seseorang juga boleh menguruskan keadaan marah dengan cara bertenang. Fokus 2 (Langkah-langkah untuk mengawal perasaan marah) Bahan 2 1. Seseorang perlu menahan kemarahan dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan hanya berfikir positif terhadap hal lain 2. Seseorang perlu meluahkan perasaan marah secara wajar 3. Seseorang boleh menenangkan diri dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman Fokus 1(Kesan-kesan perasaan marah) Bahan 3 1. Perasaan marah yang disimpan pasti akan menyebabkan dendam yang terpendam. 2. Perasaan marah akan menyebabkan hati menjadi kelam. 3. Perasaan marah akan menyebabkan hidup tidak ketentuan. Penutup Kesimpulannya, perasaan marah perlulah dikawal supaya kehidupan seseorang / kita lebih tenteram.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 75 TAJUK: MEMACU PRODUKTIVITI Pendahuluan: Rumusan membincangkan ciri-ciri biodiesel dan kebaikan penggunaan biodiesel dalam kehidupan. Bahan 1 Fokus 1 (ciri-ciri biodiesel) 1. pengganti bahan bakar 2. berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan 3. dikenali sebagai Palm Methyl Ester (PME) 4. mengandungi 5% biodiesel dilabelkan sebagai B5 5. mengandungi 10%, biodiesel ini dilabelkan sebagai B10 6. Biodiesel tulen dilabelkan sebagai B100 Fokus 2 (kebaikan penggunaan biodiesel) 1. kualiti udara di kawasan bandar akan meningkat 2. mengukuhkan harga kelapa sawit Bahan 2 Fokus 2 (kebaikan penggunaan biodiesel) 1. pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau 2. mempelbagaikan sumber tenaga 3. memperkukuh harga komoditi Penutup Kesimpulannya, penggunaan biodiesel perlu diperluas agar dapat melestarikan alam sekitar yang bersih.
Modul Rumusan Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4: JPN KEDAH 76 TAJUK : DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN Pendahuluan Rumusan membincangkan ciri-ciri seorang pemimpin dan peranan-peranan pemimpin untuk mengurus sesebuah organisasi. Fokus 1 (Ciri-ciri seorang pemimpin) Bahan 1 1 Seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi 2 Seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. 3 Seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. 4 Seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas. Fokus 2 (Peranan-peranan pemimpin untuk mengurus sesebuah organisasi) Bahan 1 1 Menjadi sumber rujukan 2 Pemimpin juga harus sentiasa merangsang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-rakan sepimpinannya. 3 Pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli apabila diperlukan 4 Pemimpin juga sebagai suri teladan iaitu sebagai model atau contoh. Fokus 1 (Ciri-ciri seorang pemimpin) Bahan 2 1 Seorang yang berilmu dan berakhlak mulia. 2 Seorang yang mempunyai keteguhan jati diri. 3 Seorang yang jujur. 4 Seorang yang tidak sombong/angkuh dan bangga diri Penutup Kesimpulannya, ciri-ciri kepemimpinan yang baik perlulah diterapkan agar pemimpin dapat memimpin sesebuah organisasi dengan lebih efisien.