The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by EKA NOORUL AZWANI BINTI DARWIN Moe, 2022-08-01 22:04:07

MANUAL SEKOLAH SELAMAT pdf

MANUAL SEKOLAH SELAMAT pdf

Keywords: MANUAL

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG
26100 KUATAN PAHANG

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. MATLAMAT 1

3. OBJEKTIF 1

4. RASIONAL 1

5. ASPEK KESELAMATAN 1

6. PENGENALAN SEKOLAH SELAMAT 2

7. POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN 10

7.1 Keselamatan Aktiviti Murid:

7.1.1 Pergi Dan Balik Sekolah 11
7.1.2 Aktiviti Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,
16
Kegiatan Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan 19
7.1.3 Aktiviti Keceriaan Dan Kerja Kumpulan 20
7.1.4 Tindakan Jika Berlaku Kemalangan

7.2 Keselamatan Di Bilik Darjah dan Bilik Khas

7.2.1 Dalam Bilik Darjah 21
7.2.2 Semasa Ketiadaan Guru 24
7.2.3 Luar Bilik Darjah 25
7.2.4 Kantin 26
7.2.5 Tandas 28
7.2.6 Bilik Guru 29
7.2.7 Makmal Sains 29
7.2.8 Bilik Pendidikan Seni 30
7.2.9 Bilik Komputer 30
7.2.10 Perpustakaan 30
7.2.11 Bilik SPBT 31
7.2.12 Bilik Bimbingan dan Kaunseling 31
7.2.13 Surau 32
7.2.14 Bilik Rawatan 32
7.2.15 Stor Peralatan Sukan 33
7.2.16 Tindakan Guru Untuk Semua Bilik Khas 33

i

PERKARA MUKA SURAT

7.3 Krisis Dan Bencana Alam: 34

7.3.1 Tatacara Pengungsian Bangunan 35
7.3.2 Kebakaran 37
7.3.3 Banjir 39

7.3.3.1 Tatacara menghadapi banjir bagi sekolah 41
yang dilanda banjir
45
7.3.3.2 Sekolah yang menjadi pusat penempatan
sementara banjir 47

7.3.3.3 Sekolah yang menumpangkan murid-murid 48
dari sekolah yang banjir 48
49
7.3.4 Perubahan Cuaca 49
7.3.4.1 Kemarau / Panas Berpanjangan
7.3.4.2 Jerebu 50
7.3.4.3 Kilat dan Ribut Petir 50
7.3.4.4 Gempa Bumi dan Tanah Runtuh

7.3.5 Wabak Penyakit
7.3.5.1 Penyakit Berjangkit
7.3.5.2 Pencemaran / Keracunan Makanan

7.4 Keselamatan Sosial

7.4.1 Buli 51
7.4.2 Ganguan Seksual 52

7.5 Tatacara Pemakluman Peraturan Sekolah 53

7.6 Kawalan Keselamatan 24 jam 53

7.7 Peraturan Pejabat Am 54

7.8 Polisi Keselamatan dan Tatacara Tindakan Pelawat 54

8. SENARAI NO TELEFON KECEMASAN 55

9. LAMPIRAN 56
Lampiran A Borang Kebenaran Penjaga 57
Lampiran B-1 Borang Laporan Kemalangan Murid di Sekolah 58
Lampiran B-2 Rekod Kemalangan Murid di Sekolah 59
Lampiran C Borang Aduan Murid
ii

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG
26100 KUATAN PAHANG

1. PENGENALAN

1.1 Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang
sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari
segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2 Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan
perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal
pelajar.

2. MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di dalam kawasan Sekolah secara berterusan
dengan kerjasama Semua warga SK CHENGAL LEMPONG dan sokongan
PIBG SK CHENGAL LEMPONG.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan ceria di dalam kawasan
sekolah.

3.2 Memastikan hak individu/warga SK CHENGAL LEMPONG selamat,
dihormati dan dijaga.

3.3 Meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran.
3.4 Memastikan tatacara dipatuhi bagi setiap tindakan yang diambil.
3.5 Meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga SK CHENGAL

LEMPONG bagi menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan,
kemalangan dan malapetaka.

4. RASIONAL

4.1 Masyarakat kurang peka terhadap isu keselamatan di dalam kawasan
sekolah.

4.2 Warga sekolah kini terdedah kepada pangaruh luar daripada segi
fizikal, mental, emosi, sosial dan teknikal.

5. ASPEK KESELAMATAN

5.1 Keselamatan diri
5.2 Keselamatan fizikal sekolah dan warganya
5.3 Keselamatan emosi
5.4 Keselamatan sosial
5.5 Keselamatan kesihatan

1

6. PENGENALAN SEKOLAH SELAMAT

Definisi Dan Konsep Sekolah Selamat

Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu
mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai
dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam
memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan.

Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar
dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari
persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim
pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi
setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang
mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan,
wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan
ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996)
sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang
selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik
yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat
mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat
membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.
Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-
pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan
psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah
yang serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku
agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah
dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya.

Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk
kepada keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah
merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta
berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada
masyarakat dan keluarga mereka sendiri.

Keluarga Sekolah Masyarakat
yang yang yang selamat

selamat selamat 2

Rajah: Model Sekolah Selamat
Sumber: National Education

Association (1996). Safe School
Manual. NEA: United States. Hlm.3

Prinsip-Prinsip Sekolah Selamat

Menurut Quin Mary Magee et al. (1998) terdapat lapan prinsip bagi
sekolah yang mempunyai persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif.
Prinsip-prinsip tersebut ialah:

i. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah
Para pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan
akibatnya. Justeru, langkah pertama ke arah persekitaran yang
selamat, bebas daripada dadah dan pembelajaran yang berkesan
komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah laku yang baik
dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan.

ii. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga
Para pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga.
Disiplin dan sokongan terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah
melibatkan semua kakitangan dan pelajar.

iii. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai
dan menghormati semua pelajar
Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa
prihatin dan mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar.

iv. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi
Pelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan
masalah tingkah laku pelajar sebahagiannya berpunca daripada
kekecewaan akibat gagal dalam pembelajarannya. Oleh itu jangkaan
dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dan sekolah juga perlu
dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut.

v. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi
Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi
tetapi juga sentiasa bersedia membantu pelajar mencapai piawaian
tersebut. Guru-guru yang terlatih memainkan peranan dengan bantuan
dan sokongan pentadbir akan menghasilkan persekitaran yang positif
lalu mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dan membina.

vi. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik
Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap
keperluan-keperluan, menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan
strategi dan menyelaraskan perkhidmatan bagi mengenal pasti
keperluan semua pelajar.

3

Objektif Sekolah Selamat
i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan

menyeronokkan.
ii. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
iii. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
iv. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
v. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
vi. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan

warga sekolah.
vii. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara

positif kepada sekolah.
viii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan

dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
ix. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi

sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka

4

Cara-Cara Mewujudkan Sekolah Yang Lebih Selamat

i. Kepemimpinan yang berkesan
Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan
ketelusan, mudah dihubungi, menggunakan piawai disiplin yang adil,
pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan
kakitangah, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan
menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan
masalah dan menghapuskan konflik (Hussein Mahmood, 1993).
Kepimpinan efektif yang diamalkan oleh pengetua dan pengurus
sekolah akan mewujudkan budaya sekolah yang harmonis.

ii. Tumpuan kepada pencapaian akademik
Kita mesti mempercayai bahawa semua pelajar mampu dan boleh
mencapai tahap akademik yang baik dan bertingkah laku yang baik.
Kebanyakan kes yang melibatkan keganasan dilakukan oleh pelajar
yang kurang cemerlang dalam akademik dan tidak mempunyai minat
belajar menyebabkan mereka cenderung bertingkahlaku negatif.
Justeru, pengetua sebagai pengurus, prioriti harus ditumpukan kepada
usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik kepada seluruh
pelajar. Pendekatan pengajaran atau kurikulum yang memberi peluang
pelajar merasai kejayaan dalam kerjanya akan membibitkan rasa
minat mereka terhadap belajar dan sekali gus mengurangkan
kekecewaan yang mendorong kepada kekecewaan dan masalah
disiplin di kalangan pelajar (Howard, 1981).

iii. Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat
Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus
dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa
pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan
bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko
keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu
pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah
boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu
bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan
berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu
memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai
perkembangan persekolahan.

iv. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf

Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan

dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang

selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar

dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan

sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam

pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995). 5

v. Membincangkan isu keselamatan secara terbuka
Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik
melalui pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan
di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti ceramah,
pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan
peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan
kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga
mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan,
pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf,
mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi
memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga
keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.

vi. Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada pelajar
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada konflik di sekolah
adalah kerana layanan yang tidak adil kepada pelajar berdasarkan
jantina, ras, kebolehan, kelas sosial, agama, orientasi seks,
penampilan fizikal dan lain-lain faktor oleh guru dan rakan sebaya.
Oleh itu, pelajar yang menerima layanan yang sedemikian akan
menjauhkan diri dan cenderung menjadi sasaran kepada keganasan.
Oleh itu, komunikasi berkesan haruslah dipentingkan dan
menganggap semua pelajar dan guru dihormati.

Antara usaha-usaha yang boleh dijalankan ialah mengimplimentasikan
dan menerapkan elemen- elemen pemberian ganjaran, pemupukan
dan penyuburan nilai-nilai murni, hak untuk membela diri dalam kes-
kes disiplin, rasionaliti dalam mengambil tindakan, konsep penyayang,
menganggap semua pelajar berpotensi untuk berjaya, dan
menganggap sekolah sebagai syurga kehidupan pelajar dalam semua
aspek.

vii. Kawalan keluar masuk sekolah
Sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod
yang kemas kini mengenai pergerakan keluar masuk orang-orang
awam ke dalam kawasan sekolah termasuk yang diberikan kepada ibu
bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam
persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan
pondok keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses
kawalan ini. Prosedur yang spesifik ke atas pelawat juga boleh
diwujudkan untuk mengesan pelawat atau penceroboh. Tindakan ini
dirasakan dapat mengawal pergerakan orang yang tidak dikenali
dalam kawasan sekolah dan akan memudahkan pihak pentadbiran
sekolah atau polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika
sesuatu berlaku.

6

viii. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar
yang sampai awal pagi sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar
yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas
sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah
perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang
digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan
selamat. Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan
kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Kawalan terhadap
bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar
di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan
menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan
sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah pula melibatkan
penyediaan pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar
masuk sekolah dan memastikan risiko berlakunya kemalangan akibat
unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau pondok bacaan
runtuh dan sebagainya.

ix. Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan
sekolah
Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai
sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan
dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja- pekerja dan
ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah
perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan
keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di
bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin
murid, lawatan dan aktiviti- aktiviti yang melibatkan pelajar.

Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan
melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan
ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak
komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi
sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada
yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan
sekolah dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua
perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Bagi meningkatkan
lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang
menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan
Bomba dan penyelamat dan hospital berhampiran perlu diwujudkan
sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan.

Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Surat Pekeliling

Ikhtisas mengenainya perlu dipatuhi. Antaranya sekolah mesti

mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran,

alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996)

mencadangkan supaya pengurusan sekolah menjalankan 7
program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

x. Mewujud dan memanfaatkan jawatankuasa sokongan sekolah
Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti
(Necholson,1985). Oleh itu, sekolah perlu menubuh dan menafaatkan
sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah,
Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam merancangn
langkah-langkah keselamatan pelajar. Contohnya, Briged Komuniti
yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah di Johor sejak tahun 1991
yang dianggotai oleh wakil-wakil komuniti seperti PIBG, RELA, Polis,
Pejabat Kesihatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung (JKKK), Pemadam, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang berfungsi antaranya untuk membantu pihak
sekolah menangani masalah disiplin dan mempertingkatkan aspek
keselamatan sekolah wajar diteruskan dan diperluaskan peranannya.
Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan
kerjasama antara sekolah dan pihak polis dapat dijalin untuk
membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di
dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).

xi. Mewujudkan sistem pelaporan dan aduan
Pengetua sekolah juga perlu mewujudkan tatacara yang jelas
mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden atau orang-orang
yang berniat jahat. Oleh itu, sistem aduan dalaman boleh diwujudkan
untuk memberi peluang kepada warga sekolah seperti guru, staf
sokongan dan pelajar selain masyarakat luar sekolah untuk membuat
aduan, komen, dan pandangan-pandangan mengenai sekolah kita.
Maklumat-maklumat yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk
menambahbaikkan lagi pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
sekolah.

xii. Mempertingkatkan mutu disiplin
Disiplin dalam darjah penting bagi memastikan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Oleh itu disiplin dalam bilik darjah yang
konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa
bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlakunya. Keadaan ini akan
lebih berkesan apabila para pelajar telah menerima struktur peraturan
/ disiplin sekolah sebagai suatu undang-undang dan bukannya
semata-mata mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan oleh pihak
pentadbir sekolah. Ketidakhadiran pelajar khususnya yang melibatkan
kes ponteng yang serius juga perlu ditangani dengan sewajarnya
kerana ia boleh memberi impak langsung dalam pencapaian pelajar
dan merendahkan self-esteemnya. Bermula dengan kegagalan
akademik, rasa rendah diri, kecewa dan hilang minat terhadap belajar
akan mendorong pelajar bersikap agresif dan merosakkan harga
awam (Glasser, 1969).

8

xiii. Administrative Guide sebagai panduan dalam pengurusan
sekolah
Dalam konteks ini pengetua boleh mewujud dan mengamalkan
“administrative guide” yang menekankan keselamatan sekolah dalam
mengurus sekolah. “Administrative guide” ini boleh diwujudkan
berdasarkan peraturan-peraturan yang ada di sekolah, dokumen-
dokumen rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat
Pekeliling Ikhtisas, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling
Perkhidmatan, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, Arahan
Perbendaharaan, surat-surat siaran dan panduan-panduan yang
dikeluarkan berkaitan disiplin dan sebagainya. Dengan cara ini pihak
pentadbir mampu mengurus sekolah dengan lebih sistematik dan
berkesan.

9

7. POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN

Merujuk kepada:

i. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/1995
Tatacara mengenakan tindakan & hukuman terhadap pelajar sekolah.

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 4/199
Perlaksanaan kuasa disiplin & hukuman di sekolah.

iii. Surat Pekeliling Iktisas bil: 16/1998
Menangani kegiatan gengster di sekolah.

iv. Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 18/1998
Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan.

Peranan Guru / Pentadbir
i. Menjelaskan kepada pelajar tentang peraturan keselamatan.
ii. Menguatkan peraturan keselamatan sekolah.
iii. Mengambil tindakan segara di atas sebarang salahlaku pelajar.
iv. Memastikan keadaan kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur.
v. Memastikan inventori kelas dalam keadaan selamat.

Tindakan Pelajar
i. Patuh kepada arahan guru pada setiap masa
ii. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.
iii. Menjaga kebersihan dan keselamatan fizikal kelas.

Tindakan Guru
i. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari berturut-turut

tanpa sebarang sebab munasabah hendaklah diberitahu
kepada ibu bapa serta dihantar surat amaran pertama oleh guru
kelas.
ii. Kes ponteng kelas dan kes-kes pelanggaran disiplin ringan
hendaklah terlebih dahulu diambil tindakan oleh guru mata
pelajaran. Hanya kes berat barulah diserahkan kepada Guru
Besar.
iii. Guru yang sedang mengajar hendaklah juga memastikan setiap
perkembangan masalah disiplin dicatat dalam buku salah laku
murid didalam bilik darjah. Guru kelas perlu merekod kesalahan
murid ini pada setiap hujung bulan.
iv. Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah bertindak segera jika ada
laporan khas tentang masalah disiplin pelajar.
v. Memberi nasihat dan peringatan tentang disiplin dari semasa ke
semasa kepada pelajar.

10

7.1 KESELAMATAN AKTIVITI MURID

7.1.1 PERGI DAN BALIK SEKOLAH

Matlamat
Memastikan murid-murid selamat dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

Objektif
i. Menyediakan atau menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan

keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
ii. Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan

pergi/balik sekolah.

Rasional
Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat
kecuaian atau pun tidak mementingkan aspek keselamatan.

Peranan Murid
i. Pastikan kenderaan yang dinaiki selamat
ii. Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai diri dalam

perjalanan ke sekolah.
iii. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan:

a) Berjalan dalam kumpulan
b) Ikut jalan yang selamat
c) Lengkapkan diri dengan kemahiran mempertahankan diri
d) Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali

Perananan Ibu Bapa
i. Bergotong royong membersihkan kawasan semak ( laluan murid ).
ii. Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
iii. Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
iv. Kenderaan yang dibawa ke sekolah dalam keadaan baik.
v. Menasihatkan anak supaya jangan menumpang mereka yang tidak

dikenali.

11

Pejalan Kaki
Sebagai pejalan kaki murid-murid/pelajar-pelajar haruslah menjaga
keselamatan diri dengan mengamalkan peraturan yang sepatutnya
apabila menggunakan jalan raya seperti:

i. Melintas Jalan.
Perkara penting yang patut diikuti ketika melintas jalan:
a) Cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas.
b) Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
c) Awasi lalu lintas sekeliling. Lihat kanan, lihat kiri dan
lihat kanan sekali lagi. Pastikan tiada kendaraan dan
melintaslah apabila selamat.
d) Undur kebelakang, 1 meter apabila melihat kenderaan
besar.
e) Ikut arahan trafik waden jika ada.

ii. Tempat-tempat yang selamat untuk melintas Jalan raya.
a) Lintasan pejalan kaki
b) Laluan bawah
c) Jejantas
d) Dekat lampu isyarat
e) Menggunakan pemisah jalan atau pulau lalulintas
f) Di tempat – tempat yang terdapat angggota polis,
warden trafik dan pengawal lalulintas sekolah yang
bertugas.

iii. Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki
a) Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan
memberhentikan kenderaannya sebelum anda
melintas.
b) Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalan
dengan cermat bila melintas.

iv. Cara melintas jalan di lampu isyarat.
a) Melintaslah apabila lampu untuk pejalan kaki
menyeberang berwarna hijau.
b) Bila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berkelip ia
bererti lampu akan bertukar kepada merah dan anda
dinasihatkan berhenti daripada melintas. Jika anda
sedang melintas percepatkan langkah anda.

12

v. Berjalan kaki:
a) Hendaklah berjalan kaki di atas kaki lima jika ianya
disediakan.
b) Jika tiada kaki lima, hendaklah berjalan kaki di sebelah
kanan jalan raya dan sentiasa memandang lalulintas
yang datang dari arah hadapan.
c) Anda hendaklah berjalan di tepi jalan dan janganlah
sekali- kali berjalan bergandingan kecuali memimpin
orang buta atau tua.

vi. Berjalan kaki di waktu malam:
Pejalan kaki hendaklah memakai menggunakan alat-alat
berikut bagi membolehkan pemandu melihat anda.
a) Pakaian cerah atau bersinar.
b) Membawa surat khabar atau benda-benda yang putih.
c) Memakai pemantul cahaya.
d) Menggunakan lampu picit.

v. Berjalan kaki di waktu hujan:
a) Diutamakan memakai baju hujan.
b) Jika pakai payung, pegang payung dengan betul
supaya tidak menghalang pandangan depan dan
gunakan payung yang berwarna terang.
c) Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah
tergelincir.
d) Berjalan tengok hadapan.

vi. Perkara-perkara yang patut dielakkan
a) Menyeberang jalan di tempat-tempat yang bukan
dikhaskan seperti melompat atau memanjat pagar
pembahagi jalan.
b) Bermain atau bergurau senda di jalan raya.
c) Menggunakan jalan sibuk.
d) Tidak mematuhi arahan lampu isyarat.
e) Menyeberang di celah-celah kenderaan.

13

Menunggang Basikal / Motosikal
i. Menunggang basikal di sebelah kiri jalan raya.
ii. Ditegah menunggang basikal bergandingan dan mencelah-

celah di antara lalulintas.
iii. Mengekori kenderaan pada jarak yang selamat.
iv. Semasa menunggang hendaklah sentiasa memandang ke

hadapan.
v. Awasilah semasa memotong kereta yang berhenti kerana

mungkin ada penumpang yang membuka pintu.
vi. Memegang hendal dengan kedua-dua belah tangan kecuali

memberi isyarat tangan sebelum membelok.
vii. Apabila mendaki bukit, anda hendaklah turun daripada basikal

dan menyorongnya.
viii. Gunakan ‘carrier’ untuk membawa barang-barang atau

buku-buku.
ix. Jangan menggunakan payung semasa hujan.
x. Jangan membawa penumpang di atas basikal.
xi. Semasa menunggang jangan berpaut kepada belakang atau

tepi kenderaan.
xii. Di waktu malam pastikan semua lampu dalam keadaan baik.
xiii. Jika menunggang pada waktu malam pakai pakaian yang

membolehkan pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya
dapat melihat anda dengan lebih baik.
xiv. Periksa lampu, brek, tayar, rantai, dan jarak tinggi hendal.
xv. Sentiasa patuh kepada undang-undang dan semua
peraturan-peraturan lalu lintas.
xvi Gunakan jalan yang paling selamat dari lalulintas yang sibuk.
xvii. Awasi sebelum membelok kanan atau kiri, beri isyarat dari
lalulintas yang sibuk.
xviii. Penunggang basikal/motosikal hendaklah meletakkan basikal
atau motosikal di tempat yang disediakan.

14

Menaiki Bas / Kereta
i. Jangan menaiki atau turun dari kenderaan ketika kenderaan

masih bergerak.
ii. Menggunakan pintu yang disediakan untuk masuk dan keluar.
iii. Jangan sengaja menghimpit penumpang-penumpang lain

ketika menaiki atau turun dari kenderaan.
iv. Jangan merosakkan mana-mana bahagian kenderaan.
v. Elakkan menggangu tumpuan pemandu tanpa sebarang

sebab seperti berbual atau bermain.
vi. Jagalah kebersihan kenderaan.
vii. Jangan membaling sesuatu keluar dari kenderaan.
viii. Jangan meletakkan atau mengikatkan sebarang benda yang

bergantungan atau berjuntai pada badan kenderaan.
ix. Hendaklah sentiasa bersopan dan beratur seperti tidak

berebut-rebut ketika menaiki kenderaan.
x. Jangan membuka pintu kenderaan untuk keluar sehingga

dipastikan selamat.
xi. Sentiasa patuh undang-undang dan peraturan lalulintas.
xii. Ketika kenderaan sedang bergerak janganlah bermain-main

dalam kenderaan seperti melambaikan tangan keluar,
menghulurkan kepala dan sebagainya.

Semasa Menunggu Kenderaan
i. Semasa menunggu kenderaan murid-murid adalah dilarang

bermain seperti kejar mengejar dan sebagainya yang boleh
mendatangkan bahaya.
ii. Ibu bapa pemandu kenderaan hendaklah memimpin murid-
murid ke kenderaan mereka sekiranya murid-murid itu
menunggu di seberang jalan.

15

7.1.2 MENJALANKAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN

Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
i. Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam

atau di luar bilik darjah.
ii. Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan

alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.

Guru Kokurikulum dan Sukan
i. Guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan

murid- murid yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
dan sukan.
ii. Guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam
keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

Murid
i. Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada

ibu bapa atau penjaga dan guru besar untuk mengambil
bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar
sekolah. (Lampiran A)
ii. Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan
seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi
iii. Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar
kawasan sekolah.
iv. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita
hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
v. Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.
vi. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa
mengambil bahagian.
vii. Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani
pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
viii. Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma), tidak
dibenarkan mengambil bahagian.

Skim Perlindungan Diri

Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua

murid yang merangkumi perkara berikut:

i. kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

ii. kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.

iii. kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.

iv. kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih 16
dalam 'warranty'

Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan)
i. Peralatan sukan yang dianggap berbahaya dan jika diabaikan

boleh membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera,
Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah,
Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket,
Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak
Panah dan Alatan Gimnastik.
ii. Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan
yang berbahaya diadakan pada hari atau masa yang
berasingan dengan latihan sukan lain.
iii. Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi
penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.
iv. Alatan sukan mestilah diletakkan di tempat khas yang mudah
diambil oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja.
v. Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah
direkodkan dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh
guru atau jurulatih sahaja.
vi. Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh
sesiapa pun dan hendaklah diambil dan dipulangkan pada
hari yang sama.
vii. Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua
peralatan yang tidak digunakan.
viii. Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan
peralatan yang baik sahaja yang boleh dikeluarkan.
ix. Alatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada
pentadbir sama ada untuk dibaiki atau dimusnahkan.

Peralatan Sukan
i. Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada ’warranty'

daripada pembekal selain daripada piawaian yang diluluskan.
ii. Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah

dimusnahkan dengan serta-merta.
iii. Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam,

mengguna peralatan sukan yang tidak mendapat
pengiktirafan dari Badan Sukan.

Kawasan Sukan/Permainan
Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam
keadaan yang baik dan terurus.

17

Kawasan Larangan
Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan
kepada guru/jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.
i. Kolam Renang.
ii. Dewan Gimnastik.
iii. Bilik Kecergasan/Latihan Beban.
iv. Stor Sukan.
v. Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang

besar seperti Tiang Gol.

Cuaca / Musim
i. Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat

lapang semasa cuaca buruk dan ada kilat atau petir.
ii. Dilarang mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut

petir, sama ada di padang atau kolam renang.
iii. Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap

kerana hendak hujan.

Laporan Kemalangan atau Kecederaan
i. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku

hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada guru besar dengan
segera.
ii. Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.

Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi
i. Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang

memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan
yang bertauliah.
ii. Pastikan ada 'life saver' yang bertauliah bertugas semasa
aktiviti-aktiviti sukan renang dijalankan.

Pelaporan Aktiviti (Penilaian)
Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak
sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.

18

7.1.3 AKTIVITI KECERIAAN DAN KERJA KUMPULAN
Tindakan pelajar
i. Mematuhi peraturan am sekolah.
ii. Sentiasa mematuhi arahan guru.
iii. Mengutamakan keselamatan semasa menggunakan peralatan.
iv. Mengambil peralatan dari setor dan memulangkan semua
peralatan yang telah digunakan setelah habis bekerja.
v. Tidak bermain dan bergurau semasa menggunakan peralatan
yang boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.
Tindakan guru
i. Mengagihkan tugas dan merekodkan kehadiran pelajar.
ii. Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
iii. Meronda dan memastikan aktiviti dijalankan dengan sempurna.
vi. Bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan, kecederaan
atau kemalangan.
v. Memastikan semua peralatan dikembalikan ke dalam stor.

19

7.1.4 TINDAKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN

Tatacara Tindakan Apabila Berlaku Kemalangan Dalam
Kawasan Sekolah:
i. Apabila berlaku kemalangan, terus laporkan kepada guru

bertugas. Penuhkan borang aduan kemalangan (Lampiran B)
ii. Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan

kemalangan.
iii. Sekiranya serius, pihak sekolah akan menghantar pelajar ke

hospital dan laporkan kejadian kepada ibu bapa pelajar.
iv. Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu

membuat aduan ke balai polis berdekatan.
v. Guru segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak polis

dan hospital untuk tujuan tuntutan insuran.
vi. Serahkan kedua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk

memohon tuntutan insuran selanjutnya.

Tatacara Tindakan Apabila Berlaku Kemalangan Di Luar
Kawasan Sekolah:
i. Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan

kemalangan.
ii. Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang
iii. berhampiran untuk menghantar pelajar ke hospital dan

laporkan kejadian kepada ibu bapa pelajar.
iv. Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada

ibu bapa dan pihak pentadbiran untuk tindakan membuat
laporan seterusnya kepada polis.
v. Dapatkan laporan bertulis daripada pihak polis dan hospital
untuk tunjuan tuntutan insuran.
vi. Serahkan kedua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk
memohon tuntutan insuran selanjutnya.

20

7.2 KESELAMATAN DI BILIK DARJAH DAN BILIK KHAS

7.2.1 DALAM BILIK DARJAH
Keselamatan bilik darjah penting kerana ianya adalah tempat untuk
murid- murid berada sepanjang waktu persekolahan. Oleh itu ianya
perlu dijamin tahap keselamatannya supaya murid-murid dan guru
tidak berasa gusar ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri bilik darjah yang selamat
i. Lantai yang baik tidak pecah atau berlubang.
ii. Pintu kelas yang boleh digunakan ketika berlaku kecemasan.
iii. Tingkap yang bercermin dan berfungsi dengan baik.
iv. Alatan elektrik yang berfungsi dengan baik.
v. Susun atur kerusi meja murid yang selesa.
vi. Mempunyai pelan kebakaran.
vii. Siling yang baik dan tidak bocor.
Peranan pentadbir dalam menjamin keselamatan bilik darjah.
i. Menyediakan bilik darjah yang kondusif supaya pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan selesa.
ii. Memastikan setiap bilik darjah mempunyai bekalan elektrik

yang baik agar kipas dan lampu berfungsi apabila diperlukan.
iii. Menyediakan peraturan di dalam bilik darjah yang standard

dan memastikan semua pihak mematuhi peraturan tersebut.
iv. Memastikan keadaan fizikal bilik darjah dalam keadaan yang

baik iaitu tiada keretakan pada dinding, kebocoran pada
siling bilik darjah tidak berlaku dan keadaan lantai yang tidak
berlubang ataupun pecah.
v. Mewujudkan jawatankuasa sekolah selamat yang memantau
tahap keselamatan setiap kelas.
vi. Melalui jawatankuasa 3K, mewujudkan pelan kebakaran yang
perlu dipatuhi oleh semua pihak jika berlaku kebakaran.

21

Peranan guru kelas dalam memastikan keselamatan bilik
darjah
i. Melantik ketua kelas dan penolong ketua kelas untuk

membantu menjaga disiplin murid ketika ketiadaan guru di
dalam kelas.
ii. Menyediakan jadual waktu kelas agar pembelajaran murid
teratur.
iii. Menyediakan jadual bertugas kelas agar kebersihan dan
keceriaan kelas terjamin.
iv. Menyediakan peraturan kelas agar menjadi panduan kepada
murid untuk menjaga tingkah laku ketika berada di dalam
kelas.
v. Melaporkan dengan segera kepada pihak pentadbir jika
berlaku sebarang kerosakan pada alat elektrik di dalam kelas.

Peranan murid dalam memastikan keselamatan bilik darjah.
i. Menyapu lantai agar tiada sampah bertaburan yang boleh

mendatangkan bahaya.
ii. Membersihkan papan putih.
iii. Menyusun kerusi meja agar teratur dan tidak mendatangkan

bahaya.
iv. Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.
v. Menyusun dan mengemas buku-buku di sudut bacaan.
vi. Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.
vii. Menjaga penggunaan lampu dan kipas.
viii. Mengelap cermin tingkap dan menghias kerusi meja.

22

Peraturan Kelas.
i. Murid dilarang membuat bising, bergurau dan mengganggu

ketenteraman kelas.
ii. Murid tidak boleh makan dan minum di dalam kelas.
iii. Murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat tanpa izin

daripada guru.
iv. Murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap

masa.
v. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.
vi. Bakul sampah hendaklah dikosongkan pada waktu pertama,

sebelum dan selepas rehat serta sebelum balik.
vii. Papan tulis hendaklah sentiasa dibersihkan sebelum

bermulanya pembelajaran yang seterusnya.
viii. Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti

gunting, alatan geometri, pisau dan sebagainya semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid mestilah
mengikuti sepenuhnya arahan guru.
ix Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main
semasa menggunakannya.
x. Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik
dengan tangan yang basah.
xi. Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik
seperti lampu, kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak.
Laporkan kepada pihak pejabat dengan segera.
xii. Laporkan dengan serta-merta,sebarang keadaan kecemasan
yang berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil
tindakan segera.
xiii. Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke
semasa supaya keselamatan dan kebersihan di dalam kelas
sentiasa terpelihara.
xiv. Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke
semasa supaya keselamatan dan kebersihan di dalam kelas
sentiasa terpelihara.
xv. Keselamatan diri adalah tanggungan pelajar sendiri. Pelajar
mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa
menjalankan aktiviti di dalam bilik kelas. Kemalangan akibat
kelalaian sendiri tidak dapat ditanggung jawab oleh pihak
sekolah.

23

7.2.2 SEMASA KETIADAAN GURU
Menggalak pelajar untuk menelaah pelajaran atau menyelesaikan
kerja sekolah yang diberikan semasa ketiadaan guru di dalam kelas
dan sentiasa mematuhi peraturan dalam kelas yang terkandung di
dalam peraturan sekolah.
Tindakan pelajar:
i. Pelajar digalakkan menelaah buku dan nota.
ii Ketua kelas mencatatkan dan melapor nama pelajar yang
menimbulkan masalah didalam kelas.
iii. Ketua kelas bertanggungjawab memanggil guru mata
pelajaran.
iv. Sekiranya guru tersebut tiada di dalam kelas, ketua kelas dan
penolong ketua kelas bertanggungjawab memastikan kelas
terkawal dan selamat.

Tindakan Sekolah
i,. Guru yang akan menghadiri kursus mestilah menyediakan

latihan untuk kelas dan diserah kepada Penolong Kanan 1.
Latihan akan diserahkan kepada kelas semasa ketiadaan
guru tersebut oleh guru ganti.
ii. Menyediakan Jadual ‘sit in’ untuk guru ganti.
iii. Memantau dan memastikan kelas tersebut sentiasa terkawal
dan selamat

24

7.2.3 LUAR BILIK DARJAH
Tindakan Pelajar:
i. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
ii. Sentiasa mempraktikkan nilai-nilai murni seperti memberi
salam, menghormati guru dan orang lain, bersopan-santun,
menepati masa dan lain-lain.
iii. Tidak membuat bising dan menjerit-jerit.
iv. Tidak berlari, berkejaran dan merayau-rayau di kawasan
sekolah semasa waktu pembelajaran.
v. Tidak melepak, berdua-duan dan makan di setiap tangga
blok.
vi. Tidak merokok.
vii. Tidak membuli dan memeras ugut pelajar lain.
viii. Tidak menggunakan kata-kata kesat, menghina, mengejek
dan merendahkan orang lain.
ix. Tidak makan di kantin semasa waktu pembelajaran sedang
berjalan.
x. Tidak merosakkan tanaman dan pokok-pokok.
xi. Tidak berada di kawasan larangan.
xii. Melaporkan kepada guru atau pihak pentadbir sekiranya ada
sebarang salahlaku disiplin pelajar di kawasan sekolah.

25

7.2.4 KANTIN

Merujuk kepada:

i. Surat pekeliling ikhtisas bil : 5/ 1995
Keracunan makanan di sekolah - sekolah.

ii. Surat pekeliling ikhtisas bil : 6/ 19968
Menjaga kesihatan pelajar sekolah.

Tindakan Jawatankuasa Kantin
i. Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi

peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan dan
Kesihatan.
ii. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut
syarat perjanjian. Senarai harga hendaklah dipamerkan
iii. Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta
penjual menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
iv. Memastikan pengusaha menyediakan keadaan dan
persekitaran dalamam dan luar kantin yang bersih, kemas
dan ceria.
v. Memastikan pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan
kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.
vi. Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.
vii. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian
mencukupi.
viii. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang
mencukupi, selamat dan selesa.
ix. Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
x. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun
dan perbincangan dari semasa ke semasa.
xi. Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang
bersesuaian, kemas dan bersih seperti alas kepala, apron dan
lain-lain.
xii. Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan
minuman yang HALAL, SUCI dan BERSIH.
xiii. Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa
operasi.

26

Peraturan di kantin
i. Mematuhi peraturan am di kawasan sekolah.
ii. Pelajar tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam

dan di luar kantin.
iii. Pelajar digalakkan makan, minum di kantin, di pondok rehat

umum dan bukan di dalam bilik kelas.
iv. Pelajar beratur, tertib dan mengamalkan displin diri yang

tinggi ketika membeli makanan dan minuman di kantin.
v. Membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong

sampah yang disediakan.
vi. Bersopan dan bertertib semasa makan dan minum.

27

7.2.5 TANDAS
Tindakan semua pengguna tandas:
i. Jangan menconteng dan melakukan vandalisme di dalam
tandas.
ii. Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan.
iii. Curahkan tandas selepas digunakan.
iv. Cuci tangan sebelum keluar tandas.
v. Jangan bergurau dan merokok di dalam tandas.
vi. Jangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
vii. Bekerjasama untuk menjaga kebersihan tandas.
Tatacara Tindakan Pihak Pengurusan Tandas:
i. Menentukan pekerja kontrak menjalankan tugas mereka
mengikut jadual yang ditetapkan.
ii. Memastikan tandas dan singki sentiasa bersih, tidak bau dan
tersumbat.
iii. Memastikan takungan air sentiasa ditutup , bersih dan bebas
daripada pembiakan nyamuk.
iv. Memastikan lantai dicuci dengan sabun dan dimop supaya
sentiasa bersih dan tidak licin.
vi. Memastikan sampah yang terdapat di dalam tandas dibuang
ke tempat yang disediakan.M

28

7.2.6 BILIK GURU

i. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa
kebenaran.

ii. Pelajar mesti sentiasa bersopan santun semasa di bilik guru.
iii. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
iv. Pelawat/Ibu bapa hendaklah dilayan dengan hormat, cepat

dan mesra.
v. Semua guru hendaklah bekerjasama menjaga keadaan bilik

guru supaya sentiasa bersih, kemas dan ceria.
vi. AJK bilik guru perlu menentukan papan notis sentiasa

kemas dan notis-notis lama diturunkan.
vii. Guru mempastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan

sebelum meninggalkan bilik guru.

7.2.7 MAKMAL SAINS

i. Semua makmal ada pemadam api dan peti kecemasan.
ii. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa

guru.
iii. Pelajar mesti beratur dan senyap semasa masuk ke makmal.
iv. Pelajar sentiasa mematuhi peraturan am makmal serta

arahan guru.
v. Pelajar tidak bising dan bermain dalam makmal.
vi. Pelajar tidak menjalankan sesuatu aktiviti atau uji kaji tanpa

kebenaran guru.
vii. Pelajar tidak memasang kipas semasa menjalankan

eksperimen khususnya eksperimen yang melibatkan
penggunaan penunu Bunsen.
viii. Pelajar yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang
bertudung mestilah dipinkan kepada baju supaya tidak ditiup
angin.
ix. Pelajar tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia.
x. Baca label pada botol bahan uji dengan teliti sebelum
memulakan eksperimen.
xi. Pelajar tidak membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga
elektrik.
xii. Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada
guru dengan segera.
xiii. Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan
letakkan pada tempat asal.
xiv. Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah.
xv. Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan bangku di
atas meja serta tutup semua suis elektrik dan paip air
sebelum meninggalkan makmal.

29

7.2.8 PENDIDIKAN SENI

i. Peraturan am hendaklah dipatuhi.
ii. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
iii. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan peralatan tanpa

kebenaran dan pengawasan guru. Peralatan hendaklah
dibersihkan selepas digunakan.
iv. Peralatan yang telah digunakan hendaklah disusun dan
diletakkan di tempat asal.
v. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang
peralatan tanpa kebenaran guru.
vi. Pastikan keadaan di dalam bilik bersih, kemas dan teratur
serta semua suis elektrik dimatikan sebelum keluar.
vii. Pastikan pintu dikunci sebelum balik.

7.2.9 MAKMAL KOMPUTER

i. Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi.
ii. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa guru
iii. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg, makanan

dan minuman.
iv. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan bermain serta

melakukan aktiviti tanpa kebenaran guru.
v. Pelajar hendaklah menulis nama, kelas, masa masuk dan

keluar serta nombor komputer yang digunakan di dalam buku
rekod yang disediakan.
vi. Tutup komputer dengan tatacara yang betul.
vii. Pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih.
viii. Pastikan semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril ditutup
dan dikunci sebelum balik.

7.2.10 PERPUSTAKAAN

i. Peraturan Am Sekolah sentiasa dipatuhi.
ii. Pelajar sentiasa berpakaian kemas dan sopan.
iii. Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang buku masuk

kecuali mendapat kebenaran daripada pihak-pihak
berkenaan.
iv. Pelajar menyerahkan semua bahan bacaan kepada
pengawas / pustakawan untuk pemeriksaan.
v. Alas kaki hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.

30

7.2.11 BILIK SPBT

i. Peraturan Am Sekolah hendaklah dipatuhi.
ii. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran ataupun

pengawasan guru yang berkenaan.
iii. Pelajar tidak boleh membawa masuk sebarang peralatan

kecuali dengan kebenaran guru.
iv. Pelajar tidak membuat bising ataupun bermain di dalam bilik

tersebut.
v. Pelajar tidak membawa sebarang bahan keluar tanpa

kebenaran guru.
vi. Pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan daripada

tempat asal.
vii. Merekodkan sebarang pergerakan bahan mengikut prosedur

yang ditetapkan.
viii. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan

selamat.

7.2.12 BILIK BIMBINGAN KAUNSELING

i. Peraturan Am Sekolah haruslah dipatuhi.
ii. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan

kehadiran guru kaunselor.
iii. Pelajar dikehendaki menanggalkan alas kaki dan

meletakkannya di tempat yang dikhaskan sebelum masuk.
iv. Pelajar tidak boleh membawa makanan dan minuman ke

dalam bilik.
v. Pelajar tidak boleh membawa sebarang bahan keluar

daripada bilik.
vi. Peralatan dan bahan disimpan di tempat asal setelah

digunakan.
vii. Memastikan bilik dalam keadaan bersih dan kemas

sepanjang masa.
viii. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan

selamat.

31

7.2.13 SURAU

i. Tertakluk kepada Peraturan Am Sekolah.
ii. Alas kaki tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam surau dan

ia hendaklah disusun dengan di bahagian tangga surau.
iii. Pelajar tidak boleh membawa sebarang makanan dan

minuman ke dalam surau.
iv. Pelajar tidak boleh lepak, tidur ataupun membuat bising di

kawasan surau.
v. Peralatan dan bahan-bahan yang terdapat dalam surau tidak

boleh diubah kedudukannya ataupun dipindahkan tanpa
kebenaran guru yang bertanggungjawab.
vi. Pelajar tidak boleh menggunakan surau sebagai tempat
untuk menukar pakaian sama ada untuk PJK atau aktiviti lain.
vii. Memastikan surau dalam keadaan bersih dan kemas
sepanjang masa.
viii. Memastikan lantai untuk mengambil wuduk bersih dan tidak
licin.
ix. Melaporkan sebarang kerosakkan untuk dibaikpulih dengan
segera.
xi. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan
selamat.
xii. Memastikan pintu pagar sentiasa dikunci sekiranya surau
tidak digunakan.

7.2.14 BILIK RAWATAN

i. Peraturan Am Sekolah sentiasa dipatuhi.
ii. Pelajar yang sakit dan ingin menggunakan bilik rawatan perlu

mendapat kelulusan daripada guru bertugas / guru kelas/
pentadbir.
iii. Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan yang serius
akan dicadangkan untuk menerima rawatan lanjut di hospital.
iv. Tanggalkan alas kaki di koridor dan ditempat yang disediakan
sebelum masuk untuk menerima bantuan kesihatan.

32

7.2.15 STOR PERALATAN SUKAN

i. Peraturan Am sekolah mestilah dipatuhi.
ii. Pelajar yang ingin menggunakan bilik ini perlu mendapat

kelulusan daripada Guru bertugas di bilik stor.
iii. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar peralatan tanpa

kebenaran guru yang bertanggungjawab dan memastikan
peralatan yang dipinjam diletakkan pada kedudukan asalnya.
iv. Pelajar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika
menggunakan peralatan sukan.
v. Melaporkan sebarang kerosakan, kecederaan dan
kemalangan semasa bersukan kepada guru yang
bertanggungjawab.
vi. Pastikan semua suis lampu dan kipas, tingkap, pintu dan grill
telah dikunci selepas digunakan.

7.2.16 TINDAKAN GURU UNTUK SEMUA BILIK KHAS

i. Memastikan semua bahan dilabel dan disusun dengan kemas
dan teratur.

ii. Membuat inventori bagi semua bahan dan peralatan di bawah
tanggungannya.

iii. Memastikan disiplin dan pergerakan pelajar terkawal
bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.

iv. Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat
sebarang kekurangan atau masalah untuk diambil tindakan
segera.

v. Memastikan semua suis elektrik, pintu, tingkap dan grill telah
ditutup selepas selesai menggunakan bilik khas.

33

7.3 KRISIS DAN BENCANA ALAM
Definisi
Keselamatan murid dalam menghadapi risiko kemalangan akibat daripada
bencana memerlukan perhatian serius kerana ia boleh mengakibatkan
kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda sekiranya semua pihak
tidak peka dan akur kepada peraturan keselamatan. Kesiapsiagaan pihak
sekolah adalah menjadi satu kemestian dalam menghadapi sebarang
risiko bencana. Dalam arahan ini, Krisis dan Bencana termasuklah
kejadian banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi, jerebu, tsunami
atau sebarang bahaya serta kecelakaan yang boleh menimpa warga
sekolah.
Matlamat
Sekolah sentiasa mempunyai keupayaan dan kesiapsiagaan dalam
menghadapi sebarang risiko akibat sesuatu bencana.
Objektif
i. Pihak sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia
menghadapi sebarang krisis dan bencana.
ii. Mengurangkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda jika
berlaku sebarang bencana.
iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi
bencana dan musibah di kalangan warga sekolah

34

7.3.1 TATACARA PENGUNGSIAN BANGUNAN

Matlamat
i. Memastikan warga sekolah dapat berhimpun di kawasan

selamat dalam jangka masa singkat.
ii. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah

tentang keperluan melakukan tindakan sewajarnya dengan
tenang dan berdisiplin tetapi segera semasa kecemasan.
iii. Mengelakkan gangguan atau situasi kelam-kabut semasa
operasi menyelamat atau memadamkan kebakaran yang
sebenar dijalankan.

Tatacara
i. Loceng akan dibunyikan berpanjangan sebanyak tiga kali

sebagai tanda kecemasan / kebakaran berlaku.
ii. Tindakan Guru yang Sedang Mengajar
iii. Mengawal pelajar keluar daripada kelas dan menghala ke

tempat yang sepatutnya.
iv. Sentiasa berada bersama-sama dengan pelajar.
v. Memastikan perkara-perkara yang berikut dilaksanakan

sebelum mengikut pelajar ke tempat berhimpun:
a) Alatan mengajar yang digunakan selamat semasa

ditinggalkan.
b) Suis alatan elektrik dimatikan.
c) Semua pelajar telah keluar daripada kelas.

Tindakan Pelajar:
i. Pelajar di dalam kelas jangan panik dan takut.
ii. Jangan berebut-rebut semasa keluar dari kelas.
iii. Beratur berdua-dua dan turun/ keluar mengikut tangga/

laluan yang paling dekat.
iv. Jangan bising.
v. Semua pelajar berjalan pantas ke tempat perhimpunan yang

ditetapkan (rujuk pelan latihan).
vi. Kelas pertama yang sampai di kawasan perhimpunan

hendaklah membuat satu barisan (lelaki di hadapan) di
bahagian paling kanan tempat tersebut. Tindakan ini diikuti
oleh kelas yang kedua sampai di kawasan perhimpunan
dan seterusnya (berbaris menghadap ke arah bangunan
sekolah).

35

Tindakan Guru Kelas:
i. Mendapatkan Jadual Kedatangan Pelajar daripada staf

pejabat.
ii. Memastikan bilangan pelajar yang berada di tempat yang

ditetapkan sama dengan bilangan pelajar yang hadir pada
hari tersebut. Semak Jadual Kedatangan Pelajar.
iii. Mendapatkan maklumat pelajar yang ada di kawasan
perhimpunan dan nama pelajar yang tiada di kawasan
perhimpunan tetapi hadir ke sekolah pada hari tersebut
daripada ketua kelas.
iv. Memaklumkan nama pelajar yang tidak berada di kawasan
perhimpunan kepada guru yang berkenaan untuk tindakan
selanjutnya.

Tindakan Guru Penasihat dan Ahli Badan Beruniform
i. Bersedia membantu kes-kes kecemasan.
ii. Melaksanakan kerja menyelamat jika perlu.

Tindakan Pengawas
i. Membantu guru-guru mengawal pelajar.

Tindakan Staf Pejabat
i. Menelefon pihak bomba.
ii. Membawa semua Jadual Kedatangan Pelajar untuk

diedarkan kepada guru-guru kelas di tempat perhimpunan
yang ditetapkan.
iii. Berada bersama-sama dengan guru dan pelajar di tempat
yang telah ditetapkan.

Catatan/ Peringatan
i. Semua warga sekolah mesti berada di tempat perhimpunan

selewat-lewatnya dalam masa LIMA MINIT. Kelas yang
sampai selepas had masa ini dianggap gagal
menyelamatkan diri.
ii. Latihan akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang sesi
persekolahan.
ii. Semua guru dan pelajar terlibat dalam latihan ini. Sila beri
kerjasama sepenuhnya.

36

7.3.2 KEBAKARAN

Sebelum.
i. Sekolah hendaklah mengadakan ceramah dan latihan

kebakaran yang teratur terhadap semua warga sekolah.
ii. Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala terhadap

sistem pendawaian elektrik dan alat pemadam api.
iii. Sekolah hendaklah memastikan semua peralatan atau bahan

yang menggunakan sumber yang boleh menyebabkan
kebakaran diselia, diselenggara dan sentiasa berada dalam
keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
iv. Sekolah hendaklah menyediakan pelan laluan kecemasan dan
pelan kontigensi ketika menghadapi kebakaran.
v. Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan
khidmat nasihat pencegahan kebakaran daripada pihak
berkuasa yang berkenaan seperti bomba.
vi. Sekolah hendaklah memastikan tatacara keselamatan
berkaitan kebakaran dipamerkan di tempat-tempat yang
strategik.
vii. Sekolah hendaklah mempamerkan nombor talian bantuan
kecemasan di papan kenyataan sekolah.

Semasa
i. Sekolah hendaklah memastikan warganya tidak cemas

sekiranya ada tanda-tanda kebakaran yang dilaporkan.
ii. Sekolah hendaklah memastikan semua warganya

meninggalkan tempat masing-masing apabila penggera seperti
loceng kecemasan berbunyi.
iii. Sekolah hendaklah memastikan semua warganya mematuhi
laluan-laluan kecemasan dan tempat-tempat berkumpul seperti
yang telah ditetapkan.
iv. Sekolah hendaklah memeriksa dan memastikan jumlah
warganya mencukupi seperti rekod kehadiran hari tersebut.
v. Sekolah hendaklah segera menghubungi bomba bagi
membantu mengawal kebakaran.
vi. Sekiranya ada sebarang kecederaan, bantuan kecemasan
awal hendaklah diberikan segera dengan menghantar mangsa
ke hospital/klinik yang berdekatan.

37

Selepas
i. Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah tidak

menghampiri kawasan bekas kebakaran bagi mengelak
sebarang kejadian tidak diingini dan kemusnahan barang bukti.
ii. Sekolah hendaklah menguruskan urusan insuran jika
berkenaan.
iii. Sekolah hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga murid
sekiranya ada murid menjadi mangsa kebakaran.
iv. Sekolah hendaklah segera membuat laporan polis tentang
kebakaran yang berlaku.
v. Sekolah hendaklah membuat laporan awal berkaitan kejadian
dan dihantar kepada PPD/JPN.
vi. Sekolah hendaklah mendapatkan laporan pihak berkaitan
punca-punca kebakaran dan menyediakan laporan secara
keseluruhan untuk dihantar kepada PPD/JPN.
vii. Sekolah hendaklah memastikan kawasan kebakaran
dibersihkan setelah siasatan selesai.

38

7.3.3 BANJIR

Sebelum.
i. Sekolah hendaklah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan

cuaca semasa dan memaklumkan kepada warga sekolah yang
tinggal di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir.
ii. Sekolah hendaklah menyediakan pelan tindakan dan pelan
kontigensi menghadapi bencana banjir.
iii. Sekolah hendaklah mengenal pasti laluan alternatif yang
selamat ke sekolah ketika berlaku banjir.
iv. Sekolah hendaklah memastikan sistem saliran dan perparitan
di sekolah sentiasa dalam keadaan baik.
v. Sekolah hendaklah menyediakan bantuan dan kemudahan
kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan awam.
vi. Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah mengetahui
nombor-nombor talian kecemasan untuk dihubungi apabila
berlaku banjir.
vii. Sekolah hendaklah mempunyai bekalan jaket keselamatan
yang mencukupi.
viii. Sekolah hendaklah memastikan semua dokumen penting
disimpan di tempat yang selamat.
ix. Sekolah hendaklah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
x. Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa
dipatuhi pada setiap masa.

Semasa
i. Pihak sekolah hendaklah menasihati murid-murid supaya tidak

bermain air ketika banjir.
ii. Sekolah hendaklah memastikan suis utama elektrik dimatikan.
iii. Sekolah hendaklah memastikan warganya berada di tempat

yang selamat sehingga mendapat bantuan daripada pihak
berwajib.
iv. Sekolah hendaklah melaporkan segera status keadaan banjir
kepada PPD/JPN.
v. Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa
dipatuhi pada setiap masa.
vi. Sekolah hendaklah mendaftar/merekod warga sekolah yang
terlibat dengan banjir.

39

Selepas
i. Sekolah hendaklah mendapatkan perkhidmatan kesihatan jika

terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit semasa musim banjir.
ii. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya untuk

mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
iii. Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran

sekolah yang berkemungkinan runtuh akibat hujan lebat
diperbaiki.
iv. Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja pembersihan
dilakukan sejurus selepas musim banjir.
v. Sekolah hendaklah memastikan semua bentuk bantuan
persekolahan murid diurus dengan segera.
vi. Sekolah hendaklah melaporkan segala kerosakan yang berlaku
ketika banjir kepada PPD/JPN untuk tindakan segera.

40

7.3.3.1 Tatacara Menghadapi Banjir Bagi Sekolah Yang
i. Dilanda Banjir

Langkah-langkah awal:

a) Menubuhkan Jawatankuasa Bencana di peringkat
sekolah (SPI Bil. 9/2009) untuk menyediakan
perancangan serta mengatur strategi menghadapi
bencana.

b) Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang
pelan tindakan menghadapi banjir semasa perhimpunan
sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan.

c) Mendapatkan maklumat terkini tentang ramalan kaji
cuaca dan banjir melalui siaran radio, televisyen, akhbar
dan laman web Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca
Malaysia di alamat http//www.kjc.gov.my.

d) Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi
dan selamat (terutamanya jika sekolah yang memang
kerap atau mudah dilanda banjir).

e) Memastikan bilik menyimpan buku teks ditempatkan di
tingkat atas (sekiranya sekolah berkenaan mempunyai
bangunan Iebih dari satu tingkat).

f) Menyediakan papan maklumat yang mengandungi
senarai nama dan nombor telefon jabatan-jabatan atau
individu-individu yang perlu dihubungi sekiranya berlaku
kecemasan atau banjir.

g) Menyediakan aIat-alat kelengkapan yang perlu
digunakan sekiranya kecemasan atau banjir berlaku:
- Loud hailer
- Portable radio
- Lampu suluh kalis air
- Tali

h) Memastikan stok bekalan makanan kering berlebihan
disediakan dan disimpan di tempat yang tinggi serta
selamat (bagi sekolah yang mempunyai asrama) untuk
mengelakkkan bekalan makanan murid tidak putus
sementara menunggu bantuan dari luar.

i) Memastikan bot dan jaket keselamatan (bagi sekolah-
sekolah yang terletak berhampiran sungai) berfungsi
dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Jaket
keselamatan boleh dipinjam dari Pusat Kokurikulum
yang berdekatan.

j) Mengingatkan pengawal keselamatan, guru-guru dan
warden asrama supaya bertindak mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Bencana
Sekolah.

41

ii. Tindakan Semasa Banjir:

a) Memaklumkan dengan segera kepada jabatan-jabatan
(JPN, PPD, Polis, Bomba, dll) serta individu (PIBG dan
ibu bapa) seperti yang tersenarai dalan Jawatankuasa
Bencana Sekolah untuk mendapatkan bantuan

b) Memindahkan guru, murid dan staf sokongan ke tempat
yang Iebih selamat apabila banjir dijangka akan
mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah
oleh Jawatankuasa Bencana (Banjir) peringkat
bahagian, negeri atau daerah

c) Meminta bantuan penduduk kampung atau taman
perumahan setempat untuk memindahkan harta benda
sekolah dengan segera

d) Memutuskan bekalan elektrik di premis yang dilanda
banjir untuk mengelakkan bahaya litar pintas

e) Mengatur supaya guru-guru yang kawasan perumahan
mereka dilanda banjir agar dapat bertugas di sekolah
yang berhampiran dengan kediaman rnereka (sekiranya
terdapat sekolah yang tidak terlibat dengan banjir)

f) Mengurus supaya murid-murid yang ternpat kediaman
mereka tidak dilanda banjir agar dapat ditumpangkan
belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang tidak
terlibat dengan banjir sehingga banjir surut

g) Menghubungi pihak JPN / PPD untuk mendapatkan
panduan dan tindakan yang perlu diambil oleh sekolah

h) Pastikan keselamatan sekolah dikawal oleh pengawal
keselamatan sekolah jika premis sekolah tidak
ditenggelami oleh banjir sepenuhnya

42

iii. Tindakan Setelah Banjir Surut:

a) Mengaturkan supaya diadakan kerja gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah yang melibatkan guru-
guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan
jabatan-jabatan berkaitan.

b) Menghubungi dan memaklumkan bencana tersebut
kepada agensi kerajaan berkaitan.

c) Memanggil juruteknik bertauliah dari Jabatan Kerja Raya
untuk meneliti tahap keselamatan pendawaian
bangunan yang ditenggelami banjir sebelum digunakan.

d) Menyenaraikan jumIah kerosakan aIat / perabot (kerusi,
meja, almari, dll) untuk direkod bagi tujuan pelupusan.

e) Mengadakan gotong-royong bersama PIBG untuk
membaiki kerusi meja dan peralatan yang tidak
mengalami kerosakan teruk.

f) Mengenal pasti dan menyenaraikan murid-murid yang
memerlukan bantuan kewangan, buku teks, peralatan
sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain dan
perlu dimaklumkan ke JPN / PPD untuk mendapat
bantuan tersebut.

g) Mengaturkan pinjaman buku teks dari sekolah yang
tidak terlibat dengan banjir dalam daerah yang
berkenaan (sekiranya ada lebihan stok).

h) Memakiumkan senarai terkini jenis dan jumlah buku teks
yang diperlukan kepada JPN dan PPD. Pihak sekolah
boleh membuat pesanan terus kepada penerbit (rujuk
katalog yang telah dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks,
KPM).

i) Mengaturkan peminjaman peralatan (kerusi, meja dll )
dari sekolah yang tidak terlibat banjir dalam daerah yang
berkenaan (sekiranya ada lebihan stok).

j) Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah
peralatan, kerusi, meja, almari dan lain-Iain yang
diperlukan oleh sekolah kepada PPD dan JPN. Pesanan
ini perlu dibuat dengan SEGERA.

k) MemakIumkan kepada semua guru, staf sokongan,
PIBG dan ibu bapa tentang tarikh sekolah akan
beroperasi semula.

l) Memaklumkan kepada murid-murid yang kediaman
mereka dilanda banjir bahawa mereka boleh datang ke
sekolah menggunakan pakaian biasa sekiranya pakaian
mereka telah musnah semasa banjir.

43

m) Menggalakkan murid-murid yang kediaman mereka
tidak terlibat dengan banjir / telah pulih dari dilanda
banjir untuk datang ke sekolah.

n) Menjemput Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan
yang berhampiran untuk menjalankan pemeriksaan
kesihatan kepada murid-murid sekolah.

o) Menyegerakan urusan pemberian bantuan-bantuan
kewangan (KWAPM) kepada murid-murid Tahun 2 –
Tahun 6.

p) Menyegerakan pengagihan biasiswa dan bantuan-
bantuan lain kepada murid-murid.

q) Mengaturkan pungutan derma kilat (berbentuk wang
ringgit, pakaian terpakai, pakaian seragam sekolah atau
peralatan sekolah) dengan kerjasama PIBG. Pungutan
hendaklah dibuat dalam kalangan guru, staf sokongan
dan ibu bapa setempat yang tidak terlibat dengan
bencana banjir. Derma yang berupa wang hendaklah
dimasukkan dalam akaun PIBG dengan rnenyediakan
satu Iajur khas untuknya. Pengagihan derma dan
sumbangan yang diperoleh hendaklah diagihkan segera
kepada murid-murid, guru-guru dan staf sokongan yang
memerlukan.

r) Menyediakan laporan terperinci untuk dihantar ke PPD
dan JPN.

44

7.3.3.2 Sekolah yang Menjadi Pusat Penempatan Sementara
i. Mangsa Banjir:

Tindakan Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa
Banjir Sebelum Banjir Melanda Kawasan Berkaitan:

a) Memastikan sekolah berada dalam keadaan bersih
dan terkawal setiap masa.

b) Memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik,
air, bilik mandi dan tandas serta peralatan yang
berkaitan dengannya dalam keadaan baik.

c) Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PPD
sekiranya sekolah dicadangkan untuk menjadi Pusat
Penempatan Sementara Mangsa Banjir.

d) Mengenal pasti premis yang boleh dibenarkan untuk
digunakan sekiranya penernpatan mangsa banjir
dilaksanakan. Keutamaan untuk penempatan mangsa
adalah dicadangkan di dewan sekolah, biIik-biIik darjah,
kantin dan asrama. Cuba elakkan penggunaan pejabat
sekolah, biIik guru, makmal, perpustakaan, bengkel-
bengkel serta stor sukan untuk tujuan tersebut.

e) Sediakan tong sampah yang secukupnya untuk
kegunaan premis-premis yang telah dikenal pasti tadi.

f) Memaklumkan perkara ini kepada semua guru, staf
sokongan, murid-murid dan PIBG.

45

ii. Tindakan Sekolah Pusat Penempatan Sementara
Mangsa Banjir Semasa Banjir Melanda Kawasan Berkaitan:

a) Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada
Jawatankuasa Bantuan Banjir Peringkat Daerah untuk
menempatkan mangsa banjir di sekolah.

b) Meminjamkan tllam asrama (jika diperlukan)
c) Merekodkan segala peralatan sekolah yang

dipinjamkan untuk tujuan audit.
d) Menyediakan tempat penyediaan hidangan makanan di

kantin (jika diperlukan).
e) Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa sekiranya

premis yang digunakan tidak menggunakan bilik darjah
murid. Sekiranya bilik darjah digunakan sebahagiannya
untuk menempatkan mangsa banjir, murid-murid
f) bolehlah ditempatkan dengan berkongsi kelas atau
g) sekolah perlu menetapkan kelas secara bergilir-gilir
untuk hadir ke sekolah.
h) Mengenal pasti murid-murid dalam kalangan mangsa
banjir yang boleh ditumpangkan belajar di sekolah
berkenaan serta mengaturkan urusan dan keperluan
persekolahannya.
i) Membuka kelas sesi petang untuk menumpangkan
murid dan guru bagi sekolah yang berhampiran yang
dilanda banjir.
j) Jika murid diminta bercuti kerana premis digunakan
sepenuhnya, pastikan hari persekolahan tersebut
digantikan sebanyak mana cuti telah dibuat pada hari
Sabtu yang ditetapkan. Pastikan PIBG, ibu bapa dan
murid dimaklumkan tentang perubahan tersebut.
k) Memastikan guru, kaunseIor dan guru bimbingan dapat
membantu memberikan khidmat nasihat kepada
mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah.
l) Menugaskan guru-guru secara bergilir-gilir untuk
membantu Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah
menjalankan tugas.
m) Memastikan keadaan sekolah adalah dalam keadaan
yang terkawal keselamatannya oleh pengawal
keselamatan sekolah.
n) Melaporkan kepada Bilik Gerakan Banjir PPD atau JPN
dari semasa ke semasa tentang status dan keadaan
terkini pengurusan penempatan mangsa banjir di
sekolah.

46

iii. Tindakan Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa
Banjir Selepas Banjir Melanda Kawasan Berkaitan:

a) Mengadakan kerja gotong-royong membersihkan
kawasan dan premis yang digunakan sebagai pusat
penempatan sementara mangsa banjir dengan
kerjasama guru-guru, staf sokongan, murid-murid, PIBG
dan masyarakat setempat.

b) Mengenal pasti dan melaporkan kerosakan peralatan di
premis kepada PPD dan JPN.

c) Menyediakan Iaporan terperinci untuk PPD dan JPN.

7.3.3.3 Sekolah yang Menumpangkan Murid-murid dari
Sekolah yang Banjir:

a) Membuat hebahan tentang cadangan sekolah untuk
menumpangkan murid murid dari sekolah yang dilanda
banjir.

b) Menerima murid-murid dan guru-guru yang menumpang
tanpa syarat.

c) Menyediakan senarai kehadiran murid-murid dan guru-
guru.

d) Murid-murid hendaklah ditumpang mengikut tahap kelas
ataupun tingkatan.

e) Melaporkan status terkini kepada PPD dan JPN.

47


Click to View FlipBook Version