The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by EKA NOORUL AZWANI BINTI DARWIN Moe, 2022-08-01 22:04:07

MANUAL SEKOLAH SELAMAT pdf

MANUAL SEKOLAH SELAMAT pdf

Keywords: MANUAL

7.3.4 PERUBAHAN CUACA LUAR BIASA

7.3.4.1 Kemarau / Panas Berpanjangan

i) Sekolah hendaklah mendapatkan pengesahan daripada
pihak berkuasa berkaitan ancaman kemarau / panas
berpanjangan.

ii) Sekolah hendaklah memastikan murid-murid tidak
menjalankan aktiviti di luar bilik darjah setelah mendapat
nasihat daripada pihak berkuasa.

iii) Sekolah hendaklah menasihatkan warganya meminum
air secukupnya.

iv) Sekolah hendaklah menasihatkan warganya
mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya ada
tanda-tanda penyakit.

v) Sekolah hendaklah memaklumkan tentang perubahan
cuaca dari masa ke semasa kepada warganya.

7.3.4.2 Jerebu

i) Sekolah hendaklah mengelakkan aktiviti yang boleh
mendedahkan murid kepada keadaan cuaca yang
boleh menjejaskan kesihatan mereka.

ii) Sekolah hendaklah memastikan warganya agar tidak
melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka dalam
kawasan sekolah.

iii) Sekolah hendaklah menasihatkan warganya
menggunakan topeng pernafasan ketika melakukan
aktiviti di luar bilik darjah.

iv) Sekolah hendaklah menasihatkan warganya sentiasa
memasang lampu ketika menunggang basikal atau
motosikal.

v) Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan maklumat
terkini daripada pihak berkuasa berkenaan ancaman
jerebu.

vi) Sekolah hendaklah mengawasi sebarang aktiviti murid
ketika berlaku jerebu.

vii) Sekolah hendaklah mempunyai data murid yang
mempunyai penyakit akibat ancaman jerebu.

48

7.3.4.3 Kilat dan Ribut Petir
7.3.4.4
a) Sekolah dilarang menjalankan aktiviti di tempat
lapang/terbuka semasa cuaca buruk dan adanya hujan,
kilat atau ribut petir.

b) Sekolah hendaklah memastikan semua aktiviti
dihentikan apabila keadaan menjadi gelap kerana
hendak hujan.

c) Sekolah hendaklah memastikan semua warganya tidak
berada berhampiran bahan api, bahan logam, cermin
serta tidak berlindung di bawah pokok besar, bangsal
terbuka dan kawasan tinggi ketika ribut petir.

d) Sekolah hendaklah memberikan latihan menghadapi
cuaca buruk termasuklah hujan lebat , kilat atau ribut
petir.

Gempa Bumi dan Tanah Runtuh

a) Sekolah hendaklah memastikan bangunan diperiksa
oleh pihak berkuasa bagi menentukan kestabilan
strukturnya.

b) Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di
persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh
akibat hujan lebat diperbaiki dengan segera.

c) Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah diberi
latihan menghadapi bencana gempa bumi dan tanah
runtuh ( Rujuk Buku Panduan Menghadapi Bencana
oleh Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana
Menteri dan Buku Panduan yang diterbitkan oleh
UNICEF ).

d) Sekolah hendaklah memastikan pihak berwajib
dihubungi.

e) Sekolah hendaklah memastikan bantuan diberikan
kepada warga sekolah yang tercedera dengan kadar
segera.

f) Sekolah hendaklah melaporkan kejadian kepada
PPD/JPN.

49

7.3.5 WABAK PENYAKIT

Definisi:
Wabak penyakit berlaku akibat daripada jangkitan kuman dan
pencemaran pada makanan kerana kurang penjagaan kebersihan diri
dan kebersihan kawasan persekitaran.

Jenis Wabak Penyakit:

7.3.5.1 Penyakit Berjangkit

i. Penjaga wajib memaklumkan taraf kesihatan
murid kepada pihak sekolah.

ii. Dapatkan surat kebenaran mendapat rawatan daripada pihak
pentadbir sekolah dan dapatkan rawatan doktor dengan
segera.

iii. Dapatkan surat cuti sakit dan serahkan kepada pihak pentadbir
sekolah.

iv. Sekiranya tinggal di asrama , maklumkan kepada warden -
murid akan dihantar balik ke rumah.

v. Jangan berkongsi pakaian dan peralatan mandi dengan rakan-
rakan.

vi. Pelajar dinasihatkan supaya mengutamakan kebersihan diri ,
pakaian dan tempat tinggal.

vii. Sentiasa prihatin terhadap poster dan maklumat mengenai
kesihatan. Pihak sekolah dinasihatkan supaya mengadakan
ceramah kesedaran menjaga kebersihan diri dan tempat
tinggal serta ceramah kesihatan

7.3.5.2 Pencemaran/Keracunan Makanan

i. Laporkan segera kepada guru kelas, guru bertugas atau
warden asrama.

ii. Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor
— minum seberapa banyak air masak.

iii. Dapatkan surat kebenaran rawatan dari sekolah dan dapatkan
rawatan segera dari hospital atau pusat perubatan
berhampiran.

iv. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada penjaga dan
melaporkan ke pejabat kesihatan.

v. Kantin/Dewan makan hendaklah ditutup atas arahan Guru
Besar.

50

7.4 KESELAMATAN SOSIAL

Keselamatan sosial merupakan aspek penting yang perlu diberi
perhatian kerana hubungan sosial dan interaksi murid sepanjang di
sekolah memberi kesan terhadap perkembangan pembelajaran dan
emosi murid.

Tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid berasa tidak
selamat akibat gangguan yang diterima terutamanya dalam kawasan
sekolah.

7.4.1 Buli

Definisi:
Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif yang berulang
bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental
atau emosi.

i. Tindakan Pelajar:
a) Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami
atau melihat sebarang bentuk perbuatan membuli.
b) Mengisi Borang Aduan dan masukkan ke dalam Peti
Aduan. (Lampiran C)

ii. Tindakan Guru, Guru Disiplin dan Guru :
a) Menerima aduan.
b) Memastikan kebenaran aduan.
c) Menjalankan siasatan yang rapi terhadap kes yang
dilaporkan.
d) Mengambilkan tindakan yang wajar, adil untuk kedua-
dua belah pihak yang terlibat.
e) Memberi memberi nasihat dan bimbingan.
f) Bagi kes yang serius laporan perlu dibuat kepada Guru
Disiplin, Kanselor dan Pentadbir Sekolah.
g) Merekodkan semua kes yang disiasat.

iii. Tindakan Ibu Bapa:
a) Memaklumkan kepada pihak sekolah.
b) Berjumpa dengan Guru Disiplin, Kaunselor dan
Pentadbir Sekolah untuk sesi perbincangan dan
perekodan maklumat.
c) Jika perlu bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan
lanjut dan maklum perkembangan kepada pihak
sekolah.
d) Bagi kes berat hubungi pihak untuk membuat laporan
polis jika perlu.

51

7.4.2 Gangguan Seksual

i. Definisi:
ii. Gangguan seksual merujuk kepada sebarang perlakuan
iii. berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan,
bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal, atas sebab yang
munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan akan
menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung,
terhina atau terugut. Gangguan seksual ini boleh terjadi kepada
sesiapa sahaja sama ada berlainan atau sesama jantina.

Tindakan Pelajar:
a) Membuat laporan kepada guru, kaunselor, pentadbir

atau sesiapa sahaja yang dipercayai untuk tindakan
seterusnya.
b) Sebarang aduan murid akan dirahsiakan.

Tindakan Guru:
a) Menerima aduan murid dan rahsiakan identiti murid.
b) Rujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling sekiranya

kes yang dilaporkan tidak dapat diselesaikan.

Tindakan Ibu bapa:
a) Berjumpa kaunselor / guru besar untuk khidmat nasihat

dan perekodan maklumat.
b) Bagi kes berat, perlu mendapatkan pemeriksaan doktor

dan berbincang dengan pihak sekolah sama ada perlu
membuat laporan polis atau tidak.

52

7.5 TATACARA PEMAKLUMAN PERATURAN SEKOLAH

i. Pelajar dimaklumkan tentang peraturan sekolah semasa
perhimpunan oleh Guru Besar Penolong Kanan Hal Ehwal
pelajar dan guru kelas dan guru matapelajaran semasa di
dalam kelas.

ii. AJK Disiplin Sekolah menguatkuasakan peraturan sekolah
dengan menjalankan pemeriksaan disiplin semasa
perhimpunan dan dari semasa kesemasa mengikut keperluan
sekolah.

iii. Melaksanakan siasatan mengikut prosedur terhadap tindakan
disiplin yang telah ditetapkan oleh peraturan sekolah.

iv. Menjemput pihak polis untuk membantu dalam menjalankan
pemeriksaan air kencing, beg dan fizikal pelajar.

v. Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara pihak sekolah
dengan ibubapa atau penjaga khasnya yang berkaitan dengan
masalah disiplin pelajar.

7.6 KAWALAN KESELAMATAN 24 JAM

i. Kawalan keselamatan 24 jam diadakan setiap hari dan
sekurang-kurangnya seorang pengawal akan bertugas di
pondok pengawal mengawasi pintu pagar keluar masuk untuk
keselamatan warga SK CHENGAL LEMPONG.

ii. Pengawal memastikan setiap pelawat melaporkan diri sebelum
memasuki kawasan sekolah.

iii. Pihak pengawal keselamatan ditugaskan untuk membuat
rondaan dari semasa ke semasa di sekitar kawasan sekolah
untuk menjaga keselamatan dan mengelak daripada perkara
yang tidak diingini berlaku dan melaporkan sebarang kes luar
biasa dengan segera kepada pihak pentadbir dan guru.

iv. Semasa bertugas waktu malam, pengawal mesti menguncikan
Peti Jam Keselamatan yang diletakkan di tempat-tempat
tertentu setiap kali mereka membuat rondaan.

v. Setiap Pengawal mesti merekod kejadian yang berlaku
semasa mereka bertugas. Buku Laporan Pengawal harus
dihantar kepada pihak pentadbir sekolah untuk disemak pada
tiap-tiap pagi.

53

7.7 PERATURAN PEJABAT AM

i. Pelawat melaporkan diri di pejabat dahulu sebelum menemui
guru/pelajar.

ii. Ibu bapa yang hendak membawa anaknya pulang mestilah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar / PK 1 / PK
HEM/ PKKO)

iii. Pegawai atau pekerja yang ada meminjam sebarang harta
sekolah dikehendaki merekodkan butir-butir pinjaman melalui
pegawai berkenaan dan memulangkan harta sekolah pada
tarikh yang ditetapkan.

iv. Segala dokumen seperti fail dan dokumen pejabat tidak
dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran.

v. Kipas, lampu, radio, komputer, sistem siaraya dan semua
peralatan elektrik termasuk pintu hendaklah ditutup sebelum
meninggalkan pejabat.

vi. Pelawat hendaklah dilayan dengan cekap dan mesra.
vii. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa sebarang

urusan mustahak.
viii. Pelawat termasuk guru, pekerja dan pelajar hendaklah

terlebih dahulu mendapat kebenaran pegawai di kaunter untuk
berjumpa Guru Besar / PK1/ PK HEM/ PKKO.

7.8 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN PELAWAT

i. Setiap pelawat ke sekolah mesti melaporkan diri di pondok
pengawal dan meninggalkan kad pengenalan sebelum masuk
ke kawasan sekolah.

ii. Pelawat mesti menulis nama dan tujuan lawatan di dalam
buku rekod pelawat di pondok pemgawal.

iii. Pelawat yang hendak berurusan dengan pelajar hendaklah
mendaptkan kebenaran dari pihak pentadbir atau guru.

54

8. SENARAI NO TELEFON KECEMASAN

NO TELEFON PENTING PIHAK TERLIBAT SEMASA KECEMASAN

BIL JABATAN NO FAKS EMEL
1 Balai Polis Beserah TELEFON

09-5447222

2 Pondok Polis Balok 09-5834222

3 Klinik Kesihatan Balok 09-5834533

4 Klinik Kesihatan Beserah 09-5445633
09-5837977 09-5837973 bbp_gebeng
5 Balai Bomba Dan Penyelamat 09-5131991 09-5163991
Gebeng

6 Jpam Jalan Beserah

7 JKR Bandar Indera Mahkota 09-5717000 09-5732837

09-5133333

8 Hospital HTAA Kuantan 09-5133334 09-5142712

09-5133335

55

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG
26100 KUATAN PAHANG

LAMPIRAN A

BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

...............................................
...............................................
...............................................

TARIKH :

Guru Besar
SK Chengal Lempong
26100 Kuantan
Pahang

Tuan,
KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya _______________________________________________ ibu bapa/penjaga
___________________________________________kelas __________________ * membenarkan /
tidak membenarkan * anak / jagaan saya menyertai
_________________________________________________________________________________

Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil
langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut diadakan.

Saya bersetuju untuk memaklumkan pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada
kesihatan dan keadaan fizikal anak / jagaan saya sebelum tarikh lawatan berkenaan. Saya juga telah
memastikan bahawa anak / jagaan saya faham setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh
pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatannya.

Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apa-apa pertolongan
cemas ke atas anak saya jika didapati perlu.

...............................................
Tandatangan.

Nama ibu bapa / Penjaga : ................................................

No. K/P : ................................................

No. Telefon : ................................................

* Potong yang tidak berkenaan

56

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG
26100 KUATAN PAHANG

LAMPIRAN B-1

BORANG LAPORAN
KEMALANGAN MURID DI SEKOLAH

JENIS KEMALANGAN :..................................................................................................................

TARIKH : ................................... HARI : ......................... MASA..................................

TEMPAT KEJADIAN :.........................................................................................................................

NAMA PELAJAR TERLIBAT : KELAS NO TELEFON

1. .......................................................................... ..................................... .........................

( NO KP: )

2. ......................................................................... ..................................... ..........................

( NO KP: )

3. .......................................................................... ..................................... .........................

( NO KP: )

KRONOLOGI KEMALANGAN:

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

TINDAKAN:
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

TANDATANGAN GURU PELAPOR :..................................................................
NAMA GURU :..................................................................
CATATAN :..................................................................

57

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG
26100 KUATAN PAHANG

LAMPIRAN B-2

REKOD KEMALANGAN MURID DI SEKOLAH

GURU PENYELARAS : KELAS JENIS TELEFON :
BIL MURID TERLIBAT KEMALANGAN TINDAKAN GURU CATATAN

DISAHKAN OLEH: 58
___________________

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG
26100 KUATAN PAHANG

LAMPIRAN C

59


Click to View FlipBook Version