The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irneptr08, 2021-12-27 02:20:41

Projek BMMB1074

Projek BMMB1074

PROJEK BMMB1074

Nama ahli kumpulan :

Gressyena anak Jonem
Jacklyn Julan Juk
Irene anak Peter

Projek : Peranan dan Pemikiran Tokoh dalam memartabatkan bahasa
Melayu (R.O Winstedt, W.G. Shellabear, O.T Dussek, Munsyi Abdullah,
Asmah Hj.Omar, Nik Safiah Karim, Abdullah Hassan dan Awang Sariyan) .
Hasilkan satu perbincangan berkaitan topik berikut :
Sejauhmanakah tokoh-tokoh tersebut menyumbangkan pemikiran mereka
ke arah memartabatkan bahasa Melayu.

PEMIKIRAN
TOKOH-TOKOH

x PEMIKIRAN R.O.WINSTEDT

xx R.O. Winstedt memelihara banyak hasil tulisan
kesusasteraan Melayu termasuklah Sejarah Melayu.
R.O.WINSTEDT
Beliau juga menulis pelbagai karya penting yang
x melibatkan Melayu dan bahasanya di dalam A
History of Malaya dan A Dictionary of Malay
Language.

Untuk menetukan hala tuju sistem pendidikan dan
melahirkan guru Melayu yang berpendidikan tinggi,
beliau menubuhkan Sultan Idris Training College
(SITC).

Beliau menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di
bawah Malay School Sumbangan Series.

x PEMIKIRAN W.G.SHELLABEAR

xx W.G.Shellabear telah meninggalkan banyak
karya atau buku berkaitan dengan
W.G.SHELLABEAR perbendaharaan kata bahasa Melayu, kamus,
buku teks juga kerja-kerja keagamaan bagi
x Misi Kristian.
Beliau juga telah menghasilkan sekurang-
kurangnya 55 buah karya sastera dalam
bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan
Sejarah Melayu. (Suilatus Salatin versi William
Shellabear)
Kesan kepada karya Sejarah Melayu versi
William Shellabear ini telah memperlihatkan
ketinggian darjah dan mutu bahasa Melayu
klasik.

x PEMIKIRAN O.T.DUSSEK

xx O.T. Dussek menghasilkan beberapa buku antaranya ialah
Kitab Pelita Mengarang (1923) dan Kitab Pedoman Guru
O.T.DUSSEK Penggal 1 dan 2 (1926).
Bagi meningkatkan pelbagai bidang ilmu dalam bahasa
x Melayu, beliau juga telah memajukan pendidikan di sekolah
Melayu melalui Pejabat Karang mengarang.
Beliau juga telah menerbitkan buku-buku sekolah dan
bahan bacaan tambahan untuk sekolah-sekolah Melayu
sekaligus memajukan pelajar SITC.
Oleh sebab beliau mementingkan pemberian ilmu kepada
orang Melayu, beliau telah menerbitkan buku ilmiah dan
geometri seperti Kitab Hisab I, II, III, IV dan V (1922-1931
Hasil galakkan Dussek muncul beberapa pengarang
Melayu yang turut memainkan peranan dalam
memartabatkan penulisan bahasa Melayu. Antaranya ialah
Za'ba.

x PEMIKIRAN MUNSYI ABDULLAH

xx Abdullah Munsyi telah menghasilkan karya pertamanya
pada tahun 1830 yang bertajuk Syair Singapura
MUNSYI ABDULLAH Terbakar.
Beliau juga telah menyedari betapa pentingnya buku
x nahu bahasa melalui karya kesusasterannya.
Pada pandangan Abdullah Munsyi, nahu sesebuah
bahasa tidak dapat menyelesaikan seratus-peratus
masalah bahasa.
Pandangan ini lebih nyata apabila nahu sesuatu
bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya
bukan bahasa Melayu. Kajian tersebut dijalankan
berdasarkan kajian ilmiah.
Abdullah Munsyi melihat bahawa nahu bahasa Melayu
yang ditulis oleh orang asing hanya merupakan
pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang
cuba dimasukkan ke dalam bahasa Melayu.

x PEMIKIRAN ASMAH HJ.OMAR

xx Beliau menyatakan bagi meneroka alam pemikiran Melayu dan
pengalaman-pengalaman orang Melayu yang terakam dalam
ASMAH HJ.OMAR bahasanya adalah melalui penelitian terhadap bahasa kanak-
kanak, khususnya dalam penuturan bahasa itu sebagai bahasa
x pertama dan bahasa orang dewasa.

Menurut Asmah (2002) setia bahasa dalam masyarakat
berbilang bahasa bermakna menghormati kedudukan sesuatu
bahasa sesuai dengan tempat yang diberi kepadanya dalam
dasar yang disetujui oleh anggota masyarakat.

Beliau melihat pemikiran orang Melayu dalam penghitungan,
konsep-konsep ruang dan waktu serta cara mengeluarkan
arahan dalam bahasa tulisan, iaitu dalam soal peperiksaan.

Menurut Asmah (2008b), kaedah yang digunakan dalam
memaparkan nahu Melayu dalam bukunya berdasarkan teori
sistemik fungsional, dari aliran Linguistik London atau aliran
Linguistik British.

x PEMIKIRAN ASMAH HJ.OMAR

xx Susur galur serta pemahaman tentang bahasa Melayu yang
lengkap melalui Ensiklopedia bahasa Melayu. Ensiklopedia ini
ASMAH HJ.OMAR memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu dari sudut
sejarah, variasi tulisan, ejaan, fonologi, nahu, sintaksis,
x ragam bahasa sehinggalah kepada etimologinya. (Asmah
Hj.Omar, 2008)
Bahasa Melayu sebagai bahasa rumpun Austronesia
terbahagi kepada empat keluarga, iaitu Mikronesia, Polinesia
yang terletak di Lautan Pasifik, sedangkan keluarga Indonesia
terletak jauh sedikit dari Lautan Pasifik. (Asmah Hj.Omar,
2008)
Asmah Hj.Omar (1993), meneroka alam pemikiran Melayu dan
pengalaman-pengalaman orang Melayu yang terakam dalam
bahasanya. Melalui penelitian khusus terhadap kanak-kanak,
terutamanya dalam penuturan bahasa itu sebagai bahasa
pertama dan bahasa orang dewasa.
Penelitian mengenai bahasa kanak-kanak itu dilakukan secara
empiris dan perbincangan bertumpu kepada pelbagai unit dan
fungsi bahasa. Beberapa penemuan beliau terhadap bahasa
subjek penyelidikan sesuai dengan sesuatu yang terdapat
dalam bahasa lain tetapi terdapat perbezaan, khususnya
dalam penguasaan sistem bahasa secara kronologi.

x PEMIKIRAN NIK SAFIAH KARIM

xx Nik Safiah Karim telah membuktikan keupayaan
bahasa Melayu sebagai wahana ilmu dalam pelbagai
NIK SAFIAH KARIM bidang.

x Menjadi orang Melayu tidak bermakna seseorang itu
tidak perlu mempelajari Bahasa Melayu, ujar Pakar
Bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim.

"Bahasa Inggeris penting tetapi jangan kita ketepikan
bahasa kita sendiri sehingga kita tidak pandai. Bahasa
ini kemahiran, jadi kita kena mempelajarinya," tegas
beliau.

Bahasa Melayu ialah bahasa yang digunakan untuk
mengungkapkan konsep dan pemikiran yang teknikal
serta berfungsi sebagai sarana budaya tinggi.

x PEMIKIRAN ABDULLAH HASSAN

xx Abdullah Hassan menyatakan bahasa Melayu tinggi
menekankan dua aspek, iaitu peraturan bahasa dan
ABDULLAH HASSAN peraturan tatabudaya.
Beliau menyatakan bahawa aspek peraturan bahasa
x meliputi sebutan, ejaan, perkataan, ayat dan kerapian
makna.
Bagi membina kepustakaan berbahasa Melayu
sesuatu bangsa, yakni bangsa Melayu perlu meyakini
bahawa bahasanya mampu berfungsi sebagai bahasa
ilmu.
Beliau menyatakan bahawa beberapa langkah perlu
dalam bagi membina kepustakaan Melayu, iaitu yang
pertama ialah fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu perlu ditingkatkan lagi, iaitu dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar secara menyeluruh dalam semua bidang
ilmu.

x PEMIKIRAN AWANG SARIYAN

xx Beliau menekankan bahasa Melayu perlu diajar
bersama pelbagai disiplin ilmu, bukan diajar
AWANG SARIYAN secara terpisah sebagai satu bahasa sahaja.
Dengan cara itu bahasa Melayu mampu
x mengakar dalam proses mengukuh jati diri
bangsa.
Bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia
menguasai sistem ejaan, peristilahan, dan kosa
kata serta tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.
Universiti merupakan sektor yang paling ampuh
untuk memartabatkan Bahasa Melayu namun
kelebihan itu disia-siakan apabila pentadbirnya
lebih mengutamakan Bahasa Inggeris, sekali gus
mengurangkan minat serta keyakinan pelajar dan
pensyarah untuk menjadikannya sebagai bahasa
utama akademik.

Sejauhmana tokoh-tokoh bahasa tersebut menyumbangkan pemikiran
mereka ke arah memartabatkan Bahasa Melayu.

Hasil daripada sumbangan pemikiran kesemua tokoh bahasa tersebut dapat disimpulkan bahawa pemikiran-
pemikiran mereka tertumpu kepada usaha memperjuangkan hak dan kedaulatan bahasa Melayu. Walaupun
kedudukan bahasa Melayu sering dipertikaikan,namun pemikiran tokoh-tokoh yang dinyatakan tetap menjurus
kepada permartabatan bahasa Melayu. Pemikiran tokoh bahasa yang berbeza tidak menjadi penghalang untuk
mereka memartabatkan bahasa Melayu malah pemikiran tersebut membawa kepada sebuah pencapaian yang
amat membanggakan bagi kita sehingga ke hari ini. Misalnya, menurut Nik Safiah Karim (2004), pemantapan
sistem bahasa Melayu sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkapan
hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh. Walaupun
proses ini masih berterusan namun masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Manakala, bagi pemikiran Awang Sariyan (2006), mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak
pemerintah negara supaya lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu sekiranya ingin melihat bahasa
Melayu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu. Pendapat atau pemikiran kedua-dua tokoh
yang dinyatakan memperlihatkan bahawa memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan
bahasa yang dilaksanakan secara berterusan. Pemikiran kritis yang dimiliki oleh tokoh-tokoh bahasa Melayu
memampukan mereka untuk meningkatkan darjat bahasa Melayu yang digunakan secara meluas sehingga ke hari
ini. Begitu juga dengan penghasilan karya-karya oleh tokoh-tokoh tersebut, pemikiran yang meluas serta
pandangan yang jauh menjadikan mereka berupaya untuk menghasilkan sesuatu yang dapat digunakan dnn
sijadikan sebagai rujukan kini.


Click to View FlipBook Version