The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Log BSMM (MPU3451a)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maria, 2024-03-28 02:21:56

Buku Log BSMM

Buku Log BSMM (MPU3451a)

BUKU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MPU3451a LOG


BIODATA PELAJAR Nama Nur Mariahafiqahani binti Joe Meyer Herbert Meyer@Awang Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2021 Semester dan Tahun Semester 2 Tahun 2 Tarikh Lahir 15 Mac 2003 Tempat Lahir Hospital Duchess of Kent, Sandakan Alamat Rumah Apartment Taman Permata, E-5F-10, Jalan Labuk, Batu 8, 90000 Sandakan, Sabah Hobi Membaca buku Bilangan Adik Beradik 4 orang (Anak ke-4) No. Telefon 011-67658755 E-mel [email protected] Nama dan Alamat IPG Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Beg Berkunci 11, 89009 Keningau, Sabah


1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS KENINGAU, 89009 KENINGAU, SABAH MPU3451a KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1 Nama : NUR MARIAHAFIQAHANI BINTI JOE MEYER HERBERT MEYER@AWANG No. K/P : 030315-12-0902 Angka Giliran : 2021012340076 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : BAHASA MELAYU Nama Pensyarah : EN FAVIAN MICCO UJIN Tarikh Hantar : 20 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 BIODATA GURU PELATIH 1 2 CARTA ORGANISASI UNIT BERUNIFORM BSMM IPGM KAMPUS KENINGAU 4 3 MAKLUMAT AHLI 5 4 LAPORAN MINGGUAN PERSATUAN BSMM 7 5 PENGENALAN BSMM 17 6 VISI, MISI DAN MOTO 17 7 LOGO RASMI BSMM 18 8 LAMBANG BSMM 18 9 IKRAR BSMM 19 10 LAGU BSMM 20 11 SEJARAH PERGERAKAN PALANG MERAH 1.0 PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH 2.0 SEJARAH PENUBUHAN LAMBANG PALANG MERAH 21 12 SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA 23 13 PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH 24 14 STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH PERINGKAT ANTARABANGSA 26 15 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) 29 16 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA) 30 17 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BULAN SABIT MERAH MELAYSIA 31 18 PEMBANGUNAN KONVENSYEN-KONVENSYEN GENEVA DAN UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN 33 19 PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN 35 20 TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA 36 21 KONVENSYEN-KONENSYEN HAGUE 37 22 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM 38 23 LAMBANG DAN COGAN KATA 40 24 PENGENALAN / INDIKATIF & PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA 43


3 25 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1.0 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN 2.0 KUASA PENGANJUR 3.0 STRUKTUR UNIT 3.1 CARTA ORGANISASI 3.2 TUGAS JAWATANKUASA 3.3 STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN 3.4 STRUKTUR UNIT PERSATUAN 4.0 PENGURUSAN BUKU LOG 5.0 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN 6.0 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN 7.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT 8.0 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG 44 26 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI 67 27 PROGRAM BSMM DI SEKOLAH RENDAH 68 28 SKIM LATIHAN SEKOLAH RENDAH 73 29 RUJUKAN 74


4 CARTA ORGANISASI UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU 2024 PENGERUSI NGAU KANG CHENG NAIB PENGERUSI RESSY BRISTEN BARTHOLOMEW SETIAUSAHA NURUL NAJWA BINTI BAHRUDIN NAIB SETIAUSAHA NURAINA ALEEYA BINTI HAMID BENDAHARI SITI SOFFIA BINTI MOHD RIDZUAN NAIB BENDAHARI MILIA MAISARAH BINTI KAMARULZAMAN AJK KAWAD KAKI ALEXTER WADERSON UNAN ANAK AJAI KILSIH KAPUSOH AJK PERALATAN NUR MARIAHAFIQAHANI BINTI JOE MEYER HERBERT MEYER@AWANG AMELLCEY LYN GODUK GWENVERLY ALBERT AJK DOKUMENTASI KORINA ANAY BUNYAU IFI ALEEYA BINTI ROZLAND AJK PUBLISITI NURIN IRDINA BINTI NAZARUDIN POOJA ANAK BAYOI ALVIANALISSA LOTHI NUR AIN BINTI AIDIL NAZARUDIN AJK TEKNIKAL HARINE A/P MANIKAM TU ZU WEN AJK PENGANGKUTAN HARIESHA HAZMIERA BINTI MOHD ZAWAWI


5 MAKLUMAT AHLI Jumlah Anggota : 34 orang Senarai Nama Ahli : BIL NAMA PENUH JANTINA OPSYEN 1 Alexter Waderson Unan Anak Ajai Lelaki PKMP 2 Alice Chia May Jun Perempuan RBT 3 Alice Wong Sze Sze Perempuan RBT 4 Alvianalissa Lothi Perempuan BM 5 Amellcey Lyn Goduk Perempuan BM 6 Fezaine Zain Andrew Perempuan BM 7 Gwenverly Albert Perempuan BM 8 Hariesha Hazmiera binti Mohd Zawawi Perempuan PKMP 9 Harine A/P Raja Manikam Perempuan PKMP 10 Hasmida binti Arifuddin Perempuan BM 11 Ifi Aleeya binti Rozland Perempuan RBT 12 Insyira Kirana Saifuddin Perempuan BM 13 Ivy Ling Hie Xin Perempuan RBT 14 Josie Carol Mahin Perempuan BM 15 Josslyn binti Amadeus Perempuan RBT 16 Khairunnisa Mazalie Perempuan BM 17 Khiew Yue Quan Lelaki RBT 18 Kilsih Kapusoh Perempuan BM 19 Korina Anak Bunyau Perempuan RBT 20 Lau Siew Yieng Perempuan RBT 21 Marchrinathasaphine Pinek Perempuan BM 22 Milia Maisarah bt Kamarulzaman Perempuan PKMP 23 Muhammad Zahir bin Abdul Kadir Lelaki RBT 24 Ngau Kang Cheng Lelaki RBT 25 Nur Ain binti Aidil Nazarudin Perempuan PKMP 26 Nur Mariahafiqahani binti Joe Meyer Herbert Meyer@Awang Perempuan BM 27 Nuraina Aleeya binti Hamid Perempuan PKMP


6 28 Nurin Irdina binti Nazaruddin Perempuan PKMP 29 Nurul Najwa binti Bahrudin Perempuan PKMP 30 Pooja Anak Bayoi Perempuan PKMP 31 Ressy Bristen Bartholomew Perempuan BM 32 Siti Soffia bt Mohd Ridzuan Perempuan PKMP 33 Tay Kia Ying Perempuan RBT 34 Tu Zu Wen Lelaki PKMP


7 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 1 Tarikh : 10 JANUARI 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


8 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 2 Tarikh : 17 JANUARI 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


9 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 3 Tarikh : 24 JANUARI 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


10 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 4 Tarikh : 31 JANUARI 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


11 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 5 Tarikh : 07 FEBRUARI 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


12 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 6 Tarikh : 21 FEBRUARI 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


13 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 7 Tarikh : 28 FEBRUARI 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


14 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 8 Tarikh : 06 MAC 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


15 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 9 Tarikh : 13 MAC 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


16 Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Minggu : 10 Tarikh : 20 MAC 2024 Masa : 7:30 – 9:30 Pagi


17 PENGENALAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Persatuan Bulan Sabot Merah Malaysia (PBSM) yang juga dikenali sebagai The Malaysian Red Crescent Society (MRCs) merupakan satu pertubuhan sukarelawan yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 iaitu pada tahun di mana negara Malaysia dimerdekakan. Persatuan Palang Merah Antarabangsa pula telah mengiktiraf persatuan ini pada tahun 1963. VISI, MISI DAN MOTO VISI : Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. MISI : Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan. MOTO : “Inter arma carita” (di dalam perang ada kebajikan) dan “Per Humanitatem ad pacem” (melalui kemanusiaan menuju keamanan).


18 LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Lambang Bulan Sabit Merah Lambang Palang Merah Lambang Kristal Merah


19 IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bahawasanya Kami, Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Berikrar, Taat Setia Kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Dan Pemerintah-Pemerintah DI Negara Kami, Berdasarkan Kepada Prinsip-Prinsip Rukun Negara Bahawa Kami Berikrar, Akan Sentiasa Patuh Kepada Perlembagaan, Dan Undang-Undang Serta Arahan Walau Di Mana Juga Kami Berada Bahawa Kami Berikrar, Akan Sentiasa Memberi Khidmat Sukarela Kami, Kepada Mereka Yang Sakit Dan Menderita, Di Waktu Aman Atau Bencana Berdasarkan Prinsip Bulan Sabit Merah Seperti Berikut, Kemanusiaan Kesaksamaan Keberkecualian Kebebasan Khidmat Sukarela Ketunggalan Kesejagatan


20 LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum dan Agama Waktu Aman atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah dan Bersemangat Lirik : Dato’ Dol Ramli Lagu : Dato’ Johari Salleh


21 SEJARAH PERGERAKAN PALANG MERAH 1.0 PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH Pengasas kepada Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910). Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Swtizerland. Beliau telah menubuhkan Pergerakan Palang Merah pada 24 Jun 1859 kerana beliau terkesan melihat mangsa-mangsa perang yang terdiri daripada tentera dan orang awam telah terkorban ketika tercetusnya peperangan antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali Utara. Oleh hal yang demikian, dalam perjalanan Henry Dunant ke Algeria, Afrika, beliau telah membantu mangsa-mangsa yang merintih kesakitan dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja yang berdekatan. Henry Dunant juga telah mencatatkan semua kenangan serta peristiwa peperangan yang berlaku dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “Kenangan di Solferino” atau juga dikenali sebagai “A Memory of Solferino”. Buku yang telah siap dicetak telah dihadiahkan kepada setiap ketua negara di Eropah dan telah menyedarkan mereka mengenai kepentingan sebuah organisasi untuk membantu orang lain. Di dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan beberapa perkara dan hasilnya, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk pada tahun 1864 tanpa kehadiran Henry Dunant. Perkara-perkara tersebut adalah : Pertama : o Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang telah cedera dan menderita semasa peperangan. Kedua : o Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari manamana pasukan hendaklah dibantu.


22 2.0 SEJARAH PENUBUHAN LAMBANG PALANG MERAH Nama sebenar Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang digunakan pada masa kini pada awalnya dikenali sebagai lambang Palang Merah. Nama lambang Palang Merah ini telah digunakan sejak berdekad yang lalu setelah dicadangkan semasa Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima. Lambang Palang Merah yang berlatarkan kepada warna putih telah dipilih sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada Switzerland kerana mempunyai persamaan dengan bendera negara tersebut serta lambang tersebut sinonim dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Selain itu, lambang Palang Merah ini juga telah diiktiraf oleh negara-negara yang hadir dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864. Oleh hal yang demikian, lambang ini telah diguna pakai pada bendera di hospital, ambulans, pasukan penyelamat serta perkhidmatan perrubatan ketika dalam peperangan. Dengan adanya lambang ini, ia menandakan bahawa individu yang memakainya berada di pihak yang neutral. Pada November 1876, Turki telah mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss untuk menggunakan lambang bulan sabit untuk menggantikan palang merah kerana isu penghinaan agama Islam. Sejak dari itu, negara Islam telah menggunakan lambang bulan sabit sebagai pengganti. Walau bagaimanapun, kedua-dua lambang ini dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejah tahun 1929 dan boleh digunakan dengan dua tujuan iaitu sebagai perlindungan dan sebagai pengenalan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.


23 SEJARAH PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) DI MALAYSIA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah Permulaan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazet pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta 7 Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


24 PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH KEMANUSIAAN (HUMANITY) Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. KESAKSAMAAN (IMPARTIALITY) Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.


25 KEBERKECUALIAN (NEUTRALITY) Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. KEBEBASAN (INDEPENDENCE) Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. KHIDMAT SUKARELA (VOLUNTARY SERVICE) Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. KETUNGGALAN (UNITY) Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. KESEJAGATAN (UNIVERSALITY) Gerakan Palang Merah & Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantumembantu di antara satu sama lain.


26 STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH PERINGKAT ANTARABANGSA Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan iaitu : Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan Rajah 7 : International Commottee of the Red Cross (ICRC) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Ditubuhkan pada tahun 1863. Institusi berkecuali yang dianggotai oleh rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990. Peranan : 1. Penjaga Prinsip-Prinsip Asas Palang Merah 2. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antrabangsa 3. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan Palang Merah atau Bulang Sabit Merah 4. Menghantar bekalan bantuan bencana 5. Agensi Pengesahan Pusat


27 Rajah 8 : International Federation of Red Cross (IFRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah (IFRC) Dahulu dikenali sebagai tiga Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Ditubuhkan pada tahun 1919 selepas perang Dunia Pertama. Peranan : 1. Menggalakkan dan mempromosikan penubuhan dan pembangunan Persatuan Kebangsaan. 2. Merupakan badan tetap perhubungan antara Persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan penyelidikan. 3. Bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan khususnya untuk tujuan membaiki taraf. 4. Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa bencana atau pelarian


28 Rajah 9 : Persatuan-Persatuan Palang Merah Kebangsaan a) Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan. b) Melantik anggota-anggota pertolongan cemas c) Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan d) Membantu orang-orang tawanan perang menghantar perutusan orang awam


29 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) PENAUNG Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong PRESIDEN Yang Amat Berhormat Perdana Menteri TIMBALAN PRESIDEN Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri NAIB PRESIDEN YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Menteri Kesihatan YB Menteri Luar Negeri YB Menteri Belia dan Sukan YB Menteri Pelajaran YB Menteri Pendidikan Tinggi


30 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA) Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. Ia melindungi mereka yang tidak, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran. UUKA bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan mengehadkan penderitaan semasa peperangan. Ia juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. UUKA adalah salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. Ia bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, dengan berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya. UUKA melibatkan dua keadaan iaitu konflik bersenjata antarabangsa (seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara) dan konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak). UUKA diguna pakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya. UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran. Contohnya orang awam, anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera dan mereka yang tidak lagi terlibat dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit dan tawanan perang. Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan. UUKA mengehadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara penempur dan orang awam. Membezakan antara penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam dan membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan. Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) berperanan sebagai „penjaga‟ UUKA yang menjalankan aktivitinya berasaskan empat Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. Konvensyen dan Protokol Tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya seperti memberi bantuan kepada tentera yang cedera, sakit atau karam semasa konflik, melawat tawanan perang, menolong orang awam dan memastikan bahawa mereka yang dilindungi oleh UUKA diberi layanan sewajarnya.


31 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSMM) DISIPLIN : i. Setiap pegawai adalah dikehendaki menjaga taraf kelakuan mereka pada setiap masa bersesuaian dengan jawatan mereka. ii. Setiap pegawai hendaklah dengan sendirinya meneliti dan menentukan yang ahli bawahan mereka mematuhi segala peraturan, arahan dan undang-undang. Seseorang pegawai itu tidak dibenarkan menyoal kepentingan atau keutamaan sesuatu arahan yang dikeluarkan secara umum atau dirinya sendiri oleh seseorang pegawai atasannya. iii. Setiap pegawai adalah dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menjaga kelakuannya dan sentiasa menjaga kedudukannya bersama dengan pegawaipegawai atasan atau bawahannya. Beliau juga akan memerlukan daripada pegawai bawahannya tindak balas dan kecekapan melaksanakan 27 tanggungjawab mereka seperti mana juga diperlukan daripada dirinya. iv. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai mengemukakan laporan rasmi kepada pegawai atasannya sekiranya ada di antara pegawai bawahannya yang kekurangan kecekapan atau daya usaha mereka. Sekiranya beliau gagal melaporkan kelemahan atau kekurangan daya usaha pegawai dan ahli bawahannya atau pun apabila ada di antara mereka yang telah melakukan kesalahan, maka ianya juga adalah mencerminkan kelemahan diri pegawai itu sendiri. v. Seseorang pegawai itu tidak boleh mengetepikan tugasnya disebabkan kepentingan dirinya sendiri dan berkelakuan seperti yang diketahui atau dijangka mengetahuinya boleh menimbulkan syak wasangka yang :- Ia menyalahgunakan kepentingan peribadinya bertentangan dengan tugas tugasnya. Ia menggunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadinya. Seseorang pegawai tidak dibenarkan berkelakuan yang boleh mencemarkan nama atau daya usahanya telah berkurangan.


32 Seseorang pegawai itu mestilah amanah dan tidak berkelakuan yang boleh menimbulkan syak wasangka terhadap kejujurannya. Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa pengaruh luar atau tekanan luar untuk menyokong atau mempengaruhi sesuatu tuntutan sama ada ianya tuntutan peribadi ataupun tuntutan daripada ahliahli lain di dalam persatuan. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan seperti mana yang boleh menimbulkan tindakan menderhaka vi. Pemberhentian dan Penamatan Keahlian : Seseorang ahli boleh berhenti keahliannya dengan memberi notis bertulis kepada persatuan. Pemberhentian akan berkuat kuasa sebaik sahaja notis tersebut diterima oleh Persatuan. Kelayakan untuk merayu. Seseorang ahli yang terlibat atau terkilan di atas keputusan yang dibuat di bawah arahan ini mengemukakan rayuan beliau secara bertulis di dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan. Kuasa mempertimbangkan dan lain- lain adalah budi bicara Jawatankuasa Majlis Kebangsaan untuk mengkaji, meminda atau memansuhkan sebarang keputusan untuk membuang, menamatkan atau menggantung keahlian seseorang itu. Setelah ianya disahkan maka keputusan yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan adalah muktamad.


33 PEMBANGUNAN KONVENSYEN-KONVENSYEN GENEVA DAN UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN Konvensyen Geneva terdiri daripada empat perjanjian dan tiga protokol tambahan, membentuk piawaian undang-undang antarabangsa mengenai layanan kemanusiaan semasa peperangan. Istilah “Konvensyen Geneva” biasanya merujuk kepada perjanjian yang dirunding pada tahun 1949 yang diperbaharui setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua (1939-1945). Perjanjian ini menggantikan dua perjanjian pada tahun 1929 dan menambah dua konvensyen baru. Secara umumnya, Konvensyen Geneva menjelaskan hak-hak asas bagi mereka yang terlibat dalam peperangan, termasuk orang awam dan tentera. Ia menyediakan perlindungan kepada individu yang cedera dan sakit serta menetapkan perlindungan untuk orang awam di dalam dan sekitar kawasan perang. Perjanjian 1949 telah digunakan oleh 196 negara, baik secara keseluruhan atau dengan beberapa pengecualian. KONVENSYEN GENEVA PERTAMA : Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang cedera dan sakit dalan angkatan tentera di medan pertempuran (12 Ogos 1949). Melindungi petempur yang cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat mereka. Mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. KONVENSYEN GENEVA KEDUA : Konvensyen penambahbaikan terhadap anak-anak kecil dari angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut. (12 Ogos 1949). Memberi perlindungan kepada pertempur-pertempur yang terdiri daripada anak-anak kapal yang karam dari mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang membolehkan mereka dibantu.


34 KONVENSYEN GENEVA KETIGA : Konvensyen merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang (12 Ogos 1949). Melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa perang. Menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan mewujudkan hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka. KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT : Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang (12 Ogos 1949). Mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya,


35 PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN PROTOKOL TAMBAHAN 1 Protokol tambahan kepada konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977). Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. PROTOKOL TAMBAHAN 2 Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977). Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awna dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka. PROTOKOL TAMBAHAN 3 Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005). Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.


36 TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA Menggesa negara-negara yang menganggotai PBB supaya memastikan perwakilan wanita dipertingkatkan di semua peringkat. Tujuan : Memberi hak kepada kaum wanita membuat keputusan dalam institusi nasional serta menyelesaikan konflik. Menggesa setiausaha agong melantik lebih banyak wanita sebagai wakil dan utusan khas bagi pihaknya. Menggesa setiausaha agung mencari jalan bagi meluaskan peranan serta sumbangan wanita dalam operasi lapangan PBB dan pemerhati tentera, polis awam dan personal hak manusia. Melahirkan kesanggupannya untuk mencantumkan perspektif jantina ke dalam operasi menjaga keamanan dan menggesa setiausaha agung supaya memastikan operasi lapangan meliputi komponen jantina. Negara-negara agong perlu menambahkan sokongan sukarela kewangan, teknikal dan logistik bagi usaha latihan yang peka jantina. Negara-negara yang terlibat perlu berunding dan melaksanakan perjanjian keamanan dan mengamalkan perspektif jantina termasuk : Keperluan istimewa dan gadis semasa penghantaran balik, penempatan semula. Langkah-langkah yang menyokong daya usaha wanita tempatan dan proses dan peribumi bagi penyelesaian konflik. Langkah-langkah perlindungan dan rasa hormat kepada hak wanita dan gadis. Melindungi wanita dan gadis dari keganasan berasaskan jantina terutamanya rogol, penganiayaan seks dan bentuk lain keganasan dalam keadaan konflik bersenjata. Negara-negara terlibat dalam konflik bersenjata supaya menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa mengenai hak-hak dan perlindungan wanita serta gadis terutamanya kewajipan yang dikaitkan dengan mereka di bawah konvensyen Geneva (1949). Tanggungjawab semua untuk menghentikan impunity dan mendakwa di mahkamah mereka yang bertanggungjawab bagi penghapusan bangsa genosid, jenayah terhadap manusia, jenayah perang termasuk yang berkaitan dengan keganasan seksual terhadap wanita dan gadis-gadis.


37 Negara-negara yang terlibat dalam konflik bersenjata perlu menghormati sifat awam dan perikemanusiaan khemah-khemah serta penempatan-penempatan dan mengambil kira keperluan tertentu wanita dan gadis-gadis. KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE Bangsa-Bangsa Bersatu 1954 (1954 United Nation Hague Cultural Property Convention) yang memberi perlindungan kepada objek-objek seni budaya yang penting seperti balai seni lukis dan tugu-tugu peringatan dalam masa perang. Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1981 mengenai senjata konvensional yang dilarang digunakan dalam perang kerana menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang dahsyat. Konvensyen ini telah dipersetujui oleh persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Konvensyen bagi Perlindungan Harta Budaya sekiranya berlaku Konflik Bersenjata telah diterima pakai pada tahun 1954 di bawah naungan UNESCO. Kini secara meluas dirujuk sebagai Konvensyen Hague 1954, adalah perjanjian pelbagai hala yang pertama dna palingg komprehensif yang didedikasikan secara ekslusif untuk melindungi warisan budaya semasa aman dan juga semasa konflik bersenjata. Konvensyen Hague 1954 bertujuan untuk melindungi harta budaya, seperti monument seni bina, seni atau sejarah, tapak arkeologi, karya seni, manuskrip, buku dan objek lain yang mempunyai kepentingan artistik, sejarah atau arkeologi serta koleksi saintifik dalam apa jua bentuk tanpa mengira asal usul atau pemilikan mereka.


38 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang– undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH Di bawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”


39 Kandungan Perlembagaan BSMM Perlembagaan PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 dalam Akta (Guest, t.t.). Berikut merupakan peraturanperaturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia : Peraturan 1 Nama dan alamat Peraturan 2 Matlamat Peraturan 3 Objekitf Peraturan 4 Keahlian Peraturan 5 Guru penasihat Peraturan 6 Ahli jawatankuasa Peraturan 7 Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8 Kewangan Peraturan 9 Penyertaan Peraturan 10 Aktiviti Peraturan 11 Peraturan-peraturan Peraturan 12 Pindaan perlembagaan Peraturan 13 Pembubaran persatuan Peraturan 14 Tindakan disiplin Peraturan 15 Hal-hal lain Perkara-perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah : i. Lencana / logo persatuan ii. Cogan kata / moto iii. Tugas persatuan di peringkat institusi pendiidkan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv. Pendaftaran persatuan v. Jawatankuasa kecil


40 LAMBANG DAN COGAN KATA Rajah 1 : Lambang Bulan Sabit Merah Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang berlatarkan warna putih sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Ia wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercerdera di masa perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka. o Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. o Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang banyak penduduk muslim. o Sebanyak 29 buah negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva o Negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. Ia hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dna juga orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. o Dilarang menggunakan lambang bagi tujuan peperangan, perniagaan dan publisiti.


41 Bendera BSMM Rajah 2 : Bendera BSMM Ukuran Piawai Bendera BSMM Rajah 3 : Ukuran Piawai Bendera BSMM


42 Lambang BSMM Rajah 4 : Lambang BSMM Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagai mengikut ACT #162, Malaysia Red Cross Society (change of name) ACT 1975. Kegunaan Lambang : o Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan yang lebih terpakai semasa peperangan. o Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Cogan Kata BSMM “Cergas pada masa aman dan Perang”


43 SIGNIFIKAN LAMBANG Lambang Pergerakan 28 buah negara sekarang menggunakan lambang bulan sabit merah untuk menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. Negara-negara hendaklah memilih lambang yang hendak digunakan dalam sesuatu persidangan diplomatic. Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mengawal penggunaan lambang tersebut dan dilarang menggunakannya untuk tujuan perniagaan dan publisiti. terdapat satu pengecualian dimana persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah dibenarkan menggunakan lambang ini bagi mengawal pasti bangunan, barangan dan kenderaan kepunyaan mereka. Penggunaan Lambang – Protective Use Digunakan dalam masa perang untuk melindungi anggota atau alatan. Persatuan Kebangsaan yang membantu perkhidmatan perubahan ketika dalam masa perang juga berhak menggunakan lambang tersebut sebagai lambang pelindung tetapi sewaktu masa perang sahaja. Boleh juga digunakan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Persekutuan (IFRC) dan anggota-anggota mereka. Penggunaan Lambang – Indicative Use Lambang tersebut hanya menunjukkan bahawa penggunaan (orang atau alat) terdapat kaitan dengan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tetapi tidak semestinya dibawah perlindungan Konvensyen Geneva. Dipaparkan dalam keadaan saiz yang kecil berbanding tanda pelindung dan tidak seharusnya dipapar di atas bumbung. Penyalahgunaan Lambang Digunakan oleh individu / pertubuhan yang tiada kaitan dengan Persatuan Palang Merah.Lambang dianggap sebagai simbol kesihatan dan perubatan. Hospital, doktor swasta, ambulans, kedai menjual ubat serta perkhidmatan kerajaan atau swasta yang berkaitan perubatan atau kesihatan. Di Malaysia, lambang-lambang palang merah dan bulan sabit merah diiktiraf dalam Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 (sepertimana dipinda pada 1 Januari 2006), Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1075, Akta Konvensyen-Konvensyen Geneva 1962 dan Persatuan Cap Dagangan 2019.


44 PENGURUSAN 1.0 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bagnsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan juga datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Menurut Alif (2013), komposisi keahlian adalah terdiri daripada ahli kanak-kanak berusia 9 sehingga 12 tahun, Ahli Belia berusia 13 sehingga 18 tahun, Ahli Belia Terbuka berusia 13 hingga 17 tahun, Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/Tidak Berpakaian Seragam bagi 18 tahun ke atas, Ahli seumur hidup dan akhir sekali Ahli Kehormat Seumur Hidup iaitu anugerah kepada individu yang memberi sumbangan. Jenis ahli : 1. Ahli biasa Yuran tahunan RM2.00 setahun. Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang 2. Ahli Belia Pemohon untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi seperti berikut : Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit KanakKanak. Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda. Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment – VAD) 3. Ahli Seumur Hidup Permohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan Cawangan. Yuran : RM500


45 4. Ahli Kehormat Seumur Hidup Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun. 5. Pasukan Bantuan Sukarela Yuran – RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun. Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Bagi penyelarasan pendaftaran keahlian pula kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan, maka borang berkenaan hendaklan diserahkan kepada )Alif, 2013) : 1. Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan, 2. Salinan kedua disimpan oleh Cawangan, 3. Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit, 4. Kad keahlian kepada Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup.


46 2.0 TANGGUNGJAWAB KUASA PENGANJUR 1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit PBSM dengan ibu pejabat PBSM. 2. Kuasa penganjur adalah merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) manakala seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpana atau semasa untuk PBSM itu. 3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PBSM. 4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PBSM di mana perlu. 5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya untuk ahli-ahli. 6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya.


47 3.0 STRUKTUR UNIT STRUKTUR ORGANISASI & PERKEMBANGAN BBSM Carta Organisasi Struktur Organisasi Persatuan Perkembangan BBSM


48 3.1 CARTA ORGANISASI PENAUNG PEN. KANAN KOKURIKULUM PENYELARAS KELAB/PERSATUAN GURU PENASIHAT PENGERUSI GURU PELAJAR


Click to View FlipBook Version