Tatacara perjumpaan:
a) Pengenalan PPIM
• Membaca ikrar dan menyalin di dalam buku log
• Menyalin suluh kata ppim
• Melukis logo ppim
b) Pendidikan rohani ceramah/ tayangan video
• Sumber makanan
• Adab semasa makan
• Makanan seimbang
• Doa sebelum dan selepas makan
c) Kesihatan dan Pembangunan diri:
• Mencatat dan mengelaskan makanan
• Menampal gambar
d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu seterusnya
e) Tatacara Penutup:
• Membaca tasbih kafarah dan membaca surah Al asr
• Berselawat sambil bersalam
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Pengerusi
● Menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala
mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
Setiausaha
● Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat,
menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan
tahunan persatuan.
Bendahari
● Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan
berlaku, beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru
Penasihat.
Pensyarah Pemimpin/ Ketua Guru Pemimpin/ Guru Pemimpin
● Perlu membeli atau mendapatkan:
a) Buku Perlembagaan
b) Bendera PPIM
c) Kaset lagu PPIM
d) Lencana Pemimpin dan Puteri
e) Kad Ahli
f) Uniform -Kain merah jambu
g) Buku Panduan Pemimpin
h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM
i) Sukatan Pelajaran
● Menyediakan Keperluan Asas
a) Buku/ Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi)
b) Buku/ Rekod Kehadiran Pasukan
c) Buku/ Rekod Yuran Ahli
d) Buku/ Akaun (Penyata Kewangan)
Lain-lain Keperluan:
a) Fail-fail/ Buku Stok/ Cop-cop
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
TAKWIM
RANCANGAN AKTIVITI
SLIDE
LEMBARAN KERJA
NAMA :
KELAS :
TARIKH :
Arahan: Sila nyatakan tugas-tugas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
● PENGERUSI
1.
2.
● NAIB PENGERUSI
1.
2.
● SETIAUSAHA
1.
2.
● NAIB SETIAUSAHA
1.
2.
● BENDAHARI
1.
2.
● AJK
1.
2.
KRAF PERKHEMAHAN
1.0 Pengenalan:
i. Konsep Khemah
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai kemudahan
asas yang minima.
b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan, sama
ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga daripada kayu
dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut mampu memberikan perlindungan
daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.
c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau di
belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu,
berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individua tau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadao
pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti
yang berkaitan dengan perkhemahan.
e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan
fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan &
ketidakselesaan.
ii. Konsep Kraf Perkhemahan
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi
cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.
b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu
melakukan akitiviti perkhemahan atau pengembaraan.
iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam
semula jadi dan habitatnya
b. Memupuk perasaaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan ciptaan-Nya
dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan fauna yang
terdapat di muka bumi ini.
iv. Objektif
a. Menggalakkan ahli PPIM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan
dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan
b. Mendedahkan ahli PPIM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta
mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak perkhemahan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli PPIM tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan cara yang betul dan berkesan.
2.0 Pengurusan dan Penjagaan Khemah
i. Jenis-jenis khemah
a. Ridge tent:
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya
mudah dibawa dan dilipat.
b. Dome tent:
Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai
dan fleksibal. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan
untuk berkelah atau perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
c. Frame tent:
Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas
dipasang kemudian.
d. Bell tent:
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemas jenis ini
sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis
“DOME”.
e. Shelter
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Shelter boleh dilindungi
daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri
daripada musuh bahaya
(i) Jenis-jenis shelter
(a) Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok. Shelter tertutup
pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala atah angin.
(b) Phonco Tent
Mudah dibina. Diikat antara dua batang pokok. Shelter tertutup pada
dua bahagian, kiri dan kanan.
(c) One man Shelter
Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang kecil
menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.
(ii) Pengurusan dan Keselamatan Khemah:
a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah
d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari
memasuki khemah
e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas
g. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan
(iii) Penjagaan Khemah:
a. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah berada
dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan, memasukkan dan
mengeluarkan tiang atau pancang
b. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka
c. Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut
d. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah
menggunakannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang
tertinggal
e. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering
f. Sekiranya khemah anda basah, elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara
sekali pun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
g. Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah
h. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa beteri di dalam khemah dalam
usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
3.0 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet
i. Gajet ditakrifkan sebagai perkakasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar, pintu,
kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini
diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan
kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi tempat.
ii. Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti perkhemahan
kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang memerlukan
pintu, pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak kasut, rak dapur dan seumpamanya.
iii. Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau batang
kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan ikatan yang
tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang dibina menjadi kukuh dan
selamat digunakan. Sebaik-baik gajet perkhemahan ialah gajet yang dibina tanpa
menggunakan sebarang paku.
iv. Gajet-gajet ini dikenali sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting dalam aktiviti luar
kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:
a. Menggantikan perkakasan dan perabot di rumah
b. Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan
c. Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan
v. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
a. Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara teori dan amali
dalam sesi perjumpaan mingguan
b. Membina semangat kekitaan, kerjasama, bertanggungjawab dan
semangat bergotong-royong dalam kalangan ahli Sekawan/ Patrol dalam
suasana yang ceria dan menyeronokkan.
vi. Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:
a. Mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
b. Menjimatkan kos
c. Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
d. Barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
e. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
f. Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin
vii. Kaedah mendirikan gajet:
a. Ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan yang minimum
b. Senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba guna
c. Menggunakan bahan dan alat yang ada di persekitaran atau yang dibekalkan tanpa
memerlukan kos yang tinggi
d. Menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
e. Susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan perkhemahan
f. Jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan tapak.
viii. Bahan-bahan untuk mendirikan gajet:
a. Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan bahan perlu disediakan terlebih
dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada jenis-jenis gajet yang dibina.
b. Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesebuah gajet
(mengikut kesesuaian) ialah:
(i) parang
(ii) gergaji
(iii) tali, sama ada tali rafia, rami atau manila, rotan, dawai atau akar
(iv) buluh, sama ada yang lurus, bulat atau yang telah dibelah (boleh juga buluh terpakai)
(v) kayu yang berukuran diameter di antara 10cm hingga 18 cm
(vii) ranting dan dahan pokok, sama ada yang lurus atau yang bercabang
(viii) tin-tin kosong
(ix) batu-bata
(x) olastik
(xi) zink
(xii) papan
(xiii) kad manila
(xiv) dedaunan
4.0 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya
i. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh
dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada waktu
yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual perkhemahan.
ii. Antara gajet yang boleh dibina ialah:
a. Tiang bendera
b. Pagar
c. Pintu gerbang
d. Papan kenyataan
e. Ampaian
f. Pangkin, tempat duduk dan meja
g. Rak kasut
h, Rak dapur
i. Rak barang
j. Lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah)
k. Gajet dapur
l. Alas atau rak untukmeletak beg pakaian
m. Menara kawalan
ii. Tiang bendera
a. Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali dan bendera. Pelbagai
bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera. Walau bagaimanapun,
penghasilannya adalah bergantung kepada sumber bahan yang ada.
b. Terdapat 2 jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan. Satu berupa tiang
bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak perhimpunan yang
digunakan untuk mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera PPIM,
manakala satu lagi berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Sekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.
iv. Pagar:
a. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan
Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau bulu yang
dipacak mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk
menjadi pagar.
b. Pagar tifak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang dibina sekitar
satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh
hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu pancangan.
c. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan pelbagai corak
atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
KEDUDUKAN / PLAN PERKHEMAHAN
v. Pintu gerbang:
a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibina
dalam aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan
perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai pusat kawalan,
di samping sebagai tempat untuk memasang bendera Sekawan / Patrol.
b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan bahan yang
ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikan gajet pintu gerbang
banyak, seharusnya pintu gerbang yang didirikan agak besar dan cantik.
c. Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu gerbang ialah:
(i) beberapa batang kayu atau buluh pelbagai ukuran
(ii) tali, sama ada rami, jut atau rafia
(iii) cangkul, parang dan gergaji
(iv) tangga (jika ada)
vi. Papan kenyataan:
a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat berkaitan ahli
Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau gambar rajah kawasan
perkhemahan Sekawan/Patrol dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber bahan
yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan itu terlindung daripada hujan
dan matahari, kreativiti PPIM amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau
perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berikut.
c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan bahan-bahan lain
yang sesuai.
PELBAGAI CONTOH PAPAN KENYATAAN
vii. Ampaian:
a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti
pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian yang baik ialah gajet yang didirikan
tanpa bergantung kepada pokok atau batang-batang pokok yang hidup.
b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang
terdedah kepada cahaya matahari dan angin di bahagian belakang kawasan khemah
kumpulan.
c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu
bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
ANTARA CONTOH GAJET AMPAIAN
viii. Pangkin, tempat duduk dan meja:
a. Gajet ini dibuat untuk 2 fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan kedua, sebagai meja
persidangan atau perbincangan Sekawan/Patrol.
b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan, iaitu
berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang membuat gajet tersebut di
bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah kumpulan.
CONTOH GAJET PANGKIN / MEJA/ TEMPAT DUDUK
ix. Rak kasut:
a. Gajet rak kasut dibina untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan
perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah
berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah.
b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu berukuran
antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan simpulan danikatan yang
sesuai.
CONTOH GAJET RAK KASUT
x. Rak dapur atau tempat memasak:
a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang paling penting
yang perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas, yakni tanpa bumbung atau
boleh juga dibuat dengan berbumbung.
b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya digunakan
untuk memasak air. Manakala untuk memasakh makanan pula, gajet yang paling ringkas ialah
yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan batu atau tungku. Antara bahan yang
diperlukan untuk membuat gajet dapur ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau buluuh,
batu bata, dawai, tanah kering dan kawasan berbukit.
GAJET RAK DAPUR/ TEMPAT MEMASAK
xi. Rak barangan dapur:
a. Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet atau rak ini
digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang dilengkapi dengan baldi air
atau besen, tuala kecil, sabun, dan air. Untuk menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh
dibuat secara bertingkat-tingkat.
CONTOH RAK BARANGAN DAPUR
xii. Rak penyimpanan makanan:
a. Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di dalam kawasan
khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai digunakan. Sekiranya tiada pokok
dalam kawasan khemah berkenaan, gajet jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
b. Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah dihasilkan bersama penutup yang
diperbuat daripada plastic atau dedaun kering yang dianyam. Antara bahan yang diperlukan
ialah kayu atau buluh yang dibelah dua atau empat, tali, dan plastic atau dedaun kering yang
bersesuaian.
CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN
xii. Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering:
a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan kawasan khemah. Gajet
buangan sampah basah dan sampah kering boleh dibina di atas seperti gambar rajah di
bawah atau dengan cara mengorek lubang di tanah.
b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang berdekatan
dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat dan serangga lain
mengerumuni atau berkumpul dalam tempat sampah.
CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH
SLIDE
LEMBARAN KERJA
NAMA : _____________________________________________
KELAS : ______________
Nyatakan nama khemah tersebut.
NAMA : _____________________________________________
KELAS : ______________
Namakan jenis ‘shelter’ tersebut.
BIL JENIS
SHELTER
1
2,
3
IKHTIAR HIDUP
1.0 Pengenalan
- Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan,
terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.
- Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk terus
hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks
aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh
sesorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman semasa menjalani aktiviti
luar seperti perkhemahan.
- Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:
i. Kehabisan bekalan makanan dan minuman
ii. Ancaman binatang buas
iii. Sesat di dalam hutan
iv. Masalah perlindungan
- Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada pada
peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti. Selain itu, kurang
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebabkan situasi ikhtiar hidup.
- Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah
mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat
dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui speanjang aktiviti luar
dilaksanakan.
- Prinsip ikhtiar hidup:
▪ Keselamatan:
o Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat
dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
boleh membahayakan keselamatan. Misalnya elakkan daripada memakan
tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan
atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup
akan menjadi leboh rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa diabaikan.
▪ Usaha:
o Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa
ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Sikap berdiam diri dan berseram kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa
usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan cara yang lain pula asalkan
usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamata. Semakin banyak usaha
yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi
segala rintangan dan risiko yang dihadapi.
▪ Kawalan diri:
o Dalam situaso ikhtiar hidup,kawalan diri sangat penting dilakukan supaya
segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa
kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan
menyebabkan seseorang itu bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir.
Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang
sedang dihadapi.
▪ Kerjasama:
o Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan
dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar
segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan
membawa berkat. Jika tiada kesempatan, segala masalah sukar diatasi.
i. Masakan Solar:
a. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan
dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.
b. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya
ialah:
- Satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang
semakin terancam
- Mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
- Mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
- Salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas / bahan bakar untuk memasak
makanan
c. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik
d. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- aluminium foil
- periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
- kertas kadboard yang tebal atau kotak besar yang kosong
- gam/glue
- pelekat kertas / paper binding tape
- plastic lut sinar
- tali rapia
- tiga batu kecil di bawah periuk semasa memasak
ii. Masakan Rimba
a. Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan semasa di dalam
hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak.
b. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar
namun ianya boleh menjadai aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar hidup
semasa berkhemah
c. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasakh seperti buluh, kerajang
aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-lain.
d. Kegunaan buluh semasa perkhemahan:
- buluh sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan
- bekas makanan / minuman
- memasak makanan
e. Masakan rimba menggunakan buluh:
- pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
- pastikan buluh yang dipilih tidak retak
- basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
- sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh contoh nasi
atau lauk
- jika memasak nasi di dalam buluh, pastikan sukatan air adalah
sama banyak dengan sukatan beras
- masak nasi atau lauk dengan kaedah yang dtunjukkan dalam rajah 1.
iii. Membuat perangkap
a. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
- perangkap atau jerat pelanduk
- perangkap atau jerat ayam hutan
- perangkap atau jerat hempap dan jerut
- perangkap kurungan
b. Perangkap atau jerat pelanduk:
- Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Bahan-
bahan yang perlu disediakan ialah:
o kayu pelentik
o tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yan sesuai
o kayu cabang berbentuk “Y” yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya
o kayu pesawat
o alat pemijak
- Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-
daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan
c. Perangkap atau jerat ayam hutan:
- Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak
yang dibuat bagi memerangkap buruk ruak-ruak. Di antara bahan-bahan yang
digunakan ialah:
o sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
o dua batang kayu yang bercabang
o tali pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm
o beberapa batang kayu pemijak
- Namun begitu, car aini kurang popular kerana badan ayam mungkin akan tersekat
oleh kayu lengkung yang digunakan
d. Perangkap atau jerat hempap dan jerut
- Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau
binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Beberapa
jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
o tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai
o umpan
o tali pemberat tambahan
o batang kayu penghempap
o dua batang kayu penghalang hadapan
o dua batang kayu penghalang belakang
o kayu pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o beberapa batang kayu pemijak
- Perangkap atau jerat hempap akan memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap
oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah mendapatkan kayu
Pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu
penghempap serta kayu pemberat tambahan.
e. Perangkap atau jerat kurungan:
- Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-
hidup. Sungguhpun begitu car aini kurang popular dan tidak praktis kerana ia
mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga.
Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah:
o batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding, kayu alang,
pintu dan sebagainya
o umpan
o gelang rotan
o kayu pesawat
o tali pesawat
- Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan
perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.
SLIDE
LEMBARAN KERJA
NAMA : ___________________________________________
KELAS : _____________
Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:
1. ________________________________
2. ________________________________
3. _______________________________
4. ________________________________
Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan, antaranya
ialah:
1. ___________________________________________________________________
2. ___________________________________________________________________
3. ___________________________________________________________________
4. ___________________________________________________________________
NAMA : ______________________________________________
KELAS : ______________
Sila warnakan gambar situasi perkhemahan tersebut.
Nyatakan contoh ikhtiar hidup yang boleh dilakukan ketika berada di dalam hutan
● _________________________________________
● _________________________________________
● _________________________________________
● _________________________________________
KEBUDAYAAN
Nyanyian / Lagu Perkhemahan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
SLIDE
LEMBARAN KERJA
NAMA : _______________________________________
KELAS : __________________
ARAHAN : Sila isi tempat kosong.
Puteri Lembaga Islam _________________
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk __________________Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
____________________ Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat ____________________
Belajar ____________________ Kemajuan
Bersemangat _____________________Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
_______________________ Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat _____________________ Bahagia
TAJUK : Permainan
ARAHAN : Senaraikan contoh permainan.
1. _________________
2. ___________________
TAJUK : Malam Kebudayaan
ARAHAN : Nyatakan definisi malam kebudayaan.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
JALAN LASAK & PANDU ARAH
Pengenalan
Jalan Lasak merupakan aktiviti berjalan atau berlari sejauh 10 km hingga 25 km di mana
individu akan bergerak secara berkumpulan. Trek yang dilalui melibatkan pelbagai bentuk
muka bumi samada jalan raya atau kawasan denai yang kering atau berlumpur. Aktiviti ini
dapat memberikan perspektif baru untuk kumpulan sasaran dalam dalam meningkatkan
ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerjasama dalam pasukan. Kumpulan sasaran
juga akan membawa bersama bebanan bagi menambahkan lagi cabaran dalam pelaksanaan
aktiviti ini. Untuk pelatih kursus asas, aktiviti ini dilaksanakan sebelum Rutin Bravo.
Tujuan
● Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan sasaran
● Memupuk semangat setia kawan dan kerjasama (team building dalam kalangan
kumpulan sasaran
● Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dsb)
● Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
● Memberikan pengalaman baharu
● Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
● Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan berkesan
● Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti
Matlamat
● Membina ciri-ciri sosial yang baik.
● Kebolehan berkomunikasi dalam keadaan tegang.
● Membina jati diri yang tinggi serta semangat berpasukan yang jitu.
● Membentuk sikap kepimpinan dan pengikut yang baik leadership dan followership.
Peraturan dan Persediaan
1. Kebenaran
● Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti
serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.
2. Persediaan Alatan
● Titik kawalan (control point)
● Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
● Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
● Titik kawalan bukanlah "check-point" kerana ia tiada penjaga dititik.
❖ Penanda Kawalan
● Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
● Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
● Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
❖ Kad Kawalan
● Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai
acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
● Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time)
dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
● Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk
mencatat masa penamat.
❖ Peta Utama
● Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan
● Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
❖ Keterangan Kawalan
● Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
● Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk 'teks' tetapi
dalam bentuk kod/gambar rajah.
❖ Landasan
● Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis di atas
peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
● Tanda yang berkenaan landasan adalah :
➔ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
➔ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
➔ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
➔ 'Leg' adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah
Sebelum Aktiviti
1.Persiapan landasan
2.Taklimat pemimpin kepada ahli-ahli
3.Semakan alatan dan logistik
4.Semakan peralatan kecemasan
Semasa Aktiviti
1.Semua ahli berkumpul di tempat permulaan aktiviti
2.Pihak bertugas berada di setiap stesen sebelum ahli dilepaskan
3.Ketua aktiviti memberi taklimat kepada ahli
4.Ahli diberikan peralatan/keperluan pandu arah
5.Kumpulan pertama dibawa ke lokasi permulaan dahulu
6.Ahli memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7.Membaca kompas, mengira jarak dan membuat catatan
8.Ahli diminta bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara berkumpulan
Selepas Aktiviti
1.Pemimpin mengumpulkan semua ahli dan memastikan bilangannya mencukupi
2.Pemimpin mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan ahli
3.Semua alatan hendaklah dikembalikan
4.Sesi renungan / refleksi
5.Bersalaman antara pemimpin dan ahli
6.Semua barang disimpan di stor
7.Laporan aktiviti disediakan
Membaca Kompas / Global / Positioning Satellite (GPS)
Kompas
● Untuk menentukan arah.
● Dijadikan panduan asas bagi ahli- ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam
hutan.
● Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat
Kompas Bearing Sudut
● Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah.
Kompas mata angin 16
● Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
● Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.
● Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau
batu besar yang berada di persekitaran.
Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta
1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan
B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan
melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.
Aktiviti Penggunaan Kompas
● Mengenal arah mata angin.
● Mencari arah mata angin.
● Mencari arah kiblat.
● Praktikal mencari bearing (arah mata angin).
● Latihan di kawasan sekolah.
● Menggunakan peta.
● Merintis hutan menggunakan kompas.
● Pertandingan mencari bearing di hutan.
● Mencari harta karun.
● Aktiviti orienteering atau pandu arah.
Komunikasi Radio Amatur / UHF VHF
Merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan
elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat
digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada sama ada di dalam kawasan atau ke
seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang
tertentu.
Peggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara
1. Aktiviti komunikasi
Pegendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan pengguna dunia
menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas.
Digambar kelihatan angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar sedang berkomunikasi
menggunakan radio amatur.
2. Aktiviti ujikaji teknikal
Pegendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji dalam pembuatan radio,
antena dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal
3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
Di dalam keadaa darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan
kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi,
tsunami, banjir dan lain-lain memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara
petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa menjalankan operasi
SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.
4. Memantau (monitoring)
Pegendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi didalam dan diluar
negara serta stesen angkasa lepas.
Membaca Peta Topo dan Kegunaannya
Peta Topografi adalah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan,
selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat.
Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai
biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan
seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa
kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.
Mengesan Tanda dan Simbol
Tanda atau simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Kita
perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya
ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu,
rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.
Laporan Pengembaraan
Disediakan Oleh:
-Setiausaha aktiviti
Isi Laporan :
- masa, tempat dan aktiviti
- Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan
- Catatan perjalanan
- Pembagian tugasan ahli
- Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak dan pandu arah disertakan
Contoh laporan:
Laporan Pengembaraan unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Pada Perkhemahan
Unit Beruniform IPGKSM tahun 2013
Tarikh : 19 September 2013
Tempat : Pantai Merang
Peserta : Unit BSMM Semester 4, Ambilan Januari 2012
Semasa perkhemahan Unit Beruniform yang lalu, Pasukan Bulan Sabit Merah dan Badan
beruniform yang lain telah menjalani satu Kembara dan diikuti dengan slot masakan rimba.
Setiap badan beruniform mempunyai laluan masing-masing semasa mengembara Sebelum
kembara bermun, kami diberikan sedikit taklimat oleh pensyarah-pensyarah penasihat
mengenai aspek keselamatan, laluan, serta mereka memberikan tugasan untuk kami lakukan
semasa aktiviti kembara
Bagi kumpulan BSMM laluan kami bermula di kawasan pantai dan kemudiannya kan bergerak
mendaki bukit Merang. Perjalan kami dianggarkan sejauh 5 km sebelum kami mendaki bukit
sekali lagi peringatan mengenai keselamatan diberikan kepada kami Selain mendaki bukit
dan mengembara, kami telah ditugaskan untuk mengenalpasti serta mengambil sampel
pokok-pokok yang boleh dijadikan ubat ubatan atau lebih dikenali sebagai herba.
Perjalanan kami agak mencabar dan ianya bermula ketika kami mulakan perjalanan Bagaikan
sudah ditakdirkan pada hari pengembaraan kami, cuaca panas terik, kebetulan, kebanyakan
daripada kami tidak membawa topi lantas kami menjadikan kain anduh yang kami bawa
sebagai alat untuk melindungi kami dan panahan cahaya matahari yang membahang
daripada membakar kulit kami. Apabila kami mulakan aktiviti menjadi pula, pendakian agak
sukar berikutan laluannya yang licin dan sempit. Selain itu, terdapat pokok-pokok yang
tumbang yang turut menghalang laluan kami.
SLIDE
LEMBARAN KERJA
NAMA : _____________________________________
KELAS : ________________
1. ARAHAN : Padankan jawapan yang betul.
Plat tapak Garisan melaras Petunjuk arah
Anak panah Perumah kompas Jarum magnetik
orientaring
Skala
2. ARAHAN : Nyatakan tujuan jalan lasak dan pandu arah
1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________
4. _______________________________
5. _______________________________
KHIDMAT KESUKARELAWANAN
Takrif & Makna:
Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara rela hati,
tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan yang mendatangkan manfaat
kepada sesuatu pihak yang lain. Kegiatan ini banyak melibatkan perkara yang
kemasyarakatan dan khidmat ini juga dapat memberikan manfaat kepada golongan / pihak
sasaran.
Matlamat kesukarelawanan: (Tujuan jangka panjang)
Membentuk suatu masyarakat, malah peradaban, yang
adil, makmur dan sejahtera.
Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita bersukarela:
➢ Rasa kesetiakawanan
➢ Ajaran atau nilai-nilai agama
➢ Keinginan untuk sentiasa menolong atau melakukan kebaikan
➢ Perasaan belas kasihan
Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela:
➢ Kasih sayang
➢ Kejasama
➢ Keperihatinan sosial
➢ Persaudaraan / persahabatan
➢ Menjana modal insan & modal sosial
➢ Patriotisme
➢ Pengupayaan masyarakat
➢ Ketahanan nasional
➢ Perpaduan
➢ Nilai-nilai kemanusiaan (universal)
Mengapa kerja sukarela?
Anggota masyarakat Memperbaiki perhubungan
yang aktif menyumbang dalam masyarakat
Menyumbang kepada Meningkatkan kualiti
pembangunan negara-bangsa hidup masyarakat
Scenario masa kini:
Pengurusan sukarela Para sukarelawan
lembab kurang pendedahan
asas yang penting
Kerja sukarela Tahap kesedaran &
kurang sistematik kefahaman Sokongan &
komitmen pihak
masyarakat rendah berkuasa terhad
Bentuk – bentuk kerja sukarela:
SASARAN:
❖ Individu
❖ Kumpulan - kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja, warga tua, pelarian
perang, dan lain-lain
❖ Keluarga
❖ Komuniti
❖ Pertubuhan (organisasi)
❖ Alama sekitar
❖ Masyarakat umum
Kaedah:
Bimbingan Kaunseling Kerja kumpulan Aneka terapi
Gotong – royong / proses
Khidmat nasihat Motivasi / ransangan
pemulihan
Prinsip – prinsip:
1) Sedia berkongsi
2) Tiada pilih kasih
3) Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
4) Mementingkan pihak sasaran
5) Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
6) Setiap orang boleh menyumbang
CONTOH KHIDMAT KESUKARELAWANAN
Minggu kerja Bantuan kerja
Masyarakat penyayang Hari peringatan
Alam sekitar
SLIDE
LEMBARAN KERJA
ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN
1. Berikan 3 prinsip khidmat kesukarelawanan:
a. ____________________________________
b. ____________________________________
c. ____________________________________
2. Nyatakan beberapa contoh aktiviti khidmat kesukarelawanan:
a. ___________________________________
b. ___________________________________
c. ___________________________________
3. Apakah tujuan aktiviti kesukarelawanan ini diadakan?
a. __________________________________
b. __________________________________
c. __________________________________
SIMPULAN & IKATAN
• Jenis – jenis simpulan:
SIMPUL MANUK
• Ikatan simpul manuk biasanya Teknik simpul manuk:
digunakan sebagai permulaan ikatan
ketika mula mengikat ada kayu atau - Mulakan simpul pada kayu.
sebagainya. - Kemudian, buat satu lagi simpulan di
• Tidak mudah terburai dan kayu atas simpulan tadi.
dapat ditarik ke tempat yang - Tarik hujung tali
dikehendaki dengan selamat.
SIMPUL BUKU SILA - Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat
kaun oembalut luka atau kain anduh,
menyambung tali yang sama besar saiznya
dan digunakan untuk mematikan sebarang
ikatan.
- Ikatan ini direka agar kedua – dua punca
atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.
Teknik Simpul Buku Sila:
- Letakkan hujung A di atas hujung B.
- Masukkan hujung A dibawah B.
- Kemudian lakukan ikatan yang sama
dengan memasukkan B di bawah.
SIMPUL TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan Teknik Simpul Tindih Kasih:
untuk membuat gegelung tali yang
tidak terjerut atau mengikat leher - Mulakan ikatan dengan membentuk
satu bulatan.
binatang supaya tidak terjerut.
- Kemudian masukkan hujung tali ke
Jenis ikatan ini digunakan dalam kerja dalam bulatan tersebut.
– kerja menyelamat seperti
- Masukkan hujung tali ke bawah tali
menyelamatkan mangsa yang terjatuh dan masukkan Kembali ke dalam
ke dalam sungai. bulatan tersebut.
SIMPUL BUNGA GETI - Ikatan bunga geti digunakan bagi
menyambungkan tali yang tidak sama besar
saiznya. Sebagai contohnya,
menyambungkan tali perahu dengan tali
kapal.
- Menyambung dua tali yang tidak sama
saiz.
Teknik Simpul Bunga Geti:
- Mulakan simpul dan masukkan hujung tali
B supaya bersilang untuk membentuk
simpul.
- Kemudian tarik kedua – dua tali tersebut
untuk membentuk simpul.
SIMPUL BALAK
Simpulan balak adalah ikatan Teknik Simpul Balak:
sementara untuk menurunkan atau
menarik beban seperti tongkol kayu - Menggunakan tali mengelilingi kayu.
dan sebagainya. - Tarik bahagian tali yang panjang
supaya menjadi kemas.
SIMPUL BUNGA GETI
Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan
ikatan ke pokok atau ke pacang kerana cara
begini mudah dibuka atau tidak mudah tanggal
ikatannya.
Teknik Simpul Belit:
• Jenis – jenis ikatan:
Ikatan Seraya: Ikatan Serong
• Digunakan • Untuk
untuk mengikat merapatkan dan
kayu, atau tiang
bagi membuat mengikut dua
jambatan, gajet, batang kayu
menara, tiang
bersilang.
bendera dan lain –
lain.
Ikatan Lilit Kacang.
Digunakan untuk mengikat
batang – batang kayu atau
bukuh bagi membuat lantai
untuk sesuatu projek.
Dimulakan dengan simpul
manuk dan diakhiri dengan
simpul manuk juga.
IKATAN SERAYA IKATAN LILIT
KACANG
IKATAN SERONG