SLIDE
LEMBARAN KERJA
NAMA : __________________________________________________________
KELAS : ______________
ARAHAN: Sila nyatakan nama dan fungsi berikut:
BIL RAJAH NAMA SATU FUNGSI
1 ________________
________________ _________________________
2 _________________________
________________ _________________________
3 ________________ _________________________
_________________________
________________ _________________________
________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
NAMA : __________________________________________________________
KELAS : ______________
ARAHAN: Sila tandakan (/) yang betul.
BIL NAMA TALI FIBER ASLI TALI FIBER
TIRUAN
1. Tali Kernmantle
2. Tali kapas
3. Tali Nilon
4. Tali belati
5. Tali Polister
6. Tali Sisal
7. Tali Sabut
8. Tali Jut
9. Manila Hamp
ASAS KAWAD KAKI
PERGERAKAN ASAS KAWAD KAKI
Berkawad adalah asas unutk membentuk disiplin dan tatatertib dalam pasukan. Perbuatan
adalah bertujuan untuk membentuk seseorang ahli mempunyai tahap disiplin yang tinggi,
cergas dan taat perintah.
Kawad kaki mengandungi 5 elemen:
• Kawad statik
• Kawad dinamik
• Kawad asas
• kawad formasi
• Kawalan kehormatan
Kawad Statik dan Diinamik
• Asas kepada pergerakan kawad
• Hanya melibatkan pergerakan statik
• Penting keranan ia merupaka perkara asas pembentukan disiplin kawad persendirian
Pergerakan Kawad Statik
• Sedia
• Senang diri
• Sedia dari senang diri
• Rehatkan diri
• Masuk baris
• Membetulkan barisan
• Pusing kiri/ kanan
• Menghadap ke hadapan/ belakang
a) Sedia
Hukumannya:
SKUAD...SEDIA
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan
sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah: kedua-dua lutu bertahan lurus: badan tegak:
timbang keneratan badan antara tapak kaki dengan tumit: kedua-dua bahu Tarik
kebawah dan kebelakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata:
kedua-dua tangan lurus ke bawah: kedua-dua siku rapat ke badan: pergelangan
tangan lurus:jari-jari genggan: belakang jari rapat ke peha: ibu jari lurus menghala ke
bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahtan seluar:
pastikan kepala memandang terus ke hadapan.
b) Senang Diri
Hukuman:
SENANG….DIRI
Perbuatan:
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan
sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan
belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat
jari bersusun lurus menuju ke bumi, siku lurus, dan kebertan badan di atas kedua-dua
kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa
I. Siku bengkok
II. Lutut tidak tegap dan tidak dapat bertahan
III. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci
IV. Menggerakkan kakikiri menyebabkan rosak lurus barisan
V. Pinggang bengkok sewaktuu mengangkat kaki kanan
VI. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu
VII. Bahu jatuh dan badan mengenjut
c) Rehatkan Diri
Hukuman:
REHATKAN…DIRI
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan (1, 2, rehat) kedudukan kaki tidak
berubah.
Kesalahan Biasa:
I. Kedua kaki bergerak dan menyebabkan hilang lurus barisan
II. Menggeliat dan bercakap-cakap
Ingatan:
- Dalam keadaan “Rehatkan… Diri” skuad dibenarkan untuk melakukan
pergerakan setakat pinggag sahaja.
- Apabila dapat perintah “Skuad” dengan serta merta balik ke kedudukan senang
diri.
d) Masuk Baris
Arahan masuk baris:
“ Denagr sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tid=ga barisan di hadapan
saya, skuad hedaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di
tengah-tengah, di mana saya menghaadap. Faham itu skuad”.
Hukuman:
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA… GERAK
Perbuatan:
Semua anggota hendaklah bersedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga
barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/ jurulatih iaitu setiap orang mestilah
mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak
di antara satu barisan dengan barisan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan
di antaraseorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan
sedia.
Kesalahan Biasa:
I. Datang berbaris tidak berlari
II. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum lari
III. Bercakap- cakap
IV. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
e) Membetulkan Barisan
Hukuman:
KE KANAN… LURUS
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain Langkah kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat
kaki kiri serta hentak disebelah kanan, kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan.
Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan: melainkan
anggota yang nombor satu dalam barisan: serentak dnegan itu, anggota dalam barisan
hadapan angkat tangan ke paras bahu melaluisebelah belakang anggota di kanannya,
gari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di
sebelah kanan diam dan kira masa sendiri (2-1) diikuti dengan hentak kaki kaki
(pendek-pendek) sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebalah kanan barisab tengah dan baris
nelakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di
hadapannnya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri setenteng dengan anggota-
anggota di hadapan, sesudah barisan lurus, smeua diam dan menunggu hukuman
pandang depan
Hukuman:
LURUSKAN…BARISAN
Perbuatan: Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan,
Cuma hentakkan kaki kanan dan kiri bertururt-turut dan terus bergerak betulkan
barisan. Apabila barisan telah lurus, turunkan tangan dan palingkan muka ke depan
dalam masa sendiri. Barisan yengah dan barisan belakag hendaklaj mengikuti
anggota hadapan.
f) Berpusing ke Kanan/ Kiri/ Belakang
Hukumannya:
BERGERAK KE KANAN, KANAN… PUSING
Perbuatan:
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah
ke kanan, dia atas tumit kanan dan hujunh kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki
kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak
atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutuut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat
kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa;
I. Tangan tidak rapat ke badan
II. Hentak kaki tentang kuda
III. Membongkok
IV. Lutut bengkok
V. Angkat peha melebihi 45 darjah
g) Menghadap Kehadapan/ Belakang
Hukumannya:
MENGHADAP KE BELAKANG.. BELAKANG PUSING
MENGHADAP KE HADAPAN … BELAKANG PUSING
Perbuatan:
dengan mentepakan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut
pusingan jam (ikut bahu kanan), dia atas tumit kaki kanan dan hujunh kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kakanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru
tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat.
Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas
kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
I. Tangan tidak rapat
II. Hentak kaki tending kuda
III. Membongkok
IV. Angkat paha melebihi 45 darjah
V. Badan melonjak ketika berpusing
VI.
Kawad Formasi
Kawad formasi melibatkan pergerakan Kawad Asasdan juga pergerakan bukan
Kawad Asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik.
Kawad formasi dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik.
• Unsur Gerak
• Keindahan Gerak
• Kekayaan gerak formasi
• Unsur penghayatan
• Unsur suara
• Gerakan penutup
Syarat- syarat Kawad Formasi
• Tidak boleh memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up,
atau psst, sama ada oleh individu dalam platun atau luar platun, bagi
mengendalikan platun.
• Isyarat memulakan formasi dibenarkam daripada ketua platun sahaja.
• Unsur suara
o Insur suara yang dibenarkan dalam platun adalah BUKAN bertujuan untuk
memberikan hukuman/ arahan kawad formasi
o Contoh unsur suara yang dibenarkan iailah seperti teriakan slogan secara
serentak atau berkumpulan.
• Ketua skuad boleh masuk dalam persembahan formasi
• Pergerakan setiap formasi hendaklah menghadap ke hadapan dan perlu
dimulakan dan ditamatkan dengan 3 barisan rakan ke kanan lurus
• Pergerakan hormat (tabik) hanhyha untuk hormat sahaja iaitu mengikuti
prosedur tabik yang sah dalam disiplin kawad kaki. Contoh seperti tabik sambil
melompat atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan
sama sekali.
SLIDE
LEMBARAN KERJA
1. Padankan arahan kawad kaki dengan gambar yang diberi
Arahan komander Perbuatan
Rehatkan diri
Sedia
Ke kanan lurus
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
• Pengertian Pertolongan Cemas:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat
kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan
perubatan yang sempurna.
• Objektif
a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitan
d. Menguruskan pemindahan ke hospital
• Tujuan dan Prinsip
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan
perubatan.
• Tujuan- tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa
• Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan
cemas:
1. Bertindak segera, cekap 3. Hentikan darah jika 5. Jangan gerakkan pesakit
dan penuh keyakinan berdarah melainkan perfus
2. Longgarkan pakaian jika 4. Kurangkan kejutan dan 6. Dapatkan rawatan segera
perlu tenangkan pesakit jika keadaan teruk atau
mencemaskan berhubung
dengan doktor di klinik atau
rumah sakit yang terdekat.
• Jenis Anduh Contoh
Jenis Anduh
Anduh Besar
Anduh Kecil
Anduh Pergelangan Tangan
Anduh Menaik
• Jenis Balutan Anduh Contoh
Jenis Balutan Anduh
ANDUH LENGAN.
1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang
tercedera.
2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan
atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.
ANDUH LUTUT
1. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di
bawah) di atas lutut yang tercedera.
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian
ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih
kemas.
ANDUH KEPALA.
1) Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi
mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala.
2) Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang
kepala
kemudiandibawa ke dahi dan diikat buku sila.
3) Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
ANDUH TAPAK KAKI
1. Letakkan tapak kakiyang tercedera di atas kain anduh, kemudian
tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki.
2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan
pada bahagian kaki yang mesti dibalut.
ANDUH PERGELANGAN TANGAN
1. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian
tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan
2. Silangkon kedua-dua bucu hujung
kain anduh di atas dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudian diikat pada atas pergelangan tangan.
• Pertolongan Cemas
1. Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan
mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.
2. Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk
tindakan dan rawatan selanjutnya.
3. Memberi pertolongan cemas dan bertjndak apabila menghadapi keadaan
tertentu seperti:
o Luka
o Terseliuh
o Muntah-muntah
o Terbakar
o Melecur
o Perut masuk angin
o Sengatan serangga
o Sawan
o Tidak sedar diri.
• Pemulihan Pernafasan
Terdapat 5 cara-cara yang mudah apabila melakukan CPR iaitu DRABC. DRABC
membawa maksud:
DANGER RESPONSE AIRWAY BREATHING CIRCULATION
(BAHAYA) (TINDAK (SALURAN (PERNAFASAN) (PEREDARAN
BALAS) PERNAFASAN) DARAH)
•Situasi • Tindak batas • Melihat dada
bergnatung pesakit. • Teknik mangsa • Tiada
pada • Kejutkan "angkat dahu •Medekatkan pemafasan
•tempat pesakit. tepuk dan angkat pipi saya ke normal,
kejadian. bahu dan kepala" . hidung dan mulakan
• Mengasingkan bertanya •Periksa Iidah mulut mangsa. tekanan di
mangsa "Kamu okey?" ada • Lihat, rasa dada mangsa
darpada menggangu dan dengar
perkara pernafasannya pernafasan
bahaya . selama 10
minit.
SLIDE
LEMBARAN KERJA
ARAHAN: Padankan bahan dengan kegunaannya yang betul dalam peti pertolongan cemas.
RUJUKAN
Nuraina & Tengku. (2021). MPU3062. Retrieved from
file:///C:/Users/user/Downloads/TAJUK%20MINGGU%202%20PPIM.pdf
Nuriyana Ezani. (2019, Jun 6). "UTERI ISLAM (UB) : Carta Organisasi & Kategori
Pangkat Retrieved from ezadayana.blogspot.com:
https://ezadayana.blogspot.com/2019/06/puteri-islam-carta-organisasi-puteri.html
Rais Wahab- (2013, Feb 24). Pergerakan puteri islam- Retrieved from slideshare.net:
https://www.slideshare.net/tokumong/pergerakan-puteri-islam
Siti Mastura. (2018, Julai 25 354541861 pengena/an-dan-sejarah-ppim. Retrieved from
slideshare.net:
https://www.slideshare.net/SitiMastura3/354541861pengenalandansejarahppim
SK Kolapis. (n.d.). SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPINIPENASIHAT.
Retrieved from
https://saidi90107.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/puteriislam.pdf
Unit Kokurikulum SK Tasik Damai. (2012, Januari 10). BUKIJ LOG PAM. Retrieved from
unitkokosktdblogspot.com:
http://unitkokosktdblogspot.com/2012/01/buku-log-ppim.html