The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS APRIL 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2022-04-27 01:27:13

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS APRIL 2022

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS APRIL 2022

“UCAPAN PEMBUKAAN”

YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.4/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

PADA
28 HB APRIL 2022 ( KHAMIS )

JAM 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT UTAMA,
TINGKAT 7, MENARA MPKj

1

Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani

YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua

Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang

Seterusnya,

2

Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian/ Unit
Pihak Media ( yang hadir secara
bersemuka/online )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.

3

UCAPAN PENGERUSI

A.PENGENALAN

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah

(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, pagi ini kita

berada pada 26 Ramadhan 1443H, bersamaan

hari Khamis 28 April 2022. Saya berkesempatan

bersama-sama ahli mesyuarat hadir

mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil 4

/2022, Majlis Perbandaran Kajang .

Saya ingin memaklumkan perubahan waktu
operasi seperti hebahan di laman web dan
Facebook MPKj melibatkan Kaunter Utama dan
Pejabat Cawangan MPKj sepanjang bulan puasa
ini dari Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi hingga
4.30 petang. Operasi perkhidmatan akan
kembali semula pada waktu bekerja biasa iaitu

4

mula operasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada
Mei depan ini.

Dimaklumkan juga, penangguhan

perkhidmatan kaunter bergerak kutipan cukai

taksiran sepanjang bulan April 2022. Akan

beroperasi semula pada minggu ketiga bulan Mei

2022 ini bagi pengurusan penyelenggaraan

berkala Kaunter Bergerak Bahagian Hasil MPKj.

Urusan pembayaran cukai taksiran dan
perkhidmatan lain boleh hadir terus ke Kaunter
Ibupejabat dan Kaunter Cawangan MPKj.
Bayaran cukai taksiran juga boleh dibuat secara
dalam talian di laman web www.mpkj.gov.my ,
pilih pautan e-Bayar.

Dikesempatan bulan yang mulia ini, Majlis
Perbandaran Kajang ingin menzahirkan
ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri

5

Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar
Selangor di atas pengumuman beliau pada 8
April 2022 iaitu ‘Insentif Rahmah Ramadan
Selangor’ dengan bayaran satu (1) bulan gaji
atau minimum RM1 ribu kepada Penjawat
Awam Selangor. Bayaran insentif telah dibayar
pada 27 April 2022 ( Rabu ) semalam. Pesanan
saya sebagai tanda ingatan, jangan lupa
membuat simpanan atau tabungan masa
hadapan ( sewaktu kita memerlukan mengguna
wang simpanan pada waktu kecemasan ) dan
berbelanjalah secara berhemah.

6

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,

B. Fokus Utama MPKj

(1) Status Pelaksanaan Penilaian Semula
Cukai Taksiran

1.1 Majlis Perbandaran Kajang dalam proses
menguatkuasakan senarai nilaian dan kadar
baharu cukai taksiran di dalam kawasan
pentadbiran majlis. Senarai nilaian dan kadar
baharu cukai taksiran telah dipos kepada pemilik
pegangan. Pelaksanaan penyelarasan cukai
taksiran MPKj adalah perlu dilaksanakan
memandangkan tempoh penggunaan aras
nilaian dari tahun 1985 dan kadar ( yang telah
dipinda terakhir pada tahun 2005 ) sehingga
sekarang masih digunapakai sebagai asas
pengiraan dan pengenaan cukai takisran di

7

dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran
Kajang.

1.2 Keperluan terhadap senarai nilaian baru :
I.Perbelanjaan bersifat “ fire fighting”

Hasrat menambah pendapatan dari Cukai
Taksiran tidak dapat dielakkan kerana
sebahagian daripada perbelanjaan-perbelanjaan
adalah perlu dan mesti dilakukan, ianya bukanlah
merupakan perbelanjaan “ fire fighting”,
perbelanjaan seperti pengurusan dan pelupusan
sisa pepejal, bil elektrik dan penyelenggaraan
lampu jalan awam, parit, longkang lama, bil air,
penyelenggaraan harta dan taman awam dan
pelbagai aktiviti berkala yang perlu dilakukan
untuk kesejahteraan penduduk di setiap
kawasan MPKj.

8

II.Mengimbangi hasil PBT dengan
pembangunan

Setiap tahun kos pengurusan dan
penyelenggaraan PBT meningkat dan

memerlukan bajet yang besar. Oleh itu, PBT
perlu mencari inisiatif terbaik untuk

meningkatkan hasil supaya kos yang ditanggung

adalah mencukupi dan seimbang. Melalui
pelaksanaan Penilaian Semula ini, ianya akan

memberi ruang kepada PBT untuk meningkatkan

hasil disamping tambahan hasil yang lain.
Sumbangan pendapatan dari hasil ideal Cukai

Taksiran kepada pendapatan keseluruhan PBT

adalah diantara 70% hingga 75%. Sekiranya

hasil Cukai Taksiran PBT kurang daripada 70%

hingga 75% ia boleh menjejaskan kualiti dan

prestasi perkhidmatan perbandaran yang

diberikan. Hasil Cukai Taksiran MPKj hanya

9

menyumbang 58% dari hasil pendapatan
keseluruhan.

III. “Aras Nilaian vs Inflasi”

Pada ketika ini Aras Nilaian yang digunakan
MPKj ialah Aras Nilaian Tahun 1985 telah
berusia 36 tahun. Kadar inflasi sentiasa
meningkat dari tahun ke tahun. MPKj masih
menggunakan Aras Nilaian tahun 1985 dengan
kadar inflasi pada ketika itu adalah 0.45%.
Namun pada 2017 kadar inflasi telah meningkat
3.8% dan keadaan ini sangat memberi kesan
kepada harga barangan dan harga perkhidmatan
secara tidak langsung memberi kesan kepada
penyediaan bajet tahunan MPKj. Akibatnya PBT
akan merasai kesan kenaikan harga tersebut
kerana perlu membayar perkhidmatan

10

perbandaran yang disediakan dan ini akan
menjejaskan imej khususnya kepada PBT dan
secara amnya kepada Kerajaan Negeri.
Kenaikan kos operasi dan perkhidmatan dari
semasa ke semasa tidak selari dengan Cukai
Taksiran yang dikenakan sedangkan kawasan
pentadbiran PBT semakin berkembang pesat
dengan pembangunan dan jumlah populasi yang
semakin bertambah memerlukan banyak
kemudahan disediakan dan penyelenggaraan
berterusan.

1.3 Jumlah kakitangan yang terlibat dengan
pengasingan dan penghantaran Notis Cukai
Taksiran adalah seramai 150 orang.

11

1.4 Dewan-dewan yang terlibat untuk Sesi
Libat Urus bagi Pendengaran Bantahan adalah
seperti di bawah :

• Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian
Kajang

• Dewan Komuniti Semenyih
• Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru

Bangi
• Dewan Orang Ramai Kg.Baru Balakong
• Dewan Dato’ Nazir Batu 14 Hulu Langat
• Dewan Komuniti Bandar Mahkota Cheras

1.5 Jumlah notis yang dikeluarkan bagi
Semakan Senarai Nilaian Baharu sebanyak
349,441.

12

1.6 Penerangan Jawatankuasa

Pendengaran Bantahan kepada Ahli Majlis yang

terlibat dijangka pada penghujung bulan Mei

2022.

1.7 Jumlah terimaan permohonan
bantahan sehingga 26 April 2022 adalah
sebanyak 1,668.

1.8 Permohonan bantahan boleh
dikemukakan :

✓Melalui Imbasan ‘QR CODE’ di dalam Notis
Cukai Taksiran / di Kaunter JPPH MPKj.

✓Melalui muat turun Borang Permohonan
Bantahan di laman sesawang MPKj di
http://www.mpkj.gov.my/en dan

13

➢Diemelkan kepada

[email protected] atau
➢Dialamatkan kepada Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang, Menara

MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan

Semenyih, 43000 Kajang Selangor.

(2) Penstrukturan Jabatan Dan Pertukaran
Pengarah Majlis Perbandaran Kajang
Berkuatkuasa 1 Mei 2022

Sepertimana surat edaran saya yang
bertarikh 31 Mac 2022 kepada semua Jabatan,
Unit dan Bahagian telah memaklumkan bahawa
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis
Perbandaran Kajang distrukturkan kepada
Jabatan Pengurusan Harta dan Jabatan
Penilaian. Sr. Abdul Haizul Faisal Bin Abdul
Hamid sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan

14

Harta dan Sr. Mohamad Andrei Tan Bin Bibit
sebagai Pengarah Jabatan Penilaian yang
baharu berkuatkuasa 1 Mei 2022 depan ini.
Tahniah diucapkan ! Selamat bertugas menerajui
jabatan yang telah distrukturkan semula demi
memastikan operasi pentadbiran serta
perkhidmatan yang lebih dinamik, teratur serta
fokus.

Selaras memo edaran dalaman bertarikh 8
April 2022, saya mengumumkan penempatan
pegawai-pegawai kanan memegang portfolio
Pengarah di kedudukan Jabatan terkini adalah
seperti berikut;

15

Tahniah pegawai-pegawai kanan Majlis, dan
selamat menjalani tugas kepimpinan di Jabatan
baharu menerusi gerak kerja sepasukan serta
penghasilan idea-idea baru ke arah matlamat
MPKj menuju taraf Bandaraya.

16

(3) MPKj Gempur Tapak Pelupusan Sampah
Haram

-Penguatkuasaan tapak-tapak sampah haram
dalam kawasan pentadbiran MPKj

3.1 Perkembangan aktiviti pembuangan
sampah haram mutakhir ini amat
membimbangkan terutama di kawasan
pentadbiran MPKj. Longgokan sampah dijumpai
di tepi-tepi jalan utama, perumahan , dalam
kawasan kampung dan di tapak-tapak binaan.
Kebanyakan adalah sisa buangan daripada
sektor pembinaan, sektor perindustrian dan
komersial. Perbuatan itu bukan sahaja dilakukan
oleh individu malah dibuat secara terancang oleh
kontraktor atau syarikat memungut sampah
persendirian. Sikap hanya mementingkan
keuntungan semata-mata menutup mata hati
mereka untuk langsung tidak memikirkan kesan

17

akibat pembuangan sampah haram tersebut.
Aktiviti pembuangan sampah haram boleh
menyebabkan pelbagai kesan negatif, antaranya
pencemaran udara, berbau busuk yang terhasil
daripada proses penguraian sampah secara
biologi mahupun kimia. Selain itu, pembuangan
sampah haram turut mengundang haiwan
pembawa penyakit yang boleh membahayakan
kesihatan dan mengancam nyawa seperti
nyamuk, lalat, tikus dan lipas.

3.2 Berikut adalah kronologi punca
pembuangan sampah di lokasi yang tidak
dibenarkan oleh MPKj;-

18

19

20

3.3 Lokasi Tapak Sampah Haram Kawasan
Pentadbiran MPKj

21

22

23

24

3.4 Kuasa Perundangan PBT

25

26

27

28

3.5 Tindakan Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran dan Kesihatan :-

I) Tindakan pemantauan yang kerap ke lokasi-
lokasi pembuangan sampah bagi meminimakan
kadar pembuangan sampah dan seterusnya
membanteras sepenuhnya aktiviti pembuangan
sampah haram di dalam kawasan pentadbiran
MPKj.

29

II) Pemantauan statik secara berkala bagi
mengenalpasti waktu-waktu kemasukan lori ke
sesuatu tapak sampah haram dan seterusnya
membanteras sepenuhnya aktiviti pembuangan
sampah haram ini.

III) Tindakan sitaan ke atas mana-mana jentera
berat (lori) yang dijumpai membuang/disyaki
membuang sampah haram ke mana-mana
tempat yang tidak dibenarkan/ ditetapkan oleh
pihak MPKj.

IV) Tindakan penutupan tapak sampah haram
secara in-house iaitu dengan mengorek akses
laluan keluar masuk ke tapak bagi mengekang
sebarang kemasukan sampah baru.

V) Tindakan pembersihan dan penutupan
selamat sekiranya berlaku pembakaran tersebut
secara berterusan.

30

VI) Tindakan penyiasatan melalui rakaman
percakapan/ keterangan oleh pemandu-
pemandu lori yang telah ditahan kerana
membuang sampah haram. Ini bertujuan bagi
mengumpulkan maklumat dan info-info yang
penting di dalam usaha membanteras kegiatan
ini dari terus berleluasa.

VII) Jabatan Undang-Undang MPKj telah
melaksanakan tindakan pendakwaan ke atas
lori-lori yang membuang sampah di tempat yang
tidak dibenarkan oleh Majlis.

VIII) MPKj juga melaksanakan pemantauan

statik di kawasan komersial perumahan dan tepi

jalan dan lain tempat yang dikenalpasti

seterusnya mengeluarkan kompaun di atas

kesalahan tersebut. Mulai Mei atau Jun ini,

angggota penguatkuasa akan ditempatkan ke

lokasi dan operasi menggempur bagi

31

tindakan penguatkuasaan tegas terhadap
pesalah.

IX) Komited terhadap aduan sampah haram
daripada Penduduk, Ahli Majlis, Wakil Rakyat,
Sistem Aduan dan sebagainya. Carian nombor
pendaftaran kenderaan akan dilakukan sebelum
siasatan selanjutnya dijalankan akhirnya
tindakan akan dikuatkuasakan melalui saman
pos atau saman terus ke atas individu/ pihak
terbabit.

X) Melaksanakan tindakan awalan ke atas tapak
pembuangan sampah haram baru dengan
memasang tali cordone/ tali seal bagi
mengekang sebarang kemasukan sampah baru
sebelum tindakan pengorekan akses laluan
keluar masuk dijalankan.

32

XI) Tindakan bersepadu bersama agensi dan
jabatan kerajaan bagi menyelesaikan isu dengan
tuntas dan menyeluruh.
XII) Meskipun berdepan tohmahan, halangan,
ancaman dan sebagainya, JPPK MPKj akan
terus komited dalam usaha membanteras
kegiatan pembuangan sampah haram.
3.6 Ayuh! Perangi Jenayah Alam Sekitar.
Laporkan pembuangan sampah haram kepada
Majlis Perbandaran Kajang. Ganjaran RM500 (
tertakluk kepada terma dan syarat ) kepada
pemberi maklumat pembuangan sampah haram
hanya melibatkan kenderaan berat sahaja.
Hubungi talian hotline aduan 1-800-88-6755.

33

(4) Inisiatif Menaiktaraf Dewan-dewan
Komuniti MPKj Tersedia Untuk Disewa Orang
Ramai

4.1 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
proaktif melalui inisiatif menyediakan
kemudahan-kemudahan yang lebih selesa,
moden dan mesra pengguna seperti Dewan-
dewan Komuniti yang baru serta Dewan-
dewan MPKj yang telah dinaiktaraf. Dilengkapi
sistem penyaman udara, TV Led Digital bagi
pemasangan backdrop program secara
elektronik, siling plaster, pencahayaan lampu
led, gelanggang badminton yang telah
diperbaharui, ruang parkir yang luas, tandas
yang selesa dan mesra pengguna serta
dilengkapi pagar keselamatan.

34

4.2 Saya menyeru warga penduduk,
komuniti dan institusi sekitar dapat
mengambil peluang menyewa bagi kegunaan
riadah, bersukan, majlis keraian, kenduri
kesyukuran dan perkahwinan, seminar,
program-program mesra rakyat dan
keusahawanan serta pelbagai aktiviti ‘indoor’
yang bersesuaian pada masa kini.

35

4.3 Status Fasiliti Dewan Komuniti MPKj

36

37

38

39

40

41

42

43

4.3 Saya ingin menghebahkan semula
Sambutan Jubli Perak Majlis Perbandaran
Kajang pada tahun ini diserikan dengan Tawaran
Diskaun Penyewaan Dewan Komuniti MPKj
sebanyak 25 peratus bermula pada 1 Mei 2022
sehingga 31 Mei 2022 iaitu selama 1 bulan.
Diskaun ini melibatkan keseluruhan Dewan
Komuniti MPKj sebanyak 29 unit kecuali
Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15, Bandar Baru
Bangi

Pemberian Diskaun hanya untuk program
seperti:

• Majlis Kenduri Perkahwinan,
• Majlis Pertunangan,
• Majlis Kenduri Kesyukuran,
• Majlis Kenduri Aqiqah,
• Majlis Jamuan Makan Malam,
• Majlis Jamuan Hi – Tea,

44

• Majlis Sambutan Hari Jadi.

Pemberian Diskaun Penyewaan Dewan
Komuniti MPKj ini tidak terpakai kepada syarat
penyewaan seperti yang telah ditetapkan berikut:

a) Potongan sebanyak 30 peratus untuk
penyewaan Dewan Seri Cempaka
kepada penduduk – penduduk taman di
sekitar Saujana Impian, Kajang;

b) Potongan sebanyak 50 peratus untuk
penyewaan keseluruhan dewan komuniti
MPKj kepada semua kakitangan MPKj,
Ahli Majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADN), Ahli Parlimen; dan

c) Aktiviti penyewaan untuk gelanggang
badminton dan sukan bagi dewan -
dewan komuniti MPKj.

45

Orang ramai boleh hadir terus ke Kaunter
Bersepadu Pentadbiran Am & Keurusetiaan di
Lobi Menara MPKj untuk membuat semakan
ketersediaan dan seterusnya membuat bayaran
cagaran sewaan dewan selagi tempoh tawaran
masih berkuatkuasa.

46

Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;

C. PELAKSANAAN INISIATIF BARU/
OPERASI KERJA/ PROGRAM

1) UNIT PERANCANGAN KORPORAT DAN
PERHUBUNGAN AWAM, MPKj

1.1 TAKWIM PROGRAM BULAN APRIL 2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

BIL PROGRAM TARIKH/TEMPAT

1. IHYA’ RAMADHAN BERSAMA DR.SALEHA 8 APRIL 2022
IDRIS MINI TEATER MPKj

2. EDARAN 800 PEK BUBUR LAMBUK KSK 13 APRIL 2022

MPKj DAN TERIMA 100 PEK BUBUR MENARA MPKj

LAMBUK SUMBANGAN PERSATUAN BULAN

SABIT MERAH SMK TINGGI KAJANG

3. LAWATAN KERJA UNIT INTEGRITI SP SETIA 14 APRIL 2022
BERHAD KE UNIT INTEGRITI MPKj

4. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 15 APRIL 2022

TAHUN 2021 DEWAN SERI CEMPAKA

SAUJANA IMPIAN

KAJANG

5. BAZAR RAMADAN MAMPAN MAJLIS 18 APRIL 2022
PERBANDARAN KAJANG 2022 LAMAN NIAGA
KOMUNITI BDR BARU
BANGI

6. CSR AEON BUBUR LAMBUK MEGA 19 MAC 2022
BERSAMA MPKj DAN KOMUNITI AEON BiG BDR TUN
HUSSEIN ONN CHERAS

47

7. HARI NUZUL AL-QURAN 19 APRIL 2022

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT 21 APRIL 2022

8. MPKj 11.00 -11.10 PAGI

SERENTAK SELURUH

NEGARA

9. MAJLIS BERBUKA PUASA TUAN YANG 21 APRIL 2022
DIPERTUA MPKj BERSAMA ANAK-ANAK KEDIAMAN RASMI YDP
IBU/BAPA TUNGGAL MPKj SERTA ANAK MPKj
YATIM/ASNAF

10. IHYA’ RAMADHAN BERSAMA USTAZ HAJI 22 APRIL 2022
ABDULLAH KHAIRI BIN HAJI HAROON MINI TEATER MPKj

11. LAWATAN DAN SUMBANGAN KEPADA 25 APRIL 2022
RUMAH ANAK YATIM ANJURAN RUMAH PERTUBUHAN
PERSATUAN FOODBANK BAKTI CC MPKj KEBAJIKAN ANAK-ANAK
YATIM UMMI
SELANGOR

12. PROGRAM ZIARAH MUHIBAH MAJIKAN 26 APRIL 2022
PRIHATIN RUMAH PESARA MPKj

13. IHYA’ RAMADHAN BERSAMA USTAZ 26 APRIL 2022
HARRYANTO RIZAL ROKMAN MINI TEATER MPKj

14. MAJLIS KHATAM AL-QURAN MPKj 1443H 27 APRIL 2022
SURAU MENARA MPKj

15. IHYA’ RAMADHAN BERSAMA USTAZ 29 APRIL 2022

SYAMSUL AMRI ISMAIL @SYAMSUL DEBAT MINI TEATER MPKj

48

2) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj
2.1 WABAK DENGGI HULU LANGAT
(SEHINGGA 16 APRIL 2022)
a. Kumulatif terkumpul di Negeri Selangor

adalah sebanyak 7,575 kes dengan 1
kematian.

b. Daerah Hulu Langat berada di kedudukan ke-
3 tertinggi dengan jumlah kes terkumpul
sebanyak 1,714 kes melibatkan 0 kematian.
Jumlah kes denggi di Hulu Langat telah
meningkat sebanyak 30.6% pada tahun 2022
berbanding 2021 iaitu sebanyak 525 kes
dengan 0 kematian pada minggu Epid ke-
15/2022.

49

c. Kes terkumpul dibawah pentadbiran MPKj
sehingga 16 April 2022 (Epid 15) telah
merekodkan sebanyak 1,368 kes dengan 0
kematian.

d. Bagi keseluruhan jumlah lokaliti wabak
dibawah pentadbiran MPKj adalah sebanyak
44 lokaliti, dan dari jumlah tersebut terdapat 6
lokaliti Hotspot merangkumi DUN Kajang (3)
,DUN Semenyih (2) & DUN Sungai Ramal
(1).

e. Untuk kes daftar mingguan demam denggi di
bawah pentadbiran MPKj sehingga 16 April
2022 (Epid 15) adalah sebanyak 96 kes.

f. Jumlah keseluruhan lokaliti wabak dibawah
seliaan MPKj - (Ekosistem dalam DUN Kajang

50


Click to View FlipBook Version