– Zon MPP 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 & 22
(Taman Kantan Permai Sahaja) adalah
sebanyak 14 lokaliti, Hotspot (3), Tidak
Terkawal (1) , Terkawal (8) & Baru (2) telah
didaftarkan.
51
52
D. PENUTUP
Sekian sahaja ucapan pembukaan di
Mesyuarat Majlis Bil.4/2022. Kedatangan 1
Syawal 1443 Hijrah bersamaan 3 Mei 2022 amat
dinantikan kerana umat Islam di seluruh dunia
mahupun di Malaysia akan merayakan Aidilfitri
sebagai tanda kemenangan selepas
melaksanakan tuntutan agama yang juga antara
lima Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa
selama sebulan di bulan Ramadan.
Suasana Raya tahun ini sudah pastinya
berbeza sewaktu negara bergelut pandemik
Covid-19 yang serius termasuklah dari pihak
PBT juga berterusan tanpa henti membantu
kerajaan membendung wabak bahaya.
Alhamdulillah syukur apabila kadar vaksinasi
mencapai imuniti kelompok dan negara dalam
peralihan ke endemik, tahun ini semua
53
masyarakat dapat merayakan perayaan agama
masing-masing dengan pematuhan sop
kesihatan kendiri.
Saya bersama barisan Pengurusan Tertinggi
serta Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari
Raya Aidilfitri buat semua warga Majlis
Perbandaran Kajang serta pihak Media Berita
yang hadir secara fizikal mahupun bersiaran di
Youtube MPKj. Pandu berhemah di jalan raya
apabila pulang ke kampung halaman, sentiasa
mengamalkan kebersihan kendiri dan
persekitaran. Hubungkan jalinan persaudaraan
antara bangsa, kepelbagaian etnik serta agama.
Raikan perayaan Aidilfitri dengan semangat
muhibah, perpaduan dan toleransi. Maaf, Zahir
Dan Batin. Sekian, terima kasih.
54