The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4 FARABI_MUHAMMAD IKMAL AIMAN BIN SAIDIN_KAJIAN 8 NOVEL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by swaruphae, 2022-06-11 09:58:50

4 FARABI_MUHAMMAD IKMAL AIMAN BIN SAIDIN_KAJIAN 8 NOVEL

4 FARABI_MUHAMMAD IKMAL AIMAN BIN SAIDIN_KAJIAN 8 NOVEL

KAJIAN 8 BUAH NOVEL
TINGKATAN 4 DAN 5
ZON DI MALAYSIA

1) Leftenan Adnan Wira Bangsa
2) Di Sebalik Dinara

3) Jendela Menghadap Jalan
4)Pantai Kasih

5)Songket Berbenang Emas
6) Tirani

7) Bimasakti Menari
8) Silir Daksina

Nama: Muhammad Ikmal Aiman Bin Saidin
No Maktab: Pb19085
Kelas: 4 Farabi
Homeroom: Sir Anuar

Nama Guru: Puan Haryani

Isi kandungan

• PENGHARGAAN

• LEFTENAN WIRA BANGSA –karya Abdul Latip Talib

- PENGENALAN NOVEL

- CERITA RINGKAS

- BIOGRAFI ABDUL LATIP TALIB

- KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG

- SINOPSIS KESELURUHAN

- SINOPSIS SETIAP BAB

- KEKUATAN NOVEL

- KEKURANGAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

• DI SEBALIK DINARA –karya Dayang Noor

- PENGENALAN NOVEL

- CERITA RINGKAS

- BIOGRAFI DAYANG NOOR

- KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG

- SINOPSIS KESELURUHAN

- SINOPSIS SETIAP BAB

- KEKUATAN NOVEL

- KEKURANGAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

• JENDELA MENGHADAP JALAN –karya Ruhaini Mat Darin

- PENGENALAN NOVEL

- CERITA RINGKAS

- BIOGRAFI RUHAINI MAT DARIN

- KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG

- SINOPSIS KESELURUHAN

- SINOPSIS SETIAP BAB

- KEKUATAN NOVEL

- KEKURANGAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL


• PANTAI KASIH –karya Azmah Nordin

- PENGENALAN NOVEL

- CERITA RINGKAS

- BIOGRAFI AZMAH NORDIN
- KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG

- SINOPSIS KESELURUHAN

- SINOPSIS SETIAP BAB

- KEKUATAN NOVEL

- KEKURANGAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

• SONGKET ERBENANG EMAS –karya Khairuddin Ayip
- PENGENALAN NOVEL

- CERITA RINGKAS

- BIOGRAFI KHAIRUDDIN AYIP

- KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG

- SINOPSIS KESELURUHAN

- SINOPSIS SETIAP BAB

- KEKUATAN NOVEL

- KEKURANGAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

• TIRANI –karya Beb Sabariah

- PENGENALAN NOVEL

- CERITA RINGKAS

- BIOGRAFI BEB SABARIAH

- KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG

- SINOPSIS KESELURUHAN

- SINOPSIS SETIAP BAB

- KEKUATAN NOVEL

- KEKURANGAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVE


• BIMASAKI MENARI –karya Sri Rahayu Mohd Yusop

- PENGENALAN NOVEL

- CERITA RINGKAS

- BIOGRAFI SRI RAHAYU MOHD YUSOP

- KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG

- SINOPSIS KESELURUHAN

- SINOPSIS SETIAP BAB

- KEKUATAN NOVEL

- KEKURANGAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

• SILIR DAKSINA –karya Nizar Parman

- PENGENALAN NOVEL

- CERITA RINGKAS

- BIOGRAFI NIZAR PARMAN

- KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG

- SINOPSIS KESELURUHAN

- SINOPSIS SETIAP BAB

- KEKUATAN NOVEL

- KEKURANGAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

• RUJUKAN

- RUJUKAN NOVEL

- RUJUKAN LINK WEB

• TAMAT

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran
BAHASA MELAYU tingkatan 4 , Cikgu Haryani, Cikgu Shurdi, Cikgu Aisah dan Cikgu
Akma atas tunjuk ajar dan bantuan cikgu-cikgu bagi saya untuk menyiapkan folio untuk
menganalisis 8 buah novel di tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia ini. Mereka juga memberi

sepenuh perhatian semasa dalam tempoh menyiapkan tugasan ini seperti menerangkan
tentang apa yang patut disertakan dalam folio. Semangat guru-guru amatlah saya hargai.




Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua orang tua saya iaitu Encik Saidin Bin Umar
dan Puan Siti Hajar Binti Abu Hashim atas pertolongan dan sokongan mereka sampailah
saya dapat siapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada kawan kawan saya kerana memberi
maklumat kepada saya. Secara tidak langsung saya dapat juga menyiapkan tugasan ini atas
bantuan dan dorongan dri semua pihak. Sekali lagi saya ini mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang

tempoh untuk saya siapkan tugasan folio ini.

Pengenalan: Leftenan Adnan Wira Bangsa

Leftenan Adnan



Dalam pertempuran dengan askar Jepun. Askar Melayu menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152
anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan borang pegawai
British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara
pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dial bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan
darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis
novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib, memaparkan kisah serangan
terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar

Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Biografi Abdul Latip bin Talib




Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula
menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik
melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam. Abdul Latip Talib
yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2

Jun 1954. Novel-novel sejarah yang ditulis oleh Abdul Latip sering kali dipuji kerana gaya bahasanya yang mudah
dibaca selain berupaya menarik minat remaja mendalami sejarah Islam. Karya beliau juga pernah mendapat ulasan yang

baik daripada pengulas dari Singapura.

Namun yang demikian, banyak novel karyanya dikritik oleh beberapa pihak. Mereka mempertikaikan kesahihan fakta
sejarah yang dimasukkan dalam tulisan beliau dan mempertikai penulisan dialog yang diungkapkan oleh baginda Nabi
Muhammad dengan menyatakan bahawa adalah haram berbuat demikian. Antara novel yang ditarik ialah novel Hijrah

atas sebab-sebab yang dinyatakan sebelum ini.

Kebiasaannya beliau akan menjawab kritikan yang diberikan dengan menyatakan sumber yang digunakan beliau untuk

mendapatkan maklumat seperti buku-buku ternama yang diiktiraf dan diyakini kesahihannya. Pada November 2010
dalam blog rasmi beliau abdullatip.blogspot.com, beliau menyiarkan surat memohon maaf yang diterima daripada
seorang pembaca (nama dirahsiakan) yang pernah mengkritik karya beliau. Dalam jawapan beliau terhadap surat itu,

Pak Latip mengakui ada kekurangan dalam penulisannya yang boleh diperbaiki dan menyatakan kesediaannya
menerima teguran daripada mana-mana pihak.


Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat golongan remaja untuk
membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan
laman web universitipts.com, karya-karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah

pencapaian ujian sejarah Islam.

Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah memenangi tempat pertama

dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005. Ketika
penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi
tempat ketiga dengan novel Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil. Hadiah disampaikan
oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2006.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Sinopsis Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu Leftenan Adnan dalam
mempertahankan Tanah Melayu daripada pihak Jepun. Anak Pak Saidi dan Mak Milah telah
bercita-cita menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat persekolahan di sekolah Inggerish,
Adnan menjadi guru pelatih di Kampung Sungai Ramal. Walaupun dia telah menjadi guru
pelatih, cita-citanya tidak pernah pudar.

Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia mendapat berita bahawa Askar Melayu Diraja
diperlukan. Pak Saidi menyokong cita-cita anaknya itu, malah dua orang adik Adnan, iaitu
Ahmad dan Amarullah turut menjadi askar. Mak Milah yang pada mulanya tidak bersetuju
akhirnya akur dengan cita-cita Adnan. Akhirnya, Adnan dan kawannya, Mamat terpilih dalam
menyertai askar. Mereka telah menjalani latihan selama setahun di Port Dickson.

Adnan juga dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan Sophia apabila pulang ke
kampung halaman untuk bercuti. Adnan terkilan dengan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah
yang tidak berbincang dengannya terlebih dahulu malah perkahwinan yang diatur juga
seminggu daripada tarikh kepulangannya. Oleh itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan patuh
akan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah.
Adnan kembali ke bukit Candu untuk melaksanakan tugasnya selepas perkahwinan tersebut,
isterinya ditinggalkan di kampung halaman bersama-sama ibunya kerana masih tiada
kemudahan untuk dia dan isteri tinggal sekali. Beberapa lama berpisah, Adnan telah membawa
Sophia dan anaknya tinggal sekali ketika dia bertugas di Pasir Panjang oleh sebab kemudahan
seperti rumah telah disediakan untuk pegawai. Leftenan Adnan dan Sophia sempat tinggal
selama setahun di bawah satu bumbung. Hal ini demikian, ada ura-ura Jepun ingin menyerang
Singapura seterusnya menjajah Tanah Melayu. Oleh itu, Sophia dihantar pulang ke kampung
halaman demi keselamatan anak-anak dan isterinya.

Episod getir bermula apabila Leftenan Adnan dan rakan seperjuangan berhadapan dengan
serangan Jepun. Mereka menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang tinggi
sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1-Darah Pahlawan



Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung
bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik

itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah
pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak

Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris
adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang

mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.





Bab 2-Kampung Sungai Ramal



Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai
Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-
kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk
kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar.
Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang
Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor dia akan turun ke sawah

pula untuk membantu ayahnya.





Bab 3-Harapan Seorang Ayah



Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang sedang
belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu

dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan
biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga

memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walaupun ketika membantu keluarganya
mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak Saidi tidak pernah dikecewakan olehnya.

Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu
pula.





Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan



Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi yang
mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu
bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang

kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu bersedekah buah-buahan kepada
penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan
dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan
Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. .

Pak Saidi menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik
sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana

British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu
menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik


Bab 5-Harapan Seorang Ibu





Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam
pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan

menyatakan hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak
bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan

Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari
pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan
kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa

penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi berdasarkan
pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat
menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya
dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan

kehendak Pak Saidi.





Bab 6-Guru Besar Steward



Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk
kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi
murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang

yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia

menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti
oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi
mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati

diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi
sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak
mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Bab 7-Mereka Tidak Mengerti



Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi.

Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya
bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun,
Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak

elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan
kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan

hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.





Bab 8-Seteguh Karang



Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah,
Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap
Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah
tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim
juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu

pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang
mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu
untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak

Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi
menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar
di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan

akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.





Bab 9-Anak-Anak Kampung



Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama dan tidak akan
berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu malam dia tetap belajar
mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita
apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali.
Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang
yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi
mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah
seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah
Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi

askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu



Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar.
Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila
dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum

selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang
dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.




Bab 11-Yakin Boleh



Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi
dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang
bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana

syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta
beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama
dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan

oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan
semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada
hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua

manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12-Jaguh Kampung



Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung

Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda
kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang
akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan
pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka

tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri
rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita
tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan

tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.





Bab 13-Darah Muda



Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang
askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi
askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup

semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.





Bab 14-Askar Melayu Diraja



Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.
Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang

bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon
tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak
bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita

anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15-Buku Bertemu Ruas



Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima

menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.





Bab 16-Perwira



Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan
yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau

diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar

ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah

lama ditinggalkan.





Bab 17-Kehidupan Baharu



Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai

upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan
pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari
London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Bab 18-Berhari Raya Di Kampung



Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang anak
iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu
meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan

membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan
yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.




Bab 19-Perang Dunia Kedua



Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan
Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir

bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini
merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya
pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengatur persiapan.
Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang
sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.





Bab 20-Bukit Candu


Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang juga di
bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja
namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana
di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu
kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak
mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina melalui
gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk
kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan
pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa
semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak
berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus
mempertahankan tanah air.

Bab 21-Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu
dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan

askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart
mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui
tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mula
mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam

keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang
ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya
ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22-Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera di
Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada

sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix
datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan

Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan dipantai. Mereka berpendapat
Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga
pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya.
Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan

berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya
mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin
berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia

takut kehilangan Adnan.

Bab 23-Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan

memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang.
Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga
orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut
dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana
ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku

peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata
perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Bab 24-Perangkap Tidak Mengena



Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan
India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran
pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan

suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat
sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras

tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm
termasuk komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai orang-orangnya menyerbu
kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu:
"Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan
sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat
mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua
buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka
menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan
tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang
penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan
jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu
bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serang balas, kedudukan supai

India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.





Bab 25-Gagalnya Operasi Matador



Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British di Kota
Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati
adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh
Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut
lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana
ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki
Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api
Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat

menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah
menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9
Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera
British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan
Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera
membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.

Bab 26-Serangan Bertali Arus



Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang singkat.
Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS
Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu
Berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze
terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan
oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat
kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab.
Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang
pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan
terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan

kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan
pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan.
Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan

turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.





Bab 27-Perancangan Dua Jeneral



31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba
dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang
kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan
tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima
Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor
sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak

tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang.
Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana

tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.





Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran



3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita menghantar
13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun.
Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera
Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang.

Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang

Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan
pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan
kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar
Melayu. Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan

tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29-Terus Berjuang



Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu Penghulu Deraman
daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka bertempur

membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa
Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan.

Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati
ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan
mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan,
akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah.
Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu

mempertahankan Pasir Panjang.





Bab 30-Serangan Balas



Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh, mereka kembali
menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera
Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk
berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran
berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak
berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di
Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan
bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh telah
ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang

tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.





Bab 31-Biar Putih Tulang



Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga musnah.Dari
puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang

menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah
bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan

askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan
semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal

dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan
memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih

kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Bab 32-Tumpah Darah Perwira



Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan
senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes,

askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet tetapi mereka kekal bertahan
menyebabkan pihak musuh kecewa. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan
cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan
darah terakhir. Keberaniannya telah menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-
sungguh. Tentera Jepun marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah

berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat
kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah
pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang

tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.





Bab 33-Jatuhnya Kota Singa



Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji Burhan dan
beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit
tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu
bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan
senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun
menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk

kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.





Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal



Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari
keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera
Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus
semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat

bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu





Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir



Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-
peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa
hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut.

Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah
Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan
ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-
anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar
di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan
dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun
berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia dan meninggal

dunia.

5 KEKUATAN NOVEL



Dalam novel Leftenan Adnan Wira bangsa ini mempunyai kekuatan novel tersebut. Dalam cerita novel ini

mempunyai tema yang menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana novel ini mengisahkan tentang
keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan negara dan mengisahkan tentang kisah yang
benar berlaku. Kekuatan yang kedua ialah novel ini mempunyai nilai murni dan iktibar yang boleh diambil

untuk dijadikan sebagai pengajaran ataupun menginspirasikan kita semua. Selain itu novel ini juga
memberikan pengajaran bawa kita mestilah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi agar kita dapat
memperjuangkan tanah air kita. Kemudian, novel ini menjadi menarik kerana perwatakan watak utama dalam
novel ini dapat meninggalkan kesan yang baik ataupun kesan yang positif kepada masyarakat yang membaca.
akhir sekali, para pembaca akan lebih menghargai jasa pejuang pejuang terdahulu dalam hutan kat negara
kita kerana semua yang telah dilakukan amatlah susah dan mereka sanggup menggadaikan nyawa untuk

negara yang tercinta.

5 KELEMAHAN NOVEL



Terdapat beberapa kekurangan yang menjadikan novel ini tidak berana menarik minat pembaca Antaranya,
novel ini mempunyai jalan penceritaan yang terlalu panjang Hal ini demikian kerana dapat mengakibatkan

para pembaca merasa bosan dan tidak tertarik untuk menghabiskan novel ini. Seterusnya, para pembaca
mengambil masa yang lama untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku terhadap Leftenan
Adnan. Terdapat juga beberapa penceritaan fakta yang membosankan para pembaca. Selain itu, penulis juga
tidak menceritakan dengan lebih lanjut tentang adik Leftenan Adnan, Amarullah yang merupakan seorang
tentera laut Akhir sekali, penulis juga tidak menceritakan tentang apa yang berlaku kepada isteri Laeftenan

Adnan sepanjang dia berperang.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL



Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel ini untuk

menjadikan jalan penceritaan novel ini menjadi lebih menarik Pertama. penulis seharusnya tidak
memanjangkan jalan penceritaan agar pembaca boleh menghabiskan novel tanpa merasa bosan. Seterusnya

penulis perlu memendekkan cerita untukmpembaca mengetahui lebih lanjut tentang Leftenan Adnan
Penulis juga digalakkan untuk mengurangkan fakta-fakta yang membosankan supaya pembaca lebih
tertarik. Selain itu penceritaan tentang kehidupan adik Leftenan Adnan perlu dimasukkan lagi supaya
peceritaan lebih menarik Akhir sekali penulis perlu menceritakan tentang kehidupan isteri Leftenan Adnan

yang bertungkus lumus menjaga anak mereka ketika Leftenan Adnan pergi berperang.

Pengenalan: Di Sebalik Dinara

Di sebalik Dinara



Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula mengenali Aqram
dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas itu, Aqram

menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika mereka bertemu dengan Aqram
dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah bersetuju, Aqram memperkenalkan
Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang dibantu oleh Aqram, Khairul Anwar, dan Alia. Dr. Maxi

menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok computer
Soft Lab dalam tempoh sebulan. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana manakala
Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Shida merupakan pelan sandaran yang

terakhir. Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkan kepada arahan, dan
seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. la adalah hasil daripada
kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun. Mungkin kerana teknologi itu, ada pihak yang ingin
memilikinya, lantas menceroboh masuk sistem Dinara dan menanam virus di situ. Dan mungkin

kerana teknologi itu juga, Dinara bakal lumpuh.

Biografi Dayang Noor




Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang, Malaysia) ialah seorang penulis
novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik dan

Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah satu syarikat penyepaduan sistem IT
terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2 novel fiksyen pulpa dalam bahasa Melayu –
Jerat (2011) dan Hilang (2012). Beliau tinggal di Selangor, Malaysia bersama suami dan 3 anak

lelaki.

Novel Di Sebalik Dinara

Sinopsis Di Sebalik Dinara

Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula mengenali
Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas itu,
Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika mereka bertemu
dengan Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah bersetuju,
Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang dibantu oleh Aqram,
Khairul Anwar, dan Alia. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman
untuk menggodam tiga kelompok computer Soft Lab dalam tempoh sebulan. Shida pula
diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana manakala Farisha akan menggodam dan

mengukuhkan sistem Dinara. Shida merupakan pelan sandaran yang terakhir.



Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah usus. Dr.
Maxi mengetuai Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip telepati yang dapat

berhubung terus dengan Karl. Semua perbualan Farisha dengan Karl dapat dilihat oleh Dr.
Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha kurang stabil. Shida pula dapat
mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama Medina dipadamkan dari sejarah syarikat

Soft Lab.



Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena serangan jantung serta mengetahui
hakikat bahawa dia anak angkat dalam keluarga Azraai. Keesokannya, Farisha pengsan di Soft
Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi merancang Plan B untuk menjadikan Shida sebagai

pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Farisha mengalami mimpi bertemu dengan ibunya, Medina (Marilyn). Farisha memberitahu
Azraai bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai membawa Farisha keluar dari
hospital menuju ke selatan. Farisha telah diculik oleh pembantupembantu Medina di Hentian

Pagoh.



Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah
membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl.

Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7.00 malam.

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1
Farisha yang merupakan seorang jurutera keselamatan sistem selesai bermesyuarat di Nusajaya.

Di Lapangan Terbang Senai, dia berkenalan dengan Aqram sepanjang perjalanan ke KLIA.
Farisha terkejut apabila melihat pintu rumahnya dipasang retinal scanner dan terpaksa menunggu
Shida, kawan serumahnya untuk masuk ke dalam apartment mereka. Farisha ingin berehat kerana

keesokan hari, dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Aqram yang duduk
disebelah Farisha berjaya mencuri cawan minuman Farisha semasa si dalam kaapl terbang dan

bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.



Bab 2
- Keesokannya, Farisha dan pembantunya Rosman menghadiri sebuah simposium. Dia kecewa
Philips Young hanya menyampaikan ucaptama beliau melalui hologram. Farisha bertemu dengan
Aqram tanpa diduga dan Aqram menyatakan keinginan mencari jururunding untuk sebuah projek
mini di makmalnya. Aqram sebenarnya sudah sebulan menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft

Lab untuk menyelamatkan Dinara.



Bab 3
Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram berikutan tawaran untuk menjadi jururunding
untuk sebuah projek. Aqram bersetuju membincangkan perkara ini di Puchong, iaitu di rumah
Karl. Tetapi sebelum itu, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan
beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka untuk menggodam komputer Soft Lab.
Farisha meminta sedikit waktu sebelum membuat keputusan. Mereka juga melihat Karl yang

terlantar kerana sakit barah sebelum pulang.



Bab 4
Farisha bersetuju untuk berjumpa dengan Aqram di Soft Lab, Cyberjaya. Dia menumpang kereta

Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di tempat sama. Pejabat Soft Lab
yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih mengujakan Farisha sehingga dia

menemui Dinara di Pusat Data. Farisha menjalankan tugasnya untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara sehingga waktu petang dan pulang bersama Shida. Dr. Maxi, Aqram
dan Khairul Anwar berbincang mengenai rancangan mereka. Mereka perlukan Farisha dan Shida
di Soft Lab dan Dr. Maxi memakan ingatan Alia, sebuah cyborg canggih supayarancangan mereka

tidak diganggu.

Bab 5
- Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Aqram menjelaskan kepada Farisha bahawa Karl
yang membangunkan Dinara dan ia kini diancam sebuah virus setelah diceroboh. Pada petang itu,
Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak akan bersamanya kerana mendapat tawaran yang
lebih lumayan di Senawang dan Farisha berasa tugasnya amat berat. Cyborg Alia bertengkar
dengan Dr. Maxi kerana tindakan memadam ingatannya dan cemburu dengan kehadiran
perempuan lain di sisi Karl. Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.


Bab 6
Keesokannya, Farisha lewat dan berasa kepalanya berat serta tidak sedar Alia telah memasukkan
cip ke dalam tubuhnya untuk berkomunikai dengan Karl. Karl telah meminta tolong daripada
Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Alia menjadi cemburu dan marah kerana tidak mengesan
butiran perbualan Farisha dan Karl. Selepas beberapa ketika, Farisha sedar dan segar apabila
makan pil yang diberikan oleh Aqram. Shida membincangkan dengan Farisha tentang kehilangan
seorang penyelidik bernama Medina yang bekerja di Soft Lab.


Bab 7
Farisha, Shida dan Rosman berjumpa pada sebelah malam di pejabat Secured Shell untuk meneliti
kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Farisha tiba-tiba sakit kepala setelah melihat sebuah cahaya
putih yang memancar ke arahnya. Mereka terus pulang. Dua hari selepas itu, Farisha diundang
untuk makan malan di rumah Abang Azraai bersama keluarganya Kak Mariah, anak-anaknya
Aina dan Dina. Farisha telah mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan dirinya
merupakan anak angkat kepada ibu dan ayahnya.


Bab 8
- Keesokannya Farisha pengsan dan dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxi
hairan kerana Farisha tiada latar belakang penyakit yang membimbangkan. Mereka bergegas ke
arkib untuk berjumpa Shida dan bertanyakan hal yang sama.

Bab 9
Dr. Maxi, Aqram dan Khairul AnwarShida pulang ke rumah untuk mencari bukti penyakit Farisha namun

tidak jumpa tetapi mendapat tahu
merancang Plan B iaitu untuk menggantikan Farisha dengan Shida tetapi mereka berdua amat berbeza.
Shida merupakan anak angkat. Shida dan Rosman melawat semula Farisha yag kelihatan lemah di hospital.
Farid dan Amin datang ke katil Farisha untuk masuk ke ruang fikiran Farisha yang sebelum ini dilingdungi
oleh Wall. Farisha yang lemah telah membuatkan Wall menjadi lemah. Aqram pula mencari amkklumat
pada badan Farisha menggunakan sebuah alat dan menunjukkan kesihatan Farisha pada tahap yang tidak

memuaskan. Dr. Maxi menyarankan Shida akan menggantikan tempat Farisha.



Bab 10
Shida telah dibedah untuk menanam microchip seperti Farisha tanpa sedar oleh Alia. Tetapi tindak
balasnya lebih teruk dan Dr. Maxi berdegil lalu memberhentikan ujikaji selepas limaminit. Dalam masa
yang sama, Farishaberkomunikasi dengan "Mummy" di bawah sedar. Farid dan Amin berasa hairan melihat
seorang perempuan tua yang menyuruh mereka melakukan perkara tersebut menjerit gembira. Farid
menyanggah perbuatan perempuan tersebut kerana sanggup melakukan ujikaji terhadap anaknya sendiri.
Dia tidak peduli asalkan beliau telah membuktikan dirinya lebih hebat daripada "lelaki itu". Manakal Shida
tetap murung dan tidak pulang ke rumah, tidak bercakap, makan ataupun minum. Aqram gagal untuk

memasuki minda Shida.



Bab 11
Farisha yang boleh bangun dan berjalanmendapatkan penjelasan daripada Azraai tentang ibu kandungnya.
Azraai berkata Farisha menjadi adik angkatnya kerana ingin menyelamatkannya daripada dijadikan bahan

ujian. Terdapat beberapa orang yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan Farisha. Farisha
memberitahu di dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azrai berasa cemas dan membawa Farisha keluar dari

hospital. Alia ditugaskan oleh Dr. mengarahkan untuk membawa Farisha ke situ kerana virus di dalam
Dinara bukan sahaja akan memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Farisha yang dalam perjalanan ke
Kulai bersama Azraai telah diculik oleh orang suruhan ibunya. Di Soft Lab, Karl bercakap melalui Shida
bahawa Khairul anwar merupakan seorang budak pengemis yang telah diganti ingatannya dan Karl telah
memukul seorang wanita sehingga cacat.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida dan akhirnya Dr. Maxi

dapat berkomunikasi dengan Karl. Karl



Bab 12
Farid dan Amin yang menculik Farisha dalam perjalanan ke Seremban untuk bertemu dengan ibunya
Marilyn. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu wanita cacat itu adalah dirinya
yang dipukul oleh Karl serta nama asalnya adalah Rusmina. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar yang

menyaksikan perbualan tersebut turut berasa sedih. Menurut laporan daripada Dinara, Dr Maxi
memberitahu Aqram dan Khairul Anwar bahawa ujikaji tersebut pernah dijalnkan terhadap Medina. Alat
pengesan pintar Rosman mengesan arah Farisha dilarikan iaitu menuju ke Soft Lab Cyberjaya. Farisha
tersedar di dalam kereta bersama Farid dan Amin dan berasa marah serta ketakutan untuk berjumpa dengan
ibunya. Sebaliknya Farisha mahu dihantar ke abangnya Azraai tetapu tidak dipeduli. Di Soft Lab, Alia
berkomunikasi dengan Karl dan mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Alia masih

berasa cemburu. Di sebuah stesen minyak, Marilyn berjumpa dengan Farisha tetapi ditempelak dan
memarahi ibunya kerana ingin membunuhnya dahulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan wall Farisha

dihidupkan

Bab 13
Dr Haris yang merawat Karl menyatakan kesihatannya semakin teruk tetapi Dr. Maxi terus cuba untuk
berkomunikasi dengan Karl. Melalui Shida, Karl sedar dan bertindak menggunakan komputer untuk
menghapuskan virus dalam Dinara. Marilyn akhirnya tiba bersama Farisha, Farid dan Amin. Rahsia
dibongkar iaitu Marilyn / Medina merupakan ibu Farisha dan Karl bapanya yang sanggup
mengeksploitasi anaknya untuk kajian di Soft Lab. Marilyn bermusuh dengan Karl kerana telah
mensabotaj fikirannya, akibat tindakan itu Marilyn menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.
Maxi dan Aqram menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya.


Bab 14
Karl semakin tenat dan semua kenalannya, bergilir-glir mendekati Karl. Farisha mengucapkan selamat
tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Karl meninggal dunia dan mayatnya dibakar serta abunya
ditabur di Selat Melaka. Shida masih bersikap aneh dan mengajak Aqram untuk pulang ke Soft Lab
untuk menyelamatkan Dinara. Aqram yakin masih terdapat Karl di dalam Shida.

5 KEKUATAN NOVEL


Kekuatan daripada setiap novel itulah yang menjadikan sesuatu novel itu menjadi istimewa dan

menarik untuk dibaca Novel ini mempunyai kekuatan tersendiri juga, antaranya novel ini

memberikan inspirasi kepada para pembaca diluar sana Hal ini demikian kerana novel ini ada

mengisahkan tentang kebijaksaan seseorang dalam menjalankan tugas dan kecanggihan sains yang

mendalam dalam mengesan DNA seseorang Selain itu, novel ini juga akan menarik minat para

pembaca kerana dalam novel ini ada menceritakan tentang kecanggihan teknologi dunia pada masa

itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu

menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil maklumat yang terkandung dalam

pemikiran manusia Seterusnya, jalan penceritaan cerita ini juga pendek dan memenuhi kehendak

pembaca Hal ini kerana walaupun penceritaannya pendek tetapi ianya dapat sampai ke hati pembaca.

Novel ini juga dapat membuatkan pembaca lebih penting dalam memilih rakan kerana dalam novel

ini menceritakan tentang nilai setia kawan yang tinggi Akhir sekali, penulis bijak dalam mimilih

tema penceritaan untuk menjadikan novel ini mendapat tempat di hati penulis

5 KELEMAHAN NOVEL



Terdapat juga beberapa kekurangan dalam novel ini Antaranya, penulis tidak menceritakan lebih
mendalam tentang bagaimana Karl boleh mendapatkan penyakit barah sebelum dia meninggal

Seterusnya, kisah tentang mengapa Agram sangat perlu Farisha juga tidak diceritakan dengan
lebih terperinci. Penulis juga tidak menceritakan kisah Dinara dengan begitu banyak Selain itu,
perwatakan dalam novel ini terlalu banyak dan hal ini akan mengakibatkan pembaca menjadi
keliru dengan watak-watak tersebut. Akhir sekali, penulis, tidak menceritakan dengan banyak
kisah bagaimana pemikiran Karl yang sudah meninggal dunia masih tersimpan di dalam Shida

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL



Pada pendapat saya, terdapat beberapa perkara yang boleh dibaiki untuk meniadikan novel ini
menarik. Pertama, penulis perlu menceritakan keadaan Karl bagaimana dia boleh mendapat penyakit
barah sehingga boleh menyebabkan kematian. Seterusnya penulis juga perlu menceritakan dengan
lebih terperinci kelebihan yang akan diperoleh Aaram kerana dia mahu sangat Farisha bekeria
dengannya. Bukan itu sahaja saya cadangkan juga supaya penulis mengurangkan watak dalam novel
ini Hal ini kerana pembaca hanya akan dapat fokuskan kepada watak yang betul-betul menarik dalam
penceritaan ini. Selain itu, penceritaan bagaimana fikiran Karl masih tersimpan di dalam Shida perlu
dipanjangkan lagi Akhir sekali kisah Dinara juga perlu dimasukkan lebih banyak supaya pembaca

dapat memahami apa sebenarnya kisah di sebalik Dinara itu.

Pengenalan: Jendela Menghadap Jalan

Jendela Menghadap Jalan



Dari jendela terkuak yang menghadap jalan, Lili mengaut beribu pengalaman yang
menerjah dari luar. Juga menghadam makna hidup dari isi rumah yang penuh sejarah.

Cerita datuk yang teguh memaut tradisi, kisah nenek yang mengembara mengutip
kematangan usia semuanya mencantumkan keinginan Lili untuk mengetahui falsafah di

sebalik jendela itu. Novel menceritakan pelbagai erti kehidupan dalam masyarakat
mahupun keluarga. Novel ini banyak menceritakan tentang kehidupan seorang gadis yang

bernama Lili.

Biografi Ruhaini Mat Darin




Dia adalah Kadazan mengikut kewarganegaraan. Anak sulung daripada tiga anak dalam keluarga.
Pada tahun 2003, beliau lulus dari Fakulti Pengurusan Kewangan Universiti Sains Malaysia di

Pulau Pinang. Dia pernah bekerja sebagai juruaudit di beberapa syarikat. Sejak 2016, dia menjadi
pekerja bebas untuk mempunyai masa lapang untuk menulis dan menjalankan perniagaannya.
Ahli seumur hidup Kesatuan Penulis Malaysia.



Beliau mula menulis sebagai pelajar Kolej Sabah pada tahun 2000. Beliau segera menceburi
dunia sastera. Debut pada 2007 dengan novel "The Self-Right Girl", dia menerbitkan lebih 30
buku dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, termasuk novel dan koleksi cerpen, serta cerita
dongeng Sabah yang diproses sastera. Pada masa yang sama, banyak karya beliau telah
dianugerahkan anugerah berprestij, termasuk Anugerah Sastera Sabah yang beliau perolehi
berkali-kali. Nampaknya kelebihan buku-bukunya adalah dalam keupayaannya untuk

menggambarkan apa yang berlaku pada masa kini di Malaysia dengan humor, dan kadang-kadang
dengan sindiran yang tidak terselindung, menggunakan paradoks sebagai maksud artistik,
mengubah persepsi kehidupan yang biasa. Beliau muncul sebagai nama penting dalam

kesusasteraan era peralihan di Malaysia dan salah seorang novelis terbaik di Malaysia. Beberapa
cerpennya diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh Victor A. Pogadaev.

novel Jendela Menghadap Jalan

Sinopsis Jendela Menghadap Jalan

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-­sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan

hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.





Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih
tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang
membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak
belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara

perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih
muda.



Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun

membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi

bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.



Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak
Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan
terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah
ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah

ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.



Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang
berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-

anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan

datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih.
Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan

mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

Sinopsis Setiap Bab

Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati

ibunya.



Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang

dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala
Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam

bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-
buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti

Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang
tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina

atau kacukan.



Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya. pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh
pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya

untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang
Rashid untuk pulang.


Bab 4.

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut

nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-
samal dengan masyarakat kampung.


Bab 5.

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-
penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga
menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk
supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang

belum tentu kepastiannya.



Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi
rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk.

Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat
kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan

menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk.. Walaupun ketika ini saiz
badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di
Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya
dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.



Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili
tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa
ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa
zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu
agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan
penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala galanya. Sepanjang berada di kampung Lili
merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid.
Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana
William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan
tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan rumah sewa.



Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding
membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah
menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional.
Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan
penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima
hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah
perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden
supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa
berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramal
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum
tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat
menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh

diterima pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah Berjaya
mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dari
menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang
untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan

antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.



Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca
kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan
kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih
tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi
untuknya, Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa
secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang Ingin dibincangkan antara
datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula
dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan
soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili

tidak ketahui.



Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin

mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk
kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang

alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama sama membangunkan surau
lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang

kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah
kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti
bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke

rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua
melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan

pengkhianat. Berlakulah kejar mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus
menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan

seorang perempuan.

Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka
datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang
datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya
akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-
herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantal dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek
untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili
membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili
sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin?
Soalan itu tidak berjawab.



Bab 14.
Lill berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili
mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran
daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke
rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan
pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat
melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India
yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.



Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek
bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan
akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah
menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya
dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi
dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.



Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa
kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu
diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah olah tiada apa-apa yang
berlaku sebelum ini.Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka
bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha
sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia
hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lill. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek
berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
Dalam perjalanan pulang Lill, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang
bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah
nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap
sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk
dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya
pisang

Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar
berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah
berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain
seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi

kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat
mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan
disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula

boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.



Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda.
Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak

campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela
mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat,
setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh

abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenial pisang.



Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lill singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger,
kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga
memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga
selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lill. Menu masakan semuanya
menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa
barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka

pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel
mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan
seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali
itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel
tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lill. Sebaik sedar, Lili

telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.



Bab 20.
Lill disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lill

pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq.
Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu.

Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun,
pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri,

hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
(bunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili
dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian

yang menimpa Lill.

BB21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang
dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lill terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik.
Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk penduduk kampung merobohkan pondok tempat
persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa
Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang
bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk
mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia
biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara
berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas
faktor keselamatan.


Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che
Jah untuk mengetahul keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama sama dengan
Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan
masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya.
Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang
pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. selal Haziq menjadi nakal
kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah
memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara
ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan
bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak
pelawaan itu..


Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu
bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui
jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba
ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan
sahaja garang terhadap anak anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya.
Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya
akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas. hatinya terhadap segala tindakan dan
perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia..


Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya
terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah
surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam
kalangan penduduk penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung
tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah
surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu
dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan
sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang
membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya
kepada datuk. Berita kenalkan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di
mana mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh
tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jahi menziarahinya dan
sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu

mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lill
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.


Bab 26.

Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan laitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan
kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati

Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti
persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan
dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung

terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.



Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-
gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di
sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lill dan Danel han the juga segera ke rumah
Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai Sampan kedengaran tempikan
seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu.
Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah.
Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan
mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat

tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan
karenah suaminya yang bertindak melulu.


Bab 28.



Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangal buruknya,
kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang

datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lill mengambilkan sebotol herba untuk
pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut
bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup

bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja
sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya
berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan

kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lill untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang
akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan
akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah
ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil
membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-
penduduk kampung.



Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-
penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lill bercadang
bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin
bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha,
tetapi Che Jah tiada di rumah.



Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan
surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bloteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan
pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili
tercengang dengan keputusan datuk untuk. mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke
penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas
undang-undang.



Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini
sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili
menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang. tlada kepastiannya.
Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua
beradik. Datuk memintal semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan
lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi
badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai
rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya
ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.



Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga
hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang
telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa
mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika
Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi
membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk
penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar
ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang

memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-
puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju
perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia

bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin
memajukan tanah tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas
dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum,

manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh
badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.


Bab 35.

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala
Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua

penduduk dan ketua kampung.



Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan

membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap
jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang

mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan
Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya
dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan

meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan
hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan
berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis

artikel tentang pisang.

5 KEKUATAN NOVEL



Novel Jendela Menghadan Jalan ini merupakan novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4. Selepas
membacanya, terdapat banyak kekuatan yang ada pada novel ini. Pertama perwatakan yang ada dalam
novel ini memberikan pengajaran dan iktibar kepada pembaca khususnya pelajar Tingkatan 4. Sebagai
contoh. perwatakan Lili yang taat akan ibunya memberikan pengajaran kepada kita supaya sentiasa
mentaati segala perintah ibu bapa tanpa membantah sekalipun Kekuatan seterusnya ialah novel ini
menceritakan tentang nilai setia kawan yang tinggi. Hal ini kerana dalam novel ini Geeta iaitu rakan Lili
sanggup membantu Lili untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu. Seterusnya.
penceritaan dalam novel ini juga menceritakan kebijaksaan seseorang yang mahir dalam ilmu perubatan.
Hal demikian kerana dapat membantu pembaca menambah pengetahuan tentang fakta-fakta yang
diberikan. Tahap pemikiran penulis juga sesuai untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4. Hal ini membuatkan
pelajar merasa menarik ketika membaca. Akhir sekali, latar tempat yang diceritakan juga vang fokuskan
kepada tempat tempat tertentu sahaja Pelajar akan lebih memahami peristiwa-peritiwa yang berlaku di

sesuatu tempat itu.

5 KELEMAHAN NOVEL

Terdapat juga kekurangan dalam novel ini yang menjadikan pembaca tidak dapat menghabiskan
novel ini Pertama, jalan penceritaan dalam novel ini meleret sehingga penceritaan tamat Ini akan
membuatkan pelajar merasa bosan untuk mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya Seterusnya
pembongkaran rahsia tentang jendela menghadap jalan itu tidak menarik dan tidak sampai. Hal
ini demikian kerana datuk hanya menceritakan sedkit sahaja tentang bagaimana boleh berlakunya

jendela pada setiap rumah menghadap jalan. Selain itu penulis hanya banyak menceritakan
tentang isu kubah surau yang mendapat perhatian ramai penduduk kampung sehingga

menimbulkan permasalahan. Seterusnya dalam novel ini terlalu banyak konflik konflik yang
berlaku yang boleh memeningkan pembaca Sebagai contoh, konflik tentang pergaduhan isu
kubah surau, perubatan tradisional serta keruntuhan akhlak anak-anak muda kini. Akhir sekali.
penulis tidak menceritakan dengan lebih lanjut keadaan suami Che Jah selepas ditangkap dan

dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akidah

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL



Pada pendapat saya cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap novel ini ialah
penulis perlu mengurangkan jalan penceritaan kepada yang lebih menarik. Sebagai contoh. penulis
menceritakan lebih banyak tentang kisah-kisah jendela menghadap jalan. Seterusnya. penulis perlu
pembongkarkan rahsia tentang jendela menghadap jalan itu dengan lebih lanjut Hal ini demikian
kerana ianya akan menarik minat pembaca untuk menghabiskan novel ini. Penulis seharusnya
mengurangkan isu kubah surau kerana kebanyakkan cerita dalam novel ini mengenai 15u kubah
surau. Selain itu konflik-konflik yang berlaku juga tidak seharusnya banyak diceritakan kerana
ianya akan membuatkan novel itu menjadik tidak sama dengan tajuk cerita yang ingin betul betul
diceritakan Akhir sekali. penulis juga perlu menceritakan lebih lanjut tentang suami Che Jah Seman
Sebagai contoh menceritakan keadaan Seman selapas di tangkap dan dimasukkan ke dalam pusat

pemulihan akidah

Pengenalan: Pantai Kasih

Pantai Kasih



"Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pesakit itu. Sebagai seorang doktor, kau sepatutnya lebih faham tentang hal itu," pintas
Doktor Uwang, serius. "Dan lagi, sama ada berjaya ataupun tidak sesuatu operasi, hanya Tuhan

yang tahu. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya."



"Saya kira, adalah sangat tidak wajar jika kita menyalahkan Tuhan atas perkara yang bukan-
bukan, jika yang melakukan kesilapannya ialah manusia itu sendiri," balas Raiha, hilang sabar.



"Jadi, tindakan kau menyoal aku dengan perkara yang bukan-bukan, wajarlah ya?" tingkah

Doktor Uwang. "Tidakkah kau sedar, perbuatan kau sekarang sama sahaja macam
mempertikaikan kewibawaan aku sebagai seorang pakar bedah?"

Biografi Azmah Nordin




Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10
Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah
dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan

menetap di sana.

Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986.

Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

Novel Pantai Kasih

Sinopsis Pantai Kasih

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran
sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia

akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah
yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.



Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi
pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan

operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula
yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya
memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.



Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh

semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.



Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya
itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang
anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi
siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali
membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah
perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai

mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.



Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk mengambil
alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya
terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh
berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat

rawatan itu.





Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke
atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan
yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1



Doktor Raiha baru sahaja selesai menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul terhadap pesakit yang
bernama Unong Siron. Pembedahan kali keenam itu sepatutnya dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi
diserahkan kepadanya kerana pakar itu mempunyai urusan lain.Kelima-lima pembedahan sebelum itu telah
dijalankan oleh Doktor Uwang Ketika bersendirian di pejabatnya, Daktor Raiha teringat akan Doktor
Uwang yang telah dikenalinya semasa belajar di universiti dahulu. Doktor Raiha menaruh hati kepada
Doktor Uwang tetapi Doktor Uwang telah berkahwin lalu dia memih Doktor Sadiz meskipun pilihannya itu
ditentang oleh ayahnya. Sepuluh tahun kemudian, dia menerima pelawaan Duktor Uwang untuk bekerja
bersama-sama di Pusat rawatan pantai Kasih (PRPK), Doktor Raiha juga teringat akan bantahan ayahnya
apabila dia menyatakan hasratnya untuk menjadi pakar bedah Ayahnya lebih suka Doktor Raiha menjadi
suri rumah tangga Baginya, kaum wanita harus menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rumah tangga
bukan bekerja seperti ibu Raiha yang menjadi jururawat sehingga tiada masa untuk din sendin. Doktor raita

juga teringat akan kematian anaknya.



Sementara itu ,Sister Felici a Londosi terkenang akan kematian seorang kanak-kanak perempuan dalam
kebakaran. Hal itu menyebabkan dia resah dan cemas lalu minum ubat batuk yang diambilnya di bahagian
farmasi. Oleh sebab kerap minum ubat batuk Sister Felicia ketagih akan ubat batuk, malahan ubat itu telah

diminumnya secara berlebihan



Dia sebenamya menyimpan perasaan marah dan dendam kepada Doktor Raiha dan Doktor Uwang yang
kerap memarahinya. Oleh sebab itu, dia meminta jadual tugasannya ke sebelah malam supaya dia tidak

bekerja bersama sam dengan Doktor Raiha pada sebelah pagi



Bab 2
Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdin tegak, kemudian berkeliaran di halaman

banglonya. Pada awalnya, dia menyangka kanak-kanak itu pembantu rumahnya yang baru tetapi dia
maklum bahawa isterinya tidak mengambil pembantu rumah tanpa persetujuannya Malahn, isterinya itu
juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin memperoleh seorang anak Doktor uwang mentadbir PRPX
sepenuhnya setelah tanggungjawab itu diserahkan oleh ayahnya. Datu Ontong Semasa berada di bawah
pengurusan Datu Ontong. PRPK hanya mempunyai tiga arang doktor iaitu Datu Ontong Doktor Alex Ng

dan Doktor uwang sendiri.Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK, dia telah menambahkan serta
memperindah wad wad dan bangunan. Selain itu, peralatan canggih juga dibawa masuk. Hal itu dilakukan

agar dia dapat mengenakan bayaran yang mahal kepada para pesakit yang datang untuk mendapatkan
rawatan disitu. Doktor Uwang lebih mementingkan wang ringgit daripada tugas murni seorang doktor, iaitu
memberikan rawatan terbaik kepada pesakit. Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa
seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor menceroboh pusat rawatan itu beberapa minggu lalu. Peeruda
itu tidak sempat ditangkap kerana telah melarikan diri. Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut

akan datang ke PRPK semula.



Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu. Doktor Raiha seakan-akan ternampak seorang
wanita yang merupakan dirinya sendir bersama-sama seorang kanak-kanak kurang upaya Kanak-kanak itu

terkoraban dalam kebakaran kereta mewah milik Doktor Sadiz sebelum sempat Doktor Raiha mencapai
tanganya. Selepas itu, dia terbayang akan wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz

Bab 3
Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi segera berusaha untuk focus terhadap
pekerjaanya ketika itu. Dia merawat seorang pesakit bergelar Datin, Datin tersebut menegur Felicia yang
dilihatnya seperti sakit, namun dianfikan oleh Felicia dengan mengatakan kuit wajahnya pucat disebabkan
cuaca panas musim kemarau. Selepas itu, dia keruang dapur hospital dan berbual-bual dengan Kartini
Borhan, jururawat muda tentang kebimbangan mereka sekiranya pemuda yang menyamar sebagai doktor
itu akan datang semula ke PRPK. Penyamran pemuda itu
berjaya dikesan keitka dia cuba memberikan rawatan terhadap Unang Siron Ketika keluar dari mahkamah
syariah setelah mengikuti perbicaraan les antara Raiha dengan Doktor Sadi itu, Isteri Doktor Uwang
mengagak ada kerosakan pada kereta mewah tersebut yang tidak dikesan. Sebelum itu, dalam perbicaraan,
Doktor Sadiz memenangi kes itu tetapi Doktor Raiha tersebut menuduh kereta mewah itu sengaja dibakar
oleh Doktor Sadiz sehingga menyebabkan anak perempuan meraka terkorban Di dalam kereta BMW
miliknya, Doktor Raiha teringat akan layanan kasar Felicia terhadap beberapa orang pesakit daripada
masyarakt kelas menengah bawah. Angkara perbuatanya berkasar terhadap ibu Unong Sinon, Doktor Raiha
mengarahkan Felicia ke pejabatnya. Namun begitu, Felicia yang dikenalinya sejak sekolah rendah lagi itu
segera keluar dari pejabat Doktor Raiha beberapa minit kemudian dengan menutup pintu pejabat secara
kasar. Doktor Felicia juga terkenang akan latar belakang Felicia, Sebelum pulang ke rumahnya, Doktor
Raiha juga teringat akan tuduhan Doktor Sadi bahawa dia melarikan barang kemas yang dibeli oleh Doktor
Sadiz untuknya, Doktor Raiha menafikan tuduhan itu, Doktor Sadia tidak akan menceraikan Doktor Raha
sebagai balasan kerana tergamak memalukannya di hadapan masyarakat elit. Pada masa yang, Doktor
Uwang juga teringat akan kereta Porsche kepunyaan Doktor Sadiz yang terbakar dahulu.



Bab4
Doktor raha teringat akan perbualanya dengan Doktor Sadiz. Sebenarnya Doktor Sadia tidak mahu Doktor
Raha melahirkan anak mereka. Melalui gambaran ultrasound.anak mereka yang bakal lahir ita tidak normal.
Oleh itu, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha menggugurkan kandungannya tetapi Doktor Raiha enggan
Akhirnya, Doktor Raiha melahirkan seorang anak perempuan yang dinamai Ayu (Rohayu binti Sadi)
Doktor Uwang Kian gembira apabila mengenangkan keuntungan yang diperolehnya di PPK DI memiliki
saham pusat rawatan itu melebihi lima puluh peratus. Namun demikian, dia tersentak apabila melihat
gambaran wajah anak Bania di kaca televisyen Kekacauan jiwa yang dialami oleh Felicia masih berterusan.
Dalam khayalannya, dia berdialog dengan seorang pesakit lelaki yang pernah menerima rawatan di PPK.
Lelaki itu marah kerana dia telah menghabiskan banyak dull untuk mendapatkan rawatan dan hanya mahu
dirawat oleh Doktor Raiha. Apabila tersedar daripada khayalannya, Felicia mendapati dirinya berada di stor
PRPK lalu menangis teresak-esak



Bab 5



Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan, Gambaran wajah Doktor raha
menjelma semula dalam fikirannya. Kata-kata ayahnya, Datu Ontong bahawa banyak perkara palsu, murah
dan tidak bermutu dalam dunia ini kerap menganggu fikirannya. Selain itu, setiap kali dia dibayangi oleh
wajah Unong Son dan anak Ratha, pergelangan dan lututnya berasa sakit. DI PAPE, Doktor Mohammad
datang tergesa-gesa setelah menerima panggilan telefon untuk memintanya menangani kes kelahiran bayi
perempuan pramatang walaupun pada masa itu tidak bertugas Rupa-rupanya panggilan telefon yang
diterimanya itu palsu. Serghoun begitu, Doktor Mohammad tidak marah kerana dia dapat berjumpa dengan

Felicia yang diminatinya.

Bab 6
Setelah majlis bersempena sambutan ketibaan tahun baharu di rumah Doktor Uwang selesai, Datu

Detong meminta Doktor Uwangmenghantar Doktor Sadiz dan Felicia ke rumah masing-masing
kerana hari sudah lewat. Apabila tiba di kondominiumnya, Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha

telah lari bersam-sama Ayu dengan kereta Porsche milik Doktor Sadiz



Doktor Raiha teringat akan perbualannya dengan Felicia di dalam pejabatnya setelah Felicia
memarahi ibu Unong Sion. Menurut Felicia, mereka ialah jirannya. Apabila dia melihat Unang Seon
berjalan terincut-incut setelah terlihat dalam kemalangan jalan raya, dia mencadangkan Unong Siron

mendapatkan rawatan PRPK. Sebenarnya, Felida mendapat wang ganjarandaripada Doktor UW
setiap kali dia membawa pesakit baharu mendapatkan rawatan PRPK Perkara itu mengejutkan
Doktor Raiha kerana dia tidak menetahui perkara tersebut. Namun demikian, halita tidak menjadi
perhatian Doktor Raiha,sebaliknya da lebih mementingkan kebajikan para pesakit dan ahli keluarga
mereka, Tindakan Felicia mengasari ibu UnongSiran itu dianggapnya kejam lalu mengingatkan
Felida agar tidak mengulang perbuatan itu Doktor Raiha dikejutkan dengan panggilan telefon
daripada Doktor Uwang. Doktor Raha diminta datang ke PRPK dengan segera untuk melihat

keadaan nong Siron



Bab 7



Felicia masuk ke ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk. Dia mula minum ubat batuk sejak
remaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai anak yang tidak berbapa. Ibunya membesarkannya

dengan disiplin yang ketat dan tidak menyukai pilihannya untuk menjadi jururawat Perkara itu
sering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar lalu dia minum ubat batuk untuk menghilangkan
tekanan perasaannya. Dia juga teringat akan keterlibatannya dalam peristiwa kebakaran kereta

mewah Doktor Sadiz beberapa tahun lalu. Felicia terserempak dengan seorang pemuda yang
mengaku dirinya Doktor Mohammad Pada ketika itu, Felicia sudah tidak dapat berfikir dan melihat
dengan jelaas lagi akibat minum ubat batuk Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh

jururawat yang bernama Ariana Abdullah bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan
kepadanya. Menurut Doktor Alex Ng, mungkin Doktor Raiha menerima panggilan palsu daripada
budak budak nakal kerana beberapa orang doktor lain di FRPK pernah menerima panggilan palsu.

Gambaran Doktor Sadi terus menguasai fikiran Doktor Raiha



Bab 8
Doktor Rais melawat Unong Siron yang ditempatkan di wad kelas biasa. Doktor Raih bahwa Felicia

telah ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda yang dahulu pernah menyamar sebagai
doktor di PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang pengawal dan jururawat serta petugas tain berada

di luar bilik bedah itu. Mereka tidak mampu bebrbuat apa-apa kerana bimbang akan keselamatan
Fesca. Mereka juga bersepakat untuk tidak memberitahu hal itu kepada Doktor Uwang kerana dia
tidak sihat. Ibu Unang Siron menawarkan diri untuk memujuk pemuda itu kerana dia mengenali
pemuda itu. Da meminta pemuda itu Berjaya ditahan dan di bawa ke hospital sakit jiwa. Pemuda itu

sebenarnya bekas menuntut perubatan di sebuah universiti tempatan. Setelah gagal dalam
peperiksaan semester terakhir, dia menjadi kurang suman akibat mendengar kata negatif jiran

tetangga dan tekanan daripada keluarga serta teman wanitanya.

Bab 9
Ketika mamandu keretnya. Doktor Uwang teringat akan peristiwa yang berlaku pada malam dia
menhantar Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha telah melarikan diri dengan Ayu menggunakan
keretanya, Doktor Sadia membeli petrol dengan diteman oleh Doktor Uwang Petrol itu
kemudiannya digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar keretannya itu tanpa menyedari Ayu
berada berhampiran dengan kereta tersebut. Doktor Uwang juga teringat akan perbualannya dengan
ibu Unong Siron. Wanita itu mempelak kerana memberi alasan lima pembedahan yang dijalankan
sebelum itu tidak berjaya kerana sandi tulang yang dipasang pada pinggul Unong Siron tidak sesuai
dan badan Unong Siron tidak mampu melawan infeksi padahal Doktor uwang ingin mengaut wang
ringgit pesakitnya. Sebenamya, Doktor Uwang menjadi doktor demi memenuhi


kehendak ayahnya sedangkan minatnya cenderung kepada bidang muzik Doktor Raiha terinat akan
kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz selepas memenangi kes mereka di mahkamah
dahulu Kereta yang dipandu oleh Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah fori tangki minyak lalu
terperosok dibawah lori tang itu. Kereta itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz renture


Doktor Uwang kemudiannya terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandunya melanggar tembak
garaj PRPK. Pergelangan tangan dan lututnya hancur. Dengan persetujuan isteri Doktor Uwang.
Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan pembedahn penggantian sendi tulang pada
pergelangan tangan dan lutut Doktor Uwang. Alat ganti itu sebenarnya palsu dan bermutu rendah.


Felicia memohon maaf daripada Doktor Raiha atas keterlibatannya dalam kematian Ayu sehari
sebelum Ayu dhantar ke pusat rawatan kanak-kanak yang mengalami sindrom down. Atas arahan
Doktor Sadiz, membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar kereta
Porschenya itu. Doktor raha menerima ketentuan takdir itu dengan hati yang terbuka

5 KEKUATAN NOVEL



Pada pendapat saya terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini. Pertama pemilihan tema yang dipilih
oleh penulis sangat menarik. Hal ini demikian kerana dapat membuatkan pembaca lebih tenuia untuk

mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya. Seterusnya, penceritaan dalam novel ini juga banyak
menceritakan tentang kehidupan seorang doktor Hal ini dapat memberikan inspirasi kepada pembaca
terutamanya pelajar yang mempunyai minat dalam mendalami bidang kedoktoran Latar tempat yang

digunakan juga hanya difokuskan pada tempat yang mempunyai banyak kisah-kisah yang berlaku.
Ianya menjadikan pembaca tidak pening. Seterusnya, tahap pemikiran penulis juga memenuhi

kehendak pembaca Dengan idea-idea yang menarik yang diutarakan oleh penulis dalam novel ini
membangkitkan jalan penceritaannya. Akhir sekali. pengajaran dalam berumah tangga juga dapat

diambil Sebagai contoh, kehidupan Raiha dan Doktor Sadiz

5 KELEMAHAN NOVEL



Setian kelebihan yang ada pasti terselit juga beberapa kekurangan. Antara kekurangan dalam novel ini ialah

penulis tidak menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana perpisahan Raiba dan Doktor Sadiz boleh
berlaku. Seterusnya penulis juga tidak memberitahu dalam novel mengapa ayah Raiha melarang dan tidak

membenarkan dia untuk menjadi seorang doktor pakar pembedahan. Penceritaan dalam novel ini juga
menceritakan pelbagai masalah yang dihadapi dan hal ini akan menyebabkan para pembaca menjadi
pening. Selain itu, kisah mengapa Unong Siron perlu melakukan pembedahan berulang kali di tempat yang
sama juga tidak diceritakan Hal ini akan membuatkan pembaca ingin mengetahui tentang nasib yang
dihadapi olehnya. Akhir sekali. penulis tidak menceritakan tentang apakah yang menyebabkan tekanan
yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan singkat untuk mengatasi masalah tersebut

dengan meminum ubat batuk

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL



Pada pendapat saya penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk membangunkan lagi penceritaan
novel ini ialah penulis seharusnya menceritakan kehidupan perpisahan yang boleh berlaku antara

Raiha dan Doktor Sadiz. Selain itu, penulis juga perlu memberitahu mengapa ayah Raiha sangat
melarangnya untuk menjadi seorang doktor pakar bedah yang baginya merupakan pekerjaan yang
mulia dan menjadi minat Raiha Penulis perlu mengurangkan masalah-masalah yang ada supaya
pembaca dapat fakuskan kepada satu permasalahan yang berlaku sahaja Seterusnya mengapa Unong
Siron perlu menjalani pembedahan tulang sendi pinggul dengan berulang kali perlu dibanyakan lagi
untuk pembaca mengetahui kehidupan Unong Siron selepas itu. Akhir sekali, penulis seharusnya
menceritakan bagaimana Felicia Landosi merasa tertekan sehingga membuatkan dirinya mengambil

tindakan yang tidak sepatutnya untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya.

Pengenalan: Songket Berbenang Emas

Songket Berbenang Emas



Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun,
Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai

masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh
dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan
Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak

dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah
menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang

dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

BIOGRAFI KHAIRUDDIN AYIP




Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh

getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau
meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan
pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau
mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri
Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam
sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan
Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun

1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School
Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.



Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan. Tempat lahir beliau

Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat berketurunan Jawa yang letaknya empat
kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada
tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya
banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja,
datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau melihat pelbagai ragam kehidupan manusia

yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri
dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan.


Click to View FlipBook Version