The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4 FARABI_MUHAMMAD IKMAL AIMAN BIN SAIDIN_KAJIAN 8 NOVEL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by swaruphae, 2022-06-11 09:58:50

4 FARABI_MUHAMMAD IKMAL AIMAN BIN SAIDIN_KAJIAN 8 NOVEL

4 FARABI_MUHAMMAD IKMAL AIMAN BIN SAIDIN_KAJIAN 8 NOVEL

Novel Songket Berbenang Emas

Sinopsis Songket Berbenang Emas



Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari

dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal

menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia berbual-

bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia
memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.

Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di
kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah

habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan
keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa

dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.



Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan sahaja.
Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir
Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas
sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton

mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu
emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi

Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan
makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo

secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan

tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu.
Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya.
Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu
dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung

sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.



Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama ada emaknya

terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan keluarganya.
Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia
berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang
mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar

suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat
sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka
hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang
semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa
orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan
rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong

serba salah menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia
tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari
memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada
keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun
sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau
terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu
menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.


Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka
hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak
diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya
pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya.
Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia
doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang
berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan
memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar,
adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah
mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama

tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri
sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani

punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan abahnya. Siti

Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja
yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak
melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan

ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital
untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman
memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.


Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya tentang Saleha
yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu
Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila.

Dahlia amat terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya.

Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini
mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu

rumah dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua kalimah
syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan

Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai.
Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh
seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti.
Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh

kembali tetapi malangnya Said telah tiada.



Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana selama ini Dahlia
telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk
menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan
mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong

terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau

yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan
percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu

mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia

yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton.
Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir.
Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia
dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi

masa depan anak-anaknya.

Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar

paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong

panik.



Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik
ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia

teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata
untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati

Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan
kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila
melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa
ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya.
Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu
akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras
berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa
orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan
kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.


Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan
hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang
pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa
ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup
berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang

diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek
Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan

harga RM15,000.



Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Beliau

memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada
masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta
Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia
menenangkan dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin
berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada

Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia
berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok sahaja. Abu
Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan
kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada
Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik
kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu
sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun

mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.



Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia membayangkan
kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-
an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor
yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya
dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan

kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana
Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin
mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali

anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.


Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. Embong
berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak

risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah
Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka.

Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong

terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.



Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat tahu kambing

tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin
kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang
yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau

milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari
masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian.

Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan
keluarga Azhari yang ingin merisiknya.



.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran tersebut kerana
Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar
hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan
itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada
ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-
siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.


Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan abahnya, Dahlia terpaksa
menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah
agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak
mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang
kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam
dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang
Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya
bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek
Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung.
Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang banyak ketinggalan
disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang
dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat
Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak
bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan
bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah
datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga
Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat
membuat sebarang keputusan.


Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas di pondok bas.
Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk
menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak
akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang
perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-
tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus bertahan
lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia

terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan
penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan
itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut

tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul
pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan
cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia
perlulah bersiap sedia untuk berpindah.


Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah
terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada
dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk
mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan
parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi,
Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah
yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut
Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.


Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya untuk
bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti. Dahlia
membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk
sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang
sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan
Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan
Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-
hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya dan
memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang daripada keluarga
yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi
sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput
membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku.
Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar
ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu.
Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit.
Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-kawannya.Kavita
memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia

hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari hospital. Saleha
telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke
rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.



Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa bersalah
terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk
Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan jambatan
telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan
ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk tentang
keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.



Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga tinggal di
rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang

hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan
kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara
satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu

dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong

membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan.

Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam kesibukan itu,
Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat
pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia hanya menurut sahaja kehendak

keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di

kilang untuk mencari pengalaman.



Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk
mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas
cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum

bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia mengucapkan
tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas

dia bertunang dengan Azhari.



Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi, Dahlia

rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah telah
menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan Dahlia
dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul

5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya
menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan
orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana

jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah
menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut
“Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang

Melayu walau berada di mana-mana pun.

5 KEKUATAN NOVEL

Pada pendapat saya terdapat beberapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini. Antaranya novel ini
memberikan iktibar kepada pembaca tentang kehidupan seorang manusia yang tabah menghadapi segala

rintangan yang berlaku dalam hidupnya. Seterusnya, dalam novel ini juga menceritakan betapa
sayangnya seorang kakak terhadap keluarganya yang susah. Sebagai contoh. Rerwatakan Dahlia yang
menjaga adik-adiknya walaupun dia masih bersekolah kerana dia tahu keadaan emaknya, Selain itu,
perwatakan yang dipilih oleh penulis sangat membangkitkan lagi jalan penceritaan kisah-kisah dalam
novel ini. Hal ini demikian kerana perwatakan dalam sesuatu penceritaan itu sangat memainkan peranan

penting. Bukan itu sahaja, malah pengutaraan tema oleh pengarang sangat menusuk ke dalam jiwa
pembaca, Akhir sekali penulis juga menceritakan tentang keinsafan seseorang dalam menginsafi
kesilapan yang telah dilakukannya juga sangat menginspirasikan pembaca-pembaca dan boleh dijadikan

teladan

5 KELEMAHAN NOVEL

Terdapat juga beberapa kekurangan dalam novel ini, Antaranya penulis novel ini tidak
menceritakan bagaiman Said boleh tiba-tiba terjatuh dan meninggal dunia. Penulis banya

menceritakan Said yang tiba-tiba menierit sahaia Seterusnya penulis juga seharusnya
menceritakan tentang keadaan ibu Dahlia, Saleha setelah di masukkan ke dalam hospital untuk
mendapatkan rawatan dengan lebih lanjut tentang penyakitnya Jalan penceritaan dalam novel ini
juga agak panjang. Hal ini akan menyukarkan pembaca untuk memahami tentang kisah-kisah
yang berlaku dalam novel ini. Selain itu, penggunaan alur dan latar dalam novel ini adalah kurang

islas.Hal ini menyebabkan susah untuk pembaca mendalami sesuatu kisah Akhir sekali.
penggunaan watak dalam cerita ini juga agak banyak dan mengelirukan. Hal ini kerana setiap
kisah-kisah yang berlaku mempunyai watak yang sama dan berbeza yang akan menyebabkan

kekeliruan ketika membaca novel ini

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dimurnikan lagi untuk menaikkan
kisah-kisah dalam novel ini. Cadangan saya yang pertama. penulis seharusnya menceritakan tentang

bagaimana Said boleh tiba-tiba terjatuh dan menyebabkan dia meninggal dunia Seterusnya, untuk
membangkitkan lagi kisah dalam novel ini, penulis boleh menceritakan dengan lebih lanjut bagaiman
keadaan mak Dahlia, Saleha setelah di masukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya
tentang penyakit yang dihadapinya itu. Di samping itu penulis juga memendekkan jalan penceritaan

dalam novel ini sesuai dengan tahap pembacaan oleh remaja dan pelajar-pelajar Hal ini akan
membuatkan para pelajar lebih bersemangat untuk membacanya Dalam pada itu, penggunaan alur
dan latar yang kurang jelas juga perlu ditukar untuk lebih mudah difahami dan diketahui oleh para
pembaca Akhir sekali penulis perlu mengurangkan penggunaan watak dalam novel ini supaya jalan

penceritaannya tidak meleret dan pembaca dapat mendalami watak-watak dalam novel ini

5 KEKUATAN NOVEL
5 KELEMAHAN NOVEL
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pengenalan: Tirani

Tirani



Novel Tirani hasil karya Beb Sebarish bulan sekadar novel yang sarat dengan penceritaani et turut
menvelitian wama budaya dan resam masyarakat tempat khusya etnik Sarawak Keunikan etnik
Sarawak tengahkan oleh pengarang melimusi usaha gig watak utamanya Walienda untuk
mempromosikan induntn pelancongan di Sark


watak dalam novel ini menjalukas pritagi permasalahan semasa, terutama dalam kama hubungan

interpersonal speti persahabatan masa kwa m kekeluargaan. Pengarangnya bijak, memanipulaskan
pay bahasa bag membangkitkan si pencerannya seperti mmgonakan frasa daerah dan ialah samedic



Membaca novel in persis menaskul ke dunia psikolog wanita yang mahu mencapai kecantikan dan

kesempumaan secara menyeluruh dalam hidupnya Watak utamanya asa gigih menangkah anus
modenisasi dan fututk untuk mencipta kejayaan. Segala peradaban dan susila budaya bangsanya
walau berada di mana sahaja sap dipelihara dan dilindungi Pengarang mengaspirasikan suatu nilal

yang cukup mumi dan berjiwa dalam novel ini, thun kepada kaum wanita masa kini.

BIOGRAFI BEN SABARIAH




BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian
Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan
ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Baharu.




Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana
kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah
Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).




Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI SATU, KEPEZI DUA (terbitan
Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan Memori Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi

Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya 2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-
EAGA 2000, Pelagus-Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.




Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu
Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.




Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak pada tahun 2001

dalam genre puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006 dari
bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.

.

Novel Tirani

Sinopsis Tirani



Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung
kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan atas anma
dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah

mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang
kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih
cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di
Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin

kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi

kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland.

kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati
Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

Sinopsis Setiap Bab

Bab 1:
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang
wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat
akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat
Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha
serta Ustazah Rugalyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan. Di pekarangan
homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan
kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay laitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan
Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah
menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok
dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan
homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah buahan di Matang dan juga pengalaman
urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ.

Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.



Bab 2:
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi pelancongan dan

lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga
menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat

Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat
gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang

tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan
kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama,
Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama
kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk
ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia
luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui

perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura


Bab 3:

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri
dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan

jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan
keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul
Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali
sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan
gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar
negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam
Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat

sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan
Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya.
Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang

dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4:
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya. Singapura
dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia
juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah
menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah.
Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan. oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda
akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual
mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada
tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr. Zahari menjelaskan gambaran tentang
pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masal yang sama, Waheeda juga menyatakan
bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.


Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan
Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah
melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.


Bab 5:
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila
Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi
gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat
lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi
membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala.


Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura
Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di
depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat
lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan
kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan
bedah. Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah,
Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6:
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr

Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr Rushdi). Di dalam bilik
pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan
wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana
rupa rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah
keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu
ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang

ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa,
Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda

menerima tawaran tersebut.



Bab 7:
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari Waheeda bersama rakannya
menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia
di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ
seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya.

Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay
kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang. tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran

Dr Rushdi. Mereka bersantai berkongsi pengalaman dan pandangan.



Bab 8:
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir
hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek Persoalan ini menjadi topik

perbualan yang panjang antara mereka berdua.



Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr
Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan
Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah

menelefoninya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke
tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama

rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan
oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar, Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang

mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang BNtekad untuk
kembali ke Chalet Tajau Emas Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk
menghadiri satu temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah

membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini.
Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah

kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9:
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah mendapat
perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang
staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun,
dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong
meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan
oleh Alex kepadanya.


Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini,
Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan akan tidak
mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan
pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil
keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima
tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang danPenan


Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa
dengan Zahid. Dalam pertemuan ini,Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort
dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda, Setelah
Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu
teruja dan hati mereka terus berbunga.


Bab 10:
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk menemuinya
anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung
dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk
bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia
tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa rupanya
senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.


Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin
rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri
Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin
akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Bab 11:



Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang
ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira

mendengar berita tersebut
di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti

satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad

jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan
dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa
kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan

itu nanti.



Bab 12:
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism

International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk
acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan

kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.



Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo
Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang

dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas
disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda
mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya
masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr

Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.



Bab 13:
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang semakin meningkat
dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading.
Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari
usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu,
Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,

berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis
pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat

diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas
kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan
yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doal selamat di rumah Datuk Yasser.
Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini
disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura.

Dalam pada itu juga, bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan
kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah
dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun,

proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.



Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid
bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat
kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan

menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.





Bab 14:
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk
Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.Tetamu yang

diundang melebihi 1000 orang.



Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis Ini.
Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak

dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
datang ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang
yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur
telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara
akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara

mara kedua-dua belah pengantin Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di

Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira



Bab 15:
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau dan

Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan
dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid
semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan

tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya
rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam
masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa
wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo,

persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup
ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.Dalam dua minggu bergelar pengantin
baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya
membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Bab 16:
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak memberi gambaran negatif
kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari
timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong

pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang
menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan.
Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada

Nasuha Abdul rahim. (NAR )merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.



Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda
makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing
masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila
diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan
pelanggan terhadap isterinya.Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat.

Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan
dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri
Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk
Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa

dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.



Bab 17:
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia
individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas.Waheeda ingin berdikan
dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk

membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya.



Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap
atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan

ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.



Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburul,
hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun
ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk

meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi bagi Zahid,
Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala

Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami,
Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa

semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur
apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan
dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda
supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti
hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.


Bab 18:



Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga.
Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda. bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid.

Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti
ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan
yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway
dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of
Troy, Cleopatra, Ratu Saba' dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke
biliknya. Zahid meragul kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak
pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu

romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak
peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.



Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai
akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang
dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur.

Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari
BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh
rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha
terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila bila masa sahaja dia akan
bersalin, Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.



Bab 19:



Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak
senang duduk. Menyedari keadaan itu,Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin

Hazirah, ibu mentuanya datang menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu
mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin
Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain
kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling
menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda
supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu
sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau
Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.Waheeda telah mengetahui maklumat tentang

ujianDNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat
membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang
ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda,
Manakala rambut lebat seperti dengan Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid.
Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang
telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan

bilik tidurnya.



Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang
jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,

datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda.
Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid

menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.


Bab 20:

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI.
Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya
menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak
Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais
menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet
dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisytiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan

perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda,
Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hinglands dan
nombor telefon kepada Ghazi Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang

bernama Dr.Qamariah.



Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya
Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di
hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moralibu dan

abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di
apartment mereka di Kajang, tiba tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan

Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya wana-wani Ghazi bersetuju dan akan
berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21:
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di rumah
Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak Pak
Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-

pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih
Chalet Iwana-iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih
berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu, Waheeda menyuarakan hasratnya
untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan
Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan

keluarga Chalet Iwana-lwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan
menjejak langkahnya menjadi seorang ahli


Bab 22:

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun dahulu.Laporan
itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir

menunjukkan gambar gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang
tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa
kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda

terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.



Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-lwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan

luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat

Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.



Bab 23:
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi panas

dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula
dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung

serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikant isterinya. Aiman baru saja
mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan
itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada

bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat
kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan

Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar
di luar chalet. Lais jugak c8u mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara

dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka
banyak. bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk
menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe.
Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun.
Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya
akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka
berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan
raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak
lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada
terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya
di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di
kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila
ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang
dengan wajah yang agak pelik dan berlainan. menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat

tingkah laku anak gadisnya itu.



Bab 24:
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku

kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan
gerak-geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang kurangnya dia akan pasti anak
itu anaknya atau bukan Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi
esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan
lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan
reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya.
Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan izzati selama 20 tahun. Pertemuan
Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah
Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya

5 KEKUATAN NOVEL

Setian novel yang dibaca mesti mempunyai kekuatannya tersendiri. Kekuatan yang pertama bagi
novel ini ialah novel ini mengisahkan tentang adat resam masyarakat setempat terutamanya etnik

Sarawak. Sebagai contoh. Waheeda seorang anak kelahiran bumi Sarawak yang berkeiava dan
menguruskan pusat penginapan kelurganya. Kekuatan yang kedua pula novel ini banyak

memberikan iktibar tentang kita mestilah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup agar tidak
tersalah pilih seperti Waheeda. Hal ini kerana Zahid sanggup menceraikan Waheeda hanya kerana
anak mereka mempunyai masalah dan tidak mewarisi kecantikan Waheeda selepas dia melakukan
pembedahan plastik Kekuatan yang ketiga, novel ini mempunyai banyak nilai murni yang dapat

diterapkan di dalam diri pembaca terutamanya untuk wanita pada masa kini. Seterusnya, kisah
kesabaran seorang gadis dalam menempuh rintangan hidup sebelum dia mendapatkan kejayaan

yang diinginkan juga sangat membantu pembaca dan kisah ini menusuk ke dalam hati para
pembaca. Akhir sekali. tahap pemikiran penulis dalam pengarang dan menghasilkan novel ini

sesuai untuk pembaca terutamanya pelajar Tingkatan 5.

5 KELEMAHAN NOVEL

Setiap kekuatan yang ada pada sesebuah cerita itu mesti terselit juga kekurangan
Kekurangan yang pertama dalam novel ini ialah penulis tidak menceritakan bagaimana
hidung Waheeda boleh menjadi kemet sehingga membuatkan dia tidak ada keyakinan diri
dan ingin melakukan pembedahan plastik Kekurangan yang kedua ialah tajuk buku tidak
sama sekali masuk akal dengan penceritaan yang diceritakan dalam novel Namanya juga
jauh daripada tajuk-tajuk yang mudah difahamkan Dalam pada itu jalan penceritaan dalam
novel ini juga sangat menyimpang daripada plot utama yang mengekalkan budaya Sarawak.
Seterusnya, perwatakan watak utama juga tidak beberapa sesuai dengan novel ini. Hal ini
kerana Waheeda mudah-mudah sahaja memaafkan suaminya setelah apa yang suminya
lakukan kepada dirinya dan anaknya 20 tahun lalu. Akhir sekali, setelah selesai membaca
novel ini, pembaca tidak akan dapat mendalami watak-watak yang ada dalam novel ini. Hal

ini demikian kerana hanya watak Waheeda dan Zahid sahaja membangkitkan jalan
penceritaan Jika watak mereka ada penceritaan mungkin membosankan

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap novel ini
untuk menjadikan novel ini sesuai dengan pelajar Tingkatan 5 membacanya Cadangan saya yang
pertama penulis boleh memulakan dahulu kisah bagaimana hidung Waheeda boleh menjadi kemet

sehingga menyebabkan dia ingin melakukan pembedahan plastik Hal ini akan menarik minat
pembaca untuk mengetahui kisah-kisah berlaku selanjutnya. Seterusnya, penulis perlu menukarkan

juga tajuk buku kepada tajuk-tajuk tempatan atau tajuk yang mudah difahami Hal ini akan
membuatkan pembaca sudah dapat meneka penceritaan yang akan berlaku hanya dengan membaca
tajuk buku itu sahaja. Dalam pada itu, penulis juga tidak seharusnya melakukan jalam penceritaan
yang menyimpang daripada plot asal. Hal ini demikian kerana pembaca akan berasa keluru tentang

cerita apakah yang sebenarnya ingin diutarakan. Di samping itu, penulis juga seharusnya
menukarkan perwatakan watak utama kepada yang lebih baik. Sebagai contoh, Zahid perlu
bersungguh dalam menyesali kesalahan yang dia lakukan dan Waheeda pula tidak perlu mudah-
mudah memaafkan suaminya itu. Akhir sekali. penulis juga perlu menyelitkan kisah-kisah yang
menarik yang berlaku kepada watak-watak sampingan agar karakter mereka membangunkan lagi

novel ini

Pengenalan: Bimasakti Menari

Bimasakti Menari



la bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit.
Bintang-bintang memang sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja
yang tidak dapat melihat. Pelik bukan? Sedikit cahaya pula menutup deria
mata. Begitu Tuhan mencipta deria manusia dengan penuh keterbatasan

agar manusia tidak leka dengan apa-apa yang dilihat oleh deria.
Dapatkah Nurul Hafsa membawa bintang-bintang itu kembali ke Kuala

Selangor?

BIOGRAFI SRI RAHAYU MOHD YUSOP




Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar dalam jagat kesusasteraan Melayu.
Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya yang suka bercerita.‘Sebagai kakak sulung, saya
suka bercerita kepada adik-adik saya. Apabila saya remaja saya mula menulis sekadar suka-suka. Apabila
memasuki universiti, saya belajar teknik penulisan dengan membaca buku-buku panduan penulisan,” katanya
menghimbau kenangan berjinak-jinak dalam dunia penulisan.Apabila melanjutkan pelajaran di New Zealand,
beliau menemukan keistimewaan negara sendiri sebagai latar belakang cerita. Hanya ketika berusia 24 tahun,
barulah beliau menemui jati diri sebagai penulis. Setelah berkahwin, suami merupakan penyokong kuat yang

memberikan bantuan dari segala segi di samping galakan. Di samping itu, ibu beliau tidak putus-putus
mendoakan kejayaannya.


Sri Rahayu menyukai genre fiksyen sains kerana tidak banyak saingan di peringkat kebangsaan. Di samping itu,
katanya, genre fiksyen sains sentiasa memerlukan penulisnya mengikuti perkembangan terkini tentang

teknologi.“Hal ini memberikan cabaran dan keseronokan kepada saya,” katanya yang mempunyai dua orang
anak.Menjadi pengarang yang prolifik, berkeluarga dan berkerjaya sebagai guru tentunya memberikan cabaran
yang bukan sedikit kepada beliau untuk membahagikan masa. Walau bagaimanapun Sri Rahayu mengutamakan
kerjaya terlebih dahulu.“Saya sentiasa mementingkan pekerjaan saya sebagai guru terlebih dahulu. Kemudian
mementingkan anak-anak, suami dan ibu saya. Hobi menulis sebenarnya mengambil tempat yang terakhir dalam
hidup saya,” katanya lagi.Walau bagaimanapun apabila mengarang, beliau akan memberikan komitmen yang
bersungguh-sungguh. Contohnya, beliau akan menyediakan segala buku rujukan dan komputer hampir dengan
dapur supaya beliau boleh memasak sambil menulis. Beliau menjaga anak-anak sambil menulis; tidur sekejap-

kejap sekadar untuk mendapatkan mimpi dan bangun semula untuk menulis. Apabila ke mana-mana, beliau
membawa buku nota untuk menulis sambil menunggu anak-anak pulang.Secara umum, Sri Rahayu boleh
menulis bila-bila masa apabila beliau mempunyai sasaran atau tarikh hantar manuskrip. Walau bagaimanapun

beliau mempunyai tempoh paling selesa untuk menulis.




“Saya berasa paling selesa menulis pada waktu malam dari pukul 9.00 hingga 12.00 tengah malam. Waktu pagi
pula dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi selepas saya berjoging sejauh dua kilometer,” kata Sri Rahayu yang
mementingkan kesihatan.Sri Rahayu yang kerap menang sayembara penulisan mempunyai alasan tersendiri

untuk bertanding.“Saya akui bahawa tindakan saya itu merupakan suatu strategi. Saya tidak mempunyai wadah
penerbitan selain sayembara. Saya memilih sayembara kerana saya tidak perlu akur pada sebarang garis

panduan penerbitan. Sayembara membolehkan saya menulis tentang isu yang tidak konvensional (dan tidak
berapa laris di pasaran) dan karya itu akan diterbitkan. Saya tahu jika saya tidak menulis kisah cinta muda-mudi,

rumahtangga, atau seram, novel saya tiada tempat di pasaran,” akui Sri Rahayu.Umum mengetahui novel
popular mendapat tempat dalam kalangan pembaca, terutamanya golongan muda.

Novel Bimasakti Menari

Sinopsis Bimasakti Menari

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang
bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar
dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi

tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan. pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah

mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.



Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa
kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau
sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui 'lelaki kelip-kelip' atau nama sebenarnya
Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian
agar populasi kelip kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit

Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato' Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan

memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik
mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor



Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula
menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.



Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya
menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis
membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa

orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.



Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk
menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato'
Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk

menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Sinopsis Setiap Bab

BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai

Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan
murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul
Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-
benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil
langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa
telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan
yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk
menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan
bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit
cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan
bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak

dapat dilihat oleh deria.



BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari
Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad
Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut
kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung
tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad
taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak
kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut
Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan
olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah
mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.



BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung
dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal
tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama
Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia
nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara
serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran
serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, .

Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun
yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh
mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip

berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan
persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh merekaanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan
sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala
Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.



BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul
Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor
berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah
mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di
Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan
Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk
membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau
oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa
pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk
terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan
yang tidak terancang.



BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di lapangan
terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang
didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan
perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah
menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas
dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka.
Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya
bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum
bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan
pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala

Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang

alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap
mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan
Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-
peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan

abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-
temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata
hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor
daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain.
Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah
juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul
Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-
buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut
dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.



BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah
lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul
Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah
dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman
memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada
masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa
selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan
Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak
sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu
di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali.
Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana
telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan
ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik
menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun
begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.



BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka
ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan
Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.



BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu,
mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan
yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan
tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak
mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai
saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan

mahram.

Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi
kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala
Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan,
Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus
kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.


BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya dengan
menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-

kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan
gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik
menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx

tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa
terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi

kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.



BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan pengaruh

beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di
hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-
A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan
segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti
cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama

di negara ini.



BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid.
Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit
Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan
penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli
perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin
apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’
Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang
projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan
SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu
untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan

pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk
mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin
disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann
telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan
pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai.
Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan
Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.



BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya sambil
memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya
memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong
rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja
tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu
dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa
segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan
awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun
mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak
hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.



BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik.
Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan
sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk
berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka
solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan
Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik
dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan
diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama.
Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak

memakai selendang hitam bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di hospital
bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media
bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis
menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya
memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif
serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang
projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor
Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.



BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap populasi kelip-
kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman
meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri
Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas
melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman
tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang
lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap



BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago apabila
dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping
nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari
tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam
perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia
pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi
yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul
Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik yang belum
dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa
perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan
tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau
membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri,
dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada
Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.



BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV,
pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran
kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor
Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga
Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat
aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman
Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan
tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.



BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk
menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya.
Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan
kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul
Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan
kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua
kelip-kelip terakhir di dunia.

5 KEKUATAN NOVEL

Novel ini bagi saya mempunyai banyak kekuatan tersendiri yang mampu utnuk menarik minat pembaca
khususnya para pelajar Tingkatan 5. Kekuatan pertama ialah pengutaraan tema oleh penulis adalan unik dan
lain daripada novel-novel yang sebelumnya. Hal ini demikian kerana novel ini mengisahkan tentang alam

sekitar khususnya menangani pencemaran cahaya Novel ini juga menarik perhatian saya kerana cerita ini
berdasarkan memori terindah penulis ketika masih kecil iaitu boleh menangkan kelip-kelip dan

masukkannya ke dalam balang, Peristiwa ini sangat menarik minat saya malah akan menarik minat
pembaca lain juga. Seterusnya jalan penceritaan yang dikemukakan oleh penulis baik dan senang untuk
difahamkan. Dalam pada itu, latar tempat yang digunakan juga hanya penulis fokuskan kepada tempat yang
benar-benar berlakunya peristiwa-peristiwa menarik. Akhir sekali watak utama yang menunjukkan cinta
akan alam sekitar dapat memberikan inspirasi kepada pembaca. Hal ini demikian kerana watak utama

melakukan banyak perkara untuk memulihakan kembali alam sekitar

5 KELEMAHAN NOVEL

Pada pendapat saya. terdapat beberapa kekurangan dalam novel ini. Kekurangan yang pertama ialah
jalan penceritaan dalam novel ini agar panjang. Hal ini akan membuatkan pembaca perlu menunggu
lebih lama untuk mengetahui kisah yang berlaku sehingga habis penceritaan Kekurangan yang kedua

penggunaan latar masyarakat dalam novel ini juga terlalu banyak dan pelbagai. Hal ini boleh
mengakibatkan pelajar menjadi keliru dengan sesebuah cerita Dalam pada in ada sesetengah
penceritaan yang tidak penting tidak perlu diceritakan atau pendekkan sahaja penceritaan itu. Hal ini
dikatakan demikian kerana pembaca hanya ingin mengetahui kisah sebenar dan perkara menarik
yang berlaku sahaja Seterusnya, penulis memasukkan terlalu banyak perwatakan dalam novel ini.
Hal ini mengakibatkan penceritaan itu menjadi lebih panjang dan meleret. Akhir sekali penulis tidak

mewujudkan sebarang tanda tanya atau konflik yang dapat menarik minat pembaca untuk
mengetahui kisah selanjutnya yang berlaku sehingga akhir cerita

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, terdapat beberapa bahagian atau perkara yang dapat dimurnikan lagi untuk
membuatkan jalan penceritaan yang cantik dan menarik. Cadangan saya pertama ialah penulis perlu
mengurangkan jalan penceritaan kepada yang lebih pendek Jika jalan penceritaan itu meleret dan panjang
ianya akan merasa bosan dan pelajar enggan menghabiskan baca novel itu Cadangan saya yang kedua
pula, penulis seharusnya mengurangkan pengunaan latar masyarakat yang terlalu banyak. Penulis hanya
perlu mengambil yang betul-betul diperlukan dan membangkitkan lagi kisah ini sahaja. Dalam pada itu,
saya juga mencadangkan bahawa ada Sesetengah penceritaan yang perlu dikurangkan atau pendekkan
kerana ianya langsung tidak menarik minat pelajar. Saya tahu bahawa remaja pada masa kini hanya ingin
kan yang paling mudah tetapi dapat difahamkan dan sampai ke dalam hati mereka. Di samping itu
perwatakan juga perlu dikurangkan sedikit untuk mengelakkan kekeliruan ketika membaca. Akhir sekali.
penulis juga perlu masukkan beberapa tanda tanya atau konflik yang menarik minat pembaca untuk
mengetahui kisah itu lebih lanjut Sebaiknya setiap penceritaan perlu ada naik turunya seperti graf dan
persoalan demi persoalan perlu ditonjolkan untuk menaikkan rasa ingin tahu pembaca dalam kisah ini

Pengenalan: Silir Daksina

Silir daksina



Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu misteri dalam
hidupnya. Sesungguhnya Haigal tidak pernah bertemu,
apatah lagi mengenali lelaki itu. Konflik keluarga telah
membawa kepada penceraian, lalu memisahkan Haloal
dengan ayah kandungnya itu.


Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap
rahsia yang sekian lama terpendam. Haiqal membulatkan
tekad walau sedar uminya pasti membantah. Dia perlu ke
kampung halaman arwah ayahnya. Misteri Abdullah bin
Kayan perlu dirungkai.

BIOGRAFI NIZAR PARMAN
Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk
menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis
tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di
perpustakaan.Bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto Terakhir, Rimba
Harapan, Seorang Tua di Kaki Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala, beliau mula terfikir, sampai
bilakah harus membaca karya orang lain? Lantaran pertanyaan itu, beliau mula memberanikan
diri menulis puisi dan kemudiannya cerpen. Karyanya berupa cerpen, puisi, dan rencana tersiar
dalam pelbagai media, seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan
Siswa, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita dan URTV. Beliau juga menulis
novel.Isu dan tema yang ingin disampaikan dan menjadi keutamaan dalam karya beliau ialah
kisah kehidupan masyarakat di luar bandar dan marhaen. Baginya, kelompok ini cukup penting
untuk mengimbangi sosiobudaya masyarakat di negara kita.Seperti kebanyakan penulis, ketika
berkarya, Nizar Parman memilih untuk menulis dalam suasana yang cukup aman dan tenang.
Lantaran itulah beliau memilih waktu menulis pada larut malam, iaitu dari jam 12.00 tengah
malam hingga dinihari.Sebelum berkarya, Nizar Parman lazimnya banyak melakukan perkara
yang digemarinya, seperti bergaul dengan kelompok masyarakat sama ada dalam majlis
keramaian seperti kenduri-kendara ataupun di warung. Baginya, cerita atau perbualan dengan
rakan atau sesiapa sahaja yang dikenalinya banyak memberikan ilham dalam penulisan. Namun
begitu, ada masanya juga Nizar Parman mengakui bahawa beliau lebih gemar menyendiri untuk
mencari idea, terutama pada saat-saat yang kritikal sehingga tidak menghiraukan orang
lain.Ditanya mengenai konsep atau slogan penulisannya, Nizar Parman menyatakan, “Hidup
sebagai pengarang atau penulis ialah perjuangan yang tidak akan berakhir. Malah, saya cukup
terkesan dengan kata-kata seorang teman, iaitu ‘sastera itu berkeringat’.”Nizar Parman juga
mengaku bahawa bengkel penulisan yang disertainya pada peringkat awal hanyalah setelah
beliau melanjutkan pengajian di MPKI.

Novel Silir Daksina

Sinopsis Silir Daksina

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat

Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia

kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga
adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan

kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di
Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal.
Adakah haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu menyimpan

banyak rahsia yang perlu dihuraikan?

Sinopsis Setiap Bab

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA



haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh
dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala
Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa
usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan
walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal

mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.



BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN



Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di
sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan

perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan
STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya.
lSambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-
tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi

tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu
tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung

Seri Purnama Batu Pahat Johor.



BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA



Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-penari
yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin

kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan
subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat
kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku
latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual

dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan
menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal
Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana
semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil
tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah
ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke

Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya
perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. .

Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya
sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman.
Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai
Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching
diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama
ke Sekolah Kebangsaan Seri PurnamaTauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina

tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke
sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku
kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan
Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya.

Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah
Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang
yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling
ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir

Ai Ling tidak selesa.
ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-
anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas
untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di
kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke
laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana
terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku
terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk
membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng
seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu
hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang

akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.



iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu
ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan
bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan

datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak
zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu

dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat
setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus

berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot
deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk
Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-

tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.

iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang
akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya
kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat

dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu
mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani

kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling

dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya



v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk
kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang

Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada
dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu.

Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak
muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka.
Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan
aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim
memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai
oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika
dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati.
Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir.
Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan
isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan
Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan

mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling



vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum
persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya
dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula

berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak
tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu.
Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu
amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15
malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan
Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan
anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula
meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.



vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk.

Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan
penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya

sudah terhakis

. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu
bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya
Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa

arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan
kisah pahit dalam rumahtangganya.



viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada
bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan
seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan
semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan.

Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak,
Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan

kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke
rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam

balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang
pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat
bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang
kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix
Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku
berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu
menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku

tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.



BAB 4: DESAKAN HATI



Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal bagaikan
dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung

Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah
Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu

menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju
dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk

menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip
ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan
Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka

tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya.

Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan
manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal
dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya

Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa
bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah

bagi meluahkan perasaannya tentang ayah



BAB 5: RINDU



Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama
ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan
Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang
tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-
sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan

impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk
menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali
tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan
dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal
terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah
kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak

mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.





BAB 6: SATU KETETAPAN



Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan
berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat
untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh
Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk
pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan

Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.



BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH



Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani oleh
Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya

ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG



Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu

teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya
kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya
dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh

Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.



BAB 9: PERTEMUAN



Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah. Setelah
bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada

seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke
pekan untuk makan tengah hari.


BAB 10: PUSARA



Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan
Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur
ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.


BAB 11: SUASANA BAHARU



Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini
telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya

diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit
kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit.
Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa
sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah

memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh.
Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan
juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing

ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil
mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman

kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA



Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang
tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza
dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan
bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya

itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan
gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.



BAB 13: SINAR HARAPAN



Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri Purnama
telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan

perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.



BAB 14: MENCARI KESERASIAN



Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan
penduduk kampung membuat latihan zapin.


BAB 15: TETAMU ISTIMEWA



Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-masing
sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.


BAB 16: BERMULALAH EPISOD



Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal
sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya

sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin
jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah

bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.


Click to View FlipBook Version