SAHABAT AL FATEH KMKt
KATA PENGANTAR
Alhamdulillah, puji syukur kami panjatkan kehadirat Allah SWT yang telah memberikan
rahmat serta kurniaNya kepada kami sehingga kami berjaya menyusun Makalah ini tepat
pada waktunya yang berjudul “MODUL USRAH “WE CHAT” KOLEJ MATRIKULASI
KELANTAN ”
Makalah ini mengandungi informasi perjalanan usrah di KMKt atau yang lebih khususnya
adalan modul panduan para naqib dalam melaksanakan aktiviti usrah.
Diharapkan Makalah ini dapat memberikan panduan kepada kita semua dan para naqib
khususnya tentang perlaksanaan aktiviti usrah bermodul.
Kami menyedari bahawa makalah ini masih jauh dari sempurna, oleh kerana itu segala
kritikan dan saranan yang membina, selalu kami harapkan demi kesempurnaan makalah ini.
Akhir kata, kami sampaikan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut serta dalam
penyusunan makalah ini dari awal sampai akhir. Semoga Allah SWT sentiasa meredhai
segala usaha kita. Amin.
08 November, 2020
Khairil Azuar bin Mohd Noor
Sri Rafidayu binti Mohd Ani
SAHABAT AL FATEH KMKt
MATLAMAT WE CHAT
1) PENGENALAN (TAARIF)
− Memahami asas-asas Islam merangkumi aqidah, ibadah, dan akhlak Islamiyah
− Memahami tuntutan Islam terhadap tasawwur Islam yang sejahtera, tanggungjawab mengikuti
program pendidikan berunsurkan Islam dan menunaikan dakwah Islamiyah secara amar makruf
dan nahi mungkar
2) PEMBANGUNAN (TAKWIN)
− Memahami tuntutan menggerakkan dakwah Islam melalui organisasi islam kampus, menyedari
disiplin ketaatan dalam beragama, serta tuntutan pengorbanan dalam menghadapi menhah dan
tribulasi dalam proses penyebaran dakwah.
− Menyedari ancaman besar gejala keguguran dari jalan dakwah.
KAYU UKUR WE CHAT
Core-Courses (Teras)
− Tajuk-tajuk dalam mengikut marhalah yang telah didefinisikan
berdasarkan outline ; objektif akhir dari Lajnah Kerohanian yang dibentuk hasil penilaian
rasional dan isu-isu semasa berkaitan tajuk tersebut), sub-topik cadangan bagi setiap tajuk atas
tema asas “apa, kenapa, bagaimana”
Supportive-Courses (Bahan Bacaan)
− Pendekatan isu-isu sirah berkaitan tajuk (kembali ke madrasah tarbiyah Rasulullah)
pendekatan isu-isu semasa berkaitan tajuk (keep in touch with reality)
Elective-Courses (Dalil)
− Cadangan satu ayat teras berkaitan tajuk untuk dihadamkan oleh ahli usrah (sama ada melalui
bacaan dan tafsir di awal usrah atau hafazan surah atau ayat keseluruhan)
− Cadangan satu hadis teras berkaitan tajuk (method sama dengan ayat teras)
− Tugasan daripada buku rujukan yang dikhususkan berkaitan dengan sesuatu tajuk (cadangan)
− Critical courses (khusus kepada ahli usrah bukan aliran sastera)
− Apa-apa perbincangan mengenai Al-Quran dan Al-Hadis yang bersesuaian dengan tahap ahli
usrah
SAHABAT AL FATEH KMKt
WE CHAT SEMESTER 1
GARIS PANDUAN SILIBUS WE CHAT
TAHAP 1
“Memahami asas-asas Islam merangkumi aqidah, ibadah, dan akhlak”
“HAPPY FAMILY”
TEMA : PENGENALAN KONSEP USRAH DAN KEPENTINGANNYA
Objektif :
1) Menjadikan we chat (usrah) sebagai kayu ukur dalam menentukan kejayaan atau kegagalan
pembangunan sahsiah diri dan ibadah.
2) Menjelaskan konsep we chat yang sebenar dan kepentingan usrah kepada mahasiswa dan
mahasiswa secara khususnya.
3) Menyedarkan faktor-faktor keberkesanan we chat dan kesan-kesan yang kurang baik sekiranya
perbincangan usrah dipandang remeh oleh fasilitator (nuqaba’) mahupun ahli usrah (mentee)
TERAS BAHAN BACAAN DALIL
▪ Pengertian usrah Sirah : Al-Quran :
▪ Matlamat usrah kisah dakwah sirriyyah Nabi S.A.W di Al-Maidah : 12
▪ objektif dan keistimewaan rumah al-Arqam bin Abi Al-Arqam (bina Al-Hujurat : 1-5: 12
usrah dalam Islam Qaedah Sulbah yang kuat walau sedikit)
▪ Sejarah usrah kisah kehebatan 12 nuqaba di Madinah
▪ Konsep sebenar usrah dan dalam membentuk sebuah negara
kesalahfahaman berkaitan kisah 12 naqib Bani Israel (tafsir
usrah al-Maidah : 12)
▪ Rukun usrah
▪ Taaruf Isu semasa : Hadis :
▪ Tafahum perbincangan keratan akhbar Kepentingan majlis ilmu
▪ Takaful masalah-masalah sosial semasa dalam Islam (riwayat
▪ Adab-adab dalam usrah melibatkan remaja dan mahasiswa hari At-Tirmizi)
▪ Pelaksanaan, pentadbiran ini dan pentingnya berada/berkawan
dan pendekatan usrah dengan kumpulan orang-orang Mukmin Set induksi :
modul “kertas carik yang
bertindan”
modul “kepak lidi”
SAHABAT AL FATEH KMKt
Muqaddimah
Usrah bukanlah sesuatu yang asing di dalam Islam. Bahkan ia bermula sejak zaman Rasulullah SAW
selepas Bai’ah ‘Aqabah Terakhir pada malam ‘Aqabah ketiga datang tujuh puluh tiga lelaki dan wanita
dari Madinah berbai’ah kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW memilih daripada mereka pada malam tersebut 12 orang naqib. Mereka ialah; As’ad
bin Zararah, Sa’ad bin Rubai’, Abdullah bin Rawahah, Rafi’ bin Malik, Bara’ bin Ma’rur, ‘Abdullah bin
Amru bin Haram ayah kepada Jabir dan Islam pada malam tersebut, Sa’ad bin ‘Ubadah, al – Munzir bin
‘Amru, ‘Ubadah bin as – Somit dan kesembilan - sembilan mereka dari puak Khazraj dan tiga daripada
puak Aus; Usaid bin al – Hadir, Sa’ad bin Khathimah dan Rifa’ah bin ‘Abd al – Munzir.
Manakala wanita 2 orang; Ummu ‘Umarah binti Ka’ab bin ‘Amru dan Asma’ binti ‘Amru bin ‘Adi.
Definisi dan Konsep
1) Proses tarbiah Islam adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan
semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani
satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ikatan persaudaraan. Ia membawa
maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan
menyeluruh.
2) Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan
penghayatan terhadap Islam sebagai sistem yang lengkap lagi melengkapi) yang akan
melahirkan individu muslim yang sejati. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah
hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan individu muslim yang
menghayati islam dalam kehidupan.
3) Usrah sebagai unit terpenting dalam membentuk individu muslim yang sejati di mana
memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang
tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi usrah di setiap
peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat
menguntungkan Islam.
SAHABAT AL FATEH KMKt
RUKUN USRAH
1) Taaruf
Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan
tujuan al-hubbufillah. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu
bersaudara ....." Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Orang yang beriman dengan orang
yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang
lain”. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara
pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan
penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab
mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal yang
benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk
mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.
2) Tafahum
Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa'alah juga, bertujuan supaya
usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama
beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah
diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara
(ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa
perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, cuba
renungkan hadith di atas.
3) Takaful
Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang
terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah
mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan
pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada
ukhuwah yang murni.
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu
keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. Dan
sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan
kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain
syurga. Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga.
SAHABAT AL FATEH KMKt
PENTADBIRAN USRAH
1) Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur kemas dan mengelakkan
perbincangan yang suram dan membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya
dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk
perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.
2) Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat
dilihat dan dijawab dengan sempurna:
3) Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ mahu ahli usrah
4) Sejauh mana kefahaman nuqoba’ dalam penghayatan Islam.
5) Sejauhmana pula konsep bekerjasama di kalangan nuqaba’ dalam membantu proses
penghayatan Islam.
6) Sejauh mana ikatan ukhuwwah dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam
bentuk amalan.
TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH
1) Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada anak usrah yang
dibawa.
2) Meningkatkan penghayatan Islam dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan
mempertahankan kemuliaan ajaran Islam.
3) Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan.
4) Menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari islam sebagai satu cara hidup.
5) Mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan individu muslim yang benar-benar mampu dan
teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlak.
CIRI-CIRI FASILITATOR (NAQIB/AH)
Secara ringkas disertakan sekali cirri-ciri naqib yang memimpin usrah:
Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama
Naqib perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang mendalam terhadap Tasawwur Islam dan
memahami keadaan kampus serta memahami cara-cara berdakwah. Setidak-tidaknya naqib biarlah dari
kalangan mereka yang mempunyai pengalaman, serta ilmu terhadap asas-asas Islam.
Iman yang mendalam
Naqib perlu menjadi contoh ikutan kepada ahli-ahli usrah. Lantaran itu ia mestilah mempunyai keimanan
yang kukuh, keyakinan, tawakkal serta memelihara ibadat-ibadat wajib da menjaga sunnah-sunnah
Nabi saw.
Bersifat amanah
Naqib perlu menyedari bahawa ia memikul amanah yang tinggi iaitu membimbing ahli-ahli usrah supaya
menjadi golongan yang berakhlak di samping merasakan bahawa dialah orang yang bertanggungjawab
memelihara agama.
SAHABAT AL FATEH KMKt
Keikhlasan yang tinggi
Keikhlasan adalah perkara paling penting dalam mana-mana perkara yang hendak dilakukan. Namun
perkara yang terlebih penting adalah ikhlas kepada naqib-naqib dengan tidak mengharapkan apa-apa
ganjaran serta sanggup berkorban. Ia perlu mengorbankan lebih masa, perasaan, masa kerja, keluarga,
harta-kekayaan, dan berbagai kepentingan lain untuk cita-cita Islam.
Beramal dengan ilmu
Naqib perlu beramal dengan ilmu dan dikenali sebagai orang yang beramal dengan ilmunya. Ini akan
memberikan kesan yang baik ke atas anggota-anggota jamaah yang lain yang menjadi contoh yang
baik.
Peribadi yang terpuji
Naqib dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak dan peribadi yang baik, menepati janji, jujur dan
berbagai lagi akhlak yang mesti dimiliki. Ini kerana naqib adalah sebagai pembimbing, pendidik, guru
dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian umum.
Pergaulan yang baik
Hubungan naqib dengan ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan, dan bukan terhad hanya di
dalam usrah semata-mata. Naqib mestilah pandai bergaul dengan anggot usrah yang lain serta
mewujudkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anggota usrah.
PANDUAN ‘We Chat’ (Usrah)
1. Mestilah ditegaskan bahawa islam dan ajarannya bersumber dari kitab suci al-Qur’an dan
hadith Nabi saw sebagaiimana yang difahami dan diambil dari ulama’ yang muktabar.
2. Memberi penekanan terhadap asas-asas Islam dan penekanan bahawa Islam adalah satu
sistem hidup atau ad-deen yang sempurna.
3. Bahan-bahan usrah, hendaklah mengambil kira silibus yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli
usrah.
4. Panduan usrah perlu mengandungi Aqidah dan syahadah yang kemas dan menyeluruh yang
menjadi teras kepada pembentukan mukmin.
5. Kandungan Usrah perlulah dapat memandu dan menyumbang kearah pembentukan peribadi
muslim dan pendakwah.
6. Kandungan usrah mestilah mengandungi peringatan untuk memelihara Islam.
7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina
kerohanian seperti membanyakkan zikir, wirid mathurat, doa-doa, membaca al-Qur’an,
menziarahi kubur dan sebagainya.
8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur pembentukan mukmin yang seimbang
dalam kehidupan.
9. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli usrah berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan
ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan, dan kekurangan yang ada
dikalangan ahli usrah dengan cara-cara yang baik.
SAHABAT AL FATEH KMKt
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN / KEGAGALAN USRAH
Faktor-faktor yang berpunca daripada fasilitator:
1. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka tarbiyyah.
2. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiah yang sesuai dengan tahap mad’u dan sasaran.
3. Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.
4. Naqib tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.
5. Tidak mengenal mad’u.
6. Para Fasi tidak ada semangat dakwah.
7. Tidak membuat persediaan dan kajian terhadap bahan-bahan Usrah.
8. Tidak segera menyelesaikan masalah.
9. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.
10. Fasi tidak mematuhi panduan usrah.
CIRI-CIRI USRAH YANG BERJAYA
1. Majlis yang terancang dan berterusan
2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.
3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.
4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.
5. Usrah sebagai saluran melahirkan dan membentuk individu muslim sejati.
SAHABAT AL FATEH KMKt
“ADA APA DENGAN SYAHADAH?”
TEMA : AQIDAH DAN SYAHADAH
Objektif :
1. Melahirkan ahli WC yang memahami dengan baik rukun Islam, rukun Iman, pengertian
Syahadatain dan WC perkara membatalkan aqidah
2. Melahirkan ahli WC yang memahami tuntutan aqidah Islam (Ahlus Sunnah wal Jamaah) ke atas
segenap tindakan dalam kehidupan sebagai mahasiswa Muslim di universiti
TERAS BAHAN BACAAN DALIL
1. Pengertian dan kepentingan akidah Sirah: Al-Quran :
2. Kaitan antara akidah (hati) dan 1. Kisah perjuangan akidah para 1. Ibrahim : 24
syahadah (lafaz) sahabat (cth: bilal bin rabah) 2. Al –buruj :1-10
3. Unsur pembentukan akidah: 2. Isu pasca isra nabi dan as-siddiq
− memahami 6 rukun iman abu bakar (keimanan ghaibiyyah)
− memahami 5 rukun islam 3. Kisah ashabul kahfi/ukhdud
4. Peranan akidah keatas kehidupan: 4. Kisah sumayyah dan masyitah
− peribadi yang unggul (muslimat)
− berani pertahankan kebenaran
5. Adil dalam pemerintahan:
− melahirkan sifat persaudaraan
− membebaskan manusia daripada
khurafat
− menenangkan jiwa dan asas
kebahagiaan
6. Keistimewaan akidah islam:
− akidah rabbaniyah
− akidah yang sesuai dengan fitrah
semulajadi manusia
7. Memahami konsep tauhid uluhiyah,
rububiyah, dan asma was sifat
8. Memahami konsep syahadah
− Konsep ilah: Tumpuan pengabdian,
perlindungan, kecintaan, ketaatan
− Tuntutan syahadah: Perkara yang
membatalkan syahadah
− Beberapa istilah dalam akidah,
iman,kufur,syirik,murtad,nifaq, fasiq
**We Chat = WC
SAHABAT AL FATEH KMKt
Muqaddimah
Kisah keimanan Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan di antara tauladan yang wajar diamati
tatkala membincangkan soal Aqidah, Tauhid, Syahadah dan hal-hal lain berkaitan. Ashabul Kahfi adalah
merupakan segolongan pemuda yang beriman dengan Allah SWT. Mereka berpegang dengan Aqidah
yang betul bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Iltizam dan kuatnya pegangan mereka
terbukti apabila mereka dihadapkan kepada raja mereka yang zalim. Demi mempertahankan Aqidah
yang suci ini, mereka terpaksa menyembunyikan diri mereka ke dalam gua. Lari bukan kerana takut,
tetapi demi Aqidah yang ingin dipertahankan. Kisah Ashabul Ukhdud pula menceritakan tentang
segolongan pembesar negeri yang kejam terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah. Mereka
menggali parit dan menyalakan api sehingga seluruh parit marak dengan api. Mereka melakukan
pembunuhan kejam terhadap orang-orang yang beriman dengan mencampakkan mereka ke dalam api
dan menyaksikan pembunuhan itu dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Orang-orang beriman
yang dibakar itu tidak melakukan apa-apa dosa kepada mereka kecuali beriman kepada Allah SWT.
Pengertian Aqidah
Bahasa : Lafaz Aqidah berasal daripada kalimah ( عقيدة- يعقد- )عقدyang bermaksud ikatan/simpulan atau
janji yang kuat. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut.
Menakala bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam
keadaan aman. Haiwan yang buas tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah
kepada hidupan yang lain. Begitu juga dengan manusia, mereka memerlukan ikatan yang dapat
menjamin keharmonian manusia di duna dan akhirat.
Istilah : Aqidah ialah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan
terputus dalam apa jua keadaan. Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang kepada
al-Qur'an dan as-Sunnah dan melaksanakannya di dalam kehidupan.
"Tidak ada paksaan di dalam (memeluk) agama (Islam). Kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran
(Islam) daripada kesesatan (Kufur). Oleh itu, barangsiapa yang engkar kepada Tohghut, dan ia pula
beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah ber[egang teguh kepada simpulan (tali Allah) yang
teguh, yang tidak akan putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(al-Baqarah : 256)
SAHABAT AL FATEH KMKt
Aqidah adalah suatu perkara yang telah ditetapkan malah wajib bagi pegangan aqidah itu disertakan
dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak
merupakan suatu keraguan (dzan) dan bukan aqidah.
Dalilnya:
إنما المؤمنون الذين ءامنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجهدوا بأموالهم وأنفسهم في سيبل الله أولئك هم الصادقون
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa
mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”. (Al-Hujurat : 15)
Kepentingan Aqidah
Aqidah merupakan perkara yang amat penting kepada manusia. Tanpa aqidah manusia akan
kehilangan arah tujuan. Hanya aqidah sahihah sahaja yang dapat menjawab persoalan yang sering
berlegar dalam pemikiran manusia seperti:
Dari mana asal-usulnya?
Siapakah penciptanya?
Apakah tujuan alam diciptakan?
Adakah kehidupan lain selepas kehidupan dunia?
Bagaimana bentuk kehidupan tersebut?
Dan lain-lain lagi.
Dalam menghadapi persoalan–persoalan seperti di atas, maka tujuan aqidah Islam yang terpenting
sekali adalah mengajak manusia kepada tauhid.
Di dalam Islam, iman yang berlandaskan aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, dimana amalan
seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah kecuali ianya dilakukan oleh orang beriman yang
berlandaskan kepada aqidah yang sahih.
Jesteru, mereka yang tidak beriman kepada Allah dan tidak mengharap pahala dari-Nya serta beramal
bukan kerana menuntut keredhaan Allah tidak berhak mendapat pahala dari Allah di atas amalan yang
dilakukan. Maka mereka yang tidak beriman ini akan diseksa disebabkan oleh kekufuran dan kesesatan
mereka. Firman Allah swt:
مثل الذين كفروا بربهم أعمالهم كرماد اشتدت به الريح في يوم عاصف لا يقدرون مما كسبوا على شيء ذلك هو الضلال
.البعيد
Maksudnya: Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti abu yang ditiup
angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat
sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang
jauh. (Surah Ibrahim: 18)
SAHABAT AL FATEH KMKt
Unsur-unsur Pembentukan Aqidah
Secara umumnya, unsur-unsur dalam pembentukan Aqidah dapat disimpulkan melalui rukun Iman:
beriman kepada Allah, malaikat, rasul, kitab, Hari Qiamat, qadha & qadar.
● Beriman kepada Allah diasaskan kepada tiga perkara; tauhid Rububiyah, tauhid Uluhiyah,
tauhid Asma’ wa ssifat. Tauhid Rububiyah ialah beriman kepada Allah sahaja yang menjadi dan
menciptakan semua makhluk. Allah sahaja yang menghidup dan mematikan dan bersifat
dengan sifat ketuhanan yang layak bagi Allah. Tauhid Uluhiyah ialah beriman bahawa Allah
sahaja yang layak disembah dan dipuja dengan sebenarnya dan menafikan penyembahan
selain Allah. Tauhid asma wa sifat ialah beriman bahawa Allah mempunyai 99 nama yang baik
dan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna.
● Beriman kepada Malaikat ialah beriman dengan penuh keyakinan tentang adanya makhluk
yang bernama malaikat yang dijadikan daripada nur. Tidak diketahui bilangannya kecuali Allah
dan yang wajib diketahui hanya sepuluh.
● Beriman kepada Rasul ialah beriman dengan sekelian Rasul sebagai utusan Allah untuk
mengajar umat manusia akan hukum-hukum-Nya. Bilangan mereka banyak dan yang wajib
diketahui hanya 25.
● Beriman kepada Kitab ialah beriman bahawa Allah telah menurunkan sebanyak 104 buah
kitab-kitab kepada Rasul-rasul-Nya. Diantaranya ialah : at-Taurat kepada Nabi Musa a.s,
az-Zabur kepada Nabi Daud a.s, al-Injil kepada Nabi Isa a.s dan Al-Quran kepada Nabi
Muhammad saw. Al-Quran telah menasakhkan(mansuh) semua kitab-kitab yang terdahulu.
● Beriman kepada Hari Qiamat ialah beriman bahawa selepas hidup di dunia ini terdapat pula
hidup yang lain di mana Allah akan menghidupkan semula semua manusia untuk dihisab dan
menerima balasan.
● Beriman kepada Qadha & Qadar ialah beriman bahawa segala sesuatu yang berlaku di alam
ini adalah dilakukan oleh Allah dan dengan qadha dan qadar-Nya. Manusia hanya
bertanggungjawab mengenai kerja, usaha dan ikhtiar sahaja.
Perbezaan Aqidah dan Ideologi
Aqidah bermaksud simpulan / ikatan atau hubungan seorang hamba dengan Allah swt. Hubungan ini
disimpulkan melalui kalimah syahadah. Aqidah adalah berdasarkan wahyu dan ianya bersifat tetap
(tidak berubah); yang berubah hanyalah syariat. Aqidah mempunyai daya untuk menggerakkan amal
dan usaha yang menepati aqidah tersebut. Ia mempunyai tarikan bersifat ghaib disebalik alam nyata.
Ideologi/idea/teori/isme pula bermaksud fahaman yang mana ianya dicipta untuk mengatasi kelemahan
sistem yang ada. Contoh ideologi yang wujud adalah seperti kapitalisme (fahaman ekonomi),
liberalisme (persamaan hak), nasionalisme (kebangsaan), sekularisme (pemisahan agama dengan
SAHABAT AL FATEH KMKt
keduniaan), sosialisme (kemasyarakatan), dan lain-lain. Semua fahaman ini datangnya daripada akal
dan tidak berkaitan dengan wahyu. ideologi/ teori/ isme ini bersifat dingin dan beku. Ia tidak
menghasilkan pendirian yang teguh dan mantap. Ia lebih kepada angan-angan nafsu dan kebendaan.
Aqidah Pembentuk Peribadi
Pengaruh Aqidah dalam mendidik hati nurani: Di dalam Islam, Aqidah telah mendidik hati nurani dengan
didikan yang sempurna. Hati inilah yang bertindak sebagai pengawas dalam apa jua tindakan dan
kegiatan. Aqidah yang terpasak di dalam jiwa seorang mukmin akan menjadikan segala tindakan dan
amalnya seolah-seolah Allah berada di hadapan mata, menyaksikan tindak tanduknya. Kesannya,
seorang mukmin akan melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Pengaruh Aqidah terhadap amal perbuatan: Perkataan amal di dalam Islam berkait rapat dengan
perkataan ilmu; orang yang berilmu hendaklah beramal. Pengertian amal dalam Islam sangat luas.
Setiap gerakan positif yang didorong oleh Aqidah atau yang digalakkan oleh Islam adalah amal. Setiap
amal atau perbuatan yang dilakukan mestilah ada hubungan hati dengan Allah; memikirkan apakah
balasan yang akan diterima di akhirat kelak.
Firman Allah (at-Taubah: 105)
Berdasarkan ayat ini, jelaslah seorang yang mantap hubungannya dengan Allah akan terserlah melalui
akhlaknya yang mulia lagi terpuji, meninggalkan segala perbuatan maksiat dan syubhat, kerana akhlak /
amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada Aqidah yang sahih kepada Allah.
Pengaruh Aqidah untuk berpegang kepada prinsip: Sesungguhnya prinsip yang kuat lahir dari
pegangan yang kuat pada Aqidah. Keteguhan prinsip seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw
dalam berhadapan dengan kaum musyrikin, sudah tentu tidak akan mampu dicapai oleh manusia
melainkan dengan aqidah dan keyakinan yang benar-benar mantap.
Konsep Tauhid
Asas kepada Aqidah ialah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam adalah intipati dari Islam itu sendiri.
Bahasa : Mengesakan Allah
Istilah : Beri'tikad, percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhn yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.
Secara ringkas : Orang yang mentauhidkan Allah ialah mereka yang meyakini bahawa Allah adalah
satu-satunya yang mencipta alam dan mempunyai segala sifat-sifat dan nama-nama yang maha
sempurna dan Dia sahaja yang layak disembah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad), Allah Tuhan yang Maha Esa, Tuhan tempat bergantung segala
sesuatu. Dia tidak beranak an tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengan-Nya."
(Al-Ikhlas: 1-4)
SAHABAT AL FATEH KMKt
Tauhid terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
A. Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububiyah ialah beri’tiqad atau mengaku bahawa Allah swt yang Esa sahaja pencipta
sekelian makhluk dan alam ini. Dia memiliki segala makhluk, menghidup dan mematikan
sesuatu, memberi mudharat dan manfaat kepada sesuatu. Dia berkuasa memberi rezeki,
mentadbir sekelian makhluk dan alam sama ada yang di langit dan di bumi.
Tauhid Rububiyah ini diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang Islam atau
seorang kafir, kecuali golongan mulhid (atheis) yang tidak percaya adanya Tuhan. Kerana itu
kalau seeorang itu hanya mengakui dan beriman dengan tauhid rububiyah sahaja tidak
disertakan dengan tauhid yang lain, dia tidak boleh dianggap Islam. Untuk menjadi Islam,
seseorang itu mestilah mengakui juga tauhid uluhiyah dan tauhid asma’wa sifat bersama tauhid
rububiyah.
Orang kafir termasuk kafir musyrikin di zaman Rasulullah saw dan sebelumnya seperti Abu
Lahab dan lain-lain pengikut mengaku dengan tauhid ini. Firman Allah yang bermaksud:
"Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah yang ada pada bumi ini dan segala
yang ada padanya?" Kalau kamu mengetahui. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah ".
Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu berfikir (dan insaf)?" (al-Mukminun : 84-85)
“Katakanlah, siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Atau siapakah
yang berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan
yang hidup daripada yang mati dan yang mengeluarkan yang mati daripada yang hidup? Dan
siapakah yang mentadbir segala urusan?” Maka mereka menjawab: “ALLAH”. (Surah Yunus
ayat 31).
Namun apa yang perlu diperhatikan ialah pengakuan terhadap Rububiyyah Allah semata-mata
tidaklah dapat menyelamatkan manusia daripada api neraka malahan langsung tidak dapat
menjamin masuknya sesorang itu ke syurga. Sebagai contoh kaum Musyrikin Makkah, Munafik,
orang-orang kristian (nasrani) ataupun yahudi turut mengakui Rububiyyah Allah. Namun
kesemua mereka adalah kafir dan kekal di dalam neraka selamanya.
Malahan golongan kafir yang Rasulullah (saw) perangi, bunuh, rampas harta benda ghanimah
(harta rampasan perang) dan fa’ie (harta yang ditinggalkan oleh musuh dan didapati dengan
tidaknya berlaku pertempuran) ] dan halalkan wanita-wanita (sebagai tawanan dan hamba)
mereka itu juga mengikrarkan Tauhid Al-Rububiyyah dengan mengakui bahawa Allah lah yang
mencipta, memberi rezeki, menghidupkan serta mematikan dan yang mengurus serta
mentadbir seluruh alam ini. Malah mereka juga bertawaf di baitullah dan memberi sedeqah
serta menunaikan nazar.
SAHABAT AL FATEH KMKt
Dalam perang Badar juga kita menyaksikan bahawa Abu Jahal berdoa kepada Allah agar
memusnahkan tentera Muhammad (saw) dan memberi kemenangan kepada tentera Musyrikin
Makkah (Rujuk Sirah Nabawiyah oleh Ibnu Hisyam atau mana-mana Sirah Nabawiyah yang
lain). Pada ketika itu Abu Jahal begitu bersungguh-sungguh menyangka bahawa dia berperang
pada pihak yang benar. Jadi Abu Jahal juga percaya bahawa yang memberi manfaat (kejayaan)
dan mudharat (kekalahan) ialah Allah tetapi, bukankah Abu Jahal ditempatkan di neraka.
Oleh itu adakah kita telah menjadi Muslim yang cukup sempurna hanya dengan mengatakan
bahawa Allah yang telah menjadikan diriku, menjadikan matahari, bulan dan bintang. Sudah
tentu tidak. Ini kerana seseorang itu belum benar Islamnya walaupun ia mengucapkan dua
kalimah syahadat, solat, zakat, haji dan puasa sekiranya dia baru beriman dengan Rububiyyah
ALLAH dan tidak mengikutinya dengan Tauhid Uluhiyyah. Seseorang itu hanya benar islamnya
hanyalah selepas ia mengakui dan mengikrarkan Uluhiyyah Allah. Dan untuk inilah Rasulullah
memerangi orang-orang kafir iaitu sehingga mereka mengakui Uluhiyyah Allah.
Firman Allah: “Dan perangilah olehmu akan mereka sehingga tiada lagi fitnah (syirik) dan dien
(nizamul hayah @ way of life @ sistem/cara/perlembagaan untuk individu/negara) itu
semata-mata bagi hanya Allah (hingga kesemua manusia di muka bumi ini menjadi Islam)
(Surah Al-Anfal ayat 39).
B. Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Uluhiyah yang iuga dipangil tauhid ibadat ialah mengi’tiqad dan beriman bahawa Allah
swt sahaja yang layak disembah dengan sebenar dan tidak boleh menyekutui-Nya dengan
sesuatu.
Dia sahaja yang berhak disembah, dikasihi dan ditaati, kepada-Nya tempat bertawakkal, tempat
berserah, tempat menaruh harapan, permohonan dan doa. Allah SWT sahaja yang mempunyai
kekuasaan dan pemerintahan. Firman Allah swt ;
"Hanya pada-Mu kami sembah dan hanya pada-Mu kami memohon pertolongan."(al-Fatihah :4)
Kerana itu tidak boleh seseorang itu menyembah atau memuja bulan, bintang, matahari, patung
berhala, batu, pokok, kubur atau isme-isme (Fahaman-fahaman ciptaan manusia seperti
kapitalisme, sosialisme, komunisme, liberalisme, nationalisme, feudalisme dsb). Juga tidak
boleh menyembah para nabi, wali, malaikat dan lain-lain lagi. Jika seseorang itu menyembah
dan memuja perkara lain, maka perkara itu adalah Tuhannya .Jika ini berlaku perbuatan
tersebut menyebabkan berlakunya syirik kerana rosaknya pada tauhid uluhiyah.
SAHABAT AL FATEH KMKt
Apabila seseorang beriman dengan tauhid uluhiyah, maka secara automatik dia beriman
denga tauhid rububiyah dan tauhid asma’ wa sifat. Ini kerana tauhid uluhiyah mengandungi di
bawahnya tauhid-tauhid lain dan tidak sebaliknya. Sebab itu seseorang yang hanya beriman
dengan tauhid rububiyah sahaja tidak semestinya dia beriman dengan tauhid uluhiyah. Ada dari
mereka (orang kafir) yang beriman dengan tauhid rububiyah; mereka menyembah dan memuja
patung-patung, berhala-berhala, bulan, bintang dan seumpamanya tetapi mereka tidak mentaati
Allah SWT.
C. Tauhid Asma' wa Sifat
Tauhid asma’ wa sifat ialah mengi’tiqad dan mengaku bahawa Allah swt bersifat dengan
sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan Allah SWT
mempunyai 99 nama yang layak dengan kebesaran-Nya.
Segala nama dan sifat-sifat Allah tidak menyerupai dengan nama-nama dan sifat-sifat
makhluk; ilmu Allah SWT tidak sama dengan ilmu manusia, kudrat Allah SWT berbeza dengan
kudrat makhluk dan lain-lain. Firman Allah SWT:
"… Dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat." (ash-Syura: 11)
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (mulia). Oleh itu serukanlah (berdoa) kepadanya
dan juga menyebut nama-nama itu. Dan pulaukanlah mereka yang telah berpaling dari
kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan dari
segala apa yang mereka telah kerjakan."( al-A’raf: 180 )
Untuk membetulkan tauhid ini seseorang Muslim mestilah mengisbatkan nama dan sifat-sifat
Allah swt sebagaimana yang diisbatkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Nabi
Muhammad SAW di dalam hadis dan menafikan semua yang berlawanan dengan apa yang
ditetapkan oleh Allah swt dan Rasul.
MImam Ahmad b Hanbal berkata : ‘Jangan sifatkan Allah swt kecuali dengan apa yang
disifatkan oleh Allah swt dan Rasul-Nya dan jangan melebihi apa yang disebut oleh Al-Quran
dan Hadis Rasulullah saw."
SAHABAT AL FATEH KMKt
Konsep Syahadah
Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran, dan pernyataan. Sebab itu seseorang yang
bersyahadah dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang dii’tiqadkan
olehnya. Kalimah syahadah mengandungi ‘Iqrar’() اقرار, I’tiraf))اعتراف, I’tiqad ( )اعتقاد: iaitu
pengakuan, pengi’tirafan, dan kepercayaan.
Pembahagian kalimah syahadah (Nafi dan Isbat):
kalimah ) )لا الهbeerti “ tiada Tuhan “ merupakan pengakuan keimanan beserta penafian behawa tiada
sesuatu yag layak disembah kecuali Allah
kalimah ( ( الا اللهbeerti ‘ melainkan Allah’ mengandungi penegasan dan pengecualian atau ‘ithbat’
dengan menolak Tuhan selain Allah dan menegaskan keEsaan Allah.
Syahadatain merupakan pintu masuk kepada Islam dan asas terpenting tertegakya Islam. Islam tidak
tertegak jika tidak dilaksanakan rukunnya yang 5 dan segala rukun itu tertegak jika idak sempurna
Syahadatain bahkan tidak ada Islam sebelum Syahadatain. Syahadatain adalah jiwa bagi Islam
seumpama nyawa sebagai nadi kepada badan. Setiap anggota badan manusia tidak berperanan
sebagai manusia hidup tanpa nyawa. Begitulah Syahadatain yang meruapakan nyawa bagi setiap
bahagian Islam. Amalan atau ibadat orang Islam yang tidak kerana-Nya ibarat menanam benih yang
mati. Olehitu, amalan kebajikan orang kafir tiada harga di sisi Allah kerana ia dianggap bangkai. Orang
Islam amalannya solah kerana kebajikannya banyak, sekiranya tiada roh Syahadatain adalah tidak
diterima oleh Allah SWT.
Mengucap Syahadatain merupakan syarat dilakukan hukum dunia berhubung dengan seseorang
Muslim seperti perkahwinan, berimamkan solat, disembahyangkan bila mati dan juga ditanam di
perkuburan Islam selama seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.
Seseorang yang melafazkan Syahadatain kerana uzur seperti bisu, atau mati setelah beriman tetapi
tidak sempat mengucapkan syahadatain, maka dia adalah tetap mukmin. Sebaliknya bagi orang yang
mampu dan mempunyai masa mengucapkannya tetapi enggan dan keenggannya itu kerana engkar,
maka dia adalah kafir. Soal hatinya bukan urusan kita, kalau hatinya membenarkan Islam dan segala
hukumnya, maka mengikut Qaul Rajeh, dia beriman di sisi Allah tetapi tidak boleh dilakukan mu'amalah
ke atasnya sebagai Muslim kerana tidak diketahui imannya. Sesungguhnya disebut di atas ialah kepada
orang-orang yang mahu menganut Islam. Orang yang dilahirkan Islam, ia dianggap Muslim selagimana
tidakmelakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.
Pengertian Ilah
Perkataan Ilah membawa beberapa pengertian yang saling melengkapi iaitu:
Ilah sebagai Tempat Tumpuan dan Matlamat Pengabdian
Pengertian Ilah sebagai tempat tumpuan dan matlamat pengabdian ialah seseorang muslim itu
mestilah membentuk hidupnya agar sentiasa berada di dalam Ubudiah kepada Allah. Segala nikmat di
dalam hidupnya adalah ditujukan untuk mentaati Allah. Dengan ini beerti bahawa seseorang muslim itu
mestilah menolak segala perkhidmatan yang bertentangan dengan kehendak Allah. Firman Allah:
SAHABAT AL FATEH KMKt
"Wahai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah (solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu
(dengan mentauhidkan-Nya). Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia
dan akhirat)."(al-Hajj : 77)
Ilah sebagai Tempat Perlindungan
Dengan syahadah, seseorang muslim itu meyakini bahawa tiada siapa pun yang mampu memberi
perlindungan selain daripada Allah, segala perlindungan yang diberikan oleh mana-mana jua makhluk
adalah bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah. Allah bebas menarik keizinannya
bila-bila masa yang dikehendakinya. Firman Allah:
Katakanlah wahai Muhammad: "Aku berlindung kapada Tuhan pemelihara sekelian manusia, Tuhan"
)yang mentadbir sekelian manusia, Tuhan yang disembah oleh sekelian manusia."(an-Nass: 1-3
Ilah sebagai Tumpuan Kecintaan
Pengertian yang terkandung di dalam kalimah syahadah juga menuntut bahawa Allah adalah tumpuan
kecintaan yang wajib dizahirkan melebihi segala-galanya. Kasih sayang dan cinta sesama manusia
hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah. Firman Allah:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu,
isteri-isteri (atau suami-suami) kamu kamum keluarga dan harta benda yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu bimbang akan rosak, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika
semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah, Rasul-Nya dan berjihad untuk
agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan (azab seksaan-Nya) kerana
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang Fasiq."(at-Taubah : 24)
Ilah sebagai Pemberi Rezeki
Disini syahadah menjelaskan satu hakikat yang nyata, iaitu Allah sahajalah yang memberi rezeki.
Makhluk hanyalah sebagai pembawa dan penyampai-Nya sahaja; bukan pemberi rezeki dan tidak
berupaya untuk menambah atau menguranginya. Firman Allah SWT di dalam kitab-Nya;
"Wahai manusia, kenagkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, tidak ada sama
sekali yang menjadikan sesuatu selain daripada Allah, ia memberi rezki kepada kamu dari langit dan
bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (daripada menyembah-Nya)?
(Fatir : 3)
Ilah sebagai Sumber Perundangan
Pengertian Ilah juga mengandungi maksud Allah sebagai tempat rujukan dalam menentukan hukum.
Allah sahaja yang berhak untuk menentukan undang-undang. Kekuasaan ini adalah mutlak dan tidak
boleh dibahagi-bahagikan1. Firman Allah (al-Maidah: 44)
1 Rujuk Al-Maidah : 44
SAHABAT AL FATEH KMKt
Tuntutan Syahadah
- Apabila seseorang insan telah mengucapkan Syahadatain, maka tertanggunglah ke atasnya
beberapa tanggungjawab sebagai membuktikan ikrar penyaksiannya terhadap ketuhanan Allah dan
kerasulan Muhammad SAW. Disimpulkan bahawa tuntutan Syahadatain ialah mengikut segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya (Imtisalu Awamirihi Wajtinabu Nawahih).
Melaksanakan semua rukun Islam
1. Berintima' (menggabungkan diri) dengan Islam dari sudut Aqidah, Akhlak, keluarga dan ibadah.
2. Berintima' dengan jemah Islam
3. Menegakkan pemerintahan Islam (Daulah Islamiah) yang mengagungkan hukum Syara'.
4. Melaksanakan Amar Ma'ruf Wan Nahyu 'Anil Munkar
5. Berusaha membentuk Khilafah Islamiah.
Antara Perkara Yang Membatalkan Syahadah
1. Bertawakkal dan bergantung selain kepada Allah.
2. Mengingkari nikmat kurniaan Allah
3. Bekerja dan beramakerana l selain daripada Allah
4. Mencipta undang-undang sendiri di luar kehendak dan ketentuan Allah SWT.
5. Taat kepada selain daripada Allah kecuali kepada sesiapa yang telah diperintahkan oleh syara'
supaya taat kepadanya (Imam)
6. Menjalankan hukuman selain daripada hukum Allah.
7. Benci dan menentang semua atau salah satu daripada ajaran Islam.
8. Mencintai dunia mengatasi akhirat.
9. Menghina al-Qur'an dan as-Sunnah serta Ulama' yang menegakkannya atau mempersendakan
hukum Allah atau Syi'ar Islam.
10. Menghalalkan yang haram oleh Allah dan sebaliknya.
11. Tidak beriman dengan al-Qur'an dan as-Sunnah atau hukum yang bersumber dengannya.
12. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin tertinggi serta tidak menyintai orang
mukmin.
13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah SAW.
14. Mengingkari sifat-sifat ketuhanan Allah dan nama-nama-Nya.
15. Menafikan kerasulan Rasulullah SAW dan ajarannya serta menghina sifat-sifat mulia baginda.
Malah tidak mengiktikad baginda sebagai role-model (Contoh ikutan).
16. Mengkairkan orang mukmin serta tidak mengkafirkan orang yang jelas kafirnya dan tidak
menghalakan perangke atas mereka.
17. Melakukan upacara ibadah di luar dari batas Syara'
SAHABAT AL FATEH KMKt
Kesimpulan
Sesiapa yang berpegang kepada Aqidah Tauhid membentuk kehidupannya menurut
tuntutan-tuntutannya, maka selamatlah hidupnya di dunia dan akhirat. Inilah jaminan yang telah
dijanjikan oleh Rasulullah SAW dan termaktub di dalam kitab Allah SWT.
SAHABAT AL FATEH KMKt
“JOM JADI SOLEH”
TEMA : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Objektif :
1. Melahirkan ahli WC yang memahami konsep ibadah dalam Islam yang sebenar, bagaimana
mencapai status amal soleh
2. Memberi penekanan kepada ahli WC mengenai penjagaan aspek ruhiyyah (ibadah khususi)
TERAS BAHAN BACAAN DALIL
1. Pengertian ibadah Sirah : Al-Quran :
2. Klasifikasi ibadah dalam Islam 1. kisah kualiti khusyuk ibadah 1. Al-Fath : 29
− ibadah khususi solat para sahabah (dipanah 2. Az-Zariat : 56
− ibadah umumi tetapi teruskan solat) 3. Yaasin : 60-61
3. Syarat amal mencapai status 2. kisah Salahaddin memilih
ibadah tentera Saf hadapan
− menepati syara’ 3. kisah 3 sahabat Nabi S.A.W
− niat yang soleh yang “rahbaniyyah”
− itqan dan ihsan
− menjaga batas Isu semasa : Hadis :
− tiada halangan amalan dunia beza ibadah dan adat Hadis “bengkak kaki”
4. Intipati ibadah yang berkesan perbincangan keratan akhbar solat tahajjud Nabi
− al-Hubb war Redho “pelajar sekolah tak solat”
− al-Khauf war Raja Rujukan/Assignment:
− al-Ihsan wal Muraqabah - Ikhlas dalam Ibadah
− as-Sakinah wal Muthmainnah dan Perjuangan (Yusuf
5. Istimewanya ibadah dalam Islam Qardhawy)
− sumber kesatuan umat - Konsep Ibadah dalam
− seluruh tempat adalah masjid Islam (Abdullah Muhd
− dunia sebagai medan ibadah al-Khatib)
− kemudahan pelaksanaan
6. Salahfaham sekitar konsep ibadah Set induksi :
- modul “makanan dan
quran”, yang mana
ibadat
SAHABAT AL FATEH KMKt
Pengertian
Bahasa: Merendah diri, tunduk, patuh dan taat
Istilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri
sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Ibnu Taimiyyah di dalam buku al-Ubudiyyah menjelaskan bahawa asal makna ibadah ialah kehinaan
tetapi ibadah yang disyariatkan oleh Allah Taala merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama.
Ia adalah puncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah di samping kemuncak
kecintaannya terhadap-Nya.
Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai pengabdian dan ketaatan. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami
berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepadanya.”
(Al-Baqarah:1-2)
Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila
diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai keredhaan-Nya serta dikerjakan
menurut cara-cara yang disyariatkan oleh-Nya. Islam tidak menganggap ibadah-ibadah ritual sahaja
sebagai amalan soleh malah ia meliputi segala kegiatan lain sebagaimana firman Allah s.w.t. :
ألم أعهد إليكم يا بنى آدم أن لا تعبدوا الشيطان إنه لكم عدو مبين وان اعبدوني هذا صراط مستقيم
Maksudnya: Bukankah aku telah memerintahkan kamu wahai anak Adam, supaya jangan kamu
menyembah syaitan. Sesungguhnya ia terhadap kamu adalah musuh yang nyata. Dan (aku
perintahkan)hendaklah kamu menyembah Ku, inilah jalan yang lurus (Yaasin : 60 -61)
Inilah matlamat kewujudan manusia dan jin. Hanya dengan ibadah yang ditunaikan dapat membuktikan
hakikat matlamat yang dituju. Sesiapa yang cuai beribadah atau enggan melaksanakannya, bermakna
ia menyimpang dari matlamat yang sebenar. Maka kehidupannya tiada arah, kosong tiada bermakna
sedangkan matlamat tersebut adalah asas utama dalam pembentukan nilai hidup.
SAHABAT AL FATEH KMKt
Klasifikasi Ibadah
Ibadah terbahagi kepada dua iaitu khusus dan umum:
Ibadah khusus
Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun
Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan
seumpamanya. Ianya dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan
berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara’ dan sebagaimana yang dilakukan sendiri
oleh Rasulullah s.a.w. tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan
terhadapnya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.” (Sahih Bukhari)
Ibadah umum
Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus yang dilakukan semata-mata
untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan
sehariannya. Contoh: bekerja, menuntut ilmu, makan, minum, tidur dan lain-lain.
Konsep Ibadah Umum
Firman Allah s.w.t. :
قل إن صلاتي ونسكى ومحياي ومماتي لله رب العالمين
Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyang ku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.”
[ Al- An’am: 162 , 163 ]
● Kehidupan muslim bukanlah seperti rahib yang memencilkan diri dari orang lain. Islam juga
bukanlah agama teroris yang mengharamkan segala yang baik dalam kehidupan manusia.
Agama Islam tidak menegah suatu yang baik. Islam adalah aqidah yang disematkan di hati dan
menggerakkan anggota untuk beramal hanya kerana Allah. Islam membentuk sistem kehidupan
manusia yang seimbang dan bijaksana. Tidak bergelumang dengan unsur–unsur kebendaan
sehingga melupakan hak ruhnya. Tidak pula, terlalu berlebih-lebihan pada segenap aspek
amalan kerohanian sehingga mengabaikan hak tubuh-badan.
● Seorang muslim dengan kemampuannya menjadikan seluruh kehidupan dan waktunya sebagai
ibadah selagimana dia mengharapkan agar dapat bertemu dengan Allah s.w.t. dengan amal
ibadahnya. Seorang yang bekerja , penuntut ilmu yang bersusah payah mengulangkaji
pelajaran, seorang ahli sains, wanita yang berjaga malam menjaga anak adalah `abid (orang
yang beribadah). Sehinggakan mereka yang memelihara dan memberi makan haiwan juga
adalah `abid selagimana amalan ini diniatkan kerana Allah untuk kebaikan. Hatta hubungan
suami isteri juga dikira ibadah. Sabda Rasulullah s.a.w. :
SAHABAT AL FATEH KMKt
فقال أفرأيتم لو وضعها فى الحرام أكان، وفي بضع أحدكم صدقة فتعجب الصحابة وقالوا يأتي أحدنا شهوته ويكتب له أجر
. قالوا فذلك إذا وضعها في حلال كان له أجر: عليه وزر قالوا نعم
Maksudnya : Rasulullah bersabda : “Pada kemaluan kamu sedekah”. Lalu sahabat menjadi
hairan dan bertanya: “Seseorang daripada kami mendatangi syahwatnya mendapat ganjaran
pahala”. Bersabda Rasulullah: “Tidakkah kamu telah mengetahui bahawa hubungan yang haram
mendatangkan dosa. Sahabat berkata : “Ya benar”. Bersabda Rasulullah: “Maka demikan juga
jika ia melakukan hubungan yang halal, baginya ganjaran daripada Allah”
Syarat Amal Mendapat Status Ibadah2
1. Amalannya hendaklah bertepatan dengan syara`
Adapun amalan yang tidak selari dengan kehendak agama tidak menjadi ibadah dan sememangnya
tidak akan menjadi ibadah buat selama-lamanya. Sesungguhnya Allah itu baik, Allah tidak menerima
melainkan yang baik .
2. Diiringi dengan niat yang soleh(baik) kerana Allah
Niat seorang muslim ialah membersihkan diri, mencari kekayaan untuk keluarga, melakukan
kemanfaatan untuk ummah dan memakmurkan muka bumi sepertimana yang diperintahkan oleh Allah.
3. Amalan tersebut mestilah dibuat seelok-eloknya (itqan)
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat
sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya.” (Riwayat Muslim)
Ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara’ dan ketentuan
batasnya (bukan the end justify the means), tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan
merampas hak orang lain
Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat, dan sebagainya semasa melaksanakan
ibadah umum
Intipati Ibadah yang Berkesan
● Al-Hubbu war Redho (rasa cinta dan berserah diri)
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحبب كم لله ويغفر لكم ذنوبكم والله غفور رحيم
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) : “ Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani [Ali- Imran : 31 ]
● Al-Khaufu war Raja’ (rasa takut dan mengharap)
أمن هو قانت آناء الليل ساجدا وقائما يحذر الآخرة ويرجو رحمة ربه قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون إنما
يتذكر أولوا الألباب
Maksudnya: “(Engkau lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadah pada waktu malam dengan
sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?
”Katakanlah lagi (kepadanya):“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang – orang yang
2 Yusuf al-Qardhawy, Ibadah dalam Islam
SAHABAT AL FATEH KMKt
tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang–orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang – orang yang berakal sempurna . [ Az-Zumar : 9 ]
● Al-Ihsan wal Muraqabah (ikhlas dan berhati-hati)
Sabda Rasulullah s.a.w. menerusi apa yang diriwayatkan daripada Umar bin Al Khattab bahawa Jibril
a.s. bertanya tentang Islam kemudian tentang iman kemudian bertanya pula apakah darjat yang
tertinggi iaitulah ihsan:
أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك: فأخبرني عن الإحسان قال: قال
Maksudnya: Berkata Jibril : “Beritahukan aku tentang Ihsan” Bersabda Nabi Muhammad saw :
“Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat Allah. Sekiranya kamu tidak melihat
Allah sesungguhnya Allah melihat kamu”.
Al Maududi berkata bahawa : “Empat martabat akhlak di dalam Islam iaitu Iman, Islam, Taqwa dan
Ihsan. Semua martabat ini tersusun secara fitrah di dalam keadaan berturutan. Unsur yang kedua
diasaskan di atas unsur yang yang pertama. Selagi mana unsur pertama belum kukuh maka unsur
kedua sukar untuk dibina. Iman adalah asas dalam binaan kepada Islam, kemudian binaan tesebut
dikembangkan dengan sifat Taqwa dan diikuti dengan Ihsan”.
● As-Sakinah wal Muthmainnah (ketenangan)
هو الذي أنزل السكينة في قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمانا مع إيمانهم
Maksudnya : “(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu ) Dialah yang menurunkan semangat
tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap
angkara musuh, supaya mereka bertambah iman dan yaqin beserta dengan iman dan keyakinan
mereka yang sedia ada.” [ Al-Fath : 4 ]
Keistimewaan Ibadah dalam Islam
Ibadah sumber penyatuan umat
1. Solat dan fungsi kemasyarakatan
Berperanan untuk mendisiplinkan tingkahlaku manusia, mengeratkan hubungan sesama muslim dan
menjamin kesatuan mereka. Orang mukmin berada di dalam satu barisan dan masjid yang sama,
berhimpun di tempat tertentu sebanyak lima kali sehari siang dan malam samada kaya mahupun
miskin, mereka yang kuat dan yang lemah, berada di dalam satu binaan yang kukuh dan saling
memahami setiap keperluan dan urusan sesama mereka.
2. Puasa di bulan Ramadhan
Puasa juga turut mempunyai fungsi kemasyarakatan. Menghimpunkan setiap manusia di siang hari
dalam keadaan berpuasa dan berhimpun pada malamnya dalam keadaan berdoa. Berhimpun untuk
SAHABAT AL FATEH KMKt
satu tujuan iaitu menghadapkan diri ke hadhrat Ilahi dan kembali kepadaNya. Membebaskan jiwa
daripada kongkongan adat kebiasaan dan menahan diri dari pelbagai kemahuan yang lazim.
3. Zakat
Ia merupakan ibadah yang berasaskan harta benda dan turut mempunyai fungsi kemasyaratan.
Fungsinya lebih utama daripada yang lain kerana ia berperanan menyatukan golongan faqir miskin dan
golongan yang kaya-raya. Orang kaya dilimpahi kemewahan dan orang miskin dihulurkan pertolongan
dan bantuan.
4. Haji
Berperanan menyatukan umat manusia pelbagai bangsa di seluruh pelusuk dunia di muka bumi yang
saling tidak kenal antara satu sama lain. Ini semua menjadikan ikatan persaudaraan sesama muslim
lebih mudah. Inilah keistimewaan yang menjadi matlamat utama risalah Islam, dan menjadi “target”
untuk direalisasikan di kalangan muslimin yang berbagai bangsa dan suku di atas muka bumi ini
Di sini jelas kepada kita semua bahawa setiap amal ibadah memiliki fungsi samada berbentuk
kemasyarakatan mahupun amali/praktikal. Ibadah bukan seperti teka-teki atau misteri yang
mengandungi maksud yang terhijab yang tidak difahami, bukan juga lafaz-lafaz yang tidak
mengandungi sebarang makna. Bukan seperti ahli nujum yang membuat ramalan palsu dalam
perbuatan mereka. Tetapi ibadah adalah kata-kata dan perbuatan yang memberi kesan kepada jiwa dan
menjadi suatu keperluan bagi sesebuah masyarakat. Bukan sekadar meneliti dari satu sudut
semata-mata tentang fungsi ibadah. Kita dianugerahkan akal untuk meneliti sehingga dapat melihat
segala hikmah, perincian bagi setiap rahsia yang terkandung di dalam setiap amalan kita daripada
perkara-perkara yang tidak terjangkau oleh akal fikiran.
Seluruh alam dan bumi tempat ibadah untuk umat Islam
Pengabdian (‘ubudiah) adalah matlamat kewujudan manusia. Islam tidak menyempitkan makna ibadah
agar individu muslim senantiasa mempunyai hubungan dengan Tuhannya dalam setiap keadaan dan di
mana sahaja ia berada. Firman Allah s.w.t. :
فأينما تولوا فثم وجه الله
Maksudnya : “Maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhoi Allah.”
[ Al- Baqarah : 115]
Firman Allah s.w.t. :
قل الله المشرق والمغرب يهدي من يشاء إلي صراط المستقيم
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad ) : Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka
ke mana sahaja kamu kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhi-Nya); Allah
yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada siapa yang dikehendakinya ke jalan yang
lurus.”
[Al-Baqarah : 142]
Aktiviti duniawi keseluruhannya boleh menjadi medan ibadah
SAHABAT AL FATEH KMKt
Dinyatakan di dalam kitab “Al Ibadah” karangan Dr. Yusof Al-Qordhowi di bawah tajuk : ( Amal Manusia
Dalam Kehidupannya Adalah Ibadah dengan syarat ) Perkara ini amat mena’jubkan saya kerana Nabi
Muhammad s.a.w. menjadikan segala amalan keduniaan yang dilakukan oleh manusia untuk
kehidupan, berusaha untuk kehidupan diri dan keluarganya adalah daripada cabang ibadah dan
qurbah(mendekatkan diri) kepada Allah, sekalipun manfaat yang terhasil hanya untuk kepentingan diri
sendiri dan keluarga. Petani di ladang, pekerja di kilang, peniaga di tempat perniagaan, pegawai di
pejabat dan semua pekerja di bidang masing-masing boleh menjadikan kerja-kerja hariannya itu
sebagai ibadah. Firman Allah s.w.t. :
وابتغ فيما آتاك الله الدار الآخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك
Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia ; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat
baik kepada kamu .[Al- Qasas : 77]
SAHABAT AL FATEH KMKt
Kemudahan dalam pelaksanaan bagi yang uzur
يريد كم اليسر ولا يريد بكم العسر
Maksudnya : “Allah menhendaki kamu beroleh kemudahan , dan tidak menghendaki kamu
beroleh kesukaran.” [ Al-Baqarah : 185 ]
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memfardhukan ibadah dalam keadaan mudah bagi meringankan dan
bersesuaian dengan keupayaan insan. Firman Allah s.w.t:
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya.”
[Al-Baqarah : 286]
Allah s.w.t. mengadakan rukhsah dan kaffarah untuk kesenangan bagi mereka yang tidak mampu untuk
beramal. Mereka yang tidak mampu berwudhu’ boleh bertayammum. Siapa yang tidak terdaya
berpuasa boleh mengqodho` puasanya di hari lain.
Salah Faham Mengenai Ibadah
Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan-amalan agama lain atau
kepercayaan lain. Ia bukan perbuatan mengasingkan diri, atau terbatas di tempat-tempat tertentu, atau
hanya boleh dilakukan dengan perantaraan. Ada yang beranggapan untuk beribadah memerlukan
uzlah(mengasingkan diri) dan meninggalkan iktilath(percampuran) dengan manusia dan masyarakat
umum yang bergelumang dengan maksiat. Sesungguhnya kenyataan ini telah ditempelak oleh Allah
s.w.t. dalam ayat yang menyatakan mengenai pakej al-‘Abidun(orang-orang yang beribadah) adalah
pakej yang bersekali dengan pakej-pakej lain seperti amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t. :
التائبون العابدون الحامدون السائحون الراكعون الساجدون الآمرون بالمعروف و الناهون عن المنكر والحافظون لحدود الله
وبشر المؤمنين
Maksudnya: “(Mereka itu ialah) : Orang – orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah,
yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam ), yang ruku`, yang sujud, yang
menyuruh kebaikan dan melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman ( yang bersifat demikian ).”
[ At Taubah : 112 ]
SAHABAT AL FATEH KMKt
“NILAI DALAM KEHIDUPAN KITA”
TEMA: AKHLAK DAN UKHWAH ISLAMIYAH
Objektif :
1. Melahirkan ahli WC yang memahami konsep sebenar Akhlak Islamiyah, lantas menghayati dan
yakin untuk berakhlak dengan akhlak Islamiah
TERAS BAHAN BACAAN DALIL
1. Pengertian akhlak Sirah : Al-Quran :
- bahasa
- istilah 1. public relation Nabi 1. Al-Mukminun (1-10)
- pandangan Islam sehingga digelar “Al-Amin” 2. Al-Hujurat
2. Skop dan ruang lingkup akhlak 2. kesabaran Nabi di fatrah
dalam Islam Makkiyah
3. Perbezaan antara akhlak dan moral 3. akhlak Nabi dengan Yahudi
4. Akhlak Rasulullah akhlak teragung yang minta hutang /
5. Konsep kesyumulan akhlak perempuan Yahudi yang
Islamiyah hina
6. Ciri-ciri akhlak Islamiyah 4. kisah Umar tersepak kaki
7. Pembentukan akhlak menurut Islam penjaga masjid dalam gelap
8. Akhlak yang baik ialah
kesempurnaan Islam.
9. Kepentingan akhlak dalam peribadi
muslim.
- 10 sifat-sifat mahmudah.
- 10 sifat-sifat mazmumah.
10. Muslim terhadap Tuhannya
- sedar dan taat akan perintah Tuhan
- sentiasa bertaubat dan mencari
redho Allah
- pelaksanaan ubudiyyah terhadap
Allah
11. Muslim terhadap dirinya
- memurnikan aqidah
- memiliki ilmu yang mantap
- memiliki bidang pengkhususan
12. Muslim terhadap ibu bapa dan
keluarga
- mentaati kedua-dua ibu bapa
- berlemah-lembut
13. Muslim terhadap saudara dan
sahabat-handai
SAHABAT AL FATEH KMKt
- mencintai kerana Allah atas
dasar iman dan aqidah
- tidak membelakangi mereka
- memenuhi keperluan apabila
diperlukan
- berpesan atas kebenaran dan
kebesaran
SAHABAT AL FATEH KMKt
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man Ibn Basyar r.a berkata :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Maksudnya :Bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada segenggam daging,apabila ia baik
baiklah seluruh badan .Tetapi apabila ia buruk ,maka buruklah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PENGENALAN NILAI DAN KAITAN DENGAN AKHLAK
Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and
bad). Bagaimanakah kita ingin mengukur tahap baik atau buruk sesuatu perkara ini?
Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan
kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan
pangkat kebesaran dan kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang
berusaha mencari ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap
kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud dalam kehidupan dunia, memadai dengan cara hidup
yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan dalaman (roh) dengan mementingkan
persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah menyebabkan timbulnya beberapa aliran dalam memahami akhlak.
Semua panadangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat kita jadikan sebagai matlamat
terakhir atau tertinggi yang yang seharusnya dicapai manusia. Oleh itu, tentulah disebalik pandangan
atau perbezaan tersebut ada suatu matlamat yang hakiki yang wajib dituntut manusia. Itulah juga yang
menjadi ukuran tepat dalam meneliti tindak-tanduk dan perbuatan manusia. Apabila sesuatu perilaku
atau perbuatan itu selaras dengan timbangan tersebut, itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan
sebagainya.
Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop bahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan
pengertian baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan seseorang
dalam perjalanan hidup ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh
manusia dan ia juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu
dalam hidup ini.
Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia
menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan
seseorang. Semua yang berlaku pada manusia yang bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti
pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop bahasan ilmu akhlak. Jadi
tidaklah boleh diberi nilai atau hukum ke atas kejadian itu sebagai baik atau buruk.
SAHABAT AL FATEH KMKt
Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dengan ikhtiar samada hubungan dengan Allah,
hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri semuanya
mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat social,
ekonomi, politik, kenudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan
dipertanggungjawabkan kepada setiap mereka yang terlibat di dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan
diberi balasan seksa.
Jadi, bidang akhlak itu hanya meliputi laku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam
lingkungan dan suasana berikut:
Dilakukan dengan sedar dan niat.
Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.
PENGERTIAN AKHLAK
Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan al-akhlak iaitu kata jama’ daripada perkataan al-khulq
bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah adapt kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu
sendiri. Perkataan al-khulq ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya:
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”
(Surah Al-Qalam : 4)
Sementara perkataan al-khalq bererti kejadian, ciptaan , bermaksud kejadian yang indah dan baik.
Apabila dirujuk daripqada manusia, ia bermaksud struktur tubuh badannya yang indah dan seimbangan.
Jika dirujuk kepada alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah,
seimbangan, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52
perkataan al-khalq merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain. Antara lain firman
Allah Taala:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang
belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit
berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah mati (kering) nya, dan dia sebarkan di
bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi,
sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
Menurut istilah:
Antara definisi akhlak menurut istilah ialah : Sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan
sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan pemaksaan.
Imam Ghazali r.a. mengatakan : akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang
menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.
SAHABAT AL FATEH KMKt
Apabila perbuatan yang keluar itu baik dan terpuji menurut syara’ dan akal, perbuatan itu dinamakan
akhlak yang mulia. Apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
- Maksud akhlak dapat dirumus:
- Dilakukan dengan sedar dan niat.
- Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.
- Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.
Perbezaan Antara Akhlak Dan Moral
MORAL (latin=moralis/mores, jamak=mos)
Bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti atau perangai. Atau menentukan batas-batas perbuatan
yang secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik dan buruk.
ETIKA
Bererti adat kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila,
peraturan-peraturan atau norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya
sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan pemikiran dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan,
masyarakat pada sesuatu masa dan tempat yang tertentu. Nilai-nilainya bersifat relative, subjektif dan
temporal.
Kesimpulannya etika merupakan pertimbangan akal fikiran dan moral merupakan adab kebiasaan yang
umum berlaku dalam masyarakat.
SAHABAT AL FATEH KMKt
AKHLAK
Merupakan satu cabang dari Islam. Islam sebagai agama yang syumul yang meliputi dari pelbagai
aspek termasuk akidah, ibadah, akhlak, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik. Ia merupakan tuntutan
wajib bagi setiap orang. Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia, membina
insaniah, membentuk tingkah laku dan mengarah individu ke arah kebaikan di samping mengingatkan
bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada
terjebak di bawah pengaruh sifat-sifat negative. Ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia dengan
ukuran ajaran al-Quran dan Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt
kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat
Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa
prinsip utama antara lain :
● Beriman kepada Allah.
Membenarkan risalah Muhammadiah dan mengamalkannya serta menjadikannya qudwah hasanah.
Membenarkan Al-Quranul Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan kedua-duanya dan
berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya.
Niat yang baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik.
Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram.
Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat.
Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai Allah, seseorang itu wajib berpegang dan
beramal dengan prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting bagi seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati
dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amalan ke arah yang positif
sesuai dengan prinsip-prinsip tersebut dan sedaya mungkin hendaklah menghindarkan diri daripada
sifat-sifat atau gejala negatif.
Segala nilai baik, moral dan etika boleh diamalkan selagi ia tidak melanggar ajaran Islam. Ini kerana
Islam menggalakan umatnya untuk berbuat baik. Berbuat baik itu merupakan perkara yang diajar dalam
Al-quran dan Sunnah.
SAHABAT AL FATEH KMKt
CIRI-CIRI NILAI KEBAIKAN YANG DIAJAR ISLAM
● Bersifat mutlak dan menyeluruh :
Ia bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu
tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat dan masa.
● Melengkap dan kesempurnaan tuntutan :
Naluri atau fitrah manusia inginkan kebaikan. Nilai kebaikan atau akhlak Islam lengkap dari
sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.
● Bersifat sederhana dan seimbang :
Tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif
dan tidak pula membiarkan bebas sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.
● Mencakupi suruhan dan larangan :
Bagi memastikan manusia berada atas jalan yang betul, akhlak bukan sahaja menggalak untuk
lakukan kebaikan tetapi mengajak meninggalkan keburukan. Ia tidak boleh mengutamakan atau
mengabaikan mana-mana aspek tersebut.
● Bersih dalam perlaksaan :
Ertinya untuk mencapai sesuatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut
tatacara Islam. Cara perlaksanaan itu haruslah berdasarkan nilai-nilai kebaikan/ akhlak yang
diajar Islam. Islam tidak menerima falsafah: “Matlamat menghalalkan cara.”
Keseimbangan :
Akhlak dalam Islam membawa keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup antara dalaman dan
fisikal serta akal, dan antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu
sendiri.
SAHABAT AL FATEH KMKt
KEPENTINGAN NILAI KEBAIKAN DALAM PERIBADI MUSLIM
Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sistem hidup manusia. Ini adalah kerana nilai
manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Akhlak inilah yang membezakan antara insan
dengan haiwan dari segi perilaku, tindak tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-hari.
Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama taraf dengan haiwan malah lebih rendah darinya.
Firman Allah s.w.t :
“Dan sesungguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia
yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata
tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar
dengannya, mereka itu seperti bunatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-prang yang
lalai.” (Al-A’raf : 176)
Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun umat manusia. Oleh itu, masyarakat
yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia
walaupun mempunyai kemajuan yang tinggi dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.
SIFAT MAHMUDAH
✔ Sabar
✔ Syukur
✔ Khauf – takut kemurkaan Allah
✔ Raja’ – mengharapkan keredhaan Allah
✔ Benar
✔ Jujur
✔ Pemaaf
✔ Pemalu
✔ Tawadhu’ – rendah hati (sesama muslim)
✔ Tawakkal – meletakkan pergantungan kepada Allah
SIFAT MAZMUMAH
✔ Tergesa-gesa
✔ Riya’ – melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain
✔ Dengki (hasad)
✔ Takabbur – membesarkan diri
✔ Ujub – kagum dengan diri sendiri
✔ Bakhil
✔ Buruk sangka
✔ Tamak
✔ Pemarah
✔ Sum’ah – melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapat kemasyhuran
SAHABAT AL FATEH KMKt
MUSLIM TERHADAP TUHANNYA
1. Sedar dan taat akan perintah Tuhan
Menyedari diri sentiasa perlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun
bertentangan dengan kehendak nafsunya.
2. Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah
Segera memohon keampunan Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku cuai
serta memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapat keredhaan Allah.
Firman Allah s.w.t :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka
ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”
(Al-‘Araaf : 201)
3. Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Al-
Zariyat : 56)
Beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam segala gerak geri manusia selagi niatnya hanyalah
semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah dan membangunkan
pemerintahan Islam.
MUSLIM TERHADAP DIRINYA
✔ Memurnikan aqidah
Pembersihan keyakinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan
keterangan dan tuntutan Quran dan Hadis serta memastikan aqidah bersih dari dicemari
dengan segala bentuk syirik, bida’ah, khurafat dan tahyul.
✔ Memiliki ilmu yang mantap
Perkara pertama yang patut diketahui danagn lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan
berkenaan kitab Allah diikuti dengan ilmu-ilmu fardhu ain yang lain.
✔ Memiliki bidang pengkhususan
Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan yang menjadi pengkhususan sama
ada di bidang agama (fardhu ain) atau bukan. Kejayaan ilmiah yang tinggi menyebabkan
seseorang itu dipandang tinggi seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan dipandang
SAHABAT AL FATEH KMKt
mulia oleh manusia selagi individu tersebut merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguh-sungguh
dan menjaga adab-adabnya.
MUSLIM TERHADAP IBUBAPA DAN KELUARGA
✔ Berbuat baik kepada kedua-duanya
Islam mengangkat tinggi martabat ibubapa sehingga Allah meletakkan keredhaan ibubapa
sesudah keredhaanNya. Firman Allah s.w.t :
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan
berbuat baiklah kepada kedua ibubapa.” (An-Nisa’ : 30)
✔ Mentaati keduanya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam
Melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka dari api neraka
Firman Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (At-Tahrim : 6)
MUSLIM TERHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT HANDAI
✔ Mencintai kerana Allah atas dasar iman dan ikatan aqidah
Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana kelebihan-
kelebihan yang ada padanya yang membawa orang lain menuju keredhaan Allah.
✔ Tidak membelakangi mereka
Meraikan mereka sama ada di dalam keadaan senang mahupun susah
✔ Memenuhi keperluan apabila diperlukan
Hendaklah menunaikan keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari
kepentingan diri sendiri.
✔ Berpesan atas kebenaran dan kesabaran
Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan-larangan yang
mesti ditinggalkan.
SAHABAT AL FATEH KMKt
AKHLAK/ NILAI YANG AGUNG
Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad kerana
sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya itu adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan
uswah hasanah, contoh dan tauladan yang baik bagi seluruh kaum muslimin. Allah s.w.t sendiri memuji
akhlak junjungan kita itu dalam Quran sebagaimana firmanNya:
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak yang agung” (Al-Qalam : 4)
Dasar akhlak Islamiah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Risalah itu
bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbuatan dan cara hidup
Rasulullah sendiri. Perilaku dan cara hidup Rasululllah itu adalah menjadi ikutan dan contoh teladan
untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia
dengan persediaan semulajadi iaitu berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan
berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan pembinaan
tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasannya dalam menjangkau
segala aspek alam, baik alam reality mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyu-Nya sebagai
hidayat mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun yang serasi
dengar nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa oleh Islam melalui
Muhammad s.a.w bertujuan untuk membentuk suatu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk
keperluan hidup seluruh umat manusia.
TELUSURI KISAH KETINGGIAN AKHLAK NABI DAN PARA SAHABAT
KELENGKAPAN AKHLAK ISLAM
Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapannya dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan
manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau
kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada sesuatu perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur
oleh peraturan akhlak dalam Islam.
Kelengkapan akhlak Islam ialah ia tidak terpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia
menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak-tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui
sebarang pemecahan di dalam menerapkan penilaian. Ini.
Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi akidah Islam, manakala asas akhlak terbina di sekitar
usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di
sni bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas asas aqidah yang sahih
dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia
tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.
SAHABAT AL FATEH KMKt
Besarnya kedudukan akhlak dalam Islam hinggakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w merumuskan
kedudukan akhlak sebagai:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnaka akhlak yang mulia.”
“Wahai Rasulullah s.a.w apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik.”
“Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deen nya.
SAHABAT AL FATEH KMKt
“ISLAM IS THE WAY OF LIFE”
TEMA : TASAWWUR ISLAM SBG AD-DEEN
Objektif :
1. Melahirkan ahli WC yang memahami dan meyakini kenapa perlu memilih Islam sebagai ad-Din
atau “the only way of life” (nidzhomul hayah)
TERAS BAHAN BACAAN DALIL
1. Pengertian Islam Sirah : Al-Quran :
2. Kaitan Islam, Iman dan Ihsan - paparkan kebobrokan zaman ✔ Al-Maidah :3
3. Perkataan Islam di dalam al-Quran jahiliyah dan perbezaan pada ✔ Ali-Imran :
4. Islam Sbg Ad-Deen dan kewajipan zaman Islam kalangan Arab (83, 19, 67)
menghayatinya Quraisy (politik, ekonomi, social)
- pengertian ad-Deen
5. Ciri-ciri keistimewaan Ad-Diin Islam Isu semasa : Hadis :
- Rabbani (dari Allah) Hadis Jibril
- Adil - beza sistem Islam dengan sistem
- Syumuliyah (lengkap) agama dan fahaman (isme) lain, Rujukan/Assignment
- Alamiyah (universal) dari sekecil2 perkara kepada :
- Waqi’iyyah (progresif dan dinamik) sebesar2 perkara : - Al-Khasaisul ‘Ammah
- Ajarannya senang tidak -sekularisme, nasionalisme, Lil Islam (Dr. Yusuf
menyusahkan pragmatisme, kapitalisme, al-Qardhawy)
- Tidak ada paksaan komunisme, sosialisme - Dasar-dasar Hidup
- Inqilabiyyah isu “painting Islam as the new Islam (Haji Hassan
- Tsabat (teguh) enemy” Salleh)
- Murunnah (anjal) - Maza Ya’ni (Fathi
perbincangan keratan akhbar “kes Yakan)
6. Kesan penghayatan Islam sbg jenayah di Negara umat Islam - Jahiliyah Moden
Ad-Deen dengan Negara Amerika/Eropah” (Mohd Qutb)
7. Mengapa masyarakat tidak dapat
memahami kesyumulan Islam Tambahan :
- kesan penjajahan pemikiran risalah 10 Badihiyyat Islam Set induksi :
- system pendidikan 20 Usul Isyrin Hassan al-Banna
- peranan media massa - arahan lukisan dan
- penyelewengan pemerintah pertanyaan
- kelemahan ulama’
- sikap masyarakat yang tidak inkuiri
8. Fikrah Islam menolak Jahiliyyah
- sifat jahiliyyah yang sebenar
SAHABAT AL FATEH KMKt
Muqaddimah
Adapun berbagai-bagai agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing-masing.
Adakalanya dari orang yang mengasaskannya atau dari nama umat yang tertentu yang menubuhkan
atau mengembangkan agama tersebut. Agama Nasrani atau Masihi mengambil nama dari al-Masih.
Agama Buddha diambil dari nama pembawanya; Gautama Buddha. Agama zarathusa pula berasal
daripada nama pembawa panji-panji, Zarathusra. Agama Yahudi pula mengambil nama daripada suatu
qabilah yang dinamakan Yahudi.
Berlainan dengan Islam, ia tidak disandarkan kepada nama individu tertentu, ataupun umat tertentu.
Nama Islam itu menunjukkan sifat-sifat khusus yang terkandung di dalam makna perkataan Islam itu
sendiri.daripada nama tersebut jelas bahawa ia tidak menunjukkan pembawa atau pengasasnya di
kalangan manusia. Ia bukan khas bagi umat tertentu, tetapi ia adalah untuk seluruh bangsa.
Pengertian Islam
Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmannya:
ومن أحسن دينا ممن أسلم وجهه لله وهو محسن واتبع ملة إبرهيم حنيفا
Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah
(dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama nabi Ibrahim
yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid) - (an-Nisa’: 125 )
Berpandukan ayat ini maka Islam diertikan sebagai “penyerahan diri kepada Allah dengan penuh
keikhlasan hati’
Islam dengan pengertian induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segala
kejadian di alam semesta.
Firman Allah
أفغير دين الله يبغون وله أسلم من في السموت والأرض طوعا و كرها وإليه يرجعون
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?
Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di langit dan bumi, sama ada dengan
sukarela atau terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.(Ali Imran : 83)
Dari kedua-dua ayat ini maka dapat disimpulkan bahawa pengertian Islam ini tersimpul pula dalam
penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang setepat-tepatnya diantara hubungan manusia dengan
penciptanya ialah sujud kepada Allah dengan penuh kepatuhan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di
antara ketiga-tiganya :ad-deen, Islam dan sujud mempunyai kaitan dan jalinan yang erat dan tabiie’.
Islam Sebagai ad-Deen dan Kewajipan Menghayatinya
SAHABAT AL FATEH KMKt
a) Pengertian ad-Deen
Islam adalah ad-Deen (cara hidup) yang merangkumi aqidah, ibadat, politik & negara, tanah air,
kerajaan, umat, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, ilmu pengetahuan, kehakiman,
kebendaan, kekayaan, jihad, da’wah, ketenteraan, fikrah & dasar perjuangan. Cara hidup Islam sahaja
yang diterima Allah. Firman Allah:
إن الدين عند الله الإسلام
Sesungguhnya agama yang benar disisi Allah adalah Islam (Ali-Imran:19)
Pengertian Islam yang terkandung dalam ayat ( Ali-Imraan : 83 ) & ( An-Nisaa’: 125 ) merupakan
penyerahan diri secara total kepada Allah. Pengabdian dan penyerahan diri ini adalah manefestasi
daripada tujuan sebenar manusia diciptakan- semata-mata tanda ibadah kepada-Nya. Menurut Abul A’la
Al-Maududi dalam buku “al-Istilah al- Arba’ah fil Quran’ menyatakan 4 kandungan makna ad-Deen:
a) ( – ) النظامPeraturan
b) ( – ) الطاعةTaat
c) ( – ) السلطةKekuasaan
d) ( – ) الجزأBalasan
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM3 :
✔ RABBANIYAH (KETUHANAN)
Firman Allah Taala : “Celupan Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan
Allah, dan kami kepadanya berubudiyyah.” (surah Al-Baqarah : 138)
Maksud Rabbaniah yang menjadi teras kepada wujudnya sifat-sifat Islam yang lain, adalah
bererti :
Islam ini adalah berasal dari sumber-sumber ketuhanan yang tulen dan asli, yakni
bersandarkan wahyu Allah sepenuhnya iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah, yang terpelihara dari
sebarang perubahan dan tokok-tambah perbuatan manusia. Inilah titik pembeda Islam dan
agama lain seperti Yahudi dan Kristian yang telah dicampuraduk antara kalam Tuhan dan tafsiran
pendeta-pendetanya. Oleh itu, Islam bukanlah lahir dari pemikiran dan falsafah karut yang ditaja
oleh manusia yang serba kelemahan.
Islam menyeru kepada tauhidullah dan uluhiyyatullah dalm erti kata yang sebenar merangkumi
segenap kehidupan, justeru tidak ada tempat untuk manusia atau pendeta atau para nabi dan
mursalin Islam untuk disembah atau diberikan kompromi pemujaan.
3
SAHABAT AL FATEH KMKt
✔ AJARANNYA ADIL
Oleh kerana Islam datang dari Allah yang Maha Adil, maka segala ajarannya adalah sempurna
dan adil, jauh sekali dari kekurangan (nuqsan) dan kezaliman ke atas penganutnya. Islam
membawa prinsip persamaan (al-Musawah) antara manusia apabila berhadapan dengan pengadilan,
tanpa memilih bulu dan beda warna kulit. Rasulullah S.A.W sendiri pernah menyatakan :
“Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong juga tangannya.”
Umar al-Khattab pernah mengambil tindakan ke atas anak Amru al-As (bapanya menjadi
Gabenor Mesir) yang telah kalah dalam perlawanan kuda dengan seorang Qibti (Kristian). Oleh
sebab anak Amru telah memukul orang Qibti dan telah sampai ke pengaduan Umar, maka
anaknya dihukum oleh Umar r.a.
✔ SYUMULIYYAH (MENYELURUH)
Ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap, komprehensif, holistik merangkumi semua perkara,
dari sekecil-kecil adab memasuki tandas sehinggalah sebesar-besar urusan pemerintahan
negara. Menurut as-Syeikh Said Hawwa dalam bukunya Al-Islam; kesyumulan Islam
merangkumi 4 perkara asas:
( )عقيدةAqidah – ( beriman kpd Allah, Rasul, Malaikat, Nabi, Kitab, Hari Qiamat, perkara
ghaibiyat, dan sebagainya)
( ) عبادةIbadat- (sembahyang, puasa, zakat, dsb)
( ) مناهج الحياةPanduan Hidup- (sistem politik, ekonomi, pendidikan, pembentukan akhlak)
( ) مؤيداتFakta pelengkap- (jihad, amar ma’ruf nahi mungkar,perlaksanaan syariat)
Kesyumulan Islam adalah merangkumi seluruh kegiatan manusia dalam kehidupan
berpandukan petunjuk & bimbingan daripada al-Quran & as-Sunnah. Ianya mesti diterima & tidak
boleh dipecah-pecah atau diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain (Al- Baqarah :
85). Ia berada seimbang dan sesuai dengan fitrah manusia. (an-Nahli : 89 )
Islam is the way of life yang komprehensif dan menyeluruh, mencakupi segenap aspek
kehidupan, bukan sekadar dari sejak lahir hingga ke liang lahad, tetapi sejak sebelum lahir di alam
baqa hingga selepas mati menuju akhirat, kesemuanya disentuh oleh Islam. Islam juga bukan
semata-mata syariat atau kerohanian sahaja, tetapi Islam itu adalah aqidah dan kenegaraan,
kemasyarakatan dan ekonomi, pertahanan dan ketenteraan, sains dan teknologi, dan segala-galanya.
Al-Qur’an sendiri telah menyebut kesemua perkara asas di dalamnya dan ini dibuktikan dengan
kajian saintifik dan profesional dalam segenap bidang. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl
ayat 89:
َو َي ْو َم َن ْب َع ُث ِفي ُك ِّل ُأ َّم ٍة َش ِهي ًدا َع َل ْي ِه ْم ِم ْن َأ ْنفُ ِس ِه ْم َو ِجْئ َنا ِب َك َش ِهي ًدا َع َلى َهُؤ اَل ِء َو َن َّز ْل َنا َع َل ْي َك ا ْل ِك َتا َب ِت ْب َيا ًنا لِ ُك ِّل َش ْيءٍ َو ُه ًدى َو َر ْح َم ًة
َو ُب ْش َرى لِ ْل ُم ْسلِ ِمي َن
SAHABAT AL FATEH KMKt
✔ ALAMIYYAH (KEANTARABANGSAAN)
Firman Allah Taala : “Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan ke atas hamba-Nya
(Nabi Muhammad) agar menjadi peringatan kepada seluruh alam.” (al-Furqan : 1)
Firman Allah Taala : “Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai
rahmat kepada seluruh alam.” (al-Anbiya : 91)
Sabda Rasulullah S.A.W : “Aku dilebihkan mengatasi dengan nabi-nabi terdahulu adalah jika
nabi-nabi terdahulu diutuskan kepada sesuatu kaum yang khusus, maka aku diutuskan kepada
semua manusia secara umum.” (hadis riwayat Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah)
Alamiyah boleh diertikan sebagai Islam ini hakikatnya adalah sesuai dan bersifat rahmat
(penyelemat) kesemua manusia mukallaf di atas muka bumi tanpa mengira aspek ras dan bangsa,
daerah dan batasan geografi, kaum dan warna kulit, keturunan dan bahasa. Sifat universal Islam
bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu atau generasi tertentu, tetapi berlaku untuk sepanjang
masa dan tempat. Kerahmatan Islam meliputi kepada semua makhluk sama ada binatang,
manusia, dan juga tumbuhan. Oleh kerana itu, ketika dalam peperangan, tentera- tentera Islam dipesan
supaya jangan memusnahkan tanaman, orang-orang perempuan yang tidak menyertai peperangan,
orang-orang tua yang uzur, mereka yang berada dalam rumah berhala dan kanak-kanak kecil.
Binatang yang hendak disembelih sekalipun, Islam meletakkan cara yang sesuai supaya
penyembelihan terhadapanya bukan satu bentuk penyeksaan.
✔ WAQI’IYYAH (PROGRESIF DAN DINAMIK)
Ajaran Islam sesuai sepanjang masa dan keadaan, sehingga Islam selalu dapat memenuhi
hajat manusia sehingga manusia tidak akan merasa sempit semasa menghadapi cabaran hidup
dunia. Islam telah membuktikan keselariannya dengan arus moden sesuatu zaman dengan
lahirnya ulamak-ulamak Islam di bidang-bidang teknologi seperti Al-Bairuni (perubatan), Ibnu
Sina (perubatan), Al-Khawarizmi (fizik) dan lain-lain.
✔ AJARANNYA SENANG TIDAK SUSAH
Semua ajaran Islam adalah senang dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang suka
perkara-perkara yang baik dan menyenangkan. Contohnya, ketika melakukan ibadah solat, ia
boleh dilakukan di mana-mana tempat asalkan bersih. Sekiranya musafir melebihi 2 marhalah,
boleh dilakukan solat jama’ dan qasar. Ibadah puasa hanya pada mereka yang mampu
melakukannya. Boleh berbuka puasa pada ibu yang hamil yang bimbangkan kesihatan anak
dalam kandungan, orang yang musafir, orang tua yang tidak berdaya untuk mengerjakannya.
Islam mengarahkan supaya menutup aurat, kerana ia memelihara maruah dan harga diri
manusia. Tetapi Islam tidak menentukan bentuk pakaian yang tertentu, yang penting ia menutup
aurat. Pakaian perempuan tidaklah boleh terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, tidak
jarang, bukan fesyen pakaian yang terbelah sehingga menampakkan aurat. Pakaian tudung
hendaklah dilabuhkan sehingga menutupi paras dada.
SAHABAT AL FATEH KMKt
✔ TIDAK ADA PAKSAAN
Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah (256) : “Tidak ada paksaan dalam agama...”
Kerana itu di dalam sejarah Islam dari mula lagi, tidak ada kes yang cuba memaksa orang kafir
menganut Islam, walaupun mereka berada di negeri yang diperintah oleh orang Islam. Keadaan
ini berlainan dengan apa yang kita lihat pada agama lain, di mana mereka cuba memperdaya
dengan tipu helah dan janji manis supaya memeluk agama mereka, malahan ada yang
menggunakan kekerasan untuk memaksa orang lain menukar agama seperti yang pernah berlaku ke
atas umat Islam Sepanyol. Sekiranya Islam berkembang dengan cara paksaan, maka ramailah para
munafiq yang berpura-pura memeluk Islam tetapi mempunyai niat jahat memusnahkan Islam dari
dalam.
✔ INQILABIYYAH (NO COMPROMIZE)
Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempel
bersama-sama dengan amalan jahiliyyah. Perubahan yang diajar oleh Islam adalah perubahan total.
Ia tidak boleh beramal Islam separuh dan meninggalkan separuh yang lain, tetapi ia mesti menerima
Islam secara keseluruhannya. (untuk penjelasan lanjut, sila rujuk tajuk Jahiliyyah selepas ini)
✔ THABAT (UTUH)
Islam pada prinsip dan asasnya bersifat teguh dan kuat. Ia tidak akan mengikut kehendak
manusia dan logika akal walapun pada zahir mendatangkan kebaikan pada manusia. Islam tidak
boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya oleh akal fikiran kerana pada Islam itu ada
perkara-perkara ath-Thawabit yang tidak boleh dimasukcampuri oleh pemikiran manusia yang
serba lemah dan terbatas.
✔ MURUNNAH
Rahsia kekalnya Islam hingga ke akhir zaman kerana sifatnya yang tidak berubah pada perkara
pokok dan asas tanpa boleh menerima perubahan atau penambahan (ath-thawabit) manakala
boleh berubah pada perkara-perkara ijtihadiyyah atau yang didiamkan dari disebut secara
qat’iyy dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Keanjalan manhaj hidup Islam ini memberikan daya
untuknya menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti. Sibghah atau ciri ini
membuatkan Islam berkebolehan untuk berijtihad atau menyimpulkan hukum-hakam terhadap
hal-hal yang tiada nas sama ada melalui Qiyas, Masalih Mursalah, Istihsan dan sebagainYA.
WE CHAT SEMESTER 2
SAHABAT AL FATEH KMKt
TAHAP 2
“Memahami tuntutan Islam terhadap tasawwur Islam, dan tanggungjawab tarbiyah dan dakwah
Islamiyah Islamiah secara amar makruf dan nahi mungkar”
يا أيهالذين أمنوا تقوا الله وابتغوا اليه الوسيلة وجاهدوا في سبيله لعلكم تفلحون
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri
kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya supaya kamu mendapat keuntungan.”
– Al Maidah : 35 –
✔ Inilah masalah terbesar yang sering dihadapi oleh seorang da’ie. Tidak mungkin seorang da’ie
mampu bertahan di atas jalan dakwah ini sedangkan jahiliyah masih berakar umbi di dalam diri.
Satu-satunya cara terbaik untuk meninggalkan jahiliyah adalah dengan menyibukkan diri
dengan tarbiyah dan dakwah . Iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja belum tentu cukup
untuk anda meninggalkan jahiliyah kerana syaitan sentiasa bersiap siaga. Asasnya, semakin
banyak anda bergerak dan berfikir untuk tarbiyah dan dakwah, semakin sedikit masa kosong
yang masih tinggal bersama anda, semakin kurang anda berfikir tentang jahiliyah dan semakin
banyak jahiliyah yang akan anda tinggalkan .
✔ Pengertian Tarbiyah :
“Suatu nidzhom terbaik yang mampu bertindakbalas bersama fitrah insan, dikemukakan secara
langsung (perkataan) dan tidak langsung (qudwah), bertujuan mengubah manusia ke arah yang
lebih baik, melalui dan menepati manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.”
Maksud tarbiah secara umum ialah apa jua usaha yang dilakukan oleh murabbi untuk mendidik
seseorang muridnya supaya berdisiplin, supaya mencapai matlamat yang ditentukan. Justeru,
Tarbiah Islamiah ialah satu proses penyediaan manusia dalam segenap aspek sama ada
kehidupan, pemikiran ataupun fizikal, kehidupan dunianya yang berkaitan hubungannya dengan
orang lain, dan kehidupan di alam yang lain yang membawa result amalannya sama ada
diredhai Allah atau pun dimurkaiNya. Tarbiah ini bermatlamatkan membawa manusia ke arah yang
lebih baik
SAHABAT AL FATEH KMKt
Konsep Tarbiyah Islamiyah :
✔ Ikhwan al-Muslimin membezakan antara ta'lim dan tarbiah. Mereka memaksudkan ta'lim ini
hanyalah dengan hanya menghafaz prinsip-prinsip dan konsep-konsep tertentu atau satu
proses transaksi maklumat antara seorang guru kepada muridnya yang belum tentu
memungkinkan memberi kesan kepada sikap pelajar tersebut. Manakala tarbiah adalah suatu
konsep yang lebih luas daripada ta'lim yang mana tarbiah ini punyai keterikatan dengan amalan
dengan bermatlamatkan membawa perubahan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Mereka
berpendapat bahawa ta'lim adalah antara uslub terpenting dalam tarbiah, tetapi jika hanya
setakat ta'lim sahaja tidak akan sampai ke matlamat tarbiah untuk mengubah sikap manusia.
Namun begitu Sheikh Sa'id Hawa berpandangan bahawasanya ta'lim dan tarbiah punyai makna
yang sama.4
Matlamat Umum Tarbiyah :
✔ Fardul Muslim5 (Islah an-Nafs)
✔ Baitul Muslim
✔ Mujtama’ Muslim (Irsyad al-Mujtama’)
✔ Daulah Islam (Tahrir al-Watan)
✔ Khilafah Islamiyah (Islah al-Hukumah hatta Takuna Islamiyah)
Faktor Kejayaan Tarbiyah :
Berdasarkan petikan Tarbiyah Islamiyah wa Madrasah Hassan al-Banna :
✔ Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah
yang mampu merubah masyarakat, membentuk petugas-petugas dakwah dan satu-satunya
jalan untuk mencapai cita-cita dan harapan. (tarbiyah bukan segalanya, tapi segalanya
bermula dengan tarbiyah)
Adanya manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang,
sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan yang berbagai, ditegakkan di
atas falsafah kefahaman yang terang dan diambil terus dari ajaran Islam yang tulen.
✔ Suasana jamaie yang positif (bi’ah jamaiyyah) yang dibina oleh jemaah yang setiap anggota
cuba sedaya upaya melaksanakan cara hidup Islam dengan berbagai cara.
✔ Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan khibrah.
✔ Wujudnya sebilangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melaksanakan
tugas mereka.
✔ Kepelbagaian wasilah ; fardi dan jamaie, teori atau ama,I, aqli atau atifi, positif atau negatif.
4
5
SAHABAT AL FATEH KMKt
Aspek-aspek Tarbiyah :
✔ Tarbiyah ruhiyyah
✔ Tarbiyah fikriyyah
✔ Tarbiyah akhlakiyyah
✔ Tarbiyah ‘aqliyah
✔ Tarbiyah jismiyyah
✔ Tarbiyah ijtima’iyyah
Wasilah Tarbiyah :
✔ Al-Usrah
✔ Ar-Rehlah
✔ Al-Mukhayyam
✔ Ad-Daurah
✔ An-Nadwah
✔ Al-Muktamar
Marhalah Tarbiyah :
✔ Taarif
✔ Takwin
✔ Tanfiz
PENUTUP
Dr Yusuf al-Qardhawy telah mengungkapkan keutamaan tarbiyah sebelum jihad dan proses takwin
sebelum tamkin dengan kupasan yang baik dan rasional yang kukuh6. Beliau menyebutkan inilah
falsafah tarbiyah Rasulullah ke atas para sahabah sepanjang fatrah Makkiyyah yang tidak diperintahkan
ke atas mereka jihad dan serangan balas ke atas kejahatan dan perbuatan kafir Quraisy ke atas
mereka. Lantaran sebesar-besar musuh yang perlu didepani terlebih dahulu adalah musuh internal iaitu
syaitan dan nafsu sebelum musuh external. Rasional keutamaan kepada sektor tarbiyah ini sebelum
jihad pada Al-Qardhawy adalah kerana jihad dalam Islam tidak sebagaimana konsep perang dalam
agama lain, ia mempunyai asas yang suci, matlamat yang murni, adab dan disiplin yang jelas
sehinggalah boleh dinobatkan seseorang itu jihad fi sabilillah7. Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa,
9:
6
7
SAHABAT AL FATEH KMKt