The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Usrah
Kolej Matrikulasi Kelantan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bm-2969, 2021-08-22 08:57:20

Modul Usrah :'We Chat'

Modul Usrah
Kolej Matrikulasi Kelantan

Keywords: Usrah,Modul,Usrahsebelumfajar

PENGERTIAN DAKWAH

Bahasa : Menyeru atau memanggil sama ada kepada yang haq atau batil
Istilah : Satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah s.w.t. dan apa yang disampaikan oleh Rasul-

Rasul-Nya. (Ibnu Taimiyyah)

KEWAJIPAN BERDAKWAH

✔ As-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa baginya tiada halangan untuk dikatakan bahawa hukum
dakwah itu adalah kedua-keduanya sekali, iatu fardhu ain dan fardhu kifayah. Dakwah itu
fardhu ain kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan kepada orang yang masih jahil
tentang ajaran asas Islam yang menjadi fardhu ain setiap orang Islam mengetahuinya. Ia juga
fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu dalam kalangan orang Islam
untuk lebih dipertaggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan dakwah.

✔ Muhammad Abu Zuhrah mengemukakan pendapat yang sama. Beliau membuat kesimpulan
bahawa apabila melihat kepada usaha dan tenaga yang telah dicurahkan oleh para sahabat
dan tabiin yang masing-masing mengambil bahagian sepenuhnya dalam usaha dakwah, maka
dapatlah difahami bahwa dakwah itu fardhu ain. Di samping itu, ia menjadi fardhu kifayah ke
atas pertubuhan Islam. Dengan itu, hukum dakwah ke atas setiap individu adalah
kedua-duanya sekali.

✔ Berdasarkan keterangan-keterangan di atas dan dalil-dalil di bawah, maka dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa tanggungjawab dakwah adalah terlalu besar. Ia bukan setakat fardhu ain
ke atas setiap orang Islam, malah juga fardhu kifayah ke atas seluruh umat Islam, mengikut
kemampuan masing-masing. Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usaha-usaha
dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan
kehendak Allah dan Rasul-Nya.8

8

SAHABAT AL FATEH KMKt

Firman Allah s.w.t.

“Dan hendaklah ada kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar, dan mereka inilah orang-orang yang

beruntung.”
(Ali-Imran : 104)

● Sabda Nabi s.a.w. : “Umpama orang-orang yang tinggal dalam sempadan-sempadan Allah itu
adalah seperti suatu kumpulan manusia yang menaiki kapal. Setengah duduk di tingkat atas
manakala setengah pula di tingkat bawah. Orang-orang yang duduk di tingkat bawah itu bila
hendak mengambil air (dari laut) terpaksalah mereka melalui tempat yang diduduki oleh
orang-orang di atas, lalu mereka berkata : “Kalau kita tebuk lubang di sebelah bawah kita ini
untuk mendapatkan air tentu kita tidak akan mengganggu orang-orang yang di sebelah atas”.
Maka kalaulah mereka itu dibiarkan melakukan apa yang mereka niatkan itu, nescaya semua
orang yang di atas kapal itu akan binasa. Kalau mereka dicegah, kesemuanya akan selamat.”
(Bukhari, Muslim)

● Umar Ibnu Abdul Aziz menyebut : “Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai
dengan sebab perbuatan dilakukan oleh orang-orang perseorangan, akan tetapi kerana maksiat
dilakukan secara terang-terangan sedangkan orang ramai tidak mengingatkan, maka
keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa.”

● Ibnu Hazm berkata : “Menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar adalah dua fardhu
ke atas setiap orang Islam menurut kadar keupayaannya, dengan tangan dan kalau tidak
kuasa, dengan lidah. Dan kalau tidak kuasa juga, maka dengan hati. Itulah selemah-lemah
iman. Selepas itu tiadalah terdapat sesuatu pun dari iman.”

RUKUN DAKWAH

Daie (Pendakwah)

)21 – ‫لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الاخرة واذكر الله ( الاحزاب‬
Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu satu contoh teladan yang baik bagi mereka yang mengharapkan“

”.Allah dan Hari Akhirat dan mengingati Allah

SAHABAT AL FATEH KMKt

Sifat-sifat asas seorang daie :

● hubungan kukuh dengan Allah (taubat, taqwa, taat, takut, mengharap)
● mujahadah berterusan dari godaan hawa nafsu dan bisikan syaitan
● istiqamah, redha dan tawakkal apabila berhadapan dengan cabaran suasana persekitaran

Kelayakan asas seorang daie :

● mempunyai kefahaman Islam yang sahih
● memiliki keimanan yang teguh kepada Allah
● watak keperibadian yang baik
● mengambil Islam sebagat matlamat hidup
● Mad’u (Target Dakwah)

Nabi S.A.W menyebut :
‫نحن الأنبياء أمرنا أن نخاطب الناس على فدر عقولهم‬

“Kami para anbiya diperintahkan untuk bercakap dengan manusia dengan kadar kemampuan akal
mereka”

Setiap mad’u ada tahap dan peringkat dakwah yang bersesuaian dengannya. Seorang daie tidak boleh
meletakkan mad’u berada pada satu tahap yang sama. Seorang daie perlu mengetahui tahap mad’u
yang didakwahnya agar maudhu’(topik perbincangan) dan methodologi dakwah yang dipilih
bersesuaian dengannya.

Peringkat dakwah :

● Dakwah umum – at-Ta’liim dan amar makruf nahi mungkar
● Dakwah khusus – at-Tarbiyah dan dakwah fardiyyah

Maudhu’ (Topik Perbincangan)

“Katakanlah ini jalanku yang aku menyeru di atasnya kepada Allah dalam keadaan yang terang lagi
nyata, aku dan mereka yang mengikutiku. Maha Suci Allah dan aku bukan dari kalangan mereka yang
mensyirikkan Allah” (Yusuf : 108)

Maudhu’ dakwah Islamiyah adalah content Islam itu sendiri. Justeru, daie perlu mengetahui sifat-sifat
asas Islam itu sendiri yang mempunyai kelainan, keistimewaan dan kelebihan mengatasi agama, isme
dan pemikiran manusia yang lain.

SAHABAT AL FATEH KMKt

Uslub (Methodologi/Pendekatan Dakwah)

Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl, 126 :
‫ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هى أحسن‬
“Serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan debatilah mereka
dengan cara yang lebih baik”

Menurut Syeikh Jum’ah Ali, beliau menyarankan 10 pendekatan asas dalam berdakwah iaitu :

● ‫( القدوة قبل الدعوة‬berikan teladan sebelum dakwah)
● ‫( التأليف قبل التعريف‬ikatan hati sebelum suntikan fikrah)
● ‫( التعريف قبل التكليف‬pengenalan asas sebelum memberi bebanan)
● ‫( التدرج في التكليف‬beransur-ansur dalam memberikan taklif)
● ‫( التيسير لا التعسير‬memudahkan, bukan menyulitkan)
● ‫( الأصول قبل الفروع‬perkara pokok sebelum perkara cabang)
● ‫( الترغيب قبل الترهيب‬berita gembira sebelum berita ancaman)

▪ ‫(التفهيم قبل التلق‬memahamkan, bukan menghafal)
● ‫( التربية لا التعرية‬mendidik, bukan menghukum)
● ‫( تلميذ إمام لا تلميذ كتاب‬berguru)

KELEBIHAN BERDAKWAH

● Menyambung mata-rantai misi pengutusan para Rasul dan Anbiyaa’

● Pahala yang besar kepada pengamal kebaikan yang didakwahkan (sunnah hasanah)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia berhak mendapat pahala
orang-orang yang mengikut petunjuknya, tanpa mengurangi pahala tersebut sedikitpun. Barangsiapa
yang mengajak kepada kesesatan, dia berhak mendapat dosa orang-orang yang mengikut
kesesatannya, tidak mengurangi dosa tersebut sedikitpun.” (Riwayat Muslim)

● Lebih mulia dari mereka yang mengasingkan diri dan beribadah semata-mata

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Umar r.a : “Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas
gangguan mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak
sabar atas gangguan mereka.” (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda baginda lagi : “Demi Allah, jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang kerana (sebab)
kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada unta merah (sesuatu yang paling berharga pada sesuatu
zaman).” (Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Mendapat pertolongan dari Allah

Firman Allah Taala : “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan pendirian kamu.” (Muhammad : 7)

SAHABAT AL FATEH KMKt

Menyelamatkan diri dari ancaman Khusrin (kerugian) manusia di akhir zaman
“Demi masa, sesungguhnya setiap manusia itu semuanya dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang
beriman, dan mengerjakan amalan-amalan soleh, saling menasihati dengan kebenaran, dan saling
menasihati dengan kesabaran.” (Al-‘Asr : 1-3)
Iman dan amal soleh belum mencukupi untuk menyelamatkan manusia dari segala jenis kerugian dan
kebinasaan, sehinggalah mereka sanggup memberi nasihat dengan mesej kebenaran, dan belum tentu
daie penyampai kebenaran mampu melalui ujian dan dugaan melainkan mereka yang mampu bersabar
sahaja.

SAHABAT AL FATEH KMKt

KONSEP MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN MENCEGAH KEMUNGKARAN
Firman Allah Taala :

“Dan hendaklah ada kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh
kepada makruf dan mencegah dari mungkar, dan mereka inilah orang-orang yang beruntung.” (Ali-Imran
: 104)
Mengajak kepada kebaikan mencegah kemungkaran merupakan peringkat klimaks dan penentu
kejayaan (al-Falah) dakwah
Firman Allah Taala :

“Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan ke atas manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf
dan mencegah kepada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali-Imran : 110)

● Amar makruf dan nahi mungkar sebelum iman kepada Allah
Beza iman Muslim dan Ahlul Kitab dari sudut kayuukur amar makruf dan nahi mungkar

Sabda Rasulullah S.A.W :
‫كانوا لا يتناهوا عن منكر‬.‫لعن الذين كفروا من بنى إسرءيل على لسان داود وعيسى ابن مريم ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون‬
‫فعلوه لبئس ما كانوا يفعلون‬.
“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel melalui lidah Daud dan Isa putera Maryam. Yang
demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka selalu tidak melarang
satu sama lain tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk apa yang selalu
mereka lakukan.” (Al-Maidah : 78-79)

SAHABAT AL FATEH KMKt

● Punca kejatuhan peradaban (hadharah) Bani Israel adalah kerana nahi mungkar yang
ditinggalkan

Sabda Rasulullah S.A.W :

‫واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة واعلموا أن الله شديد العقاب‬
“Dan peliharalah dirimua dari seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja
kalangan kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaan-Nya.” (Al-Anfal : 25)
Sabda Rasulullah S.A.W

‫فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن جاهدهم بقلبه فهو مؤمن ورآء ذلك من الإيمان حبة خردل‬
atau dalam lafaz lain :

‫من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان‬

Sabda Nabi S.A.W : “Barangsiapa antara kalian yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan
tangan (kekuatan) nya, dan apabila tidak sanggup, maka dengan mulut (perkataan) nya, dan apabila dia
juga tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah
iman.” (hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya daripada Abu Said al-Khudri)

● Tanggungjawab merubah kemungkaran adalah tanggungjawab etiap orang sama ada
pemerintah mahupun rakyat, berdalilkan kepada perkataan “Man” (sesiapa), iaitu lafaz umum
sebagaimana disebut ulamak Usul Fiqh. Perintah ini tidak dikecualikan daripada sesiapa pun
daripada kalangan umatnya, bermula daripada para sahabatnya hinggalah generasi selepas
mereka dan berterusan hingga hari kiamat.

● Adapun tingkatan memperbaiki kemungkaran menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya, “Ihya
Ulumuddin”, ia adalah berbeza-beza dan bertingkat-tingkat. Memperbaikinya dengan kekuatan
atau deklarasi perang adalah tingkat tertinggi. Maka tidak dibolehkan melakukannya, kecuali
pihak-pihak yang mempunyai kekuatan atau kekuasaan sehingga mampu mengelak
berulangnya kemungkaran tersebut. Tidak boleh memperbaiki kemungkaran jika akibatnya
boleh mendatangkan kemungkaran yang lebih besar ataupun sama darjatnya. Menjadi qaedah
fiqhiyyah bahawa sesuatu mara bahaya tidak boleh dihilangkan dengan mara bahaya yang
sama ataupun yang lebih besar dari itu.

● Abul-Laits berkata: "Seorang yang akan menjalankan amar maruf dan nahi mungkar harus
melengkapi lima syarat iaitu: 

✔ Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti maruf dan mungkar
✔ Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan kerana agama Allah s.w.t.
✔ Kasih sayang kepada yang dinasihati, dengan lunak dan ramah tamah dan jangan

menggunakan kekerasan sebab Allah s.w.t. telah berpesan keppada Nabi Musa a.s. dan Nabi
Harun a.s. supaya berlaku lunak kepada Fir'aun
✔ Sabar dan tenang, sebab Allah s.w.t. berfirman yang berbunyi: "Wa'mur bil ma'rufi wanha
anilmunkar wash bir ala maa ashabaka." Yang bermaksud: "Anjurkan kebaikan dan cegahlah
yang mungkar dan sabarlah terhadap segala penderitaanmu."

SAHABAT AL FATEH KMKt

✔ Harus mengerjakan apa-apa yang dianjurkan supaya tidak dicemuh orang atas perbuatannya
sendiri sehingga tidak termasuk pada ayat yang berbunyi: "Ata'murunannasa bil-birri
watansauna anfusakum." Yang bermaksud: "Apakah kamu menganjurkan kebaikan kepada
orang lain tetapi melupakan dirimu sendiri."

KAEDAH MENGAJAK KEPADA KEBENARAN MENCEGAH KEMUNGKARAN YANG
DILAKUKAN OLEH RASULULLAH SAW.

✔ Memilih masa dan tempat yg sesuai utk beri nasihat
✔ Berdakwah secara diplomasi contohnya baginda menggunakan cincin yang berukir nama

baginda Rasulullah saw untuk menandatagani surat-surat yg dikirimkan kepada para pembesar.
✔ Meninggalkan perkara yg tidak memudaratkan utk maslahatan yg lebih besar contoh, baginda

tidak meruntuhkan Kaabah yg dipenuhi patung berhala selepas Fathu Mekah. Baginda hanya
membuang berhala drpd Kaabah shj.
✔ Memberi hadiah kepada mereka yang baru berjinak dengan agama. Baginda sangat
menghormati pembesar Quraisy.
✔ Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalat yang baikseperti menolong
wanita Yahudi
✔ Memberi kemaafan dalam keadaan yang boleh baginda menuntut bela sprt melayani dgn baik
keluarga Abu Sufian ketika pembukaan Mekah
✔ Menceritakan sesuatu berdasarkan kisah-kisah umat terdahulu sebagai iktibar

HIKMAH MENGAJAK KEPADA KEBENARAN MENCEGAH KEMUNGKARAN

✔ Dapat menegakkan hukum Allah dan Syariat Islam
✔ Gejala sosial yang berlaku dapat diatasi
✔ Pembangunan masyarakat berjalan lancar
✔ Ekonomi bertambah baik dan mantap
✔ Keselamatan terjamin
✔ Dapat mengangkat martabat agama dan umat Islam
✔ Dapat memelihara maruah, harta, keturunan dan hak  individu dan hak awam.

SAHABAT AL FATEH KMKt

PENGERTIAN AMAL JAMAIE (TEAMWORK)
Amal Islami dapat dibahagikan kepada amal fardi, amal jamaie dan amal ijtimaie9. Amal jamai’ie
diertikan sebagai suatu perkara yang diputuskan atau gerak kerja yang diarahkan oleh sesebuah
organisasi yang munazzamah (tersusun) yang beriltizam dengan manhaj Islam iaitu al-Quran dan
as-Sunnah, bertujuan untuk mencapai matlamat tertentu yang berkaitan dengan matlamat kemuncak
perjuangan Islam itu sendiri iaitu mengembalikan khilafah Islam yang hilang. (Amal Jamaie, hal 11)
DALIL
Dalil naqli dari Al-Qur’an menegaskan kepentingan adab berorganisasi dan elemen ketaatan dalam
amal jamaie adalah :
‫إنما المؤمنون الذين ءامنوا بالله ورسوله وإذا كانوا معه على أمر جامع لم يذهبوا حتى يستئذنوا إن الذين يستأذنوك أولئك‬

‫الذين يؤمنون بالله ورسوله فإذا استئذنوك لبعض شأنهم فأذن لمن شئت منهم واستغفر لهم‬
Maksudnya : “Sesungguhnya yang sebenar-benar orang Mu’min itu adalah orang yang beriman kepada
Allah dan RasulNya dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang
memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya.
Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad), mereka itulah orang-orang
yang beriman kepada Allah dan RasulNya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana
sesuatu keperluan, berilah izin kepada sesiapa yang kamu kehendaki di antara mereka dan mohon
keampunan untuk mereka kepada Allah. " (Surah An-Nur : 62)
KEPENTINGAN
“Bersatu di atas pandangan (itjihad syura) yang kurang tepat (mendapat 1 pahala) adalah lebih baik dari
kamu berpecah di atas pandangan yang tepat.” – Mustapha Mahsyur

9

SAHABAT AL FATEH KMKt

RUKUN AMAL JAMAIE
● Keputusan diputuskan oleh kepimpinan majlis tertinggi
● Keputusan diputuskan secara mesyuarat dan bukan keputusan persendirian
● ‫َفا ْع ُف َع ْن ُه ْم َوا ْس َت ْغ ِف ْر َل ُه ْم َو َشا ِو ْر ُه ْم ِفي اَأْل ْم ِر َفِإ َذا َع َز ْم َت َف َت َو َّك ْل َع َلى هَّلا ِ ِإ َّن هَّلا َ ُي ِح ُّب ا ْل ُم َت َو ِّكلِي َن‬
Firman Allah maksudnya: “Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka
lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. “ ( Ali Imran : 159)
● Musyawarah bererti perbincangan yang dibuat oleh majlis tertinggi sesebuah organisasi dalam
membuat keputusan terhadap perkara-perkara dasar atau isu-isu besar organisasi. Keputusan
yang diputuskan musyawarah adalah wajib dipatuhi ahli. Firman Allah Taala :
● َّ‫يا ايها ال ِذي َن َءا َم ُنوا َأ ِطي ُعوا هَّلا َ َوَأ ِطي ُعوا ال َّر ُسو َل َوُأولِي اَأْل ْم ِر ُكِمْنْنُت ُْكم ْم ُتْؤَفِإ ِمْ ُنن َوت َنَان َ ِزباهَّْعل ُتِ ْم َوِفا ْل َيي ْو َِمش اْآْيل ٍء َِخف ُِرر ُّد َذولِهُ َكِإ َل َخىْي هٌَّرلا َِوَأَو ْاحل ََّسر ُنُس َتوْأ ِلِو ِيإاًل ْن‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan
lebih elok pula kesudahannya.” (An-Nisa’ 59)
● Keputusan dan arahan yang diputuskan mempunyai matlamat dan maqasid yang syar’ie sama
ada untuk menolak sesuatu mudharat atau meraih sesuatu maslahat untuk JT.

SAHABAT AL FATEH KMKt

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL !!!



JOM WE CHAT !!

SAHABAT AL FATEH KMKt


Click to View FlipBook Version