The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suryarahmat78, 2023-01-30 18:54:10

ABSTRAK BUKU PROSIDING KJ 2022

ABSTRAK BUKU PROSIDING KJ 2022

Bismillahirahmaanirahim Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhm Salam Sejahtera dan Salam Kuantan Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Masa Hadapan Bersyukur kita ke hadrat Illahi , kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita merealisasikan Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kuantan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan pada tahun ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, penganjuran kolokium sebegini adalah sebagai menyambut hala tuju Transformasi Pendidikan Pahang melalui inisiatif #2: Pemantapan Kebitaraan Guru yang menjurus kepada strategi membudayakan Kajian Tindakan dalam kalangan guru di negeri Pahang. Besar harapan saya untuk melihat setiap lapisan guru dapat membudayakan Kajian Tindakan bagi menghasilkan kemenjadian murid yang lebih holistik dan cemerlang . Umumnya, Kajian Tindakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan .Terdapat tiga peringkat penambahbaikan iaitu penambahbaikan terhadap amalan, penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal dan penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan dijalankan. Manakala tujuan kedua merujuk kepada pelibatan bagi pengamal yang mengamalkan sesuatu bidang tertentu atau dalam erti kata lain, mereka yang terlibat dalam sesuatu amalan. Di samping itu, kajian tindakan juga merupakan satu bentuk solusi yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan isu. Cabaran di dalam dunia pendidikan menjadi semakin hebat dan pantas dalam menjalani proses penyampaian dan kemenjadian murid. Maka amalan untuk membudayakan penyelidikan melalui kajian tindakan ini amatlah tepat dan realistik. Kajian tindakan boleh membentuk satu solusi yang dikongsi bersama dan menunjukkan kepekaan terhadap isu yang dihadapi dengan lebih proaktif . Saya juga amat berharap agar warga pendidik yang saya hormati sentiasa luwes menangani segala cabaran dan perubahan tanpa jangka yang sering berlaku dalam bidang pendidikan. Jadikanlah kolokium ini sebagai salah satu ruang dan peluang menjana pemikiran kritis dan kreatif untuk perkongsian ilmu kepada semua pihak . Akhir kata sekalung tahniah kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan yang telah menganjurkan kolukium ini serta semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini akan menjadikan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan sebagai penaraju kecemerlangan Pendidikan masa hadapan. Sekian , terima kasih. UCAPAN ALU-ALUAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT DAERAH KUANTAN TAHUN 2022 Anjuran PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN


Abstrak Kajian Tindakan


SIKAP GURU TERHADAP PENGGUNAAN ICT DALAM PDPC DI SK GAMBANG Mohd Fazli Bin Abdul Jalil Shahrul Annuar Bin Abd Aziz Abstrak Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sikap guru terhadap penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan ICT sebagai alat pedagogi di kalangan guru SK Gambang Populasi kajian adalah terdiri daripada 42 orang guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 6. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasas Skala Likert. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data. Data dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, walaupun guru-guru mempunyai minat dan bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, namun kekurangan sumber dan kesukaran mengakses internet menyebabkan mereka lebih menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Selain daripada itu, guru yakin bahawa ICT dapat meningkatkan amalan pengajaran mereka. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan penggunaan ICT di kalangan guru pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah kerajaan atau swasta, dan badan-badan korporat seharusnya dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan program-program atau latihan yang bersesuaian bagi guru-guru dan menambah bilangan komputer yang lebih banyak serta akses internet yang berkesan .


MENINGKATKAN KEUPAYAAN GURU DALAM MERANCANG STRATEGI KECEMERLANGAN AKADEMIK MENGGUNAKAN PROGRAM CAKNA GEMILANG Mohd Nasri Bin Mat Akhir Pengetua Cemerlang SMK Cenderawasih ABSTRAK Kajian ini dijalankan di SMK Cenderawasih, Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah Kategori A yang mempunyai bilangan calon SPM yang melebihi 200 orang setiap tahun dengan pencapaian GPS SPM yang tidak pernah mencapai kurang daripada 5.00 sejak sekolah beroperasi. Kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan para guru dalam memahami kepentingan “headcount” dan menganalisis data untuk merangka program kecemerlangan berdasarkan potensi murid khususnya calon SPM. Jika semua guru berupaya menganalisis data dan merancang program bersesuaian dengan keupayaan murid, adakah peningkatan pencapaian GPS akan berlaku? Kajian tindakan ini menggunakan pendekatan proses menganalisis data-data di dalam HC3, respon soal selidik kepada barisan GPK, kaunselor, GKMP dan guru-guru tingkatan 4 dan 5 yang terlibat serta hasil pencerapan pdpc guru menggunakan borang SKPMG2 oleh GKMP dan Ketua Panitia . Kajian ini dilakukan bermula pertengahan bulan Jun 2022 iaitu selepas tamatnya Ujian 1 2022. Tempoh kajian sehingga Oktober 2022 iaitu pemerhatian hasil kajian berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022. Hasil kajian ini amat menggalakkan apabila diukur daripada keputusan Tingkatan 5 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi beberapa subjek yang menunjukkan peningkatan peratus lulus murid dan GPS. Diharapkan Kajian Tindakan ini akan memberi impak yang memberangsangkan kepada peningkatan kurikulum sekolah secara keseluruhannya.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN GURU-GURU SMK CENDERAWASIH DALAM CAPAIAN DATA SECARA ATAS TALIAN DENGAN MENGGUNAKAN G SUITE ENTERPRISE FOR EDUCATION (GSEFE) DAN PELANTAR CESSKU. Mohd Nasri Bin Mat Akhir, Mohd Afifzan Bin Abas, Abdu Rahman Mazidi Bin Muhammed, Farah Afizan Bt Yaakub, Mohamad Zain Bin Hassan, Norsilawati Binti Supian Suri, Nuraini Binti Ismail, Nurainina Bt Zakaria, Rajaletchimi A/P P. Gopal, Suhana Binti Ramli, Syahirah Binti Saudi, Yozlinda Binti Zulkepli, Zarina Binti Saad ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru-guru SMK Cenderawasih dalam capaian data secara atas talian dengan menggunakan G Suite Enterprise for Education (GSEfE) dan pelantar CeSSKU. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 25 orang guru SMK Cenderawasih pada tahun 2022 dengan pecahan 7 orang guru lelaki dan 18 orang guru perempuan. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan kaedah pemerhatian, borang soal selidik secara atas talian dan pelaksanaan PLC. Hasil tinjauan menunjukkan guru-guru mempunyai masalah dari segi penggunaan google drive dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran penggunaan google drive dan juga kemahiran penggunaan teknologi maklumat kepada guru-guru. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 7 bulan. Keputusan selepas pelaksanaan program kepada guru-guru juga didapati berlakunya peningkatan dari segi pemahaman dan kemahiran guru menggunakan google drive bagi menghantar ERPH menggunakan pelantar CeSSKU.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN TATABAHASA MURID TAHUN 5 DENGAN MENGGUNAKAN ‘WHEEL OF GRAMMAR’ SEBAGAI ALAT BANTU Noor Hasyiah Binti Hashim Nurul Husna Binti Abd Halim Mohamad Mukmin Ezfar Bin Mohamed Yusoff SK (LKTP) Lepar Hilir 1,Kuantan ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah tatabahasa atau Grammar Bahasa Inggeris yang dihadapi oleh murid Tahun 5. Ia juga untuk meningkatkan kemahiran asas menguasai ‘Subject Verb Agreement’ (SVA) dan penekanan dalam Present/Past Continuous. Penguasaan yang lemah dalam SVA ini sering berlaku dikalangan murid-murid di Tahap 2 dan menyebabkan mereka tidak dapat menulis ayat Bahasa Inggeris yang mudah dengan betul . Oleh itu , kami telah menggunakan ‘Wheel Of Grammar’ bagi membantu murid mengatasi masalah ini. Kaedah ‘Wheel Of Grammar’diperkenalkan untuk membantu murid-murid memilih dan menggunakan kata ganti diri yang bersesuaian dengan ‘Verb to be’ yang betul semasa membina ayat mudah . Seramai 106 orang murid-murid Tahun 5 telah terlibat dalam kajian ini . Kajian ini telah menggunakan kaedah pemerhatian dan juga penilaian secara ujian . Secara keseluruhan , murid dapat menguasai pembelajaran tatabahasa atau Grammar dengan lebih baik selepas penggunaan ‘Wheel Of Grammar’ dan mampu menulis ayat mudah dengan lebih baik . Selain daripada itu pembelajaran Bahasa Inggeris didalam kelas menjadi lebih mudah dan seronok .


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MAD ASLI DALAM IQRA’ 3 MENGGUNAKAN KAEDAH WARNA DAN PERGERAKAN JARI TELUNJUK KEPADA MURID-MURID PROGRAM CELIK AL QURAN (CaQ) M. Husni Abd Mutalib, M. Adzrul Shah Ramle, Maziah Jusoh, Suhaila Ismail, Azman Bakar SK Mat Kilau,Kuantan ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengaplikasikan bacaan hukum Mad Asli dengan tepat yang terdapat di dalam Iqra’ 3. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang murid yang terlibat dengan Program Celik Al Quran (CaQ) Kumpulan 8. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa kebanyakan murid tidak dapat membaca bacaan hukum mad asli baris atas ( ـَ +ا ,( baris bawah ( ـِ +ي ,(dan baris depan ( و + ـُ (dengan tepat apabila ia dalam bentuk kalimah panjang yang melebihi 2 huruf. Di dalam pendekatan ini, huruf-huruf mad diwarnakan dengan warna merah bagi membantu murid-murid mengenalpasti hukum Mad Asli yang terdapat di dalam kalimah seterusnya menggunakan pergerakan jari telunjuk bagi membezakan bacaan Mad Asli dengan bacaan pendek. Instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah ujian lisan, rekod pencapaian bacaan, catatan refleksi, temu bual, dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian positif peserta kajian dalam membaca kalimah yang mengandungi hukum Mad Asli dengan tepat yang mana 5 dari 7 orang murid dapat beralih ke Iqra’ 4. Kajian ini turut membantu mengubah amalan pengajaran pengkaji dan seterusnya membantu memupuk minat murid terhadap aktiviti membaca Al-Quran. Bagi menjalankan kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan agar elemen warna dan kaedah penggunaan pergerakan jari telunjuk ini digunakan untuk memperkenalkan hukum-hukum tajwid lain atau hukum mad lain.


APLIKASI PERMAINAN SAIDINA DALAM PENGUKUHAN ABLEH BAGI MURID ALIRANPRINSIP PERAKAUNAN TING 4 SMK BUKIT SAGU Nurul Fathiah Binti Mohd Azman Norzilah Binti Ismail Guru Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SMK Bukit Sagu, Kuantan Abstrak Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan programintervensi yang dilaksanakan oleh Panitia Prinsip Perakaunan untuk membantu muridmeningkatkan kefahaman dalam subtopik Komponen Perakaunan ABLEH (Aset,Belanja, Liabilit, Ekuiti Pemilik dan Hasil) sekaligus meningkatkan peratusan Iulus dalam setiap peperiksaan. Kajian tindakan ini melibatkan 13 orang murid Tingkatan 4STEM dan 4PP yang mengambil aliran Prinsip Perakaunan. Tinjauan kajian inidilakukan melalui set soalan atas talian, pemerhatian, pemantauan dan datamaklumat daripada Ujian Penilaian 1. Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatanmarkah murid dalam subtopik ini .


MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN 133 MURID TINGKATAN 5 KE SEKOLAH MELALUI PROGRAM REYDA – ‘REDEVELOP YOUR DAY’ Normaniza Binti Mansor Pengetua SMK Bukit Goh, Kuantan ABSTRAK Isu kehadiran murid ke sekolah perlu dipandang serius. Pada tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan “Key Performance Index” kehadiran murid adalah pada paras 95% dan ke atas. Bersandarkan ketetapan tersebut, SMK Bukit Goh telah memperkenalkan program ReyDa (‘Redevelop Your Day’). Tinjauan awal sesi persekolahan menunjukkan peratus murid yang hadir secara konsisten 95% dan ke atas hanyalah 45% daripada keseluruhan jumlah murid tingkatan 5. Senario ini jika tidak diatasi akan memberi impak besar terhadap pencapaian akademik murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada tahun 2023. Pelaksanaan program ReyDa adalah bagi memastikan kehadiran murid adalah konsisten dan mencapai 95% ke atas setiap minggu. Program ini mengandungi dua program berasingan yang disatukan di bawah payung ReYDa iaitu Program Sistem Ganjaran dan Program OPS Sayang. Program Sistem Ganjaran memberi peluang kepada murid yang hadir konsisten 95% ke atas untuk layak dipilih dalam cabutan wang ganjaran pada setiap hujung bulan. Program OPS Sayang pula merupakan program penglibatan komuniti dan pentadbir dalam memastikan kehadiran konsisten murid. Impak program ReYDa dapat dilihat daripada peningkatan bilangan dan peratus murid konsisten hadir setiap minggu. Program ReYDa telah meningkatkan penglibatan komuniti dalam membantu usaha sekolah. Program ini juga telah menghasilkan satu inovasi baru, “Sistem Kehadiran ReYDa” iaitu data kehadiran mudah diakses, lengkap dan tepat. Menjadi harapan, program ReYDa ini dijadikan amalan dan budaya sekolah secara berterusan. Kata kunci: kehadiran konsisten, peningkatan kehadiran, penglibatan komuniti .


KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN KPS DAN KONSTRUK 6M SAINS DENGAN UKITA (UNDERLINE KEYWOOD, IDENTIFY TOPIC, ANSWER) Yusmarliza Binti Yusof, Mohamed Alkhornie Bin Osman, Hartini Binti Abdul Hamid, Nik Kamaruzaman Bin Nik Hussin dan Rosmaimi Binti Yusuf SK Tunku Azizah,Kuantan ABSTRAK Setelah bertahun-tahun UPSR ( Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ) menjadi kayu ukur pencapaian murid sekolah rendah akhirnya telah dimansuhkan secara rasminya pada tahun 2021. Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan meletak fokus utama dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Beliau turut memaklumkan bahawa Ujian Akhir Sesi Akademik akan dilaksanakan untuk murid-murid tahap dua. Seiring dengan kehendak Kementerian Pendidikan maka kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).Kami mendapati masih ramai lagi murid yang tidak dapat belum dapat mencapai TP5 dan TP 6. Dari pemerhatian dan pentaksiran yang dijalankan, didapati mereka masih tidak menguasai kemahiran menjawab soalan KPS dan Konstruk 6M Sains. Kami melaksanakan kajian ini dengan meminta murid menjawab pelbagai jenis soalan KPS dan Konstruk 6M Sains menggunakan Teknik UKITA ( UNDERLINE KEYWORD, IDENTIFY TOPIC, ANSWER ). Murid perlu menggariskan kata kunci pada soalan seterusnya mengenal pasti topik untuk memudahkan mereka menjawab soalan dengan tepat. Kemudian, murid menjawab soalan berdasarkan KPS dan Konstruk yang dikehendaki. Contohnya soalan mengenal pasti pemboleh ubah, murid perlu menggaris perkataan pemboleh ubah dan mengecam topik bagi penyiasatan soalan tersebut. Seterusnya, murid menyatakan pemboleh ubah yang dikehendaki berdasarkan penyiasatan tersebut. Setelah melaksanakannya, ternyata terdapat perubahan yang ketara terutama bagi murid yang tidak menguasai KPS dan Konstruk 6M. Mereka sudah mula menunjukan perkembangan yang positif dengan sekurang-kurangnya mendapat TP 4. Kami berharap, melalui kajian ini, pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) akan bertambah cemerlang.


TRANSFORMASI LANDSKAP PERSEKITARAN SEKOLAH MELALUI PERMUAFAKATAN ANTARA SEKOLAH DAN KOMUNITI Raja Rosidah binti Raja Ishak Guru Besar , SK (LKTP) Bukit Goh, Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membuat transformasi landskap persekitaran sekolah ke arah yang yang lebih baik melalui permuafakatan antara sekolah dan komuniti kerana iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif boleh mempengaruhi pembangunan murid-murid dari segi rohani dan jasmani. Tujuannya bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan bagi pelajar. Landskap sekolah yang cantik adalah terapi minda bukan sahaja untuk murid malahan untuk guru jua. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih,ceria, menarik serta harmoni dengan sentuhan segar kehijauan pokok, amat perlu untuk meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani,jasmani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian menggunakan kaedah pemerhatian. Data diperoleh melalui gambar-gambar yang diambil semasa pemerhatian dan analisis persekitaran sekolah. Hasil tinjauan menunjukkan ada lapan(8) kawasan persekitaran sekolah yang perlu dibangunkan untuk membina landskap yang cantik. Semua warga sekolah, PIBG(Persatuan Ibu Bapa dan Guru), PIBK(Persatuan Ibu bapa dan komuniti) dan KSIB (kumpulan sokongan ibu bapa) merupakan kumpulan sasaran. Jalinan bersama pejabat FELDA, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan komuniti setempat turut dilibatkan sama dalam kajian ini. Penyertaan pertandingan landskap anjuran Majlis Bandaraya Kuantan menjadi titik tolak untuk melihat hasil kajian ini. Kajian ini telah dilaksanakan selama satu bulan dan telah berjaya mendapat tempat ketiga pertandingan landskap daerah Kuantan. Impak utama program adalah kejayaan mewujudkan suasana landskap sekolah yang ceria dan sesuai dengan kehendak kajian, dapat meningkatkan minat murid hadir ke sekolah, hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat menjadi rapat dan terjalinnya permuafakatan untuk sama-sama bekerjasama tanpa mengenal erti penat. Hasil kajian menunjukkan faktor utama yang menyokong kepada kejayaan permuafakatan antara sekolah dan komuniti ialah kepimpinan guru besar bersama barisan pentadbir, jalian membina hubungan yang baik dengan komuniti setempat dan komunikasi berkesan. Permuafakan serta kolaborasi semua pihak merupakan penyumbang kepada kejayaan kajian ini. Jalinan kerjasama erat antara sekolah dan komuniti mampu membawa perubahan kepada Persekitaran sekolah berubah 360°. Kata kunci: komuniti, permuafakatan, persekitaran, sekolah, transformasi, kolaborasi


MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN MENDARAB SIFIR 6,7,8 DAN 9 DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6R DENGAN MENGGUNAKAN "KAEDAH BIJIK SIFIR” Lily Ng SJKC Kuang Hwa,Kuantan ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan mengingkatkan penguasaan dan kemahiran mendarab sifir 6,7 ,8 dan 9 dalam kalangan murid kelas tahun 6 Rajin. Subjek kajian adalah beberapa orang murid dari kelas 6 Rajin. Seramai 4 orang murid tahun 6R terlibat dalam kajian ini.Hasil kajian diharap dapat membantu murid-murid memahami kemahiran matematik yang melibatkan operasi darab dan bahagi. Kajian ini mencuba pendekatan alternatif selain Teknik menghafal sifir darab untuk menguasai sifir darab. Pendekatan yang digunakan adalah mendarab menggunakan kaedah petak sifir. Ujian pra, soal selidik, pemerhatian, dan berdasarkan ujian bulanan dibuat untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam menguasai sifir darab. Kajian selepas aktiviti dijalankan menunjukkan peningkatanpenguasaan sifir darab 6,7,8 dan 9.


PENGAPLIKASIAN GAMIFIKASI “SIGHT WORD BINGO” BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT RINGKAS BAHASA INGGERIS BAGI MURID-MURID PEMULIHAN TAHUN 4 Ishwaar Singh a/l Manjit Singh SK Bukit Setongkol,Kuantan Abstrak Kajian ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan konsep gamifikasi melalui pengintegrasian permainan BINGO dengan konsep ‘Sight Word” dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dalam meningkatkan kemahiran membaca bagi pelajar-pelajar Pemulihan Tahun 4 di SK Bukit Setongkol. Seramai 4 orang pelajar Pemulihan Tahun 4 terlibat dalam kajian ini. Mereka mendapat TP 1 dan TP 2 bagi modul membaca untuk subjek Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan ujian pra dan ujian post serta penggunaan lembaran kerja dan kaedah kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian tidak berstruktur. Ketiga-tiga instrumen kajian ini membentuk triangulasi data sebagai satu kaedah semak-imbang yang sistematik dan menyokong satu sama lain. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan dalam skor murid membaca 10 ayat selepas pelaksanaan intervensi. Ini dapat dilihat untuk 2 kategori “Sight Words” yang diaplikasikan iaitu kategor “PrePrimer” iaitu kategori paling senang dan kategori “Primer”. Peningkatan skor post membaca berbanding pra membaca turut diperkuatkan lagi dengan dapatan temubual di mana beberapa tema dirungkai iaitu menghiburkan, seronok, tidak tertekan dan boleh belajar dalam kumpulan. Ini turut disokong dengan pemerhatian tidak berstruktur yang merekodkan perubahan sikap positif murid yang disokong oleh peningkatan skor ujian pos dan dapatan temubual. Untuk kajian akan datang, template gamifikasi SIGHT WORD BINGO ini akan turut diperluas untuk melatih kosa kata untuk buah-buahan, sayur-sayuran, kenderaan dan perbuatan dalam Bahasa Inggeris. Kata kunci: gamifikasi, sight word, membaca, pemulihan


PENGGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK BAHASA INGGERIS UNTUK PENINGKATAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS MURID MURID TAHUN 5 ZAMRUD Usha Rani A/P Supramaniam, SK Galing Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan kosa kata [VOCABULARY] Bahasa Inggeris yang dihadapi oleh murid tahun 5 Zamrud SK Galing.Kuantan. Seramai 3 orang murid terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah Pemerhatian ,Soal selidik dan seterusnya Ujian Pra dan Ujian Pos. Hasil tinjauan menunjukkan 3 orang murid ini menghadapi kesukaran untuk memahami beberapa kosa kata Bahasa Inggeris yang mudah. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris daripada yang mudah hingga aras yang lebih mencabar serta meninjau keberkesanan penggunaan kaedah nyanyian bagi meningkatkan peningkatan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris di kalangan murid -murid sekolah rendah dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan murid- murid untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 minggu dan dilaksanakan diluar waktu PdPc guru. Saya juga memberi soal selidik secara tidak formal dan terkejut kerana murid berumur 11 tahun masih terkapai-kapai dengan kosa kata Bahasa Inggeris yang mudah. Saya juga dapati Aiman, salah seorang murid sasaran saya tidak terdedah langsung kepada Bahasa Inggeris di rumah dan dia menghadapi kesukaran untuk memahami perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris. Tambahan pula, anak tunggal ini tinggal bersama ibu tunggal dan mereka berasal dari golongan sederhana sahaja yang kurang terdedah kepada komunikasi menggunakan Bahasa Inggeris Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid sasaran selepas sesi intervensi dengan kaedah nyanyian. Dapatan dari kajian pula menunjukkan pelajar lebih meminati sesi PdPc Bahasa Inggeris menggunakan lagu kanak-kanak ataupun Nursery Rhymes kerana bagi mereka perkataan yang digunakan adalah mencakupi perkataan yang mudah dan biasa digunakan dalam aktiviti harian di dalam kelas atau dalam kawasan sekolah. Murid -murid saya selalu meminta saya memainkan lagu pilihan mereka untuk dinyanyikan bersama kawan sebelum saya keluar dari kelas. Mereka juga berani ke hadapan kelas untuk membuat persembahan spontan tanpa arahan saya. Saya rasa teruja apabila menilai keberkesanan lagu kanak-kanak . Saya mula terfikir untuk mengajar Bahasa Inggeris menggunakan lagu selepas aktiviti GALING GOT TALENT melalui program ENGLISH WEEK yang diadakan di sekolah saya. Murid-murid seronok menyanyi bersama peserta dengan nada dan tona suara yang begitu kuat dan rancak. Saya memang rasa terperanjat kerana saya sendiri kurang mengetahui lagu Bahasa Inggeris yang sedang popular sekarang. Tambahan pula, murid -murid saya menyanyikan lagu dengan begitu yakin dan dapat bertutur dengan begitu lancar berbanding dengan interaksi dengna saya dalam Bahasa Inggeris.Mereka juga memilih lagu kesukaan mereka semasa menunggu keputusan juri. Namun saya hanya ingin mengajar lagu atau nursery rhymes dua atau 3 kali seminggu sahaja kerana saya juga perlu mengajar kemahiran yang terdapat dalam DSKP Bahasa Inggeris Tahun 5.CEFR Bahasa Inggeris merangkumi skop yang luas dan murid juga perlu mahir perkataan yang disediakan dalam Word List.


MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR UNTUK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SISTEM PERSAMAAN Noraliana Binti Awang Teh SMK Pelindung,Kuantan ABSTRAK Mempelajari Matematik Tambahan ialah perjalanan ke alam matematik yang lebih mencabar dan menarik.Pelajar yang berjaya menyahut cabaran Matematik Tambahan ialah pengalaman bersama matematik yang paling menarik dan penuh kepuasan. Sebab itulah, pelajar yang mengambil Matematik Tambahan selalunya dikagumi oleh ramai pelajar lain, khususnya dari aliran bukan sains tulen. Jika seseorang pelajar dapat menguasai Matematik Tambahan, pelajar itu dianggap sudah menguasai Matematik. Ertinya, penguasaan Matematik Tambahan dianggap kemuncak pembelajaran matematik di sekolah menengah. Tetapi pada hakikatnya 80% pelajar aliran sains tulen yang ‘GAGAL’ menguasai Matematik, apatah lagi Matematik Tambahan.Topik-topik yang terdapat dalam Matematik Tambahan ialah topik yang melibatkan hubungan abstrak dan memerlukan pemikiran berbentuk konsep yang tepat. Kegagalan pelajar menguasai RUMUS DAN KAEDAH TEPAT menyebabkan mereka tidak skor subjek dan pelajar-pelajar ini merasa rendah diri untuk mempelajari Matematik Tambahan.Salah topik yang menguji kemahiran asas matematik ialah system persamaan. Apabila diteliti kepada soalan peperiksaan TOV, pelajar mendapat markah yang rendah untuk soalan yang melibatkan topik sistem persamaan. Dengan itu saya dipanggil untuk membuat kajian tentang topik sistem persamaan dan memperkenalkan satu kaedah mudah untuk memahami topik sistem persamaan yang saya namakan kaedah SALUN. Kumpulan sasaran kajian ini ialah 10 orang pelajar dari Tingkatan 5 Cemerlang/5 Cerdik dan kaedah ini akan membolehkan pelajar menguasai topik ini dengan lebih baik seterusnya dapat menghilang perasaan fobia terhadap sistem persamaan di kalangan pelajar yang mengambil Matematik Tambahan. .


KAEDAH KAPER UNTUK MENGUASAI PERIBAHASA MELAYU Faizah binti Abdul Rashid SMK Tanjung Lumpur,Kuantan ABSTRAK Model permainan pendidikan ini direka berdasarkan keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh muridmurid dalam menguasai peribahasa selain usaha kecil penyelidik dalam memelihara martabat Peribahasa Melayu sebagai Warisan Budaya Takketara Negara. Hasil daripada pemerhatian di dalam kelas, murid-murid amat lemah dalam menguasai peribahasa walaupun telah diajar kepada mereka sejak di bangku sekolah rendah. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada ketidakberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Atas sebab itulah, sebuah model permainan pendidikan yang diinovasikan daripada permainan kad imbas diperkenalkan dengan menggunakan konsep pembelajaran koperatif untuk murid-murid belajar peribahasa cara baharu. Selain daripada menggunakan kaedah pemerhatian di dalam kelas, penyelidik juga menjalankan ujian pra dan pos untuk menguji keberkesanan model pembelajaran ini ke atas 28 orang murid-murid Tingkatan 4K2. Hasil daripada menggunakan model permainan pendidikan ini di dalam kelas, selain daripada meningkatkan penguasaan pelajar dalam topik peribahasa, murid-murid juga boleh belajar sambil bermain. Ia menjadikan suasana PdPc lebih menyeronokkan dan yang paling penting kad imbas merupakan kaedah pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan menggunakan permainanan ini untuk belajar peribahasa, murid-murid telah dapat menguasai banyak peribahasa dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Model permainan pendidikan ini dinamakan KAPER (Kad peribahasa) .


MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID ORANG ASLI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK 'PCR' DALAM KALANGAN MURID (MOA) PENDIDIKAN KHAS Amir Hamzah Bin Hasan dan Salasiah Binti Abdul Majid SK Melati,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kehadiran yang dihadapi oleh murid orang Asli kelas 1 Carnation. Seramai dua murid orang Asli dan lapan orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui rekod kehadiran bulan Mac, April dan Mei. Hasil tinjauan menunjukkan peratusan ketidakhadiran ke sekolah tidak mencapai KPI 90% kehadiran murid seperti yang disasarkan. Perancangan tindakan difokuskan kepada Teknik PCR dalam menimbulkan keseronokan kepada murid dan seterusnya meningkatkan peratusan kehadiran. Murid telah didedahkan kepada Teknik Punch Card Reward (PCR) setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis selama satu jam bagi setiap sesi. Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dan menggunakan instrumen Pemerhatian dan temubual. Tempoh pelaksanaan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan bermula Jun, Julai dan Ogos. Hasil analisis rekod kehadiran telah menunjukkan peningkatan peratusan kehadiran murid. Dapatan dari analisis kehadiran pula menunjukkan murid lebih seronok hadir ke sekolah melalui Teknik PCR. Kata kunci: kehadiran, Intervensi, Teknik PCR


MEMINIMUMKAN BILANGAN TANDAS YANG ROSAK MELALUI PENGUATKUASAAN PERATURAN PENGGUNAAN TANDAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN. Roslan Bin Abdul Rahim, Sriyalzuma Binti Yahaya, Mohamad Zamri Bin Bakar SK Bukit Rangin,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi beberapa masalah tandas seperti tersumbat, tiada getah paip, kotor dan berbau yang dihadapi oleh semua murid tahun 1 hingga tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin Kuantan. Seramai 250 responden dikalangan murid-murid tahap 2 terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dijalankan melalui soal selidik dan pemerhatian. Hasil tinjauan awal ini menunjukkan keadaan tandas memang banyak kerosakan fizikal dan tidak selesa. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara untuk mengatasi masalah tingkah laku, mengurangkan kerosakan di tandas dan menjadikan tandas sebagai tempat yang bersih dan selesa. Bagi mengatasi masalah ini beberapa tindakan telah dibuat iaitu mewujudkan buku rekod penggunaan tandas, Tandas Kami (tandas angkat), pemasangan CCTV dan Anugerah Tandas Paling Bersih. Tindakan telah mula dijalankan bermula bulan Ogos sehingga Oktober. Keputusan pasca ujian menunjukkan tingkah laku murid-murid semakin baik dan rasa sayang terhadap tandas telah meningkat.


MENINGKATKAN KEHADIRAN AWAL MURID KE SEKOLAH Wong Wai Cheng ( Guru Besar ), Wong Von Pei ( GPK Pentadbiran ), Ong Chia Enn ( GPK HEM ), Wee Yong Ming ( GPK Kokurikulum ) SJKC Lembing, Kuantan ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat faktor dan keberkesanan tindakan disiplin terhadap murid yang hadir lewat ke sekolah. Responden kajian melibatkan 7 orang murid yang sering hadir lewat terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di SJK (C) Lembing dengan menggunakan soal selidik sebagai alat pengukur. Tinjauan awal telah dilakukan iaitu melalui pemerhatian dilakukan, didapati jumlah yang datang lewat adalah sebanyak 11% daripada jumlah murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Pengumpulan maklumat murid yang datang lewat ke sekolah diperolehi dari unit disiplin dengan kerjasama guru disiplin serta pengawas. Tindakan yang diambil ke atas murid yang lewat lebih 3 kali adalah dengan menghantar Surat Amaran Pertama. Hasil kajian mendapati terdapat perubahan pada bilangan kehadiran murid yang lewat setelah diambil tindakan terhadap mereka .


MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 MELALUI PASPORT KEHADIRAN Azlina Binti Ab. Jalil, Johari Bin Budin@mahasan Hamidah Binti Baharum dan Norhayati Binti Ismail SMK Pandan,Kuantan ABSTRAK lsu kehadiran dalam kalangan murid sekolah menengah bukanlah satu isu yang baru diperkatakan. la menjadi isu yang menjadi fokus ramai pengkaji-pengkaji terdahulu.Menyedari kehadiran murid ke sekolah adalah penting untuk guru-gurumenyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni kepada murid,maka kajian tindakan ini dilaksanakan di kalangan murid tingkatan 4 dan 5 yangdidapati jumlah ketidakhadiran mereka melebihi 15 hari dalam tempoh Mac hinggaJun tahun 2022. Tujuan kajian ini adalah dengan menggunakan Pasport Kehadiransebagai intervensi bagi meningkatkan kehadiran murid Tingkatan 4 dan 5 di SMK Pandan.Sehubungan dengan itu seramai 23 responden terpilih dalam kajian ini. Kajian_ iniberbentuk eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian inimelaksanakan ujian pra dan ujian pos Soal Selidik Punca Ketidakhadiran Ke Sekolah danmelaksanakan program Pasport Kehadiran kepada responden. Oleh kerana respondentidak ramai, data dianalisis secara manual. Data analisis menunjukkan penurunanbilangan responden dalam item soal selidik. Antaranya dalam konstruk sosio ekonomimenunjukkan ujian pra bagi soalan ‘saya tiada kenderaan untuk ke sekolah’ mencatatkandeskriptif peratus sebanyak 52.17% dan menurun ke 8.69% pada ujian pos. Begitu jugadalam konstruk sikap bagi soalan ‘saya selalu tidur lewat’ pada ujian pra mencatatkan73.91% dan menurun kepada 13.0% pada ujian pos. Ini menggambarkan bahawaresponden sedaya upaya untuk mengubah tingkahlaku ke arah yang lebih baik danmeningkatkan kehadiran ke sekolah. KATA KUNCI: ketidakhadiran, intervensi, pasport kehadiran


MENYELESAIKAN MASALAH MURID TINGKATAN 3 BESTARI DALAM MEMAHAMI TOPIK TENAGA DAN KUASA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN DAMLAPAN DI SMK BESERAH. Nurrul-haniem Bt Mustaphy dan Norfaiza Bt Mohd Zuki SK Beserah,Kuantan ABSTRAK Pembelajaran Sains berasaskan fakta dan sesetengahnya melibatkan pengiraan nombor untuk membuktikan kesahihan teori yang dipelajari. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kegagalan menarik minat murid dalam mempelajari topik Sains yang melibatkan pengiraan. Hal ini menyebabkan momentum murid untuk mempelajari topik tersebut berkurang. Tinjauan awal telah dilaksanakan daripada analisis Pentaksiran Bilik Darjah yang menunjukkan majoriti murid masih belum melepasi tahap minimum sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3). Fokus kajian ini adalah menghasilkan satu permainan DAM LAPAN bagi menyelesaikan masalah murid dalam memahami topik Tenaga dan Kuasa bagi subtopik tenaga keupayaan graviti dan tenaga kinetik . Kajian diselesaikan dalam tempoh sebulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran menggunakan DAMLAPAN adalah lebih baik dengan 54% murid berada pada aras pencapaian tinggi selepas sesi pembelajaran berbanding 7% sebelum sesi. Kesan minat juga dapat dikenalpasti berdasarkan markah pencapaian dan pemerhatian semasa aktiviti dijalankan. Ini menunjukkan bahawa inovasi ini membantu menyelesaikan masalah murid dalam memahami topik ini.


APLIKASI PERMAINAN SAIDINA DALAM PENGUKUHAN ABLEH BAGI MURID ALIRAN PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SMK BUKIT SAGU Norzilah Binti Ismail dan Nurul Fathiah Binti Mohd Azman SMK Bukit Sagu,Kuantan ABSTRAK Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan motor halus seorang pelajar Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran melalui kaedah e-belajar. Pelajar yang dipilih adalah seorang pelajar pendidikan khas yang mempunyai masalah koordinasi motor halus terutama dalam tugasan menulis. Kaedah e-belajar yang digunakan adalah penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar. Komputer digunakan sebagai bahan pengajaran serta alat alternatif untuk pelajar tersebut melaksanakan tugas an menulisnya. Pengisian komputer yang digunakan adalah Microsoft Power Point dan Microsoft Word. Microsolf Power Point digunakan untuk mengantikan bahan konvensional untuk mengajar dan memudahkan pelajar tersebut menyelesaikan tugasan. Microsoft Word di gunakan untuk menghasil lembaran kerja di dalam komputer sendiri atau dicetak sebagai aktiviti pengukuhan secara menulis. Bahan pengisian Microsoft Power Point dan Microsoft Word adalah disediakan oleh penyelidik sendiri berdasarkan rancangan pengajaran in dividu untuk pelajar tersebut. Pengisian Power Point yang disediakan boleh diaplikasikan untuk kaedah pembelajaran kendiri iaitu ke arah “self access learning”. Pengajaran dan pembelajaran dengan komputer sebagai media e-belajar juga dapat membantu pengendalian tingkahlaku pelajar pendidikan khas. Komputer boleh digunakan sebagai ganjaran untuk peneguhan positif serta dapat menarik perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas dengan pengisian yang interaktif. Penggunaan media ebelajar ini dapat memupuk perkembangan menyeluruh atau holistik secara berkesan yang diutamakan dalam bimbingan pelajar-pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.


MEMBANTU PELAJAR MENGHITUNG PENDAPATAN NEGARA KAEDAH PERBELANJAAN MENGGUNAKAN “TEKNIK MEMBAWANG” UNTUK KELAS UKM 2 Rohayu binti Salleh dan Moses Paul a/l Muthuswamy SMK Padang Garuda,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai pengiraan pendapatan Negara mengikut kaedah perbelanjaan dan mereka lebih yakin dengan tajuk ini secara amnya. Secara khususnya agar pelajar-pelajar dapat mengingat dan menulis semula komponan-komponan dalam setiap langkah menghitung pendapatan negara mengikut kaedah perbelanjaan dan peratus markah pelajar yang mampu menjawab soalan-soalan yang berkaitan topik ini meningkat. Pengkaji telah menggunakan kaedah primer dan sekunder bagi memperoleh maklumat kajian. Data primer melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 13 orang responden daripada pelajar ekonomi kelas UKM2, SMK Padang Garuda, Kuantan Pahang.Seterusnya melalui ujian yang diberikan kepada pelajar sebanyak dua kali iaitu praujian dan pascaujian. Pengkaji juga menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan pandangan pelajar tentang teknik yang digunakan adakah berkesan ke tidak terhadap mereka. Data sekunder turut digunakan, pengkaji membuat rujukan untuk mendapat maklumat cara penulisan kajian tindakan, teknik catat nota paling berkesan. Data melalui internet antaranya ialah https://www.ukessays.com/essays/psychology/the-effectiveness-ofpictures-and-words-0n-memory-recall-psychology-essay.php, https://www.gpsbestari.com, melalui buku antaranya ialah Buku Manual kajian Tindakan Edisi Ketiga (Dr. Amir Bin Salleh @ Mohd Salleh, 2008). Seterusnya data yang diperoleh dianalisis dan disunting dalam bentuk angka dan peratusan. Data dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bar. Hasil kajian menunjukkan peratusan pelajar yang mendapat 7 markah ke 10 markah, telah meningkat dari 0% iaitu 0 pelajar ke 53.8% iaitu 7 orang pelajar. Manakala pelajar yang mendapat markah 0 hingga 3 telah berkurang dari 61.5% ke 38.5%.Pencapaian ini adalah berpunca dari teknik membawang yang telah digunakan dan mampu membantu pelajar mengingat rumus dan memberi jawapan yang lebih tepat. Kata Kunci: Pendapatan negara, perbelanjaan, teknik membawang


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI PERIBAHASA MENGGUNAKAN TEKNIK BURUNG HANTU CT : ANTA PERMANA KEPADA 15 ORANG MURID TINGKATAN 5 CEMPAKA. Rohaya Binti Man, Nur Farah Sahira Binti Ramlee, Anuar Bin Mohd Rosdi dan Anuar Bin Mohd Rosdi SMK Sungai Lembing,Kuantan ABSTRAK Kajian ini kami laksanakan berdasarkan analisis item bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 setelah mendapati calon SPM bagi tahun ini tidak menjawab soalan peribahasa iaitu soalan nombor 5, bahagian A bagi kertas 2. Sebanyak 50 peratus daripada murid Tingkatan 5 menjawab secara acuh tidak acuh dan 40 peratus daripada mereka langsung tidak menjawab soalan tersebut. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana lebih kurang 10 peratus sahaja murid menjawab dengan baik dan menepati skema jawapan. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir menulis peribahasa serta banyak perkataan yang salah serta susunan ayat yang terbalik. Kemahiran menulis sangat penting bagi setiap murid walaupun markah yang diberikan tidaklah begitu tinggi tetapi murid tetap perlu menjawabnya dengan baik dan berusaha sedaya upaya menjawab semua soalan. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid kelas 5 Cempaka dalam penguasaan peribahasa, kami mengaplikasikan teknik Burung Hantu CT: Anta Permana. Sebagai permulaan, kami telah memperkenalkan teknik dan modul ini kepada 15 orang murid 5 Cempaka. Setiap murid dinilai berdasarkan Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022. Seramai 15 orang murid serta empat orang guru terlibat dalam Kajian Tindakan ini. Sebuah Modul yang mengandungi peribahasa yang terdapat dalam buku Teks Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 digunakan secara berulang-ulang sehingga SPM menjelang. Melalui modul ini, murid diperkenalkan dengan 30 peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan. Aktiviti ini dijalankan selama satu jam pada setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan dan diselitkan dalam latihan karangan yang ditulis oleh murid. Keputusan Ujian pasca telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Mereka lebih berminat untuk menjawab soalan ini dan telah menunjukkan kemajuan sedikit demi sedikit. Pengajaran dengan menggunakan teknik ini haruslah dikekalkan agar murid lebih berminat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam soalan peribahasa.


MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM MEMBINA STRUKTUR AYAT MENGGUNAKAN TATABAHASA ‘SIMPLE PAST TENSE’ YANG BETUL DENGAN KAEDAH SET INDUKSI ‘THE MAGIC JACKET’ DIKALANGAN MURID SK TERUNTUM, KUANTAN, PAHANG Fazlina Binti Harun Narasid Guru Bahasa Inggeris ABSTRAK Berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun kertas 2 untuk kelas 4 Adil dan 4 Arif di SK. Teruntum, 50 peratus daripada murid di dua buah kelas tersebut tidak dapat membina ayat menggunakan ‘Simple Past Tense’ dengan betul di bahagian A. Mereka tidak dapat mengingat cara yang diajar guru menggunakan jadual dan nota ‘Simple Past Tense’ di dalam kelas seterusnya tidak dapat menulis ayat ringkas dengan betul yang sepatutnya dikuasai pada awal tahun lagi. Tatabahasa Bahasa Inggeris (Gammar) sering dianggap membosankan dan sukar difahami mendorong saya membina satu inovasi yang menarik dan menyeronokkan untuk memahami ‘Grammar’ memfokuskan ‘Simple Past tense’ iaitu ‘The Magic Jacket”. Seramai 66 orang murid terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kajian tindakan yang telah dilaksanakan, kaedah ini dibuktikan berkesan berdasarkan peningkatan peratusan murid yang dapat membina ayat dengan betul selepas satu ujian ringkas diadakan. Program ini akan diteruskan dan dipraktikkan kepada kelas-kelas lain dan tahun lain untuk mengajar ‘Grammar’.


MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUNTUKAN PCG MELALUI KAEDAH PePatuh DI SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN Zuriati Binti Che Mohd SK Pendidikan Khas,Kuantan ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat faktor dan keberkesanan tindak susul guru-guru yang dipertanggungjawab untuk membelanjakan peruntukan Bantuan Geran Perkapita (PCG) sekolah mengikut ketetapan masa yang telah ditentukan. Teguran juga diterima daripada pihak Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) apabila minimun peratus perbelanjaan secara sukuan tahun tidak mencapai sasaran. Kegagalan menguruskan perbelanjaan peruntukan PCG tersebut secara efektif dilihat apabila guru-guru yang dipertanggungjawab sering membuat perolehan di saat-saat akhir tahun sebelum sesi persekolahan berakhir. Ini telah mengakibatkan berlaku satu ketidakakuran mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan Sekolah Bilangan 8/2012 dan pengurusan kewangan pada tahun 2019 telah mendapat Audit Berteguran. Responden kajian melibatkan 18 orang guru yang terdiri daripada seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum, seorang Guru Perpustakaan dan Media, seorang Guru kaunseling, seorang Penyelaras Prasekolah, seorang Penyelia Asrama dan 13 orang Ketua Panitia dengan menggunakan instrumen senarai semak sebagai alat pengukur. Tinjauan awal yang telah dilakukan iaitu melalui semakan data kewangan akaun Kumpulan Wang Kerajaan, didapati jumlah baki PCG yang mesti dibelanjakan mengikut tempoh masa ditetapkan adalah sangat tinggi. Pengumpulan data perolehan yang dibuat oleh guru-guru yang terlibat diperolehi dari Pembantu Tadbir Kewangan secara berkala. Bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang pada tahun-tahun berikutnya, tindakan yang diambil ialah dengan menggunakan kaedah senarai semak pengurusan kewangan melalui program PePatuh. Apabila program ini dilaksanakan pada tahun 2020, ia telah menampakkan hasil yang positif. Hasil kajian mendapati terdapat perubahan pada jumlah baki PCG setelah program ini dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua guru yang terlibat dengan pengurusan peruntukan PCG sekolah.


MENINGKATKAN KEBERSIHAN BEBAS SAMPAH KERTAS DAN PLASTIK DI KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH MENGGUNAKAN TEKNIK 008 KEPADA PARA PELAJAR Abdullah Pani b Ab Latiff Guru Besar, SK Kuala Penor,Kuantan ABSTRAK Menjadikan sekolah lebih selesa,bersih dan kawasan persekitaran yang menarik merupakan salah satu sebab menjadikan sekolah menjadi tumpuan dan idaman setiap pentadbir.Bagi mewujudkan kawasan yang bebas dari punca samapah kertas dan plastic perlu ada penglibatan yang utama di kalangan para murid dan warga sekolah yang lain.Pelbagai cara digunakan untuk mempastikan mempunyai perubahan sikap serta tindakan yang lebih positif bagi mewujudkan suasana yang bersih.Melalui kajian ini pengkaji menggunakan teknik 008 yang berupaya menerapkan nilai secara teori dan praktikal yang dapat merubah perubahan sikap murid – murid agar mengikuti segala teknik ini.Di dapati semua gembira dengan cara ini,walaupun pada peringkat permulaan agar suram tetapi akahirnya mendapat sambutan yang baik dan menyelesaikan isu ini dengan berkesan.Amat diharapkan dengan segala usaha yang dilakukan dengan teknik dapat mengekalkan kebersihan secara kekal dengan bantuan semua warga sekolah.Data kajian diperoleh secara kualitatif (pemerhatian,temu bual,vedio dan soal selidik).Pengkaji melaksanakan tekni 008 bagi meningkatkan pengusaan murid mempastikan kawasan persekitaran sekolah lebih terjamin


MENINGKATKAN KEMAHIRAN SIFIR DENGAN MENGGUNAKAN BOTOL AIR 2 IN 1 Nesamalar A/P Vellu SJKT Ladang Jeram,Kuantan ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah penguasaan sifir dalam kalangan murid tahap 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram. Kajian ini meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan murid tahap 2 dengan menggunakan botol air 2 in 1 iaitu minum sambil belajar, belajar sambil minum. Fokus kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan botol air 2 in 1 ini dapat meningkatkan penguasaan sifir serta minat dalam kalangan murid tahun 4,5 dan 6. Tinjauan awal mendapati muridmurid tahap 2 tidak menguasai sifir 2 hingga 12 berdasarkan hasil analisis ujian pra yang dijalankan. Murid-murid tidak boleh menjawab soalan darab kerana belum menguasai sifir. Murid sering mendarab dengan teknik salah kerana tidak menghafal sifir dengan betul. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan botol air 2 in 1 untuk meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan murid. Untuk kajian ini saya telah menggunakan 3 cara pengumpulan data iaitu ujian pra dan pasca, temubual dan analisis dokumen. Keputusan kajian ini menunjukkan murid-murid dapat menguasai sifir dengan lebih mudah di samping meningkatkan minat murid untuk belajar sifir.


MENINGKATKAN PENGUASAAN TAJUK SIRATAN MAKANAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN SPIDER WEB DALAM KALANGAN MURID 5 BERLIAN. Rosmida Binti Ab Rahman@mohd Nawi SK Beserah,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah bermain sambil belajar melaui kaedah spider web bagi meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk siratan makanan di samping meningkatkan pencapaian mereka dalam tajuk siratan makanan. Peserta kajian tersebut terdiri daripada 33 orang murid Tahun 5 Berlian di Sekolah Kebangsaan Beserah. Kaedah temu bual, pemerhatian, ujian pra dan pos digunakan untuk mengumpul data tentang kajian tindakan ini. Data yang dikumpul dianalisis melalui kaedah analisis kandungan serta kaedah analisis deskriptif statistik. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah permainan menggunakan spider web bagi tajuk siratan makanan didapati berjaya meningkatkan minat serta penglibatan peserta kajian dalam pembelajaran Sains, sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH DALAM PENULISAN JAWAPAN KBAT KERTAS 2 SEJARAH SPM MENGGUNAKAN TEKNIK 8 BIJI DABUS M. Kelinah Anak Ayok SMK Gambang,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk membantu murid PERHALUS supaya lulus sekurang-kurangnya gred E dalam matapelajaran Sejarah sekaligus layak mendapat sijil dalam SPM. Ini juga sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang murid hadapi dalam menjawab soalan KBAT kertas 2 di bahagian A dan B. Peruntukkan markah bagi soalan KBAT yang agak tinggi menyebabkan fokus utama kajian ini untuk membimbing murid membina ayat yang mudah dan relevan sekaligus memperoleh markah yang baik. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mampu mengolah ayat yang betul dan sesuai untuk menjawab soalan KBAT terutama yang berbentuk soalan KBAT respon terbuka. Kemahiran menulis menggunakan ayat lengkap dengan fakta, huraian, huraian tambahan, contoh serta inferen adalah penting kerana markah secara holistik berpandukan 4 aras yang telah ditetapkan sebagai panduan pemeriksa untuk memberi markah kepada murid dalam peperiksaan SPM. Untuk mengatasi masalah 20 orang murid PERHALUS SPM 2022 supaya mendapat markah sehingga boleh membantu mereka layak mendapat sijil, saya memperkenalkan kaedah 8 Biji Dabus M. Kaedah ini digunakan khas untuk menjawab soalan Kbat jawapan terbuka yang dapat membantu murid membina ayat yang mudah.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI MENJAWAB SOALAN ESEI WAJIB MATA PELAJARAN SAINS SPM MENGGUNAKAN PENDEKATAN ‘SCAN’ RC11 KEPADA 25 ORANG MURID TINGKATAN 5 IBNU KHALDUN Zalmina Binti Zainuddin Dan Daswati Binti Ghazali SMK Sungai Soi,Kuantan ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS) agar dapat meningkatkan skor markah dalam Menjawab Soalan Esei (Soalan 11) bagi mata pelajaran Sains SPM Kertas 2, dengan menggunakan pendekatan ‘Scan’ Rajah Susunan Radas dan Bahan Eksperimen bagi Soalan 11 (Bahagian C), atau ringkasnya,‘Scan’ RC11. Soalan 11 merupakan soalan esei wajib jawab dengan peruntukan markah sebanyak 10 markah. Sejak Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) diperkenalkan (2020), KPS yang perlu dikuasai murid dipelbagaikan, Bentuk KPS yang ditanya dalam soalan juga tidak lagi tetap seperti KBSM. Menyedari akan hakikat bentuk soalan KPS yang tidak boleh dijangka serta aras pemikiran saintifik anak murid kami yang berada pada tahap rendah, maka kaedah latih-tubi yang telah diaplikasi sebelum ini tidak lagi relevan untuk diteruskan. Keputusan peperiksaan bagi Ujian 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 amat membimbangkan. Sebanyak 80.0 peratus murid 5 Ibnu Khaldun memperoleh markah kurang daripada 5/10 markah. Setelah mengambil kira sedikit kekuatan yang mereka ada iaitu kemahiran mengingat, maka kami tampil untuk membantu mereka melalui kaedah ‘Scan’ RC11. Seramai 25 orang murid dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Menurut Kamus Oxford Fajar, perkataan Bahasa Inggeris ‘Scan’ bermaksud meneliti, mengimbas, mengamati dan menganalisis irama (bentuk). Melalui kaedah ‘Scan’ RC11, murid diminta meneliti, mengimbas dan mengamati rajah susunan radas dan bahan bagi semua eksperimen yang boleh diuji bagi Soalan 11 dan menganalisis bentuk-bentuk soalan KPS yang boleh diuji. Murid diminta menulis jawapan bagi semua bentuk soalan KPS tersebut dalam ‘template’ yang telah disusun secara seragam bagi semua bentuk eksperimen. Berdasarkan tiga ujian pos yang telah dilaksanakan, kaedah ini mampu meningkatkan skor murid, meningkatkan keyakinan serta mengubah paradigma murid yang selama ini menganggap Soalan 11 (Esei Wajib) merupakan soalan yang sukar dan sering diabaikan.


KEBERKESANAN PROGRAM JOM TAPAU KE ATAS MASALAH SAMPAH SELEPAS REHAT DI SK TERUNTUM,KUANTAN, PAHANG Nornizaha Binti Mohd Fadzil Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan mutu pengurusan murid , pengurusan sampah dan pemantapan amalan kitar semula di kalangan murid. Kajian tindakan ini dijalankan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di mana murid makan dan minum di dalam kelas. Pergerakan semua warga sekolah amat terhad. Makanan berbungkus diedarkan ke kelas sewaktu rehat, tong-tong sampah di luar kelas di dapati tidak dapat menampung sampah pembungkus makanan setiap hari. “Jom Tapau” untuk murid telah diperkenalkan hasil perbincangan bersama dengan pihak kantin. Dengan penggunaan bekas guna semula dan amalan kitar semula ianya berjaya mengatasi masalah timbunan sampah dan pencemaran bau. Kajian ini juga membantu menjayakan program “Sekolah Lestari” , di mana sekolah telah memenangi beberapa anugerah.


PENCARIAN IKON GURU SSDM UNTUK MENINGKATKAN DATA PEREKODAN SAHSIAH TERPUJI MURID DALAM SSDM IKON GURU SSDM (IG SSDM) Atikah Binti Abdul Kadir SK Fakeh Abd Samad,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan berasaskan isu yang dikenal pasti melalui kutipan data perekodan amalan terpuji murid yang telah dilaksanakan berkaitan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Isu strategik yang ditemui ialah perekodan amalan terpuji murid dalam SSDM di kalangan guru masih berada di tahap rendah. Setelah sumbang saran idea bagi menjana kemungkinan langkah penyelesaian yang hendak dilaksanakan, terdapat 4 (empat) langkah intervensi yang telah diputuskan, iaitu : (1) Taklimat, Bengkel dan PLC Amalan Terbaik SSDM, (2) Pertandingan Pencarian Ikon Guru ( IG SSDM) (3) Kutipan Data SSDM dan (4) Anugerah Ikon Guru (IG SSDM). Pemerhatian yang dibuat terhadap keberkesanan pencarian Ikon Guru (IG SSDM) menunjukkan pencapaian data yang rendah pada bulan Mei manakala terdapat perubahan dari segi jumlah bilangan guru yang mengisi amalan baik dan peningkatan bilangan amalan baik murid setelah mengikuti taklimat, bengkel dan PLC yang diadakan. Bengkel yang diadakan juga menunjukkan impak yang positif dari segi kesedaran guru berkenaan pengisian amalan baik murid dan impak positif kepada murid bila mana akan memohon ke sekolah berasrama penuh atau PKSK. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektifnya dimana berlakunya lonjakan peningkatan data perekodan SSDM seperti lampiran. Kata kunci : Pengurusan Data Amalan Baik SSDM, Taklimat, PLC dan bengkel Amalan Terbaik SSDM, Anugerah Ikon Guru (IG SSDM).


MENGKAJI KEPERLUAN KESELAMATAN WARGA SEKOLAH SERTA PRASARANA MENERUSI PROGRAM ‘MY SCHOOL MY HAVEN’ Josephine Hezrin Binti Azhar Pengetua SMK (P) Methodist Kuantan ABSTRAK Matlamat program ‘My School My Haven’ atau dalam erti kata lainnya, sekolahku kawasan selamatku, adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) bermandatkan Falsafah Pendidikan Negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2016-2025) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), serta menyahut cabaran Transformasi Pendidikan Pahang (TPP), menerusi persaingan sihat dari semua aspek iaitu akademik, disiplin, sahsiah, kokurikulum, koakademik dan keceriaan dan kebersihan sekolah. Program yang berfokus kepada kemenjadian murid ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran murid dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan. Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur tahap sekolah selamat yang dirasai oleh warga MGSS, sebagai titik mula bagi penambahbaikan yang perlu diadakan pada masa hadapan. Hasil kajian ini akan dapat membantu saya, sebagai pengurus sekolah membuat keputusan berkenaan apa jua aspek keselamatan dan prasarana sekolah yang dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi warga sekolah.Kajian ini berbentuk kualitatif dan tidak dapat diukur kejayaannya dalam jangka masa pendek. Maka kajian berterusan akan dijalankan bagi memastikan keberkesanan program ‘My School My Haven’ dari semasa ke semasa.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN WARNA YANG SESUAI DALAM MEWARNA GAMBAR UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL BAGI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS Nor Amila Binti Zaini SK (LKTP) Lepar Hilir 3,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan warna yang sesuai dalam mewarnakan gambar yang dihadapi oleh Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) topik Menggambar subtopik Mewarna. Seramai tiga murid yang terlibat dalam kajian ini iaitu dua orang murid kategori Kurang Upaya Intelektual dan seorang murid kategori Autisme. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah analisis pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan ujian pos. Hasil tinjauan awal telah menunjukkan murid tidak pandai memilih warna dan warna yang dipilih tidak bersesuaian dengan gambar yang diwarnakan. Murid hanya pandai mewarnakan gambar menggunakan satu atau dua warna sahaja. Murid tidak pandai mempelbagaikan jenis warna ketika mewarnakan gambar. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh dua bulan. Dapatan daripada pemerhatian menunjukkan murid sangat gembira dan seronok sewaktu menjalankan aktiviti mewarna. Hasil dari pemeriksaan buku latihan menunjukkan murid telah pandai memilih warna dalam mewarna lukisan dengan betul. Manakala keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam mengenal warna asas.


PENGGUNAAN KAEDAH LATTICE MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGATASI MASALAH PENGUASAAN PENDARABAN SEBARANG NOMBOR DENGAN NOMBOR DUA DIGIT Salawati Binti Salim Ketua Paniti Matematik SK Bukit Kuin,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Lattice untuk menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula melibatkan murid tahun empat. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin. Seramai lima orang murid terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang perempuan dari kelas 4 Kreatif telah dijadikan sebagai sampel untuk kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk kajian tindakan ini dengan menggunakan ujian pra,ujian pos, borang kaji selidik dan juga pemerhatian terhadap latihan yang diberikan.Terdapat kesalahan murid yang dapat dikenalpasti iaitu susunan bentuk lazim pada tempat yang betul, pengumpulan semula dan kesalahan pendaraban. Hasil dapatan menunjukkan bahawa Kaedah Lattice dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dilalui oleh murid-murid berdasarkan perubahan peratusan pencapaian murid pada ujian pra dan ujian pos.


LET'S CHAT : MENINGKATKAN KEMAHIRAN 'SPEAKING' DALAM SUBJEK BAHASA INGGERIS KEPADA 4 ORANG MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) DARI KELAS PENDIDIKAN KHAS BAHAGIA Wan Zuwina Binti Wan Zaky @ Wan Zawawi SK Tanah Putih Baru,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘Speaking Skill’ di kalangan murid Pendidikan Khas (PK). Seramai 4 orang Murid Berkeperluan Khas (MBK) dari kelas PK Bahagia dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, pra ujian dan soal selidik. Berdasarkan dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa murid tidak dapat menjawab secara spontan soalan mudah walaupun tajuk ‘Greetings’ diajar pada setiap tahun mengikut sukatan DSKP Pendidikan Khas. Pendekatan yang saya gunakan iaitu ‘Let’s Chat’ merupakan kaedah untuk menarik minat murid Pendidikan Khas tersebut memberi respon dan tindak balas yang betul bertepatan dengan soalan. Kajian ini telah dilaksanakan selama 60 minit dan diselesaikan dalam tempoh 1 bulan. Keputusan kajian menunjukkan murid berjaya menjawab soalan mudah dan murid lebih berminat dengan subjek Bahasa Inggeris kerana ia menjadi lebih menarik bagi murid-murid Pendidikan Khas melalui teknik ‘Let’s Chat’.


MENINGKATKAN ANALISA PEMBACAAN BUKU (NILAM) DI KALANGAN MURID 5 INTISAR MENGGUNAKAN TEKNIK “MY HOT AIR BALLOON CART”. Amalia Nazihah Binti Ghazali SK Sungai Isap Murni,Kuantan Abstrak Kajian Tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan data pembacaan Nilam dikalangan murid 5 Intisar dan sekaligus memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid SK Sungai Isap Murni. Subjek kajian ini terdiri daripada 41 orang murid 5 Intisar di mana analisa pembacaan Nilam mereka masih rendah walaupun sudah menghampiri Ogos 2022. Intervensi yang dilakukan menggunakan carta “My Hot Air Balloon Cart” untuk memaparkan jumlah pembacaan murid-murid 5 Intisar tersebut. Ganjaran juga diberikan kepada 5 orang murid pembaca tertinggi dan juga yang berjaya membuat resensi buku dengan baik. Dapatan dari kajian ini, menampakkan peningkatan data pembacaan Nilam murid 5 Intisar dan ada penambahbaikan dari segi penggunaan kosa kata murid-murid dan pengetahuan am mereka. Hasil dari kajian ini mendapati murid lebih tertarik sekiranya diberikan ganjaran untuk mereka mula membuat sesuatu. Daripada kurang minat untuk membaca, kini mereka lebih banyak mencari (eksplorasi) bahan-bahan lain seperti komik dalam talian dan novel dalam talian untuk mereka baca dan mengisi masa lapang. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah Kajian berkaitan minat murid untuk mencari dan menggunakan bahan-bahan bantu belajar di Pusat Sumber Sekolah. Kata Kunci; “Nilam”, “Hot Air Balloon”, “Ganjaran”


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN MURID SJK (C) GAMBANG MELALUI TEKNIK COLOUR NOTES Chai Pei Xing SJKC Gambang,Kuantan ABSTRAK Mengawal pembolehubah merupakan salah satu kemahiran proses sains yang perlu dikuasai oleh Murid. Namun, Melalui Pemerhatian, Ujian Pra Dan Penilaian Sumatif Murid Tahun 4 Sjk (C) Gambang Menunjukkan Bahawa Kebanyakkan Murid Belum Menguasai Kemahiran Menjawab Soalan Pembolehubah. Objektif Kajian Ialah Meningkatkan Kemahiran Penulisan Pembolehubah Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Sjk (C) Gambang Dengan Menggunakan Teknik Colour Notes. Kajian Tindakan Ini Melibatkan 23 Orang Murid Tahun 4 Yang Didedahkan Dengan Teknik Colour Notes Selama 2 Minggu. Ujian Pra Dijalankan Sebelum Rawatan, Manakala Ujian Pos Dijalankan Selepas 2 Minggu Rawatan. Dapatan Menunjukkan Bahawa Prestasi Murid Dalam Menjawab Soalan Pembolehubah Dipertingkatkan. Hasil Daripada Temu Bual Juga Menunjukkan Bahawa Teknik Colour Notes Dapat Membantu Murid Menjawab Soalan Pembolehubah Dengan Mengingatkan Kata Kunci Dan Teknik Menjawab. Kajian Ini Boleh Menjadi Panduan Kepada Guru-guru Sains Lain Untuk Meningkatkan Pemahaman Dan Kemahiran Menjawab Soalan Struktur Yang Melibatkan Pembolehubah Dalam Kalangan Murid Tahap 2 Serta Topik Lain. Kajian Lanjutan Perlu Melibatkan Lebih Ramai Responden Untuk Mengukuhkan Dapatan Tentang Keberkesanan Teknik Colour Notes. Kata Kunci: Pembolehubah, Teknik Colour Notes


KEBERKESANAN PENGGUNAAN PAPAN SMART GEL DALAM TUNJANG MATEMATIK AWAL PRASEKOLAH Nurul Izzah Binti Khalil SK Permatang Badak,Kuantan ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambahbaik amalan saya dalam pembelajaran dan pengajaran untuk membantu murid-murid saya mengecam dan mengenal nombor serta membuat operasi tambah mudah dengan lebih berkesan. Subjek kajian ini terdiri daripada sepuluh orang murid prasekolah yang dikenalpasti mempunyai masalah mengecam nombor dan masalah untuk mengira operasi tambah mudah. Data diperolehi melalui beberapa instrumen kajian seperti kaedah pemerhatian, ujian pra dan pasca dan temu bual. Intervensi yang dilakukan ke atas murid prasekolah mengunakan Papan Smart Gel untuk membentuk nombor dan menyebut nombor yang mereka tulis serta membuat operasi tambah mudah di atas Papan Smart Gel. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan Papan Smart Gel sangat membantu murid-murid prasekolah dalam mengenal dan mengecam nombor serta membuat pengiraan. Secara umumnya kajian ini dapat memudahkan tugas guru disamping mampu menimbulkan keseronokan dan pengalaman terhadap murid-murid prasekolah semasa menjalankan aktiviti. Dapatan kajian menunjukkan kaedah bermain sambil belajar ini berkesan dalam membantu murid-murid prasekolah meningkatkan penguasaan mengenal nombor. Cadangan kajian seterusnya ialah menggunakan kaedah yang sama untuk mengkaji kemahiran operasi tolak dan memperbaiki tingkah laku. Kata Kunci : nombor, main, mengecam, “Papan Smart Gel”.


MENINGKATKAN PENGUASAAN SISTEM CATATAN BERGU DALAM KALANGAN PELAJAR 6SS3 SEMESTER 1 MELALUI PENGGUNAAN “KOTAK ABLEH” Roshayati binti Abdullah SMK Abdul Rahman Talib,Kuantan ABSTRAK Saya melaksanakan kajian ini kerana saya ingin memastikan pelajar dapat merekod catatan jurnal bagi sesuatu urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu dengan betul. Ini kerana pelajar sering melakukan kesilapan dalam merekod catatan jurnal iaitu akaun yang perlu didebitkan dan akaun yang perlu dikreditkan bagi sesuatu urus niaga. Oleh kerana penguasaan terhadap sistem catatan bergu ini sangat penting dalam penyediaan penyata kewangan, maka kajian ini telah dijalankan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam (6) Rendah daripada kelas 6SS3 semester 1. Saya telah membuat tinjauan awal dengan memberikan contoh-contoh urus niaga mudah dan meminta pelajar untuk menyatakan akaun yang perlu didebitkan dan dikreditkan. Berdasarkan tinjauan awal ini, saya dapati pelajar yang tiada asas perakaunan telah melakukan kesilapan dalam catatan debit dan kredit berbanding pelajar yang mempunyai asas perakaunan. Oleh itu, kajian telah dilakukan ke atas empat (4) orang pelajar yang tidak mengambil Prinsip Perakaunan diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian saya ini menumpukan kepada penggunaan “Kotak ABLEH” bagi membantu pelajar menguasai sistem catatan bergu supaya mereka dapat merekod catatan jurnal dengan betul. Markah yang diperoleh daripada ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2 menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar. Akhir sekali, dapatan daripada kajian saya ini juga membuktikan keberkesanan penggunaan “Kotak ABLEH” dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sistem catatan bergu.


BELAJAR SEJARAH KAEDAH BUFT4U + PA21 (JELAJAH BENUA, KAPAL BELAYAR DAN DARI KERTAS KE LAYAR) (KAJIAN TAHUN 2020 & PEMURNIAN KAJIAN TAHUN 2022) Mazlina Binti Zulkifli SMK Astana,Kuantan ABSTRAK Melabelkan subjek Sejarah sebagai subjek yang sukar dipelajari, adalah kurang tepat kerana, melalui pembacaan sahaja, maklumat akan dapat difahami. Namun, skop mata pelajaran Sejarah yang sangat luas dengan ribuan topik dan fakta, telah menyebabkan pelajar mengalami keadaan seperti yang pernah pengkaji puisikan semasa menuntut di universiti iaitu: ‘The more you read, the more you get, the more you get, the more you forget’. Melalui kajian dan soal selidik, antara masalah yang saya dapati ialah pelajar mudah mengantuk, hilang fokus dan tidak aktif semasa pembelajaran sejarah secara kuliah / syarahan. Manakala kaedah membaca, menjawab latihan dan menyalin nota pula tidak membantu ingatan kekal lama, bahkan membosankan. Ini mencetuskan fenomena iaitu apabila menjelang peperiksaan, pelajar bergantung kepada soalan ramalan kerana tidak mampu mengingat banyak fakta. Jika soalan yang diramalkan tidak keluar, calon tidak dapat menjawab dengan baik sekalipun mereka mahir teknik menjawab soalan esei. Akibatnya calon gagal mendapat markah cemerlang, kerana jawapan yang diberi bukanlah kehendak soalan. Mata pelajaran Sejarah sepatutnya adalah mata pelajaran yang menarik kerana subjek ini berkaitan peristiwa sejarah perkembangan politik, ekonomi dan sosial masyarakat serta ketamadunan lalu yang memberi kesan terhadap kehidupan masa kini dan amat dekat dengan kehidupan kita. Tambahan pula, terdapatnya filem dan drama sejarah yang memberi gambaran peristiwa lalu, yang menarik minat pelajar terhadap subjek sejarah ini. Selain itu, pada era ICT ini, maklumat yang lebih luas boleh diperoleh di hujung jari. Artikel, jurnal, video, gambar-gambar bersejarah, dapat dicarigali dengan mudah sekiranya pelajar berminat untuk membuat kajian mendalam tentang sesuatu topik sejarah yang dipelajari. Ilmu pengetahuan sejarah yang luas dan mendalam daripada guru juga sudah tentu membantu. Namun sejauhmanakah guru dapat meraih tumpuan dan minat pelajar terhadap aktiviti Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) yang dijalankan? Serta bagaimana guru dapat membantu pelajar dalam mengatasi masalah mengingati ribuan topik dan fakta ini, sebagai persiapan ketika menjawab soalan peperiksaan nanti? Hasil pemerhatian dan tinjauan, saya mendapati pelajar perlu mempunyai ‘study skills’ atau kemahiran belajar Sejarah yang sistematik dan berkesan untuk digunakan sama ada semasa belajar berguru atau sebaliknya, bersendirian atau berkumpulan. Oleh itu saya telah memperkenalkan kaedah BUFT4U yang mengaplikasikan teknik kemahiran mengingat yang popular seperti teknik AKRONIM dan MNEMONIK. Kaedah BUFT4U ini pula digabungjalinkan dengan pembelajaran abad ke-21 (PA21) yang menarik, seperti aktiviti Jelajah Benua, Kapal Belayar dan Dari Kertas ke Layar supaya dapat merangsang pelajar. (Aktiviti Jelajah Benua, Kapal Belayar dan Dari Kertas ke Layar ini sebenarnya telah saya perkenalkan sejak tahun 2007 lagi). Di SMK Astana, kajian tindakan telah dibuat bermula 09 Julai 2020 terhadap 7 orang pelajar semester 2/2020. Kaedah ini dimurnikan lagi pada 15 Ogos 2022 kepada 12 orang pelajar semester 1/2023. Keputusan yang diperoleh hasil kaedah BUFT4U yang dilaksanakan secara berterusan telah menunjukkan masalah tidak fokus, mengantuk dan mudah lupa telah dapat diatasi dan telah menyebabkan berlakunya peningkatan prestasi pelajar dalam ujian-ujian yang dilaksanakan.


PENGGUNAAN LAGU TANYA SAMA POKOK : TOPIK PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT SEJARAH SEKOLAH MENENGAH Muhammad Wafi Bin Othman Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-basyirah ABSTRAK Mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu pelajaran wajib lulus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 2013. Salah satu kaedah yang digunakan dalam pembelajaran adalah didik hibur. Hal ini untuk merik minat pelajar disamping memudahkan pelajar untuk mengasai fakta. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti dan melihat perbezaan sebelum dan selepas pelaksanaan “Kaedah lagu Tanya sama pokok”yang melibatkan Bab Tingkatan 4 Warisan Negara bangsa Sub Topik 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat. yang dijalankan ke atas pelajar tingkatan 5 di Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif berbentuk kaedah pemerhatian . Responden kajian terdiri daripada 8 orang pelajar yang dikenalpasti yang lemah dalam bab ini. Dapatan Kajian mendapati bahawa “kaedah lagu tanya sama pokok “ sangat membantu pelajar dalam menguasai bab 1 tingkatan 4 Kajian saya ini berkaitan penggunaan lagu Tanya Sama Pokok yang membolehkan fakta-fakta penting di aplikasikan dalam lagu tersebut. Akhir sekali,dapatan saya dalam kajian ini sangat membantu pelajar bagi mengingat fakta dan meningkatkan penguasaan fakta dikalangan pelajar


PENGGUNAAN TEKNIK SKOK DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF Nuryati Binti Mohd Nor SMK Pelindung,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan kerana sebagai guru dan pemudahcara, saya perlu menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu murid menguasai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui tinjauan awal, saya mendapati murid 5 Cerdik masih belum menguasai kemahiran menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif. Berdasarkan analisis Ujian Diagnostik , saya dapati 10 orang murid yang dipilih sebagai responden daripada 23 orang murid tidak berjaya mendapat markah penuh iaitu 6 markah. Hanya dua orang murid mendapat 4 markah dan lapan orang lagi mendapat hanya 2 markah. Oleh itu, saya telah mengaplikasi Teknik Skok dalam pengajaran dan pembelajaran menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif. Kajian ini melibatkan seorang guru dan seramai 10 orang murid menjawab soalan dengan masa yang ditetapkan iaitu selama 40 minit. Keputusan Ujian Pencapaian menunjukkan kesemua responden iaitu 10 orang murid didapati mendapat markah penuh iaitu 6 markah iaitu pencapaian 100% berbanding Ujian Diagnostik. Dengan ini, jelaslah bahawa penggunaan Teknik Skok telah berjaya membantu murid menguasai kemahiran menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif.


PENGGUNAAN TEKNIK ‘SUCI DALAM DEBU’ BAGI MENINGKATKAN TEKNIK PENULISAN ESEI PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR 6 EMERALD 2 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN, PAHANG. Nurul Syuhada binti Puteh @ Mohd Nor SMK Sultan Abu Bakar ,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menentukan kehendak soalan esei Bahagian C. Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah enam daripada 20 orang pelajar 6 Emerald 2. Fokus kajian adalah berkaitan dengan kelemahan pelajar untuk menentukan isu, kehendak soalan dan kombinasi jawapan yang tepat sebelum menulis sesebuah karangan. Tinjauan awal dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, temubual dan PraUjian. Tinjauan awal mendapati pelajar lemah dalam menentukan kehendak soalan dan mengambil masa yang agak lama sebelum mula menulis karangan. Berikutan itu, satu kajian yang menggunakan kaedah ‘Suci Dalam Debu’ telah dilaksanakan dalam kalangan enam orang pelajar 6 Emerald 2 yang lemah dalam karangan bermula bulan Julai hingga September 2022. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kehendak soalan karangan dapat ditentukan dengan mudah oleh pelajar tanpa mengambil risiko salah menjawab kehendak soalan. Melalui kaedah ‘Suci Dalam Debu’, pelajar dapat mengenalpasti isu utama, kehendak soalan dan kombinasi jawapan dengan lebih mudah dan tepat dengan mengikut 3 langkah mudah dalam menentukan kehendak soalan karangan. Peratus pencapaian pelajar dalam Ujian Cemas juga menunjukkan peningkatan terhadap tahap penguasaan pelajar dalam menentukan kehendak soalan karangan.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (MENGAWAL PEMBOLEH UBAH) DI KALANGAN MURID 5AG MENGGUNAKAN KAEDAH ’GraPe JaR’ Noor Azia binti Umar SMK Bukit Goh,Kuantan ABSTRAK Kajian Tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid Tingkatan 5 yang kurang menguasai teknik menjawab soalan struktur Bahagian A yang melibatkan salah satu Kemahiran Proses Sains (KPS) iaitu Mengawal Pembolehubah. Seramai 24 orang murid 5AG terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temubual, soal selidik, pemerhatian dan berdasarkan analisis item Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022. Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka kurang mengetahui teknik bagaimana untuk menjawab soalan pada Bahagian A yang menguji Kemahiran Proses Sains (KPS). Begitu juga dengan soalan latihan yang diberikan, terdapat segelintir murid tidak cuba untuk menjawab tetapi hanya menunggu jawapan daripada rakan atau semasa perbincangan bersama guru. Untuk mengatasi masalah ini, kajian dijalankan dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memberi penerangan tentang Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A (mengawal pemboleh ubah). Melalui aktiviti ini, penerangan kepada murid bagaimana kaedah untuk mendapatkan maklumat daripada soalan. Seterusnya murid diberi modul latihan menjawab soalan KPS dan latih tubi soalan. Saya juga percaya jika murid dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka boleh mendapat markah yang lebih baik berbanding sebelum ini. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 bulan. Perbandingan keputusan Ujian Pra (Peperiksaan Pertengahan Tahun) sebelum aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca selepas aktiviti dijalankan menunjukkan peningkatan.


MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGINGAT FAKTA SAINS UNTUK MENJAWAB SOALAN MENGGUNAKAN TEKNIK MNEMONIC CERITAKU DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 Sabariah Binti Sulaiman SK (LKTP) Bukit Goh,Kuantan ABSTRAK Kegagalan individu untuk menguasai sesuatu ilmu bukanlah disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif mereka, tetapi lebih berpunca kepada pemilihan strategi kognitif yang mereka gunakan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai fakta sains yang sememangnya perlu diingat untuk memudahkan mereka menjawab soalan sains dengan betul. Selain itu, penggunaan kaedah ini juga adalah untuk menarik minat pelajar untuk lebih mendalami ilmu sains kerana sains bukan sahaja mata pelajaran, ia adalah kehidupan. Satu teknik yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan ingatan individu adalah Teknik mnemonik. Teknik ini menjadikan proses mengingati sesuatu akan lebih mudah. Mnemonik menggunakan prinsip asosiasi, iaitu informasi yang ingin diingati dikaitkan dengan informasi yang lain yang mudah diingat. Ia memacu ingatan untuk mengingati fakta-fakta dengan mengaitkannya dengan maklumat dan data sedia ada yang lebih ringkas dan mudah. Ia lebih menekankan informasi yang berkaitan dengan cerita seharian murid. Ini bagi memudahkan murid mengingat sesuatu fakta melalui jalan cerita yang direka mereka. Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 6 Beta yang belajar di SK (LKTP) Bukit Goh. Data dikumpul dengan menjalankan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalan kelas, pemeriksaan buku tulis dan buku aktiviti serta ujian yang dijalankan iaitu ujian sumatif. Data yang diperoleh kemudian dianalisis dan dapatan kajian menunjukkan Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknik mnemonic ceritaku dalam sesi PdPC dapat meningkatkan prestasi murid dalam memahami fakta sains. Kata Kunci : Fakta sains, Kefahaman murid, Minat murid, Teknik Mnemonic Ceritaku


MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGEMUKAKAN IDEA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK Ooo…BULAT Wan Suziyana Binti Wan Embong SMK Astana,Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar-pelajar tingkatan enam yang sukar memberikan idea yang relevan dalam penulisan karangan. Dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu, pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh pelajar antaranya kemahiran menulis, membaca dan bertutur. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2009) kemahiran menulis ialah satu bentuk kemahiran berbahasa dan komunikasi yang penting dalam kehidupan masa ini. Kemahiran menulis juga berkaitan dengan dua perkara penting iaitu kemhiran meluahkan idea dan kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea. Kemahiran menulis dan membaca perlu dikuasai oleh pelajar bagi menunjukkan daya keintelektualan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Kajan ini melibatkan 15 orang murid dan seorang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dilaksanakan melalui kaedah ujian diagnostik, ujian bulanan, temu bual dan semakan kerja rumah. Hasil tinjauan dan pemerhatian, didapati pelajar gagal mengemukakan idea karangan dengan tepat. Penyelesaian kepada permasalahan ini, pelbagai aktiviti dan latih tubi diberikan bagi mengukuhkan penguasaan pelajar. Setelah pelajar menguasai teknik menulis karangan mereka dipandu untuk mengemukakan idea karangan dengan mudah secara berterusan. Pelbagai pendekatan dan kaedah diguna pakai iaitu ujian pra dan pos, latih tubi dan hafalan idea. Pengajaran dan pemudahcaraan yang berterusan dan berjadual dalam tempoh enam minggu, telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar, di samping memberi keyakinan diri dan menarik minat para pelajar. Kebolehan mereka mengemukakan idea dengan mudah membolehkan pelajar lebih berkeyakinan mempelajari Bahasa Melayu. Dapatan daripada kajian, didapati 100 % pelajar yang menyertai kajian ini telah menguasai kemahiran mengemukakan idea dengan mudah, pantas dan relevan. Melalui pemerhatian dan soal selidik juga, didapati kaedah pembelajaran secara pembacaan, kuliah dan tutorial, menyebabkan pelajar berasa bosan, tidak dapat memberi tumpuan dan tidak aktif ketika proses PdPc di dalam kelas. Rentetan permasalahan ini, pengkaji telah memperkenalkan Teknik Ooo…BULAT yang mengaplikasikan teknik kemahiran mengingat iaitu teknik AKRONIM dan MNEMONIK serta menggabungjalinkannya dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang dapat menarik minat pelajar dalam PdPc. Teknik Ooo…BULAT ini, telah diguna oleh pengkaji sejak tahun 2018 bagi menyuntik semangat para pelajar untuk lebih meminati penulisan karangan.


'CINTA DUA DARJAT' - MENGENAL GARAM LARUT DAN GARAM TIDAK LARUT Azalida Binti Md Yusof SMK Indera Mahkota 2, Kuantan ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar aliran sains tulen (tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Kimia SPM) di dalam Bab 6 : ASID, BES DAN GARAM . Seramai 20 orang pelajar 5 Amethyst , SMK Indera Mahkota 2 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mengingati atau tidak dapat membezakan jenis garam terlarutkan dan garam tidak terlarutkan. Hal ini menyebabkan soalan –soalan yang berkaitan gagal dijawab dengan tepat. Perancangan kajian tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar. Pelajar telah didedahkan kepada Teknik “CINTA DUA DARJAT” selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok belajar bab berkaitan garam.


Click to View FlipBook Version