PEMBELAJARAN ILMU TAJWID MENGGUNAKAN KAEDAH MISAI;BAGI MEMBANTU MURID SMK PAYA BESAR MENGUASAI KEMAHIRAN TAJWID DAN MEMPRAKTIKKANNYA KETIKA MENJAWAB SOALAN TAJWID DALAM PEPERIKSAAN. Ramlah Bt Ab Hamid SMK Paya Besar, Kuantan ABSTRAK Kajian ini saya jalankan adalah untuk mengatasi masalah kelemahan menguasai tajuk tajwid yang dihadapi oleh murid-murid saya.Juga untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam. Tinjauan awal mendapati lebih 50 peratus orang murid daripada 24 orang murid Tingkatan 4 Ibnu Qayyim Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar masih lemah dalam penguasaan tajwid. Penguasaan tajwid ini penting bukan sahaja untuk membantu murid-murid dalam membaca ayat-ayat suci al-Quran amnya tetapi lebih kepada untuk meningkatkan keupayaan murid-murid calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menjawab soalan-soalan tajwid khasnya. Bertitik tolak daripada permasalahan ini, maka saya mengambil inisiatif untuk menggunakan Kaedah MISAI. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan dan analisis data-data pelajar yang lemah dalam penguasaan tajwid, respon soal selidik dengan para pelajar yang terpilih dalam kajian diperoleh dan pengesanan keupayaan penguasaan tajwid telah dilakukan dalam tempoh satu bulan. Tempoh kajian ini dari bulan Julai hingga Oktober 2022. Penyelidikan ini juga dapat mengenal pasti persepsi pelajar mengenai kesediaan mereka untuk mempelajari ilmu tajwid. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada 24 orang pelajar kelas 4 Ibnu Qayyim Sekolah Menengah Paya Besar.
ALGEBRA- MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS ALGEBRA MELIBATKAN PERKARA RUMUS ALGEBRA DALAM MATEMATIK TAMBAHAN MELALUI TEKNIK TUAN RUMAH Zuraida Binti Alias SMK Sungai Isap Murni,Kuantan ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran Algebra terutama konsep perkara rumus dalam kalangan murid tingkatan yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Terdapat ramai murid yang tidak memahami konsep Perkara Rumus Algebra yang melibatkan gabungan beberapa operasi asas Matematik. Memahami konsep perkara rumus amatlah penting dalam memahami topik-topik dalam Matematik Tambahan. Terutama topik algebra seperti Fungsi. Saya memfokuskan kajian ini terhadap konsep Algebra terutama Perkara Rumus Algebra yang melibatkan 10 orang murid 5 Madani sebagai kumpulan sasaran.Aktiviti yang akan diberikan adalah ulang tubi dengan kaedah tuan rumah mengikut tahap kesukaran soalan yang berbeza mengikut aras mudah, sederhana dan sukar. Aktiviti ini akan memfokuskan perubahan operasi terhadap operasi tambah, tolak, darab , bahagi , punca kuasa dan kuasa. Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan amat memberansangkan. Perbezaan skor antara Ujian Pra dan Ujian Pasca yang ketara bagi semua murid membuktikan tahap penguasaan murid dalam aktiviti yang dijalankan. Murid-murid didapati berani untuk mencuba soalan yang diberikan oleh guru. Ini bermakna tindakan inovasi yang dilakukan di dalam kajian ini adalah tepat dan berkesan. Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling rendah pencapaiannya dalam kajian ini turut melibatkan diri dan seronok menjawab soalan secara spontan. Oleh itu, saya mendapati sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran.
Terima Kuantan Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Masa Hadapan Kasih