Maklumat Asas
& Panduan Am
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 1
Trust School
Maklumat Asas
& Panduan Am
SMK KAMPONG JAWA
SEKOLAH AMANAH
Bil Tajuk Mukasurat
1 Amanat Pengetua 3
2 Maklumat Asas
5
2.1 Trust School Programme 7
2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 8
2.3 Falsafah SMKKJ 9
2.4 Visi & Misi KPM 10
2.5 Matlamat Strategik, Moto, Cogankata & Slogan SMKKJ 11
2.6 6 Bidang Keberhasilan Utama Sekolah 12
2.7 6 Misi, 26 Strategi 14
2.8 Ikrar Warga SMKKJ 15
2.9 Piagam Pelanggan SMKKJ 16
2.10 Objektif SMKKJ 17
2.11 Etika Kerja SMKKJ 18
2.12 Nilai SMKJK 19
2.13 Sejarah SMKKJ 20
2.14 Akronim SMKKJ 21
2.15 Lencana SMKKJ 21
2.16 Lagu Rasmi SMKKJ 23
2.17 Mutiara Kata 24
2.18 Lokasi & Fizikal Sekolah 25
2.18 Kejayaan SMKKJ 2020 28
2.19 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
3 Panduan Am 31
3.1 Panduan Am Untuk Guru-guru 42
3.2 Tugas Seorang Guru 45
3.3 Garis Panduan Pengurusan Sebuah Bilik Darjah 48
3.4 Garis Panduan Pengurusan Ketidakhadiran Murid 47
3.5 Surat Pekeliling Ikhtisas/ Surat Siaran/ Pekeliling 51
3.6 Dasar Pendidikan & Isu 69
3.7 Portal Rasmi
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 2
Trust School
AMANAT PENGETUA Maklumat Asas
& Panduan Am
HJ HISHAMMUDDIN BIN SIRAT
PENGETUA
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin serta limpah kurnia-
Nya memperoleh rezeki dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik di
SMK Kampong Jawa. Semoga Allah menganugerahi kita semua dengan kesihatan yang baik,
kecerdasan minda yang mampu menjana idea-idea yang bernas dan dijauhi sifat-sifat memenuhi
kehendak sendiri. Sebaliknya dilimpahi nikmat bekerja dengan rasa gembira, seronok, saling
membantu dan kasih sayang serta hormat menghormati bagi menjana hasil kerja yang berkualiti.
Program Sekolah Amanah adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul
melalui persekitaran pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna melalui amalan terbaik dalam
pengurusan dan kepimpinan, menambah baik kualiti pembelajaran dan pengajaran,
memaksimumkan potensi dan pencapaian murid dan mengukuhkan penglibatan ibu bapa,
komuniti dan pihak berkepentingan. Untuk mewujudkan senario ini, sekolah memerlukan
kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan, guru yang kompeten dan mempunyai aspirasi
tinggi, serta komitmen ibu bapa dan komuniti yang padu.
Sehubungan dengan itu, kita sebagai warga SMKKJ (Sekolah Amanah) perlu berjiwa
besar untuk memastikan hasrat dan aspirasi pendidikan tercapai seperti yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Kita menjadi guru adalah dengan pilihan sendiri. Sebagai guru kemenjadian
anak murid adalah menjadi keutamaan. Makin ramai murid yang berjaya maka makin ramailah
yang akan mengucapkan terima kasih kepada kita. Bekerja sebagai ibadah menuntut keikhlasan
dan sikap ikhsan iaitu prihatin, bertanggungjawab, berintegriti, mengutamakan kualiti dan
keberhasilan.
Justeru, saya sebagai peneraju kepimpinan SMKKJ yang baharu dengan rendah hati
ingin mengajak semua warga SMKKJ khususnya guru-guru terus menyokong Program Sekolah
Amanah bagi menjayakan tranformasi pendidikan negara seterusnya mampu merealisasikan
hasrat KPM untuk melahirkan generasi Malaysia yang inklusif, moderat dan dihormati oleh dunia.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 3
Trust School
Pada tahun 2016, SMKKJ telah dipilih sebagai Sekolah Amanah Kohort 2016/21. Kini sesi Maklumat Asas
persekolah 2020 telah berada di penghujung. Ini bermakna SMKKJ Sekolah Amanah telah pun & Panduan Am
melalui tahun ke-4 iaitu Fasa Transisi bagi persediaan akreditasi. Menjelang sesi persekolah tahun
2021, warga SMKKJ bakal mendepani cabaran besar untuk melepasi Tahap Akreditasi Sekolah
Amanah. Dalam laporan kemajuan sekolah-TSSP YER 2020, kita menyedari bahawa ada
beberapa elemen yang belum kita capai. Situasi ini seharusnya tidak menjadi penghalang
kejayaan bahkan akan menjadi pemangkin kepada seluruh warga SMKKJ untuk berkerja lebih
keras, sistematik dan terancang agar dapat menepati kehendak Program Sekolah Amanah .
Saya percaya dengan sokongan dan bimbingan semua pihak berkepentingan,
kesungguhan barisan pentadbir, komitmen dan kompetensi guru-guru, kemahuan pelajar
mencari kejayaan, sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti kita pasti berjaya
mengharungi cabaran ini. Dengan slogan seperti “Keberhasilan Guru Kemenjadian Murid”,
“Keluarga Didahulukan Pekerjaan Diutamakan”, “Guru Prihatin” , “Guru Kompeten”, “ Bekerja @
Belajar Dengan Kemahuan Sendiri” , “ Datang Sekolah Bukan Untuk Bermain-Main - Datang
Sekolah Mencari Kejayaan”, “Amalan Sifat Tekun, Gigih dan Sabar” akhirnya “Kita akan dapat
balasan setimpal dengan apa yang dikerjakan” adalah diharapkan membangkitkan semangat
dan kemahuan semua warga SMKKJ Prihatin . Oleh itu, tidak mustahil pada akhir sesi persekolahan
2021 ini, SMKKJ bukan sekadar dapat memenuhi syarat akreditasi untuk keseluruhan aspek tetapi
kita mampu mencapai tahap model sekolah amanah dan dengan bangganya seluruh warga
melaungkan “SMKKJ Sekolah Amanah Terbilang”. Insya Allah semoga diperkenankan.
Akhir kata, saya mendoakan semoga semua warga SMKKJ Terbilang diberi kesihatan,
kekuatan, tenang dan sabar serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tugas
seharian. Marilah kita sederap menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan tekun,
gigih, sabar dan seronok dalam memberi perkhidmatan yang terbaik bagi membina negara
bangsa untuk generasi mendatang yang akhirnya menjadi sedekah jariah untuk kita raih
pahalanya nanti.
Wassalam.
Sekian, Terima Kasih
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
HJ HISHAMMUDDIN BIN SIRAT
Pengetua SMKKJ
1 Disember 2020
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 4
Trust School
TRUST SCHOOL PROGRAMME Maklumat Asas
& Panduan Am
WHAT IS A TRUST SCHOOL?
• Trust Schools are public schools that are managed jointly by private partners and school leaders.
• It is a comprehensive and scalable school transformation model that sustainably transforms student
outcomes by promoting enhanced school management practices and championing improvements to curriculum
and education delivery.
• The Trust School Programme is part of the Malaysian Education Blueprint 2013-2025 to transform Malaysian
Education system. There is a target of having 500 Trust Schools by 2025.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 5
Trust School
TRUST SCHOOL PROGRAMME Maklumat Asas
& Panduan Am
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 6
Trust School
Maklumat Asas
& Panduan Am
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan dari segi memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 7
Trust School
FALSAFAH SMK KAMPONG JAWA Maklumat Asas
& Panduan Am
Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kampong Jawa adalah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Warganya berkeyakinan
bahawa dengan memberi komitmen yang tinggi
dalam melaksanakan tugas dengan penuh
amanah dan keikhlasan, boleh melahirkan insan
yang berilmu dan berketerampilan serta seimbang
dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi , jasmani
dan bersahsiah tinggi.
Melalui permuafakatan dan kemahuan tinggi
warganya dalam melaksanakan program
bersepadu yang mengutamakan keberhasilan guru
dan kemenjadian murid diharap dapat
mengembangkan potensi diri murid menjadi insan
yang kreatif, kritis, berkemahiran dan
berketerampilan ke arah membina kecemerlangan.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 8
Trust School
VISI & MISI KPM Maklumat Asas
& Panduan Am
Visi
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
Misi
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 9
Trust School
MATLAMAT STRATEGIK, MOTO, Maklumat Asas
COGANKATA & SLOGAN SMKKJ & Panduan Am
Matlamat Strategik
SMK KAMPONG JAWA TERBILANG 2025
Moto
MAJU, JAYA, BERJASA
Cogankata
SEKOLAH BERMUTU PELAJAR BERILMU
Slogan
“USAHA PUNCA KEJAYAAN”
“DISIPLIN SERTA DEDIKASI”
“LAHIRKAN JAGUH DAN JUARA”
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 10
Trust School
6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA Maklumat Asas
SEKOLAH & Panduan Am
Kami warga SMK Kampong Jawa akan memastikan:6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA SEKOLAH
1. Pengurusan dan Pentadbiran telus, cekap dan berkesan
2. Akademik Cemerlang 11
3. Disiplin dan sahsiah terpuji
4. Kokurikulum Terbilang
5. Persekitaran sekolah kondusif dan selamat
6. Kerjasama sekolah – Komuniti erat
PENGURUSAN & PENTADBIRAN
KURIKULUM
HAL EHWAL MURID
KOKURIKULUM
PERSEKITARAN KONDUSIF
KOMUNITI ERAT
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
6KEBERHASILAN 26STRATEGI Maklumat Asas
& Panduan Am
Strategi 1 e-SKPMg2 ( Peningkatan Band Sekolah) PENGURUSAN
Strategi 2 e-Prestasi (LNPT& PBPPP) &
Strategi 3 e-Data (Cepat dan Tepat)
Strategi 4 e-Bajet (Audit Cemerlang) PENTADBIRAN
Strategi 5 SPSK (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti)
Strategi 6 5S ( Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal)
Strategi 1 Pedagogi Berkesan MISI 1
Strategi 2 Audit Total (Head Count, TOV, ETR, GROW )
Strategi 3 Program Akademik Terbilang (Menggilap Permata)
Strategi 4 Lestari Pusat Sumber Sekolah
Strategi 5 Sentuhan Prihatin
Strategi 6 Laluan Kerjaya
KURIKULUM Strategi 1 Disiplin Cemerlang
Strategi 2 Akhlak Terpuji ( Sahsiah dan Rohani)
MISI 2 Strategi 3 Sayang Anakku (Kebajikan)
Strategi 4
Budaya 7S
(Senyum, Salam, Sopan, Segak, Syukur, Sayang, Solat)
HAL EHWAL
MURID
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa MISI 3
Trust School
12
6KEBERHASILAN26STRATEGI Maklumat Asas
& Panduan Am
Strategi 1 SMKKJ Jaguh (Kebitaraan)
Strategi 2 SMKKJ Juara (Penglibatan dan Penyertaan)
Strategi 3 SMKKJ Hebat (Serlah Bakat dan Potensi)
Strategi 1 SMKKJ Aman (KESELAMATAN) KOKURIKULUM
Strategi 2 SMKKJ Indah (KEBERSIHAN)
Strategi 3 SMKKJ Ceria (KECERIAAN) MISI 4
Strategi 4 SMKKJ Sejahtera (INFRASTRUKTUR)
PERSEKITARAN Strategi 1 Guru Prihatin
KONDUSIF Strategi 2 PIBG Akrab Sepakat
Strategi 3 Masyarakat Muafakat
MISI 5
KOMUNITI
ERAT
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa MISI 6
Trust School
13
MAKA KAMI SELURUH WARGA SMK KAMPONG JAWA IKRAR WARGA SMK KAMPONG JAWA Maklumat Asas
BERIKRAR DAN BERILTIZAM UNTUK: & Panduan Am
1. Menguruskan satu sistem pentadbiran yang telus, cekap 14
dan berkesan serta mesra pelanggan melalui
pengurusan data dan maklumat yang tepat.
2. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan
serta program kecemerlangan kurikulum berfokus untuk
meningkatkan prestasi akademik paling optimum
mengikut kemampuan murid.
3. Memperkasakan akal budi setiap murid melalui
pengurusan hal ehwal murid yang cemerlang dan
berterusan dalam usaha pemantapan disiplin,
pembinaan sahsiah dan kerohanian serta menyalurkan
perkhidmatan kebajikan murid.
4. Membentuk daya kepimpinan serta kecergasan mental
dan fizikal di samping meningkatkan jati diri,
memperkasa dan mengupaya potensi diri murid bagi
mendepani cabaran melalui pelaksanaan aktiviti
kokurikulum yang terancang.
5. Menjadikan sekolah sebagai tempat yang sukses serta
mampu menjadi pusat kecemerlangan akademik dan
pembinaan insan dengan menekankan aspek
keselamatan, keceriaan dan kebersihan (3K) serta
membangunkan sepenuh kawasan sekolah untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif.
6. Mewujudkan hubungan yang akrab dengan komuniti
menerusi program sarana bagi menjana
kecemerlangan sekolah.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
PIAGAM PELANGGAN SMKKJ Maklumat Asas
& Panduan Am
Dengan merealisasikan Visi Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampong Jawa sebagai institusi cemerlang 15
selaras dengan cogankata “Maju, Jaya, Berjasa”, kami
dengan ini dengan penuh tekad dan iltizam berjanji
menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti
berikut:
Kepada Pelajar
Memberi perkhidmatan yang sempurna dan berkualiti,
menyediakan pasukan pendidik yang berdedikasi,
prasarana yang lengkap serta persekitaran yang selesa
dan ceria.
Kepada Staf
Menyediakan suasana yang kondusif, fasiliti yang
mencukupi, khidmat bimbingan yang berkualiti dan
sokongan untuk peningkatan profesionalisme keguruan.
Kepada Ibu Bapa
Berusaha merapatkan hubungan dan kerjasama,
memberikan layanan mesra, berhemah dan ikhlas serta
menyalurkan informasi berkaitan dengan sekolah.
Kepada Masyarakat
Menjalinkan hubungan erat dan berganding bahu,
memberi perkhidmatan yang cemerlang dan telus.
Kepada Negara
Melaksanakan semua dasar, arahan dan peraturan
kerajaan dengan efektif dan melahirkan insan yang
berdaya saing berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
1. Berusaha mewujudkan sistem kepimpinan organisasi OBJEKTIF SMK KAMPONG JAWA Maklumat Asas
yang telus, bersikap terbuka dan berpandangan jauh. & Panduan Am
2. Memajukan sistem pengurusan yang berasaskan 16
kepada menggerakkan perhubungan kemanusiaan
kepada sesama anggota warga sekolah.
3. Mengamalkan sistem bekerja yang dapat menyemai
semangat kekeluargaan dan berkongsi kemesraan ke
arah menikmati kualiti hidup yang lebih selesa.
4. Mewujudkan iklim dan suasana menyenangkan hati
kepada semua pelanggan yang berurusan dengan
sekolah.
5. Merangsangkan semangat untuk terus berusaha
membina diri pelajar ke arah kejayaan mencapai cita-
cita dan wawasan masa hadapan.
6. Mengembangkan kualiti diri anggota staf agar
sentiasa bermotivasi untuk menaikkan mutu dan hasil
kerja.
7. Meningkatkan prestasi pencapaian bidang akademik
dan kokurikulum dengan mengadakan program-
program yang berkualiti.
8. Menganjurkan program kemasyarakatan dengan
usahasama PIBG dan Komuniti dengan melaksanakan
program pendidikan keibubapaan di sekolah.
9. Menganjurkan program keceriaan sekolah untuk
meningkatkan kebersihan dan keindahan kawasan
persekitaran supaya bersesuaian dengan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyegarkan.
10. Mengadakan program peningkatan disiplin,
pembinaan akhlak, pemulihan dan pendidikan moral
dari semasa ke semasa.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
ETIKA KERJA SMKKJ Maklumat Asas
& Panduan Am
▪ Sentiasa menepati masa
▪ Menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan
▪ Jujur, amanah dan ikhlas dalam mendidik pelajar
▪ Mendidik dengan dedikasi dan kasih sayang
▪ Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan
kemesraan
▪ Menyumbangkan idea yang bernas
▪ Berazam meningkatkan kualiti kerja
▪ Berketerampilan dan berpersonaliti ceria
▪ Menghormati dan menjaga imej rakan sejawat
▪ Menentukan keputusan secara kolektif
▪ Sentiasa berusaha meningkatkan imej sekolah
▪ Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 17
Trust School
NILAI SMKKJ Maklumat Asas
& Panduan Am
Kolaboratif
Semua warga sekolah mengamalkan pendekatan yang
melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu
dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan
sebarang masalah secara berkesan.
Kepelbagaian
Semua warga sekolah akan menggunakan pelbagai
pendekatan dalam amalan pengajaran, pembelajaran dan
pengurusan.
Kecemerlangan
Semua warga akan memastikan setiap perkara yang
dilakukan adalah elok, indah dan gemilang.
Inovasi
Semua warga sekolah akan menghasilkan dan
menggunakan sesuatu yang baharu dalam pendekatan
pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.
Integriti
Semua warga sekolah menjadikan sifat kejujuran dan
ketulusan sebagai amalan.
Hormat
Semua warga sekolah mengamalkan sifat beralah atau
menerima kehendak atau pendapat orang lain.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 18
Trust School
SEJARAH SMKKJ Maklumat Asas
& Panduan Am
Pada 24 September 1994, batu asas pembinaan SMK Kampong
Jawa, Klang ( SMKKJ ) telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Haji
Muhammad bin Haji Muhammad Taib, iaitu Menteri Besar Selangor
pada ketika itu. Pembinaannya telah dapat disempurnakan pada
akhir tahun 1996.
Pada 1 Disember 1996, Puan Hajah Zainon binti Kassim dengan
rasminya dilantik sebagai Pengetua SMK Kampong Jawa yang
pertama dan sesi persekolahan yang pertama bermula pada 2
Januari 1997. Sebilangan besar daripada murid - murid Tingkatan 1
adalah dari SK Kampong Jawa, SK Telok Menegon dan SK Klang dan
murid Tingkatan 2 kebanyakannya dari SMK Sri Istana dan SMK Raja
Mahadi dengan jumlah murid seramai 772 orang .
SMKKJ telah melalui pelbagai perubahan dari masa ke semasa,
dari aspek fizikal mahupun pentadbiran sehinggalah pada Disember
2015, sekolah telah dipilih untuk menjadi “Sekolah Amanah”.
dan
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 19
Trust School
AKRONIM SMKKJ Maklumat Asas
& Panduan Am
SEIRING
MENJANA
KEMANTAPAN ILMU
KECEMERLANGAN
JERIS
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 20
Trust School
LENCANA RASMI SMKKJ Maklumat Asas
& Panduan Am
Keterangan Lencana
1. Simbol mata pena , teknologi dan komputer mmelambangkan
sumber akses pembelajaran untuk menimba ilmu masa kini dan
masa hadapan
2. Bentuk bulat logo melambangkan penyatuan pelbagai
bangsa
3. Bentuk riben dibawah bentuk bulat melambangkan penyatuan
yang berkekalan
4. Warna hijau melambangkan agama dan kemuliaan
5. Warna kuning melambangkan kebanggaan
6. Warna merah melambangkan kekuatan dan bertenaga
7. Motto: Ilmu Tonggak Jaya
8. 1997 terpapar di skrin komputer menunjukkan tahun permulaan
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 21
Trust School
sekol Maklumat Asas
& Panduan Am
LAGU RASMI SMKKJ
Ilmu tonggak jaya
Itu matlamat semua
Berilmu Berjaya
Berbudi bahasa
Jadi amalan mulia
Pada ibu bapa akan kami buktikan
Pada guru tercinta
Agama dan Negara Kami yakin cemerlang
Sekolah Menengah Kampong Jawa
Kami amat berbangga
Sebagai putera puteri sejati
Kami akan berjanji
Sehingga sekolah ini
Indah masyhur dan ternama
Ilmu tonggak jaya
Itu matlamat semua
Berilmu Berjaya
Berbudi bahasa
Jadi amalan mulia
Lagu : LY
Lirik : Baiduri
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 22
Trust School
Maklumat Asas
& Panduan Am
MUTIARA KATA
THINKING PLANNING DOING CONFIDENT
STYLE QUALITY EXCELLENT
“ WARGA PRIHATIN LAHIRKAN JAGUH DAN JUARA”
“DATANG KE SEKOLAH BUKAN UNTUK BERMAIN-MAIN
TETAPI UNTUK MENCARI KEJAYAAN”
“BELAJAR DENGAN KEMAHUAN SENDIRI”
MASA DEPAN ANAK PELAJAR
BERMULA DI SMKKJ
WARISAN ORANG YANG RAJIN BELAJAR @ MENGAJAR
1. JADI PANDAI DAN BIJAKSANA
2. HIDUP SENANG
3. KAYA DAN BERHARTA
4. DIPANDANG MULIA
WARISAN ORANG YANG MALAS BELAJAR @ MENGAJAR
1. JADI BODOH DAN DUNGU
2. HIDUP SUSAH
3. MISKIN DAN PAPA KEDANA
4. DIPANDANG HINA
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 23
Trust School
LOKASI & FIZIKAL SEKOLAH Maklumat Asas
& Panduan Am
SMKKJ yang mempunyai keluasan 10.1 ekar atau 4.09 hektar terletak 2.6 km dari pusat
bandar Klang dan 8.1 km dari pusat bandar Shah Alam. Kini SMKKJ mempunyai :
BLOK A BLOK B BLOK C BLOK D BLOK E BANGUNAN
LAIN
Aras Bawah
Aras Bawah Aras Bawah Aras Bawah Aras Bawah ▪ Makmal
▪ Makmal ▪ Komputer
▪ Bilik BL ▪ Bilik ▪ Makmal Sains ▪ Bengkel ▪ Kantin
▪ Koperasi Pengawas Kimia 1 Komputer Pembuatan Pusat
▪ Sumber
Sekolah ▪ Bilik ▪ Makmal ▪ Bilik PPDA ▪ Bengkel ▪ PPKI
▪ Kedai Buku Kesihatan Fizik 1 ▪ Bilik BOSS Fertigasi ▪ Bilik Guru
PPKI
▪ Bilik PIBG ▪ Makmal ▪ Bengkel Surau Al
▪ Dewan Juara Biologi 1 Elektrik & Ehsan
Elektronik Blok
Aras 1 Aras 1 Aras 1 Aras 1 KSSMPK
▪ Makmal ▪ Stor Sukan
▪ Bilik Guru ▪ Surau Guru ▪ 1 buah
▪ Bilik GKMP ▪ Bilik Disiplin Kimia 2 kelas Aras 1
▪ Bilik ▪ Makmal ( Model
PAK 21 ) ▪ Bilik
Kokurikulum Fizik 2 Masakan
▪ Bilik ▪ Makmal ▪ Bilik Seni
▪ Bilik Jahitan
Wawasan Biologi 2 ▪ Studio
▪ Pejabat
Aras 2 Rekabentuk
Pentadbiran Fesyen
▪ 5 buah
Aras 2 Aras 2 kelas
▪ Pusat ▪ 6 buah kelas ▪ Studio MPV
Sumber
Sekolah
▪ Pusat Akses
▪ Bilik APD
▪ Bilik Bahasa
▪ Bilik
Peperiksaan
Aras 3 Aras 3 Aras 3
▪ 6 buah kelas
▪ 7 buah ▪ 7 buah
kelas kelas
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 24
Trust School
Maklumat Asas
& Panduan Am
KEJAYAAN SMKKJ TERBILANG 2020
Pelbagai kejayaan telah terukir pada tahun 2020 dalam semua aspek kecemerlangan sekolah
sama ada dari aspek murid atau guru. Berikut adalah kejayaan tersebut :-
01 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ( GURU )
PENCAPAIAN 2020
BIL PENYERTAAN PENCAPAIAN
NEGERI
1 IAM NURLIN BINTI IBRAHIM DAERAH
PEMBENTANG KUADRAN PENYELESAIAN MASALAH DAERAH
DAERAH
S. MAGESWARIE A/P SUBRAMANIAM DAERAH
2 KOLOKIUM AMALAN TERBAIK DAERAH
AUNI BINTI AMIN
3 KOLOKIUM AMALAN TERBAIK
FAIZATUL FAZALILA BINTI MOKHTAR
4 KOLOKIUM AMALAN TERBAIK
HONG GEOK LING
5 PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK ( HBL )
KOGILAVANI A/P SINNIAH
6 PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK ( TEKNIK CANVA )
02 KOAKADEMIK
PENCAPAIAN 2020 PENCAPAIAN
BIL PENYERTAAN Tempat Ketiga
1 Tilawah al Quran : Mahrajan Al Quran dan Festival Kesenian Islam
Peringkat Daerah Klang
e-Hafazan Al-Quran : e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat ▪ Mewakili Selangor
2 Kebangsaan dalan e-Hafazan BL
Perempuan
▪ Johan e-Hafazan
Perempuan
▪ Naib Johan e-Hafazan
3 e-Hafazan Al-Quran : e-Mahabbah Pendidikan Khas Negeri Selangor Lelaki
▪ Naib Johan e-Taranum
BL Lelaki
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 25
Trust School
03 KOKURIKULUM Maklumat Asas
& Panduan Am
PENCAPAIAN 2020 PENCAPAIAN
BIL PENYERTAAN
1 Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSS ▪ Emas 110 m Lari Berpagar
( Layak ke MSSSM )
2 Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD
▪ Olahragawan MSSS
▪ Perak Ochtathlon
(Layak ke MSSM )
▪ Gangsa Lompat Tinggi
▪ Gangsa Lontar Peluru
▪ Tempat Keempat dan Ketujuh
Lompat Kijang
▪ Tempat Kelima Lontar Lembing
▪ Tempat Kelima dan Ketujuh
800m
▪ Tempat Keenam Lompat Jauh
▪ Tempat Ketujuh Lompat Tinggi
▪ Emas 4 x 100 m
▪ Emas 4 x 400 m
▪ Emas 110 m Lari Berpagar
( Rekod Baharu Kejohanan )
▪ Emas 200 m Lari Berpagar
▪ Perak Lompat Kijang
▪ Perak 800m
▪ Perak 110m Lari Berpagar
▪ Perak 100m
▪ Gangsa 4 x 100 m
▪ Gangsa 4 x 400 m
▪ Gangsa 400m Lari Berpagar
▪ Gangsa 2000m Lari
Berhalangan
▪ Gangsa Lompat Jauh
▪ Gangsa 1500 m
▪ Tempat Keempat Lompat
Kijang
▪ Tempat Keempat 5000 m Jalan
Kaki
▪ Tempat Keempat 110 m Lari
Berpagar
▪ Tempat Keempat 200 m Lari
Berpagar
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 26
Trust School
BIL PENYERTAAN PENCAPAIAN Maklumat Asas
▪ Johan Mara Lasak Individu & Panduan Am
3 Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Klang ▪ Johan Rentas Halangan
4 Perkhemahan KASPA Daerah Klang Berkumpulan
▪ Johan Pandu Arah
5 Kembara Masjid Pergerakan Puteri Islam Peringkat Daerah ▪ Johan Pertandingan Rombak
6 Pertandingan KANGAROO Matematik Peringkat Kebangsaan
7 Kuiz Kemahiran KASPA Secara Online Peringkat Kebangsaan Pasang Senjata M16
8 STEM Online Challenge ▪ Naib Johan Rentas Halangan
9 Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Daerah Klang
Berkumpulan
▪ Ketiga Rentas Halangan
Berkumpulan
▪ Ketiga Pandu Arah
Berkumpulan
▪ Ketiga Pertandingan Rombak
Pasang Senjata M16
▪ Johan Melawan Kebakaran
▪ Naib Johan Menyelamat
▪ Naib Johan Melawan
Kebakaran
▪ Naib Johan Kawad Kaki
▪ Ketiga Melawan Kebakaran
▪ Ketiga Menyelamat
▪ Naib Johan Perawatan Awal
▪ Naib Juara Spontaneous
Speech
▪ Tempat Keempat Laporan
Kembara dalam tulisan jawi
▪ Tempat Keempat ( 5 orang
murid )
▪ Gangsa
▪ Tempat Kesepuluh
▪ Naib Johan BP ( Lelaki )
▪ Tempat Kesebelas BP ( Lelaki )
10 Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD ( Pendidikan Khas ) ▪ Johan BL2 Lontar Peluru(L)
▪ Johan BL2 Lontar Peluru (P)
▪ Johan BL1 Lompat Jauh (P)
▪ Johan BP Senior 800m (P)
▪ Naib Johan BP Senior 400m(P)
▪ Naib Johan BL2 Lontar Peluru (L)
▪ Tempat Ke-3 BL 2 100m (L)
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 27
Trust School
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA Maklumat Asas
& Panduan Am
KOMPONEN UTAMA PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
3Gelombang
Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada
kemahiran utama
Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan sistem
Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi
5Aspirasi Sistem
• Akses - 100% enrolmen menjelang 2020
• Kualiti - kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
• Ekuiti - 50% pengurangan jurang pencapaian
• Perpaduan - menghargai kepelbagaian
• Kecekapan - keberhasilan maksimum
6Aspirasi Murid
• Pengetahuan
• Kemahiran Berfikir
• Penguasaan Kemahiran Dwibahasa
• Kemahiran Kepimpinan
• Identiti Nasional
• Etika dan Kerohanian
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 28
Trust School
9 Bidang Keutamaan Maklumat Asas
& Panduan Am
Guru, Pengetua/ Guru Besar, Kualiti Sekolah, Kurikulum, Bangsa, PIBG/ Masyarakat/
Rakan Kongsi, Keupayaan Penyampaian, Kecekapan Sumber dan IPT/ Kerjaya
11Anjakan
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan
3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai
4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara
langsung
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 29
Trust School
14 Inisiatif Utama Kementerian Pelajaran Maklumat Asas
& Panduan Am
Malaysia (KPM) 2014
1. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
2. Piagam guru
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
4. Peningkatan kemahiran guru dan murid dalam TIMSS dan PISA
5. LINUS (Sekolah Rendah sahaja)
6. Standard garis asas insfrastruktur
7. Program Transformasi Daerah (DTP)
8. Enrolmen Pra-sekolah
9. Penglibatan ibu bapa dan komuniti
10. Pengukuhan fungsi teras organisasi dan penstrukturan semula KPM
11. Transformasi Pendidikan Vokasional
12. 1Bestarinet
13. Program peningkatan profisiensi guru Bahasa Inggeris
14. Piagam pemimpin Sekolah
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 30
Trust School
PANDUAN AM Maklumat Asas
& Panduan Am
1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
1.1 Guru dan Staf Sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Perintah Am dan Arahan
Perkhidmatan lain.
1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
1.4 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
1.5 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi
kepentingan peribadi.
1.6 Semua guru adalah guru disiplin dan guru kaunseling.
1.7 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip
perkhidmatan cemerlang.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
2. KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan
dan merakamkan waktu semasa sampai dan sebelum balik, di pejabat.
2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat
hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan dengan kebenaran pengetua.
2.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang
sedang berkuatkuasa.
3. KELUAR WAKTU BERTUGAS 31
3.1 Pada waktu persekolahan/ kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan
kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan daripada Kementerian Pelajaran/ Jabatan Pelajaran Negeri Selangor atau
Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/
Guru Penolong Kanan.
3.2 Guru dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan
Pengetua/ Guru Penolong Kanan. Tulis nama di dalam Buku Keluar.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah. Maklumat Asas
& Panduan Am
3.4 Staf Sokongan hendaklah mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau
wakilnya dengan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai
tanda kebenaran.
3.5 Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.
4. MELAKUKAN KERJA LUAR
4.1 Penjawat Awam (temasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi
Perintah Am Bab ’D’ seperti berikut :-
4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.. dengan
4.1.2 Dibenarkan dengan Syarat :-
4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/ pejabat.
4.1.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah
kepentingan pejabat.
4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa
tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1)
dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50, 000 (Ringgit
Malaysia: Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya sekali.
5. CUTI
5.1 Cuti Rehat/ Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.
Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada
jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar
biasa.
5.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
5.2.1 Cuti sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberikan kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun
1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun
kalendar dan
5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi
pegawai yang layak.
5.2.3 Cuti ini hanya layak kepada semua guru yang berjawatan tetap sahaja.
5.2.4 Kelulusan diberikan oleh pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan
yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am (ix) Bab C)
5.3 Cuti Sakit 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 32
Trust School
5.3.1 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam Maklumat Asas
setahun. & Panduan Am
5.3.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun dari Hospital Kerajaan sama ada berterusan
atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
5.4 Pindaan peraturan berkaitan penerimaan Sijil Sakit Swasta untuk tujuan kemudahan
Cuti Sakit
5.4.1 Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan
budi bicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi
tujuan meluluskan cuti sakit. Selaras dengan perkembangan amalan perubatan di
sektor awam dan swasta, Kerajaan telah bersetuju meminda peraturan berkaitan
penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta untuk tujuan meluluskan
kemudahan cuti sakit.
5.4.2 Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:
a. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak
melebihi 15 hari dalam suatu tahun kalendar.
b. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak
melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar.
c. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang
boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana
90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah
diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
5.5 Cuti Keluar Negara
5.5.1 Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang
permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh
bercuti.
5.6 Cuti Tanpa Rekod
5.6.1 Berikut adalah kelayakan-kelayakan yang membolehkan penjawat awam mengambil
cuti tanpa rekod sepanjang perkhidmatannya, Cuti latihan pasukan sukarela,
menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan, latihan syarikat
kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil
bahagian sukan, menyertai rombongan kebudayaan dan pertandingan Bulan Bahasa
Kebudayaan, menghadiri mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK)/ Majlis
Bersama Jabatan (MBJ).
5.6.2 Cuti Isteri Bersalin 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 33
Trust School
5.6.2.1 Diberikan tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota Maklumat Asas
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan & Panduan Am
kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan. Cuti ini bermula pada tarikh isteri
bersalin atau hari berikutnya jika bersalin berlaku selepas waktu pejabat.
Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
5.6.3 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
5.6.3.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian keluarga terdekat selama tiga (3)
hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am. Ahli keluarga
terdekat merupakan suami atau isteri, anak-anak (kandung, tiri dan angkat
yang sah disisi undang-undang), ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, ibu
bapa angkat. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Cuti ini
bermula pada tarikh kematian atau hari berikutnya jika kematian berlaku
selepas waktu pejabat. Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga
5.30 petang. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
5.7 Cuti Kuarantin
5.7.1 Kemudahan Cuti Kuarantin telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24
Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari
luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak
berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku
wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-
mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit.
5.7.2 Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji
penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan
ketetapan di perenggan 1 di atas.
5.7.3 Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-
mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak
tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi
kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
5.7.4 Pegawai yang layak diberi kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa
yang sah.
5.7.5 Anak adalah termasuk:
a. Anak kandung
b. Anak tiri tanggungan
c. Anak angkat de facto
d. Anak angkat; dan
e. Anak pelihara
5.7.6 Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti
berikut:
a. Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima
(5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan
oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut
mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari
kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
b. Syarat anak yang dikuarantin adalah: 34
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
i. Berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 Maklumat Asas
tahun. & Panduan Am
ii. Tidak kira jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari
segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk
menanggung dirinya sendiri, secara kekal sebelum anak itu
mencapai umur 21 tahun.
5.7.7 Senarai Penyakit Berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah seperti:
i. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease
(HFMD)]
ii. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
iii. Campak (Measles)
iv. Chickenpox
v. Difteria
vi. Malaria
Jenis Penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari
semasa ke semasa.
5.7.8 Permohonan cuti hendaklah dikemukakann kepada Ketua Jabatan beserta
perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan
atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Kuarantin PP
11/2016.
5.7.9 Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang
dinyatakan semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk suatu
tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, jika anak itu perlu
dikuarantinkan semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai
boleh diberikan kemudahan Cuti Kuarantin, tertakluk kepada syarat-syarat
yang ditetapkan di atas.
5.7.10 Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan ini diberikan mengikut
tempoh yang boleh diluluskan terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi
memenuhi keperluan pegawai itu dalam menguruskan apa-apa perkara
yang berhubung peraturan di atas.
5.7.11 Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan kemudahan Cuti Kuarantin
pegawai dalam Rekod Perkhidmatan Kerajaan.
5.8 Cuti Umrah 35
5.8.1 Cuti Umrah adalah bagi maksud menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan
ziarah di Madinah.
5.8.2 Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai
perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap.
5.8.3 Cuti Umrah adalah tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari.
5.8.4 Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan
hari kelepasan am.
5.8.5 Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan
sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah.
Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada
hari bekerja berikutnya.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
5.8.6 Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab Maklumat Asas
tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti & Panduan Am
Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada
kelayakan cuti pegawai.
5.8.7 Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan,
yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya
tempoh Cuti Umrah yang digunakan kurang dari tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak
digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan.
5.8.8 Permohonan Cuti Umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen
perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan.
5.8.9 Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan perkhidmatan
dalam mempertimbangkan/meluluskan permohonan kemudahan ini.
5.8.10 Kemudahan Cuti Umrah hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan
Pegawai.
6. PAKAIAN
6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
masyarakat timur (tidak ketat, tidak jarang dan menampakkan susuk badan).
6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak
dibenarkan bagi guru perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.
6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/ sepatu, guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/ bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi.
6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.
6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai
.
6.6.1 Guru perempuan seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan,
baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
6.6.2 Guru lelaki, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju
trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
7. TANDA NAMA
7.1 Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.
8. BILIK GURU 36
8.1 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut
hendaklah dianggap ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Masa tersebut
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan Maklumat Asas
pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti & Panduan Am
berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.
8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru,
termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua
komputer, lampu, ’air-cond’ dipadamkan dan semua pintu dikunci.
9. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam perjawatan, beliau bolehlah berurusan
dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pembelajaran pula bolehlah
berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau
Guru Penolong Kanan.
10. TUGAS GURU
10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran.
Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pendidikan atau
Pejabat Pendidikan Daerah atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan
Pengetua.
10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit
curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas
yang boleh diperolehi di pejabat sekolah.
10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila
balik ke sekolah hendaklah menjalankan ”in house training” kepada guru lain dan
dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan/ Pengetua tarikh dan masa
pelaksanaannya.
10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan maklumkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran.
11. BUKU REKOD MENGAJAR 37
11.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini
hendaklah diserahkan kepada Pengetua/ Guru Penolong Kanan/ Guru Kanan Mata
Pelajaran setiap hujung minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
11.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Maklumat Asas
Kanan untuk urusan guru pengganti. & Panduan Am
11.3 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke
pejabat sekolah.
12. JADUAL WAKTU MENGAJAR
12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
12.3 Guru Tingkatan (Akademik) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
13. PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID
13.1 Merekod kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.
13.2 Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam Sistem Kehadiran Murid
berdasarkan dokumen yang diserahkan oleh murid sebaik sahaja hadir ke
sekolah pada hari berikutnya.
13.3 Mencetak, menandatangani dan memfailkan analisis bulanan Sistem Kehadiran
Murid.
13.4 Mendaftarkan murid ke kelasnya setelah menerima arahan daripada Penolong
kanan HEM.
13.5 Memastikan Tarikh Masuk Kelas dalam Sistem APDM bagi setiap murid adalah
tepat supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam Sistem Kehadiran Murid.
13.6 Sebab-sebab tidak hadir
- Aktiviti Sekolah
- Ancaman Keselamatan
- Bencana Alam
- Cuti Sakit
- Lain-lain Sebab
- Masalah Peribadi
- Tiada Sebab
- Urusan Keluarga
14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 38
14.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja
atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM.
14.2 Ketua Panitia/ Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal/ bengkel
dan lain-lain.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
15. KEBERSIHAN Maklumat Asas
& Panduan Am
15.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing.
Peralatan kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan
dengan baik.
15.2 Guru Kanan bilik khas Mata Pelajaran/ Ketua Panitia dan guru lain mempunyai /
tempat khas (bengkel/ bilik kaunseling/ makmal sains, makmal bahasa dan lain-lain )
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
15.3 Semua guru, staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap
kebersihan kawasan sekolah.
16. SURAT MENYURAT
16.1 Semua surat rasmi yang menggunakan ’letter-head’ sekolah hendaklah
ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
17. SURAT YANG DITERIMA
17.1 Terdapat surat yang diterima di sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-
surat tersebut.
17.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan
salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
17.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah :
17.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan
asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di
pejabat.
17.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang
dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi
hendaklah disediakan surat litup/ iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat
sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang
berkenaan tanpa surat litup (covering) dari sekolah walaupun dihantar dengan
serahan tangan. Satu salinan borang berkenaan dan surat litup (covering) hendaklah
disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.
18. URUSAN DENGAN JPN/PPD
18.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat
demikian.
19. PELAWAT/JURUJUAL
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 39
Trust School
19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/ Guru Penolong Kanan Maklumat Asas
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau & Panduan Am
jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua/ wakilnya.
20. PEMBELIAN BARANG
20.1 Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu dengan
menggunakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah.
20.2 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/ Guru Penolong
Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
20.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan
Borang Pesanan Tempatan (Local Oder/LO)
20.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekodkan no.
daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima
hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
21. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari
yang ditetapkan.
21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan
Lagu Sekolah.
22. MESYUARAT GURU
22.1 Pengetua akan memanggil guru-guru bermesyuarat dari semasa ke semasa.
Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong
Kanan/ Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia.
22.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja, kemeja T,
seluar trek, selipar tidak dibenarkan.
23. ACARA/ MAJLIS RASMI SEKOLAH/ MESYUARAT/ KURSUS DALAMAN
23.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/ majlis rasmi sekolah dan juga
kursus dalaman.
23.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
24. KEGIATAN KOKURIKULUM 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 40
Trust School
24.1 Semua guru adalah Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan Maklumat Asas
dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan. & Panduan Am
24.2 Semua guru wajib menghadiri kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku
kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.
25. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
25.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional
yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud
perasaan kekitaan dalam organisasi.
25.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/ fahaman/ pendapat/ kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar
sekolah ini.
25.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
di sekolah.
26. KEAHLIAN KELAB BAGUS / PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab BAGUS dan PIBG sekolah.
27. ARAHAN DAN PEKELILING
27.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
27.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.
28. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
28.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
28.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
28.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
berkeadaan baik.
28.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya.
29. TELEFON
29.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf
sekolah tidak dibenarkan mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.
29.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdP di dalam bilik darjah dan
semasa mesyuarat.
30. KUNCI 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 41
Trust School
30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah Maklumat Asas
mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. & Panduan Am
30.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat
kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di
pejabat sekolah.
31. BUKU STOK/ INVENTORI
31.1 Ketua Panita atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori
dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
sentiasa dikemas kini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta merta).
31.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok
inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk
disahkan oleh Guru Penolong Kanan/ Pengetua.
32. KOMPUTER RIBA/ LCD PROJEKTOR
32.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD Projektor hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebarang
penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.
32.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untu PdP sebagaimana
objektif penggunaannya.
TUGAS SEORANG GURU
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 menyatakan bahawa guru adalah perantara penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan dalam pengendalian bilik darjah. Guru bukan sahaja
mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam mengajar tetapi juga mengurus dan mendidik iaitu
membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pengajaran formal, tidak formal dan melalui
perlakuan diri sendiri yang baik.
Oleh itu, pelaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas hakiki semua guru dan
bukan tanggungjawab Guru Besar atau Pengetua, Penolong Kanan dan guru-guru disiplin semata-
mata.
SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN 42
1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Setiausaha, Bendahari, AJK Kurikulum, AJK Kebajikan, AJK Disiplin, AJK Perabot,
AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.
1.2 Memastikan AJK Kebersihan, mengagihkan pelajar untuk tugas membersihkan papan
hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
sampah. Memastikan bekalan alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah Maklumat Asas
sentiasa mencukupi serta sedia untuk digunakan. & Panduan Am
1.3 Memastikan AJK Keceriaan mengagihkan pelajar untuk tugas mengemas kini papan
kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga
(jika perlu) untuk kelas.
1.4 Memastikan AJK Kurikulum memaparkan Jadual Waktu Kelas yang kemas kini.
1.5 Memastikan AJK Perabot kelas menyediakan jumlah kerusi meja pelajar, meja guru dan
papan hitam sentiasa sedia untuk digunakan dan diinventorikan.
1.6 Memastikan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha dan Bendahari
membuat Moto Kelas yang dipaparkan untuk dihayati bersama-sama oleh pelajar-pelajar
dalam kelas.
2. Penyelenggaraan Bilik Darjah
2.1 Menentukan pendawaian elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
2.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru pembangunan fizikal.
3. Bimbingan dan Kebajikan
3.1 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
3.2 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya yang munasabah mengikut budi bicara
pelajar untuk keceriaan kelas dan kebajikan pelajar.
4. Keselamatan
4.1 Mengemas kini jadual kedatangan pelajar.
4.2 Mengurus dan merekodkan kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan setiap
hari.
4.3 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
4.4 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4.5 Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti
yang diarahkan.
4.6 Buku rekod kawalan kelas diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang
ditetapkan.
4.7 Menjamin keselamatan buku-buku rekod tersebut.
5. Laporan pelajar, sijil berhenti dan surat akuan 43
5.1 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal
dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/ penggal.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
6. Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin Maklumat Asas
& Panduan Am
6.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
6.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika
perlu).
6.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
6.4 Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan
pelajar.
6.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah
kesihatan.
6.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
7. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan 44
7.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada semua pelajar yang layak dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
7.2 Mengemas kini fail SPBT dari semasa ke semasa.
7.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar
yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada
guru SPBT.
7.4 Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan
melaporkan kepada Guru Kebajikan.
7.5 Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam
kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
8. Kutipan Yuran dan Derma
8.1 Mengutip wang yang diarahkan perlu dibayar oleh pelajar dan menggalakkan pelajar
membayar jumlah bayaran sekaligus.
8.2 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
8.3 Menyerahkan wang kutipan serta buku kutipan kepada pihak yang diberi kuasa oleh
Pengetua pada hari yang sama.
8.4 Menyimpan salinan buku resit dan rekod-rekod bayaran untuk semakan pihak berkenaan
dari semasa ke semasa.
9. Pendaftaran Pelajar Baharu
9.1 Mendaftar kemasukan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan
nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penyelaras
Tingkatan.
9.2 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan
memastikan pelajar ini mendapatkan buku teks.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
9.3 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Maklumat Asas
guru biasiswa. & Panduan Am
9.4 Menentukan rumah sukan dan memberikan senarai ahli rumah kepada Ketua Guru Rumah
Sukan.
9.5 Mengambil butir-butir diri pelajar yang diperlukan.
10. Murid Keluar
10.1 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.
10.2 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
10.3 Menentukan buku teks telah dipulangkan.
10.4 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
11. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain.
11.1 Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama
mereka mengikut persatuan kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras
kokurikulum.
11.2 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
SEBUAH BILIK DARJAH
1. Kemudahan asas yang mencukupi dan dalam keadaan baik
a) Kerusi dan meja murid
b) Kerusi dan meja guru
c) Papan putih
d) Papan kenyataan- depan dan belakang kelas
e) Bakul sampah, penyodok dan penyapu
f) Lampu dan kipas yang berfungsi
g) Nama kelas
2. Dokumen perlu ada
a) Jadual waktu kelas terkini
b) Jadual bertugas murid
c) Peraturan sekolah
d) Papan kenyataan mata pelajaran
e) Di sudut kiri/ kanan papan tulis kedatangan murid harian
f) Pelan latihan kebakaran
3. Keceriaan Kelas
a) Kata-kata motivasi 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 45
Trust School
b) Lantai sentiasa bersih Maklumat Asas
c) Tingkap cermin dilap (minggu 1 & 3 sesi pagi, minggu 2 & 4 sesi petang) & Panduan Am
d) Susunan meja dan kerusi murid lurus
e) Bakul sampah sentiasa dikosongkan sebelum balik
f) Papan putih dibersihkan selepas tamat pelajaran setiap waktu
4. Peraturan-peraturan am
a) Tutup kipas dan lampu setiap kali meninggalkan kelas
b) Beratur di luar kelas apabila keluar ke makmal dan lain-lain tempat.
c) Berdiri dan ucap selamat apabila guru masuk/ habis mengajar
d) Penyapu, penyodok dan bakul sampah disusun dengan kemas di belakang kelas.
e) Pas keluar dipakai semasa keluar kelas
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
KETIDAKHADIRAN MURID
1. TINDAKAN JIKA MURID TIDAK HADIR
5.1 Memastikan semua pelajar tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa/
penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh pelajar itu tidak hadir.
5.2 Surat Amaran Pertama hendaklah dikeluarkan dan dihantar pada hari ketiga untuk pelajar
yang belum datang ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau pada hari ke-10 bukan
secara berturut-turut tanpa sebab/ surat.
5.3 Surat Amaran Kedua hendaklah dikeluarkan dan dihantar jika pelajar belum datang ke
sekolah atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas surat amaran pertama atau
pelajar tidak hadir selama 20 hari secara tidak berturut-turut tanpa sebab/ surat.
5.4 Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui SURAT BERDAFTAR. Sekiranya tiada apa-
apa maklumbalas selepas 7 hari surat amaran kedua dihantar. Sila gariskan ’anak tuan/
puan akan dibuang sekolah’ dengan dakwat merah. Sila hantar surat tersebut juga untuk
pelajar yang telah tidak hadir sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut atau tanpa
sebab/ surat.
5.5 Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran surat amaran terakhir, pelajar boleh
dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga pelajar telah
dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.
Ringkasan tatacara penghantaran surat-surat amaran :
Jenis Surat Bilangan hari tidak hadir
Secara berturut-turut Tidak berturut-turut
Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
(Kuning)
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama
(Hijau) (Hari ke 10) (Hari ke 20 tidak hadir)
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
46
(Merah) (Hari ke 17) (Hari ke 40 tidak hadir) Maklumat Asas
Buang Sekolah & Panduan Am
Jumlah Hari 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas AmaranTerakhir
(Hari ke 31) (Hari ke 60 tidak hadir)
31 60
5.6 Guru Tingkatan diminta melaporkan tarikh berhenti sekolah dan sebabnya di kepada
Penyelaras Tingkatan dan Penyelaras APDM.
SURAT PEKELILING IKHTISAS/
SURAT SIARAN/ PEKELILING
BIL SURAT PEKELILING IKHTISAS/ TAJUK
SURAT SIARAN/ PEKELILING
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
1 SPI. Bil 3/1999 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959
Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free
2 SPI. Bil 1/1972 Period) Guru-Guru.
Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan
3 SPI. Bil 3/1981 Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid sekolah Dalam
Kegiatan Politik Anti Kerajaan.
4 SPI. Bil 5/1999 Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan
Penguatkuasaan larangan Membawa dan Menggunakan
5 SPI. Bil 16/2010 telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah
6 SPI. Bil 2/2009 Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah
7 SPI. Bil 7/2001 Kemudahan Untuk Murid-murid Islam Sekolah Menengah
8 SPI. Bil 1/1977 Menunaikan Solat Jumaat
9 SPI. Bil 5/1977 Larangan merokok di Kawasan Sekolah
10 Pekeliling Perkhidmatan Bil Cuti Rehat Khas
4/1977
Aturcara Majlis Rasmi Sekolah
11 SPI. Bil. 10/1989 Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Di
Sekolah
12 SPI. Bil 5/2001 Keberkesanan Panitia
Nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku
13 SPI. Bil. 4/1986 Mengibar Bendera
14 SPI. Bil. 4/1975 Aktiviti Kebudayaan di Sekolah
15 SPI. Bil. 8/1975 Perhimpunan Sekolah
16 SPI. Bil. 3/1984 Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan
17 SPI. Bil. 4/1984 Penglibatan Murid dalam Program anjuran Agensi selain
18 SPI. Bil. 7/1988 KPM
Penglibatan Murid dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam
19 SPI. Bil. 9/2004 GO, NGO
Permohonan Mengundang Orang-orang Kenamaan ke
20 SPI. Bil. 24/1998 Upacara Sekolah
Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri
21 SPI. Bil. 9/1991
Lawatan Murid di Hari Persekolahan
22 SPI. Bil. 2/1997
23 SPI. Bil. 12/2000 Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri di Sekolah
24 SPI. Bil. 13/2000 Penubuhan Persatuan Agama Bukan Agama Islam
25 SPI. Bil. 20/2000
2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
47
Trust School
BIL SURAT PEKELILING IKHTISAS/ TAJUK Maklumat Asas
SURAT SIARAN/ PEKELILING & Panduan Am
Tajaan oleh Syarikat Badan Perniagaan di Sekolah
26 SPI. Bil. 6/1988 Rekod Kedatangan dan Gerakerja Kokurikulum Pelajar
Larangan ke atas Pemberian Cenderamata
27 SPI. Bil 2/1986 Mengundang Orang-orang Kenamaan ke Upacara Sekolah
Keselamatan Pelajar Semasa Kokurikulum
28 SPI. Bil 1/1986 Pelaksanaan KRS
Keselamatan Pelajar Semasa PJK
29 SPI. Bil 3/1991 Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Penglibatan Murid dalam Program Luar
30 SPI. Bil. 1/1995 Kadar Baru Peruntukan Kokurikulum kepada Sekolah
Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan
31 SPI. Bil. 4/1995 Mengundang Orang-orang Kenamaan
Potongan Rambut Murid-murid
32 SPI. Bil. 9/2000 Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer
Sekolah
33 SPI. Bil. 14/2000 Salahguna Dadah
Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok
34 SPI. Bil. 24/2000 Ketetapan Masa di Sekolah
Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan
35 SPI. Bil. 7/2006 Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan
Enrolmen Murid
36 SPI. Bil. 8/2007 Waktu Sekolah dalam Bulan Puasa
37 SPI. Bil. 3/2008 Pengurusan Kelas Pelajaran Lanjutan
38 SPI. Bil. 2/1976 Siaran Maklumat untuk Media Massa
Rancangan Mencantik dan Mengindah Sekolah dan
39 SPI. Bil. 5/1986 Kawasannya
Senaman Beramai-ramai
40 SPI. Bil. 6A/1975
41 SPI. Bil. 4/1997 Larangan Menjalankan Jualan Terus di Sekolah-sekolah
42 SPI. Bil. 2/1981
Kutipan Yuran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)
43 SP Kewangan Bil 8/2012 Pengurusan Hari Pertama Persekolahan
Pelaporan Kejadian Tidak Di Ingini di Sekolah
44 SPI. Bil. 1/1982 Penggunaan Simbol (RM) dalam Peperiksaan
45 SPI. Bil. 2/1984 Penggunaan Istilah ‘Tanpa Cacat’
46 SPI. Bil 3/1985 Persediaan bagi Pilihanraya Umum
Dasar dan Peraturan Mengenal Nama Sekolah
47 SPI. Bil. 5/1985 Tatatertib di Sekolah-sekolah
Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
48 SPI. Bil. 10/1988 Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah
49 SPI. Bil. 12/1988 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
50 SPI. Bil. 11/1988 Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
51 SPI. Bil. 13/1989 Garis Panduan Penglibatan Pihak Sekolah Dalam Program
52 SPI. Bil. 4/1981 Atau Aktiviti Anjuran Pihak Luar Selain Daripada Agensi Di
53 SPI. Bil. 5/1993 Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
54 SPI. Bil. 3/1994 Langkah-langkah Keselamatan Meningkatkan
55 SPI. Bil. 2/1995 Keberkesanan Sistem Penyampaian Menerusi Pemantapan
56 SPI. Bil. 1/1997 Pengurusan Dan Pengendalian Khidmat Pelanggan Di
57 SPI. Bil. 8/1968 Sekolah-sekolah
58 SP Kewangan Bil 5/2012 Kelas Ganti Pada Hari Sabtu
59 SPI. Bil. 8/2011 Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid
Sekolah
60 SPI. Bil. 12/2011
61 SPI. Bil. 10/2011
62 SPI. Bil. 6/2009
63 SPI. Bil. 1/1990
64 SPI. Bil. 11/2005
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 48
Trust School
BIL SURAT PEKELILING IKHTISAS/ TAJUK Maklumat Asas
SURAT SIARAN/ PEKELILING & Panduan Am
Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari
65 SPI. Bil. 3/2005 Serta Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (Guru
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)
66 SPI. Bil. 10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin
67 SPI. Bil. 6/1994 Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar
68 SPI. Bil. 5/1977 Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah
69 SPI. Bil. 4/2009 Tugas-tugas Guru Dalam Penggal Sekolah
Perubahan Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
70 SPI. Bil. 1/2008 Mulai Tahun 2009
71 SPI. Bil. 11/2004 Kertas Soalan Peperiksaan Dwibahasa Bagi Mata Pelajaran
72 SPI. Bil. 6/2004 Sains Dan Matematik
Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)
73 SPI. Bil. 6/2003 Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan Di Sekolah Rendah Dan Menengah
74 SPI. Bil. 17/2002 Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
75 SPI. Bil. 5/2000 Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) Di
Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Menengah
76 SPI. Bil. 4/2008 Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata
77 SPI. Bil. 7/2006 Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan 1
78 SPI. Bil. 8/2007 Hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
79 SPI. Bil. 9/2000 Sekolah Malaysia (SEGAK)
Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum Sekolah
80 SPI. Bil. 1/1985 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari
Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
81 SPI. Bil. 6/2010 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan
82 SPI. Bil. 7/2003 Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan
83 SPI. Bil. 4/2002 Sekolah
(Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil.1/1985)
Pekeliling Suruhanjaya Penyertaan semua guru adalah wajib bagi gerakerja
84 Perkhidmatan Pelajaran Bil. kokurikulum di sekolah
Pelaksanaan Program Penilaian Human Papilloma Virus
2/2010 (HPV) Kebangsaan untuk Murid Perempuan Tingkatan 1 Di
Sekolah Kerajaan, Sekolah Swasta Dan Sekolah
85 Surat Siaran Lembaga Antarabangsa Seluruh Negara
Peperiksaan Bil 1/2014 Kuasa Guru Merotan Murid
Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
86 Pekeliling Jabatan Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan Berdasarkan
Peraturan 27(3) Peraturan- Peratauran Pegawai Awam
87 Pekeliling Jabatan (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
88 Surat Siaran KPM Bil 14/2014 Perkhidmatan) 2005
Pelaksanaan Peperiksaan Pusat Amali Sains Mata Pelajaran
Physic/ Chemistry/ Biology/ Additional Science Mulai Tahun
2015
Persediaan Menghadapi Wabak Penyakit Yang
Mengancam Perjalanan Peperiksaan (Operasi Wabak Bil
1/2009)
Persediaan Menghadapi Banjir Yang Mengancam
Perjalanan Peperiksaan (Operasi Payung Bil 6/2008)
Panduan Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 49
Trust School
BIL SURAT PEKELILING IKHTISAS/ TAJUK Maklumat Asas
SURAT SIARAN/ PEKELILING & Panduan Am
Pindaan Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta
89 Pekeliling Perkhidmatan Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit
Bilangan 2 Tahun 2016
Kemudahan Cuti Kuarantin
90 Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 11 Tahun 2016 Kemudahan Cuti Umrah
91 Pekeliling Perkhidmatan Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Bilangan 3 Tahun 2017 (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran
Mulai Tahun 2020
92 Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Tahap Bahasa
Bilangan 6 Tahun 2019 Inggeris berdasarkan Piawaian Common European
Framework of Reference (CEFR) dalam kalangan Pegawai
93 Surat Pekeliling Ikhtisas Perkhidmatan Pendidikan Opsyen Bahasa Inggeris Yang
Bilangan 1 Tahun 2020 Berkhidmat Di Institut Pendidikan/ Jabatan Pendidikan
Negeri /Pejabat Pendidikan Daerah di bawah Kementerian
94 Surat Pekeliling Ikhtisas Pendidikan Malaysia
Bilangan 2 Tahun 2020 Pelaksanaan Ujian Amali Sains Bagi Mata Pelajaran Fizik,
Kimia, Biologi Dan Sains Tambahan Peperiksaan Sijil
95 Surat Pekeliling Ikhtisas Pelajaran Malaysia Mulai Tahun 2021
Bilangan 3 Tahun 2020 Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual
Language Programme (DLP) Kementerian Pendidikan
96 Surat Pekeliling Ikhtisas Malaysia Tahun 2021
Bilangan 4 Tahun 2020 Penguatkuasaan Pemakaian Kasut dan Stoking Hitam atau
Putih oleh Murid Sekolah Kementerin Pendidikan Malaysia
Mulai Tahun 2021
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 50
Trust School