DASAR PENDIDIKAN & ISU Maklumat Asas
& Panduan Am
BIL PERKARA HURAIAN
1 Pelan Strategik KPM “Setiap murid berpotensi untuk Berjaya” menjadi matlamat kepada
2011-2020 perancangan KPM dengan keyakinan bahawa murid mempunyai
peluang dan potensi untuk Berjaya.
Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, dua (2) pendekatan
utama dalam Pelan Strategik telah dikenal pasti, iaitu:
• Pemantapan pengupayaan inisiatif sedia ada untuk memacu
perubahandalam sistem pendidikan
• Pembaharuan dan lonjakan dimensi baru bagi mencapai
kecemerlangan dan pendidikan yang berkualiti
Pelan Interim KPM 2011-2020 merangkumi 14 inisiatif strategik atau teras
strategik untuk mencapai visi dan misi KPM.
Transformasi dan pentaksiran serta mengarusperdanakan pendidikan
vokasional merupakan inisiatif yang diberi keutamaan.
2 Pelan Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi
Pembangunan cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang
Pendidikan Malaysia sangat besar pengaruhnya.
2013-2025
Pelan ini berfokuskan kepada cara membangunkan dan meneruskan
perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara
berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka
berasaskan tiga objektif yang khusus seperti berikut:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada
pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam
kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya
sehingga tahun 2025; dan
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk
sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini
memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat
serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil daripada analisis
yang mendalam, temu bual, kumpulan fokus, kaji selidik, dan
penyelidikan yang dijalankan dengan bantuan pakar Malaysia dan
antarabangsa, pegawai Kementerian, guru, pengetua, dan guru
besar serta ibu bapa di seluruh Negara.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 51
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
3 Kurikulum Standard Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula
Sekolah Rendah dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada.
(KSSR) Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.
Prinsip KSSR:
KSSR masih mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan
kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dan berdaya saing.
Fokus KSSR:
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid
mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M
iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Pada tahap 1, pengajaran dan pembelajaran menekankan
penguasaan asas 4M. Penekanan juga diberikan untuk literasi dan
numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut.
Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu
kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK (Teknologi Kemahiran
Maklumat dan Komunikasi).
Pada tahap 2, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi
kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan
kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan
perkembangan sahsiah.
4 Kurikulum Standard Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) kali Ke-198
Sekolah Menengah pada 18 Janiari 2012, telah memutuskan supaya pelaksanaan KSSM
(KSSM) pada tahun 2017, iaitu selepas kohort pertama KSSR tamat.
Pelaksanaan KSSM secara berperingkat-peringkat bermula dengan
murid Tingkatan 1 pada tahun 2017 turut mengambil kira hasrat PPPM
yamg melakarkan aspirasi murid bagi memenuhi keperluan Negara,
Transformasi kurikulum merujuk kepada usaha menambah baik
program pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid untuk
mencapai enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian
serta identiti nasional seperti yang disyorkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi ini
dilakukan ke atas kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti
berikut :
• Kandungan disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan 52
murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran
abad ke-21.
• Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam
melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Fokus diberikan
kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah,
pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif,
pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM.
• Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan
perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid. Pentaksiran
dalam PdP dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif. Guru
mentaksir sejauh mana murid menguasai standard pembelajaran
dengan merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan.
Perkembangan dan pencapaian sebenar tahap penguasaan
murid direkodkan dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid
dan ibu bapa.
KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan
yang menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada
suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan
ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Tiga standard yang perlu
dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard
pembelajaran dan standard prestasi yang disediakan bagi setiap
peringkat.
KSSM untuk pelaksanaan mulai tahun 2017 telah memasukkan perkara
baharu seperti pembangunan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP), peruntukan masa dalam jam dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik dan bersepadu dapat
menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSSM.
Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua pihak
berkaitan dalam sektor pendidikan menggembleng usaha dan
peranan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Justeru semua
pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dituntut memberikan
sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan retorik yang
terkandung dalam KSSM mencapai outcome yang ditetapkan.
5 SKPMg2 SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan
beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan
mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan
untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan
perkembangan pendidikan semasa.
Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang
digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan
mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan
organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid,
pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.
Standard 1: Kepimpinan
Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin
berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan
warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan
meningkatkan kualiti pdp.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 53
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
PGB sebagai Peneraju
PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong
Standard 2: Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira
potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman
dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian
sekolah.
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara
cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju
sekolah.
Kurikulum
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan Mata Pelajaran
Pengurusan Masa Instruksional
Pengurusan Penilaian Murid
Hal Ehwal Murid
Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Kesihatan Murid
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Kokurikulum
Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan Kelab / Persatuan
Pengurusan Badan Beruniform
Pengurusan Sukan / Permainan
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum
secara berterusan.
Guru Sebagai Perancang 54
Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif
Standard 5: Kemenjadian Murid
Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang
cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam
penguasaan pengetahuan, dan kemahiran, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri.
Kemenjadian Murid Dalam Akademik
Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid
6 Pentaksiran Konsep:
Berasaskan Sekolah PBS merupakan satu pendekatan pentaksiran bersifat holistik yang
(PBS) menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan KSSR.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah
secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan
oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan:
Pelaksanaan PBS adalah untuk penambahbaikan UPSR pada 2016
(dilaksanakan mulai Tingkatan 1 pada 2012).
Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi Negara
untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.
Komponen PBS:
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.
7 Program Asas Transformasi Pendidikan Vokasional
Vokasional (PAV) Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah
melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan
Negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga
keperingkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej
Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.
Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013
nanti memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal
dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar
mulai tingkatan satu.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 55
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang
sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses
transformasi pengajian teknik dan vokasional.
Visi:
Pendidikan Vokasional laluan terunggul untuk kecemerlangan kerjaya
Misi:
Menyediakan pendidikan laluan terunggul untuk kecemerlangan
kerjaya
Matlamat:
Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan
mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang
berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi
menjadikan Malaysia Negara maju dalam tahun 2020.
Pelaksanaan PAV:8 Program Asas Vokasional akan dilaksanakan di 15
buah Sekolah Harian terpilih sebagai sekolah rintis mulai 2013.
Pelajar-pelajar terpilih yang mengikuti program ini juga dibenarkan
mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap
satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa
berada d tingkatan tiga. Para pelajar yang lulus dalam PAV akan
menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.
Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas
tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama
empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.
Kurikulum:
Kurikulumnya merujuk Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan
(NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak
industri.
Mengikut Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi,
antara kaedah yang akan diguakan kementerian untuk memilih
pelajar di sekolah rendah khusunya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di
peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik
tersendiri, bukan dengan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR).
8 MBMMBI MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun
(Memartabatkan 2011 bagi menggantikan PPSMI secara ‘Soft-landing’.
Bahasa Malaysia &
Memperkukuhkan MBM:
Bahasa Inggeris) Strategi memartabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai
bahasa penghantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajarann (p&p) BM.
• Transformasi Kurikulum BM
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P BM
• Meningkatkan kapasiti guru BM (dalam perkhidmatan dan pra
perkhidmatan)
• Meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 56
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
MBI:
Strategi memperkukuhkan penguasaan BI melibatkan
penambahbaikan kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan
yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.
• Transformasi Kurikulum BI
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdP BI
• Meningkatkan kapasiti guru BM (dalam perkhidmatan dan pra
perkhidmatan)
• Menggunakan perkhidmatan penutur jati BI sebagai mentor
dan Training Fellows
• Menggunakan perkhidmatan guru bersara BI sebagai guru
kontrak BI
• Penempatan semula guru BI
• Meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah
9 1M1S Konsep:
(1 Murid 1 Sukan) • Dasar 1M1S adalah program pembangunan sukan di sekolah
yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah
hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara
terancang dan sistematik.
• Dasar 1M1S dapat memberi peluang secara menyeluruh
kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih
terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau
penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik dan
pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
Matlamat:
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan
modal insan melalui penyertaan menyeluruh dari kalangan murid
dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya
bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing
tinggi.
10 Bidang Keberhasilan Kerajaan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan
Utama Nasional akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
(NKRA) Pendidikan
Prasekolah:
• 86 enrolmen untuk kohort kanak-kanak berumur 4+ dan 5+
menjelang 2012
Literasi & Numerasi (LINUS):
• 100% pelajar dapat menguasai literasi & numerasi pada 2012
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT):
• Sasaran 100 HPS menjelang 2012
Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah:
• 4% Pengetua/Guru Besar menerima ganjaran menjelang 2012
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 57
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
11 Program Guru & Panduan Am
KPM melancarkan pelaksanaan Guru Penyayang sempena Sambutan
Penyayang Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012. Pelaksanaan Guru Penyayang
adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap
12 Sekolah Selamat kasih sayang di sekolah.
Konsep:
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulikan
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya
(every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Membudayakan
amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan
budaya guru. Konsep Guru Penyayang akan dilaksanakan
berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara
berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah
melaksanakan tiga aktiviti berikut;
• Mengalu-alukan kehadiran murid
• Pelaksanaan Program Mentor-Mentee
• Memberi penghargaan kepada murid
Objektif:
Objektif pelancaran pelaksanaan guru Penyayang adalah;
• Agar guru menjiwai bahawa amalan penyayang adalah
budaya guru,
• Agar guru menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan
rahmat kepada sekolah
• Agar guru menyedari bahawa setiap murid adalah aset
kepada sekolah, dan
• Agar guru menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti
dan masyarakat kepada sekolah.
Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah KPM untuk
mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu
yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan
murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam,
sosial dan persekitaran atau lokasi.
Konsep:
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang
selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan
daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam ataupun luar
sekolah.
Elemen Sekolah Selamat:
• Keselamatan pelajar pergi balik sekolah
• Keselamatan warga sekolah
Matlamat:
Mewujdkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara
berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Usaha
ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada di
tahap selamat yang tinggi dan meyakinkan kepada semua pihak.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 58
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
13 Sekolah Dalam Latar Belakang:
Hospital (SDH)
• Sekolah dalam hospital merupakan inisiatif KPM, KKM &
Yayasan Nurul Yakeen terhadap keperluan pendidikan
kepada murid yang berada di wad hospital.
• Berorientasikan didik hibur & fleksibel dalam persekitaran
kondusif berlandaskan model Australia
• Jawatankuasa projek hati nurani di bawah naungan YBhg.
Puan Sri Noorainee bt Abd Rahman, Isteri Timbalan Perdana
Menteri
Objektif:
• Menyediakan pendidikan tanpa batasan tempat dan
keadaan
• Pendidikan berterusan
14 Melindungi Masa Masa Instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya
Instruksional (MMI) digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
Melindungi Masa Instruksional bermaksud untuk mengurangkan
gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti
dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.
Melindungi Masa Instruksional merupakan salah satu komponen fungsi
pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara
berkesan di sekolah. Melindungi Masa Instruksional perlu diberi
perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan
pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis,
kreatif dan inovatif. Malah, kejayaan melaksankan fungsi ini dapat
menyediakan murid-murid untuk menghadapi semua peringkat
peperiksaan dengan lebih sempurna.
Fungsi Pendidikan:
3 fungsi pendidikan adalah murid, guru dan pentadbir
• Semua Pengarah JPN diminta untuk memberi fokus terhadap
perkara-perkara berikut:
i. Tumpuan kepada disiplin murid
ii. Program Guru Penyayang
iii. Memastikan guru berada dalam kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi melindungi waktu
pembelajaran murid.
iv. Memastikan pentadbir berada di sekolah.
• Bahagian-bahagian terlibat yang kerap memanggil guru-guru
keluar, perlu membuat perancangan secara serius dan hanya
memanggil guru sekiranya perlu sahaja.
• Bilangan guru yang dipanggil keluar perlu diminimakan dan
surat panggilan dikeluarkan hendaklah melalui authority.
Antara langkah dan cara para guru dapat melindungi masa
instruksional:
1. Melaksanakan perancangan tahunan, mingguan dan harian 59
berdasarkan tugasan yang diberikan.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
15 Google Classroom & Panduan Am
2. Menjalankan pdp mengikut waktu yang ditetapkan
3. Menjalankan pdp seperti yang dirancang.
4. Mengutamakan kekesanan pdp di dalam bilik darjah.
5. Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.
6. Berusaha meningkatkan peluang murid-murid untuk belajar.
7. Berusaha mendisiplinkan murid-murid supaya mereka hadir ke
sekolah serta masuk ke bilik darjah mengikut ketetapan waktu
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan mulai 1 Julai
2019, sekolah di seluruh Negara akan menggunakan perkhidmatan
internet yang dibekalkan oleh pihak Telekom Malaysia, Celcom dan
juga Maxis Broadband. Perkhidmatan ini adalah untuk tempoh 6 bulan
sahaja sebelum kementerian memilih penyedia perkhidmatan baharu
mulai 1 Januari 2020.
Susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, KPM telah
memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Google Classroom
bagi menggantikan Frog VLE. Peralihan ini dilakukan adalah usaha
untuk menyediakan penawaran terbaik kepada guru dan juga murid
serta warga sekolah.
Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang
dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan
untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur
tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom
adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan
pelajar.
Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan
dan pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk
penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk
penjadualan. Pelajar boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod
persendirian, atau secara automatik diimport dari domain sekolah.
Setiap kelas membuat folder berasingan dalam Drive pengguna
masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja untuk dinilai
oleh guru. Aplikasi mudah alih, tersedia untuk peranti iOS dan Android,
biarkan pengguna mengambil gambar dan melampirkan pada
tugasan, berkongsi fail dari aplikasi lain, dan mengakses maklumat di
luar talian. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap pelajar, dan
selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan
komen.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 60
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
16 i-THINK & Panduan Am
i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif).
Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir. Program ini untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan
kritis serta inovatif.
Tujuan:
• Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif.
• Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu
berdaya saing.
Apa yang diharapkan daripada program i-Think?
• Dengan menggunakan alat berfikir (Thinking Tools) murid lebih
fokus dan berkeyakinan di dalam kelas.
• Aktiviti berpusatkan murid.
• Prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir
dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Hubungan guru dan murid semakin rapat kerana guru
berperanan sebagai fasilitator.
Peta Pemikiran:
Di dalam program i-THINK, peta pemikiran diperkenalkan di mana
peta ini mengandungi 8 peta pemikiran. Setiap peta pemikiran
mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau
unit pelajaran.
i. Circle Map (Peta Bulatan)
ii. Bubble Map (Peta Buih)
iii. Flow Map (Peta Alir)
iv. Brace Map (Peta Dakap)
v. Tree Map (Peta Pokok)
vi. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
vii. Multi-Flow Map (Peta Pelbagai Alir)
viii. Bridge Map (Peta Titi)
17 Dialog Prestasi Dialog prestasi kini adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan
secara optimum kecemerlangan sekolah. Dialog prestasi akan
menjadi agenda utama pertemuan PPD dengan guru-guru yang
mana kaedah taklimat dan mesyuarat dikurangkan. Dialog bersifat
dua hala dan berfokus serta praktikal dalam mengatasi masalah dan
melaksanakan aktiviti bersumberkan data.
Definisi:
Forum untuk menyemak prestasi berdasarkan data dan fakta, dan
mengakhirinya dengan satu set konkrit tindakan seterusnya untuk
dilaksanakan oleh JPN/PPD/Sekolah.
Kementerian, JPN, PPD, pemimpin sekolah, dan guru akan
mengadakan sesi dialog prestasi secara berkala bagi memastikan
sekolah, daerah dan negeri berada pada landasan yang betul untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan. Dialog ini bercirikan penggunaan
data prestasi terperinci bagi mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan, diikuti dengan semakan semula pelan pelaksanaan
dengan segera bagi memastikan isu diselesaikan. Dialog pestasi ini
dijangka diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 61
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
Objektif:
• Fokus dan akauntabiliti : memastikan organisasi fokus kepada
penyampaian dan memastikan akuantabiliti
• Memantau Prestasi : memastikan sistem berada pada
landasan betul untuk mencapai aspirasi
• Mengenal pasti masalah : mengemukakan isu-isu yang
menghalang kemajuan dan menganalisis data untuk
menentukan punca
• Penyelesaian masalah dan sokongan : menyediakan forum
untuk membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan
berkongsi amalan terbaik
• Memajukan isu : memajukan isu-isu yang perlu diselesaikan
kepada pihak pengurusan atasan yang lebih tinggi
18 Sarana Ibu Bapa Pengenalan:
Merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan
ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar
sekolah demi kecemerlangan masa hadapan Negara yang tercinta:
MALAYSIA.
Sarana ini ditujukan khas kepada ibu bapa (IB) dan boleh dikongsikan
bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk
membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting,
mendidik anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik
untuk IB dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap
penglibatan dalam pembelajaran anak.
Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?
Faedah kepada anak: Faedah kepada ibu bapa:
• Mendapat markah dan • Boleh belajar bagaimana
gred ujian yang lebih untuk membantu anak
baik. menyelesaikan kerja rumah
• Mempunyai nilai kendiri • Ibu bapa dapat mengetahui
dan motivasi yang lebih prosedur dan kaedah
tinggi. membantu anak di sekolah
• Kehadiran ke sekolah • Dapat berkongsi ilmu PIBG
lebih bagus. yang lain.
• Keciciran persekolahan • Anda akan dapati lebih
dapat dielakkan. mudah untuk menyediakan
suasana rumah yang sihat.
Peranan ibu bapa/ penjaga: 62
i. Jurulatih: Menyediakan peluang dan ruang belajar yang
seluas-luasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah
dengan memberi fokus kepada bimbingan kemahiran latihan
pembelajaran.
ii. Mentor: Menasihat, membimbing, mengajar, menyokong,
menjaga, menggalakkan, menunjuk cara dan lain-lain.
iii. Penyokong : Menyokong, mempertahankan, meyakinkan
anak
iv. Sentiasa bermaklumat : Terkini dengan apa yang berlaku di
sekolah
v. Menjadualkan kehidupan : Mengaturkan kehidupan supaya
tenteram, tenang dan bahagia
vi. Sahabat kepada anak remaja : Mendampingi anak remaja
sebagai sahabat
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
Hasil yang diharapkan:
Ibu bapa boleh menggunakan analisis kendiri bagi mendapatkan
profil keterlibatan dalam pembelajaran anak dan merancang
program peningkatan kendiri. Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) boleh merancang program bagi meningkatkan
penglibatan IB dalam pembelajaran anak bertujuan menghasilkan
suatu persekitaran pembelajaran yang berkesinambungan dari
sekolah ke rumah dan komuniti.
19 Penilaian Bersepadu PBPPP diilhamkan berasaskan Makmal GTP 2.0 dan Pelan
Pegawai Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. PBPPP dibangunkan
Perkhidmatan berasaskan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kriteria Kecemerlangan,
Pendidikan (PBPPP) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKM), Penilaian Kompetensi dan
Prestasi (PROSPEK), Standard Guru Malaysia (SGM), Standard
Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Instrumen
Kompentensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS), Instrumen Penilaian
Kepimpinan Instruksional, Penilaian, Guru Cemerlang dan Penilaian
Pengetua dan Guru Besar Cemerlang.
Matlamat:
Membuat penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan
kompetensi dan keberhasilan PPP dalam usaha meningkatkan
kecekapan dan komitmen bagi melahirkan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) berprestasi tinggi untuk mendukung aspirasi ke arah
pendidikan berkualiti tinggi serta Negara maju.
Objektif:
i. Menilai Kompetensi PPP
ii. Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.
iii. Mengenal pasti jurang kompetensi PPP untuk diberikan
pembangunan profesional berterusan (CPD).
iv. Mengenal pasti keperluan latihan PPP untuk pembangunan
kerjaya.
Komponen:
PBPPP diasaskan daripada Standard Prestasi yang merupakan
dokumen piawai kompetensi teras dan profesional yang perlu dicapai
oleh PPP mengikut bidang/tugas berdasarkan satu penanda aras yang
ditetapkan.
Komponen PBPPP terbahagi kepada dua iaitu Penilaian Kompetensi
dan Keberhasilan. Penilaian Kompetensi terdiri daripada 4 dimensi iaitu
Nilai Profesional, Pengurusan Aktiviti, Sumbangan dan Kemahiran serta
digabungkan dengan keberhasilan bagi melibatkan dimensi
keberhasilan sahaja.
Standard Prestasi:
Standard prestasi merupakan satu piawaian yang perlu dicapai oleh
PPP dalam sesuatu bidang/tugas berdasarkan satu penanda aras
yang ditetapkan.
Standard prestasi dapat memandu penilai dalam melaksanakan 63
aktiviti penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus. Selain daripada
itu Standard prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai
(PYD) mengenal pasti tahap pencapaian yang diharapkan
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
kepadanya dan berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui
pelbagai kaedah peningkatan profesionalisme secara berterusan.
Dimensi PBPPP:
Instrumen penilaian ini mengandungi empat dimensi penilaian
kompetensi dan keberhasilan iaitu nilai professional, pengurusan
aktiviti/ hubungan luar, Sumbangan dan Kemahiran.
Tempoh Penilaian:
Fleksibiliti diberi kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian
dalam tempoh satu (1) tahun penilaian. Namun, BPPK akan
menetapkan tarikh akhir melengkapkan penilaian dan penghantaran
skor penilaian bagi semua PYD dalam organisasi masing-masing.
20 Kemahiran Berfikir Definisi:
Aras Tinggi (KBAT) KBAT menurut definisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.
KBAT mengambil cara pemikiran yang diilhamkan dalam Taksonomi
Bloom iaitu aplikasi, analisis, menilai dan mencipta. Proses KBAT ini
memerlukan pemikiran yang meluas dan mendalam.
Ciri-ciri KBAT
• Skop yang luas: pengetahuan asas sebagai keperluan.
• Fakta: tidak spesifik dan merentasi mata pelajaran.
• Bermakna : boleh ditafsir dan mencabar
• Stimulasi: situasi baru yang bukan lazim bagi murid. Guru perlu
memberi maklumat secukupnya kepada pelajar.
• Respon murid: perlu ada kepelbagaian dan boleh melibatkan
lebih dari satu jawapan.
21 Science, STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi,
Technology, Engineering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi
Engineering and menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi
Mathematic (STEM) meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.
Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang
kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding
bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang
pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk itu,
pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu
menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.
Akan tetapi menjadi masalah apabila pelajar sekarang masih tidak
dapat memenuhi kriteria keperluan tersebut. Sama ada dari segi
bilangan mahupun kualiti kerja dalam bidang STEM.
Menanam minat kepada pelajar untuk menyambung pelajaran
dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi. Antara strategi
yang boleh dilakukan adalah :
1) Pembelajaran berasaskan project-based yang diintegrasikan 64
2) Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh internship
dan mentor
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
3) Guru dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu
4) Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi
22 Highly Immersive Definisi:
Program (HIP) Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang
diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-
murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa
tersebut di sekolah. Perkara ini merupakan suatu pengukuhan
kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis Panduan
Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No.
Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan
aktiviti peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di dalam dan di
luar kelas. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan
yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa
Inggeris.
23 Transformasi Sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian
(TS25) daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian
daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul
melalui :
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
Komitmen komuniti yang padu.
Objektif
Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang
komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta
pembimbing kepimpinan.
Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
dengan mengutamakan kemenjadian murid.
24 Kurikulum Standard Penggubalan KSSM Pendidikan Khas pada dasarnya mengambil kira
Sekolah Menengah pendidikan yang sesuai dan relevan bagi dua kumpulan MBK iaitu
Pendidikan Khas yang berkeupayaan mengikuti mata pelajaran kemahiran vokasional,
(KSSMPK) dan yang mempunyai kombinasi satu atau lebih ketidakupayaan
termasuk ketidakupayaan kognitif. Seperti murid lain, MBK merupakan
modal insan perlu diberi perhatian agar mereka berkemampuan untuk
hidup berdikari dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan
negara.
KSSM Pendidikan Khas menyediakan ruang dan peluang untuk 65
MBK yang berkeupayaan mempelajari dan menguasai
pengetahuan dan kemahiran vokasional, serta nilai ke arah
menghasilkan modal insan yang berkemahiran bekerja dan
mampu berdikari. Bagi mencapai tujuan ini, dua kumpulan mata
pelajaran disediakan iaitu mata pelajaran teras dan kemahiran.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
Bagi MBK yang tidak berkeupayaan mengikuti kemahiran
vokasional, kurikulum mata pelajaran teras dan kemahiran yang
disediakan mengambil kira tahap kefungsian MBK. KSSM
Pendidikan Khas memastikan kumpulan MBK ini berupaya
mengurus diri, menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran, serta mengamalkan nilai murni agar mereka boleh
bersosialisasi dan berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.
KSSM Pendidikan Khas turut membekalkan pengetahuan tentang
Advokasi Diri supaya MBK dapat mengenal pasti potensi dan
matlamat diri serta boleh menyuarakan hak dan pendapat mereka
dalam masyarakat.
Bagi MBK yang mengikuti bidang kemahiran vokasional,
kumpulan mata pelajaran teras yang digubal bertujuan
menyediakan dan mengukuhkan MBK dengan pengetahuan dan
kemahiran asas yang diperlukan bagi membolehkan MBK
mengikuti pembelajaran mata pelajaran kemahiran vokasional.
Kumpulan MBK ini akan juga mempelajari mata pelajaran teras
yang bertujuan menyediakan mereka dengan pengetahuan dan
kemahiran mengurus diri, bahan, peralatan serta tempat kerja.
Kumpulan mata pelajaran kemahiran terdiri daripada mata
pelajaran asas kemahiran dan kemahiran vokasional spesifik.
Mata pelajaran asas kemahiran berhasrat menghasilkan MBK
yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal, mengamalkan
budaya kerja sistematik dan selamat, dan bersedia menguasai
kemahiran vokasional spesifik di tahap yang lebih tinggi serta
mengamalkan sikap keusahawan. Elemen transisi ke kerjaya turut
diterapkan dalam semua mata pelajaran sejak awal pembelajaran di
sekolah menengah sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan
keterampilan MBK ke arah kehidupan berkerjaya.
Penyediaan kurikulum mata pelajaran kemahiran vokasional
spesifik adalah berpandukan National Occupational Skills
Standards (NOSS) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) agar MBK turut mendapat pengiktirafan
dari agensi luar di samping pensijilan oleh KPM, dan seterusnya
meningkatkan kebolehpasaran MBK.
KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH 66
Standard Kurikulum Sekolah Menengah dibina berasaskan enam
tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
Kemanusiaan; Ketrampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan
Estetika; serta Sains, Matematik dan Teknologi. Enam tunjang
tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu
sama lain dan
disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
berpengetahuan, berketrampilan, berpemikiran kritis dan kreatif
serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1
Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah
25 Dokumen Kurikulum
Kemahiran Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional (DKKV), Kurikulum
Vokasional (DKKV) Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) dibangunkan
Kurikulum Standard merujuk kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)
Sekolah Menengah atau dikenali sebagai National Occupational Skills Standard (NOSS)
Pendidikan Khas daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian
(KSSMPK) Sumber Manusia. DKKV untuk Pendidikan Khas ini mmeberikan
penekanan tentang unit kompetensi (UK) di tahap asas atau
minimum seperti pengurusan ruang kerja, penggunaan alatan dan
abhan, penghasilan bahan yang telah dipelajari serta asas - asas
dalam keusahawanan.
Fokus aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap UK yang
dibina adalah secara rutin dan terancang serta tidak memerlukan
tahap pengetahuan dan kemahiran yang kompleks dan rumit. Bagi
memenuhi keperluan individu MBK kefungsian sederhana dan
rendah, guru menghubungjalin DKKV kemahiran dengan Modul
Transisi Ke Kerjaya dan Program Perantisan Industgri Menengah Atas
(PIMA), dimana ianya memberi ruang dan peluang untuk MBK belajar
sambil, bekerja.
Latihan di tempat kerja sebenar melalui On Job Training (OJT) kepada 67
MBK yang berkefungsian rendah dan sederhana dapat membantu
guru mengenal pasti dan mengasah minat, kemahiran, potensi dan
keupayaan MBK untuk hidup berdikari melahirkan MBK yang
berupaya untuk hidup berdikari, mempunyai kemahiran menjaga
dan mengurus diri sendiri serta mempunyai advokasi diri.
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
26 Rancangan Rancangan Pendidikan Individu
Pendidikan Individu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan dokumen
(RPI) disediakan oleh guru bagi menjelaskan matlamat perancangan
pendidikan yang dirancang untuk setiap MBK. RPI menjadi
panduan guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam menyediakan RPI, guru melaksanakan penilaian pelbagai
disiplin bagi memenuhi keperluan MBK. RPI dirancang khusus
bagi individu MBK, dan dokumentasi dilakukan tentang segala
pengubahsuaian dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran
dan perkhidmatan yang disediakan untuk MBK berkenaan. RPI
turut memaklumkan ibu bapa dan pihak sekolah tentang
keperluan individu MBK dan bagaimana keperluan tersebut dirancang
untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu
ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan
MBK sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat
negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
1. Tahap prestasi sedia ada MBK;
2. Perancangan akademik dan bukan akademik;
3. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai MBK;
4. Objektif pendidikan yang boleh diukur;
5. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenal pasti
perkembangan dalam pencapaian;
6. Perkhidmatan yang diperlukan oleh MBK;
7. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat
disediakan untuk MBK; dan
8. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing
MBK berinteraksi dengan persekitaran mereka.
27 Program Pendidikan Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan
Inklusif penyataan Peraturan _ Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
iaitu “Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan
bagi murid berkeprluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan khas bersama - sama dengan murid lain dalam kelas
yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan secara Inklusif penuh (MBK
belajar secara sepenuh masa bersama - sama murid perdana) dan
secara Inklusif separa (MBK belajar bersama - sama murid arus perdana
bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti
kokurikulum tertentu sahaja)
Matlamat :
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 68
Trust School
BIL PERKARA HURAIAN Maklumat Asas
& Panduan Am
Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK
mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama - sama
murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya
bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan juga diberi
peluang yang sama.
Objektif :
1. Memastikan MBK mendapatkan hak yang sama rata untuk belajar
dalam persekitaran tanpa halangan
2. Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum
3. Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta
komumiti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
4. Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus
perdana bagi meningkatkan kemahiran hidup harian mereka.
PORTAL RASMI
Kementerian Pendidikan Malaysia
www.moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Selangor
www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/
PPD Klang
www.moe.gov.my/ppdklang/v4
Fb SMKKJ
Email SMKJK : [email protected]
(Rujukan : pejabat)
EMIS : Educational Management Information 69
Sistem
emisonline.moe.gov.my
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa
Trust School
e-gtukar : apps.moe.gov.my/epgo Maklumat Asas
Email pertanyaan egtukar/eoperasi & Panduan Am
[email protected]
e-operasi :
https://eoperasi.moe.gov.my/index.cfm
ID : seperti yang telah didaftar secara individu
sama seperti egtukar
HRMIS : www.eghrmis.gov.my @
http://eghrmis.gov.my
Aplikasi Pangkalan Data Murid
www.sekolahmalaysia.com/
URL : http://apdm.moe.gov.my/
Login : No Kad Pengenalan
Password : guru
BTPNSEL (Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Selangor)
URL : http://btpnsel.edu.my/main/
SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)
http://sapsnkra.moe.gov.my
ID : NAMA (Huruf besar)
Password : no kad pengenalan
ePangkat (Sistem Kenaikan Pangkat):
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/lpgin.php
(menggunakan pelayar Internet Explorer IE)
SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah)
URL: http://apps.moe.gov.my/sppbs/
User ID: mengikut ID
Password: diberikan S/U PBS
(Menggunakan perisian Internet Explorer 7.0)
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 70
Trust School
SGM Maklumat Asas
(Standard Guru Malaysia) & Panduan Am
URL: http://apps1.moe.gov.my
e SPLG KPM
(Sistem Pengurusan Latihan Guru)
URL: http://apps1.moe.gov.my/splg/
i-Think
URL: https://www.ithinkonline.org.my/
Username : email (akan didaftarkan oleh
admin i-think sekolah)
Password : ithink123
Jabatan Akauntan Negara
(Penyata Gaji/ eMaklum)
URL : http://www.anm.gov.my/
Malaysian Grid for Learning (MyGfL)
URL : http://mygfl.moe.gov.my/
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
URL : https://sapsnkra.moe.gov.my/
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan &
Kokurikulum
URL : https://pajsk.moe.gov.my/index.php
2021Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa 71
Trust School