The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PDPP AMBILAN JUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a.saadah94, 2021-12-11 17:14:05

TUGASAN PBS

PDPP AMBILAN JUN 2021

Sesi kolaboratif dan perbincangan bersama Ketua Panitia Pendidikan Islam

LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 16 November 2021 Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi
Tajuk / Perkara : Pengurusan Keselamatan di Sekolah Terutamanya di musim Covid-19

ISI PERBINCANGAN CADANGAN TINDAKAN
1. Prosedur sepanjang mengawal 1. Guru perlulah sentiasa mengesan kod

keselamatan sekolah ialah menjaga QR MySejahtera setiap kali masuk ke
SOP supaya semua guru dan murid dalam sekolah. Mana-mana guru yang
selamat. kurang sihat dinasihatkan untuk
2. Antara kekurangan sampingan yang mengambil cuti atau menjaga jarak
dihadapi oleh mereka ialah : dari rakan-rakan lain sekiranya
- Tandas untuk pengawal sangat jauh dan bergejala seperti batuk dan selsema.
menyukarkan mereka untuk bergilir 2. Pihak sekolah perlu memaklumkan
bertugas di pondok sebarang aktiviti kepada pengawal
- Kurang komunikasi antara guru dan keselamatan supaya mereka lebih
pengawal kerana mereka tidak tahu aktiviti prihatin dan sama-sama mengambil
sekolah yang dijalankan sekiranya ibu berat isu keselamatan antara satu
bapa bertanya kepada mereka. sama lain.
3. Mewujudkan satu tandas yang
berdekatan dengan mereka supaya
dapat memudahkan tugas pengawal
keselamatan.
4. Mewujudkan satu peti kecemasan
yang terdapat ubat-ubatan sekiranya
berlaku apa-apa kecemasan terhadap
pengawal keselamatan.

Tandatangan : Hassan

Nama : En. Hassan Bin Awang
Jawatan : Pengawal Keselamatan SK Kota Masai 2

LAMPIRAN 1-4
REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 18 November 2021 Masa : 1.30 petang – 2.00 petang
Tajuk / Perkara : Sumbangan BONDA kepada SK Kota Masai 2

ISI PERBINCANGAN CADANGAN TINDAKAN
1. BONDA merupakan salah kumpulan 1. Pihak sekolah perlu sentiasa membuat

komuniti dan ahli PIBG sekolah yang perjumpaan atau mesyuarat lebih awal
terdiri daripada barisan ibu-ibu murid bersama pihak BONDA. Ini kerana
SKKM2 yang banyak menyokong dan dapat memudahkan pihak BONDA
membantu pihak sekolah dalam untuk lebih bersedia dan merancang
program-program komuniti. aktiviti pada hari program tersebut.
2. Antara sumbangan BONDA terhadap 2. Pihak sekolah memberi penghargaan
sekolah ialah melaksanakan kepada pihak BONDA atas segala
kolaborasi bersama pihak sekolah bantuan dan tenaga yang diberikan
dalam majlis-majlis khas dan besar kepada sekolah.
seperti memasak bubur lambuk, 3. Bina hubungan yang baik dan cakna
Program Jom Kongsi Rezeki, Program dengan mereka antara satu sama lain.
bantuan khas Covid 19, dan 4. Mengadakan satu program seperti
sebagainya. Hari Keluarga SKKM2 yang
3. Antara kekurangan yang didapati dari melibatkan pihak BONDA, guru, ibu
program yang telah dilaksanakan ialah bapa dan murid setelah virus Covid-19
pihak BONDA tidak dapat makluman reda.
yang jelas dari awal. Walaupun begitu,
hasilnya tetap menjadi.

Tandatangan : Suhaila

Nama : Puan Suhaila Binti Mohamad
Jawatan : AJK BONDA SK Kota Masai 2

Sesi kolaboratif dan perbincangan bersama AJK BONDA SK Kota Masai 2

LAMPIRAN 1-6

AMALAN REFLEKSI AMALAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan :
- Pelaksanaan pemerhatian suasana sekolah dan bilik-bilik khas

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan:

i. Setiap bilik khas ditugaskan oleh seorang guru dan dibantu
dengan guru lain.

ii. Semua kemudahan lengkap, cantik dan kreatif.
2.2 Kelemahan:

i. Kipas dan lampu di dalam kelas banyak yang tidak dapat
berfungsi dengan baik.

ii. Bilik khas banyak yang sudah berhabuk kerana telah lama
ditinggalkan seperti makmal sains dan bengkel RBT.

iii. Tiada laluan khusus untuk murid ke dewan. Jika hujan
menyukarkan guru dan murid untuk pergi ke dewan.

3. Cadangan Penambahbaikan :
i. Mengambil senarai kelas yang mempunyai masalah kipas dan
lampu.
ii. Membaiki kipas dan lampu yang rosak supaya murid lebih
selesa untuk belajar.
iii. Mengemas dan menyapu bilik khas sebelum memulakan
pembelajaran.
iv. Membina laluan susur gajah daripada laluan kantin ke dewan.

LAMPIRAN 1-6

AMALAN REFLEKSI AMALAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan :
- Pemerhatian bahan bacaan dan program Nilam di Pusat Sumber.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
a. Kekuatan:
i. Persekitaran dan suasana Pusat Sumber yang selesa dan
kondusif.
ii. Terdapat banyak bahan rujukan yang dapat digunakan.
iii. Terdapat bahan bacaan secara maya di laman web rasmi Pusat
Sumber.
b. Kelemahan:
i. Kurang sambutan daripada murid.
ii. Pusat Sumber jarang dilawati oleh murid semenjak Covid 19.

3. Cadangan Penambahbaikan :
i. Mengadakan Pertandingan Nilam secara berkala.
ii. Menyusun jadual murid yang mewajibkan semua murid untuk
datang ke Pusat Sumber.

LAMPIRAN 1-6

AMALAN REFLEKSI AMALAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan :
- Perbincangan bersama GPK Petang berkenaan pengurusan
guru kuarantin dan PdPC semenjak Covid 19.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
a. Kekuatan:
i. Jumlah murid yang tidak ramai menyebabkan SOP mudah
dijaga.
ii. Sesi pembelajaran lebih berfokus kerana bilangan murid menjadi
separuh daripada jumlah asal.
b. Kelemahan:
i. Guru sesi petang terpaksa mengikut jadual relief dan anjal
kerana kekurangan guru.

3. Cadangan Penambahbaikan :
i. Meminimumkan bilangan guru yang CRK.
ii. Mengimbangkan bilangan guru sesi pagi dan sesi petang

9.0
LAPORAN
PEMERHATIAN

9.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian awal saya pada sekolah ini ialah terhadap persekitaran
sekolah yang sangat kreatif serta inovasi dan banyak menggunakan bahan-bahan
terpakai untuk membuat replika gergasi. Sebagai contoh, replika Menara Berkembar
Petronas, rumah LIMAS, bunga raya gergasi dan pelbagai replika lain lagi yang saya
tunjukkan pada lampiran prasarana sekolah dimana ia amat menarik perhatian saya
untuk lebih mengenali dan mendalami para guru dan pentadbir di sini. Hal ini demikian
kerana, bagi mendapatkan hasil kerja yang begitu cantik dan kreatif, pastilah bermula
dengan pemimpin sekolah. Oleh itu, saya telah berjumpa dan menemu bual dengan Guru
Besar sekolah saya dan apa yang dapat saya perhatikan, beliau amat tegas dan
berdisiplin orangnya. Beliau merupakan orang yang sangat menepati masa, tidak suka
menangguh kerja dan sangat komited dengan kerjanya. “Kepantasan bertindak” menjadi
salah satu tagline dalam budaya kerja di sekolah ini. Maka, tidak hairanlah jika sekolah
ini memperoleh banyak anugerah dan pencapaian yang memuaskan. Perkara inilah yang
membuat saya kagum dengan sekolah ini.

Bahkan, prasarana di sekolah ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan
seperti padang, dewan besar, tapak perhimpunan, bilik frog VLE, makmal sains dan
pelbagai lagi kemudahan lain yang telah disediakan untuk pelajar di sekolah sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan, terdapat banyak laman ilmu dan laluan
yang sarat dengan maklumat tidak kira akademik mahupun kata-kata hikmah
termasuklah tandas. Apa yang paling menarik ialah, tandas di sekolah ini pernah
mendapat tempat kedua tandas tercantik peringkat negeri Johor yang membawa tema
hidupan laut dan pelbagai tema lain lagi yang dapat dilihat seperti di lampiran prasarana
sekolah.

Selain itu, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah ini. Apa yang dapat saya perhatikan ialah, sekolah ini sering mengalami masalah
kekurangan guru terutamanya guru sesi petang. Ini kerana guru sesi pagi lebih ramai
berbanding guru sesi petang. Akibatnya, saya melihat guru-guru sesi petang hampir
setiap hari mereka perlu relief kelas guru lain yang sedang cuti. Walau bagaimanapun,
guru-guru di sekolah ini tetap mengajar dengan penuh semangat dan dedikasi. Terdapat
juga guru yang sangat suka menggunakan kemahiran teknologi untuk memberi segala
input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan.

Di samping itu, sepertimana sedia maklum bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekolah ini, KPM
telah memberi arahan kepada semua sekolah untuk membuat sistem penggiliran iaitu
murid perlu dibahagikan kepada 2 kumpulan. Jadi, apa yang dapat saya perhatikan ialah
sistem ini sangat membantu guru dalam mengawal pelajar terutamanya dalam penjagaan
SOP. Ini kerana bilangan murid menjadi separuh daripada bilangan asal dan keadaan
murid dapat dikawal dengan baik oleh guru-guru yang bertugas.

Dalam pada itu, terdapat juga pihak komuniti yang sentiasa menjadi tulang
belakang pihak sekolah seperti barisan PIBG dan BONDA. Mereka sentiasa membantu
pihak sekolah dalam pelbagai program tidak kira program yang besar mahupun kecil.
Pihak komuniti sangat memberi kerjasama dalam membantu mengawal murid di samping
mengeratkan hubungan mereka dengan pihak sekolah. Bahkan, sekolah juga banyak
menjaringkan hubungan dengan pihak luar sebagai saluran untuk mencari dana dan
bantuan dalam setiap program sekolah dan mendapatkan bantuan untuk murid yang
memerlukan.

LAMPIRAN 1-9

Isu Kelemahan Dalam Menentukan Baris Huruf Hijaiyyah
Dalam Kalangan Murid Tahun 4 UTM B10 di
Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2

AISHAH SA’ADAH BINTI AMINUDDIN
[email protected]

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN
Kajian kes dan isu di sekolah ini dibangkitkan berdasarkan tinjauan yang

dikenalpasti melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, kebanyakan murid
yang masih membaca Iqra 1 hingga 3 menghadapi masalah ketika membaca huruf-huruf
hijaiyyah yang berbaris. Sekadar makluman, saya telah melaksanakan suatu kajian
tindakan dan laporan bertulis terhadap permasalahan ini di sekolah. Dimana kajian ini
berfokuskan kepada 15 orang murid Tahun 4 UTM B10, dimana kelemahan mereka
dikesan pada sesi PDP bersemuka.

Tinjauan awal, saya menyemak bacaan murid semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PDP) bidang al-Quran, saya dapati bahawa murid banyak melakukan
kesalahan bacaan terhadap huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah.
Permasalahan ini timbul apabila mereka tidak mengenal baris huruf dengan baik. Kajian
Surul Shahbudin Hassan dan Muhammad Azhar Zailaini (2015) juga ada menyatakan
bahawa kesalahan huruf dan baris yang betul dalam bacaan adalah kategori paling
penting yang sering diabaikan pelajar dalam bacaan lantaran tidak mahir dalam
menentukan baris bagi setiap kalimah.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Huruf hijaiyyah merupakan asas untuk mengenal dan membaca ayat-ayat alquran
yang lebih kompleks. Sekiranya murid tidak mengenal dan menguasai asas ini, maka
sukar untuk murid membaca kalimah yang lebih panjang dalam Iqra’ mahupun al-Quran.
Kajian ini meninjau permasalahan 15 orang murid dari kelas 4 UTM B10 di SKKM2 yang
masih membaca iqra’ 1-3. Murid-murid ini didapati lebih mengenal huruf-huruf hijaiyyah
yang berbaris fathah atau ketika membaca huruf-huruf hijaiyyah mengikut turutan.
Namun, mereka tidak dapat membaca huruf-huruf hijaiyyah yang berbaris kasroh dan
dhommah atau setelah huruf-huruf ini dicampur adukkan.

Melalui pemerhatian ketika tasmik dan PdPc dalam bidang al-Quran, kebanyakan
murid masih tidak dapat mengenal dan membaca huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah,
kasroh dan dhommah dengan betul. Murid teragak-agak memberi jawapan apabila
diminta untuk membaca huruf-huruf hijaiyyah berbaris satu.

Maka, saya memperkenalkan teknik emoji dalam menentukan baris huruf hijaiyyah
dengan menggunakan Power Point interaktif yang mempunyai tiga jenis emoji iaitu emoji
teruja, emoji gembira, dan emoji hairan mewakili baris fathah, kasroh dan dhommah.

Hasil dapatan yang diperoleh mendapati bilangan murid yang menguasai baris
huruf hijaiyyah ini telah meningkat setelah mereka diperkenalkan dengan penggunaan
teknik emoji ketika menentukan baris. Saya berasa amat gembira dan berpuas hati
dengan sikap positif dan peningkatan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Mereka dapat
menguasai baris huruf dengan baik dan menunjukkan peningkatan apabila berjaya
melepasi ujian yang diberikan guru dengan betul dan tidak melakukan kesalahan
melebihi lima.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Secara amnya, objektif umum dalam kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan
bacaan murid terhadap huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah
dalam kalangan murid Tahun 4 UTM B10.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, melalui kajian ini murid akan dapat:
a) Mengenal huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah.
b) Meningkatkan kemahiran bacaan murid terhadap huruf hijaiyyah berbaris fathah,
kasroh dan dhommah melalui Kedah Emoji.
c) Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif.

4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Lokasi Kajian
Kajian terhadap murid-murid ini saya laksanakan melaui kaedah online iaitu Google Meet
bagi murid 4 UTM B10 di SKKM2 lantaran daripada Pengajaran dan Pembelajaran yang
dijalankan secara penggiliran di fasa endemik kini.
4.2 Kumpulan Sasaran
Sasaran dalam melaksanakan kajian ini terdiri daripada murid-murid kelas 4UTMB10
SKKM2 seramai 15 orang iaitu 10 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.
Mereka ini terdiri daripada murid yang masih lemah dalam mengenal dan membaca
huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan mendapatkan
maklumat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan
pemerhatian, soal selidik dan ujian pra (lisan) ketika PdPc dijalankan.

5.1.1 Pemerhatian

Dalam sesi PDPR bidang al-Quran dan sesi tasmik, saya dapati
banyak kesalahan dalam bacaan mereka. Jika murid membaca iqra’
secara berkumpulan, saya tidak dapat mengesan kesalahan
tersebut. Tetapi apabila saya meminta murid membaca secara
individu ramai yang tidak dapat mengenal dan meyebut dengan
betul.

5.1.2 Soal selidik

Saya juga menggunakan kaedah soal selidik menggunakan ‘google
form’. Hasil soal selidik tersebut, saya dapati murid-murid tersebut
tidak dapat menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh
dan dhommah dengan tepat.

5.1.3 Ujian Pra (Ujian lisan)

Ujian lisan dijalankan untuk menguji tahap penguasaan sebenar
murid dalam menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh
dan dhommah dengan betul. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi
bimbingan bermula.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian
Semasa sesi PDPR bidang al-quran dan juga kelas tasmik, saya
akan meminta murid membaca huruf-huruf hijaiyyah pelbagai baris
secara berkumpulan dan individu. Melalui bacaan berkumpulan saya
dapati kurang kesalahan bacaan mereka. Akan tetapi, apabila murid
diminta untuk membaca secara individu terdapat banyak kesalahan
bacaan mereka yang dapat dikesan. Ketika inilah sesi soal jawab
berlaku. Saya dapati ramai murid yang aktif menjawab soalan pada
kebiasaannya berdiam diri apabila diminta membaca secara
individu.

5.2.2 Soal selidik
Soal selidik melalui ‘google form’ telah dilaksanakan bagi
mengenalpasti kelemahan sebenar murid. Soalan yang
dikemukakan kepada murid adalah dengan menggunakan soalan
terancang.

Soalan 1 : Adakah kamu mengenal huruf-huruf hijaiyyah?

Soalan 2 : Adakah kamu boleh membaca huruf-huruf hijaiyyah
berbaris fathah?

Soalan 3: Adakah kamu boleh membaca huruf-huruf hijaiyyah
berbaris kasroh?

Soalan 4 : Adakah kamu boleh membaca huruf-huruf hijaiyyah
berbaris dhommah?

Soalan 5 : Adakah kamu dapat membaca huruf-huruf hijaiyyah
pelbagai baris sekiranya mengikut turutan huruf?

Soalan 6 : Adakah kamu dapat membezakan bacaan huruf-huruf
hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah?

Jadual dan Rajah dibawah menunjukkan peratus murid yang menjawab soalan 1 hingga
6. Kesimpulannya, murid mengenal huruf hijaiyyah dan dapat membaca huruf hijaiyyah
yang berbaris fathah. Namun begitu, murid tidak dapat membaca huruf hijaiyyah berbaris
kasroh dan dhommah meskipun dalam turutan atau sebaliknya.

SOALAN YA TIDAK
SOALAN 1 40% 60%
SOALAN 2 46.7% 53.3%
SOALAN 3 13.3% 86.7%
SOALAN 4 13.3% 86.7%
SOALAN 5 6.7% 93.3%
SOALAN 6 0% 100%

Jadual 1

Rajah 1
Rajah 2

Rajah 3

5.2.3 Ujian Pra (bacaan)
Saya menjalankan ujian lisan dengan meminta murid membaca 29
huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah secara
individu.

Hasil daripada ujian ini, saya dapati ramai murid yang masih
lemah dalam mengenal huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh
dan dhommah ini. Berikut adalah keputusan hasil dari kajian pra ini:

Tahap Penguasaan Jumlah Murid
Lancar 0
5
Sederhana

Tidak Lancar 10

TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP BARIS
HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL (UJIAN PRA)

12

10
83

6

4 2 7
3 LEMAH
2 SEDERHANA

00
LANCAR

LELAKI PEREMPUAN

5.3 Pelaksanaan Aktiviti
Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid, saya
bercadang untuk menggunakan Kaedah Emoji bagi mengatasi masalah-
masalah diatas.

5.3.1 Aktiviti 1 : Pengenalan kepada Kaedah Emoji

Guru menerangkan Kaedah Emoji kepada semua murid. Kaedah Emoji
merupakan kaedah yang menggunakan emoji smiley dalam membantu
murid mengingat cara sebutan huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh
dan dhommah.

Bagi huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, emoji yang digunakan ialah
emoji teruja. Emoji teruja yang terbuka mulut ini menggambarkan cara
sebutan huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah dibaca. Contoh huruf ‫ا ب ت‬

Manakala, bagi huruf-huruf hijaiyyah berbaris kasroh, emoji yang
digunakan ialah gembira. Emoji gembira yang tersenyum menampakkan
gigi ini menggambarkan cara sebutan huruf-huruf hijaiyyah berbaris kasroh
dibaca. Contoh huruf ‫ا ب ت‬

Begitu juga bagi huruf-huruf hijaiyyah berbaris dhommah, emoji yang
digunakan ialah hairan. Emoji hairan yang memuncungkan mulut ini
menggambarkan cara sebutan huruf-huruf hijaiyyah berbaris dhommah
dibaca. Contoh huruf ‫ا ب ت‬
Pemerhatian : Semasa mendengar penerangan guru, murid pada awalnya
menunjukkan reaksi kurang memahami terhadap kaedah yang
diperkenalkan oleh guru, Namun memberikan tumpuan penuh terhadap
penerangan guru. Kebanyakkan murid baru pertama kali mendengar
kaedah ini apabila disoal oleh guru walaupun menggunakannya tanpa
disedari dalam pembelajaran seharian.

Refleksi : Hasil daripada penerangan dan gambaran yang diberikan oleh
guru, murid menunjukkan minat dan perasaan teruja untuk mencuba
Kaedah Emoji ini.

5.3.2 Aktiviti 2 : Kaedah Emoji dilaksanakan.

Guru mengklasifikasikan huruf-huruf hijaiyyah mengikut baris. Guru
kemudiannya menunjukkan emoji sebagai panduan murid untuk mengingat
cara sebutan huruf-huruf hijaiyyah mengikut baris yang betul. Murid diminta
mengikut bacaan guru secara beramai-ramai dan individu. Guru akan
memperbetulkan bacaan murid secara langsung.

Pemerhatian : Murid memberi tumpuan penuh sepanjang pembelajaran
berlangsung. Namun, apabila diminta membaca secara individu, murid
takut untuk mencuba.

Refleksi : Murid lebih yakin dan aktif melibatkan diri dalam pembelajaran
apabila diminta membaca secara berkumpulan.

5.3.3 Aktiviti 3 : Rakaman Menyebut Huruf-Huruf Hijaiyyah Berbaris
fathah, kasroh dan Dhommah.

Setelah murid memahami Kaedah Emoji, murid diminta untuk membuat
rakaman bacaan huruf-huruf berbaris fathah, kasroh dan dhommah. Murid
akan dinilai berdasarkan peratus bacaan yang betul.

Pemerhatian : Semasa aktiviti dilaksanakan, murid dilihat mencuba
sedaya upaya mengaplikasikan Kaedah Emoji yang telah dipelajari.

Refleksi : Pada akhir aktiviti, murid berjaya mengenal dan menyebut huruf-
huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah menggunakan
Kaedah Emoji.

6.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada kajian ini, saya dapati sememangnya 15 orang murid dari kelas 4 UTM
B10 ini amat lemah dalam mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah berbaris
fathah, kasroh dan dhommah. Mereka bukan sahaja tidak dapat membaca iqra’
dengan betul, malah mereka juga tidak dapat menentukan baris bagi huruf-huruf
hijaiyyah yang dibaca. Namun begitu, murid-murid tersebut masih berminat dan
berusaha untuk membaca huruf-huruf hijaiyyah dengan betul. Saya akan berusaha
untuk membantu murid-murid ini untuk mengenal huruf-huruf hijaiyyah berbaris
fathah, kasroh dan dhommah disamping dapat memperbaiki lagi bacaan mereka
pada masa akan datang.

6.1 PERLAKSANAAN TINDAKAN HASIL DAPATAN KAJIAN

Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi murid. Saya bercadang untuk
menggunakan Kaedah Emoji supaya murid mengenal dan dapat membaca huruf-
huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah dengan cara yang lebih
menarik serta membantu menguatkan ingatan murid. Selepas itu, saya akan
memberi ujian pos kepada murid yang terlibat bagi melihat perkembangan dan
peningkatan mereka dalam mengingat cara sebutan huruf-huruf hijaiyyah berbaris
fathah, kasroh dan dhommah dengan betul.

6.1.1 UJIAN POS

Ujian pos dijalankan setelah bimbingan Kaedah Emoji di dalam kelas 4UTMB10.
Kesemua 15 orang murid diminta merakam bacaan huruf-huruf hijaiyyah berbaris
fathah, kasroh dan dhommah dan diberikan pada guru. Data bacaan murid
direkodkan. Dapatan hasil ujian tersebut adalah seperti jadual berikut:

Tahap Penguasaan Jumlah Murid
Lancar 8
7
Sederhana 0
Tidak Lancar

TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP BARIS
HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL (UJIAN POS)

10

8 2
63

4 5
25

0 SEDERHANA 0
LANCAR LEMAH

LELAKI PEREMPUAN

7.0 REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan keputusan ujian pos yang telah dijalankan ke atas murid 4UTMB10, saya
dapati tindakan intervensi ini telah berjaya membantu menyelesaikan masalah murid-
murid dalam mengenal dan membaca huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh
dan dhommah. Ini dibuktikan dengan peningkatan markah murid dalam ujian pos
berbanding ujian pra yang lepas. Berikut adalah graf perbandingan peningkatan
penguasaan murid setelah ujian pos dilakukan.

8 Ujian Pra
7 Ujian Pos
6
5 Sederhana Lemah
4
3
2
1
0

Lancar

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian ini, murid
mampu mengenal huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah sekiranya huruf-huruf ini
dalam turutan yang betul. Namun, mereka mulai keliru apabila huruf-huruf hijaiyyah
berbaris fathah ini tidak mengikut turutan. Malah, mereka juga ragu-ragu untuk
membaca huruf-huruf hijaiyyah berbaris kasroh dan dhommah apabila diminta oleh
guru.

Justeru, saya mencadangkan agar kajian seterusnya berfokus kepada Kaedah Emoji
bagi huruf-huruf hijaiyyah berbaris lain pula.

Kedua, saya telah menjalankan kajian tindakan ini dalam tempoh masa yang agak
singkat iaitu dalam tempoh 4 bulan. Justeru, saya beranggapan tempoh masa ini
kurang mencukupi dari aspek penyediaan aktiviti hands-on yang lebih menarik dan
mencabar.

9.0 PENAMBAHBAIKAN

Sebagai penambahbaikan kepada kajian saya ini, saya akan meluaskan kumpulan
sasaran yang melibatkan semua murid tahun 4 bagi kelas belakang supaya hasil
dapatan kajian ini lebih menyeluruh dan boleh dibuat perbandingan dengan jelas
tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah,
kasroh dan dhommah.

10.0 CABARAN DAN RINTANGAN

Antara cabaran yang saya lalui sepanjang menyiapkan kajian tindakan ini ialah
tempoh masa yang agak singkat memandangkan murid terpaksa dicutikan akibat
Pandemik Covid-19. Justeru, saya perlu memanafaatkan masa dan tempoh yang ada
dengan sebaiknya agar tidak menganggu program yang telah direncanakan oleh
pihak sekolah.

Selain itu, jadual masa yang berbeza menyukarkan saya untuk berbincang serta
menjalankan aktiviti kepada murid yang disasarkan. Tambahan lagi, tidak semua
daripada saya mengajar murid tahun 4 UTM B10. Justeru, saya perlu mencari peluang
dan ruang yang ada untuk menjalankan aktiviti kepada murid sebagaimana yang
dirancang.

Ketiga, sikap murid juga menjadi antara cabaran dalam menyiapkan kajian tindakan
ini. Beberapa orang murid dilihat sangat sukar untuk dihubungi terutamanya semasa
dalam tempoh Cuti PKP ini.

11.0 RUMUSAN

Rumusan daripada kajian tindakan yang dijalankan, saya mendapati semua murid
telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Namun begitu, murid gagal mengingat dan
membaca huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah dengan betul.
Maka, guru perlu lebih kreatif dan peka dalam membantu dan membimbing murid
mengenal huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah kaedah
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan dapat diingati dalam jangka masa yang
panjang oleh murid.

RUJUKAN

Siti Faizah Said, Asmawati Suhid, Fathiyah Mohd Fakhruddin, Othman Talib. (2018),
Penggunaan Teknik Kolaboratif Dalam Pengajaran Modul Khatam Al-Quran J-Qaf,
Jurnal AL-ANWAR. Volume 5, No. 1, June 2018: 49- 64

Surul Shahbudin Hassan. & Muhammad Azhar Zailani. (2015), Bentuk-Bentuk Kesalahan
Bacaan Al-Quran Pelajar Di Sebuah IPTA, The Online Journal of Islamic Education.
Vol.3 Issue 2

Ahmad Fitri Mat Rusop. (2019), Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Qur’an Rasm ‘Uthmani
Riwayat Hafs Imam ‘Asim, Fatehah Learning Centre, Kuala Lumpur.

As’ad Humam. (2009), Iqra’ Cara Cepat Belajar Membaca Al-Quran Rasm ‘Uthmani,
Darul Fikir, Kuala Lumpur.

As’ad Humam. (2014), Ilmu Tajwid Cara Cepat Dan Berkesan, Darul Kitab,

LAMPIRAN
Soalan Soal Selidik

Soalan 1 : Adakah kamu mengenal huruf-huruf hijaiyyah?
Soalan 2 : Adakah kamu boleh membaca huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah?
Soalan 3: Adakah kamu boleh membaca huruf-huruf hijaiyyah berbaris kasroh?
Soalan 4 : Adakah kamu boleh membaca huruf-huruf hijaiyyah berbaris dhommah?
Soalan 5 : Adakah kamu dapat membaca huruf-huruf hijaiyyah pelbagai baris sekiranya
mengikut turutan huruf?
Soalan 6 : Adakah kamu dapat membezakan bacaan huruf-huruf hijaiyyah berbaris
fathah, kasroh dan dhommah?

‫‪Soalan Pra dan Pos‬‬ ‫ب تن‬
‫کفل‬
‫منح‬
‫تجأ‬ ‫خدز‬
‫رطش‬ ‫ىوق‬
‫سذء‬

Laporan Bergambar

Pengenalan dan pengajaran Kaedah Emoji dalam mengenal dan membaca huruf-
huruf hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah

Video ujian pra dan ujian pos


Click to View FlipBook Version