The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN AKHIR LM 2_MUHAMAD HUSAINI (DB180163)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdhusaini007, 2022-07-13 05:46:01

LAPORAN AKHIR LM 2_MUHAMAD HUSAINI (DB180163)

LAPORAN AKHIR LM 2_MUHAMAD HUSAINI (DB180163)

1.4 Menjelaskan asas-asas kepegawaian dan
kepengadilan

1.4.1 Mengenalpasti ciri-ciri dan peranan seorang
pengurus, jurulatih dan pengadil

1.4.2 Menghurai prinsip dan etika seorang
pengurus, jurulatih dan pengadil

KEMAHIRAN KHUSUS

1.5 Mengelolakan aktiviti

1.5.1 Merancang aktiviti:

a. Menerangkan prosedur penyediaan kertas
kerja

b. Menerangkan prosedur penyediaan kertas
kerja

1.5.2 Melaksanakan aktiviti:

a. Menerangkan prosedur pelantikan
jawatankuasa

b. Menjalankan mesyuarat

c. Melaksanakan aktiviti

1.5.3 Memimpin melalui penganjuran aktiviti:

a. Menyelaras tugas semasa penganjuran
aktiviti

b. Menyelesaikan konflik/masalah semasa

c. Menerapkan amalan 3R (Reduce,
Reuse, Recycle) dalam perancangan
dan pelaksanaan aktiviti.

P 08:01 Mini Projek 11
(40%) 12
13

14

SENARAI SEMAK
OLEH

PEMBIMBING



LAPORAN
JURNAL
REFLEKSI
AKHIR

CABARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SECARA ATAS
TALIAN BAGI SUBJEK “CONTRACT AND ESTIMATING” DI POLITEKNIK

SULTAN IDRIS SHAH

Muhamad Husaini Bin Mohamad Kamilan¹
Suzielahyati Binti Yahya²
Yusmarwati Binti Yusof ³

¹’³Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
²Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor

¹[email protected], ²[email protected], ³[email protected]

Abstrak

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang sering digunakan dalam dunia pendidikan adalah
secara bersemuka dengan pelajar menggunakan ruangan pembelajaran seperti bilik darjah.
Namun begitu, dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk
negara Malaysia telah menyebabkan munculnya satu kaedah baharu yang diperkenalkan untuk
menyampaikan ilmu iaitu sesi pembelajaran yang menggunakan kaedah secara atas talian.
Kaedah sesi pembelajaran yang baru diperkenalkan ini telah diguna pakai bagi semua peringkat
institusi pendidikan di Malaysia. Hal yang demikian, perubahan yang amat ketara dapat dilihat
menerusi perubahan dari segi kaedah penyampaian sesi pembelajaran dan pengajaran dalam
kalangan pelajar dan tidak ketinggalan juga dalam kalangan pensyarah. Pelatih telah diberi
peluang untuk mengajar subjek “Contract and Estimating” bagi kelas DKA2B. Sepanjang 14
minggu sesi pembelajaran, kelas telah dijalankan secara atas talian dan ini merupakan antara
cabaran yang perlu ditempuh oleh pelatih kerana ini merupakan pengalaman pertama pelatih
untuk mengajar secara atas talian. Pelbagai jenis kaedah pembelajaran yang telah diaplikasikan
oleh pelatih supaya dapat memastikan para pelajar tidak berasa bosan sekaligus mengekalkan
fokus mereka. Penulisan refleksi ini akan melihat sedikit sebanyak cabaran yang dihadapi oleh
pelatih serta para pelajar sepanjang perlaksanaan sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas
talian.

Kata kunci: pembelajaran secara atas talian, cabaran, pandemik Covid-19

1.0 Pengenalan

Pelatih telah berjaya menjalani kursus Latihan Mengajar sepanjang 14 minggu di Politeknik
Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam bermula daripada 21 Mac 2022 sehingga 1 Julai 2022.
Sepanjang tempoh ini telah banyak pengalaman dan kenangan yang diperolehi oleh pelatih
sehingga sukar untuk dilupakan. Namun begitu, walaupun banyak pengalaman manis yang
pelatih perolehi, pelbagai cabaran yang pelatih perlu tempuhi untuk melaksanakan sesi
pembelajaran dan pengajaran. Apabila bermulanya pandemik Covid-19 yang mula menyerang
seluruh dunia termasuklah Malaysia, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
mengumumkan penutupan institusi pendidikan di seluruh Malaysia yang berpunca daripada
kenaikan kes jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi. Akibatnya, segala bentuk sesi
pembelajaran dan pengajaran harus dilaksanakan secara atas talian dan ini merupakan salah
satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pelatih.

Sistem pembelajaran atas talian ataupon e-pembelajaran mampu menjadi satu medium
pembelajaran penting yang akan membantu para pelajar dan pensyarah sepanjang proses PdP
berjalan. Menurut Stallings (2010), pelajar-pelajar yang mempelajari secara maya mampu
mempamerkan pengetahuan serta kebolehan yang setara dengan pelajar yang belajar secara
konvensional. Di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) sendiri, pembelajaran secara atas talian
telah lama dipraktikkan sebagai salah satu instrumen pelengkap yang dapat meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. UTHM telah menggunakan beberapa jenis
aplikasi pembelajaran atas talian seperti Author, Edmodo, Mooc, Google Classroom dan
beberapa jenis aplikasi atas talian yang lain. Bagi sesi pembelajaran di PSIS pula, mereka telah
menggunakan aplikasi Microsoft Teams untuk perlaksanaan kelas secara atas talian.

Menurut Shahfiezul dan Fariza (2015), fenomena dalam gelombang teknologi
maklumat yang semakin berkembang terutamanya dalam bidang kuasa digital dan
perkomputeran telah memberi cabaran kepada sistem pendidikan termasuklah dalam bidang
teori pembelajaran untuk turut berubah. Impaknya dilihat kini ruang siber telah menyediakan
ruang pembelajaran menerusi jarak jauh atau secara atas talian (online) melalui World Wide
Web (WWW) dengan bantuan alat-alat teknologi maklumat serta komunikasi seperti telefon
bimbit, komputer riba dan sebagainya. Namun begitu, tanpa pengetahuan serta kemahiran
dalam bidang teknologi mahupon ICT, seseorang individu itu agak sukar untuk mereka
bersaing dalam dunia moden ini. Kaedah PdP yang dijalankan secara atas talian ini
memerlukan para pelajar serta pensyarah memberikan komitmen yang tinggi terutamanya dari

segi pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi maklumat, penyediaan peranti atau gajet
digital dan mempunyai akses internet yang berkualiti.

Sebagai seorang pensyarah, adalah penting untuk menyediakan bahan pengajaran yang
cukup serta mampu menarik perhatian para pelajar sepanjang sesi pembelajaran. Seperti kita
tahu bahawa bagi para pelajar masih berada di rumah memandangkan institusi masih ditutup.
Oleh kerana itu, para pelajar akan mudah merasa bosan atau cepat mengantuk memandangkan
persekitaran pembelajaran yang kurang kondusif apabila berada di rumah. Jadi pensyarah
memainkan peranan yang amat penting supaya penyediaan bahan pengajaran dapat menarik
perhatian para pelajar sekaligus mengelakkan mereka mudah mengantuk. Teknik-teknik seperti
perbincangan secara berkumpulan, permainan interaktif, slaid pembentangan yang menarik
sedikit sebanyak akan membantu menarik perhatian para pelajar.

2.0 Bisikan Hati

Sepanjang 14 minggu menjalani kursus Latihan Mengajar di Jabatan Kejuruteraan Awam,
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), pelatih telah ditempatkan untuk mengajar Diploma
Kejuruteraan Awam. Untuk makluman Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan 3 aliran
kursus iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dan Diploma
Seni Bina. Pelatih telah diberikan tanggungjawab dan amanah untuk mengajar subjek
“Contract and Estimating” bagi kelas DKA2B. Pelatih telah melapor diri pada 21 Mac 2022
dan ini merupakan hari pertama pelatih sebagai pensyarah. Pelatih telah diserahkan kepada
Puan Suzielahyati binti Yahya yang merupakan pensyarah pembimbing pelatih sepanjang 14
minggu pelatih di sini. Sesi pengajaran bagi subjek tersebut akan dilaksanakan secara atas
talian memandangkan para pelajar tidak pulang ke PSIS sepanjang semester ini. Pada minggu
pertama, pelatih telah diperkenalkan oleh pensyarah sebenar kepada pelajar kelas DKA2B dan
sedikit sesi memperkenal diri. Para pelajar dilihat agak bersemangat semasa sesi berkenalan
berkenaan.

Seterusnya, sepanjang minggu kedua dan ketiga, pelatih dapat memerhatikan bahawa
segelintir pelajar kerap masuk lewat ke dalam kelas menerusi platform Microsoft Teams
dengan alasan terlewat bangun, masalah internet dan sebagainya. Pelatih berpendapat bahawa
masalah ini berpunca kerana semester baru sahaja bermula menyebabkan para pelajar belom
dapat menyesuaikan diri dan berasa kekok. Minggu-minggu yang berikutnya para pelajar
dilihat semakin dapat menyesuaikan diri dan sentiasa masuk ke kelas tepat pada masanya.
Namun bukan itu sahaja cabaran yang dihadapi oleh pelatih, antara cabaran lain yang dihadapi

pelatih sepanjang menjalani Latihan Industri adalah pelajar kurang memberikan tumpuan
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hal ini terbukti apabila pelatih ingin
bertanyakan soalan kepada pelajar atau membuat kaedah imbas kembali pelajar tidak dapat
menjawab soalan yang diajukan tersebut. Seterusnya cabaran lain adalah pelajar lebih gemar
untuk pasif di dalam kelas. Hal ini dilihat apabila pelatih gemar untuk bertanyakan soalan
kepada pelajar tetapi hanya pelajar yang sama sahaja akan bersuara. Pelatih perlu memanggil
nama pelajar berulang kali barulah pelajar akan memberi respon terhadap pertanyaan pelatih.
Terdapat juga situasi dimana pelajar yang dipanggil langsung tidak memberi respon kerana
tidak memberikan perhatian atau tertidur semasa kelas berlangsung.

Seterusnya, penggunaan bahan pengajaran yang menarik amat penting kerana pelajar
dilihat lebih menumpukan perhatian apabila pelatih mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran.
Contohnya seperti slaid pembentangan yang cantik, video-video tambahan lain,
mengaplikasikan permainan interaktif seperti Quizizz dan sebagainya. Akhir sekali, pelatih
juga perlu menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar untuk mengelakkan pelajar merasa
bosan dan kekal memberikan fokus sepanjang kelas berlangsung.

3.0 Menganalisis dan Menilai

Sepanjang tempoh Latihan Mengajar ini, pelatih mendapati bahawa walaupon pelajar hadir
lambat ke kelas, mereka akan memberitahu kepada guru kerana khawatir kehadiran mereka
tidak diambil. Selain itu juga, pelajar didapati lebih cenderung untuk menjawab soalan apabila
nama mereka dipanggil berbanding guru bertanya secara rawak kerana pelajar lebih gemar
mendiamkan diri. Tambahan lagi, sesi soal jawab yang dijalankan oleh pelatih bersama pelajar
dilihat dapat mengekalkan fokus pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Seterusnya, pelatih dapati pelajar tertarik untuk memberi respon yang sangat baik
dan juga lebih aktif sewaktu kelas apabila diselitkan beberapa aktiviti semasa kelas
berlangsung. Melalui aktiviti tersebut secara tidak langsung membantu pelatih untuk mengesan
pelajar yang kurang faham berkenaan dengan isi pelajaran yang disampaikan oleh pelatih.
Walaubagaimanapun, pelajar kembali pasif dan kehilangan fokus sewaktu pelatih
menyampaikan fakta-fakta teori.

Selain itu, pelatih juga perlu memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pelajar di
dalam kelas supaya pelajar tidak berasa bosan dan mengantuk. Pelatih juga menyedari bahawa
tugasan yang diberikan oleh pelatih kepada pelajar semasa sesi pengajaran berlangsung sangat
membantu untuk memastikan para pelajar memahami topik pembelajaran dengan baik. Pelatih

juga merasakan perlu mempelbagaikan lagi aktiviti dalam kelas supaya pelajar tidak bosan dan
kekal aktif.

4.0 Kesedaran Baru

Setelah menganalisis sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sepanjang tempoh
Latihan Mengajar, kesedaran yang diperolehi pelatih perlu membuat lebih banyak bacaan
daripada pelbagai rujukan lain dan tidak hanya bergantung harap pada nota yang diberikan oleh
pensyarah lain sebelum pelatih memulakan proses pengajarannya. Pelatih perlu melakukan
pembacaan daripada internet mahupun sumber-sumber lain bagi mendalami sendiri sesuatu
ilmu tersebut supaya pelatih benar-benar faham berkenaan dengan sesuatu topik tersebut.
Pelatih juga menyedari bahawa intonasi suara haruslah sesuai semasa kelas atas talian agar
mampu untuk menarik perhatian pelajar dan membantu pelajar untuk mengekalkan fokus
mereka.

Selain itu juga, pelatih juga perlu untuk mempelbagaikan aktiviti semasa mengajar dan
lebih memfokuskan kepada pendekatan berpusatkan pelajar. Sebagai contoh, memberi tugasan
kepada pelajar untuk membuat infografik, membuat kuiz ringkas menggunakan Quizziz dan
sebagainya. Aktiviti lain seperti perbincangan secara kumpulan atau perbincangan bersama
guru seperti membuat soalan tutorial juga dilihat sebagai salah satu usaha yang dapat
menggalakkan para pelajar untuk aktif dalam kelas.

Menurut Tandiseru (2015) kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif boleh dibangunkan
dalam persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar, yang menyediakan ruang untuk pemikir
intelek dan bebas yang berkembang. Oleh kerana itu, pelatih telah memperbanyakkan kaedah
pembelajaran berpusatkan pelajar dengan melakukan aktiviti berkumpulan menggunakan
platform seperti Quiziz, Crossword Puzzle, dan sebagainya.

5.0 Cadangan dan Tindakan

Sesi penyampaian maklumat dengan menerapkan pelbagai kaedah pembelajaran seperti
ABBM yang menarik boleh diaplikasikan melalui bimbingan (Shafee, 2019). Pelatih
mencadangkan beberapa cadangan dan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi
permasalahan yang wujud. Pelatih mencadangkan beberapa cadangan dan tindakan seperti
yang berikut:

i) Menggunakan intonasi yang lebih sesuai bergantung kepada topik pembelajaran
seperti teori, pengiraan dan sebagainya.

ii) Menggunakan medium lain dan mempelbagaikan pengguna ABBM untuk
menyampaikan maklumat seperti penggunaan video, lakaran dan gambar.

iii) Menjalankan aktiviti atau permainan diantara sesi pembelajaran seperti
melaksanakan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz dan Wordwall.

iv) Menggunakan media sosial atau aplikasi atas talian lain untuk menggalakkan
penyertaan pelajar seperti membuat video pembelajaran menggunakan aplikasi
Tiktok, Instagram, Facebook dan sebagainya.

v) Memperbanyakkan aktiviti sesama pelajar seperti meminta mereka untuk
menyediakan peta minda, infografik dan video kretif untuk sesi pembentangan
dari pelajar.

vi) Menayangkan video sebenar tentang penggunaan sesuatu alat seperti video
tentang cara penggunaan mesin pembancuh simen supaya pelajar mendapat
pendedahan dunia sebenar kerana sesi pengajaran hanya mengajar secara teori
sahaja.

vii) Memastikan terdapat komunikasi dua hala diantara pelajar dan guru utuk
mengelakkan pelajar berasa bosan serta memastikan pelajar memberi sepenuh
perhatian semasa kelas berlangsung.

6.0 Kesimpulan

Sebagai keseluruhannya, sebagai seorang pensyarah di zaman yang serba maju ini, kita
perlulah bergerak lebih maju seiring dengan peredaran zaman. Tatkala cabaran yang dihadapi
dalam bidang pendidikan yang berpunca daripada pendemik Covid-19 ini, pensyarah perlu
mempelajari kemajuan-kemajuan teknologi baharu untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran
kita. Pensyarah perlu mengaplikasikan dan mempelbagaikan lagi teknik-teknik pengajaran
supaya ilmu yang disampaikan akan mudah difahami oleh para pelajar. Oleh yang demikian,
sedikit sebanyak cabaran yang dihadapi oleh pensyarah masa kini telah mampu memberi
peluang kepada mereka untuk sama-sama bergerak seririg dengan peredaran zaman. Dengan
munculnya pelbagai telefon pintar serta komputer-komputer yang lebih canggih, dilihat para
pelajar telah berjaya untuk menyesuaikan diri apabila gajet yang dimiliki oleh para pelajar
sendiri lebih maju berbanding dengan pensyarah. Oleh kerana itu, para pensyarah juga perlu
mempunyai gajet-gajet yang setanding dengan para pelajar supaya penyampaian ilmu dapat
disampaikan dengan baik. Bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada institusi

pendidikan speerti komputer, tablet, touch pad dan sebagainya dapat membantu para pensyarah
dalam sesi pengajaran mereka. Ini kerana para pensyarah memainkan peranan yang amat
penting dalam menjadikan sesi penyampaian pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan di
mana dahaja dan menggunakan apa sahaja medium yang ada dalam melahirkan pelajar yang
bersedia dengan revolusi industri 4.0. Menurut Nik Mohd Rahimi et. al, (2002) di dalam
Noradilah dan Lai (2019), menjelang era globalisasi yang semakin maju ini telah menjadikan
sistem pendidikan di negara kita mampu bergerak seiring dengan teknologi sekarang kerana
masyarakat di zaman ini telah berubah mengikut arus permodenan yang begitu canggih.

Namun bukan itu sahaja, para pensyarah haruslah pandai dalam mempelbagaikan cara
penyampaian ilmu mereka supaya para pelajar dapat memahami dengan baik lebih-lebih lagi
apabila sesi pengajaran dilaksanakan secara atas talian. Bukan mudah untuk para pelajar
memahami topik pembelajaran apabila berkaitan dengan topik pengiraan. Oleh kerana iu juga,
para pensyarah harus mengoptimumkan penggunaan segala sumber yang ada menerusi
pelbagai maklumat-maklumat yang boleh didapati di internet demi memastikan ilmu yang
disampaikan kepada para pelajar dapat difahami dengan baik.

7.0 Rujukan

Mohd Fairuz Jafar, Mat Rahimi Yusof, Hapini Awang. (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam
Talian Semasa Pandemik COVID 19. Universiti Utara Malaysia.

Shafee, Salwati Z. A. (2019). Peranan Amalan Bimbingan Dalam Meningkatkan Pembelajaran
Professional Pensyarah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1-26

Shahfiezul Shahaimi, Fariza Khalid, (2015). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog
(VLEFROG) di Sekolah-sekolah di Malaysia: Perlaksanaan dan Cabaran.

Stalling, W. (2010). Wireless Communication and Networks. Person Education India.

Tandiseru, S. R. (2015). The Effectiveness of Local Culture-Based Mathematical
Heuristic-KR Learning towards Enhancing Student's Creative Thinking Skill. Journal
of Education and Practice, 6(12), 74-81.

LAPORAN
KEHADIRAN/
KOKURIKULUM/
PENGURUSAN
DAN SAHSIAH







LAMPIRAN
DOKUMEN

SEMBANG
SANTAI

BERSAMA
ALUMNI:
KEJURUTERAAN
DALAM
KETENTERAAN

1.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
2.0 POSTER DAN GAMBAR PENGLIBATAN PROGRAM



WEBINAR
KEPIMPINAN
(MEMBENTUK
MENTALITI

PEMIMPIN
BERKUALITI

1.0 POSTER DAN GAMBAR PENGLIBATAN PROGRAM



MAJLIS
PENUTUPAN
PROGRAM

GREEN CAMPUS
PSIS 2022

1.0 SIJIL PENGHARGAAN

PROGRAM
DASSKILL
COMPETITION

(DASCOM 1.0)
2022

1.0 POSTER DAN GAMBAR PENGLIBATAN PROGRAM



MAJLIS
ANUGERAH
KETUA JABATAN

2022

1.0 MEMO LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA





2.0 POSTER DAN GAMBAR PENGLIBATAN PROGRAM

JOM BORAK
BERSAMA

UTHM: ANTARA
UNIVERSITI VS

KERJAYA.
KEMANAKAH

KITA?

1.0 KERTAS KERJA PROGRAM

1.0 NAMA AKTIVITI / PROJEK

Jom Borak Bersama UTHM: Antara Universiti vs Kerjaya. Kemanakah Kita?

2.0 LATAR BELAKANG / RASIONAL

Program Jom Borak Bersama UTHM: Antara Universiti vs Kerjaya, Kemanakah Kita?
merupakan anjuran pelajar latihan mengajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sesi
2021/2022 dengan kerjasama Unit Pengurusan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Kejuruteraan
Awam. Program ini memfokuskan untuk memberi pendedahan kepada pelajar semester akhir
berkenaan hala tuju mereka sama ada ingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana
Muda ataupun memilih kerjaya dalam bidang berkaitan selepas tamatnya belajar. Ini kerana
perancangan sesebuah kerjaya dan matlamat amat penting untuk dipupuk daripada peringkat
awal demi mencapai hala tuju kehidupan seseorang individu pada masa hadapan. Selain itu,
program ini juga memberi perkongsian dan pendapat dua orang panel jemputan yang telah
bergiat aktif di dalam mahupun luar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan kini
telah menceburi bidang kerjaya. Oleh itu, sesi perkongsian ini telah menjemput dua orang
alumni daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia iaitu Lt.Muda (PA) Ammar Adnan yang
merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia 19/20 serta Felo Perdana kepada YB Dato Seri
Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia dan juga Saudara
Muhammad Norarfan bin Norazmi yang merupakan alumni ADUN Muda Selangor serta kini
menjadi Protege – Project Engineer di IKHASAS Group (Infra Sdn. Bhd)

3.0 KLUSTER AKTIVITI

Pelajar semester 4 dan 5 (DKA, DAS & DSB)

4.0 OBJEKTIF / OUTCOME

a. Memberi pendedahan kepada pelajar semester akhir mengenai hala tuju mereka
selepas tamat belajar.

b. Memberi perkongsian kepada pelajar mengenai keperluan serta mengambil peluang
untuk bergiat aktif ketika zaman belajar sebagai kelebihan pada masa hadapan.

c. Memberi motivasi kepada pelajar untuk menentukan matlamat kehidupan sebelum tamat
belajar.

d. Mewujudkan jalinan kolaborasi yang baik antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) dan Politeknik Sultan Idris Shah.

5.0 BUTIRAN AKTIVITI : 16 Jun 2022
Tarikh : Khamis
Hari : Seperti di jadual tentatif bawah
Tentatif

TARIKH MASA AKTIVITI JUMLAH KELAS
2.30 ptg – 2.45 ptg JAM -
16 Jun 2.45 ptg – 3.00 ptg -
2022 INTERKASI
(Khamis) 3.00 ptg – 4.30 ptg
4.30 ptg – 5.00 ptg Pendaftaran dan -
persediaan program

Perasmian program oleh -
Yang Berusaha Ts. Nizam

bin Mohd Nasir (TPA
PSIS)

Sesi perkongsian bersama 1 jam DAS4, DKA4,
panel jemputan daripada 30 minit DSB4, DAS5,
DKA5 & DSB5
UTHM 30 minit
DAS4, DKA4,
Sesi cabutan bertuah, DSB4, DAS5,
rumusan program dan DKA5 & DSB5

penutup

Jumlah Jam Interaksi PPI : 2 jam
Tempat : Secara atas talian (Microsoft Team)
Anjuran :Pelajar Latihan Mengajar UTHM dengan
kerjasama Unit Pengurusan dan Pembangunan
Bilangan Peserta Pelajar, Jabatan Kejuruteraan Awam
Peringkat Penyertaan
:159 orang pelajar (Rujuk Lampiran 1)
: Politeknik

6.0 PELAN RISIKO

6.1.1 Pemakluman perlaksanaan program kepada semua peserta perlu dilakukan seminggu
6.1.2 lebih awal sebelum program ini berlangsung bagi mengelakkan masalah pelajar yang
tidak dapat menyertai program ini atas faktor jadual padat.
Membuat uji lari (rehearsal) sehari sebelum program bagi mengelakkan masalah
teknikal berlaku ketika melaksanakan ceramah secara atas talian (online)

7.0 BUTIRAN PANEL

7.1 Penceramah Pertama

Penceramah Lt. Muda (PT) Ammar Adnan

Alamat No 13, Jalan Meranti, Taman Kemang 81900 Kota
Tinggi, Johor.

No. Telefon 017-7207517

7.2 Penceramah Kedua

Penceramah En. Muhammad Norarfan bin Norazmi
Jawatan Protege – Project Engineer

Alamat IKHASAS Group (Infra Sdn. Bhd.)
No. Telefon Tingkat 3, No.2A, Jalan BP 4/6, Bandar Bukit
Puchong Industrial Park, 47120 Puchong, Selangor.

011-19713237

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Kos yang telah dibelanjakan sepanjang aktiviti melibatkan peruntukkan dari
Anggaran Belanja Mengurus (ABM)

SUMBER PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH
KEWANGAN PER UNIT (RM)

OS42 (RM)
AKTIVITI
PELAJAR Cenderahati Cabutan 20 25.00 500.00
Bertuah
SKPK
Sijil Penghargaan 10 - -

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 500.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung Program
Ts. Nizam bin Mohd Nasir

Penasihat Program I
Pn. Saedah Johnny Noakes

Penasihat Program II
En. Khairool Anwar Bin Alias

Pengarah Program / Moderator
Cik Nurnabilah Faizureen Binti Mohd Mokhtar

Timbalan Pengarah Program
Pn. Nur Shuhada binti Arbaan

Setiausaha Program & Multimedia
En. Muhamad Husaini bin Mohamad Kamilan

Bendahari
Pn. Noor Farahin Binti Bain

JK Pendaftaran
Pn. Siti Nurehan bt Omar
En. Mohd Izuddin bin Mahmood

JK Teknikal
En. Mohd Rizal Bin Abd Rahim

10.0 IMPAK AKTIVITI

Setelah berakhirnya program ini:

a. Para pelajar dapat diberi pendedahan melalui program ini mengenai hala tuju mereka
sama ada ingin meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau memilih kerjaya
selepas mereka tamat belajar.

b. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi melalui interaksi dengan pihak
panel jemputan melalui soalan.

c. Pelajar dapat mengambil peluang untuk bergiat aktif ketika zaman belajar melalui
perkongsian pengalaman panel jemputan sebagai kelebihan pelajar pada masa hadapan.

d. Memperkasakan jalinan kolaborasi yang baik bersama pihak Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) dan memberi kesan yang baik untuk jangkamasa yang panjang
kepada JKA dan PSIS.

11.0 KELULUSAN

Pihak Pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah dipohon mempertimbangkan dan meluluskan
program Jom Borak Bersama UTHM: Antara Universiti vs Kerjaya. Kemanakah Kita?
ini.

SKOP TUGAS JAWATANKUASA:

JAWATAN TUGAS
PENAUNG
PROGRAM • Meluluskan kertas kerja program setelah disemak dan disokong.
PENASIHAT
PROGRAM I & II • Menyemak dan menyokong kertas kerja program.
• Memberi nasihat dalam segala urusan berkaitan program.
PENGARAH
PROGRAM ● Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.
● Penggerak bagi keseluruhan gerak kerja program.
SETIAUSAHA & ● Membuat sebarang keputusan berkaitan program atas nasihat pengerusi
MULTIMEDIA
dan penasihat program.
BENDAHARI ● Memastikan semua AJK melaksanakan tugas.
● Membentuk ahli jawatankuasa dan justifikasi tugas.
JAWATANKUASA ● Membantu kerja-kerja yang diperlukan dari semasa ke semasa.
PENDAFTARAN ● Mencatat minit mesyuarat / surat menyurat.
JAWATANKUASA ● Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail

TEKNIKAL untuk rujukan.
● Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.
● Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat.
● Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat kepada yang

berkenaan.
● Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda

mesyuarat.
● Menyediakan E-Banner rasmi bagi program ini.
● Menyediakan LO dan dokumen kewangan berdasarkan kertas kerja.
● Mengumpul semua dokumen berkaitan kewangan program.
● Menguruskan perihal pembayaran melalui unit kewangan kepada

pembekal.
● Menyediakan dokumentasi bagi pembayaran penceramah program
● Menyediakan laporan kewangan untuk tujuan pelaporan akhir

program.
● Menyediakan Google Form seminggu sebelum program

dilangsungkan.
● Menguruskan proses pendaftaran pelajar melalui link Google Form

sewaktu program.
● Menyediakan platform yang bersesuaian bagi memastikan program

berjalan dengan lancar.
● Memastikan masalah teknikal dapat diatasi sewaktu program

berlangsung.

LAMPIRAN 1:
SENARAI NAMA

PESERTA

KELAS DAS4A:

BIL NO PENDAFTARAN NAMA PELAJAR

1 17DAS20F1001 ROSBINA KHAW TOON KHANG

2 17DAS20F1002 NUR ALEYA IZZATIE BINTI SEZALI

3 17DAS20F1003 MUHAMMAD ZAKWAN BIN AZHAR

4 17DAS20F1004 NURALISH SYUHADAH BINTI MOHD SAMSUL

5 17DAS20F1005 SITI NORSYAFINAH BINTI HASPULAH

6 17DAS20F1006 NUR ATIQAH BINTI AHMAD HULAIMI

7 17DAS20F1007 AMIR YUSUF BIN ZULKUNAIN

8 17DAS20F1008 NUR ATHIRAH ZAHIAH BINTI HAMZAH

9 17DAS20F1009 DINIE ATHIRAH BINTI MAROZI

10 17DAS20F1010 LAHVINYA A/P RAJAH

11 17DAS20F1011 ADAM BIN KITLI

12 17DAS20F1012 NUR AIN SYAFIQAH BINTI SAFARI

13 17DAS20F1013 PHILEANA ZELDA LEONG

14 17DAS20F1014 KIRBASRI A/P REHO

15 17DAS20F1015 NUR QISTINA ATIKAH BINTI RASIDI

16 17DAS20F1016 NURUL AIN BINTI FAIZUL ARIFIN

17 17DAS20F1017 MUHAMMAD NAZRI BIN ABDUL RAHIM

18 17DAS20F1018 HENG RUO CHIN

19 17DAS20F1019 DHARSHINI A/P CHANDRAN

20 17DAS20F1020 AHMAD AMMAR FARIS BIN AHMAD KAMAL

21 17DAS20F1021 DAYANA BATRISYIA BINTI AHMAD NAJID

22 17DAS20F1022 NURLELA SARI BINTI ZULBAHARIM

23 17DAS20F1023 MUHAMMAD ARIFF BIN JABBAR

24 17DAS20F1024 LAAVANYAA A/P THARUMALINGAM

25 17DAS20F1025 FRENCYANNA JINUIN

26 17DAS20F1026 ZUHAIZHAD BIN ROSLI

27 17DAS20F1027 FATIMAH ZAHRAH BINTI MAHMOD

28 17DAS20F1028 ALYA FARIHAH BINTI MOHD ZAIFHWAN

29 17DAS20F1029 AHMAD FUADI BIN ANUAR

30 17DAS20F1030 ABDUL HALEEM BIN ANVAR SADATH

31 17DAS20F1031 MUHAMMAD AMIER IRFAN BIN RAMLAN

KELAS DKA4A:

BIL NO PENDAFTARAN NAMA PELAJAR

1 17DKA20F1002 NUR AIRIN AFIFAH BINTI YUSRIMAN
2 17DKA20F1004 CHE NURAISYA BINTI CHE ROSLEE
3 17DKA20F1006 NURUL IZZANI BINTI RUSLI
4 17DKA20F1008 NUR ALIFAH IRDINA BINTI NORHALIM
5 17DKA20F1010 NURUL INTAN MAISARAH BINTI ZULMADEE
6 17DKA20F1012 MUHAMMAD LUQMAN ARIF BIN ABDUL HALIM
7 17DKA20F1014 NUR SYAHANIM BINTI JAMAL
8 17DKA20F1016 MUHAMAD ILMAN ZIKRI BIN HAIRULNIZAM
9 17DKA20F1018 IYLIA INSYIRAH BINTI MOHD KHAIRUL RIZAL
10 17DKA20F1020 SITI NOR AIZAH BINTI NOR AZIZAN
11 17DKA20F1022 NUR LIYANA BINTI BADRUL HISAM
12 17DKA20F1024 MUHAMMAD HAZIQ SUFI BIN MOHD OTHMAN
13 17DKA20F1026 MUHAMMAD AMMAR BIN ISHAK
14 17DKA20F1030 PUTRI NASUHA BINTI MD RIZAL
15 17DKA20F1032 SITI AMINAH BINTI OSMAN
16 17DKA20F1034 NURFARISHAH BALQIS BINTI YANG ROSDI
17 17DKA20F1036 WAN NASUHA HANIM BINTI WAN AHMAD
18 17DKA20F1038 ABDULLAH AMMAR BIN MOHD NOR HIZER
19 17DKA20F1040 NURUL AIDA BINTI DAUD
20 17DKA20F1042 NURSYAHIDA BINTI ZAKARIA
21 17DKA20F1044 MOHAMAD SHAMIR BIN MUSTAFA KAMAL ISRAK
22 17DKA20F1046 NUR KAMALIN JAZLINA BINTI MOHD RAZLAN
23 17DKA20F1048 HING JEE SHEEN
24 17DKA20F1050 NUR FATIN ILYNA BINTI YUSRI
25 17DKA20F1052 NURHUDA FARHANAH BINTI MUHAMAD FAIRUZ
26 17DKA20F1054 NURSYAFIAH SHAHDINA BINTI NORSAPARUDDIN
27 17DKA20F1056 MOHAMAD ALIF AZHAN BIN ZAINI
28 17DKA20F1058 SRI IRSWARANRAO A/L RAVIKKUMAR
29 17DKA20F1060 MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MOHD AZMAN
30 17DKA20F1999 MUHAMAD NORNIZAM BIN MD ALI

KELAS DKA4B:

BIL NO PENDAFTARAN NAMA PELAJAR

1 17DKA20F1001 NUR UMAIRAH BINTI ZULKAFLI
2 17DKA20F1003 AMIR YASSIN BIN MOHD NASRI
3 17DKA20F1005 NURSHAFINAZ BINTI MOHD AMIN
4 17DKA20F1007 MASTURA DIANA BINTI MASHUR
5 17DKA20F1009 MUHAMAD ZUHDI BIN KAMALRODIN
6 17DKA20F1013 MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIZAD
7 17DKA20F1015 AGENG PANGESTU BIN TRIMANTO
8 17DKA20F1017 MUHAMAD FIRDAUS BIN ANUAR
9 17DKA20F1019 SITI NURSYAMIMI BINTI ROSLEE
10 17DKA20F1023 MUHAMMAD AINUDDIN BIN ROSLAN
11 17DKA20F1025 ADILAH MAIZAN BINTI AHMAD MASRIN
12 17DKA20F1027 NORATIKAH BINTI BAHARUDIN
13 17DKA20F1029 MUHAMMAD DANIAL ADHA BIN MOHAMAD NOR
14 17DKA20F1031 NUR FAIZATUL A'IN BINTI ABDULLAH
15 17DKA20F1033 MAHMUD IRFAN BIN MUSYAKIR
16 17DKA20F1037 AMIRAH NADHIRAH BINTI MANSOR
17 17DKA20F1039 NUR ALIA NATASYAH BINTI MUHAMMAD DUARIS
18 17DKA20F1041 IQRA' ULUMUDDIN BIN MARSANI
19 17DKA20F1043 SHUHADA ASYIKIN BINTI CHEMANI
20 17DKA20F1045 MUHAMMAD HAQIMI AIDIL BIN ZAHRI
21 17DKA20F1047 NUR AFRINA DALILI BINTI AMRAN
22 17DKA20F1049 NUR AIN BINTI ABDOL RASHID
23 17DKA20F1051 IZZAT MIRZA BIN MANIRUL OTHMAN
24 17DKA20F1053 AZHAD KHUZAIRI BIN ABDUL HALIM
25 17DKA20F1055 MUHAMMAD AINUR IQBAL BIN ABDULLAH
26 17DKA20F1057 MUHAMAD RASIDI BIN ROSLI
27 17DKA20F1059 PAVITHRA A/P PERIASAMY NATHAN
28 17DKA20F1061 MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAIMAN

KELAS DSB4A:

BIL NO PENDAFTARAN NAMA PELAJAR

1 17DSB20F1001 NUR AINUL MURSYIDAH BINTI 'AINUDDIN

2 17DSB20F1002 NURHAYANI BINTI HELMI

3 17DSB20F1003 ANIS NURAFIQAH BINTI MOHAMAD FITRI

4 17DSB20F1004 NUR NADHRAH BINTI DAUD

5 17DSB20F1005 NURZAHIRAH BINTI RAHIM

6 17DSB20F1006 MAZNI BINTI MOHD ADROS

7 17DSB20F1007 FARAH IZZATI BINTI ZULKAFLI

8 17DSB20F1008 MUHAMMAD ARIEF HAZWAN BIN SABRI

9 17DSB20F1009 NUR AINA IZZATI BINTI ZULKEFLI

10 17DSB20F1012 NUR SYAZWANI AUNI BINTI MD SHAMSUDI

11 17DSB20F1014 MUHAMMAD RAFIQ IKHWAN BIN MOHAMAD

KELAS DKA5A:

BIL NO PENDAFTARAN NAMA PELAJAR

1 17DKA19F2001 SIVAMALAR A/P KHANDI
2 17DKA19F2002 MUHAMMAD AFIQ BIN AZHAR
3 17DKA19F2003 NURMILA NAJWA BINTI ABDUL RAZAK
4 17DKA19F2004 KARTHIHA A/P GOPALA KRISHNAN
5 17DKA19F2005 MUHAMMAD AMIRUL BIN AZHAR
6 17DKA19F2007 NURUL AIN BINTI HASHIM
7 17DKA19F2008 THURGASHINE A/P KANISAN
8 17DKA19F2009 MUHAMAD AMIRUL IDZHAM BIN MHD SAID
9 17DKA19F2011 MUHAMMAD NOOR AZMI BIN CHE DAH
10 17DKA19F2012 MUHAMMAD NOR IEMANN BIN SALEH
11 17DKA19F2013 ANIESHA SHAHIRA BINTI SALAM
12 17DKA19F2014 WAN KHAIRUL HAFIZI BIN WAN KHAIDZIR
13 17DKA19F2015 MOHAMAD HAMBALI BIN AHMAD MUHIDIN
14 17DKA19F2016 ZURFARHAN BIN AZMAN
15 17DKA19F2017 NUR FATIN BINTI HAMZANI
16 17DKA19F2018 MUHAMMAD ILIAS BIN AHMAD EZANEE
17 17DKA19F2019 MUHAMMAD NAJMAN HARITH BIN KHAIRIL ASLAN
18 17DKA19F2020 FITRI NAJWA BINTI ABDULLAH
19 17DKA19F2021 MUHAMMAD IRSYAD HANI BIN MOHD HANIF
20 17DKA19F2022 MUHAMMAD AIMAN NAJMI BIN ZAIN ARIFFIN
21 17DKA19F2023 MUHAMMAD ZULFITRI BIN AZMI
22 17DKA19F2026 NURUL FARAHANA BINTI ZAIRIASWAN
23 17DKA19F2027 NURUL FATEHAH BINTI ANUAR
24 17DKA19F2029 MUHAMMAD ARIEFF ISKANDAR
25 17DKA19F2031 AISHWARYA SHRI A/P SIVALINGAM
26 17DKA19F2999 KATHIRAVEN A/L R.BALAMURUGAN

KELAS DKA5B:

BIL NO PENDAFTARAN NAMA PELAJAR

1 17DKA19F1075 MUHAMMAD MARZUKI BIN SHAZALI

KELAS DAS5A:

BIL NO PENDAFTARAN NAMA PELAJAR

1 17DAS19F2001 NABIIHAH BINTI NOOR MALEK

2 17DAS19F2002 NORHIDAYAH BINTI ROSLAN

3 17DAS19F2003 NURHASIMAH BINTI SHAHRAN

4 17DAS19F2004 NURAZZARIENA BINTI ABU BAKAR

5 17DAS19F2005 MUHAMMAD ASYRAF BIN ABDUL KADIR

6 17DAS19F2007 MAISARAH BINTI MOHD HISHAM

7 17DAS19F2008 UMMI ZULAIKHA BINTI IBRAHIM

8 17DAS19F2009 THARISHNI A/P RAVICHANDRAN

9 17DAS19F2010 NUR ATIKAH NAZIRA BINTI MAZLAN

10 17DAS19F2013 STEVEN ROY A/L JEVA RATNAM

11 17DAS19F2015 NOR AISHAH BINTI FIRDAUS

12 17DAS19F2016 NUR DIANA ALISA BINTI AZLAN

13 17DAS19F2017 NORHANIDA BINTI ROSMAN

14 17DAS19F2018 SITI AISHA BINTI SAMIR

15 17DAS19F2020 MUHAMMAD ANIQ HAFIZY BIN MD RADI

16 17DAS19F2021 DEVA HARISH A/L MURALY

17 17DAS19F2022 LOKMAN HAKIM BIN AHMAD FAIZAL

18 17DAS19F2023 NAGESHWARI REDDY A/P GOPALAKRISNAN

KELAS DSB5A:

BIL NO PENDAFTARAN NAMA PELAJAR

1 17DSB19F2001 NUR A'ADILAH WAFA'A BT ZAKARIAH

2 17DSB19F2002 ROGITA A/P RAMAN

3 17DSB19F2003 DANEAL BIN ARIFF @ MOHD ARIFF

4 17DSB19F2004 MOHD IQBAL FIRDAUS BIN MOHD BADRI ALAIL

5 17DSB19F2005 MOHAMMAD ADAM RIFQI BIN ABDUL RAHANI

6 17DSB19F2006 NURMAN SYAKIR BIN MOHAMMAD ALI

7 17DSB19F2007 GUNASUNDARI A/P MUNIANDY

8 17DSB19F2008 NURUL ASYIKIN BINTI AMALUDIN

9 17DSB19F2009 NATASHA BINTI ABU BAKAR

10 17DSB19F2010 ARIBAH AMNI BINTI MOHAMMAD NAZRI

11 17DSB19F2011 MUHAMMAD HAZIQ DANIAL BIN ANIZAL SHAMSUL

12 17DSB19F2012 MUHAMMAD AKMAL BIN KARIM

13 17DSB19F2015 NURUL SYAKIRA BINTI ZOL

14 17DSB19F2999 NUQMAN BIN SHAMSUL BAHRI

LAPORAN PERLAKSANAAN
PROGRAM

JOM BORAK BERSAMA UTHM:
ANTARA UNIVERSITI VS KERJAYA.

KEMANAKAH KITA?

TARIKH
16 JUN 2022

TEMPAT
SECARA ATAS TALIAN
(MICROSOFT TEAMS)

ANJURAN
UNIT PENGURUSAN & PEMBANGUNAN PELAJAR,

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM,
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

DENGAN KERJASAMA
PELAJAR LATIHAN MENGAJAR,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version