ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PERUMAHAN KASTAM BUKIT KUDA WP LABUAN 2023 JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN INOVASI TAHUN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan ruang untuk saya menulis sepatah dua kata dalam buku Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Tahun 2022 ini. Syukur dipanjatkan ke hadrat Alllah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayah Nya jua maka JKDM WP Labuan berjaya menyiapkan 12 Laporan Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Tahun 2022. Anugerah Kecemerlangan Inovasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan kesinambungan kepada kejayaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang telah wujud sejak tahun 80an. Sesuai dengan perubahan zaman, budaya inovasi sangat dititikberatkan dalam perkhidmatan awam Malaysia. Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Dalam konteks ini, saya amat mendokong sekali, cetusan idea-idea kreatif dan inovatif dalam mana mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti merupakan inovasi kepada organisasi warga JKDM WP Labuan. Seiring dengan itu, JKDM WP Labuan berbesar hati menyertai arena pertandingan Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi pada tahun 2022 dengan semangat berkobar kobar. Perkhidmatan awam tidak lagi hanya sekadar mengadaptasi perubahan sebaliknya perlu selangkah ke hadapan sebagai pemacu pemikir dan pelaksana perubahan yang menjurus kepada kecemerlangan meningkatkan hasil kesejahteraan rakyat dan negara Sehubungan itu saya menyeru supaya seluruh warga JKDM WP Labuan meninggalkan budaya lapuk sambil meneroka bidang bidang baru melalui kekuatan iltizam dan perubahan dalam cara berfikir dan bertindak. Sepertimana petikan ucapan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali semasa Majlis Perhimpunan Penjawat Awam yang berlansung pada 8 Febuari 2023, kini masanya untuk menampilkan 'THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE' dalam perkhidmatan awam dengan kembali kepada asas nilai individu dan organisasi, demi Malaysia yang lebih baik. G.R.E.A.T yang bermaksud 'good governance' (tadbir urus terbaik), 'responsible' (bertanggungjawab), 'empathy' (ihsan), 'accountable' (kebertanggungjawaban) dan 'tenacity of purpose' (fokus pada matlamat). PERUTUSAN PENGARAH KASTAM W. P. LABUAN.
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Iltizam untuk memacu JKDM Labuan sebagai 'THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE' memerlukan komitmen pembudayaan inovasi dan kreativiti secara konsisten dan terancang Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda kayu ukur aras baru yang sudah pastinya menuntut kepada cetusan idea unik kreatif dan inovatif yang mampu memacu melonjakkan pencapaian JKDM WP Labuan ke tahap yang lebih cemerlang terus kekal berdaya saing dan releven dalam arus kepesatan inovasi dan kualiti. Sikap tidak peduli terhadap kepentingan melaksanakan perubahan atau transformasi boleh mengakibatkan perkhidmatan awam terjejas dan kumpulan penjawat awam itu sebenarnya culas dalam melaksanakan amanah. Saya menyeru kepada seluruh warga JKDM WP Labuan, marilah kita bersama memastikan kesinambungan pelaksanaan strategi inovasi dan program-program yang telah dirancang sepertimana Pelan Strategik JKDM 2020-2024. Janganlah kita jadikan penyertaan dalam anugerah-anugerah yang dipertandingkan ini sekadar memenuhi kehendak pertandingan, tetapi terapkan dan amalkanlah apa yang dilaporkan dalam penyertaan ini di dalam tugasan dan proses kerja harian. Saya yakin JKDM WP Labuan boleh melakukannya. Terima kasih kepada semua warga JKDM WP Labuan yang telah mengembeling tenaga melaksanakan program inovasi ini. Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang bertungkus lumus dan semua pihak yang terlibat dalam program ini. Saya amat menghargai segala usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat dalam menterjemahkan aspirasi pucuk pimpinan tertinggi jabatan dalam mewujudkan budaya kerja yang berkualiti dan cemerlang. Mudah-mudahan Allah SWT terus melimpahkan rahmat peliharaan-Nya kepada seluruh warga JKDM untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan penuh keikhlasan selaras dengan etika perkhidmatan “Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi”. Sekian, salam hormat. ASPALILA BINTI HAJI AG. TUAH PENGARAH KASTAM W.P LABUAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda merupakan sebuah perumahan Pegawai Kanan dan Pegawai Kastam terletak di alamat Kampung Bukit Kuda, Jalan Bukit Kuda, Wilayah Persekutuan Labuan. Lokasinya kira-kira 800 meter dari jalan besar dan agak terlindung dari hiruk-pikuk kenderaan. Suasana disini agak tenang dan mendamaikan. Lanskap perumahan di susun-atur sebegitu rupa dalam keadaan kemas, bersih dan indah mata memandang dengan pelbagai pokok dan fauna. Aktiviti perumahan seperti gotong royong, permainan sukan,mesyuarat dan hubungan mesra penghuni merupakan antara kunci perumahan ini dikenali di kalangan warga dan komuniti setempat. Penyediaan peralatan permainan kanak-kanak, meja pingpong dan kerusi batu adalah antara kemudahan yang berfungsi sebagai alat yang bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga pencetus semangat keakraban sesama warga dan keluarga. Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan melalui Jawatankuasa Perumahan Kastam Bukit Kuda telah menerapkan budaya inovasi yang berterusan sebagai elemen penting ke arah mencapai status pengurusan perumahan terbaik. Budaya inilah yang diterapkan ke dalam jiwa setiap warga Perumahan dan JKDM Labuan am nya. Anugerah Pengurusan Perumahan merupakan salah satu inisiatif yang dijayakan oleh Pengurusan Tertinggi JKDM ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian kepada pelanggan dan stakeholdernya. Perintah Am Bab E adalah rujukan utama Jawatankuasa Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda dalam mempastikan Bangunan Perumahan, Surau, Dewan dan Taman Permainan diselanggara jika berlaku kerosakan. Pengurusan tertinggi menegaskan bahawa perumahan JKDM Labuan adalah aset berharga bagi Jabatan dan perlu diurus dengan teliti, dikawalselia dengan rapi agar bersesuaian dengan pelbagai keperluan Warga JKDM untuk menikmati kemudahan serta keindahan persekitaran di dalam kawasan Perumahan. RINGKASAN EKSEKUTIF
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI MEMIKUL AMANAH WARGA, MENGGALAS ASPIRASI JKDM LABUAN Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Laporan Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Perumahan Kastam Bukit Kuda, telah dapat disiapkan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan kerja anugerah yang telah bertungkus-lumus menyiapkan buku laporan ini dengan jayanya. Kejayaan menyediakan laporan ini adalah merupakan lambang komitmen dan usaha gigih setiap warga Perumahan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi. Dalam menggapai impian ini, pasukan kerja memerah keringat akal untuk menzahirkan keupayaan menjulang kehebatan dan melakar keajaiban demi memenuhi impian. Sebagai insan bergelar penjawat awam, kita perlu bersedia secara fizikal dan mental mengadaptasi gaya kerja baharu dalam era endemic. Warga perumahan juga harus menerima hakikat bahawa kita perlu hidup bersama sepakat dalam norma baru menjadi amalan kehidupan warga seharian. Saya melihat, JKDM W.P. Labuan juga sangat menitiberatkan semua aspek kecemerlangan melalui tiga platform utama iaitu Pengurusan Pintar, Inovasi Proses dan Keupayaan Sinergi yang menjadikan pengurusan berkeupayaan untuk menguruskan kejayaan dan maju ke hadapan, bukan lagi mengurus kegagalan. Inovasi dan kreativiti adalah menu perubahan dan kata jampi seluruh Kepimpinan Tertinggi JKDM Labuan untuk memacu JKDM Labuan ke mercu gemilang. Akhir kata, dasar kcemerlangan inovasi ini juga merupakan satu keutamaan kepada pengurusan JKDM W.P. Labuan dan akan sentiasa berterusan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih serta tahniah kepada pengurusan Tertinggi JKDM atas usaha gigih dan kecekapan mentadbir dan mengurus organisasi ini. Kami seluruh warga Perumahan JKDM W.P. Labuan telah bersiap sedia menjadi model perubahan merentas keperluan zaman tanpa rasa segan silu untuk terus memacu kebangkitan baru JKDM Labuan. Tuan Mokejin Bin Golombau @ Jae Penghulu Perumahan Kastam Bukit Kuda, JKDM, W.P Labuan. KATA ALUAN PENGHULU PERUMAHAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI RINGKASAN EKSEKUTIF PERUTUSAN PENGARAH KASTAM WP LABUAN 1 ii-iv 1.1 LATAR BELAKANG WP LABUAN 1 1.2 LATAR BELAKANG JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA W.P LABUAN 2 1.3 LATAR BELAKANG KOMPLEKS PERUMAHAN KASTAM BUKIT KUDA 3 ISI KANDUNGAN KATA ALUAN PENGHULU PERUMAHAN CARTA ORGANISASI ZON SABAH CARTA ORGANISASI JKDM WP LABUAN CARTA ORGANISASI JK PENGURUSAN PERUMAHAN KASTAM CARTA ORGANISASI PASUKAN KERJA PELAN TINDAKAN 2 LAPORAN AKTIVITI PERUMAHAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN 2.1 KOMITMENT PENGURUSAN ATASAN DAN PELANTIKAN AJK 2.2 RUMAH DIDUDUKI 2.3 RUMAH TIDAK DIDUDUKI 2.4 KEBERSIHAN/ KEKEMASAN/ KEINDAHAN 2.5 RUANG PARKIR/ TANDA ARAH/ PENCAHAYAAN LAPORAN AKTIVITI PERUMAHAN KERJASAMA DAN KESEPAKATAN KOMUNITI 2.6 PERANCANGAN PROGRAM 2.7 PELAKSANAAN PROGRAM 2.8 PENGGUNAAN SISTEM EZKUARTERS
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI 2.9 PERKHIDMATAN SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN/ PONDOK PENGAWAL 2.10 ALAT PEMADAM API/ PILI BOMBA 2.11 BONGGOL JALAN/ GARISAN KUNING (ZEBRA LINE) ISI KANDUNGAN 3 LANDSKAP KECERIAAN DAN KEINDAHAN 3.1 SUSUN ATUR/ HIASAN/ KEKEMASAN 3.2 KEBERSIHAN 3.3 KESENIAN/ KREATIVITI/ KEPELBAGAIAN/ TEKNOLOGI HIJAU/ PENGGUNAAN ALAT KITAR SEMULA LAPORAN AKTIVITI PERUMAHAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN 4 SURAU/ MUSOLLA PENGURUSAN 4.1 PELANTIKAN AJK SURAU 4.2 KOMITMEN DAN KERJASAMA KOMUNITI/ KARIAH 4.3 KEMUDAHAN SURAU MUSOLLA 4.4 PERANCANGAN/ PELAKSANAAN PROGRAM 4.5 AKTIVITI KEJIRANAN (LUAR) PENYELENGGARAAN 4.1 KEBERSIHAN/ KEKEMASAN DALAMAN 4.3 KEBERSIHAN/ KEKEMASAN/ KECERIAAN LUARAN 4.4 KEBERSIHAN RUANG AMBIL WUDUK/ TANDAS
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI 5 ISI KANDUNGAN PEMATUHAN KEPADA PERINTAH AM BAB E: RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 3.1 INOVASI RUMAH BUNGA 3.2 INOVASO SURAU 3.3 INOVASI QRCODE 6 INOVASI PERUMAHAN/ LANDSKAP/ SURAU
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua di dalam Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 91.64km2 beserta beberapa pulau-pulau di bawahnya. Pulau Labuan terletak sekitar 7 batu nautika dari pantai Sabah, 2½ jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 17 batu nautika dari pantai negara Brunei Darrussalam. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pesisir (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak tahun 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan". LATAR BELAKANG WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang pesisiran pantai, menjadikannya destinasi pelancongan yang baik. Ianya juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman scuba
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Bangunan pejabat Wisma Kastam Labuan yang beroperasi sehingga kini merupakan sebuah bangunan lama empat tingkat yang didirikan pada tahun 1953 di atas tapak sebesar 0.1803 hektar. Dahulunya, bangunan ini hanya mempunyai 2 tingkat sahaja dan menempatkan pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga pejabat Unit Marin, Jabatan Laut Malaysia yang memantau kawalan pelabuhan pada masa itu (Port Controller). Namun, pada tahun 2016, CDN telah berpindah ke Ujana Kewangan dan menjadikan pejabat tersebut sebagai Stor Pusat. Pada 2019, selepas proses menaik taraf pejabat di jalankan, Bahagian Perkastaman telah berpindah ke Aras Bawah , Bahagian Pengurusan berpindah ke Aras Satu Bangunan Wisma Kastam dan Bahagian CDN ditempatkan semula di Aras Satu bangunan yang sama. Setelah itu, bangunan tersebut diubahsuai mejadikannya tiga tingkat dan menempatkan bilik mesyuarat, bilik latihan dan pejabat Pengarah pada tingkat tiga, pejabat Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia dan pejabat Perkhidmatan Teknik di tingkat dua, pejabat Perkastaman di tingkat satu dan ruangan lobi dan pejabat CDN di tingkat bawah. LATAR BELAKANG JKDM WP LABUAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda merupakan sebuah perumahan Pegawai Kanan dan Pegawai Kastam terletak di alamat Kampung Bukit Kuda, Jalan Bukit Kuda, Wilayah Persekutuan Labuan. Lokasinya kira-kira 800 meter dari jalan besar dan agak terlindung dari hiruk-pikuk kenderaan. Suasana disini agak tenang dan mendamaikan. Lanskap perumahan di susun-atur sebegitu rupa dalam keadaan kemas, bersih dan indah mata memandang dengan pelbagai pokok dan fauna. Aktiviti perumahan seperti gotong royong, main bola sepak, badminton mesyuarat dan hubungan mesra penghuni merupakan antara kunci perumahan ini dikenali di kalangan warga dan komuniti setempat. Penyediaan peralatan permainan kanak-kanak, dan kerusi batu adalah antara kemudahan yang berfungsi sebagai alat yang bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga pencetus semangat keakraban sesama warga dan keluarga. Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan melalui Jawatankuasa Perumahan Kastam Bukit Kuda telah menerapkan Budaya Inovasi yang berterusan sebagai elemen penting ke arah mencapai status pengurusan perumahan terbaik JKDM tahun 2023. Budaya inilah yang diterapkan ke dalam jiwa setiap warga Perumahan dan JKDM Labuan am nya. Anugerah Pengurusan Perumahan merupakan salah satu inisiatif yang dijayakan oleh Pengurusan Tertinggi JKDM ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian kepada pelanggan dan stakeholdernya. Sehubungan itu, Sistem 3P dibangunkan pada 2016 kerana wujudnya keperluan medapatkan maklumat yang tepat dan cepat dalam penyediaan anggaran kos penyelenggaraan perumahan. Ia digunakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan untuk proses pengiraan emolumen dan ia berkembang kegunaannya hingga ke peringkat penyediaan kertas penstrukturan semula organisasi. Semestinya, ciri sebuah sistem yang baik haruslah bersifat dinamik, dan sehingga kini ia telah digunakan oleh pengurusan tertinggi Jabatan dalam proses membuat keputusan. Sehubungan itu, sistem ini (ezKuarters) boleh digunakan serta diadaptasi oleh seluruh perumahan JKDM pada tahun 2019 kerana ia dibangunkan mengikut keperluan Jabatan. LATAR BELAKANG KOMPLEKS PERUMAHAN KASTAM BUKIT KUDA
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Perintah Am Bab E adalah rujukan utama Jawatankuasa Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda dalam mempastikan Bangunan Perumahan, Surau, Dewan dan Taman Permainan diselanggara jika berlaku kerosakan. YBhg.Dato’ Abdulah Bin Jaapar iaitu mantan Pengarah Kastam Labuan ketika itu menegaskan bahawa perumahan JKDM Labuan adalah aset berharga bagi Jabatan dan perlu diurus dengan teliti, dikawalselia dengan rapi agar bersesuaian dengan pelbagai keperluan Warga JKDM untuk menikmati kemudahan serta keindahan persekitaran di dalam kawasan Perumahan. Sehubungan itu, bermula pada bulan Mei 2020 hingga Jun 2021 proses menaiktaraf 24 unit rumah Flat, 8 unit rumah teres, 4 unit rumah semi D dengan tambahan dapur berukuran 12’ X 18’, 1 unit rumah banglow, Surau, pondok keselamatan, pengindahan kawasan perumahan dan mencat semula pagar bermula dan melibatkan Kos sebanyak RM3,278,360.00. Bagi Perumahan Kastam Bukit Kuda, hanya 16 unit rumah lagi menunggu peruntukan agar proses menaiktaraf keseluruhan rumah di perumahan Kastam Bukit Kuda selesai pada tahun 2021. Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda terletak 12 KM dari pusat Bandar dan terletak di tengah-tengah Kampung Bukit Kuda dengan keluasan 5 ekar. Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda mula dibina pada tahun 1999 oleh Hidayah Permai Construction (S) Sdn.Bhd dan siap sepenuhnya pada Disember 2001. Kos pembinaan Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda sebanyak RM8 juta yang merangkumi 53 unit rumah pelbagai kelas yang terdiri daripada satu unit flat mengandungi 40 unit rumah, dua blok rumah teres 2 tingkat 8 unit, dua blok rumah Semi D yang mengandungi 4 unit rumah dan sebuah rumah banglo untuk kediaman Pengarah Kastam.
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Selain itu, Perumahan Kastam Bukit Kuda juga dilengkapi dengan Dewan Serbaguna, Surau , Tabika Kemas , Padang Bola, Gelanggang Bola Tampar, Gelanggang Sepak Takraw dan Taman Permainan Kanak-Kanak. Tempat letak kenderaan berbumbung juga telah disediakan. Pada 02b Febuari 2002, Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda dengan rasminya diserahkan secara rasminya oleh Hidayah Permai Construction (S) Sdn.Bhd kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan disaksikan oleh Dato Abdul Halil Bin Abdul Mutalib Ketua Pengarah Kastam pada waktu itu, Dato Suhaili Bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan, Pengarah Kastam dan seluruh warga Kastam Labuan. Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda telah di rasmikan pada 22 Ogos 2005 oleh Yang Berhormat Tan Sri Isa Bin Mohd Samad selaku Menteri Wilayah Persekutuan. Perasmian ini dibuat serentak dengan perasmian Pejabat Pangkalan Marin Kastam Kiamsam, Wilayah Persekutuan Labuan.
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan mula menduduki Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda pada 25 Febuari 2002. Hasil Kreativiti pemikiran berorintesikan Inovasi oleh YBhg.Dato’ Abdulah Bin Jaapar, maka transformasi menaiktaraf perumahan Kastam Bukit Kuda pada bulan Mei 2020 bagi memastikan semua perumahan JKDM Labuan sentiasa terpelihara, ceria, selamat serta dapat digunakan secara produktif sepanjang masa. YBhg.Dato’ Abdulah Bin Jaapar menegaskan bahawa perumahan JKDM Labuan adalah aset berharga bagi Jabatan dan perlu diurus dengan teliti, dikawalselia dengan rapi agar bersesuaian dengan pelbagai keperluan Warga JKDM untuk menikmati kemudahan serta keindahan persekitaran di dalam kawasan Perumahan. Dalam memastikan setiap projek menaiktaraf yang dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan, Pengarah Kastam WP.Labuan Pn.Aspalila Binti Hj.Ag.Tuah bersama Tn.Shuhaimi Bin Shamsudin selaku ketua pemantau projek sentiasa turun padang untuk melihat sendiri kualiti binaan dan sebagainya. Puan Pengarah sentiasa menjadikan surah al-ahzab ayat 72 sebagai azimat melaksanakan tugas yang berbunyi “sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan dengan khuatir akan mengkhianatinya. Dan dipikulah amanat itu oleh manusia”.
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI TEMA DAN KONSEP PERUMAHAN Kehijauan dan Keceriaan yang melambangkan kesepakatan dan keharmonian warga Perumahan Kastam Bukit Kuda. OBJEKTIF a) Memantau kualiti penyelenggaraan kerosakan rumah dengan cekap dan berkesan. b) Menjamin kebersihan dan keindahan kawasan Perumahan Kastam Bukit Kuda sentiasa ditahap terbaik. c) Penerapan nilai-nilai murni yang berterusan kepada Warga Perumahan Kastam Bukit Kuda OBJEKTIF a) Merancang aktiviti / program secara tersusun, sejahtera dan seimbang. b) Memantau penyelenggaraan lanskap agar sentiasa indah, bersih dan menarik. c) Memantau dan menyediakan Jadual penggunaan Dewan, Padang dan Gym & Sauna bagi kemudahan yang sedia ada atau yang akan diwujudkan. d) Mewujudkan suasana persekitaran yang berteras bumi hijau. e) Menjalinkan hubangan antara masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI • Misi Visi
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI CARTA ORGANISASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Letak Gambar setiap Pegawai CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN PERUMAHAN KASTAM BUKIT KUDA TAHUN 2021-2023 TIM LEARY @ TIMOTHY THADIUS ROSLAN BIN MOHD DAUD BIRO PUBLISITI MOHD NAZIM BIN MOHAMED NUN BIRO KEBAJIKAN MOHD SYUKRI BIN ISMAIL NURUL FARHANAH BINTI DARWIS BIRO SUKAN DAN REKREASI MOHD SOFREE BIN HUSSIN BIRO KEBERSIHAN RASID BIN MOHAMAD BIRO KESELAMATAN NUR SYAZIERA BINTI SUIB KETUA BLOK 3 MOHD ZIJARNAIN BIN ZAKARIA KETUA BLOK 2 AUDREY YII HUI CHEE KETUA BLOK 1 AFFIZAL BIN ABDUL MALEK TIMB. PENGHULU MOKEJIN BIN GOLOMBAU PENGHULU ASPALILA BINTI AG.TUAH PENASIHAT MUHAMMAD AMIN BIN LAMJANI SETIAUSAHA MAZLAN MASRI PAAT BENDAHARI
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI NO A K T I V I T I FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 MESYUARAT 1 PERLANTIKAN KETUA JAWANTANKUASA INOVASI P 25 6 D 2 BENGKEL TOT OLEH PEGAWAI AUDIT ANUGERAH INOVASI P 28-8 12-24 D LANTIKAN JAWATANKUASA 6 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KECIL ANUGERAH INOVASI P 4-14 19-2 3 D 7 MESYUARAT AJK KECIL PERSEDIAAN BUKU LAPORAN ANUGERAH INOVASI 1 15 AKTIVITI DAN PROGRAM 12 BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN ANUGERAH INOVASI P 3 22 D 13 TAKLIMAT CARTA PERBATUAN KEPADA PENGARAH P 25 25 25 D 14 MESYUARAT JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA W.P LABUAN P 18-19 D 15 TARIKH TUTUP PENGHATARAN PENYERTAAN P 6-8 D 16 ANALISIS DAN PENGUMPULAN DATA P 2-3 D 17 PENYEDIAAN LAPORAN P 16 D 18 PRA-PEMBENTANGAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INOVASI KEPADA PENGARAH W.P LABUAN P D JAN PELAN TINDAKAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI AKTIVITI TARIK H JAN FEB MAC APRIL MAY JUN JUL 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1. MESYUARAT Amanat PKN 15 MAC / 2. TAKLIMAT DAN LANTIKAN JAWATANKUASA Taklimat Oleh Urusetia Induk Ibu Pejabat 31 JAN / Perlantikan JK AKI 17 FEB / Mesyuarat Pasukan Kerja 13 MAC / Menhantar Borang Penyertaan 10 MEI / 3. AKTIVITI DAN PROGRAM Bengkel Penyediaan Laporan 5 APR / Taklimat Pelan Tindakan Kepada PKN 5 APR / Pengumpula n Data dan Gambar / Penulisan Laporan AKIPA / Pembentang an Kemajuan Laporan kepada PKN / KB / Pengeditan dan Kemaskini / Penghantara n Laporan (sblm 10 Sept) / JADUAL 4 PERANCANGAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PENYEDIAAN LAPORAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 1 Bengkel pelaksanaan Anugerah Inovasi oleh Ibu Pejabat 30-31 Jan 2023
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 2 Penubuhan “WhatsApps Group” AKI Perumahan Kastam. 08 Feb 2023
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 3 Proses perlantikan AJK anugerah inovasi telah dilakukan pada bulan Februari melalui surat rujukan KE.WLB.(80) 500-34/2/KLT.1 17 Feb 2023
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 4 Taklimat Kepada semua ahli anugerah inovasi perumahan telah dilakukan pada Bulan Februari sebaik sahaja selesai taklimat daripada AJK induk serta pembahagian tugas kerja diagihkan kepada semua AJK terlibat. 20 Feb 2023
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 5 Proses pengumpulan idea dan proses "brainstorming" untuk anugerah inovasi tahun 2023 23 Feb 2023
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 6 Proses pengumpulan data-data untuk penyediaan buku laporan inovasi Sedang berjalan
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 7 Sesi pembentangan pertama "progres" anugerah inovasi perumahan bersama PKN W.P Labuan. 07 Mac 2023
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 8 Sesi pembentangan kedua "progres" anugerah inovasi perumahan bersama PKN W.P Labuan. 25 Mei 2023
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN 9 Mesyuarat perbincangan AKI Perumahan Kastam Bukit Kuda di Bilik Mesyuarat Penguatkuasaan Kiamsam. 09 Mac 2023
PERUMAHAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Komitmen Pengurusan Atasan & Perlantikan AJK Pengurusan penyelenggaraan Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda adalah berkait secara langsung dengan mengekalkan keadaan sesebuah bangunan. Penyelenggaraan adalah penting demi untuk memastikan jangka hayat sesebuah bangunan itu releven dan boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang. Proses penyelenggaraan bangunan bermula sebaik saja sesebuah bangunan siap dibina kerana komponenkompenen bangunan akan menjadi usang pada tahap peringkat tertentu. Kadar keusangan akan meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan usia bangunan. PENGURUSAN & PENYELENGGARAAN Gambar PKN bersama AJK Perumahan Kastam Bukit Kuda dan Perlantikan AJK Perumahan
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Dalam hal ini, pihak pengurusan amat menekankan tentang perlunya peruntukan Penyelenggaraan Pemulihan (Corrective maintenance) dan Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) disediakan bagi memastikan persekitaran perumahan dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif. Sepanjang Januari 2022 hingga Jun 2023, Cawangan Perolehan & Kewangan JKDM WP Labuan telah membelanjakan sebanyak RMXX.00 melalui kaedah sebutharga. Perbelanjaan ini digunakan untuk menampung kos-kos penyelenggaraan dan pembaikan berkala melibatkan kerosakankerosakan kecil perumahan termasuklah Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda. Dalam memastikan urusan pentadbiran Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda berjalan lancar, Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Labuan telah memberi mandat kepada Jawatankuasa Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda. Jawatankuasa ini dilantik melalui Mesyuarat Perumahan & Fasiliti.
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI menyampaikan maklumat kepada penghuni berhubung dasar, undang-undang, garis panduan, peraturan, inisiatif, program dan aktiviti pihak pengurusan; mewujudkan perpaduan di kalangan penghuni melalui penyertaan aktif penghuni dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan (self-help); bekerjasama dengan pihak pengurusan bagi mengawasi keselamatan kejiranan; membantu pihak pengurusan dalam menangani isu-isu kebersihan, kesihatan dan alam sekitar; membantu pihak pengurusan dalam merancang, melaksana dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan; menyalurkan maklumat, maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan penghuni bagi menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan. PERANAN JAWATANKUASA
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Komposisi Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda terletak terdiri daripada satu (1) unit flat mengandungi empat puluh (40) unit rumah, dua (2) blok rumah teres dua (2) tingkat lapan (8) unit, dua (2) blok rumah Semi D yang mengandungi empat (4) unit rumah dan sebuah rumah banglo untuk kediaman Pengarah Kastam. Status sesebuah rumah atau unit akan dibincangkan semasa Mesyuarat Perumahan. Juga, rancangan pengisian juga akan dibincangkan semasa mesyuarat ini. Rancangan pengisian akan dilaksanakan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui sistem ezKuarters. Setakat maklumat bertarikh Jun 2023, berikut merupakan rumah yang diduduki: Rumah Diduduki
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Setakat Jun 2023, dua (2) blok rumah teres dua (2) tingkat lapan (8) unit, dua (2) blok rumah Semi D yang mengandungi empat (4) unit rumah dan sebuah rumah banglo untuk kediaman Pengarah Kastam telah dihuni sepenuhnya. Manakala bagi flat, sebanyak dua puluh empat (24) unit telah dihuni manakala enam belas (16) unit lagi tidak dihuni disebabkan faktor usang dan tidak sesuai untuk diduduki. Komposisi pengisian flat adalah seperti berikut:
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Setakat maklumat Jun 2023, hanya flat yang tidak dihuni sepenuhnya, yang mana puluh empat (24) unit telah dihuni manakala enam belas (16) unit lagi tidak dihuni disebabkan faktor usang dan tidak sesuai untuk diduduki. Permohonan peruntukan telah dipohon kepada ibupejabat melalui emel pada 1 Mei 2023 Gambar Rumah Tidak Diduduki
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Selaras dengan kehendak pengurusan untuk memastikan persekitaran perumahan dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif, pengurusan atasan telah melibatkan Jawatankuasa Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda dalam merangka spesifikasi dan keperluan bagi tujuan melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembersihan dan pengindahan lanskap. Input daripada mereka ini adalah penting dalam memenuhi kehendak penghuni yang menginap di Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda ini. Bagi tahun 2022, JKDM WP Labuan telah melantik dua (2) kontraktor baru bagi kerjakerja pembersihan dan pengindahan pejabat dan perumahan. Ini termasuklah Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda. Selaras dengan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam Perbendaharaan Malaysia (Kemaskini 14 Julai 2022), nilai kontrak bagi perlantikan terkini ini adalah lebih rendah berbanding sebelumnya, dengan spesifikasi yang diperlukan juga tidak kurang daripada kontrak sebelum ini. Kebersihan/ Kekemasan/ Keindahan MEMO PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA SPESIFIKASI
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Bagi tahun 2022, JKDM WP Labuan telah melantik dua (2) kontraktor baru bagi kerja-kerja pembersihan dan pengindahan pejabat dan perumahan. Ini termasuklah Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda. Selaras dengan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam Perbendaharaan Malaysia (Kemaskini 14 Julai 2022), nilai kontrak bagi perlantikan terkini ini adalah lebih rendah berbanding sebelumnya, dengan spesifikasi yang diperlukan juga tidak kurang daripada kontrak sebelum ini. Penjimatan yang berjumlah diperolehi dengan mengekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Pemantauan kerja dilakukan oleh Jawatankuasa Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda dan hanya akan dibayar oleh Cawangan Perolehan & Kewangan sekiranya kerja-kerja yang dimaksudkan telah disahkan oleh jawatankuasa.
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Ruang parkir yang berbumbung telah disediakan untuk kemudahan warga perumahan meletak kenderaan mereka. Tanaman seperti bunga bunga turut ditanam disekitar ruangan temoat parker untuk menyerikan lagi kawasan parkir. Tanda arah adalah bertujuan memberi panduan atau maklumat kepada pelawat dan sebagainya mengetahui kedudukan rumah di Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda. Setiap unit rumah mempunyai label untuk memudahkan lagi satu-satu unit kediaman itu dicari. Dari segi pencahayaan pula, Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda dilengkapi dengan lampu jalan dan kaki lima untuk memastikan pejalan-pejalan kaki/ penghuni berasa selamat semasa berjalan pada waktu malam di sekitar kompleks perumahan. Penyelenggaraan lampu-lampu ini akan dipohon oleh jawatankuasa atau dibangkitkan semasa Mesyuarat Perumahan. Ruang Parkir/ Tanda Arah/ Pecahayaan
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Perancangan Program Bagi mengeratkan kesepaduan dan kemesraan penduduk perumahan, pelbagai aktiviti telah diadakan, contohnya adalah seperti aktiviti sukan, riadah dan kerohanian. Selain dapat memupuk semangat kejiranan, Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda juga dapat digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. STRATEGI PROGRAM AKTIVITI SASARAN Melahirkan warga Perumahan Kastam Bukit Kuda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni, berdisiplin, bermoral dan bertanggungjawab. Meningkatkan kesedaran warga pelajar sekolah perumahan tentang kebersihan kawasan perumahan. Memperbanyak programprogram bersama warga perumahan. Meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan dan menyayangi harta benda kerajaan Mengadakan kelas agama untuk kanak – kanak dan dewasa warga perumahan Mengadakan kempen kesedaran (Fire Drill) 1 kali setahun Mengadakan Hari Keluarga Perlawanan Badminton antara blok Mengadakan sukan bersama warga.perumahan Bukit Kuda Aktiviti sukan antara Perumahan Kastam Labuan Mengadakan gotong royong. Membersihkan kawasan persekitaran, Surau,dewan, longkang. 3 Kali seminggu 1 kali setahun 1 kali setahun 1 kali setahun 2 kali setahun 2 kali setahun 3 kali setahun PELAN TINDAKAN PERUMAHAN KASTAM BUKIT KUDA TAHUN 2021 – 2023 KERJASAMA DAN KESEPAKATAN KOMUNITI
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Pelaksanaan Program Antara aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan adalah aktiviti gotong royong dalam kawasan Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda. Dengan mengadakan aktiviti seperti ini, penghuni Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda akan lebih sedar mengambil berat tentang kepentingan menjaga kebersihan. STRATEGI AKTIVITI SASARAN PENCAPAIAN (Jan 2022-Jun 2023) 1. Melahirkan warga Perumahan Kastam Bukit Kuda yang sentiasa mengamalkan nilainilai murni, berdisiplin, bermoral dan bertanggungjawab. Mengadakan kelas agama untuk kanak – kanak dan dewasa warga perumahan Mengadakan kempen kesedaran (Fire Drill) 1kali setahun Mengadakan Hari Keluarga Perlawanan Badminton antara blok Mengadakan sukan bersama warga perumahan Bukit Kuda Aktiviti sukan antara Perumahan Kastam Labuan Mengadakan gotong royong. Membersihkan kawasan persekitaran, surau,dewan, longkang. 3 Kali seminggu 1 kali setahun 1 kali setahun 1 kali setahun 2 kali setahun 2 kali setahun 3 kali setahun 13 kali Belum ada Belum ada 1 kali 1 kali 1 kali 3 kali Gambar aktiviti Pasang Bendera Bubur lambok Badminton Memanah Bola Bola Dart ( Hari Raya Hiking Pewakas KERJASAMA DAN KESEPAKATAN KOMUNITI
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Gambar aktiviti Pasang Bendera Bubur lambok Badminton Memanah Bola Bola Dart ( Hari Raya Hiking Pewakas Kelas agama untuk kanak – kanak dan dewasa warga perumahan (Jan 2022-Jun 2023)
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Gambar aktiviti Pasang Bendera Bubur lambok Badminton Memanah Bola Bola Dart ( Hari Raya Hiking Pewakas
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Gambar aktiviti Pasang Bendera Bubur lambok Badminton Memanah Bola Bola Dart ( Hari Raya Hiking Pewakas Bubur lambuk
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Gambar aktiviti Pasang Bendera Bubur lambok Badminton Memanah Bola Bola Dart ( Hari Raya Hiking Pewakas