The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tim L T, 2023-06-18 20:12:26

Laporan AKI Perumahan

Perumahan

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Sistem ini dibangunkan pada tahun XXXX. Bahagian Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia 100% menggunakan sistem ini bagi tujuan berikut: Mengemaskini data perumahan pada sistem ezKuarters dari masa ke semasa. Menerima, merekod, dan memproses permohonan keluar masuk perumahan. Menerima, mrekod dan memproses aduan kerosakan perumahan. Membuat pemeriksaan secara rawak ke atas keadaan perumahan jabatan dan penghuni. Membantu dalam proses pembuatan keputusan semasa Mesyuarat Perumahan diadakan. PENGGUNAAN SISTEM EZKUARTERS.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN Perkhidmatan Selain menempatkan kediaman, Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda menempatkan stor dokumen. Atas sebab ini, syarikat kawalan keselamatan telah dilantik untuk menjaga keselamatan di kawasan ini. Spesifikasi kawalan keselamatan adalah 24 jam dengan dua (2) pengawal keselamatan bertugas pada setiap giliran/ penugasan. Pengawal keselamatan ini ditempatkan di pondok pengawal sedia ada. Pergerakan keluar masuk kenderaan direkodkan di dalam buku rekod yang mana akan disemak oleh Pegawai Keselamatan jabatan daripada CGSO. Syarikat Kawalan Keselamatan/ Pondok Pengawal


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Alat Pemadam Api/ Pili Bomba Kemalangan berlaku tanpa diduga dan kebakaran akan mengakibatkan kerugian harta benda dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Atas kesedaran ini pengurusan tertinggi JKDM Labuan telah membekalkan “Alat Pemadam Api Rumah House Fire Extinguiser” dari jenis Dry Powder pada setiap unit rumah di perumahan termasuklah Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda. Alat ini dapat membantu memadam kebakaran kecil yang berpunca daripada perkakasan eletrik di rumah, pendawaian dan sebagainya. Latihan pengendaliannya juga dibuat setiap tahun dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan. Penyelenggaraan peralatan ini dibuat secara berkala oleh Bahagian Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia. Selain itu, terdapat juga dua jenis pili bomba di Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda iaitu jenis bawah tanah (Under Ground Hydrant) dan jenis bertiang (Pillar Hydrant).


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Bonggol Jalan/ Garisan Kuning (Zebra Line) Bonggol jalan raya atau dalam bahasa Inggerisnya “speedbump” diletakkan di jalan raya di antara Flat Kastam Bukit Kuda dan Surau Kastam iaitu bertujuan untuk melambatkan lalu lintas di kawasan tersebut. Memandangkan kawasan perumahan Kastam Bukit Kuda bukanlah jalan yang sibuk, maka bonggal yang dibuat adalah lebar dan tebal. Bonggol jalan atau speedbumb adalah bertujuan supaya pemandu memperlahan pergerakan kereta yang keluar masuk perumahan Kastam. Bonggol ini juga dibina untuk ‘memaksa’pemandu lebih berhati-hati. Bonggol ini dicat secara bergotong royong oleh penghuni Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda.


LANDSKAP ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI LANDSKAP KECERIAAN/ KEINDAHAN Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda merupakan antara kawasan perumahan yang tercantik di Labuan kerana mempunyai landskap yang sangat indah dan dijaga dengan baik. Landskap dengan nilai estetik ini mewujudkan suasana ceria serta menyediakan persekitaran hidup yang kondusif untuk warga perumahan. Kepelbagaian sepsis pokok bunga dengan konsep warna-warni yang ditanam di kawasan perumahan menghasilkan daya tarikan tersendiri sekaligus mencipta suasana ketenangan, kesegaran dan keselesaan kepada penghuni mahupun kepada sesiapa juga yang berkunjung ke Perumahan Kastam Bukit Kuda. Suasana positif ini melambangkan semangat kerjasama dan muafakat warga perumahan yang bersama-sama menjadikan Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda sebagai sebuah Perumahan Dalam Taman.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Susun atur tanaman landskap perumahan ditentukan berdasarkan kesesuaian lokasi penanaman dan pokok diasingkan mengikut jenis, warna serta saiz pokok. Pokok yang bersaiz besar dan tinggi ditanam di kawasan sepanjang laluan ke kawasan perumahan dan di kawasan tepi pagar yang jauh dari kawasan rumah manakala pokok hiasan yang bersaiz sederhana/ kecil ditanam di dalam kawasan sepanjang jalan dan kawasan rumah. Selain daripada pokok hiasan, warga perumahan juga menanam beberapa jenis tanaman berbuah dan sayuran di tanah lapang sekitar Kawasan rumah. Susun atur yang dilakukan memastikan hiasan adalah sesuai, cantik, kemas, selamat serta memberi manafaat yang baik kepada warga perumahan. SUSUN ATUR/ HIASAN/ KEKEMASAN


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KEBERSIHAN Kawasan perumahan Kastam Bukit Kuda dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pihak yang terlibat dalam tugas pembersihan membuat penyelenggaraan secara teratur, terancang dan secara berterusan untuk memastikan kawasan perumahan sentiasa bersih, indah dan ceria. Kawasan perumahan yang bersih dapat memastikan kesihatan penduduk perumahan terjamin dan terhindar dari sebarang penyakit berjangkit terutamanya penyakit bawaan vektor seperti nyamuk. Dengan adanya persekitaran yang bersih, penduduk perumahan Kastam dapat menjalankan kehidupan harian dengan selesa dan dapat melaksanakan tugasan harian dengan lebih baik. Penduduk perumahan juga menjalankan tanggungjawab membersihkan kawasan sekitar rumah-masing dan turut mengadakan gotongroyong bagi membersihkan kawasan yang diperlukan dengan segera.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Rekabentuk, susun atur dan kepelbagaian hiasan landskap yang menerapkan elemen semulajadi di kawasan Perumahan Kastam Bukit Kuda merupakan daya tarikan dan kekuatan utama yang memberi ilham serta inspirasi kepada warga Perumahan mahupun pengunjung yang datang. Landskap Perumahan Kastam Bukit Kuda bukan hanya penghias persekitaran Perumahan semata-mata tapi sebaliknya olahan bunga-bunga bertemakan tumbuh-tumbuhan melambangkan keceriaan, kesepakatan dan keharmonian warga Perumahan Kastam Bukit Kuda. Halaman landskap ini juga tidak sekadar indah dipandang malah amat sesuai dijadikan tempat riadah yang dapat menenangkan minda dan meningkatkan kesihatan warganya. KESENIAN/ KREATIVITI/ KEPELBAGAIAN/ TEKNOLOGI HIJAU/ PENGGUNAAN ALAT KITAR SEMULA


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KESENIAN Bunga-bunga kecil dan pelbagai warna telah ditanam dan digubah secara kreatif bagi menghasilkan bentuk, gabungan saiz dan tona warna yang menarik


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KREATIVITI Pokok yang mempunyai bentuk unik semulajadi ditanam di kawasan yang sesuai bagi menambah variasi pemandangan yang menarik. Ini termasuklah menambah beberapa jenis pokok yang boleh dibentuk mengikut kreativiti manakala bunga-bunga bersaiz kecil dari pelbagai jenis dan warna ditanam mengikut susunan tertentu bagi menghasilkan bentuk dan warna yang cantik.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Pengurusan Tertinggi JKDM Labuan memberi dorongan dan sokongan penuh dalam usaha yang digerakkan oleh Jawatankuasa dan warga perumahan sehingga dapat merealisasikan impian, untuk mewujudkan lanskap luar biasa yang mempersona mata orang yang memandangnya. Antara bunga yang terdapat di perumahan Kastam Bukit Kuda ialah: Pinang Merah, Bunga Lavender, Bunga Janda Kaya, Bunga Alamanda, Bunga Lily, Spider Plant dan banyak lagi. KEPELBAGAIAN AURACARIA HETEROPHYLIA Pokok ini membesar perlahan dan boleh mencapai ketinggian 50-65 m (160-210 kaki), dengan batang menegak lurus. Dari batang lurus, ia mengeluarkan dahan hampir mendatar atau sedikit serong dan setiap tingkat adalah Pentagon yang sempurna menjadikannya sangat cantik sebagai pokok hiasan. THUNBERGIA ERECTA Pokok renek berkayu tumbuh sehingga maksimum 2m tinggi dan 2m lebar ini mempunyai daundaun kecil di sisi bertentangan serta mengeluarkan bunga sepanjang masa. Ia mempunyai batang nipis yang menjadikannya mudah untuk proses memangkas agar sentiasa kemas dan rapi.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI MUSSAENDA PHILIPPICA Tumbuhan yang dalam famili Rubiaceae yang tumbuh sebagai pokok renek atau pokok kecil. Berasal dari Filipina ia biasanya ditanam di tempat lain sebagai spesies hiasan XANTHOSTEMON YOUNGII Dikenali sebagai penda crimson atau penda merah, merupakan sebahagian daripada keluarga tumbuhan Myrtaceae . Ia telah menunjukkan mekar merah, tetapi sukar untuk terus hidup dalam penanaman.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PANDANUS VEITCHII Tanaman yang senang tumbuh dan mudah menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza, dan akan tumbuh lebih dari empat kaki tinggi jika dijaga dengan betul. Bunga ini amat sesuai ditanam untuk menghiasi sepanjang kawasan pagar, tepi jalan laluan perumahan serta sebagi hiasan untuk mengindahkan lagi kawasan yang mempunyai parit/ longkang. CUPHEA HYSSOPIFOLIA Ia tumbuh sehingga kira-kira 60 cm (24 in) tinggi sehingga 90 cm (35 in), mempunyai dedaunan kecil yang kelihatan segar serta mengeluarkan bunga yang amat cantik.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Perumahan Kastam Bukit Kuda dilengkap dengan tong kitar semula yang disumbangkan oleh Perbadanan Labuan. Sesuai dengan konsep Perumahan Dalam Taman, warga perumahan menerapkan amalan kitar semula sebagai kaedah melupuskan sisa buangan yang boleh dikitar semula. Langkah ini merupakan salah satu sokongan terhadap saranan kerajaan bagi mengurangkan kesan negatif akibat sisa buangan terhadap alam sekitar. TEKNOLOGI HIJAU / PENGGUNAAN KITAR SEMULA Di samping itu Perumahan Kastam Bukit Kuda telah dipasang dengan lampu jalan berkuasa solar yang membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan bersifat mesra alam.


SURAU ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Surau Al-Latif Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda merupakan lambang syiar Islam di Perumahan. Surau ini dibangunkan pada tahun 2000 dan mula digunakan pada tahun 2002 serta diberi nama Surau Al-Ikhlas pada waktu itu. Ianya dibina bagi kemudahan warga Kastam dan masyarakat setempat menunaikan solat berjemaah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata, sama ada secara individu atau berjemaah tetapi ianya berfungsi sebagai pusat kegiatan pembelajaran Islam di Perumahan Kastam. Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah di rancang dan dilaksanakan akan dapat melahirkan warga perumahan yang beragama Islam dapat memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian. ----------------------------------------------------------------------- Surau ini terletak bersebelahan pintu masuk Kompleks Perumahan Kastam. Kedudukan ini, memudahkan para Jemaah bukan sahaja dikalangan Warga Kastam, malah dikongsi bersama dengan penduduk sekitar terutama sekali penduduk Kampung Bukit Kuda. Keadaan ini telah mewujudkan ikatan silaturahim di antara Warga Kastam dan penduduk kampung. Setelah siap dinaiktaraf sepenuhnya, pada 13 mac tahun 2022 M bersamaan 10 syaaban 1443 H surau ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Ybhg. Dato’ Abdul Latif Bin Abdul Kadir. Nama surau turut diubah kepada Surau Al-Latif Kompleks Perumahan Kastam Bukit Kuda sempena majlis perasmian surau oleh Ybhg. Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Surau yang baru ini boleh memuatkan lebih kurang 350 jemaah pada satu masa dan ia turut menempatkan ruang solat muslimat. PENGENALAN


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Dalam konteks jemaah pula, ianya dianggap sebagai faktor pengukuh kepada terbangunnya pengurusan Surau. Justeru, para jemaah juga diberikan kesedaran tentang perlunya mereka memberikan sokongan padu dan utuh kepada pengurusan Surau. Tanpa sokongan mereka, Surau Perumahan Kastam akan mengalami kegagalan dalam fungsinya sebagai medan pembangunan umat keseluruhannya. Dalam hal ini, perlu difikirkan beberapa langkah yang dapat digambarkan sebagai langkah utama ke arah menarik jemaah ke Surau. Beberapa aktiviti kemasyarakatan perlu dilaksanakan, umpamanya program. Dalam kerangka yang sama, antara langkah yang wajar dilakukan ialah mengadakan kelas bimbingan mengaji. Ianya mampu menarik warga Kastam yang beragama Islam dan masyarakat setempat untuk mendekati Surau. Dalam konteks perancangan dan pengurusan pula, ianya adalah aspek yang paling utama kerana ianya bersifat semasa dan mampu dinilai oleh jemaah atau Pengurusan Tertinggi Jabatan. Perancangan dan Pengurusan Yang Berkualiti Memacu Kecemerlangan pengurusan Surau. Pengurusan merujuk kepada satu set kegiatan yang direka bentuk untuk meninggikan dan mengarahkan kerja dan tugas yang telah ditentukan. Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa pengurusan profesional dalam konteks Surau adalah satu sistem amalan pengurusan yang teratur dan sistematik demi untuk mencapai matlamat dan objektif institusi Surau Kastam itu sendiri. Surau merupakan lambang utama dalam menjana kegemilangan umat Islam di sepanjang zaman khasnya di Perumahan Kastam Bukit Kuda. Sejarah telah membuktikan betapa masjid telah memainkan peranan yang amat besar dalam konteks membina dan memacu kebangunan umat Islam dalam pelbagai aspek. Namun begitu, perubahan masa dan zaman menyebabkan peranan dan sistem pengurusan Surau juga semakin mencabar. Pemerkasaan Surau Perumahan dalam konteks penambah baikan terhadap perjalanan pentadbiran dan pengurusan organisasi Surau adalah bertujuan untuk memantapkan segala program dan aktiviti Surau yang telah dirancang sepanjang tahun. -------------------------------------------------------------------------- PENGURUSAN


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Visi Misi Objektif Piagam Pelanggan Membina Warga Berkualiti Dunia Akhirat Merealisasikan fungsi Surau Perumahan Sebagai Pelengkap Pembelajaran Agama Dan Nurani Menuju Keredhaan IIahi Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan. Pengurusan berkualiti memacu kecemerlangan Pengurusan Surau Perumahan Kastam. Memupuk minat dan sikap warga perumahan yang beragama Islam memanafaatkan Surau sebagai pusat kegiatan ilmu (Belajar Al-Quran) dan Ibadah. Membantu warga yang beragama Islam menyelesaikan permasalahan keagamaan Pihak pengurusan Surau beriltizam untuk menjadikan Surau Kastam sebagai yang cemerlang sepanjang masa berdasarkan: Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktivit keagamaan. Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa. Memastikan semua Warga Perumahan yang beragama Islam memperolehi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang sempurna.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PUAN ASPALILA BINTI AG.TUAH PENASIHAT TUAN AFFIZAL BIN ABDUL MALEK PENGERUSI EN. AZMAN BIN BAHAR TIMBALAN PENGERUSI / SETIAUSAHA EN. ABDUL HARDIE BIN MARALI BENDAHARI USTAZ MOHD IRSYAD BIN ZAMRI IMAM EN. HAMDAN BIN ISMAIL BILAL PUAN QISHTINA JEAN ABDULLAH AHLI JAWATANKUASA TUAN MAZLAN BIN MASRI PAAT AHLI JAWATANKUASA EN. ISWANDY BIN GHANI AHLI JAWATANKUASA TUAN FAKHRUDDIN BIN AMAT JAVAVI AHLI JAWATANKUASA EN. MOHD NAZIM BIN MOHAMED AHLI JAWATANKUASA EN. MOHD SOFREE BIN HUSSIN AHLI JAWATANKUASA EN. RASID BIN MOHAMAD AHLI JAWATANKUASA EN. MOHD SHAHRULNIZAM BIN RAHMAN AHLI JAWATANKUASA PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA SURAU


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KOMITMEN DAN KERJASAMA KOMUNITI / KARIAH GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PANTRI SURAU Menerusi program gotong royong ini dapat membentuk sikap tolong menolong dan semangat bekerjasama dikalangan warga JKDM WP.Labuan serta mengeratkan lagi hubungan silahturahim antara satu sama lain.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KEMUDAHAN SURAU / MURSOLLA


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PERANCANGAN / PELAKSANAAN PROGRAM BIRO KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN AKTIVITI RIADAH Matlamat Strategik : Surau Al-Latif adalah bersih,ceria dan para Jemaah yang sihat Objektif : Mewujudkan kawasan persekitaran surau yang bersih, ceria dan selamat sepanjang masa BIL AKTIVITI/PROGRAM SASARAN PELAKSANAAN BIL.KEHADIRAN PENCAPAIAN ( JanJulai 2022) 1 Gotong royong membersih dan menceriakan kawasan surau 3 kali setahun 25 orang 2 kali 2 Program Bumi hijau Sepanjang masa 16 orang Berterusan 3 Aktiviti memanah Hujung minggu 10 orang 8 kali BIRO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN Matlamat Strategik : Kebajikan dan Mewujudkan silaturrahim dikalangan warga beragama islam Objektif : Mengurus ceramah dan pembelajaran Al-Quran sepanjang masa BIL AKTIVITI/PROGRAM SASARAN PELAKSANAAN BIL.KEHADIRAN PENCAPAIAN ( JanJulai 2022) 1 Program bantuan Ramadhan ( Fakir, anak yatim & ibu tunggal) Setiap tahun 22 orang ( 8 orang penerima bantuan) 1 kali 2 Hadiah duit raya kanak-kanak Setiap tahun 15 orang 1 kali 3 Jamuan malam jumaat Setiap malam jumaat 15 orang 12 kali sahaja 4 Jamuan Raya ( Selepas Solat Edil Adha Setiap tahun 40 orang 1 kali 5 Kelas mengaji ( kanak-kanak) Setiap tahun 7 orang 12 kali sahaja 6 Majlis Khatam al-Quran Setiap tahun 33 orang 1 kali sahaja 7 Kelas Asas Fardhu Ain & Asas Tajwid Setiap tahun 15 orang 12 kali sahaja


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI AKTIVITI KEJIRANAN (LUAR) Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat dengan penghuni Perumahan Kastam Bukit Kuda. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat. Hubungan kejiranan yang baik ini boleh dizahirkan menerusi sumbangan penduduk melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama seperti gotong-royong dan sebagainya. Oleh itu, hubungan kejiranan yang baik dan berkualiti adalah amat mustahak bagi membolehkan penghuninya menjalankan kehidupan yang baik dan sempurna. Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Perumahan, jelas menunjukan interaksi sesama penduduk adalah penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk. Penduduk yang berinteraksi dengan jirannya boleh membentuk sebuah masyarakat sempurna dan berkualiti, maksudnya di sini mereka mampu untuk duduk bersama dan berbincang. Ini secara tidak langsung telah dapat membentuk modal sosial yang berkualiti. Aktiviti yang dijalankan secara bersama dilihat sebagai penunjuk kepada tahap kesejahteraan warga perumahan Kastam Bukit Kuda dan penduduk di Kg.Bukit Kuda sendiri. Kerjasama yang dilakukan ketika melakukan aktiviti kenduri secara bersama telah memperlihatkan bagaimana hubungan kejiranan (Penduduk Kg.Bukit Kuda dan Penghuni Perumahan Kastam Bukit Kuda). Kesanggupan penduduk berkorban masa demi menjayakan aktiviti secara bersama ini adalah bukti bahawa perpaduan wujud di antara Penghuni Perumahan dan masyarakat Kampung Bukit Kuda. Semangat bekerjasama ini juga telah membuktikan bahawa masyarakat “urban village” masih mengekalkan budaya tradisional masyarakat Melayu. Malah hubungan kejiranan yang baik lebih menjadi keutamaan bagi majoriti penduduk kampong Bukit Kuda dalam mewujudkan dan meningkatkan nilai kesejahteraan hidup kawasan tersebut. Hal ini selari dengan pandangan penghuni perumahan dan penduduk kampong bahawa faktor utama yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup penduduk adalah hubungan kejiranan yang baik seperti sembahyang Tarawih berjemaah di Surau Perumahan Kastam Bukit Kuda. ---------------------------------------------------------------------------


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KELAS PENGAJIAN KITAB Kelas pengajian kitab ini dibuat satu kali seminggu yang mana ianya terbahagi kepada dua pengajian iaitu kelas pengajian kitab asas fardhu ain dan kelas pengajian asas tajwid. Kelas pengajian ini disampaikan oleh Ustaz Irshad Bin Jamri merupakan imam tetap surau kastam sendiri.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH & MAJLIS PERSARAAN JASAMU DIKENANG Setiap kali tiba bulan muharram, ajk surau akan mengadakan ceramah sempena sambutan Maal Hijrah. Menariknya, diadakan juga majlis persaraan jasamu dikenang bagi pegawai kastam yang bersara yang banyak menyumbang bakti terhadap surau serta komitmen kehadiran yang tinggi dalam apa sahaja programprogram surau yang telah diladakan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Kastam WP Labuan Puan Aspalila Binti Hj Ag Tuah, Puan Hjh Mirani Binti Hj Majidi, Ketua Bahagian Penguatkuasan dan Pematuhan dan Tuan Affizal Abdul Malek, pengerusi surau.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI CERAMAH AGAMA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN Pihak surau juga mengadakan ceramah agama sempena hari kemerdekaan. Penceramah jemputan pada majlis tersebut iaitu al fadhil Ustaz Shahirul Abdullah, Pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KURSUS ASAS BILAL PERINGKAT SURAU AL LATIF Bagi melatih dan mengalakkan anak-anak muda tertarik ke surau. Pihak ajk surau telah mengadakan kursus asas bilal bagi anak-anak kakitangan kastam di perumahan. Penceramah jemputan bagi kursus bilal ini Bilal Ahmad, Bilal tetap masjid India Bandar Labuan.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI AKTIVITI MEMANAH Aktiviti memanah diadakan setiap minggu bertujuan untuk memupuk budaya aktif bersukan dan gaya hidup yang sihat bagi anak-anak kakitangan jabatan kastam.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI MAJLIS IFTAR BERSAMA PELAJAR TAHFIZ Pada bulan Ramadhan yang lalu, pihak ajk surau telah menjemput pelajar madrasah tahfiz ar-Raudhah Labuan ke majlis Iftar di surau. Turut hadir dalam majlis tersebut Puan Aspalila Binti Hj Ag Tuah, Pengarah Kastam W Labuan, Puan Mirani Binti Hj Majidi, Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan dan Tuan Affizal Abdul Malek, pengerusi surau. Seramai 18 orang pelajar tahfiz yang hadir termasuk 2 orang mudir dan 2 orang asatizah dan 1 orang warden madrasah.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK Program memasak bubur lambuk diadakan sempena lawatan Pen. Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Tuan Hj Mohd Nasir Bin Deraman ke JKDM WP Labuan sempena bulan Ramadhan.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI MAJLI BERBUKA PUASA BERSAMA PEN. KETUA PENGARAH KASTAM ZON SABAH, TUAN HJ MOHD NASIR BIN DERAMAN


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Majlis berbuka puasa bersama Dato’ Hj Zazuli Bin Johan, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dibuat di dewan seberguna perumahan kastam bukit kuda. Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Tuan Hj Mohd Nasir Bin Deraman dan Puan Aspalila Binti Hj Ag Tuah, Pengarah Kastam WP Labuan. MAJLI BERBUKA PUASA BERSAMA KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Majlis khatam al quran ini dibuat setiap tahun pada bulan Ramadhan. Seramai 15 orang kakitangan jabatan kastam labuan telah menyertai program tadarus al quran ini sepanjang bulan Ramadhan. MAJLIS KHATAM AL QURAN BERSAMA KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Kemudahan fasiliti masjid di zaman awal islam ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W telah memberi kesan yang mendalam ke atas bangsa Arab serta masyarakat Islam umumnya dan seterusnya membentuk dan menentukan landskap dan fizikal bandar-bandar yang mereka dirikan. Kesan ajaran tauhid ini mendesak mereka menyucikan diri dan alam fizikal mereka dari unsur-unsur syirik serta menyediakan ruang fizikal yang sesuai supaya segala ajaran agama dapat dijalankan tanpa halangan. Pengkajian terhadap komposisi binaan, ruang dan fasiliti masjid sedikit sebanyak tidak dapat lari dari mengkaji tentang pembangunan masjid dan bandarbandar Islam bermula dengan proses hijrah Rasullah dari Makkah ke Madinah. Sejarawan umumnya bersetuju bahawa Masjid Quba yang terletak diluar kota Madinah, merupakan Masjid pertama yang di dirikan oleh Rasullulah sebelum beliau mendirikan masjid dan kediamannya sendiri. Selepas memasuki Kota Madinah, Baginda mendirikan Masjid Nabawi. Peristiwa pembinaan Masjid Nabawi yang juga bersambung dengan kediaman nabi menunjukkan betapa Islam pada peringkat awal sudah memahami dan menghayati kepentingan fasiliti ibadat iaitu Masjid dalam kehidupan mereka. Menurut ahli sejarah dan juga catatan-catatan hadis sahih, Masjid Nabawi memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan harian Pengurusan penyelenggaraan fasiliti masjid merupakan satu bidang yang sangat di titik beratkan dalam Islam. Fenomena ini disebabkan kepesatan pembangunan masjid dan jumlah jemaah yang makin bertambah dan terdiri dari pelbagai latarbelakang. Fasiliti yang disediakan di masjid perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan objektif perkhidmatan utamanya tercapai. Oleh itu, pihak ajk surau Al-Latif telah mengambil inisiatif bagi mengurus penyelenggaran surau Al-Latif ini agar kemudahan fasiliti tersebut sentiasa dalam keadaan terbaik dan memenuhi keselesaan para Jemaah yang melaksanakan amal ibadah di surau ini. -------------------------------------------------------------------------- PENYELENGGARAAN


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KEBERSIHAN/ KEKEMASAN DALAMAN Ruang tempat sembahyang sentiasa dijaga bagi mempastikan keselesaan para jemaah ketika menunaikan ibadah. Sebelum (Ruang Tempat Sembahyang) Surau Al-Latif Kuda hanya menampung 100 jemaah dalam satu masa. Selepas (Ruang Tempat Sembahyang Lelaki Selepas Naiktaraf) Surau Al-Latif dapat menampung 350 jemaah dalam satu masa setelah naik taraf (Inovasi) Surau siap dilaksanakan.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KEBERSIHAN/ KEKEMASAN / KECERIAAN LUARAN Sebelum (Pandangan Depan Surau) Selepas (Pandangan Depan Surau)


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI KEBERSIHAN RUANG AMBIL WUDUK / TANDAS Tempat Wuduk Sebelum naiktaraf Surau Selepas dinaiktaraf


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI Tandas dan Bilik Air Sebelum Dinaiktaraf Selepas Dinaiktaraf


RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 PEMATUHAN KEPADA PERINTAH AM BAB E:


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PEMATUHAN KEPADA PERINTAH AM BAB E : RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN Perintah Am Bab E rumah & Bangunan Pejabat Kerajaan telah dikeluarkan di bawah kuas Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong mengikut Fasal(2) Perkara 132 dalam Perlembagaan. Berkuatkuasa mulai dari 1hb. Februari, 1974. Melalui perintah tersebut terdapat beberapa larangan/syarat yang ditetapkan kepada penghuni jika ingin menduduki perumahan kerajaan. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah. 1. Seseorang pegawaing yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh Kerajaan, akan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini. 2. Dilarang membuat tambahan atau pindaan kepad mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran. 3. Dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diuntukkan kepadanya. 4. Dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya. Oleh yang demikian melalui mesyuarat perumahan yang telah dilakukukan, pihak pengurusan telah memastikan setiap penghuni mematuhi peraturan arahan yang terkandung didalam perintah Am Bab E Rumah dan Bangunan Kerajaan. Sambutan yang diterima dari penghuni adalah sangat membanggakan dimana sehingga kini kadar pematuhan oleh penghuni adalah tahap 100%


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERUMAHAN. Memastikan penghuni perumahan Kastam sentiasa mematuhi peraturan dan syarat-syarat menduduki kuarters Kerajaan seperti yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab ‘E’ dan pekelilingpekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Pegawai Perumahan Berperanan: 1. Melaksanakan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas penghuni perumahan di Bukit Kuda, Flat Kastam Kg.Jawa, Tanjung Aru dan Layang-Layangan. 2. Mengambil tindakan terhadap penghuni yang memelihara binatang ternakan di Perumahan Kastam. 3. Membuat kutipan balik tunggakan bayaran Bil Air dari penghuni 2. Tawaran Kuarters kepada pegawai Pegawai Perumahan Jabatan Mengurus, menyelia dan mengendalikan kuarters kerajaan yang dihuni anggota perkhidmatan awam yang berkelayakan secara optima, efisyen dan berkesan. Fungsi: 1. Menyemak dan memproses permohonan menduduki kuarters. 2. Mengagihkan kuarters kepada pemohon yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perumahan. 3. Menguruskan serahan surat tawaran dan kunci kuarters. 4. Mengemaskini rekod dan fail penghuni kuarters. 3. PROSUDER PERMOHONAN PERUMAHAN JKDM: Permohonan untuk menduduki kuarters hendaklah di buat secara online melalui laman web Jabatan iaitu [email protected]


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PROSUDER PERMOHONAN PERUMAHAN JKDM: Permohonan untuk menduduki kuarters hendaklah di buat secara online melalui laman web Jabatan iaitu [email protected] 4. KEROSAKAN Penyelenggaraan merupakan satu rangkaian aktiviti yang diurus dengan teliti, dikawalselia dengan rapi berdasarkan standard teknikal tertentu yang telah ditetapkan serta dilaksanakan secara berterusan. Penyelenggaraan adalah bagi memastikan semua Aset Kerajaan (kuarters JKDM Labuan) serta kemudahannya sentiasa terpelihara, ceria, selamat serta dapat digunakan secara produktif sepanjang masa. PEGAWAI PERUMAHAN JKDM LBN: 1. Menguruskan pembaikan kuarters kosong dan mengawalselia pelaksanaan kerjakerja pembaikan tersebut oleh kontraktor pembaikan. 2. Menerima dan menyelaras aduan kerosakan kuarters oleh penghuni. 3. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan/pembaikan yang ke atas aduan yang diterima daripada penghuni kuarters. Medium aduan penyelenggaraan: Aduan boleh dibuat melalui medium seperti berikut : Sistem [email protected] Telefon : 016-8356619 E-Mel :


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI PERJANJIAN MENDUDUKI KUARTERS Selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan, para penghuni Perumahan Kastam Labuan telah diwajibkan untuk memeterai perjanjian menduduki kuarters. Setiap penghuni telah Berjaya melengkapkan perjanjian ini dalam waktu yang singkat. Ia sekaligus menunjukkan kerjasam di antara penghuni perumahan dan pengurusan JKDM Labuan berada tahap terbaik. Contoh surat Perjanjian Menduduki Kuarters. Setiap penghuni diwajibkan untuk mengisi borang ini. Di dalam borang ini juga terkandung tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap penghuni kuarters. Ini sekaligus mengingatkan penghuni pada tanggungjawab yang harus dipenuhi sepanjang tempoh menduduki kuarters


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BAGI MEMASTIKAN PEMATUHAN KEPADA PERINTAH AM BAB E Bagi memantau kepatuhan penghuni terhadap perkara ini, lawatan dari pihak pengurusan tertinggi Jabatan juga kerap diadakan. Namun begitu, hasil dari lawatanlawatan yang telah diadakan sebelum ini, maklumbalas yang diterima adalah positif dimana penghuni menunjukkan keputusan pada tahap terbaik. Lawatan diadakan oleh Pengurusan Jabatan bagi memantau kepatuhan penghuni Perumahan Kastam Wilayah Persekutuan Labuan, Bukit Kuda & Kampung Jawa.


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI AKTIVI PEMBAIKAN DAN PEMBERSIHAN DI KAWASAN PERUMAHAN


LALUAN SURAU ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 INOVASI


JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN TAHUN 2023 ANUGERAH KECEERLANGAN DAN INOVASI LALUAN SURAU Sebelum (Pandangan Depan Surau) Selepas (Pandangan Depan Surau) Laluan surau yang asal merupakan laluan simen biasa yang menghubungkan surau dan jalan utama. Keadaan lantai laluan yang condong ini kurang selesa dilalui oleh Jemaah terutamanya kepada kanakkanak yang datang untuk belajar mengaji dan diburukkan lagi ketika musim hujan. Oleh itu, Lantai ini telah diubahsuai dengan membina anak tangga, meletakkan palang besi di kiri dan kanan laluan serta ditambah dengan tumbuhan hiasan landskap. Laluan yang telah diubahsuai dan dinaiktaraf lebih selesan dan selamat digunakan di samping menambah kecantikan landskap di Kawasan surau. Laluan ini juga kini sesuai dijadikan sebagai salah satu tempat riadah kepada komuniti perumahan.


Click to View FlipBook Version