KARANGAN CONTOH 1 - KEBAIKAN MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM
Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam
· Mengurangkan kesesakan lalu lintas
· Menjimatkan masa
· Mengurangkan kos
· Mengurangkan pencemaran udara
· Dapat menambah pendapatan negara
Berdasarkan isi-isi penting yang diberi, bincangkan kebaikan-kebaikan menggunakan
pengangkutan awam di negara kita
Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin menuju ke
status negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam masih dipandang
sepi oleh segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah lebih baik jika hendak
dibandingkan satu dekad yang lalu. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Jika
diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah yang kita peroleh apabila menggunakan
pengangkutan awam.
Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering
menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah runcing lagi apabila
tiba waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja. Sekiranya orang ramai sepakat
menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja, pastinya masalah kesesakan ini
tidak berlaku. Sebagai contoh, semua orang menggunakan bas awam untuk ke tempat
kerja, maka jumlah kereta persendirian di atas jalan raya pastinya berkurangan.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan masa
individu yang menggunakannya. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit Aliran Ringan
(LRT) atau Monorel yang tidak melalui jalan raya pastinya mempercepat masa untuk sampai
ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga dibina di tempat-tempat tumpuan orang
ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung,
kita tidak perlu menempuh jalan raya yang sesak dengan kenderaan.
Di samping itu, apabila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, kita
dapat menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol yang tinggi dan juga
bayaran parkir kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita menggunakan kenderaan
persendirian ke tempat kerja. Namun demikian, dengan kos yang rendah kita tidak perlu
risau dengan kos petrol dan bayaran parkir berkenaan apabila menaiki kenderaan awam.
Wang lebihan berkenaan boleh dibuat tabungan kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita sepakat
untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi. Hal ini tidak dapat
dinafikan kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka
pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan.
Kesannya, kita dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau sekali gus.
Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut mampu
menarik minat pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pendapatan
negara akan meningkat seiring dengan penambahan jumlah pelancong tersebut. Hal ini
membolehkan pihak kerajaan merangka lebih banyak kemudahan dan prasarana untuk
kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan
demi memastikan kelangsungan penggunaanya dalam masyarakat.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, penggunaan pengangkutan awam di
negara kita ini mendatangkan seribu satu faedah buat rakyat dan negara. Oleh itu, semua
pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan kemudahan yang
disediakan ini diselenggara dan dijaga dengan rapi untuk memastikan kelangsungan
penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak dipandang enteng, tidak mustahil negara kita
mampu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang dicita-citakan.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 2 - KEWAJARAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH
Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan
menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat
membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia.
Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan
sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita selari dengan era
moden yang penuh kecanggihan ini.
Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa
digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di
mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon
bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu,
kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga
semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan
3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah
dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit
termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat
membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan
kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya,
banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh mendatangkan
kemudaratan. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan
mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang
dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang
masih setahun jagung itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa
tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit.
Oleh hal yang demikian, mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka
mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa
menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pemelajaran terganggu.
Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi
pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? Sudah tentu perkara sebegini ingin dijauhi lebih-
lebih lagi banyak masalah lain yang ditimbulkan oleh para pelajar.
Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana
mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon
bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan berhadapan dengan gangguan. Semasa
ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk
jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil
terhadap pelajar lain.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar
lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain
itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-
gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip
video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak
sihat yang mungkin boleh merosakkan masa depan mereka.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan
menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran.
Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan
menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak.
Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak
lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan
gelombang telefon itu.
Natijahnya, melalui perbincangan yang disampaikan di atas, kita dapat mengetahui impak
penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan
perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit
apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.
Namun demikian, semua hal ini tertakluk kepada diri individu itu sendiri bak peribahasa
tepuk dada tanyalah selera.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 3 - FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN MASLAH DISIPLIN DALAM
KALANGAN PELAJAR
• - Ibu bapa tidak mendidik anak-anak.
• - Ibu bapa sibuk bekerja.
• - Pengaruh rakan sebaya.
• - Pengaruh media massa.
Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan
remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana remaja merupakan
tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh menjejaskan matlamat
negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam memacu negara ke era negara
maju. Jika diperhalusi, pelbagai faktor yang mendorong kepada masalah disiplin dalam
kalangan remaja.
Faktor utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak mendidik
anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh mendidik anak-anak
mereka dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu harus dipikul? Sesetengah ibu
bapa belakangan ini juga bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan lurus.
Jelas, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mencorak keperibadian remaja.
Di samping itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah berpunca daripada
ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak terabai. Kesempitan hidup ini
memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak.
Namun demikian, sering kali anak-anak yang masih mentah ini mengambil peluang yang
ada untuk berseronok dengan rakan-rakan sehinggakan timbul masalah yang lain. Dalam
hal ini ibu bapa perlu bijak dalam membahagikan masa dengan anak-anak.
Seterusnya, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama dalam peningkatan
masalah disiplin pelajar. Masakan tidak kerana golongan remaja kini banyak menghabiskan
masa bersama-sama rakan sebaya berbanding ahli keluarga. Didorong atas sifat ingin tahu,
mereka pasti akan mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup mereka yang mungkin boleh
menggelapkan masa depan sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, remaja atau pelajar perlu
bijak dalam memilih rakan jika tidak mahu terlibat dalam masalah ini.
Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam meruncingkan lagi
permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak mahupun di kaca-kaca televisyen yang
banyak menyiarkan aksi keganasan dan masalah sosial. Contoh yang paling ketara seperti
filem Bohsia, Adnan Sempit dan KL Gengster yang memaparkan tema keganasan yang
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Sedikit sebanyak remaja yang menebal
sikap ingin tahunya itu pasti akan mengikut aksi yang terpapar dalam filem yang berkenaan.
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada peningkatan masalah
sosial dalam kalangan remaja. Namun demikian, perkara ini boleh diatasi jika semua pihak
memainkan peranan masing-masing serta saling berganding bahu bagai aur dengan tebing.
Secara tidak langsung, hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi
pada tahun 2020 bakal terlaksana.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 4 - LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT
PATRIOTIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering
diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat
membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-
langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak
menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk
semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat
patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan
sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah
semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula,
amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan
negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat
patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran
tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih
kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika
sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-
tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu
bapa sejak kecil.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara
besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan
Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan
filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat
cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum
di negara kita.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara
yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,
agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga
akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru,
semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 5- LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF
TANGAN DI MALAYSIA
Industri kraf tangan mempunyai potensi yang besar di negara kita meskipun menghadapi
pelbagai masalah.
Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini?
Jelaskan.
Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini
merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap
kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang
boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.
Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina
lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini
sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk
diperoleh oleh pelancong terutama dari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh
dijadikan sebagai tempat melatih lebih banyak penggiat industri ini pula.
Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini.
Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi
keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada
pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga
menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka
terus mendapat tempat dalam hati pelancong.
Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan
generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara
kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu
yang bercorak moden atau berteknologi tinggi. Kempen yang meluas juga mampu
mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan pada masa yang sama.
Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud di
Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan
mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan
permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber
semula jadi tempatan?
Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua
negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil
ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah
menjadi buktik betapa teruknya pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan
sendiri.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 6 - PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA BULI DAN LANGKAH-
LANGKAH MENANGANINYA
Soalan: Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran Persatuan Bahasa Melayu
sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah punca-punca berlakunya gejala buli dalam
kalangan pelajar di sekolah dan langkah-langkah menanganinya. Tuliskan teks syarahan
anda selengkapnya.
Analisis Soalan:
Tema/Isu - Gejala Buli
Menulis syarahan tentang punca-punca dan
Tugasan -
langkah-langkah menangani gejala buli
Format - Syarahan
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa, Puan Hjh Rohanah bt Esmail,
Yang dihormati Guru Penolong Kanan Petang Puan Kalsom bte Haron, barisan hakim yang
adil lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Asalamualaikum ,
salam sejahtera serta salam satu Malaysia
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Berdirinya saya pada hari ini yang berbahagia ini, adalah untuk menyampaikan syarahan
yang bertajuk 'Punca-punca Gejala Buli di Sekolah serta langkah-langkah menanganinya.
Sebelum saya meneruskan syarahan saya, ingin saya kemukakan satu soalan iaitu , apakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan rangkai kata 'gejala buli?
Hadirin yang dihormati sekalian,
Menurut Kamus Dewan, gejala buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan
seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang
dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.Menurut kajian, kes buli ini menjadi
semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius
masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah
yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal
pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.
Sebenarnya, antara punca berlakunya gejala buli ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai
agama yang ada pada pelajar yang terlibat. Agama Islam contohnya, menggariskan nilai-
nilai murni dan akhlak mulia yang selaras dengan tuntutan agama. Umpamanya, nilai
hormat-menghormati sesama manusia, kasih-sayang, belas kasihan, amanah,
bertanggungjawab dan sebagainya. Namun, mereka yang terlibat dalam gejala buli ini tidak
lagi menghayati dan mengamalkan suruhan agama. Mereka sanggup berbuat demikian
hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada
orang lain. Ringkasnya, ketandusan nilai keagamaan dalam diri mereka menyebabkan
gejala buli ini semakin berleluasa.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Selain itu, ibu bapa juga menjadi punca berlakunya gejala buli ini. Pada zaman yang serba
moden inil kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing untuk
meningkatkan taraf kehidupan mereka. Hal ini menyebabkan mereka kurang memberikan
belaian kasih sayang, kemesraan dan prihatian kapada anak-anak mereka. Contohnya,
terdapat segelintir Ibu bapa yang keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam.
Mereka tidak ada masa untuk mengambil tahu perkembangan anak-anak terutama yang
remaja. Tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak diserahkan bulat-bulat kepada
pembantu rumah. Justeru, kekurangan perhatian daripada ibu bapa turut menjadi punca
gejala buli ini.
. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya di sekolah juga merupakan salah satu punca yang
penting menyebabkan pelajar terlibat dalam kegiatan membuli ini. Para pelajar yang masih
terlalu muda, dikatakan berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang
sebahagian besarnya masih belum boleh berfikir dengan matang. Contohnya, mereka amat
mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebaya dan tidak dapat berfikir tentang baik
buruknya tindakan mereka itu. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut
juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli
kumpulannya. Jelaslah, rakan sebaya yang menjadi orang penting dalam kehidupan
remaja selain ibu bapa menjadi punca gejala buli ini.
Bagaimana dengan pihak media massa? Seperti yang kita ketahui, media masa
terutamanya televisyen sering menayangkan filem-filem yang berunsur keganasan,
pergaduhan dan sebagainya. Filem dan rancangan terutamanya dari barat dan Hong Kong
jelas memaparkan unsur keganasan seperti rancangan gusti, filem-filem aksi pertarungan
dan pembunuhan jelas membewa pengaruh buruk kepada remaja kita. Pelajar meniru aksi
yang disaksikan di televisyen untuk membuli rakan-rakan mereka yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan serta rakan seperjuangan sekalian,
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’. Terdapat pelbagai langkah
drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya
ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam kurikulum di sekolah. Contohnya, melalui mata
pelajaran seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya,
ilmu tentang gejala-gejala negatif terutamanya buli dan kesan-kesan buruknya perlu
dimasukkan dalam sukatan. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini
merupakan satu kesalahan yang boleh menggelapkan masa hadapan meeka. Pelajar juga
didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli
dan cara-cara mengelakkan mereka daripada terbabit dalam kes buli ini.
Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara
berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para pelajar agar
menjauhi diri daripada gejala buli. Pihak luar seperti NGO boleh dipanggil untuk
mengadakan pameran dan ceramah tentang gejala buli ini. Selain itu pihak sekolah sendiri
boleh menganjurkan aktiviti seperti kuiz, pidato dan sebagainya tentang kes buli dan juga
boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah
dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan
tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam
kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-
rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Seterusnya , yang paling penting ialah diri pelajar itu sendiri. Para pelajar juga harus pandai
memilih kawan kerana kawan yang baik akan membawa mereka ke arah kebaikan dan
begitulah sebaliknya. Umpama berkawan dengan penjual minyak wangi, secara tidak
langsung badan kita juga akan sentiasa wangi. Contohnya, jika berkawan dengan orang
yang minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan gemar
membaca bersama-sama. Oleh itu, jika pelajar mesti bijak memilih kawan, supaya tidak
terjebak dalam gejala buli di sekolah.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar boleh menjadi mata dan telinga kepada para
guru di sekolah. Contohnya jika para pelajar ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli, mereka harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada guru disiplin
atau pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin
demi kesejahteraan sekolah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Memang tidak dapat dinafikan lagi, pihak sekolah turut memainkan peranan penting untuk
menangani gejala buli ini. Setiap laporan yang diterima daripada guru atau pelajar mesti
diambil tindakan dengan segara. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang
disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah
yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah tidak
harus berkompromi dengan kes buli malah harus mengenakan hukuman yang setimpal
kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan
sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.
Tidak syak lagi, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk
membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-
anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. . Ibu bapa juga
perlu menunjukkan tingkah laku yang baik, contohnya tidak bertengkar atau bergaduh di
hadapan anak-anak , bergaul dengan baik dan mesra ketika berurusan dengan jiran
tetangga dan orang lain. Bak kata bidalan, bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Ibu bapa
yang baik akan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja,
ibu bapa juga harus meluangkan masa dengan anak-anak dan sentiasa mengambil berat
tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah. Contohnya, pada hujung minggu atau
cuti, ibu bapa boleh membawa anak-anak bercuti untuk mempererat kemesraan keluarga.
Perhatian dan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka akan menyebabkan
mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk nilai-nilai murni
dalam sanubari anak-anak mereka sejak kecil lagi seperti pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Dengan ini anak-anak akan menyayangi ibu bapa dan sentiasa sudi
meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-
sama.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan
satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan
sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai
angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset
negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa
Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah
sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun
kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya
usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara
dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun jari sepuluh dan memohon kemaafan jika
ada kesilapan tutur kata semasa menyampaikan syarahan saya tadi. Semoga apa yang
telah saya sampaikan sebentar tadi dapat memberi manfaat kepada kita semua. Akhir kata
terimalah dua rangkap pantun daripada saya.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Padi muda jangan ditampi;
Padi huma si beras jati;
Generasi muda harapan pertiwi,
Didiklah mereka seikhlas hati.
Sekian. Terima kasih
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 7 - PENGGUNAAN INTERNET LEBIH BANYAK MEMBAWA
KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN
Anda telah menyertai pertandingan perbahasan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk
perhahasan tersebut ialah Penggunaan Internet lebih banyak membawa kebaikan daripada
keburukan . Kemukakan hujah-hujah anda sebagai pihak pembangkang yang pertama
.
Analisis soalan:
Isu – kebaikan dan keburukan internet
Tugasan – mengemukakan hujah-hujah tentang keburukan internet
sebagai pihak pembangkang pertama
Format - Perbahasan
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim yang adil lagi
bijaksana, barisan para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam satu Malaysia.
Berdirinya saya pada hari ini, dengan membawa tugasan untuk membangkang tajuk
perbahasan pada hari ini iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan
daripada Keburukan’. Kam barisan pihak pembangkang amat tidak bersetuju dengan
penyataan tajuk tersebut kerana penggunaan internet sebenarnya membawa lebih banyak
keburukan daripada kebaikan.
Para hadirin sekalian,
Sebagai pihak pembangkang yang pertama, sebelum saya mengemukakan hujah-hujah
saya dengan lebih bernas dan panjang lebar , lebih baik jika kita memahami tajuk
perbahasan kali ini iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada
Keburukan’. Oleh itu, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan
Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui
telekomunikasi yang semakin canggih kini. Memang tidak dapat dinafikan, segala bentuk
maklumat dapat kita peroleh daripada penggunaan Internet ini, namun ternyata penggunaan
internet akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Hujah saya yang pertama sekali ialah atas kata kunci penggunaan internet akan menyemai
sikap buruk dalam jiwa individu. Maklumat tanpa sekatan dalam Internet ini memberi
peluang kepada pelajar dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan
terkandung dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu
merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu
yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang
tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak
baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita
yang bersopan-santun dan bertatasusila. Justeru, ini jelas menunjukkan bahawa internet
membawa keburukan kepada penggunanya terutama golongan remaja.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Hujah saya yang kedua ialah atas kata kunci penggunaan internet melalai dan
melekakan terutama bagi golongan remaja dan pelajar sekolah. Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh saya tak kata. bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka
lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa
mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan
mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku
pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan
dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan
mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran.
Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya
tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan
Internet yang tinggi. Sudah terang lagi bersuluh, internet jelas membawa keburukan
daripada kebaikan.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Hujah saya yang ketiga, atas kata kunci internet menyebabkan hubungan sosial dalam
masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan
Internet. Sebagai contoh untuk menguatkan hujah saya, golongan yang dapat melayari
Internet di rumah akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana
terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian.
Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet.
Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila
terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku
pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Hujah saya yang keempat , atas kata kunci penggunaan internet boleh menjejaskan
kesihatan mental dan fizikal penggunanya. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa
yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula
hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan
mereka tidak terjejas dan minda menjadi penat dan beku sehingga tidak boleh berfikir
dengan baik. Bagi pelajar sama ada di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi,
keadaan ini melemahkan minda mereka untuk menerima ilmu yang telah diajar oleh guru-
guru. Lebih malang lagi apabila pelajar tidur di dalam kelas kerana mengantuk. Keadaan ini
perlu dibanteras jika ingin mencapai hasrat negara melahirkan remaja cemerlang.
Hujah saya yang kelima atas kata kunci , penggunaan Internet boleh menyebabkan
penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak
tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara
boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin
mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang
paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di
dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita
perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan
tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu
tentang agama kepada orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan pendirian kami
barisan pihak pembangkang bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada
orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah ‘Terlajak perahu
boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.
Sekian sahaja, terima kasih.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 8 - CARA-CARA MENGAWAL PENULARAN PENYAKIT
BERJANGKIT
Soalan:
Sebagai pegawai kesihatan anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah
sekolah tentang cara-cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Analisis soalan:
Isu - Penularan Penyakit Berbahaya
Tugasan - menulis teks ceramah tentang cara-cara mengawalan penularan penyakit
berjangkit
Format - ceramah
Karangan contoh:-
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa Puan Hjh Rohana bt Esmail,
Yang dihormati barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru, dan pelajar-pelajar sekalian. Kita
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam
majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput
saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk Mengawal Penularan
Penyakit Berjangkit”.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut
masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam
daging dan telah menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia
khususnya berada dalam kebimbangan yang berterusan. Antara penyakit berbahaya yang
pernah melanda negara kita dan negara-negara luar ialah wabak selsema burung dan
penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk SARS). Pelbagai usaha telah dilaksanakan
oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit terutama yang dapat
menyebabkan kematian. Namun demikian, penularan penyakit masih lagi berlaku dari
semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan oleh masyarakat untuk
memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.
Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan
memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap
anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri
ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga
melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini
terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidakan yang teratur merupakan satu cara yang
berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak k menjaga kesihatan.
Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara kita.
Contohnya penyakit selesema burung yang bermula di luar negara telah menjangkiti
penduduk negara ini. Oleh hal yang demikian penjagaan kesihatata peribahasa mencegah
itu lebih baik daripada mengubati.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Hadirin sekalian,
Selain itu, pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar negara.
Pihak jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang
ketat terhadap orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah
memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan
sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan
makanan atau haiwan peliharaan. Jika haiwan tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam
hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut tidak dibawa masuk. Dalam hal ini
tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan dari negara-negara yang
diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu ketika dahulu negara
China telah diserang penyakit selesema burung yang serius. Oleh itu pelancong dan
barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah diperiksa dengan lebih terperinci agar
negara kita bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi, pihak
berkuasa hendaklah mengetatkan syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar
negara untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk
baru tengadah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak
kerajaan hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit
berjangkit dengan kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira
bantahan dan kritikan masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini kerana penyakit
berjangkit biasanya merebak dengan pantas apabila pembawanya tidak dihapuskan,.
Misalnya dalam kes penularan penyakit Selesema Burung, setiap unggas sama ada yang
dipelihara atau yang hidup bebas perlu dilupuskan. Walaupun tindakan ini agak kejam
sifatnya, kita tidak boleh pilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam
terancam seperti kata peribahasa biar titik jangan tumpah. Kerugian akibat kematian haiwan
peliharaan adalah lebih baik berbanding kehilangan nyawa manusia akibat diserang
penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera.
Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan majoriti kerana penularan penyakit tidak akan
berhenti jika tidak dibendung. Tindakan yang lambat akan mendatangkan kesan buruk
apabila penyakit berkenaan tidak lagi dapat dikawal dengan menyeluruh. Oleh itu,
pelupusan haiwan atau pembawa penyakit hendaklah disegerakan untuk memastikan
penularannya dapat dikawal.
Tuan-tuan yang dihormati,
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan
penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini, semua anggota
masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat
ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan
kesan buruk kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas
daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Sebelum saya mengundur diri, saya
ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima kasih.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 9 - USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Berdasarkan gambar yang diberi, tulis karangan tentang usaha-usaha untuk memperkukuh
perpaduan kaum di Malaysia.
Dewasa ini, isu perpaduan kaum selalu dibincangkan. Umum mengetahui bahawa
isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal ini
berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama untuk mencari
usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum.
Sesungguhnya, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah dengan
mengadakan sambutan rumah terbuka. Hal ini demikian kerana sambutan ini dapat diraikan
oleh semua kaum. Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina dan
India boleh meraikannya bersama. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mewujudkan
perpaduan kaum. Benarlah sambutan rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan kaum.
Selain itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan sekolah
untuk semua kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam satu
sekolah yang sama. Contohnya, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh
kerajaan.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memperkukuh perpaduan antara
kaum.Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat mengukuhkan perpaduan kaum.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Di samping itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan
persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian
keranapersefahaman penting untuk menjadi negara kita aman dan damai. Contohnya,
setiap kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia. Sekiranya hal ini
dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum. Betullah bahawa persefahaman rakyat
berbilang kaum amat penting.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu
perpaduan kaum ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang
bersatu padu di negara kita. Ingatlah peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 10 - KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA.
Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersatu
padu. Kemukakan pendapat anda tentang kepentingan perpaduan kaum di negara kita.
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman
pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris
lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31
Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan
kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita
tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau
Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’
Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah
mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita
ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib
Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu
padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata
peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin
membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah
dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini
tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat
Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang
berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti
di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah
dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada
anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati
Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka
akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita
perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di
bangku sekolah.
Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat
negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni,
para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian
kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun
Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan
hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang
dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada
menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia
kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi
walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat
dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain
walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar
yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti
peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah
perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik
lebih ramai pelancong asing ke negara kita.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini
tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di
negara kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan
rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk
di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum.
Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian
kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum
lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini
sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama
yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum
Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan
konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti
demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja
perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh
rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar
tidak berlaku permusuhan.
Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya
telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara
menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’
Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan
dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan
yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang
dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum
penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu
dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum
ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun
1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran
dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan
agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran
optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya
menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik
negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam
mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan
daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang?
Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan
peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada
tipu helah pihak musuh.
Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada
kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada
musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan
kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik
tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita
bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendahdengan
negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi
negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan
tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikapmembutakan mata dan
memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk
membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya
terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza.
Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur
dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah
bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya
membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita.
Usaha Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya
berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah
terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum
sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka
apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan
Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa
depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti
peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya
mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain
supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya,
semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara
yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 11 - USAHA-USAHA MENJADIKAN MEMBACA SEBAGAI AMALAN
HIDUP
Membaca Jambatan Ilmu. Membaca merupakan suatu amalan mulia yang perlu
dipraktikkan dalam kehidupan remaja. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha untuk
menjadikan membaca sebagai amalan hidup golongan remaja.
Analisis soalan:
Tema - amalan membaca
Tugasan - menulis rencana tentang usaha-usaha untuk menjadikan membaca
sebagai amalan hidup golongan remaja
Format - Rencana
Usaha-usaha Yang Boleh dilakukan oleh Remaja Untuk Menjadikan Membaca Sebagai
Amalan Hidup
Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan pada hari ini telah menyebabkan
remaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa. Mereka lebih terdorong dan gemar
melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme.
Mengapakah mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan
kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat
pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh mereka khususnya dengan membaca?
Apakah yang dimaksudkan dengan membaca dan apakah kepentingannya?
Membaca didefinisikan sebagai memerhati sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan
teliti dan memahami makna kandunganya. Kepentingannya pula adalah untuk melahirkan
individu yang berilmu pengetahuan. Hal ini kerana, membacalah yang menghubungkan
antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan, seperti cogan kata 'Membaca Jambatan
Ilmu'.
Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah
buku setahun. Hal ini amat berbeza bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan
bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun . Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik
untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, tanpa menuding jari ke arah
orang lain kerana dikhuatiri bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, sebagai
seorang pelajar dan remaja kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk
menjadikan membaca itu amalan hidup.
Memang tidak dapat disangkal lagi, usaha yag pertama ialah atas diri remaja sendiri.
Remaja perlulah rajin pergi ke perpustakaan. Seperti yang kita ketahui Malaysia tidak
pernah ketandusan perpustakaan. Tamsilnya, perpustakaan sekolah, perpustakaan awam
dan perpustakaan bergerak. Di sini, remaja dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis
buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Walaupun perpustakaan yang dipenuhi
dengan buku itu ibarat lautan yang terbentang luas yang tidak dapat diterokai, remaja
perlulah sentiasa berusaha dan rajin ke perpustakaan untuk membaca. Walaupun sekadar
sebuah buku seminggu, ilmu yang diperoleh amat besar nilainya. Remaja juga boleh
melakukan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara atau perpustakaan di universiti –
universiti terkemuka di Malaysia. Selain dapat menyemai minat membaca dalam diri ,
remaja juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ, bak peribahasa,
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
sambil menyelam minum air. Dengan itu , remaja perlulah rajin mengunjungi perpustakaan
agar sentiasa terdorong untuk membaca.
Selain itu , remaja juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi
Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar
membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini , remaja perlu membaca dua
versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan di dalam
Buku Nilam. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan
bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga
boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
Tambahan pula, remaja juga perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi pada
masa senggang . Aktiviti ini jauh lebih baik berbanding remaja melakukan aktiviti-aktiviti
yang membawa remaja ke arah negatif. Daripada remaja membiarkan masa yang terluang
terbiar begitu sahaja, remaja perlu mengisinya dengan membaca kerana masa itu emas.
Contohnya, remaja boleh menyusun jadual untuk membaca pada hujung minggu atau pada
masa cuti persekolahan. Marcus Aurelis pernah berkata,“jangan membuang masa
memikirkan bagaimana untuk menjadi orang yang baik, sebaliknya mulakan dengan diri
sendiri dahulu” . Di sini jelaslah bahawa remaja itu sendiri perlu menggalakkan dirinya
sendiri agar sentiasa membaca pada waktu senggang.
Seterusnya , remaja juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan . Buku-
buku atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja tetapi juga
bercorak santai . Tamsilnya, Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi . Di manakah remaja
boleh melanggan buku-buku tersebut ? Remaja boleh melanggannya di kedai-kedai buku ,
internet atau meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggan. Impaknya, remaja akan
sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui
perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan. Remaja perlulah sentiasa
berusaha mencari pelbagai jenis buku dengan cara melanggan buku pada setiap bulan.
Persis kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Remaja juga boleh menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat
dengan buku sebagai idola . Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengan karya
puisinya, Profesor Diraja Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-buku sejarahnya dan
penulis tersohor, Sharifah Abu Salim . Apabila remaja menjadikan mereka sebagai idola,
remaja akan sentiasa terdorong untuk membaca dan menjadi seperti mereka. Positifnya,
remaja akan sentiasa menjadikan idola mereka itu sebagai hala tuju. Hal ini kerana,
ketekalan dan kejituan mereka dalam usaha menulis buku untuk dijadikan bahan rujukan
harus dihargai dan dijadikan pendorong . Justeru, remaja haruslah menjadikan tokoh-tokoh
tersohor ini sebagai idola berbanding dengan menjadikan artis sebagai pujaan hati mereka.
Usaha yang terakhir ialah berkawanlah dengan rakan sebaya yang gemar membaca
atau lebih dikenali sebagai ulat buku. Hal ini demikian kerana, pengaruh rakan sebaya amat
kuat semasa peringkat remaja. Sekiranya rakan-rakan remaja terdiri daripada mereka yang
suka membaca pelbagi bahan bacaan, lama-kelamaan, remaja juga akan terikut-ikut dan
terbiasa dengan amalan membaca. Bak kata pepatah alah bisa tegalbiasa. Dengan itu ,
remaja perlulah arif memilih rakan. Jika remaja tersilap langkah dalam memilih rakan, tidak
mustahil mereka akan menjadi duri dalam daging dalam hidup kita.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Konklusinya , sebagai seorang remaja kita perlulah sentiasa berusaha memajukan diri
untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan
negara. Remaja merupakan aset negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Janganlah biarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara sia-sia. Kontradiksinya,
penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca.
Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan “Membaca itu Jambatan Ilmu” dan
“Rakyat Membaca , Bangsa Berjaya” seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia kita , Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak “generasi berpengetahuan merupakan
tunjang untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju”.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 12 - KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN-BANGUNAN
BERSEJARAH DI NEGARA KITA.
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan bangunan-bangunan
bersejarah.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memulihara bangunan-bangunan bersejarah
di negara kita.
Analisis soalan
TemaIsu - warisan bangunan bersejarah di negara kita
Tugasan - huraikan pendapat tentang kepentingan memulihara
bangunan-bangunan bersejarah
Format - Tiada
Karangan Contoh
Mutakhir ini, antara isu yang hangat dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di
Dewan Parlimen ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah. Walaupun keputusan yang
telah diambil adalah tidak meruntuhkan bangunan-bangunan warisan tersebut, namun,
terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di
Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku Adakah perlu bangunan
tersebut diruntuhkan Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.
Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan
bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa
penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang
ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat
dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah
amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan
kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang
telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan
bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman
kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai
dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan
Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown,
Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa
dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan
British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha
meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu
diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati
sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi
kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A
Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini
terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga
kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang
setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan
mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita
sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan.
Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen
dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara
untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan
pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu,
bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai.
Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri
seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di
beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-
bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya
melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha
seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi
sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan
bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain
menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan
galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat
membantu industri pelancongan negara.
Istana Bukit Zaharah - Johor Bahru
Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang
dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai
contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran
Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur,
seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial
British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada
ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi
kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat
di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan
air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun
1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri
Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan
bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu,
bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi
muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan
dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu
akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan
membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau
pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah
mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang
demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah,
mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 13 - CARA-CARA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH ANDA
Soalan:
Anda telah menyertai pertandingan menulis esei sempena program bulan bahasa di sekolah
anda. Tajuk esei anda ialah ‘ cara-cara menceriakan kawasan sekolah’. Tulis esei anda
selengkapnya.
Analisis soalan:
Tema/isu : keceriaan kawasan sekolah
Tugasan : menulis esei tentang cara-cara menceriakan kawasan sekolah.
Format : rencana
sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya persekitaran
kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi keselesaan dan keberkesanan pelajar
menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga
kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran
sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengatur strategi yang berkesan untuk menceriakan
kawasan sekolah.
salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan
mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan secara
berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga
sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat
bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan
cepat dan mudah, bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan
dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong.
Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “program sekolah
dalamtaman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan
yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan
berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari
rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan
kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya
pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman
daripada bangunan konkrit yang kaku.
di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat
bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke
sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan
bantuan persatuan ibu bapa dan guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat.
Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga
digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,
pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan
lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti
ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas
mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan memastikan susunan meja
dan kerusi sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan teratur. Guru bertugas harian
akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Nama kelas yang terbersih dan
terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil
penghargaan sebagai ganjaran. Sebaliknya kelas terkotor pula perlu diberi hukuman
sebagai pengajaran supaya pelajar-pelajar lebih prihatin akan kebersihan kelas mereka
pada masa yang akan datang. Contohnya, antara bentuk denda yang boleh dilaksanakan
ialah dengan menjalankan aktiviti pembersihan, seperti mencuci tandas, kantin,
membersihkan kawasan padang dan sebagainya. Memang tidak syak lagi, dengan adanya
aktiviti seumpama ini pelajar akan terdidik dan terbiasa untuk sentiasa mengamalkan tabiat
menjaga kebersihan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
selain itu, sekolah juga perlu menjalankan program 3k. Program 3k bermaksud
mengutamakan kebersihan, keindahan dan keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah
perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini
demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari
semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak kementerian pelajaran akan membuat
pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan menjadi pemangikin dan meniup
Semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Namun demikian,
program 3k memerlukan komitmen daripada seluruh warga sekolah. Sebagai impaknya,
sekiranya semua warga sekolah bekerja sama dan berganding bahu bagai aur dengan
tebing dalam melaksanakan program ini, impian untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah
tempat menuntut ilmu yang indah, bersih dan selamat akan tercapai
intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah kerana
sekolah yang bersih dan ceria akan menyediakan suasana yang sangat kondusif untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Dalam hal ini, guru,pelajar-
pelajar dan kakitangan sokongan sekolah perlu melangkah sederap untuk sentiasa menjaga
persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria. Sekolah ceria, pelajar gembira, guru
bahagia.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 14 - USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR
PELANCONGAN DI NEGARA KITA
Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi sesebuah
negara.Hal ini demikian kerana industri ini menyumbangkan hasil dan pulangan yang
banyak kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara. Daripada perangkaan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, jumlah pelancongan ke Malaysia dari
Januari hingga Disenber 2010 ialah 24.6 juta orang.Pelancongan Asia Barat menunjukkan
peningkatanpada tahun 2006 berbanding tahun 2005.Jumlah pelancong yang melawat ke
Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun tersebut meningkat 44 peratus kepada
7.23 juta berbanding 5.02 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya meskipun
keadaan ekonomi serantau yang lembap kini. Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan
aktiviti perlu dijalankan untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia.
Sebagai kesinambungan idea saya, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu melakukan
pelbagai usaha untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Kerajaan hendaklah
menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita.
Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan
boleh dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya sekadar melepaskan batuk
di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan
telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di
Dubai dan di Arab Saudi.
Usaha memperkenalkan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi
maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan maklumat tentang pelancongan di negara
ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat yang
tepat mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia.
Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan
secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong. Hal ini demikian juga mampu menjadi
daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
yang diminati. Natijahnya, industri pelancongan negara kita dapat bersinar dan terserlah ke
seluruh dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara
lain.
Selain itu, pihak swasta haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan membuka
pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia agar industri pelancongan negara kita dapat
bersaing dengan negara-negara lain di dunia. Hal ini serupa dengan bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan
memperbanyak pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan
diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong sebagai analoginya,
tindakan yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan
murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah
pelancong menginap di hotel tersebut.
Bagi membuktikan perkara ini, perangkaan yang boleh diketengahkan ialah pertambahan
ketibaan pelancong antarabangsa dan pertumbuhan pelancongan domestik yang kukuh
telah menyumbang kepada peningkatan kadar penginapan hotel purata daripada 59.2
peratus pada tahun 2000 kepada 63.5 peratus pada tahun 2005. Pendek kata, sekiranya
langkah yang konkrit, sistematik dan pragramatik dijalankan secara berterusan sudah tentu
kedatangan pelancongan ke Malaysia bagaikan di mana ada gula di situ ada semut.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Selain itu, seharusnya kita tidak mengetepikan peranan sekolah dan peranan ibu
bapadalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Memang diakui bahawa
peranan sekolah dan ibu bapa amat penting dalam pendidikan anak. Ibu bapa yang menjadi
guru di rumah haruslah mengasuh anak dengan sikap melentur buluh biarlah dari
rebungnyatidak harus kita tepikan kerana api takala kecil menjadi kawan apabila besar
menjadi lawan. Hal ini supaya anak mereka tidak terlibat dalam gejala sosial seperti
vandalisme yang menjatuhkan imej negara kita semasa pelancong dari luar negara datang
ke negara kita. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah berperanan dalam menggalakkan
pelancongan di Malaysia. Oleh itu, subjek yang memperkenalkan Malaysia seperti Geografi
dan Sejarah harus banyak di perkenalkan oleh guru Sejarah.
Kelab pelancongan boleh ditubuhkan bagi memupuk minat pelajar untuk melancong.
Seterusnya, pihak sekolah juga bolah manganjurkan aktiviti seperti lawatan sambil belajar
dan pertandingan membuat folio tentang tempat pelancongan untuk mendalami ilmu
pengetahuan pelajar tentang tempat tersebut pelancongan tersebut.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menampilkan filem tentang adat resam dan
keistimewaan berkaitan tempat pelancongan seperti Sabah dan Sarawak. Dalam konteks
ini, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membawa anak melancong supaya mereka
tidak menjadi katak di bawah tempurung. Hal ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan
antara keluarga tetapi juga dapat merehatkan minda sekeluarga. Oleh itu, peranan ibu bapa
dan sekolah penting dalam menggalakkan pelancongan di Malaysia.
Ketika negara dan rakyat sedang rakus dan ghairah memburu kemajuan, kita
sebagai masyarakat terlupa menjimatkan pengaliran keluar wang negara. Apabila
melancong di negara kita, wang perbelanjaan untuk pelancongan diperolah semula oleh
kerajaan melalui cukai yang dikenakan. Sekiranya melancong ke luar negara, segala
perbelanjaan diperoleh oleh rakyat dan kerajaan negara asing. Perkara ini akan merugikan
diri sendiri serta negara. Di samping itu, melancong dalam negara dapat menambahkan
pengetahuan dan pengalaman. Dengan mengunjungi tempat-tempat yang belum pernah
dilawati, kita dapat menambahkan pengetahuan dan mengenali secara lebih mendalam dan
lebih dekat dengan khazanah warisan bangsa di tanah air kita.
Tambahan pula, kita dapat mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat
serta panorama di negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan aktiviti melancong dalam negara,
kita akan mengetahui apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di tempat berkenan
berbanding dengan tempat sendiri, kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk
pembangunan negeri. Kita harus melancong di negara sendiri demi menghayati warisan
khzanah bertaraf dunia yang masih belum dilawati.
Deduksinya, pelbagai usaha dan kempen perlu diteruskan dan dipergiatkan untuk
menarik lebih banyak pelancong agar melancong ke negara kita. Rentetan itu, sinergi
daripada semua pihak sangat penting bagi memajukan industri pelancongan di negara kita.
Pihak kerajaan, pihak swasta, agensi pelancongan dan rakyat negara kita perlu berganding
bahu bagi meningkatkan martabat industri pelancongan. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah Melayu iaitu hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Sekiranya rakyat
dan pelbagai pihak tidak bekerjasama, sudah tentulah matlamat untuk memajukan ekonomi
negara kita tidak akan tercapai. Oleh itu, kejayaan dalam sektor pelacongan di negara kita
dapat direalisasikan sekiranya semua pihak berusaha memajukan industri pelancongan
kerana pepatah mengatakan, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 15 - PUNCA-PUNCA MASALAH JEREBU
Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami
oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan
cuaca negara kerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel
terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara
kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang
berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah
punca-punca berlakunya masalah jerebu
Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu
pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan
terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada
Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di
Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada
ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu
dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan
Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah
jerebu yang membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang
melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan
jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan
sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik
kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di
belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah
sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula.
Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan
buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika
asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah
jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di
suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas.
Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan
mengakibatkan jerebu.
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon
monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya
akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat
dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara
kita.
Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti
kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca
utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah
mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang
banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari
kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan
nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk
apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah
sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah
Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan
rakyat dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak
kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini
dari terus-menerus menghantui negara kita. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama
untuk memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN 16 - KESAN-KESAN NEGATIF JEREBU
Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama
terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan
kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma,
sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi
semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit
berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa
menerima rawatan di hospital atau di klinik.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya
menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko
kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya
menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana
kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan
nyawa.
Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu.
Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan,
sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang
dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar.
Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan
bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut
terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan
demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat
dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari
pendapatan buat sementara waktu.
Selimut jerebu pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang
turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca
daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius
akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan
negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan
merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja
dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu
masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka
semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas
akibat jerebu.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi
masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi.
Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia
dapat berkembang maju dalam semua bidang.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 17 - LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU
Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu
jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai
negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah
di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup
manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit
yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-
langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita
Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan
secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan
penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan
masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak
atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah
jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón
monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian,
bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang
terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi
menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan
Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa
siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan
dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap
atau gas yang berlebihan dapat diatasi
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara
jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar .
Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian
saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan
berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan
tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan
menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak
diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan
berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 20 - FORMAT CERAMAH : CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Sebagai seorang guru kaunselor , anda telah menyampaikan ceramah kepada pelajar-
pelajar sempena program motivasi di sekolah anda. Tajuk ceramah anda ialah ‘Ciri-ciri
Pelajar Cemerlang.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi 'Permata Hati', yang dihormati
guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Dato’ Syed Esa yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan
kerana pada pagi yang ceria ini, kita dapat bersama-sama dalam program motivasi 'Permata
Hati' yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan
menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak beberapa lama lagi. Apa yang ingin saya
kongsikan pada hari ini ialah tentang 'Ciri-ciri Pelajar Cemerlang'.
Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,
Semua insan inginkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka. Malah, semua
pelajar yang berada di dalam Dewan Budiman yang permai ini juga ingin menjadi pelajar
yang cemerlang. Pendek kata, semua pelajar ingin cemerlang dalam semua bidang yang
diceburi. Contohnya, sudah pasti pelajar ingin cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Pelajar cemerlang umpama benih yang baik,
campak ke laut menjadi pulau. Persoalanya, apakah sebenarnya ciri-ciri pelajar
cemerlang? Bagaimanakah caranya untuk menjadi cemerlang? Apakah pelajar di hadapan
saya ini pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai pelajar-pelajar, kerana sebentar lagi
kita akan bersama-sama mengupas tajuk ciri-ciri pelajar yang cemerlang.
Para pelajar yang disayangi,
Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan ialah dari
segi pencapaian akademik. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk memastikan pecapaian
akademik mereka sentiasa memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan.
Contohnya, pelajar cemerlang akan mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti
terancang di bilik darjah, dan pembelajaran kendiri serta bersama kumpulan sebaya di luar
bilik darjah. Pelajar cemerlang sentiasa menggembleng segala potensi dan fakulti yang ada
dalam diri mereka bagi memperoleh hasil pembelajaran yang optimum. Mereka menetapkan
matlamat pembelajaran yang munasabah, dan berusaha untuk mencapainya. Dengan itu,
pelajar cemerlang akan mengenepikan sebarang bentuk gangguan bagi memastikan
pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
Selain itu, semasa di bilik darjah, pelajar cemerlang sentiasa memberi tumpuan
terhadap aktiviti pembelajaran terancang bersama guru. Sebagai contoh, pelajar cemerlang
akan menunjukkan motivasi pembelajaran yang maksimum dengan memberi kerjasama dan
perhatian yang tidak berbelah bahagi. Mereka tidak mudah dipengaruhi hasutan negatif
sama ada yang datang daripada dalam diri sendiri mahupun persekitarannya. Pelajar
cemerlang tidak meletakkan terlalu banyak syarat dalam pembelajaran supaya semuanya
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
berkenan di hati. Mereka tidak bersifat sentimental dengan terlalu banyak berharap tentang
guru yang sempurna atau persekitaran bilik darjah yang sempurna. Mereka mampu
bertahan dalam iklim pembelajaran yang seadanya.
Demikian juga apabila melaksanakan tugasan kumpulan, mahupun menyertai
kumpulan belajar, pelajar cemerlang menampilkan peranan yang seimbang, iaitu tidak
terlalu menonjol dan tidak hanya sebagai penumpang. Mereka mungkin memiliki banyak
idea, tetapi bersabar mendengar idea rakan sekumpulan. Pelajar cemerlang tidak cuba
berlagak menguasai perbincangan, tetapi kelihatan sebagai pemimpin yang boleh
dipercayai dan adil. Mereka datang dengan persediaan yang mencukupi, bukan dengan
tangan kosong. Maka, kehadiran pelajar cemerlang dalam mana-mana aktiviti pembelajaran
berorientasi kumpulan sentiasa meninggalkan impak, bukan sekadar melukut di tepi
gantang, datang tidak menambah, pergi tidak disuruh.
Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,
Selanjutnya ialah, pelajar cemerlang juga meletakkan sasaran yang tinggi dalam
peperiksaan awam. Sasaran yang dibuat bukan sekadar cakap kosong, tetapi dibuktikan
menerusi strategi dan usaha yang optimum. Mereka tidak bergantung kepada soalan
ramalan, tetapi lebih fokus terhadap perancangan jawapan yang menepati tugasan soalan.
Pelajar cemerlang menggunakan segala pengalaman pembelajaran di bilik darjah untuk
mematuhi segala kehendak sukatan pelajaran yang menjadi asas penggubalan item soalan
peperiksaan awam. Dengan meletakkan sasaran yang tinggi dari segi peperiksaan awam,
pelajar cemerlang berpeluang mengintai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang yang
diklasifikasikan sebagai kritikal dan menjadi rebutan, di samping melamar tempat di institut
pengajian tinggi terkemuka dengan tajaan biasiswa yang berprestij.
Apakah tindakan ke sana ke mari dengan buku sehingga digelar sebagai 'ulat buku'
merupakan ciri pelajar yang cemerlang? Sebenarnya, Pelajar cemerlang tidak rela dicop
atau dilabel sebagai ulat buku semata-mata. Mereka juga menunjukkan pencapaian yang
tinggi dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya bidang kokurikulum ialah pelengkap kepada
aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi aplikasi pengetahuan
dan kemahiran kurikulum. Pelajar cemerlang menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai
kesempatan bagi menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat suka rela dalam
perkhidmatan sosial dan mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan menggunakan
kapasiti diri sama ada sebagai pemimpin, peserta atau petugas dalam aktiviti kelab,
persatuan, unit pakaian seragam, permainan dan sukan. Mereka sentiasa cuba mencari
pengalaman dengan mengamalkan sikap ringan tulang dalam membantu pihak sekolah
menjayakan sebarang aktiviti kokurikulum.
Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,
Disiplin asas kejayaan. Oleh itu, pelajar cemerlang juga sinonim dengan amalan
disiplin yang tinggi. Mereka tidak kisah jika digelar sebagai pelajar skema yang akur dengan
segala peraturan sekolah. Walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi penampilan dan
tingkah laku, pelajar cemerlang tidak berasa kekok untuk bergaul dan berkomunikasi
dengan rakan yang sinikal, mahupun rakan yang kurang beruntung. Pelajar cemerlang akan
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
berusaha untuk muncul sebagai peribadi rujukan yang mampu mempengaruhi lebih ramai
pelajar supaya bersikap positif dalam menimba pengalaman pembelajaran di sekolah.
Mereka tidak perlu membutirkan tunjuk ajar, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan
tingkah laku yang disenangi. Sebagai contoh, pelajar cemerlang mementingkan ketepatan
masa, dan sentiasa melaksanakan sesuatu tugasan sesempurna mungkin. Setiap kali diberi
tugasan, pelajar cemerlang tidak melaksanakannya dengan sambalewa semata-mata
seperti "melepaskan batuk di tangga". Jelaslah prinsip pelajar cemerlang ialah
mementingkan disiplin dalam memacu kecemerlangan hidup mereka.
Seterusnya, pelajar cemerlang juga perlu menampilkan sahsiah dan budi pekerti yang
mulia dan murni. Percakapan mereka dihiasi dengan sopan santun bagaikan butir-butir
mutiara yang berharga. Rakan akan berasa selamat dan dilindungi kerana mereka akan
hanya mendengar hal yang baik-baik, serta tidak mengalami provokasi yang tidak
berfaedah. Sudah tentu, sebagai manusia biasa, pelajar cemerlang tetap memiliki
kelemahan tertentu, tetapi mereka akan cuba melakukan kawalan sebaik mungkin supaya
tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak.
Akhirnya, satu lagi ciri yang sangat penting ialah, pelajar cemerlang sentiasa
berpegang teguh pada tali agama. Kepercayaan dan kepatuhan kepada suruhanNya
sepatutnyalah menjadi perkara utama dalam kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang
cemerlang sentiasa berusaha melaksanakan suruhan Tuhan dan menjauhi larangannya.
Malah pegangan agama yang kukuh menjadi penyuluh dan petunjuk jalan dalam kehidupan
pelajar supaya sentiasa berada pada jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana, pelajar yang
cemerlang sentiasa meninginkan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Sebagai kesimpulannya, pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi
dari segi akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama. Mereka menepati
ciri-ciri modal insan minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara.
Mereka menjadi harapan negara untuk meletakkan daya saing negara di pentas
antarabangsa. Oleh itu pelajar cemerlang haruslah sentiasa berusaha melakukan
penambahbaikan setiap masa dan jangan sesekali menganggap bahawa diri mereka serba
sempurna.
Sebelum saya menamatkan ceramah pada hari ini, saya percaya tentu pelajar-pelajar
yang berada di hadapan saya ini sedang tertanya-tanya kepada diri sendiri. Antara
persoalan yang mundar-mandir di minda ialah adakah ciri-ciri yang telah dinyatakan tadi
dalam diriku? Mampukah saya menggarab ciri-ciri kecemerlangan tersebut. Jawapanya
ialah, jika hanya satu atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri pelajar-pelajar ketika ini,
syabas dan tahniah saya ucapkan. Satu permulaan yang baik dan teruskan untuk mencapai
ciri-ciri kecemerlangan itu. Saya percaya dan penuh keyakinan bahawa semua pelajar akan
mampu menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Tepuk dada tanya selera.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 19 - USAHA-USAHA PELBAGAI PIHAK UNTUK MENGGALAKKAN
AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN REMAJA.
Membaca jambatan ilmu. Namun, kepesatan kemajuan teknologi maklumat kini,
menyebabkan remaja leka dengan ciptaan gajet-gajet terkini dan mengabaikan amalan
membaca dalam kehidupan.
Bincangkan usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja.
Memang tidak dapat dinafikan dalam meneroka zaman kepesatan kemajuan teknologi
maklumat kini, manusia cenderung kepada kebendaan. Justeru, amalan membaca telah
diabaikan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja kerana mereka leka
dengan ciptaan-ciptaan gajet teknologi maklumat seperti telefon bimbit dan internet.
Sebenarnya, kepentingan membaca sebagai wahana untuk menimba ilmu pengetahuan
terpancar melalui cogan kata yang sering diwar-warkan iaitu 'Membaca Jambatan Ilmu'.
Malahan, amalan membaca sangat penting bagi mempercepat usaha kerajaan untuk
merealisasikan Wawasan 2020 melalui pembentukan rakyat yang berilmu pegetahuan.
Justeru, fenomena kurang membaca dalam kalangan remaja perlu dibenteras daripada
berterusan. Persoalannya, apakah langkah-langkah berkesan yang perlu diambil untuk
menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja.
Sebenarnya, usaha untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja
mesti bermula daripada diri remaja sendiri. Hal ini demikian kerana, walaupun banyak
usaha yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak, untuk menggalakkan amalan membaca ini,
namun tidak akan mendatangkan impak yang diharap-harapkan jika remaja sendiri tidak
mempunyai kesedaran tentang hal tersebut. Perumpamaannya 'kita boleh memaksa seekor
kuda untuk masuk ke dalam air sungai, tetapi kita tidak akan dapat memaksa kuda tersebut
minum air sungai tersebut' Dalam hal ini, setiap remaja perlu menyedari akan betapa
pentingnya amalan membaca dalam mengubah diri mereka menjadi insan yang berilmu
pengetahuan dan berkualiti. Sehubungan dengan itu, remaja perlu memiliki jati diri dan
berpendirian teguh dalam mengurus kehidupan mereka dan tidak hanya hanyut dan
tenggelam dalam arus kemajuan teknologi maklumat semata-mata. Remaja juga mesti
memiliki disiplin diri untuk memastikan amalan membaca dipraktikkan setiap hari.
Contohnya, remaja boleh meluangkan sedikit masa untuk membaca surat khabar, majalah,
novel, buku-buku teks mata pelajaran, dan sebagainya sebagai rutin harian. Hal ini boleh
dilaksanakan dengan membuat jadual harian dan memasukkan aktiviti membaca sebagai
aktiviti yang utama. Justeru, jika remaja sendiri dapat mendisiplinkan diri sendiri untuk
mengamalkan aktiviti membaca ini, sudah pasti membaca akan menjadi amalan dalam
kehidupan mereka. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Selain itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memupuk
amalan membaca dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Justeru , amalan membaca perlu dipupuk oleh ibu bapa sejak
kecil kerana jiwa anak-anak kecil umpama sehelai kain putih, terpulang kepada ibu bapa
untuk mencorakkannya. Jiwa kanak-kanak juga masih lembut umpama rebung dan mudah
dilentur dan dididik menjadi insan yang suka akan buku dan seterusnya suka membaca.
Contohnya, sejak kecil lagi ketika anak-anak belum boleh membaca, ibu bapa sendiri boleh
membacakan untuk mereka buku-buku cerita yang bersesuaian. Ibu bapa juga boleh
menghadiahi anak-anak mereka buku-buku pada hari ulang tahun kelahiran ataupun
sebagai penghargaan atas pencapaian anak-anak dalam pelbagai bidang. Jelaslah, jika ibu
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
bapa dapat menyemai amalan membaca ini sejak anak-anak masih kecil, usaha untuk
melahirkan remaja yang suka membaca akan tercapai.
Tambahan pula, pepatah Melayu juga menyebut Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
yang menjelaskan bahawa ibu bapa sendiri mesti mengamalkan budaya membaca di rumah
sekiranya ingin membentuk anak-anak yang juga gemar membaca. Hal ini demikian kerana,
ibu bapa berperanan menjadi suri teladan atau 'role model' kepada anak-anak terutama
yang masih di bangku sekolah. Ibu bapa perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi
yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama-sama anak-anak. Contohnya, ibu bapa
boleh menyediakan satu ruang atau bilik di rumah sebagai perpustakaan mini yang
menempatkan pelbagai buku dan bahan bacaan untuk keluarga. Di ruang inilah ibu bapa
boleh membaca bersama-sama anak-anak pada waktu lapang atau cuti hujung minggu.
Oleh itu, jelaslah sekiranya ibu bapa sendiri berjaya menjadikan amalan membaca sebagai
rutin kehidupan, pastilah amalan ini akan dicontohi oleh anak-anak dan amalan mulia ini
akan berkembang mekar dalam sanubari mereka sehingga mereka melangkah ke alam
remaja seterusnya menjadi dewasa kelak.
Seterusnya, peranan pihak sekolah juga tidak boleh disisihkan dalam usaha
menggalakkan amalan membaca ini. Hal ini demikian kerana, selain di rumah, remaja
menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Justeru pihak sekolah perlu
melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk menggalakkan amalan membaca dalam
kalangan pelajar-pelajar. Contohnya, melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah merupakan penggabungan semua aktiviti galakan
membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada
pelajar mengikut bilangan buku yang telah dibaca. Usaha-usaha galakan membaca yang
berterusan perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui aktiviti-aktiviti koakademik yang
dikendalikan unit Pusat Sumber Sekolah, Ketua-ketua Bidang Mata pelajaran, Panatia-
panatia Mata Pelajaran, persatuan-persatuan dan sebagainya. Contohnya, aktiviti seperti
Bulan Bahasa, Bulan Membaca, pertandingan yang berkaitan dengan membaca dan
sebagainya perlu dijalankan. Selain itu, semua guru perlu sentiasa menekankan
kepentingan membaca kepada pelajar-pelajar dan memberi dorongan serta ganjaran yang
sewajarnya. Oleh itu, sekiranya usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca yang
lebih sistematik, terancang dan berterusan akan membentuk pelajar-pelajar yang suka
membaca dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang pada masa depan.
Selain itu, masyarakat sekitar, seperti syarikat penerbitan buku, majalah, surat khabar
dan agensi-agensi kerajaan turut mempunyai peranan dan tanggungjawab besar untuk
menggalakkkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, syarikat
penerbitan surat khabar seperti Berita Harian dan New Straits Times boleh membuat tajaan
surat khabar keluaran mereka di sekolah-sekolah untuk dijadikan bahan bacaan dan bahan
bantu mengajar kepada guru di dalam bilik darjah. Syarikat penerbitan buku pula boleh
mengadakan pameran di sekolah serta memberi potongan harga yang bersesuaian untuk
menarik minat pelajar membeli bahan-bahan bacaan yang disukai. Pendedahan dan
kemudahan memperoleh buku sudah pasti menjadi pemangkin untuk menggalakkan pelajar
membaca pelbagai bahan bacaan dan tidak terhad kepada buku teks dan buku rujukan
mata pelajaran sahaja.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Secara lebih meluas pula, syarikat penerbitan dan agensi kerajaan wajar mengadakan
pameran bagi mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan terbitan terbaru dan menarik isi
kandungannya. Pesta buku juga harus diadakan untuk mempamerkan buku-buku dan
bahan bacaan yang terbaru dan berkualiti. Dalam pameran dan pesta buku, pihak
penganjur juga boleh menjemput penulis terkemuka untuk memberi peluang kepada
sesiapa yang berminat dengan karyanya bersua muka. Aktiviti-aktiviti yang menarik ini
pastinya akan mencetuskan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Kekangan utama untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja khususnya
dan masyarakat amya berkait rapat dengan kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan.
Oleh itu, dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu pengetahuan, pihak kerajaan
tidak harus menutup sebelah mata kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar dan
kawasan pedalaman. Kerajaan telah menyediakan perpustakaan awam dan perpustakaan
bergerak untuk membekalkan pelbagai jenis bahan bacaan kepada golongan ini.
Kemudahan untuk memperoleh bahan bacaan ini dapat menggalakkan mereka untuk
membaca. Juseru, untuk menyemai kepentingan membaca dalam kalangan kanak-kanak
dan remaja adalah dengan memperbanyak kempen membaca. Kempen membaca yang
diadakan disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik, contohnya, pertandingan yang
berkaitan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap dan minat mereka secara
berterusan. Dengan ini jelaslah, dengan usaha kerajaan yang berterusan, visi untuk
membentuk masyarakat yang gemar membaca akan berjaya direalisasikan.
Ekoran daripada itu, salah satu wahana yang berkesan untuk memupuk minat membaca
ialah melalui media massa. Melalui media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan
internet, kepentingan membaca dapat dihebahkan. Misalnya, melalui surat edaran atau
risalah, syarikat penerbitan boleh mempromosikan bahan bacaan yang baru diterbitkan.
Manakala melalui televisyen dan radio, orang awam berkesempatan untuk mengetahui
buku-buku yang baru diterbitkan serta isi kandungannya. Program televisyen berbentuk
rencana dan bual bicara tentang kepentingan membaca perlu diperbanyak untuk
menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya amalan membaca.
Kesimpulannya, amalan membaca sangat penting untuk melahirkan generasi yang
berilmu pengetahuan dan matang akal fikiran. Remaja berilmu merupakan tonggak
kepimpinan negara yang berkualiti pada masa depan. Justeru, semua pihak perlulah
berganding bahu dan melangkah sederap dalam usaha untuk menggalakkan kanak-kanak
dan remaja supaya gemar membaca untuk menyediakan generasi pelapis bakal pemimpin
yang akan menerajui negara ke mercu kejayaan pada satu masa nanti. Sesungguhnya,
generasi berilmu penjana kemajuan dan kemakmuran negara.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 20 - PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SEMANGAT
KEJIRANAN DALAM KALANGAN REMAJA
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Dalam hal ini, ibu bapa
memainkan peranan penting untuk menghidupkan semangat kejiranan agar menjadi ikutan
remaja.
Ulaskan pernyataan ini.
Susun papan satu persatu,
Agar redup dahan rumbia;
Hidup berjiran bantu –membantu,
Agar hidup harmoni bahagia.
Maksud pantun di atas jelas memaparkan kepentingan hidup berjiran. Amalan
bantu-membantu sesama jiran menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni dan bahagia.
Namun, pada era globalisasi kini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin
luntur.Kehidupan moden yang mementingkan kebendaan telah menghanyutkan manusia
dalam arus kesibukan yang tidak bernoktah sehingga jalinan hubungan antara jiran tetangga
disisihkan. Fenomena ini semakin membimbangkan sekiranya menjadi ikutan golongan
remaja kerana tingkah laku dan sikap remaja sebenarnya banyak dipengaruhi oleh orang
tua mereka. Contohnya, sekiranya ibu bapa tidak pernah bertegur sapa atau tidak
mengenali siapa jiran di sebelah rumah, sudah pasti sikap ini akan dicontohi oleh anak-
anak remaja mereka persis ungkapan bapa borek anak rintik, bagaimana acuan , begitulah
kuihnya. Siapakah insan yang pertama menghulurkan bantuan jika kita dilanda musibah
kalau bukan jiran di sebelah rumah. Justeru, peranan ibu bapa sangat penting dalam
menghidupkan semangat kejiranan dalam sanubari generasi muda demi merealisasikan
hasrat mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni.
Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa merupakan suri teladan atau role-model kepada
anak-anak . Oleh itu, tindak tanduk dan sikap ibu bapa terhadap jiran akan diperhatikan dan
dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapalah yang mengasuh dan mendidik anak-anak
dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah meningkat remaja. Umpama sehelai kain putih,
anak-anak perlu dicorakkan bukan dengan sahaja nilai-nilai agama malah nilai-nilai sosial
yang murni. Justeru dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak-
anak, ibu bapa sendiri perlu mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan yang baik
sesama jiran tetangga. Contohnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap sentiasa mesra
dengan jiran, bertegur sapa dan bertanya khabar apabila bersua muka, dan sebagainya. Ibu
apa juga perlu menerangkan tentang peranan dan kepentingan jiran kepada anak-anak
sejak kecil supaya mereka menghargai jiran tetangga sebagai sebahagian daripada
kehidupan mereka. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, usaha
memupuk amalan dan pergaulan yang baik dengan jiran sejak kecil lagi akan kekal
dipraktikkan oleh anak-anak sehingga mereka meningkat remaja.
Selain itu, ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak dalam perkara-perkara yang berkaitan
hubungan dengan jiran supaya anak-anak dapat mempraktikkan sendiri nilai-nilai kejiranan
tersebut. Tak kenal maka tak cinta, justeru, amalan kunjung-mengunjung mesti diamalkan
supaya dapat mengenali jiran dengan lebih dekat dan seterusnya kemesraan dapat
diwujudkan. Janganlah dibiarkan anak-anak remaja kita terlalu leka menonton televisyen,
bermain permainan komputer atau melayari internet sehingga tidak endah dengan suasana
di sekeliling. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mengunjungi jiran tetangga
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Apa yang sering berlaku
setiap kali hari kelepasan sempena Hari Raya contohnya, ahli keluarga termasuk ibu bapa
leka menonton televisyen kerana banyak program menarik disiarkan. Mereka lebih rela
memerap di rumah untuk menonton program kegemaran menyebabkan budaya kunjung-
mengunjung semakin dipinggirkan. Justeru, ibu bapa mesti mengubah fenomena ini , lebih-
lebih amalan ziarah-menziarahi ini menjadi lebih penting jika jiran kita jatuh sakit atau
mengalami masalah. Ibu bapa perlu bijak memujuk anak-anak untuk turut sama menziarahi
jiran supaya amalan ini dapat dipupuk dalam kalangan remaja.
Tambahan pula, program-program yang dianjurkan oleh masyarakat di sesebuah kawasan
kejiranan turut dapat memupuk semangat bantu-membantu, hormat-menghormati dan
berkerjasama dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut. Aktiviti seperti gotong-
royong membersihkan kawasan taman perumahan, aktiviti Hari Keluarga, Rukun Tetangga,
dan sebagainya boleh dianjurkan oleh ahli jawatankuasa yang berkenaan. Di kawasan
kampung misalnya, aktiviti marhaban pada Hari Raya, rewang ketika kenduri-kendara atau
majlis perkahwinan, kumpulan bacaan Yasin dan sebagainya juga merupakan aktiviti yang
sangat penting untuk memupuk semangat kejiranan ini. Di sinilah ibu bapa memainkan
peranan yang amat penting untuk memastikan mereka dan anak-anak remaja melibatkan
diri secara aktif. Janganlah ketiadaan masa atau ingin berehat setelah penat bekerja
dijadikan alasan sehingga aktiviti yang bermanfaat ini tidak mendapat sambutan yang
sewajarnya. Melalui aktiviti ini remaja berpeluang mengenali jiran dengan lebih dekat,
beramah mesra terutama dengan jiran yang seusia dengan mereka, menghormati jiran yang
lebih tua dan secara tidak langsung akan menyedari bahawa aktiviti seumpama ini adalah
yang terbaik bagi mengisi masa lapang remaja. Seperti ungkapan serampang dua mata,
aktiviti yang dianjurkan ini diharapkan bukan sahaja dapat memupuk dan menghidupkan
semula semangat hidup berjiran malah dapat mengurangkan ketaksuban dan kegemaran
remaja terhadap aktiviti yang berkaitan dengan kecanggihan alat teknologi, gajet dan
internet.
Kesimpulannya, hidup berjiran merupakan amalan yang wajar dipelihara dalam masyarakat
pada masa kini. Tanpa hubungan yang baik dengan jiran, kepincangan sebenarnya telah
berlaku dalam keperibadian seseorang ahli masyarakat. Justeru, sebagai pemimpin
keluarga, perlakuan ibu bapa semasa bergaul dengan jiran akan meninggalkan gambaran
yang mendalam kepada remaja. Natijahnya, ibu bapa yang prihatin tentang hubungan
sesama jiran pasti akan melahirkan remaja yang dapat hidup berbaik-baik dengan jiran,
seterusnya mampu mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu , harmoni
dan bahagia.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 21 - PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SEMANGAT
KEJIRANAN DALAM KALANGAN REMAJA
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Dalam hal ini, ibu bapa
memainkan peranan penting untuk menghidupkan semangat kejiranan agar menjadi ikutan
remaja.
Ulaskan pernyataan ini.
Susun papan satu persatu,
Agar redup dahan rumbia;
Hidup berjiran bantu –membantu,
Agar hidup harmoni bahagia.
Maksud pantun di atas jelas memaparkan kepentingan hidup berjiran. Amalan
bantu-membantu sesama jiran menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni dan bahagia.
Namun, pada era globalisasi kini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin
luntur.Kehidupan moden yang mementingkan kebendaan telah menghanyutkan manusia
dalam arus kesibukan yang tidak bernoktah sehingga jalinan hubungan antara jiran tetangga
disisihkan. Fenomena ini semakin membimbangkan sekiranya menjadi ikutan golongan
remaja kerana tingkah laku dan sikap remaja sebenarnya banyak dipengaruhi oleh orang
tua mereka. Contohnya, sekiranya ibu bapa tidak pernah bertegur sapa atau tidak
mengenali siapa jiran di sebelah rumah, sudah pasti sikap ini akan dicontohi oleh anak-
anak remaja mereka persis ungkapan bapa borek anak rintik, bagaimana acuan , begitulah
kuihnya. Siapakah insan yang pertama menghulurkan bantuan jika kita dilanda musibah
kalau bukan jiran di sebelah rumah. Justeru, peranan ibu bapa sangat penting dalam
menghidupkan semangat kejiranan dalam sanubari generasi muda demi merealisasikan
hasrat mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni.
Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa merupakan suri teladan atau role-model kepada
anak-anak . Oleh itu, tindak tanduk dan sikap ibu bapa terhadap jiran akan diperhatikan dan
dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapalah yang mengasuh dan mendidik anak-anak
dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah meningkat remaja. Umpama sehelai kain putih,
anak-anak perlu dicorakkan bukan dengan sahaja nilai-nilai agama malah nilai-nilai sosial
yang murni. Justeru dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak-
anak, ibu bapa sendiri perlu mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan yang baik
sesama jiran tetangga. Contohnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap sentiasa mesra
dengan jiran, bertegur sapa dan bertanya khabar apabila bersua muka, dan sebagainya. Ibu
apa juga perlu menerangkan tentang peranan dan kepentingan jiran kepada anak-anak
sejak kecil supaya mereka menghargai jiran tetangga sebagai sebahagian daripada
kehidupan mereka. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, usaha
memupuk amalan dan pergaulan yang baik dengan jiran sejak kecil lagi akan kekal
dipraktikkan oleh anak-anak sehingga mereka meningkat remaja.
Selain itu, ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak dalam perkara-perkara yang berkaitan
hubungan dengan jiran supaya anak-anak dapat mempraktikkan sendiri nilai-nilai kejiranan
tersebut. Tak kenal maka tak cinta, justeru, amalan kunjung-mengunjung mesti diamalkan
supaya dapat mengenali jiran dengan lebih dekat dan seterusnya kemesraan dapat
diwujudkan. Janganlah dibiarkan anak-anak remaja kita terlalu leka menonton televisyen,
bermain permainan komputer atau melayari internet sehingga tidak endah dengan suasana
di sekeliling. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mengunjungi jiran tetangga
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Apa yang sering berlaku
setiap kali hari kelepasan sempena Hari Raya contohnya, ahli keluarga termasuk ibu bapa
leka menonton televisyen kerana banyak program menarik disiarkan. Mereka lebih rela
memerap di rumah untuk menonton program kegemaran menyebabkan budaya kunjung-
mengunjung semakin dipinggirkan. Justeru, ibu bapa mesti mengubah fenomena ini , lebih-
lebih amalan ziarah-menziarahi ini menjadi lebih penting jika jiran kita jatuh sakit atau
mengalami masalah. Ibu bapa perlu bijak memujuk anak-anak untuk turut sama menziarahi
jiran supaya amalan ini dapat dipupuk dalam kalangan remaja.
Tambahan pula, program-program yang dianjurkan oleh masyarakat di sesebuah kawasan
kejiranan turut dapat memupuk semangat bantu-membantu, hormat-menghormati dan
berkerjasama dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut. Aktiviti seperti gotong-
royong membersihkan kawasan taman perumahan, aktiviti Hari Keluarga, Rukun Tetangga,
dan sebagainya boleh dianjurkan oleh ahli jawatankuasa yang berkenaan. Di kawasan
kampung misalnya, aktiviti marhaban pada Hari Raya, rewang ketika kenduri-kendara atau
majlis perkahwinan, kumpulan bacaan Yasin dan sebagainya juga merupakan aktiviti yang
sangat penting untuk memupuk semangat kejiranan ini. Di sinilah ibu bapa memainkan
peranan yang amat penting untuk memastikan mereka dan anak-anak remaja melibatkan
diri secara aktif. Janganlah ketiadaan masa atau ingin berehat setelah penat bekerja
dijadikan alasan sehingga aktiviti yang bermanfaat ini tidak mendapat sambutan yang
sewajarnya. Melalui aktiviti ini remaja berpeluang mengenali jiran dengan lebih dekat,
beramah mesra terutama dengan jiran yang seusia dengan mereka, menghormati jiran yang
lebih tua dan secara tidak langsung akan menyedari bahawa aktiviti seumpama ini adalah
yang terbaik bagi mengisi masa lapang remaja. Seperti ungkapan serampang dua mata,
aktiviti yang dianjurkan ini diharapkan bukan sahaja dapat memupuk dan menghidupkan
semula semangat hidup berjiran malah dapat mengurangkan ketaksuban dan kegemaran
remaja terhadap aktiviti yang berkaitan dengan kecanggihan alat teknologi, gajet dan
internet.
Kesimpulannya, hidup berjiran merupakan amalan yang wajar dipelihara dalam masyarakat
pada masa kini. Tanpa hubungan yang baik dengan jiran, kepincangan sebenarnya telah
berlaku dalam keperibadian seseorang ahli masyarakat. Justeru, sebagai pemimpin
keluarga, perlakuan ibu bapa semasa bergaul dengan jiran akan meninggalkan gambaran
yang mendalam kepada remaja. Natijahnya, ibu bapa yang prihatin tentang hubungan
sesama jiran pasti akan melahirkan remaja yang dapat hidup berbaik-baik dengan jiran,
seterusnya mampu mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu , harmoni
dan bahagia.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 22 - MANFAAT PENGLIBATAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI
BERSUKAN DAN PERMAINAN
Pada masa kini, kebanyakan ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam
aktiviti bersukan atau permainan. Mereka beranggpan bahawa penglibatan aktif dalam
bersukan boleh menjejaskan tumpuan anak-anak dalam pelajaran . Apakah tanggapan ini
timbul berkaitan dengan kurangnya kefahaman mereka tentang manfaat aktiviti bersukan
Kemukakan pandangan anda tentang pernyataan di atas.
Masih segar dalam ingatan ketika zaman kanak-kanak di kampung, kita menghabiskan
waktu senggang pada sebelah petang dengan bermain teng-teng, galah panjang, pondok-
pondok, ada kalanya meranduk air dan menangkap ikan di sungai atau parit. Semua kisah
ini berlaku pada suatu ketika dulu. Namun atas perubahan masa dan desakan waktu, kita
yang dahulunya tidak pernah tahu duduk diam tatkala ada kelapangan mengambil
pendekatan sebaliknya pula terhadap anak-anak. Natijahnya, waktu bermain dan bersukan
anak-anak dihadkan oleh ibu bapa. Persoalan-persoalan yang sering mengetuk pintu minda
ialah mengapakah situasi ini berlaku Apakah pula manfaat aktiviti sukan dan permainan
kepada kanak-kanak
Sebenarnya, anggapan-anggapan negatif terhadap aktiviti sukan telah menyebabkan
sesetengah ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti ini.
Sebahagian daripada kita beranggapan bahawa sukan dan permainan akan menjejaskan
tumpuan anak-anak terhadap pelajaran. Hal ini demikian kerana, menurut anggapan
mereka, anak-anak yang aktif dalam aktiviti sukan akan berasa letih lesu dan tidak dapat
bermaya untuk belajar sama ada di rumah atau di sekolah. Contohnya, kanak-kanak ini
tidak berminat mengulang kaji pelajaran di rumah sebaliknya lebih suka tidur kerana
keletihan. Begitu juga ketika di sekolah kanak-kanak ini akan tidur di dalam kelas dan tidak
memberi perhatian terhadap pengajaran guru. Justeru, menurut mereka, kanak-kanak yang
aktif bersukan ini tidak akan mencatatkan kejayaan yang cemerlang dalam akademik.
Persoalannya, benarkah anggapan tersebut
Tambahan pula, dengan persekitaran yang semakin terhad dan tidak selamat, terutama
bagi mereka yang tingggal di bandar, kegiatan yang mengeluarkan peluh tidak lagi
dipedulikan. Contohnya, bagi keluarga yang tinggal di rumah pangsa atau kawasan
perumahan, kawasan yang sesuai untuk aktiviti permainan merupakan suatu kekangan.
Apatah lagi, ekoran berlakunya banyak kejadian jenayah yang membabitkan kanak-kanak
seperti kanak-kanak diculik, dibunuh dan sebagainya ketika bermain menimbulkan perasaan
trauma kepada setiap ibu bapa yang tidak mahu peristiwa buruk menimpa diri anak-anak
mereka. Sebagai akibatnya, kebanyakan ibu bapa seolah-olah lebih rela mengurung anak-
anak mereka di rumah dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain
permainan komputer atau melayari internet. Yang pasti aktiviti-aktiviti tersebut langsung
tidak mengeluarkan peluh.
Pengarah Cawangan Hal Ehwal Atlet, Majlis Sukan Negara, Zaiton Othman berkata,
berdasarkan pengalamannya, sukan dan permainan memainkan peranan yang sangat
penting kepada perkembangan kanak-kanak. Menurut beliau, mereka yang terlibat secara
aktif dalam sukan dan permainan didapati lebih mudah menerima pembelajaran. Hal ini
dikatakan demikian kerana seseorang pelajar yang bersukan akan memiliki tubuh badan
yang sihat. Pengaliran darah yang lancar serta pengeluaran toksin dalam badan melalui
peluh menjadikan seseorang itu sihat. Contohnya, dengan bermain badminton atau bola
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
sepak setiap petang, melahirkan kanak-kanak yang sihat dan kuat tubuh badan. Manakala
tubuh badan yang sihat akan menjadikan otak seseorang itu cerdas, selaras dengan cogan
kata badan cergas, otak cerdas.
Seterusnya, ketika bersukan dan bermain seseorang itu secara tidak langsung mampu
mematangkan fikiran kanak-kanak. Umpamanya melalui bermain sesuatu permainan atau
bersukan bersama-sama rakan-rakan, mereka belajar untuk memimpin, membuat
keputusan dengan pantas dan tepat, dan menghormati antara satu sama lain. Semua ini
mendidik kanak-kanak untuk bersifat timbang rasa, bertoleransi dan saling menghormati hak
satu sama lain. Justeru, pendidikan tidak formal ini secara tidak langsung bukan sahaja
akan mematangkan pemikiran kanak-kanak malah menyemai nilai-nilai murni dalam
kehidupan bermasyarakat pada masa depan.
Selaras dengan itu, aktiviti bersukan juga mampu mengajar kanak-kanak untuk menerima
hakikat kegagalan seterusnya mereka akan bangkit kembali untuk meraih kejayaan.
Semangat seperti ini perlu disemai dalam diri kanak-kanak agar mereka mempunyai
semangat juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya ketika menyertai
aktiviti sukan, kanak-kanak akan belajar bergembira dan berbangga apabila meraih
kejayaan dalam sesuatu pertandingan, manakala jika berlaku kekalahan, mereka belajar
bergembira dan berbangga untuk orang yang menang dengan ucapan tahniah. Keadaan ini
dapat mengelakkan mereka terlalu berasa kecewa apabila tewas. Rentetan daripada itu,
kanak-kanak akan menjadi sangat berdikari dan seorang yang berani dalam membuat
keputusan walaupun pada usia yang terlalu muda. Ibu bapa pasti bangga sekiranya anak-
anak mereka mempunyai sikap terpuji ini walaupun masih di peringkat umur kanak.kanak
dan fikiran masih hijau
Selain itu, dengan bersukan juga akan membantu kanak-kanak untuk memperoleh tidur
yang berkualiti pada sebelah malam. Selepas seharian penat bersukan, tubuh badan yang
letih itu akan memudahkan seseorang kanak-kanak untuk tidur pada waktu malam. Waktu
tidur yang berkualiti sangat penting untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan sihat
dan bertenaga pada keesokan harinya. Bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit asma
pula, penglibatan aktif dalam bersukan mampu membantu berdasarkan bayak kes
penghidap asma pulih melalui aktiviti bersukan ini. Kenyataan ini sangat kontra dengan
sikap sesetengah ibu bapa yang menghalang anak-anak mereka terbabit dalam aktiviti
bersukan sejurus apabila diberitahu oleh doktor bahawa anak mereka menghidap asma.
Kesimpulannya, aktiviti bersukan atau permainan sangat bermanfaat kepada kanak-kanak.
Justeru, para ibu bapa haruslah menghapuskan tanggapan negatif dan berfikiran terbuka
untuk menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersukan. Hal ini
demikain kerana, bersukan bukan sahaja memberi manfaat dari segi fizikal semata-mata
malahan yang lebih penting ialah aktiviti bersukan dapat menjadi wahana dalam
pembentukan sifat-sifat mulia dalam jiwa kanak-kanak yang akan menjadi bekalan ketika
meniti alam remaja seterusnya meneroka alam dewasa.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
KARANGAN CONTOH 23 - CARA-CARA MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN
GURU
Guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam mendidik pelajar menjadi insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebagai pelajar, jelaskan cara-cara menghargai jasa
dan pengorbanan seorang guru.
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Demikianlah indahnya bait-bait puisi yang diungkapkan oleh Datuk Usman Awang
mantan Sasterawan Negara pada tahun 1979 yang bertajuk Guru Oh Guru. Ternyata puisi
tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang bertungkus-lumus
mencurahkan bakti demi mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang seimbang dari
segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial seterusnya menjadi insan yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang. Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan
pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan
sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya. Justeru, memang
tidak dapat disangkal lagi golongan guru merupakan barisan hadapan yang sangat penting
dalam usaha menyediakan rakyat yang berpendidikan dan berakhlak mulia yang mampu
menerajui tampuk kepimpinan negara ke arah kemajuan. Seterusnya generasi inilah yang
bakal memacu pembangunan negara agar negara berada pada landasan yang tepat dan
dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju.
Begitulah besarnya peranan, jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru. Oleh itu,
apakah cara dan wadah yang paling bermakna dapat dilakukan oleh seseorang pelajar
untuk menghargai jasa dan pengorbanan gurunya
Memang tidak dapat dinafikan, golongan pelajar merupakan individu yang paling hampir
dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan
liku kehidupan. Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke menara gading, ilmu
pengetahuan ditimba tidak putus-putus bagai air sungai yang mengalir. Bahkan ketika di
sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada pelajar yang mendidik dan mengawasi
pelajar sejurus selepas sesi persekolahan bermula sehinggalah usai sesi persekolahan.
Juseru pelajar mesti bergaul dengan guru persis seperti mereka bergaul dengan ibu bapa di
rumah. Sebagai pelajar, mereka perlu berkelakuan baik terhadap guru walaupun di mana-
mana mereka berada. Pelajar harus senantiasa menghormati guru, bersopan-santun dan
berbudi pekerti mulia apabila berhadapan dengan guru mereka. Sebagai contoh, perbuatan
memberi salam, mengucapkan salam sejahtera, serta ucapan terima kasih perlulah sentiasa
bermain di bibir seorang pelajar. Bahasa yang sopan dengan nada suara yang lemah
lembut semasa berkomunikasi adalah amat dituntut daripada pelajar kerana adalah tidak
wajar seseorang pelajar meninggikan suara di hadapan gurunya. Hormatilah guru
sebagaimana kita menghormati ibu bapa. Semasa di dalam kelas, pelajar yang
menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru yang
menjalankan tugasnya. Segala arahan dan suruhan guru dipatuhi. Tegasnya, berbudi
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang
mengajar serta mendidik kita.
Selain itu, kejayaan yang cemerlang seseorang pelajar dalam pelbagai bidang sama ada
kurikulum mahupun kokurikulum juga satu cara menghargai jasa seorang guru. Guru mana
yang tidak gembira apabila anak didiknya mengukir kejayaan dalam peperiksaan. Hati guru
yang mana yang tidak berbunga bangga apabila anak didiknya cemerlang dalam
peperiksaan. Justeru, Belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja penting untuk
kecemerlangan diri tetapi dalam masa yang sama mampu menggembirakan hati seorang
guru serta turut dapat mengharumkan nama sekolah. Kecemerlangan yang diperoleh secara
langsung dapat menyejukkan hati guru yang mengajar para pelajarnya. Sebagai contoh,
pelajar perlu bertungkus-lumus dan berhati waja untuk mencapai keputusan yang cemerlang
dalam semua peperiksaan yang diduduki seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Persekolah Malaysia(STPM). Kejayaan yang tercipta diumpamakan sebagai hadiah
berharga serta memastikan jerih payah guru tidak sia-sia dan berlalu begitu sahaja ibarat
mencurahkan air ke daun keladi ataupun mencurahkan garam ke laut. Dalam hal ini, pelajar
seharusnya sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan
yang tercipta tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih.
Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para pelajar seharusnya tidak
melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif yang boleh merosakkan
nama baik guru dan sekolah. Fenomena ini perlulah diberikan perhatian oleh para pelajar
kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan oleh pelajar sama ada di sekolah atau di
luar kawasan sekolah seolah-olah menggambarkan kegagalan guru mendidik para
pelajarnya. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah,
sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng
sekolah. Walaupun sesetengah kes dianggap terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk
menghukum semua guru di seluruh negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga. Oleh itu, untuk mengelakkan pandangan sinis masyarakat terhadap tugas
dan peranan yang dimainkan guru, para pelajar perlulah sentiasa mengamalkan perbuatan
yang positif serta menjauhkan diri daripad terlibat dengan gejala negatif selepas tamat masa
persekolahan. jelaslah, pelajar yang mematuhi disiplin umpama memberikan penghormatan
kepada guru yang telah banyak berjasa.
Seterusnya, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan
mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan mulia. para guru akan merasakan
bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai pendidik. Kita
boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei
setiap tahun. Dalam hal ini sambutan Hari Guru perlulah diraikan sebaik mungkin dan tidak
sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Semasa sambutan Hari Guru, para pelajar
boleh mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit hadiah atau cenderamata kepada
guru-guru yang mengajar mereka sebagai menyatakan terima kasih kepada insan yang
diibaratkan lebah yang menghimpunkan madu kepada mereka. Hadiah yang diberikan tidak
semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertai dengan hati
yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah
cukup bermakna buat para guru. Sesungguhnya guru tidak pernah menagih apa-apa jua
balasan daripada anak didiknya walaupun telah banyak ilmu dicurahkan kepada bakal
pemimpin negara pada masa depan ini.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A