The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYED FIRDAUS BIN MOHD SULTAN Moe, 2020-05-19 19:05:10

PJK TINGKATAN 3

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN
JASMANI DAN
PENDIDIKAN
KESIHATAN

PENDIDIKAN KHAS

3
PENULIS
Wan Nomi binti Wan Omar
Nur Amalina binti Samsudin
Rosli Sham bin Ramli
Hamizon bin Hamid

EDITOR
Norazhar bin Razali
Arifah binti Amran
Dr. Borhannuddin bin Abdullah

PEREKA BENTUK
Muhamad Faizal bin Mokhtar

ILUSTRATOR
Aqilah binti Zainuddin

2018

No Siri Buku: 0121 PENGHARGAAN

KPM2018 ISBN 978-967-2212-05-8 Penerbitan buku ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2018 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat.

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penambahbaikan
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Kementerian Pendidikan Malaysia.
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk
atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
penggambaran semula mahupun dengan cara Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia.
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Jawatankuasa Penyemakan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan
Malaysia oleh: • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Taman Desa Damai, Sg. Merab,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
No. Telefon: 03-8925 8975 Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
No. Faksimile: 03-8925 8985
Laman Web: www.arasmega.com • Majlis Sukan Negara Malaysia
E-mel: [email protected]
• Malaysian Basketball Association (MABA)
Reka Letak dan Atur Huruf:
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • Persatuan Dodgeball Malaysia (Malaysia
Muka Taip Teks: Atlanta Roman Association of Dodgeball)
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin
• SMK Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri,
Dicetak oleh: Kuala Lumpur
Attin Press Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Perindustrian PP4, • SK Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan,
Taman Perindustrian Bukit Permai, Selangor
43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor.
No. Telefon: 03-8939 0660 Semua pihak yang terlibat secara langsung
E-mel: [email protected] dan tidak langsung dalam usaha menjayakan
penerbitan buku ini.

KANDUNGAN

Pendahuluan v

Pendidikan Jasmani 2

UNIT 1 Gimnastik Asas 14
• Gimnastrada
22
UNIT 2 Pergerakan Berirama 24
• Tarian Zapin 36

UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 50
• Bola Keranjang 50
• Hoki
64
UNIT 4 Permainan Kategori Memadang 64
• Sofbol
74
UNIT 5 Permainan Kategori Sasaran 76
• Petanque 80
83
UNIT 6 Olahraga Asas
• Lari Berpagar 88
• Lompat Kijang 90
• Lempar Cakera 95

UNIT 7 Rekreasi dan Kesenggangan 100
• Orienteering 102
• Dodgeball 105
107
UNIT 8 Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan 109
• Kapasiti Aerobik 111
• Kelenturan 112
• Daya Tahan Otot
• Kekuatan Otot v
• Komposisi Badan
• Pentaksiran Kecergasan Fizikal

Pendidikan KESIHATAN 117
UNIT 1 Kesihatan Diri dan Reproduktif 123
UNIT 2 Penyalahgunaan Bahan 129
UNIT 3 Pengurusan Mental dan Emosi 135
UNIT 4 Kekeluargaan 141
UNIT 5 Perhubungan 147
UNIT 6 Penyakit 153
UNIT 7 Keselamatan 159
UNIT 8 Pemakanan 165
UNIT 9 Pertolongan Cemas
169
Senarai Rujukan 170
Indeks

vi

PENDAHULUAN

Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Khas
Tingkatan 3 ini memfokuskan keseluruhan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas
(KSSMPK). Kandungan dalam buku ini merangkumi Standard Kandungan (SK)
dan Standard Pembelajaran (SP) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini mengandungi dua
bahagian, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Kandungan bahagian Pendidikan Jasmani dibina berdasarkan lapan unit
pembelajaran yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bidang Kemahiran
dan Bidang Kecergasan. Manakala kandungan bahagian Pendidikan Kesihatan
dibina berdasarkan sembilan unit pembelajaran yang dibahagikan kepada
tiga elemen utama, iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS),
Pemakanan, dan Pertolongan Cemas.

Setiap unit pembelajaran dipersembahkan dan dipaparkan dalam bentuk yang
mudah dan menarik melalui info grafik, foto, dan juga ilustrasi. Maklumat tambahan
yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dimasukkan dalam bentuk
QR Code. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ditekankan dalam
penyediaan kandungan. Halaman rangsangan bagi setiap unit pula
dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.

Pada akhir setiap unit terdapat latihan dan rumusan bagi
merangsang minat murid dalam pembelajaran. Latihan pengukuhan disediakan
bagi menilai tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Aktiviti berkumpulan
dilakukan untuk menguji sejauh mana kemahiran murid. Rumusan bagi setiap
topik dipersembahkan dalam bentuk peta pemikiran, ilustrasi, ataupun foto dan
penerangan ringkas.

Kandungan buku ini memberi fokus kepada kemahiran asas pergerakan tubuh
badan, permainan, sukan, rekreasi, dan kesenggangan dan kecergasan. Aktiviti,
kaedah, atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang ditunjukkan diolah dan
disesuaikan mengikut murid berkeperluan khas agar murid dapat melakukan aktiviti
pendidikan jasmani dengan selamat dan mencapai kepuasan kendiri.

Diharapkan semoga segala usaha murni daripada pelbagai pihak dalam
penerbitan buku teks ini dapat membantu guru dan murid berkeperluan khas bagi
menjayakan objektif KSSMPK dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

vii





UNIT GIMNASTIK ASAS

1 GIMNASTRADA

Gimnastrada merupakan persembahan pergerakan badan dengan
iringan rentak muzik secara berkumpulan yang melakukan rangkaian
elemen-elemen gimnastik; mendarat, imbangan, gerak edar, hamburan,
putaran, dan ayunan.

Alatan:

Peti lombol

Papan anjal

Tilam

Bangku
2

Standard Kandungan

1.1 Melakukan rangkaian kemahiran
asas gimnastik dalam gimnastrada.

2.1 Mengaplikasikan pengetahuan
konsep pergerakan semasa
melakukan rangkaian kemahiran
asas gimnastik dalam gimnastrada.

5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen
pengurusan dan keselamatan.

5.2 Menunjukkan keyakinan dan
tanggungjawab kendiri semasa
melakukan aktiviti.

5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara
semasa melakukan aktiviti.

5.4 Membentuk kumpulan dan
bekerjasama dalam kumpulan.

5.5 Memahami dan mengaplikasikan
etika dalam sukan semasa
melakukan aktiviti.

QR Code
Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-link/
video-gimnastrada/
untuk menonton video Gimnastrada.
(Dicapai pada 12 Disember 2017)

3

Kemahiran Rangkaian Gerak Edar dan Imbangan
Secara Berkumpulan

Kemahiran rangkaian ialah gabungan lengkap kemahiran perlakuan pilihan
seperti berjalan, langkah ke sisi, berskip (gerak edar) dan skala depan, duduk
bentuk V, dirian Y (imbangan).

Gerak edar Imbangan

12

Berjalan Skala depan
1 2

PENDIDIKAN JASMANI Langkah ke sisi Duduk bentuk V

12

Berskip Dirian Y
Teknik Lakuan Gerak Edar

Berjalan

• Melangkah dengan badan tegak.
• Dalam keadaan relaks, tarik kedua-dua bahu sedikit ke belakang.
• Ayunkan tangan ketika berjalan dengan koordinasi bersilang kaki dan tangan.
• Bergerak dalam satu garisan lurus dan mata pandang ke hadapan.

S.P: 1.1.1, 2.1.1, 5.2.4, 5.4.1

4

Langkah ke sisi PENDIDIKAN JASMANI
• Langkah asas dengan fleksi lutut sedikit.
• Sebelah kaki diseret di lantai.
• Satu kaki mendahului dan sebelah lagi diseret untuk rapat.
• Tangan buka di sisi dan diayun berlawan dengan kaki diseret.

Berskip
• Sebelah lutut diangkat separas pinggang.
• Melangkah dan melompat dengan sebelah kaki yang sama dengan ulangi kaki

yang berikutnya.
• Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki.
• Berskip berterusan.

Teknik Lakuan Imbangan

Skala depan
• Berdiri tegak, tangan diluruskan ke atas.
• Langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang.
• Kaki kiri ke hadapan, angkat lutut kanan dan tangan lurus ke atas.
• Turunkan lutut kanan, kaki kiri diangkat ke belakang sambil mendepa tangan.

Lakuan tangan dan kaki dilakukan serentak.

Duduk bentuk V
• Duduk di lantai sambil mengimbang badan.
• Kaki dilunjurkan ke hadapan dan diangkat tinggi bersama badan.
• Tangan dilunjurkan ke arah kaki.
• Keadaan badan seperti huruf V.

Dirian Y
• Berdiri tegak.
• Angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
• Tumit kaki dinaikkan.
• Turunkan tumit dan berdiri tegak.
• Pandang ke hadapan dengan tangan lurus.
• Kaki rapat dan lurus.

• Bagi mendapatkan imbangan yang baik, beri penekanan latihan kekuatan tangan dan kaki
murid untuk menyokong seluruh badannya.

• Sokongan hendaklah diberi sehingga murid yakin untuk melakukan aktiviti.
• Mulakan aktiviti dengan memanaskan badan dan regangan untuk mengelakkan kecederaan.

5

Kemahiran Rangkaian Gerak Edar, Imbangan, dan
Putaran Secara Berkumpulan

Kemahiran rangkaian ialah gabungan lengkap kemahiran perlakuan
pilihan seperti berjalan, langkah ke sisi, berskip (gerak edar), skala depan,
duduk bentuk V, dirian Y (imbangan), putaran 180o, roda kereta, dan guling
hadapan (putaran).

Gerak edar Imbangan
1 2

Berjalan Skala depan
1 2

PENDIDIKAN JASMANI Langkah ke sisi Duduk bentuk V
1 2

Berskip Dirian Y

S.P: 1.1.2, 2.1.1, 5.2.2, 5.2.4 Glosari:
6
putaran gerakan berputar, kisaran, kitaran, pusingan.

Rangkaian imbangan dan guling hadapan:
• Fleksi kedua-dua tangan.
• Dagu dirapatkan ke dada.
• Pindahkan berat badan ke hadapan.
• Fleksi lutut membentuk bulatan.
• Guling ke hadapan seperti perlakuan gulingan.
• Pastikan tidak menggunakan dahi dalam lakuan guling hadapan.

Putaran Teknik Lakuan Putaran PENDIDIKAN JASMANI
3
Putaran 180o
180o • Berdiri tegak.
• Kaki rapat dan tangan lurus ke atas.
Putaran 180o • Fleksi lutut sedikit dan ayun tangan ke
3
belakang.
Roda kereta • Lompat ke atas, luruskan kaki, dan
3
pusing badan 180o.
• Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Roda kereta
• Berdiri dengan kaki dibuka dan

tangan mendepa.
• Condongkan badan ke kiri

menapak di atas lantai diikuti
dengan tangan kanan.
• Kaki kanan dilejangkan ke atas
dan diikuti dengan kaki kiri terus
bergerak mengikut bulatan.
• Mendarat atas kaki kanan diikuti
dengan kaki kiri.

Guling hadapan Guling hadapan
• Berdiri tegak.
Apakah yang berlaku sekiranya • Dari kedudukan dakap, letak kedua-dua
kedudukan kaki dan badan tidak
diluruskan semasa imbangan? belah tangan di atas lantai.
• Naikkan bahagian punggung dan

rapatkan dagu ke dada.
• Fleksi siku dan guling ke hadapan.
• Selepas gulingan, berdiri tegak.

7

Kemahiran Rangkaian Gerak Edar, Imbangan, Putaran,
dan Hamburan Secara Berkumpulan

Kemahiran rangkaian ialah gabungan lengkap kemahiran perlakuan pilihan

seperti berjalan, langkah ke sisi, berskip (gerak edar), skala depan, duduk
bentuk V, dirian Y (imbangan), putaran 180o, roda kereta, guling hadapan
(putaran) dan hambur putar 180o, lombol tegak lalu, lombol kangkang

(hamburan). Gerak edar Imbangan

12

Berjalan Skala depan
1
2

PENDIDIKAN JASMANI Langkah ke sisi Duduk bentuk V
1
2

Berskip Dirian Y

Teknik Lakuan Hamburan Lombol tegak lalu
• Lari dua atau tiga langkah.
Hambur putar 180o • Lonjak dari kedua-dua belah kaki dan
• Berdiri tegak.
• Kaki rapat dan tangan lurus ke atas. lompat angkat punggung dengan
• Fleksi lutut sedikit dan ayun tangan ke meletakkan tangan atas peti lombol.
• Bawa kedua-dua belah kaki melalui
belakang. kedua-dua celah tangan.
• Lompat ke atas, luruskan kaki, dan pusing • Luruskan kaki sebelum mendarat.
• Mendarat dengan fleksi lutut.
badan 180o.
• Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

8 S.P: 1.1.3, 2.1.2, 5.1.1, 5.2.1, 5.3.2, 5.4.2, 5.4.3, 5.5.3

• Gunakan tilam semasa mendarat.
• Penyokong bersedia berhampiran peti lombol semasa murid melakukan aktiviti.
• Fleksi lutut untuk mengelak kecederaan ketika mendarat.

Putaran Hamburan

3 180o 4 180o

Putaran 180o Hambur putar 180o

34

Roda kereta Lombol tegak lalu PENDIDIKAN JASMANI

34

Guling hadapan Lombol kangkang

Lombol kangkang melalui rakan
• Berdiri tegak.
• Berlari beberapa langkah.
• Kedua-dua tapak tangan menyentuh di atas belakang rakan.
• Kaki kangkang, hamburkan ke hadapan melepasi belakang rakan.
• Mendarat dengan kedua-dua kaki rapat, lutut fleksi.
• Mata pandang ke hadapan.

9

Kemahiran Rangkaian Gerak Edar, Imbangan,
Putaran, dan Hamburan Secara Berkumpulan dengan
Menggunakan Peralatan

Kemahiran rangkaian ialah gabungan lengkap kemahiran perlakuan pilihan
seperti berjalan, langkah ke sisi, berskip (gerak edar), skala depan, duduk
bentuk V, dirian Y (imbangan), putaran 180o, roda kereta, guling hadapan
(putaran) dan hambur putar 180o, lombol tegak lalu, lombol kangkang
(hamburan) dengan menggunakan peralatan.

Gerak edar Imbangan

12

Berjalan Skala depan
1 2

PENDIDIKAN JASMANI Langkah ke sisi Duduk bentuk V
12

Berskip Dirian Y

S.P: 1.1.4, 2.1.2, 5.1.2, 5.1.3, 5.2.3, 5.3.1, 5.4.4
10

Alatan: Bangku, papan anjal, peti lombol, dan tilam.

Putaran Hamburan

3 4 180o

180o

Putaran 180o Hambur putar 180o
3 4

Roda kereta Lombol tegak lalu PENDIDIKAN JASMANI
3 4

Guling hadapan Lombol kangkang

(Sumber: Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1, http://id.wikihow.com,
Buku Panduan Guru Gimnastik Artistik, Kementerian Pendidikan Malaysia)

11

1. Nyatakan jenis gerak edar bagi lakuan berikut.

Langkah ke sisi Berjalan Berskip

(a)

(b)

PENDIDIKAN JASMANI

(c)

Nota Guru
12 • Perbanyakkan halaman ini untuk diedarkan kepada murid.

Gimnastrada ialah gerakan rangkaian gabungan pergerakan asas dan
kemahiran asas gerakan gimnastik dengan iringan muzik menggunakan
alatan.

1

Gerak
Edar

4 RANGKAIAN 2
GIMNASTRADA
Hamburan Imbangan

3 PENDIDIKAN JASMANI

Putaran

ALATAN

Peti lombol Papan anjal Tilam Bangku

13

UN2IT BPeerrgirearmaakan
Tarian Zapin

Tarian Zapin merupakan tarian tradisional kaum Melayu yang diilhamkan
oleh kaum peranakan Arab dan telah menjadi satu tarian yang terkenal di
rumpun nusantara ini. Tarian Zapin dipersembahkan secara berkumpulan
dengan diiringi kumpulan muzik yang memainkan pelbagai alat muzik
seperti gambus, rebana, gendang, marakas, marwas, akordion, dan rebab.

14

Alat muzik: Standard Kandungan

Gambus 1.2 Melakukan pelbagai corak
Rebab pergerakan mengikut muzik.
Rebana
Gendang 2.2 Mengaplikasikan pengetahuan
Marakas konsep pergerakan dalam
Marwas pergerakan berirama.
Akordion
5.1 Mematuhi dan mengamalkan
elemen pengurusan dan
keselamatan.

5.2 Menunjukkan keyakinan dan
tanggungjawab kendiri semasa
melakukan aktiviti.

5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai
cara semasa melakukan aktiviti.

5.4 Membentuk kumpulan dan
bekerjasama dalam kumpulan.

5.5 Memahami dan mengaplikasikan
etika dalam sukan semasa
melakukan aktiviti.

QRCode

Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-link/video-
zapin-budi/
untuk menonton video Zapin Budi.
(Dicapai pada 12 Disember 2017)

15

Gerak Asas Tarian Zapin

Pergerakan Setempat
1 234 56 78

PENDIDIKAN JASMANI • Pergerakan dalam kiraan 8.
• Pergerakan 1 hingga 3, kaki dan tangan diangkat berselang-seli.
• Pada kiraan ke-4, gerakkan tangan kiri ke sisi dengan meluruskan siku, selari

dengan kaki kiri yang diunjurkan.
• Ulang semula pergerakan 5 hingga 7 di tempat yang sama.
• Pada kiraan ke-8, gerakkan tangan kanan ke sisi dengan meluruskan siku,

selari dengan kaki kanan yang diunjurkan.

QRCode

Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-
link/video-langkah-asas-pergerakan-setempat/
untuk menonton video Langkah Asas Setempat.
(Dicapai pada 15 Mei 2018)

S.P: 1.2.1, 2.2.1, 5.1.3, 5.2.2, 5.2.4

Nota Guru
• Guru membimbing murid melakukan pergerakan dengan iringan muzik.
16 • Guru menekankan bahawa postur badan yang betul iaitu berdiri tegak dan sedikit

mendada merupakan aspek penting dalam Tarian Zapin.

Pergerakan Maju Undur

• Mulakan langkah dengan kaki kanan.
• Bergerak ke hadapan dan mengundur ke belakang dalam kiraan 8.
• Pergerakan tangan dan kaki sama seperti pergerakan setempat.

8 7 65 4 32 1

Undur Maju Mula
Tamat

1 234 5 678 PENDIDIKAN JASMANI

QRCode

Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-link/video-langkah-asas-pergerakan-maju-undur/
untuk menonton video Langkah Asas Maju Undur.
(Dicapai pada 16 Mei 2018)

Pergerakan maju undur merupakan pergerakan
lokomotor atau bukan lokomotor?

S.P: 1.2.1, 2.2.1, 5.1.3, 5.2.2, 5.2.4

17

Pergerakan Melingkar

• Kiraan satu, kaki kanan dibawa ke belakang.
• Kiraan dua, kaki kiri diangkat setempat.
• Kaki kanan ke hadapan.
• Kiraan empat, kaki kiri dipacak dan memusing 180o dan seterusnya

kiraan lima, kaki yang sama menapak ke lantai.
• Kiraan enam hingga tujuh bergerak ikut lajak.
• Kiraan lapan, gerakkan tangan kanan ke sisi, luruskan siku selari dengan

kaki kanan yang diunjurkan.
• Ulang langkah yang sama untuk mendapatkan satu putaran lengkap.

7 6 5 43 2 1
8

PENDIDIKAN JASMANI

QRCode

Pergerakan bukan lokomotor: Layari laman sesawang
Gerakan setempat http://arasmega.com/qr-link/
Pergerakan lokomotor: video-langkah-asas-melingkar/
Maju undur dan melingkar untuk menonton video

S.P: 1.2.1, 2.2.1, 5.1.3, 5.2.2, 5.2.4 Langkah Asas Melingkar.

(Dicapai pada 16 Mei 2018)

Nota Guru
18 • Pergerakan melingkar perlu dijalankan secara berterusan mengikut irama.

• Pertandingan persembahan dalam kumpulan ialah aktiviti yang menarik untuk dilakukan
pada akhir pembelajaran.

Aktiviti Berkumpulan PENDIDIKAN JASMANI

1. Murid dibahagikan kepada tiga buah kumpulan berempat.
2. Setiap kumpulan akan melakukan pergerakan Tarian Zapin seperti

setempat, maju undur, dan melingkar sambil diiringi muzik.
3. Kumpulan akan bertukar kedudukan setelah selesai melakukan pergerakan.

Kumpulan 1
Pergerakan
Setempat
(4 ulangan)

Kumpulan 2
Pergerakan
Maju Undur
(2 ulangan)

Kumpulan 3
Pergerakan
Melingkar
(2 ulangan)

S.P: 1.2.1, 2.2.1, 5.1.3, 5.2.1, 5.3.2, 5.5.1 Bergerak dalam kawasan masing-masing
untuk mengelakkan kemalangan.

Nota Guru 19

• Pemenang boleh dicalonkan sebagai wakil sekolah untuk menyertai pertandingan tarian
dalam karnival kebudayaan dan membuat persembahan dalam majlis keraian di sekolah.

1. Pilih jenis pergerakan di bawah mengikut keterangan yang diberikan.
Pergerakan Setempat Pergerakan Maju Undur

1 2345678

PENDIDIKAN JASMANI • Pergerakan bukan lokomotor.
• Pergerakan statik yang tidak melibatkan perubahan tempat.

8 765 4 3 2 1

Maju Undur

• Pergerakan lokomotor.
• Terdapat pergerakan ke hadapan dan ke belakang.

Nota Guru
20 • Perbanyakkan halaman ini untuk diedarkan kepada murid.

Sebagai seorang murid yang suka mencuba dan rajin berusaha, anda perlu
mencuba untuk memahirkan diri dengan kemahiran asas Tarian Zapin seperti
pergerakan setempat, pergerakan maju undur, dan pergerakan melingkar.
Kelembutan dan kesenian dalam pergerakan perlu diberi keutamaan dalam
persembahan tarian ini.

Setempat Bukan lokomotor

4 kiraan setempat
(2 ulangan)

TARIAN Maju Undur Lokomotor PENDIDIKAN JASMANI
ZAPIN
8 kiraan maju,
8 kiraan undur

Melingkar Lokomotor

8 kiraan melingkar
separuh

(2 ulangan)

21

UN3IT Kemahiran Asas
Permainan
Kategori Serangan
• Bola Keranjang
• Hoki

Standard Kandungan

Bola Keranjang
1.3 Melakukan kemahiran asas

bola keranjang dengan
lakuan yang betul.
2.3 Mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran
asas bola keranjang.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan
elemen pengurusan dan
keselamatan.
5.2 Menunjukkan keyakinan
dan tanggungjawab kendiri
semasa melakukan aktiviti.
5.3 Berkomunikasi dalam
pelbagai cara semasa
melakukan aktiviti.
5.4 Membentuk kumpulan
dan bekerjasama dalam
kumpulan.
5.5 Memahami dan
mengaplikasikan etika
dalam sukan semasa
melakukan aktiviti.

22

Standard Kandungan

Hoki
1.4 Melakukan kemahiran asas hoki dengan lakuan yang betul.
2.4 Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam

kemahiran asas hoki.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti.
5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.
5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
5.5 Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti.

23

Bola Keranjang

Permainan Bola Keranjang

Permainan bola keranjang melibatkan dua pasukan yang terdiri daripada
lima orang pemain setiap pasukan. Terdapat dua orang pengawal (guard),
dua orang pemain hadapan (forward), dan seorang pemain tengah. Pasukan
penyerang akan memasukkan bola ke dalam keranjang lawan dan pasukan
pertahanan akan cuba mengadang bola daripada membolosi keranjangnya.

Peralatan dan Pakaian Pemain

PENDIDIKAN JASMANI Bola • Bentuk sfera.
Jersi • Diperbuat daripada
Seluar
kulit tiruan dan getah.
• Garisan dibahagikan

kepada 8 bahagian
atau panel.
• Perempuan sekolah menengah
- Saiz 6
- Berat: 510 - 567 g
- Lilitan: 72.4 - 73.7 cm
• Lelaki sekolah menengah
- Saiz 7
- Berat: 567 - 650 g
- Lilitan: 74.9 - 78 cm

Tip Penting

Murid perlu melakukan aktiviti
memanaskan badan sebelum
memulakan permainan.

Stoking Kesesuaian tekanan udara
Kasut ditentukan berdasarkan kadar
lantunan bola yang melantun pada
24 aras pinggang ketika dijatuhkan
dari aras bahu.

Ukuran Gelanggang Bola Keranjang

Ukuran Gelanggang

28 m

0.90 m Garisan tepi Garisan Garisan tengah 8.325 m Garisan belakang
lontaran
masuk

1.575 m 6.75 m 3.6 m
15 m Bulatan
Tengah
Kawasan
zon larangan

Garisan tepi

Kawasan bangku 5m 2m Kawasan bangku
pasukan 0.15 m pasukan

Bangku pasukan Meja pencatat skor Bangku pasukan

Ukuran Tiang (Sumber: International Basketball Federation (FIBA)) PENDIDIKAN JASMANI

0.9 m Ukuran Papan

1.80 m

1.20 m 0.59 m

2.75 m 3.05 m 0.45 m
0.30 m
garisan
belakang

1.20 m

(Sumber: Buku 1 Murid 1 Sukan Bola Keranjang)

25

Cara Permainan Bola Keranjang

• Untuk memulakan permainan, pengadil melambung bola di tengah
gelanggang.

• Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan berada di
bulatan tengah gelanggang untuk merebut dan merampas bola.

• Pihak yang berjaya merebut bola akan menyerang kawasan pihak
lawan untuk membuat jaringan.

• Pihak lawan akan cuba bertahan supaya keranjang tidak dibolosi
dan cuba merampas kembali untuk membuat serangan.

Posisi Pemain

PENDIDIKAN JASMANI shooting 1 point guard Pemain mengawal
1 Point guard
guard 2 center 5 2 Shooting guard
small 3
power 4 Pemain hadapan
forward 3 Small forward
forward 4 Power forward

Pemain tengah
5 Center

(Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Basketball_positions)

Posisi Pemain Tugas/Fungsi

Pemain mengawal (guard) • Merancang serangan
1. Point guard • Membawa bola ke kawasan pihak lawan
2. Shooting guard • Menjaring dari jarak jauh

Pemain hadapan (forward) • Bermain dari arah kiri atau kanan gelanggang

3. Small forward • Menjaring dari jarak jauh

4. Power forward • Bertindak sebagai penjaring

Pemain tengah (center) • Membantu menjaring bola berhampiran keranjang
5. Center • Menyukarkan pasukan lawan melakukan jaringan

berhampiran keranjang

(Sumber: https://www.breakthroughbasketball.com/basics/basics.html)

26

Pengiraan Skor Jaringan penalti yang dibuat di dalam
kawasan ini akan mendapat satu mata
1
Isyarat 1 mata oleh pengadil
Jaringan yang dibuat di dalam
kawasan ini akan mendapat dua mata

2 Isyarat 2 mata oleh pengadil PENDIDIKAN JASMANI
22 Jaringan yang dibuat di dalam
kawasan ini akan mendapat tiga mata
33
atau

Isyarat 3 mata oleh pengadil

QR Code Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-link/undang-undang-dan-peraturan-bola-keranjang-fiba/
untuk mendapatkan maklumat berkenaan undang-undang dan peraturan
permainan bola keranjang oleh International Basketball Federation (FIBA).
(Dicapai pada 12 Disember 2017)

27

PENDIDIKAN JASMANI Kemahiran Menghantar

Menghantar ialah kemahiran utama dalam permainan bola keranjang yang
berfungsi untuk menggerakkan serangan dan menghadapi situasi yang
pelbagai dalam mengawal permainan bola keranjang.

Hantaran Lantun
Tujuan: Melepasi adangan pihak lawan yang mengawal rapat.

Teknik lakuan:
• Pegang bola dengan kedua-dua

belah tangan.
• Tolak bola ke bawah dan

melangkah sambil tangan lurus
ke hadapan dan ikut lajak.
• Menolak bola ke bawah
menggunakan hujung jari.
Hantaran Aras Dada
Tujuan: Hantaran dekat, pantas, dan tepat.

Teknik lakuan:
• Pegang bola pada aras dada

dengan kedua-dua belah tangan.
• Tolak bola ke hadapan dan

melangkah sambil tangan lurus
ke hadapan dan ikut lajak.

Hantaran Atas Kepala
Tujuan: Hantaran tinggi dan melepasi jangkauan pasukan lawan.

Teknik lakuan:
• Pegang bola dengan kedua-dua

belah tangan mengarah ke atas.
• Tolak bola ke atas dari belakang

ke hadapan dan melangkah ke
hadapan serta ikut lajak.

28 S.P: 1.3.1, 2.3.1, 5.1.3, 5.2.2

Kemahiran Menerima PENDIDIKAN JASMANI

Kemahiran menerima juga penting dalam permainan bola keranjang untuk
mengawal dan menguasai dalam permainan.

Bersedia
• Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu.
• Kedudukan tangan di hadapan dengan tapak tangan

bersedia menerima bola.
• Mata memandang arah bola.

Bawah aras pinggang
• Rendahkan badan dan fleksi lutut sedikit.
• Kedudukan tangan di hadapan dengan tapak

tangan bersedia menerima bola.
• Luruskan tangan untuk menyerap daya.

Atas aras pinggang
• Fleksi lutut sedikit.
• Kedudukan tangan di hadapan dengan tapak

tangan bersedia menerima bola.
• Luruskan tangan untuk menyerap daya.

Menerima sambil berlari
• Berlari menuju ke arah bola.
• Fleksi tangan untuk menyerap daya semasa

menangkap bola.

Melompat dan menyambut bola tinggi 29
• Melompat untuk menyambut bola.
• Gunakan kedua-dua belah tangan.
• Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

S.P: 1.3.2, 2.3.2, 5.1.3, 5.2.2

Kemahiran Menghantar dan Menerima Bola dalam
Situasi Permainan

AHkativnittiaBrearnkuSmeprualanngan

Cara bermain:
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
• Setiap kumpulan terdiri daripada seorang penjaga gol, seorang

penjaring, dan empat orang penyerang.
• Hanya penjaring kedua-dua buah kumpulan sahaja yang boleh

berada dalam kawasan D dan membuat jaringan.
• Setiap kumpulan boleh membuat hantaran dan menerima bola

untuk menjaringkan gol.
• Jaringan gol hanya dikira apabila penjaga gol berjaya menangkap

bola dengan kemas di dalam gelung bulatan.
• Masa permainan ialah enam minit (3 : 1 : 3).
• Kumpulan yang berjaya mendapat jaringan terbanyak dikira

sebagai pemenang.

PENDIDIKAN JASMANI

Penjaga gol

Kawasan D

Lakukan serap
daya ketika

menerima bola.

S.P: 1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.1.3, 5.2.1, 5.4.2, 5.5.1
30

Tip Penting Pastikan kuku tangan
sentiasa dipotong pendek
• Terima bola dan serap daya dengan untuk mengelakkan
membawa bola ke aras dada. sebarang kecederaan.

• Lakuan serap daya; fleksi tangan semasa
menerima bola.

• Terima bola dengan hujung jari bukan
tapak tangan.

QR Code

Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-link/video-bola-keranjang/
untuk menonton video bola keranjang.
(Dicapai pada 15 Mei 2018)

PENDIDIKAN JASMANI

Saya mesti Penjaga gol
buat yang
Kawasan D
terbaik!

31

Kemahiran Mengelecek

Mengelecek ialah perlakuan mengawal dan melindungi bola secara berjalan
atau berlari. Kemahiran ini terdiri daripada mengelecek lantunan rendah
dan tinggi.

Mengelecek Lantunan Rendah Mengelecek Lantunan Tinggi

• Fleksi lutut dan rendahkan badan. • Badan dicondongkan dan bergerak
• Buka jari dengan luas seperti ke hadapan.

kedudukan mencengkam pada • Fleksi tangan dan tolak bola untuk
bahagian atas bola. lantunan pada aras pinggang.
• Imbangkan badan.
• Imbangkan badan.

PENDIDIKAN JASMANI Kemahiran Mengadang

Kemahiran mengadang bertujuan mematahkan serangan pihak lawan dan
menguasai kembali bola untuk serangan balas.

Adangan Hadapan

• Mata perlu memerhatikan pemain lawan
dan posisi bola.

• Tangan didepakan atau diangkat sambil
menggunakan badan untuk mengadang.

S.P: 1.3.3, 1.3.5, 2.3.3, 2.3.5, 5.2.4
32

Kemahiran Mengelecek dan Mengadang dalam
Situasi Permainan

ABkltoivcitki BKeirlkleurmpulan

Cara bermain:

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu penyerang dan
bertahan.

• Kumpulan penyerang perlu melepasi kawasan halangan 1, 2, dan 3.
• Kumpulan bertahan akan cuba mengadang pihak lawan. Bola yang

berjaya dirampas menyebabkan pihak lawan perlu memulakan
permainan di tempat mula.
• Masa permainan ialah tiga minit. Kumpulan akan bertukar peranan
setelah tamat masa permainan.
• Tiga mata akan diberi untuk bola yang berjaya dibawa melepasi
garisan penamat.
• Kumpulan yang berjaya memperoleh mata tertinggi dikira sebagai
pemenang.

Kamu semua
bermain

dengan baik.

Gunakan adangan Kita boleh buat PENDIDIKAN JASMANI
hadapan untuk kunci dan berjaya!

gerakan lawan.

Mula Tamat

Halangan 1 Halangan 2 Halangan 3

S.P: 1.3.3, 1.3.5, 2.3.3, 2.3.5, 5.2.1, 5.3.1, 5.4.1, 5.4.4 33

Kemahiran Menjaring Sebelah Tangan (One Hand Shot )
dan Menjaring Melompat (Jump Shot )

Tujuan kemahiran jaringan ini adalah untuk mendapatkan mata daripada
bola yang berjaya dimasukkan ke dalam keranjang pihak lawan.

Jaringan Sebelah Tangan Jaringan Melompat

PENDIDIKAN JASMANI • Mata memandang sasaran.
• Tangan dominan memegang bola dan tangan bebas menyokong bola.
• Siku dan pergelangan tangan membentuk huruf L.
• Bola di atas kepala.
• Bola ditolak ke atas dengan kedudukan kaki diluruskan.
• Melompat ke atas sebelum menolak bola ke jaring untuk jaringan lompat.

Tip Penting 705°0°3307° 7

Sudut pelepasan
bola yang baik
semasa menjaring
ialah 70o.

S.P: 1.3.4, 2.3.4, 5.1.3
34

Kemahiran Menjaring Sebelah Tangan (One Hand Shot ) dan
Menjaring Melompat (Jump Shot ) dalam Situasi Permainan

AJkatirviintigBaenrkuBmerpmulaanta

Cara bermain:

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan berempat, iaitu penyerang
dan bertahan.

• Kumpulan penyerang akan melakukan serangan dan kumpulan
bertahan akan menghalang serangan tersebut.

• Kumpulan penyerang akan membuat jaringan di kawasan-kawasan
yang ditetapkan mengikut mata 3, 2, dan 1.

• Masa permainan ialah lima minit. Kumpulan akan bertukar peranan
setelah tamat masa permainan.

• Kumpulan yang berjaya memperoleh mata tertinggi dikira sebagai
pemenang.

Petunjuk:

3 mata 2 mata 1 mata

1 mata Yeay... Saya PENDIDIKAN JASMANI
berjaya.
Teruskan
2 mata menyerang!

3 mata

S.P: 1.3.4, 2.3.4, 5.1.1, 5.2.4, 5.4.4, 5.5.3

35

Hoki

Permainan Hoki

Hoki ialah permainan berpasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain
dalam padang. Permainan ini memerlukan pergerakan mengawal bola
dengan menggunakan kayu hoki.

Ukuran Gelanggang

45.7 m

23.0 m

Garisan 23 m Garisan tengah Garisan 23 m

5m

6.475 m Titik penalti 55 m

0.3 m

PENDIDIKAN JASMANI 3m

14.6 m 91.40 m

Ukuran Tiang Gol (Sumber: The International Hockey Federation (FIH))
3.66 m
Tiang mendatar
Tiang tegak 2.14 m

0.0762 m
(3 inci)

Garisan gol

(Sumber: Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Hoki Sekolah Menengah)

36

Peralatan dan Pakaian Pemain
Pemain

Jersi

Seluar

Kayu hoki Shin pad
Bola hoki Kasut

Penjaga Gol Pengadang PENDIDIKAN JASMANI
Helmet kerongkong
Pelindung muka Pelindung tubuh Pelindung groin
Pelindung Pelindung (lelaki)
lengan dan siku tangan kiri
Pelindung Pelindung pelvik
Pelindung (perempuan)
tangan kanan Pelindung kaki 37

Kayu hoki Kicker

Kemahiran Asas Cara Memegang Kayu Hoki

Genggaman Rapat Genggaman Berjarak

Kegunaan: Kegunaan:
Memukul Mengelecek, menolak,
mencedok, dan menerima.
Kemahiran Menghantar

Kemahiran Memukul

Berfungsi untuk membuat hantaran jauh, memasukkan bola ke dalam gol,
dan membuat pukulan bebas, pukulan percuma, dan pukulan ke dalam.

PENDIDIKAN JASMANI

• Tangan kiri di atas • Ayunan ke arah bola. • Ikut lajak.
tangan kanan. • Fleksi lutut. • Mata ke arah
• Mata memandang bola
• Bola selari dengan kaki kiri. • Kontak bahagian sasaran.
• Ayun kayu ke belakang.
belakang bola.
S.P: 1.4.1, 2.4.1, 5.1.3, 5.2.2

38

Kemahiran Menolak

Berfungsi untuk membuat hantaran jarak dekat, membuat jaringan pantas,
dan gerakan hantaran semasa melakukan pukulan sudut penalti.

• Rendahkan badan dan • Tolak bola dengan • Ikut lajak selepas
menolak.
fleksi lutut. bahu kiri ke sasaran.

• Pandang kedudukan bola. • Pandang bola.

Kemahiran Mencedok PENDIDIKAN JASMANI

Berfungsi untuk membuat hantaran jauh dalam keadaan pihak lawan
mengawal ketat pergerakan setiap pemain.

• Kayu hoki berada • Condongkan badan. • Ayun dan cedok
di bawah bola. • Pandang bola. ke hadapan serta
• Cedok bola ke hadapan ikut lajak.
• Fleksi lutut.
• Bahu kiri mengadap dan ke atas.

sasaran.

S.P: 1.4.1, 2.4.1, 5.1.3, 5.2.2

39

Kemahiran Menghantar Bola ke Sasaran dalam
Situasi Permainan

AHkativnittiaBrearnku3mMpu(lManemukul, Menolak, dan Mencedok)

Cara bermain:
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan berlima.
• Kedua-dua kumpulan melakukan kemahiran memukul, menolak,

dan mencedok untuk menghantar kepada rakan dalam gol (gelung)
untuk mendapatkan mata.
• Pihak lawan akan menghalang dan merampas bola untuk membuat
serangan balas.
• Masa permainan ialah 10 minit (5 : 1 : 5) menggunakan bola tenis.
• Kumpulan yang berjaya mendapat jaringan terbanyak dikira
sebagai pemenang.

PENDIDIKAN JASMANI Kamu semua Saya perlu
bermain fokus pada

dengan baik. sasaran.

Saya perlu
membuat
pukulan yang

tepat.

S.P: 1.4.1, 2.4.1, 5.2.3, 5.4.4
40

Kemahiran Menerima

Kemahiran menerima berfungsi untuk memberhenti dan mengawal bola.
Pemain harus memilih kemahiran menerima yang sesuai bergantung kepada
kedudukan bola yang diterima.

Menerima Tepat Sisi Menerima Tepat Hadapan

• Rendahkan badan dan fleksi • Rendahkan badan dan dua PENDIDIKAN JASMANI
kedua-dua belah kaki. belah kaki dirapatkan.

• Tangan kiri memegang pangkal • Tangan kiri memegang pangkal
kayu dan dicondongkan sedikit kayu dan dicondongkan sedikit
ke hadapan. ke hadapan.

• Terima bola di hadapan kaki. • Terima bola di hadapan kaki.

Menerima Kilas Atas Menerima Kilas Bawah

• Rendah dan condongkan • Rendah dan condongkan badan
badan ke hadapan dengan ke hadapan dengan sebelah
sebelah kaki di hadapan. kaki di hadapan.

• Terima bola dengan mengilas • Terima bola dengan sebelah
kayu menggunakan sebelah tangan dengan mengilas kayu
tangan. selari dengan tanah.

• Kawal bola dengan kayu hoki. • Tangan kiri diluruskan dengan
memegang kayu hoki.
S.P: 1.4.2, 5.1.1
41

Kemahiran Menerima Bola Secara Tepat dan Kilas
(Reverse Stick) dalam Situasi Permainan

ASktteivsietinBeMrkeunmepruimlana
Cara bermain:
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan berempat.
• Setiap kumpulan mempunyai seorang penjaga gol yang berada dalam

gelung kawasan pihak lawan.
• Kedua-dua kumpulan akan cuba menyerang dan bertahan untuk

mendapatkan mata.
• Hanya kemahiran menerima secara tepat dan kilas sahaja yang

dibenarkan.
• Bola yang terkeluar daripada garisan permainan akan dimulai oleh

pihak lawan di atas garisan yang dikeluarkan.
• Masa permainan ialah 10 minit (5 : 1 : 5) menggunakan bola tenis.
• Kumpulan yang berjaya mendapat jaringan terbanyak dikira sebagai

pemenang.

PENDIDIKAN JASMANI Saya perlu Lakukan serap
buat yang daya semasa
menerima bola.
terbaik.

Glosari:

kilas berkaitan dengan pukulan dalam permainan
misalnya badminton dan tenis, yang bahagian belakang
tangan dalam kedudukan menghala ke pemain lawan.

S.P: 1.4.2, 2.4.2, 5.2.2, 5.4.1
42


Click to View FlipBook Version