MANTAP PAK21 DAN STANDARD 4 SK@S BAHAN SLIDE
Pengenalan 5STANDARD ASAS PAK21 BERPUSATKAN MURID KOMUNIKASI KOLABORATIF KREATIVITI PEMIKIRAN KRITIS NILAI MURNI & ETIKA
Pengenalan KOMUNIKASI Berlaku interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan. 5 STANDARD ASAS PAK21
KOMUNIKASI Berlaku interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan. 4 Murid dapat memerhati, mendengar dan memberi maklum balas dengan orang lain. Murid dapat menyusun pemikiran mereka secara logik dan menyatakan secara jelas dan ringkas. Murid dapat memahami cara menyesuaikan mesej atau kaedah tertentu untuk menyampaikannya. Murid yakin berinteraksi dengan rakan mereka semasa menyampaikan sebarang topik. KOMUNIKASI
5 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Meminta murid menyampaikan pendapat/ menjawab soalan dengan jelas dan terang supaya dapat didengari oleh rakanrakan. • Meminta murid menghadap/memandang rakan-rakan semasa memberi penerangan. • Mendorong/membimbing murid menggunakan laras bahasa yang standard dan mudah difahami. • Mendorong/membimbing murid menggunakan bahasa badan yang sesuai semasa bercakap. • Mendorong murid untuk bertanya, memberi pendapat atau maklum balas secara individu. • Mendapatkan maklum balas murid lain terhadap pemahaman murid bagi setiap PdP yang dilaksanakan. • Memerhati dan memberi respons terhadap reaksi lisan dan bukan lisan murid bagi mengenal pasti penerimaan dan tahap kefahaman tentang maklumat yang disampaikan. Murid dapat memerhati, mendengar dan memberi maklum balas dengan orang lain
6 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Memberi tugasan yang jelas, ringkas dan berfokus berdasarkan objektif pembelajaran serta bersesuaian mengikut tahap keupayaan murid. • Menyediakan panduan atau langkah-langkah supaya murid dapat menyusun pembentangan mereka dengan berkesan yang mengandungi pengenalan, isi dan penutup. • Mengemukakan soalan mengikut aras keupayaan murid untuk mendorong murid menjawab secara logik. • Mendorong murid mengemukakan pendapat mereka secara tersusun berdasarkan konteks soalan • Membimbing murid menyatakan idea utama yang hendak disampaikan secara jelas. Murid dapat menyusun pemikiran mereka secara logik dan menyatakan secara jelas dan ringkas
7 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Membimbing murid menggabungkan 5 deria melalui penggunaan audio (lagu,dialog), visual (carta, video) dan kinestetik (tingkah laku, pergerakan) untuk mengenal pasti kaedah penyampaian maklumat dengan berkesan. • Membimbing murid untuk menyampaikan maklumat yang jelas dan sesuai dengan kumpulan sasaran berdasarkan situasi. • Membuat analogi supaya murid dapat mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan sebenar (kontekstual). • Memberi beberapa contoh cara berkomunikasi bagi situasi yang berbeza. • Mengoptimumkan ruang dan peluang untuk murid-murid menyuarakan pandangan dan pendapat secara terkawal. Murid dapat memahami cara menyesuaikan mesej atau kaedah tertentu untuk menyampaikannya
8 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Membimbing murid berinteraksi menggunakan suara yang jelas, lancar dan bahasa badan yang sesuai. • Memberikan galakan, pujian, motivasi serta provokasi untuk membina keyakinan murid berinteraksi. • Menggunakan pelbagai teknik penyoalan untuk menggalakkan murid berinteraksi. • Meminta murid bersedia dengan jawapan dan soalan yang akan ditanya semasa penyampaian. • Mendorong murid menerapkan unsur didik hibur semasa aktiviti pembelajaran. Murid yakin berinteraksi dengan rakan mereka semasa menyampaikan sebarang topik
Pengenalan KOLABORATIF Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid. 5 STANDARD ASAS PAK21
KOLABORATIF Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid. 10 KOLABORATIF Bekerjasama Murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan saling bergantungan untuk berjaya. Tanggungjawab Bersama Murid bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan dan menghargai sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain. Penglibatan Seimbang Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan berdasarkan keupayaan murid. Bertolak Ansur Murid dapat menerima dan menghormati pandangan orang lain. Bersikap fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama.
11 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Mengenal pasti dan mengambil kira kecenderungan kecerdasan pelbagai dan potensi murid sebagai panduan semasa menubuhkan kumpulan dan merancang aktiviti kumpulan. • Mewujudkan hubungan yang positif dalam kalangan murid supaya mereka selesa dan dapat bekerja dalam kumpulan. • Memberi tugasan yang memerlukan murid bekerjasama dengan memastikan bilangan ahli kumpulan yang sesuai dengan keperluan tugasan. • Menilai dan memberikan peneguhan terhadap tugasan murid berasaskan kerjasama kumpulan. Murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan saling bergantungan untuk berjaya
12 HASRAT • CADANGAN TINDAKAN GURU • Menekankan peranan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan bagi memastikan keberkesanan kumpulan. • Menilai kerja kumpulan berdasarkan sumbangan dan pelibatan ahli kumpulan. • Meminta murid melaksanakan pentaksiran rakan sebaya dengan mengenal pasti sumbangan positif oleh rakan dalam kumpulan. • Membudayakan peneguhan dan ganjaran untuk menggalakkan pelibatan murid. • Menerapkan amalan refleksi bagi setiap tugasan yang dilakukan oleh murid. Murid bertanggung jawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan dan menghargai sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain
13 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Memastikan agihan tugasan kumpulan bersesuaian dengan potensi, minat dan keupayaan murid. • Membimbing murid melaksanakan aktiviti kumpulan mengikut peraturan dan bertatasusila. Contoh: a. Mengikut giliran b. Menggunakan bahasa yang berhemah c. Mendengar dengan teliti d. Menjalin kerjasama e. Memberi penghargaan • Membuat penggiliran peranan ahli kumpulan. Contoh: a.Ketua kumpulan b.Penjaga masa c.Pembentang d.Pencatat *Peranan ahli yang difikirkan sesuai oleh murid/guru. Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan berdasarkan keupayaan murid
14 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Membimbing murid untuk mendengar dan tidak mencelah semasa rakan memberi pendapat. • Memberi maklum balas terhadap idea murid lain secara rasional. • Menggalakkan murid menghargai pandangan orang lain. • Mengawal situasi bagi membolehkan murid memberi hujah dan justifikasi secara berhemah terhadap rakan yang berbeza pendapat. • Mendorong murid bersepakat bagi membuat keputusan secara kolektif. Murid dapat menerima dan menghormati pandangan orang lain. Bersikap fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama
Pengenalan 5 STANDARD ASAS PAK21 PEMIKIRAN KRITIS Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
PEMIKIRAN KRITIS Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. 16 PEMIKIRAN KRITIS Bermaklumat Murid memiliki maklumat mengenai pelbagai perkara / bidang. Pemikiran Terbuka Murid berfikiran terbuka, menerima pandangan orang lain dan merendah diri Sikap Ingin Tahu Murid meneroka sesuatu bidang ilmu dengan cara pembacaan, penyoalan dan melakukan aktiviti secara hands-on untuk mendapatkan maklumat. Membuat . Keputusan Yang Berasas Murid membuat keputusan berdasarkan maklumat dan berupaya mempertahankan keputusan dengan memberikan bukti.
17 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Memaklumkan tajuk / kemahiran pelajaran lebih awal supaya murid bersedia dengan maklumat. • Mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan isi pelajaran. • Mengaitkan isi mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. (Pendekatan bertema) • Membimbing murid mengakses maklumat daripada pelbagai sumber. • Menyediakan bahan rangsangan untuk mendorong murid mencari maklumat lanjut. Murid memiliki maklumat mengenai pelbagai perkara/ bidang
18 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU 1. Melaksanakan set induksi yang dapat mencetus sikap ingin tahu murid. 2. Menggunakan teknik penyoalan yang sesuai untuk mendorong murid. meluahkan maklumat yang diperoleh. 3. Membimbing murid mengaplikasikan kaedah mencari maklumat secara berstruktur. 4. Mencadangkan sumber maklumat tambahan yang sesuai dengan isi pelajaran untuk diakses oleh murid. 5. Membimbing penerokaan ilmu secara latih amal (hands-on) untuk mendapatkan maklumat. Murid meneroka sesuatu bidang ilmu dengan cara pembacaan, penyoalan dan melakukan aktiviti secara hands-on untuk mendapatkan maklumat
19 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU 1. Membimbing murid menganalisis maklumat yang diperoleh untuk membuat keputusan. Contoh: • membanding beza • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan 2. Mendorong murid memberi justifikasi dengan mengemukakan sebab dan akibat. 3. Meminta murid mengemukakan evidens dan data sebagai pengukuhan terhadap sesuatu keputusan. 4. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berorientasikan hujahan secara rasional. Contoh: Perbahasan/Forum Murid membuat keputusan berdasarkan maklumat dan berupaya mempertahankan keputusan dengan memberikan bukti.
20 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU 1. Mendorong murid untuk saling berkongsi idea dan pendapat antara satu sama lain. 2. Membimbing murid untuk menyangkal pendapat orang lain secara logik dan berhemah. 3. Membantu murid untuk mengatasi faktor-faktor yang membataskan pemikiran murid seperti status sosio ekonomi, latar belakang keluarga, fizikal individu melalui nasihat dan motivasi. 4. Menyediakan ruang dan persekitaran emosi yang positif untuk merangsang pemikiran terbuka. Murid berfikiran terbuka, menerima pandangan orang lain dan merendah diri
Pengenalan 5 STANDARD ASAS PAK21 KREATIVITI Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.
KREATIVITI Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti. 22 KREATIVITI Pemikiran Terbuka Murid melihat situasi sedia ada daripada pelbagai sudut untuk menjana idea dan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza. Pemikiran Membina Murid menghasilkan dan menggunakan idea-idea baharu dalam konteks tertentu dan menjana hasil yang positif. Berani Mengambil Risiko Murid berani mencuba dan diberikan galakan tanpa merasa bimbang dengan kritikan. Berpandangan Jauh Murid mempunyai hala tuju yang jelas dan berimaginasi secara asli serta tidak mengikut kelaziman.
23 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Mendorong murid melakukan tugasan atau menyelesaikan masalah daripada pelbagai sudut dan kaedah yang berbeza. • Membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mengemukakan idea tanpa membataskan dari sudut betul atau salah. • Memberi masa yang sewajarnya kepada murid untuk berfikir bagi menghasilkan idea baharu. • Mencungkil idea murid melalui kaedah penyoalan yang mencabar dan bersesuaian dengan situasi. Murid melihat situasi sedia ada daripada pelbagai sudut untuk menjana idea dan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza
24 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Merancang aktiviti berdasarkan persoalan yang dikemukakan tentang apa yang murid ingin tahu bagi merangsang idea baharu. • Merancang dan mengadakan aktiviti dalam bentuk pertandingan dan projek untuk menggalakkan murid berkarya seperti menghasilkan bahan inovasi daripada bahan terbuang dan aplikasi teknologi. • Menyediakan ruang pameran / galeri untuk menggalakkan murid mempamerkan hasil tugasan/projek. • Menilai tugasan atau projek berdasarkan elemen asli, unik, berguna dan berkualiti. • Menghargai dan mengiktiraf penghasilan projek atau tugasan yang kreatif. Murid menghasilkan dan menggunakan idea-idea baharu dalam konteks tertentu dan menjana hasil yang positif
25 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk menghasilkan atau menyelesaikan masalah mengikut cara mereka dalam konteks kandungan isi pembelajaran. • Mendorong murid untuk berani mencuba melaksanakan sesuatu tugasan sehingga berjaya. • Menggalakkan murid meneroka pandangan yang berbeza serta mengenal pasti sebab atau penjelasan tentang cadangan penghasilan sesuatu idea / produk baharu. • Membuka ruang untuk murid mencadangkan aktiviti secara kendiri bagi mencapai objektif PdP. Murid berani mencuba dan diberi galakan tanpa berasa bimbang dengan kritikan
26 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Membimbing murid untuk menentukan atau membuat pilihan penghasilan produk/tugasan berdasarkan objektif PdP. • Memberi peluang kepada murid mengemukakan idea sendiri dan berimaginasi dalam merancang sesuatu tugasan/projek. • Mendorong murid supaya dapat membezakan idea cetusan sendiri dengan idea sedia ada • Menggalakkan murid berfikir tentang sebab dan akibat daripada satu proses inovasi bahan serta memberi justifikasi. • Mendorong murid berimaginasi, menterjemahkan dan memindahkannya ke dalam penghasilan produk baharu. Murid mempunyai hala tuju yang jelas dan berimaginasi secara asli serta tidak mengikut kelaziman.
Pengenalan NILAI MURNI DAN ETIKA Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia. 5 STANDARD ASAS PAK21
NILAI MURNI DAN ETIKA Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia. 28 Penerapan nilai yang bersesuaian Murid dijelaskan dan diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP. Penghayatan dan amalan Murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Penghargaan Guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan. Galakan dan promosi Guru mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai murni. NILAI MURNI DAN ETIKA
29 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Mencungkil nilai yang bersesuaian daripada kandungan mata pelajaran untuk diterapkan dan dihayati oleh murid. • Menghubungkaitkan kehidupan sebenar dengan nilai yang bersesuaian dalam kandungan mata pelajaran supaya menjadi amalan. • Bertindak sebagai suri teladan kepada murid semasa PdP. Contohnya : cara komunikasi, pergaulan, tingkah laku, kawalan emosi, atau pegangan hidup. • Menerapkan nilai murni semasa aktiviti kumpulan / pembentangan kumpulan. Contohnya : kerjasama, sabar, semangat pasukan, perpaduan, hormatmenghormati, dan toleransi. Murid dijelaskan dan diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP
30 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Menggalakkan amalan menghargai pendapat/idea daripada rakan-rakan dengan memberi pujian, ucapan penghargaan, senyuman, tepukan syabas atau tanda bintang pada hasil kerja kumpulan. • Mendorong murid menerima pandangan ahli kumpulan dengan keterbukaan, berlapang dada, menggunakan bahasa lisan atau bahasa badan yang baik. • Menanam sikap keprihatinan terhadap keperluan rakan sebaya dengan membantu menyumbang idea, memberi semangat, nasihat dan ganjaran kepada rakan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang mereka. Murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian
31 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Memberi penghargaan sepanjang proses PdP. Contoh: ucapan terima kasih dan pujian, ganjaran, carta penghargaan, pelekat penghargaan. • Memberi penghargaan semasa menyemak tugasan / buku latihan. Contoh: ulasan positif, tanda bintang, cap penghargaan, memberi gred dan skor. • Menggalakkan murid memberi penghargaan sesama rakan. Contohnya : ucapan terima kasih, pujian, tepukan, tepukan semangat. • Menggalakkan murid memberi ucapan pada hari perayaan dan istimewa. Contoh: Selamat hari lahir, Hari Guru, Hari Ibu kepada guru dan rakan-rakan. Guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan
32 HASRAT CADANGAN TINDAKAN GURU • Mengadakan dan menghebahkan pemilihan dan anugerah model murid contoh untuk diteladani di peringkat kelas dan sekolah. a. Peringkat Kelas • Murid aktif membantu rakan dan guru serta menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah. • Murid aktif dan asertif (maju diri) semasa PdP • Hasil kerja terbaik murid dan dipamerkan b. Peringkat Sekolah • Kehadiran penuh • Murid paling awal hadir ke sekolah • Kelas terbersih • Tokoh murid bersahsiah • Mengadakan program secara berkala dan berterusan seperti : a. Kempen Amalan 5S (Senyum, Sapa, Salam, Sopan, Santun) b. Menyiarkan lagu yang menerapkan nilai murni Guru mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai murni
STANDARD 4 ● SKPM KUALITI@SEKOLAH
WAJARAN SKOR STANDARD 4 4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG 10 4.2.1 GURU SEBAGAI PENGAWAL PROSES PEMBELAJARAN 10 4.2.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL SUASANA PEMBELAJARAN 5 4.3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING 15 4.4.1. GURU SEBAGAI PENDORONG MINDA 25 4.4.2 GURU SEBAGAI PENDORANG EMOSI 5 4.5. GURU SEBAGAI PENILAI 10 4.6 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF 20
4.1: GURU SEBAGAI PERANCANG TINDAKAN PENSKORAN Skor i ii iii a) Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai √ √ √ b) Menentukan kaedah pentaksiran. √ c) Menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK √ √
4.1: GURU SEBAGAI PERANCANG TINDAKAN PENSKORAN Skor i ii iii a) Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai √ √ b) Menentukan kaedah pentaksiran. √ √ c) Menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK √
4.1 : GURU SEBAGAI PERANCANG TINDAKAN PENSKORAN Skor i ii iii a) Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai √ √ b) Menentukan kaedah pentaksiran. √ √ c) Menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK
( 4.3 ): GURU SEBAGAI PEMBIMBING TINDAKAN PENSKORAN Skor i ii iii iv a) Memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai isi pelajaran/konsep/fakta berkaitan pelajaran. √ √ √ √ b) Memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai kemahiran dalam aktiviti pembelajaran. √ √ c) Memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran. √ √ √ d) Memandu murid menggunakan/ memanfaatkan sumber pendidikan berkaitan pelajaran. e) Menggabung/merentas/mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk/unit/tema/nilai/ kemahiran/mata pelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran. √
STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU SEBAGAI PERANCANG 4.1
i. Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai. a. OBJEKTIF (ikut prinsip SMART) S : Specific-berfokus,ikut tajuk M : Measurable-boleh diukur A : Attainable-boleh dicapai R : Realistik-kebolehlaksanaan T : Time-ikut masa ditetapkan b. AKTIVITI PELAJARAN - mesti ambil kira pelbagai aras dan keupayaan murid. - mengikut peruntukan masa. -- menjurus kepada pencapaian objektif - penggunaan KBAT c. REFLEKSI (sejauhmana objektif tercapai) -Berapa orang murid menguasai daripada jumlah keseluruhan murid -Pengukuhan/pemulihan perlu dinyatakan ii. Menentukan Kaedah Pentaksiran a. Nyatakan kaedah pentaksiran dalam RPH dengan mengambil kira pelbagaikan kaedah pentaksiran : menyoal / membaca / menulis / mengira / individu / kerja berpasangan/ kerja kumpulan b. Tentukan kaedah pentaksiran yang sesuai dengan tahap keupayaan murid (cerdas, sederhana, lemah) c. Pentaksiran secara berterusan. iii .Menyediakan BM/BBM/BBB/TMK ❖ ABM - Alat Bantu Mengajar : • peralatan yang digunakan untuk mengajar. Contoh: alat pembesar suara /LCD/Laptop dll. ❖ BBM - Bahan Bantu Mengajar: • bahan yang membantu guru mengajar. Contoh: buku teks, buku rujukan,carta dll. ❖ BBB - Bahan Bantu Belajar: • bahan yang membantu murid belajar dan memahami objektif pelajaran. Contoh: peta i-think, carta, model, dll. ❖ TMK – Teknologi Maklumat dan Komunikasi: • teknologi yang digunakan semasa PdPc. Cth: crome book, tablet, visualizer. • Bahan yang digunakan mestilah relevan, jelas, menarik, berkesan dan boleh digunakan dalam interaksi dengan murid dan digunakan sepenuhnya sepanjang sesi PdP. ASPEK 4.1: GURU SEBAGAI PERANCANG
STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU SEBAGAI PENGAWAL 4.2.1
i. Mengelola isi pelajaran/skop pembelajaran yang dirancang a. tulis objektif pada papan tulis; b. terangkan objektif dalam bahasa yang mudah; c. bincang objektif bersama-sama dengan murid sama ada selepas set induksi atau sebelum PdPc bermula tentang apa yang patut diperolehi; d. sentiasa rujuk objektif setelah setiap aktiviti dilaksanakan e. kaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid. ii. Mengelola masa PdP selaras dengan aktiviti pembelajaran a. laksana aktiviti berdasarkan objektif ; b. gunakan teknik yang bersesuaian dalam aktiviti untuk mencapai objektif; c. laksanakan proses pembelajaran secara teratur iaitu daripada mudah kepada sukar. d. memastikan aktiviti mengikut masa yang telah dirancang. iii. Memberi peluang Penyertaan aktif murid a. libatkan semua murid dalam aktiviti mengikut aras keupayaan secara berterusan; b. pastikan penyertaan aktif murid berkaitan isi pelajaran/ fakta dan kemahiran; c. pastikan peranan yang jelas dalam perbincangan kumpulan. ASPEK 4.2.1: GURU SEBAGAI PENGAWAL (PROSES PEMBELAJARAN)
STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU SEBAGAI PENGAWAL 4.2.2
i. Mengawasi komunikasi murid dalam PdPc a. Mengawasi pembentangan, diskusi, sesi soal jawab dll secara berterusan. b. mengawasi kesantunan berbahasa murid ketika menerima dan menolak pendapat rakan secara berhemah dan berbudi bahasa. c. mengawasi nada suara, intonasi, mimik muka, bahasa badan atau bahasa isyarat yang ditunjukkan oleh murid. iii. Menyusun atur kedudukan murid a. menyusun atur kedudukan murid secara berpasangan atau berkumpulan mengikut keperluan aktiviti pembelajaran. b. mengubah suai kedudukan murid dalam aktiviti/mengikut keupayaan murid dan kecenderungan pelbagai. iv. Melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan a. menerapkan unsur didik hibur seperti bercerita, berlakon, main peranan, kerusi panas, kotak beracun, teater bercerita dll. b. mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan secara berterusan dalam persekitaran yang terkawal (dalam atau di luar bilik darjah). ii. Mengawasi perlakuan murid dalam PdPc a. mengawasi perlakuan murid dengan guru dan perlakuan murid dengan murid bagi memastikan perhubungan yang positif dan suasana yang kondusif b. mengawasi perlakuan murid dengan bahan/ tugasan bagi memastikan kekemasan, keselamatan dll. c. memberi pengiktirafan dan teguran untuk membangunkan potensi diri murid. ASPEK 4.2.2: GURU SEBAGAI PENGAWAL (SUASANA PEMBELAJARAN)
STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU SEBAGAI PEMBIMBING 4.3
i. Memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai isi pelajaran/konsep/fakta berkaitan pelajaran a. memberi penerangan konsep/fakta terlebih dahulu. b. kemukakan contoh dan visual, lakaran, ilustrasi yang mudah. c. demontrasi/tunjuk cara ASPEK 4.3: GURU SEBAGAI PEMBIMBING ii. Memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai kemahiran dalam aktiviti pembelajaran a. memberi penerangan konseptual dan praktikal untuk melaksanakan aktiviti b. memberi kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan aktiviti/ tugasan iii. Memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran a. membantu murid mengenalpasti fakta betul atau salah B. memandu murid membuat keputusan sebulat suara melalui hasil perbincangan kumpulan/kelas c. membimbing murid menyelesaikan masalah d. meminta murid membuat refleksi iv. Memandu murid menggunakan/ memanfaatkan sumber pendidikan berkaitan pelajaran a. memandu dan membimbing murid menggunakan sumber pendidikan b. mencadangkan sumber pendidikan yang sesuai dan menerangkan cara penggunaannya. c. memastikan sumber pendidikan mencukupi dan sesuai. d. melantik pengendali sumber pendidikan (seorang wakil bagi setiap kumpulan e. memandu murid untuk eksploitasi bahan ke arah KBAT. v. Menggabung / merentas/mengait isi pelajaran dengan tajuk/unit/tema/nilai/kemahiran/ mata pelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran a. kaitkan dengan pengetahuan sedia ada, keluarga, latar belakang dan persekitaran murid secara lokaliti dan global b. menggabungkan elemen merentas kurikulum dengan isi mata pelajaran lain/ kemahiran lain.(pendekatan bertema)
STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU SEBAGAI PENDORONG (MINDA) 4.4.1
ASPEK 4.4.1: GURU SEBAGAI PENDORONG (MINDA) i. Merangsang murid berkomunikasi a. kongsikan objektif dengan murid secara lisan dan bukan lisan. b. menggalakkan murid berkomunikasi secara aktif c. memberi soalan dalam bahasa yang mudah difahami mengikut aras keupayaan murid. d. merangsang murid berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan teknik penyoalan dan bahan . ii. Merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran a. menggalakkan murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran. b. pastikan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif menyumbang ke arah pencapaian objektif. c. terapkan semangat berpasukan dan bersikap adil terhadap keupayaan rakan-rakan yang pelbagai . d. melaksanakan pelbagai kaedah pembelajaran koperatif secara konsisten. iii. Mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif a. sentiasa mengemukakan soalan (5W1H) secara terancang berdasarkan objektif pelajaran (soalan KBAT). b. Mencerakinkan soalan KBAT mengikut aras keupayaan murid supaya dapat difahami. iv. Mengajukan soalan/mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah a. menggalakkan murid untuk kenal pasti masalah dan alternatif keputusan b. mendorong murid untuk memberi idea menyelesaikan masalah c. menggalakkan murid menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah. v. Mewujudkan peluang untuk murid memimpin. a. memberi peluang kepada murid semasa membuat tugasan kumpulan. b. melantikan ketua kumpulan secara giliran c. mendorong murid bekerja secara berpasukan vi. Menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran a. mendorong murid mengajukan pelbagai soalan (5W1H) berkaitan isi pelajaran untuk meningkatkan kefahaman b. menggalakkan penilaian kendiri untuk menilai tahap kefahaman murid vii. Menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri a. galakkan murid memberi pandangan secara kendiri terhadap isi pelajaran/ kemahiran yang dipelajari b. memastikan murid mendapat maklumat awal daripada pelbagai sumber sebelum sesi PdPc
STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU SEBAGAI PENDORONG (EMOSI) 4.4.2
ASPEK 4.4.2: GURU SEBAGAI PENDORONG (EMOSI) i. Memberi pujian/galakan terhadap perlakuan positif a. mendorong murid menggunakan katakata positif, bervariasi dan nada suara yang sesuai b. menggalakkan murid menunjukkan penghargaan sesama mereka ii. Memberi penghargaan terhadap hasil kerja/ idea yang bernas. a. memaparkan semua hasil kerja murid untuk dikongsi bersamasama. b. memaparkan hasil kerja murid yang terbaik untuk dijadikan contoh/panduan kepada murid lain. c. menggalakkan murid menghargai hasil kerja/idea rakan mereka iii. memberi keyakinan dalam mengemukakan soalan/memberi respons a. menggalakkan murid menyoal, sekiranya jawapan betul beri pujian. b. memberi peluang atau meminta jawapan dari murid lain sekiranya jawapan tidak salah/tidak tepat dan minta jawapan semula daripada murid yang tidak dapat menjawab. iv. prihatin terhadap keperluan murid a. sentiasa berjalan sekeliling kelas dan lihat kerja murid secara berterusan. b. sentiasa peka dengan keperluan dan kecenderungan murid. c. memahami profil murid melalui inventori kecerdasan pelbagai. d. membimbing murid yang tidak menguasai atau yang memerlukan pemulihan.