The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sholehah091268, 2020-08-23 05:47:29

KOMPILASI PUISI COVID-19

InBest 2020

Keywords: Inovasi

TAJUK: KOMPILASI PUISI COVID-19

AHLI KUMPULAN:
DR. SHOLEHAH ISMAIL (K)
DR. NORYANI MD. YUSOF
DR ROBIAH MOHAMAD



ISI KANDUNGAN

SELAYANG PANDANG
KARYA PANTUN
KARYA SAJAK

SELAYANG PANDANG

ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana dengan
limpah kurnia-Nya, pertandingan INOVASI InBest 2020, IPGK PM telah dapat disertai.
Judul e-buku flip ” KOMPILASI PUISI COVID-19” telah berjaya dihasilkan. Inovasi ini
dibuat berdasarkan karya-karya pelajar yang dihasilkan ketika musim PKP Covid-19
Fasa 1 melalui kursus GBM1103 Bahasa Melayu Kontekstual. Para siswi pendidik
telah didedahkan dengan pelbagai kaedah komunikasi menggunakanBahasa Melayu.
Penggunaan Bahasa Melayu boleh digunakan secara kreatif dan kritis untuk
mencakna maklumat dan ilmu.

Syabas diucapkan kepada semua siswi pendidik yang mengambil kursus GBM1103
telah berjaya dan bersemangat berkarya untuk menghasilkan pantun dan sajak
bertemakan CORONA VIRUS dan COVID-19. Semoga laluan yang dirintis ini akan
menjadi pemangkin kepada seluruh siswi pendidik di IPG Kampus Perempuan
Melayu untuk berkarya berdasarkan situasi semasa yang mendatang.

Kejayaan siswi pendidik menghasilkan karya untuk e- buku flip ini merupakan satu
sumbangan yang amat besar dalam perkembangan ilmu inovasi. Penulisan ini akan
menjadi rujukan yang amat berguna kepada semua siswi pendidik pada masa akan
datang. Pembudayaan berkarya melalui e-buku flip seperti ini diharapkan terus
berkesinambungan pada setiap tahun agar wacana ilmu dapat dikongsi dan disebar
luas.

Sekian, terima kasih.

DR. SHOLEHAH BINTI ISMAIL
Ketua Kumpulan Inovasi

KARYA PANTUN

NUR ARIFAH BINTI MOHD JO
PPISMP PI 5

Bumi yang diduduki kian tenat,
Semakin meningkat bilangan mayat;
Doktor dan barisan frontliner makin penat,
Demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Limpahan rezeki Allah kurnia,
Sifat bersyukur perlu diamalkan;
Corona Virus melanda seluruh dunia,
Kebersihan diri wajib diutamakan.

Ekonomi Malaysia bergerak perlahan,
Kesannya dirasai termasuk anak-anak;
Sukarnya rakyat mentaati arahan,
Statistik bilangan pesakit terus mencanak.

Berhentinya PKP semua nantikan,
Untuk mewarnai suasana di hari raya;
Era pembelajaran atas talian diperkenalkan,
Kini guru dan murid bersemuka di alam maya.

NUR ARYSSA BINTI MOHAMMAD FAUZI
PAKK

Dua tiga kucing berlari,
Jaga kesihatan diri sendiri.

Bulan Ramadhan tiba kini,
Menghantar pesanan saling berbalas;
Elakkan diri ke sana ke sini,
Marilah kita memerangi COVID-19.

NURUL IZZAH BINTI MUSTADZA
BM 2

Pergi ke kedai mengayuh basikal,
Basikal baru ditunggang megah;
Jangan dilupakan jarak sosial,
Supaya penyakit tidak menyinggah.

Anak lembu disarung loceng,
Loceng berbunyi lembu berlari;
Bersihkan tangan pakailah topeng,
Hentikan penyebaran pelindung diri.

RUBAIAH FARIHA

Kalau tuan pergi ke desa,
Jangan lupa beramah mesra;
Cucilah tangan setiap masa,
Kuman-kuman mati sengsara.

Pergi berkelah di Pantai Berahi,
Bawa bersama alatan mandi;
Arahan kerajaan perlu patuhi,
Wabak penyakit dapat hindari.

Bulan Ramadan bulan mulia,
Ditambah pula amalan sunat;
Lakukan aktiviti dengan keluarga,
Hargai masa setiap saat.

SARAH ALEESA

Haiwan pupus namanya tapir,
Suka minum air tawar;
Bulan Ramadan hampir berakhir,
Covid-19 tiada penawar.

Bila terperanjat mata dijegil,
Terperanjat kaki kena peranti;
Masih ada manusia degil.
Keluar rumah maut menanti.

NAJWA ZAINUL

Rela berkorban nyawa dan masa,
Panas dan hujan diredah semata;
Barisan hadapan penyelamat bangsa,
Mengeluarkan keringat bukan senjata.

Makanan basi jangan dimamah,
Membawa penyakit tanpa diduga;
Semua diminta duduk di rumah,
Nikmatilah masa bersama keluarga.

Menteri berdiri sampaikan warta,
Terlihat seperti hebatnya manusia;
Bicaranya dipenuhi dengan fakta,
Untuk diperingati rakyat Malaysia.

Bunga melur harum semerbak,
Harumnya wangi tidak berharga;
Hentikan virus daripada merebak,
Rakyat selamat jiwa dan raga.

ANIS NADIA BINTI MOHD NOR

Lawanlah corona umpama perang,
Suka menyinggah di badan manusia,
Covid-19 datang menyerang;
Tidak kira jantina mahupun usia.

Ingin keluar menangkap ikan,
Dilarang pula oleh Mak Semah;
Ikutlah Perintah Kawalan Pergerakan,
Arahan kerajaan duduk di rumah.

Fakir miskin sama ditinjau,
Kerajaan Malaysia adil saksama;
Zon merah jadikan zon hijau,
Itu tanggungjawab kita bersama.

WAN NUR AINA SYASYA BINTI WAN NORZIE
PPISMP PAKK JUN 2019

Pagi hari bertemu Cik Mah,
Malam hari makan buah nangka;
Musim covid duduklah di rumah,
Agar kita terhindar malapetaka.

Anak dara harus bangun pagi,
Pergi ke pasar beli ikan pari;
Kita masih belum menang lagi,
Dengarlah arahan Perdana Menteri.
SITI AISYAH BINTI AHMAD MALIKI

Sambil kayuh memetik bungaan,
Diambil disemat di tepi nisan;
Patuh arahan patuh kerajaan,
Agar selamat semua insan.

Gula dimamah dengan lidah,
Manisnya rasa membayang indah;
Buatlah di rumah perkara berfaedah,
Menyifar mangsa dengan mudah.

Covid mencantas segala pergerakan,
Minimum perilaku perbuatan tangan;
Jaga batas jaga penjarakan,
Berjauhan perlu berdekatan jangan.

Polis, doktor, askar bekerja kuat,
Mengawal pergerakan setiap masyarakat;
Arahan diakur sokongan kuat,
Agar jangkitan dibanteras cepat.

NEILY

Bunga mawar harum baunya,
Ditanam pula di tepi taman;
COVID-19 itu namanya,
Penyakit berbahaya di akhir zaman.

Syawal disambut setiap warga,
Pergi beraya ke sini sana;
Duduklah rumah bersama keluarga,
Patuhi PKP yang sedang dilaksana.

SAMIHAH HALIM

Buang masa amalan sia-sia,
Kelak hidup akan merana;
Covid-19 memenjara manusia,
Terkurung di rumah tidak ke mana.

Nasihat jangan diambil ringan,
Sikap tamak perlu dijauhkan,
Jangan lupa basuh tangan;
Jangkitan kuman dapat dielakkan.

SYNDDYDYRA UWU

Pak Abu duduk bersandar,
Duduk bersandar mengenang masalah;
Kalau covid boleh dihindar,
Mengapa harus kita mengalah?

Sudah berkali ibu menegah,
Jangan bermain tak sudah-sudah;
Mari semua kita mencegah,
Jangan terhantuk baru terngadah.

Berkicau mesra si anak burung,
Pabila senja pulang segera;
Sudah lama kita berkurung,
Korona tiada hidup sejahtera.

AISHA BINTI AZMAN
PPISMP TESL 1

Jalan terus jumpa paya,
Malu bertanya sesat jalan;
Covid-19 sangatlah bahaya,
Stay At Home perlu diamalkan.

Duduk di rumah hias halaman,
Sentiasa bersih siang dan malam;
Frontliner berkorban habis-habisan,
Agar Covid-19 terus tenggelam.

WIENN HASHIM

Di bawah rumah mengasah parang,
Disimpan rapi bukan ditayang;
Nyawa penting bukan sebarang,
Duduklah di rumah bertambah sayang,

Hidup bermuafakat aman sentosa,

Berziarah selalu sapa menyapa;

Topeng muka dipakai sentiasa,
‘Hand sanitizer’ jangan dilupa.

TEHAH WANI

Nasi basi tetap diratah,
Selalu sakit pun tak serik;
Sakit kepala dan muntah-muntah,
Antara tanda perlu ke klinik.

Anak ikan di dalam sampan,
Terkena jerat di bubu rotan;
Janganlah keluar berjalan-jalan,
Demi kebaikan semua insan.

Duduk rumah banyakkan ibadat,
Bulan Ramadan bazar dicari;
Duduklah rumah demi masyarakat,
Agar Covid-19 dapat dihindari .

NUR IZZATUL AIN BINTI MOHD JUPRI
PPISMP TESL 1

Angkut-angkut di dinding perigi,
Bersihkan perigi yang berhama;
Duduklah di rumah setiap hari,
Kita perangi Covid-19 bersama-sama.

Rambutan manis di atas para,
Manis lagi buah pulasan;
Terima kasih adiwira negara,
Sedia berbakti mengubat insan.

NURUL AINA SAFFIAH BINTI MAZLAN
BM 4

Ramai pelanggan tak mengira bangsa,
Beraturnya pelanggan mengikut giliran;
Bersihkan tangan setiap masa,
Barulah kita tidak kena jangkitan.

Naik perahu be Tanjung Muar,
Makan laksa di Tanjung Dahan;
Kalau mahu Covid-19 sifar,
Setiap masa jaga rebersihan.

NURUL FARAHAYANI

Asyraf pergi ke rumah Idrus,
Dihidang dengan nasi dagang;
Negara dilanda Corona virus,
Yang datang tanpa diundang.

Pergi Rembau beli martabak,
Pergi makan di rumah Mak Mah;
Kalau mahu mencegah wabak,
Duduk sahaja di dalam rumah.

SITI FATIMAH AZ-ZAHRA BINTI MUSTAFFA
BM2

Bunga cantik harum semerbak,
Sebagai ubat penyakit sopak;
Jika tak mahu Covid merebak,
Hentikan tabiat duduk melepak.

NUR ARIFAH BINTI MOHD JO
PPISMP PI 5

Bumi yang diduduki kian tenat,
Semakin meningkat bilangan mayat;
Doktor dan barisan frontliner makin penat,
Demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Limpahan rezeki Allah kurnia,
Sifat bersyukur perlu diamalkan;
Corona Virus melanda seluruh dunia,
Kebersihan diri wajib diutamakan.

Ekonomi Malaysia bergerak perlahan,
Kesannya dirasai termasuk anak-anak;
Sukarnya rakyat mentaati arahan,
Statistik bilangan pesakit terus mencanak.

Berhentinya PKP semua nantikan,
Untuk mewarnai suasana di hari raya;
Era pembelajaran atas talian diperkenalkan,
Kini guru dan murid bersemuka di alam maya.

Orang tua naik dahuluan,
Tumpang berteduh di rumah Simah;
Jika kita tiada keperluan,
Eloklah duduk diam di rumah.

ALIAA NATASYA

Angin bertiup di alam fana,
Pohon nyiur beralun dahannya;

Pemimpin kita pasti bijaksana,
Segala arahan ada hikmahnya.

Sungguh indah Kota Samarahan,
Udaranya segar penenang diri;

Wahai rakyat patuhlah arahan,
Agar kelak tidak memakan diri.

Matahari terbit seolah menyapa,
Menyapa terang bersama cahaya;

Topeng muka jangan dilupa,
Agar terhindar penyakit bahaya.

ALYAA ATHIRAH BINTI ZAINAL
PPISMP PENDIDIKAN ISLAM 5

Ali bermain lalu terjatuh,
Terjatuh di tepi kain sutera;
Perintah Kawalan Pergerakan harus dipatuh,
Agar hidup sihat sejahtera.

Hakim jalan di tepi rumah,
Sambil memegang kasut kegemarannya;
Kehadiran Covid-19 banyak hikmah,
Hanya orang yang bersyukur menyedarinya.

Naik basikal pergi ke pekan,
Terjatuh pula ke dalam paya;
Kepada barisan hadapan kami doakan,
Agar terlindung daripada bahaya.

FARAH WAHIDA BINTI YAHAYA

Membeli ikan di kedai nyonya,
Ikan dibeli bersama Azman;
COVID-19 ada hikmahnya,
Pastilah untuk memantapkan iman.

Sakit tekak suaranya serak,
Kerana tertelan ubat gegat;
Hendaklah kita menjaga jarak,
Demi kesihatan manusia sejagat.

NUR AIN AFIQAH BINTI MOHD SABRI
PPISMP TESL 1 JUN 2019

Kelmarin udara segar menyapa,
Hari ini kerisauan pula melanda;
Ujian baharu telah pun tiba,
Kecilnya mampu memberi sengsara.

Teringat keluarga di dalam hati,
Senyuman mereka berseri-seri;
Yang disayangi tiba-tiba kembali,
Ke rahmatullah tanpa disedari.

Di rumah bersama keluarga,
Gembira kerana dapat bersama;
Berhati-hatilah kita sentiasa,
Jika tak mahu menjadi mangsa.

HALIMAH BINTI ABU HANIFAH
PPISMP BM2

Bunga mawar harum semerbak,
Diberi kepada jiran tetangga;

Jika enggan terkena wabak,
Duduk di rumah bersama keluarga.

Mengayuh sampan terdengar suara,
Menangis sayu terasa sebak;

Barisan hadapan menjadi perwira,
Menghalang wabak daripada merebak.

FATIN FASIHAH BINTI OTHMAN
PPISMP BM 4

Sambil termenung menggigit jari,
Melihat pokok kayu jati;

Jangan kita pentingkan diri,
Perintah Kawalan Pergerakan mesti dituruti.

Pergi berlayar membawa madu,
Madu dimakan bersama roti;

Diberi peluang untuk memandu,
Hendaklah sentiasa berhati-hati.

Polis berdiri membuat sekatan,
Walau terpaksa berjemur panas;

Kalau kita sayangkan watan,
Jangan cuba bertindak ganas.

Covid-19 virus berbahaya,
Datang menyerang tanpa disangka;

Frontliner bertugas beria-ia,
Tidak berehat walaupun seketika.

Wuhan merupakan daerah pertama,
Penyebaran virus kepada semua;

Rakyat Malaysia harus bekerjasama,
Demi kebaikan kita semua.

MARSILLA BINTI MOKHTAR
PPISMP BM 4

Peratus pesakit resahan nurani,
Seratus lapan meninggalkan kota;
Wabak penyakit ancaman kini,
Pahlawan hadapan perlukan kita.

Indah busana tampaknya jelita,
Hati ditambat di pagi raya;
PKP dilaksana tanggungjawab kita,
Ditangani hebat wabak bahaya.

Sejuk embun tenang berangan,
Bersama pakaian harum semerbak;
Gunakan sabun cucilah tangan,
Putuskan rangkaian virus merebak.

NUR NADHIRAH BINTI ROSDI
PPISMP BM 4

Bunga mawar harum semerbak,
Dihadiahkan puteri besar sejambak;

Jika tidak mahu Covid merebak,
Hentikan tabiat duduk melepak.

Pergi ke kedai membeli martabak,
Balik ke rumah terus memamah,

Jika hendak mengekang wabak,
Bersamalah kita duduk di rumah.

Pergi Temerloh makan patin,
Makan bersama daging rusa;

Jadilah kita rakyat yang prihatin,
Semoga negara aman sentosa.

NUR QURRATU'AIN ZAKIRAH

Sejenis virus menyerang bumi,
Tekanan menimpa satu dunia;
Norma baru perlu dimulai,
Tanpa tahu mana hujungnya.

Wahai hati kau percayalah,
Pasti ada hikmah tersembunyi;
Duhai hati kau bersabarlah,
Mentari dan pelangi pasti menanti.

MAISARAH MARZUKHI

Mekar sejambak bunga gubahan,
Rupanya cantik jangan dipersia;
Covid-19 dulu di Wuhan,
Sekelip mata kini di Malaysia.

Cantik sungguh tumbuh melati,
Ditanam nyonya di tepi rumah;
Jikalau tidak mahu dijangkiti,
Patuhi kerajaan duduk di rumah.

Sebab pulut santan binasa,
Badan bisa dek mulut puaka;
Walau ubat tiada kita bisa,
Batuk dan bersin ikut etika.

Anak muda duduk melepak,
Polis datang lari berselerak;
Kalau tak mahu covid bertapak,
Ketika di luar jagalah jarak.

Arahan kerajaan mohon taati,
Mereka bukan pentingkan diri;
Jika masih tidak mengerti,
Liang sedia menanti untuk diri.

NURUL HIDAYAH BINTI AZHARI
PPISMP BM 4

Anak emas ditanya khabar;
Habis dijawab panjang lebar;

Datangnya tidak memberi khabar,
Habis senyum menjadi hambar.

Penat tangan mendayung rakit;
Demi berjumpa buah hati;

Jangkit bukan sebarang jangkit,
Jangkit boleh membawa mati.

Belayar nakhoda ke negeri Pasai;
Belayar bersama khadam iban;

Segera disarung baju perisai,
Barisan hadapan sedia berkorban.

Pesan ibu cari kawan;
Jangan sibuk mencari lawan;

Virus ghaib tetap dilawan,
Selamatkan negara daripada ditawan.

Ibu menanam sayur terung;
Belum matang dimakan burung;

Segera dilaksana perintah berkurung,
Terus rakyat tunjuk murung.

Adik menangis terkena parang;
Terus diberi mainan lego;

Habis baik polis melarang,
Tetap manusia mahalkan ego.

Dibeli emak seurat gelang;
Dijaga baik takut hilang;

Turun padang sang hulubalang,
Ego manusia terus terhalang.

Kereta kuda ditarik keldai;
Tetap berjalan walaupun badai;

Dek pemimpin bijak pandai,
Graf Covid-19 mula landai.

Beli emas dengan suasa;
Dibeli pada bulan puasa;

Ingin rakyat hidup selesa;
Mohon kepada Maha Kuasa.

Bila bercinta jangan leka;
Takut nanti hati terluka;

Umat Islam kembali suka,
Ramadan menjadi penawar duka.

AMIRAH AYUNI

Virus Covid-19 adalah pendatang,
Kehadirannya tidak mendapat jemputan;
Semua rakyat diminta bertenang,
Supaya covid tidak berlanjutan.

Semuanya bermula dari Wuhan,
Sehingga kini tiada kesudahan;
Duduklah di rumah dengan aman,
Agar semuanya mendapat ketenangan.

Nasi basi dihinggap lalat,
Habis ahli keluarga berkelahi;
Tidak kira pangkat dan darjat,
Semua arahan PKP mesti dipatuhi.

HALIMAH BINTI ABU HANIFAH

Mahu meniti ke seberang sana,
Titi kecil mudahlah patah;

Pemikiran rakyat tidak ke mana,
Jika masih melanggar perintah.

Bunga mawar harum semerbak,
Diberi kepada jiran tertangga;

Jika enggan terkena wabak,
Duduk di rumah bersama keluarga.

Mengayuh sampan terdengar suara,
Menangis sayu terasanya sebak;

Barisan hadapan menjadi perwira,
Menghalang wabak daripada merebak.

NURIN AFIQAH BINTI ABDUL RAZAK
PPISMP BM 5

Memetik bunga di Taman Botani,
Harum baunya dibuat wangian;
Covid-19 harus ditangani,
Duduk di rumah bantu kerajaan.

Ramadan disambut bersama keluarga,
Luangkan masa ikatan mesra;
Jarakkan diri langkah berjaga,
Cegah dahulu sebelum sengsara.

Kehadiran anak dinanti-nantikan,
Anugerah Allah amat berharga;
Saringan kesihatan perlu dijalankan,
Sebagai tanda berjaga-jaga.

Langit di sana kelihatan mendung,
Kerlipan bintang menjadi tarikan;
Penularan wabak harus dibendung,
Kebersihan diri perlu diamalkan.

CHE NURHIDAYAH

Pergi ke sekolah setiap hari,
Pergi bersama Pakcik Suhaimi;
Amalkan sikap menjarakkan diri,
Agar Covid-19 dapat dibasmi.

Ibu memasak lauk kari,
Lauk dimasak untuk berniaga;
Rakyat perlu disiplinkan diri,
Supaya keselamatan dapat dijaga.

RAUHA WAWA

Bukanlah mitos bukanlah andaian,
Covid 19 cepat merebak;
Kalau mahu putuskan rangkaian,
Hentikan tabiat duduk melepak.

Arahan PKP sudah bermula,
Jangan pula mengambil mudah;
Kalau mahu keadaan sediakala,
Amalkan terus duduk di rumah.

Ini nasihat bukanlah jenaka,
Harap semua mendengar kata;
Janganlah pula bermuka-muka,
Hendaklah terus seia sekata.

SITI NURJANNAH BINTI MOHD SAYUTI

Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan;
Puasa Ramadan kembali menjelang,
Salah dan khilaf harap dimaafkan.

Anak kecil nikmati pizza,
Pizza dibahagi kepada empat;
Ramadan kali ini sangat berbeza,
Covid-19 merata tempat.

Buah keranji dibawa arus,
Hanyut bersama buah berangan;
Ramadan berbeza angkara virus,
Ibadah diamal tersia jangan.

Rehat perantau di pohon tualang,
Lelah dikejar binatang buas;
Masjid ditutup bukan penghalang,
Pintu pengampunan terbuka luas.

Jenuhlah pungguk menanti purnama,
Sayang hilang di malam sendu;
Ramadan menjelma tidaklah lama,
Inilah peluang melepaskan rindu.

Kelam cuaca di tengah lautan,
Terdengar bersilih ombak nan gema;
Manusia bebas pengaruh syaitan,
Istiqamah imarah terawih bersama.

Anak Cik Siti mencari tuba,
Tuba dicari di celah pukat;
Bulan keberkatan sudahlah tiba,
Amalan diperbaiki menambah berkat.

Setitis embun di pagi hari,
Jatuh di atas bunga raya;
Inilah waktunya memperbaiki diri,
Di bulan Ramadhan penuh cahaya.

Teratak di sawah hinggapan jeladan,
Di kala senja kicau bertiga;
Imarahkan rumah ibadah Ramadan,
Sesama keluarga hidupkan syurga.

Di atas peti pisang setandan,
Buat bekalan di tanah Champa;
Dalam mensyukuri berkat Ramadan,
Barisan hadapan janganlah dilupa.

SITI SARAH BINTI MOHAMMED YUSOFF
PPISMP TESL 2

Lama sungguh covid menyerang,
KKM sering mara ke depan:
Rakyat tak sabar sering berang,
Frontliner tetap berjuang di hadapan.

Covid datang dari Wuhan,
Virusnya tidak mengenal siapa;
Perantau dan keluarga terus berjauhan,
Ketika raya datang menyapa.

SITI NUR SYARIFAH SYAHIRAH BINTI MOHD ROSLIN
PPISMP BM 2

Puteri Siam kulitnya mulus,
Menjadi igauan semata-mata;
Rantaian wabak tidak mungkin putus,
Jikalau ramai tidak mendengar kata.

Padi dituai diambil hasilnya,
Dimasaknya nasi si anak bertuah;
Duduk di rumah rimas katanya,
Covid-19 tersebar siapa yang susah?

FARHANA BINTI MOHD HUSNI
PPISMP PAKK

Baik-baik tinggal di rumah,
Jangan sampai jadi murung;
Kalau tak nak polis marah,
Jangan ingkar perintah berkurung.

Pergi ke kedai cili dicari,
Cili perang dibuat laksa;
Jangan kerana ego sendiri,
Insan tersayang menjadi mangsa.

ANIS SYAFIQAH BINTI ADNAN

Pergi pekan beli barang,
Setelah selesai melawat Cik Mah;
Kita semua jangan berang,
Bila disuruh duduk di rumah.

Budak-budak suka bersorak,
Sorakan terdengar hingga ke Dumai;
Mula amalkan persoalan jarak,
Agar terjaga khalayak ramai.

N_ MIMI

Kehadiran covid sudahlah pasti,
Kalau ditegur pasti terasa;
Janganlah kita, mengikut hati,
Seorang terkena, semua binasa.

IZZATUL NAJIHAH BINTI JAHIT
PPISMP PAKK

Hujung minggu tidur di vila,
Pergi ke kedai membeli raga;
Musim PKP sudah bermula,
Marilah duduk bersama keluarga.

Ayah memburu rusa ditembak,
Dimasak seekor di atas peti;
Jika tak mahu covid merebak,
Budaya melepak hendaklah dihenti.

NUR IZZATUL KHAIRIAH BINTI MUBIN
PPISMP BM 2

Bermain bola di tepi paya,
Berehat sebentar di bawah khemah;
Virus korona sangat bahaya,
Bersamalah kita duduk di rumah,

Arahan diberi rakyat ingkar,
Semua ikut kepala sendiri;
Rakyat Malaysia berlagak pakar,
Kes meningkat kerajaan dituding jari.

QURRATU’AININ BINTI ISKANDAR
PPISMP BM 5

Merah menyala si bunga raya,
Bunga kebangsaan negara Malaysia;
Virus corona pandemik bahaya,
Meragut nyawa tak kira usia.

Bunga mawar kembang berseri,
Wangian si bunga harum semerbak;
Duduklah di rumah 14 hari,
Dapat menyekat penyebaran wabak.

Putih berseri si bunga melati,
Merah berdarah si bunga mawar;
Barisan hadapan berani berbakti,
Melawan wabak yang tiada penawar.

Sungguh manis buah naga,
Banyak dijual di Pasar Tambak;
Kebersihan diri perlu dijaga,
Agar tidak dijangkiti wabak.

NUR ANNIS BINTI MUHAMAD ROSDI
PPISMP TESL 1

Khusyuk memancing ikan di paya,
Tidak sedar terkail dedahan;
Covid-19 amat berbahaya,
Amalkan sentiasa langkah pencegahan.

Buah cempedak di atas para,
Digalah pula buah rambutan;
Memerah keringat selamatkan negara,
Jasa frontliner dalam ingatan.

AIFAH SYAMIMI BINTI CHE RAMLAN
PPISMP PK 1

Dari utara hingga selatan,
Semua rakyat tidur selesa;
Frontliner gigih menjaga keselamatan,
Agar rakyat selamat sentiasa.

Harimau tunggu di atas dahan,
Memburu mangsa untuk makanannya;
Penyakit ini kiriman Tuhan,
Ada hikmah di sebaliknya.

Duduk rumah bersama-sama,
Makan dan tidur itu kerja;
Perubahan zaman harus diterima,
Pelajar dan guru belajar online sahaja.

Pergi Temerloh mencari patin,
Mencari patin sepanjang hayat;
Kerajaan Malaysia sangat prihatin,
Menjaga kebajikan setiap rakyat.

ATHIRAH RAMDZAN

Cantiknya burung di atas dahan,
Berkicau merdu indah bertalu;
Duduklah di rumah patuhilah arahan,
Supaya semua selamat selalu.

NURAINA AQILAH BINTI BURHAN
PPISMP BM2

Wabak menular tanpa diduga,
Covid-19 tak memilih siapa;
Kebersihan diri harus dijaga,
Buang sikap keras kepala.

Kalau tuan selalu sakit,
Bukan alasan menjadi lemah;
Bersama mencegah elak berjangkit,
Marilah bersama duduk di rumah.

NOR SHIFA ARIYSHA BINTI MAULANA
PPISMP BM 4

Banduan dihukum di penjara,
Hidupnya sunyi dipenuhi lara;
Corona Virus punya angkara,
Satu dunia mendapat sengsara.

Makanan basi dihinggap lalat,
Kerana baunya busuk teramat;
Wabaknya menular sepantas kilat,
Merebak tanpa mengira alamat.

Berbuka puasa bersama kurma,
Diikuti dengan ulam pegaga;
Kita perlulah beri kerjasama,
Duduk di rumah bersama keluarga.

Pak Atan sudah pun bersara,
Kini berniaga pulut mangga;
Hargai barisan hadapan negara,
Berkorban nyawa, masa dan tenaga.

AISYATUL HUMAIRA

Pergi ke kedai membawa raga,
Raga dibawa oleh si dia;
Corona virus hadir tanpa diduga,
Meragut nyawa ribuan manusia.

Singgah ke kedai beli sepatu,
Sepatu dibeli untuk Cik Mah;
Jika benar ingin membantu,
Jangan merayau duduk di rumah.

Keluar rumah naik Saga,
Membeli bunga harum semerbak,
Penjarakan sosial harus dijaga,
Agar wabak tidak merebak.

Pergi ke kebun menanam lobak,
Lobak ditanam bersama saudara,
Bersama-sama mengekang wabak,
Arahan dipatuh negara sejahtera.

AMALIA MS

Adik bermain lumpur di tangan,
Bermain lumpur bersama mama;
Istilah duduk di rumah jadi pegangan,
Hendaklah kita patuh bersama.

Sang Kancil binatang cerdik bijaknya,
Menyelesaikan masalah yang tak terduga;
Ayuh kita perangi virusnya,
Jarak dijauhkan, keselamatan terjaga.

Menaiki beca pergi ke pekan,
Berjumpa tuan yang baik akhlaknya;
Sememangnya dugaan ada kebaikan,
Sebagai tanda Tuhan sayangkan hamba-Nya.

NUR FATIHAH AFIF BINTI IDRIS
PPISMP TESL 2

Barisan hadapan sentiasa berjaga,
Mengatasi cluster yang semakin melebar;
Batas sosial perlu dijaga,
Agar Covid-19 tidak tersebar.

PKP sering menjadi keluhan,
Utus Perdana Menteri didengari bersama;
Tidak mengapa raya berjauhan,
Kerana keselamatan nyawa lebih utama.

NURNADIA SHAHIRA BINTI MUHAMAD SHAFIQ FITRI
PPISMP BI 2

Bangun pagi hari Selasa,
Tidak ke sekolah kerana bersara;
Mencegah covid amanah bangsa,
Hidup harmoni sentiasa terpelihara.

Pergi ke kedai membeli pala,
Pala dibeli dari kenalan;
Berganding bahu menjauhkan bala,
Kerjasama sentiasa dijadikan amalan.

Terbang tinggi si rama-rama,
Hinggap sebentar di pohon papaya;
Walau berbeza pandangan agama,
Kejayaan kita dicemburui dunia.

Banduan dihukum akibat kesalahan,
Hukuman itu sudah dijatuhi;
Jangan ingkar perintah kerajaan,
Arahan PKP wajib dipatuhi.

NUR EMYZA SYAZREEN BINTI NORAZLAN
PPISMP PENDIDIKAN ISLAM 6

Berjalan-jalan di tepi paya,
Sedang berjalan sambil berseloka;
Korona virus amat berbahaya,
Jangan dilupa topeng muka.

Pergi ke kedai membeli lobak,
Dalam perjalanan telah dirompak;
Covid-19 merupakan wabak,
Jangan degil jangan melepak.

Ali berbaring di atas tilam,
Sambal berbaring makan longan;
Dilarang berjumpa mahupun bersalam,
Keraplah dengan mencuci tangan.

Burung enggang di dalam sangkar,
Sangkar dibeli oleh Cik Timah;
Perintah kerajaan jangan diingkar,
Duduk diam di dalam rumah.

Di sekolah itu Alia praktikal,
Dia praktikal bersama-sama Borhan;
Amalkanlah penjarakan sosial,
Jangan alpa utamakan kebersihan.

Kapal persiaran sudah berlabuh,
Penumpangnya suka sejak mula;
Virus bahaya tanpa penyembuh,
Telah datang menggempar pula.

Pulang ke kampung bersama-sama,
Pandailah nanti menyusun ayat;
Sebulat suara telah bergema,
Pemimpin bangkit demi rakyat.

Tanpa sokongan diri jatuh,
Hadirnya keluarga sebagai penjaga;
Sebagai rakyat haruslah patuh,
Perintah kerajaan untuk kita juga.

Frontliners Negara harapan kita,
Perkasa kerajaan kian sempurna;
Bangkit semua kita jaga kita,
Bersama mencegah virus corona.

NURFADHILAH BINTI MANSOR
PPISMP PENDIDIKAN ISLAM 6

Pergi berdagang ke pantai cendana,
Membawa bekal buah delima;
Korona virus haruslah diambil cakna,
Semoga sejahtera kita bersama.

Bunga melur mekar sejambak,
Baunya wangi harum semerbak;
Janganlah asyik duduk melepak,
Takut nanti dijangkiti wabak.

Ke seberang kampung menaiki sampan,
Hendak membeli telur sepapan;
Bersama kita menjaga kesihatan,
Agar rantaian boleh diputuskan.

NUR FATIHA FASIHAH BINTI RUZAIMEY
PPISMP PK 2

Anak Dato Seri Vida namanya Cik B,
Kedua-duanya sungguh berbakti;
Dulu PKP sekarang PKB,
Haraplah boleh beraya nanti.

Ke sana ke sini ke sana ke sini,
Ungkapan diucap oleh Perdana Menteri;
Cepat-cepatlah putuskan rangkaian Covid-19 ini,
Moga kehidupan kembali berseri.

NURUL IZZAH BINTI SAMSURI
PPISMP PENDIDIKAN ISLAM 5

Bersiar-siar di Taman Raya,
Terletak cantik di tepi laut;

Covid-19 virus berbahaya,
Boleh membawa kepada maut.

Burung merak terbang tinggi,
Hinggap di dahan pokok kasturi;

Covid-19 meningkat tinggi,
Atas sebab kepentingan sendiri.

Memandu bahaya melawan arus,
Pemandu tidak menghiraukan arahan;

Dari Wuhan asalnya virus,
Disebar terus melalui sentuhan.

Banyak dugaan terasa jemu,
Semua terlibat tak kira usia;

Vaksin covid belum ketemu,
Menjadi kerisauan semua manusia.

Pulang ke kampung di wilayah Sabak,
Terbawa bersama roti hapak;

Untuk membendung tularnya wabak,
Hentikan sikap suka melepak.

AINAA SYAFIQAH AISYAH JAMAL HURI
COVID-19 pandemik sejarah, PPISMP PK 2
Banyak kematian di sana sini;
PKP ini bukanlah mudah, Bawang putih bawang merah,
Semua orang mesti patuhi. Jalan berdua di tengah hari;
Pergi ke kota mencari Cik Mah, Kerajaan kata duduk di rumah,
Cik Mah bekerja di pejabat bundar; Janganlah keluar ke sana ke sini.
Mari kita kekal di rumah,
Supaya COVID-19 dapat dihindar. Di depan kebun ada buaya,
Di belakang pula ada kuda;
ATHIRAH BINTI AHMAD RAMIZU Virus korona memang sangat bahaya,
Dari Shah Alam ke Petaling Jaya, Sebab itu masyarakat perlu waspada.

Membawa peta ke rumah Cik Mah;
Covid-19 penyakit bahaya,

Patuh arahan duduk di rumah.
Padi sawah, padi huma,

Makan nasi jauhi kesakitan;
Mari semua kita bekerjasama,

Mainkan peranan hindari jangkitan.

NUR ALIA MAISARAH BINTI ABDUL HALIM
PPISMP TESL 2

Che Kembang suka berangan,
Di bawah pondok tepi telaga;

Jangan lupa mencuci tangan,
Agar kesihatan diri terjaga.

Dua tiga bayi merangkak,
Bermain sehingga pipinya merah;

Jika tak mahu Covid-19 merebak,
Ayuhlah kita duduk di rumah.

NUR AMINI NABIRAH BINTI ZULKIFLI
PPISMP PI 6

Bunga mawar harum semerbak,
Dihadiahkan puteri besar sejambak;
Jika tak mahu Covid merebak,
Hentikan tabiat duduk melepak.
Pergi Temasik beli martabak,
Jangan dimakan di tanah pamah,
Kalau mahu mengekang wabak,
Diam sahaja di dalam rumah.

AMIRAH AYUNI

Berlagu merdu dendangan zapin,
Merias jelita tubuh si dara;
Perlulah taat perintah pemimpin,
Pandemik terkawal negara sejahtera.

Bermadah riang Cik Kesuma
Terpancar hakikat seri suasana;
Wajiblah rakyat saling kerjasama,
Memerdekakan negara dari bencana.

Dapat hadiah janganlah megah,
Supaya ibu tidaklah marah;
Penyakit berjangkit harus dicegah,
Menangkis situasi bertambah parah.

Rajin sungguh menanam padi,
Padi ditanam tak pernah mati;
Segala perkara yang telah terjadi,
Pasti akan ada hikmah dan erti.

FARAH AQILAH BINTI ZAINUDIN
BAHASA MELAYU 2 AMBILAN JUN 2019

Ikan pari ikan tuna,
Ikan dipancing naik ke sampan;
Berperang dengan bahana corona,
Doktor, askar tampil ke depan.

Pokok kacang tumbuh melata,
Kacang hidup subur belaka;
Mereka bekerja lindungi kita,
Kita hidup patuhi mereka.

Tanaman disiram tidak mati,
Sering disiram di bulan puasa;
Frontliners sabar terus berbakti,
Jasa mereka diingat sentiasa.

SYAHIDA BINTI S ABDUL RAHMAN
PPISMP BM 2

Cantik puteri tidak terperi,
Indah bagai bulan mengambang;
Virus corona nama diberi,
Wabak baru datang menyerang.

Duduklah rumah putuskan rantaian,
Tanda bantu barisan hadapan;
Kes menurun simbol pencapaian,
Terima kasih sebagai ucapan.

DEE

Anak nakal telah disepak,
Lepas disepak terasa lemah;
Hentikan tabiat keluar melepak,
Sama-sama kita duduk di rumah.

Kalau pergi ke kedai Simah,
Belilah telur barang sepapan;
Rakyat diam di dalam rumah,
Hormati pengorbanan barisan hadapan.

NUR DIANA LIYANA BINTI KHAIRI
PPISMP PENDIDIKAN KHAS 2

Pergi ke kedai membeli barang,
Kedai dibuka setiap waktu;
Keluar rumah hanya seorang,
Patuhi arahan saling membantu.

Karya itu bukan murahan,
Dibaca orang setiap waktu;
PKP merupakan satu arahan,
Marilah kita patuh dan bersatu.

SYUKRINOO

Pesawah muda memikul hampa,
Padi huma dipikul juga;
Virus korona sudah menyapa,
Datang menjelma tanpa diduga.

Pergi ke sungai jika berpeluang,
Hajat ingin menangkap belut;
Malaysia kita gagah berjuang,
Musibah menerjang sedia bergelut.

Mahal sungguh emas suasa,
Tidak mampu beli walaupun satu;
Kesihatan kita awas sentiasa,
Biar selamat semua bersatu.

Korona menyerang dunia fana,
Berita itu masih berdesas;
Bersama membasmi virus durjana,
Patuh berhemah panduan asas.

NURUL AUNI NADHIRAH BINTI KHAIRUL ANUAR
PPISMP BI 1

Bunga mawar harum semerbak,
Dipetik si dara untuk kenalan;
Bagi mengelakkan covid merebak,
Patuh arahan perintah kawalan.

Si gadis ayu sangat peramah,
Setiap petang suka bersukan;
Jika kita duduk di rumah,
Virus bahaya dapat dihentikan.

NURUL SYAHIRAH BINTI ABD MASRI
PPISMP BI 2

Petik buah mangga di kebun Nubhan,
Enak dimakan bersama jirannya,
Virus korona ujian dari Tuhan,
Mendidik erti hidup yang sebenarnya.

Pergi ke New Zealand singgah di Delhi,
Terjumpa pula anak Encik Sani,
Perintah kawalan pergerakan harus dipatuhi,
Penularan wabak dapat ditangani.

NADIAH BINTI ZULKUFLI
PPISMP BM 2

Anak kecil sangat petah,
Walaupun petah mendengar kata;
Dengarlah semua arahan pemerintah,
Demi keselamatan dan kesihatan kita.

Sampan didayung mengikut haluan,
Haluan menuju ke rumah Simah;
Kalau tiada sebarang keperluan,
Baiklah diam duduk di rumah.

AQILAH REID

Berdiri teguh pohon pulasan,
Tumbuhnya buah di celah dahan;
Perdana Menteri sudah berpesan,
Duduk di rumah, patuhi arahan.

Duduk di buai sambal berangan,
Buai dibuat daripada papan;
Merawat pesakit tak menang tangan,
Terima kasih barisan hadapan.

NURUL IZZAH SYAFIYAH BINTI ROZAHI
PPISMP PENDIDIKAN ISLAM 6

Anak muda sangat peramah,
Sangat peramah bermain cinta;
Rakyat diminta kekal di rumah,
Bagi memelihara keselamatan kita.

Stadium sunyi senyap suasana,
Ketika pemuda melontar cakera;
Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana,
Penularan wabak dikawal segera.

Barisan hadapan benteng kekuatan,
Menabur bakti kepada yang memerlukan;
Walaupun mereka dalam kepenatan,
Jihad perjuangan tetap diteruskan.

Martabak daging tepung pelita,
Diminum dengan air batu;
Hanya kerana bakti semata,
Sanggup gadaikan nyawa yang satu.

KARYA SAJAK

Keinsafan Dalam Jiwa
Oleh: Nurain Zaffirah Nasiha Binti Ahdi

Kesayuan Menyebelungi Diri Merenungi Luar Jendela
Rasa Terbuku Di Hati Tiada Insan Dapat Memahami
Terasa Pemberontakan Dari Dalam
Berharap Segalanya Akan Berakhir
Berharap Segalanya Akan Pergi
Namun Perancangan Maha Esa Lebih Hebat.

Sayup-Sayup Kedengaran Rintihan Mereka Yang Kesusahan
Cukup Makankah Mereka?
Cukup Susunya?
Cukup Lauknya?

Derita Menanggung Sesak Di Sanubari
Tangan Dihulur Insan Memahami
Senyuman Dikoyakkan Mereka Yang Tersiksa
Kesyukuran Dipanjatkan Kepada Maha Esa.
Pengorbanan Mereka Tiada Tolak Bandingnya
Peluh Keringat Mereka Di Sebalik Kain Keramat Itu
Tidak Pernah Mengeluh Dalam Perjuangan
Bebanan Di Jiwa Tersisa
Peritnya Disandang Berat Pada Bahu
Hanya Doa Yang Mereka Pinta
Agar Secebis Kekuatan Menjadi Milik Mereka.

Perang Covid-19
Oleh: Nur Izzati Hazirah Binti Hassan

Dari Jauh Engkau Mengejar,
Dari Jauh Engkau Merebak,
Kau Bangga Digelar Pandemik Covid-19,
Sedarkah Kau Di Seantero Dunia?
Seorang Demi Seorang Insan Tidak Berdosa Engkau Jangkiti,
Tidakku Sangka Engkau Pembunuh!
Engkau Pembunuh Kejam Walau Hanya Mikroorganisma.

Manusia Kini Lalai, Leka Dengan Dunia,
Tidak Sedar Engkau Datang Menumpangkan Diri,
Batuk, Bersin Semua Dipandang Remeh,
Pabila Nafas Menjadi Sukar Barulah Mereka Celik,
Barulah Mereka Tahu Akan Kewujudan Kau,
Bahawa Mereka Dan Engkau Bakal Berperang.
Di Hospital, Doktor Dan Jururawat Berperang,
Di Kawalan Pergerakan, Polis Dan Askar Berperang,
Di Komuniti, Pengawal Keselamatan, Tukang Cuci Berperang,
Di Makmal, Saintis Dan Pakar Terus Berperang,

Semua Demi Menyelamatkanmu Wahai Manusia,
Demi Vaksin Dan Penawar Berkesan,
Dari Engkau Pencetus Pandemik.
Wahai Manusia Dunia,
Marilah Kita Berganding Bahu Perangi Covid-19,
Di Mana Sahaja Penjagaan Kesihatan Kita Utamakan,
Di Mana Sahaja Jarak Sosial Kita Amalkan,
Diamanatkan Kita Duduk Di Rumah,
Agar Kita Tidak Menjadi Mangsanya,

Pejuang Bangsa

Oleh: Nur Afiqah Aqilah Binti Muhammad Sufli

Aku Berdiri Di Bumi Ini,
Menghambat Segala Kelesuan,
Menghambat Segala Kemalasan,
Menghambat Segala Kedukaan,
Demi Mendidik Anak Bangsa.

Papan Tulis Menjadi Bukti,
Buku-Buku Sebagai Saksi,
Usahaku Dalam Membimbingmu,
Menggapai Bintang Di Langit.

Bangkitlah,
Menyambung Legasi Generasi Pendidik,
Walau Perit Menjerat,
Walau Usia Meningkat,
Aku Tetap Semangat
Warisan Ilmu Buatmu Umat.
Nama: Nurul Alia Binti Alamudin
Unit: Bahasa Melayu 1
Tajuk Sajak: Hikmah Di Sebalik Ujian

Semalam,
Pelangi Indah Hadir Di Langit,
Gelak Tawa Melenyapkan Sepi,
Leka Dan Lalai Di Merata Negeri.
Kini,
Langit Mula Menangis,
Tawa Riang Tidak Lagi Hadir,
Terpuruk Di Rumah Menangis Sendiri.

Nanti,
Moga Semuanya Kembali Pulih,
Wabak Dan Virus Mohonlah Pergi,
Insaflah Kami Dari Bala Ini.

Tuhan,
Sedarnya Kami Atas Ujianmu Ini,
Kuasamu Besar Tak Mampu Ditandingi,
Engkaulah Pengatur Maut Dan Takdir.

Berikanku Kesempatan
Oleh: Nurul Husna Binti Bakhori

Aku Terduduk Di Antara Lelah Dan Harap
Masihkah Ada Sinar Untukku Terus Bernafas
Hari Demi Hari Nyawaku Terasa Direntap
Diriku Semakin Lemah Dan Malas

Mengingat Semua Perjalanan Hidup
Apakah Ada Sisa Perjalanan Hidup Untukku
Adakah Semua Kenangan Yang Kubawa Ini Cukup
Untuk Ku Mengharungi Kehidupan Yang Berliku

Tangan Yang Dulu Kuat Memegang
Kini Semakin Longlai Melambai
Badan Yang Dulu Tegap Berdiri
Kini Semakin Menunduk Ke Bumi

Tuhan, Aku Pasrah Atas Segala Kehendak-Mu
Tuhan, Berikan Aku Kesempatan Melihat Dunia
Tuhan, Izinkan Semangat Dan Harapan Tetap Denganku
Agar Aku Bisa Melawan Penyakit Tular Dunia.

VIRUS
Oleh: Nurul Farahiyah Binti Kamdani

Sepi Dunia Akibat Manusia,
Sebulan Derita Tinggalkan Kerja Dan Kerjaya,
Kematian Yang Menikam Jiwa,
Seorang Demi Seorang Diragutnya Nyawa,
Tidak Dikira Pangkat Tidak Kira Usia,
Akibat Kerana Pentingkan Diri Semata.

Demi Menyelamatkan Insan Semua,
Gagah Mencari Bantuan Ke Sini Ke Sana,
Sudah Dikata Keluarnya Ketua,
Nasihat Dan Peringatan Ingatlah Jua,
Sanggup Menjadi Tembok Daripada Merana,
Untuk Diberi Makan Pada Anak Isteri Tercinta.

Barisan Hadapan Sudah Bermula,
Barisan Belakang Hanya Enak Berkata,
Sanggup Ke Pekan Tidak Didengarnya Kata,
Walau Acapkali Dipesan Saudara,
Masuk Telinga Kanan Keluar Entah Ke Mana,
Jadilah Engkau Manusia Tidak Berguna.

MAKHLUK
Oleh: Raja Nadia

Covid-19,
Corona Virus Disease 2019,
Nama Makhluk Itu Disebut,
Lalu Si Manusia Mula Panik,
Apabila Ribuan Nyawa Sudah Terkorban,
Padahal Pada Mulanya,
Si Manusia Itu Bongkak Memandang Langit.

Sinaran Mentari,
Tentunya Yang Paling Indah Ketika Musim Duka Ini,
Tetapi Malangnya Rupa Makhluk Itu Seakan Sang Mentari,
Mungkin Kerana Sang Mentari Itu Paling Berkuasa,
Memancarkan Panas Yang Tidak Terhingga.

Disebabkan Manusia Takut,
Lalu Muncullah Satu Lagi Makhluk,
Sudah Lama Ada Dalam Diri Manusia,
Namun Jelas Terlihat Kini,
Makhluk Yang Sebenarnya Pembunuh Sebenar.

Ah,
Jangan Kau Tanya Nama Makhluk Itu,
Kerana Kau Manusia,
Tidak Perlu Kau Tertanya-Tanya.

SAKIT

Oleh: Nur Elleyana Ngadiman

Perginya Engkau, Sukar Kembali
Tiada Pengganti Untuk Dicari
Bernilainya Dikau Bersama Harga Diri
Wajib Dijaga Disayang Dihargai.

Datangnya Dirimu, Sukar Pergi
Musuh Terkini, Dunia Ditakluki
Halusnya Di Mata
Membakar Diri.

Jika Engkau Tetap Di Sini
Jiwa Memberontak
Satu Per Satu Mulai Pergi.

Gelanggang Yang Kau Bina
Pertempuran Getir
Menyiksa Raga
Mengalirkan Titisan Mutiara
Menggoncang Dunia
Menghancurkan Semuanya.

Kesedihan, Kesakitan, Kesengsaraan
Keluhan, Raungan, Penderitaan
Terpancul Dari Bibir
Dek Kerana Dirimu Yang Menggemparkan.

Namun, Kehadiranmu
Membawa 1001 Makna Terpencil
Kekuasaan Yang Maha Esa
Kebahagiaan Yang Sementara
Kerinduan Yang Tidak Terkata
Kesibukan Dunia Sentiasa
Kesihatan Yang Berharga
Kian Terungkai Lalu Kembali Bersatu.

Tetapi Kau Harus Ingat
Barisan Hadapan Teguh Berdiri
Membawa Senjata Yang Tersembunyi
Merobohkan Bentengmu
Membina Keamanan Baru.

Terima Kasih
Terbangnya Dirimu
Mencelikkan Mata Dan Hati,
Berkongsikan Rasa
Yang Seketika
Agar Kami Cakna
Kehebatan Yang Maha Kuasa.

Cukup,
Waktumu Di Sini
Hampir Ke Penghujung,
Pergi Dari Persinggahanmu
Jangan Dirampas Kemakmuran Ini.

Akan Kami Belajar Erti Menghargai
Kerana Kami
Tidak Sangup Menahan Perit
Kehilangan Yang Disayangi.

WAHAI TENTERA VIRUS
Oleh: Syafia Aina Binti Hamzah

Semalam Kita Bergelak Ketawa Dan Bersenang Hati,
Bekerja Seperti Biasa Setiap Hari,
Keluar Melancong Ke Sana Sini,
Namun Pada Hari Ini, Saat Ini,
Perasaan Takut Telah Menghantui Diri,
Dek Kerana Tentera Virus Yang Saiznya Tak Dapat Diperhati.

Perhatilah Sekarang Punca Pendapatan Sudah Terjejas,
Makan Hanya Sekadar Perut Dialas,
Ramai Sungguh Yang Terkena Tempias,
Hanya Keranamu Tentera Virus.

Wahai Tentera Virus,
Kasihanilah Barisan Hadapan Di Setiap Negara,
Sanggup Berjuang Tak Kira Masa,
Walau Diri Sendiri Terdedah Kepada Bahaya,
Kasihanilah Anak-Anak Kecil Yang Kehilangan Ibu Bapa,
Hilang Tempat Kebergantungan Mereka.

Wahai Tentera Virus,
Sesungguhnya Kami Mengharapkan Sinar Kebahagian,
Pulanglah Engkau Ke Tempat Asal,
Pulanglah Engkau Dengan Tenang,
Pulanglah Engkau Sebelum Ramadhan Menjelma,
Pulanglah Engkau Sebelum Hari Raya Tiba.

GUSAR
Oleh: Afiqah Syakirah Binti Mat Anwar

Aku Terperangkap
Dalam Bangunan Berpenghuni
Penghuni-Penghuni
Gigih Berjihad Di Jalan Allah

Terkadang Mereka
Tidak Memejamkan Mata Di Kala Malam
Mereka Sibuk Menyiapkan ‘Assignment’
Walaupun Telefon Pintar Sentiasa Di Tapak Tangan
Namun Mereka Tidak Sedar

Tentang Wabak
Berasal Dari China
Telah Mengembara Ke Serata Dunia
Mereka Sibuk
Memikirkan Kesusahan Diri Sendiri
Lupa Penderitaan Yang Berlaku Di Luar
Saat Perdana Menteri
Mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan

Mereka Mula Gusar
Gusar………………
Bagaimana Ingin Pulang Ke Kampung Halaman
Gusar………
Tiket Bas Habis
Gusar ………………
Keadaan Sanak-Saudara Di Perantauan

Saat Itu, ‘Assignment’
Sudah Lenyap Dari Kotak Fikiran
Begitulah Betapa Pentingnya
Insan-Insan Tersayang Di Sisi
Sungguh, Manusia Itu Saling Memerlukan!

Akibat Gusar Yang Dialami,
Ramai Doktor-Doktor Yang Muncul Di Alam Maya
Akibat Gusar Yang Dialami,
Ramai Wartawan Yang Melaporkan
Akibat Gusar Yang Dialami,
Ramai Yang Menjadi Penderma Tersohor Tanah Air
Akibat Gusar Yang Dialami,
Ramai Juga Nyawa Yang Terkorban!

SINAR PENYESALAN
Oleh: Siti Athirah Binti Tumin

Hari Ini Kita Lihat,
Manusia Mengejar Mencari Tuhan,
Mereka Kusyuk Membaca Quran,
Perkara Sunat Menjadi Amalan Harian,
Keluarga Ditumpukan Malah Rumah Menjadi Kubu Pertahanan.

Dunia Yang Tenat Ini Telah Menjadi Saksi,
Bukti Kerakusan Manusia Haloba,
Hingga Mendatangkan Amarah Yang Agung,

Mereka Mula Muncul,
Menyedarkan Jiwa Yang Hanyut,
Siapakah Lebih Berkuasa,
Siapakah Mampu Menggegarkan Dunia.

Terlalu Banyak Kebaikan Dalam Kesulitan,
Lebih Banyak Kesedaran Berbanding Kelalaian,
Bukan Kerna Makhluk Corona Yang Ditakutkan,
Tetapi Penyesalan Yang Mula Dirasai,
Ketika Dunia Sudah Di Hujung Tanduk.

TEGURAN MAKHLUK
Oleh: Wan Nasuha Binti Wan Yusoff

Teguran Makhluk Kecil Bernama Covid-19
Covid19 Adalah Satu Penyakit

Ia Mendatangkan Mudarat Mahupun Masalah
Disaat Seorang Insan Tabah Menghalanginya
Terpaksa Menyembunyikan Kesedihan Dan Kesunyian
Tatkala Terpaksa Berada Sendirian Menatap Bingkai
Mengingati Keluarga Dirumah Tatkala Diri Dikuarantin
Hati Beredegup , Badan Menggeletar
Tatkala Mengenang Nasib Diri Yang Keseorangan
Dapat Bertahan Atau Menghembuskan Nafas

Tanpa Keluarga Disisi

Hati Disaat Ini Perlu Kuat Dan Bertahan
Demi Anak Dan Keluarga

Tatkala Frontliners Berkorban Demi Insan
Tatkala Hati Rasa Putus Asa

Inagtlah Mereka Yang Sanggup Berkorban
Demi Keselamatan Dan Kesembuhan

Disaat Ini Semua Berharap
Menadah Tangan Berdoa
Merintih Dan Menginsafi Diri
Tatkala Sedar Bahawa Musibah
Yang Melanda Adalah Satu Teguran Mahupun
Ia Satu Ujian Agar Diri Terus Bertakwa Kepada Ilahi

Pergilah Engkau Makhluk Allah
Bernama Covid19,

Disaat Mana Semua Insan Mengharapkan
Kesembuhan Dan Kebahagiaan Seperti Sedia Kala

TENTERA KECIL

Oleh: Ai’syah Fateha Binti Hatta

Virus Corona
Menyerang Haiwan Dan Manusia
Sekecil-Kecil Hidupan Tetapi Mampu Meragut Nyawa Perumahnya
Tempat ‘Asal’ Nya Adalah Dari Wuhan China
Tentera Kecil Ini Datangnya Hanyalah Untuk Memberi Peringatan
Agar Manusia Tidak Alpa Dengan Dunia
Agar Manusia Kembali Memohon Kepada Pencipta-Nya

Semua Berisan Hadapan Memerah Keringat
Demi Mencegah Tentera Kecil Ini
Kehadirannya Perlu Dikaji
Virus Baharu Yang Asalnya Ada Pada Haiwan Liar
Ubatnya Perlu Dicari
Bagi Menyelamatkan Mangsa Covid

Virus Ini Menakluki Dunia Dengan Pantas
Timur,Barat,Utara,Selatan
Semuanya Sudah Didudukinya
Tua,Muda,Kanak-Kanak,Bayi
Semuanya Sudah Dijangkitinya
Haiwan Atau Manusia
Kedua-Duanya Mereka Mampu Hidup

Seluruh Negara Berganding Bahu
Bersatu Hati,Menghapuskan Virus Corona
Dana Dan Sumbangan Tidak Mengira Kaum
Setiap Manusia Berhati Murni Pasti Menyumbang
Doktor,Askar,Polis,Pekerja Pembersihan
Berjuang Tanpa Mengeluh
Demi Negara Tercinta

Covid-19
Pergilah Kau Dari Muka Bumi Ini
Perginya Dikau Memberi Kesejahteraan Kepada Bumi
Wahai Pencipta Kami
Ampuni Kami
Kami Lalai Dan Leka
Terima Kasih Atas Ujian
Yang Telah Kau Kurniakan Buat Kami
Akan Kami Insafi Diri Kami

PAHLAWAN YANG TIDAK DIDENDANGKAN

Oleh: Anni Nasyitah Binti Muhamad Rusli

Seantero Dunia Mula Bersuara,
Rakyat Panik Di Segenap Negara,
Datangnya Wabak Ini Tanpa Diduga,
Jauh Sekali Tanpa Dipinta,
Mula Menyerang Tidak Kira Siapa,
Merebak Melalui Sentuhan Menjadi Punca.

Justeru Pkp Mula Diisytihar,
Ada Wira-Wira Yang Tidak Pernah Berehat,
Makan Dan Minum Tidak Pernah Kenyang,
Siang Dan Malam Hanya Tahu Berkhidmat,
Untuk Kesejahteraan Dan Keselamatan Rakyat,
Chloroquine, Hydroxychloroquine Dan Kombinasi Lopinavir,
Penawar Buat Mereka Yang Kesakitan.

Wira Ini Tidak Pernah Penat,
Tidak Berundur Walau Sejengkal,
Malah Makin Hampir Meniupkan Semangat,
Walau Tahu Dirinya Dalam Ancaman,
Walau Kadang Tercium Aroma Pekat Kematian,
Mereka Tetap Utuh Pada Tugas,
Akur Pada Perintah,
Merekalah Wira Yang Sebenar,
Berbaju Putih Menjadi Peneman,
Hingga Kini Tidak Pernah Melangkah Kebelakang.

Tangan Ditadah Memohon Doa,
Agar Allah Memakbulkan Segala Permintaan,
Kembalikan Hari-Hari Kami Seperti Dahulu.
Rindu Pada Hirupan Udara Nyaman,
Jua Pada Kebesaran Ciptaan Tuhan,
Jiwa Ini Menagih Pada Kenangan Lalu,
Untuk Bersama Keluarga, Guru Dan Rakan.

Moga Allah Dengar Setiap Titipan,
Hati-Hati Hambanya Yang Kembali Bersujud,
Tangan-Tangan Hambanya Tidak Pernah Surut,
Memohon Agar Semuanya Dikembalikan,
Hapuskan Covid19 Untuk Kesejahteraan,
Salam Sayang Untuk Semua Rakyat,
Jangan Pernah Hentikan Doa Dan Perjuangan.

#Kitajagakita

KORONA

Oleh: Nur Aisyah Binti Mohd Zubir

Datangmu Terlalu Tiba-Tiba
Datang Dengan Membawa Duka
Tanpa Ada Khabar Berita Untuk Menentang Dunia
Seperti Kau Yang Berkuasa
Telah Banyak Kau Memberi Luka Pada Mereka
Mereka Menangis Meraung
Melihat Insan Yang Dicinta Sudah Pergi
Pergi Tanpa Boleh Dipegang Atau Dikucup
Pergi Dengan Cara Yang Luar Biasa
Ketika Ini, Akal Yang Cerdas Sedang Bertarung
Tubuh Yang Sihat Sedang Bersabar

Segenap Insan Sedang Menahan Keperitan
Seluruh Kehidupan Yang Sedang Berjuang
Hari-Hari Ini Penuh Dengan Kerisauan
Doa-Doa Terbaik Sedang Dipanjatkan
Bekerja Dan Beribadah Semuanya Di Rumah
Menunggu Nasib Penuh Harapan

Berharap Ada Sinar Pelangi Tiba Di Bulan Ini
Dunia Pasti Bangkit Untuk Mengusirmu
Korona, Kau Membuat Semua Orang Panik
Kehadiranmu Membuat Hati Ini Resah Tak Keruan
Kehadiranmu Banyak Memakan Korban Jiwa
Kehadiranmu Sungguh Tidak Diundang
Kehadiranmu Sangat Menyakitkan

Namun Kehadiranmu Membuat Kami Tersedar
Jika Tuhan Tidak Mengutusmu
Mungkin Manusia Akan Terus Leka
Akan Terus Membuat Kerosakan
Akan Terus Memuaskan Nafsu Dan Keangkuhan

Mungkin Ini Teguran
Dari Yang Maha Kuasa
Kerana Kita Sudah Melupakannya
Jangan Dijadikan Ini Sebagai Keluhan
Tetapi Sebagai Teguran
Agar Kita Memperkuat Iman Dan Ketaatan


Click to View FlipBook Version