The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sholehah091268, 2020-08-23 05:47:29

KOMPILASI PUISI COVID-19

InBest 2020

Keywords: Inovasi

KURUNG
Oleh: Nadhirah Binti Jamian

Pengakhiran Yang Baru Sahaja Bermula
Covid-19 Ibarat Mimpi Ngeri Untuk Dunia
Mimpi Ngeri Yang Sudah Bertemu Jalan Buntu
Mimpi Ngeri Di Dalam Dunia Yang Tenat Ini.

Rintihan Hatiku Meronta-Ronta
Aku Mahu Pulang
Aku Mahu Peluk Cium Ibu Dan Ayah
Orang Kata Rezeki Itu Hadir Dalam Banyak Cara
Mungkin Ini Bukan Kalinya.

Sepiku Kau Tiada Di Sisni
Terkenang Aku Sendiri Lagi
Tanpa Kau Dunia Seakan Terhenti
Kenangan Mengusap Pilu.

Tahukah Kau? Aku Hanya Menunggu
Untuk Semuanya Berakhir
Namun, Jika Begini Suratan Takdir
Jangan Ratapi Pemergianku.
Doakan Aku Tabah .

TETAMU TIDAK DIUNDANG

Corona,
Engkau Virus Yang Tidak Dipinta;
Datangmu Tanpa Diundang;
Bertandang Tanpa Kenal Erti Segan Dan Silu.

Keranamu Ramai Yang Kecundang,
Datangmu Begitu Meninggalkan Kesan;
Engkau Menghancurkan Bumi;
Dari Hari Ke Hari Kau Menunjukkan Kuasamu.

Jujur Kami Katakan,
Kami Tidak Terima Kehadiranmu;
Pergilah Engkau;
Bumi Ini Hanya Untuk Kami.

Corona,
Pulanglah Ke Tempat Asalmu;
Berhentilah Engkau Berkeliaran;
Baik Di Udara Atau Di Badan Manusia.

Corona,
Aku Lebih Sayangku Generasiku;
Bukannya Dirimu Virus Kebencianku;
Pergilah Duhai Virus Durjana.

SAJAK UTUSAN TUHAN

Purnama Ini
Telah Dikhabarkan
Suatu Wacana Yang Menggoncangkan Bumi Tuhan
Suatu Wacana Yang Mendamaikan Bumi Tuhan
Suatu Wacana Yang Menginsafkan Hamba-Mu, Tuhan
Dengan Hadirnya Dia
Tentera – Tentera Kecil Utusan Yang Esa

Purnama Ini
Hamba-Mu Masih Menanti
Siapa Dan Siapa?, Di Mana Dan Di Mana?, Mengapa Dan Mengapa?
Tanpa Mereka Sedar
Alpakah Mereka Akan Janji Tuhan
Tentang Dunia Dan Seisinya
Yang Tenat Dimamah Rakusnya Manusia

Purnama Ini
Yang Lemah Terus Ditindas
Yang Berkuasa Terus Menindas
Bagaikan Tiada Pengakhiran
Sehingga Muncul Pandemik Global
Mengejutkan Mereka Dari Dunia Rekaan Mereka

Dan Purnama Ini
Pasti Menemukan Mereka Jawapan
Yang Logik Di Mata Dunia
Yang Hikmah-Nya Nun Di Hujung Benua.

KERANAMU COVID-19 Wahai Covid-19,
Kehadiranmu juga membawa erti,
Covid-19, Manusia tidak lagi mengejar duniawi,
Jika dahulu dunia kami aman, Masing-masing tunduk mengingati
Tak pernah kegundahan, Ilahi,
Yang ada hanyalah kegembiraan, Perbaiki diri dan ukhrawi
Tak lekang dek ancaman, Dari bongsu kepada tengah
Tak gusar dek halangan. Dari tengah kepada tua,
Semua berkumpul berhimpun,
Tapi kini dunia kami penuh dengan Memanfaatkan masa bersuka ria,
kekacauan, Keranamu Covid-19.
Manusia berlari ke sana ke sini,
Menyelamatkan diri dari dijangkiti,
Oleh wabak durjana yang ngeri.

Asalmu dari Wuhan,
Lahirmu dari haiwan,
Mungkin dirimu hanya sebesar zarah,
Namun bisamu membuat kamu kami tak
tentu arah.

Kau mempunyai cara tersendiri,
Cara yang begitu halus dan terperinci,
Menjangkiti makhluk manusia tanpa
disedari,
Terseksa jiwa membawa ke mati,
Statistik meningkat hari demi hari,
Dari 100 menjadi 1000,
Saintis dunia tak henti-henti,
Mencari vaksin pembunuh abadi.

BERIKANKU KESEMPATAN
Oleh: Nurul Husna Binti Bakhori

Aku terduduk di antara lelah dan harap
Masihkah ada sinar untukku terus bernafas
Hari demi hari nyawaku terasa direntap
Diriku semakin lemah dan malas

Mengingat semua perjalanan hidup
Apakah ada sisa perjalanan hidup untukku
Adakah semua kenangan yang kubawa ini cukup
Untuk ku mengharungi kehidupan yang berliku

Tangan yang dulu kuat memegang
Kini semakin longlai melambai
Badan yang dulu tegap berdiri
Kini semakin menunduk ke bumi

Tuhan, aku pasrah atas segala kehendak-Mu
Tuhan, berikan aku kesempatan melihat dunia
Tuhan, izinkan semangat dan harapan tetap denganku
Agar aku bisa melawan penyakit tular dunia.

TAHUN KERAMAT
Oleh: Nur Nabilah Husna bt Mohd Asri

2020, Suatu Tahun Keramat,
Dunia, Telah Digemparkan
Pandemik Yang Tidak Diduga;
Hadirnya Tentera Ganjil
Bukan Satu Gurauan;
Disebabkannya,
Tiada Lagi Gelak Tawa Dalam Kalangan Manusia;
Gerangan Apakah Tentera Ganjil Ini?,
Itulah Corona Virus.

Bukan Rekaan Tetapi Hakikat,
Biarpun….
Tidak Dilihat Mata Kasar;
Kekuatannya..
Sangat Luar Biasa
Membatasi Fizikalnya;
Percaya Atau Tidak;
Jutaan Mayat
Telah Bergelimpangan Akibat Virus Kecil Ini;

Namun,
Setiap Yang Terjadi Ada Hikmahnya;
Ingatlah Insan;
Doa Adalah Perisai Kita,
Berdoalah
Dengan Penuh Harapan
Agar Covid-19……
Terus Lenyap Di Muka Bumi Ini.


Click to View FlipBook Version