The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adamadani2006, 2022-06-11 07:18:29

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5

ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di
PRPK miliknya.

Bab 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika
itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima
bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini
perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister
Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya
begitu. Dia terbayang kembali 11 peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang
berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar
api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang
bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil
teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia
mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang
kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga
sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya
yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja
disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu
bahawa semuanya berpunca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama
ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar
Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan
Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan
Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa
bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika
itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor. Raiha masih teringat
akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja
melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang
kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal
dengan mengatakan bahawa 12 barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya
hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak
akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai
balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

Bab 4

51

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya
dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Dia juga teringat akan permintaan
Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya
bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan
kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas
isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah
lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir
dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Datu Untong terhadap
panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum
diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden
tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang,
namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu.
Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak
harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka
tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini. 13 Doktor Uwang juga teringat akan persoalan
yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes
pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah
menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil
baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya
sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar
kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money
Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan
disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul
seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya.
Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut.
Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit
tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha
tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan
sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa
memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang
sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya
ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu, merupakan hayalan Felicia semata-
mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada
di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Bab 5

52

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah 14 Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang
menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang
pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan
akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat
pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab
malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak
perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba
kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa
kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-
oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga
berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan
palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di
rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat
Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan
didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok
di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

Bab 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari 15 kereta itu bingkas menuju ke
kondminiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan
wajah muncung dan merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari
keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya
habis diisi. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz
meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang
ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh
Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz.
Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana
didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor
Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila
ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa
Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat

53

penting. Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang
sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila
Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam
ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara
sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi
tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh
Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha
yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam
perawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental,
adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi. 16 Deringan telefon
menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya
menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi
pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas
sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu
dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Bab 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’
iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia
berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih
dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan
hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan
kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan
rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu
tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat
akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat
kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa
kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu
menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah
apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh
seorang lelaki kacak yang siap berpakaian 17 seperti seorang doktor. Keadaan mamai

54

menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu
bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup
percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai
Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya
dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh
Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali
semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima
panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka
tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor Uwang sudah
pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa
doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di
Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja
dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali
ini.

Bab 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain. 18 Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah
menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai
doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong
Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang
tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang
menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati
penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru
masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong
Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta
penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron
menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah
universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

Bab 9

55

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya
belakangan ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia
Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor
Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche 19 bersama-
sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli
minyak petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat
kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak
perempuan yang secara kebetulan berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah
perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan
kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya
komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor
Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan
tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan.
Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan
menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani
kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya
walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha
tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari
mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh
belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik. Doktor Uwang
telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat
berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan
dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan
tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan
pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki
yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia
Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan
membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya 20 berjaya menjejaki Raiha dan
menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia
sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api
dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana
takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

Kekuatan

56

Antara kekuatan novel ini ialah mempunyai klimaks. Hal ini akan membuat pembaca tidak
bosan membaca novel ini. Contoh klimaks dalam novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang
dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan
pergelangan tangannya yang kebas.

Kekuatan yang kedua ialah mempunyai teknik plot pemerian. Hal ini akan membuat
pembaca menjadi tenang sewaktu membaca kerana jalan cerita teratur. Sebagai contoh,
pengarang mengarang tentang kebolehan Doktor Uwang membangunkan Pusat Rawatan
Pantai Kasih daripada sebuah pusat rawatan kecil sehingga menjadi pusat rawatan yang besar
dan terkenal.

Selain itu, novel ini mempunyai jalan cerita yang saspen. Hal ini akan membuat pembaca
tertanya-tanya dan meneka apa yang akan terjadi selepas ini dan membuat andaian sendiri.
Sebagai contoh, kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia belum
mendapatkan kepastian punca kematian anak istimewanya itu.

Di samping itu, novel ini mempunyai permulaan yang menarik. Dengan ini, pembaca akan
lebih seronok membaca dan pembaca akan mempunyai anggapan yang bagus.

Akhir sekali, novel ini mempunyai kejutan di pertengahan novel. Hal ini akan membuat
pembaca menjadi tidak sangka dengan perkara yang sedang berlaku. Sebagai contoh,
pembaca tidak menyangka bahawa Raiha dengan lantangnya berani menuduh suaminya,
Doktor Sadiz yang telah menyebabkan kematan anak tunggal kesayangan mereka walaupun
mahkamah syariah telah mengisytiharkan bahawa Doktor Sadiz didapati tidak bersalah dalam
kes tersebut.

Kekurangan

Antara kekurangan novel ini ialah sudut pandangan karakter sering bertukar-tukar. Hal ini
kerana di dalam novel sudut pandangan karakter sering berubah dari karakter a ke karakter b
ke karakter c dan ke karakter a semula tanpa amaran atau penanda sebelum perubahan. Ini
menyebabkan pembaca bingung untuk memberi fokus kepada karakter mana dahulu kerana
sering berubah-ubah.

Kekurangan yang kedua ialah mempunyai imbas balik yang tidak diperlukan dan diberi
secara tiba-tiba. Hal ini diperkatakan demikian kerana novel ini memberikan terlalu banyak
imbas balik secara berkerat-kerat dan sekali lagi tidak memberikan penanda atau amaran.
Imbas balik yang diberi secara sedikit-sedikit, memaksa pembaca membuat sambung dari
perenggan ke perenggan lain dengan sendiri. Ini juga menyebabkan pembaca bingung kerana
susah untuk mengklasifikasikan mana yang dahulu dan sekarang.

57

Seterusnya, novel ini membawa moral-moral yang tidak elok untuk kanak-kanak bawah
umur. Sebagai contoh, penulis telah meletakkan terlalu banyak nilai dan unsur-unsur negatif
dan lucah untuk novel ini yang mempunyai sasaran pembaca dalam lingkungan 13-17 tahun,
dan novel ini rata-rata digunakan dalam sistem pendidikan menengah Malaysia, ia membawa
teladan dan pengajara yang tidak sesuai dibincangkan di dalam kelas bersama guru dan
pelajar.

Selain itu, novel ini tidak mempunyai pembinaan saspen yang skala. Hal ini kerana pada
bahagian awal novel ini, ia tidak mempunyai pembangunan plot yang linear dan bermula
secara tiba-tiba. Pengenalan karakter dan latar tempat diberi dengan sekilas pandang, dan
motif karakter tidak diberi secara mendalam. Ini membuatkan pembaca tidak tahu tujuan
watak utama dan kenapa mereka perlu mengikut cerita watak tersebut. Permulaan plot yang
tidak bermula secara sedikit-sedikut membuatkan pembaca pening dengan konfliks yang
diberi pada awal-awal novel dan bukan pada bahagian pertengahan novel.

Akhir sekali, misteri dalam novel ini hanya diterangkan dengan sekilas pandang. Hal ini
diperkatakan demikian kerana misteri yang dinaikkan merupakan peristiwa yang dipanggil
peristiwa hitam. Pada bahagian pertama, ia telah membuat pembaca berasa teruja dan saspen
dalam mengetahui apakah peristiwa hitam yang dimaksudkan, tetapi pada bahagian hujung
novel, peristiwa hitam ini tidak diberikan penerangan, sebaliknya penulis beharap pembaca
dapat meneka sendiri perenggan terakhir novel yang merupakan imbas balik tentang
peristiwa hitam yang diceritakan. Pembaca ditinggalkan dengan rasa kecewa kerana memberi
jangkaan yang peristiwa hitam tersebut merupakan sesuatu yang lebih dalam.

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan ialah
memperbanyakkan lagi nilai-nilai positif dalm novel ini. Hal ini kerana dapat menjejaskan
kesesuaian bagi pelajar - pelajar yang membaca sesebuah novel dimana terdapat banyak nilai
negatif berbanding nilai positif.

Seterusnya, penulis boleh mengurangkan persoalan yang akan timbul dalam kalangan
pembaca. Ini kerana jalan cerita tersebut terlalu padat dengan beberapa masalah semasa serta
terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan.

Selain itu, penulis boleh memperbanyakkan nilai yang mendorong kepada kepentingan
masyarakat berbanding kepentingan diri. Hal ini kerana purata pembaca novel tersebut adalah

58

para pelajar dan guru - guru yang dimana dalam lingkungan umur 16 hingga 50 tahun dan
memupuk sikap kemasyarakatan dalam diri mereka.

Di samping itu, penulis juga boleh mengurangkan jalan cerita yang lebih mendorong
kepada sikap atau perbuatan negatif. Dengan cara ini, pelajar tidak akan terhasut dengan
sikap negatif yang ditunjukkan di dalam novel tersebut.

Akhir sekali, novel ini perlu menpati matlamat subjek komponen sastera (Komsas) di
sekolah dan bukan hanya berkonsepkan popular semata-mata. Hal ini diperkatakan demikian
kerana matlamatnya ialah untuk membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai murni di
kalangan pelajar.

59

Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip

Pengenalan

Ketabahan seorang gadis dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran. Dahlia
sebagai anak sulung dalam keluarganya terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu
ayahnya menguruskan rumahtangga setelah ibunya, Saleha, dihantar ke Taman
Bahagia. Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang
dan Anggerik. Satu persatu masalah yang menimpa Dahlia. Dia difitnah oleh jirannya,
Aton. Anggerik mengalami demam yang berpanjangan. Ayahnya dipatuk ular tedung dan
terpaksa dirawat beberapa hari di hospital. Namun, dalam menjalankan tanggungjawabnya,
Dahlia tidak pernah melupakan impiannya untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam
STPM.

Biografi Pengarang

Khairuddin Ayip yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah
menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974), Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga 1984) dan Universiti Putra Malaysia (1996
hingga 1999).
Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil
penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif.
Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara Hadiah
Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama Peraduan
Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel
Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis

60

Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua Peraduan Menulis Novel
Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih Mawar Merah) dan tempat kedua Peraduan Menulis
Cerpen Kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga).
Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Kulit Depan dan Belakang Novel

Sinopsis Keseluruhan

Cerita Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang memegang peranan
sebagai pelajar dan anak sulung dalam keluarga Embong yang menghadapi kesusahan yang
bertimpa-timpa. Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disukai oleh rakan-
rakannya. Namun, akibat masalah keluarga yang dihadapi, tumpuannya terhadap pelajaran
terganggu. Setelah ibunya dimasukkan ke Taman Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga adik-
adiknya di rumah dan menyebabkan dia sering lewat ke sekolah. Akhirnya dia mengambil
keputusan untuk keluar terus dari asrama. Masalahnya bertambah apabila difitnah oleh Aton
yang melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan dituduh membunuh Said yang tidak dapat
diselamatkan semasa lemas di sungai. Keluarga mereka diuji lagi apabila Embong sebagai
ketua keluarga dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama beberapa hari. Segala
beban tugas rumah tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia tanpa meninggalkan tugasnya sebagai
seorang pelajar. Dahlia tetap tabah menghadapi semua dugaan yang dihadapinya. Adiknya,
Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam yang berwarna hitam mengandungi paku,
cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan di bawah rumah mereka.
Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan keluar dari hospital. Azhari
telah menghantarnya balik ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan menghina keluarga
Dahlia. Pertolongan Dahlia sekeluarga semasa dirinya terlantar sakit telah menimbulkan
keinsafan kepada Nek Kiah. Sepanjang menghadapi permasalahan, Dahlia dapat menangani
semua itu dengan jayanya dan memperoleh hasil seperti yang diinginkannya. Dahlia terpilih
sebagai seorang daripada pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun. Dahlia
juga selamat ditunangkan dengan Azhari, lelaki pilihan hatinya. Cerita berakhir dengan

61

kegembiraan apabila mereka sekeluarga dapat berkumpul semula dan Saleha sudah sembuh
daripada penyakitnya.

Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1 :

Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di
sekolah. Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan
STPM tidak lama lagi. Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan
menyatakan hasratnya untuk merisik Dahlia.

BAB 2 :
Azhari menghantar Dahlia balik ke kampung. Kepulangannya disambut dengan tangisan
Anggerik. Melati memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih belum
pulang ke rumah. Dahlia keluar mencari emaknya yang berpenyakit kerana sering berjalan
dan bercakap sendirian sehingga tidak dapat mengawal diri sendiri. Dahlia menjumpai
ibunya di kebun getah. Apabila diajak pulang ke rumah, ibunya tidak mahu sehinggalah
bapanya datang memujuk. Saleha lari dan mereka terpaksa meminta orang kampung
membantu mencari Saleha.

BAB 3:
Nek Kiah memarahi Embong apabila melihat Saleha diikat. Haji Sulaiman dan beberapa
orang pembantu dari Hospital Batu Pahat datang ke rumah Embong untuk membawa
Saleha. Walaupun pada awalnya, Embong tidak rela, tetapi untuk mengubati Saleha, dia
mengizinkan Saleha dibawa ke hospital. Dahlia, Kiambang dan Melati turut bersedih dan
keberatan ibu mereka dibawa pergi.
BAB 4:
Pemergian Saleha menyebabkan suasana bungkam. Dahlia menyelesaikan kerja-kerja di
rumah sambil membimbing adik-adiknya belajar. Dahlia lebih merisaukan keadaan di
rumahnya sekiranya dia balik ke asrama. Namun, Embong memujuknya untuk kembali
bersekolah. Embong teringat peristiwa Saleha mengadu tentang perasaannya yang sering
terganggu oleh suara yang pelik-pelik.

62

BAB 5:

Dahlia lewat tiba di asrama. Cikgu Salwani menegur dan bertanyakan masalah yang
dihadapi, namun Dahlia hanya mendiamkan diri. Pada petang tersebut, Dahlia ke Hospital
Batu Pahat untuk bertemu dengan ibunya tetapi diberitahu oleh Haji Sulaiman bahawa ibunya
telah dihantar ke Taman Bahagia.

BAB 6:

Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa Saleha telah dihantar ke Taman Bahagia. Nek
Kiah berterusan menyalahkan keluarga Embong yang menyebabkan Saleha sakit. Dahlia
gagal menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai.

BAB 7:

Dahlia terlalu sedih kerana tidak dapat menyelamatkan Said. Aton menuduh Embong dan
Dahlia memang ingin supaya anaknya mati. Orang kampung juga menyebarkan berita yang
sama. Namun, Tauke Lim memuji mereka anak beranak. Semasa memotong kelapa sawit di
Parit Haji Kadir, Embong dibelit ular sawa tetapi dia dapat menyelamatkan diri.

BAB 8:

Semasa berehat dan tertidur di biliknya, Dahlia bermimpi dibelit ular sawa. Terdapat kesan
cekikan di lehernya. Hal ini menghairankannya. Melati menyatakan hasratnya ingin berhenti
sekolah untuk menjaga Anggerik tetapi dihalang oleh Dahlia. Embong sampai di rumah
dengan membawa ular yang telah dibunuhnya. Dahlia menjerit ketakutan dan menangis
apabila melihat ular tersebut. Hal ini menghairankan Embong. Dahlia menceritakan mimpi
yang dialaminya kepada Embong.

BAB 9:

Najib dan Kavita mengunjungi rumah Dahlia. Mereka berasa sayu akan kedaifan keluarga
Dahlia. Anggerik yang masih sakit dibawa dengan kereta Najib ke hospital. Seman, bapa
saudara Dahlia balik ke kampung menziarahi Nek Kiah. Seman memujuk Nek Kiah supaya
menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Embong dan keluarganya.

BAB 10:

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang tidak tinggal di asrama lagi dan sering lewat sampai ke
sekolah. Dia tidak mahu memberitahu masalahnya kerana akan melibatkan nama baik ibunya
kepada Cikgu Salwani. Dia juga mahu menjaga adik-adiknya. Dengan perasaan sedih,
Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam berjumpa dengan
Dahlia setelah Kavita menceritakan hal Dahlia kepadanya. Beliau menasihatkan Dahlia terus
tinggal di asrama agar pelajarannya tidak terganggu dan cemerlang dalam STPM nanti.

BAB 11:

Abu Bakar, adik Dahlia tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri dan
sering keluar berpeleseran dengan kawan-kawannya. Walaupun kerap diimarahi oleh
Embong, dia tetap dengan perangainya dan tidak mahu membantu adik-adik yang
lain. Mawar yang tinggal di asrama penuh kembali ke rumah kerana rindu akan ibunya dan
ingin berjumpa dengannya. Dia tercari-cari ibunya tetapi tidak ditemuinya. Embong tidak
memberitahunya tentang keadaan Saleha dan menyuruh Mawar bertanyakan Dahlia.

63

BAB 12:

Dahlia melawat ibunya di Taman Bahagia. Doktor memberitahu Dahlia bahawa penyakit
ibunya pada tahap bahaya. Semasa di hospital, Dahlia bertemu dengan Azhari yang bertugas
sementara di situ. Dahlia berasa sedih kerana Saleha tidak mengenalinya. Kesihatan Saleha
bertambah menurun.

BAB 13:

Azhari menghantar Dahlia balik ke rumahnya. Embong bertanyakan keadaan Saleha. Oleh
sebab memikirkan Mawar akan mengambil SRP pada bulan September nanti, Dahlia
menyatakan bahawa ibunya sihat. Namun dia tidak sanggup menipu ayahnya. Pada
malamnya, Dahlia memberitahu keadaan sebenar Saleha kepada Embong. Semasa berbual-
bual, sesuatu telah berlaku kepada kambing peliharaannya. Embong keluar dan menuju ke
kandang kambingnya.

BAB 14:

Tauke Lim sentiasa membantu keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan mereka
berhutang barang-barang keperluan di kedainya. Tauke Lim datang ke rumah Embong untuk
membeli kambing peliharaannya. Namun, Embong memberitahu bahawa kambingnya telah
hilang dicuri orang. Azhari ingin membawa keluarganya untuk merisik Dahlia. Dahlia
keberatan dan meminta Azhari menangguhkan hasratnya. Dia bimbang keluarga Azhari tidak
akan memerimanya setelah melihat keadaan sebenar keluarganya. Embong memanggil
Dahlia dan memberitahu bahawa kawan Dahlia datang ke rumah.

BAB 15:

Keluarga Azhari datang untuk merisik Dahlia. Embong menerima baik kedatangan keluarga
Azhari kerana mereka begitu menyenangi Dahlia dan merestui perhubungan ini. Embong
juga menyuarakan kehendak Dahlia yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat
universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Keluarga Azhari tidak membantah malahan
menyokong keinginan Dahlia untuk menyambung pelajaran. Perasaan Azhari menjadi tenang
kerana keluarga Dahlia menerimanya sebagai calon menantu. Selepas Azhari dan
keluarganya beredar, Embong bertanyakan Dahlia sama ada keluarga Azhari mengetahui
tentang keadaan Saleha yang boleh menyebabkan ikatan ini terputus. Perasaan Embong
masih berbaur antara gembira ataupun sedih selepas anaknya disunting orang. Embong
terbawa-bawa dengan perasaannya dan mengingati Saleha yang masih ditahan di Taman
Bahagia, Johor Bahru. Embong yang merasakan dirinya telah lewat ke masjid, tergesa-gesa
untuk bersiap. Embong menuju ke bilik air tetapi seekor ular telah mematuk pahanya.

BAB 16:

Dahlia menasihati Mawar agar meneruskan persekolahan dan tugas menjaga keluarga adalah
tugasnya sebagai anak sulung dalam keluarga. Dahlia berjaya menyakinkan Mawar supaya
menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya kerana dia pernah berjanji dengan emak
mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Tambahan pula Mawar adalah murid
sekolah berasrama penuh. Keluarga mereka menghadapi pelbagai masalah, iaitu emak dan
adik sakit, kambing hilang dan abah dipatuk ular. Dahlia mengambil iktibar daripada kisah
Nabi Ibrahim yang tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah. Sewaktu melawat abahnya
di Hospital Batu Pahat, Dahlia terserempak dengan Kavita dan Cikgu Hisyam yang
menghantar Siti Wangi yang pengsan sewaktu berlatih bola jaring. Cikgu Hisyam meminta
Kavita menolong memfotostat nota-nota pelajaran sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.

64

Dahlia terkenangkan pesanan abahnya yang meminta dia menjaga adik-adik di rumah dan
menggunakan wang simpanannya sebanyak RM60.00 sebagai belanja sekolah. Kedatangan
Nek Siah dan Seman ke hospital telah membawa berita yang mengejutkan, iaitu mereka mahu
menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Dahlia dan keluarganya.

BAB 17:

Walaupun terbeban dengan pelbagai urusan, Dahlia tetap mencuri masa untuk mentelaah
pelajarannya. Kemunculan Abu Bakar telah mengejutkan Dahia. Dahlia telah memberitahu
Abu Bakar bahawa emak dan abah mereka telah dimasukkan ke hospital tetapi tidak
diendahkan oleh Abu Bakar. Tanpa menunjukkan simpati akan keadaan keluarganya, Abu
Bakar meninggalkan rumah sekali lagi. Dahlia memeriksa barang yang disembunyikan oleh
Abu Bakar dan berjaya menemui wang sebanyak RM120.00 yang disimpan dalam dompet.
Azhari telah singgah di rumah Dahlia dan mendapat khabar bahawa abah telah dimasukkan
ke hospital. Azhari singgah untuk mengambil pakaian emak Dahlia dan dalam masa yang
sama mendapatkan nombor wad abah Dahlia. Kedatangan Nek Kiah telah menyebabkan
Dahlia sakit hati dan geram kerana dia disindir selepas Nek Kiah terserempak dengan Azhari.
Sikap Nek Kiah yang beria-ia untuk menjual rumah mereka telah menimbulkan kekecewaan
kepada Dahlia. Ketamakan Seman turut mempengaruhi Nek Kiah untuk menjual tanah itu
walaupun emak dan abah Dahlia masih berada di hospital.

BAB 18:

Dahlia berasa susah hati kerana kedua-dua ibu bapanya masih di hospital sedangkan mereka
memerlukan RM15000 untuk membayar Nek Kiah bagi menyelamatkan tanah dan rumah
mereka. Dahlia juga berasa serba salah sama ada meneruskan persekolahan atau bekerja di
kilang demi membantu keluarga. Semasa menunggu bas, Dahlia didatangi oleh Tauke Lim.
Tauke Lim menunjukkan keprihatinan dirinya dengan mengambil berat akan keadaan yang
menimpa keluarga Dahlia. Tauke Lim juga menunjukkan kekecewaan dirinya terhadap sikap
Nek Kiah dan Seman yang tidak putus-putus menyusahkan Dahlia sekeluarga. Dahlia
dinasihati oleh Tauke Lim agar bertahan dan tidak berpindah dari rumahnya. Selain itu,
Tauke Lim turut menawarkan pertolongan kepada Dahlia. Pada mulanya Dahlia enggan
untuk menerima pertolongan tersebut tetapi bertukar fikiran selepas Tauke Lim memintanya
untuk mengajar karangan Bahasa Malaysia kepada anaknya Ann yang akan mengambil
peperiksaan SRP. Perihal Bakar yang tidak habis belajar dan malas bekerja turut diperkatakan
oleh Tauke Lim. Perbualan mereka terhenti kerana terdapat sebuah kereta yang tiba-tiba
berhenti dan penumpangnya telah melaungkan nama Dahlia.

BAB 19:

Cikgu Hisyam dan Kavita telah memujuk Dahlia agar kembali bersekolah tetapi Dahlia tidak
mahu mengabaikan adik-adiknya yang sangat memerlukan sokongan daripadanya. Selain itu,
Najib kawan baiknya turut datang melawatnya di rumah. Najib menawarkan pertolongan
kepada Dahlia untuk membayar harga tanah seperti yang diminta oleh Nek Kiah. Dahlia
enggan memberitahu hal sebenar kepada Najib kerana tidak ingin mendedahkan bahawa
orang yang ingin menjual tanah tersebut ialah neneknya sendiri. Pada yang sama juga Azhari
singgah di rumah Dahlia. Perasaan Azhari tidak senang kerana tetamu Dahlia ialah seorang
lelaki. Najib yang sudah lama berkawan dengan Dahlia bertanyakan Azhari tentang status
hubungannya dengan Dahlia. Azhari menyatakan bahawa Dahlia ialah bakal isterinya dan
selepas itu terus beredar dari situ. Nek Siah yang berada tidak jauh dari rumah Dahlia telah
datang dan memarahi Dahlia kerana membenarkan Najib dan Azhari masuk ke rumah
sedangkan ibu bapanya tiada di rumah.

65

BAB 20:

Embong telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Tauke Lim mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang tanah yang ingin dijual
oleh Nek Kiah dan Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari kepulangan Embong telah datang
ke rumah dan memarahi Dahlia. Nek Kiah tergesa-gesa pulang setelah mendapati Embong
naik berang. Embong menasihatkan Dahlia supaya menyambung pelajaran semula dan
menyerahkan segala masalah keluarga mereka kepadanya untuk diselesaikan. Embong berasa
terharu kerana hanya Tauke Lim sahaja yang datang menemuinya selepas dia keluar dari
hospital. Malahan Tauke Lim juga sanggup membantunya untuk menyelesaikan masalah
tanah tersebut.

BAB 21:

Dahlia telah ke balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul.
Dahlia berasa hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang kampung tidak
kelihatan seperti biasa. Haji Sulaiman meluahkan perasaan tidak senangnya kepada Dahlia
atas sikap orang kampung yang tidak hadir ke balai raya untuk menyiapkan kenduri
menyambut maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja seorang diri, Aton datang dan tanpa
perasaan bersalah dia menyindir dan mengata Dahlia sesuka hatinya. Malahan dia turut
mempertikaikan kebaikan Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia yang berasa malu telah
beredar dari situ. Abu Bakar yang menyaksikan peristiwa itu telah naik marah dan cuba
menerpa ke arah Aton tetapi sempat dihalang oleh Haji Sulaiman. Kepulangan Dahlia ke
rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah menimbulkan kehairanan kepada Embong. Embong
berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang tidak mempedulikan keluarga beria-ia memujuk
Dahlia yang sedih kerana kata-kata Aton di balai raya. Abu Bakar berasa bersalah kerana
selama ini dia telah mengabaikan keluarganya. Akhirnya Abu Bakar mengaku bahawa dialah
yang menjualkan kambing abahnya.

BAB 22:

Abu Bakar berasa kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba
memujuk Abu Bakar. Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan
keluarganya demi kawan-kawan. Abu Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah dan
akan mempertahankan tanah mereka daripada gangguan Nek Kiah. Dahlia meluahkan rasa
hairannya kepada Abu Bakar kerana dia tidak nampak kelibat Nek Kiah pada pagi itu. Abu
Bakar tidak mempedulikan perkara itu sebaliknya sibuk berkemas di sekeliling rumah
mereka. Semasa membersihkan bawah rumah, Abu Bakar telah menjumpai sesuatu yang
mengejutkan, iaitu dua biji telur yang berwarna hitam. Telur hitam yang dipecahkan itu
mengandungi jarum peniti, cincin akek, butiran pasir dan dua bilah paku. Abu Bakar
menerangkan bahawa ada orang yang dengki akan keluarga mereka tetapi Dahlia tidak
mempercayai perkara syirik dan menyuruh Abu Bakar tidak menyimpan perasaan dendam.
Dahlia menjenguk keadaan Nek Kiah di rumahnya tetapi niat baik Dahlia itu dibalas dengan
kata-kata kesat.

BAB 23:

Dahlia kembali bersekolah dan dia berasa gembira kerana kawan-kawan masih mengingati
dirinya. Kavita telah memberitahu Dahlia bahawa Najib akan membawa keluarganya
berkunjung ke rumah Dahlia. Dahlia berasa tertekan kerana Najib dan Azhari hanya
mementingkan diri mereka sahaja. Dahlia meminta Kavita menyampaikan pesanan kepada
Najib bahawa dia sudah bertunang dan hanya menganggap Najib sebagai sahabat baiknya
sahaja. Dahlia berasa bersemangat untuk belajar kerana guru dan kawan-kawan sentiasa

66

memberikan sokongan kepadanya. Dahlia yang baru pulang dari sekolah berasa terperanjat
kerana terdapat van putih di hadapan rumahnya. Embong yang menyedari kepulangan Dahlia
telah menggesa Dahlia naik ke rumah. Dahlia berasa gembira kerana ibunya telah pulang ke
rumah. Belum sempat Dahlia bermesra dengan ibunya, Embong memanggil Dahlia kerana
Azhari ingin berjumpa dengannya. Azhari bertanyakan tentang Najib dan Dahlia meminta
Azhari sendiri yang memikirkan jawapannya. Dahlia yang bimbangkan keadaan Nek Kiah
telah ke rumah neneknya dan memanggil nama orang tua iitu tetapi tiada jawapan. Azahari
menolong menolak pintu dan Dahlia mendapati bahawa neneknya tidak sedarkan diri.

BAB 24:

Nek Kiah dimasukkan ke hospital. Setelah dua hari di hospital, dia dibenarkan pulang, Nek
Kiah dibawa ke rumah Dahlia dan mereka sekeluarga menjaga Nek Kiah yang masih sakit.
Nek Kiah berasa terharu kerana Dahlia dan adik-adiknya yang menjaga Nek Kiah semenjak
dia jatuh sakit. Hujan yang tidak henti-henti turun telah menyebabkan banjir. Tiang dapur
rumah mereka runtuh dan menimpa Kiambang tetapi nasibnya baik kerana hanya lebam-
lebam sahaja. Mereka sekeluarga telah dipindahkan ke balai raya dengan bot. Semasa di
pusat pemindahan, Dahlia dan ibunya menolong menyediakan makanan untuk mangsa banjir.

BAB 25:

Dahlia tidak dapat mengulang kaji pelajaran kerana keadaan di pusat pemindahan yang begitu
sesak dan tidak selesa. Embong memberitahu Dahlia bahawa rumah mereka telah roboh
tetapi Dahlia dapat menerimanya. Selepas empat hari barulah air surut. En Daim, iaitu wakil
Ahli Parlimen Seri Gading sering menjenguk mangsa banjir untuk melihat keadaan mereka.
Dia yang pernah menjadi guru kepada Dahlia telah memuji Dahlia kerana rajin mengulang
kaji pelajaran walaupun tempat itu tidak selesa. Tebing sungai yang pecah telah dibaiki dan
jambatan yang dihanyutkan air akan digantikan dengan yang baru. Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan dan meminta orang-orang kampung agar bekerjasama dan bantu
membantu antara satu sama lain. Hasil ucapan Haji Sulaiman itu orang-orang kampung telah
datang untuk membina semula rumah Dahlia.

BAB 26:

Peperiksaan STPM semakin hampir dan Dahlia sudah bersedia, Dia juga membuat keputusan
untuk tinggal di asrama kerana bimbang dirinya terlewat ke tempat peperiksaan. Cikgu
Salwani mengalu-alukan keputusan Dahlia untuk tinggal di asrama. Azhari dan keluarganya
datang ke rumah Dahlia untuk bertanyakan keputusan keluarga Dahlia tentang perhubungan
mereka. Akhirnya persetujuan diambil, iaitu mereka akan ditunangkan selepas Dahlia tamat
peperiksaan STPM. Kavita bertanyakan Dahlia tentang pelawaan yang dibuat oleh Najib
sebelum ini tetapi Dahlia menolak permintaan itu dengan memberitahu bahawa dirinya sudah
dimiliki oleh orang lain,

BAB 27:

Dahlia menunggu kedatangan Azhari untuk membeli cincin pertunangan dan pada masa yang
sama dia masih mempertimbangkan keinginan dirinya yang mahu menyambung pelajaran ke
universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Sewaktu menunggu kedatangan keluarga
Azhari, rumah Dahlia didatangi oleh Cikgu Daim yang membawa khabar gembira, iaitu
Dahlia terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun. Dahlia berasa amat gembira dan
keluarganya menyokong. Namun begitu pendaftaran untuk kursus ini sehari selepas tarikh
pertunangannya. Azhari yang baru sampai telah terdengar berita itu dan dia terpaksa merestui
pemergian Dahlia kerana sudah berjanji semasa merisik dahulu.

67

BAB 28:
Majlis pertunangan Dahlia akan diadakan mengikut tarikh yang dirancang. Hubungan antara
Nek Kiah dan Dahlia bertambah erat. Nek Kiah menerangkan kepada Dahlia berkenaan
falsafah tepak sirih kepada Dahlia. Selain itu, pengertian bagi setiap kandungan dalam tepak
sirih turut diceritakan oleh Nek Kiah kepada Dahlia. Suasana di rumah Dahlia semakin riuh
dengan kedatangan saudara mara dekat dan jauh. Dahlia hanya bersiap secara ringkas sahaja
dan dalam yang sama dia berasa sedih kerana pada petangnya dia akan berangkat ke Kuala
Lumpur. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusakanya kepada Dahlia. Cikgu Hisyam,
Kavita dan Siti Wangi datang memeriahkan majlis pertunangan Dahlia. Berita Dahlia
mendapat tawaran ke Jepun turut diketahui oleh mereka. Bas Dahlia akan bertolak pada pukul
5,00 petang tetapi rombongan Azhari yang berjanji datang pada pukul 2.00 masih belum
kelihatan sedangkan waktu sudah menginjak pukul 3.45 petang. Embong menyuruh Dahlia
bersiap kerana khuatir dia ketinggalan bas. Dahlia bersalaman dengan ahli keluarga dan
tetamu yang datang. Dia berasa sedih kerana akan meninggalkan mereka. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung sebanyak RM500.00. Dahlia bernasib baik kerana
sempat sampai ke stesen bas. Tiba-tiba Azhari muncul dan mereka sempat mengucapkan
selamat tinggal. Dahlia membaca kad kiriman Najib yang disampaikan melalui Kavita.
Azhari menghadiahkan songket merah berbenang emas kepada Dahlia atas kejayaannya.
Azhari menghadiahkan Dahlia songket supaya Dahlia sentiasa mengingati asal usulnya
sebagai orang Melayu.

Kekuatan

Antara kekuatan novel ini ialah banyak nilai yang dapat dipelajari. Dengan ini, pembaca yang
menghayati novel ini akan mendapat pelbagai nilai. Sebagai contoh, sikap tanggungjawab
Dahlia iaitu sebagai seorang pelajar dan anak sulong.

Kekuatan yang kedua ialah mempunyai jalan cerita yang menarik. Hal ini membuatkan
pembaca tidak akan berasa bosan apabila membaca novel ini kerana mempunyai binaan plot
yang menarik dan tersusun.

Seterusnya, dalam novel ini mempunyai sifat watak yang dapat dijadikan teladan.
Pembaca boleh mencotohi sifat-sifat positif yang terdapat pada watak di dalam novel.

Di samping itu, penulis menonjolkan sifat kekeluargaan yang kuat di dalam novel ini.
Dengan ini, pembaca dapat menyemarakkan sifat tersebut setelah membaca novel ini.

Akhir sekali, sifat kegigihan yang ditunjukkan oleh Dahlia. Hal ini dikatakan demikian
kerana pembaca akan lebih gigih untuk mencapai apa yang diingini.

68

Kekurangan

Antara kekurangan novel ini ialah penduduk yang hanya memikirkan diri sendiri dan tidak
mahu membantu orang susah. Sebagai contoh, Dahlia dan keluarganya terpaksa belajar dalam
keadaan kurang selesa di pusat pemindahan banjir, tetapi tiada seorang pun datang untuk
membantu keluarga Dahlia.

Seterusnya, kekurangan novel ini ialah pembinaan plot cerita yang panjang.Hal ini
dikatakan demikian kerana jalan cerita dipanjangkan walaupun plot nya pendek membuatkan
pembaca kurang berminat untuk terus membaca tanpa melangkau halaman.

Di samping itu, sikap penduduk kampung yang tidak patut kita contohi. Sebagai contoh,
penduduk yang memandang serong kepada keluarga Dahlia yang sepatutnya tidak patut
berlaku dan dinormalisasikan di kalangan masyarakat.

Akhir sekali, kekurangan novel ini ialah mempunyai dialog yang agak membosankan. Hal
ini kerana sesetengah dialog yang hanya berbual kosong dan tiada hala tuju yang boleh
ditukarkan kepada plot cerita yang lebih penting

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat dalam novel ini ialah penulis
boleh menceritakan tentang bagaiman Said boleh tiba-tiba terjatuh dan menyebabkan dia
meninggal dunia.

Seterusnya, penulis boleh melanjutkan cerita tentang bagaimana keadaan mak Dahlia,
Saleha setelah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya tentang
penyakit yang dihadapinya itu. Dengan ini, pembaca akan lebih tertarik untuk membaca
novel ini.

Selain itu, penulis boleh memendekkan jalan penceritaan dalam novel ini agar sesuai
dengan tahap pembacaan oleh remaja dan pelajar-pelajar. Hal ini akan membuatkan para
pembaca lebih bersemangat untuk membacanya.

Di samping itu, penggunaan latar yang kurang jelas perlu ditukar. Hal ini adalah untuk
para pembaca lebih mudah untuk memahaminya.

Akhir sekali, penulis juga boleh mengurangkan penggunaan watak dalam novel ini supaya
jalan penceritaanya tidak meleret dan pembaca dapat mandalami watak-watak dalam novel
ini.

69

Tirani karya Ben Sabariah
Pengenalan

Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi
kelemahan diri.

Biografi Pengarang

Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang
Awet.Beliau lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak
pada 7 November 1949. Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan
Sekolah Rendah Enche
BuyongKuching. Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuch
ing sebelum ke SekolahMenengah Kerajaan Green Road Kuching. Beliau
meneruskan pendidikan ikhtisas di MaktabPerguruan Rajang Bintangor, Sarikei,
Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru, Johor.

Muka Hadapan dan Belakang Novel

70

Sinopsis Keseluruhan

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

Sinopsis Mengikut Bab

Bab 1

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses
dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan
kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa
memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta
Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawankawannya dapat diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan
oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut
kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah
menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur
pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain
makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi
ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain
itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus
menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

71

Bab 2

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di
sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang
tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini
telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam
itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet.
Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda.
Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh
Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah
bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di
Singapura.

Bab 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar
Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat
Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.
Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura,
Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar
raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api

72

yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan
fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah
Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang
kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah
kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan
plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada
masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical
Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah
menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Bab 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada
ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada
ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya.
Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi
menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan
kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan
keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke
bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama
12 jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersamasama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej

73

pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Bab 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan
kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya,
sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr
Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus
selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel
Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang
telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh
ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk
kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira
untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya
Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia
akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah
selatan Singapura.

Bab 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan

74

Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan
mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat
kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway.
Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak.
Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum
Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program yang
terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda
terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbung

Bab 10

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid. Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari
Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk
Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan
Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan
sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang sesuai
dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti.
Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke
paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi
Sarawak.

Bab 11

75

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di
Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating
merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas
yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo
Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan
perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk
Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya
dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh
Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan
daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari
sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara
Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis

76

pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang
dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam
pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah
menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa
Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut
berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh
Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses
merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara
Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria
bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid
kembali tenang.

Bab 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan
kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan
yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira

Bab 15

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa

77

yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan
Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid
teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia
semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut
utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya
serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Bab 16

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang
menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya
sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar
yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang
sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya
itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam
masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri
gading bersamasama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau
Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet
tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid
kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan
pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini
menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang
cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan
kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan
Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan
Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser
bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang
dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual

78

dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di
samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall
Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di
farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macammacam lagi. Bagi Zahid,
Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang
yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu
tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa
di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan
setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid
pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan
kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi
sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan
suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam
kandungan.

Bab 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia
pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila
mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan
membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum
mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu
Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari
BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri
kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu,
Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid

79

Bab 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah
meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit
perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak
pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar
bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu
sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan
di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian
DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid
dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel
mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda.
Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda
dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi
antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau
Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,
datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke
bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan
cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga
dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling

Bab 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan

80

alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.
Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.
Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di
Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.

Bab 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda
terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet IwanaIwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

81

Bab 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah
tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang
akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan
antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam
untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang
mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati
berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang
mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang
tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga
kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya
tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang
mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan
Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.

Bab 24

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah entiti
dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah

82

memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.
Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan
Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya
dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya

Kekuatan

Antara kekuatan novel ini ialah mempunyai binaan plot yang menarik. Hal ini dapat menarik
perhatian pembaca kerana binaan plot yang teratur.

Seterusnya, novel ini mengajar kita erti kesyukuran. Hal ini dikatakan demikian kerana
pembaca akan lebih bersyukur akan apa yang dikurniakan atas diri sendiri.

Selain itu, kekuatan novel ini ialah mempunyai penutup yang menginsafkan. Pembaca
boleh mengambil iktibar tentang keinsafan Waheeda setelah membaca novel ini.

Di samping itu, novel ini mempunyai beberapa saspen yang menarik. Hal ini membuatkan
pembaca akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Sebagai contoh,
Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas
menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari
bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah
menyerang dan mengigit muka Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada
Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah
menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

Akhir sekali, kejutan di dalam novel ini agak menarik. Pembaca akan lebih teruja ketika
membaca novel ini. Sebagai contoh, Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di
Singapura. Pembaca terkejut ibu Waheeda datang ke Singapura dan sudah berada di hadapan
rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat
Waheeda itu.

Kekurangan

83

Antara kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah jalan cerita yang sering menyimpang
jauh dari plot utama. Penulis memanjangkan jalan cerita dengan isi-isi yang tiada kena
mengena dengan jalan cerita utama menyebabkan pembaca berasa bosan dan tidak selesa
membaca novel ini.

Kekurangan yang kedua ialah penghujung cerita yang mengecewakan. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana seorang suami yang telah meminta cerai atas sebab suaminya berasa
isterinya curang, padahal itu hanyalah kerana perasaan cemburu dan suaminya juga berkata
buruk tentang rupa anaknya , walau bagaimanapun, isterinya masih memaafkan suaminya.
Hal ini telah membuatkan ramai pembaca tidak berpuas hati dengan keputusan penulis untuk
mengkonklusikan cerita ini sebegini.

Selain itu, personaliti watak yang tidak berubah untuk menjadi yang lebih baik. Watak
utama yang naif, sanggup memaafkan bekas suaminya yang berperangai keji terhadapnya
sebelum bercerai dan personaliti watak yang tidak konsisten, bertukar-tukar sesukahati
penulis.

Di samping itu, penggunaan Bahasa penulis yang tidak seberapa. Sebagai contoh, terdapat
banyak penggunaan bahasa Indonesia pada muka surat yang awal menyebabkan pembaca
yang tidak faham bahasa tersebut harus menggunakan aplikasi terjemahan untuk memahami
konteks dialog tersebut.

Akhir sekali, penulis lebih memfokuskan acara yang tidak penting. Plot yang penting
hanya ditunjuk dan diterangkan beberapa muka surat sahaja terlihat seperti penulis ini tidak
berusaha sehabis mungkin untuk menjayakan novel ini.

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat dalam novel ini ialah penulis
boleh memulakan dahulu kisah bagaimana hidung Waheeda boleh menjadi Kemet sehingga
menyebabkan dia ingin melakukan pendedahan plastik. Dengan ini, pembaca akan lebih
tertarik untuk membaca novel dari mula.

Seterusnya, penulis boleh menukarkan tajuk buku kepada tajuk-tajuk tempatan atau tajuk
yang mudah difahami. Hal ini akan menarik minat pembaca untuk mengetahui kisah-kisah
berlaku selanjutnya.

84

Selain itu, penulis juga tidak sepatutnya melakukan jalan penceritaan yang menyimpang
daripada plot asal. Hal ini demikian kerana pembaca akan berasa keliru tentang cerita apakah
yang sebenarnya ingin diutamakan.

Di samping itu, penulis juga seharusnya menukarkan perwatakan watak utama kepada
yang lebih baik. Sebagai contoh, Zahid perlu bersungguh dalam menyesali kesalahan yang
dia lakukan dan Waheeda pula tidak perlu mudah-mudah memaafkan suaminya itu.

Akhir sekali, penulis juga boleh menyelitkan kisah-kisah menarik yang berlaku kepada
watak-watak sampingan. Hal ini adalah supaya karakter mereka membangunkan lagi novel
ini.

85

Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Pengenalan

Novel ini menceritakan tentang Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad
Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah
mesra alam.

Biografi Pengarang

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand
dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

86

Muka Hadapan dan Belakang Novel

Sinopsis Keseluruhan

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan
negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa
menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim
mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula
menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik
cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa
cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala

87

Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa
terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan
ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah
diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hasfa.

Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul
Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai
Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada
kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya,
Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya
apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah
benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada
mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut
berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul

88

Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji
kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan
keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada
mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan
manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia
ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia,
manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia
dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu
yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa
Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun
merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai
Cerap Sultan Salahuddin yang bernama
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa
kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa
terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang
akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung
tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan
oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan
namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui
rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak

89

kekok untuk berbual setiap kali bersua muka.
Mereka mempunyai minat dalam bidang yang
sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah
prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan
olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan
Wickham memberikan pendapat beliau tentang
projek pembinaan rumah mesra alam komersial
yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad
Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila
subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.

Bab 3
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih
dahulu tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung
dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat
kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal
tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi
ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta
yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana,
Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa
menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan
seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan
dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci

Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-
kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-
juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.

90

Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan
semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan
bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan
pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu
jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang
cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit.
Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya
untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik
persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan
kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan.
Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan
persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka.
Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan
sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor
yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari
oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah
kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul
Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari
bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor
berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul
Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap.
Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan
daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang

91

guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan
Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca
laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang
ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh
John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji
falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit
di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala
Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1
sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias
dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya
lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah
berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan
kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang
dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap
alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira
apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong
usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor
daripada terus tercemar akibat pembangunan yang
tidak terancang.

Bab 5
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat
pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan
memandu laju ke sebuah kawasan kampung
tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang
didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang

92

pemanduannya, beliau mengimbas kembali
kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana
Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk
bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa
beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad
Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam
telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka
bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap
hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum
bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri
Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana
perbezaan pendapat dan membawa haluan
masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

Bab 6
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan
Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala
Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap
kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya.
Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan
Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar

93

yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian,
Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan
pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu
hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor,
Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah
bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah
hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh.
Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar
perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain.
Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan “lelaki kelip-kelip”. Lelaki tersebut merupakan
individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang
melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar
Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada
awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut,
namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-
buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa
bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang
dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan
Simpan Langit Gelap.

Bab 7
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-
kelip dengan berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan

94

bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman.

Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-
kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang

membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan
sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa
melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya.
Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut.
Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad
Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati
adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di
Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas
tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar
sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan
tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan,
terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua
ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran
pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya
lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan
paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan
cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut

95

dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar
penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik
kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik
menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu
mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah
tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang
sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat
kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di
atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga,
yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk
terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah
untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus,
manusia akan menyedari betapa pentingnya alam
sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju
dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan
abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua
pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar

96

bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya
Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang
tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya,
Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad
Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke
Kuala Selangor.

Bab 9
Bab ini menceritakan Muhammad
Taufik meminta pertolongan
ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk
menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara
industri untuk tujuan kaji bintang
amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip.
Pertemuan Tan Sri Muhaimin
dengan rakan lamanya Tan Sri
Yahya telah membuka ruang kepada
mereka untuk berbicara tentang
zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari
bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan
ciri-ciri terbaik dua orang manusia
bernama Muhaimin dan Maryam.

97

Bab 10
Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan
dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya.
Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa
dia selalu didampingi oleh perempuan-perempuan
yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan
meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik
yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan
seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh
keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan
Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang
pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ
mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti.
Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak
mengganggu perbincangan mereka. Muhammad
Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara
tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan
antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul
Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek

tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-
kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya

dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor
sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat
antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad

98

Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya
malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul
Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11
Muhammad Taufik memilih untuk
menggerakkan sampan menggunakan
pendayung, bukannnya dengan
menggunakan enjin motobot elektrik untuk
membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti
setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa,
keadaan gelap di situ adalah pada skala
dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik
menerangkan kepada dua beradik itu
tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa
saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin

banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak

bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam
itu Nurul Hafsa terkejut apabila
dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa
Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad

99

Taufik bahawa dia akan meneruskan
pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.
Bab 12
Muhammad Taufik akan mengambil
masa seminggu untuk meminta
bapanya menggunakan pengaruh
beliau agar dia dan Nurul Hafsa
dapat bertemu dengan pegawai
daerah dan panel penasihatnya. Di
hadapan dua insan penting tersebut,
Nurul Hafsa memulakan
pembentangan dengan membaca
surah al-A, raaf, ayat 56. Setelah
dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan
menjelaskan segala kekeliruan
Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka
meminta Beliaumeneliti cadangan
mereka untuk mewartakan Kuala
Selangor sebagai kawasan simpan
langit gelap yang pertama di negara
ini.

Bab 13
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah
mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan
minat mendalam menteri besar terhadap idea

100


Click to View FlipBook Version