The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adamadani2006, 2022-06-11 07:18:29

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5

projek Kawasan Simpan Langit Gelap.
Johann marah dengan berita tersebut kerana
hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan

penguasaan tender membekalkan lampu-
lampu daripada syarikat miliknya. Johann

merupakan ahli perniagaan yang hanya
mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila
Marion Wickham wanita yang dicintainya
memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami.
Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek
tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam
di bangunan SUK Shah Alam. Beliau
meminta Johann untuk belajar dan
memberikan tempoh selama seminggu untuk
berfikir bagi mendapatkan tender projek
tersebut jika mahu. Namun Johann tetap
berkeras dengan pendiriannya, dan rasa
tamaknya.

Bab 14
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi
pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk

101

memberi sokongan malah untuk mengganggu
dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin
disisinya telah membentangkan projek
tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya
dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak
berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan
pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar
turut menegur sikap buruk Johann dalam
majlis tersebut. Pada akhir pembentangan
Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak
kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam
diam mengatur rancangan untuk mengupah
tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut.

Bab 15
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan
yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut
sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang
melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat

102

tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-
tepi jalan. Namun demikian, dia hairan

walaupun tiga orang pemotong rumput
bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika
dia menghentikan kenderaannya di sisi
motosikal Budiman, dia menerima berita
Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus
pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya
dalam rimbunan lalang dengan bajunya
dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa
segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang.
Menerut siasatan awal, polis memberitahu

walaupun penyerang mengambil barang-
barang berharga milik Taufik, namun mereka

meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu
mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.

Bab 16
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan
abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana,
Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad

103

Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah
tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual
dengan mereka berdua dan menceritakan
keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu
mereka solat subuh berjemaah di surau
hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar
tentang keadaan Muhammad Taufik yang
semakin baik walaupun belum sedar. Nurul
Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari
kemudian sambal ditemani abangnya,
Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi.
Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin
mengundurkan diri. Namun begitu, temannya
itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan
perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan
tersebut, Muhammad Taufik sempat
bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.

Bab 17
Tan Sri Muhaimin memberitahu
Muhammad Taufik ketika beliau dan
bekas isterinya berada di hospital bersama
Muhammad Taufik bahawa Ketua
Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa
kejadian yang menimpa anaknya

104

merupakan kejadian jenayah biasa bagi
memudahkan pihak polis menjalankan
siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta
ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan
khianat kerana dia yakin motif serangan
tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah
seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan.
Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan
telefon, keesokan harinya akhbar
mengeluarkan berita bahawa Kuala
Selangor Akan Diwartakan Sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan
ke hospital, sudah hampir seminggu
kerja mencerap populasi kelip-kelip
terhenti. Sebagai menunaikan janji
mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan
kerja tersebut dengan menggunakan
peralatan pencerapan yang telah
disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke

105

kereta mereka selepas melakukan
aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul
Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di
tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh
tangan-tangan ganas. Dia ternampak
susuk tiga orang lelaki sebelum
mulutnya dibalut dengan pita pelekat
bersaiz lebar dan kepalnya disarung
dengan kain gelap.

Bab 19
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar
dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan
bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam
jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari
tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila
melihat kerongsang yang yakininya milik
Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan
Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen
petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa
disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam
nota yang diterimanya. Ketika itu, dia
diarahkan masuk ke dalam van tersebut
sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat

106

dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya
disarung dengan kain hitam sepanjang
perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke
lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa
ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat
melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh
penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum
dibebaskan. Dalam keadaan tersebut,
Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang
jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang.
Jika rancangan tersebut gagal sekalipun,
mereka masih boleh melepaskan diri
daripada tuduhan mencederakan, merogol
atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang
diri, dia telah membuat laporan polis.
Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran
Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan
meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah.

107

Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen
televisyen tempatan.
Bab 21
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas
yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun
Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk
tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa
sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke
lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan,
Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

Bab 22
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.

Kekuatan

Antara kekuatan novel ini ialah mempunyai tema yang menarik. Hal ini kerana tema novel ini
berbeza dari topik kebiasaan, ia Mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya
untuk menangani pencemaran cahaya.

108

Kekuatan yang kedua ialah pembaca dapat mengetahui dan mempelajari banyak fakta
tentang kelip-kelip dan pencemaran cahaya. Ini menjadikan novel lebih menarik kerana fakta
tentang kelip-kelip sukar untuk didapati.

Seterusnya, keberanian watak ini dalam memulihkan kawasan tertentu. Sebagai contoh,
Kuala Selangor yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa kehadiran watak-watak yang mampu
memulihkan dan mencantikkan semula Kuala Selangor dengan bintang yang bersinar pada
waktu malam.

Kekuatan yang keempat ialah penulis mempunyai pemikiran yang agak bagus semasa
menulis novel. Ini kerana watak-watak yang ditulis ini amat mudah untuk menarik perhatian
pembaca dengan kehadiran watak yang menepati janji, dan tekad dalam melakukan sesuatu.

Akhir sekali, sikap watak yang ditulis. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap watak-
watak yang ada di dalam novel ini boleh dijadikan contoh di dalam kehidupan kita, kerana
watak yang ditulis mampu merubah dan memperbaiki diri kita tidak kira dari segi sikap dan
perbuatan.

Kekurangan

Antara kekurangan novel ini ialah penceritaan yang tidak spesifik. Hal ini diperkatakan
demikian kerana penulis tidak menceritakan dengan lebih mendalam tentang sesuatu situasi
dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh , penulis
menceritakan bahawa Nurul Hafsah sudah dibebaskan oleh penculik tetapi penulis tidak
memberitahu lokasi dimanakah Nurul Hafsah dibebaskan

Seterusnya, kekurangan novel ini ialah sikap ceroboh dan sembrono seorang watak. Hal
ini kerana penulis tidak menerapkan nilai kebijaksanaan dalam menceritakan sesuatu situasi.
Sebagai contoh , Muhammad Taufik tahu dirinya akan diculik tetapi dia masih pergi ke arah
van tersebut seorang diri tanpa apa-apa perancangan.

Selain itu, penulis tidak berfikiran luas. Hal ini kerana di dalam penceritaan tersebut ,
penulis menceritakan tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbit Tan Sri
Muhaimin. Inspektor Lim pula menjumpai lokasi tersebut hanya disebabkan oleh aduan
penduduk. Penulis tidak mengembangkan ideanya dalam penggunaan teknologi. Jika kita
lihat pada zaman kini, pihak polis mempunyai pelbagai kemudahan untuk menangkap
penjenayah, salah satunya ialah menggodam pesanan ringkas yg dihantar oleh penjenayah

109

untuk mencari lokasi mereka. Perkara ini menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan pembaca.

Di samping itu, penulis tidak menerapkan nilai kemaafan di dalam novel. penulis
mewujudkan watak yang mempunyai dendam yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh,
Johan Arlington menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin
berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga
membawa kepada kes penculikan anak mereka iaitu Muhammad Taufik. Nilai ini akan
menyebabkan kesan yang buruk kepada pembaca.

Akhir sekali, kekurangan novel ini ialah kulit buku yang tidak menarik. Hal ini kerana
novel ini menggunakan warna yg gelap menyebabkan pengguna tidak tertarik dan mula
membuat ekspetasi tentang cerita novel tersebut tidak menarik dan membosankan tanpa
membacanya.

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat dalam novel ini ialah penulis
boleh mengurangkan jalan cerita agar menjadi lebih pendek. Jika jalan penceritaan novel itu
panjang, pembaca akan merasa bosan dan tidak mahu menghabiskan novel itu.

Seterusnya, penulis seharusnya mengurangkan penggunaan latar masyarakat yang terlalu
banyak. Penulis hanya perlu mengambil latar masyarakat yang betul-betul diperlukan untuk
novel ini.

Selain itu, penulis boleh berfikiran secara lebih luas untuk membuat novel ini. Dengan
idea-idea yang menarik, pelajar akan lebih tertarik untuk membaca novel ini sehingga habis.

Di samping itu, penulis boleh memasukkan beberapa konflik dalam setiap penceritaan
untuk menonjolkan rasa ingin tahu dalam diri pembaca. Dengan ini, pembaca akan lebih
tertarik dan focus untuk mengetahui apa yang akan terjadi.

Akhir sekali, novel ini perlu menukar kulit buku ke yang lebih menarik seperti menukar
kaler atau menambah corak. Dengan kulit buku yang menarik, orang ramai akan tertarik
untuk membaca novel ini.

110

Silir Daksina karya Nizar Parman
Pengenalan

Haiqal yang mengalami konflik keluarga berpunca daripada penceraian ibu dan bapanya
sehingga menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandung, Abdullah Kayan.

Biografi Pengarang

Penulis novel, Nizar Parman, 42, kelahiran Batu Pahat, Johor meraikan ulang tahun
bersamaan hari kemerdekaan negara. Nizar, guru SK Seri Lalang, Kluang, baru menamatkan
pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah
rendah. Novel pertama beliau ini terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon
Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.

Muka Hadapan dan Belakang Novel

111

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Dia tinggal
bersama umi dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
kandungannya adalah hasil penulisan ayah kandungnya. Haiqal teruja dengan kandungan
manuskrip itu. Dia bertekad untuk menjejak ayah kandungnya di sebuah kampung di Batu
Pahat, Johor .keputusan Haiqal untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan keras
daripada uminya atas sebab tiada apa-apa di sana kerana ayah kandungnya sudah lama
meninggal dunia. Hubungan umi dan ayah kandungnya tidak bahagia kerana mereka tidak
sehaluan kerana uminya tidak faham kerjaya ayahnya. Umi membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah kandung Haiqal tinggal kesepian di Johor . hidup
keseorang, kesepian dan dihurung kerinduan terhadap anaknya

Haiqal tetap ingin ke sana walaupun umi melarang keras keputusannya itu. Umi tidak mahu
Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal diugut umi, tidak akan
memberikan wang perbelanjaan semasa di sana tetapi akhirnya walidnya akan menanggung
perbelanjaannya semasa di sana.

Sesampai di kampung Seri Purnama, di sana Haiqal di sambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan kerana arwah ayahnya seorang yang sangat di segani. Sedikit
demi sedikit Haiqal mengetahui tentang arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk–
penduduk kampung di sini .terdapat sedikit ilmu tentang tarian zapin didalam novel ini.
Beliau juga seorang yang amat mencintai sastera.

Dari situlah Haiqal mula mengetahui tentang arwah ayahnya. Semenjak arwah ayahnya
meninggal kampung Seri Purnama kehilangan orang yang sangat penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini . sebelum Haiqal pulang , Haiqal ingin kumpulan zapin
D’Purnama membuat persembahan tarian zapin. Haiqal dan See Hwa menari zapin bersama .
Haiqal terharu kerana umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah turut ada untuk
menyaksikannya menari zapin. Dendam uminya terhadap Abdullah melebur apabila dia
datang ke kampung seri purnama untuk menyaksikan Haiqal menari dan uminya mengaku
bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal adalah darah Abdullah bin Kayan .

Sinopsis Mengikut Bab

Bab 1

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

112

Bab 2

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba
ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba
bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada
Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

Bab 3

ku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman
yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun
berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika
itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin
bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah
ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di
kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan
Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar.
Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu
dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah
dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik
guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak
apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah

113

Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku
tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

i Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran
aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia
susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman.
Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta
aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan
perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku.
Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai
Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji
Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur
begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu.
Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam)
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama
ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.

iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu..
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi.
Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku
puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi

114

sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai
Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat
latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman
di bibirnya,

v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa
orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran
aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan
hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping
potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup
aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling
mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan
dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

115

vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan
penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling
dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya
kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah
3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya
Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu
aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan
kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat
bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang
baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku
membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam
balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi
orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan
menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya
kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh
mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat
persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya
akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk
dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di
dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku
tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

Bab 4

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan
apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa

116

ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal
memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami
kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis
yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan
Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

Bab 5

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu
Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan
hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus
tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

Bab 6

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.

Bab 7

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.

117

Bab 8

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Bab 9

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

Bab 11

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

118

Bab 12
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

Bab 13
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Bab 15
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Bab 16
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

119

Kekuatan

Antara kekuatan novel ini ialah plot yang ingin diceritakan oleh penulis disampaikan.
Sebagi contoh,pengakhiran cerita ini mempunyai ceritanya dan cerita ini tidak tergantung
mahupun membuat pembaca tertanya-tanya walaupun novel itu sudah sampai ke
penghujungnya.

Kekuatan yang kedua ialah jalan cerita yang menarik bagi watak utama. Sebagai contoh,
watak yang ditulis tidak mudah putus asa untuk mengenali bapanya walaupun dia tidak
mengenali bapanya kerana perpisahan yang dibuat oleh penulis.

Seterusnya, penulis memberitahu latar belakang setiap watak. Dengan ini, pembaca tidak
mudah tertukar latar bagi setiap watak dan mampu memahami apa yang ingin disampaikan
oleh penulis.

Di samping itu, novel ini mempunyai pengajaran yang menarik. Tidak semua penulis ada
terfikir untuk menulis novel yang mempunyai pengajaran yang boleh diulaskan sendiri.

Akhir sekali, novel ini mampu membuatkan pembaca berasa sedih dengan penceritaan
yang menarik tentang bapa sebenar watak utama. Hal ini dikatakan kerana kesedihan yang
dilanda emak watak utama dijelaskan di penulisan bapa watak utama.

Kekurangan

Antara kekurangan novel ini ialah penulis kurang dalam memberikan gambaran situasi. Hal
ini akan membuatkan sesetengah pembaca tidak dapat membayangkan situasi atau
penceritaan secara dialog kerana terdapat beberapa individu yang lebih gemar untuk melihat
gambaran rajah daripada membacanya.

Kekurangan yang kedua ialah novel ini kurang menarik dari segi plot penceritaan. Dengan
ini, pembaca berasa bosan kerana lebih mengharapkan banyak kejutan daripada kisah Haiqal.

Seterusnya, penulis tidak menerapkan nilai kasih saying di dalam sesuatu penceritaan.
Sebagai contoh, , Abdullah Kayan berpisah dengan isterinya, Rafiqah. Rafiqah melarang
Haiqal berhubung dengan ayahnya menyebabkan Haiqal tidak mendapat kasih sayang
ayahnya. Penceraian yang berlaku dalam sesebuah keluarga telah menyebabkan seseorang
anak tidak mendapat kasih sayang daripada ayah atau ibu.

120

Selain itu, novel ini mempunyai watak yang tidak dapat berfikir tentang akibat kepada
keluarga. Hal ini akan mendorong pembaca ke arah negatif. Tauke Lim terpaksa berhijrah ke
tempat lain bersama keluarganya kerana harta peninggalan ayahnya habis dijual oleh
abangnya yang gila judi untuk membayar pinjaman daripada ceti haram.

Akhir sekali, penceritaan watak yang mementingkan diri sendiri. Hal ini akan
membuatkan pembaca terikut dengan sikap negatif ini. Sebagai contoh, Rafiqah
mementingkan diri sendiri sehingga menyekat Haiqal untuk mengenali wajah ayah
kandungnya dan melawat arwah ayahnya yang meninggal dunia.

Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat dalam novel ini ialah penulis
boleh mengurangkan penggunaan watak sampingan yang terlalu banyak. Hal ini diperkatakan
demikian kerana pembaca akan keliru dengan cerita ini sekiranya terdapat terlalu ramai watak
sampingan.

Seterusnya, penulis boleh mengurangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sesuatu
tempat. Hal ini juga kerana pembaca akan lebih keliru dengan cerita ini sekiranya terlalu
banyak peristiwa di suatu tempat.

Selain itu, penulis boleh menceritakan tentang mengapa umi Haiqal melarang sama sekali
Haiqal untuk pulang ke kampung arwah ayahnya. Dengan ini, perasaan ingin tahu akan
muncul dalam diri pembaca.

Di samping itu, penulis boleh menarikkan lagi plot penceritaan novel ini. Hal ini akan
membuat pembaca tidak rasa bosan dan puas hati dengan penceritaan novel ini.

Akhir sekali, penulis boleh mengurangkan penceritaan watak yang kurang baik. Hal ini
adalah supaya pembaca tidak terikut dengan sikap negatif yang ditunjukkan oleh watak
tertentu.

121

Rujukan

1.http://novelkomsasjawapan.blogspot.com/2015/01/novel-leftenan-adnan-wira-bangsa_16.html
2. https://papermate2401.blogspot.com/2018/05/analisis-lengkap-leftenan-adnan.html
3. https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
4. http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html
5. https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html
6. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-Tingkat
7. http://muinmohsein.blogspot.com/2015/01/novel-jendela-menghadap-jalan.html
8. http://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html
9. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
10. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-Tingka
11. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/10/Novel-Bimasakti-Menari.pdf
12. https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/novel-silir-daksina-tingkatan-5-spm.html
13. https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-silir-daksina-sinopsis-mengikut-bab/
14. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-songket-berbenang-emas-komsas.html?m=1
15. https://cikgugk16.blogspot.com/2016/11/novel-songket-berbenang-emas-sumber.html?m=1
16. https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html
17. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/09/NOVEL-TIRANI.pdf

122


Click to View FlipBook Version