The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctnorzailah, 2023-03-11 09:52:13

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEMESRA 2023_2024

VERSI 1

(ii) Cuti Haji; (iii) Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut; (iv) Cuti Bersalin; (v) Cuti Belajar melebihi tiga (3) bulan kecuali Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pensyarah Pelatih Perubatan/ Pensyarah Perubatan (Pelatih) yang layak di atas kadar sebenar/ separuh yang mengikuti kursus Sarjana Perubatan atau Pergigian yang mana berkenaan di bawah program kepakaran yang dilaksanakan di dalam negeri mengikut Sistem Terbuka/ Sistem Tertutup; atau (vi) kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas yang melebihi 28 hari berturutturut. (k) layak dibayar Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) kecuali kepada pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut: (i) Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut; (ii) Cuti Haji; (iii) Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut; 6


(iv) Cuti Bersalin; (v) Cuti Belajar melebihi tiga (3) bulan; atau (vi) kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas yang melebihi 28 hari berturutturut. (l) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBBP untuk berkhidmat dengan Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian; (m) baki Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum memulakan cuti adalah tertakluk kepada peraturan Membawa Ke Hadapan Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Diambil; (n) bagi pegawai yang diluluskan CBBP melebihi 12 bulan, semua cuti rehat yang pegawai berkelayakan sebelum tarikh CBBP tersebut adalah luput. Walau bagaimanapun, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan tertakluk kepada had sehingga 7 hari sekiranya pegawai masih mempunyai baki Cuti Rehat sebelum tarikh kuat kuasa CBBP. Cuti Rehat ini tidak perlu ditolak dari Cuti Rehat yang pegawai akan berkelayakan setelah pegawai berkhidmat semula; (o) tempoh Cuti Bergaji Penuh diambil kira untuk tujuan kekananan pegawai; 7


(p) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat yang ditetapkan; (q) tempoh CBBP yang melebihi 92 hari, Cuti Haji dan Cuti Tibi, Kusta dan Barah tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan; (r) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen; (s) tempoh cuti secara bergaji penuh akan diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain; (t) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira dalam tempoh notis peletakan jawatan; (u) tidak layak dibayar emolumen bagi tempoh pegawai mengambil Cuti Rehat melebihi kelayakan pada tahun semasa termasuk Cuti Rehat yang telah dibawa ke hadapan. Bilangan hari yang terlebih ambil hendaklah dianggap sebagai Cuti Tanpa Gaji dan ditolak daripada Cuti Tanpa Gaji yang pegawai berkelayakan di bawah Perintah Am 14 Bab C, 1974. Pegawai juga boleh dikenakan tindakan tatatertib; 8


(v) tidak layak dibayar emolumen bagi tempoh pegawai mengambil cuti-cuti lain seperti Cuti Isteri Bersalin, Cuti Kematian Ahli Keluarga Terdekat dan Cuti Latihan Pasukan Sukarela yang melebihi kelayakan mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Tindakan ini hanya boleh diambil setelah tempoh cuti yang terlebih itu ditolak daripada Cuti Rehat yang pegawai layak pada masa itu; (w) layak dibayar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBBP di dalam negara. Kadar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBBP di dalam negara adalah mengikut lokasi institusi pengajian pegawai; (x) layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah bagi pegawai yang diluluskan kursus tidak melebihi tiga (3) bulan. Bagi yang diluluskan CBBP melebihi tiga (3) bulan tidak layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah; dan (y) tempoh cuti akademik semasa pegawai diluluskan CBBP bagi tempoh 12 bulan atau kurang perlu ditolak dari jumlah Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum bercuti. Cuti Separuh Gaji 5.2 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Separuh Gaji adalah seperti berikut: (a) layak menerima separuh gaji pokok bulanan; 9


(b) layak menerima imbuhan tetap seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Gred Khas sebanyak separuh dari kadar penuh; (c) tidak layak elaun-elaun lain kecuali peraturan yang berkuat kuasa menyatakan sebaliknya. Sebagai contoh, pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) layak diberi Bantuan Sara Hidup sebanyak separuh dari kadar penuh yang pegawai berkelayakan; (d) layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa seperti kemudahan perubatan; (e) jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan, tempoh percubaan pegawai akan dibekukan mengikut tempoh Cuti Separuh Gaji; (f) layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat yang berkuat kuasa; (g) tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Separuh Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan: (i) CBSG; 10


(ii) Cuti Separuh Gaji kerana menghidap penyakit tibi, kusta, barah dan penyakit seumpamanya yang diperakukan oleh Lembaga Perubatan; atau (iii) kombinasi cuti di atas. Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii) dan (iii) adalah secara isyarat dan tidak lebih tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi pergerakan gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Separuh Gaji yang diluluskan seterusnya; (h) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang sedang memangku; (i) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu termasuk Cuti Separuh Gaji selama 14 hari atau lebih secara berturut-turut dengan mengambil kira hari rehat mingguan dan hari kelepasan am; (j) layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan sebanyak separuh daripada kadar penuh; 11


(k) tidak layak dibayar BIPK dan BISP; (l) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBSG untuk berkhidmat dengan Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian; (m) bagi pegawai yang diluluskan CBSG melebihi 12 bulan, semua cuti rehat yang pegawai berkelayakan sebelum tarikh CBSG tersebut adalah luput. Walau bagaimanapun, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan tertakluk kepada had sehingga 7 hari sekiranya pegawai masih mempunyai baki Cuti Rehat sebelum tarikh kuat kuasa CBSG. Cuti Rehat ini tidak perlu ditolak dari Cuti Rehat yang pegawai akan berkelayakan setelah pegawai berkhidmat semula; (n) tempoh Cuti Separuh Gaji tidak diambil kira untuk tujuan kekananan kecuali tempoh CBSG; (o) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan; (p) tempoh Cuti Separuh Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan; 12


(q) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh di masuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen; (r) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain; (s) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira bagi tujuan tempoh notis peletakan jawatan; (t) layak dibayar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBSG di dalam negeri sebanyak separuh daripada kadar penuh yang pegawai berkelayakan berdasarkan lokasi institusi pengajian pegawai. Tidak layak Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBSG di luar negeri melebihi satu tahun. Sekiranya tempoh CBSG kurang dari satu tahun, kelayakan Bantuan Sara Hidup ditentukan berdasarkan tempat terakhir pegawai bertugas atas kadar sebanyak separuh dari kadar penuh; (u) layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah bagi pegawai yang diluluskan kursus tidak melebihi tiga (3) bulan sebanyak separuh dari kadar penuh yang pegawai berkelayakan. Bagi yang diluluskan CBSG melebihi tiga (3) bulan tidak layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah; dan (v) tempoh cuti akademik semasa belajar yang diperoleh perlu ditolak dari jumlah Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan 13


sebelum Cuti Belajar jika pegawai diluluskan CBSG bagi tempoh 12 bulan atau kurang. Cuti Tanpa Gaji 5.3 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Tanpa Gaji adalah seperti berikut: (a) tidak layak menerima gaji pokok bulanan, imbuhan tetap dan elaun- elaun lain kecuali peraturan yang berkuat kuasa menyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun, bagi Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji, pegawai layak menerima Elaun Bantuan atas kadar bersamaan separuh gaji pokok (tidak termasuk imbuhan tetap dan elaun-elaun lain); (b) tidak layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa kecuali kemudahan perubatan; (c) tempoh percubaan pegawai akan dibekukan mengikut tempoh Cuti Tanpa Gaji jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan; (d) layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat yang berkuat kuasa; (e) tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan: 14


(i) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG); (ii) Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negeri; (iii) Cuti Menjaga Anak; atau (iv) kombinasi mana-mana cuti di (i), (ii) dan (iii) di atas. Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) adalah secara isyarat dan tertakluk kepada had sebanyak tidak melebihi tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi Pergerakan Gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan seterusnya; (f) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang sedang memangku; (g) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja bagi pegawai yang sedang menanggung kerja; (h) tidak layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan; 15


(i) tidak layak dibayar BIPK dan BISP; (j) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBTG untuk berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian; (k) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan; (l) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira untuk tujuan kekananan kecuali pegawai diluluskan CBTG; (m) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan; (n) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen; (o) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain; (p) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira bagi tujuan tempoh notis peletakan jawatan; 16


(q) tidak layak dibayar Bantuan Sara Hidup atau Bayaran Insentif Wilayah; dan (r) Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan kerana mengikut pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negeri dan Cuti Menjaga Anak tidak menjejaskan kelayakan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C 1974. 6. Jadual perbandingan kesan perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji adalah seperti di Lampiran C. STATUS PEGAWAI 7. Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji tidak menjejaskan status pegawai sebagai penjawat awam. Pegawai tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 8. Ketua Jabatan hendaklah menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan seseorang pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji. Ketua Jabatan dikehendaki mengemas kini rekod cuti dan perkhidmatan pegawai berkenaan atau mana-mana rekod perkhidmatan yang berkaitan. 17


PEMAKAIAN 9. Semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA Tarikh: 2 April 2009 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 18


LAMPIRAN A SENARAI PEKELILING PERKHIDMATAN DAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN YANG MENGANDUNGI PERATURAN KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG BERCUTI Bil. Bilangan PP/ SPP Tajuk PP / SPP 1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991 2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993 Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja 3 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1996 Cuti Tanpa Gaji Tidak Boleh Diambilkira Untuk Tujuan Notis Peletakan Jawatan 4 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998 Pelaksanaan Perenggan 93 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 Bagi Mengambilkira Tempoh Cuti Belajar Tanpa Gaji 5 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan 6 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2002 Bayaran Insentif Subjek Pendidikan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris 7 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2002 Panduan Pertukaran Pelantikan 8 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2002 Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Separuh Gaji Dan Cuti Tanpa Gaji Di Bawah SSM 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2005 Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negeri 1


Bil. Bilangan PP/ SPP Tajuk PP / SPP 10 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005 Bantuan Sara Hidup 11 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007 Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup 12 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam 13 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal 2


LAMPIRAN B SENARAI CUTI YANG BERKUAT KUASA PADA APRIL 2009 1. CUTI BERGAJI PENUH: (i) Cuti Rehat (ii) Cuti Penggal (iii) Cuti Rehat Khas (khusus untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) (iv) Cuti Sakit (v) Cuti Kerantina (vi) Cuti Bersalin (vii) Cuti Kecederaan (viii) Cuti Tibi, Kusta dan Barah (ix) Cuti Berkursus (x) Cuti Sabatikal (xi) Cuti Membuat Kerja Penyelidikan (xii) Cuti Sambilan (PDRM dan Jabatan Penjara) (xiii) Cuti Haji (xiv) Cuti Tambahan (Atas Sebab Kesihatan Guru) (xv) Cuti Tanpa Rekod (xvi) Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 bulan (xvii) Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am 3


2. CUTI SEPARUH GAJI: (i) Cuti Separuh Gaji (ii) Cuti Sakit Lanjutan (iii) Cuti Tibi, Kusta dan Barah (iv) Cuti Berkursus 3. CUTI TANPA GAJI: (i) Cuti Tanpa Gaji (ii) Cuti Sakit Lanjutan (iii) Cuti Menjaga Anak (iv) Cuti Berkursus (v) Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Mereka Bertugas/ Berkursus Di Dalam/ Luar Negeri (vi) Cuti Bagi Mengikuti Kursus Luar Kampus di Malaysia 4


LAMPIRAN C JADUAL PERBANDINGAN KESAN PERKHIDMATAN KE ATAS PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH (CBP), CUTI SEPARUH GAJI (CSG) DAN CUTI TANPA GAJI (CTG) Kategori Cuti Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji 1 Gaji Bulanan Layak gaji penuh Layak separuh gaji Tidak layak 2 Imbuhan Tetap (ITP/ITKA/ITK/ITJU/ITGK)* Layak imbuhan penuh Layak separuh imbuhan Tidak layak 3 Kemudahan Layak semua kemudahan Layak kemudahan tertentu seperti perubatan Tidak layak kemudahan kecuali perubatan 4 Tempoh percubaan (pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan) Diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan Dibekukan mengikut tempoh cuti Dibekukan mengikut tempoh cuti 5 Menduduki PenilaianTahap Kecekapan Layak Layak Layak 6 Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) Layak PGT Tidak layak PGT jika cuti melebihi 180 hari dalam satu tahun calendar kecuali PGT secara isyarat tidak lebih tiga (3) kali bagi pegawai yang diluluskan CBSG, CSG kerana menghidap penyakit tibi, kusta dan barah atau kombinasi cuti tersebut. Tidak layak PGT jika cuti melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali PGT secara isyarat tidak lebih tiga (3) kali bagi pegawai yang diluluskan CBTG, CTG Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri atau kombinasi manamana cuti tersebut. 7 Elaun Pemangkuan i. Tidak layak jika menggunakan Cuti Rehat sebelum Tidak layak Tidak layak 5 *ITP : Imbuhan Tetap Perumahan ITKA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITK : Imbuhan Tetap Keraian ITJU : Imbuhan Tetap Jawatan Utama ITGK : Imbuhan Tetap Gred Khas


Kategori Cuti Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji genap 28 hari pertama dalam tempoh pemangkuan kecuali Cuti Rehat atas sebab-sebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 6 hari bekerja; atau ii. Tidak layak jika bercuti melebihi 28 hari berturut-turut kecuali berkursus, meninggalkan jawatan atas tugas rasmi atau cuti sakit yang tidak melebihi 92 hari 8 Elaun Penanggungan Kerja i. Tidak layak jika menggunakan cuti rehat sebelum genap 28 hari pertama dalam tempoh penanggungan kerja kali pertama atau sebelum genap 14 hari pertama bagi penanggungan kerja kali kedua atau seterusnya atas jawatan yang sama kecuali Cuti Rehat atas sebab-sebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi Tidak layak jika tempoh cuti melebihi 14 hari berturut-turut Tidak layak 6


Kategori Cuti Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji daripada 5 hari bekerja; atau ii. Tidak layak jika tempoh cuti melebihi 14 hari berturut-turut 9 Bayaran Insentif Pakar/ Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam Layak kadar penuh Layak kadar separuh Tidak layak 10 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) i. Layak kadar penuh kecuali Cuti Rehat, Cuti Haji dan Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut dan Cuti Bersalin atau kombinasi mana-mana jenis cuti tersebut yang melebihi 28 hari berturut-turut; ii. Layak BIPK di atas kadar sebenar/ separuh bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pensyarah Pelatih Perubatan/ Pensyarah Perubatan (Pelatih) yang mengikuti kursus Sarjana Perubatan atau Pergigian yang mana berkenaan di bawah program kepakaran yang dilaksanakan di dalam negara mengikut Sistem Terbuka/ Sistem Tertutup. Tidak layak Tidak layak 7


Kategori Cuti Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji 11 Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) Layak kadar penuh kecuali Cuti Rehat, Cuti Haji dan Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut dan Cuti Bersalin atau kombinasi mana-mana jenis cuti tersebut yang melebihi 28 hari berturut-turut dan cuti berkursus melebihi tiga (3) bulan Tidak layak Tidak layak 12 Ikatan untuk berkhidmat dengan Kerajaan kerana diluluskan Cuti Belajar Terikat mengikut ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar syarat-syarat perjanjian Terikat mengikut ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar syaratsyarat perjanjian Terikat mengikut ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar syaratsyarat perjanjian 13 Baki Cuti Rehat sebelum bermula Cuti Belajar Bagi CBBP melebihi 12 bulan, baki Cuti Rehat akan luput Bagi CBSG melebihi 12 bulan, baki Cuti Rehat akan luput Bagi CBTG melebihi 12 bulan, baki Cuti Rehat akan luput 14 Tempoh Perkhidmatan yang melayakkan bagi Cuti Rehat Tempoh Cuti Haji, Cuti Tibi, Kusta dan Barah serta CBBP tidak diambil kira untuk perkiraan kelayakan Cuti Rehat Tempoh CSG tidak diambil kira untuk perkiraan kelayakan Cuti Rehat Tempoh CTG tidak diambil kira untuk perkiraan kelayakan Cuti Rehat 15 Kekananan Diambil kira Tidak diambil kira kecuali diluluskan CBSG Tidak diambil kira kecuali diluluskan CBTG 16 Kenaikan pangkat Layak jika memenuhi syarat Layak jika memenuhi syarat Layak jika memenuhi syarat 8


Kategori Cuti Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji 17 Tempoh Perkhidmatan dimasuk kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan Dimasuk kira Dimasuk kira Tidak dimasuk kira 18 Bantuan Sara Hidup Layak kadar penuh Layak kadar separuh Tidak layak 19 Tempoh Notis Peletakan Jawatan Diambil kira Diambil kira Tidak diambil kira 9


NR/EKMK /sz : Panduan Pengurusan Staf Tidak Hadir Bertugas ms 1 Panduan Pengurusan Staf Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti DI BAWAH PERATURAN 23, AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 – AKTA 605, PEKERJA YANG TIDAK HADIR BERTUGAS BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB DAN MEREKA YANG BERSALAH BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN SEHINGGA DIBUANG KERJA. Tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa, pada masa dan di tempat dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas Tidak hadir tanpa mengambil cuti; tanpa kebenaran; tanpa sebab munasabah Peraturan 21 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605 Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Ketua Jabatan untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya untuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi apa-apa pelanggaran peruntukan Peraturan-Peraturan ini. Seseorang Ketua Jabatan yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Peraturan 26 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605 Pelucutan hak emolumen kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti dan tidak mendapat kebenaran Ketua Jabatan tanpa sebab yang munasabah – hendaklah disifatkan telah terlucut hak walaupun tanpa arahan Jawatankuasa Tatatertib. Emolumen bermaksud : apa-apa saraan, termasuklah gaji, pemberian tetap, pembayaran insentif dan elaun bulanan, yang kena dibayar kepada seseorang pekerja setiap bulan. Penyata Emolumen (PE) atau juga dipanggil Kenyataan Gaji bererti suatu dokumen arahan untuk apa-apa tindakan berkaitan emolumen seseorang pekerja. Ketua Jabatan bermaksud – Pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, bahagian atau unit. Tidak Hadir Berterusan bermaksud – Tidak hadir secara berturut-turut bermula dari hari pertama sehingga tindakan diambil. Tidak Hadir Putus-Putus bermaksud – Tidak hadir secara berselang seli. HAK EMOLUMEN : Perintah Am Bab ‘C’ Klausa 14(a) Jika seseorang pekerja tidak hadir bekerja bagi sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang tidak munasabah, maka pekerja itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen PEMOTONGAN GAJI : Perintah Am Bab ‘C’ Klausa 14(b) Suatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui tempoh bagi pekerja itu tidak berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah perenggan 14(a) kepada Pihak Berkuasa bertanggungjawab bagi membayar gaji dan emolumen pekerja itu adalah satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen pekerja bagi tempoh beliau tidak hadir bekerja. MAKSUD TIDAK HADIR BERTUGAS KATEGORI TIDAK HADIR BERTUGAS Tidak mengambil cuti Mengambil cuti melebihi kelayakan Permohonan cuti tidak mengikut dasar dan prosedur ditetapkan (Contoh - Mengisi borang cuti setelah kembali dari bercuti tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu) Meminda atau menggunakan Sijil Cuti Sakit palsu atau Sijil Cuti Sakit tidak diperaku oleh Ketua Jabatan. (Perakuan bagi maksud ini adalah hanya kelulusan secara pentadbiran sahaja). Tidak hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan (Ponteng Kerja) Tidak melapor diri setelah tamat Cuti Belajar, Cuti Sabatikal, Cuti Tanpa Gaji, tidak lapor diri di tempat bertugas baru (kes pertukaran). STATUS i) Dapat Dikesan ii) Tidak Dapat Dikesan RUJUKAN DASAR & PERATURAN PERANAN KETUA JABATAN


NR/EKMK /sz : Panduan Pengurusan Staf Tidak Hadir Bertugas ms 2 PROSES AKTIVITI TINDAKAN Sebaik sahaja pekerja gagal hadir bagi tempoh tiga (3) hari sama ada secara berturut-turut atau berselang seli ; Dapatkan penjelasan secara bertulis / lisan (A) Terima Penjelasan Arahkan pekerja memohon cuti rehat jika penjelasan diterima dengan asas-asas yang kukuh dan disokong oleh keterangan berkaitan. (contoh : surat kematian saudara terdekat, surat pengesahan atau laporan polis), kecuali jika pekerja mempunyai Sijil Cuti Sakit. (B) Tolak Penjelasan Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan arahan POTONG GAJI (tidak hadir putus-putus) atau TAHAN GAJI (tidak hadir berterusan) secara bertulis melalui memorandum kepada Pengarah, Bahagian Sumber Manusia (BSM) Jabatan Pendaftar Kampus Induk atau Timbalan Pendaftar, Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan atau Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan (mengikut mana yang berkenaan) sekiranya staf gagal mengemukakan alasan yang munasabah Ketua Jabatan & Pegawai Pentadbiran / PTPO di PTJ Induk / KJ / KCK Mengeluarkan arahan PE potong gaji / tahan gaji (mengikut mana yang berkenaan) kepada Jabatan Bendahari Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan atau Kampus Kesihatan. Kemaskini maklumat di dalam sistem rekod SMU-S dan Sisrep Pegawai / PTPO Jab. Pendaftar Induk / KJ / KCK Jika staf didapati tidak hadir tanpa mengambil cuti; tanpa kebenaran; tanpa sebab munasabah; melebihi tujuh (7) hari, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara ini kepada Urusetia Jawatankuasa Tatatertib di Pejabat Perundangan. Ketua Jabatan Sekiranya kes tidak hadir bertugas ini melebihi tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan / atau tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menghantar wakil jabatan menyerahkan suatu surat kepada staf tersebut secara kendiri (by-hand) atau dihantar melalui kiriman Pos Berdaftar Akuan Terima ke alamat terakhir yang diketahui berdasarkan rekod Universiti untuk mengarahkan pekerja tersebut hadir bertugas. Satu salinan surat beserta laporan lengkap hendaklah diserahkan kepada BSM Jabatan Pendaftar Kampus Induk/ Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan atau Kampus Kesihatan (mengikut mana yang berkenaan) untuk makluman tahan gaji. Ketua Jabatan & Pegawai Pentadbiran / PTPO di PTJ Induk / KJ / KCK Tolak Penjelasan Terima Penjelasan MULA Rujuk Tindakan (A) Rujuk Tindakan (B) Arahan Potong Gaji atau Tahan Gaji Tindakan Selesai Arahan PE kpd Jab. Bendahari Kemaskini Sistem Keluarkan surat arahan kembali bertugas kepada staf melalui kiriman Surat Berdaftar Serahan surat makluman & laporan lengkap ke BPSM Hantar laporan ke Pej. Perundangan


NR/EKMK /sz : Panduan Pengurusan Staf Tidak Hadir Bertugas ms 3 PROSES AKTIVITI TINDAKAN (C) Tidak Atau Gagal Lapor Diri i) Jika surat tidak dapat diserahkan kepada pekerja disebabkan telah berpindah dari alamat terakhir yang diketahui berdasarkan rekod Universiti atau jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima dikembalikan kerana gagal diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Urusetia Jawatankuasa Tatatertib (Pejabat Perundangan) untuk tindakan selanjutnya. ii) Urusetia Jawatankuasa Tatatertib akan mengeluarkan suatu notis untuk penyiaran di surat khabar tempatan yang mempunyai edaran di seluruh negara dengan kenyataan berhubung ketidakhadiran dan tidak dapat dikesan serta mengkehendaki pekerja tersebut melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran itu. iii) Jika pekerja tidak kembali bertugas dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penyiaran notis tersebut dikeluarkan, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Urusetia Jawatankuasa Tatatertib bagi memulakan prosiding tatatertib. (D) Pekerja Kembali Lapor Diri i) Lapor kepada Jawatankuasa Tatatertib secara bertulis dan salinan surat kepada Jabatan Pendaftar mengikut Kampus. ii) Pantau kehadiran pekerja. Sekiranya pekerja hadir secara konsisten dalam tempoh sebulan dari tarikh lapor diri, maklumkan kepada Pengarah, BSM Jabatan Pendaftar Kampus Induk atau Timbalan Pendaftar, Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan atau Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan secara bertulis untuk membayar semula gaji pekerja (untuk kes tahan gaji). iii) Jabatan Pendaftar akan mengeluarkan PE pembayaran gaji semula kepada Jabatan Bendahari. Ketua Jabatan Urusetia Jawatankuasa Tatatertib Ketua Jabatan Ketua Jabatan Ketua Jabatan & Pegawai / PTPO Jabatan Pendaftar Suatu surat pertuduhan akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menentukan bahawa pelanggaran tatatertib ini adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat. Urusetia Jawatankuasa Tatatertib Sekiranya pekerja belum lagi disahkan dalam jawatan dan berada dalam status Percubaan, Jawatankuasa Tatatertib atau Pendaftar boleh mengarahkan BSM Jabatan Pendaftar di Kampus Induk atau Kampus Kejuruteraan atau Kampus Kesihatan untuk mengambil tindakan penamatan secara pentadbiran. Urusetia Jawatankuasa Tatatertib Tidak Lapor Diri @ Tidak Dapat Dikesan Staf Kembali Lapor Diri Rujuk Tindakan (C) Lapor ke Pej. Perundangan jika surat gagal diserahkan Notis penyiaran dikeluarkan Maklumbalas kpd Urusetia JT staf gagal lapor diri Rujuk Tindakan (D) Lapor maklumat ke Uurusetia JT Pantau & Lapor kehadiran staf Bayar semula gaji staf Surat Pertuduhan dari Jawatankuasa Tatatertib Pekerja berstatus Percubaan – tindakan penamatan di bawah Jabatan Pendaftar mengikut Kampus


NR/EKMK /sz : Panduan Pengurusan Staf Tidak Hadir Bertugas ms 4 PROSES AKTIVITI TINDAKAN (E) Pekerja Di Bawah Status Percubaan i) Sekiranya pekerja belum lagi disahkan dalam jawatan dan berada dalam status Percubaan, Jawatankuasa Tatatertib atau Pendaftar boleh mengarahkan BSM Jabatan Pendaftar Kampus Induk atau Kampus Kejuruteraan atau Kampus Kesihatan untuk mengambil tindakan penamatan secara pentadbiran. ii) Tindakan proses penamatan perkhidmatan secara pentadbiran akan dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih mengikut gred jawatan pekerja. iii) Sekiranya ditamatkan, surat arahan penamatan akan dikemukakan kepada pekerja terlibat dengan tempoh satu bulan notis mulai daripada tarikh surat arahan tersebut dikeluarkan beserta arahan PE. Satu salinan akan diberi kepada Ketua Jabatan dan Jabatan Bendahari di Kampus Induk / Kampus Kejuruteraan / Kampus Kesihatan (mengikut mana yang berkenaan). iv) Kemaskini maklumat dalam sistem SMU-S dan Sisrep. Pegawai / PTPO Jab. Pendaftar Induk / KJ / KCK (F) Pekerja Yang Telah Disahkan Dalam Jawatan i) Kes akan dibentangkan di bawah prosiding Jawatankuasa Tatatertib – Jawatankuasa Tatatertib bersidang dan akan mengeluarkan keputusan. ii) Proses makluman dan pengemaskinian akan dibuat di peringkat Pejabat Perundangan selaku Urusetia Jawatankuasa Tatatertib Pekerja. Urusetia Jawatankuasa Tatatertib Bentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa TAMAT Keputusan ditamatkan – rujuk proses tindakan (E) Prosiding J/kuasa Tatatertib – rujuk proses (F)


LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G – MEMATUHI WAKTU BEKERJA Tujuan 1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja kepada pegawai Perkhidmatan Awam sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perintah Am 5 Bab G. Tafsiran 2. Bagi tujuan garis panduan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: a. “kebenaran untuk meninggalkan pejabat” bermakna kebenaran yang diberi oleh Pegawai Penyelia kepada seseorang pegawai untuk meninggalkan tugasnya dalam tempoh waktu bekerja; b. “waktu bekerja” bermakna masa bekerja yang ditetapkan kepada seseorang pegawai mengikut peraturan yang berkuat kuasa; dan c. “Pegawai Penyelia” bermakna seseorang pegawai yang bertanggungjawab ke atas pegawai bawahannya. Pegawai penyelia mestilah mempunyai “hubungan taraf tinggi rendah” dalam satu susunan kuasa (span of control) di mana jawatan yang lebih tinggi itu bertanggungjawab secara langsung menyelia jawatan yang lebih rendah. Latar Belakang 3. Kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja diperuntukkan di bawah Perintah Am 5 Bab G. Perintah am tersebut menjelaskan bahawa jika seseorang pegawai hendak meninggalkan pejabatnya di dalam waktu bekerja, kebenaran Pegawai Penyelia hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Walau bagaimanapun, perintah am berkenaan tidak menjelaskan sebab-sebab untuk membolehkan seseorang pegawai itu diberi kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dan tempoh masa yang terlibat.


LAMPIRAN 2 Garis Panduan Pelaksanaan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja 4. Pelaksanaan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja adalah seperti berikut: a. pegawai hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Penyelia terlebih dahulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dengan menggunakan borang yang disediakan dalam garis panduan ini; b. kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi tujuan menyelesaikan urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Pegawai hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan tanggungjawabnya sekiranya urusan persendirian tersebut boleh diselesaikan menerusi perkhidmatan atas talian atau perkhidmatan yang disediakan di luar waktu bekerja; c. Pegawai Penyelia hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi kebenaran kepada pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan persendirian setelah mengambilkira kepentingan perkhidmatan; d. tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan; e. pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/ hospital dikehendaki mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/ hospital berkenaan dalam tempoh tersebut; f. tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap sebagai Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan; g. Pegawai Penyelia boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah


LAMPIRAN 3 digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas; dan h. Pegawai Penyelia hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini tidak disalahgunakan oleh pegawai terutamanya dari segi kekerapan penggunaannya. Tarikh Kuat Kuasa 5. Peraturan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh garis panduan ini dikeluarkan. Kekecualian 6. Garis panduan ini tidak terpakai kepada pegawai yang mempunyai anak kurang upaya. Pegawai masih tertakluk di bawah pemakaian surat edaran yang sedia ada. Jabatan Perkhidmatan Awam 9 Disember 2009


KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Kepada : (Pegawai Penyelia) Saya memohon kebenaran meninggalkan pejabat untuk tujuan : Tempoh yang diperlukan : hingga (jam) (jam) Tandatangan : Pemohon Nama Penuh : Jawatan : Tarikh : Permohonan pelepasan waktu bekerja * diluluskan / tidak diluluskan Tandatangan : Pegawai Penyelia Nama Penuh : Jawatan : Tarikh : * potong mana yang tidak berkenaan Catitan : 1. Sekiranya tempoh pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja melebihi 4 jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditetapkan pada hari tersebut, maka pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan. 2. Pegawai hendaklah sentiasa bersedia untuk menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas sekiranya diarahkan oleh Pegawai Penyelianya.


KERAJAAN MALAYSIA Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN Jabatan Perdana Menteri Malaysia 25 November 1981 Dikelilingkan Kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan


1 Jabatan Perdana Menteri Malaysia Kuala Lumpur Telefon: 203722 Kawat: PERDANA Rujukan Kami: PM(S)18114 Jilid III Tarikh: 25 November 1981 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat-Pejabat Kerajaan Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka. 2. Keputusan ini perlu dilaksanakan disemua pejabat dan agensi Kerajaan Persekutuan mulai dari sekarang. Badan-badan Berkanun dan Kerajaan-Kerajaan Negeri juga adalah diminta untuk turut melaksanakan sistem ini supaya terdapat keselarasan pengawalan selama peringkat Kerajaan di negara ini. Cara Pelaksanaan 3. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, akan mengeluarkan panduan tentang cara pelaksanaan sistem penggunaan kad perakam waktu itu secara berasingan. 4. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengambil tindakan sesuai melaksanakan keputusan ini di Kementerian mereka masing-masing dan juga di jabatanjabatan dan Badan-badan Berkanun di bawah pengawasan Kementerian mereka. Untuk melaksanakan keputusan ini peruntukan boleh diperolehi daripada Perbendaharaan untuk pembelian alat-alat yang diperlukan melalui urusan kontrak Perbendaharaan. Nasihatnasihat lain jika perlu untuk melaksanakan keputusan ini bolehlah diminta dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Pemakaian 5. Kerajaan sedar bahawa sistem penggunaan kad perakam waktu itu mungkin menghadapi masalah bagi pejabat-pejabat yang mempunyai pegawai-pegawai dan


2 kakitangan yang menjalankan tugas diluar waktu biasa, diluar waktu pejabat atau mengikut giliran (shift) yang lain dari waktu biasa. 6. Pejabat-pejabat begitu tidak dikecualikan dari menggunakan sistem tersebut, tetapi bolehlah mengadakan ubah suaian mengikut budi bicara Ketua-ketua Jabatan masingmasing. Walau bagaimanapun kelonggaran ini adalah tertakluk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU). "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Tan Sri Hashim bin Aman Ketua Setiausaha Negara s.k. Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri


3 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia Jabatan Perdana Menteri Tingkat 4, Wisma PKNS Jalan Raja Laut Kuala Lumpur Telefon: Wisma PKNS 982066 Jalan Dato' Onn:203722 Kawat: PERDANA Rujukan Kami: UPTM 101/147/1-15(13) Kulit 2 Tarikh: 25 November 1981 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan Panduan Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) Di Pejabat-Pejabat Kerajaan Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 Jabatan Perdana Menteri bertarikh 25 November 1981 berkenaan dengan Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat-Pejabat Kerajaan. 2. Bersama-sama ini disertakan panduan (Sila lihat Lampiran A) mengenai cara-cara pelaksanaan sistem tersebut seperti yang disebutkan dalam para 3 Surat Pekeliling berkenaan. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, (Dr. Mohd. Nor Abdul Ghani) b.p. Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perdana Menteri. s.k. Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri


Click to View FlipBook Version