Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 2. Memimpin dan membantu dalam tugasan kurikulum dan kokurikulum berkaitan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan. i ) Menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran. ii ) Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran. iii) Membantu mengatasi kelemahan dan membimbing pelajar dalam mata pelajaran kepakaran. 3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan. 4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, menerokai inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya. 5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di KPM. SENARAI TUGAS KAUNSELOR 1. Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah 2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar. 3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. 4. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. 6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika. 7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. 8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT. 9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, rokok dan alkohol. 10. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. 11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah. 12. Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Page16
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya. 18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas Sekolah. 21. Menjadi penyelaras dalam program mento-mentee sekolah. 22. Menjadi Penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA A. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. MAJLIS PENGURUSAN SEKOLAH. 1.1 Menjadi badan tertinggi sekolah yang memainkan peranan sebagai tempat rujukan. 1.2 Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan asrama, dewan, bilik rehat, surau serta kawasan sekolah. 1.3 Merancang pembangunan rohani dan sahsiah. 1.4 Bertugas menjadi jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu masalah yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain. 1.5 Menyelaras segala program yang dirancang serta pelaksanaannya. 1.6 Merancang takwim sekolah. 1.7 Memastikan pelaksanaan segala program yang dirancangkan mengikut jadual. 1.8 Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik bagi peperiksaan PMR, SPM dan peperiksaan dalaman. 2. LEMBAGA TATATERTIB KAKITANGAN SEKOLAH. 2.1 Berfungsi sebagai badan tertinggi peringkat sekolah dalam aspek kawalan disiplin kakitangan. 2.2 Membuat keputusan di atas segala bentuk tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap kakitangan. 2.3 Bertindak sebagai panel rayuan terhadap segala tindakan tatatertib peringkat sekolah. 2.4 Menyedia dan menghantar laporan kes tatatertib kepada pihak-pihak yang berkaitan. 3. JAWATANKUASA PENGURUSAN SETOR DAN ASET KERAJAAN. 3.1 Membaca, memahami dan melaksanakan arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD. 3.2 Semua penerimaan/ pembelian mesti direkodkan dalam Kad Harta Modal, Kad Inventori dan Buku Stok Bekalan Pejabat. 3.3 Menguruskan semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskira mengikut peraturan. 3.4 Mengenalpasti keperluan perabot sekolah. 3.5 Memastikan sistem inventori dilaksanakan. 3.6 Memastikan semakan inventori dibuat pada setiap pertengahan akhir tahun. 3.7 Mengurus harta modal termasuk membaiki dan menyenggara bila perlu. 3.8 Memastikan semua harta modal disimpan dengan selamat. Page17
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 3.9 Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar. 4. JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH. 4.1 Membaca dan memahami pekeliling/ surat pekeliling yang berkaitan dengan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan sekolah yang diedarkan dari semasa ke semasa. 4.2 Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penolong Kanan, Penyelaras Tingkatan, Guru Tingkatan dan Kerani. 4.3 Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan. 4.4 Mengagihkan buku resit kepada guru tingkatan dan penyelaras tingkatan. 4.5 Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank. 4.6 Memastikan semua pembelian/ pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan. 4.7 Menyediakan Buku Tunai Kerajaan/ SUWA/ Panjar Wang Runcit. 4.8 Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Tunai Kerajaan/ SUWA/ Panjar Wang Runcit. 5. JAWATANKUASA SEBUTHARGA/ TENDER SEKOLAH. 5.1 Mengeluarkan iklan atau pelawaan tender. 5.2 Mengeluarkan borang-borang yang berkaitan dengan pajakan kepada penender. 5.3 Menerima dan mengumpul semua tawaran dari penender. 5.4 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembukaan Tender. 5.5 Membuat pengesoran kepada Jabatan Pendidikan untuk tindakan selanjutnya. 5.6 Memaklumkan kepada penender yang Berjaya setelah diputuskan oleh Jabatan Pendidikan. 5.7 Menerangkan syarat-syarat kepada penender yang Berjaya. 6. JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN. 6.1 Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan menetapkan yuran sumbangan guru dan kakitangan. 6.2 Menjadi orang perantaraan antara staf dengan pengetua. 6.3 Merancang program untuk meningkatkan kebajikan kakitangan. 6.4 Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan bertukar/ pencen dan menyambut staf baru. 6.5 Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan waris staf meninggal dunia. 6.6 Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru/ Hari Keluarga dengan kerjasama guru-guru penolong kanan dan badan pengawas sekolah. 6.7 Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan / kegiatan sukan atau riadah untuk ahli. 6.8 Memastikan semua guru dan kakitangan sokongan menjadi ahli. 6.9 Membantu pihak sekolah mengadakan lawatan terancang/ lawatan sambil belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan kesejawatan. 6.10Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf. 7. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAFF. 7.1 Bertanggungjawab merangka dan melaksanakan program perkembangan staf dari segi: 7.1.1 Akademik. 7.1.2 Kaunseling/ motivasi/ bina insan 7.1.3 Sahsiah dan keagamaan 7.2 Membuat kertas cadangan dan anggaran perbelanjaan bagi program yang diatur. 7.3 Bekerjasama dengan Jawatankuasa Bimbingan, Kaunseling & Kerjaya dan Badan Kebajikan dan Guru dalam pelaksanaan program. Page18
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 8. JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA. 8.1 Merancang dan melaksana serta membuat penambahbaikan yang berterusan mengikut standard yang telah ditetapkan. 8.2 Mengemaskinikan segala maklumat dan data yang terkini sesuai dengan kehendak SKPM. 8.3 Sentiasa berhubung dengan Jemaah Nazir untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai SKPM. 9. JAWATANKUASA PENGURUSAN PEJABAT. 9.1 Merancang dan melaksanakan dasar-dasar pengurusan pejabat mengikut Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam. 9.2 Melaksanakan proses-proses pengurusan pejabat untuk mencapai tahap juara. 10. UNIT PENGURUSAN MAKMAL. 10.1 Meminta sebut harga dari syarikat-syarikat tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan). 10.2 Menulis pesanan dalam borang pesanan. Pesanan mestilah dibuat melalui Guru Kanan Sains/ Pengetua. 10.3 Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains. 10.4 Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas. 10.5 Menjaga makmal dan memastikan makmal berkeadaan bersih, kemas dan selamat. 10.6 Memastikan bahan/ ubatan di dalam kotak kecemasan sentiasa mencukupi. 10.7 Mengutamakan langkah keselamatan dalam sesuatu kecemasan. 10.8 Menjalankan tugas-tugas harian/ rutin. 10.9 Membuka, mengunci dan menjaga keselamatan dan kebersihan makmal. 10.10Membantu mengurus buku stok/ inventori. 10.11Memastikan semua radas/ alatan dan bahan kimia berkeadaan baik dan selamat digunakan. 11. UNIT PENGURUSAN FAIL DAN MAKLUMAT. 11.1 Bertanggungjawab dalam pengurusan, perlabelan, penyemakan dan susun atur sistem fail di pejabat sekolah. 11.2 Memastikan sistem fail dalam unit-unit komputer di pejabat sekolah, selaras dengan sistem fail meja serta senang diakses. 11.3 Memastikan keselamatan fail-fail. 11.4 Menutup fail lama yang telah cukup syaratnya dan membuka fail baru. 11.5 Memastikan maklumat sistem fail sekolah sentiasa ada, dikemaskini dan boleh dirujuk pada bila-bila masa. 12. UNIT PERCETAKAN. 12.1 Mengendalikan mesin cetak dan menguruskan kerja-kerja percetakan apabila diminta oleh kakitangan sekolah. 12.2 Mengurus dan mengawal kad kew.312 dan kew. 313 peralatan percetakan. 12.3 Merangka dan menyediakan sistem pemantauan dan rekod bilik cetak. 12.4 Membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan mesin cetak setiap masa. 12.5 Melaporkan sebarang kerosakan peralatan bilik cetak kepada Jawatankuasa Penyelenggaraan Alat dengan segera. 12.6 Bertanggungjawab merancang dan melaporkan segala keperluan bahan cetak dan memastikan bahan cetak sentiasa mencukupi. 12.7 Memastikan bilik cetak sentiasa kemas, bersih dan teratur. Page19
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 13. UNIT KENDERAAN DAN PENGANGKUTAN. 13.1 Merangka dan menyediakan sistem pemantauan dan rekod bagi kenderaan sekolah. 13.2 Membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan setiap masa. 13.3 Melaporkan sebarang kerosakan kenderaan kepada pengetua dengan segera. 13.4 Memastikan kenderaan sentiasa bersih dan kemas. 14. UNIT PENGURUSAN MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN. 14.1 Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh mesyuarat berkenaan. 14.2 Memberitahu semua pihak yang berkenaan sebaik-baiknya melalui surat jemputan ke mesyuarat berkenaan. 14.3 Menyediakan minit mesyuarat yang lalu dan diedarkan kepada ahli. 14.4 Menyediakan lain-lain keperluan. 14.5 Membuat catatan mesyuarat semasa mesyuarat dijalankan. 14.6 Memfailkan semua dokumen yang berkaitan. 15. UNIT TABUNG EHSAN. 15.1 Bertanggungjawab dalam proses pendaftaran ahli baru. 15.2 Sebagai penghubung antara pihak sekolah dan pihak tabung ihsan. 15.3 Membuat pungutan apabila keadaan diperlukan. 15.4 Membuat pelaporan kepada Tabung dan menguruskan kebajikan apabila ada kematian ahli. 16. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN FIZIKAL. 16.1 Merancang pelan induk pembangunan fizikal sekolah. 16.2 Mengenalpasti projek-projek pembangunan yang diperlukan. 16.3 Merangka dan melaksanakan pemantauan kemudahan fizikal sekolah. 16.4 Mengenalpasti kerosakan dan mengambil langkah pembaikian. 16.5 Menyediakan anggaran belanjawan untuk penyelenggaran sekolah. 17. UNIT PEMBANGUNAN. 17.1 Membantu pengetua dalam perancangan pelan induk pembangunan fizikal sekolah. 17.2 Menyediakan anggaran belanjawan untuk pembangunan fizikal sekolah. 17.3 Membuat pemantauan terhadap sebarang kerja pembangunan oleh kontraktor yang dilantik serta menguji peralatan yang telah dibaiki. 18. UNIT PENYENGGARAAN PERALATAN. 18.1 Merancang dan menyediakan prosedur berkesan bagi memantau fungsi dan kerosakan peralatan yang terdapat di sekolah. 18.2 Melapor kepada pengetua sebarang kerosakan dan mengambil tindakan pembaikan jika berkemampuan. 18.3 Membuat anggaran belanjawan bagi sebarang pembaikpulihan peralatan yang rosak. 18.4 Membuat pemantauan terhadap sebarang kerja pembaikpulihan oleh kontraktor yang dilantik serta menguji peralatan yang telah dibaiki. 19. UNIT PENYENGGARAAN BANGUNAN. 19.1 Mewujudkan sistem pemantauan dan pelaporan yang berkesan kepada pentadbir bagi fungsi dan kerosakan bangunan yang terdapat di sekolah. 19.2 Melapor kepada pengetua sebarang kerosakan dan mengambil tindakan pembaikan jika berkemampuan. 19.3 Membuat anggaran belanjawan bagi sebarang pembaikpulihan bahagian bangunan yang rosak. 19.4 Membuat pemantauan terhadap sebarang kerja pembaikpulihan oleh kontraktor yang dilantik serta menguji bahagian bangunan yang telah dibaiki. Page20
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 20. UNIT PENGURUSAN DEWAN. 20.1 Bertanggungjawab dalam semua hal berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran, peraturan dan keberkesanan penggunaan dewan. 20.2 Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan alat dan perabot dewan. 20.3 Melengkapkan dewan dengan segala maklumat yang sesuai agar kelihatan kemas, sistematik dan berfungsi. 21. UNIT PENGURUSAN BILIK GERAKAN. 21.1 Bertanggungjawab dalam semua hal berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran, peraturan dan keberkesanan penggunaan bilik gerakan. 21.2 Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan alat dan perabot bilik gerakan. 21.3 Melengkapkan bilik gerakan dengan segala maklumat yang sesuai supaya kelihatan kemas, sistematik dan berfungsi. 22. UNIT KESELAMATAN. 22.1 Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD. 22.2 Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: - keselamatan lalulintas. - keselamatan di makmal, bengkel dan lain-lain bilik khas. - program pencegahan kebakaran. - mewujudkan pelan latihan kebakaran di semua bangunan. -merancang dan melaksanakan program latihan kebakaran. 22.3 Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan PDRM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, JKR dan RELA. 22.4 Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar. 22.5 Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi. 22.6 Memastikan sistem lalulintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat. 22.7 Menetapkan sistem lalulintas dan tempat letak kereta pada majlis rasmi sekolah. 23. UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN. 23.1 Bertanggungjawab memastikan papan tanda berfungsi seperti mana yang dikehendaki. 23.2 Menyelaras seni taman/ tapak semaian dan kerja-kerja berkaitan. 23.3 Memastikan mural yang ada pada dinding sekolah sentiasa ceria dan menarik. 23.4 Membuat pemeriksaan sepanjang masa bagi menilai keadaan keceriaan kawasan sekolah. 23.5 Memastikan semua kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria. 23.6 Mengadakan projek bersama di antara pihak sekolah dengan pihak luar bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah. 23.7 Merancang dan mewujudkan pelan induk keceriaan sekolah. 23.8 Mewujudkan sistem pemantauan dan pelaporan kepada pentadbir bagi kerja-kerja pembersihan kawasan yang dijalankan oleh kontraktor pembersihan kawasan. 23.9 Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan serta menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh pihak-pihak lain. 23.10 Merancang dan mengelolakan program-program keceriaan bilik darjah. 23.11 Mewujudkan pemantauan kebersihan. 23.12 Menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Page21
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 24. UNIT BILIK MESYUARAT. 24.1 Bertanggungjawab dalam semua hal berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran, peraturan dan keberkesanan penggunaan bilik mesyuarat. 24.2 Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan alat dan perabot bilik mesyuarat. 24.3 Melengkapkan bilik mesyuarat dengan segala maklumat yang sesuai agar kelihatan kemas, sistematik dan berfungsi. 25. UNIT BILIK-BILIK KHAS. 25.1 Bertanggungjawab dalam semua hal berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran, peraturan dan keberkesanan penggunaan bilik khas. 25.2 Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan alat dan perabot bilik khas. 25.3 Melengkapkan bilik khas dengan segala maklumat yang sesuai agar kelihatan kemas, sistematik dan berfungsi. 26. JAWATANKUASA BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH. 26.1 Bertanggungjawab dalam merangka, menyediakan serta mengedarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah sebelum mesyuarat pertama sesi persekolahan. 26.2 Membuat penyesuaian jawatankuasa dan bidang tugas jika keadaan memerlukan. B. KURIKULUM 1. JAWATANKUASA KURIKULUM. Bertanggungjawab kepada pengetua dan penolong kanan dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kurikulum meliputi: 1.1 Pengurusan jadual waktu. 1.2 Pengurusan pusat sumber. 1.3 Pengurusan penilaian dan peperiksaan. 1.4 Pengajaran dan pembelajaran. 1.5 Program kecemerlangan akademik. 1.6 Pengurusan panitia. 1.7 Pemulihan. 1.8 Pencerapan. 1.9 Pengurusan kelas. 1.10Takwim kurikulum. 2. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU INDUK DAN JADUAL GURU GANTI. 2.1 Bersama pengetua, penolong kanan dan guru-guru kanan merancang dan menyediakan jadual waktu sekolah. 2.2 Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 2.3 Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran. 2.4 Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 2.5 Menentukan penggunaan bengkel dan makmal. 2.6 Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu. 2.7 Menentukan corak jadual waktu yang akan digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok. 2.8 Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar. 2.9 Menguji pelaksanaan jadual waktu dan membuat perubahan jika terdapat pertindihan. 2.10Merombak jadual waktu mengikut keperluan semasa. 2.11 Memastikan satu salinan jadual waktu persendirian, tingkatan, makmal dan bengkel difailkan untuk rujukan sekolah. 2.12 Mengenalpasti guru yang tidak hadir dengan bantuan guru bertugas sebelum waktu persekolahan bermula. 2.13 Mengeluarkan jadual waktu guru ganti dan mengagihkan kepada guru yang terlibat (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981) Page22
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 3. JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN. 3.1 Merancang perkara-perkara yang berkaitan dengan peperiksaan peringkat sekolah termasuk menetapkan tarikh, tempat, jadual waktu peperiksaan dan jadual guru bertugas. 3.2 Mengeluarkan peraturan berkaitan peperiksaan. 3.3 Menyediakan jadual kerja bagi peperiksaan dalaman dan luar sekolah untuk setahun. 3.4 Menguruskan persiapan yang perlu bagi peperiksaan bertulis samada peperiksaan luar atau dalaman. 3.5 Menyelia peperiksaan dalaman dan luaran. 3.6 Menganalisis keputusan peperiksaan, menyedia dan menyampaikan keputusan kepada pelajar dan membuat persediaan awal bagi membolehkan keputusan peperiksaan dikeluarkan dengan segera, cekap dan tepat. 3.7 Menjalankan tindakan terhadap siaran-siaran berhubung peperiksaan. 3.8 Menguruskan pertukaran pusat peperiksaan bagi calon yang pindah sekolah jika ada. 3.9Menghantar slip keputusan peperiksaan dalaman kepada ibubapa/ penjaga pelajar. 4. JAWATANKUASA PERANCANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. 4.1 Merancang dan melaksanakan program untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar peringkat SPM. 4.2 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi setiap mata pelajaran. 4.3 Mengenalpasti guru-guru pakar dan penceramah luar untuk melaksanakan program pengukuhan dan teknik menjawab soalan. 4.4 Bertindak sebagai badan penyelaras bagi semua aktiviti peningkatan panitia mata pelajaran. 4.5 Merangka dan menyediakan jadual aktiviti peningkatan, jadual waktu kelas pemulihan dan jadual waktu kelas tambahan tingkatan 5. 4.6 Menyelaras kutipan yuran dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi semua aktiviti peningkatan akademik. 4.7 Bertindak sebagai badan kebajikan guru dalam melaksanakan semua aktiviti peningkatan (kelas tambahan, kelas pemulihan, ceramah guru luar, program kecemerlangan dan sebagainya). 5. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER. 5.1 Menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. 5.2 Memperbanyakkan koleksi bahan Pusat Sumber Sekolah. 5.3 Mempertingkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah. 5.4 Memastikan kelengkapan Pusat Sumber Sekolah mencukupi. 5.5 Memastikan keselesaan Pusat Sumber Sekolah. 5.6 Memastikan pengurusan Pusat Sumber Sekolah berjalan lancar. 5.7 Pengagihan beban tugas. 5.8 Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan pelajar Pusat Sumber Sekolah dan penggunaannya. 5.9 Penyebar maklumat kepada guru dan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah. 6.10Memastikan buku dikemaskinikan. 6.11Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber Sekolah. 6.12Memastikan peraturan Pusat Sumber Sekolah dilaksanakan dan dipatuhi. 6.13Merancang aktiviti dan melaksanakannya. 6.14Menilai perjalanan Pusat Sumber Sekolah dan membuat tindakan susulan. Page23
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 6. JAWATANKUASA PERHIMPUNAN SEKOLAH. 6.1 Memastikan peralatan tenikal disediakan dalam keadaan yang sempurna. 6.2 Memastikan kerusi guru-guru disediakan secukupnya dan dalam keadaan teratur mengikut kesesuaian majlis. 6.3 Memastikan pengacara dan pengawas mendapat aturcara. 6.4 Memastikan pelajar berbaris mengikut kelas masing-masing dengan teratur dan berdisiplin. 6.5 Mengambil tindakan bagi pelajar lewat ke perhimpunan. 6.6 Memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dengan bantuan pengawas sekolah. C. HAL EHWAL PELAJAR. 1. JAWATANKUASA HAL EHWAL PELAJAR. 1.1 Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberikan buah fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula mengikut keperluan. 1.2 Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan. 1.3 Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 1.4 Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibubapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. 1.5 Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas sekolah. 1.6 Mengendalikan dua jenis mesyuarat iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara pengetua. 2. JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA. 2.1 Khidmat unit bimbingan dan kaunseling meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu: - Bimbingan pelajar. - Bimbingan kerjaya. - Bimbingan sosial. - Bimbingan sahsiah. - Bimbingan psikologi. - Bimbingan pencegahan dadah dan AIDS. Page 2 4
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 2.2 Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan. 2.3 Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya. 2.4 Mengelola dan mengurus bilik unit bimbingan dan kaunseling secara berkesan. 2.5 Membentuk pasukan pembimbing rakan sebaya (PRS). 2.6 Menubuh dan mengelola kelab kerjaya. 2.7 Menyedia dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti. 2.8 Menyelaras hubungan dengan jabatan atau agensi luar untuk mendapatkan khidmat nasihat. 2.9 Menjalankan soal selidik untuk mendapat maklum balas mengenai sekolah (sampling). 2.10 Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar. 2.11 Mengadakan program khas bagi pelajar yang berisiko tinggi. 2.12 Mengadakan program khas pencegahan dadah dan AIDS. 2.13 Merancang dan menyediakan program orientasi. 2.14 Melaksanakan minggu orientasi. 3. LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PELAJAR. 3.1 Berfungsi sebagai badan tertinggi peringkat sekolah dalam aspek kawalan disiplin pelajar. 3.2 Memastikan segala peraturan sekolah digubal selaras dengan pekeliling perkhidmatan pendidikan. 3.3 Membuat keputusan di atas segala bentuk tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap pelajar. 3.4 Bertindak sebagai panel rayuan terhadap segala tindakan tatatertib peringkat sekolah. 3.5 Menyediakan dan menghantar laporan kes tatatertib kepada pihak-pihak yang berkaitan dengan sekolah. 4. BADAN DISIPLIN. 4.1 Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan tahap disiplin pelajar dengan memberikan buah fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula mengikut keperluan semasa. 4.2 Kes-kes disiplin berat perlu dirujuk kepada pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan. 4.3 Membincang masalah disiplin murid dengan tujuan membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 4.4 Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibubapa bagi menangani hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. 4.5 Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas sekolah. 4.6 Mengendalikan dua jenis mesyuarat iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara pengetua. 4.7 Membantu pengetua dalam mewujudkan iklim sekolah yang harmoni. 4.8 Sentiasa berhubung dengan pihak luar, terutama ibubapa, pihak polis, masyarakat sekitar dan jabatan-jabatan dalam mengendalikan kes disiplin. 4.9 Merancang program dan aktiviti pencegahan dan pemulihan untuk meningkatkan prestasi disiplin pelajar sekolah. 4.10Memastikan sistem maklumat pengurusan disiplin Badan Disiplin diwujudkan, diselia dan dikemaskinikan. 4.11Mengumpul semua maklumat salahlaku pelajar dari jawatankuasa pengurusan asrama, badan pengawas dan jawatankuasa lain apabila membuat sebutan kes pada Mesyuarat Badan Disiplin. Page25
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 5. BADAN PENGAWAS. 5.1 Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan tahap disiplin pelajar dengan memberikan buah fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula mengikut keperluan. 5.2 Kes-kes disiplin berat perlu dirujuk kepada pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan. 5.3 Membincangkan masalah disiplin murid dengan tujuan membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 5.4 Menimbang dan menerima pandangan serta cadangan dari pelajar, guru serta ibubapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. 5.5 Bertindak sebagai badan pemilihan perlantikan pengawas dan mencadangkan kepada pengetua untuk disahkan. 5.6 Merancang dan melaksanakan Majlis Pelantikan Rasmi Pengawas Sekolah. 5.7 Mengendalikan dua jenis mesyuarat iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara pengetua. 5.8 Membantu pengetua dalam mewujudkan iklim sekolah yang harmoni. 5.9 Sentiasa berhubung dengan pihak luar terutama ibubapa, pihak polis, masyarakat sekitar dan jabatan-jabatan dalam mengendalikan kes-kes disiplin. 5.10Merancang program dan aktiviti pencegahan dan pemulihan untuk meningkatkan prestasi disiplin pelajar sekolah. 5.11Memastikan sistem maklumat pengurusan disiplin badan pengawas diwujudkan, diselia dan dikemaskinikan. 6. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA. 6.1 Menentukan objektif kementerian mewujudkan asrama tercapai. 6.2 Membuat jadual pembahagian tugas. 6.3 Memastikan pengurusan asrama berjalan lancar dari segi: - Makanan. - Kebersihan. - Senarai aktiviti tahunan. 6.4 Merancang aktiviti dan kegiatan asrama. 6.5 Memastikan peraturan asrama dipatuhi. 6.6 Meningkatkan hubungan jawatankuasa asrama dengan ibubapa atau penjaga penghuni. 7. JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SEKOLAH. 7.1 Mengatur rancangan jangka pendek dan jangka panjang serta menentukan pelaksanaan. 7.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebulan sekali. 7.3 Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil Koperasi. 7.4 Memastikan pengurusan jual beli dijalankan dengan baik dan betul. 7.5 Memastikan buku stok sentiasa kemaskini. 7.6 Memastikan kewangan diuruskan dengan baik. 7.7 Memastikan laporan kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemas kini dan disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum Mesyuarat Agung. 7.8 Mewujudkan hubungan baik dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Kawasan. 8. JAWATANKUASA KEBAJIKAN PELAJAR. - Meneliti pekeliling dari Kementerian / Jabatan Pendidikan/ Pihak Penaja untuk memastikan syarat-syarat pemberian biasiswa dipatuhi. - Memastikan pelajar yang mendapat kemalangan diuruskan tuntutan insuran. - Memastikan rekod status ekonomi pelajar diwujudkan. Page26
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 8.1 UNIT BIASISWA. 8.1.1 Meneliti pekeliling dari Kementerian/ Jabatan Pendidikan/ Pihak Penaja untuk memastikan syarat-syarat pemberian biasiswa dipatuhi. 8.1.2 Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan. 8.1.3 Mengedar borang biasiswa kepada pelajar. 8.1.4 Menyemak permohonan, membuat perakuan dan menghantarnya mengikut tarikh yang ditetapkan. 8.1.5 Memastikan biasiswa dibankkan dengan segera. 8.1.6 Memberitahu ibubapa pelajar yang mendapat biasiswa. 8.1.7 Menyemak pemegang biasiswa dan menyampaikan kepada PK HEM dan ibubapa pelajar. 8.1.8 Memastikan buku akaun disimpan di pejabat sekolah. 8.1.9 Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat. 8.2 UNIT TAKAFUL. 8.2.1 Menyelia kutipan takaful dan memastikan semua pelajar membayar yuran takaful. 8.2.2 Menguruskan pendaftaranInsuran Takaful bagi semua pelajar. 8.2.3 Menguruskan Insuran Takaful bagi pelajar yang mendapat kemalangan. 8.3 TABUNG DERMA. 8.3.1 Mewujudkan rekod pelajar miskin. 8.3.2 Menguruskan kutipan derma kebajikan pelajar. 8.3.3 Menyelaras kutipan derma luar. 8.4 YURAN. 8.4.1 Mengenalpasti dan mengumpul maklumat pelajar yang tidak dapat menjelaskan yuran. 8.4.2 Mewujudkan sistem pemantauan dan pelaporan mengenai status kutipan yuran sekolah. 8.4.3 Berhubung dengan pembantu tadbir dalam menyelesaikan masalah berkaitan pungutan yuran sekolah. 8.5 UNIT KESIHATAN. 8.5.1 Menguruskan Bilik Rawatan/ Kesihatan supaya berada dalam keadaan bersih, ceria dan teratur. 8.5.2 Menguruskan proses lawatan rawatan oleh pegawai kesihatan. 8.5.3 Menyimpan dan menjilid bahan-bahan dokumen. 8.6 UNIT PUBLISITI DAN SERANTA. 8.6.1 Menyedia dan memaparkan media-media publisiti untuk sesuatu upacara atau majlis. 8.6.2 Mendokumentasikan dalam bentuk gambar, video dan catatan segala aktiviti sekolah. 8.6.3 Menyimpan dan menjilid bahan-bahan dokumen. 8.6.4 Mewujudkan Arkib Sekolah. 9. JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN REKOD PELAJAR. - Merangka dan melaksanakan program pengambilan dan pendaftaran pelajar. - Merancang dan memastikan hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 berjalan lancar dan teratur. - Membuat anggaran pebelanjaan bagi urusan pendaftaran pelajar baru. - Memastikan sistem rekod, testimonial pelajar dan jadual kedatangan diselia dan dikemaskini sepanjang masa. Page27
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 9.1 UNIT PENDAFTARAN DAN REKOD. 9.1.1 Menerima dan merekodkan borang-borang permohonan. 9.1.2 Memasukkan data pemohon dalam komputer. 9.1.3 Menyediakan borang-borang yang perlu untuk pendaftaran pelajar baru. 9.1.4 Mengeluarkan surat-surat tawaran kepada pelajar yang layak. 9.1.5 Membuat persediaan untuk pendaftaran pelajar baru. 9.1.6 Menguruskan pendaftaran pelajar. 9.2 UNIT PENYELIAAN JADUAL WAKTU KEDATANGAN. 9.2.1 Mewujudkan sistem penyeliaan dan pelaporan bagi semakan jadual kedatangan pelajar sekolah. 9.2.2 Memastikan setiap kelas mempunyai jadual kedatangan kelas. 9.2.3 Menyelia semua jadual kedatangan pelajar, setiap hujung bulan dan menyerahkan kepada PK HEM untuk ditandatangani. 9.2.4 Memastikan semua maklumat yang diperlukan, diisi dalam setiap jadual kedatangan oleh guru kelas. 9.3 UNIT PERSIJILAN & TESTIMONIAL. 9.3.1 Mengedarkan borang permohonan sijil berhenti/ surat akuan kepada pelajar untuk dipenuhkan dan mendapat tandatangan guru-guru yang berkenaan. 9.3.2 Mengumpul borang-borang yang telah dipenuhi oleh pelajar dan menyemak ketepatannya serta mengisi bahagian-bahagian yang berkaitan. 9.3.3 Mencetak sijil berhenti sekolah, sijil penyertaan kerja kursus dan surat akuan dan menyerahkan kepada pembantu tadbir untuk diurus penyimpanan dan tuntutan pelajar. 9.3.4 Menyedia dan mengedarkan sijil PEKA dan sijil penyertaan kerja kursus kepada pelajar. 10. JAWATANKUASA PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH. 10.1 Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan/ Kesihatan. 10.2 Bertindak sebagai perantara guru, kakitangan dan pelajar bagi pihak pengusaha kantin. 10.3 Memastikan mutu makanan terjamin dari segi kebersihan dan kesihatan serta mengikut syarat perjanjian. 10.4 Menerima, meneliti dan mengambil tindakan terhadap segala aduan yang diterima berhubung dengan masalah, menu, harga, kebersihan dan layanan oleh pihak penguasaha kantin. 10.5 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa mengikut keperluan. 11. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT). 11.1 Menguruskan borang permohonan buku teks. 11.2 Membuat pesanan buku teks. 11.3 Melaksanakan pengedaran buku teks. 11.4 Pengurusan rekod dan dokumen. 11.5 Pengurusan keselamatan buku teks. 11.6 Pengurusan pemulangan buku teks. 11.7 Pengurusan stok dan inventori. 11.8 Membuat cadangan buku tambahan. 11.9 Mengadakan mesyuarat AJK buku teks. Page28
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 12. JAWATANKUASA PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH. 12.1 Menentukan pembahagian tugasan. 12.2 Menentukan dasar mengenai percetakan, kandungan dan lain-lain aspek majalah. 12.3 Merancang jadual kerja dari awal tahun sehingga majalah sekolah diterbitkan serta diedarkan. 12.4 Menyediakan anggaran belanjawan. 12.5 Menguruskan segala surat menyurat yang diperlukan. 12.6 Mengumpul, menilai dan menyunting segala sumbangan rencana untuk dimuatkan ke dalam majalah. 12.7 Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai sumber kewangan. 12.8 Mengumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan di dalam majalah. 12.9 Mengurus penghantaran bahan untuk percetakan dan bertanggungjawab menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi kandungan sehingga sempurna. 12.10 Mengurus pengagihan majalah kepada pelajar, guru-guru dan pihak-pihak tertentu. 13. JAWATANKUASA TAKMIR MUSALLA. 13.1 Mewujudkan jawatankuasa biro agama di kalangan pelajar. 13.2 Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian. 13.3 Memastikan musalla sentiasa dalam keadaan ceria, kemas dan bersih. 13.4 Memastikan pelajar sentiasa mengikuti program yang dirancang dan dilaksanakan. 14. JAWATANKUASA PIBG. 14.1 Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan. 14.2 Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum. 14.3 Membantu pihak sekolah mempertingkatkan disiplin dan sahsiah pelajar. 14.4 Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan dan kebersihan sekolah. 14.5 Mempereratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa. 14.6 Menghadiri upacara rasmi sekolah. 14.7 Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan. 15. PENYELARAS DAN GURU TINGKATAN. 15.1 PENYELARAS TINGKATAN. 15.1.1 Menjadi perantara antara pihak pengurusan dengan guru-guru tingkatan. 15.1.2 Menyemak dan mengemaskini analisis kedatangan dan maklumat pelajar dalam jadual kedatangan pelajar pada setiap bulan bagi tingkatan yang diselia. 15.1.3 Menyelaraskan bersama program-program bagi tingkatan yang diselia. 15.1.4 Mempengerusikan mesyuarat guru tingkatan. 15.1.5 Menerima laporan kerosakan, masalah pelajar tingkatan daripada guru tingkatan dan lain-lain kepada pengetua dan penolong kanan. 15.1.6 Menyelaraskan hal-hal lain yang berkaitan dengan tingkatan yang diselia. 15.2 GURU TINGKATAN. 15.2.1 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS. i) Membantu organisasi kelas yang terdiri daripada ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan, bendahari, AJK kebersihan dan AJK keceriaan. Memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan tulis, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi dan meja serta membuang sampah. Memastikan AJK keceriaan sentiasa mengemaskinikan papan kenyataan dan papan maklumat sepanjang masa. Menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas. ii)Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas: a. Jadual waktu. b. Jadual tugas. Page29
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA c. Perabot kelas seperti kerusi dan meja pelajar, meja guru dan papan tulis diiventorikan. d. Terdapat moto kelas yang dipamerkan. e. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah disediakan. iii)Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. iv)Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan. v) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan baik. vi)Mengadakan tabung kelas dan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar. Tabung ini bertujuan seperti berikut: a) Keceriaan kelas. b) Kebajikan pelajar. 15.2.2 JADUAL KEDATANGAN DAN KEDATANGAN PELAJAR. i) Menandakan jadual kedatangan harian dalam Sistem APDM. ii) Menentukan semua butiran yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar. iii)Mengemaskinikan data pelajar di dalam kelas setiap masa. 15.2.3 LAPORAN PELAJARAN, SIJIL BERHENTI, SURAT AKUAN. i) Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar. ii)Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap semester/ penggal. iii)Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibubapa. iv)Menyediakan dan mengisikan “mark sheet”, sijil berhenti dan surat akuan pelajar. 15.2.4 MASALAH PEMBELAJARAN, KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN. i) Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik. ii)Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu). iii)Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar. iv)Melaporkan kepada guru bimbingan dan kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar. v) Melaporkan kepada guru kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. vi)Melaporkan kepada guru disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah. vii)Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut: a) Mendapatkan dan mengisi dalam dua (2) salinan borang “melanggar peraturan sekolah” yang diambil dari penyelaras tingkatan atau setiausaha disiplin sekolah. b) Menghantar salu (1) salinan borang tersebut kepada ibubapa. Page30
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 15.2.5 BUKU TEKS, BIASISWA DAN BANTUAN. i) Memastikan skim buku pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut serta ditulis nama pelajar. ii)Mengemaskinikan fail SPBT sepanjang masa. iii) Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan nama berkenaan kepada guru SPBT. iv) Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan. v) Melaporkan kepada guru biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa. 15.2.6 KUTIPAN YURAN DAN DERMA. i) Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus. ii) Mengutip sumbangan PIBG. iii)Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan. iv)Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi setiap pembayaran yang dibuat. v) Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan yuran kepada penolong kanan pentadbiran. vi)Menyerahkan wang kutipan sumbangan PIBG kepada bendahari PIBG. 15.2.7 PENDAFTARAN PELAJAR BARU. i) Menerima kemasukan pelajar baru dari penyelaras tingkatan. ii)Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada guru penolong kanan HEM. iii) Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks. iv) Menyemak maklumat sekiranya pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa serta melaporkan kepada guru biasiswa. v) Menentukan rumah sukan. vi) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan. 15.2.8 MURID KELUAR. i) Menentukan borang SPBT, kad kemajuan pelajar dan kad 001 dihantar ke pejabat. ii) Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5. iii)Menentukan kelulusan untuk bertukar sekolah telah diterima. iv)Menentukan buku teks telah dipulangkan. v) Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat. 15.2.9 PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN. i) Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan. ii) Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama pelajar mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada penyelaras kokurikulum. iii)Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum yang lain. Page31
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 15.2.10PENGERUSI MAJLIS RASMI SEKOLAH. i) Bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa majlis rasmi sekolah yang akan diadakan. ii) Menubuhkan jawatankuasa kecil bagi setiap majlis rasmi sekolah. iii)Merancang dan membuat anggaran peruntukan. iv)Memastikan majlis rasmi berjalan lancar dan teratur. D. KOKURIKULUM. 1. MAJLIS KOKURIKULUM. 1.1 Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – rancangan jangka panjang dan rancangan jangka pendek. 1.2 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. 1.3 Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 1.4 Menentukan takwim dan jadual waktu. 1.5 Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. 1.6 Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 1.7 Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 1.8 Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa dan kegiatan lain. 1.9 Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 1.10 Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah. 1.11 Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang digunakan. 1.12 Memberikan pengiktirafan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 1.13 Menyediakan buku laporan tahunan kepada pengetua. 2. MAJLIS SUKAN SEKOLAH. 2.1 Menentukan objektif sukan sekolah tercapai. 2.2 Merancang aktiviti sukan sekolah, jangka panjang dan jangka pendek. 2.3 Mengenalpasti TOV (take of value) dan merancang aktiviti sukan. 2.4 Merancang strategi peningkatan dan penglibatan sukan. 2.5 Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah. 2.6 Meningkatkan kemahiran guru melalui teknik sukan. 2.7 Menambahkan kepakaran dan peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman dan luaran. 2.8 Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicikan pelaksanaan. 2.9 Menyediakan buku laporan tahunan kepada pengetua. 3. SUKAN DAN PERMAINAN. 3.1 Mengadakan pendaftaran ahli. 3.2 Mengadakan Mesyuarat Agung. 3.3 Mengemaskinikan perlembagaan. 3.4 Menentukan jadual latihan. 3.5 Menyertai pertandingan atau perlawanan di pelbagai peringkat. 3.6 Menyediakan buku laporan tahunan kepada pengetua. Page32
Peraturan Kerja Guru dan Staf SEMESRA 4. PENASIHAT RUMAH SUKAN. 4.1 Mengadakan pendaftaran ahli. 4.2 Mengadakan Mesyuarat Agung. 4.3 Mengemaskinikan perlembagaan. 4.4 Perancangan aktiviti tahunan. 4.5 Menyertai pertandingan atau perlawanan di peringkat sekolah antara rumah sukan. 4.6 Menyediakan buku laporan tahunan kepada pengetua. 5. PERSATUAN DAN KELAB. 5.1 Mengadakan pendaftaran ahli. 5.2 Mengadakan Mesyuarat Agung. 5.3 Mengemaskinikan perlembagaan. 5.4 Perancangan dan perlaksanaan aktiviti tahunan. 5.5 Menyediakan buku laporan tahunan kepada pengetua. 6. BADAN BERUNIFORM. 6.1 Mengadakan pendaftaran ahli. 6.2 Mengadakan Mesyuarat Agung. 6.3 Mengemaskinikan perlembagaan. 6.4 Perancangan aktiviti tahunan. 6.5 Menyertai aktiviti, pertandingan atau perlawanan di pelbagai peringkat. 6.6 Menyediakan buku laporan tahunan kepada pengetua. 7. TEKNIK KEBUDAYAAN. 7.1 Merancang aktiviti latihan untuk menyertai pertandingan peringkat PPD, JPN dan Kementerian. 7.2 Melatih pelajar untuk menjadi juara dalam setiap pertandingan. 7.3 Memilih pelajar untuk menyertai pertandingan. Sentiasa peka dengan takwim pertandingan peringkat PPD, JPN dan Kementerian. 7.4 Mewujudkan pasukan pelapis. Page33
SURAT-SURAT PEKELILING
1 JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld. 3 (19) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2017 CUTI REHAT KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi menambah baik peruntukan sedia ada yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan. LATAR BELAKANG 2. Pada masa ini, pelaksanaan Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Surat JPA.SARAAN(S)63/51/8 Jld.2 (11) bertarikh 17 Februari 2015.
2 3. Dalam hal ini, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh (7) hari kepada sepuluh (10) hari setahun. TAFSIRAN 4. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- ‘perkhidmatan yang melayakkan’ bermaksud perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri daripada masa-masa bertugas, cuti rehat, cuti sakit dan cuti penggal/semester bergaji penuh tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar. ‘ahli keluarga’ bermaksud suami atau isteri dan anak-anak pegawai. ‘sanak saudara rapat’ bermaksud ibu bapa kandung, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat yang sah disisi undang-undang, ibu dan bapa saudara, adik beradik pegawai serta datuk dan nenek kepada pegawai dan suami/isteri pegawai. PELAKSANAAN Kelayakan Cuti Rehat Khas 5. Kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah sepuluh (10) hari setahun.
3 6. Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan. 7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan selain yang dinyatakan di perenggan 6 atau diperuntukkan kemudahan Cuti Rehat adalah tidak layak Cuti Rehat Khas. 8. Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada: (a) Guru Sandaran/Guru Interim; dan (b) Guru Kontrak. Peraturan Dan Syarat Cuti Rehat Khas 9. Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Pegawai boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan sepertimana dinyatakan di perenggan 16 dan 17. 10. Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. 11. Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut: (a) menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia; (b) mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
4 (c) menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai; (d) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; (e) menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga; (f) mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); (g) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi; (h) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan (i) perkahwinan pegawai atau anak pegawai. 12. Pegawai boleh dibenarkan memohon Cuti Rehat Khas yang melangkau tahun, di mana tempoh Cuti Rehat Khas tersebut melebihi daripada bilangan hari yang pegawai layak secara prorata, atas sebab bercuti yang tertakluk kepada tujuan-tujuan yang dinyatakan di perenggan 11(a) hingga 11(i). Walau bagaimanapun, Cuti Rehat Khas yang diluluskan adalah tertakluk kepada peruntukan dan kelayakan mengikut tahun berkaitan. 13. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Rehat Khas melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata dan kemudiannya tidak dapat memenuhi tempoh perkhidmatan yang melayakkan cuti tersebut pada tahun berkenaan, urusan pemotongan emolumen hendaklah dilakukan sebagai mengganti cuti yang telah terlebih diambil. 14. Dalam keadaan di mana jenis cuti yang diperuntukkan kepada pegawai bertukar dari Cuti Rehat Khas kepada Cuti Rehat, atau sebaliknya, pegawai adalah tertakluk kepada peraturan seperti berikut:
5 (a) layak diberikan Cuti Rehat Khas atau cuti rehat secara prorata mengikut jenis cuti yang diguna pakai; (b) apabila pegawai bertukar tempat bertugas atau jenis cuti, baki Cuti Rehat Khas atau cuti rehat di tempat atau jawatan terdahulu tidak boleh digunakan di tempat bertugas atau jawatan baharu; (c) pemotongan emolumen seperti di perenggan 13 atau pelarasan cuti tidak perlu dibuat ke atas Cuti Rehat Khas yang telah diambil melebihi bilangan yang dilayaki secara prorata; dan (d) baki cuti yang tidak dapat digunakan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 15. Contoh simulasi kelayakan cuti bagi pegawai dalam keadaan di perenggan 14 adalah seperti di Lampiran A. Kuasa Melulus 16. Kuasa untuk meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas ialah: (a) Pengetua/Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di sekolah; (b) Ketua Institusi Pendidikan di mana pegawai tersebut bertugas; atau (c) pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai di perenggan 16(a) dan 16(b).
6 17. Pihak yang meluluskan Cuti Rehat Khas hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tidak terjejas. PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) 18. Pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR atas sebab persaraan dilaksanakan seperti berikut: (a) Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi tujuan GCR pada setiap tahun; (b) Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan GCR di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dicantum dengan Cuti Rehat yang dikumpul bagi tujuan GCR mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; (c) pengumpulan Cuti Rehat dan Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR hendaklah mendapat pengesahan Ketua Jabatan setiap tahun; dan (d) sepanjang perkhidmatan seseorang pegawai, jumlah keseluruhan Cuti Rehat dan Cuti Rehat Khas yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan GCR hendaklah mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 19. Pegawai yang tidak layak GCR adalah seperti berikut: (a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang meletak jawatan; (b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dibuang kerja;
7 (c) Guru Sandaran/Guru Interim; dan (d) Guru Kontrak. TINDAKAN KETUA JABATAN 20. Bagi melaksanakan urusan kemudahan Cuti Rehat Khas dan pengumpulannya untuk tujuan GCR, Ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan berikut: (a) memastikan Cuti Rehat Khas yang diambil, direkod dan dikemas kini di dalam Buku Rekod Perkhidmatan; dan (b) mengesah dan merekodkan baki Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan GCR ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan pada setiap akhir tahun. 21. Bagi urusan persaraan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Ketua Jabatan hendaklah menguruskan permohonan GCR mengikut ketetapan pekeliling yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. 22. Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) berhak membetulkan apa-apa kesilapan perihal Cuti Rehat Khas bagi tujuan GCR bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepanjang tempoh perkhidmatannya bagi tujuan persaraan. PEMBATALAN 23. Dengan berkuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Surat JPA.SARAAN(S)63/51/8 Jld.2 (11) bertarikh 17 Februari 2015 adalah dibatalkan.
8 TARIKH KUAT KUASA 24. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.
1 LAMPIRAN A SIMULASI KELAYAKAN CUTI PEGAWAI YANG BERTUKAR JENIS CUTI Contoh 1: Encik Aiman merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke sekolah sebagai guru berkuat kuasa pada 1 Mei 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Khas (CRK) menggantikan Cuti Rehat Tahunan (CRT) yang diterimanya semasa bertugas di PPD. Beliau telah menggunakan CRT sebanyak 6 hari dan CRK sebanyak 4 hari sepanjang tahun 2018. (Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun) Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: Apabila pegawai berpindah dari PPD ke sekolah: (i) Baki CRT (2 hari) tidak boleh digunakan di tempat bertugas yang baharu. CRT yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun tersebut. (ii) Pegawai layak diberikan kemudahan CRK pada kadar prorata iaitu 7 hari semasa bertugas sebagai guru di sekolah. CRK yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah mengikut baki kelayakan CRK pada tahun tersebut. CRK tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. Tarikh Tempat Bertugas Keterangan Kelayakan Cuti (Hari) CRK CRT 1.1.18 - 30.4.18 (120 hari) PPD Kelayakan CRT 2018 - 8 CRT diambil - -6 Baki CRT pada 30.4.18 - 2 1.5.18 - 31.12.18 (245 hari) Sekolah Kelayakan CRK 2018 7 - CRK diambil -4 - Baki CRK pada 31.12.18 3 - PPD 1.1.2018 Sekolah 1.5.2018 31.12.2018 CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT = 120/365 x 25 hari = 8.21 ≈ 8 hari CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK = 245/365 x 10 hari = 6.71 ≈ 7 hari
2 Contoh 2: Puan Shireen merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke sekolah sebagai guru berkuat kuasa pada 1 Mei 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Khas (CRK) menggantikan Cuti Rehat Tahunan (CRT) yang diterimanya semasa bertugas di PPD. Beliau mempunyai baki CRT tahun 2017 yang dibawa ke hadapan sebanyak 3 hari. Beliau juga telah menggunakan CRT sebanyak 7 hari dan CRK sebanyak 2 hari sepanjang tahun 2018. (Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun) Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: Apabila pegawai berpindah dari PPD ke sekolah: (i) Baki CRT (4 hari) tidak boleh digunakan di tempat bertugas yang baharu. CRT yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun tersebut. (ii) Pegawai layak diberikan kemudahan CRK pada kadar prorata iaitu 7 hari semasa bertugas sebagai guru di sekolah. CRK yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah mengikut baki kelayakan CRK pada tahun tersebut. CRK tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. Tarikh Tempat Bertugas Keterangan Kelayakan Cuti (Hari) CRK CRT 1.1.18 - 30.4.18 (120 hari) PPD Cuti (2017) dibawa ke hadapan - 3 Kelayakan CRT 2018 - 8 CRT diambil - -7 Baki CRT pada 30.4.18 - 4 1.5.18 - 31.12.18 (245 hari) Sekolah Kelayakan CRK 2018 7 - CRK diambil 2 - Baki CRK pada 31.12.18 5 - PPD Sekolah 1.1.2018 1.5.2018 31.12.2018 CRT= hari bertugas/365 x kelayakan CRT = 120/365 x 25 hari = 8.21 ≈ 8 hari CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK = 245/365 x 10 hari = 6.71 ≈ 7 hari
3 Contoh 3: Puan Zaharah merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar di Sekolah A pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir berkuat kuasa pada 1 Oktober 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Tahunan (CRT) menggantikan Cuti Rehat Khas (CRK) yang diterimanya semasa mengajar di sekolah. Beliau telah menggunakan 4 hari CRK dan 5 hari CRT sepanjang tahun 2018. (Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun) Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: Apabila pegawai berpindah dari sekolah ke PPD: (i) Baki CRK (3 hari) tidak boleh digunakan di tempat bertugas yang baharu. CRK yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah mengikut baki kelayakan CRK pada tahun tersebut. CRK tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. (ii) Pegawai layak diberikan kemudahan CRT pada kadar prorata sebanyak 6 hari semasa bertugas sebagai pentadbir di PPD. CRT yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun tersebut. Baki CRT boleh dibawa ke tahun berikutnya kerana pegawai masih berkhidmat di PPD. Tarikh Tempat Bertugas Keterangan Kelayakan Cuti (Hari) CRK CRT 1.1.18 - 30.9.18 (273 hari) Sekolah Kelayakan CRK 2018 7 - CRK diambil -4 - Baki CRK pada 30.4.18 3 - 1.10.18 - 31.12.18 (92 hari) PPD Kelayakan CRT 2018 - 6 CRT diambil - -5 Baki CRT pada 31.12.18 - 1 Sekolah PPD 1.1.2018 1.10.2018 31.12.2018 CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT = 92/365 x 25 = 6.3 ≈ 6 hari CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK = 273/365 x 10 hari = 7.47 ≈ 7 hari
4 Contoh 4: Puan Suhaila merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar di Sekolah B pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir berkuat kuasa pada 1 Mei 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Tahunan (CRT) menggantikan Cuti Rehat Khas (CRK) yang diterimanya semasa mengajar di sekolah. Beliau telah menggunakan CRK secara pendahuluan sebanyak 5 hari pada 8 hingga 12 Januari 2018 kerana urusan kecemasan di kampung. Beliau telah menggunakan CRT sebanyak 12 hari sepanjang tahun 2018. (Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun) Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: Apabila pegawai berpindah dari sekolah ke PPD: (i) Pegawai layak menggunakan kemudahan CRT pada kadar prorata sebanyak 17 hari. (ii) Tiada pemotongan emolumen atau pelarasan cuti perlu dibuat ke atas Cuti Rehat Khas yang telah diambil melebihi bilangan yang dilayaki secara prorata. (iii) CRT yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun tersebut. Baki CRT boleh dibawa ke tahun berikutnya kerana pegawai masih berkhidmat di PPD. Tarikh Tempat Bertugas Keterangan Kelayakan Cuti (Hari) CRK CRT 1.1.18 - 30.4.18 (120 hari) Sekolah Kelayakan CRK 2018 3 - CRK diambil secara pendahuluan -5 - Baki CRK pada 30.4.18 -2 - 1.5.18 - 31.12.18 (245 hari) PPD Kelayakan CRT 2018 - 17 CRT diambil - -12 Baki CRT pada 31.12.18 - 5 Sekolah 1.1.2018 1.5.2018 31.12.2018 PPD CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT = 245/365 x 25 hari = 16.78 ≈ 17 hari CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK = 120/365 x 10 hari = 3.28 ≈ 3 hari Pendahuluan CRK = 10 hari Baki CRK = 3 hari - 10 hari = - 7 hari
JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA _____________________________ SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 ________________________________ KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH, CUTI SEPARUH GAJI DAN CUTI TANPA GAJI TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji oleh Pihak Berkuasa Melulus sama ada Ketua Jabatan atau Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peraturan yang berkuat kuasa. LATAR BELAKANG 2. Peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang bercuti terdapat dalam pelbagai peraturan seperti berikut: (a) Perintah-Perintah Am Bab C (Cuti) 1974; 1
(b) Akta Pencen 1980 (Akta 227); (c) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239); (d) Peraturan-Peraturan Pencen 1980; (e) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990; dan (f) P.U.(A)176/ 2005 - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Selain itu, peraturan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang bercuti juga dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di Lampiran A. 3. Memandangkan peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang bercuti dijelaskan tidak secara spesifik dan tidak menyeluruh serta dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu di atas, maka wujud keperluan mengeluarkan satu panduan khusus yang menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan kepada pegawai yang bercuti. Panduan ini juga merupakan kompilasi peraturanperaturan sedia ada yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada agensi atau pegawai. 2
KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEGAWAI 4. Bagi maksud Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, senarai Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji yang sedang berkuat kuasa bagi pegawai lantikan tetap adalah seperti di Lampiran B. 5. Kesan ke atas perkhidmatan seseorang pegawai berbeza mengikut cuti yang diluluskan. Cuti Bergaji Penuh 5.1 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh adalah seperti berikut: (a) layak menerima gaji penuh bulanan; (b) layak menerima imbuhan tetap seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Gred Khas. Bagi pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan biasiswa, mereka boleh memilih sama ada untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan atau Elaun Bantuan Sewa Rumah yang disediakan di bawah pakej biasiswa; (c) layak menerima elaun dan kemudahan mengikut syarat kelulusan cuti dan peraturan yang berkuat kuasa. Sebagai contoh, layak Elaun Perumahan Wilayah kecuali bagi pegawai yang berkursus melebihi tiga (3) bulan; 3
(d) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan; (e) layak dipertimbangkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mengikut syarat yang berkuat kuasa; (f) layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) sebenar sama ada Pergerakan Gaji Biasa atau Anjakan Gaji berdasarkan keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia; (g) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan sekiranya: (i) menggunakan kemudahan Cuti Rehat sebelum genap 28 hari tempoh pemangkuan kecuali penggunaan kemudahan Cuti Rehat atas sebab-sebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 6 hari bekerja; atau (ii) bercuti sebanyak 28 hari atau lebih secara berturutturut selepas menggenapkan 28 hari mulai tarikh memangku kecuali atas sebab menghadiri kursus yang diarah oleh Kerajaan, meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan atau Cuti Sakit. Tempoh tersebut hendaklah tidak melebihi 92 hari berturut-turut. 4
(h) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya: (i) menggunakan kemudahan Cuti Rehat sebelum genap 28 hari pertama dalam tempoh penanggungan kerja kali pertama atau sebelum genap 14 hari pertama bagi penanggungan kerja kali kedua atau seterusnya atas jawatan yang sama kecuali Cuti Rehat atas sebabsebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja; atau (ii) meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu (sama ada penanggungan kerja kali pertama atau seterusnya) termasuk cuti secara bergaji penuh selama 14 hari atau lebih secara berturut-turut dengan mengambil kira hari rehat mingguan dan kelepasan am; (i) layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam secara penuh bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan; (j) layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kecuali kepada pegawai apabila berada dalam keadaan seperti berikut: (i) Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut; 5