The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sirfarisnazmi, 2022-10-12 10:31:12

NOTA TATABAHASA LENGKAP - MODUL MENTOR MENTEE SISTEM & APLIKASI BAHASA SPM

MODUL MENTOR MENTEE SISTEM & APLIKASI BAHASA SPM

NOTA TATABAHASA LENGKAP

Modul Mentor Mentee
Sistem & Aplikasi
Bahasa SPM

Oleh

Hazlin Zehan Binti Dan
Noor Hafizah Binti Rosdi




UNIT BAHASA MELAYU
MRSM PENGKALAN HULU

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA 1–3
4–8
Prakata 8–9
Morfologi 9 – 11
12 – 19
A. Kata Tunggal 20 – 21
B. Kata Majmuk 22 – 24
C. Kata Nama Terbitan 25 – 32
D. Kata Ganda 32 – 33
E. Kata Nama
F. Kata Kerja
G. Kata Adjektif
H. Kata Tugas
Latihan Pengukuhan

Sintaksis 34
1. Subjek & Predikat 35
2. Pola Ayat 36 – 37
3. Jenis Ayat 38 – 39
4. Susunan Ayat 40 – 44
5. Ayat Tunggal & Ayat Majmuk 45 – 47
6. Ayat Aktif & Ayat Pasif
7. Kemahiran menukar cakap ajuk 47 – 50
Kepada cakap pindah & sebaliknya. 50

Latihan Pengukuhan

Penyuntingan 51 – 55
1. Kesalahan Ejaan 56 – 57
2. Tanda Baca 58 – 63
3. Kosa Kata / Istilah
4. Imbuhan 63
5. Ayat Pasif Ganti Nama Pertama / Kedua / Ketiga 63 – 64
6. Hukum DM
64
Latihan Pengukuhan 65 – 67

Bahasa Melayu Standard 68
Latihan Pengukuhan 69 – 72

Peribahasa 73 – 77
Latihan Pengukuhan 78 – 81

PRAKATA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Modul Mentor Mentee
Tatabahasa ini berjaya dihasilkan.

Modul ini dihasilkan kerana KSSM merupakan silibus baharu mata pelajaran Bahasa Melayu
bagi menggantikan silibus KBSM sebelum ini. Modul ini penting sebagai panduan untuk
pelajar menguasai aspek tatabahasa yang diuji dalam soalan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Selain itu modul ini juga boleh dijadikan panduan kepada rakan guru untuk
mengajar aspek tatabahasa secara berfokus.

Modul ini telah memenangi pingat emas bagi kategori modul dalam Majlis Inovasi Kualiti dan
Apresiasi MRSM Pengkalan Hulu yang telah berlangsung pada bulan Disember 2021.

Bagi pihak meja penulis, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Tuan Haji Mohd Rizalmi Bin Dahaman, Pengetua MRSM Pengkalan Hulu yang tidak jemu
memberikan sokongan untuk kami menyiapkan modul ini. Ucapan terima kasih juga buat
rakan-rakan Jabatan Bahasa MRSM Pengkalan Hulu yang sentiasa memberi kritikan membina
sepanjang perjalanan kami untuk menyiapkan modul ini. Semoga modul ini dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua.

Sekian, terima kasih

HAZLIN ZEHAN BINTI DAN
NOOR HAFIZAH BINTI ROSDI

FEBRUARI 2022

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

MORFOLOGI
Ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

TIP MENJAWAB SOALAN MORFOLOGI
1. Baca dan fahami kehendak soalan
2. Kenal pasti struktur, bentuk dan penggolongan kata
3. Bina ayat sendiri
4. Tidak dibenarkan mengambil ayat dalam petikan atau dalam keseluruhan kertas soalan.

NOTA PENGGOLONGAN KATA

A) KATA TUNGGAL

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni
tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam
Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.
Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku

Jenis Kata Tunggal:

i. Unit Yang Bebas Dan Dapat Berdiri Sendiri Sebagai Satu Ayat.
Contoh:
a. Itu
b. Bakal
c. Saya.

ii. Unit Yang Tidak Dapat Berdiri Sendiri Tetapi Memerlukan Sekurang-Kurangnya Satu
Unit Yang Bebas Untuk Melaksanakan Tugas Nahunya.

Contohnya:
a. di mana?
b. untuk siapa?
c. ke Johor.

1

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

Bentuk Kata Tunggal:

i. Kata Tunggal Satu Suku Kata
Contoh:
am - VK
had - KVK
wang - KVK
brek- KKVK
skrip- KKKVK

ii. Kata Tunggal Dua Suku Kata
Contoh:
aku { a + ku }V + KV
syahdu { syah + du} KVK + KV
bulat{ bu + lat }KV + KVK
buih { bu + ih} KV + VK
bengkok{ beng + kok}KVK +KVK

iii. Kata tunggal tiga suku kata
Contoh:
bahaya{ba+ha+ya} KV+KV+KV
mentua{men+tu+a} KVK+KV+V
isyarat {i+sya+rat} V+KV+KVK
Gembira {gem+bi+ra} KVK+KV+KV
Matlamat {mat+la+mat}KVK+KV+KVK

iv. Kata tunggal empat suku kata atau lebih
Contoh:
anugerah {a+nu+ge+rah} V+KV+KV+KVK
masyarakat {ma+sya+ra+kat} KV+KV+KV+KVK
universiti {u+ni+ver+si+ti} V+KV+KVK+KV+KV
klasifikasi {kla+si+fi+ka+si} KKV+KV+KV+KV+KV
personifikasi {per+so+ni+fi+ka+si} KVK+KV+KV+KV+KV+KV

2

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

v. AKRONIM
Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan
dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata
atau huruf-huruf tertentu.

JENIS-JENIS AKRONIM
Terbahagi kepada empat jenis:

1. Cantuman huruf awal perkataan- ditulis dengan huruf besar.

Contoh: – Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
PKNK - Universiti Kebangsaan Malaysia
UKM – Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
IPTAA

2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan- Ditulis bermula
dengan huruf besar

Contoh:

Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

Mara - Majlis Amanah Rakyat

Intan - Institut Tadbiran Awam

3. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam
perkataan yang mengikuti.

Contoh: - Jalan lurah
Jalurah - Angka ubah
Angkubah - Jentera tolak
Jentolak

3

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

B) KATA MAJMUK
Penghasilan kata majmuk merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna yang tertentu. Terdapat tiga bentuk kata majmuk, seperti:

1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas
2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus
3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)

1. KATA MAJMUK (RANGKAI KATA BEBAS)
Berikut merupakan Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas:

gambar rajah kuning langsat
biru laut jalan raya
luar biasa
merah muda
tengah hari jam tangan
kapal terbang nasi minyak
bandar raya bom tangan
meja tulis
alat tulis kipas angin
terima kasih

NOTA: Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas ini juga termasuklan gelaran, seperti
Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong
Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.

4

2. KATA MAJMUK (ISTILAH KHUSUS) UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
Kata Majmuk berbentuk istilah khusus
Contoh: kertas kerja
darah panas
garis pusat mata pelajaran
pita suara batu kapur
model linear kemas kini
segi tiga reka bentuk
atur cara
kanta lekap

3.KATA MAJMUK (KIASAN)

Kata Majmuk berbentuk kiasan ini terdiri daripada peribahasa (simpulan bahasa).
Contoh:

kaki ayam pilih kasih

duit kopi anak emas

kaki bangku buah hati

buah tangan manis mulut

makan angin berat tangan

5

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

4. KATA MAJMUK MANTAP

Terdapat kata majmuk berbentuk ejaan yang telah mantap. Kata majmuk ini dieja sebagai satu
perkataan.

Contoh:

antarabangsa kerjasama

beritahu olahraga

bumiputera matahari

jawatankuasa setiausaha

kakitangan sukarela

pesuruhjaya tanggungjawab

tandatangan warganegara

suruhanjaya pilihanraya

Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:

Kata nama peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang

Kata adjektif sukacita, dukacita

Kata sendi kepada, daripada
nama

Kata hubung apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal,
kadangkala

Kata tanya bagaimana

6

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

PENGGANDAAN KATA MAJMUK

i) Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata
sahaja.

Contoh:

Tunggal Jamak

alat tulis alat-alat tulis

gambar rajah gambar-gambar rajah

balai raya balai-balai raya

kapal terbang kapal-kapal terbang

Menteri Besar Menteri-menteri besar

suku kata suku-suku kata

garis pusat garis-garis pusat

ii) Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaannya melibatkan
keseluruhan unsur. Contohnya:

Tunggal Jamak

pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya

warganegara warganegara-warganegara

tandatangan tandatangan-tandatangan

jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa

setiausaha setiausaha-setiausaha

7

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK

Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap
terpisah. Contohnya:

ambil alih mengambil alih
daya serap daya serapan
ulang kaji mengulang kaji
Campur aduk
bercampur aduk

Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum.
Contohnya:

ambil alih pengambilalihan
daya serap kedayadayaserapan
ulang kaji
Campur aduk pengulangkajian
mencampuradukkan

C) KATA NAMA TERBITAN

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata
nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di
akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

Contoh:
pekerja, kesihatan, dan pendamaian.

Kata Nama Terbitan daripada perkataan pinjaman seperti penterjemahan, pentadbir dan
penswasta.

Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s akan mengalami proses peluluhan apabila
diberi imbuhan awalan peN dan apitan peN... an.
Contohnya
pemukul [pukul], pengorek [korek], penyapu [sapu], penipu [tipu], pemukulan [pukul].

8

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

BENTUK KATA TERBITAN

1. Kata terbitan berawalan.
-awalan dapat wujud dalam kata nama, kata kerja, kata adjektif.
Contohnya:
pesara, ketua, juruterbang, merasa, membilang, mengecat, terbesar dan terbersih.

2. Kata terbitan berakhiran.
-akhiran wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.
Contohnya:
pakaian, sasterawan, seniman, dan pamerkan.

3. Kata terbitan berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata kerja adjektif
terbitan.
Contohnya:
pembuatan, penggunaan, pelajaran, dan menggunakan.

4. Kata terbitan bersisipan
Sisipan wujud dalam kata nama dan kata adjektif.
a) Sisipan kata nama : kelengkeng
b) Sisipan kata adjektif : gemilang, serabut.

D) KATA GANDA
• Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-
bahagian yang tertentu.
• Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda
ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut
diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan.
• Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu:
• Kata ganda seluruh
• Kata ganda separa
• Kata ganda berentak/berima
• Kata ganda berimbuhan

9

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

1. KATA GANDA SELURUH / PENUH

• Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan
tanpa sebarang perubahan bentuk.

• Contoh kata ganda seluruh iaitu:

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF

Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik

Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang

Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah

• Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata. Kata ganda ada yang
bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL

Api-api Banyaknya api Sejenis serangga

Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga

Anak-anak Banyaknya anak mainan

2. KATA GANDA SEPARA

• Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada
kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang
dilambangkan dengan huruf e. Contoh:

KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA

Layang Layang-layang Lelayang

Kuda Kuda-kuda Kekuda

Tupai Tupai-tupai Tetupai

Siku Siku-siku Sesiku

Bola Bola-bola Bebola

Jari Jari-jari Jejari

Langit Langit-langit Lelangit

10

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

• Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini
seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

3. KATA GANDA BERIMA / BERENTAK

• Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

• Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi
kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT

Persamaan bunyi di Kuih-muih, lauk- Kuih-muih itu terhidang di atas
hujung pauk meja

Persamaan bunyi di Batu-batan, bukit- Aktiviti gotong-royong akan
pangkal bukau diadakan esok

Persesuaian bunyi Kusut-masai, Rambutnya kusut-masai kerana
keseluruhan simpang-siur ditiup angin.

4. KATA GANDA BERIMBUHAN

• Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan,
apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh:

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN

Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat

Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya

Sisipan Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap

Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

11

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

E) KATA NAMA
Kata nama ialah kata yang menyatakan nama benda, haiwan, manusia dan tempat.
Terbahagi kepada 4 jenis iaitu
i. Kata Nama Am
ii. Kata Nama Khas
iii. Kata Nama Terbitan
iv. Kata Ganti Nama

i. KATA NAMA AM

Kata nama am digunakan untuk menyebut nama benda, haiwan, manusia dan tempat secara
umum.

Contoh:

Kata Nama Am Contoh Contoh Penggunaan dalam Ayat

Benda almari, buku, cawan, kereta Siti suka menonton televisyen

Haiwan burung, kucing, harimau Adik suka bermain dengan kucing

Manusia askar, guru, pelajar, doktor Pelajar itu sedang bersenam

Tempat Bandar, klinik, surau, Mereka bersiar-siar di taman bunga.
taman

NOTA: Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

12

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

ii. Kata Nama Khas
Kata Nama Khas digunakan untuk menyatakan nama benda, haiwan, manusia dan tempat yang
tertentu. Huruf pertama kata nama khas mesti dieja dengan huruf besar.

Contoh:

Kata Nama Khas Contoh Contoh Penggunaan
Ayah membeli sebuah
benda Casio, Parker, Proton kereta Proton Waja
Waja Kucing Siti itu bernama Si Comel

haiwan Pak Belang, Si Comel, Nabilah bekerja sebagai doktor
Sang Kancil, Sang
Rangkak Keluarganya berasal dari Kelantan

manusia Nabilah, Nazihah,
Naufal, Hee Lan, Selvi

tempat Pasir Mas, Machang,
Kelantan, Johor Bahru

iii. Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan terbentuk daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama dan
kata hubung, dengan diberi imbuhan peN-, -an, ke-..-an, peN-..-an, peR-..-an dan bagainya.

Daripada Kata Dasar Kata Nama Terbitan

kata nama berita, dasar, menteri, pasar pemberita, daratan, kementerian

kata kerja baca, soal, tulis, bangun, pembaca, soalan, pembangunan

kata adjektif bulat, manis, jujur, kaya bulatan, pemanis, kekayaan

kata sendi nama oleh, untuk perolehan, peruntukan

kata hubung kecuali, serta kekecualian, penyertan

13

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

iv. Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk mengantikan kata nama. Kata ganti nama
terbahagi kepada beberapa golongan, iaitu:-

i. Kata Ganti Nama Diri
ii. Kata Ganti Nama Tunjuk
iii. Kata Ganti Nama Tanya
iv. Kata Ganti Nama Tempat
v. Kata Ganti Nama Tak Tentu

i. Kata Ganti Nama Diri

Digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata ganti nama ini digunakan khas
untuk manusia.

Ada 3 jenis kata ganti nama diri:-

1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1. Kata Ganti Nama Diri Pertama

- Digunakan untuk diri orang yang bercakap, Kata Ganti nama diri ini terbahagi kepada 2
iaitu:-

• Bentuk tunggal Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama
• Bentuk jamak saya, aku, beta, hamba, patik
kami, kita


Bentuk
Tunggal
Jamak

14

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

2. Kata Ganti Nama Diri Kedua

- Digunakan untuk diri orang yang dilayan atau diajak bercakap.

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal anda, awak, engkau, kamu

Jamak Anda sekalian, awak semua, kamu berdua,

3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga

- Digunakan untuk diri orang yang dicakapkan halnya.

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tunggal dia, ia, beliau, baginda

Jamak mereka

Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

KGN Diri Pertama - Penggunaan
Saya - berhadapan dengan orang yang baru dikenali / orang asing
- dengan teman-teman
- suasana rasmi
hubungan rapat, mesra, dan sedarjat serta doa kepada
Aku - Tuhan.
Tidak boleh digunakan untuk orang – orang tua, majlis
Beta - rasmi serta surat menyurat rasmi.
Patik - Digunakan oleh raja dan sultan
- Orang biasa ketika bertutur dengan raja dan sultan.
Kami Merujuk orang yang bertutur tetapi tidak termasuk orang
- yang menjadi teman berbicara.
Kita Merujuk orang yang betutur dan menjadi teman bertutur.

15

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

KGN Diri Kedua - Penggunaan
anda Tidak ada hubungan langsung atau pertemuan bersemuka
awak - seperti iklan, surat pekeliling.
- Teman sebaya, atau kawan rapat.
engkau - Dua pihak yang rapat dan untuk tuhan.
Tidak boleh diguanakan untuk orang yang lebih tua
kamu - umurnya atau lebih tinggi tarafnya.
Digunakan oleh orang dewasa spt ibu bapa, guru kepada
kanak-kanak.

KGN Diri Ketiga - Penggunaan
dia / ia - Untuk orang biasa kepada umum.
- Tidak sesuai untuk orang yang berpangkat tinggi
beliau Orang yang terhormat, mulia, dan berjasa spt ibu bapa,
- guru, menteri, pahlawan.
Tidak boleh digunakan untuk pencuri, penjenayah, kanak-
baginda - kanak.
mereka - Digunakan untuk raja atau sultan
Diri orang ketida dan bilangannya lebih daripada seorang.

BENTUK KATA GANTI NAMA DIRI
Ada dua bentuk ata ganti nama diri dalam bahasa Melayu iaitu:-
1. Bentuk penuh
2. Bentuk singkat

Bentuk Penuh Bentuk Singkat

aku ku
engkau kau
kamu mu
dia / ia nya

Catatan

• Kata ganti nama diri singkat mesti ditulis serangkai dengan kata dasar.
• Kata ganti nama diri penuh mesti ditulis terpisah sebagai kata yang berasingan.

16

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

Kata ganti nama diri singkat ku- dan mu- sebagai awalan pembentuk kata kerja pasif ditulis
serangkai dengan kata dasar atau kerja tanpa awalan.

ku- kau- ku- kau-
kubaca kauambil Kupeluk kaukatakan

kudengar kaubawa kurenung kaunantikan
kuletakkan kauhadapi kuterima kuserahkan

Kata ganti nama dri singkat –ku, -mu, dan –nya sebagai objek atau pemilik ditulis serangkai
dengan kata yang mendahuluinya.

-ku -mu -nya
gambarku ayahmu anaknya
bukumu fikirannya
htiku datukmu gelengannya
mataku emakmu kecacatannya
pandanganku kepadamu kepadanya
tanganku suratmu sekolahnya
wajahku

NOTA: Kata ganti nama diri singkat –mud an –nya bagi nama Tuhan mengunakan huruf
besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-)

Contoh:

• Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku.
• Mereka memohon rahmat-Nya dan petunjuk-Nya.

Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan sebagai subjek. Hanya kata ganti nama diri
penuh boleh bertugas sebagai subjek.

Contoh Kesalahan Pembetulan
• Ku pergi sekarang juga. • Aku pergi sekarang juga.
• Ku menerima sepucuk surat pagi • Aku menerima sepucuk surat pagi

tadi. tadi.
• Kau harus membeli buku itu. • Engkau harus membeli buku itu.

17

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

2. Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia, dan tempat.

i. ini - Menunjukkan sesuatu yang dekat

ii. itu - Menunjukkan sesuatu yang jauh

Sebagai subjek ayat Sebagai Penentu
* Ini buku * Buku ini kepunyaan saya

* Itu guru tingkatan saya * Orang itu guru tingkatan saya.

3. Kata Ganti Nama Tanya

Digunakan untuk menanyakan benda, haiwan. manusia, masa, tempat dan jumlah atau bilangan.
Jika kata ganti nama tanya digunakan di hadapan ayat, kata penegas –kah mesti digunakan dalam
bahasa tulisan yan baku

KGN Tanya Penggunaan Contoh Ayat
apa untuk benda dan haiwan Bungkusan itu apa?
siapa Apakah binatang yang bertanduk itu?
bila untuk manusia Guru bahasa Melayu kamu siapa?
untuk masa Siapakah guru bahasa Melayu kamu?
mana Hari jadi kamu bila?
untuk tempat dan benda Bilakah hari jadi kamu?
berapa Tempat tinggal kamu mana?
menanyakan jumlah Manakah yang lebih bernilai, emas atau
intan?

Harga baju ini berapa?
Berapakah halaman buku itu?

18

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

4. Kata Ganti Nama Tempat
Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu tempat

KGN Tempat Penggunaan Contoh Ayat
sini Tempat yang dekat Kami sudah bosan tinggal di sini.

sana Tempat yang jauh atau agak jauh Mereka selalu pergi ke sana.

situ Tempat yang tidak begitu jauh Kawasan di situ sungguh bising.

5. Kata Ganti Nama Tak Tentu (Ganti Nama Umum)

Digunakan untuk menggantikan benda, manusia, masa, tempat atau hal yang tidak khusus. Kata
ganti nama tak tentu terbentuk dengan pengulangan kata ganti nama tanya iaitu :-

Kata Ganti Kata Ganti Penggunaan Contoh Ayat
Nama Tanya Nama Tak
Menggantikan benda / Kami menyokong apa-apa sahaja
apa Tentu hal yang tidak khusus yang baik
Tidak ada apa-apa di dalam beg
siapa apa - apa Menggantikan itu.
bila manusia yang tidak
siapa-siapa / khusus Sesiapa yang melakukan
sesiapa kesalahan akan didenda.

bila-bila Menggantikan masa Kamu boleh mengambilnya bila-

yang tidak khusus bila masa sahaja.

mana mana-mana Mengantikan tempat / Mana-mana yang baik, jadikanlah
hal yang tidak khusus teladan.

19

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

F) KATA KERJA
Kata kerja digunakan untuk menunjukkan menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu. Ada dua jenis kata kerja iaitu:

* Kata Kerja Aktif Tak Transitif
* Kata Kerja Aktif Transitif

Kata Kerja Aktif Tak Transitif (KKTT)

KKATT ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat
dengan tidak memerlukan objek

Bentuk Kata Kerja Tak Transitif Contoh
Kata kerja asal (tanpa imbuhan) duduk, jatuh, lari, mati, patah, nampak
Kata kerja berawalan beR- berbahas, berkawan, berlakon, bersukan
Kata kerja berawalan meN- mengalir, membangun, membesar, menari
Kata kerja berawalan teR- tercengang, teringat, ternampak, tertidur

NOTA: Haruslah diingat bahawa kata sndi nama mestilah diletakkan selepas kata kerja tak
transitif sekiranya ada frasa nama yang mengikutinya. (KKTT + KSN + FN)

Contoh Kesalahan (X) Pembetulan (_/)
Adiknya sedang tidur buaian Adiknya sedang tidur di dalam buaian
Abang akan balik kampung hari Sabtu ini. Abang akan balik ke kampung hari Sabtu ini.

Kami sedang berbincang perkara itu. Kami sedang berbincang tentang perkara itu.

Gadis itu tersenyum saya. Gadis itu tersenyum kepada saya.

20

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

Kata Kerja Transitif (KKT)

- KKT memerlukan frasa nama sebagai objek.
- KKT tidak dapat berdiri sendiri tanpa objek.

Subjek Predikat

Dia KKT Objek
Ibu bapa membantu orang miskin
mendidik
Kami menyertai kita
Beliau merasmikan rombongan itu
pesta budaya itu

NOTA: KKAT menjadi tidak sempurna atau tergantung sekiranya objek selepas KKT
digugurkan. Hal ini demikian kerana kita tidak dapat memahami maksud ujaran-ujaran
tersebut.

Kata Kerja Terbitan

Kata Kerja Terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja. Kata kerja

terbitan dapat dibentuk daripada golongan kata nama dan kata adjektif dengan menggunakan
imbuhan seperti beR-, teR-, meN-, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-, mempeR-…-i, mempeR-
…-kan dan sebagainya.

Contoh:

Daripada Kata Dasar Kata Kerja Terbitan
kata nama anak, bajak, hati, jalan, surat, ubat beranak, membajak,
memperhatikan, mengubati
kata adjektif baik, besar, cantik, ganas, maju, membaiki, membesar, tercantik,
kata sendi memajukan, tertinggi
oleh, untuk
nama kecuali, serta memperolehi, memperuntukkan
kata hubung
mengecualikan, menyertai

21

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

G) KATA ADJEKTIF

Kata adjektif atau kata sifat (sifat nama) ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sifat
sesuatu kata nama. Secara umumnya sesuatu kata yang dapat disertai kata-kata seperti amat,
sangat atau paling adalah tergolong sebagai kata adjektif.

1. JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

Jenis Contoh Kata Adjektif Contoh Ayat
sifatan / berani, buas, cergas, pandai, - Budak itu sangat cergas
keadaan rajin, sihat - Pelajar itu rajin sekali
merah, biru, hijau, kuning, - Dia suka memakai kasut yang hitam
warna jingga, ungu, putih itu
- Warna kegemaran saya ialah merah
ukuran besar, kecil, kerdil, panjang,
rendah, tebal - Rumah itu besar
- Kamus yang tebal itu diterbitkan oleh
bentuk bujur, bulat, bundar, buncit, Dewan Bahasa dan Pustaka.
kempis, leper
pancaindera harum, lazat, lici, merdu, - Bentuk meja itu bulat.
waktu nyaring, molek, manis, masam - Perut orang gemuk itu buncit.
jarak baru, lama, segera - Masakan itu lazat rasanya
dekat, hampir, jauh - Suara budak itu sungguh nyaring.
perasaan benci, marah, rindu, sayang, - Dia baru sahaja bekerja di sini.
malu - Rumah saya dekat dengan masjid
kekerapan Acap kali, jarang, kerapkali,
selelu, sering - Dia rindu akan keluarganya

- Mereka selalu pergi bersama-sama

2. DARJAH PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu:-

i. Darjah biasa
ii. Darjah bandingan
iii. Darjah penghabisan

i. Darjah Biasa

Dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa
Contoh:

o Bayi itu comel
o Perangai budak itu baik
o Badan olahragawan itu tegap

22

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

ii. Darjah Bandingan

Ada dua bentuk darjah bandingan dalam bahasa Melayu iaitu:-
o Bandingan yang sama
o Bandingan yang berbeza

Darjah Contoh Contoh Ayat
Bandingan
Sebesar, secantik, - - Wajah puteri itu secantik bidadari.
sama sama padan dengan,

sama tinggi dengan. - - Siti sama tinggi dengan abang sepupunya.

Lebih besar daripada, - Negeri Sembilan lebih besar daripada
lebih tinggi daripada,- negeri Melaka.

berbeza kurang kuat daripada, - Ahmad kurang kuat daripada Ali

kurang pintar -
daripada

NOTA:
Oleh sebab sebesar sudah membawa maksud sama besar dengan, maka kata adjektif ini tidak
perlu diikuti oleh kata sendi nama dengan.

Contoh Kesalahan Pembetulan

- - Negeri Pahang tidak sebesar dengan - - Negeri Pahang tidak sebesar negeri
negeri Sarawak. Sarawak.

- - En Naufal sekaya dengan Encik Halim. - - Encik Naufal sekaya Encik Halim

23

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

iii. Darjah Penghabisan

Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dapat dinyatakan dengan menggunakan kata-kata
seperti paling, teramat, terangat, sekali dan sebagainya.

Bentuk Darjah Contoh Contoh Ayat
Perbandingan
se- + kata adjektif + seberat-berat, - - Setinggi-tinggi terbang bangau,
gandaan sepandai-pandai, hinggap di belakang kerbau juga.
setinggi-tinggi
yang + teR- + kata
adjektif yang terbesar, yang - - Gunung Kinabalu ialah gunung yang
terpandai, yang tertingi di Malaysia.
paling + kata adjektif tertinggi

kata adjektif + sekali paling baik, paling - - Musifah muncul sebagi pelajar yang
cepat, paling pandai paling baik di sekolah kami bagi tahun
yang + teR- + amat / ini.
sangat
kaya sekali, luas - - Padang permainan itu luas sekali.
sekali, muda sekali

Yang teramat besar, - - Ustaz Naufal ialah orang yang teramat
yang teramat mulia, mulia di Kampung Sentosa.

yang tersangat tinggi

NOTA:
Kata adjektif yang berimbuhan teR- / paling tidak perlu dikuti oleh kata sekali dalam bahasa
Melayu baku.

Contoh Kesalahan Pembetulan

• Rusia ialah negara yang terbesar • Rusia ialah negara yang terbesar di
sekali di dunia. dunia.

• Negari yang terkecil sekali di • Negeri yang terkecil di Malaysia ialah
Malaysia ialah Perlis. Perlis

24

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

H) KATA TUGAS
Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-
tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian
hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus
atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

Jenis-jenis kata tugas
A. Kata Hubung

Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan
dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.

Contoh:
i) Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
ii) Aslinda menari sambil menyanyi.
iii) Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
iv)Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.
v) Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mehu memberitahu.

B. Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah,
sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan
dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

Contoh:
i. Aduh, sakitnya tanganku!
ii. Aduhai, apalah malang nasibku ini!
iii. Ah, aku tidak bersetuju!
iv. Amboi, sombongnya dia!
v. Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!

25

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

C. Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu,
contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.

Contoh:
Berapa - Harga barang itu berapa?
- Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Bila - Mereka sampai bila?
- Bilakah gerangan kekanda akan pulang?
Bagaimana - Kesihatannya sekarang bagaimana?
- Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?

D. Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan atau permintaan.

Contoh:
i) Jangan buang sampah di sini.
ii) Usah biarkan dia berseorangan.
iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.
iv) Jemput masuk!
v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

26

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

E. Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak diamalkan
sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik, misalnya hatta, maka,
arakian, syahadan, dan sebagainya.

Contoh:
i) Hatta istana itu pun siaplah.
ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan.
iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.

F. Kata Bantu
Kata bantu ialah sejenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa
sendi nama iaitu dengan menimbulkan makan-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.

Contoh:
i) Pekerja itu telah pulang.
ii) Kami pernah ke utara Malaysia.
iii) Kanak-kanak itu sudah makan.
iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.

27

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

G. Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Contoh:
i) Pokok itu terlalu tinggi.
ii) Masakan itu paling sedap.
iii) Kelakuan anak itu baik sekali.
iv) Bas itu tiba lambat benar.
v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

H. Kata Penegas
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang
meberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Contoh:
i) Di manakah ibu kamu itu?
ii) Bilakah kamu datang?
iii) Apatah daya kita?
iv) Dialah orang nya.
v) Inilah isteri kesayanganku.

28

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

I. Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa
Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.

Contoh:
i) Dia bukan murid di sekolah ini.
ii) Idah tidak pandai memasak kari ayam.
iii) Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.
iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

J. Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa
utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.

Contoh:
i) Dia ialah seorang guru.
ii) Berita itu adalah palsu.
iii) Mereka ialah pelari pecut.
iv) Pendapat itu adalah karut.
v) Nama saya ialah Abu.

29

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

K. Kata Sendi Nama
Kata Sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-
frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat.
Contoh:

i) Dia berasal dari pedalaman.
ii) Ibu pergi ke pasar.
iii) Saya menetap di Ipoh.
iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.
v) Dia balik pada pukul 5.00 petang.

L. Kata Pembenar
Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar ialah ya,
benar, dan betul.
Contoh:

i) Ya, esok awak boleh bercuti.
ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.
iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.
iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.
v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

M. Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata
sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.
Contoh:

i) Bunga hiasan itu itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah.
ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium.
iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.
iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utar ke selatan.
v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.

30

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

N. Kata Bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda, atau perkara.

Contoh:
i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.
iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.
iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.
v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.

O. Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa
sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Contoh:
i) Bas itu bergerak laju.
ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat.
iii) Datang ke sini cepat.
iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak.
v) Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan.

P. Kata Penekan
Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan melekat
selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah -nya, yang dapat berfungsi sebagai penekan atau
pembenda.
Contoh:

i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.
ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.
iii) Cuaca nampaknya semakin gelap.

31

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

Q. Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata
nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya.

Contoh:
i) Lajunya ialah 350 km sejam.
ii) Bukan kepalang sakitnya.
iii) Datangnya secara mendadak.
iv) Air sungai mengalir dengan derasnya.

Latihan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama majmuk dan dua kata
adjektif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan penggunaanya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Terdapat bukit bukau atau gunung-ganang yang boleh anda teroka di tanah air kita. Anda
dapat menikmati panorama yang mengagumkan dengan udara yang menyegarkan apabila
menginjakkan kaki di puncak gunung atau bukit. Kepuasan yang anda kecap nikmat ini susah
untuk digambarkan kerana diselimuti oleh keindahan semula jadi.

Akan tetapi, kita anda tidak harus mendaki bukit bukau atau gunung-ganang jika belum
bersiap siaga dari segi fizikal dan mental.

[8 markah]

32

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda berentak. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda memahami maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Pada setiap pagi, wanita yang bergelar ibu sanggup melalui perjalanan yang simpang-siur untuk
menuju ke pasar idaman mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka dapat membeli sayur-
mayur untuk memasak lauk-pauk kesukaan seisi keluarga. Di pasar itulah juga wanita akan
terjumpa dengan ipar-lamai dan suku-sakat mereka yang tinggal berdekatan membeli dan menjual
barangan seperti kuih-muih, nasi lemak, dan mi serta kuetiau. Kaum lelaki pula hanya mundar-
mandir di kawasan parkir kereta jika tidak mahu menemani isteri tercinta.

[6 markah]

Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata kerja dan dua kata hubung.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Kata tabu merupakan faktor penting kepada perubahan makna dalam sesuatu bahasa. Larangan
terhadap penggunaan kata tertentu menyebabkan masyarakat mencari dan mencipta istilah baharu.
Secara tidak langsung, hal ini telah mewujudkan sinonim bagi kata tabu malahan memperkaya
kosa kata bahasa Melayu. Penciptaan istilah baharu bagi menggantikan kata tabu menyerlahkan
budi pekerti, kreativiti serta alam pemikiran masyarakat Melayu.

Dipetik dan diubah suai daripada
Tabu dalam Bahasa Melayu

Oleh Rozali Rajab Dewan Bahasa Bil 5/2019
[6 markah]

33

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

SINTAKSIS
1. Sintaksis merupakan bidang yang berkaitan dengan frasa dan ayat.
2. Anda perlu membaca dan memahami soalan yang diberikan sebelum menjawab soalan.
3. Antara skop soalan sintaksis termasuklah membina ayat, menukar ayat, pola ayat, ragam ayat,

jenis-jenis ayat dan lain lain.
4. Jumlah soalan dan pemarkahan tidak tetap dan bergantung pada arahan soalan.

1. SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.

Contoh ayat:-

Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

Subjek : Petani itu

Predikat : membajak sawahnya setiap hari

Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

Subjek : Samsul

Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.

Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu

Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.

Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah
Bachok.

Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul

Predikat : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok

34

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

2. POLA AYAT
Definisi dan Konsep Ayat Dasar:

• Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa.

• Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal,
majmuk, aktif, pasif dan sebagainya.

• Setiap ayat dasar terbentuk daripada dua unsur iaitu subjek dan predikat.

Pembahagian Pola Ayat Dasar.
Terdapat empat jenis pola ayat dasar iaitu:-
1. Subjek: FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaNama (FN)

Contoh ayat: Maisarah pelajar universiti.

2. Subjek: FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaKerja (FK)
Contoh ayat: Amalina sedang tidur.

3. Subjek: FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaAdjektif (FA)
Contoh ayat: Pemuda itu pemurah.

4. Subjek: FrasaNama (FN) + Predikat: FrasaSendiNama (FSN)
Contoh ayat: Ibu di dapur

Berdasarkan nota di atas, pola ayat terbahagi kepada empat pola iaitu
1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FAdj)
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

35

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

3. JENIS-JENIS AYAT
Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat Penyata
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan
sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

Ayat Tanya
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata
tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada
akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).

Ayat contoh:
a) Adik masih belum makan?
b) Pemuda itu malas?
c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?
d) Erra penyanyi yang popular?
e) Bas itu sudah bertolak?

(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila,
mana, bagaimana dan sebagainya.

Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
d) Pejabat pos di mana?
e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

36

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

2. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di
hadapan ayat.

Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
d) Di manakah pejabat pos?
e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?

Ayat Perintah
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan

Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah

Ayat Suruhan
Penggunaan Ayat Contoh
Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah ini.
3. Fikirkanlah sebelum bertindak.

Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi jalan.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya.

37

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
2. Minta anda semua bersabar.
3. Tolong ambilkan saya secawan air.
4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.

Ayat Seruan
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah,

gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!

4. SUSUNAN AYAT
* Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan

songsang.
* Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di

belakang ayat.
* Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.

Ayat Biasa = Subjek + Predikat
Ayat Songsang = Predikat + Subjek

Ayat contoh:
1. Encik Ahmad seorang doktor. (Ayat Biasa)

Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)

2. Itu rumah saya. (Ayat Biasa)
Rumah saya itulah. (Ayat Songsang)

3. Perempuan itu siapa? (Ayat Biasa)
Siapa perempuan itu? (Ayat Songsang)

38

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

4. Kasut adik belum bercuci. (Ayat Biasa)
Belum bercuci kasut adik. (Ayat Songsang)

5. Pokok itu sangat tinggi. (Ayat Biasa)
Sangat tinggi pokok itu.(Ayat Songsang)

* Partikel "-lah" (untuk ayat penyata) dan partikel "-kah" (untuk ayat tanya) digunakan untuk
memberi penekanan kepada predikat dalam ayat

Ayat songsang boleh dibentuk melalui proses pendepanan, iaitu:
a) Pendepanan seluruh predikat
b) Pendepanan sebahagian daripada predikat
(a) Pendepanan Seluruh Predikat

Ayat Biasa Ayat Songsang:
1. Masakan ibu lazat sekali.

Lazat sekali masakan ibu.
2. Baju itu dijahit oleh ibu.

Dijahit oleh ibu baju itu.
3. Abangnya seorang pensyarah.

Seorang pensyarah abangnya.
(b) Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat
Ayat Biasa Ayat Songsang:
1. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu. (Ayat Biasa)

Bermain layang-layang kanak-kanak di padang itu. (Ayat Songsang)
2. Saya akan balik ke kampung esok. (Ayat Biasa)

Akan balik saya ke kampung esok. (Ayat Songsang)
3. Hatinya tersinggung dengan kata-kata kawannya. (Ayat Biasa)

Tersinggung hatinya dengan kata-kata kawannya. (Ayat Songsang)

39

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

5. AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Ayat Tunggal = 1 Subjek + 1 Predikat

2. Ayat contoh:
a) Bee Hong seorang jururawat.
b) Kucing itu sedang mengejar seekor tikus.
c) Malaysia aman damai.
d) See Ling ke Pulau Langkawi pagi tadi.

Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti

dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.

Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan

a) Melati belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
b) Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
(Melati dan Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.)

a) Erina seorang pelajar yang cerdik.
b) Erina seorang pelajar yang malas.
(Erina seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.)

40

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

a) Kok Loong masuk ke dalam bilik.
b) Kok Loong tidur.
(Kok Loong masuk ke bilik lalu tidur.)

a) Abang memandang saya.
b) Abang ketawa.
(Abang memandang saya sambil ketawa.)

a) Awak nak minum kopi?
b) Awak nak minum teh?
(Awak nak minum kopi atau teh?)

(b) Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa
ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung
pancangan.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:
i) Ayat majmuk pancangan relatif
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang".
Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif
Ayat induk : Saya membaca majalah itu.
Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
(Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu.)

Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku.
Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya.
(Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik saya.)

Ayat induk : Kakak mempunyai dua helai baju.
Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.
(Kakak mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.)

41

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

Ayat induk : Emak membeli kain sutera.
Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah.
(Emak membeli kain sutera yang berwarna merah.)

Ayat induk : Bas itu bas sekolah.
Ayat kecil : Abang saya menaiki bas.
(Bas yang dinaiki abang saya itu bas sekolah)

(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
1. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa"
dan "untuk".

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji.
Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Kata hubung : bahawa
(Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.)

Ayat induk : Ibu pergi ke pasar.
Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran.
Kata hubung : untuk
(Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.)

(iii) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan

ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.
2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan

keterangan, iaitu:
Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab
Keterangan syarat --> jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata
Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila
Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun,

sedangkan
Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga
Keterangan cara -->dengan
Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak

42

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan

Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang.
Ayat kecil : Hari hujan.
Kata hubung : kerana
(Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan.)

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.
Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
Kata hubung : apabila
(Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.)

Ayat induk : Ibu menghiris bawang.
Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.
Kata hubung : dengan
(Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau.)

Ayat induk : Mazli berdoa.
Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.
Kata hubung : agar
(Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh.)

Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi.
Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.
Kata hubung : walaupun
(Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.)

Ayat induk : Adik rajin berusaha.
Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan.
Kata hubung : jika
(Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.)

43

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

(iv) Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri
daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Pembentukan Ayat Majmuk Campuran

Ayat tunggal : Ayah sedang membaca surat khabar.

Ayat komplemen : Ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

(Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan

datang ke rumah.)

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.

Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapat menjamin kesihatan seseorang

supaya tidak dijangkiti penyakit.

(Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak

dijangkiti penyakit.)

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.
Ayat pancangan relative : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.
(Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang
garang itu.)

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.

Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi

bermain bola.

(Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi

bermain bola.)

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.

Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada

bulan hadapan.

(Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa

peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.)

44

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

6. AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek.
2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
3. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada

objek.

Ayat Aktif -- Ayat Pasif

a. Vincent membaiki radio yang rosak itu. (AYAT AKTIF)
b. Radio yang rosak itu dibaiki oleh Vincent. (AYAT PASIF)
a. Kamu perlu membasuh pinggan mangkuk itu. (AYAT AKTIF)
b. Pinggan mangkuk itu perlu kamu basuh. (AYAT PASIF)
a. Dia menulis karangan itu. (AYAT AKTIF)
b. Karangan itu ditulis olehnya.(AYAT PASIF)

a. Ayah membaca surat khabar.(AYAT AKTIF)
b. Surat khabar dibaca oleh ayah.(AYAT PASIF)

a. Mereka sedang membersihkan kawasan rumah. (AYAT AKTIF)
b. Kawasan rumah sedang dibersihkan oleh mereka. (AYAT PASIF)

*Ayat-ayat di atas membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berlainan.

AYAT AKTIF
Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Ayat aktif transitif
(b) Ayat aktif tak transitif

(a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa
nama sebagai objek atau unsur penyambutnya.
1. Saya mengelap tingkap.
2. Ibu menggoreng ikan.
3. Kami menghormati guru.
4. Beliau merasmikan majlis itu.
5. Merokok membahayakan kesihatan.
6. Bersukan menyihatkan badan.
7. Adik bermain bola.

45

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

(b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

1. Adik menangis.
2. Kakak tidur.
3. Amran melukis.
4. Lydia bernyanyi.
5. Kami berehat.
6. Emak memasak.
7. Adik mandi.

*Hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan kerana mempunyai objek.

(c) Ayat Pasif
Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"

a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
1. Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.
2. Hanya digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga.
3. Ayat contoh:
(i) Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia.
(ii) Baju sekolah itu digosok oleh Jun Meng.
(iii) Kucing itu terlanggar oleh Sumudi.
(iv) Batu itu tersepak oleh Helen.

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
1. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana tidak
boleh menerima imbuhan kata kerja pasif di-.
2. Ayat contoh:
(i) Masalah itu akan saya selesaikan.
(ii) Bilik itu patut kamu kemaskan.
(iii) Titah tuanku akan patik junjung.
(iv) Keamanan negara harus kita kekalkan.

46

UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU

c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"
1. Mengandungi perkataan "kena" di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
2. Ayat contoh:
(i) Anjing liar itu kena tembak oleh pemburu.
(ii) Dia kena culik oleh pengganas itu.
(iii) Kanak-kanak itu kena pukul oleh ibunya.
(iv) Mereka kena denda oleh guru tingkatan.

7. KEMAHIRAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH DAN
SEBALIKNYA
Sebelum saya membicarakan kemahiran menukar cakap ajuk kepada cakap pindah, pelajar perlu
memahami apa itu maksud cakap ajuk dan apa pula maksudnya cakap pindah.

A) Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara. Oleh sebab itu cakap ajuk
berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan (“................”)

B) Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada
bentuk karangan.
Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.
Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan
adalah sama.

*Tips atau panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah*
i. Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.
ii. Mengenal pasti kata kerja yang sesuai
Seperti menyuruh, meminta, mempersilakan, memberitahu, menerangkan, menjelaskan, melarang,
menasihatkan dan sebagainya. Bagaimana untuk pelajar menentukan kata kerja berkenaan?
Jawapannya pelajar boleh menetukannya berdasarkan binaan ayat cakap ajuk tersebut sama ada
ayat tersebut ayat penyata, ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, ayat tanya, dan ayat seruan.
Oleh sebab itu, pelajar perlu mahir mengesan jenis ayat yang digunakan dalam cakap ajuk kerana

47


Click to View FlipBook Version