UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
pengecaman jenis ayat berkenaan akan menentukan kata kerja yang perlu digunakan semasa
menulis ayat cakap pindah. Contohnya seperti di bawah:-
Jenis ayat (Cakap Ajuk) Kata kerja boleh digunakan untuk semasa menulis cakap
pindah
Ayat penyata berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan
dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
Ayat silaan mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
Ayat permintaan meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
Ayat suruhan menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
Ayat larangan melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang
Ayat tanya bertanya, menanyakan, menyoalkan, ingin tahu, ingin kepastian.
Ayat seruan bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah,
hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan
sebagainya".
iii. Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh:
Semasa menukar cakap ajuk kepada cakap pindah, kata ganti nama diri, kata ganti nama tempat,
kata ganti nama tunjuk, kata keterangan masa, dan kata keterangan cara akan berubah seperti di
bawah. Pastikan pelajar peka dengan pernyataan di atas supaya penghasilan cakap ajuk anda tepat
dan gramatis.
48
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
Golongan kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah
Kata ganti nama diri
saya, aku dia, beliau
Kata ganti nama tempat kami mereka
Kata ganti nama tunjuk beta baginda
Kata keterangan masa dia, -nya
awak, kamu, engkau mereka
Kata keterangan cara kamu semua -nya
dia
situ
sini
itu
ini
masa itu
Sekarang hari itu
hari ini keesokkan harinya
pada hari yang lepas
esok malam yang lepas
semalam dua hari yang lalu
malam tadi
kelmarin begitu
begini
Contoh penukaran ayat:
i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapan: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya
penipisan ozon.
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang
diberinya itu.
49
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada
Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah
pukul 11.00 pagi.
vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.
LATIHAN EDUKASI SPM 1
a) Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti pola ayat dasar sama ada FN + FN, FN + FK, FN +
FA atau FN + FSN.
Siem Reap merupakan bandar kedua yang pesat membangun di Kemboja selepas ibu
negaranya, Phnom Penh. Siem Reap juga lebih tenang berbanding dengan Phnom Penh. Namun
begitu, dari sudut pelancongan, Siem Reap banyak dikunjungi oleh pelancong saban tahun gara-
gara daya tarikan monument purba Kompleks Kuil Angkor Wat. Penulis sebenarnya telah
memasang impian untuk datang ke sini sejak bangku sekolah lagi apabila menonton sebuah
rancangan dokumentari yang memaparkan sejarah serta keindahan Angkor Wat. Impian untuk
sampai di situ membuahkan hasil apabila penulis berpeluang untuk menjejakkan kaki di negara
ini.
b) Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.
Penduduk telah membahagikan tugas mereka sebelum gotong-royong bermula. Sebahagian
penduduk telah membersihkan kawasan masjid. Keadaan ini menunjukkan masyarakat Malaysia
mampu bekerjasama walaupun berbeza kaum, agama dan budaya. Mereka tidak menunjukkan
sikap perkauman ketika melakukan aktiviti khidmat masyarakat. Mereka gembira selepas semua
kerja telah disiapkan walaupun penat.
c) Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat
tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Cabaran sebagai remaja memang kritikal. Kesilapan menguruskannya akan menjadikan remaja
hilang arah dan tertewas. Hal ini akan membantutkan usaha pembangunan negara yang bercita-
cita menjadi negara maju pada masa akan datang. Remaja pada hari ini harus memahami mereka
akan mentadbir negara ini pada masa hadapan. Kesan kegagalan remaja menangani perkara ini
dengan baik amat besar kepada bangsa dan negara.
50
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
PENYUNTINGAN
TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA
1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’, ‘kesalahan
imbuhan’, ‘kesalahan istilah atau kata’ atau ‘kesalahan tatabahasa’.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan
dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
BACA DAN FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA.
1.0 KESALAHAN EJAAN
1.1 EJAAN KATA MAJMUK
• Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian.
• Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
Salah Betul
antara bangsa antarabangsa
beri tahu beritahu
bumi putera bumiputera
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan kakitangan
kerja sama kerjasama
mata hari Matahari
olah raga olahraga
pesuruh jaya pesuruhjaya
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
suruhan jaya suruhanjaya
tanda tangan tandatangan
tanggung jawab tanggungjawab
warga negara warganegara
51
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
1.2 MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA
INDONESIA
Salah Betul
kekanda kakanda
pengkalan pangkalan
pesaka pusaka
selsema selesema
istihar isytihar
istirihat istirahat
hajjah hajah
catit catat
jamaah jemaah
1.3 MENGEJA KATA SENDI NAMA (di- dan ke-)
• (di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieja secara terpisah.
Salah Betul
disitu di situ
diatas meja di atas meja
diKota Bharu di Kota Bharu
kesitu ke situ
kehadapan rumah ke hadapan rumah
kePulau Pinang ke Pulau Pinang
52
1.4 MENGEJA AWALAN (Awalan di- dan ke-) UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
Salah
di tulis Betul
di asuh ditulis
diasuh
di bungkus dibungkus
ke tua ketua
ke dua kedua
ke kasih kekasih
1.5 KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)
Imbuhan Pinjaman
• Imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan
Inggeris.
• Boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.
Imbuhan Inggeris:
Awalan
Imbuhan Makna Contoh
anti- menentang / benci antidadah, antikomunis, anti-Amerika
auto- dengan sendiri automatik, autonomi, automobil
poli- banyak poligami, poliklinik, politeknik
pro- menyokong / menyebelahi prokerajaan, probarat, pro-Malaysia
sub- sebahagian daripada subtajuk, subbidang, subsistem
supra- melebihi / merentasi supranasional, suprakelas
pasca- selepas
Pascakemerdekaan,
pascakolonial, pascamajlis
53
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
Akhiran
Imbuhan Makna Contoh
-is cerpenis, kartunis, ekonomis
orang yang melakukan kapitalisme, komunisme, nasionalisme
-isme kepercayaan / ajaran / fahaman antologi, psikologi, morfologi
-logi geografi, kaligrafi, biografi
-grafi seseorang
bidang ilmu
bidang ilmu / bidang seni
*Catatan
• jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-) mesti
diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut.
Contoh: pro-Malaysia, anti-Israel
Imbuhan Sanskrit
Awalan Makna Contoh
Imbuhan sepuluh
dasa- dasawarsa
dwi-
dua dwibahasa, dwimusim,
eka- dwicara
juru- satu ekabahasa, ekafungsi,
ekatujuan
maha-
orang yang pakar / mahir dalam sesuatu juruhebah, jurubahasa,
panca-
bidang juruterbang
pra-
agung / besar mahaguru, maharaja
tata- mahasiswa
lima pancaragam, pancawarna
pancaindera
sebelum prakata, prasangka,
prasyarat
peraturan / sistem tatabahasa, tatatertib,
tatadunia
54
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
Akhiran
Imbuhan Makna Contoh
biduanita, posnita
-ita wanita / perempuan
-man orang yang memiliki sifat / kepakaran seniman, budiman
-wan dalam sesuatu bidang
-wati jutawan, wartawan,
- orang yang pakar dalam sesuatu bidang. jelitawan, ilmuwan,
- melakukan sesuatu perbuatan angkasawan
- memiliki sesuatu sifat
peragawati, seniwati
wanita yang mahir dalam sesuatu bidang angkasawati
pekerjaan
*catatan
• -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]
• -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘i’]
Imbuhan Arab –Parsi Makna Contoh
Awalan tidak biadab, bilazim binormal
Imbuhan
bi-
Akhiran
Imbuhan Makna Contoh
-ah orang perempuan / wanita ustazah, qariah
-at orang perempuan / wanita muslimat, hadirat
-iah hal yang ada perkaitan dengan sifat ilmiah, jasmaniah, alamiah
-in Hadirin, muslimin, musyrikin
orang lelaki
*catatan
• -wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal]
• -in [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan]
55
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
2.0 TANDA BACA
2.1 TANDA TITIK (.)
Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga untuk menyatakan
singkatan.
Salah Betul
Hj Hj.
Prof Prof.
dll dll.
dsb dsb.
2.2 TANDA SEMPANG (-) Betul
2.2.1 Sebagai tanda kata ganda meja-meja
berkata-kata
Salah bantah-membantah
meja meja gunung-ganang
berkata kata ipar-duai
bantah membantah batu-batan
gunung ganang saudara-mara
ipar duai
batu batan
saudara mara
2.2.2 Antara ke dengan angka Betul
Salah ke-21
ke-102
ke 21 atau ke21
ke 102 atau ke102
56
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
2.2.3 Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran –an
Salah Betul
tahun 90 tahun 90-an
an atau 90an atau 90han
tahun 20 tahun 20-an
an atau 20an atau 20han
2.2.4 Antara huruf kecil dengan huruf besar Betul
• Merujuk Tuhan hamba-Mu
Salah rahmat-Nya
hambaMu atau hamba mu
rahmatNya atau rahmat Nya
• Huruf besar bagi nama khas Betul
Salah pro-Barat
pan-Asia
pro Barat atau proBarat KDN-nya
pan Asia atau panAsia
KDN nya atau KDNnya
2.3 TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat
Salah Betul
Amboi! Mahalnya harga baju ini. Amboi, mahalnya harga baju ini!
Alamak! Saya terlupa membawa Alamak, saya terlupa membawa
pensel. pensel!
Cis! Engkau memang Cis, engkau memang
penderhaka! penderhaka!
Aduhai! Mengapalah malangnya Aduhai, mengapalah malangnya
nasibku ini. nasiblu ini!
Nah! Terimalah balasanku. Nah, terimalah balasanku!
57
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
3.0 KOSA KATA / ISTILAH
3.1 MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
Salah Betul
Kami sedang membincangkan
perkara itu. Kami sedang membincangkan
perkata itu, yang sangat rumit.
Ia sangat rumit.
Pekerja kilang batik di pekerja kilang batik di
Terengganu mahir dalam kerja- Terengganu mahir dalam kerja-
kerja melorek batik kerana kerja mencanting batik kerana
mewarisi kemahiran mewarisi kemahiran
ini dari nenek moyang mereka. ini dari nenek moyang mereka.
Habis pakaian di dalam almari Habis pakaian di dalam almari
itu digigit oleh tikus itu digerit oleh tikus
3.2 MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA
Salah Betul
berbagai kuih berbagai-bagai kuih
bersama adik bersama-sama adik
kedua pelajar kedua-dua pelajar
setengah orang setengah-setengah orang
pada bila masa pada bila-bila masa
3.3 MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK (CARA YANG SALAH)
3.3.1 Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
Salah Betul
mereka-mereka mereka
umat-umat umat
rakyat-rakyat rakyat
58
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
3.3.2 Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah
banyak
Salah Betul
dua buah rumah-rumah dua buah rumah
semua penonton-penonton semua penonton
segala pegawai-pegawai segala pegawai
antara kemudahan-kemudahan Antara kemudahan
Senarai nama-nama Senarai nama
Kebanyakan sibuk dengan urusan- Kebanyakannya sibuk dengan urusan
urusan
3.3.3 Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah Betul
Salah guru-guru besar
kertas-kertas kerja
guru besar-guru besar reka-reka bentuk
kertas kerja-kertas kerja
reka bentuk-reka bentuk
3.4 GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH
3.4.1 Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)
Salah Betul
di pagi hari pada pagi hari
di abad ke-20 pada abad ke-20
di masa itu pada masa itu
di ingatan Pada ingatan
Buku itu ada dengan Ali Buku itu ada pada Ali
59
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
3.4.2 Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
Salah Betul
hingga kepada hari ini hingga ke hari ini
kepada tempat lain ke tempat lain
dihempaskan kepada batu dihempaskan ke batu
3.4.3 Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)
Salah Betul
ke pegawai itu kepada pegawai itu
ke ketua pasukan kepada ketua pasukan
ke bahaya dadah kepada bahaya dadah
dilemparkan ke Ali dilemparkan kepada Ali
diserahkan ke Ketua Pengarang diserahkan kepada Ketua Pengarang
3.4.4 Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)
Salah Betul
Saudara datang daripada mana? Saudara datang dari mana?
Daripada saat ini, ubahlah sikapmu. Dari saat ini, ubahlah sikapmu.
3.4.5 Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang,
perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).
Salah Betul
Dari buku itulah banyak diperolehnya Daripada buku itulah banyak diperolehnya
banyak ilmu kebudayaan. banyak ilmu kebudayaan.
Dia lebih kaya dari saya. Dia lebih kaya daripada saya.
Peti itu dari kayu. Peti itu daripada kayu.
Kiriman itu dari ayahnya. Kiriman itu daripada ayahnya.
60
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
3.5 PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.
• Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan
keterangan (Adverb).
• Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja
intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif
(seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).
Salah Betul
pergi sekolah (KI) pergi ke sekolah
balik kampung (KI) Balik ke kampung
lupa nama orang itu (KI) lupa akan nama orang itu
lalu jalan ini (KI) lalu di jalan ini
benci orang itu (Adj.) benci kepada orang itu
suka durian (Adj.) suka akan durian
aku cintanya (Adj.) aku cinta kepadanya.
takut hantu (Adj.) takut akan/kepada hantu.
tahu perkara itu (KI) tahu akan/tentang perkara itu
3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
3.6.1 beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
3.6.2 ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.
61
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
3.7 KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR
SAMA BUNYI TETAPI BERLAINAN MAKNA.
Contohnya:
kelok dengan keluk
tempoh dengan tempuh
seloroh dengan seluruh
pedalaman dengan pendalaman
3.8 KESALAHAN MAKNA PERKATAAN
3.8.1 Penggunaan banyak dan ramai
• Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang.
• Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan
benda, sementara ramai khas untuk manusia.
• Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda.
• Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat.
• Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya;
mungkin kerana banyak orang di pasar itu.
3.8.2 Penggunaan guna dan pakai
• Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti
‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’
• Kata guna bererti ‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian
dengan menggunakan senjata.
3.8.3 Penggunaan pedalaman dan pendalaman
• Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang
disebut interior dalam bahasa Inggeris.
• Kata pendalaman pula bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.
62
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
3.8.4 Penggunaan bila dan apabila
• bila = merupakan Kata Tanya
• apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa.
• Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat.
Contoh:
Salah Betul
Bila dia pulang, kamu bolehlah pergi. Apabila dia pulang, kamu bolehlah pergi.
4.0 IMBUHAN Betul
4.1 TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN Mereka sedang bekerja.
Dia hendak mengambil barang itu.
Salah Adik tersenyum kepadanya.
Mereka sedang kerja. Kami sudah menjawab soalannya.
Dia hendak ambil barang itu.
Adik senyum kepadanya.
Kami sudah jawab soalannya.
50 AYAT PASIF GANTI NAMA PERTAMA / KEDUA / KETIGA
5.1 GANTI NAMA PERTAMA DAN KEDUA
Salah Betul
Buku itu dibaca oleh saya semasa cuti Buku itu telah saya baca semasa cuti
sekolah yang lalu sekolah yang lalu
Air teh itu telah ditapis oleh aku sebelum Ait the itu telah aku tapis sebelum dituang
dituang kedalam cawan. kedalam cawan
kerosakan peralatan sukan itu telah Kerosakan peralatan sukan itu telah awak
dilaporkan oleh awak kepada guru laporkan kepada guru.
63
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
5.2 GANTI NAMA KETIGA
Salah Betul
Kawasan banjir itu telah mereka redah untuk Kawasan banjir itu telah diredah oleh
menyampaikan bantuan kepada mangsa yang mereka untuk menyampaikan bantuan
masih terperangkap kepada mangsa yang masih terperangkap
Baju raya itu telah Faridah jahit untuk Baju raya itu telah dijahit oleh Faridah untuk
dihadiahkan kepada ibunya dihadiahkan kepada ibunya
Nasi minyak yang sedap itu telah ibu masak Nasi minyak yang sedap itu telah dimasak
untuk dijamu kepada tetamunya oleh ibu untuk dijamu kepada tetamunya
6.0 HUKUM DM
Salah Betul
Lain-lain hal Hal-hal lain
Warung goreng pisang Warung pisang goreng
Adnin kedai runcit Kedai runcit Adnin
Tomato sos Sos tomato
64
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN BIMBINGAN BERFOKUS 1
LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN.
Dalam petikan di bawah ini terdapat kesalahan ejaan dan kesalahan dari segi imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
petikan itu semula.
1. Restoran Kak Uda menawarkan bufet bagi sajian tengah hari dengan pelbagai hidangan
tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.
2. Walaupun waktu bersekolah sudah lama tamat, murid perempuan itu tetap tidak bergenjak dari
tempat duduknya sehingga ibu bapanya tiba di sekolah.
3. Produk herba negara kita mempunyai pontensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa
kerana dimiliki khasiat yang tinggi.
4. Strategi pengurusan haruslah diaplikasikan untuk jaminan industri memanafaatkan sumber
modal insan khususnya golongan profesional secara optimum.
5. Kumpulan orkestra di oditorium itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton setelah
selesai lakukan persembahan.
6. Kerajaan akan memperhalusi Peraturan-peraturan Makanan I985 yang melarang pengilang
menggunakan bahan pengawit yang berbahaya.
7. Dalam masyarakat Cina, kelender memainkan peranan penting untuk penentuan tarikh
perkahwinan dan membuka bangunan baharu.
8. Pihak polis telah berjaya menumpaskan sendiket pemalsuan wang dengan tangkapan ketua
mereka dalam sekatan jalan raya malam tadi.
9. Kempen Cintailah Sungai Kita perlu dipergiat demi menyadarkan masyarakat tentang
kepentingan sungai sebagai sumber pembekal air bersih.
10. Pembacaan yang luas melalui majalah pendidikan, surat khabar, ensklopedia boleh membantu
murid untuk meningkat ilmu pengetahuan
65
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
MENGENAL PASTI KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN
TATABAHASA
PRAKTIS 1
1. Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang
sukar dilupakan olehku.
2. Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu
antarabangsa di masa ini.
3. Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.
4. "Masyarakat berfikir" adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju
pada zaman ke-21.
5. Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan
dalam mesyuarat bulanan.
6. Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi
oleh anak mukimnya pada minggu depan
7. Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.
8. Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut
gembira daripada peminatnya.
9. Persembahan teater yang mengisahkan tentang kehidupan Tun Dr. Mahathir telah berjaya
menarik penggiat-penggiat teater seluruh Malaysia menontonnya.
10. Pelbagai sayur-mayur dijual oleh Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan pendapatan
bagi membiayai keluarganya.
66
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN KLON SPM 1
Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Petikan 1
Langkah mengamalkan gaya hidup sihat dapat mengelakan tekanan. Secara umumnya, kesibukan
dan kurang senam menyebabkan pembunuh senyap, iaitu tekanan darah yang banyak atau
hipertensi, yang menjejaskan kehidupan dan dan kesihatan fizikal manusia moden di seluruh
dunia. Hal ini juga tidak terkecuali berlaku pada penduduk negara ini. Tekanan boleh berlaku di
mana sahaja, antaranya termasuk ketika berada dalam kesesakkan jalan raya atau tekanan di tempat
kerja apabila kerja terlalu banyak dan tidak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Tekanan
berpunca dari isu yang berkaitan dengan jiran tertangga dan anak-anak dalam kehidupan
berkeluarga juga boleh berlaku.
Petikan 2
Belia sebagai asset dan modal yang amat berharga bagi Malaysia perlu terus digilap dan diteroka
potensi mereka, tanpa mengira bidang. Jika diberikan bimbingan dari awal, mereka bukan sekadar
dapat mengukir nama di peringkat negara, tetapi pasti pergi lebih jauh lagi. Belia perlu meneroka
sempadan yang belum diteroka dengan menembuskan bidang yang lebih mencabar. Sebelum ini,
kerajaan memputuskan hasrat untuk menubuhkan Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang
bertujuan mengkaji kehendak dan keperluan belia dengan fokus utamanya jenerasi Y yang
berumur di antara 10 tahun hingga 28 tahun. Selari dengan iktiraf global kepada warga belia,
kerajaan perlu memberikan prihatin serius terhadap program pembangunan belia agar para belia
Malaysia kekal berdaya lawan dengan warga belia global yang lain.
67
BAHASA MELAYU STANDARD UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
Bahan teks prosa Tidak perlu mengubah
Tradisional Tingkatan bentuk dan maksud
asal petikan atau
4 dan 5 bahan.
Jawapan dan soalan Setiap isi / idea tidak
mesti dalam bentuk boleh gugur / hilang
yang sama.
Berikan imbuhan pada Kekalkan Bahasa
kata kerja yang sesuai istana
Kekalkan kata ganti Kekalkan tanda baca
nama
68
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN 2
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut
semula dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam pergi
mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik, tuanku”.
Maka seorang, “ Ini pun ia harta patik, tuanku.” Maka kata seorang, “Ini tuanku benda
patik.” Kata seorang, “Ini bantal patik, tuanku.”
Segala habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga.”
(Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
JAWAPAN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
69
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN 2
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut
semula dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu
marah, katanya,”Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis
kubinasakan?”
(Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
JAWAPAN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
70
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN 3
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut
semula dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah.
Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “mohon patik tuanku.”
(Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam Antologi Sejadah Rindu)
JAWAPAN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
71
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN 4
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut
semula dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri
muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata datuk dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah
cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka
menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi.
(Dipetik daripada ‘Burung Terbang
Dipipiskan Lada’ dalam Antologi Sejadah
Rindu)
JAWAPAN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
72
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
5. PERIBAHASA
BENTUK SOALAN
Ilustrasi
Gambar situasi
Petikan
Karikatur
Dialog
73
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU
Senarai Peribahasa Dalam Buku Teks Tingkatan 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud: Anak dan saudara mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: mengalami susah senang bersama sama.
4. Meninggi diri
Maksud: Sombong
5. Bermuka dua
Maksud: Tidak jujur.
6. Baik hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. Tulang belakang
Maksud: Punca kekuatan/ orang harapan
8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud: Sangat sedih atau kecewa.
10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud: dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud: Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud: Bersama sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
74
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. Terang hati
Maksud: Lekas pandai.
16. Rendah hati
Maksud: Tidak sombong
17. Murah hati
Maksud: Pemurah.
18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud: Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud: Hampa.
Senarai Peribahasa Dalam Buku Teks Tingkatan 5
1. Lintah darat
Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. Bagai aur dengan tebing
Maksud: Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. Anak dagang
Maksud: Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang
Susah
6. Indah khabar daripada rupa
Maksud: Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud: Pengagihan yang sama banyak.
8. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. Kacang lupakan kulit
75
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
Maksud: Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud: Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud: kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya.
13. Memerah otak
Maksud: Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud: Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
Maksud: Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud: Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud: Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud: Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan
hilang pula.
21. Mencari jalan
Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud: orang yang kuat berpegang pada adat.
76
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
23. Sediakan payung sebelum hujan
Maksud: Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. Berbesar hati
Maksud: Gembira.
25. Anak buah
Maksud: a) Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
26. Tuan rumah
Maksud: tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud: Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. Batu penghalang
Maksud: Halangan
29.Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti - nantikan
Maksud: orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud: a) Orang yang pulang ke tempat asal. b) Kehidupan yang senang.
77
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN 1
Berdasarkan gambar di bawah, nyatakan dua peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan
situasi- situasi dalam gambar tersebut.
JAWAPAN
1. ________________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________
NOTA: Lihat gambar dengan teliti
Cuba fahami situasi yang terdapat dalam gambar
i. Cari satu peribahasa yang boleh dikaitkan dengan situasi di dalam gambar
ii. Kemudian cari satu lagi peribahasa lain yang menggambarkan maksud yang sama
iii. dengan dengan situasi di atas.
iv.
78
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN 2
Baca peikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam petikan tersebut.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan beberapa orang rakan telah berkunjung ke pulau Langkawi.
Pelbagai tempat menarik telah kami kunjungi dan banyak pengetahuan serta pengalaman baharu
telah kami peroleh bak kata orang ………… (i)………….. Sekiranya kami tidak tahu arah untuk
ke sesuatu destinasi yang hendak kami lawati, kami tidak berasa malu untuk bertanya kepada
penduduk setempat agar kami tidak tersesat kerana ………..(ii)………. . Ada ketikanya
perjalanan kami amat memenatkan dan cuaca yang panas menyebabkan kami ……….(iii)………
Hingga pakaian kami basah dibuatnya.
JAWAPAN
1. ________________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________
3. ________________________________________________________________________
79
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN 3
Dalam petikan di bawah terdapat beberapa peribahasa. Kenal pasti peribahasa tersebut,
kemudian berikan maksud.
Kamarul bermati-matian tidak mengaku bahawa dia yang menulis dan menyebarkan berita palsu
tentang pengurusnya di media sosial, sikapnya ibarat lempar batu sembunyi tangan. Sebaliknya,
Halim pula yang dituduh melakukan perkara itu seperti peribahasa, lain orang makan nangka, lain
orang yang kena getahnya. Namun demikian, perbuatan Kamarul terbongkar itu terbongkar juga
akhirnya dan dia telah dibuang kerja oleh majikannya. Oleh itu, berhati-hatilah apabila berkata-
kata kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya.
JAWAPAN
Senarai Peribahasa
i) ____________________________________________________________________________
Maksud: ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
ii) ___________________________________________________________________________
Maksud: ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
iii) ___________________________________________________________________________
Maksud: ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
80
UNIT BAHASA MELAYU MRSM PENGKALAN HULU
LATIHAN 4
Lihat gambar poster di bawah dengan teliti, kemudia nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
untuk menggambarkan semangat cinta akan negara.
JAWAPAN
1. __________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________
3. __________________________________________________________________
81