DSKP 2.3.3 Membaca untuk membuat inferens daripada pelbgai bahan dengan betul menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 4_Bersatu Kita Teguh 40 Soalan Tambahan (a) Berdasarkan bahan rangsangan, nyatakan tanggungjawab dan tugas Kementerian Luar Negeri (KLN). (b) Berikan maksud kata-kata atau rangkai kata berikut. Rangkai kata Maksud berpegang teguh norma diplomasi mandat triti termaktub ekstradisi emigrasi
DSKP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandang daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 5_Pendidikan untuk Semua 41 B04 Pemahaman Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (Teknik Bacaan CHATT) Bahan 1 (dipetik dan diubah suai daripda ‘Kolar Biru Bukan Kelas Rendah’ Halaman 65, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) bukanlah satu aliran pendidikan yang asing di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 telah memberikan penekanan yang khusus mengenai keperluan TVET dalam pasaran buruh dan ekonomi negara. Perhatian yang khusus juga diberikan oleh kerajaan melalui pengumuman Bajet 2019 terhadap pemerkasaan pendidikan TVET. Bagi tujuan menyediakan latihan TVET yang dipadankan dengan pekerjaan yang bersesuaian, kerajaan juga menyediakan RM30 juta untuk melatih tiga ribu orang belia daripada keluarga berpendapatan rendah dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM5.9 bilion bagi mengarusperdanakan TVET dalam negara. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pula diberikan kebenaran menggunakan lebihan hasil yang dijanakan daripada kursus TVET yang disediakan kepada industri untuk perbelanjaan seperti menaik taraf peralatan dan melantik tenaga pengajar daripada industri. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, graduan TVET sangat beruntung kerana kebanyakan mereka dinanti-nantikan oleh majikan. Kebanyakan institusi TVET juga menawarkan kemahiran yang sememangnya menjadi rebutan banyak syarikat pada hari ini. Graduan TVET turut berpeluang untuk menjadi usahawan dengan kemahiran tambahan yang sedia ada. (dipetik dan diubah suai daripda ‘Lepasan TVET Kini Buruan’ oleh Khairul Ariffin Dewan Siswa Bil.2 2020, Dewan Bahasa dan Pustaka.
DSKP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandang daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 5_Pendidikan untuk Semua 42 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud perhatian yang khusus. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan objektif aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET). [3 markah] (iii) Sesetengah ibu bapa amat mementingkan bilangan Gred A dalam peperiksaan. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah ibu bapa bersikap sedemikian? [3 markah] (iv) Guru anda telah menguar-uarkan satu laman sesawang berkaitan dengan institutsi yang menawarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) yang terdapat di negara ini. Setelah melayari laman sesawang tersebut, anda berminat untuk memasuki salah satu institusi tersebut. Walau bagaimanapun, ibu bapa anda mahu anda meneruskan pelajaran anda dengan menjurus dalam bidang akademik. Anda dalam dilema antara minat anda dan kehendak ibu bapa. Cadangkan langkah-langkah yang patuh anda lakukan untuk meyakinkan ibu bapa tentang minat anda itu. [4 markah] Soalan Tambahan (a) Salah satu sebab kadar pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat adalah kerana graduan gagal memenuhi kehendak majikan. Jelaskan kemahiran yang diperlukan oleh industri atau pasaran kerja. [3 markah] (rujuk m/s 64 buku teks) (b) Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang agar dapat bersaing dalam pasaran kerja? [3 markah] (rujuk m/s 64 buku teks)
DSKP 2.1.1 Membaca pelbagai teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada yang sesuai. DSKP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandang daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 7_Pertanian, Perternakan dan Perikanan 43 B05 Pemahaman Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 (dipetik dan diubah suai daripada ‘Unggas Berekor Kembang’ Halaman 87, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)
DSKP 2.1.1 Membaca pelbagai teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada yang sesuai. DSKP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandang daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 7_Pertanian, Perternakan dan Perikanan 44 Bahan 2 Kelebihan Dan Keunikan Menternak Ayam Mutiara Kita mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam belanda (piru, turkey), tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara, api-api atau unggas emas dan di negara Barat yang juga digelar Guinea Fowl misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya, kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging. Ayam mutiara mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ayam ini suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak. Harga jualannya bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dahulu ayam mutiara dewasa cuma RM35 seekor kerana tidak banyak permintaan tapi sekarang, harga ayam mutiara ini dijual di kedai haiwan peliharaan pada harga RM130 seekor. Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30-40 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari. Ayam mutiara boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak kerana ayam mutiara mula bertelur selepas berusia setahun dan mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu, kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini ialah tempoh kemampuannya bertelur. Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2019/01/ayam-mutiara.html#ixzz71oMb4265 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud sajian utama. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan ciri-ciri ayam piru dan ayam mutiara yang menjadikan ayam ini dapat dikomersialkan. [3 markah] (iii) Kekurangan golongan muda menceburi bidang pertanian merugikan negara. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan muda hingga menghalang mereka untuk menceburi bidang pertanian? [3 markah]
DSKP 2.1.1 Membaca pelbagai teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada yang sesuai. DSKP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandang daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 7_Pertanian, Perternakan dan Perikanan 45 (iv) Encik Harris telah lama menceburi bidang penternakan. Ayam yang diternaknya untuk tujuan ayam daging dan ayam telur. Sungguhpun begitu, pasarannya hanya tertumpu di dalam negara. Anda selaku anak saudaranya mahu mempelbagai produk ternakan dan memperluas pasaran produk ternakan beliau ke luar negara. Cadangkan langkah-langkah kepada Encik Harris untuk memperluas produk ternakannya. [4 markah] Soalan Tambahan (a) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud ……. Bil Rangkai kata Maksud 1 baka warisan 2 pemilihan genetik (b) Encik Asraf merupakan pengusaha ikan hiasan yang baru menceburi bidang ini. Encik Asraf berpandangan bahawa ikan hiasan berpontensi untuk dimajukan bagi menjanakan pendapatan yang lumayan. Anda selaku pegawai daripada Jabatan Perikanan telah memberikan cadangan kepada beliau. Cadangkan langkah-langkah kepada Encik Asraf untuk menambah baik perniagaan ikan hiasannya. [4 markah] (rujuk ms 91 buku teks) (c) Mak Minah merupakan pekebun sayur di pinggir bandar. Mak Minah ingin memasarkan hasil pertanian secara terus kepada pengguna. Mak Minah telah meminta bantuan daripada pegawai pemasaran FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) . Anda selaku pegawai daripada FAMA telah memberikan cadangan kepada Mak Minah. Cadangkan saranan-saranan yang dapat anda berikan kepada Mak Minah untuk memasarkan hasil pertanian kebunnya. [4 markah] (rujuk ms 89 buku teks)
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 46 B06 Pemahaman Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 (dipetik dan diubah suai daripada ‘Tenaga daripada Air’ Halaman 126, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 47 Bahan 2 (dipetik dan diubah suai daripada ‘Bukan Sekadar Sinaran’ Halaman 127, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud membawa kesan. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kedua-dua jenis tenaga ini. [3 markah] (iii) Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sumber alam seperti tenaga hidroelektrik dan tenaga solar merupakan tenaga yang boleh diperbaharui. Kuasa daripada sumber alam dapat melestarikan alam sekitar. Pada pendapat anda, apakah manfaatnya menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui kepada alam sekitar. [3 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 48 (iv) Semasa anda berjalan-jalan di kawasan perumahan anda, anda mendapati bahawa terdapat jiran anda yang membuang peralatan elektrik dan elektronik di dalam tong sampah di depan rumahnya. Anda sedar bahawa cara pelupusan sebegini adalah tidak sesuai kerana cara ini memberikan impak yang negatif terhadap alam sekitar dan manusia. Sebagai seorang rakan yang prihatin, sarankan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh jiran. [4 markah] (rujuk m/s 129) Soalan Tambahan (a) Malaysia mempunyai kepelbagaian biologi dengan kewujudan 1500 jenis haiwan vertebrata dan 150000 jenis haiwan invertebrata di negara ini. Namun demikian, akhirakhir ini kebanyakan haiwan tersebut diancam kepupusan. Nyatakan langkah-langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar. [3 markah] (rujuk m/s 133) (b) Mobiliti hijau merujuk pergerakan manusia yang mesra alam sekitar. Mobiliti hijau ialah peralihan daripada kenderaan yang berasaskan bahan bakar petrol atau diesel kepada penggunaan mod pengangkutan yang mesra alam dan menggunakan teknologi hijau. Nyatakan jenis-jenis mobiliti hijau yang boleh diaplikasikan. [3 markah] (rujuk m/s 130) (c) Anda mendapati jiran di kawasan tempat tinggal anda sering melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka menyebabkan alam sekitar di kawasan tersebut sering dicemari asap yang kotor dan berbau busuk. Sebagai penduduk yang prihatin, cadangkan beberapa langkah yang sesuai kepada jira anda itu untuk mengelakkannya melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar. [4 markah]
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. T5_Tema 9_Pengurusan Kewangan 49 B07 Pemahaman Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 . (dipetik dan diubah suai daripada ‘Untung Besar’ Halaman 112, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 (dipetik dan diubah suai daripada ‘Untung Besar’ Halaman 113, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. T5_Tema 9_Pengurusan Kewangan 50 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menanggung risiko. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan kedua-dua jenis pelaburan ini. [3 markah] (iii) Banyak faktor yang menjadi pertimbangan pelabur semasa membuat pelaburan agar pelaburan mereka menguntungkan. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan oleh seorang pelabur ketika membuat pelaburan. [3 markah] (rujuk m/s 113) (iv) Allen telah menerima surat pemberitahuan daripada pihak bank yang menunjukkan bahawa dia sudah berhutang sebanyak RM150,000 akibat penggunaan kad kredit secara tidak terkawal. Kini, Allen tidak mampu untuk membayar balik bayaran tersebut. Dia mungkin menghadapi kebankrapan. Sebagai seorang rakan yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh beliau untuk mengatasi masalah kewangannya. [4 markah] (rujuk m/s 110) Bahan Audio m/s 110 Soalan Tambahan (a) Berdasarkan Bahan X , berikan maksud Y . Bil Bahan X Y Maksud 1 Bahan 1 mengaut keuntungan 2 Bahan 1 pemilihan lokasi 3 Bahan 1 tumpuan ramai 4 Bahan 2 meyakini potensi 5 Bahan 2 merosot secara mendadak (b) Statistik menunjukkan bahawa banyak individu menghadapi kebankrapan disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman bank. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang itu membuat pinjaman daripada pihak bank. (rujuk m/s 111) [3 markah] (c) Kad kredit umpama pisau tajam yang bermanfaat dan boleh mendatangkan mudarat. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan menggunakan kad kredit kepada pengguna. (rujuk m/s 115) [3 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan teknik bacaan. DSKP 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 11_Dunia Selamat Milik Kita 51 B08 Pemahaman Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 (dipetik dan diubah suai daripada ‘Sedia Menyelamat’ Halaman 143, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan teknik bacaan. DSKP 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 11_Dunia Selamat Milik Kita 52 Bahan 2 (dipetik dan diubah suai daripada ‘Siap Sedia Sentiasar’ Halaman 142, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud meliputi operasi. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua persamaan tugas kedua-dua pasukan penyelamat. [3 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan teknik bacaan. DSKP 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. T5_Tema 11_Dunia Selamat Milik Kita 53 (iii) Kita kerap mendengar berita kemalangan yang melibatkan penggunaan elektrik. Kemalangan ini disebabkan oleh pelbagai punca yang melibatkan kecuaian manusia. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan kemalangan tersebut berlaku? [3 markah] (rujuk m/s 146~147) (iv) Berdasarkan kajian, sebanyak 60% kemalangan maut di Malaysia melibatkan penunggang motosikal. Rakan anda menunggang motosikal berulang-alik ke sekolah setiap hari. Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah saranan anda kepada rakan anda untuk menjaga keselamatannya di jalan raya. [4 markah] (rujuk m/s 148~149) Soalan Tambahan (a) Berdasarkan Bahan 2 , berikan maksud …….. . Bil Rangkai kata Maksud 1 kesejahteraan rakyat 2 Sistem amaran
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan teknik bacaan. T5_Tema 15_Industri Perabot 54 B09 Pemahaman Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 . (dipetik dan diubah suai daripada ‘Daripada Pokok Bambu’ Halaman 201, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia.
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan teknik bacaan. T5_Tema 15_Industri Perabot 55 Bahan 2 (dipetik dan diubah suai daripada ‘Pokok Getah Tua Masih Berguna’ Halaman 200, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menghindarkan masalah. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua persamaan kedua-dua jenis perabot ini. [3 markah] (iii) Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS)berpotensi memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Namun begitu, PKS juga menghadapi pelbagai isu. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh PKS? [3 markah] (rujuk m/s 195) (iv) Puan Basyirah seorang pengusaha kecil dan sederhana yang menjual kerepek dan makanan yang diproses. Walaupun produknya sedap namun pembeli masih kurang. Hal ini menyebabkan Puan Basyirah berasa amat risau kerana bimbang tidak dapat pulangan modal. Dia meluahkan masalahnya itu kepada anda yang merupakan seorang pegawai pemasaran. Sebagai seorang yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh Puan Basyirah untuk meningkatkan jualannya [4 markah] (rujuk m/s 195)
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi dan prosa moden. T5_Tema 1_Anda Bersih, Anda Sihat 56 3.2 LATIHAN PETIKAN SASTERA C01 Pemahaman Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Buku Teks Tingkatan 5, halaman 11, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan 2 Tidak jauh dari rumah saya, ada sebuah gerai yang menjual masakan kampung yang enak. Abang saya selalu membeli lauk di situ untuk makan tengah hari. Gerai itu menjadi pilihan abang kerana pemiliknya ringan tulang dalam penjagaan kebersihan. Gerai tersebut terletak jauh dari jalan raya. Oleh hal yang demikian, gerai ini terhindar daripada kesesakan lalu lintas. Tempat pembuangan sampah dan tangki septik terletak jauh dari gerai tersebut. Makanan dan minuman dihidangkan dalam bekas yang bersih dan tertutup. Selain itu, kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih, bekalan elektrik, saliran longkang, dan tong sampah yang bertutup disediakan. Tidak kelihatan serangga, tikus, atau haiwan perosak lain di gerai itu. (dipetik dan diubah suai daripda ‘Menu Lazat, Lokasi Bersih’ Buku Teks Tingkatan 5, halaman 12 Kementerian Pendidikan Malaysia.
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi dan prosa moden. T5_Tema 1_Anda Bersih, Anda Sihat 57 Bahan 3 (dipetik dan diubah suai daripda ‘Petua Tuk Nan’ Buku Teks Tingkatan 5, halaman 10, Kementerian Pendidikan Malaysia. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud nasihat bonda. [2 markah] (ii) Merujuk semua bahan, nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh apabila seseorang itu sentiasa menjaga kebersihan. [4 markah] (iii) Menjaga kebersihan diri ialah amalan gaya hidup sihat yang perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada pendapat anda, apakah amalan gaya hidup sihat lain yang perlu disemai oleh ibu bapa dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil? [3 markah]
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi dan prosa moden. T5_Tema 1_Anda Bersih, Anda Sihat 58 (iv) Pada suatu petang, ketika Eman, Chan dan Maniam berjalan-jalan di taman perumahan, mereka ternampak sebuah bangunan terbengkalai. Mereka sempat melihat keadaan di dalam bangunan tersebut. Mereka sungguh terperanjat apabila melihat beberapa ekor ular yang menjadikan bangunan terbengkalai itu sebagai sarang. Mereka perlu bertindak dengan segera supaya haiwan tersebut tidak mengancam keselamatan penduduk kerana bangunan terbengkalai itu terletak berhampiran dengan taman perumahan mereka. Sebagai penduduk yang prihatin, bagaimanakah anda dan rakan-rakan dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini? [4 markah] Soalan Tambahan (a) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata di bawah. menguak kamar memori pesan bonda terpateri di jiwa emosi tenang fikiran sejahtera hati tenang minda terbuka (b) Berdasarkan cerpen Tuk Nan, berikan petua-petua Tuk Nan untuk Naim membersihkan bilik air rumahnya. [4 markah] (b) Berdasarkan rangkap 2 sajak Menguak Kamar Kenangan, mengapakah bonda berpesan supaya menjaga bilik tidur sebaiknya? [4 markah]
DSKP 2.1.2 membaca petikan prosa moden dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situasi. DSKP 4.1.1 memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi dan prosa moden. T5_Tema 3_Kerjaya Meniti Jaya 59 C02 Pemahaman Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan 2 Buku Teks Tingkatan 5, halaman 37, Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Teks Tingkatan 5, halaman 37, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan 3 Aku meraba fizikalku. Aku gadis tempang. Kedua-dua belah kaki cacat. Tangan kiri kerudung. Jalan terhincut-hincut. Langkah aku lambat sekali. Perlu berpaut pada sebarang tongkat. Aku seorang mahasiswa yang kurang sifat di pusat pengajian tinggi. Sesekali berjalan hampir terjatuh. Tiada siapa yang mengendahkan aku. Di kampus, masing-masing sibuk berkerjaran dengan aktiviti sendiri. Masa tidak menanti sesiapa. Akulah yang sering berlaga-laga dengan masa. Lalu tertewaslah aku. Aku bukan seperti sebelumnya. Pada awalnya, aku sering mengeluh. Maklumlah, terlalu payah meneruskan rutinku dalam keadaan sebegini. Alhamdulilah, aku banyak dibantu oleh Riani, rakan yang mula kukenali ketika pertama kali ke menara gading ini.
DSKP 2.1.2 membaca petikan prosa moden dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situasi. DSKP 4.1.1 memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi dan prosa moden. T5_Tema 3_Kerjaya Meniti Jaya 60 Aku seksa begini. Sungguh memenatkan. Jalan sikit sudah termengah-mengah. Tapi aku cuba cekalkan hati. Hidup di dunia ini sekali cuma. Riani kerap mengawasi aku. Dia tidak jemu-jemu mendampingi aku. Pada mulanya aku berasa ada kelainan dan kekurangan pada anggota badanku. Sesekali diangkat terasa berat dan sakit. Meraba-raba lengan. Baru menapak selangkah dua, aku jatuh terjelepok. Perit melakukan sebarang kerja dengan hanya satu tangan. Saat genting itu hanya Tuhan saja yang mengetahui. Aku menangis sepuas-puas hati pada hati itu. Serpihan kekesalan tersemat dalam sanubariku. Lantaran mengikuti ekspedisi Kelab Kembara sekolah semasa di tingkatan lima dulu, aku menerima petaka ini. Sekali gus meragut kelincahanku. (dipetik dan diubah suai daripda ‘Menatap Wajahnya’ dalam Antologi Anak Laut, DBP. (i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud menerima petaka. [2 markah] (ii) Merujuk semua bahan, nyatakan kesan-kesan kesakitan tulang kepada manusia. [4 markah] (iii) Tugas kiropraktor adalah untuk meletakkan tulang-tulang yang dislokasi di tempat asalnya. Pada pendapat anda, apakah punca-punca sakit tulang kepada seseorang itu? [3 markah] (iv) Pada suatu pagi yang hening, anda dan keluarga tersayang beriadah di salah sebuah taman rekreasi yang agak jauh dari tempat tinggal anda. Ketika melakukan beberapa pergerakan, tiba-tiba pergelangan kaki kanan ibu anda terseliuh. Pergelangan kaki ibu anda menjadi bengkak. Hal ini amat merisaukan anda sekeluarga. Sebagai anak yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu ibu anda untuk mengurangkan kesakitannya? [4 markah] Soalan Tambahan (a) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud …………. Bil Rangkai kata Maksud 1 melegakan derita 2 seksanya amat terkesan 3 merentas bangsa
DSKP 2.1.2 Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situisi. DSKP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional. T5_Tema 8_Melancong Mencari Makna 61 C03 Pemahaman Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan 2 Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli berangan; Kami mengucap selamat datang, Apa yang kurang dikeji jangan. Negeri Pahang aman sentosa, Kaya dengan tumbuh-tumbuhan; Niat di hati nak buat jasa, Mudah-mudahan Tuhan kabulkan. Pukul gendang kulit kerbau, Dalam majlis tari-menari; Kami ini dagang merantau. Mengharap belas orang di sini. Dipetik daripada “Pantun Joget Pahang” Antologi Seuntai kata untuk Dirasa, DBP. Buku Teks Tingkatan 5, halaman 101, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan 3 Pak Tua tersenyum puas menatap longgokan buah-buahan yang telah dikumpulkan sejak kelmarin. Buah-buahan tempatan seperti nangka, cempedak, nanas, pisang, kepaya, limau bali, dan jambu batu berserta jambu air amat mudah didapati di kebunnya, tetapi untuk buah-buahan hutan seperti buah tampoi, durian merah, mata kucing, dan meritam, agak sulit juga Pak Tua mendapatkannya. Dia terpaksa meredah hutan dan menjolok dengan galah panjang agar tidak merosakkan pohonnya. Segala kesusahan dan jerih payah, Pak Tua tidak dihiraukan, asalkan dia dapat menyediakan aneka jenis buah-buahan untuk anak cucunya. Sebuah bas mini dan dua buah kereta buatan dalam negara bergerak dengan perlahanlahan memasuki kawasan kebun Pak Tua. Jalan tanah merah yang telah diturap dengan batu dan kerikil harus memudahkan perjalanan kenderaan itu lagi. Setelah kereta berhenti dan para penumpangnya turun, kemeriahan pun mewarnai kawasan dusun dan hutan itu.
DSKP 2.1.2 Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situisi. DSKP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional. T5_Tema 8_Melancong Mencari Makna 62 “Jadi, inilah yang dibuat oleh bapa? Tanah yang diwariskan oleh atuk untuk emak dan bapa telah dibiarkan menjadi hutan simpan?” Ajam berkata sambil memandang kehijauan hutan belantanra di hadapannya. “Ya Ajam. Hanya sedikit saja kawasan yang dibersihkan oleh bapa untuk tapak rumah dan untuk dusun buah-buahan.” Dipetik daripada cerpen ‘Hutan Rimba’ oleh Sasjira dalam Antologi Digahayu Bahasaku DBP. (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mengharap belas. [2 markah] (ii) Merujuk semua bahan, nyatakan keistimewaan-keistimewaan destinasi pelancongan yang terdapat dalam bahan tersebut. [4 markah] (iii) Ekopelancongan merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang popular dan digemari oleh pelancong pada masa ini. Secara amnya, produk ekopelancongan dapat memberikan impak positif kepada pembangunan industri pelancongan negara dan memberikan faedah dalam bentuk ekonomi kepada penduduk tempatan dan kerajaan. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah ekopelancongan kepada penduduk tempatan? [3 markah] (iv) Anda dan rakan-rakan berhasrat untuk menyertai ekspedisi mendaki gunung semasa cuti persekolahan yang akan bermula bulan hadapan. Namum begitu, anda perlu membuat persiapan-persiapan dahulu semasa merancang aktiviti tersebut. Cadangkan perkara-perkara penting yang perlu diambil kira semasa merancang ekspedisi tersebut bagi membantu anda dan rakan-rakan membuat perancangan. [4 markah] Soalan Tambahan (a) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud-------- . [2 markah] 1 dikhayalkan nostalgia 2 rindu tak bertepi 3 bernokhtah
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan puisi. DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi 63 C04 Pemahaman Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 (dipetik dan diubah suai daripda ‘Tenaga daripada Air, Halaman 126, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 (dipetik dan diubah suai daripada ‘Gurindam Alam Sekitar’, Halaman 129, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan puisi. DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi 64 (i) Berdasarkan bahan 2, berikan maksud sukar dihindari. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kebaikan jika kita melakukan sesuatu yang mesra alam. [3 markah] (ii) Teknologi Hijau ialah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Pada pendapat anda, apakah kebaikannya kepada alam sekitar jika rakyat Malaysia mengamalkan teknologi hijau dalam kehidupan? [3 markah] (iv) Pada suatu hari, anda bersama dengan rakan-rakan anda telah mengikuti aktiviti meredah hutan di kawasan hutan simpan berhampiran dengan tempat tinggal anda. Sepanjang laluan pendakian bukit di dalam aktiviti meredah hutan tersebut, anda melihat beberapa orang pendaki membuang sampah seperti botol plastik minuman dan bekas polisterina di merata-rata tempat. Sebagai rakyat yang peka akan kelestarian alam sekitar, apakah tindakan-tindakan anda untuk mengatasi masalah ini? [4 markah]
DSKP 1.6.1 mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas serta menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila. DSKP 4.1.2 memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional. T5_Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik 65 C05 Pemahaman Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan2
DSKP 1.6.1 mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas serta menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila. DSKP 4.1.2 memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional. T5_Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik 66 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkap yang pertama. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan ,nyatakan jasa-jasa para pahlawan kepada sesebuah negara. [4 markah] (iii) Para pahlawan seperti Dato Maharaja Lela, Rentap dan Mat Kilau telah melakukan pelbagai usaha untuk membebaskan negara daripada penjajah. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dirancang oleh pihak sekolah untuk memastikan murid-murid mengenali para pahlawan yang telah banyak berjasa kepada negara.? [3 markah] (iv) Kelab Sejarah sekolah anda akan menganjurkan pertandingan mendekorasi dan menghias bilik darjah bertemakan ‘Bulan Kemerdekaan Negara‘. Sebagai rakan di kelas anda berasa sangat teruja untuk menyertai pertandingan itu. Namun begitu, anda mendapati segelintir rakan sekelas anda bersikap acuh tak acuh bagi menghulurkan tenaga mereka untuk menjayakan tujuan itu. Sebagai ketua kelas, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah ini? [4 markah] Soalan Tambahan (a) Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Sebagai warganegara, kita haruslah menghormati bendera negara kita iaitu Jalur Gemilang. Nyatakan cara yang betul untuk mengibarkan Jalur Gemilang. (Rujukan m/s 174~ 175) [4 markah]
DSKP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud konteks ayat. DSKP 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. DSKP 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 67 3.3 LATIHAN BERTUTUR D01 Latihan Bertutur Tema 2: Sukan dan Rekreasi (m/s 22 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Petikan: Pertarungan Minda Membaca secara mekanis Bersoal jawab dengan rakan kamu. 1. Apakah faedah teknologi terhadap permainan dam dalam petikan? 2. Nyatakan cara sendiri menghasilkan dam? 3. Nyatakan faedah permainan dam dalam petikan? 4. Nyatakan satu permainan yang dapat dihasilkan oleh kamu sendiri dan cara menghasilkannya. 5. Permainan tradisional kian dilupakan oleh generasi kini. Pada pendapat anda, apakah langkah untuk menarik minat remaja terhadap permainan tradisional? 6. Permainan tradisional kian dilupakan oleh generasi kini. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengekalkan permainan tradisional agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang? D02 LATIHAN BERTUTUR Tema 2: Sukan dan Rekreasi (m/s 21 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Petikan: Terompah Tempurung Membaca secara mekanis Bersoal jawab dengan rakan kamu. 1. Nyatakan cara bermain terompah tempurung? 2. Nyatakan faedah permainan terompah tempurung dalam petikan? 3. Nyatakan satu permainan yang dapat dihasilkan oleh kamu sendiri dan cara menghasilkannya. 4. Permainan tradisional kian dilupakan oleh generasi kini. Pada pendapat anda, apakah langkah untuk menarik minat remaja terhadap permainan tradisional?
DSKP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud konteks ayat. DSKP 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. DSKP 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 68 D03 LATIHAN BERTUTUR Tema 3: Kerjaya Meniti Jaya (m/s 31 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Petikan: Solekan Ubah Wajah Membaca secara mekanis Bersoal jawab dengan rakan kamu. 1. Apakah perbezaan peranan jurusolek kesan khas dengan jurusolek biasa? 2. Apakah kemahiran dan kebolehan yang perlu diperoleh oleh seorang jurusolek? 3. Bagaimanakah seseorang jurusolek dapat mengembangkan kerjayanya ke peringkat yang lebih tinggi? 4. Pada pendapat anda, apakah potensi jurusolek kesan khas dalam kerjaya mereka? D04 LATIHAN BERTUTUR Tema 5: Pendidikan untuk Semua (m/s 27 & 63 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Petikan: Pilihan Hatiku Bersoal jawab dengan rakan kamu. 1. Apakah cita-cita anda? /Apakah rancangan anda selepas tamat persekolahan? 2. Pada pendapat anda, apakah sebabnya seseorang itu mesti menuntut ilmu pengetahuan di peringkat tinggi? 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah aktiviti kokurikulum di sekolah dapat membantu anda mencapai cita-cita tersebut? 4. Apakah persediaan anda untuk mencapai cita-cita tersebut? Rujukan m/s 63 buku teks
DSKP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud konteks ayat. DSKP 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. DSKP 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 69 D05 LATIHAN BERTUTUR Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi (m/s 72 & 73 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Petikan: Jejak Kompos Bersoal jawab dengan rakan kamu. 1. Apakah yang anda faham dengan kompos? 2. Apakah yang boleh kita gunakan untuk membuat kompos? 3. Jelaskan proses pengomposan berdasarkan bahan rangsangan. 4. Pada pendapat anda, apakah manfaatnya jika kita melakukan pengomposan dalam kehidupan harian kita. 5. Pada pendapat anda, bagaimanakah pengomposan dapat memanfaatkan industri pertanian? 6. Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang suri rumah tangga mendapat manfaat daripada pengomposan. D6 LATIHAN BERTUTUR Tema 11: Dunia Selamat Milik Kita (m/s 141 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Petikan: Dompet Maya Membaca secara mekanis Bersoal jawab dengan rakan kamu. 1. Apakah e-dompet? 2. Berikan beberapa contoh e-dompet. 3. Apakah tujuan penggunaan e-dompet? 4. Nyatakan kelebihan-kelebihan penggunaan e-dompet. 5. Apakah kekurangan penggunaan e-dompet? 6. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menangani kekurangan tersebut?
DSKP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud konteks ayat. DSKP 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan bermakna. DSKP 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 70 D7 LATIHAN BERTUTUR Tema 12: Irama Antan dan Lesung (m/s 154 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Petikan: Tak Lapuk dek Hujan, Tak Lekang dek Panas Membaca secara mekanis Bersoal jawab dengan rakan kamu. 1. Apakah yang anda fahami tentang tumbuk kalang ? 2. Bilakah tumbuk kalang dimainkan? 3. Nyatakan alat yang digunakan dalam tumbuk kalang. 4. Nyatakan cara melakukan permainan tumbuk kalang. 5. Nyatakan jenis-jenis tumbukan yang boleh menghasilkan bunyi dalam tumbuk kalang. 6. Nyatakan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan bersama tumbuk kalang. 7. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh membaiki persembahan muzik asli untuk tontonan umum? 8. Apakah yang boleh dilakukan untuk menarik minat generasi muda agar mengenali muzik asli secara mendalam? 9. Apakah langkah yang harus diambil agar muzik tradisional tidak terus ditelan zaman? D8 LATIHAN BERTUTUR Tema 12: Pemanis Mulut dari Pahang (m/s 157 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Petikan: Anak Raja Rentas Hutan Kumpul 600 Resipi Membaca secara mekanis. Bersoal jawab dengan rakan kamu. 1. Nyatakan kuih-kuih tradisional dalam bahan rangsangan. 2. Apakah yang dilakukan oleh Tengku Puan Pahang (Raja Permaisuri Agong ) ? 3. Bagaimana Raja Permaisuri Agong mengumpul data untuk bukunya? 4. Apakah tujuan Raja Permaisuri Agong berbuat demikian? 5. Pada pendapat anda, kenapa kuih tradisional kian hilang ditelan zaman? 6. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menjadikan makanan tradisional ini terus dinikmati oleh generasi akan datang? 7. Apakah tindakan anda untuk mengekalkan makanan tradisi keluarga anda dalam keluarga anda sendiri? 8. Bagaimanakah kuih tradisional mampu bertahan dan bersaing dengan kuih moden?
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. DSKP 1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara bertatasusila. DSKP 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 71 E01 Latihan Bertutur - Berkumpulan Tema 4: Kerjaya Meniti Jaya (m/s 43 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Cara mengemukakan cadangan secara bertatasusila 1. Saya ingin mencadangkan ---- 2. Saya hendak mencadangkan --- 3. Saya berpendapat bahawa --- 4. Pada pendapat saya, --- 5. Apa kata kita mencadangkan agar /supaya ----- (m/s 49 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur Cara mengemukakan cadangan secara bertatasusila 1. Saya setuju,---- 2. Saya bersetuju dengan pendapat saudara Y, --- 3. Saya bersetuju dengan idea yang disampaikan --- 4. Saya tidak bersetuju dengan cadangan ini, ---- 5. Saya ingin mempertahankan pendapat bahawa --- Perbualan bertemakan -langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perpaduan terjalin dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Pelaksanaan Aktivtii 1. Membaca dan memahami teks tentang RIMUP m/s 43 dan Bersatu dalam kepelbagaian m/s 49. 2. Dalam kumpulan 4 hingga 5 orang membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perpaduan terjalin dalam kalangan masyarakat majmuk. Melakukan simulasi mesyuarat mengikut agenda mesyuarat Kelab Rukun Negara. Kumpulan anda perlu memilih seorang pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. (m/s43)
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. DSKP 1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara bertatasusila. DSKP 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 72 E02 Latihan Bertutur - Berkumpulan Tema 7: Pertanian, Penternakan dan Perikanan (m/s 84~85 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur 1. Perbincangan kumpulan 4 ~ 5 orang. 2. Pilih seorang ketua untuk mempengerusikan perbincangan. 3. Tentukan tempat untuk menjadikan teman herba di kawasan sekolah. 4. Pilih tumbuhan yang hendak ditanam di tempat tersebut. 5. Berikan sebab-sebab tumbuhan tersebut dipilih. cadangkan 5~ 6 tumbuhan kemudian pilih sekurang-kurangnya 3 jenis tumbuhan, terangkan sebab kenapa tumbuhan itu dipilih/ tidak dipilih. (satu jenis yang tidak ada dalam bahan) 6. Menentukan belanja yang diperlukan. (Bajet RM XXX) Pelaksanaan Aktivtii Buat pembentangan hasil perbincangan. 1. Memilih atau menentukan pokok herba yang sesuai berdasarkan kriteria. 2. Apakah tanaman atau pokok herba yang sesuai ditanam di taman herba? 3. Apakah jenis-jenis pokok herba yang sesuai ditanam? 4. Berapakah harga atau kos belian pokok herba? 5. Berikan sebab-sebab pokok herba ini sesuai ditanam di taman herba. 6. Jelaskan manfaat-manfaat dan keistimewaan pokok-pokok herba tersebut. Cara mengemukakan cadangan secara bertatasusila 1. Saya mencadangkan kami tanam ~~ kerana~~~ . 2. Saya tidak setuju, pada pendapat saya, tanaman ~~~tidak sesuai kerana ~~~
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. DSKP 1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara bertatasusila. DSKP 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 73 E03 Latihan Bertutur - Berkumpulan Tema 8: Pelancongan (m/s 104~105 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur (Kerja Kumpulan 4 orang) 1. Pilih seorang ketua untuk mempengerusikan perbincangan. 2. Persembahan yang menunjukkan lawatan ke Pusat Lapangan Arkeologi USM. 3. Menerangkan keunikan dan keistimewaan yang terdapat dalam setiap tempat lawatan. 4. Menceritakan aktiviti yang dijalankan semasa dalam lawatan. 5. Buat pembentangan hasil perbincangan - 5 ~ 7 minit. E04 Latihan Bertutur - Berkumpulan Tema 14: Citra Bahasa dan Sastera Kita (m/s 186~187 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur 1. Perbincangan kumpulan 4 ~ 5 orang. 2. Pilih seorang ketua untuk mempengerusikan perbincangan. 3. Kelas anda telah mengumpulkan karya-karya sastera kelas anda untuk diterbitkan. 4. Berunding dengan ahli dalam kumpulan untuk menentukan penerbitan karya-karya tersebut. 5. Menentukan belanja yang diperlukan. (Bajet RM XXX) 6. Buat pembentangan hasil perbincangan. Memilih atau menentukan penerbitan karya rakan berdasarkan kriteria. 1. Apakah karya tulisan rakan yang perlu diterbitkan? 2. Tentukan bentuk bercetak? Berwarna atau hitam putih? Bilangan muka surat? 3. Bajet untuk penerbitan. 4. Hasil pencarian syarikat penerbitan? 5. Menentukan pakej penerbitan mengikut kriteria yang dibincangkan.
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. DSKP 1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara bertatasusila. DSKP 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 74 E05 Latihan Bertutur - Berkumpulan Tema 9: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Peribahasa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain dapat dikaitkan dengan usaha yang dilakukan dalam amalan menabung. Bincangkan kesan-kesan yang diperoleh sekiranya seseorang itu mengamalkan amalan menabung. E06 Latihan Bertutur - Berkumpulan Tema 8: Melancong Mencari Makna Jauh perjalanan luas pandangan merupakan unkapan yang amat sinonim dengan kebaikan melancong. Bincangkan kebaikan-kebaikan sektor pelancngan kepada masyarakat dan negara. E07 Latihan Bertutur - Berkumpulan Tema 8:Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pembangunan pesat yang berlaku pastinya memberikan kesan kepada kelestarian alam sekitar, sama ada di bandar ataupun di desa. Berdasarkan hakikat ini, teknolodi hijau menjadi medium yang strategik untuk menangani isu alam sekitar. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. E08 Latihan Bertutur - Berkumpulan Tema :Sejarah dan Warisan Bangunan dan monumen bersejarah seperti Kota A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Istanan Menanti merupakan aset yang sepatutnya diperlihara sebagai penghargaan warisan dan khazanah budaya negara ini. Bincangkan kepentingan-kepentingan bangunan bersejarah kepada negara.
75 3.4 LATIHAN TATABAHASA F01 Bahasa Melayu Klasik ke Bahasa Melayu Standard Sumber: Dewan Siswa Ogos 2023 1. Satu bahan teks klasik atau lama akan dikemukakan dalam soalan ini. 2. Bahan diambil daripada teks KOMSAS Tingkatan 4: Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Prosa Tradisional:”Kepimpinan Melalui Teladan”) atau teks KOMSAS Tingkatan 5: antologi Sejadah Rindu (Prosa Tradisional: “Burung Terbang Dipipiskan Lada”) 3. Anda tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan atau bahan teks. 4. Jumlah markah yang diperuntukkan bagi soalan ini tidak tetap, iaitu bergantung pada kehendak soalan. 5. Dicadangkan menggunakan TEKNIK 2KG- TuTa bagi memudahkan menjawab soalan ini. KERAT Kerat petikan, iaitu kenal pasti bilangan ayat yang ada dalam petikan KEKAL peringatan Kekalkan ayat dalam bentuk dialog. “_______” Kekalkan semua bahasa istana seperti patik, beta, baginda, hamba, dayang,beradu dan santap. Kekalkan nama watak, tempat dan peralatan GUGUR Gugurkan kata: Kata klasik seperti: Syahadan, al kisah, sebermula, adapun, araikan, hatta. Maka- boleh digugurkan atau boleh digantungkan dengan perkataan lalu atau kemudian (Mengikut kesesuaian petikan). Pun dan partikel- lah( Boleh digugurkan atau dikekalkan mengikut kesesuaian petikan.) TUKAR DAN TAMBAH Tukar kata atau rangkai kata yang tidak gramatis. Tambah dengan kata atau rangkai kata yang sesuai supaya ayat menjadi gramatis. Bahasa Melayu Klasik mograf dan Homofon Ke Bahasa Melayu Standard
76 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahannya. ( Dipetik daripada “ Kepimpinan melalui Teladan”, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia). [6 markah] Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Laksamana memakai pakaian perajurit. Maka Laksamana pun berjalanlah Lalu Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Pada malam itu, suasana menjadi kelamkabut dan hujan pun turun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Kertala Sari masuk ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Kemudian Laksamana tidur di tengah pasar itu. atau Laksamana tidur di tengah pasar tersebut. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahannya. Laksamana mendengar tapak kaki Kertala Sari bunyinya sangat kuat. CONTOH PENULISAN JAWAPAN Laksamana memakai pakaian perajurit. Lalu Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu, suasana menjadi kelam-kabut dan hujan pun turun rintik-rintik. Kertala Sari masuk ke dalam kota. Laksamana tidur di tengah pasar itu. Kemudian Laksamana mendengar tapak kaki Kertala Sari bunyinya sangat kuat. Contoh 1
77 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, makai ibunya pun menangis, seraya-berkata, “ Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.) [6 markah] Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, makai ibunya pun menangis, seraya-berkata, Setelah mendengar kata-kata anaknya, ibunya menangis sambal berkata, “ Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” “Wahai anakku, bapamu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu yang bernama Laksamana, iaitu Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya, kemudian Kertala Sari terlalu marah, lalu berkata, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” “ Siapakah yang menyuruh membunuh bapaku supaya negeri Majapahit habis aku binasakan”. CONTOH PENULISAN JAWAPAN Setelah mendengar kata-kata anaknya, ibunya menangis sambal berkata, “Wahai anakku, bapamu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu yang bernama Laksamana, iaitu Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya, kemudian Kertala Sari terlalu marah, lalu berkata, “Siapakah yang menyuruh membunuh bapaku supaya negeri Majapahit habis aku binasakan”. Contoh 2
78 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. ( Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, antologi Jaket Kulit KIjamg dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.) [6 markah] Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Berita Kertala Sari sudah dibunuh oleh Laksamana telah diketahui oleh Patih Gajah Mada di Majapahit. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga. Patih Gajah Mada berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menewaskan negeri Melaka dan membunuh Laksamana. Sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Patih Gajah Mada mengarahkan seseorang ke gunung dan setiap bukit untuk mencari seseorang yang boleh membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. CONTOH PENULISAN JAWAPAN Peristiwa Kertala Sari sudah dibunuh oleh Laksamana telah diketahui oleh Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menewaskan negeri Melaka dan membunuh Laksamana. Patih Gajah Mada mengarahkan seseorang ke gunung dan setiap bukit untuk mencari seseorang yang boleh membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Contoh 3
79 Latihan Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada. Baca petikan bahasa Melayu Klasik dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Halaman 27 Latihan 1 Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpemanai lagi. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________ Halaman 27 Latihan 2 Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ______________________________ Halaman 29 Latihan 3 Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak. “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?
80 Halaman 29 Latihan 4 Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati. Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barang semuanya dicampakkannya di hulu Muar. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ______________________________ Halaman 30 Latihan 5 Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada betara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ________ Halaman 31 Latihan 6 Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.” ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ________
81 Halaman 33 Latihan 7 Adapun akan Tun Kudu itu diperisteril Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Halaman 34 Latihan 8 Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk bongkok ia. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ Halaman 35 Latihan 9 Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekalí, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik. dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ________
82 Halaman 36 Latihan 10 Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.” ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Halaman 36 Latihan 11 Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________ Halaman 37 Latihan 12 Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, "Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
83 3.5 LATIHAN TATABAHASA F02 - SET 1 _Morfologi dan Sintaksis (a) Baca bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan frasa mengikut kategori. ms 59 Buku Teks T5 Frasa Nama 1 2 3 4 Frasa Kerja 1 2 3 4 Frasa Adjektif 1 2 3 4 Frasa Sendi Nama 1 2
84 (b) Anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap frasa adjektif yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. [4 markah] (c) Sintaksis d) Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian nyatakan pola ayat ayat (i), (ii), (iii) dan (iv) sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama+ Frasa Nama (FN+FN) , Frasa Nama+ Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama+ Frasa Adjektif (FN+FA), Frasa Nama+ Frasa Sendi Nama (FN+FS). [4 markah] Contoh: Malaysia negaraku. Jawapan: Frasa Nama+ Frasa Nama (FN+FN) e) Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian tulis subjek dan predikat bagi ayat yang bergaris tanpa mengubah maksud asalnya. [4 markah] (i)Bahasa ialah alat untuk menyampaikan idea dan buah fikiran. (ii)Keupayaan menguasai pelbagai bahasa dapat memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada masyarakat, terutamanya generasi muda. (iii)Pelajar lepasan sekolah dan universiti mudah untuk memasarkan diri dalam persaingan bagi melanjutkan pelajaran, pengajian atau mendapatkan pekerjaan. (iv)Dunia pada hari ini memerlukan seseorang untuk menguasai pelbagai kemahiran, termasuklah penguasaan pelbagai bahasa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Patriotisme Bukan Sekadar Semangat”, Sinar Harian, 31 Ogos 2020)
85 F03 -SET 2_ Morfologi dan Sintaksis Soalan 1 (a) Baca petikan dengan teliti, kemudian senaraikan golongan kata di bawah. Bil Golongan kata Jawapan Jawapan 1 Kata nafi 2 Kata adjektif 3 Kata hubung 4 Kata kerja transitif 5 Kata bilangan 6 Kata majmuk 7 Kata nama terbitan (b)Anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap kata kerja transitif dan kata nama terbitan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. [4 markah]
86 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang dikemukakan . (c ) Baca petikan dengan teliti, kemudian tulis subjek dan predikat bagi ayat yang bergaris tanpa mengubah maksud asalnya. [5 markah] (d ) Baca petikan dengan teliti, kemudian tukarkan ayat susunan biasa yang bergaris kepada ayat susunan songsang bagi ayat yang bergaris tanpa mengubah maksud asalnya. [5 markah] (e ) Baca petikan dengan teliti, kemudian bina empat ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang dihitamkan. [4 markah] Kek lapis sarawak berasal dari Sarawak. Kek lapis sarawak ialah sejenis pemanis mulut. Kek ini selalu dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina, dan Hari Krismas. Kek lapis sarawak juga menjadi hidangan semasa majlis hari lahir dan majlis perkahwinan. Selain itu, kek lapis sarawak boleh dijadikan sebagai hantaran untuk majlis pertunangan atau hadiah buat insan istimewa. Kek lapis sarawak boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kek dengan lapisan biasa dan kek dengan corak, motif, atau bentuk tertentu. Kek lapis sarawak mempunyai sekurang-kurangnya dua warna. Kek lapis ini dibakar dalam ketuhar. Kek yang menjadi kegemaran ramai ini dilapisi jem atau bahan pemanis. Bagi sesetengah kek lapis, acuan khas digunakan bagi menghasilkan corak kek lapis yang lebih unik. Kelebihan utama kek lapis sarawak ialah motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap tetapi pejal. Pembuat kek lapis sarawak juga telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan. Namun begitu, hanya mereka yang mempunyai kesabaran dan daya kreatif yang tinggi sahaja mampu menghasilkan corak kek lapis yang unik serta menarik. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kek Lapis Sarawak”, Buku Teks BM Tingkatan, hlm 62)
87 F04- SET 3_Morfologi dan Sintaksis Soalan 1 (a) Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian senaraikan golongan kata di bawah. Bil Golongan kata Jawapan Jawapan 1 Kata ganda 2 Kata nama tunggal 3 Kata nama terbitan 4 Kata adjektif 5 Kata kerja 6 Kata sendi 7 Kata majmuk (b)Anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap kata nama tunggal dan kata adjektif yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. [4 markah]
88 (c) Baca petikan di bawah, kemudian bian ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan frasa bergaris. Perasmian Sukan Komanwel 2022 dilangsungkan pada 28 Julai 2022 di kota Birmingham. Pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022 adalah di kedudukan kesepuluh. Kontijen negara berjaya meraih tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa. Kejayaan ini telah melepasi sasaran kerana Majlis Sukan Negara hanya menyasarkan enam pingat emas sahaja pada temasya kali ini. Pada hari terakhir temasya tersebut, beregu utama wanita negara Pearly Tan – M. Thinaah berjaya menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia. Australia berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan apabila meraih 67 pingat emas, 57 perak, dan 54 gangsa. Upacara penutupan Sukan Komanwel 2022 diadakan dengan gilang-gemilang di Stadium Alexander, Perry Barr awal pagi tadi. [6 markah] Jawab soalan berikut berdasarkan petikan di bawah.. Bidang kemahiran bukan lagi menjadi pilihan terakhir untuk pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sejajar Revolusi Industri 4.0. Lulusan teknik dan vakasional (TVET) memperoleh peluang yang lebih luas untuk mendapat pekerjaan. Oleh yang demikian, ramai yang berminat untuk meneruskan pengajian masing-masing dalam bidang TVET ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 telah mengemukakan penekanan yang khusus mengenai keperluan TVET dalam pasaran buruh dan ekonomi negara. Kita tidak dapat menyangkal kepentingan TVET kepada anak muda. (d ) Baca petikan dengan teliti, kemudian tulis subjek dan predikat bagi ayat yang bergaris tanpa mengubah maksud asalnya. [3 markah] (e ) Baca petikan dengan teliti, kemudian tukarkan ayat susunan biasa yang bergaris kepada ayat susunan songsang bagi ayat yang bergaris tanpa mengubah maksud asalnya. [3 markah] (f ) Baca petikan dengan teliti, kemudian tukar ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. [3 markah]
89 F04- SET 4_ Morfologi dan Sintaksis Soalan 1 (a) Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian senaraikan golongan kata di bawah. Bil Golongan kata Jawapan Jawapan 1 Kata nama am 2 Kata nama terbitan 3 Kata kerja pasif 4 Kata kerja terbitan 5 Kata kerja transitif 6 Kata sendi (b) Anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap kata nama terbitan dan kata kerja terbitan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. [4 markah]