Himpunan Lembaran Kerja
BAHASA
MELAYU
Senior 1
SM TSUN JIN 2023
KANDUNGAN
Bil PERKARA M/S CATATAN
0.0 SENARAI KANDUNGAN i
1.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH 1-4
2.0 NOTA PERSEDIAAN
2.1 NOTA PERSEDIAAN PENULISAN KARANGAN 5-10
2.2 NOTA PERSEDIAAN PEMAHAMAN PETIKAN 11-13
UMUM
2.3 NOTA PERSEDIAAN PEMAHAMAN PETIKAN 14
SASTERA
2.4 NOTA PERSEDIAAN NOVEL 15-22
2.5 NOTA PERSEDIAAN RUMUSAN 23-25
2.6 NOTA PERSEDIAAN KERTAS 3 26-27
3.0 HIMPUNAN LATIHAN
3.1 LATIHAN PETIKAN UMUM 28- 45
3.2 LATIHAN PETIKAN SASTERA 46-55
3.3 LATIHAN BERTUTUR 56-57
3.4 TATABAHASA 58-82
3.4 LATIHAN BAHASA STANDARD 82-87
PANITIA BM SM TSUN JIN 2022
i
ii
1.0
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) BAHASA MELAYU
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula
dilaksanakan pada tahun 1989.
Tema dipilih untuk menjadi wahana dan medium kepada pemerolehan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diterjemahkan dalam pengajaran bahasa melalui kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Tema:
1. Kesihatan dan Kebersihan
2. Keselamatan
3. Perpaduan
4. Kebudayaan dan Estetika
5. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
6. Sains, Teknologi dan Inovasi
7. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
8. Pertanian, Penternakan dan Perikanan
9. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
10. Pelancongan
11. Sejarah dan Warisan
12 Sukan dan Rekreasi
13. Perindustrian
14. Pendidikan
15. Bahasa dan Kesusasteraan
16. Kerjaya
17. Integriti
18. Pentadbiran dan Politik
Domain Pelajaran yang ditetapkan adalah berdasarkan konteks dan latar yang luas dan
pelbagai bersesuaian tahap perkembangan dan tahap kematangan murid sekolah menengah.
Domain Pembelajaran
Situasi Huraian
Peribadi Berinteraksi dengan keluarga, kawan-kawan, jiran dan masyarakat
sekeliling.
Awam Berurusan dengan perkhidmatan awam, badan pentadbiran, aktiviti
sosial dan budaya dalam masyarakat.
Pendidikan Berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus.
Kerjaya Berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan persediaan menyertai alam
kerjaya.
Guru perlulah merancang, membina item atau instrumen pentaksiran, mentadbir,
memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan yang diajar berdasarkan DSKP dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
1
2
3
4
2.0 NOTA PERSEDIAAN PEMBELAJARAN
2.1 NOTA PERSEDIAAN PENULISAN KARANGAN
Kertas 1 – Bahagian A (30 markah) dan masa yang dicadangkan ialah 30 minit.
1. Satu soalan sahaja dan murid wajib jawab soalan tersebut.
2. Soalan boleh ada fokus dan boleh tiada fokus/ kehendak soalan.
3. Seandainya tiada fokus, dalam bahan rangsangan ada fokus.
4. Sekurang-kurangnya dua bahan dikemukakan. Bahan boleh 2,3 atau 4.
5. Semua soalan berformat boleh dikemukakan dalam bahagian ini. Karangan berformat
seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, e-mel, syarahan, rencana.
6. Murid dikehendaki menggunakan semua bahan bahan rangsangan dalam penulisan.
7. Murid perlu menulis karangan antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Cadangan Binaan Perenggan Isi
Pendahuluan Isi Penutup
Pendahuluan 2 isi Penutup
3 ayat 4-5 ayat setiap isi 3 ayat
30 patah perkataan 70 patah perkataan setiap isi 30 patah perkataan
(2X70 = 140)
Pendahuluan Penutup
3 ayat 3 isi 3 ayat
30 patah perkataan 3-4 ayat setiap isi 20 patah perkataan
50 patah perkataan setiap isi
Kertas 1 – Bahagian B (3x50 = 150)
1. 70 markah dan masa yang dicadangkan ialah 90 minit.
2. Satu soalan sahaja dan murid wajib jawab soalan tersebut.
3. Soalan boleh ada fokus dan boleh tiada fokus/ kehendak soalan.
4. Seandainya tiada fokus, dalam bahan rangsangan ada fokus.
5. Sekurang-kurangnya dua bahan dikemukakan. Bahan boleh 2,3 atau 4.
6. Semua soalan berformat boleh dikemukakan dalam bahagian ini. Karangan berformat
seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, e-mel, syarahan, rencana.
7. Murid perlu menulis karangan antara 350 hingga 500 patah perkataan.
8. Cadangan Binaan Perenggan Isi
Pendahuluan Isi Penutup
Pendahuluan 3 isi Penutup
5~6 ayat 7-9 ayat setiap isi 5~6 ayat
80~ 110 patah perkataan setiap isi
(70 patah perkataan ) (3 isi = 240 ~ 330) (70 patah perkataan )
Pendahuluan (maksimum = 360) Penutup
5~6 ayat 4 isi 5~6 ayat
6-8 ayat setiap isi
(70 patah perkataan ) 60~ 80 patah perkataan setiap isi (70 patah perkataan )
(4 isi = 240 ~ 320)
(maksimum= 360)
5
2.1.1 Langkah mudah dan pantas untuk menganalisis pelbagai bahan rangsangan
Baca Baca Baca soalan dengan telitinya sambil menganalisis
perkara di bawah.
Tema Tema 18 tema dalam buku teks
Pihak/ Kata Nama/ Subjek -Tentukan subjek / Pihak
Subjek Analisis kata nama atau siapa yang terlibat dalam
pelbagai bahan. Kata nama/ siapa dalam soalan boleh
KKS Fokus soalan/ Kata merujuk kepada teknik IKAN MASIN
Kunci Soalan DiKeMaSeN +MM
Gunakan teknik PuKelangC J A
Format Format
Tentukan format atau tidak berformat
2.1.2 Himpunan kata untuk subjek / pihak
Contoh Kata Nama/ Subjek/ Pihak dalam Penulisan
DiKeMaSeN + MM
Bil Dimensi Huraian
1 DiKeMaSeN + MM Saya, pelajar, murid, seseorang itu, setiap individu, remaja.
Diri
2 DiKeMaSeN + MM Ibu bapa, adik-beradik, abang, kakak, adik.
Keluarga
3 DiKeMaSeN + MM Komuniti setempat, persatuan penduduk, rukun tetangga,
Masyarakat jiran tetangga, jiran sekeliling, jiran setempat, masyarakat
sekeliling, masyarakat di kawasan kejiranan. KAUM –
Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Iban, Melanau.
4 DiKeMaSeN + MM Pengetua, pentadbir, guru disiplin, guru tingkatan, guru mata
Sekolah mata pelajaran, guru kaunselor, guru penasihat kelab dan
persatuan, guru sukan, jurulatih.
5 DiKeMaSeN + MM Kementerian Pendidikan Malaysia (tema pendidikan) ,
Negara Kementerian Pelancongan (tema pelancongan), Jabatan
Perhilitan atau Jabatan Alam Sekitar (tema alam sekitar),
Polis Diraja Malaysia (tema jenayah/ masalah sosial), Dewan
Bahasa dan Pustaka, pihak berkuasa.
6 DiKeMaSeN + MM Media elektronik – televisyen, radio, filem, rancangan
Media Massa dokumentari, drama, iklan
Media cetak – surat khabar/ majalah/ risalah/ poster/ papan
tanda, iklan
Media Sosial – Facebook, Whats App, Telegram, Twitter,
Tik Tok
6
2.1.3 Fokus soalan (Kata Kunci Soalan)
Fokus Soalan
PuKeLangC
Akronim Kata Kunci Kata sama makna Kata sama makna tersirat
Pu PUNCA Faktor, sebab, alasan -Tiada
Ke KESAN atau Akibat, implikasi, impak Kesan positif, kepentingan,
manfaat, faedah, kebaikan,
KEKANGAN Masalah, halangan, kelebihan.
rintangan
Lang LANGKAH Cara, usaha, inisiatif, Peranan, tanggungjawab,
tindakan, kaedah tugas, fungsi, persediaan,
persiapan
C CONTOH Contoh boleh dimasukkan -Tiada
atau sebagai isi sokongan.
Ciri-ciri Kriteria, sifat, bentuk
Contoh:
Kepentingan memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.
Kesan positif memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.
Kelebihan memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.
2.1.4 Cara mengembangkan isi
2.1.4.1 Pendahuluan (IKEA)
Contoh (a)
Pendahuluan Teknik IKEA
I Isu/Tema Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit merupakan peribahasa yang
berkait rapat dengan amalan menabung.
Ke Kenapa Melalui amalan menabung akan membantu kita untuk
melanjutkan pelajaran dan membantu kita ketika kecemasan.
A Arahan Persoalannya, apakah sebab seseorang gagal menabung dan
manfaat amalan menabung dalam kehidupan?
35 patah perkataan
Contoh (b) Pendahuluan IKEA
I Isu/Tema Budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi
Ke Kenapa rendah.
Hal ini dikatakan demikian kerana, segelintir masyarakat kita
A Arahan belum menyedari kepentingan menabung untuk pendidikan
anak-anak.
Persoalannya, apakah sebabnya seseorang itu tidak menabung?
31 patah perkataan
7
Contoh (c) Pendahuluan IKEFA
I Isu/Tema Budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi
Ke Kenapa rendah.
Hal ini dikatakan demikian kerana segelintir masyarakat kita
F lain belum menyedari kepentingan menabung untuk pendidikan
A Arahan anak-anak.
Semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing
bagi memastikan amalan ini menjadi budaya dalam kehidupan.
Persoalannya, apakah manfaat amalan menabung kepada
seseorang dalam kehidupan?
46 patah perkataan
2.1.2.4 Penutup (ACH)
Penutup Teknik ACH
A Arahan Jelaslah bahawa terdapat beberapa kelebihan amalan
menabung kepada setiap individu.
C Cadangan Justeru, semua pihak haruslah melangkah sederap ke
hadapan untuk menjadikan menabung sebagai amalan
hidup.
H Harapan / Hasil Dengan ini, kehidupan seseorang akan sentiasa tenang tanpa
cadangan/ Kesan dibelenggu hutang.
cadangan
34 patah perkataan
2.1.2.5 Isi
Isi Pertama -Kepentingan/ Kebaikan
Teknik – Isi Utama- Mengapa – Bagaimana – Kesan – Ungkapan Menarik – Penegasan
Teknik - Ayat Topik - Ayat Huraian – Ayat contoh – Ayat Kesan – Ungkapan Menarik –
Penegasan.
Ayat Topik Sebab seseorang tidak menabung adalah kerana kurangnya kesedaran
tentang faedah amalan menabung.
Ayat Huraian – Menabung membantu seseorang untuk melanjutkan pelajaran ke
=Mengapa? peringkat lebih tinggi.
Ayat Contoh Kos menyambung pengajian di institut pengajian tinggi bukan murah
=Bagaimana? dan meningkat saban tahun maka kita tidak boleh mengharapkan
pinjaman PTPTN sahaja
Ayat Kesan Jika tidak menabung, peluang untuk melangkah ke menara gading
=Kesan? terkubur begitu sahaja.
8
Ayat Penegasan Itulah relitinya, segelintir masyarakat kita yang belum menyedari
kepentingan menabung untuk pendidikan anak-anak.
66 patah perkataan
Isi Pertama – Kepentingan / Kebaikan
Teknik – Isi Utama- Mengapa – Bagaimana – Kesan – Ungkapan Menarik – Penegasan
Teknik - Ayat Topik - Ayat Huraian – Ayat contoh – Ayat Kesan – Ungkapan Menarik –
Penegasan.
Ayat Topik Manfaat amalan menabung kepada seseorang adalah untuk kegunaan
Ayat Huraian – pada masa hadapan.
=Mengapa? Duit tabungan dapat digunakan ketika seseorang memerlukannya.
Ayat Contoh
=Bagaimana? Membeli rumah untuk keselesaan anak-anak dan ahli keluarga.
Memudahkan urusan perkahwinan, - tidak perlu membuat pinjaman di
Ayat Kesan mana-mana bank.
=Kesan? Membeli kereta untuk memudahkan urusan seharian.
Ayat Penegasan Kegunaan untuk menyambung pengajian di menara gading.
Membuat simpanan untuk waktu kecemasan/ dilanda musibah/ kos
perubatan/ kos penyenggaraan kereta
Menjalani kehidupan yang bahagia dan lebih bermakna bersama-sama
keluarga
Siang bagai hari terang bagai bulan, faedah menabung kepada
seseorang adalah dapat menggunakan duit simpanan untuk kegunaan
masa hadapan kerana sediakan payung sebelum hujan.
60 patah perkataan
9
CONTOH ANALISIS SOALAN KARANGAN BERPANDU
SULIT
BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 30 minit]
Baca e-mel di bawah dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut. Tulis e-mel anda selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
ANALISIS Tema: Pemakanan Sihat
KKS : Makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya
- masalah yang perlu diselesaikan -
1. kurang bersemangat untuk belajar,
2. selalu penat mengulang kaji pelajaran
3. pelajaran tidak lekat dalam ingatan ( daya ingatan)
---- Cara penyelesaian -
1. cadangkan makanan yang dapat meningkatkan semangat untuk belajar.
2. makanan yang memastikan anak Fauzan sentiasa cerdas dalam pelajaran
3. makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan anak-anak En. Fauzan.
Pihak/ Subjek : Fauzan Haziq + anak-anak Encik Fauzan
Format: e-mel
1103/1 © 2021 TSUN JIN SULIT
10
2.2 NOTA PERSEDIAAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
1. Pelbagai bentuk bahan dapat dikemukakan dalam Soalan 6 dalam kertas 2. Antaranya
termasuklah berita, rencana, jadual, iklan, dan lain-lain
2. Sumber bahan adalah daripada akhbar, Internet, majalah, ensiklopedia, dan lain-lain.
3. Baca dan teliti tema atau isu yang dibincangkan dalam petikan
4. Kenal pasti kata kunci isu seperti masalah, punca masalah, kesan daripada masalah atau
cara untuk menangani masalah.
5. Calon perlu menjawab soalan-soalan yang melibatkan
i) Maksud literal – memberikan makna perkataan seerti yang paling tepat
ii) Bezakan dan banding semua bahan; pemindahan maklumat – berdasarkan
arahan soalan.
iii) KBAT/ Pemikiran kritis – jawapan yang diberikan secara matang dan logik
serta bertepatan dengan kehendak soalan.
iv) KBAT/ Penyelesaian masalah – jawapan yang diberikan haruslah matang dan
tepat dengan situasi yang dikemukakan itu.
Contoh Soalan dan Jawapan (Sedutan Youtube Cikgu Lindar)
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Belia berperanan penting dalam memajukan negara dan bakat menjadi pemimpin pada
masa depan. Lantas kehadiran mereka tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kerajaan perlu
menjaga kepentingan belia, malah harus juga memahami kehendak mereka dengan
memberikan bimbingan supaya generasi pelapis ini dapat menjadi pemimpin yang baik pada
masa depan. Setiap belia perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab
untuk merencanakan pembangunan negara.
Belia sebagai pewaris kepimpinan mampu merealisasikan matlamat dalam apa-apa jua
aspek penting yang boleh menyumbang kepada bangsa dan tanah air. Belia yang cemerlang
dalam pendidikan pula merupakan aset yang terbaik menyambung kepada bangsa dan tanah
air.
Sumber: Youtube Cikgu Lindar
Bahan 2
Pihak sekolah perlu mengadakan program latihan kepimpinan dalam kalangan
remaja. Sememangnya, terdapat pemimpin yang memiliki bakat semula jadi, namun sudah
pasti banyak juga yang memerlukan program terancang untuk mencungkil bakat tersebut.
Pada masa yang sama, pelan pembangunan dan pelan latihan bagi membangunkan
kompetensi remaja haruslah disediakan. Dengan cara ini, mereka akan terdedah kepada
pelbagai pengalaman, kemahiran dan tuntutan kerja. Selain itu, mereka perlu didedahkan ke
tahap lebih tinggi dan mencabar seperti mengikuti program pada peringkat daerah, negeri,
nasional dan akhirnya pada peringkat rantau antarabangsa. Sesungguhnya, pemimpin muda
merupakan harapan negara dan dunia untuk masa hadapan.
Sumber: Youtube Cikgu Lindar
11
Soalan dan Jawapan Contoh
i) Berdasarkan Bahan 2 berikan maksud kompetensi remaja. [2 markah]
Jawapan Maksud literal – memberikan makna perkataan seerti yang paling tepat
Kompetensi remaja bermaksud kecekapan belia.
ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan peranan kerajaan dan peranan pihak sekolah
untuk menjadikan belia sebagai harapan negara. [3 markah]
Jawapan Pemindahan maklumat daripada bahan rangsangan.
Dalam Bahan 1, Kerajaan hendaklah menjaga kepentingan belia, dan memahami kehendak
mereka dengan memberikan bimbingan supaya generasi pelapis ini dapat menjadi
pemimpin yang baik pada masa depan. Dalam Bahan 2 pula, pihak sekolah hendaklah
mengadakan program latihan kepimpinan dalam kalangan remaja.
iii) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui program latihan kepimpinan dalam kalangan
remaja dapat memberikan faedah kepada remaja.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut? [3 markah]
Analisis soalan
S Subjek/Siapa Menentukan subjek dalam soalan Remaja
A Arahan Menentukan arahan soalan. Faedah kepada remaja
Kehendak soalan. Kata kunci soalan. (~~boleh/mampu/dapat)
T Tema/ Tujuan Isu yang dibincangkan Program latihan
kepimpinan
Conton 1 Pada pendapat saya, remaja (S) dapat memahirkan kemahiran berkomunikasi
dalam khalayak ramai (A) apabila menyertai program latihan kepimpinan (T).
Dengan menyertai program latihan program kepimpinan, (T) remaja(S) dapat
mengenali banyak kenalan yang mempunyai latar belakang yang berlainan (A).
Seterusnya, remaja berpeluang meningkatkan bakat kepimpinan seperti
bertindak rasional dalam membuat keputusan.
Contoh 2 Pada pendapat saya, faedah-faedah yang dapat diperoleh remaja melalui program
latihan kepimpinan tersebut ialah remaja (S) dapat meningkatkan bakat
kepimpinan yang sedia ada seperti lebih rasional dalam membuat keputusan.
Selain itu, remaja (S) juga dapat berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
pelbagai situasi. Seterusnya, program kepimpinan ini memberikan peluang
kepada remaja (S) untuk bertemu dengan bakal-bakal pemimpin lain dan
bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
Semasa menjawab soalan, pastikan jawapan mengandungi ketiga-tiga unsur SAT.
12
iv) Segelintir remaja lepasan sekolah tiada hala tuju dan tidak tahu untuk menentukan
kerjaya yang hendak diceburi. Pihak sekolah diminta untuk mengadakan program yang
berkesan dan khusus untuk membantu murid-murid ini memilih kerjaya yang diminati.
Cadangkan program tersebut dan langkah-langkah untuk memastikan program itu
berjaya. [4 markah]
Analisis soalan
S Subjek/Siapa Menentukan subjek dalam soalan Analisis
Pihak sekolah – guru
kaunseling, guru kelas,
A Arahan Menentukan masalah yang perlu Cadangan program/
Soalan diselesaikan. langkah menjayakan
program
T Tema Isu yang dibincangkan Program menentukan
kerjaya, pemilihan kerjaya
untuk membantu pelajar
lepasan sekolah
Memberikan huraian dengan cara SUKAD (supaya/ seperti / untuk/ kerana/ agar/
dengan ) -- BUDAKST (bagi/ untuk/ dengan/ agar/ kerana/ supaya/ tentang)
Sumber: Didik TV
Contoh 1 Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (S)
wajarlah mengadakan Hari Kerjaya supaya pelajar-pelajar ini didedahkan
dengan pelbagai jenis kerjaya daripada pelbagai bidang dan industri untuk
pilihan pelajar.
Untuk memastikan kejayaan program ini, pihak penganjur boleh
menawarkan ganjaran untuk murid yang menyertai program ini, guru kelas(S)
hendaklah memberikan galakan kepada murid kelas masing-masing agar dapat
membantu mereka menentukan kerjaya masa depan.
Contoh 2 Program yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah ialah program ‘Kem
Bina Insan’. Kem ini bertujuan untuk membina sahsiah diri yang baik dan
memupuk pemikiran matang dan rasional pelajar. Dengan ini pelajar dapat
memikirkan kesan jangka masa pendek dan kesan jangka masa panjang dalam
merancang masa depan mereka.
Langkah-langkah untuk memastikan program itu berjaya ialah
penglibatan semua pihak iaitu ibu bapa, PIBG, Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Selain itu, pihak sekolah juga harus menjemput penceramah yang bertauliah dan
hebat untuk berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada para
murid.
Semasa menjawab soalan, pastikan ayat yang telah menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.
13
2.3 NOTA PERSEDIAAN PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA
1. Pemahaman petikan sastera ialah soalan 7 dalam kertas 2.
2. Bahan mesti berasaskan unsur karya kreatif sama ada daripada antologi yang dipelajari di
sekolah (KOMSAS tingkatan 4 atau 5) atau daripada sumber yang lain.
3. Bahan mestilah pelbagai genre. (cerpen, puisi moden atau tradisional, drama dan lain-
lain)
4. Semua bahan mestilah berdasarkan tema yang sama mengikut DSKP.
5. Panjang petikan antara 120-140 patah perkataan
6. Pecahan soalan tidak ditetapkan (3 atau 4 soalan)
(i) Maksud literal
(ii) Beza dan banding semua bahan – pemindahan maklumat.
(iii) KBAT/ pemikiran kritis (Punca, Kesan, Langkah dan lain-lain)
(iv) KBAT/ penyelesaian masalah (memerlukan bacaan luas)
Bentuk Soalan
Bilangan Kehendak Soalan Tukar satu kata demi satu kata, dan kamu boleh fahami
(i) Maksud rangkai maksud tersebut.
kata Semua bahan atau ikut arahan dalam soalan
(ii) Jawapan dalam
petikan Soalan KBAT -Pemikiran kritis umum, punca, kesan,
(iii) Pada pendapat langkah, kepentingan, fungsi dan lain-lain.
anda Mungkin umum, atau main peranan. Baca dan fahami teks
(iv) KBAT- dalam soalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
penyelesaian Kaji kes / kaji soalan dengan teliti dan fahami kehendak
masalah soalan.
Memahami Kehendak Soalan dengan teknik BASuH-Cikgu Lindar
B BACA untuk fahami fokus pada setiap petikan yang diberikan. (pelbagai bahan
sastera cerpen, sajak, puisi tradisioanal tidak semestinya teks dalam antologi yang
dipelajari)
A Analisis kata kunci arahan untuk memahami kehendak soalan. PuKeLang C J A
(Punca, Kesan, Langkah, Ciri-ciri, Jasa, Amalan/Aktiviti)
Su Subjek – menentukan subjek dalam soalan DiKeMaSeN+MM
(Diri, Keluarga, Masyarakat, Sekolah, Negara, Media Massa)
H Huraian – kembangkan mengikut teknik BUDAKST
(Bagi, Untuk, Demi, Agar, Kerana, Supaya/ Seperti, Tentang)
14
2.5 NOTA PERSEDIAAN NOVEL
Persediaan Menjawab Soalan 8 (i)
1. Pemahaman petikan novel berdasarkan petikan novel dari mana-mana novel di 4 zon.
2. Panjang petikan antara 100 hingga 120 patah perkataan.
3. Jawab soalan berdasarkan petikan yang diberikan.
4. Langkah untuk menjawab soalan 8 (i)
Langkah menjawab soalan 8 (i)
• Fahami kehendak soalan
• Baca petikan sehingga betul-
betul faham
• Analisis dan kenal pasti jawapan
• Pindahan maklumat kepada
ayat yang lengkap
• Semak jawapan
Persediaan Menjawab Soalan 8 (ii)
1. Analisis Soalan
Mengenal pasti kehendak soalan
Dalam sesebuah novel, pengarang cuba menyelitkan peristiwa-peristiwa yang dapat
meninggalkan kesan kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat
meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.
Berikan alasan anda.
KKS - dapat meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.
2. Rangka Jawapan
Pendahuluan Novel yang saya kaji ialah NNNNNNNN karya PPPPPPP
Pernyataan novel Antara peristiwa yang KKS ialah peristiwa tentang PPPPP
Contoh peristiwa Sebagai contoh, PPPPPPP
Penegasan atau alasan Peristiwa ini KKS KKS kerana SSSS
Pendahuluan Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latif .
Pernyataan novel Antara peristiwa yang dapat meninggalkan kesan mendalam kepada
pembaca termasuklah peristiwa yang menunjukkan semangat cinta
akan negara.
15
Contoh peristiwa Sebagai contoh, Adnan dan pasukannya bermati-matian
mempertahankan Bukit Candu daripada serangan tentera Jepun hingga
titisan darah terakhir. Mereka tidak berundur walaupun kehabisan
peluru. Akhirnya, Adnan ditangkap dan dibunuh hidup-hidup.
Penegasan atau Peristiwa ini meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca kerana
alasan menunjukkan keberanian dan kesanggupan berkorban nyawa seorang
anggota tentera demi mempertahankan tanah air tercinta. Hal ini
berjaya memupuk semangat cinta akan negara dalam diri pembaca.
Jawapan lengkap
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif.
Antara peristiwa yang dapat meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca
termasuklah peristiwa yang menunjukkan semangat cinta akan negara. Sebagai contoh, Adnan
dan pasukannya bermati-matian mempertahankan Bukit Candu daripada serangan tentera
Jepun hingga titisan darah terakhir. Mereka tidak berundur walaupun kehabisan peluru.
Akhirnya Adnan ditangkap dan dibunuh hidup-hidup. Peristiwa ini meninggalkan kesan
mendalam kepada pembaca kerana menunjukkan keberanian dan kesanggupan berkorban
nyawa seorang anggota tentera demi mempertahankan tanah air tercinta. Hal ini berjaya
memupuk semangat cinta akan negara dalam diri pembaca.
Selaian itu, peristiwa lain yang meninggalkan kesan mendalam ialah peristiwa yang
menunjukkan kegigihan dalam menuntut ilmu. Sebagai contoh, walaupun Adnan lewat
bersekolah, dia gigih belajar sehingga berjaya mendapat nombor satu setiap kali peperiksaan.
Selain itu, dia juga gigih berlatih bercakap bahasa Inggeris sehingga berjaya memenangi tempat
pertama dalam pertandingan Pidato Bahasa Inggeris walaupun sebelum itu dia diejek oleh
rakan-rakannya. Peristiwa meninggalkan kesan mendalam diri pembaca agar pembaca sedar
bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek kejayaan dapat dicapai dengan usaha yang gigih.
Koleksi Soalan Novel
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
Tirani, karya Beb Sabariah
1. Pengarang mengemukakan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan iktibar oleh
pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
menjadi iktibar.
2. Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua
peristiwa yang paling menarik dalam satu novel yang anda pelajari. Mengapakah anda
berpendapat sedemikian.
3. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan maruah.
4. Tanggungjawab merupakan salah satu aspek yang diketengahkan oleh pengarang
sesebuah novel. Bincangkan dua peristiwa yang menunjukkan sikap tanggungjawab
yang dapat dicontohi oleh pembaca.
16
5. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh
menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
6. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca. Berikan alasan anda.
7. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
menimbulkan perasaan gembira dalam diri pembaca. Berikan alasan anda.
8. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat
meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca. Berikan alasan anda.
9. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat menyayat
hati pembaca. Berikan alasan anda.
10. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab novel tersebut
dijadikan sebagai bahan bacaan murid.
Jawapan contoh hasil perbincangan pelajar 2021-S2S2
Kumpulan 1 - peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca
2021_ S2S2 (1-13)
Novel yang telah saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif.
Terdapat pelbagai peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca.
Antara peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca ialah peristiwa
tentang kegagalan Leftenan Adnan mempertahankan Bukit Candu. Contohnya, Leftenan
Adnan dan pasukannya bermati-matian mempertahankan Bukit Candu daripada serangan
tentera Jepun hingga titisan darah terakhir. Mereka tidak berundur walaupun kehabisan
peluru. Akhirnya, Leftenan Adnan ditangkap dan dibunuh hidup-hidup. Peristiwa ini
membawa kematian Leftenan Adnan yang berkorban demi mempertahankan tanah air telah
menimbulkan perasaan simpati pembaca.
Selain itu, peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca ialah
pengorbanan seorang isteri. Contohnya, isteri Leftenan Adnan iaitu Sophia sanggup
mengorbankan kebahagiaan diri dengan suaminya dan menjaga anak-anak. Peristiwa ini
menunjukkan bahawa peperangan menyebabkan keluarga terpisah telah menimbulkan
perasaan simpati pembaca.
Kumpulan 2 - peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah
2021_S2S2 (14~28)
Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani, karya Beb Sabariah. Terdapat peristiwa
yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
Antara peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah Waheeda ingin
menguruskan perniagaannya sendiri tanpa bergantung kepada Datuk Yesser yang
mempunyai pangkat yang tinggi. Contohnya, Waheeda mengurus perniagaannya dan
mengembangkan perniagaan dengan kemampuan sendiri. Dia enggan menerima cadangan
Datuk Yasser untuk menggabungkan Seri Gading dengan Tajau Emas kerana dia mahu
mengusahakan perniagaannya sendiri tanpa bergantung kepada Datuk Yeseer yang
mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi di mata masyarakat. Peristiwa ini
menunjukkan Waheeda seorang yang berdikari dan tidak berpaut kepada orang yang
berkuasa untuk mempertahankan maruah diri.
17
Selain itu, peristiwa lain yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah
peristiwa yang menunjukkan kegigihan mempertahankan rumah tangga. Contohnya,
Waheeda mempertahankan rumah tangganya yang hampir runtuh bersama Zahid dengan
membuat ujian DNA. Oleh itu, Waheeda dapat membuktikan bahawa bayi yang
dilahirkannya merupakan anaknya dan Zahid. Peristiwa tersebut dapat dikaitkan dengan
persoalan maruah kerana Waheeda seorang yang gigih untuk mempertahankan rumah tangga
dan maruah diri.
Kumpulan 3 - peristiwa yang menunjukkan sikap tanggungjawab yang dapat dicontohi oleh
pembaca 2021_S2S2 (29~40)
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif. Terdapat
peristiwa yang menunjukkan sikap tanggungjawab yang dapat dicontohi oleh pembaca.
Antara peristiwa yang menunjukkan sikap tanggungwab ialah peristiwa
tanggungjawab seorang bapa tentang masa depan anaknya. Contohnya, Pak Saidi
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris dan mengabaikan kritikan penduduk kampung yang
menentang tindakan Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi berbuat
demikian agar masa hadapan Adnan terjamin. Peristiwa ini menunjukkan sikap
tanggungjawab Pak Saidi terhadap masa depan Adnan yang dapat dicontohi oleh pembaca.
Selain itu, peristiwa yang menunjukkan sikap tanggungjawab ialah peristiwa
tanggjungjawab seorang ketua rumah tangga untuk menjaga keselamatan keluarga.
Contohnya, apabila terdengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura,
Leftenan Adnan menghantar isteri dan dua orang anaknya balik ke kampung di Sungai
Ramal agar keselamatan mereka terjamin. Peristiwa ini menunjukkan sikap tanggungjawab
Leftenan Adnan untuk menjaga keselamatan keluarganya.
Kumpulan 4 - peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan pembaca.
2021_S2S2 (41~53)
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat peristiwa yang
menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan pembaca.
Antara peristiwa yang menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan pembaca ialah
peristiwa Waheeda menceburkan diri dalam bidang pelancongan. Contohnya, Waheeda
menceburkan diri dalam bidang pelancongan pada usia muda. Waheeda mendapat pinjaman dari
Bank Pembangunan untuk memulakan perniagaan pelancongannya, iaitu Tajau Emas. Peristiwa
ini mengagumkan pembaca dengan keberanian Waheeda memulakan perniagaannya pada usia
muda.
Selain itu, peristiwa lain yang menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan pembaca
ialah Waheeda mengambil alih Chalet Iwana-Iwani. Dalam peristiwa ini, Waheeda telah
mendapatkan pinjaman bank untuk mengembangkan perniagaan. Waheeda membeli perusahaan
Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highland kepunyaan Pak Aziz sebelum pihak bank menyita
segala aset perniagaan Pak Aziz tersebut. Peristiwa ini dapat menimbulkan perasaan kagum
dalam diri pembaca disebabkan kebijaksanaan Waheeda dalam usaha mengembangkan
perniagaannya.
18
Peristiwa Nilai Pernyataan
(Peristiwa yan
Adnan bermain perang olok-olok Semangat cinta akan menunjukkan
dengan adik-adiknya negara
Semangat patri
Pada permulaan novel, , Adnan Bercita-cita tinggi tinggi
meminta bapanya Pak Saidi
mengajarnya ilmu persilatan Bercita-cita tin
kerana dia bercita-cita untuk yang kecil
menjadi seorang pahlawan. Dia
juga sering bermain perang olok- Keberanian dal
olok dan biasanya akan menang keputusan
kerana Adnan tidak mahu Ketegasan dala
mengalah. Adnan juga keputusan
menjadikan Hang Tuah sebagai Kasih sayang s
idola. kepada anakny
Tanggungjawa
Pak Saidi menghantar Adnan ke Keberanian bapa dalam me
sekolah Inggeris. Ketegasan masa depan an
Bertanggungjawab
Pak Saidi menghantar Adnan ke Kasih sayang Kesabaran men
sekolah Inggeris. Pak Saidi Kebijaksanaan kritikan daripa
menghindari kritikan penduduk Berpandangan jauh Kesedaran tent
kampung yang menentang Kesabaran kepentingan pe
tindakannya menghantar Adnan
ke sekolah Inggeris kerana
mereka bimbang Adnan murtad.
Pak Saidi berbuat demikain agar
Adnan mendapat ilmu yang luas
daripada orang Inggeris supaya
masa depan anaknya terjamin.
1
ng Penegasan
n) (supaya/ untuk/ kerana/ agar/ dengan)
iotik yang
Kita hendaklah mempunyai Seorang yang bersemangat
nggi pada usia semangat patriotik untuk patriotik.
mempertahankan negara.
Seorang yang bercita-cita
tinggi.
Peristiwa ini dapat
menyemarakkan semangat
patriotik dalam diri
pembaca.
lam membuat Kita hendaklah berani Seorang yang berani
membuat keputusan demi membuat keputusan.
am membuat masa depan.
Seorang yang
seorang bapa Kita hendaklah bertanggungjawab mendidik
ya bertanggungjawab mendidik anak-anak. / penyayang
ab seorang anak-anak
enentukan Bijak membuat
naknya pertimbangan
nghadapi Kagum dengan
ada masyarakat kebijaksanaan seorang ayah
tang mengatur langkah untuk
endidikan anaknya.
19
Peristiwa Nilai Pernyataan
(Peristiwa yan
Pencerobohan pencuri ke rumah Keberanian menunjukkan
Pak Saidi. Keberanian pad
Pada suatu malam, penceroboh kecil.
menceroboh masuk ke rumah Pak
Saidi, Adnan mengejar pencuri Keberanian me
yang menceroboh masuk cabaran.
rumahnya dan Adnan berjaya
membaling salah seorang pencuri Kegigihan/ ket
itu dengan kayu belati. Pak Saidi menuntut ilmu
sendiri kagum dengan keberanian Keberanian me
yang ditunjukkan oleh Adnan cabaran
pada usia kecil.
Adnan belajar di sekolah Kegigihan
Inggeris. Ketabahan
Semasa belajar di sekolah Keberanian
Inggeris, Adnan gigih belajar
sehingga berjaya mendapat
nombor satu setiap kali
peperiksaan. Selain itu, Adnan
juga gigih berlatih bercakap
bahasa Inggeris sehingga berjaya
memenangi tempat pertama
dalam pertandingan Pidato
Bahasa Inggeris walaupun
sebelum itu di diejek oleh rakan-
rakannya.
2
ng Penegasan
n) (supaya/ untuk/ kerana/ agar/ dengan)
da usia yang
Kita hendaklah berani Keberanian menghadapi
enghadapi menghadapi cabaran. cabaran haruslah dicontohi
oleh pembaca.
Pembaca kagum dengan
keberanian Adnan pada usia
yang muda.
tabahan Kita hendaklah gigih dalam Seorang yang gigih berusaha
u pengetahuan menimba ilmu. dalam menimba ilmu
pengetahuan/ hidup.
enyahut Kita hendaklah gigih Seorang yang berani
berusaha agar berjaya dalam menyahut cabaran hidup.
hidup
Kegigihan seseorang
Kita hendakalah berani menimba ilmu pengetahuan
menyahut cabaran haruslah menjadi teladan
kepada pembaca.
Kagum dengan keberanian
seseorang menyahut cabaran
yang ditunjukkan
20
Peristiwa Nilai Pernyataan
(Peristiwa yan
Serangan Jepun ke Tanah Tanggungjawab menunjukkan
Melayu. Kasih sayang Tanggungjawa
ketua rumah ta
Apabila terdengar ura-ura bahawa menjaga kesela
Jepun akan menyerang Tanah keluarga.
Melayu dan Singapura,
Leftenan Adnan menghantar Kasih sayang s
isterinya, dan dua orang anaknya, suami terhadap
Mokhtar dan Zainuddin pulang ke anaknya / isteri
kampung di Sungai Ramal,
Kajang demi keselamatan Kebijaksanaan
mereka. strategi
Pertempuran di Bukit Candu. Kebijaksanaan
Dalam pertempuran di Bukit
Candu, tentera Jepun telah
menyamar sebagai tentera Sikh
namun begitu Leftenan Adnan
dapat mengesan taktik musuh itu.
Tentera Jepun yang menyamar
tersebut berjaya dibunuh oleh
Leftenan Adnan.
2
ng Penegasan
n) (supaya/ untuk/ kerana/ agar/ dengan)
ab seorang
angga untuk Kita hendaklah Seorang ayah yang
amatan bertanggungjawab terhadap bertanggungjawab.
keluarga.
seorang bapa / Seorang ayah yang
p anak- Kita hendaklah menyayangi menyayangi ahli keluarga.
inya ahli keluarga kita.
Peristiwa ini menyentuh
perasaan pembaca kerana
kasih sayang seorang ayah
kepada anak-anak
n mengatur Kebijaksanaan mengatur
strategi untuk
mempertahankan tanah air.
21
Peristiwa Nilai Pernyataan
(Peristiwa yan
Pertempuran di Bukit Candu Semangat cinta akan menunjukkan
negara
Leftenan Adnan dan pasukannya Keberanian Keberanian me
bermati-matian mempertahankan musuh
Bukit Candu daripada serangan Keberanian
tentera Jepun hingga titisan darah Tanggungjawab Keberanian
terakhir. Mereka tidak berundur Samangat patriotik mempertahank
walaupun kehabisan peluru. yang tinggi bangsa dan neg
Akhirnya Leftenan Adnan
ditangkap dan dibunuh hidup- Keberanian me
hidup. musuh
Kehadiran tentera Jepun di
Sungai Ramal, Keberanian
mempertahank
Berita tentang tentera Jepun ke bangsa dan neg
Kajang untuk mencari keluarga
Leftenan Adnan sampai ke Tanggungjawa
pengetahuan Pak Saidi. Pak Saidi mempertahank
yang sempat membunuh beberapa bangsa
orang askar Jepun yang
mengiringinya hanya dengan
menggunakan keris pusaka
sebelum beliau ditembak mati.
Pak Saidi juga telah
mencederakan 15 orang tentera
Jepun yang lain.
2
Penegasan
ng (supaya/ untuk/ kerana/ agar/ dengan)
n)
enentang Peristiwa
kan maruah Kita hendaklah mempunyai Kagum dengan semangat
gara.
semangat patriotik untuk patriotik yang ditunjukkan
mempertahankan negara. untuk mempertahankan
keluarga dan negara.
Keberanian untuk
mempertahankan maruah
bangsa dan negara.
enentang Kita hendaklah mempunyai Kagum dengan semangat
semangat patriotik untuk patriotik yang ditunjukkan
kan maruah mempertahankan negara. untuk mempertahankan
gara. keluarga dan negara.
ab
kan maruah Keberanian untuk
mempertahankan maruah
bangsa dan negara.
22
2.4 NOTA PERSEDIAAN RUMUSAN
Panduan Umum Rumusan
23
1. Rumusan ialah Soalan 9 dalam kertas 2.
2. Soalan bahagian ini wajid dijawab dalam tempoh 30 ~ 40 minit dan diperuntukkan
markah sebanyak 30 markah.
3. Kepanjangan bahan rangsangan dalam petikan tidak melebihi 300 patah perkataan.
4. Petikan berdasarkan bahan sumber yang mempunyai tidak kurang daripada dua fokus.
5. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang
berbeza ( contoh: petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema yang sama.
6. Tugas tidak dinyatakan dalam arahan soalan.
7. Calon perlu mengenal pasti SEMUA fokus yang terdapat dalam semua bahan.
8. Markah keseluruhan isi ialah 20 markah.
(pendahuluan: 2 markah, isi: 16 markah, kesimpulan: 2 markah)
9. Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap (Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan
menyentuh setiap fokus)
10. Markah bahasa dinilai secara holistik iaitu10 markah.
(cemerlang 8-10, baik 5-7, sederhana 3-4, lemah 1-2)
11. Jumlah patah perkataan rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.
12. Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan. Ditulis dalam satu ayat, ada cadangan dan
harapan.
13. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei.
Kenal pasti kata kunci dan menentukan fokus
Kata Kunci yang perlu dikenal pasti dalam Bahan/ Petikan
Bil KKS/Fokus Istilah lain
1 Faktor Sebab/ punca/ penyumbang/ penyebab
Faktor kemerosotan ekonomi
Faktor kejayaan pertanian pintar
Faktor kegagalan program kitar semula
Punca kegagalan mengurus kewangan
2 Kesan Akibat/ Impak/ Implikasi
Impak pengabaian makanan seimbang
3 Faedah Kepentingan/ Manfaat/ kebaikan/ kelebihan/ kemaslahatan
Kepentingan membaca dalam kalangan kanak-kanak
4 Keistimewaan Keunikan/ kelebihan
5 Keburukan Kelemahan/ kekurangan / kemudaratan
6 Kekangan Halangan/ batasan
7 Langkah Cara-cara/ kaedah/usaha
8 Peranan Fungsi/ tanggungjawab/ tugas
9 Persediaan Persiapan
10 Ciri-ciri Kriteria/ sifat-sifat
24
Menentukan fokus berdasarkan KKS (PukeLangCJA2)
KKS : Faktor
Fokus (FN): Kebaikan aktiviti berenang
KKS : risiko
Fokus (FN) : Risiko ativiti berenang
Panduan Ringkas Menulis Jawapan
Pendahuluan 2 Fokus
Rumusan membincangkan (Fokus 1) dan (Fokus 2).
Contoh:
Rumusan membincangkan kebaikan berenang kepada seseorang dan risiko aktiviti berenang.
(10 patah perkataan)
Rumusan membincangkan faktor kepupusan haiwan liar dan usaha-usaha membendung
kepupusan hidupan liar. (12 patah perkatan)
Rangka Jawapan
Rumusan membincangkan (fokus 1, F1), (fokus 2, F2) dan (fokus F3+F3+F3).
Fokus 1 ayat F11 . Selain itu, ayat F12. Di samping itu, ayat, F13. Tambahan lagi,
ayat F14. Ayat F15.
Fokus 2 ayat F21. Selain itu, ayat F22. Ayat F23. Di samping itu, F24.
Kesimpulannya , (siapa?) mesti (buat apa?- tema) supaya (jadi apa?)
( 120 patah perkataan )
## menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menjalinkan kesinambungan ayat
25
2.6 KERTAS 3 -TAKSIRAN KEMAHIRAN BERTUTUR
TAKSIRAN INDIVIDU
1. Markah penuh 40 markah dan dinilai secara analitik.
2. Penskoran (pemarkahan) diberi berdasarkan konstruk berikut:
(i) tatabahasa dan kosa kata
(ii) sebut, intonasi dan nada
(iii) kefasihan dan kelancaran
(iv) idea dan bermakna
3. Calon diberi satu bahan rangsangan yang mengandungi gambar dan petikan untuk
dibaca.
4. Calon diberi masa 3 minit untuk membaca, meneliti dan memahami bahan rangsangan.
DSKP 2.1.1 Membaca teks dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul,
nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar
Tahap 12 3 4 56
Penguasaan
Sebutan Sebutan Sebutan Sebutan Sebutan Sebutan
Kriteria tidak kurang masih lancar dan jelas dan jelas,
lancar dan lancar lancar dan mendatar intonasi intonasi
gagap mendatar betul dan nada
betul
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan
tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer
Tahap 1 2 3 456
Penguasaan
Tidak Mengenal Mengenal Mengenal Mengenal Mengenal
Kriteria mengenal pasti kata pasti kata pasti kata pasti kata pasti kata
pasti kata kunci kunci dan kunci dan kunci dan kunci dan
kunci dan sahaja isi tersurat isi isi isi
isi tersurat tersurat tersurat
tersurat dan dan dan
tersirat tersirat tersira
dengan dengan
jelas jelas dan
lengkapt
26
DSKP 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta teks daripada pelbagai bahan
dengan betul dan tepat.
Tahap 123456
Penguasaan
Tidak Kurang Masih Memahami Memahami Sangat
Kriteria memahami memahami memahami pembacaan pembacaan memahami
teks t kandungan kandungan dan dan pembacaan
teks teks kandungan kandungan dan
teks teks kandungan
dengan teks
baik dengan
baik
TAKSIRAN BERKUMPULAN
Cara Mengatur Perbincangan Berkumpulan
1. Markah penuh 30 markah dan dinilai secara holistik.
2. Ahli kumpulan (3-5 orang) diberikan masa selama 8 minit untuk berbincang.
3. Analisis topik perbincangan yang diberikan. -BASuH
4. Tentukan soalan, hala tuju atau arahan perbincangan.
PuKeLangC/ DiKeMaSeN+MM
5. Calon dikehendaki menjadualkan perbincangan – Perbincangan kumpulan akan
berlangsung dalam 2 pusingan. Pusingan pertama calon akan bertutur mengikut giliran
masing-masing. Pusingan kedua calon bebas mengemukakan pendapat.
6. Setiap kumpulan diberi masa 12 -15 minit untuk menyelesaikan perbincangan mereka.
Manfaatkan frasa seperti berikut
Bil Perkara Contoh
1 Memulakan Berdasarkan pernyataan yang diberikan, kami / saya dapat
mengetahui bahawa ~~~ (analisis soalan )
perbincangan
2 Pandangan dengan Saya bersetuju/ saya juga berpendapat bahawa
pernyataan Saya tidak setuju ---
Maaf, saya tidak pasti --
3 Mengemukakan Bolehkah saudara/saudari jelaskan bahawa--
pertanyaan (5W1H)
4 Mengemukakan idea Pada pendapat saya, --
5 Mencadangkan 1. Saya ingin mencadangkan ----
sesuatu idea 2. Saya hendak mencadangkan ---
3. Saya berpendapat bahawa ---
4. Apa kata kita mencadangkan ~~ agar /supaya -----
27
3.0 HIMPUNAN LATIHAN
3.1 LATIHAN PETIKAN UMUM
B01 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Melayu di Persada Dunia’
Halaman 18, Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
T4_Tema 2_Insan Terdidik, Negara Sejahtera
28
Bahan 2
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Melayu Mekar di Bumi Uzbekistan’
Halaman 19, Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud tamat pengajian. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan sebab pelajar asing berminat mempelajari
bahasa Melayu.
[3markah]
(ii) Di universiti, terdapat pelbagai jurusan bahasa asing ditawarkan kepada
mahasiswa dan mahasiswi.
Pada pendapat anda, apakah faedahnya sekiranya seseorang menguasai bahasa
asing.
[3 markah]
(iii) Pengerusi Kelab Bahasa Jepun dan Kelab Bahasa Korea di sekolah anda sedang
berbincang tentang aktiviti yang hendak dijalankan untuk ahli-ahli kelab pada
semester ini. Mereka ketandusan idea tentang aktiviti yang hendak dijalankan.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat
ahli kelab untuk membelajari bahasa asing. [4 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
T4_Tema 2_Insan Terdidik, Negara Sejahtera
29
B02 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kanta Forensik
Sejajar dengan perkembangan dunia sains, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini
mengorak langkah untuk memantapkan aspek penyiasatan dalam menyelesaikan sesuatu kes
jenayah. Aplikasi kaedah saintifik dalam penyiasatan atau lebih dikenali sebagai forensik
membantu PDRM menjalankan penyiasatan kes-kes jenayah.
Menurut PDRM, forensik ialah aplikasi sains kepada perundangan. Pakar forensik
mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis oleh Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah
(Makmal Forensik). Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan.
Apabila sesuatu kes jenayah dilaporkan, pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat
Kejadian Jenayah atau Crime Scence Investigation (CSI) mendapatkan bukti-bukti fizikal
yang berkualiti dan relevan. Bukti-bukti fizikal seperti kesan cap jari, kesan tumpahan bahan
kimia, dan sebarang dokumen yang berada di tempat kejadian akan dinilai oleh pasukan CSI.
Hasil penilaian tersebut akan dianalisis oleh unit forensik yang berkenaan.
Jika kes jenayah yang melibatkan kesan cap jari, penyiasatan akan dikendalikan oleh
Unit Siasatan Cap Jari. Unit Siasatan Audio/ Video pula akan menjalankan pemeriksaan
audio video seperti rakaman kamera litar tertutup sementara Unit Siasatan Jenayah komputer
akan menganalisis bahan-bahan bukti seperti Unit Pemprosesan Pusat atau Central
Processing Unit (CPU) , telefon bimbit, kad sim, dan kad memori.
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Kanta Forensik’
Halaman 30, Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bahan 2
Bahan 2
Daripada Kartun kepada Animasi
Wayang kulit merupakan satu bentuk animasi awal yang terdapat di Malaysia. Gerakan
watak wayang kulit dikawal oleh pemainnya yang digelar dalang dengan menggerakkan
sendi tangan, leher, dan mulut karakter dalam persembahan wayang kulit. Ketika ini,
juruanimasi perlu mnempunyai kemahiran yang tinggi untuk mereka bentuk, melukis, dan
mewarnakan karakter secara manual. Karakter yang membantu penceritaan dilukis di atas
kulit lembu dan dipotong menggunakan teknik animasi guntingan.
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 3.2.1 Menuiis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat
yang gramatis.
T4_Tema 3_Memetik Bintang
30
Pada tahun 1983, filem animasi pendek Malaysia yang pertama, Hikayat Sang Kancil
ditayangkan. Pasukan juruanimasi nmengambil masa selama enam belas tahun untuk
menyiapkan imasi ini yang berdurasi tiga belas minit. Juruanimasi melukis karakter
dengan banyak di atas kertas secara lukisan tangan. Lukisan yang banyak ini kemudiannya
dirakamkan dengan menggunakan kamera animasi untuk dijadikan seluloid atau kepingan
filem.
Sejajar dengan penekanan terhadap penggunaan teknologi digital di Malaysia, siri animasi
televisyen pertama, usop Sontorian dihasilkan pada tahun 1955. Seterusnya, filem cereka
animasi pertama, Silat Legenda dihasilkan pada tahun 1998. Karakter animasi moden
dalam bentuk 2D dan 3D dibina menggunakan perisian komputer berteknologi tinggi,
antaranya seperti perisian Autodesk Maya, Logic Pro, dan Adobe Creative Suite. Dengan
kecanggihan perisian teknologi digital, karakter animasi boleh dilukis dengan
sempurnanya walaupun juruanimasi tiada kemahiran melukis.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Tingkatan 4, halaman 19
Kementerian Pendidikan
Malaysia
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Dari Kartun kepada Animasi’
Halaman 32, Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tempat kejadian. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan bagaimanakah kemajuan sains
membantu kerja forensik dan juruanimasi.
[3 markah]
(iii) Dalam dunia digital, banyak kerjaya telah mengalami perubahan.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan penggunaan teknologi digital dalam
membantu kerja kita pada masa kelak.
[3 markah]
(iv) Pihak polis telah mendapat laporan orang ramai bahawa satu kejadian rompakan
telah berlaku di sebuah rumah.
Anda sebagai jurucakap bahagian forensik dikehendaki menerangkan tindakan
yang akan dilakukan oleh bahagian anda.
[4 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 3.2.1 Menuiis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat
yang gramatis.
T4_Tema 3_Memetik Bintang
31
Soalan Tambahan
a. Bagaimanakah pegawai forensik dapat membantu menjalankan siasiatan?
b. Pada pendapat anda, apakah prospek kerjaya juruanimasi?
(prospek ➔ kemungkinan atau peluang untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang)
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 3.2.1 Menuiis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat
yang gramatis.
T4_Tema 3_Memetik Bintang
32
b. Nyata ciri-ciri pekerja cemerlang dengan menggunakan ayat yang gramatis.
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 3.2.1 Menuiis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat
yang gramatis.
T4_Tema 3_Memetik Bintang
33
B03 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya untuk
memajukan tanah yang ditebusnya. Dia juga berharap kejayaannya nanti akan menjadi contoh
teladan kepada orang yang seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan daripada Dasar
Ekonomi Baru dan pelbaggai projek pembangunan sebuah kerajaan yang prihatin.
Hakim perlu membina sebuah reban tertutup. Dia memulakan segala kerja menebang pokok
dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak kawasan yang memang
rendah dan berair itu. Wang simpanannya hampir habis di situ.
Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan peralatan
memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah beberapa kali
turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian. Kertas kerja sudah
beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. Pinjaman sebanyak itu
memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah Pak Kaduk yang baru
ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup campur tangan dan
memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolongan itu terbinalah sebuah
reban yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam.
Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA Maka jadilah dia seorang petani
moden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang ke
arah penambahan pengeluaran makanan.
dipetik dan diubah suai daripada Kaduk, Ayam dan Raja
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Pendidikan Kementerian Malaysia
Bahan 2
Udang ialah sumber Omega-3 yang kaya dengan protein namun kurang kandungan lemak
dan kalori. Terdapat pelbagai jenis udang air masin dan air tawar yang kian menjadi pilihan
penternak udang. Antara spesies udang yang mulai mendapat perhatian masyarakat dan diternak
secara besar-besaran ialah udang galah, udang putih, udang kara, dan udang harimau. Udang
harimau atau nama saintifiknya Penaeus monodon merupakan spesies udang yang semakin
banyak diternak di Malaysia. Spesies udang harimau mendapat permintaan yang tinggi
terutamanya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Krismas.
Udang harimau memerlukan sumber air payau masin sebagai habitatnya. Biasanya,
penternak akan membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk mendapatkan sumber air
payau masin. Parameter indeks kualiti air akan ditentukan seminggu sekali untuk memastikan
keadaan fizikal air kolam seperti suhu, pH, oksigen terlarut, dan kadar kemasinan sesuai untuk
tumbesaran udang. Selain itu, keadaan fizikal kolam perlu dipastikan tidak mengandungi
plankton yang boleh menyebabkan gangguan kepada pembesaran udang harimau.
Ancaman utama bagi hidupan akuatik ini ialah penyakit yang berpunca daripada benih dan
kawalan air. Selain itu juga, musuh lain yang turut menjadi ancaman kepada udang harimau ialah
memerang, ketam, dan burung yang membawa penyakit kepada udang. Simptom udang yang
sakit dapat dikesan jika udang sudah mulai hilang selera makan, insang berwarna hitam dan
kuitnya menjadi kusam. Sebagai langkah pencegahan dan kawalan penyakit, udang yang
didapati sakit akan diasingkan ke kolam yang lain.
Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4, halaman 46-47
Kementerian Pendidikan Malaysia
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 3.2.1 Menuiis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat
yang gramatis.
T4_Tema _Menjulang Harapan Bumi Bertuah
34
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud membakar semangat. [3 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Hakim
sebelum memulakan penternakan ayam.
[3 markah]
(iii) Berdasarkan Bahan 2, nyatakah ancaman yang dihadapi oleh udang harimau.
[3 markah]
(iv) Bidang penternakan merupakan bidang yang sangat penting kepada negara kita.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan jika rakyat negara kita bergiat aktif dalam
bidang penternakan? [4 Markah]
(v) Kerajaan negara kita menggalakkan golongan muda agar menceburi bidang
penternakan dengan memberikan pelbagai bantuan dan skim pembiayaan kepada
mereka yang berminat. Anda ingin menyahut seruan kerajaan dan berminat menceburi
bidang ini tetapi dibantah oleh ibu bapa dengan alasan bidang ini tidak sesuai kepada
siswazah.
Untuk mencapai hasrat ini, bagaimanakah anda meyakinkan ibu bapa anda agar mereka
bersetuju dengan keputusan anda? [4 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 3.2.1 Menuiis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat
yang gramatis.
T4_Tema _Menjulang Harapan Bumi Bertuah
35
B04 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Cameron Highlands juga terkenal sebagai lokasi agropelancongan yang menjadi
daya tarikan pelancongan untuk melihat ladang teh dan strawberi serta membeli sayur-sayuran
segar dari ladang. Cameron Highland pada asalnya telah diterokai oleh orang British yang
memerintah Malaysia pada ketika itu. Nama Cameron Highland diambil daripada William
Cameron iaitu seorang rakyat British yang menemui kawasan ini. Pada tahun 1885, beliau telah
melakukan aktiviti pemetaan bersama-sama pembantunya di Banjaran Titiwangsa. Pada tahun
1925, Sir George Maxwell telah mendapat ilham untuk membangunkan kawasan ini sebagai
kawasan peranginan tanah tinggi.
Oleh sebab suhunya yang dingin, pihak British banyak membina rumah rehat mereka
bertujuan untuk melarikan diri daripada cuaca panas di Malaysia. Hingga kini masih terdapat
tinggalan rumah agam zaman kolonial di Cameron Highlands. Antara lokasi rumah kolonial
yang terkenal di sini termasuklah The Lake House. Rumah lama yang ditukar menjadi sebuah
hotel mewah pastinya membawa anda kembali ke zaman pemerintahan British. Dekorasi luar
dan dalam rumah ini masih mengekalkan konsep gaya Inggeris dengan sentuhan penuh
kemewahan. Anda tidak perlu lagi terbang ke London untuk merasai percutian Inggeris. Berada
di sini, terasa seperti anda berada di rumah sendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada‘Tujuh Keunikan di Copthorne’
Oleh Azli Khairi,Dewan Siswa
Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 2
Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak merupakan
salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Menghiasi taman negara
ini ialah Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi kira-kira 2377meter dan
mempunyai sejarah yang berusia lebih 1.5 juta tahun lamanya. Gunung Mulu diisytihar sebagai
salah satu tapak warisan dunia pada tahun 2000 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga dikenali sebagai United Nations
Educational, Scientific dan Cultural Organization (UNESCO).
Keluasan Taman Negara Mulu ialah 52864 hektar dan mempunyai kira-kira 3500 spesies
tumbuhan vaskular. Khazanah hutan ini diperkaya dengan 109 spesies palma daripada 20 genus.
Tarikan lain di Taman Negara Mulu ialah laluan kanopi yang panjangnya 480meter dan
mempunyai terowong gua yang terbesar di dunia, iaitu Gua Rusa. Taman Negara Mulu turut
memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu
yang jernih serta diliputi oleh hutan dara tropika. Taman Negara Mulu boleh dikunjungi dengan
menaiki pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin
merasakan kelainan boleh menaiki bot ekspres dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian
ke Taman Negara Mulu.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Tingkatan 4 halaman 76
Kementerian Pendidikan Malaysia
DSKP 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam
pelbagai bidang.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T4_Tema 11_Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
36
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud merasakan kelainan. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan keistimewaan kedua-dua tempat
pelancongan tersebut.
[3 markah]
(iii) Kerajaan Malaysia telah memberikan kelonggaran kepada sektor pelancongan apabila
membenarkan rakyat melancong di dalam negara setelah berada dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperoleh oleh rakyat apabila
melancong di dalam negara sendiri? [3 markah]
(iv) Persatuan Pengakap di sekolah anda ingin mengadakan aktiviti tahunan pada hujung
tahun untuk meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan ahli.
Sebagai pengerusi Persatuan Pengakap, anda dikehendaki mencadangkan beberapa
aktiviti yang boleh dijalankan di Taman Negara Mulu kepada guru penasihat anda.
[4 markah]
DSKP 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam
pelbagai bidang.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T4_Tema 11_Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
37
B05 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, 511 kes jenayah penipuan
dalam talian dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul tahun lepas membabitkan 251 kes
e-dagang (belian dalam talian) diikuti 203 kes penipuan telekomunikasi (talian dan khidmat pesanan
ringkas), scam 419 (penipuan cinta) 36 kes dan penipuan e-kewangan 21 kes.
Menurut Eng Lai, modus operandi sindiket seumpama itu adalah untuk mempromosikan cara-cara
mudah bagi memperoleh wang melalui pautan laman sesawang di laman sosial seperti Facebook dan
WeChat untuk menarik perhatian khalayak umum.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/184523/BERITA/Semasa/Masyarakat-perlu-
waspada-trend-terkini-jenayah-siber
Bahan 2
Sumber: (dipetik dan diubah suai daripada ‘Modus Operandi Sindiket Penipuan’
Halaman 88, Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 2.3.2 Membaca dan membandingkan beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.
T4_Tema 7_Demi Kedamaian
38
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menawarkan bantuan. [2 markah]
(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan kesan-kesan jebak digital kepada mangsa.
[3 markah]
(iii) Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi yang kuat dalam kehidupan pada
zaman ini menyebabkan modus operandi para penjenayah siber juga semakin
canggih.
Pada pendapat anda, apakah langkah untuk mengelakkan diri kita daripada
menjadi mangsa jebak digital.
[3 markah]
(iv) Ibu anda telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak mahkamah yang
mengatakan bahawa ibu anda terlibat dalam kes kemalangan langgar lari.
Pemanggil itu menyuruh ibu anda memasukkan wang ke dalam akaunnya atau
dikenakan tindakan mahkamah. Selepas panggilan tersebut diputuskan, ibu anda
menceritakan hal itu kepada anda.
Sebagai seorang anak yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang perlu
dilakukan oleh ibu anda untuk mengelakkan penipuan panggilan palsu seperti itu.
[4 markah]
Soalan Tambahan [2 markah]
1. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menyelesaikan masalah.
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 2.3.2 Membaca dan membandingkan beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.
T4_Tema 7_Demi Kedamaian
39
B06 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Kenali SSPN-i’
Halaman 154, Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
skim
ejen
pendeposit
kadar dividen
pelepasan cukai
penjaga
penerima manfaat
DSKP 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam
pelbagai bidang.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T4_Tema 11_Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
40
Bahan 2
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Terima kasih,ayah’
Halaman 155, Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia
(i). Berdasarkan Bahan 1 berikan maksud pelbagai keistimewaan.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 nyatakan tujuan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
ditubuhkan? [2 markah]
(iii) Berdasarkan Bahan 1 nyatakan kebaikan skim ini kepada pendeposit? [3 markah]
(iv). Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan kelebihan Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN-i).
[3 markah]
(v) Amalan menabung merupakan satu langkah berjimat cermat untuk masa depan. Namun
amalan ini masih tidak mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab yang menyebabkan masyarakat gagal menabung.
[3 markah]
(vi) Rakan anda kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan, dia akan menghabiskan
semua wang saku yang diberikan oleh ibu bapa beliau. Beliau akan kehabisan wang sebelum
hujung semester.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, cadangkan cara-cara untuk berjimat cermat yang boleh
dilakukan oleh beliau. [4 markah]
DSKP 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam
pelbagai bidang.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T4_Tema 11_Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
41
B07 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Kopersi Sekolah di Puncak Jaya’
Halaman 148`149 Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 2.4.3 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional
T4_Tema 11_Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
42
Bahan 2
Nama Organisasi Masalah yang Dihadapi
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan >Pemilihan dan penyediaan tapak kios
Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor >Prosedur pelaksanaan projek
>Pengetahuan tentang pengendalian kios
Projek Koperasi >Waktu Koperasi Sekolah Menengah
Pembukaan kios untuk menjual pelbagai Anugerah
barangan
Anugerah Kecemerlangan Koperasi
Potensi Projek Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018.
>Kedudukan sekolah yang strategik- di
tepi jalan raya dan kawasan perumahan.
>Ramai pelanggan – murid sekolah
menengah, rendah, dan masyarakat
setempat. andar Baru Bangi, Selangor
>Produk – luar dan produk yang dihasilkan
oleh murid.
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Koperasi Sekolah di Puncak Jaya’
Halaman 149, Buku Teks Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud sungguh memberangsangkan. [2 markah]
(ii) Apakah projek-projek yang dicadangkan oleh Koperasi Sekolah Menengah Simpang Beluru pada
peringkat awal? [2 Markah]
(iii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua buah
sekolah semasa melaksanakan projek mereka? [4 Markah]
(iv) Setiap sekolah mempunyai koperasi untuk kemudahan warga sekolah.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan penubuhan koperasi di sesebuah sekolah?
[3 Markah]
(v) Anda mendapati koperasi sekolah anda kurang mendapat sambutan daripada warga sekolah. Anda
sebagai urus setia koperasi, cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat warga sekolah untuk
memanfaatkan kemudahan koperasi sekolah?
[4 Markah]
DSKP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul dariapda pelbagai bahan primer.
DSKP 2.4.3 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional
T4_Tema 11_Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
43