The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-11293642, 2020-11-24 01:54:29

KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL

kepimpinan instruksional

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Institut Aminuddin Baki

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Institut Aminuddin Baki

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

KEPIMPINAN
INSTRUKSIONAL

PEMANGKIN
PEMBANGUNAN GURU
MELALUI INSTRUCTIONAL

COACHING

Oleh
Jamelaa Bibi binti Abdullah, Ph.D
Sathiyabama a/p Suprammaniam, Ph.D
Noor Azzam Syah bin Mohamed, PhD

Hanifah bin Veerankutty

Editor
Meriam binti Allias
Aziah binti Samichan
Jameela Bibi bt Abdullah, Ph.D

Diterbitkan oleh
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Kementerian Pendidikan Malaysia

Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek,

Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7979 200
Faks: 06-7079 300
www.iab.edu.my

Pengurusan Penerbitan
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
GENTING HIGHLANDS BRANCH
(National Institute of Educational Management and Leadership)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang, 69000 Genting Highlands

http://www.iab.edu.my
[email protected]

© HAK CIPTA TERPELIHARA. 2020

Sebarang bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman
dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin
Baki Cawangan Genting Highlands terlebih dahulu.

ISBN
978-967-0504-96-4

Pengurus Penerbitan
Meriam binti Alias

Pereka Grafik
Muhammad Haziq b. Hanifah

Dicetak Oleh
PERNIAGAAN NORMAHS
No. 3, 5 & 7 Jalan 12/10, Taman Koperasi Polis Fasa 1
68100 Mukim Batu, Kuala Lumpur

JAWATANKUASA PENERBITAN

PENAUNG

Dato’ Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Ph.D
Pengarah

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENASIHAT

Abd Razak bin Manaf, Ph.D
Timbalan Pengarah Kanan
(Kluster Khidmat Profesional)

Datuk Haji Mohd Kassim bin Haji Mohd Ibrahim, Ph.D
Timbalan Pengarah Kanan
(Kluster Khidmat Latihan)

Zainuren bin Haji Mohd Nor
Pengarah

Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands

EDITOR

Meriam binti Allias
Aziah binti Samichan
Jamelaa Bibi binti Abdullah, Ph.D

PENULIS

Jamelaa Bibi binti Abdullah, Ph.D
Sathiyabama a/p Suprammaniam, Ph.D
Noor Azzam Syah bin Mohamed, PhD

Hanifah bin Veerankutty

KANDUNGAN

Prakata vii

Bab 1 - Kepimpinan Instruksional 1 - 22
1
Pengenalan 2
4
Definisi Kepimpinan Instruksional 6
11
Teori Asas Kepimpinan Instruksional 14
21
Amalan kepimpinan Instruksional di Sekolah-sekolah Malaysia

Amalan Penyeliaan Berkesan

Jenis-jenis Penyeliaan

Rumusan

Bab 2 - Pembangunan Pengajaran Dan Pembelajaran, 23 - 38

Pemudahcaraan Guru

Pengenalan 23

Standard Guru Malaysia 24

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 Standard 4 29

Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru (PPB) 34

Rumusan 38

Bab 3 - Instructional Coaching 39 - 54

Pengenalan 39
Peranan Individu Dalam Instructional Coaching 41
Model Instructional Coaching 45
One Page Instructional Coaching 49

Rumusan 54

Bab 4 - Amalan Instructional Coaching Dalam Memperkasa 55 - 62
PdP Guru
Pengenalan 55
Peranan Kepimpinan Sekolah 55
Amalan Instructional Coaching di SMK Bentong 56
Naratif Situasi Kes 1: Pelibatan Murid Dalam PdPc 57
Naratif Situasi Kes 2: Teknik Penyoalan 58
Naratif Situasi Kes 3: Murid Bosan 59
Naratif Situasi Kes 4: Penulisan Refleksi 60
Rumusan 62

Rujukan 63 - 74
Lampiran A- Instrumen Amalan Instructional Coaching
75

Lampiran B- Instrumen Mengukur Pembangunan Guru 80

Lampiran C- Instrumen Amalan Kepimpinan Instruksional 82

Pemimpin Sekolah Yang Diubah suai

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING v

KATA ALU-ALUAN

Pengarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Penerbitan buku Kepimpinan Instruksional Pemangkin Pembangunan
Guru Melalui Instructional Coaching merupakan satu usaha
mendokumentasikan hasil kajian ke dalam sebuah buku. Penghasilan buku
ini adalah suatu panduan umum yang boleh diaplikasi oleh Pengetua dan
Guru Besar (PGB) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sebagai
pemimpin instruksional, membangunkan kualiti guru dan melaksanakan
amalan instructional coaching selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Buku ini juga dapat dijadikan panduan oleh
pemimpin pendidikan yang lain di sekolah sebagai satu senarai semak dalam
mengurus dan mentadbir sekolah.

Penerbitan buku ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu,
khususnya dalam kalangan PGB dan panduan kepada pelaksanaan kursus
dan program pembangunan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Maklumat yang
diketengahkan diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan dan
peningkatan kualiti perkhidmatan pensyarah dalam bidang berkaitan. Hal
ini seiring dengan hasrat IAB untuk memastikan setiap program mempunyai
nilai tambah berdasarkan enam fungsi utama IAB iaitu latihan, konsultasi,
penyelidikan, penerbitan dan penulisan, pentaksiran dan pasukan pemikir.

Tahniah kepada pasukan penyelidik dan pensyarah yang telah
merancang dan menjayakan penulisan buku ini. Sememangnya, buku
seumpama ini diperlukan untuk meningkatkan kompetensi pensyarah, dan
menyumbang kepada tubuh ilmu kepimpinan dan pengurusan pendidikan.
Harapan saya agar penulisan buku ini dapat diteruskan pada masa hadapan
untuk memartabatkan IAB di persada antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

ZAINUREN BIN MOHD NOR
PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

vi KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan yang mencipta sekalian alam
dengan segala sifat kesempurnaan yang ada padaNya. Selawat dan
salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga, para
sahabat, pengikut baginda serta barisan syuhada’ pejuang kebenaran.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kami mampu
menyiapkan amanah ini dengan sempurna dan jayanya. Rasa penghargaan
tidak terhingga dititipkan khas buat kepimpinan tertinggi Institut Aminuddin
Baki Cawangan Genting Highlands (IABCGH) kerana memberi kepercayaan
untuk menghasilkan penulisan sebuah buku yang dapat disebar luas kepada
pemimpin pendidikan. Jutaan terima kasih juga kepada Dr. Siti Ilyana bt
Mohd Yusof, Ketua Jabatan, Jabatan Kerjasama Luar dan Antarabangsa
atas sumbangan idea bagi melengkapkan penulisan bab 1 buku ini. Sekalung
penghargaan juga buat kumpulan pemimpin pertengahan di SMK Bentong
atas sumbangan idea dan cadangan bagi penambahbaikan penulisan
bagi Bab 4. Sesungguhnya segala budi baik yang ditabur hanya Allah s.w.t
sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih juga atas sokongan semua
pensyarah IABCGH kerana sentiasa memberi dorongan untuk kami terus
mara ke hadapan. Semoga segala usaha murni kita dalam berkongsi ilmu di
dunia ini dirahmati oleh Allah sw.t. Sekian, Wassalam

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING vii

PRAKATA

Buku ini berfokus kepada Instructional Coaching, Kepimpinan Instruksional
dan Pembangunan Guru yang dibangunkan berdasarkan satu kajian yang
telah dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands.
Tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana peranan pemimpin
instruksional mempengaruhi pembangunan guru dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) melalui instructional coaching. Ini selaras dengan apa
yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(PPPM) iaitu peranan pemimpin instruksional sebagai pemangkin dalam
pembangunan PdP guru melalui instructional coaching. Sasaran utama buku
ini adalah Pengetua dan Guru Besar serta semua pemimpin pertengahan di
sekolah. Selain itu ia juga berguna kepada pensyarah IAB sebagai panduan
dalam melaksanakan kursus. Buku ini mempunyai keistimewaan dari segi
keberkesanan penggunaan model instructional coaching dalam membantu
guru membuat penambahbaikan dalam PdP. Buku ini juga boleh berperanan
sebagai panduan bagi pengetua dan guru besar (PGB) dalam mengurus dan
memimpin sekolah. Sebagai penulis besarlah harapan kami sekiranya buku
ini dapat dibaca dan diaplikasi oleh PGB untuk membangunkan PdP guru
secara sistematik di semua sekolah di Malaysia.



KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 1

BAB 1

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah digubal
bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi sistem pendidikan.
Oleh yang demikian setiap pihak seperti pemimpin sekolah yang terlibat mesti
memahami peranan yang telah ditetapkan agar dapat memberi manfaat yang bakal
diperoleh pada masa akan datang. Matlamat PPPM juga untuk mengurangkan
beban pentadbiran supaya pemimpin sekolah boleh memberi fokus kepada
amalan kepimpinan instruksional. Rajah 1.1 menjelaskan pemimpin sekolah
dikehendaki menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang dan bertindak
sebagai ejen perubahan. Pemimpin instruksional merupakan pemimpin yang
berprestasi tinggi mempunyai korelasi dengan pencapaian murid di sekolah. Ini
bermaksud dasar pendidikan negara turut menekankan peri pentingnya peranan
PGB dalam memastikan guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan kerana hasilnya akan memberi kesan prestasi murid yang
menyumbang kepada tenaga sumber manusia negara.

Rajah 1.1: Akauntabiliti Pemimpin Sekolah
(Sumber: PPPM, 2013-2025)

2 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Hallinger (2005) menjelaskan kepimpinan instruksional merupakan
kepimpinan yang masih lagi relevan dan sesuai diamalkan dalam abad ke 21,
walaupun terdapat persaingan dengan kepimpinan transformasi dan kepimpinan
teragih. Model kepimpinan instruksional telah dibangunkan sejak 1980an oleh
pengkaji barat seperti Bossert (1982), Hallinger dan Murphy (1985,1987), Murphy
(1990), Duke (1987, 2010), Hallinger dan Heck (1996), Weber (1996), Hallinger
(2000) dan Southworth (2002). Model Hallinger dan Murphy (1985) paling kerap
digunakan dalam kajian-kajian mengenai kepimpinan instruksional oleh sarjana
dalam dan luar negara. Antaranya ialah Shafinaz (2017), Ghavifekr et al. (2015),
Irdayanti dan Ramlee (2015), Nik Mustafa et al. (2014), Sharma et al. (2014),
Jamelaa (2012), Mohd Yusri et al. (2012), Sharma (2011), Clark (2009), Fulton
(2009), Stebick (2009), Robinson (2008), Ho Yip Leon (2008), Sazali et al. (2007),
Latip Muhammad (2006), Ishak (2004), Shukor (2004), Mielcarek (2003), Renihan
(2000) dan Razali (1996).

DEFINISI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) dalam Hallinger dan Heck (2010) juga berpendapat
polisi Bidang Keberhasilan Utama Negara konsep kepimpinan instruksional adalah
(NKRA) telah mendefinisikan bahawa
kepimpinan instruksional berperanan dalam kepimpinan pengetua yang mementingkan kualiti
pembangunan guru serta merancang, persekolahan, pembangunan sekolah dan
pembelajaran pelajar. Kajian kepimpinan
menyelaras dan menilai aktiviti pengajaran dan kolaboratif yang telah dijalankan dengan
pembelajaran di sekolah (Jabatan Perdana
menggunakan empat model mendapati hanya
Menteri, 2010). Ini bermaksud polisi pendidikan model reciprocal effect yang memberi kesan
negara turut menekankan peri pentingnya
peranan pengetua dan guru besar dalam terhadap keberkesanan sekolah dan
memastikan guru-guru melaksanakan pembelajaran pelajar.
pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan kerana outputnya akan memberi Kepimpinan instruksional mengikut persekitaran
kesan kepada negara. di Malaysia, didefinisikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (2007), sebagai pemimpin
Vilsteren (2006)-berdasarkan kajian yang telah
dilakukan di Eropah sehingga tahun 1996 sekolah yang cakna terhadap pengajaran guru
dan pembelajaran murid serta perkembangannya
menunjukkan amalan kepimpinan instruksional
tertumpu kepada lapan elemen sahaja iaitu dan sentiasa membina suasana dan iklim
pengurusan kurikulum dan pengajaran; pembelajaran yang kondusif di sekolah bagi
kerjasama guru dalam isu kurikulum dan
memacu kecemerlangan sekolah.
pengajaran; galakan dan penghargaan terhadap
guru; penyeliaan dan kawalan terhadap guru; Southworth (2002) berpendapat kepimpinan
peningkatan kemahiran, kepakaran dan instruksional adalah lebih berfokuskan kepada
profesionalisme guru-guru; peruntukan sumber,
kemudahan dan syarat untuk mencapai pengajaran dan pembelajaran termasuk
kualiti pendidikan; menggalakkan pembelajaran profesional guru-guru dan
rangsangan terhadap iklim sekolah secara
teratur; dan ciri-ciri personal, trait dan pembangunan pelajar
tingkah laku. strategi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran iaitu menjadi
model, sentiasa membuat pemantauan dan
sering mengadakan dialog dan perbincangan
secara professional (Southworth 2002; Bush

2008).

Hoerr (2008), berpendapat pemimpin instruksional semestinya
seorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 1.2: Definisi Kepimpinan Intruksional

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 3

Pandangan sarjana dalam Rajah 1.2 menjelaskan bahawa pemimpin
instruksional bertanggungjawab secara langsung terhadap pengajaran dan
pembelajaran serta disasarkan kepada pembelajaran murid melalui guru (Bush
dan Glover,2003). Justeru hasil rumusan definisi dalam Rajah 1.3 menjelaskan
kepimpinan instruksional dapat difahami sebagai amalan:

Dimensi pertama mentakrif, Dimensi keempat membentuk
membentuk matlamat sekolah suasana sekolah yang mesra dan
meliputi dua elemen iaitu; saling membantu mempunyai lima
elemen iaitu;
(i) merangka dan menjelaskan (i) mewujudkan persekitaran
matlamat sekolah serta; pembelajaran yang selamat dan
(ii) menyampaikan matlamat teratur,
sekolah. (ii) menyediakan peluang
penglibatan murid yang bermakna,
(iii) memupuk kerjasama dan
kejelekitan dalam kalangan staf,
(iv) mendapatkan sumber luar untuk
menyokong matlamat sekolah dan
(v) menjalin hubungan antara rumah
dan sekolah

Dimensi kedua mengurus program Dimensi ketiga menggalakkan iklim
instruksional mempunyai empat elemen pembelajaran meliputi enam elemen iaitu;
iaitu;
(i) melindungi masa
(i) menyelia dan membuat penilaian pengajaran,
instruksional, (ii) sentiasa kelihatan
(ii) menyelaras kurikulum, (mengekalkan visibility yang
(iii) memantau perkembangan murid dan tinggi),
(iv) menggalakkan pengajaran berkualiti. menyediakan insentif kepada
guru
(iv) menggalakkan
perkembangan profesional
(v) menyediakan insentif untuk
pembelajaran murid dan
(vi) membentuk piawai dan
harapan positif.

Rajah 1.3: Rumusan Definisi Kepimpinan Intruksional

Justeru kesimpulannya terdapat empat dimensi dan tujuh belas (17)
elemen kepimpinan instruksional pengetua dan guru besar yang boleh diamalkan
di sekolah-sekolah Malaysia. Deborah (2002) menjelaskan, amalan kepimpinan
instruksional di sesebuah sekolah hadir dengan sendirinya apabila warga sekolah
mengutamakan usaha-usaha menambah baik pengajaran dan pembelajaran.

4 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

TEORI ASAS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Terdapat pelbagai model kepimpinan instruksional yang dapat dijadikan panduan
dalam amalan kepimpinan instruksional oleh seorang pemimpin sekolah iaitu:-

a. Model Hallinger Dan Murphy (1985)

Hallinger dan Murphy (1985) telah memantapkan model teori kepimpinan
instruksional yang dibangunkan pada tahun 1983 dan mendefinisikan sebagai
kepimpinan pengetua kepada tiga dimensi dan sebelas elemen seperti yang
terdapat dalam jadual 1. Tiga dimensi tersebut adalah menentukan misi sekolah,
menguruskan program pengajaran dan menggalakkan iklim sekolah manakala
11 elemen pula adalah merangka matlamat sekolah, menyampaikan matlamat
sekolah, menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras kurikulum, memantau
kemajuan murid, menjaga masa instruksional, mengekalkan ketampakan,
menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan pembangunan profesional dan
menyediakan insentif untuk pembelajaran.

Jadual 1. Model kepimpinan instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985)

Dimensi Elemen
Menetukan Misi Sekolah Merangka matlamat sekolah
Menyampaikan matlamat sekolah
Menguruskan Program
Pengajaran Menyelia dan menilai pengajaran
Menyelaras kurikulum
Mewujudkan Iklim Pembelajaran Memantau kemajuan murid
Sekolah Menjaga masa instruksional
Mengekalkan ketampakan (visibility)

Menyediakan insentif untuk guru
Menggalakan pembangunan profesional
Menguatkuasakan standard akademik

Menyediakan insentif kepada murid

b. Model Hallinger (2000)

Hallinger dan Murphy (1987), telah mengkonsepkan semula kepimpinan
instruksional dengan mengekalkan tiga dimensi tetapi hanya mengekalkan sepuluh
elemen sahaja. Elemen yang digugurkan adalah dalam dimensi menggalakkan
iklim sekolah iaitu menguatkuasakan standard akademik (Hallinger & Murphy,
1987; Hallinger, 2000). Rajah 1.4 menunjukkan model kepimpinan instruksional
yang dibina bersama tiga dimensi tersebut adalah mentakrif misi sekolah,
mengurus program instruksional dan membentuk iklim sekolah. Berdasarkan
tiga dimensi ini sebanyak 10 elemen yang ditetapkan iaitu merangka matlamat
sekolah, menyampaikan matlamat sekolah, menyelia dan menilai instruksional,

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 5

menyelaras kurikulum, memantau perkembangan murid, menjaga masa
instruksional, menggalakkan perkembangan profesional, mengekalkan sokongan
pembelajaran, menyediakan insentif untuk guru dan menyediakan insentif untuk
murid.

Rajah 1.4 Model Kepimpinan Instruksional oleh Hallinger (2000)

c. Model Murphy (1990)

Murphy (1990) telah mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai amalan
kepimpinan pengetua yang dapat membentuk misi dan matlamat, melaksanakan
pengurusan pendidikan, mempromosi iklim pembelajaran akademik dan
membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu. Rajah 1.5
menjelaskan terdapat empat dimensi iaitu membentuk misi dan matlamat,
mengurus elemen pengurusan pendidikan, mempromosi iklim pembelajaran
akademik dan membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu. 16
elemen yang terdapat dalam empat dimensi tersebut adalah merangka matlamat
sekolah, menyampaikan matlamat sekolah, menggalakkan pengajaran berkualiti,
menyelia dan menilai pembelajaran, memperuntukkan dan melindungi masa
pengajaran, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, membentuk
piawaian dan harapan positif, mengekalkan visibiliti yang tinggi, menyediakan
insentif kepada guru dan murid, menggalakkan perkembangan profesional,
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan teratur, menyediakan
peluang pelibatan murid yang bermakna, memupuk kerjasama dan kejelekitan
dalam kalangan staf, mendapatkan sumber luar untuk menyokong matlamat
sekolah dan menjalin hubungan antara rumah dan sekolah.

Tiga model kepimpinan instruksional yang dikongsikan menunjukkan amalan
pemimpin sekolah berfokus kepada memperkasa pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Pernyataan yang termaktub dalam PPPM (2013-2025) adalah
selari dengan teori iaitu pemimpin instruksional merupakan ajen perubahan yang
mempengaruhi pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam bilik darjah.

6 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Rajah 1.5 Model Kepimpinan Instruksional oleh Murphy (1990)

Sehubungan dengan itu domain kedua iaitu mengurus program pengajaran
(Hallinger dan Murphy 1985), mengurus program instruksional (Hallinger, 2000)
dan pengurusan pendidikan (Murphy, 1990) (ditandakan dengan bulatan merah)
merupakan domain utama yang menggerakkan PdP iaitu dengan pemimpin
sekolah bertanggungjawab dalam menyelia dan menilai pengajaran guru untuk
menjamin kualiti, menyelaras kurikulum agar selari dengan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan memantau perkembangan murid untuk
memastikan guru mengajar dan murid belajar.

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH-SEKOLAH
MALAYSIA
Kajian oleh sarjana dalam negara banyak melihat kelaziman amalan kepimpinan
instruksional yang berlaku di sekolah-sekolah Malaysia yang mengutamakan
aspek berkaitan dengan pengajaran, pembelajaran, kepentingan dan kebajikan
murid. Shafinaz (2016), Noorshazrina Faustine et al. (2015) Ghavifekr et.al (2015),
Ali (2015), Irdayanti dan Ramlee (2015), Nik Mustafa et al. (2014), Sharma et
al. (2014), Davarajoo (2014), Jamelaa (2012), Mohd Yusri et al. (2011), Sharma
(2011), Awang (2011), Lim Siew Phay (2009), Ho Yip Leon (2008), Sazali et al.
(2007), Latip Muhammad (2006), Ishak (2004), Shukor (2004), Shahril (2000),
Renihan (2000), Razali (1996) dan Azmi (1996) merupakan antara sarjana
yang melihat amalan kepimpinan instruksional berdasarkan tiga model yang
telah dibincangkan. Keseluruhan dapatan menunjukkan amalan kepimpinan
instruksional bukan sahaja diamalkan oleh Pengetua dan Guru Besar malah turut
disebar luas kepada Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran.
Hasil penelitian dan cadangan, didapati terdapat beberapa amalan pemimpin

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 7

instruksional di sekolah-sekolah Malaysia yang bergerak seiring dengan
globalisasi iaitu antaranya:

Penyeliaan Berkonsepkan Mentoring: Konsep
mentoring yang difahami dalam penyeliaan PdP
adalah penyeliaan yang berfokus kepada membantu
membangunkan guru. Ia dijalankan secara berterusan
dengan melibatkan kepakaran guru pakar dan guru
cemerlang. Konsep mentoring boleh juga dilaksanakan
secara online dan guru cemerlang yang berada di luar
kawasan atau bukan dari sekolah yang sama. Pergerakan
atau mobilising guru dari satu sekolah ke sekolah yang
lain dapat membantu membimbing guru-guru yang
memerlukan bantuan kepakaran serta perkongsian
pengetahuan. Awang (2011) dalam kajiannya menjelaskan
bahawa pemimpin instruksional yang berkesan adalah
pemimpin yang menggalakkan iklim pembelajaran melalui
konsep mentoring iaitu menekankan aspek perkongsian
pengetahuan oleh pakar melalui latihan yang sesuai secara
dalaman dan luaran untuk meningkatkan pengetahuan
staf.

Kepimpinan Berwawasan: Pemimpin instruksional
yang berwawasan adalah pemimpin yang berupaya
mempengaruhi dan mendorong warga sekolah dan
komuniti untuk sama-sama mencapai matlamat yang
sama dalam jangka masa pendek dan panjang.
Pemimpin instruksional yang berwawasan mempunyai
visi dan hala tuju yang jelas untuk memimpin organisasi
dan pengajaran serta mempunyai keupayaan yang tinggi
untuk menghadapi cabaran.

Iklim PdP dan suasana sekolah yang mesra serta
kondusif: Pemimpin instruksional abad ke-21 adalah
pemimpin yang menjaga iklim sekolah supaya sentiasa
dalam keadaan mesra dan kondusif. Sekolah telah
diceriakan dan menjadi organisasi pembelajaran yang
berkesan bukan sahaja di dalam bilik darjah malah di
luar bilik darjah. Shahril (2000) turut menyokong bahawa
seorang pemimpin instruksional yang berkesan adalah
pemimpin yang bukan sahaja menjaga PdP guru malah
menyediakan dan menyelenggara suatu iklim yang

8 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

kondusif di sekolah (iklim sekolah). Iklim yang positif ini
turut mempengaruhi kehadiran murid ke sekolah dan
kejelekitan guru-guru. Suffean (2014) turut bersetuju
bahawa pemimpin instruksional perlu mewujudkan
persekitaran yang kondusif dan iklim pengajaran dan
pembelajaran. Jamelaa (2012) dalam kajiannya mendapati
bukan sahaja iklim sekolah kondusif yang diperlukan malah
kecemerlangan murid turut disumbangkan oleh pemimpin
instruksional yang dapat mewujudkan suasana sekolah
yang mesra dan saling membantu dengan melibatkan
PIBG dan komuniti.

Kemahiran humanistik: Fullan (2007), menekankan
bahawa kemahiran humanistik sangat berkait rapat
dengan moral imperatif iaitu pemimpin yang mempunyai
kemahiran berkomunikasi, selesa, empati, membuat
keputusan, pengaruh, pengurusan masa, pengurusan diri
dan komitmen. Tambahan lagi pemimpin instruksional pada
abad ini berupaya menonjolkan kemahiran interpersonal
dan intrapersonal. Kemahiran humanistik seperti elemen
kecerdasan emosi merupakan elemen yang disarankan
oleh Shafinaz et al. (2017) kerana kecerdasan emosi
pemimpin sekolah merupakan pelengkap dan pemangkin
dalam membangunkan manusia (warga sekolah)
yang sempurna, seterusnya dapat mengekalkan dan
meneruskan kecemerlangannya. Azmi (1996) di peringkat
awal lagi telah mencadangkan bahawa seorang pemimpin
instruksional perlu mempunyai pengetahuan secara tidak
formal dan formal dalam ilmu kepimpinan kemahiran
interpersonal, pemimpin perlu pintar dan sangat inisiatif,
rajin dan menjadi contoh kepada sekolah, proaktif dan
bertanggungjawab serta seorang yang profesional. Ini
diperkukuhkan oleh dapatan kajian Institut Aminuddin
Baki (2017) iaitu sikap positif PGB merupakan elemen
utama yang menentukan kecemerlangan amalan
kepimpinan instruksional PGB di sekolah.

Mengupayakan kepimpinan dalam perkongsian
kepimpinan (Shared leadership): Pemimpin instruksional
pada abad ke-21 bukan lagi pemimpin yang bergerak
solo. PGB yang berkesan akan menggerakkan pemimpin
pertengahan untuk sama-sama menjadi pemimpin
instruksional yang berkesan. Program TS25 adalah
program yang mengupayakan pemimpin pertengahan

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 9

sebagai pemimpin instruksional. Sharma (2012) dalam
kajiannya mendapati amalan terbaik dalam memastikan
pembangunan profesional guru adalah melalui
perkongsian kepimpinan (shared leadership). Suffean
(2014) menjelaskan pembangunan kepimpinan guru juga
merupakan salah satu amalan dalam sekolah berprestasi
tinggi. Ini disokong oleh kenyataan Azmi (1996) bahawa
seorang pemimpin instruksional yang berkesan sentiasa
mengupayakan kepimpinan pertengahan di sekolah.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) / Pembangunan
Profesional Berterusan (PPB) berfokus: Pemimpin
instruksional pada abad ini juga banyak memberi peluang
pembangunan profesionalisme guru melalui LADAP dan
PBB. Pelaksanaan PLC yang berfokus turut menyumbang
banyak kepada penambahbaikan PdP guru secara
berterusan. Ini kerana latihan dan bimbingan dapat diberi
kepada guru sepanjang masa di dalam sekolah dengan
bantuan guru pakar, guru cemerlang dan SiSc+. Amalan
pemimpin instruksional pada abad ini juga selari dengan
pandangan Shahril (2000) iaitu kecemerlangan pemimpin
instruksional adalah dengan menyediakan latihan yang
bersesuaian agar sentiasa dapat membantu dan memberi
dorongan kepada guru, menganjurkan dan meningkatkan
strategi pengajaran guru.

Mereka bentuk skop latihan murid dan mengkoordinasi
program pengajaran mengikut perkembangan murid:
Pemimpin instruksional yang proaktif sentiasa mencari
peluang dan ruang untuk membuat perubahan dan
penambahbaikan berterusan. Amalan PGB pada hari
ini dipermudahkan lagi dengan menjadikan instrumen
SKPMg2 sebagai panduan dalam melaksanakan
pemantauan atau pencerapan bahan PdP dalam skop dan
susun atur, pembentukan unit dan reka bentuk yang sesuai
mengikut aktiviti murid dan memantau perkembangan
murid. Penyusunan skop latihan murid dapat diselarikan
dengan program PdP guru berdasarkan perkembangan
murid. Penggunaan instrumen pentaksiran bilik darjah
(PBD) untuk menilai perkembangan murid dapat
dioptimumkan oleh guru melalui pemantauan secara
konsisten oleh PGB. Shahril (2000) turut menjelaskan
seorang pemimpin instruksional yang berkesan dapat

10 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

menilai pencapaian akademik murid secara tekal dan
mengkoordinasi program pengajaran, serta memberi
penekanan kepada pencapaian akademik.

Perubahan yang Berterusan: Amalan kepimpinan
instruksional PGB pada abad ke 21 dilihat sebagai
kepimpinan yang mempunyai kesan positif terhadap
penyediaan guru-guru ke arah melaksanakan perubahan
sama ada dalam aspek kurikulum mahupun kokurikulum
(Jainabee dan Jamelaa, 2011). Mohd Yusof et.al (2012)
dengan jelasnya menyatakan bahawa pemimpin
instruksional hari ini bijak mengurus sekolah memandang-
kan iklim sekolah semasa dipertanggungjawabkan
oleh pengetua untuk melahirkan pelajar yang berjaya
manakala guru adalah barisan pelaksana pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini turut disokong oleh pendapat
beberapa penyelidik seperti Crum dan Sherman (2008);
White-Smith dan White (2009). Sehubungan dengan
itu, pemimpin instruksional perlu memahami cara untuk
memupuk kesediaan, kepercayaan, sikap dan niat yang
positif warga sekolah untuk membuat penambahbaikan
secara berterusan supaya warga sekolah akan lebih
komited terhadap perubahan yang dilaksanakan.

Sekolah sebagai Pusat Inkuiri: Pemimpin instruksional
yang berkesan pada abad ini berjaya menjadikan
sekolah sebagai pusat inkuiri untuk para guru mencari
jalan bersama-sama dengan pihak pentadbir untuk
membangunkan sekolah (Salina, A. Razak dan Rahmah,
2007). Sekolah juga menjadi pusat rujukan sekolah-
sekolah berhampiran untuk berkongsi ilmu dan kemahiran.
Peranan sekolah juga kadang kala berfungsi sebagai Hub
Digital bagi komuniti setempat, seperti penawaran kursus
digital kepada warga komuniti selain warga sekolah.

Membina hubungan dengan pihak berkepentingan:
Amalan kepimpinan instruksional pada hari ini juga agak
terbuka apabila melibatkan semua pihak berkepentingan
dalam masyarakat untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang positif agar komuniti mengetahui kesan
kepelbagaian hasil pembelajaran aktif. Ini seterusnya
menyumbang kepada kesedaran, kecekapan, dan ekuiti

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 11

budaya dalam semua bidang pembelajaran (Chen,
2017). Justeru, pemimpin instruksional perlu proaktif,
efisien dan dinamik terhadap tuntutan transformasi
pendidikan pada hari ini dengan memberi peluang
kepada pihak berkepentingan dalam atau luar sekolah
sama-sama membangunkan sekolah. Sumbangan pihak
berkepentingan seperti kewangan dan kepakaran dapat
memberi kepuasan kepada guru untuk bekerja dengan lebih
efisien lagi. Ini kerana pihak berkepentingan merupakan
individu yang mempengaruhi faktor-faktor seperti polisi
sekolah, kurikulum, kerjasama dalam kalangan guru
dan penglibatan masyarakat akan turut mempengaruhi
kepuasan kerja guru dengan kecenderungan memberi
impak dua kali ganda atas pencapaian murid dalam
pembelajaran (Marzano, 2003).

Sebagai kesimpulan, amalan pemimpin instruksional mengadaptasi
perubahan dari tahun-tahun seiring dengan transformasi sistem pendidikan yang
sentiasa berkembang. Amalan kepimpinan instruksional turut mengikut peredaran
dan disesuaikan dengan keperluan globalisasi yang semakin kompleks. Oleh
itu, PGB perlu sedar bahawa mereka harus berubah dahulu bagi melaksanakan
transformasi di sekolah dan menunjukkan sokongan terhadap perubahan
ini kerana perubahan ini turut mempengaruhi kepuasan kerja guru. Justeru,
pemimpin instruksional sebagai ajen perubahan mesti menguasai kecekapan
baharu yang diperlukan bagi melaksanakan perubahan tersebut. Proses ini
melibatkan amalan seperti mengetepikan amalan konservatif dan reaktif dalam
masa yang sama menguasai dan mempraktikkan kemahiran baharu agar dapat
membimbing guru dengan cemerlang dan membentuk sekolah yang berkesan.

AMALAN PENYELIAAN YANG BERKESAN

Penyeliaan merupakan domain utama dalam amalan kepimpinan instruksional
selari dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1987 menjelaskan bahawa tanggungjawab
seorang pengetua adalah melakukan pemantauan dan penyeliaan secara langsung
terhadap guru di sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003 pula menjelaskan
pengetua sebagai pemimpin instruksional bertanggungjawab membuat
pemantauan berterusan memastikan guru dapat memanfaat teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang
2 (SKPMg2, 2017) yang diperkenalkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) turut menekankan aspek pemantauan dan penyeliaan pengetua terhadap
pengajaran guru-guru dalam kelas. Hussein (2007) menegaskan bahawa PGB
berperanan utama dalam memastikan penyeliaan dilakukan secara berkesan

12 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

agar dapat menilai kecekapan guru mengajar dan diikuti dengan memberi
bimbingan hasil pencerapan dan perbincangan; memantau perkembangan murid
dalam PdP; memastikan menyemak dan menandatangani buku rekod mengajar
serta menyemak atau memeriksa kerja-kerja murid.

Tujuan utama penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah ke
arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Robiah Sidin (1994)
menjelaskan bahawa penyeliaan sebagai membantu guru meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rahimah (1986) mendefinisikan
‘penyeliaan’ sebagai segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha untuk
memastikan segala tugas dalam satu (1) organisasi berjalan lancar dan
menepati objektifnya. Konsep penyeliaan sebagai satu tingkah laku yang
dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan
kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan
seterusnya mencapai sesuatu matlamat tertentu. Penyeliaan dalam pengajaran
juga bermaksud segala tindakan yang diambil ke atas kakitangan dengan tujuan
melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di sesebuah sekolah.

Rajah 1.6 menjelaskan peranan pemimpin instruksional dalam
melaksanakan aktiviti penyeliaan melibatkan pencerapan, pemantauan dan
penilaian. Setiap aktiviti yang perlu dicatat dalam bentuk log atau jurnal sebagai
eviden atau rujukan kelak, ini kerana penyeliaan adalah fungsi pengurusan
yang penting ke arah penambahbaikan pendidikan pada peringkat instruksional
di sekolah. Menyelia dan menilai kecekapan guru mengajar dan membimbing
mereka melalui pencerapan dan perbincangan merupakan salah satu tugas yang
perlu dilaksanakan oleh PGB di sekolah. Penyeliaan adalah fungsi pengurusan
yang penting ke arah penambahbaikan pendidikan pada peringkat instruksional
di sekolah. Konsep pencerapan dalam bilik darjah adalah untuk membina dan
memajukan perkembangan guru. Amalan pencerapan direka untuk membantu
guru-guru meningkatkan mutu pengajaran, sekali gus meningkatkan prestasi
murid.

Rajah 1.6: Kerangka Konsep Penyeliaan (Shukri Zain, 2011)

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 13

Menurut Glickman et al. (2005), pencerapan adalah fungsi yang saling
melengkapi yang mesti dilaksanakan oleh pemimpin sekolah untuk memastikan
proses PdP dilaksanakan secara efektif. Berikut rajah 1.7 menunjukkan tujuan
pencerapan bilik darjah yang dilakukan terhadap guru:

Membantu perkembangan profesion guru

TUJUAN Membangun potensi pelajar
PENCERAPAN Mencari kekuatan dan kelemahan dalam
pengajaran dan pembelajaran

Membantu membangunkan situasi
pembelajaran yang kondusif

Melatih guru menjadi lebih kreatif

Rajah 1.7: Tujuan Pencerapan (Glickman et al., 2005)

Proses pencerapan yang dijalankan bukanlah bertujuan untuk mencari
kesalahan terhadap pengajaran guru, tetapi merupakan satu proses bagi
membangunkan potensi pengajaran guru. Sebenarnya, fungsi pemimpin sekolah
dalam proses pencerapan adalah melihat sejauh mana proses pengajaran
itu memberi impak positif terhadap penerimaan pelajar, melihat bagaimana
hasil yang diperolehi di akhir pengajaran, melihat apa yang berlaku di dalam
kelas, pemahaman pelajar terhadap kandungan pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan oleh guru, memerhati alat bantu mengajar yang digunakan
bersesuaian atau tidak, melihat sejauh mana kaedah dan teknik yang digunakan
oleh guru itu berkesan atau sebaliknya. Melalui kaedah pencerapan ini dapatlah
membuat kesimpulan mengenai kualiti, kaedah dan strategi yang digunakan
sama ada bersesuaian atau perlu penambahbaikan lagi. Proses pencerapan ini
amat penting dalam membantu dan membangunkan potensi pengajaran guru
agar lebih berkesan dan efektif pada masa-masa akan datang.

Selain membangunkan potensi pengajaran guru, pencerapan juga
bertujuan untuk membantu pembangunan potensi pelajar. Ini kerana, apabila
sesuatu proses pengajaran itu disampaikan dengan penuh berkesan, berkualiti
dan mudah difahami, maka proses pengajaran itu menjadi seronok dan mudah
diterima oleh pelajar. Lantaran itu, ia menjadi satu proses penyaluran maklumat
yang bukan sahaja berkesan malah, memberi kesan positif terhadap pelajar

14 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

untuk diaplikasi dalam kehidupan. Sebagai contoh, apabila guru mengajar
tentang teknik-teknik menggunakan kemudahan teknologi di dalam kelas dengan
menggunakan peralatan yang mencukupi, penerangan yang menarik berserta
contoh-contoh maujud dan terkini kemungkinan pelajar akan lebih memahami
apa yang disampaikan oleh guru sekaligus boleh diaplikasi dalam kehidupan
sebagai satu kemahiran baharu.

Selain itu, pencerapan juga dapat membantu membangunkan pembelajaran
yang lebih kondusif. Persekitaran yang selesa dan sesuai dapat meransang
minat dan penglibatan pelajar untuk belajar. Kepekaan pemimpin sekolah bukan
sahaja tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran semata-mata,
tetapi juga melibatkan keadaan persekitaran fizikal kelas seperti susunan dan
reka bentuk kelas, sumber rujukan, bahan yang digunakan, pencahayaan dan
pengudaraan yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dengan berkesan. Kesemua elemen ini akan mempengaruhi penglibatan
dan minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berjalan. Justeru, apa sahaja yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
pada ketika itu, menjadi tanggungjawab pemimpin sekolah untuk memantau dan
menilai sejauh mana keberkesanannya.

Pencerapan juga bertujuan untuk melatih guru menjadi lebih kreatif. Seorang
guru perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang diajar.
Justeru, pencerapan membantu guru mencari pelbagai kaedah pembelajaran
yang bersesuaian dengan potensi dan pembangunan murid. Melalui pencerapan
guru dapat berfikir dengan lebih kreatif dalam mewujudkan pembelajaran yang
memberansangkan. Ini kerana, perbincangan dua hala antara pemimpin sekolah
dan guru dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran akan
berlaku bagi memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan. Guru akan lebih
kreatif dan berinovasi untuk mencipta kaedah atau teknik-teknik pengajaran yang
berkesan dan mudah difahami. Lantaran itu, pencerapan merupakan salah satu
strategi menilai pengajaran dan pembelajaran guru yang dilakukan oleh pemimpin
sekolah berlandaskan teori dan instrumen yang ditetapkan dan bukan mengikut
perasan atau kemahuan pemimpin sekolah tersebut.

JENIS-JENIS PENYELIAAN

Bagi memastikan proses penambahbaikan dapat dijalankan secara berterusan
PGB boleh melaksanakan pelbagai kaedah penyeliaan. Rajah 1.8 menunjukkan
jenis-jenis penyeliaan yang dapat dilaksanakan oleh pemimpin instruksional
di sekolah bagi memantapkan PdP guru-guru. Antara yang paling kerap
dilaksanakan di sekolah adalah penyeliaan klinikal yang direka bentuk untuk
membaiki perlakuan guru di dalam bilik darjah.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 15

pengajaran dan operasi

Amalan rasional yang direka
bentuk untuk membaiki perlakuan
guru di dalam bilik darjah.
Pra/Penyeliaan/Maklum Balas

Rajah 1.8: Jenis-jenis Penyeliaan

1. Penyeliaan Informal

Penyeliaan informal merupakan satu kaedah penyeliaan yang tidak berstruktur,
kerap atau ringkas. Pemimpin instruksional kerap melaksanakan penyeliaan
informal semasa melaksanakan Management By Walking Around (MBWA) iaitu
penyeliaan persekitaran sekolah dan bilik darjah semasa membuat lawatan
tidak formal di sekeliling sekolah. Dalam penyeliaan informal pemimpin hanya
akan membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian namun teguran
tidak diberikan secara terus kepada guru di dalam kelas. Kebiasaannya hasil
penyeliaan informal akan membawa kepada penyeliaan klinikal yang lebih
formal dengan tujuan untuk mengetahui lebih lanjut PdP guru. Learning walk
merupakan satu kaedah yang kerap dilaksanakan di sekolah di bawah program
TS25. PGB bersama pasukan G4 (Pengetua/Guru Besar, dan 3 Guru Penolong
Kanan) dan G8 (Pengetua/Guru Besar, dan 3 Guru Penolong Kanan dan 4 Ketua
Bidang)) membuat tinjauan ke kelas-kelas secara mengejut tanpa memaklumkan
kepada guru dan hanya melihat satu elemen dalam PdP guru secara berfokus
dari luar kelas. Tujuannya adalah mengumpulkan maklumat PdP guru di dalam
kelas. Tempoh masa pelaksanaan adalah dalam 5 hingga 10 minit sahaja tanpa
mengganggu sesi PdP guru.

16 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

2. Penyeliaan Umum/Pentadbiran
PGB melaksanakan penyeliaan umum atau pentadbiran bagi urusan yang
melibatkan pengoperasian sekolah seperti pengurusan kewangan dan pengurusan
pejabat. Rajah 1.8 di bawah menjelaskan peranan utama PGB di sekolah banyak
tertumpu dalam penyeliaan berkaitan perancangan dan pentadbiran walhal
peranan utama PGB sebagai pemimpin instruksional seharusnya berfokus
penggunaan data dan tindakan susulan untuk penambahbaikan.

Rajah 1.9: Kemahiran PGB di sekolah (PPPM, 2013-2025)
3. Penyeliaan Klinikal
Penyeliaan pengajaran telah wujud sejak lahirnya sistem pelajaran yang meluas.
Perbagai bentuk penyeliaan telah diamalkan, berasaskan andaian-andaian
tertentu. Penyeliaan klinikal yang diutarakan oleh Garman (1982), memusatkan
kepada cara penyeliaan berasaskan satu (1) rangka rujukan untuk menjalankan
penyeliaan dan pendekatan yang berpusat kepada “rawatan” sesuatu yang yang
perlu diperbaiki ataupun mempertingkatkan sesuatu yang sudah baik.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 17

Perkembangan penyeliaan klinikal bermula dalam tahun 1970an, oleh
Cogan (1973) dan Goldhammer (1969) yang memberi idea bahawa pengajaran
guru boleh dipertingkatkan dengan bantuan penyeliaan melalui kegiatan-kegiatan
terancang, iaitu dirancang khusus untuk “merawat” kelemahan-kelemahan dalam
pengajaran guru yang telah dikenalpasti setelah mereka diperhatikan semasa
menjalankan pengajaran mereka. Ia boleh dikatakan sebagai proses pembetulan.
Fokus penyeliaan klinikal adalah kepada teknik pengajaran dan tidak secara
langsung kepada pengurusan sekolah. Titik permulaan proses adalah data yang
konkrit yang didapati melalui pemerhatian semasa guru benar-benar menjalankan
pengajaran dan bukannya teori tentang apa yang sepatutnya dijalankan.

Penyeliaan klinikal adalah satu program khusus yang dirancang dan
berkisar di sekitar perbincangan antara penyelia dan guru berkenaan berasaskan
kepada pemerhatian yang dijalankan dan maklumbalas disampaikan kepada guru
untuk memahami kelemahan ataupun gejala yang boleh diperbaiki. Penyeliaan
ini hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya jika mendapat kerjasama dan
persefahaman antara kedua-dua pihak yang boleh membawa kepada perubahan
positif. Penyeliaan klinikal juga merupakan kaedah pencerapan yang dibuat
berdasarkan prinsip profesional, iaitu dijalankan secara terancang, berjadual dan
guru yang terlibat perlu dimaklumkan terlebih awal tentang butir-butir dan tujuan
pencerapan diadakan.

Proses Penyeliaan Klinikal

Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (2004) menjelaskan terdapat lima langkah
dalam proses proses penyeliaan klinikal iaitu seperti yang dipaparkan dalam
Rajah 1.10.

Langkah 4 - Langkah 5 -
Konferens Pasca Menganalisis
secara kritikal
Pencerapan
terhadap
Langkah 3 - keempat-empat
Membuat analisis langkah terdahulu
dan interpretasi
Langkah 2 - pemerhatian serta
Pemerhatian di
dalam bilik kelas menentukan
pendekatan
konferens

Langkah 1 -
Konferens

Pra
Pencerapan

Rajah 1.10: Proses Penyeliaan (Glickman, Gordon dan Ross-Gordon,2004)

18 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Langkah 1: Konferens Pra Pencerapan
Pada langkah pertama ini, penyelia duduk bersama guru untuk menentukan;

a. Hasil PdP
b. Strategi pengajaran yang digunakan
c. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) diteliti (set induksi, kaedah,

pemeringkatan isi pelajaran, teknik penyoalan masa, ruang bilik kelas
dan sumber)
d. Cadangan penambahbaikan

Langkah 2: Pemerhatian di dalam bilik kelas

a. Fokus kepada tingkah laku guru dan respons murid dalam faktor
konteksual yang membawa kesan kepada PdP

b. Menganggap secara objektif pelajaran yang sedang berlangsung
supaya analisis dapat dibuat dengan tepat

c. Menyelia dan rekod semua maklumat berkait dengan tingkah laku
PdP yang dipersetujui sebelum ini

d. Elakkan ‘intervensi’ (campur tangan) kecuali dalam situasi tertentu

Langkah 3: Membuat analisis dan interpretasi pemerhatian serta menentukan
pendekatan konferens
Perkara yang boleh ditimbulkan:

a. Gaya
b. Penggunaan masa, peralihan, masa yang diperuntukan untuk

perbincangan kumpulan
c. Perjalanan keseluruhan kelas
d. Penggunaan bahan, kejelasan, penuh bermakna, cukup atau tidak
e. Penggunaan audio visual /ICT
f. Tempo: laju / perlahan
g. Adakah memenuhi keperluan pelbagai tahap murid?

Langkah 4: Konferens Pasca Pencerapan

a. Penyelia dan guru yang dicerap menganalisis data dan berbincang
b. Guru yang dicerap diberi maklumat tentang tingkah laku guru dan

respons murid
c. Perbezaan antara hasil pembelajaran yang dirancang dengan apa

yang diperolehi dan dibincang bersama

• Peranan Penyelia (semasa Pasca Pencerapan) adalah menggalakkan
guru yang dicerap buat refleksi, mencungkil pemikirannya, menyerahkan
data yang dikumpul kepada guru yang dicerap tanpa penilaian atau
kritikan, menggalakkan guru yang dicerap memberi cadangan sendiri
untuk mengatasi masalah, membuat rumusan tentang perbincangan yang
diadakan dan membincangkan aspek positif guru yang dicerap

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 19

Langkah 5: Menganalisis secara kritikal terhadap keempat-empat langkah
terdahulu.
Peringkat terakhir merupakan masa untuk meninjau sama ada format dan
prosedur-prosedur yang bermula dari pra konferens sehingga ke pasca konferens
adalah memuaskan atau semakan semula mungkin diperlukan sebelum
mengulangi sesuatu peringkat mengikut urutannya. Penganalisisan secara kritikal
mungkin perlu dilaksanakan pada akhir pasca konferens atau dilakukan satu lagi
konferens secara berasingan selepas beberapa hari. Sesi ini perlu menjadi satu
sesi formal tetapi boleh jadi hanya satu perbincangan ringkas yang mengandungi
persoalan seperti:

a. Apakah perkara-perkara penting yang perlu dimasukkan dalam
perkara yang telah dilaksanakan?

b. Apakah yang kurang penting?
c. Apakah cadangan-cadangan perubahan yang perlu?

Peringkat ini boleh jadi sesuatu yang berbentuk simbolik dan nilai
bertanggungjawab kerana penyelia turut terlibat dalam usaha dalam memperbaiki
diri begitu juga dengan orang yang diselia. Di samping itu, maklum balas daripada
para guru memberi peluang untuk membuat keputusan tentang amalan-amalan
yang boleh diteruskan, disemak semula dan perubahan yang perlu dilakukan
apabila bekerjasama dengan para guru pada masa depan. Penyeliaan klinikal ini
hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila mendapat kerjasama atau timbul
kesefahaman di antara kedua-dua pihak yang boleh mencapai suatu perubahan
positif.

4. Penyeliaan Pandu Kendiri

Penyeliaan pandu kendiri merupakan amalan guru menyelia diri sendiri dan
membina rancangan untuk membangunkan ketrampilan diri. Dalam kaedah
penyeliaan kendiri guru membuat penilaian bagaimana dia menganggap tentang
dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Sebagai contoh penyeliaan
pandu kendiri kerap diamalkan oleh guru-guru apabila melaksanakan penarafan
kendiri SKPMg2. Dalam penarafan kendiri ini guru melihat kemampuan diri dalam
Standard 4 iaitu melihat status quo amalan PdP dan kemudian guru membina
konsep kendiri untuk membuat penambahbaikan. Melalui penyeliaan pandu
kendiri, guru sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan
yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu. Selain itu guru-
guru juga bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima
pendapat dan kritikan orang bersifat mudah berinteraksi dengan orang lain serta
senang didampingi. Penilaian pandu kendiri juga dapat membantu guru-guru
sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.

20 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

5. Penyeliaan Berbeza

Penyeliaan berbeza atau terbeza adalah penyeliaan yang melihat kekuatan
dan kelemahan guru dengan tujuan untuk membimbing guru membuat
penambahbaikan secara berterusan. Konsep guru sebagai insan berbeza
termasuk teknik pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian guru A
sebagai contoh mahir dalam kaedah PdPc di kelas A namun beliau mungkin tidak
dapat mengaplikasi kaedah yang sama bagi kelas B yang muridnya sangat aktif.
Sungguhpun guru ini mendapat skor yang baik semasa penyeliaan di kelas A
bagi elemen 4.4.1 (SKPMg2) namun beliau belum tentu akan mendapat skor
yang baik sekiranya mengaplikasi kaedah yang sama di kelas B. Sehubungan
dengan itu, penyeliaan berbeza melihat keupayaan guru, tahap perkembangan
kognitif, teknikal dan kemahiran professional guru yang membezakan prestasi
dan pengajaran mereka.

6. Penyeliaan Inkuiri

Penyeliaan inkuiri adalah penyeliaan yang bertujuan menyelesaikan masalah
yang wujud semasa sesi PdP. Dalam penyeliaan inkuiri guru dibimbing untuk
mengenal pasti punca masalah dalam PdP dan guru turut dibimbing kaedah
atau teknik menyelesaikan masalah berasaskan penyelidikan tindakan. Menurut
Hopkins (1985), penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri yang mana
penyelidik cuba memahami, memperbaiki dan memperbaharui amalan. Terdapat
empat langkah dalam melaksanakan penyelidikan tindakan iaitu mereflek terhadap
isu, merancang kaedah atau tindakan menyelesaikan masalah, bertindak mencari
kaedah penyelesaian, dan membuat pemerhatian serta penilaian terhadap isu
adakah sudah berjaya diselesaikan (Kemmis & McTaggart, 1988).

7. Penyeliaan Rakan Sejawat

Penyeliaan rakan sejawat adalah berfokuskan kepada amalan kolaborasi
rakan antara guru dan penyelia (rakan sejawat). Penyelia mengambil peranan
sebagai fasilitator apabila guru saling menyokong antara satu sama lain bagi
penambahbaikan pengajaran melalui pencerapan klinikal. Menurut Amin Senin
(2007) dalam bukunya Pembangunan profesional guru, guru memerlukan
maklum balas rakan sejawat bagi memastikan amalan baharu dapat dijadikan
sebagai amalan profesional. Ini kerana melalui sokongan kolaborasi dengan
rakan sejawat dapat memastikan guru-guru melaksanakan amalan-amalan
pengajaran baharu.

Namun demikian terdapat beberapa cabaran dalam penyeliaan rakan
sejawat iaitu antaranya menurut Acheson dan Gall (2004), penyeliaan mungkin
tidak memberikan kesan kepada guru terhadap cadangan dan pertimbangan

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 21

yang diberikan oleh rakan-rakan. Kadangkala wujud juga budaya negatif yang
diamalkan oleh segelintir guru terutama terhadap penerimaan penilaian daripada
rakan sejawat. Selain itu Wilkins et. al. (2009) berpandangan penyeliaan rakan
sejawat hanya berfokuskan kepada amalan pengajaran yang spesifik dan tidak
dapat menyelesaikan cabaran yang lebih kritikal dalam pendidikan umum secara
keseluruhannya. Justeru peranan pemimpin instruksional sangat penting bagi
memastikan penyeliaan rakan sejawat dipantau dan memberi impak positif
kepada pembangunan profesionalisme guru. Guru perlu diberi kefahaman
matlamat konsep kerjasama antara rakan sejawat iaitu menyokong antara satu
sama lain dan bukan bertujuan untuk membuat penilaian.

RUMUSAN

Seorang pemimpin instruksional PGB mempunyai hubungan yang sangat rapat
dengan pengajaran dan pembelajaran. Core busniess utama seorang guru
adalah mengajar dan murid mesti belajar. Justeru, untuk memastikan peranan
guru sentiasa berada di landasan yang betul maka PGB sebagai pemimpin
instruksional harus memainkan peranan sebagai penyelia, pembimbing dan
penilai. Sebuah sekolah yang tercorot boleh bangun jika kepimpinannya bagus
dan sekolah yang cemerlang boleh jatuh kalau ia tidak dipimpin dengan baik. Oleh
yang demikian kepimpinan PGB adalah amat penting dalam PGB membangunkan
profesionalisme guru seterusnya menentukan pencapaian sesebuah sekolah.

Bagi melihat lebih jelas amalan kepimpinan
instruksional pemimpin sekolah disaran merujuk
Lampiran C. Pemimpin sekolah juga boleh membuat
penarafan kendiri melihat sejauh mana amalan
kepimpinan instruksional yang diamalkan di sekolah

22 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

PENARAFAN KENDIRI
STATUS QUO SAYA SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

YANG BERKESAN

(Rujuk Lampiran C m/s 82)

MENTAKRIF DAN MEMBENTUK MATLAMAT SEKOLAH

BIL. ELEMEN SKOR INTERPRETASI

(rujuk AMALAN

lampiran C) KEPIMPINAN

A Merangka dan menjelaskan matlamat sekolah

B Menyampaikan matlamat sekolah

MENGURUS PROGRAM INSTRUKSIONAL

BIL. ELEMEN SKOR INTERPRETASI

C Menyelia dan membuat penilaian (rujuk AMALAN
instruksional lampiran C) KEPIMPINAN

D Menyelaras kurikulum
E Memantau perkembangan murid

MENGGALAKKAN IKLIM PEMBELAJARAN

BIL.

ELEMEN SKOR INTERPRETASI
AMALAN
(rujuk
lampiran KEPIMPINAN

C)

F Melindungi masa pengajaran

G Sentiasa kelihatan (mengekalkan visibility

yang tinggi)

H Menyediakan insentif kepada guru

I Menggalakkan perkembangan professional

J Menyediakan insentif untuk pembelajaran
murid

K Membentuk piawai dan harapan positif

Skor Purata Interpretasi Amalan Kepimpinan

1.0 hingga 1.8 Tidak Pernah
1.9 hingga 2.6 Jarang-Jarang
2.7hingga 3.4 Sederhana Kerap
3.5 hingga 4.2
4.3 hingga 5.0 Kerap
Sangat Kerap

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 23

BAB 2

PEMBANGUNAN PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN,
PEMUDAHCARAAN GURU

PENGENALAN

Pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab utama dalam menyediakan
peluang pembelajaran profesional yang berkualiti tinggi untuk tenaga pengajar.
Pengetua/Guru besar sekolah berusaha menyediakan peluang pembelajaran
yang relevan dan bermakna bagi guru mereka untuk meningkatkan kapasiti
tenaga pengajar dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar. Banyak pihak
telah melihat kepentingan pembangunan profesionalisme guru dan antaranya
adalah seperti Rajah 2.1

Rajah 2.1: Kepentingan Pembangunan Profesionalisme Guru

Kajian Creemers, Kyriakides dan Antoniou (2013) telah mendedahkan bahawa
pembangunan profesional menjadi lebih efektif sekiranya guru memainkan
peranan aktif dalam membina pengetahuan melalui berkolaboratif dengan
rakan sekerja mereka. Di sebaliknya, ada kajian terkini yang mendapati kesan
pembelajaran guru daripada pembangunan profesionalisme guru di Malaysia
hanyalah 1.4% berbanding dengan negara Indonesia sebanyak 13.9% (Aan

24 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Komariah, Taufani C Kurniatun, Dedy A Kurniady, Rita Anggorowati, Ade Gafar
Abdullah, Asep Bayu Dani Nandiyanto, 2018).

Bagaimana Dengan Pandangan Guru Terhadap Pembangunan
Profesionalisme Di Sekolah Mereka?
Kajian Bill dan Melinda Gates Foundation (2014), kebanyakan guru
mengharapkan beberapa perkara daripada pembangunan profesional guru.
Rajah 2.2 menjelaskan pembangunan profesionalisme menurut pandangan guru
adalah latihan pembangunan guru yang bersesuaian dengan kandungan dan
konteks PdP, latihan yang interaktif menggunakan kaedah hands on, latihan yang
diceramahkan oleh seorang yang memahami tugas guru sebenar seperti guru
pakar, dijalankan secara berterusan dan melayan guru sebagai profesional.

Diceramahkan oleh orang
yang memahami tugasan

guru sebenar

Interak�f Berterusan
menggunakan
kaedah hands on

Bersesuaian Melayan guru
dengan sebagai

kandungan profesional
dan konteks

PdPc

Rajah 2.2: Pandangan Guru Terhadap Pembangunan Profesionalisme

Dalam pembangunan profesionalisme, terdapat juga dalam kalangan guru
yang mengharapkan bimbingan terhadap PdP diperolehi pada peringkat awal
sebelum pengajaran mereka.

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan seseorang murid
seperti latar belakang pendidikan ibu bapa, demografi, status ekonomi dan sosial
murid. Namun faktor guru merupakan sesuatu yang lebih dominan dan signifikan
dalam menentukan kemenjadian murid (Jamil dan Said, 2015). Kini golongan
guru menghadapi cabaran baharu apabila Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21)
diperkenalkan. Tanggungjawab guru bukan sahaja sebagai penyebar ilmu, malah
perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam penggunaan teknologi, kemahiran

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 25

berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk mengembangkan potensi murid
secara holistik (Low, Zainuddin & Ruhani, 2016). Oleh yang demikian, guru perlu
menguasai pelbagai kemahiran untuk memenuhi hasrat dan matlamat negara.

Bahagian Pendidikan Guru, KPM telah mengambil langkah yang proaktif
dengan membangunkan SGM sebagai garis panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, organisasi dan institusi pendidikan guru di Malaysia. Tujuan SGM
adalah untuk menggariskan kompetensi profesional yang perlu dicapai oleh
setiap guru dan keperluan yang perlu ditekankan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi mencapai tahap kompetensi yang telah ditetapkan. Penggubalan
SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

• pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal,
adil, dan realistik,

• standard dan keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian
serta penandaarasan, dan

• proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka
dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

Berdasarkan Rajah 2.3, terdapat tiga standard utama yang telah digariskan
sebagai rujukan institusi pendidikan guru, guru-guru dan bakal-bakal guru.
Standard tersebut adalah amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan
dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Standard yang
terkandung dalam dokumen tersebut merupakan aspek penting yang perlu
dikuasai oleh setiap bakal guru dan guru-guru yang sedang berkhidmat. SGM
mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan
Keperluan (K).

Standard 1 dalam SGM adalah mengenai Amalan Nilai Profesional
Keguruan. Nilai profesionalisme keguruan bukan sahaja dinilai melalui proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Malah guru yang profesional adalah guru
yang dapat mengamalkan pelbagai kemahiran profesionalisme yang dipelajari
semasa dalam program ikhtisas pendidikan. Perkembangan sistem pendidikan
dan latihan di Malaysia cenderung ke arah pembangunan sumber manusia yang
mahir dalam bidang sains dan teknologi. Tambahan lagi, guru turut memainkan
peranan sebagai perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai
contoh yang boleh diteladani oleh pelajar. Oleh itu, Standard 1 dalam SGM
merangkumi tiga domain iaitu domain diri, domain profesion dan domain sosial
seperti dalam Rajah 2.4 di bawah. Ketiga-tiga domain yang ditetapkan dalam
Standard 1 SGM ini jelas menerangkan keseimbangan dalam pendidikan yang
perlu ditekankan supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang
mulia.

26 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Rajah 2.3 Komponen Standard Guru Malaysia
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Standard Guru Malaysia

Domain • Merujuk kepada pegangan nilai keguruan yang sedia ada dan patut
Diri ditambah baik supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih efektif
kepada profesion keguruan demi mencapai matlamat sistem pendidikan
negara.

• Nilai yang difokuskan dalam domain tersebut adalah kepercayaan kepada
Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar dan sihat, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela dan efisien.

Domain • Merujuk kepada pegangan nilai yang harus diamalkan secara telus oleh
profesion semua guru dalam menjalankan tugasnya sebagai guru yang profesional.

• Antara nilai yang difokuskan adalah kecintaan terhadap profesion,
berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan,
proaktif, kreatif dan inovatif.

Domain • Mengenai peranan guru sebagai ajen sosialisasi dan penjana modal
sosial insan dalam masyarakat.

• Nilai-nilai yang seharusnya diamalkan oleh guru adalah keharmonian,
kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme, dan kecintaan
kepada alam sekitar.

Rajah 2.4: Tiga Domain dalam Standard 1 SGM

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 27

Standard seterusnya dalam dokumen SGM, iaitu Standard 2 dalam
Rajah 2.5 memperincikan tentang kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman
tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang
perlu ada pada seorang guru. Setiap guru yang mempunyai pengetahuan yang
tinggi dan menguasai ilmu mata pelajaran yang akan diajarkan dengan baik
dan mahir dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas
dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif. Perkara-perkara asas
yang ditetapkan dalam SGM bagi para guru menguasai bidang pengetahuan
adalah seperti yang berikut:

Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras
dalam pelaksanaan PdP

Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil
pembelajaran dan keperluan PdP bagi mata pelajaran yang

diajarkan

Kandungan mata pelajaran yang diajarkan

Kandungan ilmu pendidikan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber

pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

kondusif
Kaedah pentaksiran dan penilaian, penyelidikan tindakan untuk

menambah baik amalan PdP
Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh

dan bersepadu.

Rajah 2.5: Standard 2 Kompetensi Ilmu Pengetahuan Dan Kefahaman

28 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Berdasarkan dokumen SGM, Standard 3 dalam Rajah 2.6 memperincikan
kompetensi kemahiran PdP yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Fokus
standard tersebut mengenai kebolehan guru untuk membuat perancangan,
pelaksanaan dan penilaian PdP kurikulum serta kokurikulum. Kemahiran yang
patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

Kemahiran menyediakan perancangan PdP berdasarkan sukatan
pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,

pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid

Kemahiran melaksanakan PdP dengan menggunakan pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran

berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan

menilai

Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai kebekesanan PdP
bertujuan memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan
pencapaian murid

Kemahiran mengurus bilik darjah, melibatkan pengurusan hubungan
kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai
pembelajaran yang bermakna dan berkesan

Rajah 2.6: Standard 3 Kompetensi Kemahiran PdP
Komponen-komponen SGM dibincangkan merupakan elemen yang
perlu dimantapkan oleh para guru. Banyak kajian telah dijalankan di Malaysia
tentang faktor yang menyumbang terhadap pengajaran guru yang sangat efektif.
Antaranya kajian Khalip dan Hariza (2015) dan Abdul Hamid Mahmood (2013)
dan dapatannya seperti dalam Rajah 2.7.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 29

Dapatan Khalip Musa dan Hariza (2015) dalam kajiannya telah
mengesan amalan-amalan yang menyebabkan guru lebih disukai
dan dihormati oleh para pelajar, iaitu menepati masa masuk ke
kelas, sabar dalam menyampaikan pengajaran,
bertanggungjawab dan tertib serta berkeyakinan tinggi dalam
pengajaran

Abdul Hamid Mahmood (2013) telah mengenal pasti 16 faktor
sebagai amalan yang mewujudkan instruksional berkesan
berdasarkan peranan guru, pentadbir dan para murid sendiri.
Antara faktor tersebut ialah guru yang cemerlang, murid yang
berminat, bahan yang sesuai, alat bantu mengajar yang
sesuai, pedagogi, strategi, kaedah pengajaran yang sesuai,
penetapan objektif dengan matlamat pengajaran, matlamat
dan sasaran pencapaian akademik, kemahiran komunikasi
serta yang terakhir ialah keikhlasan guru dalam melaksanakan
tugas.

Rajah 2.7: Dapatan Kajian Faktor Penyumbang Pengajaran Guru

Dokumen SGM membuktikan Malaysia memang memberi penekanan
tinggi terhadap pembangunan modal insan untuk bina upaya yang merupakan
pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah
agenda utama KPM. Antara langkah yang telah diusahakan oleh KPM termasuklah
memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru,
melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan dan menambahbaik
laluan kerjaya serta kebajikan guru.

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMG2)
STANDARD 4

SKPMg2 merupakan dokumen standard yang dibangunkan oleh Jemaah Nazir
Bagi memastikan PdP guru mantap, satu instrumen penilaian terhadap guru
telah dibina. Instrumen penilaian khusus PdPc guru dilihat melalui Standard 4
dalam Rajah 2.8 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan dalam Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia gelombang kedua (SKPMg2). Standard ini menekankan
kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong,
penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam PdP yang berkesan untuk
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid
pada tahap optimum secara berterusan.

30 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Terdapat enam aspek kritikal yang perlu dicapai dalam Standard 4 SKPMg2,
iaitu:

Aspek 4.1: Guru
sebagai Perancang

APAsesenspbpgeaekagkw4aa.i2lP:4eG.n2ug:rauwsGaelubraugai

SKPMg2 Aspek 4.3: Guru
Standard 4 sebagai Pembimbing

AAAssppeekk4.4: Guru
sebagai Pendorong

Aspek 4.5: Guru
sebagai Penilai

Aspek 4.6: Murid sebagai
Pembelajar Aktif

Rajah 2.8: Eleman Standard 4 SKPMg2

Aspek 4.1: Guru sebagai Perancang

Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan
rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) .

4.1.1 Guru Merancang Pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik.
Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menentukan kaedah
pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai
tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan
masa dan arahan yang berkuat kuasa.

Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan:
a. Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan
aktiviti pembelajaran yang sesuai
b. menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc
c. menyediakan Alat Bantu Mengajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 31

Sejak 2017, KPM telah mencadangkan penggunaan inovasi terkini
iaitu RPH secara dalam talian (eRPH) bagi memudahkan guru menyampai
sesi pengajaran kepada para pelajarnya. Kelebihan eRPH adalah mampu
mengelakkan berlakunya terkeluar topik yang sepatutnya disampaikan kepada
pelajar. Persamaan dari segi topik atau subtopik dan maklumat pembelajaran
dapat diwujudkan. Di samping itu, eRPH juga dapat membudayakan perkongsian
ilmu dalam kalangan pelajar antara sekolah yang berbeza.

Aspek 4.2: Guru sebagai Pengawal

Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan
kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan.

4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang dengan mengelola
isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan
aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan
secara berterusan dalam pdp

Guru mengawal proses pembelajaran dengan:
a. mengelola isi pelajaran/skop pembelajaran yang dirancang
b. mengelola masa PdPc selaras dengan aktiviti pembelajaran
c. memberi peluang kepada penyertaan aktif murid

4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang
dengan mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan
murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan
berterusan.

Guru mengawal suasana pembelajaran dengan:
a. mengawasi komunikasi murid dalam PdPc
b. mengawasi perlakuan murid dalam PdPc
c. menyusun atur kedudukan murid
d. mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

Aspek 4.3: Guru sebagai Pembimbing

Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai
pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.

4.3.1 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang dengan memberi

32 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber
pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain
mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah
dan bersungguh-sungguh.

Guru membimbing murid dengan:
a. memberi tunjuk ajar/ tunjuk cara/ panduan menguasai isi pelajaran/
konsep/ fakta berkaitan pelajaran
b. memberi tunjuk ajar/ tunjuk cara/ panduan menguasai kemahiran
dalam aktiviti pembelajaran
c. memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dalam aktiviti pembelajaran
d. memandu murid menggunakan/ memanfaatkan sumber pendidikan
berkaitan pelajaran
e. mengabung/ merentas/ mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk/ unit/
tema/ nilai/ kemahiran/ mata pelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran.

Aspek 4.4: Guru Sebagai Pendorong

Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam
pembelajaran.

4.4.1 Guru mendorong minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran
secara terancang dengan merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif,
mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk
murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta
memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif
pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan.
Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan:

a. merangsang murid berkomunikasi
b. merangsang murid berkolaboratif
c. mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan

kreatif
d. mengajukan soalan/ mewujudkan situasi yang menjurus ke arah

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
e. mewujudkan peluang untuk murid memimpin
f. menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
g. menggalakkan murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran

secara kendiri.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 33

Aspek 4.5: Guru Sebagai Penilai

Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid.

4.5.1 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang dengan
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan
pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan
objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat
kuasa, secara menyeluruh dan berterusan.

Guru melaksanakan penilaian dengan:
a. menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc
b. menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam PdPc
c. memberi latihan/tugasan berkaitan pelajaran
d. membuat refleksi PdPc
e. menyemak/menilai hasil kerja/gerak kerja/latihan/tugasan

Aspek 4.6: Murid Sebagai Pembelajar Aktif

Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan
kemahiran serta mengamalkan nilai positif

4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan dengan
memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif,
berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah
dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran,
secara aktif, yakin dan berhemah.

Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran dengan:
a. memberi respons berkaitan isi pelajaran
b. berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
c. melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif
d. memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif
berkaitan isi pelajaran
e. mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
f. mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/ isu lokal/ isu global
g. membuat keputusan/ menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti
pembelajaran

34 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN GURU (PPB)

Kesemua enam aspek dalam Standard 4 SKPMg2 sebenarnya memandu guru ke
arah proses kerja yang betul dalam meningkatkan akauntabiliti serta sebagai alat
pengukuran kualiti PdP guru melalui pemantauan berterusan pemimpin sekolah.
Walaupun para guru memperolehi latihan pengajaran, bimbingan pemimpin
sekolah terhadap PdP guru sentiasa perlu diberi bagi menghadapi perubahan
edaran masa kini. Menurut Teemant et. al (2011), pembangunan profesionalisme
guru yang efektif amat diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan PdP guru
yang mengendalikan pelajar yang pelbagai.

Pembangunan Profesionalisme yang berterusan untuk guru merupakan
agenda utama KPM kerana golongan pendidik yang berkualiti adalah nadi
kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara yang mempunyai
kaitan secara langsung dengan keberhasilan murid. Harapan pada para guru
pula perlulah secara berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan melengkapkan
diri dengan ciri-ciri pendidik profesional abad ke-21 bagi memastikan mereka
kekal relevan dan efektif dalam ekosistem pendidikan dinamik, mencabar dan
sentiasa menuntut keberhasilan murid yang holistik serta menepati kualiti global
(Kata Aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam Dokumen Awal Pelan
Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan, 2016).

Fokus pembangunan profesionalisme berterusan bagi setiap fasa
digambarkan dalam Rajah 2.5 di bawah. PPB bukan untuk golongan guru sahaja
malah diutamakan kepada kumpulan pemimpin sekolah. Peringkat permulaan
untuk guru novis, PPB berfokuskan tentang aplikasi praktikal, menterjemahkan
dasar berkaitan PdP dan menghubungkaitkan teori dengan amalan PdP. Matlamat
fasa ini adalah untuk membangunkan kompetensi sehingga mencapai tahap
kepakaran dalam bidang PdP dan kepimpinan pendidikan. Dalam fasa ini, guru
mengikuti pelbagai PPB yang berfokus kepada memperluas, mendalami dan
mengukuhkan kepakaran amalan PdP manakala PPB bagi pemimpin sekolah,
berfokus kepada membangunkan dan memperkasakan kemahiran kepimpinan
instruksional serta kepimpinan transformasi. Guru dan pemimpin sekolah yang
mengikuti PPB diharap dapat melaksanakan inovasi berdasarkan bidang tugas
masing-masing.

Setelah layak menjadi pemimpin sekolah, PPB yang difokuskan adalah
tentang pembinaan kapasiti dan kepakaran mereka untuk menerajui perubahan
sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Oleh kerana PPB merupakan satu proses
untuk memperoleh pengalaman pembelajaran melalui penglibatan guru sama ada
secara formal atau tidak formal sepanjang kerjaya mereka, terdapat beberapa
aktiviti keilmuan yang disediakan oleh KPM (splkpm.moe.gov.my) seperti dalam

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 35

Rajah 2.9 dan Rajah 2.10. Antara aktiviti yang disediakan adalah Kursus, portal
e-guru, penyelidikan, aktiviti PPB lain, peningkatan akdemik, inovasi, bengkel,
lawatan penandaaras, coaching dan mentoring, ulasan buku, Professional
Learning Community (PLC), penulisan, pengkaryaan dan wacana ilmu.

Rajah 2.9: Perubahan Fasa PPB antara Guru dan Pemimpin Sekolah
Sumber: KPM (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

36 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Wacana Ilmu
Wacana ilmu merujuk seminar, kolokium, simposium, persidangan, forum dan sesi
dialog yang membincangkan isu dan perkembangan semasa pendidikan. Aktiviti ini
boleh diikuti pada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Pelibatan sama

ada sebagai peserta, pembentang kertas atau ahli panel untuk perkongsian
kepakaran/pengalaman/ amalan terbaik akan memberikan perspektif yang lebih meluas

atau perspektif baharu dalam bidang pendidikan.

Penyelidikan
Penyelidikan adalah aktiviti untuk mendapatkan data dan maklumat sebagai asas bagi
meningkatkan kefahaman tentang sesuatu isu/amalan/masalah bagi mencari alternatif
penyelesaian terbaik. Pelibatan dalam aktiviti penyelidikan, seperti kajian tindakan akan
meningkatkan keupayaan untuk menganalisis secara kritis berasaskan data. Contohnya,

guru-guru digalakkan menjalankan kajian tindakan berasaskan bilik darjah untuk
meningkatkan amalan PdP dan menyelesaikan masalah pembelajaran murid.

Penulisan dan Pengkaryaan
Penulisan dan pengkaryaan adalah aktiviti merekodkan secara bertulis pengalaman,
amalan terbaik, kepakaran, idea baharu, inovasi, hasil penyelidikan dan sebagainya

sama ada dalam bentuk buku, jurnal atau artikel dalam terbitan berkala. Proses
penulisan melibatkan aktiviti membaca, memahami dan menganalisis literatur
profesional. Aktiviti ini dapat menjana keupayaan berkarya secara ilmiah dan kreatif.

Lawatan Penandaarasan
Lawatan penanda aras adalah aktiviti penanda arasan ke organisasi yang dikenal pasti

melaksanakan amalan terbaik berkaitan pelbagai perkara yang relevan untuk
penambahbaikan prestasi organisasi. Aktiviti ini perlu dirancang secara strategik dan
berfokus. Matlamat akhir lawatan adalah untuk mengetahui pengalaman dan kejayaan
pihak lain melaksanakan sesuatu program. Dapatan daripada lawatan dijadikan asas
untuk melaksanakan tindakan susulan peringkat organisasi. Laporan tindakan susulan

berfokus kepada apa-apa yang dipelajari dan tindakan penambahbaikan pada
peringkat individu dan organisasi perlu disediakan

Ulasan Buku
Ulasan buku adalah proses mendapat idea utama kandungan dan membuat
sinopsis secara bertulis. Penilaian dan kritikan juga digalakkan dalam proses
membuat ulasan. Pelibatan dalam aktiviti ini akan meningkatkan pemahaman
dan keilmuan tentang sesuatu bidang dan dikongsi dengan rakan setugas

melalui pembentangan atau penulisan.

Inovasi
Inovasi adalah penghasilan sesuatu yang baharu atau menambah nilai kepada

sesuatu yang sedia ada. Inovasi merangkumi idea, prosedur kerja, sistem,
kaedah, teknologi dan seumpamanya yang merupakan hasil cetusan pemikiran

yang kreatif dan inovatif. Inovasi berterusan akan dapat meningkatkan daya
kreativiti dan kualiti diri serta meningkatkan daya saing organisasi.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 37

Coaching & Mentoring
Coaching and Mentoring adalah proses bimbingan berterusan yang melibatkan
interaksi dan pembelajaran dua hala antara pembimbing dengan yang dibimbing
berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab. Interaksi ini memudahkan pemahaman,
pembelajaran dan perkembangan profesional. Melalui hubungan berterusan, potensi
dan bantuan peningkatan prestasi dikenal pasti secara strategik dan lebih berfokus.

Bengkel
Bengkel merujuk kepada sesi kolaboratif yang melibatkan perbincangan

dan perkongsian idea bagi menyelesaikan isu atau masalah berkaitan
dengan tugas dan tanggungjawab. Melalui aktiviti ini kemahiran komunikasi,

menganalisis dan merumuskan hasil perbincangan dapat ditingkatkan.

Peningkatan akademik
Program peningkatan akademik merujuk kepada peringkat diploma
lanjutan, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah secara sepenuh
masa atau sambilan sama ada di dalam atau di luar negara. Program
ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi yang mendapat pengiktirafan
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA). Program peningkatan akademik akan meningkatkan pengetahuan
dan mendalami bidang ilmu yang berkaitan dan perkembangan terkini

bidang berkenaan.

Aktiviti PPB lain
Pelbagai aktiviti PPB menyumbang kepada pembangunan profesionalisme
berterusan, seperti program sandaran di organisasi lain, job shadowing, dan

aktiviti kesukarelaan.

Kursus
Kursus adalah aktiviti yang bersifat formal dan berstruktur yang melibatkan
penggunaan modul tertentu. Kebanyakan kursus ini dilaksanakan secara

berpusat dan bersemuka. Ada yang dilaksanakan secara dalam talian
berdasarkan keperluan dan kesesuaian.

Rajah 2.10: Jenis-Jenis Aktiviti PPB
Sumber: KPM (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025

38 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

RUMUSAN

KPM sentiasa berusaha mengupayakan guru dan pemimpin pendidikan untuk
membangunkan kompetensi dan kepakaran mereka agar dapat melaksanakan
amanah sebagai penggerak utama transformasi pendidikan. Oleh itu, warga
pendidik harus menyedari kepentingan pembangunan profesional guru yang
memberikan impak terhadap keberhasilan murid yang akan menyumbang kepada
kemajuan negara. Menurut Zepeda (2016), pemimpin sekolah memainkan
peranan dalam instructional coaching bersama pentadbir lain di sekolah melalui:

i) membantu guru menentukan objektif pembangunan profesional untuk
membaiki amalan bilik darjah;

ii) memberi kuasa kepada guru untuk membina rancangan pembelajaran
kendiri;

iii) bekerja dengan guru sambil memantau keberhasilan dalam amalan
bilik darjah;

iv) menggunakan sistem sokongan seperti peer coaching, kajian
tindakan, digital tools dan lain-lain proses yang memberi peluang
pembangunan bagi guru

Justeru itu, Pengetua atau Guru Besar yang kompeten seharusnya dapat
mengurus pembelajaran, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dan membimbing guru bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

Bagi melihat lebih jelas elemen-elemen pembangunan
guru, pembaca disaran merujuk Lampiran B.
Pemimpin sekolah dan guru-guru boleh membuat
penarafan kendiri melihat elemen pembangunan
guru.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING 39

BAB 3

INSTRUCTIONAL COACHING

PENGENALAN

Instructional coaching merupakan satu kaedah untuk melatih guru agar menjadi
lebih mahir (Jones.G, 2018). Ia boleh dilaksanakan dengan sesi bimbingan antara
pemimpin sekolah dengan guru atau guru dengan rakan guru. Pembimbing
juga merupakan seorang pemimpin yang menjadi sumber dalam menyediakan
sokongan pengajaran, pengumpulan sumber dan menjayakan pembangunan
profesionalisme guru yang disasarkan. Matlamat dalam instructional coaching
adalah memastikan kejayaan maksimum yang akan diperoleh oleh guru. Justeru
matlamat utama instructional coaching adalah untuk membantu guru-guru
mempelajari dan mengadaptasi amalan pengajaran yang terkini. Selain ia juga
merupakan satu ruangan untuk membantu guru-guru memberi maklum balas
terhadap penambahbaikan PdP.

Menurut Knight (2007), Jacobs, J., Boardman, A.,
instructional coaching Potvin, A. and Wang, C.
sebagai memberikan (2018), mendalami amalan
sokongan dan insentif yang instructional coaching dan
berbeza kepada setiap melihat perkaitan rapat
guru supaya mereka dapat dengan pembangunan
melaksanakan amalan profesional guru secara
terbaik dan berkesan dalam
dalaman di sekolah
bilik darjah. yang secara langsung
dapat memperkukuhkan
pengajaran guru agar
menjadi lebih berkesan.

40 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PEMANGKIN PEMBANGUNAN GURU MELALUI INSTRUCTIONAL COACHING

Rajah 3.1: Kesan Instructional Coaching Terhadap Pembangunan Guru
*IV-Independent Variable; DV-Dependent variable

Rajah 3.1 menunjukkan sekiranya Spoken Public School (2010),
mengaplikasi sepenuhnya Instructional
pemimpin sekolah iaitu pemimpin Coaching di sekolah-sekolah dalam
daerah dan melibatkan peranan
instruksional melaksanakan pentadbir sekolah, pemimpin
instructional coaching ia telah pertengahan, guru dan pegawai
akademik daerah. Pelaksanaan
terbukti memberi kesan terhadap telah menunjukkan hasil yang telah
menyumbang kepada:
pembangunan guru.
i. peningkatan secara konsisten
Dapatan menjelaskan terdapat kesan di daerah dalam bacaan,
penulisan, matematik dan
secara langsung (β=0.390 ; 30.8%) sains,
kepimpinan instruksional terhadap
ii. peningkatan jumlah kelulusan
pembangunan guru dan kesan pelajar menengah atas

secara tidak langsung (β=0.165 ; iii. hubungan yang jelas
36.7%) kepimpinan instruksional dan spesifik antara Data
terhadap pembangunan guru melalui Pencapaian Murid, Pelan
instructional coaching. Pembangunan Sekolah dan
Pelan Strategik Daerah
Dapatan ini selari dengan kajian
oleh IAB (2019) iaitu Instructional iv. galakan penyertaan murid
coaching terbukti merupakan satu dalam semua program
kaedah yang memastikan semua kepelbagaian etnik, jantina
guru terlibat secara langsung dalam dan status sosio-ekonomi
mempertingkat kemahiran pengajaran
dan pembelajaran atau dengan kata Ini menunjukkan bahawa
lain tiada guru yang akan tercicir instructional coaching terbukti memberi
dari meningkatkan diri dalam bidang kesan terhadap pembangunan guru.
professional.


Click to View FlipBook Version