The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN 2021-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisa_husain, 2021-06-17 02:15:22

OACP JPS 2021-2025

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN 2021-2025

Keywords: OACP JPS

Hak Cipta Terpelihara
@ Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga, sama ada secara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Unit Integriti, Jabatan
Pengairan dan Saliran Malaysia terlebih dahulu.

Diterbitkan Oleh: Dicetak Oleh:

Unit Integriti Amer Creative
Aras 3, Ibu Pejabat, No. 2, Jalan Tukas 18/34,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Seksyen 18,
Kementerian Alam Sekitar dan Air, 40200 Shah Alam,
Jalan Sultan Salahuddin, Selangor
50626 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 017-5103243
No. Tel: 603-26161400 Email: [email protected]
Email: [email protected]
Laman Web: www.water.gov.my

OACP JPS 2021 – 2025 1



, meningkatkan lagi integriti jabatan sebagai
sebuah organisasi yang kukuh dengan ciri-ciri
Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana moral, etika, nilai-nilai keagamaan dan
dengan Izin-Nya maka penyediaan Pelan Anti kerohanian yang utuh serta ditunjangi oleh
Rasuah Organisasi (OACP) JPS ini dapat budi pekerti yang luhur.
disempurnakan. Terima kasih diucapkan
kepada warga JPS yang terlibat dalam Sehubungan itu, saya ingin menyeru agar
penghasilan pelan OACP ini. semua warga JPS supaya lebih proaktif dan
komited dalam menjayakan agenda pelan ini.
Penyediaan pelan OACP ini adalah selaras Saya juga berkeyakinan bahawa dengan
dengan hala tuju dan kehendak Kerajaan usaha gigih seluruh warga JPS dalam
sebagaimana dinyatakan dalam Pelan Anti melaksanakan strategi-strategi yang
Rasuah Nasional (NACP) untuk menjadikan digariskan dalam OACP ini, agenda untuk
Malaysia negara bebas rasuah. Ianya adalah menjadikan JPS sebagai institusi yang
bukti komitmen dan seterusnya menjadi mendukung agenda integriti dapat
rujukan kepada seluruh warga JPS dalam direalisasikan.
menangani gejala rasuah dan salahguna
kuasa. Saya percaya OACP JPS ini akan dapat Ketua Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

OACP JPS 2021 – 2025 3



Dato’ Ir. Haji Nor Hisham Bin Mohd Ghazali

Ketua Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

4 OACP JPS 2021 – 2025

YBhg. Dato’ Ir. Haji Nor Hisham Bin
Mohd Ghazali
Ketua Pengarah

YBhg. Dato’ Ir. Mohd Azmi Bin Ismail
Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes

YBrs. Ir. Haji Nishad Mohamed Bin Haji C.J
Mohd Shaffy
Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar

YBrs. Ir. Haji Azmi Bin Ibrahim
Pengarah Kanan Sektor Pengurusan

(Mandat bagi perlaksanaan OACP agensi)

Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) – Strategi 2:
Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian
Perkhidmatan Awam.
Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018,
Siri 2 No. 1 Tahun 2019 – Pelaksanaan Pelan Anti-
Rasuah Nasional – Perkara 6 (Pengurusan OACP)
Perkara 5 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu Memerangi Rasuah (United
Nation Convention Against Corruption – UNCAC)

6 OACP JPS 2021 – 2025

PERUTUSAN KETUA PENGARAH 3
6
PUNCA KUASA 10
12
BAB 1 PENGENALAN • Latar Belakang 13
• Fungsi dan Peranan JPS
• Visi, Misi, Slogan dan Nilai Korporat 16
17
BAB 2 ISU DAN CABARAN • Senario Rasuah dan Salahlaku Integriti di JPS
• Isu Utama yang dihadapi oleh JPS dalam 19
20
Memerangi Rasuah 21
• Analisa Persekitaran dan Penilaian Risiko
• Sektor Yang Cenderung Kepada Rasuah 24
• Bidang-Bidang Berisiko 25
27
BAB 3 MEMPERKASAKAN • Keperluan Kerangka OACP
USAHA • Kerangka OACP JPS 28
BAB 4 PENCEGAHAN • Analisa Punca Rasuah dan Salahlaku Integriti di 53
BAB 5 RASUAH 55
JPS 59
TADBIR URUS • Bidang Keutamaan & Strategi 1-7 60
OACP
• Mekanisme Pelaksanaan dan Pemantauan
KESIMPULAN Mekanisme Penyelarasan dan Penilaian

• Kesimpulan
• Penghargaan



BAB 1:

PENGENALAN

LATAR BELAKANG

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dengan jabatan adalah dipertanggungjawabkan
yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Parit dan sepenuhnya berkaitan pengurusan parit dan tali air
Talir Air (JPT) telah ditubuhkan pada tahun 1932. di seluruh negara.
Sebelum pembentukan JPT pada tahun 1932,
semua kerja yang berkaitan dengan parit dan tali Selepas tahun 1957, terdapat peningkatan di
air dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Pada dalam pembangunan dan kemudahan pengairan
akhir tahun dua puluhan, berlaku kemerosotan yang meningkat daripada 205,000 hektar (3,000
industri timah dan getah dan keperluan beras pada hektar dengan kemudahan penanaman dua kali
masa itu juga semakin kritikal. Pada tahun 1930, setahun) kepada 332,000 hektar (249,000 hektar
Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu melantik dengan kemudahan penanaman dua kali
Jawatankuasa Penanaman Padi untuk menentukan setahun).
"langkah terbaik yang perlu diambil bagi
menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu". Kawasan yang disediakan dengan kemudahan
saliran, juga telah bertambah daripada 142,000
Berikutan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang
Jabatan Parit dan Tali Air Negeri diperluaskan lagi sama.
di Sabah dan Sarawak dan ini menambahkan lagi
kepada tiga belas Jabatan di peringkat negeri

10 OACP JPS 2021 – 2025

Pada tahun 1970/71, berlaku kejadian banjir besar Kini, JPS telah diletakkan di bawah Kementerian
di beberapa tempat di bahagian barat Malaysia dan
pihak kerajaan telah mengisytiharkan darurat Alam Sekitar dan Air (KASA). Selama ini JPS telah
bencana pada 5 Januari 1971. Berikutan kejadian
tersebut, Pada tahun 1972, Bahagian Tebatan memikul tanggungjawab yang besar dalam sistem
Banjir telah ditubuhkan dan seterusnya pada tahun
1986, Kejuruteraan Pinggir Laut telah diwujudkan saliran negara dan tugas-tugas utama JPS
dan menjadi satu lagi fungsi tambahan JPT.
merangkumi :
Hasil daripada penubuhan Kejuruteraan Pinggir • Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon
Laut, satu Persidangan Pengurusan Sungai
diadakan pada tahun 1988. Dengan penambahan Pantai
skop dan fungsi, Jabatan secara rasminya telah • Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
bertukar nama dari JPT menjadi Jabatan Pengairan • Projek Khas
dan Saliran (JPS) pada 15 Mac 1989. Pada tahun • Pengurusan Banjir
1990, satu perbincangan oleh Jawatankuasa • Saliran Mesra Alam
Tindakan dan Pengurusan Khas telah membawa
kepada penubuhan Bahagian Kejuruteraan Sungai.

Sepanjang penubuhan, JPS telah bertukar
Kementerian dari Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani ke Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar dan juga ke Kementerian Air, Tanah
dan Sumber Asli (KATS).

OACP JPS 2021 – 2025 11

FUNGSI DAN PERANAN JPS

Peranan utama JPS dalam menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan,
rekabentuk dan pelaksaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran
mesra alam serta sumber air dan hidrologi sebagaimana fungsi – fungsi berikut:

1. Pelaksanaan perancangan dan pembangunan sistem ramalan banjir dan kemarau, pengurusan data
dan maklumat hidrologi dan penilaian serta pengurusan sumber air.

2. Pengurusan perancangan dan pengurusan lembangan sungai.
3. Meningkatkan perancangan dan pembangunan infrastruktur serta pengurusan air untuk tanaman dan

keperluan pertanian yang lain.
4. Pembangunan perancangan dan pengurusan program tebatan banjir.
5. Pelaksanaan pembangunan dan pengurusan zon pantai untuk mengurangkan hakisan pantai serta

masalah mendapan di muara sungai.
6. Menguruskan dan mengawal selia pelaksanaan program pengurusan air hujan di kawasan bandar.

12 OACP JPS 2021 – 2025

VISI, MISI, SLOGAN DAN NILAI KORPORAT

Melindungi dan Mengurus Sumber Air Integriti
untuk Kelestarian Ekonomi, Alam Sekitar Akauntabiliti
Profesionalisme
dan Kualiti Hidup

Peneraju Perkhidmatan Kejuruteraan
Sumber Air Bagi Memacu Pembangunan

Ekonomi Negara

Jayakan Perkhidmatan Sempurna



BAB 2:

ISU DAN CABARAN

SENARIO RASUAH DAN SALAHLAKU INTEGRITI DI JPS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lain-lain. Walaupun jumlah ini adalah kecil
(SPRM) merekodkan sebanyak 165 aduan yang berbanding dengan jumlah keseluruhan warga
diterima mengaitkan warga JPS bagi kesalahan- JPS, namun Jabatan perlu mengambil langkah
kesalahan menerima/memberi rasuah, membuat pencegahan yang lebih proaktif bagi membendung
tuntutan palsu dan salahguna kuasa bagi tempoh gejala ini dari berulang dan seterusnya menjadikan
2015 sehingga 2019. Berdasarkan statistik aduan organisasi ini sifar rasuah dan kesalahan integriti.
rasuah terhadap JPS yang diterima oleh SPRM Melalui kajian dari kes rasuah dan kes tatatertib
bagi tempoh lima tahun yang lalu (2015-2019), sepanjang lima (5) tahun, antara punca berlakunya
sektor Perolehan Awam dikenal pasti sebagai kes rasuah dan kesalahan integriti, adalah
sektor yang paling berisiko sehingga menyumbang disebabkan tadbir urus yang lemah dalam bidang
kepada 68% aduan dan tangkapan. Seterusnya perolehan, pembangunan dan pengurusan projek
disusuli oleh Sektor Pembangunan Projek iaitu 18% serta pentadbiran dan kewangan.
dan sektor Tadbir Urus dan Kewangan pula 14%.

Selain itu, seramai 26 warga JPS telah dikenakan
tindakan tatatertib bagi tahun 2015 sehingga 2019.
Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan
adalah, pelanggaran kepada pekeliling
perbendaharaan, pelanggaran prosedur kewangan,
memalsukan dokumen, rasuah, salahguna kuasa,
tidak hadir bertugas, penyalahgunaan dadah dan

16 OACP JPS 2021 – 2025

ISU UTAMA YANG DIHADAPI
OLEH JPS DALAM MEMERANGI RASUAH

Kelemahan Penghayatan Nilai-Nilai Murni dan Kod Etika
Jabatan

Penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi
dan negara. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam
merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika organisasi. Melalui statistik aduan yang diterima,
didapati terdapat segelintir warga Jabatan yang tidak menjadikan nilai murni dan kod etika jabatan
sebagai keutamaan semasa menjalankan tanggunggjawab sebagai warga kerja jabatan. Kelemahan ini
akan menyebabkan warga Jabatan tidak mempunyai benteng pertahanan diri yang boleh mengawal
mereka dari melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi perundangan dan peraturan Jabatan.

Kelemahan Kawalan Dalaman

Pemantapan sistem kawalan dalaman sangat penting bagi memastikan setiap warganya dapat
menjalankan tugas dengan sempurna dan penuh berintegriti. Tindakan punitif terhadap pegawai yang
melanggar undang-undang dan integriti juga perlu dilaksanakan segera dan menyeluruh bagi memberi
kesedaran kepada warga yang lain. Namun, hasrat ini sukar untuk direalisasikan kerana jumlah pegawai
di Unit Integriti yang mengendalikan fungsi pematuhan, pengesanan dan pengesahan terhadap
salahlaku pegawai sangat kecil berbanding keseluruhan warga Jabatan. Selain itu wujud kelemahan dan
kekurangan dari segi teknologi bagi memantau aktiviti pegawai seperti penggunaan CCTV di semua
pejabat JPS seluruh negara.

OACP JPS 2021 – 2025 17

Tahap Pematuhan Undang-Undang dan Prosedur Yang Rendah

Pekeliling dan prosedur jabatan perlu digubal semula untuk dijadikan sumber rujukan dalam memberikan
perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti kepada pelanggan dalaman dan luaran serta pihak yang
berkepentingan. Proses kerja yang kurang merujuk kepada pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa
serta kecenderungan untuk mentafsir sendiri berdasarkan amalan, akan memberi impak yang kurang
baik kepada warga dan jabatan.

Kesukaran Mengesan Perlakuan Rasuah, Penyelewengan dan Penyalahgunaan Kuasa

Kecanggihan sistem dan teknologi terkini adalah antara punca berlakunya perlakuan pemberian dan
penerimaan rasuah dalam kalangan penjawat awam. Penggunaan sistem dan teknologi ini amat
berkesan dalam mengaburi mata Pengurusan Atasan Jabatan untuk mengesan, mencegah sekaligus
mengenakan tindakan tegas (punitif) kepada warga Jabatan yang terbabit melainkan warga Jabatan
menyuburkan sifat dan budaya jati diri dalam membenci rasuah.

Hukuman Yang Kurang Tegas dan Tidak Konsisten

Hukuman yang dikenakan kepada pegawai yang didapati bersalah berkemungkinan kurang tegas dan
tidak konsisten berdasarkan faktor kekurangan pembuktian dan pengaruh pihak yang berkepentingan.
Akibat daripada hukuman yang kurang tegas dan tidak konsisten, ianya gagal memberi kesan dalam
membendung kesalahan tatakelakuan dan rasuah di kalangan warga Jabatan.

18 OACP JPS 2021 – 2025

ANALISA PERSEKITARAN DAN PENILAIAN RISIKO

Melalui pelaksanaan pembangunan OACP JPS, pelbagai data telah diperolehi sepanjang proses penilaian
risiko bagi menentukan bidang-bidang yang perlu diberi tumpuan oleh Jabatan dalam tempoh 5 tahun ke
hadapan. Data-data berkenaan berbentuk statistik, laporan, kajian dan maklumat daripada agensi yang
berkaitan seperti berikut:

 Maklumat yang diperolehi daripada agensi-agensi utama seperti data dan statistik aduan rasuah
daripada SPRM bagi tempoh 2015 – 2019, data analisa aduan daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi
tempoh 2015 – 2019, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan statistik aduan dan tatatertib serta siasatan
daripada Unit Integriti Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tempoh 2015 – 2019.

 Inisiatif dan input daripada syor-syor yang dikemukakan oleh kerajaan melalui Pelan Antirasuah
Nasional (NACP) 2019 – 2023.

 Input melalui kaedah pelaksanaan Corruption Risk Management (CRM) yang melibatkan kakitangan
dan pegawai JPS daripada pelbagai bidang di seluruh negara.

 Hasil daripada analisa persekitaran dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan, JPS telah
mengenalpasti beberapa sektor yang berisiko terdedah kepada perlakuan rasuah dan salahlaku integriti
oleh warga JPS. (Berdasarkan jumlah kekerapan kesalahan bagi tempoh lima tahun antara 2015 – 2019).

 Penilaian risiko melalui kaedah CRM telah mengenalpasti 38 isu berhubung aktiviti-aktiviti yang
cenderung kepada perlakuan rasuah dan salahlaku integriti seperti meminta & menerima rasuah,
salahguna kuasa, tuntutan palsu, dan sebagainya.

OACP JPS 2021 – 2025 19

SEKTOR YANG CENDERUNG KEPADA RASUAH
(Aduan diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2015 – 2019)

ADUAN PERATUS (%)
14
Tadbir Urus dan 68
Kewangan

Perolehan Awam

Pembangunan Projek 18

*Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

KUMPULAN PEGAWAI YANG CENDERUNG KEPADA RASUAH

(Aduan diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2015 – 2019)

ADUAN PERATUS (%)

Pengurusan Tertinggi 10

Pegawai P&P 29

Pegawai Sokongan 61

*Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

20 OACP JPS 2021 – 2025

BIDANG-BIDANG BERISIKO

Tadbir Urus Tadbir Urus dan Kewangan merupakan sektor penting dalam
Dan organisasi merujuk kepada aktiviti pengurusan sumber manusia,
kewangan dan modal insan anggotanya berpandukan kepada
Kewangan sistem peraturan amalan dan proses kerja yang telah ditetapkan
oleh kerajaan melalui dasar dan undang-undang yang
berkuatkuasa. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan
menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan telus
berkaitan urusan-urusan rasmi Jabatan.

Perolehan Perolehan Awam merujuk kepada pembelian barang, perkhidmatan
Awam dan kerja oleh kerajaan. Oleh kerana perolehan awam melibatkan
sejumlah peruntukan yang besar, Jabatan perlu melaksanakannya
dengan cekap agar kepentingan awam dilindungi. Perolehan
merupakan salah satu sektor dalam Jabatan yang paling terdedah
kepada rasuah dan salahguna kuasa.

Pembangunan JPS merupakan Jabatan Teknikal yang menyediakan perkhidmatan
Projek dalam perancangan dan rekabentuk serta pelaksanaan projek
pembangunan dalam sektor pengurusan banjir, lembangan sungai,
zon pantai dan sumber air serta hidrologi. Oleh kerana Jabatan ini
terlibat secara langsung dengan perlaksanaan dan pemantauan
projek pembangunan, maka ia perlu dipantau dengan efisen supaya
tidak terdedah kepada rasuah, salahguna kuasa dan
penyelewengan demi melindungi kepentingan negara.

OACP JPS 2021 – 2025 21



BAB 3:

MEMPERKASAKAN
USAHA PENCEGAHAN
RASUAH DI JPS

KEPERLUAN KERANGKA OACP

JPS mengakui betapa perlunya menangani masalah rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan dan salahlaku
integriti dalam Jabatan. Kelekaan dan kecuaian untuk menangani masalah rasuah dan integriti di dalam
Jabatan bukan sahaja boleh menjejaskan imej organisasi malah boleh menyebabkan hasil dan kedaulatan
negara tergadai ke tangan pihak yang tidak sewajarnya.

Melangkah ke hadapan, Pengurusan Tertinggi JPS telah menetapkan perancangan yang jauh lebih fokus dan
berstruktur untuk memastikan visi “Menjadikan JPS Organisasi Sektor Awam Antara Yang Terunggul Di Dunia
Dan Bebas Rasuah Menjelang Tahun 2025” dapat direalisasikan seiring dengan aspirasi negara supaya
“Malaysia dikenali kerana integriti bukannya rasuah”.

Bagi mencapai matlamat tersebut, JPS telah menetapkan 7 strategi utama bagi menangani risiko rasuah dan
salah laku integriti di JPS khususnya dalam sektor berisiko seperti sektor Tadbir Urus dan Kewangan,
Perolehan Awam dan Pembangunan Projek.

24 OACP JPS 2021 – 2025

KERANGKA OACP JPS

VISI Menjadikan JPS Organisasi Sektor Awam antara yang Terunggul di Dunia
MISI dan Bebas Rasuah Menjelang Tahun 2025
MATLAMAT
BIDANG Menerajui dan Menyediakan Memperkukuhkan Moral Menegakkan Kedaulatan
KEUTAMAAN Perkhidmatan Pengurusan Dan Integriti Warga JPS Undang-undang
Sumber Air Bertaraf Dunia
STRATEGI Pencegahan Rasuah

Menyediakan Perkhidmatan Mengurangkan Salahlaku Meningkatkan Kesedaran
Yang Cekap, Telus dan Integriti Di Kalangan Warga Pegawai Untuk Melaporkan

Berintegriti Dalam Pengurusan JPS Kesalahan Rasuah dan
Jabatan Salahlaku Pegawai

Tadbir Urus dan Kewangan Perolehan Awam Pembangunan Projek

Memperkukuh Kecekapan Memantapkan Memperkukuhkan
Penyampaian dan Pengurusan Keberkesanan dan Pengurusan Projek Bagi
Perkhidmatan Sumber Manusia Ketelusan Dalam Meningkat Keberhasilan

Memantapkan Keberkesanan Perolehan Penyampaian
Perkhidmatan dalam Perkhidmatan
Memperkukuhkan
Pengurusan Kewangan Pengurusan Perolehan dan Memperkasakan
Kecekapan Ketelusan dan
Kaedah Perbelanjaan
Jabatan Integriti Dalam
Pelaksanaan
Pembangunan Projek

Memperkasakan Penyampaian
Perkhidmatan dan Pengurusan

Aset Serta Stor Jabatan

OACP JPS 2021 – 2025 25

MENGENAI KERANGKA

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI JPS (2021 – 2025)

Kerangka OACP JPS secara 7 STRATEGI
umumnya menggariskan tiga
misi penting yang mendukung 14 OBJEKTIF STRATEGIK
kepada halatuju ke arah JPS
bebas rasuah menjelang 2025. 62 PELAN TINDAKAN
Misi ini secara ringkasnya
menekankan kepada keperluan 14 JANGKA PENDEK
perkhidmatan JPS yang cekap
dan telus dalam perkhidmatan (Jun 2021 – Jun 2022)
air, pematuhan kepada undang-
undang pencegahan rasuah
serta pengukuhan integriti
dalam kalangan seluruh warga
JPS.

12 JANGKA SEDERHANA

(Jun 2021 – Jun 2023)

36 JANGKA PANJANG
(Jun 2021 – Dis 2025)

26 OACP JPS 2021 – 2025

ANALISA PUNCA RASUAH DAN SALAHLAKU INTEGRITI DI JPS

40%

Berdasarkan analisa terhadap 25%
punca rasuah yang dikenalpasti
melalui pelaksanaan Corruption PERATUS (%) 20%
Risk Management (CRM) JPS,
didapati sebanyak 4 punca 10%
utama yang menyumbang
kepada perlakuan rasuah dan
salahlaku integriti di JPS. Dalam
menentukan keutamaan pelan
tindakan OACP, penekanan
akan diberikan kepada 95%
punca utama permasalahan
yang dijangka dapat menangani
masalah – masalah tersebut.

3%
2%

Kelemahan Kelemahan Kelemahan kelemahan Kelemahan Kelemahan
nilai-nilai kawalan sistem dasar & tindakan pengiktirafan
dalaman
murni & kod prosedur perundangan pengesanan, &
etika kerja punitif & penghargaan
pemulihan

Sumber: Corruption Risk Management (CRM) JPS 2019 27

OACP JPS 2021 – 2025

BIDANG KEUTAMAAN: TADBIR URUS DAN KEWANGAN

STRATEGI 1 MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN
DAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN
OBJEKTIF SUMBER MANUSIA
STRATEGIK 1
MENINGKATKAN INTEGRITI DAN PEMAHAMAN KAKITANGAN
JPS

DAN PEMATUHAN KEPADA ARAHAN, PEKELILING DAN
PERATURAN PERKHIDMATAN

OBJEKTIF MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF BAGI
STRATEGIK 2 MENINGKATKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN

OBJEKTIF MENAMBAHBAIK KREADIBILITI DAN AKAUNTABILITI DALAM
STRATEGIK 3 TADBIR URUS JABATAN

28 OACP JPS 2021 – 2025

BIDANG KEUTAMAAN: TADBIR URUS DAN KEWANGAN

STRATEGI 2 MEMANTAPKAN KEBERKESANAN
PERKHIDMATAN DALAM PENGURUSAN

KEWANGAN

OBJEKTIF MEMPERKUKUHKAN INTEGRITI DAN KECEKAPAN PEGAWAI
STRATEGIK 1 DAN KAKITANGAN DI SEKTOR PENGURUSAN

STRATEGI 3 MEMPERKASAKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DAN
PENGURUSAN ASET SERTA STOR JABATAN
OBJEKTIF
STRATEGIK 1 MENINGKATKAN INTEGRITI DAN KECEKAPAN PEGAWAI
DAN KAKITANGAN DI SEKTOR PENGURUSAN ASET
OBJEKTIF DAN STOR JABATAN
STRATEGIK 2
MEMPERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DAN
PENGURUSAN KENDERAAN JABATAN

OACP JPS 2021 – 2025 29

STRATEGIK 1:
MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN DAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN

SUMBER MANUSIA

OBJEKTIF STRATEGIK 1:
MENINGKATKAN INTEGRITI DAN PEMAHAMAN KAKITANGAN JPS DAN PEMATUHAN KEPADA ARAHAN,

PEKELILINGDAN PERATURAN PERKHIDMATAN

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

1. Memperkemaskan pemantauan kehadiran kakitangan ke Tempoh 1 Tahun
pejabat dengan menyediakan Standard Operating Procedure (Jun 2021 – Jun
(SOP) yang lengkap (contoh: penggiliran tugasan pegawai Kad Bahagian Khidmat
Perakam Waktu, Ruj: SPA 11 1981 Penggunaan Kad Perakam Pengurusan/ 2022)
Waktu) serta menambahbaik format pelaporan kehadiran Waktu JPS Negeri/
Bekerja Fleksi (WBF) dengan mengkaji semula kekerapan Pejabat Projek
pelaporan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan/JPS Negeri )

2. Memperkukuhkan integriti dan akauntabiliti pegawai melalui Bahagian Sepanjang Tahun
Pembangunan
elemen:- Modal Insan/ Berkuatkuasa mulai
• Kursus integriti/wake up call (sekurang-kurangnya Unit Integriti/ (Jun 2021 – Dis

setahun sekali); JPS Negeri/ 2025)
• Kursus Pemantapan (perolehan/leadership) bagi pegawai Pejabat Projek

baru/pegawai lama/pegawai yang ditempatkan di

bahagian kritikal;
• Merangka perancangan dan melaksana kursus

pematuhan pekeliling dan etika;

30 OACP JPS 2021 – 2025

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

• Taklimat Motivasi atau kerohanian seperti Ceramah JPS Bahagian/ Sepanjang Tahun
Agama dan lain-lain; JPS Negeri/ Berkuatkuasa mulai

• Menghapuskan budaya meraikan Pegawai Atasan atau Pejabat Projek (Jun 2021 – Dis
VVIP yang pembiayaannya/peruntukannya diragui. 2025)

3. Memantau dan melaksanakan tindakan awalan terhadap
pegawai bawahan yang melanggar etika kerja dan tatakelakuan
penjawat awam (contoh: tidak hadir bertugas, ponteng kerja dll)
dan seterusnya melaporkan pelanggaran (kesalahan integriti)
tersebut ke Unit Integriti JPS/Unit Integriti SUK Negeri.

4. Melaksanakan proses tindakan punitif kepada pegawai yang Unit Integriti Sepanjang Tahun
telah terbukti melanggar pekeliling/peraturan dan etika kerja
penjawat awam. Berkuatkuasa mulai
(Jun 2021 – Dis

2025)

5. Membuat peringatan dan tindakan kepada penyelia yang tidak Unit Integriti Sepanjang Tahun
mengambil tindakan terhadap pegawai bawahan/seliaan yang Unit Integriti Berkuatkuasa mulai
telah melanggar pekeliling/ peraturan dan etika kerja penjawat
awam. (Jun 2021 – Dis
2025)
6. Pemakluman tindakan punitif ke atas kesalahan tatatertib yang
diambil melalui surat/email/portal JPS. Sepanjang Tahun
Berkuatkuasa mulai

(Jun 2021 – Dis
2025)

OACP JPS 2021 – 2025 31

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
Unit Integriti
7. Menghebahkan pekeliling & peraturan terkini melalui mesyuarat Sepanjang Tahun
JAR. Berkuatkuasa mulai

(Jun 2021 – Dis
2025)

8. Merangka dan melaksana pemeriksaan air kencing kakitangan Unit Integriti/ Sepanjang Tahun

Jabatan secara tidak berkala dengan bantuan AADK. JPS Negeri/Pejabat Berkuatkuasa mulai

Projek (Jun 2021 – Dis

2025)

9. Melaksanakan persijilan Anti –Bribery Management System Unit Integriti Tempoh 5 Tahun
(ABMS) MS-ISO 37001 (Jun 2021 – Jun

2025)

10. Menjalankan pemeriksaan secara rawak & tidak berkala Bahagian Audit Sepanjang Tahun

terhadap pematuhan kepada pelbagai pekeliling, arahan, SOP, Prestasi/Bahagian Berkuatkuasa mulai

garispanduan dan lain-lain. Khidmat (Jun 2021 – Dis

Pengurusan 2025)

11. Mewajibkan permohonan keluar pejabat melalui penggunaan JPS Bahagian & Sepanjang Tahun
borang atau permohonan kebenaran keluar pejabat dalam Negeri/Pejabat
sistem HRMIS. Berkuatkuasa mulai
Projek (Jun 2021 – Dis

2025)

32 OACP JPS 2021 – 2025

STRATEGIK 1:
MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN DAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN

SUMBER MANUSIA

OBJEKTIF STRATEGIK 2:
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
Tempoh 2 Tahun
12. Mewujudkan garis panduan dalam pemilihan dan penempatan Bahagian Khidmat (Jun 2021 – Jun

jurutera daerah/jurutera projek elemen:- Pengurusan 2023)

• Pengalaman dan berkompetensi dalam pentadbiran Tempoh 1 Tahun
(Jun 2021 – Jun
kontrak (Sekurang-kurangnya 5 tahun)
2022)
• Berdasarkan hot spot, hot job & hot staff.

• Berpengalaman dalam tadbir urus

• Memperkukuhkan penempatan pegawai melalui job

rotation.

13. Memperkemaskan pekeliling sedia ada berkenaan penempatan Bahagian Khidmat

pegawai dalam elemen:- Pengurusan

• Melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai yang terlalu

lama di suatu penempatan (sekurang-kurangnya 3 tahun

tetapi tidak melebihi 5 tahun di jawatan sensitif dan

sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi tidak melebihi 8 tahun

di jawatan bukan sensitif).

• Penempatan pegawai/kakitangan berdasarkan kreadibiliti

dan pengalaman bagi jawatan kritikal.

OACP JPS 2021 – 2025 33

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

14. Mewujudkan jawatan pegawai Ukur Bahan di setiap JPS Negeri. JPS Negeri / Tempoh 2 Tahun
Bahagian Khidmat (Jun 2021 – Jun
Pengurusan
2023)

15. Mewajibkan penggunaan sistem I-diary dalam aktiviti dan tugas- JPS Bahagian/ Sepanjang Tahun
tugas rasmi jabatan bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional. JPS Negeri Berkuatkuasa mulai

16. Menambahbaik sistem I-diary bagi memantau pergerakan dan Bahagian (Jun 2021 – Dis
tugas-tugas pegawai dan kakitangan. Pengurusan 2025)

Maklumat Tempoh 2 Tahun
(Jun 2021 – Jun

2023)

17. Menghebahkan penyaluran maklumat dan aduan integriti melalui Unit Integriti Sepanjang Tahun

media sosial dan info portal. Berkuatkuasa mulai
(Jun 2021 – Dis

2025)

18. Memperkemas penyusunan semula kakitangan dan tugas Bahagian Khidmat Tempoh 2 Tahun

mengikut keperluan bahagian (audit penjawatan bagi setiap Pengurusan (Jun 2021 – Jun

bahagian). 2023)

19. Memperkemaskan SOP untuk pengurusan sesi kaunseling bagi AKRAB/ Tempoh 1 Tahun
(Jun 2021 – Jun
kakitangan bermasalah – mengurangkan peratusan pegawai Bahagian Khidmat
2022)
bermasalah jabatan (AKRAB). Pengurusan

34 OACP JPS 2021 – 2025

STRATEGIK 1:
MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN DAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN

SUMBER MANUSIA

OBJEKTIF STRATEGIK 3:
MENAMBAHBAIK KREADIBILITI DAN AKAUNTABILITI DALAM TADBIR URUS JABATAN

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

20. Memperkukuhkan Mesyuarat Perkhidmatan bagi penempatan Bahagian Khidmat Sepanjang Tahun

dan pertukaran pegawai melalui : Pengurusan Berkuatkuasa mulai
• Ketua Unit Integriti sebagai ahli tetap dalam (Jun 2021 – Dis

jawatankuasa; 2025)
• Profiling pegawai dan jawatan.

21. Meningkatkan kredibiliti pegawai melalui: Bahagian Sepanjang Tahun
• Kepakaran kakitangan dengan mewujudkan pasukan Rekabentuk dan
Berkuatkuasa mulai
rekabentuk projek (in-house design) Empangan/ (Jun 2021 – Dis
Bahagian
Bangunan dan 2025)
Infrastruktur/
Bahagian
Pengurusan Zon

Pantai

OACP JPS 2021 – 2025 35

STRATEGIK 2:
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

OBJEKTIF STRATEGIK 1:
MEMPERKUKUHKAN INTEGRITI DAN KECEKAPAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN DI SEKTOR

PENGURUSAN KEWANGAN

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

22. Meningkatkan kompetensi dan pemahaman kakitangan melalui Bahagian Khidmat Sepanjang Tahun

latihan berkaitan pengurusan kewangan Pengurusan/ Berkuatkuasa mulai

Bahagian (Jun 2021 – Dis

Pembangunan 2025)

Modal Insan

23. Menjalankan pemeriksaan secara rawak dan tidak berkala Bahagian Khidmat Sepanjang Tahun

terhadap dokumen-dokumen berkaitan kewangan (naziran) Pengurusan Berkuatkuasa mulai
(Jun 2021 – Dis

2025)

36 OACP JPS 2021 – 2025

STRATEGIK 3:
MEMPERKASAKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN ASET SERTA STOR

JABATAN

OBJEKTIF STRATEGIK 1:
MENINGKATKAN INTEGRITI DAN KECEKAPAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN DI SEKTOR PENGURUSAN

ASET DAN STOR JABATAN

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

24. Meningkatkan kompetensi ketua pejabat dan kakitangan melalui Bahagian Sepanjang Tahun
perancangan latihan yang berterusan berkaitan pengurusan Pembangunan
aset dan stor. Berkuatkuasa mulai
Modal Insan (Jun 2021 – Dis

2025)

25. Membuat pemeriksaan mengejut terhadap pengurusan aset Unit Integriti Sepanjang Tahun
serta stor jabatan. Berkuatkuasa mulai
Bahagian Fasiliti
26. Membuat naziran terhadap rekod penambahan atau pelupusan dan GIS (Jun 2021 – Dis
aset Jabatan. 2025)
Bahagian Fasiliti
27. Menyediakan senarai semak berkaitan pengurusan aset dan dan GIS Sepanjang Tahun
stor. Berkuatkuasa mulai

(Jun 2021 – Dis
2025)

Tempoh 1 Tahun
(Jun 2021 – Jun

2022)

OACP JPS 2021 – 2025 37

STRATEGIK 3:
MEMPERKASAKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN ASET SERTA STOR

JABATAN

OBJEKTIF STRATEGIK 2:
MEMPERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN KENDERAAN JABATAN

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

28. Perlaksanaan pemeriksaan kenderaan Jabatan milik Bahagian Fasiliti Tempoh 2 Tahun
(Jun 2021 – Jun
Persekutuan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sekurang- dan GIS
2023)
kurangnya sekali setahun.

29. Meningkatkan kompetensi kakitangan melalui perancangan Bahagian Fasiliti Sepanjang Tahun
latihan yang berterusan berkaitan pengurusan kenderaan dan GIS/
Jabatan dan kenderaan projek. (Contoh : Peranan Pegawai Bahagian Berkuatkuasa mulai
Penyelia, Pegawai Kenderaan, Pengurusan rekod Buku Log (Jun 2021 – Dis
Kenderaan dan lain-lain). Pembangunan
Modal Insan 2025)

30. Menyediakan ruang penyimpanan kunci kenderaan yang JPS Bahagian/ Tempoh 1 Tahun
selamat. JPS Negeri (Jun 2021 – Jun

31. Membuat pemeriksaan terhadap pengisian buku log kenderaan JPS Bahagian/ 2022)
serta penggunaan kad minyak dan kad Touch N Go bagi JPS Negeri
kenderaan Jabatan. Sepanjang Tahun
Berkuatkuasa mulai

(Jun 2021 – Dis
2025)

38 OACP JPS 2021 – 2025

BIDANG KEUTAMAAN: PEROLEHAN AWAM

STRATEGI 4 MEMANTAPKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN DALAM
PEROLEHAN JABATAN
OBJEKTIF
STRATEGIK 1 Memperkukuhkan Dasar dalam Pelaksanaan perolehan JPS

OBJEKTIF Mempertingkat dan memantau pematuhan ke atas arahan
STRATEGIK 2 serta pekeliling berkaitan perolehan

STRATEGI 5 MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN PEROLEHAN
DAN KAEDAH PERBELANJAAN JABATAN
OBJEKTIF
STRATEGIK 1 Menambahbaik Pengurusan Perolehan Dalam Mengurangkan
Risiko Rasuah

OACP JPS 2021 – 2025 39

STRATEGIK 4:
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN DALAM PEROLEHAN JABATAN

OBJEKTIF STRATEGIK 1:
MEMPERKUKUHKAN DASAR DALAM PELAKSANAAN PEROLEHAN JPS

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

32. Memperkemaskan senarai semak bagi setiap proses kerja Bahagian Ukur Tempoh 2 Tahun
perolehan bagi tujuan semakan oleh Pegawai penyedia dan Bahan (Jun 2021 – Jun
Pegawai penyelia.
2023)

33. Meningkatkan kompetensi kakitangan melalui perancangan Bahagian Sepanjang Tahun
latihan yang berterusan berkaitan dengan pengurusan Pembangunan
perolehan. Berkuatkuasa mulai
Modal Insan (Jun 2021 – Dis

2025)

40 OACP JPS 2021 – 2025

STRATEGIK 4:
MEMANTAPKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN DALAM PEROLEHAN JABATAN

OBJEKTIF STRATEGIK 2:
MEMPERKUKUHKAN DASAR DALAM PELAKSANAAN PEROLEHAN JPS

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

34. Memaparkan tawaran sebutharga/tender dan JPS Bahagian/ Sepanjang Tahun
JPS Negeri Berkuatkuasa mulai
penyebutharga/petender yang berjaya dalam portal rasmi JPS.
(Jun 2021 – Dis
2025)

35. Memperkenalkan mekanisme yang lebih telus dalam mencegah Bahagian Ukur Tempoh 5 Tahun
kebocoran maklumat dalam proses perolehan (pemasangan Bahan & (Jun 2021 – Jun
cctv & larangan penggunaan telefon bimbit).
Pengurusan 2025)
Kontrak

36. Mewujudkan lembaga perolehan JPS (di bawah 20 Juta) serta Bahagian Ukur Tempoh 5 Tahun
(Jun 2021 – Jun
pemusatan urusetia perolehan di satu bahagian/tempat bagi Bahan &
2025)
menguruskan keseluruhan perolehan Jabatan Pengurusan

Kontrak/ Bahagian

Korporat

OACP JPS 2021 – 2025 41

STRATEGIK 5:
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN PEROLEHAN DAN KAEDAH PERBELANJAAN JABATAN

OBJEKTIF STRATEGIK 1:
MENAMBAHBAIK PENGURUSAN PEROLEHAN DALAM MENGURANGKAN RISIKO RASUAH

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

37. Menyelaras dan menambahbaik DID Manual mengikut bahagian Bahagian Korporat Tempoh 2 Tahun
utama jabatan. (Jun 2021 – Jun

2023)

Memperkemaskan senarai semak di dalam DID Manual bagi Bahagian Ukur
setiap proses kerja perolehan bagi tujuan semakan oleh Bahan
Pegawai penyedia dan Pegawai penyelia.

38. Mewujudkan Pakej Cut-Off Sebutharga bagi Penilaian Bahagian Ukur Tempoh 2 Tahun
Sebutharga JPS untuk digunapakai oleh semua bahagian/JPS Bahan & (Jun 2021 – Dis
Negeri/JPS Projek .
Pengurusan 2023)
Kontrak

39. Melaksanakan proses perolehan kerajaan secara lebih telus dan JPS Negeri Sepanjang Tahun
adil melalui kerja requisition (undi) bagi kerja-kerja kecil dan
pembaikan disamping memberi peluang kontraktor bersaing Berkuatkuasa mulai
secara lebih sihat. (Jun 2021 – Dis

2025)

40. Pemeriksaan Mengejut terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan Unit Integriti Sepanjang Tahun
pada hujung tahun.
Berkuatkuasa mulai
(Jun 2021 – Dis

2025)

42 OACP JPS 2021 – 2025

BIDANG KEUTAMAAN: PEMBANGUNAN PROJEK

STRATEGI 6 MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN PROJEK BAGI
MENINGKAT KEBERHASILAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
OBJEKTIF
STRATEGIK 1 MENINGKATKAN PEMATUHAN MELALUI PEMANTAUAN

OBJEKTIF MEMANTAPKAN KECEKAPAN PENGURUSAN PELAKSANAAN
STRATEGIK 2 PROJEK

STRATEGI 7 MEMPERKASAKAN KECEKAPAN KETELUSAN DAN INTEGRITI
DALAM PENYIAPAN PROJEK PEMBANGUNAN
OBJEKTIF
STRATEGIK 1 MEMPERKEMASKAN KEPERLUAN DAN SYARAT – SYARAT
KONTRAK SERTA MEMPERKASAKAN INTEGRITI PEGAWAI
OBJEKTIF
STRATEGIK 2 MEMPERKEMASKAN PENGURUSAN PEROLEHAN DALAM
PELANTIKKAN KONTRAKTOR/PERUNDING

OACP JPS 2021 – 2025 43

STRATEGI 6:
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN PROJEK BAGI MENINGKAT KEBERHASILAN PENYAMPAIAN

PERKHIDMATAN

OBJEKTIF STRATEGIK 1:
MENINGKATKAN PEMATUHAN MELALUI PEMANTAUAN

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

41. Memperkukuhkan pematuhan melalui pemantauan/audit secara Bahagian Audit Sepanjang Tahun
Prestasi
berkala bagi : Berkuatkuasa mulai
• Perancangan projek (Jun 2021 – Dis
• Pelaksanaan projek
2025)

42. Memperkukuhkan pasukan pemantauan projek di peringkat Bahagian Tempoh 2 Tahun
Negeri dengan elemen: (Task Force) (Jun 2021 – Jun
• Menyediakan pasukan projek yang lengkap dengan
jurutera projek, jurukur bahan dan lain-lain. Bahagian Projek 2023)
• Pelan pemantauan yang melaksanakan semak dan Khas
imbang dalam setiap fasa pelaksanaan projek (Pre, Sepanjang Tahun
laksana, post). Berkuatkuasa mulai

43. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi (Jun 2021 – Dis
(Specification Committee). 2025)

44. Melaksanakan Anugerah Pengurusan Projek Terbaik JPS.

45. Menyediakan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO Bahagian Audit Tempoh 1 Tahun
(Jun 2021 – Jun
9001 Pengurusan Projek. Prestasi
2022)

44 OACP JPS 2021 – 2025

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

46. Menyelaras dan memastikan perlaksanakan sistem pengurusan Bahagian Projek Sepanjang Tahun
kualiti dalam pengurusan projek dilaksanakan. Khas Berkuatkuasa mulai

(Jun 2021 – Dis
2025)

47. Pematuhan kepada sistem pengurusan kualiti dalam semua JPS Bahagian/ Sepanjang Tahun
pengurusan projek. JPS Negeri/
Berkuatkuasa mulai
Pejabat Projek (Jun 2021 – Dis

2025)

48. Menambahbaik garis panduan SP JPS Bil. 5 2018 bagi agenda Bahagian Projek Tempoh 2 Tahun
Khas (Jun 2021 – Jun
dalam mesyuarat tapak dalam elemen:
• pemantauan projek yang merangkumi arahan Bahagian Korporat 2023)

perubahan kerja Tempoh 3 Tahun
• Pengurusan kontrak (EOT/LAD/VO/dll) (Jun 2021 – Jun

49. Membangunkan sistem pemantauan dan maklumat projek 2022)

pembangunan secara online daripada perancangan sehingga

penyerahan projek dengan mengambilkira elemen:
• Prestasi pelaksanaan dan kewangan
• Prestasi dan penlaian kontraktor, dan lain-lain

OACP JPS 2021 – 2025 45

STRATEGI 6:
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN PROJEK BAGI MENINGKAT KEBERHASILAN PENYAMPAIAN

PERKHIDMATAN

OBJEKTIF STRATEGIK 2:
MEMANTAPKAN KECEKAPAN PENGURUSAN PELAKSANAAN PROJEK

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

50. Memperkemaskan garis panduan dalam bayaran interim dengan Bahagian Projek Tempoh 1 Tahun
(Jun 2021 – Jun
mengambilkira elemen-elemen seperti berikut:- Khas/
2022)
• Menyenaraikan dokumen-dokumen sokongan yang JPS Bahagian/

berkaitan bagi tuntutan pembayaran interim untuk tujuan JPS Negeri

pengesahan kuantiti. (SO/Wakil SO/Wakil

• Senarai semak P.D)

51. Memantapkan prosedur semakan rekabentuk bagi Bahagian Tempoh 1 Tahun
membangunkan satu pengurusan data atau input data bagi Rekabentuk & (Jun 2021 – Jun
memastikan data terkini dan tepat untuk rekabentuk.
Empangan 2022)

52. • Memperkemaskan/Mewujudkan Data Base Pelan Bahagian Tempoh 1 Tahun
(Jun 2021 – Jun
Pembinaan Struktur JPS (E-Plan) Rekabentuk &
2022)
Empangan/

• Memperkemaskan/Menyediakan Pelan Piawai untuk Bahagian

struktur JPS (PAP) Bangunan dan

Infrastruktur

46 OACP JPS 2021 – 2025

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

53. Mengemaskini jadual kadar harga purata bagi penyediaan Bahagian Ukur Tempoh 1 Tahun
senarai kuantiti untuk anggaran Jabatan (termasuk kerja-kerja Bahan & (Jun 2021 – Jun
spesifik dengan JPS seperti kerja-kerja pengorekan sungai.
Pengurusan 2022)
Kontrak

54. Mewujudkan jadual kadar harga bagi kerja-kerja kecil dan Bahagian Ukur Tempoh 2 Tahun
penyelenggaraan. (contoh penyelenggaraan kolam takungan, Bahan & (Jun 2021 – Jun
penyelenggaraan sungai/parit, penyelenggaraan rumah pam
dan lain-lain yang telah diluluskan oleh MOF untuk digunakan Pengurusan 2023)
bagi kerja Lantikan Terus/Undi/Sebutharga) . Kontrak/

JPS Negeri

OACP JPS 2021 – 2025 47

STRATEGI 7:
MEMPERKASAKAN KECEKAPAN KETELUSAN DAN INTEGRITI DALAM PENYIAPAN PROJEK

PEMBANGUNAN

OBJEKTIF STRATEGIK 1:
MEMPERKEMASKAN KEPERLUAN DAN SYARAT – SYARAT KONTRAK SERTA MEMPERKASAKAN

INTEGRITI PEGAWAI

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

55. Memastikan spesifikasi kenderaan projek mengikut peraturan JPS Bahagian/ Tempoh 1 Tahun
(Jun 2021 – Jun
yang berkuatkuasa. JPS Negeri
2022)

56. Mewujudkan prosedur pemantauan selepas projek disiapkan Bahagian Projek Tempoh 2 Tahun
(Jun 2021 – Jun
sehingga tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP). Khas/
2023)
• Melalui Garis Panduan Penyerahan Projek-projek Yang JPS Negeri/Pejabat

Siap Dilaksanakan oleh JPS Projek (Pejabat

• Pematuhan kepada prosedur pemantauan selepas S.O/Wakil

projek disiapkan sehingga tamat DLP. S.O/P.D/Wakil P.D)

57. Meningkatkan kepakaran kakitangan melalui penambahan Bahagian Sepanjang Tahun
pegawai di dalam SME Jabatan mengikut bidang utama Pembangunan
jabatan. Berkuatkuasa mulai
Modal Insan (Jun 2021 – Dis

2025)

48 OACP JPS 2021 – 2025

BIL PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA

58. Melaksanakan kursus asas berkaitan Program Kerja atau Bahagian Projek Sepanjang Tahun
Pengurusan Projek bagi pegawai yang dilantik sebagai Khas/ Berkuatkuasa mulai
Pengurus Pembinaan.
Bahagian (Jun 2021 – Dis
Pembangunan 2025)

Modal Insan

59 Melaksanakan taklimat Lessons Learnt kepada Bahagian/JPS Unit Integriti/ Sepanjang Tahun
Negeri berkaitan ketidakpatuhan di dalam peraturan & pekeliling Bahagian Audit
yang melibatkan pengurusan projek dan seterusnya Berkuatkuasa mulai
menyebabkan tindakan tatatertib. Prestasi/ (Jun 2021 – Dis
Bahagian
Pembangunan 2025)
Modal Insan

OACP JPS 2021 – 2025 49


Click to View FlipBook Version