The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadhazimnoh, 2024-04-21 10:08:31

DSKP KSSM BAHASA ARAB T4 DAN T5

DSKP KSSM BAHASA ARAB T4 DAN T5

Bahasa Arab Tingkatan 4 dan 5


Bahasa Arab Bahagian Pembangunan Kurikulum SEPTEMBER 2018 Tingkatan 4 dan 5


Terbitan 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


KANDUNGAN Rukun Negara…………………………………………………………………………………………………………………………………………. v Falsafah Pendidikan Kebangsaan………………………………………………………………………............................................................. vi Definisi Kurikulum Kebangsaan……………………………………………………………............................................................................... vii Kata Pengantar………………………………………………………………………………............................................................................... ix Pendahuluan…………………………………………………………………………………………………………………………………………… 1 Matlamat……………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 2 Objektif…………………………………………………………………………………………………………………………………………………. 2 Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah……………………………………………………………………………………………….. 3 Fokus…………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 4 Kemahiran Abad Ke-21………………………………………………………………………………………………………………………………. 5 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi………………………………………………………………………………………………………………………. 7 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran…………………………………………………………………………………………………………….. 8 Elemen Merentas Kurikulum…………………………………………………………………………………………………………………………. 10 Pentaksiran Bilik Darjah………………..…………………………………………………………………………………………………………….. 13 Organisasi Kandungan……………………………………………………………………………………………………………………………….. 16 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Tingkatan 4………………………..………………………..……….. 19 Kemahiran Mendengar dan Bertutur………………………………………………………......................................................................... 21 Kemahiran Membaca……………………………………………………….……………………………………………………………………. 28 Kemahiran Menulis………………….……………………………………………………………………………………………………………. 35 Domain dan Situasi………………………………………………………..……………………………………………………………………… 42


Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Tingkatan 5………………………………………………………….. 51 Kemahiran Mendengar dan Bertutur…………….……………………………………............................................................................... 53 Kemahiran Membaca…….………………………………………………………………………………………………………………………. 61 Kemahiran Menulis………….……………………………………………………………………………………………………………………. 69 Domain dan Situasi……………..………………………………………………………………………………………………………………… 76 Panel Penggubal………………………………………………………………………………………………………………………………………. 85 Penghargaan………………………………………………………………………………………………………………………………………...... 86


v RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


vi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


vii DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.]


ix KATA PENGANTAR Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen kurikulum telah mengubah lanskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid. DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSM. Semoga pelaksanaan KSSM akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 1 PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Menengah )KSSM) Bahasa Arab digubal bertujuan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum tersebut dilaksanakan di sekolah sebagai usaha kerajaan untuk menggalakkan pembelajaran bahasa tambahan selain bahasa Inggeris seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kurikulum ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran asas bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran-kemahiran tersebut dinyatakan secara spesifik dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang telah ditentukan. Kejayaan murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa ini dapat meningkatkan kesediaan mereka untuk berinteraksi dengan menggunakan sistem bahasa yang betul mengenai diri sendiri dan persekitaran mereka selaras dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Kepentingan bahasa Arab meliputi kepentingan dalam mendalami ilmu pengetahuan, penyelidikan, sosial, ekonomi, dan Pelancongan. Ianya juga mengambil kira keperluan generasi baru untuk menguasai lebih daripada satu bahasa. Kurikulum ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang pelbagai dalam kalangan murid. Bagi mencapai hasrat tersebut, teknik pengajaran guru yang berkesan sangat diperlukan untuk membantu murid mengalami pengalaman sebenar pembelajaran bahasa Arab yang menyeronokkan. Amalan lughatul-fasli yang berkesan sangat penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran tersebut. Sepanjang proses pembelajaran bahasa Arab, pentaksiran formatif dilaksanakan terhadap murid melalui enam tahap penguasaan dalam Standard Prestasi (SPi). Pentaksiran tersebut dilaksanakan secara holistik melalui pertimbangan profesional guru terhadap murid. Di samping itu juga, penilaian sumatif boleh dilaksanakan oleh guru untuk menilai pencapaian murid dalam aspek penguasaan kandungan.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 2 MATLAMAT KSSM Bahasa Arab bermatlamat memperkukuhkan kemahiran berbahasa murid agar kemampuan mereka dalam interaksi sosial dan akses kepada pengetahuan dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk sahsiah diri melalui pengamalan nilai-nilai murni. OBJEKTIF KSSM Bahasa Arab bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut: 1. Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan dalam pelbagai topik berdasarkan tema yang ditentukan serta dapat memberi respons yang betul. 2. Bertutur dalam pelbagai konteks berdasarkan tema yang ditentukan melalui penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat serta perenggan yang betul. 3. Membaca dan memahami pelbagai bahan berdasarkan tema yang ditentukan serta dapat memberi respons yang betul. 4. Menulis tentang pelbagai topik berdasarkan tema yang ditentukan melalui penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan yang betul. 5. Mengaplikasikan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 3 KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH KSSM dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran, kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1. Kurikulum Bahasa Arab digubal berdasarkan enam tunjang Kerangka KSSM Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 4 FOKUS KSSM Bahasa Arab dibina berdasarkan konsep kecekapan berbahasa dari aspek interaksi sosial dan global standard local needs. Justeru, kurikulum digubal berfokuskan kemahiran berbahasa; mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Aspek aplikasi tata bahasa diberi penekanan secara menyeluruh. Berdasarkan PPPM 2013-2025 KSSM Bahasa Arab mensasarkan murid berada pada tahap independent user yang mampu menyatakan pandangan dan berinteraksi secara bebas dalam wacana sosial. Kemahiran berbahasa Arab diaplikasi merentasi domain personal, sosial, pekerjaan dan pendidikan seperti yang digariskan dalam CEFR. Manakala konteks bagi setiap domain dipilih berasaskan keperluan dengan berlatarbelakangkan sosio budaya Malaysia. CEFR membahagikan kemampuan pembelajaran bahasa asing kepada tiga kumpulan; A, B dan C. Setiap kumpulan tersebut dipecahkan kepada dua peringkat; A1 dan A2, B1 dan B2, C1 dan C2. Kumpulan A merupakan peringkat pembelajaran permulaan, manakala kumpulan B adalah peringkat pembelajaran pertengahan dan C adalah pembelajaran peringkat tinggi. Pada peringkat sekolah menengah, murid sepatutnya berada pada tahap pengguna pertengahan (B1 dan B2) yang mampu berinteraksi dalam ruang lingkup sosial. Perincian tahap tersebut adalah seperti Jadual 1. Jadual 1: Rujukan Am Tahap Kecekapan KSSM Bahasa Arab Tingkatan 1 – 3 (B1) Tingkatan 4 – 5 (B2) Boleh memahami idea utama dalam input yang jelas dan standard berkaitan perkara yang lazim bagi murid. Boleh memahami idea utama dalam teks yang kompleks berkaitan topik yang konkrit dan abstrak. Boleh menangani pelbagai keadaan yang mungkin timbul semasa berada dalam lingkungan kawasan bahasa Arab dituturkan. Boleh berinteraksi dengan lancar dan spontan hingga menjadikan interaksi dengan penutur jati berlaku secara bebas. Boleh menghasilkan teks yang pendek dan mudah berkaitan diri dan perkara yang lazim baginya. Boleh menghasilkan teks yang jelas dan terperinci berkaitan pelbagai topik.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 5 Tingkatan 1 – 3 (B1) Tingkatan 4 – 5 (B2) Boleh menggambarkan pengalaman, impian, cita-cita dan peristiwa. Boleh memberi alasan dan penjelasan secara ringkas kepada pendapat dan cadangan yang diutarakan. Boleh menjelaskan pendapat tentang sesuatu isu dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya. KEMAHIRAN ABAD KE-21 Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 2 supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum Bahasa Arab menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid. Jadual 2: Profil Murid PROFIL MURID PENERANGAN Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati. Mahir Berkomunikasi Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi. Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baharu. Kerja Sepasukan Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Mereka memperoleh kemahiran interpersonal


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 6 PROFIL MURID PENERANGAN melalui aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik. Bersifat Ingin Tahu Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan. Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka. Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Mereka memahami isu-isu etika / undang-undang berkaitan maklumat yang diperoleh. Penyayang/ Prihatin Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap PROFIL MURID PENERANGAN keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar. Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 7 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI KBAT dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual 3. Jadual 3: Tahap pemikiran dalam KBAT TAHAP PEMIKIRAN PENERANGAN Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul serta strategi berfikir. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional. Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah. KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 8 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan pelbagai strategi PdP yang menekankan pembelajaran secara “learning by doing” merupakan salah satu usaha dalam transformasi pendidikan. Dalam konteks pembelajaran bahasa khususnya bahasa Arab sebagai bahasa asing dan bahasa tambahan kepada murid di Malaysia, pendekatan yang menarik dan berkesan harus menjadi perkara utama dalam proses pembelajaran murid di bilik darjah. Justeru strategi pengajaran berpusatkan murid memainkan peranan yang sangat penting. Strategi ini akan menjadikan murid aktif dalam aktiviti pembelajaran di samping guru yang menjadi pembimbing mereka. Strategi pembelajaran berpusatkan murid merupakan aktiviti yang melibatkan komunikasi dua hala samada di antara guru dan murid mahupun sesama murid di dalam bilik darjah. Melalui strategi ini, aktiviti PdP akan lebih berfokus kepada hasil pembelajaran dan pencapaian murid. Pelbagai aktiviti pengajaran berpusatkan murid boleh dilaksanakan seperti Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Pembelajaran Koperatif, Sumbang Saran, Simulasi, Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Strategi ini merupakan pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses penyiasatan, penerokaan dan penemuan untuk mendapatkan maklumat serta pemahaman yang mendalam. Proses ini berasaskan lima fasa: (i) menyoal; (ii) memeriksa atau menyelidik; (iii) mereka cipta; (iv) membincangkan; dan (v) membuat refleksi. Dalam aktiviti PdP Bahasa Arab, proses ini dilibatkan secara langsung dalam kemahiran asas bahasa Arab secara berfokus. Pembelajaran Koperatif Strategi ini memerlukan kerjasama murid yang mempunyai pelbagai kebolehan untuk mencapai satu matlamat yang sama dalam bentuk kumpulan. Peranan setiap ahli diperlukan untuk menunjukkan kefahaman mereka melalui agihan tugas yang diberikan. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada gerak kerja berkumpulan ini akan mendorong murid untuk saling berkongsi maklumat bagi mencapai objektif pembelajaran. Contoh aktiviti pembelajaran koperatif; Student Team Achievement Division, Jigsaw, Round Robin, Round Table, Team Game Tournament, Team Accelerated Instruction dan Tea Party.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 9 Sumbang Saran Tujuan strategi sumbang saran dilakukan adalah untuk menggalakkan pemikiran murid secara imaginasi dan kreatif. Murid digarap untuk memberi sumbangan idea dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta dan penerangan. Secara amnya, sumbang saran meliputi aktiviti yang sarat dengan idea murid, kepelbagaian idea, idea spontan mahupun perkembangan idea dari murid lain. Murid tidak digalakkan untuk mengkritik idea rakan yang lain. Simulasi Simulasi boleh dilakukan dengan cuba mewujudkan situasi sebenar bagi sesuatu topik. Simulasi mesti dilakukan dalam keadaan terkawal melalui sosiodrama yang mengandungi skrip dan konflik, mahupun main peranan seperti lakonan spontan. Pembelajaran Berasaskan Projek Objektif utama pelaksanaan projek adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baharu atau penggunaan pengetahuan sedia ada. Penerangan tentang tugas secara terperinci dan berulang kali serta jelas bagi setiap peranan dan tanggungjawab mereka adalah sangat penting untuk mencapai objektif pembelajaran mereka melalui kerja projek ini. Pembelajaran Luar Bilik Darjah Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan yang mampu menjadikan murid lebih mengingati apa yang telah dipelajari. Selain itu, aktiviti ini juga boleh menghindarkan perasaan bosan murid selama belajar di dalam bilik darjah.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 10 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam SK dan SP. Elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen di dalam EMK adalah seperti berikut: 1. Bahasa Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan. 2. Kelestarian Alam Sekitar Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran. Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam. 3. Nilai Murni Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya. Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian. 4. Sains dan Teknologi Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP merangkumi empat perkara iaitu: (i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi); (ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu);


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 11 (iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan); dan (iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP. 5. Patriotisme Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. 6. Kreativiti dan Inovasi Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea. Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21. Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP. 7. Keusahawanan Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran. 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan PdPlebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 12 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran. 9. Kelestarian Global Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan. Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan global. Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam mata pelajaran yang berkaitan. 10. Pendidikan Kewangan Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab. Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam PdP secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti pengiraan faedah mudah dan faedah kompaun. Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan bermakna.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 13 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan. Proses ini berlaku berterusan bagi membolehkan guru menentukan tahap penguasaan murid. PBD boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Guru perlulah merancang, membina item atau instrumen pentaksiran, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan yang diajar berdasarkan DSKP. Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan penguasaan murid, guru haruslah melaksanakan pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri berikut: Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Menggunakan pelbagai strategi pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru dan murid. Mengambil kira pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran. Mentaksir tahap penguasaan murid berdasarkan Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Mengambil tindakan susulan bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan. TAHAP PENGUASAAN UMUM Tahap penguasaan merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat enam tahap penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki. Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum. Jadual 4 menunjukkan Pernyataan Tahap Penguasaan Umum.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 14 Jadual 4: Pernyataan Tahap Penguasaan Umum Tahap Tafsiran 1 (Tahu) Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas 2 (Tahu dan faham) Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi 3 (Tahu, faham dan boleh buat) Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi 4 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab) Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik 5 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif 6 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali) Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi Guru boleh mencatat perkembangan murid di dalam buku rekod mengajar, buku latihan, buku catatan, senarai semak, jadual atau lain-lain yang sesuai. Perekodan tahap penguasaan dibuat ke dalam templat pelaporan yang disediakan setelah PdP bagi setiap bidang, tema, kemahiran atau kelompok Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran selesai dilaksanakan. TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi setiap mata pelajaran perlu ditentukan pada setiap akhir tahun. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Guru perlu mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa proses pembelajaran. Guru hendaklah menggunakan pertimbangan profesional dalam semua proses pentaksiran, khususnya dalam menentukan tahap penguasaan keseluruhan. Pertimbangan profesional boleh dilakukan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman guru, interaksi guru bersama murid, serta perbincangan bersama rakan sejawat. Manakala Jadual 5 menunjukkan Pernyataan Tahap Penguasaan Umum KSSM Bahasa Arab Tingkatan 4 dan 5.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 15 Jadual 5: Pernyataan Tahap Penguasaan Umum KSSM Bahasa Arab Tingkatan 4 dan 5 Tahap Tafsiran 1 (Tahu) Murid mengetahui kemahiran-kemahiran bahasa Arab dan bersedia untuk mempraktikkannya dengan bimbingan guru. 2 (Tahu dan faham) Murid mengetahui kemahiran-kemahiran bahasa Arab dan mampu untuk mempraktikkannya secara sedar. 3 (Tahu, faham dan boleh buat) Murid mengetahui kemahiran-kemahiran bahasa Arab dan mampu untuk mempraktikkannya secara sedar dan menepati situasi. 4 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab) Murid mengetahui kemahiran-kemahiran bahasa Arab dan mampu untuk mempraktikkannya secara sedar, menepati situasi dan secara sistematik. 5 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) Murid mengetahui kemahiran-kemahiran bahasa Arab dan mampu untuk mempraktikkannya secara sedar, menepati situasi, secara sistematik dan tekal. 6 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali) Murid mengetahui kemahiran-kemahiran bahasa Arab dan mampu untuk mempraktikkannya secara sedar, menepati situasi, secara sistematik, tekal dan boleh dicontohi.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 16 ORGANISASI KANDUNGAN Pelaksanaan KSSM telah dijalankan secara berperingkatperingkat mulai 2017. Pelaksanaan bagi mata pelajaran Bahasa Arab adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2016 yang berkuatkuasa sekarang. Manakala waktu minimum jam setahun bagi mata pelajaran Bahasa Arab Menengah Atas adalah 96 jam berdasarkan Lampiran 3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut. KSSM Bahasa Arab merangkumi SK dan SP yang patut dikuasai dan mampu dicapai oleh murid. SK dan SP Bahasa Arab sekolah menengah dibina berteraskan kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan sistem bahasa yang merentasi domain serta situasi yang ditetapkan. 1. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberikan respons. 2. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara untuk menyampaikan idea, maklumat dan perasaan dengan sebutan, intonasi dan gaya bahasa yang betul, sesuai dan sopan. 3. Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan yang fasih dan intonasi yang betul serta memahami teks yang dibaca. 4. Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan serta melahirkan idea melalui pelbagai bentuk penulisan. 5. Sistem Bahasa Sistem bahasa merupakan elemen yang sangat penting dalam mempelajari sesuatu bahasa sebagaimana pentingnya kemahiran bahasa itu sendiri. Sistem bahasa yang ditekankan dalam KSSM Bahasa Arab ini adalah sistem fonetik, kosa kata dan tatabahasa. 5.1 Sistem Fonetik Sistem fonetik merupakan elemen yang amat penting dalam pengajaran bahasa Arab. Ia bertujuan melatih murid menyebut dan membaca huruf, suku kata, perkataan, ungkapan dan ayat dengan betul serta mampu menguasai dan membezakan sebutan dengan baik.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 17 5.2 Kosa Kata Pemilihan kosa kata dari tema-tema yang telah disenaraikan adalah berdasarkan perkembangan murid dari aspek mental dan fizikal serta keperluan tertentu yang bersesuaian. 5.3 Tatabahasa Elemen tatabahasa dalam KSSM Bahasa Arab diberi penekanan dalam dokumen dan pelaksanaannya. Tatabahasa fungsian disepadukan dalam pembelajaran murid oleh guru dengan mengambil kira tahap kemampuan murid. Standard Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Menengah digubal dengan memberikan penekanan pada SK dan SP yang perlu dikuasai dan boleh dilakukan oleh murid. SK dan SP ini berpaksikan kemahiran bahasa dan sistem bahasa. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni serta kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid. Guru melaksanakan PdP merujuk SK dan SP serta mentaksir perkembangan murid melalui SPi seperti Jadual 6. Jadual 6: Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Dalam organisasi kandungan, terdapat lajur Catatan. Lajur ini mengandungi cadangan aktiviti dan nota. Guru boleh melaksanakan aktiviti tambahan selain daripada yang dicadangkan mengikut kreativiti dan keperluan untuk mencapai Standard Pembelajaran.


Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Tingkatan 4


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 21 1 )مهارة االستماع والكالم معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة 1.1 االستماع إلى الكلمات في سياقها من الجملة ونطقها مع االستجابة لها حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.1.1 نطق األسماء في الجمل املسموعة من: أ اسم الفاعل على وزن: م فعل، م فاعل، م فعل، م ستفعل. ب ع ْ اسم اآللة على وز ال ة ن مف ل ع ْ ومف . ج اسم املفعول لفعل ثالثي مجرد. د املصدر لفعل ثالثي مجرد. ه الظرف: حيث، عند، منذ، بينما. و األسماء الظاهرة املحددة. 2.1.1 نطق األفعال في الجمل املسموعة من ماض ومضارع وُ أمرُ لفعل ثالثي مزيد لألوزان املختارة: أفعل، فاعل، ل فع ، استفعل. 3.1.1 تحديد األسماء واألفعال في الجمل املسموعة. 4.1.1 إظهار الفهم لألسماء واألفعال في الجمل املسموعة. نموذج اسم الفاعل في الجملة: جاهد مجاهد في الدعوة. نموذج اسم اآللة في الجملة: كنس الولد األرضية باملكنسة. نموذج اسم املفعول لفعل ثالثي مجرد في الجملة: الخبر معلوم. نموذج املصدر لفعل ثالثي مجرد في الجملة: القراءة أساس النجاح. نموذج الظرف في الجملة: اذهب من ح ْ ي ث أتيت. من أساليب إظهار الفهم: اإليماءات )اإلشارات، تقاسيم الوجه، حركات اليد والجسد(


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 22 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة الرسم اإلتيان بالترادف/التضاد التعيين الشرح التمثيل 2.1 االستماع إلى التراكيب في سياقها من الجملة ونطقها مع االستجابة لها حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.2.1 نطق التراكيب اإلضافية في الجمل املسموعة )اسم ظاهر مفرد +اسم ظاهر مثنى أوُ جمع(. 2.2.1 نطق الفعل التعبيري في الجمل املسموعة. 3.2.1 نطق التراكيب اإلضافية وُالفعل التعبيري في الجمل املسموعة وتعيينهما. 4.2.1 نطق التراكيب اإلضافية وُالفعل التعبيري في الجمل املسموعة وُإظهار الفهم لهما. 5.2.1 نطق التراكيب اإلضافية وُالفعل التعبيري في الجمل املسموعة وتصنيفهما. نموذج اسم ظاهر مفرد + اسم ظاهر مثنى أوُ جمع : أستعيرُ ين كتاب املعلم / أستعير كتاب املعلمين الفعل التعبيري هو الذي يتكون من الفعل وُحرف الجر أوُ الظرف. وُعادة يفيد معنى خاصا مخالفا ملعناه األصلي. مثالُ "يخرج" أو "يخرج على". النموذج: يخرج املعلم. )ضد يدخل(


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 23 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة يخرج العمال على رئيسهم. )يتمرد( 3.1 االستماع إلى الجمل املفيدة ونطقها مع االستجابة لها شفهيا حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 2.3.1 نطق الجمل مع مراعاة النبرات والتنغيمات والسكتات والوقفات الصحيحة. 3.3.1 نطق الجمل املسموعة وإظهار الفهم لها. 4.3.1 نطق الجمل املثبتة املسموعة املشتملة على الم التعليل وإظهار الفهم لها. 5.3.1 نطق الجمل املثبتة املسموعة املشتملة على )حتى + الفعل املضارع( وإظهار الفهم لها. 6.3.1 نطق الجمل املثبتة املسموعة املشتملة على )كان، كانت، كنت، كنت، كنتم، كنت، كنا( ( و)إن وإظهار الفهم لها. 7.3.1 نطق الجمل املنفية املسموعة املشتملة على ) ل ْ م( وإظهار الفهم لها. نموذج حتى: اجتهد حتى تنجح. نموذج كان : وإن كان زيد قائما. إن زيدا قائم. نموذج ْ م ل رئيسالطالبلم يمارس الرياضةفي القاعة.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 24 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة 8.3.1 االستجابة للجمل املسموعة املشتملة على: أ األوامر بفعل األمر لفعل ثالثي مزيد لألوزان املختارة: أفعل، فاعل، ل، فع استفعل. ب االستفهام بــــ)أي( . ج ا نة من واهي املكو لن ال الناهية وُالفعل املضارع للضمائر: ، أنت، أنت أنتما، أنتم، أنتن. 9.3.1 االستماع إلى الجمل املشتملة على حرف االستثناء )إال( وإظهار الفهم لها. 10.3.1 االستماع إلى الجمل املشتملة على )ذو( وإظهار الفهم لها. 11.3.1 االستماع إلى الجمل املشتملة على فعل مبني للمجهول ونطقها. 12.3.1 االستماع إلى الجمل املشتملة على نائب الفاعل ونطقها. 13.3.1 االستماع إلى الجمل املشتملة على األُعداد من 1 إلى 19 ومعدودها ونطقها. 14.3.1 االستماع إلى الجمل املشتملة على أسلوب التعجب بصيغة : "ما أفعل" ونطقها. نموذج أي: أي كتب أرخص؟ نموذج ال الناهية + الفعل املضارع: الُ ْ تكتب الرسالة. نموذج حرف االستثناء )إال(: يدخل الطالب غرفة املعلمين إالُ طالبا. نموذج )ذو(: يذهب ذوُ العلم إلى معرض الكتب صباحا. نموذج نائب الفاعل: ش رب الحليب. من أساليب إظهار الفهم: اإليماءات )اإلشارات، تقاسيم الوجه، حركات اليد والجسد( الرسم


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 25 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة 15.3.1 االستماع إلى تعابير املجامالت واالستجابة لها. 16.3.1 إلقاءتعابير املجامالت واالستجابة لها. 17.3.1 التعبير عن األشياء املحسوسة واألشخاص واألماكن واألحداث والتعبير عن الخبرات الشخصية بالجملة املناسبة شفهيا. 18.3.1 طرح األسئلة شفهيا بأداة االستفهام )أي( . 19.3.1 اإلجابة عن األسئلة شفهيا. 20.3.1 تقديم األوامر بفعل ثالثي مزيد لألوزان املختارة: علْ ْ ف أ ، اعلْ ف ، لْ ع ف ، اسْ ت ْ ف ع ْ ل. واهي تقديم 1.3.21 الن )ال الناهية + الفعل املضارع( للضمائر ، : أنت أنت، أنتم ا، أنتم، أنتن. اإلتيان بالترادف/التضاد التعيين الشرح التمثيل 4.1 االستماع إلى النص ال يتعدى عدد كلماته خمسين كلمة وُاالستجابة لها حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.4.1 االستماع إلى القصة وُالحوارُ وُاإلُرشاد ونشرة األخبار والرسالة والخطابة وتحديد موضوعها. 2.4.1 االستماع إلى القصة وُالحوارُ وُاإلُرشاد ونشرة األخبار والرسالة والخطابة ثم اإلجابة عن األسئلة املتعلقة بها.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 26 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة 3.4.1 إجراء الحوارُ البسيط. 4.4.1 عرض التمثيل البسيط. 5.4.1 وصف األشياء املحسوسة واألشخاص واألماكن واألحداث والتعبير عن الخبرات الشخصية شفهيا.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 27 معيار اإلنجازات )ملهارة االستماع و الكالم( املستو يات تفصيل املستو يات 1 نطق الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص املسموعة مع إرشاد املعلم. 2 نطق الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص املسموعة بالنبرات والتنغيمات والسكتات والوقفات. 3 استخدام الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص شفهيا في مواقف مناسبة. 4 استخدام الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص شفهيا في مواقف مناسبة بطريقة منظمة. 5 استخدام الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص شفهيا في مواقف مناسبة بطريقة منظمة ومطردة. 6 استخدام الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص شفهيا في مواقف مناسبة بطريقة منظمة ومطردة مع كونه مثاليا.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 28 Kemahiran Membaca 2 )مهارة القراءة معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة 1.2 قراءة الكلمات في الجملة قراءة صحيحة مع الفهم واالستيعاب حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.1.2 قراءة األسماء في الجملة مع تعيين: ستفع أ اسم الفاعل على وزن: ل. ل، م فع فاعل، م فعل، م م ب ع ْ اسم اآللة على وز ا ة ن مف ل ع ْ ل ومف . ج اسم املفعول لفعل ثالثي مجرد. د املصدر لفعل ثالثي مجرد. ه الظرف: حيث، عند، منذ، بينما. و األسماء الظاهرة املحددة. 1.1.2 قراءة األفعال في الجملة مع تعيينها ماض ا ً ي ً ً ومضارعا وأمرا لفعل ثالثي مزيد لألوزان املختارة: أفعل، فاعل، ل، فع استفعل. 2.1.2 إظهار الفهم للكلمات املقروءة في الجملة. 3.1.2 قراءة األفعال في الجملة وتصنيفها من حيث البنية والداللة. 4.1.2 تقييم القراءة للكلمات في الجملة من حيث الصحة والخطأ وتصحيح القراءة الخاطئة. نموذج اسم الفاعل في الجملة: جاهد مجاهد في الدعوة. نموذج اسم اآللة في الجملة: كنس الولد األرضية باملكنسة. نموذج اسم املفعول لفعل ثالثي مجرد في الجملة: الخبر معلوم. نموذج املصدر لفعل ثالثي مجرد في الجملة: القراءة أساس النجاح. نموذج الظرف في الجملة: اذهب من ح ْ ي ث أتيت. من أساليب إظهار الفهم: اإلتيان بالترادف/التضاد


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 29 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة اإليماءات )اإلشارات، تقاسيم الوجه، حركات اليد والجسد( الرسم اإلتيان بالترادف/التضاد التعيين الشرح التمثيل 2.2 قراءة التراكيب في الجملة قراءة صحيحة مع الفهم واالستيعاب حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.2.2 قراءة التراكيب في الجملة قراءة صحيحة من حيث البنية والتشكيل. 2.2.2 قراءة التراكيب اإلضافية في الجملة بالنبرات والسكتات الصحيحة مكونة من )اسم ظاهر مفرد + اسم ظاهر مثنى أوُ جمع(. 3.2.2 قراءة الفعل التعبيري في الجملة. 4.2.2 تقييم قراءة التراكيب اإلضافية وُالفعل التعبيري في الجملة من حيث الصحة والخطأ وتصحيح القراءة الخاطئة. نموذج اسم ظاهر مفرد + اسم ظاهر مثنى أوُ جمع : أستعيرُ كتاب ين املعلم / أستعير كتاب املعلمين الفعل التعبيري هو الذي يتكون من الفعل وُحرف الجر أوُ الظرف. وُعادة يفيد معنى خاصا مخالفا ملعناه األصلي. مثالُ "يخرج" أو "يخرج على". النموذج:


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 30 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة يخرج املعلم. )ضد يدخل( يخرج العمال على رئيسهم. )يتمرد( 3.2 قراءة الجمل املفيدة قراءة صحيحة مع الفهم واالستيعاب حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.3.2 قراءة الجمل مع مراعاة النبرات والتنغيمات والسكتات والوقفات الصحيحة. 2.3.2 إظهار الفهم للجمل املثبتة املقروءة املشتملة على: أ حتى + الفعل املضارع ب الم التعليل. 3.3.2 إظهار الفهم للجمل املثبتة املقروءة املشتملة على )كان، كانت، كنت، كنت، كنتم، كنت، ك نا( (. و)إن 4.3.2 إظهار الفهم للجمل املنفية املقروءة املشتملة على )لم(. 5.3.2 إظهار الفهم للجمل املقروءة املشتملة على: أ االستفهام بــــ)أي( . ب األوامر بفعل األمر لفعل ثالثي مزيد لألوزان املختارة: أفعل، فاعل، ل، فع استفعل نموذج حتى: اجتهد حتى تنجح. نموذج كان : وإن كان زيد قائما. إن زيدا قائم. نموذج ْ م ل رئيسالطالبلم يمارس الرياضةفي القاعة. نموذج أي: أي كتب أرخص؟


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 31 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة ج واهي الن نة املكو من )ال الناهية + الفعل املضارع( ، أنت للضمائر ، : أنت أنتما، أنتم، أنتن. 6.3.2 قراءة الجمل املشتملة على حرف االستثناء )إال( وإظهار الفهم لها. 7.3.2 قراءة الجمل املشتملة على )ذو( وإظهار الفهم لها. 8.3.2 قراءة الجمل املشتملة على األُعداد من 1 إلى 19 ومعدودها وإظهار الفهم لها. 9.3.2 قراءة الجمل املشتملة على أسلوب التعجب بصيغة : "ما أفعل" وإظهار الفهم لها. الجملة قراءة 2.3.10 ً قراءة للجمل املشتملة على: ً ة ل َّ ك مش أ املبتدأ والخبر ب الفاعل ج املفعول به د نائب الفاعل ه اسم كان وخبرها و اسم إن وخبرها نموذج ال الناهية + الفعل املضارع: الُ ْ تكتب الرسالة. نموذج حرف االستثناء )إال(: يدخل الطالب غرفة املعلمين إالُ طالبا. نموذج )ذو(: يذهب ذوُ العلم إلى معرض الكتب صباحا. نموذج نائب الفاعل: ش رب الحليب. من أساليب إظهار الفهم: اإليماءات )اإلشارات، تقاسيم الوجه، حركات اليد والجسد( الرسم اإلتيان بالترادف/التضاد


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 32 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة ز اإلضافة ح النعت ط الظرف ي االسم املجرور بحرف الجر ك الفعل املضارع الصحيح املرفوع ل الفعل املضارع املنصوب بـــ"أن، لن" واملجزوم بــ"لم، ال" 11.3.2 تقييم قراءة الجمل من حيث الصحة والخطأ وتصحيح القراءة الخاطئة. التعيين الشرح التمثيل 4.2 قراءة النص ال يتعدى عدد كلماته ثمانين كلمة قراءة صحيحة مع الفهم واالستيعاب حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.4.2 قراءة النص املشكل بالنبرات والتنغيمات والسكتات والوقفات الصحيحة. 2.4.2 قراءة النص املشكل من القصة وُالحوارُ وُاإلُرشاد ونشرة األخبار والرسالة والخطابة واإلجابة عن األسئلة املتعلقة بها. 3.4.2 قراءة النص املشكل من القصة والحوارُ واإلرشاد ونشرة األخبارُ والرسالة والخطابة واستخراج األفكار الرئيسة.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 33 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة النص قراءة 2.4.4 ً قراءة للجمل املشتملة على: ً ة ل َّ ك مش أ املبتدأ والخبر ب الفاعل ج املفعول به د نائب الفاعل ه اسم كان وخبرها و اسم إن وخبرها ز اإلضافة ح النعت طالظرف ي االسم املجرور بحرف الجر ك الفعل املضارع الصحيح املرفوع 5.4.2 الفعل املضارع املنصوب بـــ"أن، لن" واملجزوم بــ"لم، ال"


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 34 معيار اإلنجازات )ملهارة القراءة( املستو يات تفصيل املستويات 1 قراءة الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص مع إرشاد املعلم. 2 قراءة الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص بالنبرات والتنغيمات والسكتات والوقفات. 3 قراءة الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص في مواقف مناسبة. 4 قراءة الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص بطريقة منظمة. 5 قراءة الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص بطريقة منظمة ومطردة. 6 قراءة الطالب الكلمات والتراكيب والجمل والنصوص بطريقة منظمة ومطردة مع كونه مثاليا.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 35 Kemahiran Menulis 3 )مهارة الكتابة معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة 1.3 كتابة الكلمات في سياقها من الجملة كتابة صحيحة واستخدامها حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.1.3 استخدام القواعد اإلمالئية األساسية في كتابة الكلمات. 2.1.3 كتابة األسماء من نوع: أ اسم الفاعل على وزن: م فعل، م فاعل، م فعل، م ستفعل. ب اسم ع ْ ن مف اآللة على وز ا ة. ل ع ْ ل ومف ج اسم املفعول لفعل ثالثي مجرد. د املصدر لفعل ثالثي مجرد. ه الظرف: حيث، عند، منذ، بينما. و األسماء الظاهرة املحددة. 3.1.3 كتابة األفعال من ماض ومضارع و أمر لفعل ثالثي مزيد لألوز ل، ان املختارة : أفعل، فاعل، فع استفعل. نموذج اسم الفاعل في الجملة: جاهد مجاهد في الدعوة. نموذج اسم اآللة في الجملة: كنس الولد األرضية باملكنسة. نموذج اسم املفعول لفعل ثالثي مجرد في الجملة: الخبرُ معلوم. نموذج املصدر لفعل ثالثي مجرد في الجملة: القراءة أساس النجاح. نموذج الظرف في الجملة: اذهب من ح ْ ي ث أتيت.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 36 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة 2.3 كتابة التراكيب في سياقها من الجملة كتابة صحيحة واستخدامها حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.2.3 نقل التراكيب في سياقها من الجملة نقال صحيحا. 2.2.3 استخدام القواعد اإلمالئية األساسية في كتابة التراكيب. 3.2.3 كتابة التراكيب اإلضافية من )اسم ظاهر مفرد + اسم ظاهر مثنى أوُ جمع(. 4.2.3 كتابة الفعل التعبيري. 5.2.3 كتابة التراكيب اإلضافية وُالفعل التعبيري وتعيينها. 6.2.3 كتابة التراكيب اإلضافية وُالفعل التعبيري وتصنيفها. نموذج اسم ظاهر مفرد + اسم ظاهر مثنى أوُ جمع : أستعيرُ ين كتاب املعلم / أستعير كتاب املعلمين الفعل التعبيري هو الذي يتكون من الفعل وُحرف الجر أوُ الظرف. وُعادة يفيد معنى خاصا مخالفا ملعناه األصلي. مثالُ "يخرج" أو "يخرج على". النموذج: يخرج املعلم. )ضد يدخل( يخرج العمال على رئيسهم. )يتمرد( 3.3 كتابة الجمل املفيدة كتابة صحيحة واستخدامها حسب املحاور املحددة. يقدر الطالب على: 1.3.3 نقل الجمل نقال صحيحا. 2.3.3 استخدام القواعد اإلمالئية األساسية في كتابة الجمل. 3.3.3 كتابة الجمل املثبتة املشتملة على )حتى + الفعل املضارع(. 4.3.3 كتابة الجمل املثبتة املشتملة على الُم التعليل. نموذج حتى: اجتهد حتى تنجح. نموذج كان : وإن كان زيد قائما. إن زيدا قائم.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 37 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة 5.3.3 كتابة الجمل املثبتة املشتملة على ) ، كنت، كان، كانت، كنت كنتم، كنت ، كنا( ( و)إن . 6.3.3 تحليل موقع اإلعراب وحالته وعالمته للكلمات في الجمل املرتكزة على: أ املبتدأ والخبر خبر مفرد ب الفاعل ج املفعول به د نائب الفاعل ه اسم كان وخبرها خبر مفرد و اسم إن وخبرها خبر مفرد ز اإلضافة اسم ظاهر نكرة + اسم ظاهر معرفة نموذج ْ م ل رئيسالطالبلم يمارس الرياضةفي القاعة. نموذج أي: أي كتب أرخص؟ نموذج ال الناهية + الفعل املضارع: الُ ْ تكتب الرسالة. نموذج حرف االستثناء )إال(: يدخل الطالب غرفة املعلمين إالُ طالبا. نموذج )ذو(: يذهب ذوُ العلم إلى معرض الكتب صباحا. نموذج نائب الفاعل: ش رب الحليب.


KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 4 38 معيار املحتوى معيار التعلم املالحظة ح النعت الحقيقي ط الظرف أمام، وراء، تحت، جانب، فوق، بين، قبل، بعد، أثناء، حين، اليوم، غدا، أمس، مع، داخل، خارج، صباحً ا، ، بارحة، ًا، اآلن ًا، يسار ، يمين ً ًا، ليال ً، نهار ظهرا، مساء حيث، عند، منذ، بينما. ي االسم املجرور بحرف الجر في، على، الباء، إلى، عن، من، الالم، الكاف، حتى ك الفعل املضارع الصحيح املرفوع ل الفعل املضارع الصحيح املنصوب بــــ)أن، لن( و املجزوم بـــ)لم، ال( .) 3.3.7 ْ م كتابة الجمل املنفية املشتملة على )ل نموذج تحليل موقع اإلعراب وحالته و عالمته: ب ال َّ الط . د ه ت ْ ج م الطالب: موقع اإلعراب الحالة العالمة مبتدأ مرفوع ضمة


Click to View FlipBook Version