The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahakhtar, 2020-04-19 04:58:01

LAPORAN AKHIR

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH
NURUL IZZAH AKHTAR BINTI MOHD TAJUDDIN

DI
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

ARAS 3, MENARA ZAKAT, JALAN TELUK WANJAH,
05200 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan sebagai
memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Diploma Kewangan

dan Perbankan Islam

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
SESI DISEMBER 2019

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
SESI DISEMBER 2019

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Disediakan oleh :
NAMA : NURUL IZZAH AKHTAR BINTI MOHD TAJUDDIN
NO. PENDAFTARAN : 10DIB17F1025
PROGRAM : DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menamatkan latihan industri
selama tiga bulan dan lapan hari ini dengan jayanya di Jabatan Kewangan, Lembaga Zakat
Negeri Kedah yang terletak di Alor Setar, Kedah bermula pada 9 Disember 2019 hingga 17
Mac 2020. Pada masa yang sama, saya berjaya menyiapkan laporan industri ini seperti yang
ditetapkan bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang banyak memberi dorongan kepada saya sepanjang menjalani latihan industri ini. Di sini
juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan Jabatan
Kewangan di Lembaga Zakat Negeri Kedah terutamanya ketua jabatan iaitu Puan
NoorHanisah Binti Khomarudin dan juga penyelia iaitu Puan Dayana Binti Omar dan Encik
Mohd Safwan Bin Mohd Rushdi yang mengambil berat tentang perkembangan saya
sepanjang menjalani latihan industri di jabatan tersebut.

Tidak lupa juga kepada semua kakitangan di Lembaga Zakat Negeri Kedah terutamanya
kakitangan Jabatan Kewangan kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang
tempoh latihan industri. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan saya jadikan
pedoman dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Semoga segala ilmu pengetahuan
yang diperoleh diberkati Allah SWT.

Dirakamkan juga jutaan terima kasih kepada Politeknik Seberang Perai kerana telah memberi
peluang kepada para pelajar untuk menjalani latihan industri bagi merasai suasana di alam
pekerjaan yang sebenar di mana berkemungkinan akan ditempuhi oleh para pelajar pada
masa hadapan. Sekian, terima kasih.

i

ISI KANDUNGAN

Penghargaan MUKA SURAT
Isi Kandungan
Senarai Jadual i
Senarai Rajah ii
BAB 1 iv
v
BAB 2
PENGENALAN 1
BAB 3 1.1 Pengenalan Organisasi 7
1.2 Latar Belakang Syarikat

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN 29
INDUSTRI 30
2.1 Pengenalan
2.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

LAPORAN TEKNIKAL 36
3.1 Sistem pemfailan 38
3.2 Kelebihan sistem pemfailan 38
3.3 Peralatan yang diguna pakai 40
3.4 Pemfailan mengikut tarikh dan
kronologi 40
3.5 Pemfailan mengikut tajuk atau
perkara 41
3.6 Pemfailan mengikut jenis
dokumen perniagaan 42
3.7 Proses pemfailan 43
3.8 Kesimpulan

ii

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 44
4.1 Pendaftaran kontraktor 45
BAB 5 4.2 Spesifikasi / Jenis peralatan yang 45
digunakan 47
BAB 6 4.3 Proses kerja yang dilakukan
BAB 7 4.4 Kesimpulan 49
50
LAPORAN TEKNIKAL 52
5.1 Tatacara penggunaan peralatan
54
- Komputer
- Mesin fotostat 56
- Mesin penghancur kertas 59

KESIMPULAN 60
6.1 Pengenalan 61

KOMEN DAN CADANGAN
7.1 Komen kepada Lembaga Zakat
Negeri Kedah
7.2 Cadangan kepada Lembaga Zakat
Negeri Kedah

RUJUKAN

LAMPIRAN

iii

JADUAL SENARAI JADUAL MUKA SURAT
1.1 Jadual ringkasan aktiviti latihan industri 30

iv

SENARAI RAJAH

RAJAH MUKA SURAT

1 Rajah rak simpanan fail 43

2 Rajah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran 48

kontraktor

3 Rajah komputer 49

4 Rajah mesin fotostat 50

5 Rajah mesin penghancur kertas 52

v

BAB 1
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan
I. Pendahuluan

Latihan industri adalah salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh setiap
pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum diperakukan untuk penganugerahan
Diploma Politeknik KPTM. Tempoh latihan industri adalah selama satu semester
iaitu 20 minggu. Sepanjang tempoh tersebut, para pelajar perlu menimba ilmu
pengetahuan serta pengalaman dan kemahiran daripada kerja-kerja yang
dilakukan. Para pelajar juga dapat mengaplikasikan segala teori yang telah
dipelajari semasa di politeknik kepada bentuk praktikal.

1

Selain itu, ianya juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan teori
tersebut dengan cara kerja yang sebenar dan juga dapat memupuk semangat
bekerjasama dalam kumpulan. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi pelajar
dapat ditingkatkan dan dapat menanam sikap bekerja secara produktif dan
memupuk hubungan yang baik dengan pekerja. Akhir sekali, latihan industri dapat
memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai situasi dan cabaran yang
perlu ditempuh ketika berada di alam pekerjaan yang sebenar.

II. Hasil pembelajaran Latihan Industri

Hasil pembelajaran latihan industri adalah :

a) Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
Melalui latihan industri, para pelajar secara tidak langsung akan merasai dan
memahami situasi alam pekerjaan yang sebenar. Pelbagai pengalaman dapat
diperoleh untuk digunakan dalam pekerjaan di masa hadapan.

b) Mengamalkan etika kerja yang baik

Setiap syarikat atau organisasi pasti mempunyai etika atau peraturan. Para
pelajar yang menjalani latihan industri di organisasi tersebut haruslah mematuhi
peraturan dan etika yang ditetapkan. Pelajar harus melaksanakan tugas yang
diberikan dengan sempurna dan mengikut masa diberikan. Pelajar haruslah
bersedia untuk menerima arahan dari semasa ke semasa.

2

c) Membina personaliti individu

Latihan industri dapat membina keyakinan dalam diri seseorang pelajar. Ini
kerana pelajar perlu menghadapi pelbagai situasi dan ragam manusia semasa
bekerja dan skopnya lebih luas jika dibandingkan dengan situasi pembelajaran di
dalam kelas. Dengan ini, sikap pemalu atau takut untuk berkomunikasi dengan
masyarakat dapat diatasi dan secara tidak langsung akan membina personaliti
pelajar dan meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar.

d) Keberkesanan komunikasi

Komunikasi yang berkesan dapat dipupuk semasa menjalani latihan industri.
Komunikasi yang berlaku adalah komunikasi dua hala iaitu antara pelajar dengan
pekerja, antara pelajar dengan majikan, antara pelajar dengan pelanggan atau
pembekal dan pihak-pihak lain. Pelajar perlulah bersedia untuk menghadapi
pelbagai situasi dan berkomunikasi dengan baik supaya segala maklumat dapat
disampaikan dengan tepat dan diterima dengan jelas.

e) Menghasilkan laporan latihan industri

Penyediaan laporan industri ini dapat melatih pelajar untuk menulis laporan
teknikal yang lengkap dan teratur. Dan laporan ini adalah sebagai bukti pelajar
menjalani latihan industri di organisasi tersebut.

3

III. Objektif laporan
Objektif laporan latihan industri adalah :

a) Sebagai bukti kepada latihan yang diikuti
Setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar perlu direkodkan dalam buku jurnal
refleksi latihan industri setiap hari sebagai bukti bagi latihan yang diikuti. Dengan
adanya laporan ini, pihak politeknik dapat membuat penilaian terhadap pelajar
berdasarkan kefahaman dan prestasi pelajar sepanjang tempoh latihan industri.

b) Laporan yang berguna di masa hadapan
Pengalaman merupakan salah satu syarat utama yang dipertimbangkan oleh
sesebuah organisasi dalam mencari pekerja. Perakuan daripada pihak organisasi
semasa latihan industri boleh dijadikan bukti bahawa pelajar tersebut mempunyai
pengalaman dalam bidang yang diceburi.

c) Mendokumenkan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan
Laporan latihan industri perlu disediakan oleh pelajar sebagai salah satu cara
mendokumentasikan gerak kerja dan aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh
latihan industri. Pengalaman dan pengetahuan baru dapat dijana melalui laporan
yang dibuat oleh pelajar.

4

IV. Kepentingan latihan industri
Latihan industri adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar
mengenai situasi sebenar alam pekerjaan. Dengan adanya latihan industri banyak
pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum
menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri dengan
pengalaman dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada latihan industri. Ia juga dapat
menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum
ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti
latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara
dan kehendak semasa melakukan pekerjaan.

Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang
pelajar dimana apabila pelajar menjalani latihan industri, pelajar akan bertemu dengan
orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-menghormati terhadap
orang sekeliling akan timbul di dalam diri para pelajar sekiranya pelajar menjalankan
latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Melalui latihan ini juga, para pelajar
dapat menangani sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.

5

Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan latihan industri adalah:
a. Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar
b. Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri
c. Dapat menambahkan lagi pengalaman dalam bidang yang diceburi
d. Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila
mula bekerja kelak
e. Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan

6

1.2 Latar Belakang Organisasi

I. Pengenalan organisasi

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman merupakan organisasi yang diberi
tanggungjawab untuk menguruskan kutipan zakat dan agihan zakat di dalam negeri
Kedah. Terdapat pelbagai jenis zakat yang perlu dikutip oleh Lembaga Zakat Negeri
Kedah iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat padi, zakat saham, zakat haiwan
ternakan, zakat kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP), zakat emas, dan zakat wang
simpanan. Dengan bayaran zakat yang dibuat oleh umat Islam kepada Lembaga Zakat
Negeri Kedah, mereka dapat menggunakan dengan membantu memberi bantuan
kepada golongan asnaf yang memerlukan. Antara bantuan yang disediakan oleh
Lembaga Zakat Negeri Kedah ialah bantuan sara hidup sama ada dari segi kewangan
atau bekalan makanan, bantuan perubatan seperti bayaran rawatan di pusat
haemodialisis, bantuan perumahan seperti membaik pulih atau membina rumah, bantuan
perniagaan, bantuan musibah alam, bantuan pembangunan ummah dan bantuan
pendidikan seperti dermasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

7

Antara fungsi Lembaga Zakat Negeri Kedah ialah :

a. Menguji tahap keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah

- Sebagai pembersihan rohani dan jasmani dalam diri seseorang

b. Menjadikan negara dan umat islam muncul sebagai golongan kaya dan makmur

- Setiap zakat yang dikeluarkan akan dibayar dengan ganjaran yang besar

c. Merapatkan jurang antara golongan yang kaya dengan golongan yang kurang
bernasib baik

- Dapat melahirkan rasa kasih sayang kepada golongan miskin

d. Mengutip semua jenis zakat

- Pengagihan zakat akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan

Berikut adalah 8 golongan asnaf yang berhak menerima zakat :

 Fakir
 Miskin
 Amil
 Mualaf
 Al-Riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan)
 Al-Gharimin (penghutang muslim)
 Fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah)
 Ibnu Sabil (orang yang bermusafir)

8

Antara piagam pelanggan Lembaga Zakat Negeri Kedah ialah:
1) Akauntabiliti
 Status permohonan bantuan zakat boleh diperoleh dalam tempoh 21 hari dari
tarikh permohonan yang lengkap
 Pembayaran bantuan zakat dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan
bantuan

2) Maklumat sentiasa tepat dan terkini
 Penyata bayaran zakat melalui potongan gaji atau Ejen Kutipan dapat disemak

oleh pembayar zakat dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembayaran. Tertakluk
kepada maklumat yang lengkap
 Memperolehi resit rasmi dengan segera selepas pembayaran zakat dilakukan di
kaunter
 Membuat taksiran zakat dengan tepat dan betul berdasarkan maklumat yang
diberikan oleh pelanggan

3) Inovasi dalam memberi perkhidmatan
 Menyediakan platform baru kepada pembayar zakat menunaikan zakat
 Mempelbagaikan medium pengagihan zakat kepada penerima zakat

9

4) Layanan yang terbaik
 Memberikan layanan mesra kepada pembayar dan penerima zakat
 Memberikan maklum balas segera terhadap aduan zakat yang diterima
 Berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

Falsafah Penubuhan Menara Zakat

Setiap penubuhan sesebuah institusi mempunyai falsafah yang tersendiri sama ada dari
segi bentuk, ketinggian dan infrastruktur yang disediakan. Falsafah penubuhan Menara
Zakat didirikan sebelas tingkat dan pejabat urusan pengendalian zakat terletak di tingkat
tiga ialah untuk menggambarkan kepada kita bahawa kedudukan zakat adalah rukun
yang ketiga dalam Rukun Islam, lima perkara. Pembinaan Menara Zakat setinggi sebelas
tingkat adalah gambaran daripada tiga perkara iaitu:

 Gabungan Rukun Iman enam perkara dan Rukun Islam lima perkara,
menjadikannya sebelas.

 Gabungan zakat rukun yang ketiga dengan asnaf yang berhak menerima zakat
iaitu telah menjadikannya sebelas.

 Sebelas juga dikaitkan dengan sebelas daerah yang terdapat dalam negeri
Kedah.

10

Dalam memastikan matlamat dan fungsi penubuhan Lembaga Zakat Negeri Kedah
(LZNK) berada pada landasan yang betul, visi dan misi LZNK menjadi panduan supaya
pentadbiran kutipan dan agihan zakat terus berkembang dengan pesat sekaligus
membantu asnaf di negeri Kedah ini untuk keluar daripada kepumpung kemiskinan.

Visi
 Menjadi sebuah agensi pengurusan zakat yang unggul bertaraf dunia

Misi
 Mengurus dan meningkatkan operasi kutipan dan agihan zakat di negeri Kedah
dengan berintegriti bagi pembangunan sosio ekonomi ummah

Dasar Kualiti
 Lembaga Zakat Negeri Kedah bertekad memberikan perkhidmatan berkualiti dan
bertaraf dunia yang menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan
zakat berlandaskan hukum syarak bagi memenuhi kehendak dan kepuasan
pelanggan

Slogan
 Asnaf Disantuni, Pembayar Diberkati

11

II. Latar belakang penubuhan organisasi

 1935
Tarikh penubuhan Zakat Kedah berdasarkan tarikh Notis Memberi Nasihat
Ketentuan Yang Bersangkutan dengan perkara zakat adalah pada 19 Jamadil
Akhir 1355 bersamaan dengan 5 September 1936. Notis tersebut dikeluarkan
oleh Pejabat Syeikhul Islam melalui Majmaul Syeikhul Islam yang dianggotai
oleh Haji Ismail B Hj Mohd Saleh, Haji Yaakob Bin Hj Ahmad dan Haji Abdul
Ghani B Hj Awang. Majmaul Syeikhul Islam ditubuhkan secara rasmi pada
tahun 1936 bagi menggantikan jawatan Syeikhul Islam yang bermula
daripada tahun 1901. Hebahan berkaitan dengan hal ehwal zakat adalah
antara perkara utama yang diberi tumpuan oleh Majmaul Syeikhul Islam
(sebahagian rujukan menyebut Majma’ Masyikhatil Islam) adalah perkara
berkaitan dengan pengurusan zakat. Perhimpunan Riyal Zakat dan Sedekah
Orang-orang Islam di Negeri Kedah juga mencatatkan tahun 1355 H
bersamaan 1936 M sebagai tarikh mula sebaran zakat secara rasmi dibuat
kepada rakyat Negeri Kedah.

12

Dipercayai terdapat tarikh yang lebih awal, tetapi catatan rasmi berkaitan
penubuhan sebuah komiti melalui undang-undang pentadbiran adalah
bertarikh 1355H bersamaan 1936M.

 1955
Orang ramai telah mengadu kepada Syeikhul Islam Negeri Kedah Syeikh
Wan Sulaiman Bin Wan Sidek (1874-1935) pada masa itu berhubung dengan
pemberian zakat yang tidak sempurna serta tidak sampai kepada asnaf yang
memerlukan. Justeru, Syeikhul Islam telah mengemukakan masalah ini
kepada Pemangku Raja pada ketika itu DYTM Tengku Mahmud Ibnu Sultan
Ahmad Tajudin (1876-1973). Maka, ketika ditanya oleh Pemangku Raja
bagaimana sepatutnya dijalankan kutipan zakat ini maka dijawab oleh
Syeikhul Islam “hendaklah zakat ini kembali kepada tanggungjawab asal iaitu
zakat ditunaikan kepada ulil amri dalam satu-satu tempat”. Ianya telah
dipersetujui oleh Pemangku Raja lalu menitahkan kepada orang ramai
supaya menyerahkan zakat kepada amil-amil yang dilantik oleh ulil amri.
Pada permulaan perintah ini dilaksanakan, zakat dikeluarkan mengikut
kehendak petani iaitu berapa bahagian daripada 8 asnaf itu hendak diberikan
kepada amil.

Kemudian sampai satu ketika diwujudkan satu undang-undang 4/8 daripada
hasil zakat hendaklah diserahkan kepada amil yang dilantik manakala 4/8 lagi
tepulang kepada pembayar untuk diberikan kepada orang-orang yang dipilih
setempatnya.

Pada tahun 1955 wujudlah undang-undang zakat (enakmen Jabatan Zakat
Negeri Kedah Darul Aman) iaitu zakat padi hendaklah dibayar 100% atau 8/8
kepada amil yang dilantik, jadi berjalanlah kutipan zakat ini begitu lama iaitu
hanya zakat padi.

13

 1984
Kemudian pada tahun 1984-1997, pihak ulil amri telah melantik Dato’ Syeikh
Mahmood Naim sebagai Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah.
Beliau kemudiannya telah meluaskan pembayaran zakat harta ini kepada
semua bidang harta yang wajib zakat, iaitu mulanya zakat padi telah
berpindah kepada zakat harta (zakat pendapatan) yang lain termasuk dalam
hasil usaha yang halal yang diusahakan oleh satu-satu individu.
Alhamdulillah, hasilnya prestasi kutipan zakat terus meningkat saban tahun.

 2015
Kini, usaha untuk terus mengukuhkan institusi zakat Kedah melalui
penambahbaikan undang-undang zakat terus dititikberatkan oleh
Jawatankuasa Zakat Kedah bagi memastikan satu undang-undang lengkap
yang bukan sahaja merangkumi zakat padi, malah zakat harta yang lain turut
diwujudkan. Usaha berterusan ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada
tahun 2015, enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK)
diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul
Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus
unggul seterusnya memastikan lebih ramai asnaf diluar sana dibela.

14

III. Ahli lembaga pengarah
Antara ahli lembaga pengarah Lembaga Zakat Negeri Kedah ialah :

1. Dato’ Paduka Syeikh Haji Fadzil Bin Haji Awang
2. Dato’ Syeikh Haji Abd Rahman Bin Hj Abdullah
3. Profesor Dr. Md. Amin Bin Abdul Rahman Al-Jarumi
4. Tuan Syeikh Haji Faisol Bin Haji Omar
5. Dr. Akli Bin Ahmad
6. Tuan Syeikh Haji Zakaria Bin Othman
7. Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim

15

IV. Aktiviti organisasi
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Pusat Haemodialisis Zakat

Pusat Haemodialisis Zakat Kedah telah ditubuhkan secara rasminya pada Julai 2011
yang menelan belanja hamper RM1.5 juta dan telah beroperasi dengan sempurna yang
boleh memuatkan 18 mesin dialisis dengan kapasiti rawatan yang melibatkan sejumlah
70 pesakit non-hepatitis pada satu-satu masa.
Pada 23 Ogos 2011, Pusat Haemodialisis Zakat Kedah telah dirasmikan oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

16

Secara amnya, haemodialisis merupakan salah satu cara rawatan yang digunakan untuk
merawat pesakit buah pinggang. Dianggarkan jumlah pesakit ini semakin bertambah
setiap tahun. Pada tahun 2010 sahaja, jumlah kes yang menjalani rawatan haemodialisis
di seluruh negara sudah mencecah lebih 20,000 kes.
Antara objektif utama utama Pusat Haemodialisis Zakat Kedah ialah memberikan
rawatan secara percuma kepada golongan asnaf miskin khususnya dalam Negeri Kedah.
Selain itu, ianya membantu untuk memperbaiki taraf kesihatan asnaf untuk menempuh
hidup yang lebih bermakna.
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kos rawatan buah pinggang agak tinggi.
Ada di kalangan asnaf yang tidak mampu untuk membiayai kos tersebut. Dengan
tertubuhnya Pusat Haemodialisis ini, diharapkan tidak ada lagi pesakit Islam,
terutamanya golongan asnaf yang pergi memohon bantuan kepada persatuan yang
bukan Islam. Selain itu, dengan tertubuhnya pusat ini, sedikit sebanyak dapat membantu
meringankan beban kerja kerajaan dalam merawat pesakit buah pinggang.

2. Pusat Kemahiran Jahitan

17

Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Zakat pada 1 Ogos 2010 telah bersetuju
untuk menubuhkan Bengkel Jahitan Asnaf dan kemudiannya ditukar kepada Pusat
Jahitan Asnaf di Aras Bawah, Menara Zakat, Alor Setar, Kedah.

Di awal penubuhannya, Bengkel Jahitan ini mempunyai 10 orang pelajar terdiri daripada
kalangan asnaf yang di pilih sendiri menerusi proses temuduga. Mereka yang terpilih
akan diajar oleh seorang tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang ini.

Bermula dengan 10 unit mesin jahit lurus, 2 mesin jahit tepi,1 mesin jahit tepi halus dan
1 mesin jahit butang, para pelajar diberi latihan secara praktikal selama 3 bulan dan
diberikan elaun sebanyak RM 450.00 sebulan.

Pada bulan April 2014, pembukaan cawangan baru Pusat Kemahiran Jahitan di daerah
Kuala Muda. Penambahan sebanyak 18 unit mesin jahit tepi. Seramai 17 orang peserta
Pusat Kemahiran Jahitan daerah Kuala Muda diambil berkerja.

Pada tahun 2019, permintaan yang tinggi menyebabkan ruangan sedia ada tidak mampu
untuk menampung keperluan tersebut. Pusat Kemahiran Jahitan daerah Kota Setar yang
bertempat di Aras Bawah, Menara Zakat dipindahkan ke Kompleks Pembangunan Asnaf
(dahulunya dikenali sebagai Insaniah). Sehingga kini, Pusat Kemahiran Jahitan ini telah
dilawati oleh pelbagai agensi-agensi kerajaan mahupun swasta bahkan menjadi
penanda-aras bagi negara-negara luar seperti Ghana, Uganda bahkan negara jiran,
Indonesia.

18

3. Pondok Moden Zakat Kedah (PMZK)

Pondok Moden Zakat Kedah merupakan cetusan idea daripada Syeikh Zakaria bin
Othman (Ketua Pegawai Eksekutif LZNK), rentetan daripada siri jelajah beliau di
beberapa buah pondok dan Institusi Pendidikan di Malaysia. Tujuan penubuhannya
adalah untuk melahirkan Ulama’ yang kompeten dalam bidang ilmu agama dan ilmu
duniawi yang bersedia untuk menjadi barisan kepimpinan dimasa akan datang.
Sistem pendidikan yang digunakan di PMZK adalah mengintegrasikan sistem pendidikan
di Pondok Moden Darussalam, Indonesia dan Pondok Moden Al-Abaqirah (MAIWP). Dua
tempat ini menjadi rujukan utama dalam menghasilkan modul pendidikan PMZK ke arah
melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri Ulama’ yang faqeh dan bersedia untuk
memberi khidmat kepada Ummah.
Cetusan idea ini disambut baik oleh Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kedah, Syeikh Fadhil
Awang dan beliau turut sama-sama dalam usaha menjayakan hasrat penubuhan PMZK.
PMZK bakal beroperasi awal Mac 2018 di Kompleks Al-Hidayah (KEDA), Kg Che Bema,
Sungai Petani dengan jumlah pelajar 40 Orang untuk kemasukan pertama. Kemasukan
pelajar dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

19

4. Program Pendidikan

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bukan sahaja menyediakan program-program
kepada lapisan warga emas semata-mata bahkan turut menyediakan program
pendidikan kepada pelajar sekolah agama atau pondok yang ditanggung sepenuhnya
oleh LZNK.
Dibawah Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf LZNK, segala hal berkaitan
kemajuan asnaf menjadi fokus utama dalam menyediakan para asnaf ke arah yang lebih
baik.
Justeru, dengan wujudnya program pendidikan ini, pihak LZNK berharap dapat
meningkatkan kemahiran dan prestasi serta bakat pelajar-pelajar yang terpendam dapat
diasah dan dicungkil seterusnya mereka ini bakal membawa sinar harapan buat keluarga
mereka.

20

5. Usahawan Zakat Kedah

Bagi merancakkan lagi ekonomi asnaf negeri Kedah ini, Lembaga Zakat Negeri Kedah
telah merancang dan mentransformasikan pelbagai kaedah yang mampu meningkatkan
pendapatan mereka.
Latihan dan bimbingan keusahawan, program-program berbentuk perniagaan dan
kaedah dan selok-belok perniagaan dan pengiklanan turut diberikan sebagai inisiatif
Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam memastikan golongan ini tidak dibiarkan begitu
sahaja.
Kursus perekodan micro kewangan, kursus dan teknik pengiklanan, keusahawanan
selain kerjasama antara pelbagai agensi dilihat mampu merapatkan jurang golongan ini
sekaligus memacu mereka untuk terus dikenali dengan produk dan jenama mereka
sendiri.

21

Terbaru, seorang usahawan bimbingan Lembaga Zakat Negeri Kedah, Encik Abdul
Malek bin Zakaria telah dipilih untuk menerima Anugerah Ikon Asnaf kebangsaan
Usahawan (Khas) sempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan dan Ijtima’ Penggerak
Zakat Kebangssan 2019 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar).
Ini membuktikan usahawan bimbingan Lembaga Zakat Negeri Kedah mampu bersaing
dengan usahawan di luar sana asalkan mereka bercita-cita tinggi, berusaha dan yakin
dengan apa yang dilaksanakan oleh mereka.

6. Latihan & Kemahiran Untuk Anak-Anak Asnaf

22

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyahut saranan Perdana Menteri Malaysia ke-
7 dalam memacu Malaysia menjadi negara maju melalui Latihan Teknikal dan Vokasional
Malaysia (TVET) dengan kerjasama pelbagai agensi. Pelbagai usaha dan inisiatif telah
dirangka dalam membantu meningkatkan ekonomi umat Islam khususnya golongan
asnaf di negeri Kedah ini.

Ramai anak-anak asnaf telah berjaya dalam bidang pekerjaan mereka melalui jalinan
kerjasama antara LZNk dan agensi-agensi yang terlibat. Latihan yang ditawarkan kepada
anak-anak asnaf Negeri Kedah dibimbing dan dipantau secara professional bagi
melahirkan generasi yang berdaya saing dan mampu untuk mengeluarkan keluarga
mereka daripada kepumpong asnaf.

Peserta-peserta yang terpilih semestinya daripada anak-anak daripada keluarga
penerima bantuan bulanan LZNK. Rekod terbaru yang diperolehi hasil kerjasama LZNK
dan agensi-agensi luar turut mendapati ada dikalangan anak-anak ini berjaya meraih
pendapatan sehingga RM5 ribu sebulan walaupun mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) sekaligus menjadi pembayar zakat tegar kepada LZNK.

Selain itu, pelbagai latihan dan tawaran kerjaya turut dihasilkan melalui jalinan kerjasama
LZNK dengan beberapa agensi swasta. Semua ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah
untuk mereaslisasikan kemiskinan mampu dihindari melalui pendidikan yang sempurna
dan usaha yang berterusan selain disiplin yang tinggi dan doa kepada Allah S.W.T.

23

7. Freemarket@Zakatkedah

Program FreeMarket@ZakatKedah mula diadakan pada tahun 2016 selepas trend
memberi pakaian terpakai kepada orang ramai mencuri perhatian pelbagai pihak,
sekaligus menjadi fenomena pada tahun tersebut. Sedar akan keperluan ke arah itu, Jab.
Komunikasi Korporat telah bersetuju untuk mengambil manfaat daripada fenomena ini
dan akhirnya, program FreeMarket@ZakatKedah ini mula diadakan.
Kejayaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pemberi barangan serta
pakaian dan penerima yang hadir pada program pertama ini diadakan di perkarangan
parker Menara Zakat, Alor Setar telah mendapat perhatian yang sangat meluas
termasuklah pihak media tempatan. Pengurus Besar Jab. Komunikasi Korporat LZNK,
Mohd Sani bin Harun berkata, program ini telah berjaya mencapai sasaran utamanya
iaitu membantu golongan asnaf yang tidak berkemampuan membeli pakaian baru dan
barangan baru.

24

Program ini turut mendapat tempat di hati orang ramai apabila pihak LZNK dihujani
dengan panggilan bertalu-talu berkenaan program ini. Semoga program ini terus
memberikan manfaat kepada semua orang, terutamanya kepada golongan yang
memerlukannya.

8. Program kutipan dana ‘Covid-19’ yang dinamakan ‘Asnaf Care’

Pada 26 Mac 2020, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah melancarkan satu sistem
yang dinamakan sebagai Asnaf Care supaya masyarakat dapat sama-sama membantu
dalam mengagihkan bekalan makanan kepada mereka yang terputus bekalan makanan
sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac 2020. Sistem yang
dibangunkan secara dalaman oleh kakitangan LZNK dalam tempoh yang singkat ini
memaparkan 9 jenis makanan asas seperti beras, minyak masak, kicap, sos, bihun dan
juga baucer wang tunai. Semua pengguna yang ingin menderma hanya perlu melayari
laman web https://asnafcare.com.my bagi membuat sumbangan.

25

Pihak LZNK mensasarkan kutipan sebanyak kira-kira RM36 juta yang boleh memberi
manfaat kepada kira-kira 700,000 keluarga dalam masa 6 bulan ini yang diramalkan
bakal menghadapi impak ekonomi yang perlahan akibat wabak COVID-19 yang melanda
dunia. Sebagai permulaan, pihak LZNK telah pun mengagihkan tambahan bekalan
makanan sebanyak 57,600 kampit beras dan 172,800 tin sardin kepada semua 576 buah
masjid di Negeri Kedah yang telah menjadi Pusat Bekalan Makanan Fakir dan Miskin
Zakat Kedah.

V. Halatuju organisasi

Sebagaimana penubuhan sesebuah organisasi mempunyai halatuju yang tersendiri,
Lembaga Zakat Negeri Kedah juga mempunyai halatuju yang jelas iaitu :

i. Menyedarkan umat Islam tentang betapa pentingnya kewajipan menunaikan
zakat kepada amil-amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dibawah
perkenan KDYMM Tuanku Sultan

ii. Mempertingkatkan kerja untuk meningkatkan perolehan kutipan zakat demi
menjaga kepentingan asnaf yang berhak menerima zakat seperti yang dijelaskan
di dalam Al-Quran

iii. Menyedarkan umat Islam tentang betapa pentingnya peranan zakat dalam
memperbaiki dan meningkatkan ekonomi umat Islam sejajar dengan falsafah
zakat yang mana ianya adalah salah satu sumber ekonomi kerajaan Islam

26

iv. Bekerja dan berusaha kearah mempertingkatkan syiar Islam dalam negeri ini dan
juga untuk mempertingkatkan dakwah islamiah kepada orang-orang Islam dan
bukan Islam

v. Lembaga Zakat Negeri Kedah juga membanteras segala ajaran orang yang tidak
bertanggungjawab berkenaan dengan kutipan zakat dalam negeri ini

vi. Mempelbagaikan kutipan zakat daripada sumber-sumber zakat yang diluluskan
oleh hukum syarak

vii. Memberi perkhidmatan sebaik-baiknya kepada asnaf-asnaf yang ditentukan oleh
syarak dengan memberi keutamaan kepada golongan fakir, miskin dan asnaf

viii. Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah juga memberikan insentif kepada golongan
LGBT untuk membantu mereka keluar daripada kelompok tersebut

27

VI. Carta organisasi
28

BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pengenalan

Pelajar yang menjalani latihan industri perlu mencatatkan semua aktiviti yang dilakukan
setiap hari sepanjang tempoh latihan industri di dalam buku Jurnal Refleksi yang
disediakan oleh politeknik. Setiap laporan yang ditulis dalam buku tersebut haruslah
ditandatangani oleh penyelia syarikat setiap minggu. Melalui buku jurnal tersebut,
penyelia boleh memberikan komen atau cadangan kepada pelajar mengenai kerja-kerja
yang dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri di syarikat mereka.
Dengan ini, pelajar dapat mengetahui tentang prestasi kerja mereka memuaskan atau
tidak memuaskan. Jika tidak memuaskan, pelajar boleh memperbaiki hasil kerja mereka
dari hari ke hari. Ini juga dapat mendidik pelajar supaya dapat menerima komen daripada
seseorang dan akan menjadikan mereka bersifat lebih terbuka. Selain itu, ianya juga
dapat memupuk semangat untuk berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap
tugasan yang diberikan oleh majikan.

29

2.2 Ringkasan aktiviti latihan industri

MINGGU TARIKH AKTIVITI

1 9/12/2019 –  Menyusun baucer bayaran mengikut turutan
12/12/2019 nombor yang telah ditulis pada baucer

 Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam
sistem menggunakan komputer

 Menebuk tarikh bayaran dibuat pada baucer
menggunakan mesin perforator

 Menulis maklumat bayaran yang diperlukan
pada baucer. Contohnya, jenis bank dan
tarikh bayaran dibuat

2 15/12/2019 –  Tidak hadir ke latihan industri kerana
19/12/2019 mendapat cuti sakit kerana mengalami
demam campak

3 22/12/2019 –  Membuat pengedaran baucer melalui sistem
26/12/2019 ‘workplace’

 Membuat salinan dokumen menggunakan

mesin fotostat
 Mendaftar nombor BWT ke dalam sistem
 Membuat pemfailan baucer

30

4 29/12/2019 –  Membuat pendaftaran nombor BWT
2/1/2020  Menulis maklumat bayaran pada baucer
 Membuat pengedaran baucer melalui sistem

‘workplace’
 Membuat pemfailan baucer

5 5/1/2020 –  Menulis maklumat bayaran yang diperlukan
9/1/2020 pada baucer

 Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam
sistem ‘workplace’

 Menghantar makluman kepada penerima
zakat melalui mesej atau emel

6 12/1/2020 –  Membuat pemfailan baucer mengikut urutan
16/1/2020 nombor

 Menghantar makluman kepada penerima
zakat melalui mesej atau emel

 Mencetak vot bulanan
 Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam

sistem

31

7 19/1/2020 –  Mencetak vot bulanan
23/1/2020  Mendaftar nombor BWT ke dalam sistem
 Menulis maklumat bayaran pada baucer
8 27/1/2020 –
30/1/2020 seperti jenis bank, tarikh bayaran
 Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam
9 2/2/2020 –
6/2/2020 sistem
 Menhantar makluman kepada penerima

zakat

 Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam
sistem

 Mendaftar nombor BWT ke dalam sistem
 Menulis maklumat yang diperlukan pada

baucer
 Membuat salinan dokumen menggunakan

mesin fotostat

 Membuat pemfailan baucer mengikut urutan
nombor

 Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam
sistem

 Menulis maklumat yang diperlukan pada
baucer seperti jenis bank dan tarikh bayaran

 Menghantar invois ke jabatan lain

32

10 9/2/2020 –  Menghantar makluman kepada penerima
13/2/2020 zakat melalui mesej atau emel

 Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam
sistem

 Membuat salinan dokumen
 Menebuk tarikh bayaran pada baucer

menggunakan mesin perforator

11 16/2/2020 –  Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam
20/2/2020 sistem

 Menulis maklumat yang diperlukan pada
baucer seperti jenis bank dan tarikh bayaran

 Menghantar invois ke jabatan lain
 Terlibat dengan program pendaftaran

kontraktor untuk cabutan undi projek
pembinaan atau membaik pulih rumah

33

12 23/2/2020 –  Membuat pemfailan baucer mengikut urutan
27/2/2020 nombor

13 1/3/2020 –  Membuat ‘Posting Data Agihan’ ke dalam
5/3/2020 sistem

 Menulis maklumat yang diperlukan pada
baucer seperti jenis bank dan tarikh bayaran

 Mendaftar nombor BWT ke dalam sistem
 Membuat pengedaran baucer melalui sistem

‘workplace’

 Membuat pemfailan baucer mengikut urutan
nombor

 Menulis maklumat yang diperlukan pada
baucer seperti jenis bank dan tarikh bayaran

 Mendaftar nombor BWT ke dalam sistem
 Menghantar invois ke jabatan lain
 Menebuk tarikh bayaran pada baucer

menggunakan mesin perforator

34

14 8/3/2020 –  Membuat pemfailan baucer mengikut urutan
12/3/2020 nombor

15 15/3/2020 –  Menulis maklumat yang diperlukan pada
17/3/2020 baucer seperti jenis bank dan tarikh bayaran

 Membuat salinan dokumen menggunakan
mesin fotostat

 Menebuk tarikh bayaran pada baucer
menggunakan mesin perforator

 Menghantar invois ke jabatan lain

 Menebuk tarikh bayaran pada baucer
menggunakan mesin perforator

 Menulis maklumat yang diperlukan pada
baucer seperti jenis bank dan tarikh bayaran

 Mendaftar nombor BWT ke dalam sistem
 Membuat pemfailan baucer mengikut urutan

nombor

35

BAB 3
LAPORAN TEKNIKAL

3.1 Sistem pemfailan
Sistem pemfailan sangat penting dalam setiap organisasi. Segala maklumat dan
dokumen penting syarikat perlu disimpan dengan betul supaya mudah untuk dicari dan
dapat mengelakkan daripada dokumen-dokumen dan maklumat syarikat hilang atau
tercicir. Sistem pemfailan yang berkesan terhasil daripada perancangan dan pengurusan
yang teliti dan sistematik ke atas fail-fail yang membawa kepentingan kepada syarikat.
Setiap staf di Jabatan Kewangan Lembaga Zakat Negeri Kedah bertanggungjawab untuk
mengendalikan dokumen tersebut ke dalam fail.

36

Sistem pemfailan dibuat bertujuan untuk :
a. Dijadikan bahan rujukan
b. Menyimpan maklumat dan dokumen syarikat
c. Memudahkan pencarian maklumat dalam masa yang singkat, mudah dan
selamat
d. Menjadikan sistem pengurusan dokumen lebih sistematik dan teratur

Faktor-faktor pengkelasan yang terbaik perlu diambil kira seperti :
a. Penjimatan kos
b. Boleh diubah suai
c. Boleh dikemaskini
d. Penyelarasan
e. Mudah dikesan atau dicari

37

3.2 Kelebihan sistem pemfailan

Antara kelebihan sistem pemfailan adalah :

i. Dapat menguruskan sistem fail secara sistematik dan konsisten tanpa
menimbulkan kekeliruan

ii. Dapat melancarkan operasi sesebuah syarikat
iii. Dapat meningkatkan kualiti pentadbiran jabatan dengan memberikan semua

tumpuan terhadap segala proses pendokumentasian pengurusan maklumat,
sistem fail dan penyimpanan rekod
iv. Mendapat pengetahuan bagi menyediakan sebuah buku panduan atau manual
pengurusan fail dan rekod

3.3 Peralatan yang diguna pakai

a) Rak fail
Rak fail digunakan untuk menyimpan segala fail di mana dokumen dan maklumat
berkaitan syarikat diletakkan. Pada rak fail tersebut, label telah diletakkan
mengikut abjad atau nombor untuk mengasingkan fail-fail tersebut.

38

b) Fail
Fail digunakan untuk menyimpan semua dokumen-dokumen dan maklumat
syarikat. Fail-fail ini juga telah dilabelkan bagi memudahkan aktiviti pemfailan.

c) Alat penebuk lubang
Alat penebuk lubang digunakan untuk menebuk kertas atau dokumen semasa
membuat proses pemfailan.

d) Tali hijau
Tali hijau digunakan untuk mengikat dokumen yang tebal supaya tidak terpisah
dan mudah untuk dikemaskan.

e) Klip dan ‘stapler’
Alatan yang digunakan untuk mengepilkan dokumen-dokumen syarikat supaya
lebih tersusun dan tidak bercampur-aduk.

39

3.4 Pemfailan mengikut tarikh dan kronologi
Prosedur memfail dan mengikut susunan tarikh adalah merupakan satu kaedah yang
digunakan bagi memfailkan surat atau dokumen oleh syarikat mengikut tarikh seperti
yang tercatat di dalam surat yang diterima daripada pelanggan. Hal ini bermakna, segala
dokumen yang diterima awal akan difailkan terlebih dahulu. Manakala dokumen yang
diterima kemudian akan difailkan di bahagian atas di dalam fail. Contohnya, di Jabatan
Kewangan kebanyakan baucer-baucer pembayaran difailkan di dalam fail dan disusun
mengikut urutan nombor baucer dan tarikh.

3.5 Pemfailan mengikut tajuk atau perkara

Surat-surat dan dokumen boleh disusun mengikut tajuk atau perkara dan kemudiannya
disusun mengikut abjad. Ini menjadi panduan utama kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan urusan projek-projek yang telah dijalankan oleh syarikat, slip gaji
pekerja, pinjaman dan lain-lain. Kebaikan pemfailan seperti ini adalah segala dokumen
dan data yang berkaitan dengan surat-menyurat yang penting dapat dikumpulkan
bersama supaya jika dokumen tersebut diperlukan, ianya mudah untuk dicari.

40

3.6 Pemfailan mengikut jenis dokumen perniagaan
Setiap dokumen yang diterima daripada pelanggan akan disertakan dengan dokumen
data perniagaan yang telah dijalankan. Ini akan memudahkan kerja merekod dalam
proses perakaunan. Antara dokumen dan data perniagaan ialah :

a) Baucer pembayaran
b) Jurnal pelarasan
c) Invois
d) Lain-lain yang berkaitan dengan perakaunan dan pengurusan

41

3.7 Proses pemfailan

i. Menyusun baucer mengikut urutan nombor

Nombor baucer telah ditulis pada baucer pembayaran sebelum bayaran dibuat
untuk mengelakkan kekeliruan. Selepas bayaran dibuat, baucer tersebut akan
ditebuk mengikut tarikh bayaran dibuat dan kemudiannya akan dimasukkan ke
dalam fail. Sebelum baucer difailkan, baucer hendaklah disusun mengikut urutan
nombor yang telah ditulis bermula dari nombor yang kecil ke nombor yang lebih
besar. Sistem pemfailan yang tidak sistematik akan menyukarkan kerja-kerja
pencarian data atau maklumat syarikat. Oleh itu, pemfailan dokumen syarikat
seperti baucer pembayaran perlu dibuat dengan teratur bagi memudahkan
pencarian dokumen tersebut jika diperlukan untuk tujuan rujukan. Baucer
haruslah ditebuk terlebih dahulu menggunakan alat penebuk lubang sebelum
dimasukkan ke dalam fail.

ii. Menyusun baucer ke dalam fail

Baucer yang telah siap ditebuk lubang haruslah dimasukkan ke dalam fail. Setiap
satu fail hanya boleh diletakkan maksimum 20 baucer sahaja. Jika terdapat
baucer yang tebal dan tidak dapat dimasukkan ke dalam kumpulan failnya, fail
baru harus dibuka. Baucer perlu disusun mengikut urutan nombor yang kecil ke
nombor yang lebih besar. Dan baucer yang akan dimasukkan ke dalam fail
haruslah baucer yang telah ditebuk tarikh bayarannya.

42

iii. Menyimpan fail ke dalam almari
Setelah selesai menyusun semua baucer pembayaran ke dalam fail, fail
tersebut haruslah disimpan di dalam almari fail yang telah disediakan.

Contoh :

Rajah 1 menunjukkan rak simpanan fail

3.8 Kesimpulan
Sistem pemfailan yang dilakukan di Jabatan Kewangan Lembaga Zakat Negeri
Kedah sangat penting untuk menjaga kualiti dokumen dan melindungi data-data
perniagaan daripada tercicir, bercampur-aduk atau hilang. Kaedah pemfailan yang
sistematik akan melancarkan proses perakaunan, pengauditan dan pengurusan.
Oleh itu, adalah lebih baik jika syarikat-syarikat yang besar atau yang kecil
mengamalkan sistem pemfailan di dalam perniagaan supaya dapat memudahkan
semua untuk melakukan kerja-kerja merekod dan mencari semula dokumen-
dokumen yang lama jika perlu.

43


Click to View FlipBook Version