The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahakhtar, 2020-04-19 04:58:01

LAPORAN AKHIR

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pendaftaran kontraktor
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menawarkan kepada kontraktor kelas F untuk
mendaftar sebagai kontraktor yang dilantik untuk menghantar makanan, membina,
membaiki serta menyelenggara rumah asnaf. Pihak LZNK meletakkan pendaftaran ini di
bawah bidang tugas pegawai Bahagian Perolehan. Pendaftaran kontraktor ini dibuka
setiap tahun iaitu pada 1 Disember sehingga 31 Januari iaitu selama dua bulan.

4

4.2 Spesifikasi / Jenis peralatan yang digunakan

Kontraktor yang hadir untuk mendaftar dengan pihak LZNK hendaklah membawa salinan
sijil-sijil yang diperlukan untuk pendaftaran seperti Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB),
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan
Sijil Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU). Setiap kontraktor
dikehendaki untuk mengisi borang pendaftaran yang telah disediakan oleh pihak LZNK
dan mereka harus menyemak nama syarikat mereka pada senarai nama yang telah
disiapkan oleh pihak LZNK. Nama syarikat perlu disemak untuk memastikan mereka
telah sah berdaftar dengan pihak LZNK.

4.3 Proses kerja yang dilakukan

1. Pendaftaran kontraktor dibuat mengikut daerah dan dibahagikan kepada dua sesi
iaitu sesi pagi dan sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dan kekeliruan. Satu
kaunter dibuka untuk satu daerah dan terdapat beberapa orang pegawai yang
menjaga kaunter tersebut.

2. Setiap kontraktor perlu mengisi surat akaun pembida yang telah disediakan oleh
pihak LZNK dan hendaklah memastikan segala dokumen seperti sijil CIDB,
SPKK, SSM dan BPKU dibawa untuk pendaftaran.

45

3. Dua orang pelajar latihan industri telah ditugaskan untuk menyemak segala
dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran.

4. Selepas semua dokumen telah disemak, kontraktor perlu menyerahkan surat
akaun pembida yang telah diisi kepada pegawai di kaunter dan menulis nama
syarikat mereka pada senarai semak yang telah disediakan.

5. Setelah selesai urusan di kaunter pendaftaran, nombor untuk cabutan undi akan
diberikan kepada kontraktor dan mereka dikehendaki untuk menyimpan nombor
tersebut dan tidak menghilangkannya.

6. Semua kontraktor akan diminta untuk tunggu sehingga program cabutan undi
berakhir.

7. Setelah program cabutan undi selesai, hanya ada beberapa syarikat yang
bertuah sahaja yang akan mendapatkan projek yang disediakan oleh pihak LZNK.

8. Kontraktor yang berjaya mendapatkan projek akan diminta untuk mengisi borang
projek yang diperoleh.

46

4.4 Kesimpulan

Pendaftaran kontraktor di LZNK ini dibuka pada 1 Disember sehingga 31 Januari iaitu
selama dua bulan sepanjang tahun. Peluang ini dibuka kepada kontraktor bumiputera
untuk mereka mencari rezeki di samping membantu golongan asnaf yang layak
menerima bantuan zakat. Antara projek yang ditawarkan kepada kontraktor ialah
membina, membaik pulih dan menyelenggara rumah asnaf. Selain itu, pihak LZNK juga
membuka sebut harga kepada pembekal bahan mentah seperti keperluan makanan
harian kepada asnaf yang memohon bantuan bekalan makanan bulanan.

Contoh sijil SSM Contoh sijil CIDB

47

Contoh sijil SPKK Contoh sijil BPKU

Rajah 2 menunjukkan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran

48

BAB 5
LAPORAN TEKNIKAL
5.1 Tatacara penggunaan peralatan
1) Komputer

Rajah 3
49

Komputer merupakan peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik dan
berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat.
Ia juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang mengolah dan menyimpan data.
Komputer ini saya gunakan untuk membuka sistem yang digunakan oleh syarikat iaitu
sistem yang dinamakan sistem ‘workplace’ untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan
seperti :

a) Mendaftar nombor BWT ke dalam sistem
b) Membuat pengedaran baucer melalui sistem
c) Membuat ‘Posting Data Agihan’

2) Mesin fotostat

Rajah 4

50

Mesin fotostat berfungsi untuk mencetak atau membuat salinan dokumen. Mesin fotostat
juga boleh membuat salinan dalam jumlah yang banyak. Semasa latihan industri, saya
menggunakan mesin fotostat untuk mencetak beberapa dokumen dan juga saya
menggunakan mesin fotostat untuk membuat salinan dokumen-dokumen yang
diperlukan. Contohnya :

a) Fotostat baucer pembayaran dan dokumen yang dikepilkan bersama baucer
b) Fotostat kad pengenalan pelanggan
c) Fotostat segala jenis surat dan memo
d) Mencetak vot bulanan

Cara mengendalikan mesin fotostat :

1. Nyalakan suis
2. Tekan bilangan helaian yang diperlukan
3. Pilih saiz kertas yang diingini seperti A4 atau A3
4. Letakkan halaman yang ingin dicetak di atas cermin mesin dan selaraskan pada

skil mengikut saiz kertas

51

5. Sekiranya banyak salinan diperlukan, tutupkan cermin mesin dan letakkan
kertas yang ingin dicetak di atas ‘trill’ dan pilih kesesuaian kertas yang
diperlukan serta bilangan

6. Tekan butang ‘start’ untuk membuat salinan yang dikehendaki
3) Mesin penghancur kertas

Rajah 5

52

Mesin penghancur kertas ini berfungsi untuk menjadi pemusnah utama dokumen
penting yang dicetak di atas kertas terutamanya jika dokumen tersebut merupakan
dokumen yang melibatkan rahsia syarikat, maklumat penting pelanggan dan
sebagainya. Dengan itu, segala maklumat dapat dihapuskan dengan selamat
disamping dapat mengelakkan pembakaran terbuka.
Cara menggunakannya :
a) Hidupkan suis
b) Letakkan kertas yang tidak begitu tebal di atas permukaan mesin yang terbuka
c) Kertas akan masuk dengan sendirinya, kemudian matikan suis

53

BAB 6
KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

Setelah lebih kurang tiga bulan dan lapan hari saya menjalani latihan industri di Jabatan
Kewangan Lembaga Zakat Negeri Kedah, saya telah mempelajari pelbagai ilmu yang
bermanfaat yang dapat memberikan kebaikan kepada saya apabila memasuki alam
pekerjaan kelak. Pengalaman menjalani latihan industri di organisasi ini mengajar saya
bagaimana cara untuk mengolah ilmu yang dipelajari di politeknik ke dalam pekerjaan
yang dilakukan.

54

Secara keseluruhannya, saya dapati bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah merupakan
sebuah organisasi yang sangat sesuai untuk para pelajar menimba ilmu sebanyak
mungkin sama ada dalam bidang perbankan, bidang perakaunan, bidang teknologi
maklumat dan juga pengurusan pejabat. Selain itu, saya juga telah diberikan beberapa
pendedahan semasa menjalani latihan industri di sini. Sebagai contoh, saya telah telibat
dengan pendaftaran untuk majlis “Zakat Kedah Town Hall” dan saya juga pernah terlibat
dengan pendaftaran kontraktor untuk majlis cabutan undi projek pembinaan rumah.
Perkara ini telah membantu pelajar untuk tampil lebih yakin apabila berhadapan dengan
situasi seperti ini pada masa hadapan. Ini kerana latihan industri merupakan satu insentif
kepada pelajar untuk menimba ilmu sebanyak mungkin di luar kelas. Selain itu, pemilihan
tempat untuk menjalani latihan industri perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil
oleh pelajar supaya pelajar dapat mengolah ilmu yang sedia ada ketika bekerja. Dengan
adanya latihan industri ini pelajar dapat dilatih untuk berdepan dengan suasana
pekerjaan yang mereka pilih pada masa hadapan. Hal ini kerana situasi alam pekerjaan
yang sebenar adalah berbeza dengan suasana pembelajaran. Sebagai seorang pelajar
latihan industri, sifat sabar dan merendah diri ketika ditegur apabila membuat kesilapan
adalah sangat diperlukan untuk membantu kita meningkatkan prestasi dan mutu kerja.
Pelajar perlulah sentiasa berfikiran positif dan berusaha sedaya upaya untuk menimba
ilmu. Akhir sekali, latihan industri merupakan tempat para pelajar untuk mencari ilmu dan
pengalaman yang sangat berharga sebelum mendapat pengiktirafan diploma dalam
jurusan atau kursus yang dipilih.

55

BAB 7
KOMEN DAN CADANGAN

7.1 Komen kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah
Pada pandangan saya sepanjang menjalani latihan industri selama tiga bulan lapan hari,
Lembaga Zakat Negeri Kedah merupakan sebuah syarrikat yang sangat sesuai untuk
para pelajar perdagangan menjalankan latihan industri terutama bagi pelajar yang
mengambil kursus perakaunan, perbankan dan perniagaan. Namun begitu, terdapat
beberapa kelemahan yang telah saya kesan ketika berada di syarikat ini.

56

Antara kelemahan tersebut ialah :

a) Penggunaan mesin fotostat

Setiap jabatan di syarikat ini hanya menggunakan satu sahaja mesin fotostat dimana
mesin ini juga menjadi mesin faks. Pada sesetengah waktu, staf-staf di syarikat terpaksa
menunggu giliran dan mengambil masa yang lama untuk menggunakan mesin fotostat.
Selain itu, mesin ini juga akan mengalami kerosakan jika berlaku penggunaan yang
terlalu kerap.

b) Permasalahan internet

Penggunaan internet adalah sangat penting di syarikat ini kerana kebanyakan kerja yang
dilakukan perlu menggunakan internet. Masalah yang sering timbul di syarikat ini ialah
talian internet yang sering kali terputus dan ini menyebabkan semua kerja yang perlu
akses internet tertangguh.

c) Penggunaan elektrik yang berlebihan

Secara keseluruhannya penggunaan barangan elektronik di syarikat ini menggunakan
tenaga elektrik. Contohnya seperti penggunaan kipas di surau syarikat ini. Terdapat
segelintir staf yang sering terlupa untuk menutup suis kipas di dalam surau selepas
selesai menggunakannya. Oleh itu, sesiapa sahaja yang menjadi orang terakhir berada
di dalam surau tersebut bertanggungjawab untuk menutup semula suis semua kipas
yang dibuka.

57

d) Memberi teguran kepada pelajar latihan industri
Jika pelajar latihan industri melakukan kesalahan ketika membuat kerja, staf seharusnya
tidak menegur pelajar tersebut dengan memarahinya atau menegurnya di hadapan
orang ramai. Dengan cara yang sebegini, mungkin akan menimbulkan perasaan malu
pelajar kerana dimarahi di hadapan khalayak ramai.

e) Memberi tugasan kepada pelajar latihan industri
Staf di syarikat bertanggungjwab untuk memberikan tugasan kepada pelajar latihan
industri. Staf seharusnya memberi tugasan serta memberikan tunjuk ajar kepada pelajar
supaya mereka lebih faham tentang cara untuk melaksanakannya.

58

7.2 Cadangan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah

Berdasarkan pemerhatian saya selama berada di syarikat ini, saya ingin memberikan
sedikit cadangan terhadap masalah yang timbul di syarikat ini. Antaranya ialah :

a) Lembaga Zakat Negeri Kedah perlu menyediakan sebuah lagi mesin fotostat di
setiap jabatan. Hal ini akan menjimatkan masa yang banyak apabila terdapat
lebih dari satu mesin fotostat.

b) Staf di Lembaga Zakat Negeri Kedah yang sering menggunakan surau perlulah
mengambil perhatian terhadap penggunaan barang elektronik seperti kipas.
Perkara ini haruslah diberi perhatian kerana tidak ramai staf yang ambil peduli
tentang penggunaan elektrik di surau.

c) Talian internet di syarikat ini perlulah diambil berat oleh unit IT supaya
permasalahan ini dapat diatasi. ‘Modem’ internet perlulah diperiksa dengan kerap
supaya jika berlaku kerosakan, ianya dapat diperbaiki dengan kadar yang segera.

d) Staf perlu lebih berhati-hati ketika ingin menegur kesalahan pelajar iaitu dengan
memberitahu pelajar tersebut kesalahan yang telah dibuat secara berhemah.
Dengan ini, pelajar akan lebih memahami apa yang harus dibetulkan dan tidak
akan mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang.

e) Pelajar boleh bertanya kepada staf jika mereka tidak memahami bagaimana
untuk melakukan sesuatu tugasan. Staf juga haruslah menerangkan dengan lebih
terperinci serta menunjukkan contoh terlebih dahulu.

59

Rujukan
1. www.zakatkedah.com.my
2. https://asnafcare.com.my
3. http://mohamaridhwanli.blogspot.com/2018/04/bab-5-cadangan-dan-
penambahbaikan.html?m=1
4. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Asnaf
5. http://ac301-agama.blogspot.com/?m=1
6. http://amiradsk.blogspot.com/p/bibliografi.html?m=1
7. Buku jurnal refleksi latihan industri Politeknik Seberang Perai

60

Lampiran
61

62


Click to View FlipBook Version