The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Q&A BIO T4 KSSM BAB 11 KEIMUNAN MANUSIA minah 8 julai2021 isyak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by minahselamat, 2021-07-10 12:24:14

Q&A BIO T4 KSSM BAB 11 KEIMUNAN MANUSIA minah 8 julai2021 isyak

Q&A BIO T4 KSSM BAB 11 KEIMUNAN MANUSIA minah 8 julai2021 isyak

Q&A
BIOLOGI T5 KSSM

BAB 11
KEIMUNAN MANUSIA

11.1 PERTAHANAN BADAN

PRAKTIS FORMATIF 11.1 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

1 Apakah maksud keimunan?

Keimunan ialah keupayaan badan untuk melawan jangkitan
penyakit yang disebabkan oleh patogen atau sebarang
bendasing, melalui serangan spesifik terhadap patogen
tersebut

PRAKTIS FORMATIF 11.1 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

2 Namakan dua sifat kulit yang membolehkannya bertindak sebagai barisan pertahanan
pertama yang berkesan.

Kulit merupakan pelindung fizikal yang dapat menghalang kemasukan patogen.
pH kulit yang berada antara julat 3 hingga 5 menyediakan satu persekitaran
berasid yang tidak sesuai untuk pertumbuhan mikrob.

PRAKTIS FORMATIF 11.1 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

3 Bagaimanakah sel fagosit bertindak memusnahkan patogen yang berjaya melepasi
benteng barisan pertahanan pertama?

Sel fagosit menjalankan proses fagositosis dengan
mengepung, memerangkap dan mencernakan patogen.

4 Bezakan antara antigen dengan antibodi.

Antigen ialah molekul protein yang wujud pada dinding atau membran luar
pathogen atau bahan asing yang berjaya memasuki badan manakala
Antibodi ialah protein yang dihasilkan oleh limfosit yang akan bertindak untuk
memusnahkan antigen tersebut

NILAM PUBLICATION

NILAM PUBLICATION

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

SPM 2013 Q 4(d)

Terangkan satu kepentingan kulit selain daripada mengawal
atur suhu badan. [2 markah]

Kulit bertindak sebagai pelindung /sistem barisan pertama
Bagi menghalang kemasukan pathogen

Kulit mempunyai sebum yang merembeskan minyak dan asid
Bagi memerangkap dan membunuh /meencat pertumbuhan
bakteria

Kulit merembeskan peluh yang mengandungi enzim lisozim
Lisozim mencernakan bakteria

Kulit bertindak sebagai organ perkumuhan
Bagi mengkunuhkan peluh,urea, air, garam mineral

Kulit bertindak sebagai organ deria
Yang mengesan rangsangan luar

MODUL SEMPOI BIO T5

Mengapakah barisan pertahanan ketiga memerlukan beberapa hari untuk
menjadi efektif?
[2 markah]

Hal ini kerana limfosit perlu mengenal pasti antigen terlebih dahulu sebelum
menghasilkan antibodi yang sepadan dengan antigen yang menyerangnya.
Sel limfosit T berfungsi untuk menyerang sel-sel yang telah dijangkiti oleh patogen dan
menghasilkan bahan kimia untuk merangsang sel limfosit B.
Sel limfosit B membahagi dan membentuk sel plasma dan sel memori
Sel plasma akan menghasilkan antibodi yang sepadan dengan antigen dan bertindak
memusnahkan antigen tersebut.
Antibodi ialah sejenis protein yang spesifik dalam tindak balas antibodi antigen.
Selepas sembuh daripada penyakit, sel memori B akan berperanan untuk menyimpan
sebarang maklumat tentang patogen.
Jika patogen yang sama menyerang badan, sel plasma akan diaktifkan untuk
menghasilkan antibodi dengan cepat dan banyak

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

Namakan proses yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1
fagositosis
Apakah barisan pertahanan yang proses ini terlibat?
Barisan Pertahanan kedua

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

Sel X ialah suatu leukosit. Nyatakan nama spesifik bagi sel X.
Neutrofil
Terangkan peranan struktur Q dalam tindakan memusnahkan bakteria.

Struktur Q/ Lisosom bergabung dengan fagosom.
Struktur Q/ Lisosom merembeskan enzim hidrolisis/ lisozim ke dalam fagosom.
Enzim hidrolisis/ lisozim mencernakan bakteria

11.2 TINDAKAN ANTIBODI

Rajah menunjukkan antigen dimusnahkan oleh antibodi melalui beberapa mekanisme

Diantara yang berikut yang manakah betul.
A. Peneutralan
B. Pengopsoninan
C. Penguraian
D. Pengaglutinan

Rajah menunjukkan antigen dimusnahkan oleh antibodi melalui suatu
mekanisme . Di dalam mekanisme ini antibodi bertindak terhadap antigen yang
larut untuk membentuk suatu kompleks yang tidak larut supaya mudah
dimusnahkan oleh sel fagosit

Namakan mekanisme tersebut
A. Pengaglutinan
B. Pemendakan
C. Pengopsoninan
D. Peneutralan

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

Terangkan perbezaan bagi tindakan antibodi Jenis A dan Jenis B.
Tindakan antibodi Jenis A ialah pengaglutinan manakala tindakan antibodi Jenis B
ialah peneutralan.
Antibodi Jenis A menggumpalkan pathogen manakala antibodi Jenis B
meneutralkan toksin (yang dihasilkan oleh patogen

11.3 JENIS KEIMUNAN

PRAKTIS FORMATIF 11.2 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

1 Jenis keimunan yang manakah berkurang mengikut masa?
Terangkan mengapa.
Keimunan pasif buatan.
Badan tidak menghasilkan antibodinya sendiri,
maka keimunan ini tidak kekal lama dan hanya memberikan
perlindungan sementara.

2. Cadangkan rawatan segera yang boleh diberikan kepada
seseorang yang dipatuk ular berbisa.

Suntikan antiserum terhadap bisa ular
memberikan perlindungan segera tetapi untuk jangka masa yang pendek sahaja.
Keimunan yang diperolehi adalah serta-merta selepas suntikan diberi.

PRAKTIS FORMATIF 11.2 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

3 Nyatakan satu perbezaan antara keimunan pasif buatan
dengan keimunan aktif buatan

Keimunan pasif buatan diperolehi melalui suntikan antiserum
manakala keimunan aktif buatan diperolehi melalui suntikan vaksin

Tubuh tidak menghasilkan antibodi dalam keimunan pasif buatan
manakala tubuh menghasilkan antibodi dalam keimunan aktif
buatan.

Aras keimunan cepat dicapai bagi keimunan pasif buatan
manakala aras keimunan lambat dicapai dalam keimunan aktif
buatan

Tempoh keimunan bagi keimunan pasif buatan adalah lebih singkat
daripada keimunan aktif buatan.

Keimunan pasif buatan memberikan perlindungan serta merta
berbanding keimunan aktif buatan

PRAKTIS FORMATIF 11.2 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

4. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mematuhi dan melengkapkan rancangan
imunisasi di Malaysia?

Imunisasi membantu menguatkan sistem keimunan dengan merangsang sel pertahanan badan dan
seterusnya melindungi kita daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang akan mengancam nyawa.
Maka, adalah sangat disyorkan agar kita mematuhi dan melengkapkan rancangan imunisasi seawal
mungkin mengikut jadual yang telah disyorkan.

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

1 Cadangkan rawatan segera yang boleh diberikan kepada
seorang individu yang dipatuk ular yang sangat berbisa.

Individu tersebut mesti diberi suntikan serum yang
mengandungi antibodi yang boleh melawan toksin yang
terdapat dalam bisa ular tersebut.

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

3 (a) Nyatakan jenis keimunan yang diperoleh oleh fetus daripada ibunya.
(b) Terangkan bagaimana plasenta membantu sistem pertahanan badan fetus.

Keimunan pasif semula jadi

(b) Melalui plasenta, antibodi dapat meresap dari ibu ke fetus.
Apabila antibodi memasuki fetus, antibodi tersebut akan bertindak
terhadap patogen.
Ini memberikan keimunan bagi fetus dan menghalang fetus daripada
diserang penyakit.

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

(a) (i) Apakah jenis keimunan yang diperoleh oleh
individu X dan Y?

X : Keimunan pasif buatan
Y : Keimunan aktif buatan

(ii) Nyatakan bahan yang disuntik ke dalam individu X
dan Y.
X : Antiserum Y : Vaksin

(iii) Jelaskan perbezaan kandungan bahan yang anda
nyatakan di (a)(ii)

Antiserum ialah plasma darah yang mengandungi
antibodi atau antitoksin bagi sesuatu penyakit
manakala Vaksin ialah antigen yang mati atau telah
dilemahkan yang disuntik ke dalam badan seseorang
untuk merangsang sistem keimunannya untuk
menghasilkan keimunan yang dikehendaki.

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

(b) (i) Pada lengkung graf bagi individu X dan Y, tandakan
dengan anak panah, masa suntikan kedua diberikan.

(ii) Mengapakah suntikan kedua diperlukan oleh individu X dan
Y?

Individu X: Suntikan kedua diperlukan untuk meningkatkan
kuantiti antibodi melepasi aras keimunan kerana kuantiti
antibodi semakin berkurangan dan jatuh ke bawah aras
keimunan selepas satu tempoh tertentu.

• Individu Y: Suntikan kedua diperlukan untuk merangsang
penghasilan antibodi yang lebih supaya melepasi aras keimunan
kerana suntikan pertama tidak mencukupi untuk individu
mencapai aras keimunan yang dikehendaki

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

(iii) Berdasarkan lengkung graf bagi individu X dan Y,
nyatakan dua perbezaan keimunan yang dicapai oleh X
dan Y

Kesan keimunan yang diperolehi individu X adalah
serta-merta manakala kesan keimunan yang
diperolehi individu Y adalah lambat.

Tempoh keimunan bagi individu X selepas mencapai
aras keimunan bersifat sementara manakala bagi
individu Y kekal lama.

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

5 Dua individu memperoleh keimunan terhadap demam campak dalam
keadaan berbeza. Individu X sembuh daripada penyakit campak.
Individu Y pula disuntik dengan sejenis ampaian dan memperoleh
keimunan terhadap campak selepas beberapa bulan.
Huraikan keimunan yang diperoleh oleh (a) individu X (b) individu Y

Dalam individu X, limfosit dirangsang untuk menghasilkan antibodi yang
memusnahkan antigen.
Sel memori kekal dalam badan. Individu X memperoleh keimunan aktif
semula jadi dan berupaya melawan penyakit tersebut pada masa akan
datang.

Ampaian yang disuntikkan kepada individu Y ialah vaksin.
Vaksin merupakan patogen yang dilemahkan untuk merangsang limfosit
bagi menghasilkan antibodi.
Sel memori kekal dalam badan,Individu Y memperoleh keimunan aktif
buatan dan mempunyai keimunan terhadap penyakit campak

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

6 (a) Seorang bayi yang baru dilahirkan perlu menerima imunisasi berdasarkan
Rancangan Imunisasi yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Terangkan mengapa program imunisasi ini diperlukan.

• Bayi yang baru dilahirkan perlu menerima imunisasi berdasarkan Rancangan
Imunisasi kerana pada peringkat fetus, bayi tidak menerima keimunan terhadap
sesetengah penyakit daripada ibunya (keimunan pasif semula jadi).
• Juga selepas mencapai umur 6 bulan, keimunan pasif semula jadi semakin
merosot.
• Tambahan pula, bayi akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit,
misalnya penyakit campak. Bayi tidak berupaya melawan jangkitan kerana tidak
mempunyai keimunan terhadap penyakit tersebut.
• Oleh itu, bayi perlu diberi suntikan imunisasi untuk membolehkannya
memperolehi keimunan terhadap penyakit tersebut.

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

(b) (i) Sesetengah suntikan vaksin memerlukan satu dos sahaja
sepanjang hayat seorang individu. Jelaskan mengapa.

Satu dos suntikan cukup untuk merangsang sistem keimunan badan
supaya menghasilkan kepekatan antibodi melebihi aras keimunan
dan kekal sepanjang hayat untuk mencegah jangkitan

(ii) Ibu Sinti terlupa membawa Sinti ke klinik untuk mendapatkan
suntikan dos ketiga hepatitis. Jelaskan kesannya terhadap
keimunan Sinti.

Sinti mungkin akan dijangkiti penyakit hepatitis B sekiranya
terdedah kepada virus hepatitis B kerana paras antibodi dalam
badannya belum mencapai kepekatan yang diperlukan untuk
memberi perlindungan daripada penyakit itu sepenuhnya.

PRAKTIS SUMATIF BAB 11 BUKU TEKS KSSM BIOLOGI T4

(iii) Aziman terpijak paku berkarat semasa ekspedisi mendaki gunung. Huraikan jenis
suntikan yang sesuai diberikan oleh doktor. Terangkan jawapan anda.

• Paku berkarat yang dipijak oleh Aziman mungkin mengandungi bakteria
Clostridium tetani

• yang menyebabkan penyakit penyakit tetanus(kancing gigi)
• Untuk rawatan segera, Aziman perlu diberikan suntikan antiserum ( antitetanus)

dengan serta-merta.
• Antitetanus mengandungi antibodi yang boleh melawan penyakit tetanus(kancing

gigi)
• Oleh sebab antibodi bagi penyakit tetanus sudah sedia ada dalam antitetanus,

maka antibodi tersebut boleh bertindak dengan segera terhadap bakteria
tersebut.
• Sistem keimunan badan tidak perlu dirangsang untuk menghasilkan antibodi
terhadap penyakit tersebut.
• Oleh itu, keimunan yang diperolehi oleh Aziman dikenali sebagai keimunan pasif
buatan.
• Suntikan antiserum dapat menyelamatkan Aziman dengan segera berbanding
dengan pengimunan yang mengambil masa yang terlalu lama untuk merangsang
sistem keimunan badan menghasilkan kuantiti antibodi yang dikehendaki.

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

Rajah 1.1 menunjukkan graf keimunan bagi • Suntikan vaksin mengandungi patogen/

suntikan vaksin bakteria/ virus yang telah dilemahkan/ mati.

vaksin. • Suntikan vaksin akan merangsang limfosit untuk

menghasilkan antibodi.

• Suntikan/ dos pertama menghasilkan antibodi

dengan aras/ kepekatan yang rendah.

• Kerana sel limfosit mengambil masa untuk

mengenali patogen dan sedikit antibodi terhasil.

• Suntikan/ dos kedua adalah dos penggalak

• untuk meningkatkan lagi penghasilan lebih

banyak antibodi

• sehingga melepasi aras keimunan

• Kerana memori yang disimpan dalam limfosit

Terangkan bagaimana aras keimunan dapat telah mengenali patogen tersebut dan seterusnya

dicapai setelah mengambil suntikan vaksin. menghasilkan antibodi lebih cepat dan banyak.

MPSM JOHOR

Jadual 3 menunjukkan dua kaedah bagaimana dua

individu K dan individu M memperolehi keimunan Persamaan
terhadap SARS (Severe Acute Respiratory S1: Kedua-dua kaedah 1 dan Kaedah 2
Syndrome)/Sindrom pernafasan akut yang teruk. memerlukan antibodi

Method 1 Method 2 S2 : Kedua-duanya melibatkan tindakan
Kaedah 1 Kaedah 2
Individu K telah sembuh antigen dan antibodi

daripada SARS . Individu M disuntik dengan S3 : Kedua-duanya merupakan barisan
pertahanan ketiga
ampaian S daripada

Dia mempunyai keimunan individu K yang telah

terhadap penyakit itu di sembuh daripada SARS.

masa hadapan. Dia juga mempunyai

keimunan terhadap SARS.

.
Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh individu K
dan individu M melalui dua kaedah ini.

Jadual 3 menunjukkan dua kaedah bagaimana Kaedah 1 Kaedah 2
dua individu K dan individu M memperolehi Keimunan pasif buatan
keimunan terhadap SARS (Severe Acute Keimunan aktif semulajadi Antibodi dihasilkan oleh individu
Respiratory Syndrome)/Sindrom pernafasan akut K/Antibodi tidak dihasilkan oleh
yang teruk. Antibodi dihasilkan oleh individu M
individu K Bertahan untuk tempoh masa yang
pendek
Method 1 Method 2 Bertahan untuk tempoh masa Melalui suntikan serum/antiserum
Kaedah 1 Kaedah 2 yang panjang
Serum mengandungi antibodi
Individu K telah sembuh Individu M disuntik Melalui penghasilan antibody tersedia
oleh badan setelah semboh
daripada . SARS . dengan ampaian S daripada penyakit Antibodi sedia ada digunakan
untuk membunuh SARS ./patogen
Dia mempunyai daripada individu K SARS .yang memasuki tubuh
merangsang limfosit Memeerlukan antibody baru untuk
keimunan terhadap yang telah sembuh menghasilkan antibodi mengekalkan keimunan
Aras keimunan cepat dicapai
penyakit itu di masa daripada SARS. Antibody yang dihasilkan
membunuh SARS/patogen
hadapan. Dia juga mempunyai
Boleh ditingkatkan apabila
keimunan terhadap keimunan berkurangan

SARS. Aras keimunan lambat dicapai

.

Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh

individu K dan individu M melalui dua kaedah

ini.

SPM Persamaan
S1: Kedua-dua kaedah 1 dan Kaedah
Rajah menunjukkan dua kaedah bagaimanabayi 2 memerlukan antibodi
memperoleh keimunan terhadap penyakit. S2 : Kedua-duanya melibatkan
tindakan antigen dan antibodi
S3 : Kedua-duanya merupakan
barisan pertahanan ketiga

.
Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh bayi
melalui kaedah tersebut.

Kaedah 1 Kaedah 2
Keimunan aktif buatan
Keimunan pasif semulajadi Antibodi dihasilkan oleh individu
badan bayi sendiri
Antibodi dihasilkan oleh
Rajah menunjukkan dua kaedah bagaimanabayi individu ibu// antibody tidak Bertahan untuk tempoh masa yang
panjang
memperoleh keimunan terhadap penyakit. dihasilkan dalam badan bayi Melalui suntikan vaksin

Bertahan untuk tempoh masa
yang pendek

Melalui penghasilan antibody
oleh susu ibu

Susu ibu mengandungi antibodi Vaksin yang diambil mengandungi

tersedia pathogen yang dilemahkan atau

mati

Antibodi sedia ada digunakan Patogen merangsang limfosit untuk
menghasilkan antibody. Antibody
. untuk membunuh patogen yang dihasilkan membunuh
patogen
Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh bayi

melalui kaedah tersebut.

Rajah menunjukkan dua kaedah bagaimanabayi Kaedah 1 Kaedah 2
Boleh ditingkatkan apabila
memperoleh keimunan terhadap penyakit. Memerlukan antibody baru keimunan berkurangan dengan
suntikan dos tambahan
untuk mengekalkan keimunan Aras keimunan lambat dicapai

Aras keimunan cepat dicapai Mengambil masa lama untuk
lambat dicapai mencapai keimunan

Mengambil masa cepat untuk
mencapai keimunan

murah mahal

Tidak menyebabkan alergi boleh menyebabkan alergi/ kesan
samping
.
Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh bayi
melalui kaedah tersebut.

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

Rajah 1.2 menunjukkan poster kempen P1: Ya wajar
menggalakkan penyusuan susu ibu P2: Susu ibu memberikan keimunan pasif semula jadi
(kepada bayi)
P3: Susu ibu mengandungi antibodi
P4: yang dapat melindungi bayi daripada penyakit
P5: Susu ibu membekalkan pelbagai nutrien/ enzim/
antioksida
P6: yang dapat membantu bayi dalam pertumbuhan/
mendapatkan tenaga/ mengekalkan kesihatan.

Wajarkan kempen tersebut P7: Mengurangkan risiko ibu mendapat kanser/ penyakit
kardiovaskular.
P8: Menggalakkan kehilangan berat badan dengan cepat
selepas melahirkan anak.
P9: Merangsang uterus untuk mengecut dan kembali ke
saiz normal selepas melahirkan anak.
P10: Meningkatkan ikatan (emosi dan fizikal) antara ibu
dan anak melalui penyusuan susu ibu.
P11: Menggalakkan pengurangan tekanan (dan
perasaan positif) bagi ibu yang menyusukan anak.

SPM 2013 Q 35

SPM 2014 Q 33

SPM 2006 Q 25

SPM 2008 Q 29

SPM 2008 Q 32

SPM 2008 Q 32

SPM 2018

SPM 2018

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)

TICKET TO VICTORY 2021(JPN PERAK)


Click to View FlipBook Version