11.4 ISU KESIHATAN
BERKAITAN KEIMUNAN
MANUSIA
1 Apakah maksud AIDS?
AIDS ialah sindrom kurang daya tahan penyakit.
2 Terangkan bagaimana jangkitan virus HIV boleh
menyebabkan seseorang menghidap penyakit AIDS.
• Virus HIV menyerang dan melumpuhkan sistem keimunan seseorang yang dijangkiti virus ini.
• Virus HIV menyerang dan memusnahkan sel limfosit yang berfungsi memusnahkan mikroorganisma
patogen.
• Ini boleh menyebabkan individu tersebut menghidap penyakit AIDS atau sindrom kurang daya tahan.
• Sistem keimunan pesakit menjadi lemah sehingga badannya tidak mempunyai keupayaan untuk
menentang penyakit yang pada kebiasaannya tidak menjangkiti orang yang mempunyai sistem
keimunan yang sihaT
3 Mengapakah seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak semestinya menghidap
penyakit AIDS?
• Seseorang yang mula-mula dijangkiti oleh virus HIV merupakan seorang pembawa virus HIV
dan beliau mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala untuk jangka masa lebih kurang 10
tahun.
• Individu ini hanya menghidap penyakit AIDS sekiranya sistem keimunannya menjadi lemah
dan kurang daya tahan terhadap penyakit yang pada kebiasaannya tidak membahayakan.
• Contoh penyakit yang boleh membawa maut kepada seseorang penghidap AIDS ialah
penyakit pneumonia.
• Oleh itu, seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak semestinya menghidap penyakit AIDS
selagi sistem keimunannya masih kuat dan tidak dilumpuhkan oleh virus HIV
4 Bagaimanakah penyakit AIDS dapat dicegah?
• Penyakit AIDS dapat dicegah dengan menghindari aktiviti-aktiviti berisiko
seperti
• hubungan seks yang tidak dilindungi dengan individu yang berkemungkinan
dijangkiti,
• berkongsi jarum tercemar yang digunakan untuk menyuntik dadah atau
dakwat tatu atau
• menerima pemindahan darah yang tercemar dengan virus HIV.
Terangkan bagaimana seorang ibu yang membawa virus HIV dapat
menjangkiti fetus dalam kandungannya.
• Melalui plasenta ibu kepada fetus dalam kandungannya atau
• melalui susu ibu bagi ibu yang menyusu anaknya.
Terangkan cara-cara yang boleh diambil untuk mengelakkan pemindahan
HIV kepada bayinya
• Ibu dirawat dengan dadah antiviral semasa mengandung dan
semasa kelahiran.
• Memastikan darah ibu tidak memasuki fetus atau bayi semasa
kelahiran
• Ibu perlu mengelak daripada meyusukan anaknyaya
6 (c) Huraikan bagaimana virus HIV dapat melumpuhkan sistem keimunan seseorang yang dijangkiti
oleh virus ini.
Virus HIV menyerang dan melumpuhkan sistem keimunan (sel limfosit), menjadikan badan manusia tidak
mempunyai keupayaan untuk menentang penyakit.
• Bakteria, yis, parasit dan virus yang pada kebiasaannya tidak menyebabkan penyakit yang serius
dalam seseorang yang mempunyai sistem keimunan yang sihat boleh membahayakan dan membawa maut
kepada seseorang yang menghidap penyakit AIDS.
• Ini adalah kerana virus HIV menyerang dan memusnahkan sel yang pada permukaannya mempunyai
molekul CD4, misalnya sel limfosit T.
Limfosit T berfungsi memusnahkan mikroorganisma patogen.
Limfosit T ini merupakan sel perumah bagi virus HIV.
Semasa jangkitan, virus HIV akan melekatkan diri pada membran plasma limfosit T dan seterusnya
membina bahan genetik DNA virus.
• DNA virus akan memasuki nukleus limfosit T dan bergabung dengan DNA limfosit T untuk menjadi
sebahagian daripada DNA limfosit T.
• Di dalam limfosit T, virus HIV akan bereplikasi untuk menghasilkan populasi virus HIV baharu yang akan
menyerang sel limfosit T yang lain.
Dengan cara itu, virus HIV melumpuhkan sistem keimunan seseorang yang dijangkiti.
TAMAT