The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Q&A BIO T4 KSSM BAB 12 KOORDINASI BADAN MINAH 18 JULAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by minahselamat, 2021-07-17 12:06:05

Q&A BIO T4 KSSM BAB 12 KOORDINASI BADAN MINAH 18 JULAI

Q&A BIO T4 KSSM BAB 12 KOORDINASI BADAN MINAH 18 JULAI

Q&A
BAB 12 KOORDINASI DAN GERAK BALAS

DALAM MANUSIA

12.1 KOORDINASI DAN GERAK BALAS

Praktis Formatif 12.1 Koordinasi dan Gerak Balas Buku Teks Biologi KSSM

1 Apakah maksud gerak balas?

Gerak balas merujuk kepada cara sesuatu organisma
bertindak balas selepas mengesan sesuatu rangsangan

2 Apakah organ deria yang mempunyai reseptor deria
mekanoreseptor?
Kulit

3 Pada pendapat anda, mengapa koordinasi sangat penting
bagi manusia?

Koordinasi sangat penting untuk manusia kerana sebarang
perubahan yang berlaku di persekitaran luar atau dalam
badan dapat dikesan
dan gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan

Praktis Formatif 12.1 Koordinasi dan Gerak Balas Buku Teks Biologi KSSM
4 Anda terasa gigitan nyamuk di kaki anda lalu memukul nyamuk tersebut.
Huraikan laluan yang terlibat dalam mengesan dan bergerak balas terhadap
rangsangan gigitan nyamuk.

• Rangsangan dari persekitaran luar (contoh: gigitan nyamuk) dikesan oleh reseptor
deria (mekanoreseptor)dalam organ deria(kulit) dan diubah menjadi impuls saraf/
impuls saraf tercetus.

• Impuls saraf dihantar melalui neuron deria ke pusat integrasi
• Di pusat integrasi (otak), impuls saraf diinterpretasi dan suatu gerak balas dicetuskan
• Impuls saraf dihantar melalui neuron motor ke efektor(otot tangan)
• Otot mengecut (gerak balas memukul nyamuk berlaku)

TICKET TO VICTORY 2021 JPN PERAK

SPM 2013 Q 41

SPM 2011 Q 38

12.2 SISTEM SARAF

Praktis Formatif 12.2 Sistem Saraf Buku Teks Biologi KSSM

1 Jelaskan peranan otak dalam koordinasi badan.
Otak menerima pelbagai jenis maklumat daripada reseptor.
Otak menganalisa, mengintegrasi dan menghubungkaitkan maklumat
tersebut supaya membentuk satu gambaran menyeluruh yang
bermakna.(menginterpretasi)
Selepas maklumat diproses, gerak balas yang sewajarnya akan ditentukan
dan
arahan diberikan kepada efektor untuk melakukan gerak balas tersebut.

2 Bandingkan fungsi serebelum dengan medula oblongata.
• Serebelum berfungsi mengawal dan menyelaras pergerakan badan

serta memelihara keseimbangan badan manakala
• Medula oblongata mengawal gerak balas yang tidak disedari seperti

tindakan peristalsis

Praktis Formatif 12.2 Sistem Saraf Buku Teks Biologi KSSM

3 Nyatakan satu perbezaan antara fungsi sistem saraf soma dengan sistem
saraf autonomi.
Sistem saraf soma mengawal semua tindakan terkawal manakala sistem
saraf autonomi mengawal tindakan luar kawal.

4 Jelaskan mengapa kita tidak dapat menahan bersin.
Kita tidak boleh menahan bersin kerana tindakan ini ialah gerak balas luar
kawal.

Bandingkan fungsi serebelum dengan medula oblongata

Serebelum berfungsi mengawal dan menyelaras
pergerakan badan serta memelihara keseimbangan badan
manakala Medula oblongata pula mengawal gerak balas
yang tidak disedari seperti tindakan peristalsis..

2 Takrifkan tindakan refleks dan nyatakan
kepentingannya

Tindakan refleks ditakrifkan sebagai satu gerak balas
yang pantas dan automatik tanpa melibatkan pemikiran.
Kebolehan melakukan tindakan refleks adalah penting
kerana tindakan refleks dapat melindungi kita daripada
keadaan berbahaya di samping dapat menjamin
kemandirian kita dalam persekitaran yang sentiasa
berubah.

TICKET TO VICTORY 2021 JPN PERAK

TICKET TO VICTORY 2021 JPN PERAK

TICKET TO VICTORY 2021 JPN PERAK

SPM 2005 Q 15

SPM 2009 Q 43

SPM 2010 Q 34

SPM 2011 Q 40

SPM 2012 Q 39

SPM 2017 Q 38

12.3 NEURON DAN SINAPS

1 Apakah fungsi neuron motor?

Neuron motor menerima impuls saraf dari neuron
geganti sistem saraf pusat dan menghantarnya ke
efektor seperti otot atau kelenjar untuk gerak balas
yang sewajarnya.

2 Mengapakah bonggol sinaps mengandungi banyak
mitokondrion?

Untuk menjana tenaga yang diperlukan untuk
penghantaran impuls saraf

3 Bagaimanakah impuls elektrik dihantar
melalui sinaps?

Impuls elektrik dihantar melalui sinaps
secara kimia iaitu melibatkan neurotransmitter

4 Ramalkan apa yang akan berlaku kepada
penghantaran impuls sekiranya neuron tidak
mempunyai salut mielin.

Apabila neuron tiada salut myelin maka
tiadalah nodus Ranvier maka penghantaran
impuls menjadi perlahan

Rajah menunjukkan pemindahan impuls saraf SPM 2010 Q 6
dari neuron P ke neuron R
Terangkan pemindahan impuls saraf dari neuron P ke neuron R
mereentasi Q

• 1Q ialah celah sinaps
• 2Apabila impuls sampai di bonggol sinaps ,
• 3Ia merangsang vesikel sinaps untuk membebaskan

neurotransmitter
• 4Mitokondria di dalam terminal sinaps menghasilkanATP

untuk pemindahan impuls
• 5Neurotransmiter meresap keluar merentasi celah sinaps

Ke dendrit neuron R
• Pemindahan maklumat merentasi Q adalah dalam bentuk

impuls kimia(penukaran bentuk impuls dari impuls elektrik
kepada impuls kimia)
• 7.Apabila sampai di R, neurotrasmiter bergabung dengan
reseptor pada dendrit neuron R, dan mencetuskan impuls
saraf yang baru( penukaran bentuk impuls kimia ke impuls
elektrik)
• Pemindahan impuls berlaku pada satu hala sahaja’

TICKET TO VICTORY 2021 JPN PERAK

SPM 2005 Q6

SPM 2006 Q 28

SPM 2009 Q 40

SPM 2013 Q38

SPM 2014 Q 40

SPM 2015 Q39

SPM 2015 Q40

SPM 2016 Q 6

SPM 2018 Q37

12.4 TINDAKAN TERKAWAL DAN
TINDAKAN LUAR KAWAL

1.Nyatakan urutan penghantaran impuls arka refleks
dalam sentakan lutut.

• Apabila tendon di bawah tempurung lutut diketuk,
• otot kuadriseps menjadi regang dan merangsang

reseptor regangan untuk mencetuskan impuls saraf.
• Neuron deria menghantar impuls saraf ke neuron

motor dalam saraf tunjang.
• Neuron motor kemudiannya menghantar impuls

dari saraf tunjang ke efektor iaitu otot kuadriseps.
• Otot kuadriseps mengecut lalu menyebabkan kaki

tersentak ke hadapan

2 Salah satu contoh tindakan refleks adalah menarik
tangan apabila tersentuh objek panas. Takrifkan tindakan
refleks dan nyatakan kepentingannya.

• Tindakan refleks ditakrifkan sebagai satu gerak balas
yang pantas dan automatik tanpa melibatkan daya
pemikiran.

• Tindakan refleks adalah penting untuk melindungi diri
kita daripada keadaan berbahaya di samping dapat
menjamin kemandirian dalam persekitaran yang
sentiasa berubah.

3 Bezakan antara tindakan terkawal dengan tindakan
luar kawal.

• Tindakan terkawal ialah tindakan yang boleh dikawal
oleh kesedaran kita manakala tindakan luar kawal
ialah tindakan yang tidak boleh dikawal oleh
kesedaran kita.

• Tindakan terkawal melibatkan sistem saraf soma
manakala luar kawal melibatkan sistem saraf
autonomi

• Tindakan terkawal dikawal oleh korteks serebrum
manakala tindakan luar kawal dikawal oleh medula
oblongata dan hipotalamus

• Tindakan terkawal melibatkan gerak balas otot
rangka manakala tindakan luar kawal melibatkan
gerak balas otot licin dan kelenjar

2 Takrifkan tindakan refleks dan nyatakan kepentingannya

• Tindakan refleks ditakrifkan sebagai satu gerak balas yang
pantas dan automatik tanpa melibatkan pemikiran.

• Kebolehan melakukan tindakan refleks adalah penting kerana
tindakan refleks dapat melindungi kita daripada keadaan
berbahaya di samping dapat menjamin kemandirian kita dalam
persekitaran yang sentiasa berubah.

3 Namakan kelenjar endokrin yang utama dalam sistem endokrin
manusia. Mengapakah kelenjar ini dianggap sebagai kelenjar
utama?
• Kelenjar endokrin utama ialah kelenjar pituitari kerana

kelenjar ini merembeskan beberapa jenis hormon yang
merangsang rembesan hormon oleh kelenjar endokrin yang
lain.

4Seseorang yang telah kehilangan kakinya akibat penyakit tertentu
masih boleh merasai kesakitan pada bahagian yang telah dipotong.
Jelaskan mengapa.

• Keadaan ini mungkin disebabkan masih terdapat neuron deria di
bahagian yang dipotong.

• Oleh itu, bahan neurotransmiter yang dirembeskan oleh neuron
deria di bahagian yang dipotong boleh mencetuskan impuls saraf

• dan ditafsirkan oleh otak sebagai rasa sakit.

Rajah 1 menunjukkan keratan rentas (a) (i) Namakan struktur X.
sebahagian daripada sistem saraf. Saraf tunjang.

(ii) Nyatakan fungsi struktur X.
X mengandungi neuron untuk menghantar
impuls dari dan ke otak

Mengawal tindakan refleks

(b) Mengapakah bahagian Y membengkak?
Sel badan neuron deria berkumpul dalam Y
(ganglion akar dorsal)

Rajah 1 menunjukkan keratan rentas (c) Lengkapkan Rajah 1 dengan neuron yang terlibat
sebahagian daripada sistem saraf. dalam tindakan refleks. Tandakan arah pergerakan
impuls pada neuron.

(d) Jika saraf spina dipotong pada Z, apakah kesan
terhadap organ yang bersambung dengannya?
Terangkan mengapa

• Jika saraf spina di Z dipotong, neuron motor
tidak boleh membawa maklumat ke efektor
(seperti otot dan kelenjar)

• dan efektor tidak dapat memberi respon
terhadap arahan saraf tunjang.

Rajah 2(a) menunjukkan sebahagian neuron motor dan
Rajah 2(b) menunjukkan keratan rentas bonggol
sinaps.

(a) Namakan bahagian berlabel V, T dan U.
V – mitokondrion U – vesikel T – sinaps

(b) Namakan bahan kimia yang terkandung dalam
U.

Neurotransmiter

(c) Bonggol sinaps mengandungi banyak V. Apakah
fungsi V?

Menjana tenaga untuk penghantaran impuls
elektrik

(d) Lukis satu anak panah untuk menunjukkan arah
pengaliran impuls di sepanjang akson S.

Rajah 2(a) menunjukkan sebahagian neuron motor dan (e) Terangkan (i) mengapa penghantaran impuls
melibatkan lintasan impuls melalui T.
Rajah 2(b) menunjukkan keratan rentas bonggol
Untuk meneruskan pemancaran impuls elektrik ke
sinaps. neuron yang berikutnya setelah tiba di bonggol
sinaps
Bagi menghasilkan penghantaran impuls saraf
dalam satu hala

(ii) Bagaimana penghantaran impuls berlaku.
• Vesikel sinaps merembes neurotransmiter yang

meresap merentasi sinaps
• dan bergabung dengan protein reseptor pada

dendrit neuron penerima.
• Dendrit tersebut akan dirangsang untuk

mencetuskan impuls saraf yang dibawa oleh
neuron penerima ke efektor.

Terangkan kesan dadah perangsang dan dadah
penenang terhadap penghantaran impuls melalui sinaps.
• Neurotransmiter seperti dopamine merangsang

keseronokan.
• Dadah perangsang seperti kokain menghalang

penyingkiran neurotransmiter ( dopamine) dari celah
sinaps
• Kepekatan dopamine meningkat dicelah
sinaps
• Lebih banyak impuls dihasilkan
• Jadi ini akan menghasilkan perasaan yang
amat gembira dan diikuti dengan kemurungan
• Dadah perangsang juga meningkatkan penghantaran
impuls
• yang menyebabkan peningkatan denyutan jantung dan
kadar respirasi

Terangkan kesan dadah perangsang dan dadah
penenang terhadap penghantaran impuls melalui
sinaps.

• Dadah penenang ialah dadah seperti heroin

yang akan merencat dan melambatkan
aktiviti sistem saraf.
• Ini akan melambatkan penghasilan
neurotransmiter yang
• seterusnya akan melambatkan kadar
denyutan jantung dan kadar respirasi.
• Seseorang akan mempunyai perasaan
keseronokan dan kepuasan yang bersifat
sementara

• Otak membuat keputusan berdasarkan pengalaman yang lepas.
• Otak mengetahui bahawa sebuah buku adalah lebih berat

daripada sehelai kertas.
• Oleh itu, otak akan merangsang bilangan gentian otot yang

sepadan dengan tenaga yang diperlukan.
• Sesetengah neuron motor boleh merangsang banyak gentian otot

manakala sesetengah neuron motor hanya boleh merangsang

beberapa gentian otot.
• Neuron motor yang merangsang bilangan gentian otot yang

banyak akan menghasilkan lebih banyak daya angkat

berbanding dengan neuron motor yang merangsang pengecutan

beberapa gentian otot sahaja.
• Oleh itu, untuk mengangkat sebuah buku, otak akan merangsang

neuron motor yang merangsang banyak gentian otot.

TICKET TO VICTORY 2021 JPN PERAK

a) Rajah di bawah menunjukkan arka refleks • Neuron X ialah neuron deria manakala Neuron Y
dalam sentakan lutut yang melibatkan dua Jenis ialah Neuron motor.
neuron, neuron X dan neuron Y.

• Fungsi neuron X membawa impuls saraf dari
reseptor ke system saraf pusat manakala neuron Y
membawa impuls saraf dari system saraf pusat ke
efektor

• Neuron X terdapat di akar dorsal manakala Neuron
Y terdapat pada akar ventral.

(i) Bezakan neuron X dan neuron Y. • Neuron X terdapat di akar dorsal manakala Neuron
Y terdapat pada akar ventral

• Akson bagi neuron X lebih pendek berbanding
neuron Y

TICKET TO VICTORY 2021 JPN PERAK

a) Rajah di bawah menunjukkan arka refleks • Dendron bagi neuron X lebih panjang berbanding
dalam sentakan lutut yang melibatkan dua Jenis neuron Y
neuron, neuron X dan neuron Y.

• Badan sel neuron X terdapat di tengah-tengah
manakala badan sel neuron y terdapat di hujung

• Badan sel neuron X terdapat di ganglion akar
dorsal manakala badan sel neuron x terdapat
dijirim kelabu saraf tunjang

(i) Bezakan neuron X dan neuron Y.

TICKET TO VICTORY 2021 JPN PERAK

a) Rajah di bawah menunjukkan arka refleks P1: Apabila tendon (di bawah) tempurung lutut
dalam sentakan lutut yang melibatkan dua diketuk,
Jenis neuron, neuron X dan neuron Y. P2: otot kuadrisep menjadi regang.
P3: Reseptor regang (pada otot kuadrasep)
(ii) Terangkan tindakan refleks seperti dalam mencetus impuls saraf.
rajah di atas. P4: Impuls saraf dihantar oleh neuron aferen ke
saraf tunjang/ saraf pusat.
P5: Impuls saraf merentasi sinaps ke neuron eferen
P6: Dalam bentuk neurotransmitter
P7: Neuron eferen menghantar impuls saraf ke
efektor / otot kuadrisep
P8: Otot kuadrisep mengecut.
P9: Kaki tersentak / ditendang ke hadapan.


Click to View FlipBook Version