SPM 2016 Q 38
SPM 2017 Q 39
SPM 2017 Q 40
SPM 2018 Q 38
SPM 2005 Q 35
SPM 2013 Q 37
SPM 2006 Q 32
SPM 2007 Q 37
SPM 2007 Q 41
SPM 2010 Q 36
12.7 ISU KESIHATAN BERKAITAN
SISTEM ENDOKRIN MANUSIA
1 Nyatakan faktor yang menyebabkan seseorang
menghidap penyakit diabetes insipidus.
Lobus posterior kelenjar pituitari individu tersebut
gagal merembeskan hormon antidiuresis (ADH)
2 Nyatakan dua simptom yang dialami oleh pesakit
diabetes melitus.
Penglihatan kabur dan luka lambat sembuh.
3 Goiter ialah penyakit yang menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid. Pada
pendapat anda, mengapakah pesakit goiter digalakkan makan makanan laut?
Goiter berlaku kerana kelenjar tiroid tidak boleh menyediakan tiroksina yang
mencukupi.
Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan iodin kerana tiroksina mengandungi iodin.
Makanan laut mengandungi kandungan garam mineral iodin yang tinggi.
Oleh itu, pemakanan makanan laut yang lebih banyak dapat meningkatkan
kandungan iodin untuk menghasilkan tiroksina
4 Cadangkan rawatan untuk kanak-kanak yang terbantut pertumbuhan akibat
kekurangan hormon pertumbuhan.
Gen untuk hormon pertumbuhan manusia telah disisipkan dengan jayanya ke dalam
bakteria Escherichia coli.
Ini membolehkan hormon dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, diasingkan, serta
ditulenkan untuk kegunaan komersial.
Kanak-kanak yang terbantut pertumbuhannya boleh disuntik dengan hormon
pertumbuhan ini.
Nyatakan kesan kelebihan dan kekurangan hormon
pertumbuhan (GH) dalam manusia.
Kesan kekurangan—kekerdilan.
Kesan kelebihan—kegergasian.
SPM 2006 Q 29
SPM 2006 Q 31
TAMAT