SMK LAKSAMANA, KOTA TINGGI, JOHOR
MODUL AKTIVITI
KELAB DAN
PERSATUAN
2021
AMAZING LAKSAMANA
1
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 MODUL 1 : Pertandingan Mewarna Poster Hari 3
Kemerdekaan
5
2 MODUL 2 : Pertandingan Menghasilkan Penanda Buku
‘Terima Kasih Cikgu’ 7
11
3 MODUL 3 : Origami 26
4 MODUL 4 : Teka Silang Kata (Bahasa Melayu) 30
5 MODUL 5 : Kuiz “Spell It Right” 43
6 MODUL 6 : 3R (Reduce, Reuse, Recycle) 56
7 MODUL 7 : Permainan Tradisional 60
8 MODUL 8 : Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum di Malaysia
9 MODUL 9 : Jalur Gemilang
2
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
1 KELAB/PERSATUAN
1 jam
MODUL AKTIVITI KOKURIKULUM
KELAB DAN PERSATUAN
Aktiviti Pertandingan Mewarna Poster Hari Kemerdekaan
Objektif Memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar
Bahan Poster Hari Kemerdekaan, pensil warna atau crayon
Masa 1 Jam
Langkah Pelaksanaan 1.Guru perlu mendapatkan poster daripada penyelaras kelab dan
persatuan sebelum masuk ke kelas masing-masing
2.Guru mengambil kehadiran pelajar
3.Guru mengedarkan kertas poster kepada pelajar
4.Pelajar mewarna poster
5.Guru memantau pelajar menjalankan aktiviti dan memastikan
pematuhan SOP. Pelajar tidak dibenarkan meminjam peralatan
mewarna. Pelajar boleh menggunakan pensil mengikut kreativiti
masing-masing jika tidak membawa pensil warna atau crayon.
6.Setelah masa tamat, guru memilih 3 poster terbaik dan serahkan
3
poster tersebut kepada penyelaras kelab dan persatuan
7.Penyelaras kelab dan persatuan akan memilih pemenang
mengikut
tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
8.Pembersihan kelas
Contoh Poster (Poster sebenar akan diedarkan pada hari aktiviti)
3
4
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
KELAB/PERSATUAN
2 1 jam
MODUL 2
Aktiviti MODUL AKTIVITI KOKURIKULUM
Objektif KELAB DAN PERSATUAN
Bahan Pertandingan Menghasilkan Penanda Buku ‘Terima Kasih Cikgu’
Masa Memupuk nilai menghargai jasa dan pengobanan guru dalam
Langkah Pelaksanaan kalangan pelajar
Mengikut kreativiti pelajar (Contoh : kad manila, kertas berwarna,
kertas pembalut hadiah, bahan hiasan terpakai, riben, benang, tali
dan lain-lain yang bersesuaian)
1 Jam
1.Pelajar membawa bahan mengikut kreativiti sendiri. Pelajar akan
dimaklumkan lebih awal untuk membawa bahan-bahan tersebut.
2.Guru perlu mendapatkan kertas daripada penyelaras kelab dan
persatuan sebelum masuk ke kelas masing-masing. Kertas ini
boleh
diedarkan kepada pelajar yang tidak membawa apa-apa bahan.
3.Guru mengambil kehadiran pelajar
4.Pelajar menghasilkan penanda buku dengan tema ‘Terima Kasih
Cikgu’
mengikut saiz dan kreativiti pelajar itu sendiri. Kata-kata pada
penanda
buku tersebut boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris
sahaja.
5.Guru memantau pelajar menjalankan aktiviti dan memastikan
pematuhan SOP. Pelajar tidak dibenarkan meminjam bahan atau
peralatan. Pelajar yang tidak membawa bahan boleh
menggunakan
kertas yang diedarkan oleh guru untuk melaksanakan aktiviti.
6.Setelah masa tamat, guru memilih 3 penanda buku terbaik dan
serahkan kepada penyelaras kelab dan persatuan
7.Penyelaras kelab dan persatuan akan memilih pemenang
mengikut
tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
8.Pembersihan kelas.
5
Contoh penanda buku
6
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
KELAB/PERSATUAN
3 1 jam
MODUL 3
Aktiviti MODUL AKTIVITI KOKURIKULUM
Objektif KELAB DAN PERSATUAN
Bahan
Origami
Masa Memupuk nilai kreativiti
Langkah Pelaksanaan
Kertas berwarna, gunting atau pembaris, lampiran teknik
origami
1 Jam
1.Guru perlu mendapatkan lampiran teknik origami daripada
penyelaras kelab dan persatuan sebelum masuk ke kelas
masing
masing.
2.Guru mengambil kehadiran pelajar.
3.Guru mengedarkan kertas berwarna dan lampiran teknik
origami
kepada pelajar.
4.Guru memberi tempoh masa yang sesuai kepada pelajar
untuk
membuat origami yang pertama. Pelajar merujuk lampiran.
5.Setelah semua pelajar selesai origami yang pertama, guru
boleh
mengulang langkah 4 untuk origami yang seterusnya
sehingga
selesai.
6.Guru mestilah memantau pelajar menjalankan aktiviti dan
memastikan pematuhan SOP.
7.Setelah masa tamat, guru boleh memilih hasil origami yang
baik
dan hasil tersebut boleh dijadikan sebagai hiasan kelas
8.Pembersihan Kelas
7
8
9
10
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
4 KELAB/PERSATUAN
1 jam
BIDANG KELAB / PERSATUAN
TAJUK TEKA SILANG KATA (BAHASA MELAYU)
OBJEKTIF :
1. Menanam minat murid untuk menguasai Bahasa Melayu di samping sebagai aktiviti
asas dalam perlaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
2. Menyokong dan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah.
3. Menyemai dan meningkatkan minat murid-murid terhadap sikap persaingan yang
positif melalui pendekatan yang lebih interaktif.
BAHAN / ALATAN 1. Alatan menulis
2. Bahan edaran (pelajar)
3. Modul (guru)
PELAKSANAAN
1. Guru mengambil kehadiran pelajar
2. Guru akan mengedar bahan edaran iaitu dalam bentuk helaian teka silang kata Bahasa
Melayu.
3. Pelajar dikehendaki menyelesaikan teka silang kata tersebut mengikut ketetapan masa
yang ditentukan iaitu 40 minit.
4. Guru memantau perjalanan aktiviti dan memastikan pelajar mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.
5. Setelah selesai masa menjawab 40 minit, perbincangan jawapan oleh guru dan murid.
11
AKTIVITI
(1)
12
(2)
13
(3)
14
(4)
15
(5)
16
(6)
melintang 1: untuk binatang ekor
ke bawah 2: untuk benda yang tipis seperti gambar
keping
melintang 3: untuk benda-benda yang kecil-kecil
seperti telur biji
ke bawah 3: untuk benda seperti pokok batang
melintang 4: untuk bunga jambang
ke bawah 4: untuk benda-benda yang bergugus-gugus
seperti pisang tandan
melintang 5: untuk buah seperti anggur gugus
ke bawah 6: untuk isi buah seperti durian ulas
ke bawah 7: untuk benda yang berbongkah seperti roti
buku
melintang 8: untuk benda yang berangkaian seperti
rantai utas
17
(7)
Menegak Melintang
1. A, E, I, O, U vocal 3. diakhir setiap baris ayat nokhtah
2. Kata larangan jangan
5. indah 4. kereta pertama Malaysia proton saga
nian
6. perubahan ke arah kebaikan 8. kata ganti diri orang ketiga mereka
anjakanparadigma 10. kata ganti nama tunjuk itu
7. bendera Malaysia jalur gemilang 13. seperti katak di bawah tempurung
9. sarapan kudapan Perumpamaan
11. kata penguat belakang benar 18. diterang dan menerang DM
12. tanda bacaan koma 19. pekak badak kiasan
18
EDARAN PELAJAR
(1)
19
(2)
20
(3)
21
(4)
22
(5)
23
(6)
melintang 1: untuk binatang
ke bawah 2: untuk benda yang tipis seperti
gambar
melintang 3: untuk benda-benda yang kecil-
kecil seperti telur
ke bawah 3: untuk benda seperti pokok
melintang 4: untuk bunga
ke bawah 4: untuk benda-benda yang
bergugus-gugus seperti pisang
melintang 5: untuk buah seperti anggur
ke bawah 6: untuk isi buah seperti durian
ke bawah 7: untuk benda yang berbongkah
seperti roti
melintang 8: untuk benda yang berangkaian
seperti rantai
24
(7)
Menegak Melintang
3. A, E, I, O, U 3. diakhir setiap baris ayat
4. Kata larangan 4. kereta pertama Malaysia
5. indah 8. kata ganti diri orang ketiga
6. perubahan ke arah kebaikan 10. kata ganti nama tunjuk
7. bendera Malaysia 13. seperti katak di bawah tempurung
9. sarapan 18. diterang dan menerang
11. kata penguat belakang 19. pekak badak
12. tanda bacaan
25
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
5 KELAB/PERSATUAN
1 jam
BIDANG KELAB / PERSATUAN
TAJUK KUIZ “SPELL IT RIGHT”
OBJEKTIF :
1. Menanam minat murid untuk menguasai Bahasa Inggeris di samping sebagai aktiviti
asas dalam perlaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
2. Menyokong dan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di
sekolah.
3. Menyemai dan meningkatkan minat murid-murid terhadap sikap persaingan yang
positif melalui pendekatan yang lebih interaktif.
BAHAN / ALATAN 4. Alatan menulis
5. Bahan edaran (pelajar)
6. Modul (guru)
PELAKSANAAN
6. Guru mengambil kehadiran pelajar
7. Guru akan mengedar bahan edaran iaitu dalam bentuk helaian kuiz.
8. Guru menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan jelas dan pelajar mendengar
dengan teliti seterusmya pelajar dikehendaki mengeja perkataan tersebut di dalam
ruangan yang telah disediakan.
9. Masa yang diperuntukan untuk aktiviti ini adalah 40 minit.
10. Guru memantau perjalanan aktiviti dan memastikan pelajar mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.
11. Setelah selesai masa menjawab 40 minit, perbincangan jawapan oleh guru dan murid.
26
AKTIVITI
Isi tempat kosong dalam ruangan di bawah.
Bil. Perkara Jawapan Sebutan guru
1. N Onion A – nion
Buffet Boo – fay
2. F Espresso Es – press - oh
Mousse Moo – s
3. E S
4. S S
5. R Caramel Kar – ah – mehl
6. R S B Raspberry Raz – ber – ee
Divorce Dee – vorce
7. V C Restaurant Res – truant
8. R T R
9. LL G Colleague Ko – lig
10. I E Suite Sweet
11. R N CT N Pronunciation Pra-nun-cee-a-shun
12. H S Chaos Kay – os
13. D G Dengue Deng – ee
14. C SS N Croissant Kwah – son
Discretion Dis – kre – shun
15. S T Epitome Epi – tumi
16. P T
17. R Debris De – bree
18. P G N Poignant Poi – nyant
19. X O Extempore Ex – tem – purree
27
20. C SI Chassis Sha – see
21. QE Banquet Ban – kwet
22. Bury Be - rry
R
EDARAN PELAJAR
Isi tempat kosong dalam ruangan di bawah.
1. N
2. F
3. E S
4. S S
5. R
6. R S B
7. V C
8. R T R_
9. LL G
10. I E
11. R N CT N
12. H S
13. D G
14. C SS N
15. S T
28
16. P T
17. R
18. P G N
19. X O
20. C SI
21. Q E
22. R
29
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
6 KELAB/PERSATUAN
1 jam
BIDANG KELAB / PERSATUAN
TAJUK 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
OBJEKTIF :
1. Mengenal pasti persepsi pelajar berhubung dengan pengetahuan, penglibatan dan
kesedaran terhadap program kitar semula.
2. Menyedarkan dan melibatkan diri pelajar dalam program kitar semula.
3. mengubah amalan, menarik perhatian dan minat pelajar, sekaligus dapat mengurus
sisa pepejal sekolah dengan lebih berkesan dan mendidik pelajar menjaga kebersihan
alam sekitar.
BAHAN / ALATAN 7. Alatan menulis
8. Bahan edaran (pelajar)
9. Modul (guru)
PELAKSANAAN
12. Guru mengambil kehadiran pelajar
13. Guru akan bercerita dan memberi penerangan (seperti di dalam modul) berkaitan
amalan 3R.
14. Guru akan mengedar bahan edaran iaitu dalam bentuk helaian kuiz.
15. Guru membimbing dan bersoal jawab berkaitan amalan 3R dengan murid.
16. Masa yang diperuntukan untuk aktiviti ini adalah 40 minit.
17. Guru memantau perjalanan aktiviti dan memastikan pelajar mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.
18. Setelah selesai masa menjawab 40 minit, perbincangan jawapan oleh guru dan murid.
30
3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
Secara purata setiap rakyat Malaysia menghasilkan 1.17kg sisa sehari. Ini bersamaan dengan janaan
sisa pepejal negara sebanyak kira-kira 38,000 tan sehari pada tahun 2017. Sisa pepejal iniakan
dihantar ke tapak pelupusan sekiranya tidak diuruskan dengan baik, jumlah sisa yang semakin
meningkat ini boleh memberi kesanburuk kepada negara dari aspek sosial serta ekonomi.
Dalam usaha mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan, langkah-langkah 3R
perlu dilaksanakan di peringkat individu dan komuniti.
Definisi 3R
3R merupakan kaedah pengurusan sisa pepejal yang bertujuan bagi mengurangkan penjanaan sisa
pepejal sebelum proses perawatan dan pelupusan seperti mana yang dinyatakan dalam
Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. 3R merupakan singkatan kepada perkataan Reduce
(Pengurangan), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula). Ianya disusun mengikut
keutamaan seperti berikut:
Paling Utama
Pengurangan a) Mengurangkan jumlah janaansisa pepejal.
(Reduce)
Guna Semula (Reuse)b) Mengguna semula bahan atau sebahagian bahan
yang mana masih boleh digunakan.
Kitar Semula c) Mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula
untuk dijadikan bahan baharu.
(Recycle)
Kurang Utama
Penerapan elemen 3R dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat
mengurangkan kebergantungan sisa pepejal untuk dilupuskan ke tapak pelupusan
31
Reduce (Pengurangan)
Pengurangan bermaksud memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah
sisa pepejal yang akan terhasil dan merupakan langkah pertama dan terpenting ke arah usaha
pengurusan sisa pepejal yang mampan.
Antara kaedah pengurangan sisa pepejal yang boleh dipraktikkan dalam aktiviti seharian adalah:
a) merancang pembelian dengan membeli barang/ bahan yang perlu sahaja;
b) memilih barangan yang mempunyai kurang pembungkusan;
c) memilih bahan yang boleh diguna semula (contohnya membeli bateri yang boleh dicas semula
berbanding bateri pakai buang); dan
d) membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan.
Bagi memastikan budaya pengurangan sisa pepejal ini diamalkan oleh semua pelajar dan warga
sekolah, Kelab Kitar Semula boleh menjalankan aktiviti berbentuk promosi dan pendidikan seperti:
a) mengadakan kempen menghargai makanan dan elakkan pembaziran;
b) mendapatkan sokongan pihak pentadbiran sekolah dan murid melalui memorandum atau
petisyen berkenaan usaha mengurangkan penjanaan sisa yang di sekolah; dan
c) mengadakan aktiviti melukis poster berkenaan usaha mengelakkan pembaziran sumber dalam
aktiviti yang dijalankan di sekolah/kesan pemanasan global terhadap bumi dengan tujuan bagi
melahirkan kesedaran.
Antara faedah yang boleh diperoleh daripada aktiviti pengurangansisa adalah:
a) mengelakkan pembaziran ke atas pembelian yang tidak perlu;
b) meminimumkan penghasilan sisa pepejal; dan
c) mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) yang mempengaruhi kesan rumah hijau dan
pemanasan global.
32
Reuse (Guna Semula)
Guna semula merupakan aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan
yang mana masih boleh digunakan lagi bagi mengelakkannya dari dilupuskan.
Guna semula dapat diaplikasikan menerusi 5 kaedah iaitu:
A. Guna semula secara konvensional (ConventionalReuse)
Sesuatu barangan digunakan semula bagi tujuan asalbarangan tersebut dihasilkan seperti
menggunakan botolair mineral untuk menyimpan air.
B. Guna semula secara kreati (Creative Reuse upcycling/ repurposing)
Elemen kreativiti dimasukkan dalam barangan yang terpakai bagi membentuk fungsi
baharu.
C. Penebusgunaan (Reclaimation)
Secara umumnya adalah bahanasas sesuatu binaan yang lama/usang/ tidak dikehendaki
yang dijadikan bahan baharu sesuatu binaan dengan proses yang minima seperti kayu
dari robohan bangunan dijadikan perabot atau hiasan rumah.
D. Penyesuaian fungsi guna semula (Adaptive reuse)
Sesuatu binaan lama usang diubahsuai menjadi sebuah binaan baru seperti rumah
usang diubahsuai menjadi rumah orang-orang tua atau pusat kegiatan persatuan.
E. Baik pulih (Repair refurbishing/ remanufacturing)
Proses membaik pulih dan mengubah suai sesuatu barangan yang tidak
dikehendaki atau rosak untuk menjadikan ia kembali berfungsi seperti membaik
pulih telefon pintar rosak dan komputer.
33
Recycle (Kitar Semula)
Kitar semula adalah proses mengasingkan dan mengumpulkan sisa yang boleh dikitar semula bagi
penghasilan keluaran baharu. Aktiviti kitar semula di Malaysia diukur berdasarkan Kadar Kitar
Semula Kebangsaan dan dijadikan sebagai penanda aras kepada pengurusan sisa pepejal
yang baik. Kerajaan menyasarkan kadar kitar semula negara mencapai 30% menjelang tahun 2020.
Kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan
tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), pencemaran air (dari tapak
perlupusan dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.
Pengasingan sisa pepejal di punca
a) Pengasingan sisa pepejal di punca merupakan langkah awal yang perlu dilakukan oleh
masyarakat untuk menguruskan sisa pepejal di rumah. Hal ini bagi memastikan tiada
sisa kitar semula yang masih bercampur dengan sisa baki dan dibuang ke tapak
pelupusan. Setelah sisa kitar semula diasingkan, sisa kitar semula ini akan dikumpulkan dan
dikutipoleh kontraktor kutipan untuk dibawa ke pusat kitar semula.
b) Pada 1 September 2015, Kerajaan telah memperkenalkan Program Pengasingan Sisa
Pepejal di Punca bagi mewajibkan semua isi rumah mengasingkan sisa pepejal mereka.
34
SOALAN KUIZ
7. Berapakah jenis tong yang kita gunakan untuk kitar semula?
A. 1
B. 2
C. 3
D. 4
8. Apakah warna-warna tong kitar semula?
A. Biru, hijau dan kuning
B. Biru, coklat, jingga
C. Coklat, kuning, merah
D. Jingga, merah, biru
35
9. Antara yang berikut, yang manakah bahan buangan tong biru?
A. Botol minuman dan cermin
B. Tin minuman ringan dan plastik makanan
C. Tulang ikan dan daging mentah
D. Kalender, kotak kadbod dan majalah
10. Pilih padanan yang betul ?
A. Pengurangan (Reduce) = Mengguna semula bahan atau sebahagian bahan yang mana masih boleh digunakan.
B. Kitar semula (Recycle) = Mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan baharu
C. Guna semula (Reuse) = Mengurangkan jumlah janaan sisa pepejal.
11. Antara kaedah pengurangan sisa pepejal yang boleh dipraktikkan dalam aktiviti seharian adalah:
A. Memilih barangan yang mempunyai bahan pembungkusan daripada plastik
B. Membeli barangan mengikut kehendak
C. Membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan.
12. Pencemaran air...............
A. Menyebabkan hidupan air mati
B. Tidak mendatangkan kesan buruk kepada manusia
C. Bukan satu isu yang serius
13. apakah prinsip bagi kitar semula?
A. 2R
B. 3R
C. 4R
14. Manakah satu jenis tanah yang paling sesuai menanam sayur-sayuran?
A. Tanah liat
B. Tanah pasir
C. Tanah gambut
15. Apakah bahan yang boleh dikitar semula?
A. Botol minuman ringan
B. Kertas tisu
C. Cermin tingkap
Jawapan :
1. A 4. A 7. C 10. B 13. B
2. D 5. A 8. B 11. B 14. C
3. C 6. 9. D 12. A 15. A
36
Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang tepat :
Plastik tong kitar semula kertas surat khabar balang
Tin minuman
membuang sisa kaca jingga dikitar semula
Tong kitar semula disediakan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula . Tong-tong ini mempunyai tiga
warna iaitu jingga , coklat dan biru. Tong yang berwarna biru dikhaskan untuk bahan buangan kertas. Antara
bahan ini termasuklah buku, majalah, tisu dan surat khabar. Tong warna coklat dikhaskan untuk bahan buangan
kaca. Bahan-bahan ini termasuklah botol minuman, tingkap kaca, cermin dan balang . Tong kitar semula yang
berwarna jingga pula dikhaskan untuk bahan buangan tin aluminium dan tin minuman . Antara contoh bahan-
bahan ini termasuklah plastik , kunci dan beg plastik.
37
Nyatakan sumbang saran anda berkaitan teknologi baharu dalam membantu menguruskan sisa plastik:
Contoh : MESIN ASING SISA PEPEJAL : Teknologi yang mengasingkan sisa pepejal, merawat
dan mengitar semula untuk digunakan dalam bentuk lain. Hasil teknologi ini membantu industri
pembuatan lain yang memerlukan bahan asas dikitar semula. Teknologi ini juga boleh diletakkan
di tapak pelupusan sampah yang sudah ditutup dan tidak selamat digunakan. Di samping
memulihkan tapak pelupusan sampah lama ini, teknologi ini juga boleh terus menerima sampah
domestik dan industri yang ada secara berterusan. Tambahan lagi dengan teknologi baharu ini
akan mendatangkan keuntungan daripada hasil pengasingan sisa pepejal untuk kitar semula,
barang berharga seperti emas, tembaga, dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan kompos, bahan
bakar, bahan binaan yang dikitar semula dan tenaga dari gas methana yang dihasilkan. Kaedah
baharu ini yang menggunakan sistem rawatan biologi dan mekanikal jauh lebih menguntungkan
dan berfaedah kepada sosioekonomi negara.
........................................................................................................................................................................

..................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
.................................................................................................................
38
EDARAN PELAJAR
SOALAN KUIZ
7. Berapakah jenis tong yang kita gunakan untuk kitar semula?
E. 1
F. 2
G. 3
H. 4
8. Apakah warna-warna tong kitar semula?
E. Biru, hijau dan kuning
F. Biru, coklat, jingga
G. Coklat, kuning, merah
H. Jingga, merah, biru
39
9. Antara yang berikut, yang manakah bahan buangan tong biru?
E. Botol minuman dan cermin
F. Tin minuman ringan dan plastik makanan
G. Tulang ikan dan daging mentah
H. Kalender, kotak kadbod dan majalah
10. Pilih padanan yang betul ?
D. Pengurangan (Reduce) = Mengguna semula bahan atau sebahagian bahan yang mana masih boleh digunakan.
E. Kitar semula (Recycle) = Mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan baharu
F. Guna semula (Reuse) = Mengurangkan jumlah janaan sisa pepejal.
11. Antara kaedah pengurangan sisa pepejal yang boleh dipraktikkan dalam aktiviti seharian adalah:
D. Memilih barangan yang mempunyai bahan pembungkusan daripada plastik
E. Membeli barangan mengikut kehendak
F. Membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan.
12. Pencemaran air...............
D. Menyebabkan hidupan air mati
E. Tidak mendatangkan kesan buruk kepada manusia
F. Bukan satu isu yang serius
13. apakah prinsip bagi kitar semula?
D. 2R
E. 3R
F. 4R
14. Manakah satu jenis tanah yang paling sesuai menanam sayur-sayuran?
D. Tanah liat
E. Tanah pasir
F. Tanah gambut
15. Apakah bahan yang boleh dikitar semula?
D. Botol minuman ringan
E. Kertas tisu
F. Cermin tingkap
40
EDARAN PELAJAR
Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang tepat :
Plastik tong kitar semula kertas surat khabar balang
Tin minuman membuang sisa kaca jingga dikitar semula
Tong kitar semula disediakan untuk........................yang boleh......................... Tong-tong ini mempunyai
tiga warna iaitu.........................., coklat dan biru. Tong yang berwarna biru dikhaskan untuk bahan buangan
............................ Antara bahan ini termasuklah buku, majalah, tisu dan .......................... Tong warna coklat
dikhaskan untuk bahan buangan.............................. Bahan-bahan ini termasuklah botol minuman, tingkap kaca,
cermin dan .......................... . ........................yang berwarna jingga pula dikhaskan untuk bahan buangan tin
aluminium dan ............................... . Antara contoh bahan-bahan ini termasuklah ................................... , kunci dan
beg plastik
41
EDARAN PELAJAR
Nyatakan sumbang saran anda berkaitan teknologi baharu dalam membantu menguruskan sisa plastik:
Contoh : MESIN ASING SISA PEPEJAL : Teknologi yang mengasingkan sisa pepejal, merawat
dan mengitar semula untuk digunakan dalam bentuk lain. Hasil teknologi ini membantu industri
pembuatan lain yang memerlukan bahan asas dikitar semula. Teknologi ini juga boleh diletakkan
di tapak pelupusan sampah yang sudah ditutup dan tidak selamat digunakan. Di samping
memulihkan tapak pelupusan sampah lama ini, teknologi ini juga boleh terus menerima sampah
domestik dan industri yang ada secara berterusan. Tambahan lagi dengan teknologi baharu ini
akan mendatangkan keuntungan daripada hasil pengasingan sisa pepejal untuk kitar semula,
barang berharga seperti emas, tembaga, dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan kompos, bahan
bakar, bahan binaan yang dikitar semula dan tenaga dari gas methana yang dihasilkan. Kaedah
baharu ini yang menggunakan sistem rawatan biologi dan mekanikal jauh lebih menguntungkan
dan berfaedah kepada sosioekonomi negara.
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
42
MODUL MODUL KOKURIKULUM MASA
7 KELAB/PERSATUAN
1 jam
BIDANG KELAB / PERSATUAN
TAJUK PERMAINAN TRADISIONAL
OBJEKTIF :
1. Menanam minat murid untuk mengetahui jenis-jenis permainan tradisional
2. Menyokong dan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran berkaitan kebudayaan di
sekolah.
3. Menyemai sikap bekerjasama dan berkolaboratif melalui pendekatan yang lebih
interaktif.
BAHAN / ALATAN 1. Alatan menulis
2. Bahan edaran (murid)
3. Modul (guru)
PELAKSANAAN
1. Guru mengambil kehadiran murid.
2. Guru bersoaljawab berkaitan jenis-jenis permainan tradisional.
3. Guru akan mengedar bahan edaran contoh-contoh permainan tradisional.
4. Guru mengedarkan helaian soalan berkaitan permainan tradisional dan murid
dikehendaki mengisi jawapan di dalam ruangan yang telah disediakan
5. Masa yang diperuntukan untuk aktiviti ini adalah 40 minit.
6. Guru memantau perjalanan aktiviti dan memastikan murid mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.
7. Setelah selesai masa menjawab 40 minit, perbincangan jawapan oleh guru dan murid.
43
AKTIVITI
EDARAN PELAJAR
1. Isi tempat kosong dalam ruangan di bawah berkaitan pengenalan permainan tradisonal
yang terdapat di negara kita.
Permainan tradisional adalah berkaitan dengan dan
sesuatu bangsa. Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang
lain. Permainan tradisional selalunya dimainkan untuk mengisi ,
merayakan sesuatu pesta atau perayaan disamping memupuk nilai-nilai murni dan
mengeratkan nilai di kalangan peserta. Melalui permainan sukan
tradisional ini, ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan kecergasan di
kalangan peserta.
44
2. Nyatakan contoh permainan tradisional dengan mengisikan Peta Buih di bawah.
45
3. Pilih 3 Permainan Tradisional dan huraikan cara-cara permainan tersebut dijalankan.
EDARAN GURU
Pengenalan kepada permainan tradisonal
Permainan tradisional adalah berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Ia
merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Permainan tradisional
selalunya dimainkan untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan disamping
memupuk nilai-nilai murni dan mengeratkan nilai persahabatan di kalangan peserta. Melalui permainan
sukan tradisional ini, ia juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan
peserta. Undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan
tradisional tidak dinyatakan secara jelas. Ia lebih bergantung kepada situasi semasa di tempat
pertandingan dan juga melalui peserta yang mengambil bahagian.
CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL
1. Aci sorok
Di beberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak lelaki dan
perempuan amat menggemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad.
Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan
gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang
akan mencari rakan mereka yang menyorok. Undian Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain
akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada
semua pemain. Cara Bermain dan Peraturan Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan
menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara
kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di
sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan yang
telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. Sekiranya pencari
telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti
46
dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit
induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula.
Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah
selesai, kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu
membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi
pencari pula. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke
rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal
yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan
menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap
memegang peranannya.
2. Bulu Ayam
Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah
oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan
terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola
yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
Membuat Bola
Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang
terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar,
kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4 cm. garis pusat dan getah skrap atau
getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah
dicucuk paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan
disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah skrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk
mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.
Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Undian
secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih
dahulu mengikut gilirannya.Penentuan mata sama ada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan
jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu
ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan
lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain
seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Mata dikira
dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak
timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira
47
kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada
pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang
gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan
seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di setiap pusingan atau jumlah
kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
3. Galah Panjang
Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh
kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan
untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan
dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai
pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain
sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai
awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk
dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di
sekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan.
Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang.Penetapan pengiraan bertukar giliran akan
ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap
pemain.
48
Gelanggang Permainan
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah,kawasan bertar atau
bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan
antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga
hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain
bagi setiap pasukan.Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas
padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simen. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan
melorekkan garisan tersebut di atas tanah
Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua
pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan
awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain
hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke
garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh
pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan
yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.
Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh
pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah
melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan
penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga
kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan
dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi
perlawan tersebut.
49
4. Konda Kondi
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain,
iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk
mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan
adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang
kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang
panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang
harus memainkan terlebih dahulu.
Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu
panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu
panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba
menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan
berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati.
Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya,
manamana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena
kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan
melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh
pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan
mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat
dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak
kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata,
dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan
kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika
pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia
50